54247775-stealing-time-edu3104 (1)
DESCRIPTION
Stealing-Time-EDU3104 (1)TRANSCRIPT
STEALING TIME
SINOPSIS• Ditulis oleh Robert Carter• Robert tetapkan peraturan pada setiap awal tahun
→ pastikan semua pelajar tahu batasan bagi sesuatu tingkah laku yang dapat diterima di dalam bilik darjah
• Robert percaya kepada ketegasan, perlu dilaksana bersama undang-undang yang adil.
• Bilik darjah menjadi komuniti kecil di mana setiap ahli tahu apa yang perlu dan bagaimana untuk berkelakuan baik.
• Robert juga mendapati murid-murid yang sentiasa mendatangkan masalah di dalam kelas turut berubah seperti yang diharapkan.
• Robert gembira apabila Andy dan Martin, menunjukkan peningkatan terhadap kemampuan mereka.
• Kara, turut menunjukkan kemajuan atas bantuan guru pendidikan khas.
• David, seorang murid daripada kelas bermasalah pembelajaran telah disahkan normal bagi mata pelajaran harian pendek yang bukan akademik.
• David akan datang ke kelas Robert pada waktu pagi : roll-call, kutipan wang makan tengah hari, ikrar taat setia.
• David juga menghadiri kelas seni, muzik dan PJ bersama murid kelas Robert.
• Tidak lama kemudian, David layak ditempatkan di dalam kelas biasa sekurang-kurangnya 51 peratus setiap hari.
• Robert menjadi guru matematik David.• Bagi subjek matematik, David tidak menghantar tugasan
dan tidak menyiapkan kerja yang Robert berikan.
• Semasa Robert mengajar, David akan membuat bunyi yang pelik.
• Dia selalu menjerit - mahu kembali ke kelas ‘sebenar’ bersama guru yang ‘sebenar’.
• Robert menjalankan pengajaran korperatif. • Keengganan David untuk menyiapkan tugasan
menyebabkan markah kumpulannya merosot. • Pada hari David mengambil tugasan yang diberikan
oleh Robert, dia telah mencampakkannya di atas meja. Hal ini menyebabkan Robert marah padanya sehinggalah waktu rehat tiba.
• Selepas waktu rehat, tingkah laku David menjadi bertambah teruk. Robert telah mengenakan ‘time-out’ kepada David
• Robert kemudiannya membawa David ke meja pelajar di dalam pejabat pengetua .
• David berhasrat mahu bercakap sesuatu kepada Robert. Namun dia hanya berkata,”lupakan saja”.
• David meminta maaf atas segala perbuatannya tetapi dia tidak mahu semua rakan merenungnya di dalam kelas.
• Robert menjelaskan kepada David mengapa rakan-rakannya merenungnya.
• Semasa perundingan itu, David berjanji menjadi lebih baik.
• Bagaimanapun, sekali lagi David menunjukkan tingkah laku seperti sedang marah .
• Robert tidak membenarkan David keluar rehat kerana tidak menyiapkan tugasan dan dia lebih banyak menghabiskan masa di bilik pengetua.
• Semasa David tiada di dalam kelas, Robert telah berbincang dengan pelajar-pelajar lain tentang tingkah laku David.
• Suatu hari, Robert tidak membenarkan David keluar rehat - tidak siap tugasan.
• Selepas waktu rehat, Bob mendapati jam tangannya telah hilang.
• Keesokan hari, David berlari ke meja Robert dan memberitahu bahawa bapanya telah memberikan dia jam tangan.
• Setelah diteliti, Robert berasa begitu marah dan kecewa. Dia begitu yakin jam tangan tersebut milik Bob.
WATAK DAN PERWATAKAN
ROBERT
• Guru matematik• Guru tahun 4• Pengalaman mengajar selama 7 tahun• Tegas• Bersifat autokratik•Tidak adil
DAVID
• Bermasalah pembelajaran• Suka membuat bising• Tidak sopan• Inginkan perhatian• Berterus terang• Tidak menyukai robert dan rakan sekelas
ANDY DAN MARTIN
• Bermasalah tekanan emosi dan tingkah laku•Anak didik Robert
KARA
• Bermasalah tingkah laku• Menunjukkan kemajuan atas bantuan guru pendidikan khas
ISU UTAMA
Pemikiran negatif dan emosi David yang terganggu dalam mengikuti proses pengajaran
dan pembelajaran di kelas Robert
PUNCA TINGKAH LAKU
NEGATIF
Pandangan dan perspektif David sendiri
terhadap kelas
PUNCA PERUBAHAN TINGKAH LAKU
DAVID
Kurang perhatian dari guru
Perasaan tidakditerima rakan
Rasa rendah diri
Bukti kajian
• (m/s 162, p 2, b 3)
David cuba mendapatkan perhatian gurunya dengan mengganggu proses P&P,
menghempas buku di lantai dan mengetuk pensel di meja.
BUKTI KAJIAN
• (m/s 163, p 4, b 4)
David memberitahu Robert bahawa dia tidak menyukai cara
pelajar-pelajar lain memandangnya.
MODEL ASERTIF CANTER
MODEL ASERTIFCANTER
Dipelopori olehLee Canter.
Guru menyatakan dengan jelas tentang kehendak
dan perasaannya kepada pelajar.
Sesiapa yang ingkar, akan menerima
akibatnya
Membentuk satu hubungan dan
persekitaran yangpositif antara
guru dan murid.
Satu set peraturandigubal oleh guru
Sesiapa yangmengikut peraturan
akan menerimapenghargaan positif
BUKTI KAJIAN
• Robert menyatakan kehendaknya kepada muridnya dengan menetapkan peraturan bilik darjah yang harus diikuti oleh mereka.(m/s 161, P1, B 3-9)
(m/s 161, p 1, b 3)
MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNER
Guru perlu :
• Membuat pemantauan• Penilaian
• Menyimpan rekod salah laku rekod murid.
Rancangan untuk mengubah tingkah laku bermasalahke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik atau kaedah yang sesuai.
Teknik Modifikasi Tingkah Laku
DENDAAN
Untuk mengubah tingkah laku seseorang
Mungkin menyebabkan tingkah laku bermasalah dihentikan atau
diturunkan kekerapannya
Pendapat Skinner :
•Denda membawa kesan kepada tempoh yang singkat sahaja.
•Tingkah laku tak diingini biasanya diulangi lagi.
•CONTOH :
-Dimarahi guru. -Diberikan amaran.
-Hukuman kerja -Dihantar ke bilik Guru Besar.
BUKTI KAJIAN
(m/s 162, p 4, b6 )
Robert menahan david dari keluar rehat
(m/s 163, p 1, b 3)
Robert memarahi David yang enggan membuat latihan yang diberikan
TIME-OUT
• Murid dihantar ke satu lokasi yang ditetapkan oleh guru kerana tidak menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki guru.
• Contoh : satu sudut bilik darjah (murid menghadap dinding), bilik kecil di luar kelas.
• Masa diperuntukkan ialah antara 1 hingga 10 minit – bergantung kepada tahap keseriusan masalah tingkah laku tersebut
• Selepas masa ‘time-out’, guru perlu menerangkan kepada murid mengapa dia telah memberikan hukuman sedemikian.
• Arahan asal diberikan kepada murid tersebut. Jika masih ingkar, masa ‘time-out’ ditambah.
BUKTI KAJIAN
• Robert telah mengarahkan David untuk pergi ke belakang bilik darjah supaya dia tidak menganggu rakan lain.
(m/s 163, p 2,b 6)
MODEL AKIBAT LOGICAL
DREIKURS
MODEL AKIBAT
LOGICAL
DREIKURS
Dipelopori oleh Dreikurs (1968) yang mengatakan tingkah laku bermasalah adalah kerana :
• Inginkan perhatian
• Inginkan kuasa
• Balas dendam
• Tonjolkan kekurangan
BUKTI KAJIAN 1(INGINKAN PERHATIAN)
• David cuba mendapatkan
perhatian gurunya dengan
mengganggu proses P&P,
menghempas buku di lantai dan
mengetuk pensel di meja.
( m /s 1 6 2 , p 2 , b 3 )
(m/s 162, p 2, b 3)
BUKTI KAJIAN 2(INGINKAN KUASA)
• Robert bersetuju apabila David ingin melakukan perbincangan dengannya.
(m/s 163, p 4, b 2)
(m/s 163, p 4, b 2)
David menghempas barang-barangnya ke atas meja dengan kuat apabila dia disuruh duduk di satu sudut lain.
BUKTI KAJIAN 3 ( BALAS DENDAM)
TEORI TERAPI REALITI GLASSER
Menekankan aspek-aspek positif seperti potensi individu, kejayaan,kelebihan dan kualiti positif yang ada pada individu.
Menilai tingkah laku, mengenal pasti – mengubah tingkah laku
Menitik beratkan tanggungjawab.
Teori Pilihan
Keinginan untuk
dipunyai
Keinginan untuk kuasa
Keinginan untuk
kebebasan
Keinginan untuk
bersuka ria
Bukti Kajian KesSemasa David tiada di dalam kelas, Robert telah berbincang dengan pelajar-pelajar lain tentang tingkah laku David. M/S 164 p 12
David meminta maaf atas segala perbuatannya tetapi dia tidak mahu semua rakan merenungnya di dalam kelas.
M/S 164 P 10
Sesi perbincangan melibatkan David dan rakan-rakan.
Pembinaan konsep kendiri positif
Beri tanggungjawab dan kepercayaan kepada David.
STRATEGIPENYELESAIAN
MASALAH
STRATEGI PENYELESA
IAN MASALAH
Perbincangan
Motivasi
Kontrak Sosial
Gaya kepimpinan
Komunikasi
Pengurusan emosi
MOTIVASI
• Motivasi terdiri terbahagi kepada dua iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.
• Robert harus menggunakan motivasi ekstrinsik bagi meningkatkan kesediaan David untuk belajar.
• Bentuk rangsangan contohnya memberi sokongan, peneguhan positif seperi pujian, hadiah, gred dan membentuk iklim alam belajar yang kondusif.
• Peristiwa : David tidak menghantar tugasan Matematik (p4, b38)
• Penyelesaian : Robert boleh mengadakan bimbingan kaunseling kepada David secara individu.
• Peristiwa : Robert menganggu pembelajaran dengan berkata, “saya tahu itu” dan “ biar saya buat” (p4, b41)
• Penyelesaian : Robert harus memberi peluang kepada David.
DISIPLIN BILIK DARJAH
• Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), disiplin ialah kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi peraturan sama ada displin itu dikenakan dari luar atau kerelaan sendiri.
• Turney dan Cairns (1976) meletakkan guru sebagai pusat tumpuan bilik darjah sekaligus bertanggungjawab dalam melaksanakan disiplin.
• Peristiwa : Robert menyuruh David berada di belakang kelas supaya tidak mengganggu murid yang lain tetapi dia telah membuat bising.
Penyelesaian : Robert harus bersifat adil dan tegas terhadap hukuman yang dikenakan. Elakkan amalan ugutan tetapi menggunakan kaunseling. Menyediakan aktiviti mengikut kebolehan murid.
KONTRAK (LISAN & BERTULIS)• Memastikan setiap anggota yang terlibat diperlakukan dengan adil.
• Kontrak bertulis lebih sesuai kerana setiap perkara dispesifikasikan dengan teliti.
• Komponen yang ada dalam kontrak : Sasaran tingkah laku Peneguhan yang akan diterima Syarat-syarat yang diketengahkan harus jelas.
• Peristiwa : Selepas waktu rehat, perangai David semakin menjadi-jadi dengan membuat bising dan marah kepada kawan-kawannya. (p8,b80)
• Penyelesaian : Robert perlu menggunakan kontrak bertulis bagi mengurangkan tingkah laku David ini.
• Walaupun pembinaan kontrak ini memakan masa tetapi sekiranya ia dibina dengan teliti, ia akan mendatangkan hasil yang positif.
GAYA KEPIMPINAN
• Tiga jenis gaya kepimpinan iaitu demokraksi, autokratik, dan laissez faire.
• Peristiwa : Robert berkata, “ saya adalah paling dewasa di dalam kelas ini, jadi semuanya akan mengikut cara saya, untuk kebaikan semua ….” (p11, b123).
• Penyelesaian: Robert harus mengamalkan corak kepimpinan demokraksi dengan menerima pelajarnya tanpa adanya emosi.
• •Di dalam kes ini, Robert perlu adil supaya tidak ada pelajar yang berasa tersisih apabila pelajar-pelajar lain mahu menyisihkan David.
• Oleh itu, Robert perlu bertindak dengan bijak sebagai seorang pemimpin.
KOMUNIKASI
• Verderber dan Verderber (2002),komunikasi merupakan proses untuk membina atau berkongsi makna dalam perbualan yang informal, interaksi dalam kumpulan ataupun syarahan.
• Peristiwa : David berkata bahawa dia mahu kembali ke kelas lamanya dan tidak suka cara murid lain memandangnya.
• •David tidak selesa dengan keadaan dan komuniti kelasnya kerana tiadanya komunikasi yang baik antara dia dan murid yang lain.
• Penyelesaian : Komunikasi dua hala dengan ahli komuniti amat penting. Jadi, Robert sebagai guru harus bijak mewujudkan komunikasi antara murid- muridnya.
PERBINCANGAN• Merupakan satu kaedah dan teknik mengajar yang melibatkan aktiviti perbualan.
• Aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara melalui perbualan.
BENTUK PERBINCANGAN
Perbincangan keseluruhan kelas
Perbincangan kumpulan kecil
• Masalah : Robert mengadakan perbincangan dengan murid kelasnya sewaktu David keluar kelas.
• Penyelesaian : Robert seharusnya mengadakan satu perbincangan yang melibatkan semua anggota kelas termasuk David bagi menyelesaikan masalah.
• Perbincangan dengan guru David yang sebelum ini dan ibu bapanya bagi mendapatkan maklumat menyelesaikan masalah.
PENGURUSAN EMOSI
• Amalkan sikap demokratik
• Menggunakan banyak aktiviti menyoal. Untuk mendapatkan tindak balas secara langsung Murid-murid akan melibatkan diri secara aktif
• Percakapan yang sesuai. Menggunakan nada yang sesuai.
• Membantu murid bermasalah. Peristiwa : David menyatakan dia tidak suka murid lain memandangnya. (p7,b74)Penyelesaian :Guru mengadakan sesi kaunseling.Menggalakkan murid mengambil bahagian dalam aktiviti. Mendorong murid normal menerima David.
•Mewujudkan suasana yang kondusif Menyusun keadaan fizikal. Kedudukan pelajar secara kumpulan.
• Mengajar dengan sikap penyayang Merapatkan hubungan.
• Gunakan ganjaran sebagai galakan.