491-950-1-sm.pdf

9
 PENGGUNAAN CROSS-D DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN 3 BAGI OPERASI BAHAGI DENGAN 1-DIGIT TANPA MELIBATKAN BAKI Oleh: Mohamad Khairi Izzuddin Bin Kauzi , Samsiah Binti Hassan Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail khairi910921@gmailcom , hsamsiah@ipgmk dri.edu.my ABSTRAK Bahagi merupakan operasi asas yang sangat sukar dipelajari dan difahami oleh murid. Kefahaman konsep bahagi merupakan sesuatu perkara yang diambil berat  bagi memboleh kan murid meme nuhi keperluan dalam memahirk an diri menguasai empat operasi asas selain tambah, tolak dan darab. Tahap kefahaman dan pencapaian murid yang lemah bagi tajuk bahagi untuk murid tahun 3 menunjukkan bahawa mereka mengalami masalah yang tertentu dalam menyelesaikan soalan melibatkan operasi bahagi. Hasil daripada PdP mendapati  bahawa murid sukar untuk mema hami penyelesaian operasi bahagi dan sering melakukan kesilapan dalam operasi bentuk lazim. Oleh itu, kajian ini dilaksanaka n bertujuan untuk membantu murid dalam meningkatkan penguasaan murid tahun 3 bagi operasi bahagi dengan 1-digit tanpa melibatkan baki menggunakan Cross-D. Kajian ini dijalankan keatas empat orang murid yang dipilih berdasarkan tahap pencapaian ujian diagnostik yang lemah. Terdapat tiga kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian iaitu pemerhatian, temubual tidak berstruktur dan ujian. Melalui dapatan data yang dikumpul daripada sesi rawatan dan markah ujian yang dijalankan, ianya dianalisis mengikut data kuantitatif secara deskritif. Hasil daripada analisis mendapati, sesi rawatan yang dijalankan keatas murid menghasilkan keputusan yang positif. Hasil temubual mendapati minat serta keyakinan murid meningkat melalui  penggunaa n Cross-D dalam menyelesaikan soalan dan telah membantu murid memahami konsep pembahagian dengan jelas. Kesimpulannya, penggunaan Cross-D amat berkesan dalam meningkatkan penguasaan murid bagi operasi  bahagi denga n 1-digit tanpa m elibatkan baki. K at a kunci   : Cross-D, Pemba hagian dengan 1-digit, Tanpa melibatkan baki REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu medium untuk murid menerima input  pelajaran dalam suasana bilik darjah yang kondusif. Kepelbagaia n aktiviti yang dijalankan semasa proses PdP membolehkan murid memahami dengan lebih mendalam mengenai sesuatu input pelajaran yang disampaikan. Proses mengenalpasti masalah murid dapat dijalankan ketika proses PdP berlangsung. Berdasarkan kepada proses PdP bagi murid tahun 3 Sinergi di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang, pengkaji mendapati sebilangan besar murid tidak memahami dengan jelas operasi  pembahag ian. Kelas 3 Sinergi merupaka n kelas yang pertama daripada empat buah kelas dalam aliran darjah yang sama. Pengkaji telah mengenalpasti jurang tahap pencapaian yang sedikit di antara murid bagi operasi tajuk bahagi. Puncanya, tidak dapat menghafal sifir telah menyukarkan mereka untuk membuat proses pembahagian. Oleh itu, pengkaji telah menjalankan satu kajian tindakan bagi meningkatkan minat dan penguasaan murid dalam

Upload: puspavali-nagan

Post on 07-Oct-2015

9 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • PENGGUNAAN CROSS-D DALAM MENINGKATKAN

    PENGUASAAN MURID TAHUN 3 BAGI OPERASI BAHAGI

    DENGAN 1-DIGIT TANPA MELIBATKAN BAKI

    Oleh:

    Mohamad Khairi Izzuddin Bin Kauzi , Samsiah Binti Hassan

    Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato Razali Ismail khairi910921@gmailcom , [email protected]

    ABSTRAK

    Bahagi merupakan operasi asas yang sangat sukar dipelajari dan difahami oleh

    murid. Kefahaman konsep bahagi merupakan sesuatu perkara yang diambil berat

    bagi membolehkan murid memenuhi keperluan dalam memahirkan diri

    menguasai empat operasi asas selain tambah, tolak dan darab. Tahap kefahaman

    dan pencapaian murid yang lemah bagi tajuk bahagi untuk murid tahun 3

    menunjukkan bahawa mereka mengalami masalah yang tertentu dalam

    menyelesaikan soalan melibatkan operasi bahagi. Hasil daripada PdP mendapati

    bahawa murid sukar untuk memahami penyelesaian operasi bahagi dan sering

    melakukan kesilapan dalam operasi bentuk lazim. Oleh itu, kajian ini

    dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid dalam meningkatkan penguasaan

    murid tahun 3 bagi operasi bahagi dengan 1-digit tanpa melibatkan baki

    menggunakan Cross-D. Kajian ini dijalankan keatas empat orang murid yang

    dipilih berdasarkan tahap pencapaian ujian diagnostik yang lemah. Terdapat tiga

    kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian iaitu pemerhatian,

    temubual tidak berstruktur dan ujian. Melalui dapatan data yang dikumpul

    daripada sesi rawatan dan markah ujian yang dijalankan, ianya dianalisis

    mengikut data kuantitatif secara deskritif. Hasil daripada analisis mendapati, sesi

    rawatan yang dijalankan keatas murid menghasilkan keputusan yang positif.

    Hasil temubual mendapati minat serta keyakinan murid meningkat melalui

    penggunaan Cross-D dalam menyelesaikan soalan dan telah membantu murid

    memahami konsep pembahagian dengan jelas. Kesimpulannya, penggunaan

    Cross-D amat berkesan dalam meningkatkan penguasaan murid bagi operasi

    bahagi dengan 1-digit tanpa melibatkan baki.

    Kata kunci : Cross-D, Pembahagian dengan 1-digit, Tanpa melibatkan baki

    REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu medium untuk murid menerima input

    pelajaran dalam suasana bilik darjah yang kondusif. Kepelbagaian aktiviti yang dijalankan

    semasa proses PdP membolehkan murid memahami dengan lebih mendalam mengenai

    sesuatu input pelajaran yang disampaikan. Proses mengenalpasti masalah murid dapat

    dijalankan ketika proses PdP berlangsung.

    Berdasarkan kepada proses PdP bagi murid tahun 3 Sinergi di Sekolah Kebangsaan Rusila,

    Marang, pengkaji mendapati sebilangan besar murid tidak memahami dengan jelas operasi

    pembahagian. Kelas 3 Sinergi merupakan kelas yang pertama daripada empat buah kelas

    dalam aliran darjah yang sama. Pengkaji telah mengenalpasti jurang tahap pencapaian yang

    sedikit di antara murid bagi operasi tajuk bahagi. Puncanya, tidak dapat menghafal sifir telah

    menyukarkan mereka untuk membuat proses pembahagian. Oleh itu, pengkaji telah

    menjalankan satu kajian tindakan bagi meningkatkan minat dan penguasaan murid dalam

  • menyelesaikan operasi bahagi dengan 1-digit tanpa melibatkan baki dengan menggunakan

    Cross-D.

    SOROTAN LITERATUR

    Bahagi merupakan antara empat operasi asas yang terdapat dalam kemahiran matematik. Ia

    merupakan satu prosedur yang paling sukar untuk dikuasai oleh semua murid (Garella,2009).

    Oleh sebab itu, operasi bahagi diletakkan sebagai operasi yang keempat harus dipelajari oleh

    murid setelah operasi tambah, tolak dan darab. Menurut Peh Kheng Sat (2013), bahagi adalah

    proses pengumpulan sama banyak atau perkongsian sama rata dan merupakan songsangan

    bagi proses pendaraban. Hal ini jelas dibuktikan dalam konsep bahagi yang mewakili tiga

    perwakilan iaitu perkongsian, pengumpulan sama banyak dan songsangan darab.

    Berdasarkan kepada konsep bahagi tersebut, Troutman & Liehtenberg (2003) menyatakan

    ianya menunjukkan bahawa operasi bahagi berkait rapat dengan operasi darab dan tidak

    mungkin untuk memisahkan kedua-dua operasi tersebut. Berdasarkan kepada perkembangan

    kemahiran murid, pembelajaran mengenai pendaraban dan pembahagian adalah lebih lambat

    daripada penambahan dan penolakan (Robinson, 2006). Murid perlu mengambil masa yang

    lebih lama untuk membina struktur idea yang baru dalam mengaitkan hubungan antara operasi

    darab dan bahagi.

    Bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh murid berkaitan operasi bahagi ini,

    terdapat beberapa kaedah baru yang diperkenalkan. Antara kaedah yang telah diterapkan

    kepada murid secara meluas ialah dengan membuat operasi bahagi menggunakan kaedah

    teknik sifir ikan dan bentuk lazim yang lebih pendek. Selain itu, dalam kajian lain yang

    dijalankan oleh Izzat Fakhrudin (2013) menggunakan kaedah Bone Division bagi membantu

    murid menentukan hasil bahagi dengan betul manakala dalam kajian oleh Alina Jamalukhair

    (2012) menggunakan kaedah Face Method yang menggunakan kaedah pengasingan nilai

    bahagi ke dalam bentuk yang ditetapkan.

    TUJUAN KAJIAN

    Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penguasaan murid tahun 3

    bagi operasi bahagi dengan 1-digit tanpa melibatkan baki dengan menggunakan Cross-D.

    Oleh yang demikian, pendedahan secara menyeluruh diberikan kepada murid bagi

    membolehkan mereka menguasai penyelesaian operasi bahagi menggunakan Cross-D.

    Objektif

    Mengenalpasti pola-pola kesilapan murid dalam melakukan proses pembahagian dengan 1-

    digit tanpa melibatkan baki.

    Menentukan keberkesanan penggunaan Cross D dalam membantu murid lemah meningkatkan

    penguasaan melibatkan pembahagian dengan 1-digit tanpa melibatkan baki.

    Persoalan Kajian

    Apakah terdapat pola-pola kesilapan murid dalam menyelesaikan operasi bahagi?

    Bagaimanakah penggunaan Cross D dapat membantu murid menyelesaikan operasi bahagi

    dengan 1-digit tanpa melibatkan baki?

  • METODOLOGI KAJIAN

    Kajian tindakan ini dijalankan menggunakan kaedah daripada model Kemmis & Mctaggart

    (1988). Berdasarkan kepada model ini, kajian yang dijalankan merangkumi empat frasa yang

    utama iaitu mereflek, merancang, melaksana dan pemerhatian. Model ini sesuai dijadikan

    kaedah dalam kajian tindakan ini sepertimana kebanyakan proses PdP akan memulakan

    peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu

    situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak.

    Kajian ini melibatkan empat orang murid lemah daripada Tahun 3 Sinergi yang merupakan

    kelas pertama bagi aliran tersebut. Mereka terdiri daripada dua murid lelaki dan dua murid

    perempuan. Kesemua mereka dipilih sebagai peserta kajian berdasarkan kepada markah

    pencapaian mereka dalam ujian diagnostik yang dijalankan untuk semua murid kelas tersebut.

    Bagi menyusun perancangan dan mengumpul maklumat hasil daripada sesi rawatan yang

    dijalankan, pengkaji menggunakan tiga instrumen iaitu pemerhatian, ujian dan temubual tidak

    berstruktur. Kesemua instrumen yang digunakan bertujuan untuk melihat perubahan daripada

    segi sikap, penguasaan, kemahiran dan refleksi setiap peserta terhadap kaedah yang

    diperkenalkan. Data-data yang dikumpul daripada akan dianalisis setiap individu secara

    deskriptif. Ini bagi membolehkan hasil analisis yang diperoleh lebih tepat dan mudah untuk

    membuat kesimpulan berdasarkan hasil pencapaian setiap murid setelah selesai sesi rawatan

    dijalankan.

    SPESIFIKASI TINDAKAN

    Penggunaan Cross-D dijadikan sebagai satu bahan bantu mengajar bagi meningkatkan tahap

    penguasaan murid bagi operasi bahagi. Cross-D merupakan alat yang diadaptasi daripada

    penggunaan geoboard yang digunakan bagi tajuk luas dan perimeter. Operasi bahagi

    merupakan songsangan kepada darab. Terdapat banyak kaedah pengiraan pendaraban yang

    telah dipelbagaikan sebagai kaedah baru kepada murid seperti kaedah silang. Jadi, Cross-D ini

    dihasilkan menggunakan kaedah silang yang sama dan menukarkannya kepada operasi

    pembahagian kerana sifat songsangan yang sama antara kedua-dua operasi tersebut.

    Penggunaan Cross-D dapat dikuasai setelah murid melalui kesemua perigkat pengajaran bagi

    alat tersebut. Berikut merupakan jadual huraian spesifikasi penggunaan Cross-D berserta

    dengan gambar rajah bagi menerangkan peringkat penggunaan Cross-D dalam menyelesaikan

    soalan melibatkan operasi bahagi.

    Jadual 1

    Peringkat penggunaan Cross-D

    Peringkat Spesifikasi Penggunaan Gambar Rajah

    1 Mengenali fungsi setiap bahhagian pada alat

    Cross-D seperti batang, nombor melintang dan

    menegak, dan getah.

    2 Menggunakan soalan operasi bahagi yang

    merangkumi fakta asas bahagi bagi proses

    pembelajaran kaedah penggunaan alat.

    6 2 =

  • 3 Merentangkan getah mengikut nilai pembahagi

    pada nombor yang tertera dalam bentuk

    melintang.

    4 Membilang jumlah bahagi yang diwakili batang

    yang berada dalam getah secara menegak

    daripada atas kebawah bermula daripada lajur

    1dan lajur 2 seterusnya sehingga jumlah bahagi

    yang diminta.

    5 Rujuk nombor yang tertera pada lajur di atas alat

    tersebut apabila selesai membilang jumlah

    bahagi.

    6 Tulis jawapan yang tertera kedalam jalan

    penyelesaian bagi operasi bahagi di tempat yang

    betul.

    Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah memberikan pendedahan mengenai pembelajaran

    peringkat penggunaan Cross-D kepada peserta kajian mengikut sesi intervensi yang telah

    ditetapkan. Jadual berikut merupakan senarai sesi intervensi dan aktiviti yang dijalankan

    untuk setiap sesi.

    Jadual 2

    Senarai Isi Pelajaran Bagi Setiap Intervensi

    Sesi Objektif Aktiviti

    1. 1) Mengenali fungsi setiap bahagian yang digunakan dalam Cross-D

    2) Mengetahui dengan jelas mengenai cara penggunaan Cross-D dalam

    menyelesaikan soalan operasi bahagi.

    Menyelesaikan soalan-

    soalan melibatkan fakta

    asas bahagi.

    Menyelesaikan lembaran

    kerja.

  • 2. 1) Menggunakan Cross-D bagi menyelesaikan soalan operasi bahagi

    tanpa melibatkan baki.

    2) Menggunakan kaedah yang terdapat dalam Cross-D ke dalam bentuk semi

    konkrit menggunakan set kertas.

    Membuat garisan Cross-D

    diatas set kertas yang telah

    bergrid dan membuat

    latihan pengukuhan.

    3. 1) Menggunakan 2 bentuk penyelesaian bagi menyelesaikan soalan bahagi iaitu

    dalam bentuk alat Cross-D dan bentuk

    semi konkrit.

    2) Mengaplikasikan penggunaan kaedah Cross-D bagi menyelesaikan soalan

    bahagi dalam bentuk lazim.

    Menggunakan garisan

    Cross-D untuk mencari

    jawapan dan menyelesaikan

    soalan dalam bentuk lazim.

    4. 1) Menyelesaikan operasi bahagi dengan 1-digit menggunakan bentuk lukisan

    Cross-D dan pembahagian panjang

    dengan betul.

    Mengimbas kembali dan

    menyelesaikan lembaran

    kerja.

    DAPATAN KAJIAN

    Sepanjang sesi intervensi dijalankan, pengkaji menggunakan tringulasi instrumen bagi

    menganalisis data setiap peserta kajian. Senarai semak digunakan bagi melihat keberkesanan

    dan tindak balas murid sepanjang sesi rawatan berlangsung. Pemerhatian dibuat menggunakan

    pelbagai aspek iaitu penglibatan murid, reaksi, hasil kerja murid dan sebagainya. Temubual

    yang dijalankan terhadap murid dijadikan bahan sokongan terhadap data-data yang diperoleh

    untuk menyokong segala keberkesanan penggunaan Cross-D dalam pembelajaran.

    Keberkesanan pembelajaran dibuktikan dengan skor markah yang diambil daripada hasil

    jawapan murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos.

    Dalam kajian yang menggunakan analisis deskriptif secara individu ini, pengkaji telah

    mengambil peserta kajian iaitu Putra (bukan nama sebenar) bagi menghuraikan dapatan kajian

    yang diperoleh hasil analisis daripada murid tersebut. Putra merupakan murid yang lemah

    dalam pengiraan operasi darab dan bahagi. Kelemahan untuk menghafal sifir membuatkannya

    malas dan tidak tahu untuk menyelesaikan operasi bahagi. Ini jelas dibuktikan dengan markah

    Ujian Pra yang hanya mendapat 1 soalan betul daripada 10 soalan yang diberikan. Berikut

    merupakan skrip jawapan Ujian Pra Putra.

    Rajah 1 . Skrip jawapan Ujian Pra Putra

    Rajah 2 . Skrip jawapan Ujian Pra Putra

  • Hasil temubual yang dijalankan ke atas Putra bagi mendapatkan maklum balas berkenaan

    markah Ujian Pra yang diperolehinya mendapati Putra tidak mahir dalam menggunakan

    algoritma bentuk lazim dalam menyelesaikan operasi bahagi. Apabila ditanyakan mengenai

    kesilapan tersebut, Putra menjawab Tak tahu nak tulis jawapan macam mana, tak reti (TB-PK1-B12). Beliau juga menunjukkan reaksi malas dan tidak mahu menyelesaikan soalan-

    soalan yang melibatkan nombor yang lebih besar.

    Semasa menjalani sesi intervensi 1, Putra menunjukkan minat untuk mempelajari kaedah

    penggunaan Cross-D yang dilihat menarik dengan penggunaan batang yang berwarna. Dalam

    sesi pertama ini, Putra diterangkan dengan fungsi setiap bahagian Cross-D dan cara

    penggunaannya untuk menyelesaikan soalan operasi bahagi. Berdasarkan kepada senarai

    semak yang diambil, Putra tahu untuk menggunakan Cross-D untuk menghasilkan jawapan

    (BP-PK1-S1-I2), namun begitu dia tidak dapat menyelesaikan soalan yang diberikan secara

    spontan (BP-PK1-S1-I3). Ini menunjukkan bahawa Putra memerlukan bimbingan yang lebih

    dalam menggunakan Cross-D.

    Rajah 3 . Lembaran kerja Sesi Intervensi 1 Putra

    Dalam sesi intervensi 2 pula, Putra dibimbing untuk mengimbas kembali mengenai

    penggunaan Cross-D dalam menyelesaikan soalan operasi bahagi. Setelah dibekalkan dengan

    beberapa contoh jalan penyelesaian, akhirnya Putra dapat menggunakan Cross-D dengan

    lancar untuk mendapatkan jawapan. Selain itu, Putra dapat menggunakan kaedah Cross-D

    kedalam bentuk garisan pada set kertas bergrid dan menyelesaikan soalan operasi bahagi

    berdasarkan garisan yang dibuat (BP-PK1-S2-I5). Berikut merupakan contoh hasil kerja

    Putra pada sesi intervensi ini.

    Rajah 4 . Latihan pengukuhan Sesi Intervensi 2 Putra

    Putra menunjukkan sikap yang positif semasa sesi intervensi 3. Sifat ingin tahu dan

    menyelesaikan soalan operasi bahagi dengan cepat dan betul membuatkan Putra lebih

    bersemangat untuk belajar. Pada peringkat ini, Putra didedahkan dengan penggunaan Cross-D

    dalam menyelesaikan operasi bahagi dalam algoritma bentuk lazim. Segala fungsi dan

    peranan nombor yang dimiki Cross-D dilihat dapat membantu Putra dalam aspek penulisan

    dalam algoritma bentuk lazim (BP-PK1-S3-I5).

  • Pada sesi intervensi 4, Putra dibekalkan dengan lembaran-lembaran kerja sebagai aktiviti

    latihan pengukuhan bagi membolehkannya mengimbas kembali pelajaran lepas. Soalan-soalan

    yang diberikan merangkumi tahap kesukaran yang berbeza. Ia bertujuan untuk membina

    keyakinan dalam diri Putra dan mengukuhkan pengetahuan yang dimiliki Putra dalam

    mengaplikasikan penggunaan Cross-D. Hasil daripada lembaran yang dijawab oleh Putra

    mendapati hampir kesemua soalan yang dibuat betul dan terdapat hanya beberapa kecuaian

    yang dilakukan. Setelah menjalani sesi intervensi 4, Putra dan peserta kajian lain diminta

    menjawab Ujian Pos bagi melihat keberkesanan sesi intervensi menggunakan Cross-D.

    Apabila selesai disemak, Putra memperoleh 80% markah bagi Ujian Pos dengan hanya 2

    soalan dijawab salah. Berikut merupakan perbandingan hasil penyelesaian daripada Ujia Pra

    dan Ujian Pos yang dibuat oleh Putra.

    Jadual 3

    Perbandingan antara Ujian Pra dan Ujian Pos Putra

    Ujian Pra Ujian Pos

    Berdasarkan kepada perbandingan hasil Ujian Pra dan Ujian Pos tersebut, Putra dilihat

    menggunakan Cross-D dalam menyelesaikan soalan tersebut. Hasil daripada Ujian Pra

    mendapati, Putra masih lemah dalam menentukan kedudukan tempat untuk menulis jawapan

    bagi setiap hasil bahagi. Namun begitu, penggunaan Cross-D dilihat dapat membantunya

    berdasarkan penyelesaian dalam Ujian Pos. Putra telah dapat mengenalpasti kedudukan

    jawapan yang betul untuk ditulis dalam algoritma bentuk lazim. Berikut merupakan

    perbandingan markah antara Ujian Pra dan Ujian Pos yang diperoleh bagi kesemua peserta

    kajian.

    Jadual 4

    Perbandingan markah Ujian Pra dan Ujian Pos

    BIL PESERTA

    KAJIAN

    MARKAH PENINGKATAN

    (%) UJIAN PRA UJIAN POS

    1. PK1(Putra) 10% 80% 70

    2. PK2 (Aliya) 20% 100% 80

    3. PK3 (Fariha) 30% 100% 70

    4. PK4 (Hanan) 0% 70% 70

    Secara keseluruhannya, kesemua peserta kajian telah memperoleh peningkatan antara 70

    hingga 80 peratus dalam Ujian Pos. Dua orang murid perempuan telah mendapat markah

    penuh sebanyak 100% dalam Ujian Pos. Ini menunjukkan bahawa, kesemua peserta kajian

    dapat mempelajari sesuatu yang berguna untuk menyelesaikan soalan dalam Ujian Pos.

    Berdasarkan kepada penelitian bagi keempat-empat latihan pengukuhan dan lembaran kerja

    menunjukkan bahawa mereka menggunakan Cross-D dengan betul bagi menyelesaikan soalan

    operasi bahagi.

  • Hasil reaksi daripada mereka menunjukkan mereka sangat gembira menggunakan Cross-D

    kerana ianya lebih senang tanpa perlu menulis sifir dalam menyelesaikan soalan operasi

    bahagi. Ini jelas dibuktikan semasa sesi intervensi dimana hasil pemerhatian pengkaji

    mendapati murid menunjukkan tingkah laku yang positif dan wujud perbincangan sekiranya

    terdapat kemuslihatan. Mereka turut menyatakan minat untuk terus menggunakan Cross-D

    dalam menjawab soalan bahagi dan ingin memperkenalkan kaedah ini kepada rakan-rakan

    yang lain. Hasil temubual juga membuktikan mereka berpendapat bahawa Cross-D lebih

    mudah berbanding kaedah-kaedah yang sebelum ini diperkenalkan kepada mereka disekolah.

    Ianya tidak membebankan murid untuk berfikir dan membantu murid dalam algoritma bahagi

    bentuk lazim yang sememangnya berlainan daripada bentuk lazim tambah dan tolak.

    KESIMPULAN

    Secara keseluruhannya, penggunaan Cross-D telah terbukti membantu murid yang

    berpencapaian rendah untuk menguasai operasi bahagi dengan 1-digit tanpa melibatkan baki.

    Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan peningkatan skor markah daripada Ujian Pra kepada

    Ujian Pos yang sekurang-kurangnya 70% peningkatan. Hasil daripada Ujian Pos turut

    melibatkan dua orang murid yang mendapat markah penuh dan menjawab semua soalan

    dengan betul menggunakan kaedah Cross-D. Peserta kajian keempat yang tidak mendapat

    sebarang markah dalam Ujian Pra menunjukkan peningkatan yang memberansangkan kepada

    70% markah dalam Ujian Pos. Penekanan Cross-D mengenai konsep pembahagian yang

    sebenar membolehkan murid ini meningkatkan kefahaman konsep untuk memudahkan murid

    memahami proses yang berlaku dalam algoritma bahagi bentuk lazim.

    Pengkaji berpendapat bahawa penggunaan Cross-D amat sesuai digunakan semasa murid

    diperkenalkan dengan algoritma bahagi bentuk lazim. Penggunaan hasil jawapan pembahagi

    pada atas alat Cross-D dapat membantu murid menentukan kedudukan dengan jelas

    seterusnya meningkatkan kefahaman dalam penyusunan nombor dalam algoritma bentuk

    lazim tersebut. Selain itu, ia juga sesuai kerana dapat digunakan dalam bentuk abstrak iaitu

    kaedah garisan dan tidak bergantung kepada penggunaan alat semata-mata untuk

    menyelesaikan soalan operasi bahagi. Dengan ini, murid dapat mempraktikkan kaedah ini

    dimana sahaja tanpa batasan daripada segi alat Cross-D tesebut. Melalui kaedah ini juga,

    murid dapat melihat dengan jelas proses menyelesaikan soalan operasi bahagi dengan 1-digit

    tanpa melibatkan baki menggunakan kaedah Cross-D.

    Penggunaan Cross-D juga dilihat dapat membantu murid yang kurang memahami algoritma

    bahagi bentuk lazim. Kaedah yang diterapkan Cross-D dapat membantu murid dalam

    menentukan kedudukan hasil bahagi dengan nilai bahagi untuk dimasukkan ke dalam

    algoritma tersebut dengan betul. Dengan ini, kekeliruan dan kecuaian dapat dielakkan semasa

    membuat pengiraan algoritma bahagi bentuk lazim menggunakan Cross-D. Keseluruhannya,

    Cross-D dapat dijadikan kaedah alternatif yang dapat membantu murid-murid menyelesaikan

    soalan melibatkan operasi bahagi. Murid dapat melihat perkaitan antara nilai bahagi dengan

    nilai pembahagi yang digunakan dalam Cross-D untuk mengukuhkan lagi pengetahuan

    mengenai fakta asas bahagi.

    RUJUKAN

    Gardella, F.J. (2009). Introducing Difficult Matehematics Topics in the Elementary

    Classroom : A Teachers Guide to Initial Lessons. New York : Routledge.

    Haylock, D. (2006). Mathematics Explained for Primary Teachers (3rd ed.) . London: SAGE

  • Publications LTD..

    Lim, C.S ; Fatimah, S. & Munirah, G (2003). Alat Bantu Mengajar Matematik. Kuala

    Lumpur : PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

    Noraini Idris (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur : Utusan

    Publications & Distributors Sdn Bhd

    Peh Kheng Suat. (2013). Express Revision Mathematics UPSR (Year 4.5.6). Penerbit Ilmu

    Bakti Sdn. Bhd.Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

    Robinson, K.M. (2006). A Microgenetic Study of the Conceptual Development of Inversion

    on Mutiplication/Division Inversion Problems. Retrieved from :

    http://csjarchive.cogsci.rpi.edu/Proceedings/2006/docs/p2032.pdf

    Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal. (2006). Isu-isu Dalam Pendidikan Matematik.

    Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Cheras, Kuala Lumpur.

    Safinaz, Nellie dan Oon (2000). Satu Tindakan Kesilapan Murid Dalam Penyelesaian

    Masalah Operasi Bahagi Di Dua Buah Sekolah. Maktab Perguruan Teknik Kuala

    Lumpur : Unit Penyelidikan dan Pembangunan.

    Troutman, A.P., & Litchtenberg, B.K. (2003). Mathematics A Good Beginning, Sixth Edition.

    United States : Thomson/Wadswortf Publishing.