88361190 contoh-laporan-dokumentasi-sukan-tahunan
TRANSCRIPT
LAPORAN DOKUMENTASI
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN
KALI KE-39 (KOT-39)
TARIKH: 28 FEBUARI 2009 MASA: 8.00 PAGI
TEMPAT: PADANG PULAPOL DISEDIAKAN OLEH:
MOHD NOR BIN MAT SALLEH
S M K . T I N G G I S E T A P A K
2
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-39 (KOT-39)
MOHD NOR BIN MAT SALLEH, NORSHAMSIZAR BT. ABD. JALIL, MUHAMMAD RAFIS(3S1)
LAPORAN LENGKAP
Pada hari Sabtu, 28 febuari 2009 yang lepas SMK. Tinggi Setapak telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-39 di Padang PULAPOL. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Komandan Pentadbiran PULAPOL, Pemangku Supp. Zainal b. Abd. Aziz. Sebanyak 7 jenis acara trek peringkat akhir telah dipertandingkan dan setiap acara dipecahkan kepada 4 kategori iaitu lelaki A, lelaki B, lelaki C dan perempuan A. Acara sukantara, akhir padang, tarik tali dan raptai telah diadakan pada hari-hari sebelumnya di padang sekolah.
Peserta berkumpul dan bersedia untuk perbarisan seawal jam 7.15 pagi di padang PULAPOL. Ketibaan tetamu khas disambut dengan sungguh meriah dan diiringi oleh paluan kompang dan bunga manggar. Pada jam 7.50 pagi acara 1500 meter akhir telah dimulakan dan diikuti acara perbarisan lintas hormat pada jam 8.00 pagi. Pasukan-pasukan unit berunifom kelihatan segak manakala pasukan-pasukan rumah sukan sungguh bersemangat pada hari tersebut. Semua peserta perbarisan berkumpul di tengah padang mengikut pasukan masing-masing untuk bacaan ikrar sukan. Seterusnya bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mustafa Kamal Bin Mohd Nor dan ucapan aluan oleh En. Maslan Bin Buniran, pengetua SMK. Tinggi Setapak. Selepas ucapan perasmian oleh Pemangku Supp. Zainal Bin Abd. Aziz, diadakan majlis penyampaian pingat untuk acara 1500 meter dan MSSKL yang lepas. Para tetamu kehormat kemudianya dihidangkan jamuan di tempat khas.
Pada jam 8.30 pagi acara 400 meter akhir diadakan bermula dengan kategori perempuan A, lelaki C, lelaki A dan lelaki B. Pada jam 9.00 pagi acara 100 meter akhir dimulakan untuk semua kategori. Acara 100 meter merupakan acara yang paling mendapat tumpuan dan pemenang tempat pertama bagi setiap kategori akan dinobatkan sebagai Raja Pecut. Pada jam 9.30 pagi hadirin dihiburkan dengan persembahan silat sebelum acara 800 meter lelaki A dan lelaki B pada jam 9.50 pagi. Sukan diteruskan lagi dengan acara 200 meter akhir untuk semua katogori dan diikuti persembahan pancaragam ‘Scottish Bagpipe’ pada jam 10.30 pagi. Persembahan ini mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin. Selepas persembahan diadakan acara 4x400 meter akhir lelaki A dan B pada jam 10.50 pagi. Diikuti 4x100 meter akhir lelaki A, lelaki B, lelaki C, dan perempuan A sehingga jam 11.45 pagi.
Acara pegawai juga diadakan bagi memeriahkan suasana sementara menunggu keputusan rasmi kejohanan. Acara yang terbuka kepada semua guru dan ibu-bapa ini memerlukan mereka berlari sejauh 10 meter, mengutip sebiji gula-gula di atas padang dan terus berlari mendapatkan pengurus kejohanan, En. Selvaratnam a/l Navaratnam yang berada 10 meter di hadapan.
SILA RUJUK KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN, LAPORAN BERGAMBAR DAN LAMPIRAN YANG DISEDIAKAN.
Yang Menjalankan Tugas,
………………………….
Mohd Nor Bin Mat Salleh
3
KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN
PENCAPAIAN RUMAH SUKAN MARKAH KESELURUHAN
JOHAN WIRA 1576
NAIB JOHAN SATRIA 1410
KE-3 WAJA 1360
KE-4 PUTRA 1246
OLAHRAGAWAN/OLAHRAGAWATI
Olahragawan Lelaki A – Darvin Raj a/l Subramanian (WIRA)
Olahragawati Perempuan A – Noor Syazwani (SATRIA)
Olahragawan Lelaki B – Hisham Bin Alias (WAJA)
Olahragawan Lelaki C – Mohd Hafizie (WIRA)
REKOD BARU
Lompat Tinggi Lelaki A - Darvin Raj a/l Subramaniam, 1.85 m.
PERBARISAN LINTAS HORMAT
PENCAPAIAN RUMAH SUKAN BADAN BERUNIFORM
JOHAN SATRIA KADET POLIS
NAIB JOHAN PUTRA PKBM
KETIGA WIRA PENGAWAS SEKOLAH
ACARA PEGAWAI
Johan – En. Fathil (Suami Cikgu Azizah Abd. Latif)
Naib Johan – En. Abd. Halim Ismail (Guru Projek Bola Sepak)
Ketiga – En. Anuar (NYDP. PIBG, Pegawai Tentera Laut)
4
LAPORAN BERGAMBAR
Sukantara dan acara akhir padang.
5
Lontar peluru dan merejam lembing
6
Tarik tali
7
Raptai
8
Ketibaan tetamu kehormat disambut dengan paluan kompang
9
Perbarisan lintas hormat dan bacaan ikrar sukan.
10
Bacaan doa dan ucapan aluan.
11
Ucapan perasmian dan cenderamata perasmi.
12
Penyampaian pingat dan jamuan VIP.
13
Acara 100 meter lelaki B dan 100 meter perempuan A.
14
Pegawai kejohanan sedang bertugas dengan penuh dedikasi. Persembahan silat.(bawah)
15
800 meter lelaki B dan 200 meter lelaki lelaki A.
16
Persembahan pancaragam “Scottish Bagpipe”.
17
4 x 100 meter perempuan A dan acara pegawai.
18
Keputusan acara pegawai diberikan kepada juruacara majlis.
19
Piala, pingat, sijil dan hadiah.
20
Wajah-wajah gembira para pemenang.
21
Tahniah !...pelajar dan guru rumah Wira sedang meraikan kejayaan mereka sebagai JOHAN KOT-39.
22
Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan KOT-39.
Khemah Rumah Sukan Yang Ceria Dan Berwarna-
warni.
23
MohdRafis,
3S1
Sekian, terima kasih…
LAMPIRAN
Lampiran terdiri daripada buku aturcara, borang pemarkahan, keputusan acara perbarisan, skrip KOT-39, susunan upacara penyampaian hadiah, senarai pemenang acara akhir padang, senarai peserta acara larian akhir dan nama pemenang kejohanan olahraga MSSKL.
Penulis ditugaskan sebagai ketua Jawatankuasa Fotografi dan Dokumentasi bersama Pn. Norshamsizar Bt. Abd. Jalil telah dibantu oleh Mohd Rafis (bawah)