39232707 bbm 3401 nota bahasa melayu tinggi

Upload: najwa-mahshar

Post on 16-Jul-2015

310 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

BMT - PENGENALANBahasa menunjukkan bangsa Makan Make Makang Mangan Melantak Mentekedarah Mencekik Mentong Merarau Kudapan Menambul

Bahasa menunjukkan darjat Sarapan Breakfast Kudapan Tea break Iftar Santap Dinner High-tea Super

BMT- BAHASA SEBAGAI WAHANA KOMUNIKASI Tabii dan semula jadi Kesediaan akal dan saraf Kemampuan pancaindera

Melibatkan dua pihak Menggambarkan jati diri Terdapat unsur permainan emosi Menyerlahkan kebangsawanan Membabitkan tiga unsur bahasa Tatabahasa Budi bahasa Paralinguistik

BMT UNSUR-UNSUR TATABAHASA Fonologi > Sebutan sebutan huruf mengikut nilai bunyi Variasi dialek, pengaruh slanga, sebutan baku

Morfologi > Kegramatisan Imbuhan Kata sendi

Sintaksis > Susunan kata-kata Frasa, klausa, ayat

Semantik > Pragmatik Makna, gaya bahasa, wacana,

Sosiolinguistik > Diksi Kolokial, rasmi, santun

BMT UNSUR-UNSUR BUDI BAHASA Kata sapaan Ganti nama Sistem panggilan Hirarki hormat

Neka bahasa Siapa yang dilawan berkomunikasi?

Gaya bahasa Perbandingan Pertautan Pertentangan Perulangan

BMT UNSUR-UNSUR PARALINGUISTIK Artikulator Tunanetra Tunarungu Tunawicara

Suara dan intonasi Fitur-fitur distingtif dan ciri suprasegmental Jeda, mora

Gestur Mimik muka

Postur Gerak tubuh

BMT - KONSEP BMT satu bentuk bahasa yang wujud dalam perkembangan bahasa Melayu. Istilah BMT mendukung pengertian sosial. BMT dianggap sebagai bahasa yang mendukung konsep budaya tinggi. Budaya tinggi ditafsirkan sebagai budaya ilmu, pemikiran dan teknologi. Bahasa Melayu tinggi adalah ragam bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, sebagai bahasa baku atau standard.

Bahasa Melayu tinggi tidak dapat dijelmakan melalui bahasa Melayu basahan, dan sering dikaitkan dengan bahasa persuratan. Bahasa Melayu tinggi juga bukan bahasa Melayu pertuturan (kolokial) BMT bukan istilah linguistik. Tidak ada istilah atau konsep bahasa tinggi atau bahasa rendah. Yang ada ialah ragam atau variasi bahasa (Awang Sariyan;1996).

FILUM BM Bahasa Austris Austroasia Tibet-Cina Austronesia Nusantara Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Gorontalo, Tomini, Toraja, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi Selatan, Muna-Butung, Bima-Sumba, Ambon-Timur, Sula-Bacon, Halmahera Selatan

Polinesia Melanesia Mikronesia

BM KUNO Tiada tarikh pasti Jawa Man > 100 000 Perak Man > 10 000 Bukti kewujudan masyarakat dan budaya Melayu Budaya Melayu Kuno - Kurun 1-5 Masehi Catatan China - 644-645 Masehi Prasasti Kerajaan Melayu Kuno - Sriwijaya Prasasti Kedukan Bukit, Palembang 683 M Prasasti Talang Tuwo, Palembang 684 M Prasasti Kota Kapur, Pulau Bangka 686 M Prasasti Karang Berahi, Jambi 686 M

Tulisan Pallava, Kawi, Rencong pada prasasti

CATATAN BM KUNO PRASASTI KERAJAAN CAM (4 M)Siddham! Ni yang Naga punya putauv, Ya urang sepriy di ko, Kurun ko jemaylabuh nasi svarggah, Ya urang paribhu di ko, Kurun saribu thun davam di naraka, Dengan tujuh kulo ko (Salam sejahtera! Inilah Nagadewa kepunyaan Raja, Sesiapa yang menghormatinya, Orang itu akan beroleh anugerah dari syurga, Sesiapa yang menghianatinya, Orang itu akan sengsara untuk beberapa lama, Sehingga tujuh keturunannya.)

BM KLASIK Sekitar abad ke-14 18 M Kerajaan Melayu Lama Melaka, Johor-Riau, Pasai, Aceh, Patani, Bugis

Prasasti Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) Tulisan India, pengaruh Sanskrit

Prasasti Minye Tujuh, Aceh (1380) Tulisan India, mulai terima perkataan Arab

Prasasti Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) Tulisan Jawi, BM campur Arab

BM dengan pengaruh Sanskrit & Arab BM sebagai bahasa persuratan; sastera kitab, ketatanegaraan, historiografi, syair

Batu Bersurat Terengganu (1303-1387M):Rasul Allah dengan yang orangbagi merekaada pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan agama Islam dengan benar bicara derma meraksa bagi sekelian hamba Dewata Mulia Raya dibenuakan ini penentu agama Rasul Allah Sallallahu alaihi wa sallama Raja Mendelika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam behumi. Penentuan itu fardhu pada sekalian Raja Mendelika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka Tuhan mendudukkan tamra ini di benua Terengganu adipertama ada Jumaat di bulan Rejab di tahun sarathan di sensakala baginda Rasul Allah telah lalu tujuh ratus dua.

SURAT SULTAN TERNATE (1521)Al-Fattah Raja Sultan Abu Hayat surat datang kepada Mama Raja Portugal, raja (be)sar al-dunia alam samuhanya tuwan basar. Kerana dahulu Raja Portugal manyuruh Francisco Serrao datang dari Muluku binasa dari Ambon. Maka Raja Maluku samuhanya dengar Feringgi ada binasa dari Ambon, maka Raja Tidore dan Jailolo disuruh Ambon samuhanya berhimpah mau bunuh pada Francisco Serrao. Maka Raja Tidore dengar disuruh saudara duwa membawah perauh tucuh buah diambil Francisco Serrao membawah ke Ternate.

BM PRAMODEN Tidak dapat ditandai dengan tarikh-tarikh khusus Sekitar zaman penjajahan Belanda dan Inggeris 1824 Perjanjian London Bahasa Belanda mempengaruhi BM di Indonesia Bahasa Inggeris mempengaruhi BM di Malaysia Mulai menerima kosa kata bahasa Inggeris secara pinjam-terjemah Station > stesen National > nasional University > universiti Secretary > setiausaha Commissioner > pesuruhjaya

SURAT de KLERK (1779)Qawluh al-haqq wa kalamuh al-sidq Bahawa Gurnadur Jenderal Reynier de Klerk dan sekalian Raden van India berkirim ini surat ikhlas sahabat-bersahabat dan berkasih2an kepada sahabat handai taulannya Paduka Seri Sultan Ratu Muhammad Bahauddin, raja atas tahta kerajaan Palembang, dipohonkan atasnya sihat dan afiat serta daulat dan segala berkat yang boleh membahagiakan pada sendirinya beserta rakyat2nya istimewa pula sahabatbersahabat pada antara Tuan Sultan dengan kompeni Wolandawi, boleh tinggal tetap dan tegoh hingga zaman yang mutakhirin adanya.

BM MODEN Bermula dengan kebangkitan semangat kebangsaan awal abad ke-20 Tidak berkisar di istana sahaja Kebangkitan golongan rakyat biasa guru, sasterawan, wartawan, budayawan, pejuang kemerdekaan/ahli politik Tulisan Jawi dalam akhbar, majalah, buku, kitab

1957 BM dimaktubkan sebagai bahasa kebangsaan (Fasal 152) Penyata Razak BM sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan Penggunaan tulisan Rumi Penerbitan buku teks BM sebagai bahasa moden

BURSA KOMODITI DAN KEWANGAN Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini berikutan pembelian spekulatif akibat kebimbangan Eropah akan mengalami kemelesetan berganda. Sungguhpun harga telah meningkat beberapa hari sebelum ini, jumlah dagangan masih rendah. Ogos 2010 naik RM 11 untuk ditutup pada RM2, 504 satu tan metrik, September bertambah RM 4 kepada RM 2, 474, Oktober naik RM 5 kepada RM 2, 454, November menokok RM 4 kepada RM 2, 449. Pada pasaran fizikal, Selatan Julai ditutup RM 10 lebih tinggi pada RM 2, 520 satu tan metrik.

BMT - ASPEK BAHASA Aspek Bahasa - Corak BMT dapat diperincikan melalui empat matra atau dimensi, iaitu: Bentuk lisan dan tulisan Tahap penguasaan lemah, sederhana, fasih Tahap penggunaan kolokial, rasmi, kebangsaan Mutu bahasa neka, gaya, laras

BENTUK BM Terdapat dua bentuk Lisan dan tulisan

Bahasa Lisan: Bersifat agak bebas temu bual atau wawancara. Bersifat mesra menggunakan kata ganti nama yang mesra. Tatabahasa tidak mementingkan kesempurnaan tatabahasa, memendekkan kata, menggugurkan bahagian tertentu dalam ayat, penggunaan unsur bukan bahasa atau paralinguistik.

Bahasa tulisan: Terkawal dapat diedit Bersifat rasmi Tatabahasa mementingkan tatabahasa yang sempurna

BAHASA LISANBahasa lisan dapat dibahagikan kepada tiga jenis;i. Bahasa lisan subbaku tidak terkawal, mengandungi unsur tempatan atau bersifat individu (ideolek), cth: dialek dan bahasa pasar. Bahasa lisan umum - ada unsur bahasa basahan, seperti kependekan dan penggunaan kata ganti nama yang kurang rasmi tetapi masih mengekalkan bentuk panggilan hormat dan bersopan. Bahasa lisan terkawal diungkapkan dalam konteks rasmi, menggunakan bahasa terkawal, penggunaan sistem panggilan, tatabahasa dan intonasi.

ii.

iii.

BAHASA TULISANPada umumnya, ada dua jenis bahasa tulisan:i. Bahasa tulisan umum tidak mementingkan semua ciri bahasa tulisan tetapi diterima umum kerana ada kelaziman tertentu. Cth penggunaannya seperti dalam akhbar, majalah, risalah, iklan, sepanduk, dan lain-lain. Bahasa tulisan rapi terancang, tersusun, dan disunting dengan teliti.

ii.

TAHAP PENGUASAAN Peringkat penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa mengikut konteks dan tahap tertentu. Pengguna bahasa mestilah menguasai tahap kemampuan berbahasa yang berpadanan. Dapat menggunakan neka bahasa dan ragam bahasa mengikut konteks dan bidang. Dua tahap penguasaan bahasa, iaitu tahap budaya dan tahap fungsional.

TAHAP BUDAYAPenguasaan bahasa lisan pada tahap budaya mempunyai ciri yang berikut: i. ii. iii. iv. Mengandungi unsur tempatan. Mengandungi unsur individu dialek dan ideolek. Pertuturan bersahaja dalam konteks tidak formal. Pertuturan oleh cendekiawan yang biasanya menghilangkan ciri bahasa lisan yang umum, seperti kependekan dan kemesraan. Penggunaan sebutan yang lebih tekal (konsisten).

v.

TAHAP FUNGSIONALTahap penggunaan bahasa yang diperlukan oleh pengguna bahasa untuk memenuhi tugas tertentu dalam kehidupan seharian. i. ii. iii. Bahasa lisan pada tahap ini bersifat terkawal. Digunakan dalam situasi formal, seperti dalam penyampaian berita di radio atau televisyen. Bahasa tulisan pada tahap fungsional digunakan dalam majalah, jurnal, laporan, catatan minit mesyuarat dan sebagainya.

TAHAP PENGGUNAANPenggunaan bahasa yang sempurna memerlukan pengolahan bahasa yang baik. Untuk mencapai kesan yang maksimum, seseorang pengguna bahasa perlu menguasai aspek yang berikut: i. Kemahiran bahasa ii. Penghayatan iii. Pengetahuan iv. Penglahiran v. Penghujahan vi. Kekritisan vii. Mekanik Penulisan

MUTU BAHASAMutu bahasa bermaksud kemampuan seseorang menggunakan bahasanya. Kemampuan ini merangkumi ciri yang berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Ketepatan Kewajaran Kematangan Kelancaran Keluwesan Gaya Laras

PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA Dalam konteks semasa, penggunaan bahasa Melayu yang sempurna adalah berdasarkan hakikat: Bahasa yang baik, mudah, dan praktis. Bahasa yang berkesan. Bahasa yang indah.

1. 2. 3.

BAHASA SEBAGAI WAHANA ILMU Keintelektualan Keupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan Keupayaan mengungkap kesinambungan dan kerumitan fikiran Dicapai melalui pembinaan dan pengayaan kosa kata dan struktur tatabahasa Kesempurnaan Kecendekiaan, kepelbagaian, kelenturan, kepraktisan, keberkesanan, ketertiban, kesederhanaan, ketekalan, keberadaban, keindahan

FUNGSI UMUM BAHASA Diperlihatkan berasaskan dasar dan motif penggunaan Penglahiran maksud, perasaan, ekspresi, dan penunjang minda. Alat komunikasi. Alat integrasi (penyatuan) dan adaptasi (penyesuaian) sosial. Alat kawalan sosial.

FUNGSI KHUSUS BAHASA Sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa komunikasi, melambangkan kedaulatan negara, seperti yang termaktub dalam para 152 Perlembagaan Malaysia. Sebagai bahasa perpaduan negara dilaksanakan melalui Dasar Pendidikan Negara. Sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan, dan bahasa media massa. Sebagai bahasa ilmu pengetahuan, wahana ilmu, dan sebagai asas tamadun tinggi.

PEMBAKUAN BAHASA Usaha, tindakan atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran (Awang Sariyan, 1996: 3). Meliputi seluruh sistem bahasa Sebutan Ejaan Peristilahan Tatabahasa Kosa kata (perkamusan)

KONSEP BAHASA BAKU DAN PEMBAKUAN BAHASABahasa baku dan pembakuan bahasa adalah dua istilah yang berkait rapat. Kata baku telah lama wujud dalam kamus Melayu, iaitu telah tercatat dalam Kamus Umum Bahasa Indonesia susunan W.J. S.Poerwadarminta yang diterbitkan pada tahun 1953. Dalam kamus tersebut, kata baku dijelaskan sebagai: Yang menjadi pokok, yang sebenarnya. Sesuatu yang dipakai sebagai dasar, ukuran.

Bahasa baku pula dimaksudkan sebagai bahasa yang seragam, variasi bahasa yang menjadi norma penggunaan bahasa Melayu dalam situasi rasmi (Nik Safiah Karim, 1988:1). Awang Sariyan (1989:38) pula memberi pengertian bahasa baku sebagai satu ragam bahasa yang digunakan untuk suasana dan keperluan rasmi atau formal.

BENTUK PENGGUNAAN BAHASADalam konteks pendidikan bahasa, pemilihan perlu dilakukan untuk menentukan variasi bahasa yang perlu dibakukan. Bernstein (1968) membahagikan bahasa kepada dua variasi utama, iaitu: 1. 2. Bahasa terhad (restricted code) Bahasa terbina (elaborated code)

CIRI BAHASA TERHAD1. 2. 3. 4. 5. Bersifat ringkas Mengandungi kependekan atau singkatan Amat bergantung pada konteks Rujukan dibuat kepada perkara atau peristiwa yang dialami bersama oleh anggota masyarakat. Tidak memerlukan huraian yang mendalam dan terperinci tentang sesuatu topik atau perkara yang dibincangkan.

CIRI BAHASA TERBINA1. 2. 3. 4. Bersifat kompleks. Mempunyai susunan yang teratur dan rapi. Tidak didasarkan kepada latar belakang atau pengalaman yang dialami atau difahami bersama. Setiap topik atau tajuk perbincangan perlu dihuraikan atau dinyatakan dengan terperinci. Dalam konteks perancangan dan pembakuan bahasa, variasi yang menjadi norma atau ukuran penggunaan bahasa yang baku ialah bahasa terbina.

PENGERTIAN BAKU (KAMUS DEWAN 1970) Yang pokok, yang dasar, yang sebenar. Yang diterima umum sebagai bentuk yang sah dan betul, dan dijadikan asas perbandingan (berkenaan bahasa, sebutan, ejaan, dsbnya.), standard. Dalam konteks perancangan bahasa, bahasa baku adalah bahasa yang menunjukkan norma baku dalam suatu kawasan akibat perbezaan sosial dan daerah (kedudukan geografi) yang wujud.

PERANCANGAN KORPUS BAHASAPerancangan korpus bahasa sebenarnya adalah pembinaan bahasa, dan dalam konteks pembakuan bahasa boleh diteliti melalui beberapa proses, iaitu: Pemilihan (selection) Pengekodan (codification) Peluasan fungsi (elaboration of function) Penerimaan (acceptance)

CIRI BAHASA BAKUSesuatu bahasa itu dianggap bahasa baku (standard) jika mempunyai ciri yang berikut:

Bersifat terbuka Bersifat stabil Bersifat cendekia (intelektual) Bersifat pemersatu Bersifat pemisah Berprestij Bersifat rangka rujukan Kekerapan penggunaan Sejarah atau tradisi penggunaan Pengaruh penggunaan

ASPEK PENTING DALAM PEMBAKUAN BAHASA1. 2. 3. 4. 5. 6. Sistem ejaan Sebutan Peristilahan Kosa kata (perkamusan) Tatabahasa Laras Bahasa

SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYUSistem ejaan bahasa Melayu telah mengalami pembakuan sejak beratus-ratus tahun jika mengambil kira tulisan Jawi sebagai tulisan tradisi bahasa Melayu. Sistem ejaan Rumi dirumuskan sistem penulisannya sejak awal abad ke-20. R. J. Wilkinson (1904) telah berhasil menyusun Asas sistem ejaan Rumi bahasa Melayu.

Zaba kemudiannya telah memperkemasnya sehingga menjadi satu sistem ejaan yang digunakan di sekolah selama 30 tahun. Pada tahun 1972, satu ejaan terhasil melalui kerjasama dengan Indonesia. Di Malaysia, sistem ejaan itu dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu manakala di Indonesia, dikenali sebagai Sistem Ejaan Yang Telah Disempurnakan.

SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU Sistem pengejaan baharu bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada dua sistem, iaitu Sistem Keselarasan Huruf Vokal (untuk pengejaan kata jati bahasa Melayu) dan Sistem Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal (untuk pengejaan kata pinjaman). Sistem Keselarasan Huruf Vokal Keselarasan huruf vokal bererti keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara dua huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.

Prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku berasaskan syarat yang berikut: 1. 2. 3. Keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar yang tidak melibatkan imbuhan. Kata dasar hendaklah berakhirkan suku kata tertutup. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja.

RAJAH SEGITIGA VOKAL MELAYU

a

e

o

i

e

u

Penjelasan Rajah1. Garis penghubung menunjukkan vokal-vokal yang boleh dipasangkan dalam kata yang terdiri daripada dua suku kata. Dengan demikian, terbentuklah pola a-i, i-a, a-u, u-a, i-u, u-i, o- e taling , dan e taling o ( 8 pola ). Bulatan dan separuh bulatan menunjukkan masingmasing vokal yang boleh dipasangkan dengan vokal yang sama dengannya. Maka terbentuklah pola a a, i i, u u, e taling e taling, dan o o ( 5 pola ).

2.

3.

Separuh bulatan juga menunjukkan bahawa vokal e taling dan o dilampaui oleh garis penghubung a i atau i a dan oleh garis a u atau u a. Pola yang wujud ialah e taling a dan o a ( 2 pola ). Vokal e pepet diletakkan dalam segi empat dengan tiga anak panah mengarah ke vokal a, i, dan u. Pola yang wujud ialah e pepet i, e pepet u, dan e pepet a ( 3 pola). Keadaan ini menunjukkan bahawa vokal e pepet hanya boleh hadir pada suku kata praakhir tetapi tidak boleh hadir pada suku kata akhir tertutup.

4.

POLA KESELARASAN HURUF VOKALBil. Suku Kata

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Praakhir a a a e pepet e pepet e pepet i i i

Suku Kata Akhir Tertutup a i u a i u a i u

Contoh parah, asak alih, balik basuh, halus telan, kelam petik, betik telus, keruh silang, bilah sirih, risik sibuk, tiruk

10 u 11 u 12 u 13. e taling 14. e taling 15. e taling 16. o 17. o 18. o

a I u a e taling o a e taling o

usap, sukat pulih, surih tunduk, luhur serat, dewan heret, leceh besok, elok borang, sorak boleh, korek borong, sorok

Daripada 18 pola keselarasan huruf vokal, ada 8 pola yang berubah daripada sistem ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972). Dasar tentang perubahan ini menetapkan huruf vokal I atau u yang terdapat pada suku kata akhir tertutup digunakan sekiranya huruf vokal a, e pepet, i atau u terdapat suku kata praakhir. Suku kata praakhir tertutup Vokal a, e pepet, i atau u Suku kata akhir

i, u

Ejaan Lama Pola Ejaan 1 2 3 4 5 6 7 8 Contoh

Ejaan Kini Pola Ejaan ai au e pepet i e pepet u ii iu ui uu Contoh alih batuk lebih tempuh pilih tidur usik untung

a e taling aleh ao batok e pepete taling lebeh e pepet o tempoh i e taling pileh io tidor u e taling usek uo untong

Tentang pola keselarasan vokal yang tidak berubah daripada sistem ejaan lama, dasar keselarasan huruf vokal menetapkan supaya digunakan huruf vokal e taling atau o pada suku kata akhir tertutup sekiranya digunakan vokal e taling atau o juga pada suku kata praakhir. Suku Kata Praakhir Vokal e taling atau o Suku Kata Akhir Tertutup vokal e taling atau o

Pola Ejaan 1. e taling e taling 2. e taling - o 3. o e taling 4. o o

Contoh leceh, gelek, selekeh tempoh, belok, selekoh boleh, ponteng, celoteh obor, corong, borong

POLA KEKECUALIAN KESELARASAN HURUF VOKALBil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Contoh Kata Nusantara a e taling aneh, awet ao barong, calon e pepet e taling gembleng e pepet o bendok, jempol i e taling imlek io ijon, pilon u e taling tulen, ulet uo buron, bunglon a e pepet pakem e taling i Pola Ejaan Contoh Kata Inggeris kabaret, jaket atom, kontraktor setem gabenor, interkom tiket, kriket diftong, transistor subjek kupon, konduktor teater, plaster hipotesis, objektif

11 e taling u 12 13 14 15 16 17 e pepet e pepet i e pepet oi ou e taling e pepet o e pepet

petroleum, spektrum demdem iseng, artikel, filem, dividen fosil, polis bonus, forum meter Oktober, broker

EJAAN KATA SERAPAN DARIPADA BAHASA INGGERIS DAN BAHASA EROPAH Penyusunan ejaan bagi kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain yang ditulis dalam huruf Roman dilakukan dengan mengikut peraturan penyesuaian huruf, contohnya: BI a ae ai au b, bb BM a ae ai au b Contoh Penggunaan abstrak aerial aileron, aising audit, automatik lobi, hobi

Bagi penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain yang ditulis dengan huruf Roman, yang dipentingkan Ialah bentuk ejaan dan bentuk visualnya. BI BM carbon jadi karbon bukan kaban cartoon jadi kartun bukan katun conductor jadi konduktor bukan kondakter dialogue jadi dialog bukan dailog institute jadi institut bukan institiut structure jadi struktur bukan strakcer

Kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasabahasa Eropah yang lain dikecualikan daripada peraturan sistem keselarasan huruf vokal menurut Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu. BI atom bonus fossil pistol BM atom bukan atum bonus bukan bonos, bunus fosil bukan fosel, fusil pistol bukan pestol, pistul

tetap tetap tetap tetap

Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain diterima dan dikekalkan bentuknya dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian. Penulisan gugus konsonan di awal kata atau awal suku kata dikekalkan. Sebagai contoh: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu bl block jadi bl blok br brake brbrek chl- chlorophyll klklorofil chr- chronology krkronologi cl- clinic klklinik cr- credit krkredit

fr- franc glgrknkrplprpsptscglocose gravity knot krone plumbum practical psychology ptomaine scandal

jadi

frglgrknkrplprpsptsk-

franc glukosa graviti knot krone plumbum praktis psikologi ptomain skandal

scr- script sk- ski sn- snooker sp- spectrum sph- sphere spr- spring sq- squadron st- stable str- structure tr- tragedy tz- tzar

skrskskspsfspskststrtrtz-

skrip ski snuker spektrum sfera spring skuadron stabil struktur tragedi tzar

jadi

Sebagai kekecualian kepada peraturan gugus konsonan, beberapa kata tertentu telah diterima mengikut sistem ejaan lama yang menggunakan huruf e pepet, sebagai contoh: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu class jadi kelas bukan klas club kelab klab, klub glass gelas glas grant geran gran plan pelan plan stamp setem stem

Penulisan huruf gugus konsonan pada akhir kata (atau pada akhir suku kata) bagi kata yang diterima bentuk gugus konsonannya adalah seperti yang berikut: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu -lf golf jadi -lf golf -lt cobalt -lt kobalt -nce science -ns sains -nk bank -nk bank -ps forceps -ps forseps -rd standard -rd standard -rm chloroform -rm kloroform -rt consert --rt konsert -x complex -ks kompleks -xt text -ks teks

Huruf gugus konsonan di akhir kata dalam bahasa Inggeris yang disesuaikan dengan penambahan huruf vokal dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: Bahasa Inggeris -ct -gm -ism fact paradigm materialism jadi -kta -gma -isme Bahasa Melayu fakta paradigma materialisme

Kata daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain yang sudah sebati atau telah lama terserap dalam bahasa Melayu dikekalkan ejaannya mengikut kaedah ejaan bahasa Melayu, contohnya: Bahasa Inggeris bureau custom driver modern pension station jadi biro bukan kastam drebar moden pencen stesen Bahasa Melayu bureau kustom driber, driver modern pension station, stasion, stesyen

Semua huruf g yang diucapkan j dalam bahasa Inggeris tetap Diterima sebagai huruf g juga dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh: Bahasa Inggeris agenda gymnasium technology tragedy tetap agenda bukan gimnasium teknologi tragedi Bahasa Melayu ajenda jimnasium teknoloji trajedi

Huruf g yang diucapkan j mengikut sebutan dalam bahasa Inggeris, disesuaikan menjadi huruf j dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh: Bahasa Inggeris agent college contingent engine jadi Bahasa Melayu ejen, agen kolej kontinjen enjin

Ejaan Kata Serapan daripada Bahasa ArabTerdapat dua cara untuk mengeja kata setapan daripada bahasa Arab dalam bahasa Melayu, iaitu: Kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap atau sebati dalam bahasa Melayu dieja dalam tulisan Rumi seperti mengeja kata jati bahasa Melayu, sebagai contoh: sahabat izin sabar darurat kubur zalim hakim zat

Istilah daripada bahasa Arab boleh ditulis menggunakan kaedah transliterasi huruf Arab ke tulisan Rumi, sebagai contoh: hadith kidhib istimal qunut riya

SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU Penulisan Kata Dasar - ditulis sebagai satu perkataan, iaitu dipisahkan daripada kata yang lain. Contohnya: i. Keputusan itu adalah tidak adil. ii. Pekerja tanpa izin itu telah pulang. iii. Sungai itu agak dalam. Penulisan Kata Terbitan - kata dasar yang berimbuhan (sama ada imbuhan awalan, akhiran atau sisipan) atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk kata yang lain.

PENULISAN KATA TERBITAN YANG BERAWALANImbuhan Awalan Anti Auto Dwi Juru Poli Pra Pro Sub Swa Tata Tuna Kata Dasar karat graf bahasa mudi klinik sekolah kerajaan kategori daya susila karya Kata Terbitan antikarat autograf dwibahasa jurumudi poliklinik prasekolah prokerajaan subkategori swadaya tatasusila tunakarya

Bagaimanapun, bentuk awalan yang boleh ditulis secara terpisah daripada kata dasar hanya bagi tiga penggunaan yang berikut: 1. Awalan maha ditulis terpisah daripada kata dasar atau bentuk dasar selepasnya yang bermula dengan huruf besar yang menunjukkan kata ganti nama Allah atau nama khas yang lain. Contohnya: Allah Yang Maha Esa Bentuk terikat seperti anti, pro, dan kontra dapat ditulis secara terpisah, iaitu sebagai kata bebas, contohnya: bersikap anti pro dan kontra

2.

Tanda sempang ( - ) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar. Contohnya: se-Nusantara se-Malaysia

PENULISAN KATA TERBITAN YANG BERAKHIRANKata terbitan yang berakhiran ditulis seperti yang berikut: Akhiran Kata Dasar Kata Terbitan -an -ah -isme -kan -man -nita -wan minum ustaz ego masuk budi biduan harta minuman ustazah egoisme masukkan budiman biduanita hartawan

PENULISAN KATA TERBITAN YANG BERAPITANKata terbitan yang berapitan ditulis seperti yang berikut: Apitan Kata Dasar Kata Terbitanberan berkan dii dikan diperkan kean mei mekan memperi memper..kan pean penge..an ter..kan anggap dasar iring umum tingkat sejuk kirim hadiah isteri hamba rasa had kata beranggapan berdasarkan diiringi diumumkan dipertingkatkan kesejukan mengirimi menghadiahkan memperisteri memperhambakan perasaan pengehadan terkatakan

PENULISAN KATA TERBITAN YANG BERSISIPANKata terbitan bersisipan ditulis seperti yang berikut: Sisipan -el-em-er-inKata Dasar tunjuk kuning gigi sambung Kata Terbitan telunjuk kemuning gerigi sinambung

PENULISAN KATA SENDI NAMA1. Kata sendi nama (kata depan) di- dan ke-ditulis terpisah dengan kata yang diimbuhkan dengannya. Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara terpisah daripada kata nama yang menunjukkan arah atau yang menunjukkan kedudukan sesuatu kata nama yang ada selepasnya, contohnya: i. Pakaiannya tersusun di atas meja itu. ii. Mereka berlayar menuju ke selatan. 2. Kata sendi nama di- dan ke- ditulis terpisah daripada kata nama umum yang terdapat selepasnya, contohnya: i. Pak Ali bekerja di bangunan KL Sentral. ii. Pelajar itu berbasikal ke sekolah setiap hari.

3.

Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara terpisah daripada kata bilangan atau kata yang menunjukkan jumlah sebagai kata bantu tempat atau kata nama umum, misalnya: i. Banjir petang semalam berlaku di enam kawasan sahaja. ii. Berita itu dihebahkan ke seluruh negara.

4.

Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara terpisah daripada kata nama tempat atau nama khas, contohnya: i. Adiknya tinggal di Kajang. ii. Mereka membuat lawatan ke Afrika Selatan.

PENULISAN KATA GANTI SINGKAT (KLITIK)Dalam bahasa Melayu, ada empat kata ganti singkat, iaitu kau, ku, mu, dan nya. Kata ganti singkat kau dan ku sebagai awalan penanda pasif ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya, contohnya: kaulihat kautulis kaubisik kauberi kuamati kubaca kudengar kuterima

Kata ganti singkat ku, mu, dan nya sebagai unsur akhiran ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang mendahuluinya, contohnya: kasihku rinduku temanku kasihmu rindumu temanmu kasihnya rindunya temannya

Bagaimanapun, kata ganti singkat ku, mu, dan nya yang berfungsi sebagai kata ganti nama bagi Allah menggunakan huruf besar sebagai huruf pertama, dan dihubungkan dengan kata yang ada sebelumnya dengan menggunakan tanda sempang, contohnya: i. Adakah mereka berdoa kepada-Ku? ii. Ya, Tuhanku, bimbinglah hamba-Mu ini! iii. Semoga kita mendapat rahmat-Nya, hidayahNya, dan petunjuk-Nya.

PENULISAN PARTIKELDalam bahasa Melayu, ada empat partikel yang digunakan, iaitu lah, tah, kah, dan pun. Dalam Sistem Ejaaan Rumi Baharu, partikel lah, tah, dan kah ditulis serangkai dengan kata dasar yang terletak di hadapannya, contohnya: Ejaan Lama Ejaan Baharu ada-lah adalah bimbing-lah bimbinglah siapa-kah siapakah bila-kah bilakah apa-tah apatah

PARTIKEL PUN PULA DITULIS DENGAN DUA CARA, IAITU DITULIS SERANGKAI ATAU DITULIS SECARA TERPISAH.1. Kata pun yang berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga, ditulis secara terpisah. Contohnya: i. Apa-apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus. ii. Pakaiannya pun tidak terurus. Ada 13 pun yang telah ditetapkan untuk ditulis secara serangkai, iaitu:adapun andaipun biarpun kendatipun mahupun sekalipun walaupun ataupun bagaimanapun kalaupun lagipun meskipun sungguhpun

2.

PENULISAN KATA GANDA (KATA ULANG)Kata ganda dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu kini ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda sempang. Kata ulang yang ditulis menggunakan tanda sempang , termasuklah kata ulang semu, kata ulang jamak, kata ulang berentak, dan kata ulang berimbuhan. 1. Penulisan Kata Ulang Semu: anai-anai biri-biri hati-hati kuda-kuda kupu-kupu labah-labah labi-labi tupai-tupai laki-laki undang-undang

2.

3.

4.

Penulisan Kata Ulang Jamak jawatan-jawatan borang-borang projek-projek dewan-dewan program-program aktiviti-aktiviti Penulisan Kata Ulang Berentak bolak-balik gerak-geri mundar-mandir lauk-pauk kuih-muih ramah-tamah serba-serbi kucar-kacir Penulisan Kata Ulang Berimbuhan keanak-anakan akhir-akhirnya bersiar-siar segala-galanya karang-mengarang menulis-nulis

PENULISAN GABUNGAN KATA1. Ada tiga jenis gabungan kata yang unsur-unsurnya ditulis secara terpisah. i. Kata bebas yang membentuk rangkai kata umum, rangkai kata istilah khusus, dan kata majmuk ditulis secara terpisah: air hujan balai raya bom tangan model linear tengah hari duta besar jalan raya luar biasa garis lintang nasi minyak

ii. Gabungan kata yang dihasilkan daripada hubungan parataksis atau rangkai kata setara ditulis secara terpisah: hidup mati adik kakak ibu bapa miskin kaya tua muda besar kecil iii. Gabungan kata yang merupakan simpulan bahasa ditulis secara terpisah: buah hati hati batu bulan madu pilih kasih darah muda tangkai jering

2.

Kata ulang bagi gabungan kata yang ditulis secara terpisah dibentuk dengan hanya mengulangi kata nama yang diterangkan (kata nama pertama), bukannya seluruh rangkai kata berkenaan: Bentuk Dasar balai raya guru besar kapal laut kertas kerja Bentuk Berulang balai-balai raya guru-guru besar kapal-kapal laut kertas-kertas kerja

3.

Ada beberapa kaedah untuk menentukan penulisan gabungan kata yang serangkai dan bentuk ulangannya. Rangkai kata umum yang ditulis terpisah, termasuklah istilah khusus dan kata majmuk, rangkai kata setara, dan simpulan bahasa yang menerima imbuhan apitan, ditulis secara serangkai: ambil alih anak emas lipat ganda tidak adil jadi pengambilalihan menganakemaskan melipatgandakan ketidakadilan

i.

ii.

Dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu telah ditetapkan sejumlah kata tertentu yang boleh ditulis secara serangkai, dikenali sebagai bentuk yang mantap: antarabangsa setiausaha kakitangan warganegara matahari pesuruhjaya jawatankuasa suruhanjaya tanggungjawab tandatangan bumiputera sukarela kerjasama olahraga

iii.

Pengulangan gabungan kata yang ditulis serangkai: jawatankuasa-jawatankuasa pesuruhjaya-pesuruhjaya tanggungjawab-tanggungjawab

jawatankuasa jadi pesuruhjaya tanggungjawab

iv. Gabungan kata yang ditulis serangkai menjadi dasar untuk membentuk kata terbitan: setiausaha tanggungjawab warganegara tandatangan jadi kesetiausahaan penanggungjawaban kewarganegaraaan menandatangani

PENGGUNAAN TANDA SEMPANG ( - )Dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu, tanda sempang digunakan untuk: i. menulis semua jenis kata ulang (kata ganda): bukit-bukau gunung-ganang sekolah-sekolah kekuning-kuningan cita-cita keanak-anakan ii. memisahkan suku kata yang tercerai oleh penggantian baris: Kertas ini bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan pihak Fakulti.

iii.

memperjelas ungkapan: ber-evolusi ber-revolusi merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada kata yang sama: anti-Amerika hamba-Mu ISBN-nya pro-Malaysia merangkaikan ke- dengan angka untuk penulisan nombor ordinal: ke-24 ( kedua puluh empat) ke-125 ( keseratus dua puluh lima)

iv.

v.

vi.

merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran an: tahun 60-an (tahun enam puluhan) tahun 90-an (tahun sembilan puluhan)

vii. Menyatakan hubungan antara kata pada rangkai kata setara tertentu atau rangkai kata istilah: alat-pandang dengar mesin-ketam roda-gigi

PEMBAKUAN SEBUTAN Pengenalan Perancangan pembakuan sebutan bahasa Melayu adalah menjadi salah satu objektif Dewan Bahasa dan Pustaka, sebagaimana yang termaktub dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Matlamat pembakuan sebutan bahasa Melayu adalah untuk menyeragamkan cara penyebutannya. Secara khusus, pembakuan sebutan bertujuan untuk: Mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam BM yang digunakan dalam situasi formal. Meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku dalam kalangan semua pengguna BM.

i. ii.

iii.

iv.

Memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu, iaitu supaya sistem sebutan menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan, dan laras bahasa. Secara khusus untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur , dan mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat dalam pengajaran dan pemelajaran di peringkat sekolah.

Definisi Sebutan Baku Sebutan baku ialah sebutan yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi. Antara aktiviti atau kegiatan yang ditakrifkan formal ialah pengajaran dan pemelajaran, ucapan, pidato, ceramah, mesyuarat, wawancara, siaran melalui media elektronik.

SEJARAH PEMBAKUAN SEBUTAN BAHASA MELAYUGagasan atau idea pembakuan sebutan bahasa Melayu telah melalui beberapa tahap, iaitu: 1. Gagasan mula diketengahkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga di Singapura dan di Johor Bahru pada tahun 1956. Penekanan terhadap ejaan dan bunyi sebutan juga jelas tercatat dalam Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka (pindaan 1972). Beberapa penyelidikan telah dijalankan tentang sebutan baku melalui bengkel dan seminar sejak awal RMK4 (1981). Siri bengkel sebutan baku diadakan dalam tahun 1987 antara DBP dengan PLM, dan Kementerian Pendidikan Malaysia.98

2. 3. 4.

5.

6.

Perumusan tentang pedoman sebutan baku dilakukan oleh sebuah jawatankuasa teknikal antara DBP dengan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia, dan pakar bahasa. Penggunaan sebutan baku di sektor pendidikan di Malaysia dilaksanakan bermula pada penggal kedua persekolahan dalam tahun 1988.

Dasar Sebutan BakuDasar sebutan baku bahasa Melayu ialah sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan.

CIRI SEBUTAN BAKU1. Setiap huruf, sama ada dalam ejaan Jawi atau Rumi hendaklah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkannya. Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola suku kata), sama ada kata dasar atau kata terbitan. Nada suara yang digunakan semasa bercakap hendaklah ditentukan berdasarkan jenis dan bentuk ayat dalam bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan. Terdapat kekecualian cara penyebutan bagi beberapa kata tertentu, seperti kata rai dan linguistik.

2.

3.

4.

PENYEBUTAN BUNYI VOKAL1. 2. Vokal < a > diucapkan [ a ] pada sebarang kedudukan, sama ada di awal, di tengah atau di akhir kata. Vokal < e > yang melambangkan < e > taling dan < e > pepet diucapkan [ e ] atau [ ] mengikut bunyi asal sesuatu kata itu. Vokal < i > dalam bahasa Melayu melambangkan bunyi [ i ] bukannya bunyi [ e ]. Vokal < o > dalam sebutan baku diucapkan [ o ] dan bukannya [ ]. Bagaimanapun, untuk melafazkan beberapa kata pinjaman dalam bahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain, vokal < o > boleh dibunyikan [ ]. Vokal < u > yang melambangkan bunyi [ u ] diucapkan bunyi [ u ] juga, dan bukannya bunyi [ o ].

3. 4.

5.

PENYEBUTAN BUNYI DIFTONGAda tiga diftong asli dalam bahasa Melayu, iaitu /ai /, /au /, dan / oi /. Semua diftong ini dilafazkan sebagai satu kesatuan bunyi.1. Huruf diftong / ai / dilafazkan dengan bunyi [ ai ] pada semua kedudukan (suku kata terbuka), contohnya pan.dai, hai.ran. Huruf diftong / au / dilafazkan dengan bunyi [ au ] pada semua kedudukan ( suku kata terbuka), misalnya sau.da.ra, ha.ri.mau. Huruf diftong / oi / dilafazkan dengan bunyi [ oi ] dan bukan dengan bunyi [ i ] bagi kata jati bahasa Melayu (suku kata terbuka), contohnya: se.poi, do.doi, dan ka.loi.

2.

3.

PENYEBUTAN BUNYI KONSONANSemua huruf konsonan dilafazkan dengan nilai bunyinya, sama ada di awal, di tengah atau di akhir kata. Contohnya: Konsonan b c d f g h Awal ba.suh cu.kai de.wan fi.kir ga.ji ha.ti Tengah sa.bun cu.cuk pa.da na.fas ja.ga ma.hu Akhir ja.wab Mac wu.jud a.rif beg mu.rah

PENYEBUTAN DUA KONSONAN DENGAN SATU NILAI BUNYIKata yang mengandungi gugus konsonan disebut dengan satu nilai bunyi, sama ada terletak di awal, di tengah atau di akhir kata, contohnya: Huruf Awal Tengah Akhir gh kh ng ny sy ghai.rah kha.bar nga.nga nyi.or syah.du magh.rib a.khir si.nga su.nyi i.sya.rat ba.ligh ta.rikh -

PENYEBUTAN KONSONAN DENGAN TIGA NILAI BUNYITerdapat satu konsonan yang boleh diberikan tiga nilai bunyi, sama ada hadir di awal, di tengah atau di akhir suku kata, contohnya: Huruf k ? Awal ka.mi Tengah la.ki ta .zim Akhir

ba.la?

PENYEBUTAN KATA DASARKata dasar disebut berpandukan kaedah pemenggalan suku kata ejaan, kecuali apabila terdapat urutan bunyi dua vokal yang sama, iaitu pola V V yang menerbitkan V-VK, KV-K, dan KV-VK, contohnya: Pola Suku Kata Pemenggalan Sebutan Kata Suku Kata V-KV isi i.si [ i.si ] V-KVK ikan i.kan [i.kan] VK-KV inci in.ci [ in.ci ] VK-KVK angkat ang.kat [ang.kat] KV-KV lama la.ma [ la.ma ] KV-KVK dalam da.lam [ da.lam ] KVK-KV tampi tam.pi [ tam.pi ] KVK-KVK canggih cang.gih [ cang.gih ]

PENYEBUTAN KATA TERBITANKata terbitan pada dasarnya disebut mengikut pola pemenggalan suku kata yang berdasarkan pola ejaan, VK-, KV, dan KVK. Bagaimanapun, terdapat beberapa variasi penyebutan kata-kata yang berawalan tertentu. Kata terbitan dengan bentuk awalan beR, peR, teR, meN, peN, di-, ke- atau se- dengan kata dasar yang bermula dengan bunyi konsonan atau awalan di-,ke- atau se- dengan kata dasar yang dengan huruf vokal atau diftong dilafazkan dengan kaedah pemenggalan suku kata ejaan, contohnya: Ejaan Sebutan bernyanyi [ ber.nya.nyi ] menunggu [ me-nung.gu ] penyanyi [ pe.nya.nyi ] i.

dihantar

[ di.han.tar ]

ii.

keadaan [ ke.ada.an ] seekor [ se.e.kor ] tertulis [ ter.tu.lis ] peragut [ pe.ra.gut ] Kata terbitan dengan awalan meN- atau peN- dengan kata dasar yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan menurut cara pemecahan suku kata ejaan juga, contohnya: Ejaan Sebutan mengarah [ men.nga.rah ] mengikut [ me.ngi.kut ] pengedar [ pe.nge.dar ] pengundi [ pe.ngun.di ]

iii.

Kata terbitan dengan awalan meN- atau peN- yang mengandungi kata dasar ekasuku dilafazkan mengikut cara pemecahan suku kata ejaan, contohnya: Ejaan mengepam mengepos mengetin pengecat pengelap pengecas Sebutan [ me.nge.pam ] [ me.nge.pos ] [ me.nge.tin ] [ pe.nge.cat ] [ pe.nge.lap ] [ pe.nge.cas]

iv.

Kata terbitan dengan awalan beR-, peR-, mempeR-, dipeR-, teR-, menteR- atau diteR-dengan kata dasarnya yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan dengan dua cara, iaitu: a. b. sebutan mengikut cara pemenggalan suku kata ejaan. sebutan mengikut cara pemenggalan bentuk awalan dengan bentuk dasarnya. Bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada cara sebutan yang pertama.

Ejaan berangkat berekor perelok memperelok

terangkat

Sebutan [ be.rang.kat ] atau [ ber.ang.kat ] [ be.rekor ] atau [ ber.e.kor ] [ pe.re.lo? ] atau [ per.e.lo? ] [ mem.pe.re.lo? ] atau [ mem.per.e.lo? ] diperelok [ di.pe.re.lo? ] atau [ di.per.e.lo? ] [ te.rang.kat ] atau [ ter.ang.kat ]

Kata terbitan dengan akhiran an, i-, dan kan atau partikel lah, -kah, -tah atau kata ganti singkat ku, -mu dan nya dilafazkan dengan satu cara sahaja, iaitu pola pemenggalan suku kata ejaan, contohnya: Ejaan tajaan menjalankan jemputlah bilakah siapatah milikku Sebutan [ ta.ja.an ] [ men.ja.lan.kan ] [ jem.put.lah ] [ bi.la.kah ] [si.apa.tah ] [ mi.lik.ku ]

vi.

Kata terbitan yang mengandungi kata dasar yang berakhir dengan bunyi hentian glotis [ ? ] yang menerima akhiran an atau i dilafazkan dengan dua cara, iaitu: Bentuk sebutan yang berpola bunyi suku kata KV-KVK. Bentuk sebutan yang menerima sisipan bunyi hentian glotis sebagai penutup suku kata akhir kata dasar. Walau bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada cara penyebutan yang pertama. Kata Sebutan ejekan [ e.je.kan ] atau [ e.je?.kan ] keelokan [ ke.e.lo.kan ] atau [ ke.e.lo?.kan ] masakan [ ma.sa.kan ] atau [ ma.sa?.kan ] memasuki [ me.ma.su.ki ] atau [me.ma.su?.ki ]

SEBUTAN KATA SERAPAN BAHASA INGGERIS Cara penyebutan kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain didasarkan kepada pedoman umum yang menghendaki setiap huruf dilafazkan mengikut nilai bunyinya dalam bahasa Melayu. Vokal a dilafazkan dengan bunyi [ a ] juga, bukan dengan bunyi [ e ], [ e ], [ E ], [ ei ], dan sebagainya. Contohnya: Ejaan album data popular radio Sebutan [ al.bum ] [ da.ta ] [ po.pu.lar ] [ ra.dio ]

1.

2.

Vokal e taling dilafazkan dengan bunyi [ e ] sekiranya sebutannya dalam bahasa sumber bukan bunyi pepet [ e ] atau boleh dilafazkan dengan bunyi [ E ] bagi kata ekasuku seperti dalam bahasa sumber. Contohnya: Ejaan Sebutan kabaret [ ka.ba.ret ] sen [ sen ] telefon [ te.le.fon ] sel [ sel ] atau [ sEl ] beg [ beg ] atau [ bEg ] Vokal e pepet dilafazkan dengan bunyi [ e ] juga pada semua kedudukan, sama ada terbuka atau tertutup. Contohnya: Ejaan Sebutan artikel [ ar.ti.kel ] meter [ me.ter ] sistem [ sis.tem ]

3.

4.

Vokal i dilafazkan dengan bunyi [ i ] pada semua kedudukan, termasuklah kata yang diucapkan dengan bunyi diftong dalam bahasa sumbernya. Contohnya: Ejaan Sebutan dinamo [ di.na.mo ] idea [ i.dea ] firma [ fir.ma ] krisis [ kri.sis ] Vokal o dilafazkan dengan bunyi [ o ] atau boleh dilafazkan dengan bunyi [ O ] bagi kata ekasuku seperti dalam bahasa sumber. Ejaan Sebutan bom [ bom ] hormon [ hor.mon ] ekonomi [ e.ko.no.mi ] sos [ sOs ] kos [ kOs ]

5.

6.

7.

Vokal u dilafazkan dengan bunyi [ u ] pada semua kedudukan kata, termasuk kata yang diucapkan dengan bunyi diftong [ yu ] dalam bahasa sumbernya. Contohnya: Ejaan Sebutan industri [ in.dus.tri ] kurikulum [ ku.ri.ku.lum ] unik [ u.nik ] unit [ u.nit ] Huruf diftong ai dilafazkan dengan bunyi [ ai ] dan bukan dengan bunyi [ e ] atau seumpamanya pada semua kedudukan kata dalam bahasa Melayu: Ejaan Sebutan aileron [ ai.le.ron ] aising [ ai.sing ] trailer [ trai.ler ]

8.

Huruf diftong au dilafazkan dengan bunyi [ au ] dan bukan dengan bunyi [ o ] atau [ O ] pada semua kedudukan kata (suku kata terbuka) dalam bahasa Melayu. Contohnya: Ejaan Sebutan audit [ au.dit ] automatik [ au.to.ma.tik ] autograf [ au.to.graf ] Huruf diftong oi dilafazkan dengan bunyi [ oi ] dan bukan dengan bunyi [ Oi ] dalam bahasa Melayu, contohnya: Ejaan Sebutan konvoi [ kon.voi ] koboi [ ko.boi ] boikot [ boi.kot ]

9.

10.

Beberapa bentuk gabungan dua huruf vokal dilafazkan menjadi vokal tunggal dalam bahasa Melayu, contohnya: Kata Sebutan diesel [ di.sel ] protein [ pro.tin ] zoologi [ zu.lo.gi ] erobik [ e.ro.bik ] Huruf konsonan g dilafazkan bunyi [ g ] dan bukannya [ j ] dalam bahasa Melayu: Ejaan Sebutan agenda [ a.gen.da ] agensi [ a.gen.si ] strategi [ stra.te.gi ] tragedi [ tra.ge.di ]

11.

12. Huruf gugus konsonan di awal kata atau awal suku kata dilafazkansepenuhnya, contohnya: Ejaan Sebutan deskriptif { des.krip.tif ] drama [ dra.ma ] klasik [ kla.sik ] struktur [ struk.tur ] 13. Gugus konsonan dengan / s / sebagai konsonan akhir, seperti /ks/, /ns/, dan /ps/ dilafazkan sepenuhnya di akhir kata atau di akhir suku kata, contohnya: Ejaan Sebutan ambulans [ am.bu.lans ] forseps [ for.seps ] insurans [ in.su.rans ] sains [ sains ]

14. Kata atau ungkapan serapan daripada bahasa Perancis (atau bahasa Eropah yang seumpamanya) yang diterima bentuk ejaannya yang asal dilafazkan mengikut sebutan asal dalam bahasa sumber, contohnya: Kata/ungkapan ad hoc esprit de corps ex officio vis--vis Sebutan [ Ed.hOk] [ es.prit.de.kOp ] [ eks.e.fi.syio ] [ vi.ze.vi ]

SEBUTAN KATA SERAPAN BAHASA ARABKaedah penyebutan kata serapan daripada bahasa Arab ada dua, iaitu: i. cara sebutan yang tidak tertakluk kepada pedoman umum sebutan kata bahasa Melayu jati. ii. cara sebutan mengikut bunyi asal dalam bahasa sumber. 1. Kata serapan daripada bahasa Arab yang sudah lama menjadi kata umum dilafazkan sesuai dengan sebutan kata jati dalam bahasa Melayu, contohnya: Ejaan Sebutan sahabat [ sa.ha.bat ] darurat [ da.ru.rat ] izin [ i.zin ] zalim [ za.lim ]

2.

Kata daripada bahasa Arab yang asalnya ditulis menggunakan bunyi ain ( ) dan sudah terserap sebagai kata umum tetapi difikirkan perlu dikekalkan sebutannya seperti dalam bahasa sumber boleh dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) cara sebutan mengikut bunyi yang sudah terserap, dan (ii) cara sebutan yang mengekalkan bunyi ain. Ejaan alam ilmu ulama Sebutan [ a.lam ] atau [ a.lam ] [ il.mu ] atau [ il.mu ] [ u.la.ma? ] atau [ u.la.ma? ]

3.

Kata yang mengandungi suku kata tengah atau suku kata akhir yang bermula dengan bunyi ain dilafazkan dengan satu cara sahaja, iaitu dengan melahirkan bunyi ain itu, contohnya: Ejaan Sebutan saat [ sa. at ] Jumaat [ ju.ma. at ] kaedah [ ka. e.dah ] Huruf k yang sepadan dengan huruf ain sebagai penutup suku kata tengah atau suku kata akhir boleh dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) dengan bunyi hentian glotis, dan (ii) dengan bunyi geseran rongga tekak bersuara [ ], contohnya: Ejaan Sebutan rakyat [ ra?.yat ] atau [ ra .yat ] maklumat [ ma?.lu.mat ] atau [ ma .lu.mat ]

4.

5.

Kata serapan yang berupa istilah agama atau yang berkaitan dengan aktiviti agama Islam dilafazkan sesuai dengan bunyi asal dalam bahasa sumber walaupun ditulis mengikut kaedah umum ejaan Rumi: Ejaan Sebutan kadi [ qa.di ] hadis [ ha.dith ] Ramadan [ ra.ma.dan ] tawaf [ ta.waf ] Istilah agama Islam yang ditulis atau dieja mengikut kaedah transliterasi huruf Arab kepada Rumi dilafazkan mengikut bunyi asal seperti dalam bahasa sumber, contohnya: Ejaan Sebutan hadith [ ha.dith ] istimal [ is.ti .mal ] qunut [ qu.nut ]

6.

BUNYI SENGAU (NASALISASI)i. Pada umumnya, bunyi sengau atau bunyi nasal terdapat pada vokal yang wujud selepas bunyi nasal, iaitu selepas bunyi [ m ], [n ], [ ny ], dan [ng], contohnya: Ejaan matang nasi nyaman nganga Sebutan [ ma.tang ] [ na. si ] [ nya.man ] [ nga.nga ]

ii.

Suku kata, sama ada terbuka atau tertutup yang bermula dengan bunyi konsonan [ w ] dan [ y ] (bunyi separuh vokal) yang hadir selepas suku kata terbuka bermula dengan bunyi sengau [ m ], [ n ], [ ny ], dan [ ng ] turut juga menjadi suku kata yang disengaukan, contohnya: Ejaan maya aniaya nyawa menyahut Sebutan [ ma.ya ] [ a.nia.ya ] [ nya.wa ] [ me.nya.hut ]

Sebutan Bagi Kata Nama Khasi.

Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan mengikut kebiasaan orang yang empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa, contohnya: Ejaan Muhammad Hatta Saad bin Said James Bond Nelson Mandela Sebutan [ mu.ham. mad. hat.ta ] [ sa. ad bin [ sa. Id ] [ jems bOnd ] [ nEl. sen man.de.la ]

Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan mengikut kebiasaan sebutan setempat atau kebiasaan antarabangsa: Ejaan Selangor Darul Ehsan Bosnia Herze-govina New Zealand Sunway Lagoon Sebutan [se.la.ngor da.rul.eh.san ] [ bos.nia her.ze.go.vi.na ] [ niu.zi.lEnd ] [ sun.wei.le.gun ]

iii.

Kata nama khas lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang atau nama tempat dilafazkan mengikut sistem sebutan baku bahasa Melayu, contohnya: Ejaan Sebutan Bank Bumiputra [ bangk.bu.mi.pu.te.ra ] Radio Televisyen [ ra.dio.te.le.vi.syen. me. le.sia] Malaysia

PENYEBUTAN KATA DALAM BENTUK AKRONIMi. Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam BM atau bukan BM) dilafazkan dengan dua cara, iaitu:cara sebutan akronim mengikut cara pemenggalan suku kata ejaan atau cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh, contohnya: Ejaan Sebutan Felda [ fel.da ] atau (Federal Land Development Authority) atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) UNESCO [ yu.ne.ko ] atau United Nations Educational Scientifis and Cultural Organiasation) atau (Pertubuhan Pelajaran Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu)

ii.

Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan Rumi dilafazkan dengan dua cara, iaitu cara sebutan singkatan mengikut bunyi huruf Rumi atau cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh, contohnya: Ejaan DBP TLDM RTM Sebutan [ di.bi.pi ] atau Dewan Bahasa dan Pustaka [ ti.el.di.em ] atau Tentera Laut Diraja Malaysia ( ar.ti.em ] atau Radio Televisyen Malaysia

PEMBAKUAN ISTILAHKonsep Dasar dalam Pembakuan IstilahBeberapa konsep dasar digunakan dalam pembentukan istilah: 1. Takrif istilah Kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu. 2. Tataistilah dan Tatanama Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah , temasuk kumpulan istilah yang dihasilkannya. Tatanama ialah kumpulan peraturan yang menentukan nama dalam bidang ilmu, termasuk kumpulan nama yang dihasilkannya.

3.

Istilah dan Kata Umum Istilah ialah kata yang penggunaan dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Kata umum ialah kata-kata biasa dalam bahasa tetapi boleh menjadi istilah apabila dikaitkan dengan bidang tertentu.

4.

Morfem dan Proses Peristilahan Morfem ialah unit atau unsur terkecil dalam bahasa yang mengandungi makna dan fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah BM dilakukan menggunakan: a. Kata akar b. Imbuhan dan pengimbuhan c. Penggandaan d. Penggabungan

5.

Bentuk Istilah Istilah boleh berbentuk sebagai kata akar bebas, kata berimbuhan, kata gabungan atau kata gandaan. Bentuk Prototaip Ialah kata yang masih berbentuk seperti dalam bahasa sumber dan belum mengalami proses penyesuaian ke dalam BM. Paradigma Kata Ialah kumpulan kata yang dibentuk daripada satu akar yang sama melalui pola tertentu, baik yang berupa kata berimbuhan mahupun yang berbentuk kata gabungan.

6.

7.

PEMBAKUAN ISTILAH

Sumber Istilah Istilah Bahasa Melayu boleh diperoleh daripada tiga sumber yang berikut: Kosa Kata Umum Bahasa Melayu Kosa Kata Umum Bahasa Serumpun Kosa Kata Bahasa Asing

1. 2. 3.

TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH BM Tatacara pembentukan istilah ditentukan berdasarkan ketetapan yang terdapat dalam Pedoman Umum Pembentukan Istilah BM (1975) yang bersumberkan: Kata dalam BM yang lazim digunakan Kata dalam BM yang sudah tidak lazim digunakan. Kata dalam bahasa serumpun yang lazim digunakan Kata dalam bahasa serumpun yang sudah tidak lazim digunakan Kata dalam bahasa Inggeris Kata dalam bahasa asing yang lain Pilih sumber terbaik (antara 1-6)

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Mengikut Asmah Haji Omar (1981:39), sesuatu istilah yang dicipta itu mestilah mempunyai ciri khusus, iaitu: Keringkasan bentuk Ketepatan makna Keserasian konsep Kemungkinan ditakrifkan dengan mudah Kesesuaiannya dengan fonologi, morfofonemik dan tatabahasa yang berkenaan

PRINSIP PERISTILAHANSesuatu istilah yang dibentuk itu mestilah jelas. Oleh itu, untuk menghasilkan istilah yang tepat, istilah itu perlulah digubal berdasarkan konsep dan bukan berdasarkan simbol perkataan. Mengikut Sulaiman Masri (1986: 785-796), antara prinsip peristilahan ialah:i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Konsep Sifat konsep Ciri Perhubungan konsep Sistem konsep Definisi Penjelasan Syarat Pendefinisian Istilah Hubungan konsep dan istilah

Konsep Setiap penggubalan istilah mestilah berdasarkan konsep yang merujuk benda dalaman dan luaran. Konsep tidak hanya merujuk kepada benda dan peristiwa tetapi juga kepada kandungan dan hubungan. Sifat Konsep Konsep adalah unsur pemikiran yang mengandungi ciri yang biasa kepada sejumlah benda. Agregat ciri konsep dikenali sebagai intensi. Ciri Ciri konsep penting untuk membantu penjelasan Konsep dan pembinaan sistem konsep. Untuk Tujuan penyelarasan, ciri yang berguna untuk Melihat hubungan benda dengan benda adalah Menerusi bentuk, saiz, reka bentuk, fungsi, kedudukan, dan kegunaannya.

Perhubungan Konsep Dua konsep boleh mempunyai hubungan secara lojik, misalnya: bangunan (genus) rumah (jenis). Dua konsep ini boleh diselaraskan, misalnya rumah sebuah dengan rumah berkembar. Sistem Konsep Konsep yang berkedudukan selari, misalnya rumah sebuah, rumah berkembar, dan rumah teres mempunyai taraf yang sama dengan kepelbagaian ciri daripada jenis yang sama (sebuah, berkembar, dan lain-lain).

Definisi Definisi bermaksud penjelasan sesuatu konsep oleh konsep lain yang berkaitan. Definisi merupakan titik bermulanya kerja peristilahan. Dua bentuk definisi yang sesuai untuk kerja peristilahan ialah intensional dan ekstensional. Penjelasan Penjelasan diberikan tentang sesuatu benda atau objek sekiranya definisi yang sempurna belum diperoleh.

Syarat Pendefinisian i. ii. iii. Konsep yang digunakan hendaklah sama dalam mana-mana penerbitan lain. Tautologi (perulangan) hendaklah dielakkan. Apabila konsep digunakan dalam bidang yang terhad hendaklah dinyatakan yang istilah tersebut digunakan bagi keperluan pada masa itu sahaja. Definisi hendaklah ringkas. Definisi hendaklah mempunyai ciri konsep yang diberi. Definisi hendaklah menyatakan kedudukan konsep yang diberi dalam sistem konsep yang berkaitan.

iv. v. vi.

Istilah Istilah boleh terdiri daripada kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, keadaan atau ciri sesuatu benda atau objek. Hubungan Konsep dan Istilah Ada beberapa proses pembentukan kata yang digunakan bagi membentuk kata-kata baru dalam sesuatu bahasa: i. Proses pengimbuhan: menggunakan kata akar atau kata dasar yang diimbuhkan dengan imbuhan, sama ada imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau bentuk yang lain. ii. Proses penambahan: memberi penambah kepada kata akar. Proses ini tidak lagi produktif kerana kata atau istilah yang terbentuk melalui proses ini sukar dikenali.

iii.

Proses Penggabungan: dibentuk dengan menggabungkan satu, dua atau lebih kata akar atau kata dasar. Kata gabungan ini diberikan pengertian atau konsep tertentu yang berlainan dengan makna asal. Proses Analogi: kata yang dibentuk dengan cara mengkiaskannya dengan sesuatu bentuk kata yang sedia wujud dalam sesuatu bahasa itu sejak dahulu lagi. Proses Pemberian Makna Khusus: sesuatu kata atau istilah itu dibentuk dengan mengambil sesuatu kata yang sedia wujud dalam sesuatu bahasa yang berkenaan, dan diberikan makna yang baru, contohnya kata surih, setinggan, rumah haram, sel, dan sebagainya.

iv.

v.

vi.

Proses Penciptaan: sesuatu kata atau istilah itu dicipta berdasarkan hasil penemuan atau penciptaan. Proses Akronim: bermaksud singkatan beberapa kata yang ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar, misalnya UPM, MARA, Felda dan sebagainya.

vii.

viii. Proses Penggemblengan: kata atau istilah yang dibentuk dengan menggemblengkan dua kata atau lebih dengan menggugurkan sebahagian atau beberapa bahagian pada setiap kata yang digembleng, contohnya tekal (tetap kekal), hakis (habis kikis), cerpen (cerita pendek), pawagam (panggung wayang gambar), dan sebagainya.

ix.

Proses Peleburan Fonem dan Suku Kata: kata atau istilah yang dibangunkan menjadi satu dengan meleburkan fonem dan/suku kata yang sama. Proses Pembentukan Mengundur: kata atau istilah jenis ini dibentuk daripada kata lain yang telah sedia wujud yang merujuk kepada orang atau pembuat sesuatu pekerjaan. Proses Peluasan Peraturan Pembentukan Kata: proses ini banyak digunakan dalam penciptaan istilah bahasa Inggeris, misalnya react (reaction), exam (examination), divide (division). Proses Penyingkatan: melalui proses ini, kata atau istilah dibentuk dengan cara menyingkatkan kata yang panjang, misalnya panggilan untuk benda atau orang ( panggilan kekeluargaan atau pangkat).

x.

xi.

xii.

xiii. Proses Peluasan Makna: kata yang dibentuk dengan menggunakan kata yang sedia ada atau telah wujud dengan meluaskan maknanya. xiv. Proses Penyempitan Makna: kata atau istilah yang dibentuk dengan menggunakan kata yang sedia ada tetapi disempitkan maknanya kepada pengertian yang lebih terbatas. xv. Proses Perubahan Makna: proses ini dibentuk dengan menggunakan kata yang sedia ada atau wujud, sama ada dalam bentuk kata pinjaman atau daripada kata jati bahasa itu sendiri tetapi pengertiannya diubah.

xvi. Proses Pinjam Terjemah: sesuatu bahasa yang tidak mempunyai istilah atau kata tentang sesuatu benda atau objek akan mengambil atau meminjam kata atau istilah daripada bahasa asing sebelum diterima dan diserapkan dalam bahasa tersebut, diterjemahkan terlebih dahulu dengan kata-kata yang sedia wujud dalam bahasa itu. xvii. Proses Peminjaman Kata: membentuk kata atau istilah melalui proses ini, sama ada daripada bahasa asing atau daripada dialek bahasa itu sendiri.

PERKAMUSAN DEFINISI Mengikut The American College Dictionary (1960:36), kamus ialah buku yang berisi pilihan kata sesuatu bahasa atau sesuatu kelas kata khusus, biasanya disusun mengikut abjad dengan penjelasan makna serta maklumat lain dinyatakan atau dilahirkan dalam bahasa yang sama atau dalam bahasa yang lain. Kamus juga dimaksudkan sebagai buku rujukan yang memuatkan daftar kata atau gabungan kata dengan keterangan pelbagai makna dan penggunaan dalam bahasa, biasanya mengikut abjad (Harimurti Kridalaksana, 1982:73).

KONSEP DASAR DALAM PERKAMUSANAda tiga konsep penting dalam penciptaan kamus, iaitu tipologi, leksikologi, dan leksikografi. Tipologi Pengelompokan bahasa berdasarkan ciri-ciri fonologi, nahuan atau leksikal untuk menentukan jenisnya yang lalu daripada perkembangan sejarah (Hartmann, 1972:243). Leksikologi Ilmu untuk mempelajari dan menganalisis kosa kata melalui perkembangan bentuk dan erti (makna) dengan bantuan bidang etimologi (asal usul kata). Leksikografi Bidang linguistik terapan yang garapannya mencakupi teknik dn metodologi penyusunan. Leksikografi juga adalah cabang leksikologi yang mengkaji dasar dan kaedah penyusunan kamus, iaitu dari segi pengumpulan data, pemilihan data, dan pengabjadan, di samping penyusunan definisi dan pemberian makna.

SEJARAH PERKAMUSAN MELAYUBerdasarkan sejarah perkembangannya, terdapat tiga jenis kamus yang dihasilkan, iaitu: Kamus awal yang hanya dikarang dalam bentuk senarai kata dan istilah tertentu. Kamus yang disusun bersama dengan deskripsi tatabahasa BM Kamus yang dibentuk seperti yang terdapat kini

KAMUS AWAL Senarai kata yang pertama diketahui ialah senarai Melayu-Cina yang dikatakan terkarang sebelum kurun ke-15. Senarai ini tertulis dalam bahasa Cina. Senarai kedua yang ditulis oleh Pigafetta pada tahun 1521 menggunakan bahasa Melayu-Latin, dan menggunakan tulisan Rumi. Senarai ketiga dikarang oleh Frederick de Houtman (1603) dalam bahasa Belanda, juga mengandungi kata bahasa Malagasi. Casper Wiltens dan Sebastian Danskearts telah menerbitkan kamus Belanda-Melayu dan MelayuBelanda pada tahun 1622.

KAMUS DAN TATABAHASA David Haex menyusun sebuah kamus bertajuk Dictionarium Malaico-Latino et Latinum-Malaicum pada tahun 1931. Tahun 1701, Thomas Bowery telah menyusun sebuah kamus Melayu-Inggeris yang mengandungi deskripsi tatabahasa. William Marsden telah menghasilkan kamus yang sangat penting pada tahun 1521 kerana dianggap kamus pertama yang sempurna. Marsden juga menulis sebuah kamus jilid lain pada tahun yang sama, iaitu The Grammar of the Malayan Language dalam tulisan Rumi dan Jawi. Tahun 1852, John Crawfurd telah menghasilkan kamus yang diberi judul The Grammar and Dictionary of the Malay Language. Winstedt telah menyusun kamus pada tahun 1922, Hamilton tahun 1923, dan Swettenham pada tahun 1927.

Selepas tahun 1930-an, baharu muncul ahli perkamusan Melayu seperti Shamsuddin Mohd. Yunus (1935), Mustapha Abdul Rahman Mahmud (1940), Haji Abdul Hamid Ahmad (1941), Mohammad Haniff (1955), Mohd. Shah Munji dan Abdullah Samad (1975), Farid Wajidi (1959), Zainal Abidin Safarwan (1966), dan lain-lain lagi.

Kamus ModenUsaha yang jelas dalam konteks ini dilakukan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Ada tiga jenis kamus yang dihasilkan, iaitu kamus ekabahasa, kamus dwibahasa, dan kamus pancabahasa.

Penjenisan Kamus Berdasarkan Bahasa Kamus ekabahasa, contohnya Kamus Dewan. Kamus dwibahasa, contohnya Kamus Dwibahasa Dewan dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan Kamus pancabahasa Penjenisan Kamus Berdasarkan Struktur Kandungan Kamus panduan Kamus ensiklopedia Kamus tersaurus Kamus definisi Kamus sejarah

Penjenisan Kamus Berdasarkan Fungsi Kamus umum Kamus khusus Penjenisan Kamus Berdasarkan Pengguna Kamus pelajar Kamus plancong Kamus bidang

Jenis-jenis Kamus1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Daftar Kata Glosari Indeks Kamus Sebutan Kamus Istilah Kamus Idiom Daftar Istilah Tesaurus Kamus seerti (sinonim) Ensiklopedia Kamus pelancong Kamus umum

TATABAHASADefinisiPerkataan tatabahasa atau nahu adalah terjemahan daripad kata grammar. Perkataan grammar pula berasal daripada bahasa Greek yang makna asalnya ialah satu seni bacaan dan penulisan. Kemudian, perkataan ini digunakan sebagai istilah umum untuk kajian dan pemerian bahasa. Abdullah Hassan (1993: 1) mendefinisikan tatabahasa sebagai satu kumpulan petua bagi membentuk perkataan, frasa, klausa, dan ayat. Arbak Othman (1981:1) pula menyatakan ciri-ciri bahasa Melayu yang teratur dan kemas dipanggil oleh ahli bahasa sebagai sistem yang berperaturan. Peraturan sistem pengucapan inilah yang kita fahami sebagai tatabahasa.

JENIS-JENIS TATABAHASA1.Tatabahasa Sejarawi (historis)Mempunyai kaitan dengan linguistik historis, iaitu satu cabang kajian bahasa yang melihat perkembangan bahasa mengikut masa dan zaman. Penelitian dilakukan melibatkan beberapa aspek, seperti struktur, perbendaharaan kata, ejaan, dan sebagainya, di samping membincangkan sebab dan akibat perubahan yang berlaku. Dalam konteks BM, misalnya struktur ayat dalam karya sastera klasik adalah berbeza dengan struktur ayat yang digunakan kini. Dari segi perkataan, terdapat sesetengah perkataan yang mengalami kehilangan fonem tertentu walaupun maksudnya tidak berubah, misalnya kata sahaya, sahaja, halipan, dan senantiasa yang banyak digunakan dalam karya sastera lama, sekarang dinyatakan sebagai saya, saja, lipan, dan sentiasa. Dari segi sistem ejaan pula, bunyi-bunyi seperti [ O ], [ ], [ ], dan [ ] yang dulunya dieja dengan th, sh, dh, dan dz sekarang menjadi s, sy, d, dan z sahaja.

2. Tatabahasa TradisionalAdalah sejenis tatabahasa yang tertua. Tatabahasa ini mementingkan peraturan preskriptif yang mesti dipatuhi. Salah satu ciri tatabahasa tradisional ialah berdasarkan satu model bahasa yang dianggap lengkap, ideal, dan baik. Bahasa yang dijadikan model ialah bahasa Greek dan Latin yang telah dikaji oleh Aristotle dan Plato. Aspek tumpuan penganalisisan ialah penggolongan perkataan (parts of speech atau classes of words). Bagi BM, Tatabahasa Zaba tergolong dalam tatabahasa tradisional. Dalam bukunya, Pelita Bahasa Melayu I, Zaba menyatakan tatabahasa yang dihasilkannya adalah berasaskan tatabahasa bahasa Inggeris dan tatabahasa bahasa Arab. Beliau membahagikan perkataan BM kepada lima gologan, iaitu nama, perbuatan, sendi, sifat, dan seruan. Beliau juga mengemukakan aspek pembentukan kata, iaitu penggunaan penambah (imbuhan), membincangkan rangkai kata dan ayat. Semua aspek ini dibincangkan berdasarkan makna, bukan bentuk atau struktur.

3. Tatabahasa Struktural atau Tatabahasa DeskriptifTatabahasa ini muncul pada abad ke-20. Antara ahli bahasa yang menganuti aliran ini ialah de Saussure, Bloomfield, Harris, dan Otto Jesperson. Golongan ini berpendapat bahawa struktur bahasa mempunyai pertalian yang rapat antara unit fonem sebagai unit bunyi dengan morfem sebagai unit tatabahasa. Ahli bahasa Struktural juga menganggap bahasa sebagai satu sistem bunyi pertuturan yang arbitrari (sewenang-wenang) untuk menyatakan sesuatu keadaan, objek atau konsep yang digunakan dalam komunikasi manusia. Mereka juga memberi keutamaan kepada bahasa lisan daripada bahasa tulisan. Selain itu, ahli Tatabahasa Struktur juga berpendapat bahawa setiap bahasa terdiri daripada pertalian struktur yang tersendiri. Oleh itu, kajian bahasa melibatkan beberapa aspek, iaitu fonologi, morfologi, dan sintaksis.

Bidang FonologiBidang ini mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan oleh manusia yang boleh dibahagikan kepada: a. Fonetik: bidang yang mengkaji segala bunyi dan memberikan lambang atau simbol fonetik yang ditulis dalam kurungan [ ], misalnya [ ], [ ], [ ], dan sebagainya. Dalam bidang ini juga, kajian dilakukan tentang bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh organ sebutan. Bunyi-bunyi ini dikelaskan kepada bunyi vokal, konsonan, dan diftong yang dikelaskan pula kepada bahagian yang lebih kecil, seperti nasal, glottal, afrikat, dan sebagainya. Fonemik: bidang ini mempunyai kaitan yang rapat dengan hidang fonetik kerana kedua-duanya mengkaji bunyi bahasa. Dalam bidang ini, data yang dikumpulkan oleh bidang fonetik dikelaskan bunyi-bunyi yang mempunyai persamaan berdasarkan sifat atau ciri yang sama ke dalam sesuatu fonem. Fonem ini ditulis dengan tanda / /, misalnya / cawan/, /baca/ dll.

b.

Bidang Morfologi Dalam bidang ini, huraian dilakukan tentang morfem dan hubungannya dalam pembentukan kata. Dalam BM, morfem boleh dibahagikan kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Bidang Sintaksis Bidang ini lebih tertumpu kepada cara pembentukan ayat dan rangkai kata. Ahli Linguistik Struktural menumpukan perhatian kepada perkembangan unsur-unsur dalam ayat (konstituen dalam ayat). Sesuatu ayat dianalisis dengan membahagikannya kepada konstituen, dan setiap konstituen itu dikaitkan pula dengan konstituen yang lebih besar. Cara pembahagian ini dikenali sebagai konstituen terdekat.

Tatabahasa Transformasi Generatif (TG) Aliran tatabahasa ini muncul pada tahun 1950-an yang dikenali sebagai Transformasi Generatif. Pelopor aliran ini ialah Noam Chomsky dengan bukunya Syntactic Structure (1957) dan Aspects of the Theory of Syntax (1965). Mengikut tatabahasa ini, semua bahasa dianalisis berdasarkan korpus bagi memudahkan seseorang yang mempelajari bahasa membina ayat yang baharu dan memahami pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarnya. Dua istilah penting yang digunakan dalam tatabahasa ini ialah: a. b. Competence (kecekapan): kecekapan dan pengetahuan bahasa yang implisit yang ada pada seseorang. Perfomance: prestasi seseorang menggunakan bahasa yang diketahuinya mengikut keadaan yang sesuai.

Yang dimaksudkan dengan transformasi dalam konteks ayat ialah menerbitkan atau menukarkan sesuatu ayat asas (kernel sentences) kepada ayat yang lebih pelbagai atau sebaliknya, atau transformasi kepada ayat yang lain. Analisis bahasa yang dilakukan oleh ahli TG ini bertujuan menghasilkan rumus yang lengkap berdasarkan kecekapan berbahasa penutur jati. Rumus-rumus ini ialah Rumus Struktur Frasa dan Rumus Transformasi. Rumus Struktur Frasa (rumus dasar) terdiri daripada rumus yang dapat menerbitkan ayat permulaan yang menjadi ayat dasar. Rumus transformasi pula terdiri daripada rumus-rumus yang dapat mengubah struktur dalaman serta memperluas unsur dalam ayat atau frasa melalui proses pengguguran, penyusunan semula, dan peluasan.

UNIT-UNIT BAHASA DALAM ANALISIS TATABAHASA Unit-unit bahasa yang diberikan tumpuan dalam analisis bahasa ialah perkataan, frasa, klausa, dan ayat. Perkataan Perkataan boleh didefinisikan sebagai bentuk bebas yang terkecil, boleh hadir bersendirian, bermakna dalam rangkai kata dan ayat. Perkataan dalam BM boleh dibentuk melalui proses pengimbuhan, penggandaan, dan penggabungan. Dari segi bentuk, perkataan dalam BM boleh dibahagikan kepada kata selapis, kata berlapis, kata majmuk, dan kata ganda. Frasa Dalam BM, satu atau lebih perkataan boleh membentuk frasa. Dalam BM, ada empat frasa, iaitu Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi (FS).

Klausa Klausa merupakan unit terbesar dalam ayat yang mempunyai subjek dan predikat. Dalam BM, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis; i. Klausa bebas (ayat besar) ii. Klausa terikat (ayat kecil.atau anak ayat) Ayat Ayat yang lengkap terdiri daripada subjek dan predikat. Dalam BM, jenis-jenis ayat pada umumnya boleh dibahagikan kepada empat jenis bergantung pada intonasi dan tujuannya, iaitu: Ayat Penyata Ayat Tanya Ayat Perintah Ayat Seruan

Dari segi struktur, ayat BM boleh dibahagikan kepada lima jenis, iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. Ayat Selapis Ayat Berlapis Ayat Berkait Ayat Bercampur Ayat Ringkas

BAHASA SEBAGAI WAHANA ILMUCiri Bahasa IlmuBahasa ilmu adalah bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan ilmu dan memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Mengikut Nik Safiah Karim (1986: 14), yang memetik pendapat Bernstein (1968) membahagikan bahasa kepada dua variasi, iaitu bahasa terhad (restricted code) dan bahasa terbina (elaborated code). Untuk maksud penulisan ilmu, variasi bahasa terbina inilah yang menjadi asasnya. Oleh sebab itu, sesuatu bahasa ilmu tidak mungkin dapat disampaikan dalam bahasa basahan atau digunakan dalam suasana yang tidak formal. Untuk menguasai bahasa terbina, pengguna BM perlu menguasai ragam bahasa dan laras bahasa.

Mengikut Asraf (1986: 69-73), ciri bahasa Melayu yang menjadi asas bahasa ilmu mestilah: Bukan loghat Bukan bahasa pasar Bukan bahasa orang yang baharu belajar bahasa Melayu Bukan bahasa budak Bukan bahasa orang yang mengalami gangguan jiwa.

Ciri Khusus Bahasa Ilmiah Tingkat bahasa rasmi Nada formal dan objektif Sudut pandangan orang ketiga Ragam pasif Istilah khusus Wacana pemaparan Nada bersahaja Kata membazir Ayat majmuk Bantuan ilustrasi

LARAS BAHASA DAN ASPEK KAJIAN LARAS BAHASADefinisi Laras Bahasa Nik Safiah Karim (1982: 629) menyatakan laras bahasa bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud sesuatu variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada bahasa tersebut. Abdullah Hassan (1997: 248) pula menyatakan laras ialah ciri gaya penceritaan yang istimewa digunakan untuk sesuatu jenis bidang. Ciri-ciri istimewa itulah yang membolehkan kita segera dapat menjangka apa-apa yang menjadi topik atau tajuk utama sesuatu teks sebaik-baik sahaja kita membaca ayat pertama.

Ure dan Ellis (1977) menjelas laras sebagai pola penggunaan bahasa yang lazim digunakan dalam keadaan tertentu. Edward A.D. (1969) menyatakan laras bahasa sebagai bentuk bahasa yang khusus untuk situasi tertentu dan dapat dibezakan daripada bentuk yang digunakan dalam situasi lain. Hymes dan Gumperz (1980:216) pula mendefinisikan laras bahasa sebagai gaya percakapan dalam situasi tertentu. Jika laras berbeza, maka situasi pun turut berbeza, begitulah sebaliknya. Kesimpulan: laras bahasa adalah penggunaan bahasa yang ditandai oleh ciri-ciri khusus dan setiap laras berbeza mengikut bidang penggunaannya.

ASPEK KAJIAN LARAS BAHASASesuatu laras bahasa boleh dianalisis dari segi: Ciri-ciri keperihalan Ciri-ciri linguistik Ciri-ciri Keperihalan Ure dan Ellis (1977) membahagikan ciri keperihalan kepada dua, iaitu situasi luaran dan situasi persekitaran. Situasi luaran bermaksud latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan perlakuan sesuatu anggota masyarakat.

Situasi PersekitaranMencakupi aspek-aspek yang terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa. Antara aspek persekitaran yang dapat menghasilkan kemunculan laras bahasa yang berlainan ialah: Cara penyampaian Perhubungan sosial dan peribadi Bahan yang diperkatakan Fungsi sosial perlakuan bahasa

Ciri LinguistikPenganalisisan sesuatu laras dari sudut linguistik boleh diteliti daripada beberapa dimensi atau matra, iaitu: 1. Leksis 2. Tatabahasa 3. Gaya bahasa 4. Kohesi

Faktor-faktor Kewujudan Laras BahasaLaras bahasa ialah bentuk bahasa yang wujud akibat situasi sosial yang berlainan. Terdapat beberapa faktor yang mewujudkan sesuatu laras bahasa, iaitu: i. ii. iii. iv. v. vi. Bangsa Jantina Status Sosial Pendidikan Kerjaya/Profesion Bidang/Disiplin ilmu

Faktor Kewujudan Kepelbagaian LarasMengikut Dell Hymes (1966), faktor yang mewujudkan sesuatu laras bahasa ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Pemula Penerima Bentuk Mesej Cara Penyampaian Jenis Bahasa Tajuk/Judul Latar

GAYA BAHASA Gaya atau khususnya gaya bahasa dikenali dalam bidang retorika dengan istilah style. Hashim Awang (1987: 290 menyatakan bahawa gaya bahasa ialah cara menggunakan kata-kata dalam menyampaikan fikiran dan perasaan. Gaya bahasa juga merupakan penyusunan kata sebagai satu cara yang baik dan berkesan untuk menyatakan sifat individu pengarang, fikiran dan tujuannya. Slametmuljana (1969: 27) pula menyatakan gaya bahasa adalah ekspresi individual yang berlandaskan bahasa sebagai sistem. Oleh itu, gaya bahasa dapat dirumuskan sebagai cara penggunaan bahasa untuk menyampaikan fikiran dan perasaan melalui cara yang memperlihatkan ciri-ciri individu penulisanya.

CIRI-CIRI GAYA BAHASASesuatu gaya bahasa yang baik mengandungi tiga unsur, iaitu: Kejujuran Kesantunan Menarik Kejujuran bermaksud: Sanggup melakukan pengorbanan demi menyatakan sesuatu secara ikhlas dan jujur. Mematuhi peraturan dan kaedah yang betul dalam berbahasa. Menggunakan bahasa yang jelas dan mengelakkan kekaburan. Menyatakan sesuatu dengan tepat.

Kesantunan: Dari segi gaya bahasa, kesantunan bermaksud: Memberi penghargaan atau menghormati pihak yang terlibat, misalnya pendengar dan pembaca. Mewujudkan rasa nikmat melalui penggunaan kata-kata. Menyampaikan sesuatu dengan jelas dari segi: Kejelasan: - ketatabahasaan - hubungan dengan fakta yang diungkapkan - urutan idea secara logis - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: - menggunakan kata secara efisien. - mengelakkan penggunaan kata yang sinonim. - menghindari tautologi.

Menarik Sesuatu gaya bahasa yang dikatakan menarik itu dapat diukur dari segi kewujudan unsur-unsur yang berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Bervariasi Mengandungi humor yang sihat Mempunyai pengertian yang baik Mempunyai kekuatan (vitalitas) Penuh dengan daya khayal atau imaginasi

JENIS-JENIS GAYA BAHASA

Gaya bahasa boleh dibahagikan kepada: 1. 2. 3. 4. 5. Gaya bahasa berdasarkan acuan bukan bahasa. Gaya bahasa berdasarkan acuan bahasa. Gaya bahasa berdasarkan struktur kalimat. Gaya bahasa retorik. Gaya bahasa kiasan.

Gaya Bahasa Berdasarkan Acuan Bukan Bahasa 1. 2 3 4. 5. 6. 7. Berdasarkan pengarang Berdasarkan masa Berdasarkan medium atau wahana Berdasarkan subjek atau perkara Berdasarkan tempat Berdasarkan khalayak Berdasarkan tujuan

Gaya Bahasa Berdasarkan Acuan Bahasa 1. Gaya bahasa berdasarkan pilihan kata 2. Gaya bahasa berdasarkan nada 3. Gaya bahasa berdasarkan struktur kalimat 4. Gaya bahasa berdasarkan makna (langsung atau tidak langsung) Gaya Bahasa Berdasarkan Pilihan Kata 1. Gaya bahasa rasmi 2. Gaya bahasa tidak rasmi 3. Gaya bahasa percakapan atau lisan

Gaya Bahasa Berdasarkan Nada 1. Gaya yang sederhana 2. Gaya mulia dan bertenaga 3. Gaya menengah Gaya Bahasa Berdasarkan Struktur Kalimat 1. Klimaks 2. Antiklimaks 3. Paralelisme 4. Antitesis 5. Repitisi (perulangan): epizeuksis, tautotes, anafora, epistrofa, simplok, mesodiplosis, epanalepsis, dan anadiplosis.

KlimaksGaya bahasa yang mengandungi urutan idea atau fikiran yang semakin penting dan meningkat jika dibandingkan dengan gagasan sebelumnya. Contohnya: 1. Kita berdoa agar pada suatu waktu mereka dapat berdiri sendiri yang bukan bermakna mereka tidak akur dengan perjuangan kita tetapi justeru inilah keadilan sosial yang selam ini kita perjuangkan. Kesengsaraan membuahkan kesabaran, kesabaran pengalaman, dan pengalaman harapan.

2.

AntiklimaksDihasilkan melalui penggunaan ayat yang berstruktur mengendur. Gagasan yang penting diolah kepada yang kurang penting secara berurutan. Gaya ini kurang efektif kerana gagasan yang penting ditempatkan pada awal kalimat sehingga pembaca atau pendengar tidak lagi memberi perhatian kepada bahagian-bahagian lain atau yang berikutnya dalam ayat: Contohnya: Dalam dunia pendidikan tinggi yang dicengkam rasa takut dan rendah diri, pembaharuan, kebanggaan terhadap hasil pemikiran yang objektif atau keharusan mengungkapkan pendapat secara bebas tidak mungkin wujud.

ParalelismeGaya bahasa yang berorientasikan kesejajaran dalam penggunaan kata atau frasa yang mempunyai fungsi yang sama dalam bentuk gramatikal yang sama. Kesejajaran boleh juga wujud dalam bentuk anak ayat yang terhasil daripada induk ayat, contohnya: 1. Bukan sahaja perbuatannya itu harus harus dibanteras. dikutuk tetapi juga

2.

Baik golongan kaya mahupun golongan miskin, harus dihukum jika bersalah.

AntitesisGaya yang mengandungi gagasan yang bertentangan dengan menggunakan kata atau golongan kata yang berlawanan, contohnya: 1. Kaya-miskin, tua-muda, besar-kecil semuanya mempunyai tanggungjawab untuk mewujudkan keamanan dan kemajuan negara. Manusia merancang, tuhan yang menentukan.

2.

GAYA BAHASA PERULANGANEpizeuksisPerulangan yang bersifat langsung, iaitu kata yang ipentingkan diulang beberapa kali secara berturut-turut, contohnya: 1. Kita harus belajar, belajar dan terus belajar untuk mencapai kejayaan. Sesuatu yang baru biasanya mencerminkan keharuan, dan keharuan pula selalunya pula memercikkan inspirasi, dan tidakkah itu akan memercikkan pula berbagai bahan, fikirnya. Tidaklah memadai dengan hanya menyatakan keharuan kerana melihat laut dan nelayan.

2.

Tautotes (Tautologi)Perulangan pengucapan kata yang sama secara berulangulang dalam susunan biasa (konstruksi) tanpa menjejaskan maknanya. Yang diulang ialah idea tanpa sebarang penekanan atau penjelasan terhadap pengucapan itu, contohnya: 1. 2. Ia termenung, termenung mengenangkan orang yang jauh. Dia menulis sebuah autobiografi tentang sejarah hidupnya.

AnaforaAnafora ialah perulangan perkataan pada awal baris atau kalimat, contohnya: 1. Kalau tidak Johar, Johari Kalau tidak Johari, Hamid Kalau tidak, Badariah dan Khamsiah Senang-senang pinjam Senang-senang kata hutang Senang-senang pula serah pada orang

2.

Epistrofa (Epipora)Perulangan kata atau frasa pada akhir baris atau ayat secara berurutan, contohnya: 1. bumi yang kaudiami, itulah kediaman udara yang kauhirup, itulah kehidupan kasih yang kausirami, itulah kehidupan Ketuaan emak keuzuran emak keletihan emak

2.

SimplokPerulangan pada awal dan akhir beberapa baris atau kalimat secara berturut-turut, contohnya: 1. saya tidak pandai menyanyi sebarang nyanyi saya nyanyikan saya tidak pandai menari sebarang tari saya tarikan bukan hidup tanpa cubaan bukan dunia tanpa penderitaan

2.

EpanalepsisPerulangan pada kata terakhir daripada baris, klausa, dan ayat dengan ulangan kata pertama, contohnya: Kita gunakan fikiran dan perasaan kita berceritalah padaku, berceritalah kuberikan semuanya apa yang harus kuberikan

MesodiplosisPerulangan di tengah baris atau beberapa ayat secara berturutan, contohnya: buruh kontrak jangan mencuri masa pegawai tinggi jangan mencuri masa

AnadiplosisPerulangan kata atau frasa terakhir dalam klausa atau ayat menjadi kata atau frasa pertama dalam klausa ayat yang berikutnya, contohnya: 1. dalam air ada wajah dalam wajah ada kenangan dalam kenangan ada . dalam syair ada kata dalam kata ada makna dalam makna ada ..

2.

GAYA BAHASA RETORIKGaya bahasa yang menggunakan bahasa yang jelas dan padat. Maknanya diwujudkan secara tersurat bukan tersirat, iaitu secara langsung berdasarkan lapisan luar makna bahasa. Gaya bahasa retorik boleh dibahagikan kepada: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Aliterasi Asonansi Susunan songsang Elipsis Eufemisme Litotes

AliterasiGaya yang menggunakan kata-kata yang dimulai dengan perulangan bunyi konsonan awal secara berturut-turut dalam rentetan kata atau suku kata. Unsur ini sering terdapat pada puisi, contohnya: 1. kan kubenamkan dadaku kaki kananku ke bulan kaki kiriku ke matahari kan kuhanyutkan hatiku dalam memberi dan menerima momen semanis semulia ini

2.

AsonansiGaya bahasa yang menggunakan perulangan bunyi vokal yang sama. Unsur ini sering juga terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: 1. Melangkah gadis menahan denyutan pandangan terakhir terlempar ke nisan setangkai kemboja gugur perlahan merangkaklah senja menutup pandangan Dari darah, dari nanah yang punah di tanah rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata hasil manusia gila perang membunuh mesra bunga merah berkembang indah minta disembah

2.

Susunan Songsang (inversi)Susunan songsang atau inversi ialah gaya bahasa yang terhasil daripada pembalikan ayat atau rangkai kata dengan tujuan untuk menimbulkan kesan tertentu. Dari segi susunan ayat, susunan songsang ialah gaya yang menterbalikkan susunan biasa ayat, iaitu S + P kepada P + S, contohnya: 1. 2. Seakan-akan halilintar, suara itu berdengung di telingaku. Sesudah dibelek beberapa kali, dia menyarungkan kembali parang itu. Terkenang dia akan mimpi semalam.

3.

ElipsisTerdapat penghilangan satu kata atau lebih dalam ayat yang lengkap. Namun, melalui intuisi, orang dapat mengisi tempat yang dikosongkan itu dengan maklumat atau pengertian yang tepat dengan mudah, contohnya: 1. Siakap senohong, gelama ikan duri Pinggan tak retak, nasi tak dingin Ada ubi, ada batas .

2.

3.

LitotesGaya yang digunakan untuk menyatakan sesuatu dengan tujuan untuk merendahkan diri, contohnya: 1. Teratak inilah yang mampu kami peroleh bertahun-tahun lamanya. Apalah ada padaku, harta tiada, budi pun kurang. Kedudukan saya ini tiada ertinya sama sekali

2. 3.

EufemismeSejenis gaya kiasan halus yang biasanya berbentuk ungkapan atau simpulan bahasa yang mengandungi isi atau pengertian yang kurang menyenangkan. Dengan cara ini, pendengar tidak rasa tersinggung atau kecil hati, contohnya: 1. 2. 3. 4. 5. Mati Bini Berak Bunting Haid : : : : : meninggal dunia atau menghembuskan nafas yang akhir. isteri atau orang rumah ke sungai besar berbadan dua, hamil datang bulan, uzur

Gaya Bahasa Kiasan

Sejenis gaya bahasa perbandingan. Gaya bahasa ini dibentuk berdasarkan perbandingan atau persamaan. Maksudnya dilihat dari segi yang tersirat bukan yang tersurat. Jenisjenis gaya bahasa kiasan ialah seperti simile, metafora, personifikasi, hiperbola, paradoks, dan kiasan berpindah.

SimileSejenis gaya bahasa perbandingan peringkat termudah, iaitu perbandingan antara satu objek atau konsep lain secara langsung. Perbandingan ini bersifat imaginatif dan eksplisit. Kata-kata perbandingan yang digunakan ialah seperti, umpama, bagai, macam, bak, ibarat, laksana, dan lainlain, contohnya: 1. 2. 3. Beningnya laksana bulan di langit. Seminggu tinggal di rumah mentua bagaikan mimpi ngeri kepada Fatin. Mukanya merah seperti udang kena bakar.

MetaforaSejenis bahasa figuratif, iaitu bentuk kiasan atau analogi yang melambangkan sesuatu bagi sesuatu yang lain. Gaya bahasa ini juga dianggap paling singkat, padat, dan tersusun. Metafora biasanya dihasilkan daripada imej dan idea tanpa kata perbandingan secara langsung seperti dalam simile, contohnya: 1. Matahari yang beransur turun di ufuk kelihatan indah merah merona. Ia sebagai tanda layar malam akan dilepaskan tak lama lagi.. Kata-kata bapa memukul habis kelakianku sebagai anaknya. Jauh di lubuk hatinya, terpendam satu harapan menggunung.

2. 3.

Personifikasi Sesuatu benda, keadaan atau peristiwa yang diberikan perbandingannya dengan sifat manusia. Personifikasi juga merupakan satu unsur yang menggunakan kiasan untuk memberi sifat-sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, mahupun tindak-tanduk kepada objek, binatang, idea atau hal yang abstrak, contohnya: 1. 2. 3. 4. Merangkaklah senja menutup pandangan. Angin tiba-tiba jadi malas. Bulan tersenyum rawan. Damai melambainya pulang.

HiperbolaSejenis kiasan yang mengandungi penyataan yang berlebihlebihan ukuran dan sifatnya atau sejenis bahasa kiasan atau majas yang menyatakan sesuatu menggunakan cara yang sangat berlebihan dengan maksud atau gambaran sebenar. Contohnya: Lautan api sanggup direnangi. Kita titis air mata darah. Bapa duduk di anjung, teringat mak. Sunyi macam hendak gila. Kamar ini pun bermandikan darah.

ParadoksGaya bahasa yang mengandungi penyataan yang bertentangan dengan fakta yang ada secara nyata. Gaya ini digunakan untuk mendapatkan perhatian umum dan memberi tekanan tertentu. Oleh itu, gaya ini lebih mirip kepada ironi. Unsur ini kerap ditemui dalam pepatah dan bidalan, contohnya: Angin damai membawa api beracun. Ayam mati kelaparan di kepuk, itik mati kehausan di air. Yang pahit itu ubat, yang manis itu racun.

Bahasa Kiasan BerpindahBahasa kiasan yang tidak menyatakan bandingan tetapi terdapat perpindahan daripada perkara yang dimaksudkan kepada perkara yang dibandingkan. Bahasa kiasan berpindah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu: Kiasan Sandar Kiasan Terus Kiasan Berangkap/Bersajak Kiasan Berbunga Kiasan Pemanis (Halus) Kiasan Melompat Kiasan Melarat

Kiasan Sandar Kiasan yang tidak menyatakan bandingan, sebaliknya terus berpindah kepada benda bandingan itu sendiri, contohnya: 1. Mandi kerbau 2. Pekak badak Kiasan Terus Bentuk kiasan yang mempunyai makna yang lain daripada makna perkataan itu sendiri, contohnya: Harimau berantai (orang yang sangat garang, bengis). Kutu embun (orang yang selalu pulang lewat malam). Pisau cukur (wanita yang suka mengikis harta lelaki).

Kiasan Berangkap/Bersajak Kiasan jenis ini menunjukkan perbandingan dengan cara yang berbeza-beza atau bersajak; selalunya berisi jenaka, contohnya: 1. Dulu papan, sekarang besi - 2. Lain dulang, lain kakinya - 3. Hujung bendul dalam semak - . Kiasan Berbunga Kiasan yang menggunakan rangkai kata yang indah atau berbungabunga, contohnya: 1. Selimut kemalasan menyelimuti tubuhnya. 2. Adat lama telah reput dimakan usia. 3. Hancur lebur harapannya, tiada bersisa.

Kiasan Pemanis (Halus) Kiasan yang menggunakan perbandingan yang tidak tepat untuk melindungi sesuatu makna yang kurang elok atau kurang manis jika dinyatakan secara berterus terang, contohnya: 1. Pergi ke sungai besar 2. Berbadan dua 3. Meninggal dunia, kembali ke alam baqa Kiasan Melompat Kiasan yang melangkah satu tingkat atau lebih daripada perkara atau benda yang asal atau sebenarnya, contohnya: 1. Menanak nasi (sebenarnya, memasak beras) 2. Menjahit baju (sebenarnya, menjahit kain untuk membuat baju) 3. Mencucuk atap (sebenarnya, mencucuk daun untuk dijadikan atap)

Kiasan MelaratKiasan yang makna atau maksudnya sudah menyimpang jauh daripada maksud asal, seolah-olah menjadi perkataan yang mempunyai makna baharu. Sebagai contoh:

1. 2. 3.

Sudah berisi (mulai hamil) Badan melidi (terlalu kurus) Tubuhnya membadak (terlalu gemuk)

PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumusrumus tatabahasa tatabahasa tetapi juga perlu mengintegrasikan mekanik bahasa dengan aspek sosial dan budaya bahasa. Untuk tujuan ini, seseorang pengguna bahasa mestilah dapat menguasai aspek kesopanan dan kesantunan berbahasa, iaitu menggunakan neka bahasa.

KESOPANAN BERKOMUNIKASI BERDASARKAN NEKA BAHASANeka BahasaMengikut Abdullah Hassan (1997:237), neka bahasa ialah jenisjenis gaya bahasa yang digunakan mengikut taraf penggunaan bahasa dan penuturnya. Jenis bahasa ini dikenali sebagai laras sosial. Neka bahasa juga merujuk kepada penggunaan bahasa menurut konteksnya, seperti bahasa formal, bahasa tak formal, bahasa halus, bahasa istana, dan lain-lain (Marzuki Nyak Abdullah, 1993: 155).

Jenis-jenis Neka BahasaAbdullah Hassan (1997: 237) membahagikan neka bahasa kepada jenis yang berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.