4.ragam bahasa
TRANSCRIPT
DINAMIKA & APRESIASI BAHASA
MPW 1113BAHASA KEBANGSAAN A
JABATAN PENGAJIAN UMUM
Khairul Azlan TaibBSc .(hons) UiTM
bahasa formal bahasa formal Bahasa tak formalBahasa tak formal
Bahasa Baku
Bahasa Diraja atau Bahasa Istana.
Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek
RAGAM BAHASA
Variasi bahasa Variasi bahasa DialekDialek
Kepelbagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.
Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatu masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi .
VARIASI BAHASA
Jenis variasi
Idiolek
merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu.
Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan.
Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.
Jenis variasi
Dialek kawasan
Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan
Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.
Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei, Bahasa Melayu di Singapura.
Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu.
Contoh 1
Contoh 2
Pagi tu pagi sena. Mek nga ayoh ambo takdok gghumoh. Gi mmotong getoh kkebun. Tingga ambo, tok wae, nga adik ambo hok omo lape tahung jah dok ghumoh.Kaba-kaba dapo ghumoh jighe ambo nnetuk!!!.. puyok nga kuoli nnaye pah pitu paga. Tok wa......e hok dok wak kkabu kkejut gaa nah, habis nyo tennja butir kkabu. Lebih segenggae kkabu nyo kekoh ko dio.. ambo nga tok waqe deghah hungga nok tulong jighe tu.. tapi gak, paghok nah Api nyamba. Jange kato nok nnulong, nok masuk dekak pong panas waa. Tok tulong kae, jighe. Nok tulong pong tok pade. Ambo nga adik ambo pong dok ccokoh depe pitu pagar jah la, tunggu sapa api mapuh. Jighe ambo tut ok tahu la guano kaba. Hiduk lagi ko mulloh doh. Dok tok lamo tu, jighe ambo pong kelik. Keno-keno dio gi banda, kelih anok igak ike. Ambo tok cekak ghoyak ko dio dapur dio tbaka tapi nyo wak tok tahu. Ghalik kes suko bena bokali anok dio buleh igak ike besa. Panah ppalo molek ambo..Pah tu gak, ambo kelik ghumoh jah la. Pah tu dok smeta, ambo dengar jighe ambo tu nnepik. Baru kaba la tu. Ambo segho, dio nok mmasok ike. Dae gi ddapur, tengok habih hanguh letong. Kalu dio maghi nok ngadu kak ghumoh ambo, ambo pghambat la.. takdi ambo puah kemain doh eh oyak..Tu la crito hok bo bo nok knaleng hok ambo kelih. Tapi gak, tu pong lamo doh. Maso ambo kecik lagi. Tu pong hok tok wae ambo hok crito. Kalu blawok tok wae ambo gak, blawok la ambo pong..
Contoh 3
pagi tu pagi isning,mok ngan ayoh koi takdek kat ghumoh,gi nogreh getoh kat kebun getoh. tinggei wan koi ngan adik koi yang umo lapan taun jek kt ghumoh, tibe2 ghumoh jighan koi mletok!!!.. blange ngan kuali tpelanting ke pintu pago. wan koi ......yang ngoh ngejekan kabu tu tkejut, biji kabu diteghajangnye,sgenggang lebih kkabu die kunyoh. koi ngan wan koi benghambat nok nolong jighan koi. pohhpalehhh...api bapok besonye... usoh ke nok nolong,nok dekat pon panas.tak tolong karang jighan, nok nolong karang tak padan, koi ngan adik koi pon mencangkung la kat pintu pago nunggu api padang. jighan koi tu tak tau la gone cite,kala iduk ade la.. tak lame tu,jighan koi pon balik, ghupenye die gi bando nengok anok die nangkak ikan. puas koi ngabokan yang dapo die tbako. tak diendohnye.. suke ngat die anok die dapat ikan beso. sakit ati koi.. dan tak dan, koi pon balik ghumoh,lepas tu koi dengo jiran koi meghaung. bagru sedo la tu. agoknye die nok masok ikan,gi dapo nengok dah ngrentung.kala die datang ni karang, ngadu kat ghumoh koi,nok je koi sepok die. dah puas koi ngabonye tadi. tu la cite sedehane ngeri hak koi nengok. tapi tu pon dah lame. mase koi kecik. tu pon wan koi yang cite. kala wan koi nipu, koi pon nipu la..
Jenis variasi
Dialek sosial
Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkin berbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan.
Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akan menggunakan bahasa-bahasa yang formal.
LARAS BAHASA
Definisi:
Gaya dan penggunaan sesuatu bahasa.Gaya merujuk kepada pelisanan dan penulisan.
Penggunaan merujuk kepada penutur, pendengar, situasi, topik dan tujuan perbincangan.
JENIS-JENIS LARAS BAHASA
Laras Bahasa Iklan / Perniagaan Laras Bahasa Sastera / Kreatif Laras Bahasa Agama Laras Bahasa Biasa Laras Bahasa Sains Laras Bahasa Media Massa Laras Bahasa Rencana Larasa Bahasa Undang-Undang Laras Bahasa Sukan Laras Bahasa Ekonomi Laras Bahasa Akademik
Laras Bahasa Perniagaan
Mempengaruhi pengguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah sikap dan melakukan tindakan.
Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dan sebagainya.
Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:(a) slogan: Kami Ada Cara(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y(d) Perisytiharan: Waja dengan Aksesori Lengkap(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.
Laras Bahasa Sastera
Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif,
dramatik dan puitis. Beberapa ciri bahasa sastera:
a kreatif dan imaginatif: kabur mesejb. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan
katac. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasad. menggunakan bahasa tersirat: perlambangan, kiasan, perbandingan, peribahasa, metafora,
simile, personifikasi, ilusi.e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi
bahasa.
Laras Bahasa Agama
Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab
Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab
Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.
RETORIK
Adalah seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan.
Bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan.
Dalam penulisan pemujukan, penyampaian ideologi, atau berbentuk propaganda, retorik adalah alat dalam penulisan untuk mempengaruhi sikap dan pendirian orang ramai.
Secara umumnya, kemahiran retorik melibatkan:1. penguasaan tatabahasa2. penggunaan pelbagai ragam bahasa3. penyampaian pemikiran secara teratur dan
sistematik4. penguasaan corak dan bentuk penulisan.
Teknik penulisan
Induktif Mengemukakan fakta dan maklumat yang berbentuk
khusus dan kemudian membuat kesimpulan atau rumusan.
Deduktif Mengemukakan satu pernyataan yang umum dan dituruti
oleh fakta dan maklumat yang khusus.
Analogi Menggunakan kiasan atau perbandingan untuk
menunjukkan persamaan atau perbezaan antara dua perkara atau senario.
deskriptif (pemerian)
Menerangkan atau memerikan sesuatu.
Menggunakan pemerhatian dan pengamatannya untuk menerangkan sesuatu hal.
Di tahap yang lebih halus, penulis ada kalanya menggunakan pancainderanya, di samping perasaan hati dan pandangannya.
Penulis menggambarkan peristiwa, contoh kiasan dan sebagainya.
Pengalaman seseorang, watak-watak dalam novel, drama dan sebagainya.
Dengan cara deksriptif ini, penulis boleh menggunakan teknik-teknik induktif, deduktif atau analogi.
eksposisi (pendedahan)
Mendedahkan sesuatu isu, perkara.
Cara ini sesuai digunakan untuk menjelaskan konsep, pandangan, cadangan, proses, atau sejarah sesuatu, dengan menggunakan mana-mana teknik sama ada deduktif, induktif atau analogi.
penghujahan
Cara penulis menunjukkan kebenaran pendapat sama ada menentang, menyokong atau menunjukkan sikap berkecuali.
Kebenaran yang hendak ditunjukkan mestilah berasaskan fakta atau bukti yang konkrit.
Kebenaran tidak hanya berasaskan emosi sahaja.
naratif (penceritaan)
Gaya naratif boleh ditemui di
laporan akhbar, laporan aktiviti, minit mesyuarat ceramah syarahan yang menerangkan sesuatu.
GAYA BAHASA
Gaya bahasa ialah cara bahasa diungkapkan oleh seseorang untuk menyampaikan sesuatu dalam komunikasi sama ada secara lisan atau secara tulisan.
AsonansiAsonansi AliterasiAliterasi
ialah perulangan bunyi vokal yang terdapat dalam baris.
Contoh:- Dari darah, dari
nanah yang punah di tanah.
ialah perulangan bunyi konsonan yang terdapat dalam baris.
Contoh:- Malam kelam
berbalam-balam
aspek bunyi
RimaRima
perulangan atau pertentangan bunyi yang terdapat dalam baris atau pada akhir baris
Contoh:-Nyiur gading tinggi menjulang,Masak ketupat berisi inti,Buah delima didalam cawan,Hancur daging berkecai tulang,Belum dapat belum berhenti,Hendak bersama denganmu tuan.
Samb…
DiksiDiksi MetaforaMetafora
pemilihan dan susunan perkataan yang tepat dan sesuai dalam pertuturan atau tulisan.
Kiasan atau perbandingan setara secara terus atau langsung yang tidak menggunakan kata perbandingan seperti, umpama, bagai, bak dan seumpamanya.
Contoh: Kehidupan adalah lautan
aspek perkataan
SimileSimile PersonafikasiPersonafikasi
Kiasan atau perbandingan setara yang menggunakan perkataan bagai, umpama, bak, ibarat dan sebagainya.
Contoh: Bagai aur dengan tebing
Memberikan sifat-sifat manusia kepada benda-benda bukan manusia.
Contoh: Daun nyiur melambai-
lambai
Samb…
HiperbolaHiperbola PengulanganPengulangan
Pernyataan berlebih-lebihan yang bertujuan untuk menekankan tentang sesuatu idea atau perkara.
Contoh: Lautan api sanggup ku
renangi
Pengulangan sesuatu perkataan sama ada dalam baris atau antara baris.
Contoh: Dari mana punai melayang,Dari sawah turun ke padi,Dari mana datangnya sayang,Dari mata turun ke hati.
Samb…
PeribahasaPeribahasa Kata-kata hikmatKata-kata hikmat
Berfungsi untuk menimbulkan keindahan berbahasa, menguatkan makna dan menimbulkan suasana yang sesuai dalam situasi berbahasa.
Contoh:Hidup dikandung adat ,Mati dikandung tanah.
kata-kata yang tersusun indah dan mengandungi pengertian yang tinggi yang menjadi pedoman hidup masyarakat.
Contoh:Rajin dan usaha tangga
kejayaan
aspek ungkapan
Cogan kataCogan kata
ungkapan pendek yang menjadi pegangan seseorang atau sesebuah masyarakat.
Contoh:Berkhidmat untuk negara
Samb…
aspek ayat
pemilihan jenis ayat, ragam ayat dan bentuk ayat juga akan dapat menimbulkan kesan-kesan tertentu.
Ada pengarang mempunyai kecenderungan untuk menggunakan bentuk-bentuk ayat tertentu dalam tulisannya sehingga tulisannya dapat dikenali melalui gaya tersebut.
Walau bagaimanapun, ayat yang berkesan ialah ayat yang dapat menyampaikan maksud orang yang menutur atau menulisnya.
KESANTUNAN BERBAHASA
Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu.
Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.
Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
1. Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama
1. Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama
2. Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua
2. Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua
(a) Aku
(b) Saya / Hamba
(c) Beta
(d) Patik
(e) Kami
(f) Kita
(a) Anda
(b) Awak / tuan hamba(c) Engkau(d) Encik / Tuan / Puan / Cik(e) Tuanku(f) Kamu
Kata sapaan ganti nama diri
3. Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga
3. Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga
(a) Dia(b) Beliau(c) Mereka(d) Baginda
Samb…
Panggilan berprotokolPanggilan berprotokol GelaranGelaran
Yang Amat Bahagia (Y.A. Bhg.)
Yang Amat Berhormat (Y.A.B) Yang Bahagia (Y. Bhg.) Yang Berhormat (Y.B) Yang Mulia (Y.M) Yang Teramat Mulia (Y.T.M) Yang Amat Arif (Y.A.A) Yang Arif (Y.A) Tuan Syed Tuan Guru
a). Gelaran Keturunan Raja: Tengku/ Tunku/ Engku Bangsawan: Megat/ Wan/ Nik
b). Gelaran Kurniaan Kurniaan Darjah Kebesaran: Tun/ Tan
Sri/ Dato’ Kurniaan Ikhtisas:Prof,/ Irsenio (Ir.)
c). Gelaran Keagamaan Haji/ Hajah/ Lebai
d). Gelaran Kekeluargaan Keluarga sedarah
Kak long/ angah/ pak teh
Keluarga semenda Mentua/ besan/ biras
Kata Sapaan Kehormat
Gelaran Kekeluargaan
i ) Jenama kekeluargaan pertalian darah
ii) Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan
Pak Long,Mak Long,
Pak Ngah, Mak Ngah,
Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang,
Pak Cik, Mak Cik,
Pak Su, Mak Su.
Menantu,
Mentua(Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua)
Ipar(abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar)
Biras
Gelaran Keturunan
Gelaran keturunan kerabat diraja; Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei
Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).
Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang
(Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah), Tun (Terengganu)
Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. ; syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak
mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.
Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia ; Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku
(Aceh).
Gelaran Kurniaan Kerajaan
Tun , Toh PuanTan Sri, Puan SriDatuk SriDato’ / Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka,
Datuk Setia)Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar)Datuk Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh
kerajaan negeri Selangor)Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)
Kosa Kata Berdasarkan Struktur Sosial
Orang Yang Disapa Rujukan Hormat
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri AgongKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri
Duli Yang Maha Mulia
Balu Raja Yang Maha Mulia
Raja Muda atau Tengku MahkotaDuli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia
Kerabat Diraja Karib Yang Amat Mulia
Bergelar warisan Yang Mulia
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri
Yang Amat Berhormat
Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat)
Yang Berhormat
Samb…
Orang Yang Disapa Rujukan Hormat
Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja
Yang Berhormat Mulia
Tun, Toh Puan Yang Amat Berbahagia
Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) atau/dan gelaran ikhtisas yang formal
Yang Berbahagia
Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif
Ketua Polis Negara Yang Amat Setia
Hakim, Kadi Yang Arif
Mufti dan pemimpin Islam Sahibul Samahah
Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha
Kosa Kata Bentuk Halus
Adalah ungkapan yang kurang manis dan tidak ingin disampaikan secara terbuka maka menggunakan bahasa halus contohnya: bunting pelamin buang air kecil orang rumah
Panjang pendeknya ayat atau frasa yang digunakan juga mencerminkan sifat kasar atau halus bahasa itu.
contohnya: i- makaan! (kasar) ii- Silalah makan, encik. (halus)
Ungkapan Bertatasusila Dan Aturan Sapaan
Peraturan sapaan semasamemberi ucapan:
1.Memberi salam2.Pengerusi / pengacara majlis3.Tetamu khas (VIP)4.Tetamu lain mengikut protokol
Sapaan: Tuan-tuan, saudara saudari
Sekian….Terima Kasih!!!!