abpg1103 pyq

30
ABPG1103 (Januari 2013) Bahagian A 1. Kenal pasti DUA fungsi utama kulit kita. i. Melindungi kita daripada kecederaan permukaan; ii. Mengawal cecair badan; iii. Mengawal suhu badan; iv. Bertindak balas terhadap sensasi seperti kehangatan, tekanan, kesejukan dan kesakitan; v. Mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental semasa membesar. 2. Berikan DUA alasan mengapa manusia mencari cara untuk mengubah tahap kesedaran mereka. i) Upacara suci: - Ramai orang dari budaya berbeza berusaha ke arah kesedaran terubah sbg laluan kpd kesedaran rohani. - Dalam se1/2 budaya, mereka bermeditasi dan yg lain mengambil dadah. - Cthnya Restafarians berasal drpd Jamaica sering merokok ganja sbg sebahagian drpd upacara keagamaan mereka. ii) Interaksi sosial: - Banyak budaya mendorong ke arah kesedaran terubah sbg sebhgn drpd perjumpaan sosial mereka. - Cth: di Barat adalah perkara biasa untk menghidangkan alkohol dlm pelbagai jenis majlis soaial spt perkahwinan, pengkebumian dan mesyuarat perniagaan. iii) Ganjaran individu: - Orang perseorangan berusaha ke arah kesedaran terubah kerana ia menghiburkan dan membebaskan diri dari realiti 3. Bagaimana anda mendefinisikan pembelajaran melalui pemerhatian? Berikan satu contoh yang berkaitan. Pembelajaran pemerhatian melibatkan interaksi dengan orang lain dan dikenali sebagai satu bentuk pembelajaran sosial. Contoh dengan memerhatikan orang lain, kita boleh belajar bagaimana untuk membuka komputer atau membayar bil melalui talian. 4. Psikologi meliputi banyak bidang penyelidikan dan pengkhususan. Namakan EMPAT sub-bidang psikologi. i. Psikologi Klinikal dan Kaunseling ii. Psikologi Perkembangan 1

Upload: mizelly

Post on 24-Dec-2015

78 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

past year question

TRANSCRIPT

Page 1: ABPG1103 pyq

ABPG1103

(Januari 2013)

Bahagian A

1. Kenal pasti DUA fungsi utama kulit kita.

i. Melindungi kita daripada kecederaan permukaan;ii. Mengawal cecair badan;

iii. Mengawal suhu badan;iv. Bertindak balas terhadap sensasi seperti kehangatan, tekanan, kesejukan dan kesakitan; v. Mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental semasa membesar.

2. Berikan DUA alasan mengapa manusia mencari cara untuk mengubah tahap kesedaran mereka.

i) Upacara suci:- Ramai orang dari budaya berbeza berusaha ke arah kesedaran terubah sbg laluan kpd

kesedaran rohani.- Dalam se1/2 budaya, mereka bermeditasi dan yg lain mengambil dadah.- Cthnya Restafarians berasal drpd Jamaica sering merokok ganja sbg sebahagian drpd upacara

keagamaan mereka.ii) Interaksi sosial:

- Banyak budaya mendorong ke arah kesedaran terubah sbg sebhgn drpd perjumpaan sosial mereka.

- Cth: di Barat adalah perkara biasa untk menghidangkan alkohol dlm pelbagai jenis majlis soaial spt perkahwinan, pengkebumian dan mesyuarat perniagaan.

iii) Ganjaran individu:- Orang perseorangan berusaha ke arah kesedaran terubah kerana ia menghiburkan dan

membebaskan diri dari realiti

3. Bagaimana anda mendefinisikan pembelajaran melalui pemerhatian? Berikan satu contoh yang berkaitan.

Pembelajaran pemerhatian melibatkan interaksi dengan orang lain dan dikenali sebagai satu bentuk pembelajaran sosial. Contoh dengan memerhatikan orang lain, kita boleh belajar bagaimana untuk membuka komputer atau membayar bil melalui talian.

4. Psikologi meliputi banyak bidang penyelidikan dan pengkhususan. Namakan EMPAT sub-bidang psikologi.

i. Psikologi Klinikal dan Kaunselingii. Psikologi Perkembangan

iii. Psikologi Kognitifiv. Psikologi Fisiologiv. Psikologi Pendidikan

vi. Psikologi Sosialvii. Psikologi Industri dan Organisasi

viii. Psikologi Eksperimental.

5. Terdapat aspek fisiologi dan aspek genetik dalam kajian psikologi biologi. Terangkan DUA aspek tersebut dan memberikan setiap aspek tersebut dengan satu contoh.

Aspek Fisiologi menekankan fungsi otak dan sistem saraf terhadap aktiviti-aktiviti seperti pemikiran, pembelajaran, perasaan, merasa dan melihat yang merupakan ciri-ciri yang dikenali dalam manusia dan

1

Page 2: ABPG1103 pyq

haiwan. Contoh, bagaimana menetapkan ubat-ubatan untuk merawat tingkah laku yang dipengaruhi oleh kemurungan melalui interaksi sistem saraf.

Aspek Genetik bergantung kepada pemindahan ciri-ciri dari ibu bapa kepada anak-anak melalui gen dan unit-unit fungsional keturunan yang terdapat dalam semua sel-sel hidup. Contoh, kita mungkin ingin tahu sama ada kecerdasan yang tinggi diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.

Bahagian B

Soalan 1

Motivasi dari segi istilah ialah sesuatu yang menggerakkan manusia untuk melakukan sesuatu. Oleh itu, dari segi psikologi, kita mungkin memikirkan motivasi adalah satu bentuk tenaga.

a) Apakah homeostasis menurut motivasi kelaparan?

Homeostasis memainkan peranan penting dalam menyedarkan kita sama ada untuk makan atau tidak. Sebahagian kelaparan adalah homeostasis yang menyimpan tenaga sedia untuk badan, Ada mekanisme tertentu dalam otak kita untuk memantau berapa banyak tenaga yang boleh didapati apabila bekalan mula jatuh. Kemudian otak mencetuskan tingkah laku yang mendorong kita mula makan.

b) Bandingkan antara motivasi dalaman dan motivasi luaran dan berikan contoh bagi kedua-dua jenis motivasi tersebut.

Motivasi Dalaman (Intrinsik)

Motivasi Intrinsik datang dari dalam diri. Ia adalah berkaitan dengan naluri manusia dan pendorong. Keinginan fisiologi ini berasal dari dalam badan kita dan mendorong kita untuk bertindak dalam cara tertentu. Menurut Kalat (2002), motivasi ini semata-mata untuk melakukan sesuatu perbuatan. Contoh, saya melakukan peperiksaan dengan baik disebabkan komitmen dan keyakinan diri saya.

Motivasi Luaran (Ekstrinsik)

Tingkah laku manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Kalat (2002) menjelaskan bahawa motivasi ini adalah berdasarkan pengukuhan dan hukuman hasil dari sesuatu tindakan. Contoh, seseorang boleh bekerja lebih keras untuk menikmati ganjaran yang diberikan dan akan cuba yang terbaik untuk mengelakkan hukuman.

2

Page 3: ABPG1103 pyq

Soalan 2

Sebagaimana kita cuba memahami dunia sekeliling, kita seringkali melihat kepada kejelasan tingkah laku manusia.

a) Apakah yang dimaksudkan dengan saliency bias?

Menerangkan faktor manusia lebih ketara daripada faktor keadaan. Bias saliency membantu menjelaskan mengapa orang yang kehilangan tempat tinggal dipersalahkan atas keadaan situasi mereka. Keburukannya adalah kecenderungan untuk menyalahkan mangsa.

b) Ketika memutuskan sama ada tingkah laku disebabkan oleh faktor dalaman atau luaran, apakah TIGA kriteria yang digunakan?

i. Ketekalan – apabila bertindak balas seseorang itu sama terhadap sesuatu rangsangan yang sama dalam keadaan yang berlainan.

ii. Kesepakatan – bagaimanakah bertindak balas orang lain terhadap rangsangan yang sama?iii. Keunikan – bagaimanakah seseorang bertindak balas terhadap rangsangan yang berbeza?

Adakah tingkah laku tersebut ganjil atau unik?

c) Bagaimana kita melakukan beberapa sifat dalaman atau luaran ketika kita kekurangan masa dan maklumat?

3

Page 4: ABPG1103 pyq

Soalan 3

Psikologi perkembangan merupakan kajian bagaimana manusia mengalami perubahan bermula dari dilahirkan hingga ke usia tua.

a) Bahagian perkembangan pra-kelahiran kepada TIGA peringkat utama.

Peringkat Tempoh Penerangan

Peringkat Germinal 1-2 minggu Zigot diwujudkan melalui persenyawaan. Pembahagian sel yang pesat berlaku dalam

zigot. Jisim sel implan sendiri di dinding Rahim. Plasenta mula terbentuk.

Peringkat Embrio 3-8 minggu Organ-organ penting dan struktur seperti jantung, tulang belakang dan otak mula terbentuk.

Kebanyakan kecacatan kelahiran disebabkan oleh masalah yang berlaku pada peringkat ini semasa embrio sangat lemah.

Lengan, kaki, tangan, jari, mata dan telinga boleh mula dikenali perlahan-lahan.

Peringkat Fetal 9-38 minggu Otot dan tulang mula terbentuk. Organ seks mula tumbuh dalam bulan ketiga. Lemak badan bertambah. Sel-sel otak membiak dengan cepat. Sistem pernafasan dan penghadaman matang.

b) Apakah itu zaman pertengahan hayat dan bagaimanakah ianya boleh menjadi bahaya dan juga merupakan peluang kepada setiap orang?

4

Page 5: ABPG1103 pyq

5

Page 6: ABPG1103 pyq

Bahagian C

Soalan 1

Tarikan interpersonal merujuk kepada penilaian seseorang terhadap orang lain disertai dimensi di antara terlalu suka kepada terlalu benci. Pada pendapat anda, mengapa kadangkala kita menyukai orang yang seakan mirip dengan kita, dan kadangkala kita menyukai orang yang sangat berlainan dengan diri kita?

Berdasarkan idea di atas, nilai kan justifikasi anda sendiri (berikan komen anda).

6

Page 7: ABPG1103 pyq

Soalan 2

Teori Psychoanalytic Freud mencadangkan bahawa personaliti terbentuk pada tiga struktur: Id, Ego dan Superego.

a) Terangkan Id.

Id beroperasi mengikut prinsip keseronokan – cuba untuk mendapatkan keseronokan segera dan mengelakkan kesakitan. Id bertujuan untuk memuaskan mana-mana naluri atau keinginan sebaik sahaja ia timbul. Walau bagaimanapun id sama tiada kesedaran diri dan tidak berhubung dengan dunia sebenar. Terdapat du acara untuk memperoleh kepuasan:-

i. Melalui tindakan reflex seperti bersin untuk melegakan sensasi yang tidak menyenangkan dengan seta-merta;

ii. Melalui fantasi dan penunaian hasrat. Ini adalah semasa anda membayangkan satu keadaan di mana sebahagian darinya memenuhi naluri anda dan melegakan rasa tidak selesa. Contoh boss menghina di depan rakan dan kita bercadang untuk membalas balik perbuatan tersebut (menunaikan hasrat).

b) Bandingkan Ego dan Superego.

Ego mengawal semua pemikiran dan aktiviti penaakulan. Ego beroperasi dengan prinsip reality. Ego cuba untuk melambatkan kepuasan melalui penaakulan yang bijak supaya dapat memenuhi keinginan id dengan selamat dan berkesan.

Superego adalah hati nurani atau standard moral yang dikembangkan oleh seseorang individu melalui sosialisasi (interaksi dengan ibu bapa dan masyarakat), superego membandingkan tindakan ego dengan ego yang ideal. Seterusnya pertimbangan yang sewajarnya dibuat sama ada untuk memberi ganjaran atau menghukum ego tersebut.

c) Teori perkembangan psikoseksual Freud menerangkan bagaimana personaliti seseorang terbentuk melalui pelbagai peringkat semasa zaman kanak-kanak. Bincangkan LIMA peringkat dalam teori perkembangan psikoseksual oleh Freud.

i. Peringkat Oral

Pada peringkat ini bayi mendapat keseronokan dari mulut dengan menghisap, minum dan makan. Seorang bayi yang tidak diberi makan yang cukup (diabaikan) atau terlalu banyak makan (dilindungi berlebihan) mungkin mengalami ketetapan oral semasa dewasa.

ii. Peringkat Anal

iii. Peringkat Phallic

iv. Peringkat Latency

v. Peringkat Genital

7

Page 8: ABPG1103 pyq

8

Page 9: ABPG1103 pyq

May 2013

Bahagian A

1. Kenal pastikan mana-mana DUA perspektif moden psikologi.

i. PsikoanalitikBertumpu kepada pengaruh ketidaksedaran minda dan pengalaman awal kanak-kanak dalam menerangkan corak tingkah laku serta merawat masalah psikologikal.

ii. BehavioristrikBertumpu kepada bagaimana sesuatu tingkah laku dipelajari dan peneguhan terhadapnya. Berkenaan tingkah laku melalui latihan.

iii. Humanistikiv. Kognitifv. Biologikal

vi. Evolusi

2. Nyatakan DUA reka bentuk kaedah penyelidikan psikologi.

i. Pemerhatian Naturalistikii. Kajian kes

iii. Kaji Selidikiv. Penyelidikan korelasiv. Penyelidikan eksprimental

3. Nyatakan DUA cara mempelajari psikologi biological berserta dengan contoh yang sesuai.

i. Aspek Fisiologi menekankan fungsi otak dan sistem saraf terhadap aktiviti-aktiviti seperti pemikiran, pembelajaran, perasaan, merasa dan melihat yang merupakan ciri-ciri yang dikenali dalam manusia dan haiwan. Contoh, bagaimana menetapkan ubat-ubatan untuk merawat tingkah laku yang dipengaruhi oleh kemurungan melalui interaksi sistem saraf.

ii. Aspek Genetik bergantung kepada pemindahan ciri-ciri dari ibu bapa kepada anak-anak melalui gen dan unit-unit fungsional keturunan yang terdapat dalam semua sel-sel hidup. Contoh, kita mungkin ingin tahu sama ada kecerdasan yang tinggi diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.

4. Jelaskan secara ringkat EMPAT lobus kortek serebral.

Kortek Serebralpenerangan

Lobus Frontal Dikaitkan degan pemikiran, perancangan, pengucapan, pergerakan, emosi dan penyelesaian masalah.

Lobus Parietal Dikaitkan dengan orientasi, pengiktirafan dan persepsi rangsangan.

Lobus Occipital Dikaitkan dengan pemprosesan visual.

Lobus Temporal Dikaitkan dengan persepsi dan pengiktirafan rangsangan pendengaran, ingatan dan pengucapan.

9

Page 10: ABPG1103 pyq

5. Nyatakan DUA faktor utama yang membolehkan kita melihat dan mempersepsi dunia sekeliling kita.

i. Cahaya

ii. Sistem Visual

Bahagian B

1. Definisi terkini kesedaran menurut Huffman (2007) merujuk kepada kesedaran organisma terhadap dirinya sendiri dan juga persekitaran.

a) Bincangkan EMPAT jenis kesedaran yang anda perlu tahu.

i. Kesedaran terhadap peristiwa luaran (ketua anda menyoal anda dengan soalan yang mencabar;

ii. Kesedaran terhadap peristiwa dalaman (degupan jantung yang lebih cepat dan tapak tangan yang berpeluh);

iii. Kesedaran terhadap diri anda semasa menghadapi pengalaman yang unik tersebut;

iv. Kesedaran terhadap pemikiran anda semasa menghadapi pengalaman tersebut.

b) Terangkan TIGA jenis tahap kesedaran yang berbeza di kalangan manusia berserta contoh yang sesuai.

i. Tahap kesedaran tinggi dicirikan oleh proses terkawal dan memerlukan perhatian fokus. Ia merujuk kepada tahap kesedaran apabila anda memberi tumpuan kepada sesuatu, contohnya penyelesaian masalah.

ii. Tahap kesedaran pertengahan dicirikan oleh proses automatik di mana anda sedar tetapi hanya perhatian yang minimum diperlukan. Sebagai contoh, anda mungkin boleh memandu pulang dari kerja tanpa memberi perhatian khusus kerana ia telah menjadi satu proses automatik. Satu lagi contoh kesedaran peringkat pertengahan adalah berkhayal.

iii. Kesedaran minimum atau tiada kesedaran dicirikan oleh minda yang tidak sedar seperti yang telah dicadangkan oleh Freud. Tahap tidak sedarkan diri atau kesedaran rendah boleh disebabkan oleh kecederaan kepala atau koma.

c) Menurut pandangan evolusionari, mengapa kita mengalami kesedaran?

Dari perspektif evolusi, ia mungkin adalah perkembangan kesedaran yang telah membolehkan nenek moyang kita berfikir melalui pelbagai alternative yang berbeza sebelum memilih tindakan yang terbaik. Jika tidak, tindakan terbaik tanpa berfikir mungkin boleh mengancam nyawa (Weiten, 2001)

10

Page 11: ABPG1103 pyq

2. Sebagai kanak-kanak malahan orang dewasa, kita belajar banyak perkara dengan melihat dan meniru orang lain. Kita juga belajar melalui penggabungan.

a) Apakah perbezaan dan persamaan utama antara pelaziman klasikal dan pelaziman operan?

Persamaan PerbezaanKedua-duanya melibatkan pembelajaran melalui perkaitan.

Di dalam CC, satu perkaitan yang dipelajari di antara satu stimulus dan yang lain (misalnya makanan dan loceng)

Dalam kedua-dua kes, respon adalah di bawah kawalan stimuli dalam persekitaran.

Di dalam OC, satu perkaitan yang dipelajari di antara beberapa tindakan dan kesan akibat.

Respon CC atau OC akan kekal selama-lamanya jika mereka tidak diperbaharui secara berkala.

Di dalam CC, tindak balas secara automatik dicetuskan.

Dalam kedua-dua CC adan OC, tingkah laku baru boleh dibina dari yang sebelumnya.

Di dalam OC, respon adalah secara sukarela.

b) Bincangkan jadual peneguhan bagi pelaziman operan berserta contoh yang sesuai.

Kekerapan pengukuhan ContohKekerapan nisbah tetap : respon betul dikukuhkan selepas beberapa respon betul yang tepat.

Pekerja hanya boleh dibayar setelah mereka mengeluarkan 50 pasang kasut.

Kekerapan nisbah berubah-ubah. Beberapa respon betul yang berbeza mesti berlaku sebelum pengukuhan.

Komisen jualan: Anda perlu bercakap dengan ramai pelanggan sebelum membuat jualan. Bilangan orang yang anda bercakap menentukan bila anda mendapat ganjaran jualan dan jumlah ini akan berbeza-beza.

Kekerapan selangan tetap:Respon betul diperkukuhkan selepas tempoh masa yang tetap sejak pengukuhan yang terakhir.

Anda menghadapi peperiksaan dan belum mengulangkaji lagi. Anda perlu mengejar balik semua masa yang telah dibazirkan dengan berlengah dalam sedikit masa yang tertinggal.

Kekerapan selangan berubah-ubah: respon betul diperkukuhkan selepas tempoh yang berbeza-beza selepas pengukuhan yang terakhir.

Kuiz kejutan membuat anda belajar dengan lebih konsisten kerana anda tidak tahu bila ia akan dijalankan dan anda perlu bersedia sepanjang masa.

11

Page 12: ABPG1103 pyq

3. Psikologis membuat tanggapan bahawa minda kita bekerja sama seperti simpanan maklumat di dalam komputer.

a. Jelaskan TIGA peringkat pemprosesan memori dan berikan contoh yang sesuai.

i. Pengekodan merujuk kepada usaha kita untuk memasukkan beberapa input ke dalam memori kita. Contoh, anda bertemu dengan seseorang di satu majlis. Beli memberitahu namanya tetapi anda tidak memberi perhatian penuh dan lupa namanya. Ini bermakna anda telah gagal untuk mengetahui atau mengekod nama tersebut dalam ingatan anda. Pengekodan di sini bermaksud cara kita memasukkan atau meletakkan maklumat ke dalam memori kita.

ii. Penyimpanan bermaksud tempat di mana kita menyimpan dan mengekalkan maklumat dalam memori kita. Sebagai contoh, bagaimana kita melabel atau menyusun buku-buku di perpustakaan. Walaupun mungkin terdapat beribu-ribu buku, tetapi kita masih mampu untuk mencari buku tersebut. Sistem penyimpanan adalah maklumat penting.

iii. Pengeluaran semula merujuk kepada proses bagaimana kita mengingati semula maklumat dalam simpanan kita (memori) dan mengeluarkannya ke dalam keadaan segar. Sebagai contoh bolehkah anda ingat tajuk buku teks psikologi yang digunakan semester lalu? Jika boleh, ia bermakna anda telah berjaya mengeluarkan

b. Terangkan mengapa memori jangka panjang dan memori jangka pendek berbeza antara satu sama lain.

i. Memori Jangka jangka pendek mempunyai tempoh memori yang terhad di mana anda hanya boleh menyimpan maklumat untuk kira-kira 20 saat sahaja. Memori jangka pendek juga mempunyai kapasiti yang terhad. Sebagai contoh, anda mungkin dapat mengingati kembali beberapa perkara pada satu masa. Kemudian, anda mungkin tidak dapat mengingatinya selepas itu. Contoh yang lain adalah di mana anda mahu memanggil rakan anda dan merujuk folder kad perniagaan anda untuk mendapatkan nombor telefon. Selepas melihat nombor, anda membuat panggilan tetapi selepas itu, anda terlupa nombor tersebut. Memori jangka pendek boleh dilanjutkan untuk lebih kurang 30 saat dengan melibatkan diri dalam proses yang disebut Penyelenggaraan Latihan (Maintenance Rehearsal). Ia melibatkan proses melisan berulang kali atau memikirkan tentang maklumat tersebut. Sebagai contoh, saya mengulangi sesuatu nama atau maklumat.

ii. Memori jangka panjang mempunyai kapasiti yang tidak terhad dan boleh disimpan untuk jangka masa yang lama. Sebagai contoh, anda boleh ingat nama profesor anda selama-lamanya. Pengulangan dan latihan penghuraian adalah beberapa strategi yang berkesan untuk membantu kita menyimpan maklumat dalam memori jangka panjang. Sebagai contoh, kita mungkin tidak tahu bagaimana untuk menggunakan telefon bimbit baru kita, tetapi selepas menggunakannya untuk sementara waktu, kita boleh mengingati semua langkah-langkah untuk mengendalikan nya.

Memori jangka pendek dan jangka panjang adalah berbeza dari segi keupayaan dan jangka masa. Jika kita mahu mempertingkatkan maklumat kita dari memori jangka pendek ke memori jangka panjang, maklumat yang disimpan mesti kekal dalam memori kerja untuk tempoh yang singkat.

12

Page 13: ABPG1103 pyq

13

Page 14: ABPG1103 pyq

Bahagian C

1. Berfikir melibatkan pelbagai proses mental seperti pembinaan konsep, menyelesaikan masalah, kreativiti dan Bahasa.

a) Bincangkan bagaimana kita berfikir menurut hipotesis dua-kod.

Menurut hipotesis dwi-kod, kita berfikir dengan pengekodan maklumat menggunakan sistem imej dan sistem lisan. Setiap sistem berfungsi secara bebas. Sistem imej digunakan untuk memproses perkara yang benar dan konkrit serta gambaran seperti gajah terbang dan lukisan syurga di bumi. Sebaliknya, sistem lisan digunakan untuk perkara yang lebih abstrak seperti perkataan lisan atau tulisan dan konsep seperti kebebasan dan kasih sayang.

Kedua-dua sistem saling berkaitan dengan rapat. Sebagai contoh, kita boleh menukar maklumat lisan mengenai seorang wanita yang cantik ke dalam sama ada visual, sentuhan, imej mental olfaktori atau auditori.

Salah seorang penyelidik paling terkenal dalam imej mental menulis, Imej visual mental menghasilkan pengalaman sedar “melihat” tetapi dengan “mata minda” dan bukannya dengan yang sebenarnya (Stephen Kosslyn, 1987). Begitu juga, dengan menghidu bau dengan hidung minda kita, mendengar dengan telinga minda kita dan sebagainya. Sebagai contoh, bayangkan memasukkan kaki anda ke dalam pasir lembut yang panas. Kita bukan sahaja boleh mengalami imej visual, tetapi juga auditori (pendengaran), sentuhan (sentuhan), gustatory (rasa), dan olfaktori (bau) imej. Imej membolehkan kita berfikir tentang sesuatu secara bukan lisan. Kita sering mendapati sukar untuk memahami perkataan-perkataan yang digunakan bersama untuk menjelaskan sesuatu konsep. Kita dapati lebih mudah untuk kita fahami konsep yang rumit dengan satu lakaran mudah. Selalunya, apabila perkataan merumitkan pemahaman, suatu lakaran imej yang mudah adalah lebih jelas.

b) Bagaimana kita mempelajari konsep-konsep baru dan jelaskan TIGA cara kita mempelajari konsep-konsep tersebut.

i. Hipotesis – teori ujian. Suatu hipotesis dibentuk tentang bagaimana ciri-ciri tertentu menyumbang kepada konsep;

ii. Teori Prototaip – kita menyusun konsep kita dari segi prototaip atau contoh terbaik. Apabila kita melihat satu objek baru atau menghadapi peristiwa yang baru, kita menentukan sama ada ia sebahagian daripada konsep tertentu dengan membandingkannya dengan prototaip yang sama seperti konsert

iii. Hierarki – konsep-konsep tertentu dikumpulkan sebagai sub kategori ke dalam konsep yang luas.

14

Page 15: ABPG1103 pyq

2. Orang yang berpegang pada prasangka merasa dirinya bagus kerana prasangka menyebabkan imej kendiri mereka meningkat. Apabila mereka memandang rendah orang lain, ia menyebabkan mereka merasa berkuasa.

Fikirkan punca prasangka dan diskriminasi di dalam negara kita dan senaraikannya untuk menentukan sama ada ia sesuai untuk dikategorikan sebagai punca prasangka dan diskriminasi.

Diskriminasi ditakrifkan sebagai layanan yang tidak adil dan berbeza terhadap ahli-ahli yang menganggotai kumpulan tertentu. Justeru itu, prejudis merujuk kepada sikap negatif, manakala diskriminasi merujuk kepada tingkah laku yang ditujukan terhadap sesuatu kumpulan tertentu. Contoh diskriminasi adalah, pilihan untuk tidak menyewakan bilik kepada seseorang dari bangsa yang tertentu.

Sikap - Prejudis sering diturunkan dari ibu bapa kepada anak-anak mereka. Pihak media juga boleh memberi gambaran baik sesuatu kumpulan berbanding kumpulan lain, yang membawa kepada prejudis. Sebagai contoh, media hanya memaparkan orang-orang yang berkulit cerah dalam iklan mereka, yang membawa kepercayaan bahawa orang-orang yang berkulit gelap tidak diingini, sekali gus membawa kepada prejudis terhadap orang berkulit hitam.

Mematuhi tingkah laku - Kadang-kadang kita tertekan untuk membentuk prejudis atau diskriminasi kerana takut kita mungkin akan kehilangan sokongan orang-orang yang penting dalam kehidupan kita jika kita bertindak sebaliknya. Sebagai contoh, kita mungkin prejudis dan diskriminasi terhadap orang-orang Yahudi kerana menghadapi tekanan dari ahli-ahli kumpulan kita, dan takut penolakan sosial berlaku jika kita bertindak sebaliknya.

Konflik langsung antara kumpulan (persaingan sebagai sumber prejudis) - Penyelidik telah mendapati bahawa prejudis dan diskriminasi meningkat apabila kumpulan bersaing secara langsung di antara satu sama lain untuk faedah ekonomi, atau komoditi bernilai yang lain dan peluang pekerjaan. Sebagai contoh, dalam sejarah Malaysia, konflik perkauman terbesar berlaku pada 13 Mei 1969 kerana perbezaan yang ketara di antara kaum Cina, yang dilihat mengawal sebahagian besar ekonomi Malaysia, dengan orang Melayu yang berada dalam tahap kemiskinan.

Pengkategorian sosial (kesan kita-lawan-mereka) - Manusia mempunyai kecenderungan yang kuat untuk membahagikan dunia kepada dua kategori – kita dan mereka dan melihat kumpulan mereka lebih baik daripada kumpulan saingan yang lain. Setiap kumpulan melihat diri mereka berbeza dan lebih baik daripada pesaing mereka. Ini menyebabkan prejudis dan diskriminasi timbul daripada pertembungan persepsi sosial ini.

15

Page 16: ABPG1103 pyq

Sept 2012

Bahagian A

1. Apakah EMPAT matlamat utama bidang psikologi?

i. Menghuraikan tingkah laku – dengan membuat pemerhatian saintifik yang terperinciii. Menjelaskan tingkah laku – dengan menjalankan ujian untuk memastikan penyebab

iii. Meramal tingkah laku – bila ia akan berulang pada masa akan datangiv. Perubahan tingkah laku – mengubah tingkah laku negatif.

2. Apakah perbezaan antara fungsi hemisfera kira dan kanan otak manusia?

Serebrum Penerangan

Hemisfera Kiri Ia mengawal bahagian kanan badan dan bertanggungjawab untuk pemikiran analitikal, pertuturan dan pemikiran matematik dan logik. Sebelah kira mengawal bahagian kanan badan manusia.

Hemisfera Kanan Ia mengawal bahagian kiri badan dan bertanggungjawab untuk pemikiran kreatif seperti muzik, lukisan dan ungkapan emosi. Sebelah kanan mengawal kiri badang manusia.

3. Kenal pasti DUA daripada bahagian sistem penglihatan kita dan bincangkan secara ringkas fungsi setiap bahagian tersebut.

i. Mata = menangkap cahaya ii. Laluan visual = membawa maklumat dari mata ke otak

iii. Pusat-pusat visual otak = mentafsir maklumat

4. Bincangkan secara ringkas DUA jenis kecelaruan tidur iaitu insomnia dan apnea.

i. Insomnia Merupakan gangguan tidur yang bercirikan kesukaran untuk tidur atau kekal tidur sepanjang malam. Insomnia mungkin disebabkan oleh peristiwa-peristiwa hidup yang tertekan dan ia mungkin kekal hanya untuk sementara. Ia juga boleh menjadi lebih kerap jika disebabkan oleh masalah psikologi yang lebih mendalam seperti kemurungan. Pesakit insomnia sering mengambil jalan keluar dengan mengambil pil tidur untuk membantu mereka tidur. Walau bagaimanapun, pil tidur akan hilang keberkesanannya selepas beberapa ketika. Ia juga mempunyai kesan sampingan negatif yang termasuk kehilangan ingatan dan keresahan.

ii. ApneaMerupakan satu lagi gangguan tidur yang bercirikan kesukaran bernafas pada waktu malam dan perasaan keletihan pada siang hari. Orang yang mengalami apnea biasanya berasa letih pada siang hari kerana mereka terganggu dengan kesukaran bernafas pada waktu malam. Tidur mereka terganggu beratus-ratus kali sehingga kepada keadaan hampir sedar apabila paras karbon dioksida dalam darah meningkat ke tahap tertentu.

5. Bincangkan secara ringkas dua elemen utama dalam pelaziman operan.

i. Tingkah Laku yang DitunjukkanTerdapat satu perbezaan utama antara pelaziman klasik dan pelaziman operan. Dalam pelaziman klasik, respon secara dicetuskan secara automatic oleh beberapa stimulus. Sebagai contoh, makanan di dalam mulut secara automatik akan mencetuskan rembesan air liur. Sebaliknya, pelaziman operan melibatkan tingkah laku sukarela (Morris & Maisto, 2001).

16

Page 17: ABPG1103 pyq

Sebagai contoh, kucing Thorndike secara sukarela cuba untuk membuka pintu kotak. Ini dipanggil tingkah laku operan kerana ia melibatkan operasi terhadap persekitaran.

ii. Kesan Akibat Kesan akibat yang meningkatkan kemungkinan sesuatu tingkah laku untuk berulang dipanggil pengukuh. Sebagai contoh, kucing Thorndike mendapat kebebasan dan makanan untuk melarikan diri dari kotak tekateki. Sebaliknya, kesan akibat yang mengurangkan kemungkinan sesuatu tingkah laku berulang dipanggil hukuman.

17

Page 18: ABPG1103 pyq

Bahagian B

1. Lazimnya, bila kita bercakap mengenai ingatan, kita cenderung mengaitkan ianya dengan kemampuan mental kita untuk mengingati sesuatu dan bagaimana kita menyimpan maklumat untuk satu jangka masa.

a) Bagaimana anda bezakan antara ingat sensori dan ingatan jangka pendek?

b) Sebagai psikologis, bagaimanakah anda membandingkan antara amnesia retrograde dan amnesia anterograde?

Amnesia retrograde adalah kehilangan ingatan peristiwa tertentu pada masa tertentu sebelum kerosakan otak atau trauma lain. Sebaliknya, amnesia anterograde adalah kesukaran membentuk kenangan baru selepas mengalami trauma (JW Kalad, 2002). Oleh itu, ia merupakan cabaran kepada orang-orang yang menghadapi masalah ini untuk mengingati sesuatu. Sebagai contoh, mangsa kemalangan membaca majalah dan mendapati ia menarik tanpa menyedari bahawa dia sebenarnya telah pun membaca majalah tersebut sebelum ingatannya rosak.

18

Page 19: ABPG1103 pyq

2. Kecerdasan ialah kemampuan akal yang melibatkan kemahiran membuat pertimbangan menyelesaikan masalah, memahami pendapat yang rumit dan mempelajari sesuatu berdasarkan pengalaman.

a) Bezakan antara Intelligence Quotient (IQ) dengan Emotional Quotient (EQ).

b) Bincangkan objektif utama ujian IQ berikut:

i. The Standford-Binet Intelligence Test

Alfred Binet dan Theodore Simon telah mereka ujian kecerdasan yang pertama pada tahun 1905 untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin mempunyai masalah di sekolah. Skala Kecerdasan Stanford-Binet masa kini mengukur empat jenis kebolehan mental: penaakulan berbahasa, penaakulan visual, penaakulan kuantitatif dan memori jangka pendek (Morris & Maisto, 2001). Sebagai contoh, kanak-kanak mungkin akan diminta untuk mentakrif perkataan seperti epal dan pensil. Ujian ini adalah yang paling sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.

ii. The Wechsler Intelligence Test

Wechsler Adult Intelligence Scale (WAIS) adalah untuk orang dewasa, dan kini dalam edisi ketiga (WAIS III). Ia telah direka oleh David Wechsler pada tahun 1930-an. Beliau juga mencipta satu ujian yang sama untuk kanak-kanak sekolah, iaitu Skala Kecerdasan Wechsler untuk Kanak-kanak (WISC-III) dan satu lagi untuk kanak-kanak prasekolah, Skala Kecerdasan Wechsler Prasekolah dan Rendah (WPPSI), kini dipinda semula kepada WPPSI-R.

Skala Kecerdasan Wechsler mengukur dua perkara:

Kemahiran LisanSkala lisan termasuk aritmetik mudah, perbendaharaan kata, pengetahuan tentang maklumat am dan ujian kefahaman.

Kemahiran PrestasiContoh aktiviti dalam skala prestasi adalah menguruskan tiga hingga lima gambar supaya ia menjadi satu cerita dan mengatur blok untuk dipadankan dengan corak yang diberikan.

19

Page 20: ABPG1103 pyq

3. Tempoh kritikal semasa perkembangan pra-kelahiran adalah tempoh yang sangat sensitive untuk pelbagai organ dan struktur. Dalam tempoh ini, organ dan struktur mudah mengalami kerosakan.

a) Gariskan EMPAT faktor yang boleh memberi kesan kepada perkembangan pra-kelahiran semasa tempoh kritikal.

20

Page 21: ABPG1103 pyq

b) Bincangkan apakah yang berlaku ketika tempoh pra-kelahiran.

Peringkat Tempoh Penerangan

Peringkat Germinal 1-2 minggu Zigot diwujudkan melalui persenyawaan. Pembahagian sel yang pesat berlaku dalam

zigot. Jisim sel implan sendiri di dinding Rahim. Plasenta mula terbentuk.

Peringkat Embrio 3-8 minggu Organ-organ penting dan struktur seperti jantung, tulang belakang dan otak mula terbentuk.

Kebanyakan kecacatan kelahiran disebabkan oleh masalah yang berlaku pada peringkat ini semasa embrio sangat lemah.

Lengan, kaki, tangan, jari, mata dan telinga boleh mula dikenali perlahan-lahan.

Peringkat Fetal 9-38 minggu Otot dan tulang mula terbentuk. Organ seks mula tumbuh dalam bulan ketiga. Lemak badan bertambah. Sel-sel otak membiak dengan cepat. Sistem pernafasan dan penghadaman matang.

21

Page 22: ABPG1103 pyq

Bahagian C

1. Teori evolusioner personaliti adalah berdasarkan andaian bahawa beberapa ciri personaliti yang berkembang dalam diri kita adalah hasil dari evolusi, oleh itu, tret personality memainkan peranan penting bagi memastikan kita terus hidup.

Pada pendapat anda, bolehkah teori evolusi digunakan untuk menerangkan tret personaliti yang lain. Kaitkan kenyataan anda dengan contoh yang sesuai dan huraikan bagaimana tret personaliti berkembang.

Teori ini adalah berdasarkan kepada andaian bahawa kita membangunkan ciri-ciri personaliti tertentu akibat evolusi – bahawa personaliti telah memainkan peranan dalam memastikan kelangsungan hidup kita. Contoh ciri personaliti seperti kebimbangan, sering digunakan untuk menyokong idea bahawa personaliti berkembang hasil daripada evolusi. Kebimbangan adalah keadaan emosi yang tidak menyenangkan yang sudah biasa dengan kita. Kita sering berasa bimbang apabila diminta untuk memberi ucapan dalam bilik yang penuh dengan orang atau bimbang terhadap fikiran orang lain terhadap kita. Bilakah kali terakhir anda berasa cemas? Apa yang menyebabkan kita berasa cemas? Kebanyakan masa, kebimbangan kita adalah hasil daripada rasa takut kita untuk menerima penilaian negatif dan berhadapan dengan kemungkinan atau bayangan penolakan yang sebenar. Ahli psikologi menyarankan bahawa kebimbangan tidak dapat dielakkan disebabkan keperluan manusia sejagat untuk saling memiliki dan menjadi sebahagian daripada sesuatu kumpulan. Oleh itu, ahli psikologi telah membuat kesimpulan bahawa punca utama kebimbangan adalah pengecualian sosial.

Sebagai contoh, ramai orang bimbang menjadi semakin tua. Mereka bimbang orang lain akan mendapati mereka tidak menarik lagi dan dengan itu, takut terhadap rasa penolakan. Walau bagaimanapun, ahli psikologi mengatakan bahawa tanpa kebimbangan yang dahsyat ini, spesis manusia tidak akan dapat diselamatkan. Penjelasannya adalah seperti berikut – orang primitif yang hidup dalam kumpulan lebih berkemungkinan untuk terus hidup berbanding dengan tinggal bersendirian dalam pengasingan. Oleh itu, apa-apa yang mendorong manusia untuk mengelakkan tingkah laku yang mungkin membawa kepada pengecualian sosial akan membantu mereka terus hidup. Sekiranya anda fikirkan tentang hal ini, sebahagian besar daripada tingkah laku yang membawa kepada pengasingan sosial biasanya terdiri dari orang-orang yang membawa kepada kemusnahan keharmonian dalam masyarakat. Sebagai contoh, zina dan pelbagai bentuk keganasan seperti pembunuhan dan rogol.

22

Page 23: ABPG1103 pyq

2. Bina satu model baru yang boleh memperbaiki cara pesakit mental hari ini dirawat dan menerima rawatan. Anda boleh mengilhamkan idea dengan menggunakan tiga model abnormality sedia ada yang berpengaruh.

23