6. panduan pengajaran pendidikan kesihatan tahun 5 kssr_jun 2014 (1)
DESCRIPTION
pendidikan kesihatanTRANSCRIPT
2
3
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGAJARAN
PENDIDIKAN KESIHATAN
Terbitan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2014
4
Cetakan Pertama 2014
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk
dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada
Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62604 Putrajaya.
5
KANDUNGAN Muka Surat
Rukun Negara i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ii
Pendahuluan iii
MODUL 1 :
KESIHATAN FIZIKAL
UNIT 1 3
UNIT 2 8
UNIT 3 13
UNIT 4 16
UNIT 5 19
UNIT 6 22
UNIT 7 26
UNIT 8 28
UNIT 9 33
MODUL 2 :
KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL
UNIT 10 37
UNIT 11 42
UNIT 12 43
UNIT 13 46
UNIT 14 50
MODUL 3 :
KESIHATAN PERSEKITARAN
UNIT 15 55
UNIT 16 63
UNIT 17 65
6
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan
yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan
dapatdinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadaptradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progesif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
i
7
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
ii
8
PENDAHULUAN
Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat
pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan,
meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik
supaya sentiasa menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan
rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat
meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum.
Justeru, Panduan Pengajaran Pendidikan Kesihatan Tahun Lima ini dibina untuk
membantu guru menterjemah kandungan dokumen standard Pendidikan Kesihatan
Tahun Lima serta melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Panduan ini adalah usaha Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan pelbagai
pihak. Panduan ini mengandungi 17 contoh pengajaran yang diharap dapat
dimanfaatkan bersama oleh guru dan murid. Guru digalakkan menggunakan kreativiti
dan inovatif dalam mengubah suai serta menambah baik aktiviti yang disediakan.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang telah memberi sumbangan idea, kepakaran, masa serta tenaga dalam
penghasilan panduan ini.
iii
2
3
UNIT 1
MODUL 1: KESIHATAN FIZIKAL
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
STANDARD
KANDUNGAN
1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat.
STANDARD
PEMBELAJARAN
1.1.1 Mengetahui sistem reproduktif lelaki dan perempuan.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Gambar sistem reproduktif lelaki dan
perempuan.
Sila rujuk laman web berkaitan sistem reproduktif.
LANGKAH PENGAJARAN
1. Paparkan gambar tentang sistem reproduktif lelaki (Lampiran 1) dan perempuan (Lampiran 2).
2. Perbincangan tentang sistem reproduktif lelaki dan perempuan.
3. Melengkapkan aktiviti peta buih (Lembaran 1 dan 2).
4. Perbincangan dan rumusan.
4
Sistem Reproduktif Lelaki
Sumber:http://www.ilo.org/safework_bookshelf/english?content&nd=857170088
Zakar
Testis
Skrotum
Lampiran 1
5
Sumber: http://www.en.wikipedia.org
Saluran
Falopio
Faraj
Uterus
Ovari
Sistem Reproduktif Perempuan
Lampiran 2
6
Lembaran 1
Sistem Reproduktif Lelaki
7
Sistem Reproduktif Perempuan
Lembaran 2
8
UNIT 2
MODUL 1: KESIHATAN FIZIKAL
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
STANDARD
KANDUNGAN
1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat.
STANDARD
PEMBELAJARAN 1.1.2 Memahami fungsi organ dalam sistem
reproduktif lelaki dan perempuan.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Gambar sistem reproduktif lelaki dan perempuan.
LANGKAH PENGAJARAN
1. Pamerkan gambar rajah sistem reproduktif lelaki (Lampiran 1) dan perempuan (Lampiran 2).
2. Bahagikan murid kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan diedarkan satu sampul yang berisi fungsi organ.
3. Aktiviti gunting dan tampal (Lembaran 1 & Lembaran 2).
4. Perbincangan dan rumusan.
9
Sistem Reproduktif Lelaki
Sumber:http://www.ilo.org/safework_bookshelf/english?content&nd=857170088
Zakar
Testis
Skrotum
Lampiran 1
10
Sumber: http://www.en.wikipedia.org
Saluran
Falopio
Faraj
Uterus
Ovari
Sistem Reproduktif Perempuan
Lampiran 2
11
Lembaran 1
Gunting dan tampal.
Melindungi testis
menyalurkan sperma
kepada faraj
zakar
testis
menyimpan sperma
skrotum
ORGAN
REPRODUKTIF
LELAKI
12
Lembaran 2
Gunting dan tampal.
ORGAN REPRODUKTIF PEREMPUAN
ovari
faraj
saluran falopio
uterus
menghasilkan ovum dan
hormon
tempat percantuman
ovum dan sperma
menerima sperma
daripada zakar
tempat fetus membesar
13
UNIT 3
MODUL 1: KESIHATAN FIZIKAL
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
STANDARD
KANDUNGAN
1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat.
STANDARD
PEMBELAJARAN
1.1.3 Mengetahui persenyawaan dalam asas kejadian manusia.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Gambar sistem reproduktif lelaki dan
perempuan.
LANGKAH PENGAJARAN
1. Perbincangan dalam kumpulan: Bagaimanakah saya wujud dan dilahirkan? (Rujuk Lampiran 1).
2. Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan.
3. Murid melengkapkan carta aliran (Lembaran 1).
4. Rumusan.
14
Perkahwinan/Pernikahan
Hubungan seksual dalam
perkahwinan antara
suami dan isteri
Persenyawaan
Implantasi (embrio melekat pada
dinding uterus)
kehamilan ( lebih kurang 9 bulan )
Kelahiran
Lampiran 1
15
Lembaran 1
Lengkapkan carta aliran dengan pilihan jawapan yang disediakan.
Implantasi (embrio melekat pada
dinding uterus)
Kelahiran Perkahwinan/Pernikahan
Hubungan seksual dalam perkahwinan antara suami dan
isteri
Kehamilan ( lebih kurang 9 bulan )
Persenyawaan
16
UNIT 4
MODUL 1: KESIHATAN FIZIKAL
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
STANDARD
KANDUNGAN
1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh dalaman serta luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif.
STANDARD
PEMBELAJARAN
1.2.1 Memahami kepentingan menghargai aspek seksualiti dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Gambar lelaki dan perempuan.
LANGKAH PENGAJARAN
1. Murid sumbangsaran keistimewaan (aspek seksualiti) sebagai lelaki atau perempuan.
Contoh soalan:
Mengapakah kamu perlu menghargai diri sebagai seorang lelaki/perempuan?
Nota Guru: Guru perlu menerap dan menekankan perasaan syukur dan bangga dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan serta
menghargai aspek seksualiti.
2. Melengkapkan peta bulatan (Lembaran 1 dan 2).
3. Perbincangan dan rumusan.
17
Lengkapkan peta bulatan tentang keistimewaan aspek seksualiti sebagai lelaki.
Lembaran 1
Kuat dan berotot
Lelaki
18
Lengkapkan peta bulatan tentang keistimewaan aspek seksualiti sebagai perempuan.
Lembaran 2
Perempuan
Melahirkan bayi
19
UNIT 5
MODUL 1: KESIHATAN FIZIKAL
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
STANDARD
KANDUNGAN
1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh dalaman serta luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif.
STANDARD
PEMBELAJARAN
1.2.2 Mengetahui cara menghargai dan menghormati anggota seksual diri sendiri dengan menjaga kebersihan, keselamatan dan kesihatan.
BAHAN BANTU
BELAJAR Gambar.
LANGKAH PENGAJARAN
1. Murid memberi respons terhadap gambar menjaga kebersihan, keselamatan dan kesihatan anggota seksual yang dipamerkan (Lampiran 1).
2. Aktiviti peta dakap (Lembaran 1).
3. Perbincangan dan rumusan.
20
Lampiran 1
Nota: Sekiranya berlaku jangkitan pada anggota seksual, sila berjumpa doktor.
21
Lembaran 1
Bagaimanakah cara anda menghargai dan menghormati anggota seksual diri
sendiri ?
1)..................................
.....................................
2)..................................
.....................................
1)..................................
.....................................
2)..................................
.....................................
1)..................................
.....................................
2)..................................
.....................................
kebersihan
keselamatan
kesihatan
Menghargai dan menghormati
anggota seksual diri sendiri
22
UNIT 6
MODUL 1: KESIHATAN FIZIKAL
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
STANDARD
KANDUNGAN
1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh dalaman serta luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif.
STANDARD
PEMBELAJARAN 1.2.3 Mengaplikasikan cara menghormati anggota
seksual orang lain.
BAHAN BANTU
BELAJAR Gambar.
LANGKAH PENGAJARAN
1. Murid memberi respons berdasarkan lampiran 1 dan 2.
2. Murid memberikan respons berdasarkan kad situasi (Lampiran 1) dalam kumpulan kecil.
3. Menyatakan cara menghormati anggota seksual orang lain berdasarkan kad situasi.
23
Lampiran 1
24
Gambar 2
25
Lampiran 1
Perbincangan dalam kumpulan kecil. Bagaimanakah kamu menangani situasi berikut?
Rakan kamu menunjukkan anggota seksualnya dengan
sengaja.
Kamu terlihat jiran kamu mengintai orang sedang
mandi.
Kamu terdengar seorang rakan bercerita mengenai
anggota seksual individu lain.
Kamu terlihat anggota seksual individu lain semasa menggunakan tandas awam.
Rakan kamu suka menyentuh organ genital individu lain.
Abang kamu suka menyebut perkataan dan menunjukkan
simbol lucah.
26
UNIT 7
MODUL 1: KESIHATAN FIZIKAL
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
STANDARD
KANDUNGAN
1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh dalaman serta luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif.
STANDARD
PEMBELAJARAN
1.2.4 Mengaplikasikan batas sentuhan pada anggota seksual untuk menjaga kebersihan, keselamatan dan kesihatan.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Kertas kosong.
LANGKAH PENGAJARAN
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
2. Murid menulis situasi dan mencadangkan penyelesaian masalah.
3. Perbincangan dan rumusan.
27
Lampiran 1
Situasi 1
Situasi 2
Situasi 3
Nota Guru: Situasi di atas adalah contoh.
Dalam perjalanan ke taman permainan, seorang budak perempuan telah terjatuh semasa menunggang basikal dan mengalami kecederaan pada anggota seksual. Siapakah yang layak memberi rawatan?
Mengapakah anda berkata “Tidak” apabila rakan anda menyentuh anggota seksual anda dengan sengaja?
Mengapakah seorang doktor dibolehkan mencuci luka pada
anggota seksual murid?
28
UNIT 8
MODUL 1: KESIHATAN FIZIKAL
PEMAKANAN
STANDARD
KANDUNGAN
1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat serta selamat.
STANDARD
PEMBELAJARAN
1.3.1 Memahami kepentingan mengambil pelbagai jenis makanan.
1.3.2 Mensintesiskan menu makanan seimbang.
1.3.3 Menilai makanan yang berkhasiat.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Piring kertas, gambar makanan atau bahan
maujud.
LANGKAH PENGAJARAN
1. Membahagi murid kepada kumpulan kecil.
2. Murid memilih dan menghasilkan satu set
menu makanan seimbang.
3. Membincangkan kepentingan mengambil
pelbagai jenis makanan (Lampiran 2).
4. Menilai menu makanan kumpulan lain.
5. Perbincangan dan rumusan.
29
Lampiran 1
30
Kepentingan
mengambil
pelbagai jenis
makanan
Menjadi cergas
dan cerdas
Mencegah
kekurangan
nutrisi
Mencegah
obesiti
Pertumbuhan
yang sihat
Menjauhi
penyakit
Memelihara
kesihatan
mental
Lampiran 2
31
Bincang dan lengkapkan peta buih di bawah.
Kepentingan
mengambil
pelbagai
jenis
makanan
Lembaran 1
32
AKTIVITI MARI MEMANCING
Aktiviti Tambahan Lembaran 2
Mencegah obesiti Menambah berat badan
Mencegah kekurangan nutrisi Kandungan gula berlebihan
Menjauhi penyakit Mendatangkan penyakit
Memelihara kesihatan mental Mengantuk
Menjadi cergas dan cerdas Menjadi lemah dan lesu
Pertumbuhan yang sihat Membantutkan pertumbuhan
Arahan:
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan disediakan dengan 1 joran dan kotak yang berisi kad-kad
kepentingan mengambil pelbagai jenis makanan.
3. Lekatkan kad yang dipancing dalam kad manila (seperti Lampiran 3) setelah
dibincang dalam kumpulan.
33
UNIT 9
MODUL 1: KESIHATAN FIZIKAL
PENYALAHGUNAAN BAHAN
STANDARD
KANDUNGAN
1.4 Mengetahui jenis dan kesan
penyalahgunaan bahan serta berkemahiran menangani situasi berisiko terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
STANDARD
PEMBELAJARAN
1.4.4 Mengaplikasi cara berkata TIDAK kepada bahan inhalan.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Kad pengucapan berirama.
LANGKAH PENGAJARAN
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan
kecil.
2. Murid dalam kumpulan dikehendaki menghasilkan simulasi berkata TIDAK tanpa menyebut perkataan TIDAK dengan menggunakan:
Intonasi
Bahasa tubuh
1. Perbincangan dan rumusan.
34
Teknik Contoh
Tidak “Tidak.” atau “Tidak, terima kasih.”
Katakan seperti keadaan
sebenarnya “Saya tidak suka bau gam.”
Membuat alasan Saya kini dalam keadaan tergesa-gesa. Saya perlu beredar
sekarang.”
Penangguhan ”Nantilah. Mungkin pada masa lain.”
Katakan tidak dan mula bercakap tentang perkara lain.
Tukar isu perbualan
“ Anda tengok perlawanan semalam?”
Mengulangi
Mengulangi “tidak” beberapa kali atau cara lain untuk
mengatakan “tidak”
“Tidak, terima kasih”
“Tidak”
“Tidak. Saya tidak berminat”
Beredar Beredar tanpa berkata apa-apa.
Tidak pedulikan Tidak mengendahkan orang itu.
Mengelakkan keadaan Menjauhi diri anda dari mana-mana situasi penyalahgunaan
inhalan.
Cara-Cara Berkata “Tidak”
Lampiran 1
35
36
37
36
UNIT 10
MODUL 2 :
KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL
PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
STANDARD
KANDUNGAN
2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus untuk meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan.
STANDARD
PEMBELAJARAN
2.1.1 Memahami situasi konflik dan stres dalam
keluarga. 2.1.3 Memahami kesan konflik dan stres dalam
keluarga.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Klip video
LANGKAH PENGAJARAN
1. Tayangan video (http://www.youtube.com/
watch?v=9OqOHxwRy04) konflik dalam keluarga.
2. Sumbangsaran tentang tayangan video.
3. Aktiviti perkataan tersembunyi (Lembaran kerja 1).
4. Perbincangan dan rumusan.
38
Lampiran 1
Contoh Gambar Situasi Konflik dan Stres.
39
Murung
Gangguan
Kesihatan
KESAN
KONFLIK
DAN
STRES
Cepat
Marah
Perbalahan
Putus
Asa
Cemburu
Merenggangkan
Hubungan
Kekeluargaan
Lampiran 2
Contoh jawapan.
40
Lembaran 1
Aktiviti perkataan tersembunyi . Cari 5 perkataan kesan konflik dan stres dalam keluarga.
A N G A I C H I N G F O C
B J P R O S H U A M A N E
P C E M B U R U Q K T G P
K N R A J A A M Y L I A A
B O B H Z M N Q O S M S T
S R A E A U U I Z W A N M
U S L N H R K R N S H I A
M I A D A I U A U G A Z R
A D H R R Z S T Z N S A A
L A A A I A U T B F G M H
Y H N N X P O H Y I E N X
41
A N G A I C H I N G F O C
B J P R O S H U A M A N E
P C E M B U R U Q K T G P
K N R A J A A M Y L I A A
B O B H Z M N Q O S M S T
S R A E A U U I Z W A N M
U S L N H R K R N S H I A
M I A D A I U A U G A Z R
A D H R R Z S T Z N S A A
L A A A I A U T B F G M H
Y H N N X P O H Y I E N X
Jawapan.
42
UNIT 11
MODUL 2 :
KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN
SOSIAL
PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
STANDARD
KANDUNGAN
2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus untuk meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan.
STANDARD
PEMBELAJARAN
2.1.2 Memahami situasi konflik dan stres dalam kalangan rakan sebaya.
2.1.4 Memahami kesan konflik dan stres dengan rakan sebaya.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Kertas kosong.
LANGKAH PENGAJARAN
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Melakonkan situasi konflik dan stres dalam
kalangan rakan sebaya.
3. Kumpulan lain akan menyenaraikan kesan
konflik dan stres daripada situasi tersebut pada
kertas kosong.
4. Perbincangan dan rumusan.
43
UNIT 12
MODUL 2 :
KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN
SOSIAL
PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
STANDARD
KANDUNGAN
2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus untuk meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan.
STANDARD
PEMBELAJARAN
2.1.5 Mengaplikasi cara mengurus konflik dan stres
dalam kalangan ahli keluarga dan rakan sebaya.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Kad Situasi
LANGKAH PENGAJARAN
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan (Lampiran 1).
2. Edarkan kad situasi. 3. Murid berbincang cara mengurus konflik dan
stres dalam kalangan ahli keluarga dan rakan
sebaya.
4. Perbincangan dan rumusan.
44
Kakak Aaron tertekan dengan desakan ibu bapa mereka yang terlalu
mahukan kecemerlangannya dalam setiap kali peperiksaan.
Sharmila dan adiknya sering ditinggalkan bersendirian di rumah oleh ibu
bapanya yang sibuk bekerja.
Mahen selalu dipulaukan oleh rakan-rakannya kerana dia sering terpilih
untuk mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan.
Ibu bapa Sherlynn sering bertengkar di hadapan dia dan adik-adiknya
menyebabkan mental dan emosi mereka terganggu.
Akram berasa sedih kerana dua orang rakan baiknya telah berselisih
faham.
Lampiran 1
Kad Situasi.
45
Lembaran 1
Tuliskan 5 cara menguruskan konflik dan stres.
46
UNIT 13
MODUL 2 :
KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL
KEKELUARGAAN
STANDARD
KANDUNGAN
2.2 Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek kesihatan keluarga.
STANDARD
PEMBELAJARAN
2.2.1 Mengetahui tanggungjawab ahli dalam
keluarga dalam aspek emosi, mental dan
sosial.
BAHAN BANTU
BELAJAR Gambar.
LANGKAH PENGAJARAN
1. Papar gambar suasana keluarga bahagia (Lampiran 1).
2. Perbincangan tanggungjawab ahli dalam
keluarga berdasarkan gambar tersebut.
3. Lembaran kerja diedarkan kepada setiap
murid.
4. Pembentangan secara rawak.
47
Lampiran 1
48
MENTAL
EMOSI
SOSIAL
RUJUKAN GURU
Lampiran 2
Ibu saya seorang yang sentiasa tenang.
[emosi]
Datuk sangat sabar dengan karenah cucunya.
[emosi]
Nenek selalu menasihatkan saya
supaya sentiasa hormat kepada ibu bapa.
[mental]
Ayah akan menegur jika kami tidak mengulang kaji
pelajaran.
[mental]
Abang selalu membantu saya dalam pelajaran.
[sosial]
Adik beradik belajar dan beriadah bersama-sama.
[sosial]
Ibu bapa mendoakan kejayaan anak-anaknya.
[mental]
Kakak membantu meringankan tugas ibu di
rumah.
[sosial]
Cucu sering berhubung dengan datuk dan nenek.
[emosi]
49
Lembaran 1
Nyatakan aspek emosi, mental dan sosial berdasarkan tanggungjawab ahli dalam keluarga
Ibu saya seorang yang sentiasa tenang.
Datuk sangat sabar dengan karenah cucunya.
Nenek selalu
menasihatkan saya supaya sentiasa hormat
kepada ibu bapa.
Ayah akan menegur jika kami tidak mengulang kaji
pelajaran.
Abang selalu membantu saya dalam pelajaran.
Adik beradik belajar dan beriadah bersama-sama.
Ibu bapa mendoakan
kejayaan anak-anaknya.
Kakak membantu
meringankan tugas ibu di rumah.
Cucu sering berhubung
dengan datuk dan nenek.
50
UNIT 14
MODUL 2 :
KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL
PERHUBUNGAN
STANDARD
KANDUNGAN
2.3 Mengetahui dan mengaplikasikan kemahiran interpersonal dan komunikasi berkesan dalam kehidupan.
STANDARD
PEMBELAJARAN
2.3.3 Memahami cabaran yang dialami oleh remaja dalam perhubungan maya dan bukan maya.
2.3.4 Memahami perhubungan maya dan bukan maya secara sihat sesama remaja.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Kertas sebak.
LANGKAH PENGAJARAN
1. Murid menceritakan pengalaman
menggunakan media sosial seperti Skype,
Facebook, Instagram dan WhatsApp.
2. Bincangkan cabaran yang dialami dalam
perhubungan maya dan bukan maya.
3. Senaraikan aktiviti yang sihat dalam
perhubungan maya dan bukan maya
4. Rumusan.
51
Lermbaran 1
Senaraikan aktiviti yang sihat dalam perhubungan maya dan bukan maya.
Aktiviti Sihat
Hubungan Maya Hubungan Bukan Maya
52
53
54
55
UNIT 15
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN
PENYAKIT
STANDARD
KANDUNGAN
3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit dalam kehidupan harian.
STANDARD
PEMBELAJARAN
3.1.1 Mengetahui beberapa jenis penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui vaksin iaitu campak, rubella, cacar dan beguk.
BAHAN BANTU
BELAJAR
Kad gantung, gambar penyakit.
LANGKAH PENGAJARAN
1. Penerangan mengenai vaksin (Lampiran 1).
2. Memaparkan gambar penyakit rubella, beguk, campak, cacar (Lampiran 2 hingga 6).
3. Aktiviti permainan „Virus vs Vaksin‟ (Lampiran 7)
4. Perbincangan dan rumusan.
56
Lampiran 1
RUJUKAN GURU
VAKSIN adalah...
sediaan bakteria, virus, dan lain-lain yang sudah mati atau dilemahkan untuk disuntik
ke dalam badan supaya menghasilkan daya tahan terhadap penyakit tertentu;
sediaan bakteria, virus, dan lain-lain yang sudah mati atau dilemahkan untuk disuntik
atau ditanam ke dalam badan supaya menghasilkan daya tahan/antibodi terhadap
penyakit tertentu.
VAKSINASI adalah...
proses menyuntikkan vaksin ke dalam tubuh seseorang sebagai langkah perlindungan
mencegah sesuatu penyakit (pemvaksinan).
Sumber: Rujuk Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke- 4
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=vaksinasi
http://dict.rewaz.org/search/browse/vaksin.re
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=vaksinasi
57
Lampiran 2
VAKSIN
58
Lampiran 3
Sumber: www.skincareguide.ca
RUBELLA
59
Sumber: www.robynsnest.com
CACAR
Lampiran 4
60
CAMPAK
Sumber: www.robynsnest.com
Lampiran 5
61
Sumber: www.ruleof6ix.fieldofscience.com
BEGUK
Lampiran 6
62
Lampiran 7
AKTIVITI: Permainan „Virus vs Vaksin‟ Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
Kumpulan 1: Memakai kad gantung penyakit “Beguk”, “Rubella”,
“Cacar” dan “Campak”.
Kumpulan 2: Memakai kad gantung “Vaksin Beguk”, “ Vaksin Rubella”,
“Vaksin Cacar” dan “Vaksin Campak”.
Kumpulan 3: Berlakon sebagai mangsa yang dilindungi vaksin.
Kumpulan 4: Berlakon sebagai mangsa yang tidak dilindungi vaksin.
Kumpulan 2: Membentuk bulatan dan mengelilingi mangsa.
Kumpulan 1: Menyerang mangsa supaya dijangkiti penyakit.
Kumpulan 2: Mempertahankan serangan dari kumpulan 1.
Kumpulan 1: Menyerang mangsa yang tidak dilindungi.
Mangsa yang dilindungi selamat dan mangsa yang tidak dilindungi tidak
selamat.
CONTOH KAD GANTUNG
RUBELLA
63
UNIT 16
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN
KESELAMATAN
STANDARD
KANDUNGAN
3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial dalam kehidupan harian.
STANDARD
PEMBELAJARAN
3.2.2 Mengaplikasikan cara menangani pengaruh
negatif perhubungan maya dan bukan maya
dengan rakan lain.
BAHAN BANTU
BELAJAR
LANGKAH PENGAJARAN
1. Murid menulis situasi negatif perhubungan maya dan bukan maya. Kemudian dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan. 2. Permainan kotak beracun– murid menyatakan cara menangani pengaruh negatif perhubungan maya dan bukan maya dengan rakan lain . 3. Perbincangan dan rumusan. 4. Mencatat aktiviti di dalam diari (Lembaran 1) di rumah.
64
Lembaran 1
Diariku
Aktiviti yang saya lakukan
65
UNIT 17
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN
PERTOLONGAN CEMAS
STANDARD
KANDUNGAN
3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut situasi.
STANDARD
PEMBELAJARAN
3.3.1 Memahami situasi yang menyebabkan kecederaan ringan iaitu melecet dan melecur. 3.3.2 Mengaplikasi langkah-langkah semasa memberi bantu mula untuk kecederaan ringan. 3.3.3 Mengaplikasi bantu mula untuk kecederaan ringan.
BAHAN BANTU
BELAJAR Kad situasi, peti pertolongan cemas, minyak
gamat, tumbuhan aloe vera dan bahan lain.
LANGKAH PENGAJARAN
1. Menjalankan aktiviti „Stesen Melecet‟ dan „Stesen Melecur‟.
2. Kad situasi kecederaan diedarkan kepada murid.
3. Apabila wisel dibunyikan, murid akan bergerak ke stesen berdasarkan kad situasi kecederaan yang diterima.
4. Murid mengaplikasikan langkah-langkah bantu mula.
5. Bersoal jawab. 6. Rumusan.
66
Situasi Memakai kasut ketat
Tergesel
Langkah
Mencuci dengan antiseptik
Menampal plaster
Melecet
Situasi
Terkena air panas
Tersentuh alatan yang panas
Langkah
Sejukkan tempat yang melecur
dengan air
Kering & anginkan
Melecur
Lampiran 1
CARTA ALIRAN
67
68
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8, BLOK E 9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA
TEL: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917