7 asas makroekonomi dan penentuan pendapatan negara
TRANSCRIPT
BAB 7
ASAS MAKROEKONOMI DAN PENENTUAN
PENDAPATAN NEGARA
KANDUNGAN BAB
7.1 MIKROEKONOMI DAN MAKROEKONOMI7.2 MATLAMAT MAKROEKONOMI7.3 KONSEP-KONSEP ASAS MAKROEKONOMI
7.3.1 ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN7.3.2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN
AGREGAT
7.1 MAKROEKONOMI DAN MIKROEKONOMI
• Mikroekonomi menumpukan unit-unit kecil daripada keseluruhan kegiatan ekonomi, seperti gelagat pengguna dan pengeluar secara individu yang masing-masing ingin mencapai kepuasan dan keuntungan maksimum.
• Analisa dalam mikroekonomi diasaskan bahawa faktor-faktor pengeluaran yang dimiliki masyarakat adalah terbatas.
• Makroekonomi bersifat menyeluruh, mengkaji ekonomi secara aggregat seperti pendapatan dan perbelanjaan negara, pelaburan, guna tenaga dan sebagainya.
• Selain itu, faktor globalisasi yang melibatkan interaksi dengan negara-negara lain seperti hubungan dagangan, pertukaran asing turut dibincangkan dalam ekonomi makro.
7.2 MATLAMAT MAKROEKONOMI
• Pengkajian mengenai makroekonomi adalah penting bagi membantu pihak kerajaan atau pembuat dasar mencapai matlamat ekonomi yang berikut:(i) Guna tenaga penuh(ii) Kestabilan tingkat harga umum (inflasi rendah)(iii) Pertumbuhan perdagangan antarabangsa yang
pesat(iv) Pertumbuhan ekonomi yang dinamik
(i) Guna tenaga penuh:– Tingkat guna tenaga penuh tercapai apabila kadar
pengangguran kurang daripada 4%, iaitu hanya berlaku pengangguran geseran sahaja dalam ekonomi.
– Dalam keadaan ini, kegiatan ekonomi akan meningkat kerana faktor pengeluaran digunakan sepenuhnya.
– Keluaran negara meningkat seterusnya berlaku peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi.
– Antara dasar yang dijalankan kerajaan untuk meningkatkan peluang pekerjaan seterusnya mencapai guna tenaga penuh dan mengurangkan kemiskinan ialah Dasar Ekonomi Baru, Dasar Penswastaan, Dasar Pensyarikatan Malaysia.
(ii) Kestabilan tingkat harga umum:– Matlamat mencapai kestabilan tingkat harga umum
adalah usaha untuk memastikan kadar inflasi di peringkat yang rendah dan terkawal.
– Kestabilan tingkat harga umum bermakna ekonomi tidak menghadapi kejatuhan atau kenaikan harga melebihi 4% - kuasa beli pengguna menjadi lebih stabil – meningkatkan taraf hidup rakyat dan kebajikan masyarakat – kegiatan ekonomi berkembang dan berlaku kestabilan kadar bunga di pasaran.
– Jika berlaku peningkatan tingkat harga secara berterusan – kos hidup akan meningkat – menyulitkan kehidupan terutama rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.
(iii) Perdagangan antarabangsa (PAB):– PAB adalah satu cara membolehkan setiap
negara di dunia menikmati faedah perdagangan melalui pertukaran barangan dengan negara yang lain – ekonomi terbuka.
– Penglibatan dalam PAB membantu sesebuah negara mencapai tingkat pengeluaran yang tinggi disamping peningkatan kebajikan ekonomi yang lebih baik.
– Faedah PAB terbahagi tiga; faedah kepada pengguna, pengeluar dan negara.
(iv) Pertumbuhan ekonomi:
– Pertumbuhan ekonomi bermakna kegiatan ekonomi semakin meningkat.
– Ini akan meningkatkan peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran.
– Seterusnya, taraf hidup dan kebajikan masyarakat turut meningkat
– Pertumbuhan ekonomi boleh diukur berasaskan nilai KDNK.– Pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2010 = 7.2%, dan pada
tahun 2011, pertumbuhan KDNK dianggarkan antara 5 – 6%.
KDNK MALAYSIA 2007-2010
7.4 KONSEP-KONSEP ASAS MAKROEKONOMI
7.4.1 ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN• Aliran pusingan pendapatan (2 sektor)
menunjukkan aktiviti ekonomi yang melibatkan sektor isi rumah dan firma dalam pasaran buruh, barangan dan pasaran kewangan.
• Andaian: Tiada campur tangan sektor kerajaan dan sektor negara asing.
• Pasaran Buruh:– Isi rumah (penjual) menjual faktor pengeluaran kepada
firma.– Firma (pembeli) membayar gaji, upah, sewa dan untung
• Pasaran Barangan:– Firma (penjual) menggunakan faktor pengeluaran untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan dan terima untung dari penjualan barang dan perkhidmatan.
– Isi rumah (pembeli) membeli barang dan perkhidmatan dari firma dan selebihnya sebagai tabungan dan simpanan.
• Pasaran Kewangan:– Institusi kewangan wujud bagi menguruskan simpanan dari
isi rumah dan firma serta melaburkan wang tersebut bagi membolehkan aktiviti ekonomi berjalan baik.
PasaranBuruh
SektorFirma
Pasaran Kewangan
Sektor Isi Rumah
PasaranBarangan
Pembayaran gaji,upah,sewa dan untung
Pelaburan
Bayaran terhadap barang dan perkhidmatan
Membeli barang dan perkhidmatan
Penerimaan gaji,upah,sewa dan untung
Tabungan/simpanan
ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN DAN EKONOMI
7.4.2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN AGREGAT:• Permintaan agregat ialah permintaan barangan
dan perkhidmatan secara keseluruhan yang dilakukan oleh semua unit dalam sesebuah ekonomi.
• Ia menerangkan hubungan (negatif) antara kuantiti agregat barangan dan perkhidmatan yang dibeli pada harga tertentu yang ditetapkan.
• Penawaran agregat ialah jumlah keluaran yang dihasilkan oleh semua unit dalam sesebuah ekonomi .
• Ia menerangkan hubungan (positif) antara penawaran barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan pada suatu tingkat harga tertentu.
KELUK PERMINTAAN DAN PENAWARAN AGREGAT
Y (Keluaran Aggregat)
Tingkat Harga
AS0
AD0
P1
P0
P2
Y0
Lebihan AD
Lebihan AS
• Keseimbangan wujud apabila keluk AD bersilang dengan keluk AS• Tingkat harga P0 dan tingkat keluaran agregat Y0
merupakan titik keseimbangan.• Pada P1, tingkat harga lebih tinggi dari tingkat harga keseimbangan, menyebabkan berlaku lebihan penawaran.• Interaksi pasaran akan menyebabkan P1 jatuh sehingga mencapai keseimbangan pada P0.• Pada P2, tingkat harga lebih rendah dari tingkat harga keseimbangan, menyebabkan berlaku lebihan permintaan.•Interaksi pasaran akan menyebabkan P2 meningkat sehingga mencapai keseimbangan pada P0.
15