640831025926_641159_final

20
PENDIDIK AN DAN BAHASA JANUARI 2015 HBML 3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK NO. MATRIKULASI : 640831025926001 NO. KAD PENGNEALAN : 640831025926 NO. TELEFON : 013 3798843 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : PAHANG LEARNING CENTRE 0

Upload: ahmad-ash

Post on 17-Jan-2016

2 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

xc

TRANSCRIPT

Page 1: 640831025926_641159_final

PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2015

HBML 3303

PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

NO. MATRIKULASI : 640831025926001

NO. KAD PENGNEALAN : 640831025926

NO. TELEFON : 013 3798843

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PAHANG LEARNING CENTRE

0

Page 2: 640831025926_641159_final

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

1.0 Pengenalan …………………………………………………… 2 - 6

2.0 Rancangan Pengajaran Harian Aplikasi Teori Behaviorisme... 7 - 11

3.0 Kekuatan Dan Kelemahan Teori Behaviorisme ……………... 12 - 14

4.0 Rumusan ……………………………………………………... 15 - 16

Bibliografi ………………………………………………………... 17

1

Page 3: 640831025926_641159_final

1.0 PENGENALAN

Konsep Pemerolehan Bahasa

Tidak kira sama ada bahasa yang disampaikan itu dengan cara lisan mahupun simbol yang

dizahirkan dalam bentuk tulisan. Bahasa juga merupakan antara alat komunikasi yang berkesan

yang hanya akan berlaku apabila wujudnya penutur dan penerima bahasa tersebut.

Berdasarkan teori pemerolehan bahasa, bahasa mampu dikuasai oleh seseorang individu

secara berperingkat (Soenjono, 2003). Ini termasuklah ketika peringkat kanak-kanak yang masih

bayi sehingga meningkat ke alam dewasa yang mampu menuturkan kata-kata yang difahami oleh

masyarakat sekeliling. Hal ini berpunca daripada perkembangan otak yang sememang berlaku

bagi setiap manusia yang normal yang mana mereka sendiri telah mempelajari bahasa tersebut

secara tidak formal yang berlaku disekeliling individu tersebut. Ia termasuklah komunikasi

dalam keluarga mahupun masyarakat jiran yang berlaku sehari-hari mereka membesar.

Konsep Teori Behaviourisme

Berdasarkan apa yang telah dikaji oleh Ivan Pavlov yang menyatakan bahawa setiap rangsangan

akan menghasilkan gerak balas. Rangsangan yang dimaksudkan bukan sahaja dalam bentuk

tenaga yang dapat dilihat dengan mata kasar semata-mata, malah juga dapat berlaku dalam

pembelajaran seseorang. Seiring dengan konsep pemerolehan bahasa yang telah dijelaskan di

atas, sudah pasti individu yang duduk dalam sesebuah masyarakat atau keluarga mampu untuk

mempelajari bahasa yang digunakan oleh mereka bagi tujuan komunikasi.

Dalam pembelajaran pula, apabila guru memberikan arahan supaya murid mengambil

tempat masing-masing ketika guru masuk ke kelas, murid akan terlazim untuk bergegas ke

tempat duduk masing-masing apabila guru melangkah masuk ke kelas. Maka dapat dilihat di sini

bahawa arahan guru adalah sebagai rangsangan manakala tindakan murid ke tempat masing-

masing adalah gerak balas mereka sendiri yang telah terlazim. Hal ini dapat dijelaskan bahawa

pembelajaran telah berlaku ke atas setiap murid dalam kelas tersebut (Ahmad, 2006).

Sebagaimana Ivan Pavlov menyatakan bahawa setiap rangsangan akan menghasilkan gerak balas

dan gerak balas yang telah terlazim tersebut adalah pembelajaran.

2

Page 4: 640831025926_641159_final

Dalam kajian beliau, yang telah menggunakan anjing sebagai bahan uji kaji dengan

memerhatikan kelenjar air liur haiwan tersebut. Ini kerana beliau tahu bahawa anjing akan

mengeluarkan air liurnya apabila terdapat makanan di hadapan untuk dimakan (Todes, 2000).

Maka dengan itu Pavlov telah mewujudkan empat situasi yang berbeza terhadap anjing tersebut.

Antara situasi yang telah dijalankan sebagaimana yang disenaraikan dalam Jadual 1:

Situasi Rangsangan Gerak Balas Catatan

1 Makanan ditunjukkan

(RTT)

Anjing mengeluarkan air

liur (GTT)-

2 Loceng dibunyikan (RN) Anjing tidak menunjukkan

apa-apa respons-

3 Makanan diberikan

setelah loceng dibunyikan

(RTT)

Anjing mengeluarkan air

liur (RT)

Dilakukan secara

berulang kali

4 Loceng dibunyikan tanpa

diberi makanan (RT)

Anjing mengeluarkan air

liur (GT)-

Petunjuk:

* RTT : Rangsangan Tidak Terlazim

* RN: Rangsangan Neutral

* GTT : Gerak balas Tidak Terlazim

* RT : Rangsangan Terlazim

* GT : Gerak balas Terlazim

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Pavlov, dalam Situasi 1 apabila anjing diberikan

makanan (RTT) oleh itu ia menghasilkan tindak balas anjing akan mengeluarkan air liur (GTT).

Setelah itu, Pavlov telah mewujudkan situasi baru iaitu membunyikan loceng (RN). Ketika ini

anjing tidak memberi sebarang gerak balas mahupun mengeluarkan air liur sebagaimana yang

dilakukan dalam Situasi 2.

3

Page 5: 640831025926_641159_final

Dalam menjalankan eksperimen ini, Situasi 3 yang mana beliau telah memberi anjing makanan

(RTT) setelah mendengar bunyi loceng (RT) terlebih dahulu, anjing akan mengeluarkan air liur

akibat pemberian makanan dan situasi ini telah dilakukan secara berulang kali. Setelah itu,

Pavlov telah menjalankan Situasi 4 yang mana menjalankan rancangan terlazim iaitu

membunyikan loceng namun kali ini tanpa makanan. Namun begitu, secara tidak langsung anjing

telah memberikan respons dengan mengeluarkan air liur dari mulutnya (GT).

Melalui eksperimen ini telah membuktikan bagaimana cara untuk membentuk perilaku

anjing apabila mendengar bunyi loceng ia akan bertindak balas dengan mengeluarkan air liur

walau tanpa kehadiran makanan ditunjukkan kepada anjing tersebut.

Pada awalnya anjing tidak memberikan respons ketika mendengar bunyi loceng. Namun setelah

dilazimi dengan secara terus menerus diberikan rangsangan berupa bunyi loceng, maka dengan

secara tidak langsung anjing mengeluarkan air liur walau tanpa mewujudkan makanan. Walau

bagaimanapun, extinction atau penghapusan akan berlaku sekiranya loceng dibunyikan tanpa

makanan secara berulang kali.

Seterusnya kajian ini telah dikembangkan oleh tokoh Teori Behaviourisme yang seterusnya iaitu

B.F. Skinner (1938) yang telah menghasilkan buku yang Behavior of Organism. Skinner

merupakan pengikut kepada Ivan Pavlov dan mengambil keputusan untuk mengembangkan teori

ini yang mana beliau menyatakan bahawa teori ini mampu diaplikasikan di dalam kelas.

Antara pendapat Skinner yang telah dikembangkan adalah memberikan suasana yang kondusif

ketika melakukan aktiviti-aktiviti belajar. Sebagai contoh guru ataupun fasilitator melaksanakan

kegiatan membaca kepada aras yang senang dan menarik dengan menciptakan ruang baca yang

nyaman. Malah, kawasan ruang membaca tersebut juga dihiasi dengan warna dan gambar yang

menarik untuk menarik minat.

Selain itu, Skinner juga menyatakan pendapat beliau bahawa perlu membantu pelajar dalam

menyelesaikan sesuatu perkara secara bebas dan mudah. Lebih-lebih lagi perkara ini dituntut

ketika dalam situasi-situasi yang cemas atau menekan. Misalnya guru mendorong pelajar yang

pemalu untuk mengajar pelajar yang lain tentang cara memahami isi pelajaran.

4

Page 6: 640831025926_641159_final

Malah Skinner juga berpendapat bahawa guru hendaklah membantu pelajar untuk mengenal

sama ada perbezaan mahupun persamaan terhadap situasi-situasi sehingga mereka dapat

mengenal pasti dan menggeneralisasikan dengan mudah dan tepat. Sebagai contoh guru

melaksanakan meningkatkan keyakinan pelajar yang risau dalam menghadapi ujian. Melalui

kata-kata semangat yang diberikan ia mampu memberikan sebuah semangat baharu kepada

pelajar tersebut. Ini juga dikenali sebagai proses generalisasi.

Beralih kepada Edward Lee Thorndike yang telah menjalankan eksperimen lain namun masih

lagi di bawah teori ini. Bahan eksperimen yang digunakan oleh Thorndike adalah seekor kucing.

Beliau ingin menguji bahan uji kaji berkaitan hubungan rangsangan dan gerak balas melalui

sebuah proses yang sistematik (Dardjowidjojo, 2005).

Rajah 1 Uji kaji Teori Behaviourisme oleh Thorndike

5

Kucing lapar dimasukkan ke dalam sangkar yang dilengkapi dengan pembuka apabila disentuh.

Daging diletakkan di luar sangkar. Kucing gagal untuk keluar.

Kucing tidak sengaja menekan tombol. Kucing berjaya keluar.

Kucing dimasukkan semula. Masa yang diambil untuk keluar semakin cepat.

Page 7: 640831025926_641159_final

Berdasarkan carta aliran di atas bahawa kita lihat kucing yang telah digunakan oleh Thorndike

telah dizalimi dengan menjalankan perkara yang sama dengan hanya mengulangi aktiviti yang

sama. Pada awalnya, kucing yang lapar itu berusaha untuk mencari jalan keluar dengan berlaku

mundar-mandir dalam sangkar kerana ingin mencari jalan keluar untuk mendapatkan daging

yang diletakkan di luar. Bukan itu saja, pada ketika ini juga kucing telah gagal dalam

memastikan dirinya untuk dapat keluar.

Setelah mengambil masa yang lama, kucing tak semena-mena telah menekan tombol yang

merupakan kunci untuk membuka sangkar tersebut. Pada kali kedua kucing yang sma

dimasukkan ke dalam sangkar yang sama, namun kali ini, tempoh yang diambil oleh bahan uji

kaji mengambil masa yang lebih singkat berbanding dengan sebelumnya. Begitulah yang berlaku

seterusnya sehinggakan kucing berjaya mengeluarkan diri dengan mudah dan cepat.

Sebagaimana pendapat BF Skinner telah dihuraikan di atas, jelas bahawa teori ini sememangnya

sesuai dijalankan di dalam kelas. Malah, keberkesanan ini juga terjamin kerana ternyata sifat

manusia yang mampu untuk dibentuk dengan adanya rangsangan yang terlazim sehinggakan

dapat menghasilkan gerak balas yang positif.

Sesuai dengan hasil keputusan yang diperolehi daripada eksperimen Thorndike yang mana

menjelaskan bahawa seseorang itu mampu menjadi mahir dalam sesuatu kemahiran sekiranya ia

mengulangi dan melazimi dengan baik.

6

Page 8: 640831025926_641159_final

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN APLIKASI TEORI BEHAVIORISME

Tarikh : 9 April 2013

Masa : 10.00 pagi- 11.30 pagi ( 1 Jam 30 minit)

Bilangan Pelajar : 19 orang

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 3 Inovatif

Tema : Perpaduan

Tajuk : Masyarakat Majmuk di Malaysia

Fokus Utama :

3.2 Menulis huruf,suku kata, perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan betul dan

kemas.

3.2.6 Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk secara mekanis dengan betul dan kemas.

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat :

1. Melabelkan sekurang-kurangnya 3 daripada 4 jenis ayat tunggal dan ayat majmuk.

2. Menulis sekurang-kurangnya 3 daripada 4 ayat tunggal dengan betul.

3. Mencatat sekurang-kurangnya 3 daripada 4 ayat majmuk secara mekanis dengan kemas.

Sistem Bahasa : ayat tunggal dan ayat majmuk

7

Page 9: 640831025926_641159_final

Pengisian Kurikulum :

1. Ilmu : membezakan jenis ayat tunggal dan ayat majmuk

2. Nilai : kerajinan, keberanian, dan kebebasan

3. Peraturan Sosiobudaya : menggunakan kesantunan dan laras bahasa mengikut

keadaan

Kemahiran Bernilai Tambah :

1. Kecerdasan Pelbagai : verbal lingusitik, visual dan ruang

2. Kemahiran berfikir : membanding dan membezakan, mengelaskan

3. Belajar Cara Belajar : menulis dengan tulisan yang kemas

Konsep 5P :

1. Penggabungjalinan : kemahiran membaca dan menulis

2. Penyerapan : penyerapan subjek PSK di bawah tema ‘Malaysia

Negaraku’

3. Pemulihan : mencatat ayat tunggal dan ayat majmuk yang telah

disediakan

4. Penggayaan : membina 2 ayat majmuk dan ayat tunggal berdasarkan

kata hubung yang disediakan

5. Penilaian : murid menjawab latihan yang diberi

Pengetahuan Sedia Ada :

Murid mempunyai pengetahuan mengenai kata hubung

Alat Bantu Mengajar : kad teka-teki dan kad label

8

Page 10: 640831025926_641159_final

Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pembelajaran Catatan

Set Induksi

(5m)

10.00 –

10.05 pagi

Masyarakat

majmuk di

Malaysia

1. Murid diedarkan kad teka-teki.

2. Murid diminta untuk memadankan

kad teka-teki di papan putih.

3. Murid ditanyakan mengenai gambar

yang terhasil daripada kad teka-teki.

4. Murid diterangkan mengenai

pembelajaran hari ini.

ABM :

Kad teka-teki

KP :

Visual dan

ruang

KB :

Membanding

dan

membezakan

Nilai :

Keberanian

Langkah 1

(20 minit)

10.05 –

10.25 pagi

Mengenal pasti

ayat tunggal dan

ayat majmuk

1. Murid dijelaskan ayat tunggal dan

ayat majmuk.

2. Murid diperlihatkan contoh ayat

tunggal dan ayat majmuk oleh

guru dipapan putih.

3. Murid diminta untuk mengenal

pasti ayat tunggal dan ayat

majmuk dengan melabelkan

menggunakan bahan bantu

mengajar.

4. Murid membincangkan hasil

perbincangan bersama guru.

ABM :

Kad label

KP :

Verbal

lingustik

KB :

Mengelaskan

9

Page 11: 640831025926_641159_final

Nilai :

kebebasan

Langkah 2

(20 minit)

10.25 –

10.45 pagi

Menulis semula

ayat tunggal

1. Murid diminta menyalin aktiviti suai

dan padan yang ada di papan putih.

2. Murid diminta untuk menyelesaikan

aktiviti suai dan padan di papan

putih.

3. Murid diminta menyalin semula

jawapan yang telah dibincangkan

bagi membentuk ayat tunggal yang

sempurna.

KP :

Verbal

linguistik

BCB :

Menulis

dengan kemas

Nilai :

Keberanian

Langkah 3

(35 minit)

10.45 –

11.20

tengah hari

Menyalin semula

ayat majmuk

1. Murid diberikan latihan berkaitan

dengan ayat majmuk.

2. Murid diberi bimbingan oleh guru

dalam menyelesaikan latihan.

KP :

Verbal

linguistik

BCB :

Menulis

dengan kemas

Nilai :

10

Page 12: 640831025926_641159_final

Kerajinan

Penutup

(10 minit)

11.20 –

11.30

tengahari

1. Guru mengulas isi pelajaran pada

hari ini.

2. Guru memberi peneguhan positif.

3. Murid diberi kerja susulan.

11

Page 13: 640831025926_641159_final

3.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN TEORI BEHAVIORISME

Rajah 2 Kekuatan dan Kelemahan Teori Behaviourisme

Walaupun tugasan ini telah menjelaskan teori ini dengan sempurna, namun teori ini masih juga

seperti teori yang lain iaitu mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tidak dapat dielakkan.

Sebagaimana yang kita dapat lihat pada rajah 2, masing-masing mempunyai tiga isi yang akan

dihuraikan sebentar lagi.

12

Pembelajaran hanya perpusat pada guruPelajar hanya mendengarkan penjelasan guruPelajar kurang berkomunikasi dan pemikiran yang tidak mengembang

KELEMAHAN

Sesuai untuk memperoleh kemahiran yang memerlukan praktis dan latihanPemerolehan maklumat kemahiran yang diperolehi sangat terperinciMeningkatkan daya tumpuan pemikiran

KEKUATAN

Page 14: 640831025926_641159_final

Kita tumpukan kepada kelemahan yang dapat dikenal pasti dalam teori ini terlebih dahulu.

Seandainya pengajaran yang dijalankan menggunakan teori ini semata-mata, apa yang akan

berlaku adalah pembelajaran berpusatkan guru semata-mata. Hal ini dapat dijelaskan apabila

guru terpaksa memberi penerangan yang terperinci kepada mereka agar dapat mengetahui

sesuatu kemahiran tersebut dengan terperinci.

Pembelajaran yang berlaku menyebabkan murid mendapat maklumat dengan mudah dan tidak

memberi peluang kepada mereka untuk belajar dalam keadaan yang mencabar yang cabaran ini

dapat memberi pelaung kepada pelajar untuk berfikiran secara lebih jauh.

Malah, dengan cara pembelajaran ini juga telah mendorong pelajar belajar dalam keadaan yang

pasif dan bosan.

Seterusnya, rentetan pembelajaran yang berpusatkan guru ini mencetuskan bahawa murid perlu

mendengar penjelasan guru. Ternyata keadaan ini memerlukan pendengaran yang baik dari guru

apabila guru bertindak menyampaikan maklumat dalam keadaan komunikasi sehala semata-

mata. Ini kerana, dalam teori ini juga percaya bahawa melakukan apa yang didengar dan dilihat

mampu memberikan penghafalan yang baik. Walau bagaimanapun, ia masih lagi dalam konteks

tidak mencabar pelajar apatah lagi mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar.

Hasil daripada ini, maka komunikasi antara pelajar guru serta pelajar dengan pelajar sangat

kurang. Sedangkan, pembelajaran yang berkesan adalah dengan mewujudkan komunikasi dua

hala. Ia kerana dapat mengembangkan pemikiran penutur dan sentiasa memikirkan sesuatu

perkara baharu apabila soalan-soalan yang bermain dalam pemikiran penutur dapat dijawab

mahupun diselesaikan dengan baik. Secara tidak langsung pembelajaran melalui teori ini

sebenarnya menyekat daya imaginasi pelajar dari terus berkembang.

13

Page 15: 640831025926_641159_final

Kini kita beralih pula kepada kekuatan teori ini. Antara kekuatan yang dapat dibincangkan

adalah teori ini sangat sesuai bagi sesuatu kemahiran yang memerlukan praktis dan latihan.

Secara amnya, tidak semua kemahiran yang diajar guru dapat dikuasai secara total dengan cepat.

Oleh itu, latihan dan praktis harus dilakukan di bawah bimbingan guru. Sebagaimana yang kita

dapat pada eksperimen Thorndike yang menggunakan kucing manakala daging pula adalah

sebagai matlamat kucing tersebut. Sebagai contoh kemahiran mengukir kayu yang diajarkan

perlu dilakukan latihan dan praktis di bawah bimbingan yang lebih pakar. Tambahan lagi dengan

bimbingan yang secara berterusan ini dapat memastikan bahawa pelajar menguasai sesuatu

kemahiran itu dengan baik.

Selain itu, melalui teori ini juga berlakunya pemerolehan maklumat kemahiran yang sangat

terperinci. Hal ini merupakan antara kekuatan teori ini kerana apabila guru yang mengajar telah

tahu bentuk-bentuk rangsangan yang bersesuaian dan bertepatan untuk menguasai sesuatu

kemahiran dapat diaplikasikan kepada pelajar. Melalui cara ini, kemahiran tersebut pasti dapat

dihadam dengan baik oleh pelajar.

Dengan menggunakan teori ini dalam pembelajaran, ia secara tidak langsung sebenarnya

meningkatkan daya tumpuan pemikiran pelajar. Hal ini dapat kita huraikan apabila pelajar

diberikan tugasan untuk diselesaikan, pelajar tersebut akan menumpukan perhatian sepenuhnya

dalam proses penyempurnaan tugas. Ia berlaku adalah hasil daripada kemahiran serta tunjuk ajar

yang telah diberikan oleh guru dan mereka hanya menggunakan ilmu yang telah diberikan untuk

memenuhi tugasan tersebut. Ia sebenarnya telah meringankan pelajar tanpa harus memaksa

mereka mencari ilmu atau kemahiran sendiri. Maka dengan itu, apa yang mereka harus lakukan

adalah perlu menguasai dengan sebaik mungkin tanpa perlu mencari ilmu tersebut secara susah.

14

Page 16: 640831025926_641159_final

4.0 RUMUSAN

Berdasarkan penjelasan yang telah diberikan sepanjang tugasan ini, jelas kita dapat lihat bahawa

teori ini sebenarnya dilaksanakan menggunakan pembelajaran berpusatkan guru. Ini bertepatan

dengan kajian yang dijalankan oleh Ivan Pavlov sendiri yang mana belaiu melaksanakan

rangsangan terlazim kepada subjek kajian untuk mengajar sesuatu perkara. Begitu juga dengan

kajian yang dijalankan oleh Thorndike yang telah memasukkan semula subjek kajian beliau iaitu

seekor kucing ke dalam sangkar khas secara berulang-ulang kali. Kedua-dua kajian ini telah

menggunakan tenaga pengajar untuk melazimi subjek kajian atau memberi tunjuk ajar subjek

kajian dalam mendapatkan sesuatu kemahiran.

Tambahan pula, dengan pendapat BF Skinner yang menyatakan bahawa guru perlulah

menyediakan pelbagai kemudahan dan keselesaan pelajar dalam memperolehi ilmu, malah guru

juga perlu memainkan peranan dalam mendorong mereka mencapai serta menguasai kemahiran

itu. Pernyataan Skinner ternyata merupakan antara yang menjadi kekuatan teori ini bahawa

murid boleh memberikan daya tumpuan mereka terhadap pembelajaran serta kemahiran yang

diajar secara optimum. Sebagaimana yang telah dibincangkan, ia telah memudahkan murid untuk

menguasai kemahiran secara penuh tanpa membebankan mereka untuk mencari ilmu-ilmu lain

yang mengambil masa yang lama.

Tambahan lagi, apabila guru menggunakan teori ini untuk diaplikasikan dalam pembelajaran,

peniruan kemahiran itu adalah digalakkan kerana pelopor-pelopor teori ini berpegang kepada

peniruan secara positif dapat membantu seseorang individu menguasai kemahiran. Sebagaimana

yang telah dijelaskan dalam teori pemerolehan bahasa pada awal tugasan, bahawa kanak-kanak

yang baru lahir menggunakan teknik meniru cara pertuturan masyarakat sekeliling dalam

menguasai sesuatu bahasa (Shahabudin Hashim, 2006).

Walau bagaimanapun, sebagai seorang guru bahasa dan lebih-lebih lagi sebagai guru Bahasa

Melayu, penggunaan teori adalah berbalik kepada keperluan seseorang guru untuk mengajar

(Arshad, 2008). Seseorang guru itu perlu menilai kepentingan dan keperluan kemahiran tersebut

untuk dikuasai oleh murid mereka serta kemampuan mereka untuk menguasai kemahiran

berbahasa. Sebagai contoh, guru Bahasa Melayu yang mengajar Tatabahasa kepada murid perlu

mengajar mereka terlebih dahulu tentang isi-isi tatabahasa yang diajar. Kata sendi misalnya, guru

15

Page 17: 640831025926_641159_final

perlu menerangkan apakah jenis kata sendi yang ada dan bagaimanakah kata sendi tersebut dapat

digunakan dengan baik.

Setelah mereka mengenali kata sendi, maka guru akan memberikan latihan kepada mereka dalam

menambahkan lagi kefahaman kepada mereka disamping memastikan mereka dapat menguasai

kata sendi tersebut dengan lebih baik.

Manakala bagi kemahiran bertutur yang dijalankan pada setiap hari Isnin dalam Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) sejak tahun 2011 lagi, sudah tentu pelajar perlu menjalankan

aktiviti tersebut dengan sendiri kerana bertutur hanya dapat dipenuhi sekiranya pelajar sendiri

yang menuturkannya. Ketika ini, peranan guru hanyalah sebagai fasilitator yang mana juga

sebagai pemudah bicara. Maka dengan itu, pembelajaran yang dijalankan adalah berpusatkan

murid.

Apa yang dapat disimpulkan di sini bahawa teori Behaviourisme ini boleh digunakan oleh guru

dalam melaksanakan sesebuah Pembelajaran Dalam Pengajaran (PDP) sekiranya seseorang guru

itu dapat mengenalpasti jenis-jenis rangsangan serta keperluan yang penting dalam menguasai

sesuatu kemahiran meskipun teori ini sebahagian besar adalah pembelajaran berpusatkan guru

semata.

(2810 patah perkataan)

16

Page 18: 640831025926_641159_final

Bibliografi

Ahmad, M. S. (2006). Psikologi Kanak-Kanak. Selangor: PTS Professional Publishing.

Arshad, M. (2008). Bahasa Melayu - Strategi Perancangan dan Pelaksanaan . Kuala Lumpur :

Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Dardjowidjojo, S. (2005). Psikologistik: Pengantar Pemahaman Bahasa Manusia. Jakarta:

Yayasan Obor Indonesia.

Shahabudin Hashim, M. R. (2006). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional

Publishing Sdn. Bhd.

Skinner, B. (1938). The Behavior of Organisma. New York: Appleton Century Crofts.

Soenjono. (2003). Psikoliguistik. Didapatkan dari PTS Akademik:

https://books.google.com.my/books?

id=7sDMAgAAQBAJ&pg=PA231&dq=ivan+pavlov+kajian&hl=ms&sa=X&ei=ZAQFVZfZN5

aRuATs1oGoCQ&ved=0CEYQ6AEwBw#v=onepage&q&f=false

Todes, D. (2000). Ivan Pavlov- Exploring the Animal Machine. New York: Oxford University

Press, Inc.

17