613-1188-1-sm

8
PENGGUNAAN BOLA RAGBI BERWARNA MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGHANTAR PERMAINAN RAGBI SENTUH TAHUN 5 SK IPG Oleh : Muhd Hanif bin Zakari, Mhd ‘Asri bin Ismail Jabatan Pendidikan Jasmani, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail [email protected] , [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat penggunaan bola ragbi berwarna meningkatkan kemahiran menghantar dalam permainan ragbi sentuh. Kajian ini melibatkan seramai 2 orang murid perempuan Tahun 5 Pintar Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail sebagai peserta kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian, analisis dokumen, temubual dan ujian amali. Ujian Amali Pra menggunakan borang penilaian kemahiran dilakukan sebelum peserta kajian menjalani intervensi. Peserta kajian telah menjalani tiga sesi intervensi menggunakan bola ragbi berwarna. Ujian Amali Pos pula dijalankan selepas sesi intervensi dengan menggunakan borang penilaian kemahiran yang sama.. Hasil perbandingan analisis Ujian Amali Pra dengan Ujian Amali Pos menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kemahiran menghantar bola ragbi bagi peserta kajian. Keputusan kajian telah menunjukkan bahawa intervensi berprinsipkan alat reka ganti berupaya meningkatkan kemahiran menghantar bola ragbi dalam kalangan murid-murid Tahun 5. Cadangan kajian masa depan juga ada disarankan. Kata kunci : bola ragbi berwarna, kemahiran menghantar, permainan ragbi sentuh REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Sepanjang menjalani praktikum fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, pengkaji mendapati murid perempuan Tahun 5 tidak berjaya menguasai kemahiran menghantar dalam permainan ragbi sentuh pada satu sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang telah dijalankan. Teknik dan lakuan untuk kemahiran tersebut diajar secara ansur maju namun murid masih gagal menguasainya menggunakan teknik dan lakuan yang betul. Melalui pemerhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani, masalah ini berlaku kerana teknik pegangan bola yang tidak betul. Mereka melakukan hantaran dengan memegang bola sebelah tangan pada bahagian tengah dan tidak menggunakan sebelah lagi tangan untuk memutarkan bola. Sepatutnya sebelah tangan memegang bahagian hadapan bola untuk memandu hantaran dibuat ke arah yang dikehendaki dan sebelah tangan lagi memegang bahagian belakang bola. Permainan ragbi sentuh adalah satu permainan yang baru bagi murid-murid ini. Selepas bersoal jawab dengan mereka tentang pengalaman dan pengetahuan tentang permainan ini, jawapan yang diterima adalah mereka tidak tahu langsung mengenai permainan ini. Maka adalah tidak menghairankan mereka gagal menguasai kemahiran menghantar yang diajar dengan teknik dan lakuan yang betul. Menjadi suatu cabaran bagi pengkaji untuk menarik minat mereka bagi mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran-kemahiran permainan ragbi sentuh memandangkan permainan ini sangat tidak popular bagi mereka. Walaubagaimanapun kehendak sukatan pelajaran tidak boleh diubah sesuka hati mengikut minat murid semata-mata. Oleh yang demikian timbul idea bagi pengkaji untuk

Upload: wawa

Post on 26-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

gygygygtytgytgytytguytuytuyt

TRANSCRIPT

Page 1: 613-1188-1-SM

PENGGUNAAN BOLA RAGBI BERWARNA MENINGKATKAN

KEMAHIRAN MENGHANTAR PERMAINAN

RAGBI SENTUH TAHUN 5 SK IPG

Oleh :

Muhd Hanif bin Zakari, Mhd ‘Asri bin Ismail

Jabatan Pendidikan Jasmani, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

[email protected] , [email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat penggunaan bola ragbi berwarna meningkatkan

kemahiran menghantar dalam permainan ragbi sentuh. Kajian ini melibatkan seramai 2 orang

murid perempuan Tahun 5 Pintar Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’

Razali Ismail sebagai peserta kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah

pemerhatian, analisis dokumen, temubual dan ujian amali. Ujian Amali Pra menggunakan

borang penilaian kemahiran dilakukan sebelum peserta kajian menjalani intervensi. Peserta

kajian telah menjalani tiga sesi intervensi menggunakan bola ragbi berwarna. Ujian Amali Pos

pula dijalankan selepas sesi intervensi dengan menggunakan borang penilaian kemahiran yang

sama.. Hasil perbandingan analisis Ujian Amali Pra dengan Ujian Amali Pos menunjukkan

bahawa terdapat peningkatan kemahiran menghantar bola ragbi bagi peserta kajian.

Keputusan kajian telah menunjukkan bahawa intervensi berprinsipkan alat reka ganti berupaya

meningkatkan kemahiran menghantar bola ragbi dalam kalangan murid-murid Tahun 5.

Cadangan kajian masa depan juga ada disarankan.

Kata kunci : bola ragbi berwarna, kemahiran menghantar, permainan ragbi sentuh

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sepanjang menjalani praktikum fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru

Kampus Dato’ Razali Ismail, pengkaji mendapati murid perempuan Tahun 5 tidak berjaya

menguasai kemahiran menghantar dalam permainan ragbi sentuh pada satu sesi pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Jasmani yang telah dijalankan. Teknik dan lakuan untuk kemahiran

tersebut diajar secara ansur maju namun murid masih gagal menguasainya menggunakan teknik

dan lakuan yang betul. Melalui pemerhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Jasmani, masalah ini berlaku kerana teknik pegangan bola yang tidak betul. Mereka

melakukan hantaran dengan memegang bola sebelah tangan pada bahagian tengah dan tidak

menggunakan sebelah lagi tangan untuk memutarkan bola. Sepatutnya sebelah tangan

memegang bahagian hadapan bola untuk memandu hantaran dibuat ke arah yang dikehendaki

dan sebelah tangan lagi memegang bahagian belakang bola.

Permainan ragbi sentuh adalah satu permainan yang baru bagi murid-murid ini. Selepas

bersoal jawab dengan mereka tentang pengalaman dan pengetahuan tentang permainan ini,

jawapan yang diterima adalah mereka tidak tahu langsung mengenai permainan ini. Maka

adalah tidak menghairankan mereka gagal menguasai kemahiran menghantar yang diajar

dengan teknik dan lakuan yang betul. Menjadi suatu cabaran bagi pengkaji untuk menarik minat

mereka bagi mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran-kemahiran permainan

ragbi sentuh memandangkan permainan ini sangat tidak popular bagi mereka.

Walaubagaimanapun kehendak sukatan pelajaran tidak boleh diubah sesuka hati

mengikut minat murid semata-mata. Oleh yang demikian timbul idea bagi pengkaji untuk

Page 2: 613-1188-1-SM

menjadikan masalah ini sebagai kajian tindakan dengan harapan pengkaji dapat membantu

murid menguasai kemahiran menghantar bola dalam permainan ragbi sentuh seterusnya

menarik minat mereka terhadap permainan ini.

SOROTAN LITERATUR

Kemahiran merupakan antara tiga tunjang dalam huraian sukatan pelajaran Pendidikan

Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (2006). Tunjang kemahiran meliputi aspek-aspek yang

memberi pendedahan kepada murid-murid untuk menonjol dan mengembang kemahiran

mereka ke tahap yang lebih baik khususnya bakat terpendam. Kebiasaannya proses pengajaran

dan pembelajaran tunjang kemahiran mendedahkan murid untuk berfikir dan bermain dengan

keseronokan. Tunjang kemahiran meliputi bidang-bidang seperti pergerakan asas, permainan,

olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif, rekreasi dan kesenggangan. Permainan ragbi sentuh

khususnya mempunyai beberapa kemahiran yang boleh diajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran contohnya kemahiran menghantar yang menjadi fokus kajian pengkaji.

Sebagai tunjang dalam Pendidikan Jasmani sudah tentu proses pengajaran dan

pembelajaran berasaskan tunjang ini tidak boleh dirancang dan dilaksana tanpa mempunyai satu

panduan yang khusus. Menurut Rink (2006), ada lima perkara atau keperluan yang harus

diambil kira iaitu perkara yang dilakukan sebelum sesuatu perkara dapat dibuat yang kita sebut

sebagai prasyarat, arahan yang jelas dan pelajar memahami arahan tersebut, motivasi untuk

mewujudkan pembelajaran yang berkesan, praktis dan latihan serta yang terakhir maklum balas.

Hal ini turut disokong menurut Siedentop dan Tannehill (2006), guru hendaklah memberi

perhatian serius semasa merancang aktiviti pengajaran Pendidikan Jasmani.

Kajian ini menggunakan bola ragbi berwarna sebagai alat bantu untuk meningkatkan

kemahiran menghantar dalam permainan ragbi sentuh. Hal ini kerana warna yang terdapat pada

bola tersebut boleh dijadikan panduan kepada murid-murid untuk memegang bola dengan betul

semasa melakukan hantaran. Penggunaan warna pada bola turut disokong oleh kajian yang

dilakukan oleh Zurina binti Ahmad Zawawi (2010), Elemen Warna, Ruang dan Irama dalam

Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam dalam Kalangan Guru Pelatih Semester 5 IPG,

Kampus Pendidikan Islam menunjukkan bahawa elemen warna boleh digunakan sebagai salah

satu alat, bahan dan sumber bantu belajar bagi menarik perhatian murid-murid. Penggunaan

warna juga dapat menarik minat murid-murid untuk mengikut sesi pengajaran dan pembelajaran

yang dijalankan seterusnya dapat membantu murid-murid mencapai objektif pembelajaran yang

ditetapkan.

Bola ragbi berwarna yang digunakan boleh menjadi satu alat bantu yang baik.

Penggunaan alat bantu dalam mengajar Pendidikan Jasmani sangat penting bagi membantu

murid-murid mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan dalam suasana yang

menyeronokkan. Kajian yang dilakukan oleh Mohd Aliman bin Tasriff (2002), Keberkesanan

Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani di Sekolah Rendah

Sekitar Zon Kuala Terengganu Utara menunjukkan bahawa penggunaan alat bantu menambah

kefahaman murid-murid dan membolehkan murid-murid terlibat secara langsung ketika aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menggalakkan murid-murid memahami sesuatu konsep

atau isi pelajaran dengan lebih jelas dan kekal.

Mengajar tunjang kemahiran memerlukan seorang guru mendemonstrasikan kemahiran

yang diajar lebih-lebih lagi bagi kemahiran yang kompleks dan tidak popular. Menurut Bandura

(1997), people can learn by observing the behaviors of others and the outcomes of those

behaviours. Pembelajaran berlaku dalam konteks pelaziman operan tetapi memerlukan murid

Page 3: 613-1188-1-SM

membuat jangkaan tentang respon yang dikehendaki sebelum mempelajarinya. Namun begitu

beliau berpendapat bahawa tiada pembelajaran berlaku sekiranya tiada respons atau peneguhan.

Pemilihan pendekatan yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran tunjang

kemahiran juga penting. Model Teaching Games for Understanding (TGFU) merupakan satu

pendekatan yang masih baru dalam arena pendidikan negara berbanding negara-negara maju

seperti Ausralia, New Zealand, Canada dan England. Walaupun pendekatan ini masih baru,

pendekatan ini lebih berkesan kepada murid dalam mempelajari subjek Pendidikan Jasmani.

Ubah suai alat seperti yang dilakukan penyelidik dalam kajian ini iaitu mewarnakan bola ragbi

adalah salah satu elemen yang terdapat dalam pendekatan model ini. Kenyataan ini disokong

melalui kajian yang dilakukan oleh Nor Sahidah binti Mohamad Ali (2011), Penggunaan Model

TGFU Bagi Meningkatkan Kemahiran Memukul Dalam Permainan Hoki menunjukkan bahawa

pendekatan ini disukai oleh murid-murid di sekolah rendah kerana ia menggabungkan unsur

bermain dan latihan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran menghantar dalam

permainan ragbi sentuh bagi murid perempuan Tahun 5 Pintar dengan menggunakan bola ragbi

yang berwarna pada bahagian depan dan belakang.

Objektif

Meningkatkan kemahiran menghantar dalam permainan ragbi sentuh bagi murid perempuan

tahun 5 dengan menggunakan bola ragbi yang berwarna pada bahagian depan dan belakang.

Persoalan Kajian

Bagaimanakah penggunaan bola ragbi berwarna dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

meningkatkan kemahiran menghantar?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian tindakan ini melibatkan dua orang murid perempuan tahun 5 Pintar. Peserta

kajian dipilih berdasarkan kepada pemerhatian yang dibuat semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Jasmani. Pengumpulan data menggunakan instrumen Ujian Amali

Pra dan Pos, analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Data kualitatif dianalisis secara

deskriptif mengikut peserta kajian.

Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946) digunakan sebagai panduan utama dalam

melaksanakan kajian ini. Kurt Lewin (1946) menyatakan terdapat empat proses utama dalam

melaksanakan kajian tindakan. Proses tersebut ialah refleksi awal, perancangan tindakan,

pelaksanaan tindakan dan pemerhatian. Proses ini berbentuk pusingan yang menerangkan

maksud setiap proses tersebut yang akan diulang-ulang bagi mendapatkan keputusan yang jitu

dan tepat.

Proses pengumpulan data yang melibatkan instrumen Ujian Amali Pra dan Pos

bertujuan menilai tahap perkembangan murid setelah intervensi dijalankan. Dalam pelaksanaan

intervensi, instrumen pemerhatian digunakan bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang

direkodkan menggunakan borang penilaian kemahiran. Analisis yang dibuat berdasarkan

Page 4: 613-1188-1-SM

dokumen tersebut bagi menentukan objektif sesi intervensi seterusnya. Instrumen temubual

juga digunakan untuk mendapatkan maklumat yang jelas dan menyokong pemerhatian

pengkaji.

SPESIFIKASI INTERVENSI

Bola ragbi berwarna yang digunakan semasa pelaksanaan intervensi adalah seperti

Rajah 1. Warna hitam dan merah adalah sebagai panduan kepada peserta kajian untuk

memperbaiki teknik pegangan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran menghantar secara

keseluruhan.

Rajah 1 : Bola ragbi berwarna

Pelaksanaan intervensi dijalankan sebanyak tiga sesi yang berbeza objektifnya.

Objektif sesi pertama ialah memperbetulkan fasa persediaan iaitu teknik pegangan bola ragbi.

Pada sesi ini, peserta kajian diajar kemahiran menghantar menggunakan bola ragbi berwarna

buat kali pertama. Hasil pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual yang dijalankan

mendapati objektif tercapai. Sesi kedua memberi penekanan kepada kelemahan yang terdapat

pada fasa lakuan iaitu menghantar bola tanpa melihat rakan terlebih dahulu yang menyebabkan

hantaran tidak tepat ke sasaran. Kaedah latih tubi diaplikasikan bagi mencapai objektif tersebut.

Instrumen yang digunakan ialah pemerhatian dan analisis dokumen. Objektif sesi ketiga ialah

memperbaiki kelemahan di fasa pemulihan iaitu badan dan kaki dikilaskan mengikut arah

hantaran bola. Pengkaji menggunakan kaedah demonstrasi bagi membantu peserta kajian

mencapai objektif yang ditetapkan. Instrumen yang digunakan ialah pemerhatian dan analisis

dokumen.

Page 5: 613-1188-1-SM

DAPATAN KAJIAN

Peserta kajian A adalah peserta yang paling lemah pencapaian dalam Ujian Amali Pra

bagi penguasaan kemahiran menghantar bola ragbi yang dibuat sebelum kajian dijalankan. Hal

ini berdasarkan graf dalam Rajah 2 di bawah yang menunjukkan peserta kajian A hanya

memperoleh 30 % berbanding peserta kajian B yang memperoleh 40 %.

Rajah 2 : Graf skor yang dicatat responden dalam Ujian Amali Pra

Kelemahan yang dikenalpasti merangkumi ketiga-tiga fasa yang menggunakan sepuluh

kriteria untuk menentukan tahap penguasaan. Berdasarkan analisis yang dibuat, pengkaji telah

menjalankan tiga sesi intervensi yang berobjektifkan untuk mengatasi kelemahan tersebut. Pada

sesi pertama, pengkaji memberi fokus bagi mengatasi masalah pada fasa persediaan iaitu

masalah bagi kriteria 3 (satu tangan pegang depan bola dan satu tangan pegang belakang bola)

dan 4 (badan condong ke depan). Bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan, pengkaji telah

memperkenalkan bola ragbi berwarna dan mengajar cara penggunaannya. Hasil pemerhatian

yang dibuat, pengkaji mendapati bola ragbi berwarna sangat membantu peserta kajian A

memegang bola di bahagian yang betul selain secara tidak langsung memperbaiki postur badan

agar condong ke depan. Hal ini disokong oleh kenyataan yang dibuat peserta kajian yang

mengatakan bola ragbi berwarna senang digunakan dan membantunya memegang bola dengan

betul. Penilaian kemahiran yang dibuat pada akhir sesi mendapati peserta kajian masih lemah

pada fasa lakuan dan fasa pemulihan seperti yang direkodkan dalam Jadual 1.

FASA KRITERIA PK A

Persediaan

1. Kaki dibuka seluas bahu √

2. Pegang bola dengan kedua belah tangan √

3. Satu tangan pegang depan dan satu tangan pegang belakang bola √

4. Badan condong ke depan √

Lakuan

5. Hayun bola dari depan ke sisi x

6. Hayun bola dari sisi ke belakang √

7. Lepaskan bola ke arah rakan x

8. Mata pandang ke arah rakan x

Pemulihan 9. Badan dikilaskan √

10. Kaki dikilaskan x

Jadual 1 : Keputusan pemerhatian sesi pertama

0

50

100

150

K1 K2 K3 K4 K5 K6 K7 K8 K9 K10

SKO

R (

%)

KRITERIA LAKUAN KEMAHIRAN

A B

Page 6: 613-1188-1-SM

Sesi kedua memberi fokus bagi mengatasi kelemahan pada fasa lakuan yang melibatkan

kriteria 5, 7 dan 8. Kaedah latih tubi digunakan dalam sesi ini selain turut mengekalkan

penggunaan bola ragbi berwarna. Hasil pemerhatian semasa penilaian kemahiran yang

dijalankan mendapati peserta kajian berjaya menguasai fasa lakuan kemahiran menghantar. Hal

ini dapat dibuktikan melalui Rajah 3 di bawah yang menunjukkan peserta kajian melihat

rakannya terlebih dahulu sebelum membuat hantaran. Hasilnya hantaran yang dibuat tepat ke

arah rakannya. Peningkatan ini sangat ketara berbanding sebelum ini iaitu hantaran yang dibuat

tidak tepat kerana tidak melihat terlebih dahulu kedudukan rakannya.

Rajah 3 : Hasil pemerhatian sesi kedua

Berdasarkan analisis penilaian kemahiran sesi kedua, pengkaji mendapati peserta kajian

A masih tidak menguasai fasa pemulihan semasa lakuan kemahiran menghantar. Oleh yang

demikian, sesi ketiga pengkaji memberi fokus untuk mengatasi kelemahan pada fasa ini iaitu

mengilaskan badan dan kaki mengikut arah hantaran. Penguasaan pada fasa ini penting bagi

memastikan kekuatan hantaran yang dibuat. Semasa penilaian kemahiran yang dibuat, pengkaji

mendapati peserta kajian berjaya melakukan kesemua fasa dalam lakuan hantaran dengan baik.

Peserta kajian juga menunjukkan tahap penguasaannya apabila mampu menjadi mentor kepada

peserta kajian yang lain.

Peningkatan yang ditunjukkan semasa sesi intervensi diuji melalui Ujian Amali Pos

dengan menggunakan bola ragbi asal. Peserta kajian A telah menunjukkan peningkatan yang

ketara berbanding keputusan Ujian Amali Pra. Kesemua kriteria yang ditetapkan dalam ketiga-

tiga fasa lakuan hantaran berjaya dikuasai dengan baik. Hal ini disokong oleh dapatan yang

terdapat dalam graf Rajah 4 yang menunjukkan perbandingan antara keputusan Ujian Amali

Pra dan Pos.

Page 7: 613-1188-1-SM

Rajah 4 : Graf perbandingan Ujian Amali Pra dan Pos

Secara keseluruhan sesi intervensi yang dijalankan melibatkan kedua-dua peserta

kajian mendatangkan kesan positif kepada mereka. Peningkatan ketara ditunjukkan dan ini

membuktikan alat yang mempunyai elemen inovasi dan menggunakan warna nyata mampu

menarik minat seperti yang dinyatakan oleh Zurina (2010).

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada refleksi yang telah dibuat, pengkaji cuba memberi beberapa

cadangan dan strategi yang dirasakan bersesuaian dalam pengajaran Pendidikan Jasmani

berbentuk penguasaan asas sesuatu kemahiran agar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Cadangan yang dikemukan adalah khusus kepada guru dan kajian masa depan.

Sepanjang menyiapkan kajian ini, pengkaji mendapati sangat jarang tokoh yang

mengkaji tentang permainan ragbi sentuh lebih-lebih lagi kemahiran yang diajar dalam

permainan ini. Oleh yang demikian, pengkaji mencadangkan agar lebih ramai lagi penyelidik

membuat kajian mengenai topik ini dan kajian yang berkaitan untuk menarik minat murid bagi

menyertai kelas Pendidikan Jasmani.

Bagi guru, pengkaji mencadangkan beberapa cadangan :

i. Guru perlu meningkatkan kemahiran diri sebelum mengendalikan suatu proses

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang melibatkan kemahiran supaya

dapat memenuhi tiga domain penting dalam lakuan suatu kemahiran iaitu postur badan,

teknik dan lakuan.

ii. Pengendalian pengajaran menggunakan bola ragbi berwarna hendaklah dijalankan

dengan cara yang menarik dan berkesan supaya dapat memberikan kesan yang positif

kepada murid.

iii. Guru boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran kemahiran menghantar bagi memberi

peluang kepada murid untuk terus meneroka kemahiran baru.

Selain itu, kajian ini hanya menggunakan jumlah sampel yang kecil iaitu seramai dua orang

responden. Oleh itu adalah lebih baik sekiranya penyelidik lanjutan menggunakan jumlah

sampel yang lebih besar supaya dapatan yang diperoleh dapat digeneralisasikan. Pengkaji juga

mencadangkan andai penyelidik lain menvariasikan tahap sampel supaya memudahkan dapatan

0

50

100

150

K1 K2 K3 K4 K5 K6 K7 K8 K9 K10

SKO

R (

%)

KRITERIA LAKUAN KEMAHIRAN

Pra Pos

Page 8: 613-1188-1-SM

respon dari keseluruhan murid sama ada murid yang mempunyai tahap akademik yang rendah

dan yang tinggi.

Bagi kajian masa depan, pengkaji mencadangkan :

i. Mengkaji secara khusus mengenai pengajaran dan pembelajaran kemahiran

menghantar bola ragbi dengan menilai tahap keberkesanan dan pengaruhnya kepada

murid.

Masa dan waktu latihan suatu kemahiran haruslah dipanjangkan dan disesuaikan supaya

responden dapat menguasai suatu kemahiran pada tahap yang lebih tinggi.

RUJUKAN

Ali, N. S. (2011). Penggunaan Model TGFU Bagi Meningkatkan Kemahiran Memukul Dalam

Permainan Hoki.

Ashworth, M. M. (2011). Teaching Physical Education. San Francisco: Benjamin Cummings.

Bandura, A. (1997). Social Learning Theory. NJ: Prentice Hall.

Butler, L. L. (2005). Teaching Games for Understanding. United States of America: Human

Kinetics.

Hubbard, B. (2012). Memperbaiki Teknik Rugbi. Selangor: Synergy Media.

Kamus Dewan edisi keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pusataka.

Rink. (2006). Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani yang berkesan. In M. S.

Fauzee, Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani (pp. 82-83). Shah Alam: Karisma

Publications Sdn Bhd.

Tannehill, S. d. (2006). Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani. In M. S. Fauzee, Kaedah

Mengajar Pendidikan Jasmani (pp. 56-57). Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.

Tasriff, M. A. (2002). Keberkesanan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran

Pendidikan Jasmani di Sekolah Rendah Sekitar Zon Kuala Terengganu Utara.

Zawawi, Z. b. (2010). Elemen Warna, Ruang dan Irama dalam Pengajaran dan Pembelajaran.