abe lom..pengenalan
TRANSCRIPT
-
8/4/2019 abe lom..pengenalan
1/23
1.0 SEJARAH DAN PUNCA ADHD
Hiperaktif telah menjadi sebahagian daripada keadaan lumrah sesetengah manusia. Sir
Alexander Crichton menggambarkan kegelisahan mental dalam buku ,1798.
Terminologi yang digunakan untuk menggambarkan gejala ADHD telah mengalami
banyak perubahan soal sejarah, termasuk: kerosakan otak minimun, ketidakfungsian
otak minimun, belajar / perilaku cacat dan hiperaktif .Dalam DSM-II (1968) itu
adalah Reaction Hyperkinetic Childhood. Dalam DSM-III ADD (Attention-Deficit
Disorder) dengan atau tanpa hiperaktif diperkenalkan. Pada tahun 1987 ini berubah
menjadi ADHD dalam DSM-III-R dan edisi berikutnya.
ADD dan ADHD merupakan dua perkara yang berbeza dan tidak merupakan satu
sindrom. Doktor mengembangkan diagnosis untuk satu set keadaan yang berbeza-
beza disebut sebagai kerosakan otak minimum, ketidakfungsian otak minimun,
gangguan otak minimun belajar / perilaku cacat dan hiperaktif. Beberapa label ini
menjadi masalah sebagai pengetahuan yang diperluaskan. Sebagai contoh, terdapat
kenyataan bahawa ramai kanak-kanak yang tidak berkeadaan kerosakan otak juga
disebut sindrom, label yang mencakupi kata-kata kerosakan otak ini adalah tidak tidak
tepat.
DSM-II (1968) menyebutnya Reaction Hyperkinetic Childhood, meskipun para
profesional menyedari bahawa ramai kanak-kanak jadi perhatian didiagnosis defisit
tanpa tanda-tanda hiperaktif. Pada tahun 1980, DSM-III memperkenalkan ADD
(Attention-Deficit Disorder) dengan atau tanpa hiperaktif. Ini adalah terminologi (ADD)
secara teknik terakhir pada tahun 1987 untuk ADHD dalam DSM-III-R. Dalam DSM-IV,
diterbitkan pada tahun 1994, ADHD dengan sub-jenis yang diperkenalkan. Pada masa
kini(per 2008), DSM-IV-TR diperkenalkan pada tahun 2000, terutama untuk
membetulkan kesalahan fakta dan membuat perubahan untuk merefleksikan
pengenalan terbaru; ADHD sebahagian besarnya tidak berubah.
1
-
8/4/2019 abe lom..pengenalan
2/23
Berdasarkan DSM-IV, dalam sindrom ADHD, ada tiga sub-jenis, termasuk satu yang
tidak memiliki komponen hiperaktif. Sekitar satu per tiga orang pesakit ADHD
didominasikan sebagai jenis (ADHD-I), yang bererti bahawa mereka tidak memiliki
perilaku hiperaktif atau terlalu aktif komponen dari segi ADHD yang lain. Ada beberapa
pilihan untuk menggunakan ADHD, ADD, dan terminologi AADD ketika
menggambarkan individu-individu yang tidak memiliki komponen hiperaktif, terutama di
kalangan remaja dan orang dewasa yang lebih tua yang menemukan istilah hiperaktif
tidak sepadan bahkan menghina.abad ke-18.
Pada tahun 1798, seorang dokter kelahiran Skotlandia dan penulis, Sir Alexander
Crichton (1763-1856), menggambarkan apa yang kelihatan merupakan keadaan mental
yang sangat mirip dengan jenis lalai daripada ADHD. Penyakit ini memberi kesan
kepada setiap pergerakan seseorang dengan panggilan yang tidak wajar disebut iaitu
kegelisahan mental. Contohnya, orang-orang berjalan mundar-mandir di ruangan,
keluarkan sedikit suara pada masa yang sama, bergerak dari meja, menutup pintu tiba-
tiba, berelebihan atau berkurangan panas atau dingin, terlalu banyak cahaya, atau
terlalu sedikit cahaya, semua perhatian berterusan ini akan menghancurkan pesakit
seperti itu. Oleh sebab itu mereka mudah gembira dengan setiap tayangan. Dr.
Crichton telah mencatat bahawa mereka memiliki nama tertentu bagi saraf mereka,
yang cukup ekspresif bagi perasaan mereka. Mereka mengatakan mereka seringkali
gelisah. Crichton menyarankan agar anak-anak ini mejalani intervensi pendidikan
khusus.
Perunding psikiatri kanak-kanak dan remaja, pusat perubatan Malaysia universiti
Malaysia (PPUM), Profesor Madya Dr Aili Hanim Hashim, berkata banyak faktor
mempengaruhi kesihatan mental seseorang, antaranya kurang perhatian keluarga, cara
dibesarkan, dianiaya dan didera serta kejadian negatif dalam keluarga seperti ibu bapa
kerap bergaduh, suka marah dan menjerit atau menggunakan kekerasan.
Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan kesihatan mental sebagai set
lengkap kesejahteraan yang membabitkan fizikal, mental dan sosial.
2.0 DEFINISI ADHD
2
-
8/4/2019 abe lom..pengenalan
3/23
ADHD(Attention-Deficit Hyperactive Disorder). Secara biologikal, takrif bagi "hyper-
active' adalah pengambilan gula yang berlebihan. Kanak-kanak adalah lebih cenderung
kerana pada peringkat usia ini mereka lebih gemarkan makanan rapu, gula-gula dan
makanan ruji. Tanpa pengawasan yang sewajarnya kadar gula akan melebihi daripada
kapasiti yang sepatutnya. Sememangnya gula amat penting untuk pembekalan tenaga
tetapi gula yang di perlukan untuk perkembangan otak adalah gula asli yang
mempunyai unsur glukosa iaitu daripada sumber asli seperti sayuran, ubi kentang, ikan
dan sumber lain. Namun, gula yang ada di pasaran sekarang adalah gula yang
diproses melalui proses pengeringan dan tidak begitu sesuai dengan komposisi tubuh
kanak-kanak. Pengambilan gula yang berlebihan oleh kanak-kanak boleh
menyebabkan peningkatan suhu badan dan memberi tekanan pada perjalanan darah.
Ini akan menyebabkan kanak-kanak hilang tumpuan dan kegagalan untuk memfokus
kepada sesuatu perkara.
ADHD atau Attention-deficit/hyperactivity disorder pada orang dewasa merupakan
keadaan mental seseorang yang mengalami kesulitan untuk memusatkan perhatian,
hiperaktif (perilaku yang tidak boleh diam) dan kebiasaan impulsif (kesulitan untuk
menunda respon / dorongan untuk melakukan / mengatakan sesuatu yang tidak sabar).ADHD pada orang dewasa memiliki beberapa gejala, diantaranya hubungan interaksi
yang tidak stabil, lemah dalam kemampuan kerja atau belajar, dan rendahnya
kepercayaan diri.
ADHD selalu dimulai dari saat ia berusia anak-anak, akan tetapi pada beberapa
peringkat, hal ini tidak dapat didiagnosis sampai mereka dewasa. Proses perubatan
untuk orang dewasa sama seperti perubatan pada anak-anak, termasuk juga ubat-
ubatan stimulus atau perawatan lainnya, kaunseling (psikoterapi) dan perawatan untuk
kesihatan mental yang diperlukan.
Pakar Pediatrik berkata kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu
aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas. Kanak-kanak ini boleh
memahami dan berfikir, tetapi tidak mengendahkannya. Sememang lumrah semua
3
-
8/4/2019 abe lom..pengenalan
4/23
kanak-kanak bersikap begini, tetapi bagi ADHD, perangai mereka agak luar biasa nakal
daripada kebiasaannya, terutama jika berminat terhadap sesuatu perkara baru.
Kelemahan bagi kanak-kanak ini ialah mereka sukar bergaul dengan masyarakat serta
lemah dalam akademik.
Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti (terutama sekali jenis yang tidak
memberi perhatian penuh) adalah subkategori kepada ADHD. Biasanya, kanak-kanak
dalam golongan ini kurang memberi perhatian penuh dan tumpuan mudah terganggu.
Adalah dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti kerapkali tidak didiagnosa dengan
tepat. Gangguan hiperkinetik merupakan satu lagi istilah yang digunakan untuk
menggambarkan ADHD. Dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak mengalami masalah
ADHD dan diandaikan ADHD dialami oleh sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak di
setiap bilik darjah. ADHD lebih kerap didiagnosis pada kanak-kanak lelaki berbanding
dengan kanak-kanak perempuan. Ini mungkin berlaku kerana ADD tanpa hiperaktiviti
lebih berpengaruh dalam diri kanak-kanak perempuan dan tidak didiagnosis dengan
tepat.
Rajah 1
3.0 SIMPTOM DAN MASALAH IDENTIFIKASI
3.1.1 Tanda kurang tumpuan
4
-
8/4/2019 abe lom..pengenalan
5/23
Kanak-kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke
perbuatan yang lain dan seolah-olah tidak mendengar apabila orang cuba
bercakap dengannya adalah kanak-kanak yang lemah kuasa tumpuan perhatian.
Mereka selalunya menghabiskan tugas dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain
dengan lama seperti kanak-kanak lain.
Sukar memberikan tumpuan pada apa yang dipelajari
Sukar mengekalkan tumpuan pada permainan atau pelajaran
Kelihatan tidak mendengar apabila kita bercakap dengannya dan kena panggil
banyak kali untuk mendapat perhatian.
Biasanya sukar mematuhi arahan dan tidan dapat menghabiskan sesuatu
tugas. Jika boleh pun biasanya mengambil masa yang lama, ini termasuk
makan, mandi dan memakai pakaian
Sukar menguruskan tugas dan aktiviti
Selalu mengelak, tidak suka atau tidak mahu melakukan kerja yang
memerlukan otak untuk berfikir
Kerap hilang barang
Tumpuan mudah terganggu dengan persekitaran
Pelupa
Menghadapi masalah dalam membaca, mengeja dan mengira
3.1.2 Tanda hiperaktif
Kanak-kanak yang berkelakuan seperti suka berlari-lari, memanjat perabot,
sukar duduk diam dan seolah-olah ada kuasa yang menyebabkan dia tidak boleh
berdiam diri juga tergolong sebagai kanak-kanak hiperaktif.
Tidak boleh duduk diam dan jika duduk tangan atau kaki bergerak digoyang-
goyangkan
Sering meninggalkan tempat duduk dalam bilik darjah
Berlari atau memanjat yang keterlaluan
Sukar bermain sendiri
5
-
8/4/2019 abe lom..pengenalan
6/23
-
8/4/2019 abe lom..pengenalan
7/23
Mereka sentiasa lasak, ke sana sini tidak menentu dan pergerakan sukar
dikawal. Kanak-kanak terbabit juga didapati sukar untuk mendisiplinkan diri
mereka kerana apabila diminta berbuat sesuatu, mereka sukar mematuhi
arahan. Malah, jika dinasihatkan supaya berbuat sesuatu, mereka tidak
mengendahkan arahan dan terus menunjukkan sikap aktif mereka. Apabila
dihantar ke sekolah, kanak-kanak itu tidak menunjukkan minat terhadap
pelajaran kerana mereka kurang memberi tumpuan dan perhatian ketika guru
mengajar. Kanak-kanak itu juga memperlihatkan pelbagai masalah seperti
lambat bercakap, sukar dilatih untuk berdikari atau mengenali keadaan
berbahaya.
3.2.1 Peringkat awal kanak-kanak
Ciri-ciri ADHD
mempunyai tahap aktiviti yang lasak
bercakap tidak berhenti- henti
sukar memberikan tumpuan
sukar bermain secara senyap atau diam
impulsif dan mudah terganggu
berpencapaian rendah dalam akdemik
3.2.2 Peringkat pertengahan tahun
Ciri-ciri ADHD
resah yang keterlaluan
sukar duduk di tempat
lalai dalam kerja-tidak ikut arahan
pencapaian yang rendah dalam akdemik
7
-
8/4/2019 abe lom..pengenalan
8/23
gagal membuat tugasan yang diberi
3.3 Peringkat di sekolah menengah
Bagi penyakit remaja, semua faktor ini menyebabkan mereka lebih rapat dengan
kawan dan cenderung mengabaikan keluarga, terutama ibu bapa yang sering
memahari mereka. Ia juga dianggap antara faktor yang boleh menyebabkan
remaja ADHD atau ADD lari dari rumah. Kira-kira 30 hingga 40 peratus remaja
ADHD keciciran pelajaran dan hanya lima hingga 10 peratus berjaya belajar ke
peringkat tinggi.
Remaja ADHD juga menunjukkan suka berlengah, melawan guru, terbabit dalamaktiviti seks dan hamil pada usia yang begitu muda. Apabila bekerja, 70 hingga
80 peratus sukar menunjukkan prestasi kerja yang diharapkan dan ramai tidak
mendapat kenaikan pangkat walaupun bekerja berpuluh tahun lamanya. Jika
berniaga, isteri yang akan menguruskan hal ehwal perniagaan.
Kira-kira 40 hingga 50 peratus individu dewasa ADHD mengamalkan hidup anti
sosial. Mereka lebih cenderung terbabit dalam kemalangan kerana tidak sabar
dan suka ADHD pada orang dewasa memiliki penyebab yang sama dengan
ADHD pada anak-anak, iaitu
Berubahnya fungsi dan anatomi otak untuk sementara penyebab pasti dari
ADHD masih menjadi misteri. Pengamatan terhadap otak mengungkapkan
perbedaan penting pada struktur dan aktifitas otak pada orang normal dan orang
dengan ADHD. Sebagai contoh, berkurangnya aktifitas pada area di otak yang
mengontrol aktifitas dan perhatian.
3.4 Peringkat remaja
Ciri-ciri ADHD
tidak boleh duduk diam dan rasa gelisah
8
-
8/4/2019 abe lom..pengenalan
9/23
sukar melibatkan diri dalam apa jua aktiviti
sering pelupa dan tidak dapat menumpukan perhatian
tidak sabar dalam pekerjaan
sering melibatkan diri dalam aktiviti berbahaya
mempunyai pencapaian yang rendah dalam akademik
3.5 Cara rawatan
ADHD tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal. Caranya dengan bantuan ibu
bapa dan orang sekeliling. Rawatan ADHD juga dikatakan lebih baik dengan
gabungan perubatan dan terapi. Amat penting menetapkan rawatan terapi yang
spesifik dan sesuai untuk kanak-kanak ini. Susulan rawatan yang sistematik
sangat membantu kembali normal. Segala maklumat perkembangan mereka
boleh didapati melalui ibu bapa, guru dan kanak-kanak itu sendiri.
Masalah kanak-kanak yang menghidap ADHD adalah rumit dan memerlukan
kesabaran yang tinggi dalam merawat mereka. Perawatan alternatif semakin
menjadi perhatian, termasuk makanan tambahan dan herba, manipulasi
kiropratik dan perubahan diet. Walaupun memakan serat dan nutrisi asas lain
adalah baik dalam proses merawat ADHD, tidak banyak kajian
mengesahkannya. Bagaimanapun tidur yang cukup terbukti dapat membantu
mengurangkan simptom ADHD.
Kanak-kanak ini mungkin diberikan terapi tambahan bergantung kepada simptom
dan apa yang diperlukan mereka. Ibu bapa perlu selalu berwaspada terhadap
setiap tindakan yang boleh membahayakan diri kanak-kanak itu. Beritahu doktor
jika ada sebarang perubahan yang berlaku.
Ubat stimulan turut digunakan untuk merawat ADHD, tetapi tidak bermakna akan
pulih sepenuhnya. Ubat stimulan membantu kanak-kanak ADHD menjadi tenang,
dapat menumpukan perhatian dan kurang bertindak mengikut gerak hati. Pada
jangka masa berkesanan ubat stimulan, tumpuan perhatian kanak-kanak akan
9
-
8/4/2019 abe lom..pengenalan
10/23
bertambah untuk belajar dan menjalani latihan-latihan kemahiran yang baru.
Kanak-kanak juga dapat belajar menjalin hubungan yang baik dengan orang lain,
berfikir dengan jelas, boleh memahami pelajaran dengan lebih baik dan mampu
mengawal diri sendiri.
Ubat stimulan yang utama untuk merawat ADHD adalah methylphenidate yang
dijual di bawah nama dagang Ritalin. Kesan ubat dijangka bermula dalam masa
30-60 minit dan keberkesanan ubat ini akan luput selepas 3-4 jam. Seorang
kanak-kanak mungkin memerlukan antara dua hingga tiga dos pada setiap hari
untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Kesan sampingan yang biasa berlaku bagi methyphenidate adalah tidak boleh
tidur dan kurang selera makan. Kesan sampingan yang jarang berlaku adalah
sakit kepala, pitam atau mengantuk, sakit perut dan biasanya semua ini dirasai
apabila dos ubat semakin luput. Apabila kanak-kanak tersebut tidak aktif atau
terlalu diam, ini menunjukkan dos yang diambil terlalu tinggi dan perlu
dikurangkan.
Ubat stimulan adalah tidak memadai untuk merawat ADHD. Rawatan untuk
ADHD perlu diselitkan dengan program psikologi, sosial dan pendidikan yang
boleh membantu kanak-kanak mempelajari kemahiran baru, sikap dan tingkah
laku yang seharusnya untuk mereka mengatasi tuntutan hidup.
Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini dan
membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk ADHD yang
digunakan dalam jangkamasa panjang adalah diketahui selamat untuk
digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Ubat yang
biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan sampingan yang biasa
berlaku ialah hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan
10
-
8/4/2019 abe lom..pengenalan
11/23
tidur.Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan
kesan sampingannya perlu dipantau.
Rajah 3.4 Ubat Stimulan
Namun begitu, sebelum merawat seseorang pesakit ADHD amatlah penting
untuk seseorang itu mengetahui cara mengenalpasti ADHD. Antara cara yang
boleh dilakukan ialah dengan menjalankan:
3.5.1 Rujukan Awal
Ibu bapa membawa anak berjumpa doktor pakar diagnostik atau ahli
psikologi.
Guru juga boleh memainkan peranan dengan mengenalpasti masalah murid
tersebut dan memberitahu ibu bapa. Penilaian
Untuk mengenalpasti kanak-kanak mempunyai tanda-tanda ADHD tidakboleh bergantung kepada satu ujian sahaja. Maklumat perlu dikumpulkan
daripada ibu bapa, ahli-ahli perubatan yang pernah merawat kanak kanak,
ahli keluarga dan guru. Antara penilaian yang dibuat :
3.5.2 Penilaian Perubatan11
-
8/4/2019 abe lom..pengenalan
12/23
melakukan ujian penglihatan, pendengaran dan pemeriksaan fizikal yang
teliti.
melihat sejarah perkembangan kanak-kanak, keadaan ibu semasa
mengandungkan kanak-kanak tersebut.
pendapat kanak-kanak tentang persepsinya terhadap masalah yang dihadapi.
3.5.3 Ujian Pencapaian Berterusan (Continuous Performance Test)
direka bagi memerlukan kanak-kanak mengekalkan tumpuan untuk
menjawab item-item ujian tersebut.
Antara ujian yang dijalankan adalah Integrated Visual and Auditory
Continuous Test (IVA)Test of Variables of Attention Continuous
Performance.
3.5.4 Penilaian Ibu Bapa
maklumat berharga yang diberi oleh ibu bapa, apabila anak mereka diuji
untuk ADHD kepada doctor atau guru.
Ibu bapa perlu menjawab senarai semak Conners Parent Rating Scale-
Revised dan Child Behaviour Checklist for Ages 4-18, Parent Form.
3.5.5 Penilaian Guru dan Sekolah
murid banyak meluangkan masanya bersama guru berbanding ibu bapa dan
ahli keluarga yang lain.
Guru pula mempunyai peluang untuk lebih mengenali dan mendapatkan
maklumat daripada murid tersebut.
12
-
8/4/2019 abe lom..pengenalan
13/23
Guru perlu melihat bagaimana murid tersebut berperanan dalam
persekitaran sekolah.
Guru juga perlu menjawab penilaian skala tingkah laku seperti Conners
Teacher Rating Scale-Revised.
4.0 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
4.1 Pengubahsuaian : alatan, kawasan/tempat, peraturan
Untuk mengajar PJ bagi kanak-kanak yang mempunyai penyakit ADHD, pelbagai
aspek keselamatan perlu diambil kira. Antaranya ialah dari segi aspek alatan, kawasan
atau tempat permainan dan peraturan permainan itu sendiri. Jika aspek-aspek ini tidak
diberi perhatian yang penuh, maka kemalangan boleh sahaja berlaku disebabkan
kanak-kanak ADHD tidak dapat memberi tumpuan dan mudah hilang fokus terhadap
sebarang aktiviti.
1. Pilih tempat / persekitaran yang kondusif
Mulakan dengan hiasan yang kondusif, sperti meletakkan tikar getah atau
jika di padang di kawasan yang selamat dan letakkan tali sebagai
penanda kawasan tersebut, meminimakan gangguan bunyi dan visual
13
-
8/4/2019 abe lom..pengenalan
14/23
seperti kereta atau motosikal yang lalu lalang. Berikan mereka rasa selesa
untuk bermain.
Pastikan penyediaan bilik tidak mempunyai banyak rangsangan yang
boleh mengalih tumpuan mereka seperti alat-alat audio dan visual, mobil,
dan hiasan dinding sekiranya berada di dalam bilik darjah untuk bermain.
2. Pilih masa yang sesuai untuk bermain
Pilih masa yang sesuai bukan ketika mereka letih, kurang tidur dan
sebelum waktu makan sebaliknya pilihlah masa segar mereka. Semasa
bermain, apabila kanak-kanak ini kelihatan bosan dan letih, usah paksa
mereka untuk meneruskannya. Ambil masa selang 5 minit misalnya dan
menambah tempoh tersebut. Cara ini bukan sahaja menimbulkan minat
bermain mereka namun juga memanjangkan tumpuan mereka untuk
selesai aktiviti bermain mereka.
3. Alat Bantu Mengajar Yang Pelbagai
Mulakan dengan alat bantu mengajar yang mudah dan yang menarik
minat mereka dan secara beransur-ansur menambah mana yang perlu
mengikut perkembangan kognitif mereka.
Gunakan bahasa yang mudah dan ringkas sekiranya memerlukan guru
bercerita memberi gambaran yang berfokus agar mereka dapat
memberikan reaksi dan respon terhadap situasi tersebut.
14
-
8/4/2019 abe lom..pengenalan
15/23
Rajah 4.1
4.2 Program PJ untuk murid ADHD
Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas
Meskipun acara sukan berbeza dengan pembelajaran PJ namun secara
tidak langsung minat untuk melakukan aktiviti PJ dapat dipupuk sediki
demi sedikit lantas menyebabkan mereka bersungguh untuk mewakili
sekolah. Jika mereka banyak didedahkan dengan karnival seperti ini maka
mereka akan lebih berminat setiap kali kelas PJ dijalankan. Mereka tidak
lagi kekok untuk melakukan aktiviti apa saja yang berkaitan dengan PJ.
4.3 Permainan yang sesuai
1. Berlari keliling
Murid-murid akan berlari bebas dalam ruang yang telah disediakan.
Apabila guru mengetuk gendang atau meja, murid akan berhenti berlari
dan terus meniarap.
Aktiviti ini akan diselangi dengan muzik dan ketika meniarap muzik akan
dihentikan.
Aktiviti boleh diubahsuai dengan lari bebas ditukarkan dengan lari
mengundur, atau melompat dan merayap.
2. Tuju kon
Murid-murid dikehendaki membaling bola getah kepada kon yang telahdisediakan.
Kemudian mereka akan berlari sebaik sahaja bola mengenai kon tersebut.
Kon hendaklah jatuh terlebih dahulu barulah mereka boleh melarikan diri.
15
-
8/4/2019 abe lom..pengenalan
16/23
5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PENDEKATAN P&P
Akibat daripada tingkahlaku yang berbeza ditunjukkan oleh kanak-kanak ADHD akan
menyebabkan terganggu proses P&P dan secara tidak langsung mengganggu kanak-
kanak lain untuk belajar . Guru perlulah memberi lebih perhatian kepada kanak-kanak
ADHD semasa rutin kelas harian. Amalan pendidikan untuk kanak-kanak ADHD
perlukan sokongan moral dari peringkat awal daripada ibu bapa, guru, sokongan
persekitaran, tingkah laku dan proses P&P.
Pengetahuan yang luas dalam ADHD untuk membolehkan P&P dilaksanakan dengan
berkesan. Cadangan penambaikan yang boleh dilakukan di sini ialah lebih berpusatkan
kepada tindakan guru. Antaranya ialah seperti:
beri murid-murid maklum balas dengan serta merta dan kerap.
hendaklah sentiasa tetap dengan keputusan atau tindakan.
Lebih banyak bertindak, bukannya bercakap.
Guru perlu bekerjasama dengan ibu bapa bagi salurkan maklumat-maklumat
penting tentang anak mereka bagi menyusun strategi P&P.
Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak
tersebut memberi perhatian dan memahaminya.
16
-
8/4/2019 abe lom..pengenalan
17/23
Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan
menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh:
tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di
tempat yang betul.
Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang
baik. Cara ini adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak
berkelakuan dengan lebih baik.
Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa
yang berlaku setiap hari.
Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan
senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.
Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan
menitik beratkan pada kelemahannya sahaja.
Cadangan lain yang boleh ditambahbaikan ialah dengan menitikberatkan aspek
persekitaran dalam suasana pembelajaran murid-murid ADHD. Sokongan
persekitaran ini amatlah penting bagi membantu proses P&P agar berjalan
dengan lancar tanpa gangguan yang maksima daripada murid tersebut. Kanak-
kanak ADHD boleh belajar sekiranya dibantu oleh sokongan persekitaran berikut
: Susunan kelas yang bebas daripada gangguan tumpuan perhatian.
Menetapkan peraturan kelas yang jelas dan membincangkan jangkaan yang
diharapkan.
Menyediakan dan mematuhi rutin harian kelas dan mengingatkannya sekiranya
terdapat sebarang perubahan.
Menyusun pembelajaran dengan menjadikan proses pembelajaran lebih aktif.
17
-
8/4/2019 abe lom..pengenalan
18/23
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya. kanak-kanak ADHD boleh dididik dan berpotensi berkembang seperti
kanak-kanak lain. Kualiti pendidikan di rumah amat penting dalam menentukan tahap
pencapaiannya di sekolah. Kecelaruan tingkah laku perlu dapat diatasi melalui proses
pendidikan yang sesuai dengan ADHD dan bersistematik.
Mereka ini tiada tanda-tanda fizikal yang boleh kita lihat namun begitu apabila tanda-
tanda atau simptom yang ada, kita boleh mengkategorikan mereka sebagai ADHD.
Keupayaan fizikal mereka juga seperti kanak-kanak biasa namun hanya aspek kognitif
yang menjadi masalah. Jadi seharusnya mereka masih lagi mempunyai masa depan
yang cerah untuk kembali normal seperti kanak-kanak lain.
Jadi berkaitan dengan proses P & P dalam Pendidikan Jasmani ( PJ ), guru perlulah
membimbing mereka dari awal sehingga habis sesuatu aktiviti kerana dari situlah
mereka berupaya belajar bagaimana untuk menumpukan perhatian ketika melakukan
aktiviti. Sebaiknya masa PJ harus digunakan sebaik mungkin dan tidak hanya
mengasingkan mereka dalam bilik-bilik resos.
Oleh hal yang demikian, ibu bapa dan guru perlu bekerjasama dan saling mempunyaipengetahuan tentang ADHD dalam merancang program pendidikan dan kerjaya kanak-
kanak ADHD kelak. Sesungguhnya mereka ini masih lagi mempunyai harapan dan
masa depan yang agak cerah jika diberi bimbingan yang sepatutnya oleh guru.
18
-
8/4/2019 abe lom..pengenalan
19/23
7.0 REFLEKSI
Muhammad Ikram Bin Karim
880219-09-5189
Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana telah
selesai menyiapkan tugasan ini dengan jayanya walaupun terdapat banyak rintangan
yang harus dilalui. Semua pensyarah di Jabatan Pendidikan Jasmani juga banyak
memberi bantuan dan dorongan terutamanya Encik Othman Bin Che Man selaku
pensyarah penyelaras bagi subjek ini.
Berdasarkan keseluruhan tugasan ini, saya berpendapat bahawa tugasan ini
memberi banyak pengetahuan dengan input-input yang berguna. Antara yang paling
penting ialah bagaimana ingin melaksanakan aktiviti PJ apabila berhadapan dengan
murid-murid yang menghadapi penyakit ADHD. Jika sebelum ini saya sudah selalu
melihat pengajaran PJ dilakukan dengan biasa namun dengan tugasan ini juga saya
dapat melihat dengan lebih jelas jika seseorang itu menghadapi pembelajaran seperti
ADHD.
Perasaan saya ketika menyiapkan tugasan ini bercampur baur. Ada ketikanya
berasa gembira kerana bahan-bahan yang diterima menggalakkan dan ada ketikanya
tekanan memuncak kerana kekangan masa. Namun saya tekadkan diri untuk berusaha
bersungguh-sungguh ke arah menyiapkan tugasan ini. Inilah kemanisan yang diperolehapabila berjaya menyiapkan sesuatu tugasan setelah berusaha sebaik mungkin.
Konklusinya, tugasan ini sebenarnya memberikan seribu faedah kepada semua
guru pelatih dan bukan membebankan. Hal ini kerana semua guru pelatih sekarang
dalam proses pembelajaran lagi sebelum menjadi seorang guru yang terlatih. Akhir
19
-
8/4/2019 abe lom..pengenalan
20/23
sekali saya berharap segala maklumat dalam tugasan saya memenuhi kriteria-kriteria
yang dikehendaki kerana saya telah berusaha bersungguh-sungguh dalam menyiapkan
tugasan ini dan menjadi penanda aras pencapaian dan kemajuan saya.
Azlan Bin Ismail
880730-03-5343
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga
kerana berjaya menyiapkan tugasan pada kali ini. Setelah menghasilkan tugasan ini,
saya telah mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan baru dalam Pendidikan Jasmani
Suaian hanya diperkenalkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ini.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya banyak menimba pengetahuan tentang
pelbagai input mengenai topik tugasan iaitu Attention Deficit Hyperactive Disorder
(ADHD) terutamanya dalam mengingatkan kembali tentang apa yang saya pelajari
semasa kuliah.
Tugasan yang berkaitan dengan penulisan berkaitan penyakit ini merupakan
suatu cabaran bagi saya. Ini adalah kerana saya berhadapan dengan pelbagai
kekangan dan kesukaran dalam proses menghasilkannya mengikut format yang betul.
Saya telah mencari maklumat dengan melayari internet, mendapatkan sumber daripada
perpustakaan dan juga berbincang dengan rakan sekelas. Dalam proses ini, saya telah
memperoleh ilmu dalam beberapa aspek terutamanya berkaitan dengan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran dari segi pengubahsuaian alatan, kawasan serta
peraturan bagi membolehkan golongan murid sebegini dapat menjalani rutin seperti
murid lain. Ini merupakan persediaan awal serta pengalaman pertama sebelum
menghadapi suasana di sekolah sebenar seandainya berhadapan dengan situasi
sebegini.
Sebagai bakal guru, insyaAllah saya mampu untuk memberikan tunjuk ajar
berdasarkan apa yang saya pelajari sekarang. Sesungguhnya, tanggungjawab atau
amanah yang dipikul oeh seorang guru bukanlah mudah kerana guru bidang kerjanya
20
-
8/4/2019 abe lom..pengenalan
21/23
tidak semata-mata tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran sahaja, malah
meliputi pelbagai aspek lain.
Akhir kata dari saya, tugasan ini banyak memberi pengalaman baru dalam pelbagai
aspek. Sesungguhnya pengalaman dan pengetahuan sebegini sukar dicari jika tidak
diterokai untuk mengetahui serta mempelajarinya.
21
-
8/4/2019 abe lom..pengenalan
22/23
8.0 BIBLIOGRAFI
Abdul Hafidz Hj Omar, Hussain Ayon & Zalawati Sufian (2004), Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan: Buku Panduan Guru , Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur.
Atas talian http://en.wikipedia.org/wiki/Attention-deficit_hyperactivity_disorder
Dilmuat turun pada 28 September 2010.
Helen Ten Hong Beng (1992), Pengajaran Pendidikan Jasmani Kanak-Kanak,
Fajar Bakti Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
Shamsudin Bin mohd Sharif, Shahrizad Binti Yusof, Mohd Sofian bin Omar Fauzee
(2005), Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Dewan Bahasa Dan
Pustaka. Melaka
Teng Boon Tong (1984), Pendidikan Jasmani di Sekolah Rendah Edisi Kedua,Longman Malaysia Sdn. Bhd. Selangor.
22
http://en.wikipedia.org/wiki/Attention-deficit_hyperactivity_disorderhttp://en.wikipedia.org/wiki/Attention-deficit_hyperactivity_disorder -
8/4/2019 abe lom..pengenalan
23/23
LAMPIRAN A
23