3.-sheikh-tahir-jalaluddindan-karya-bertulisan-jawi-beliau-di-arkib-negara-malaysia.pdf

11

Click here to load reader

Upload: wa-wa

Post on 17-Nov-2015

244 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 29

    SHEIKH TAHIR JALALUDDIN DAN KARYA BERTULISAN JAWI BELIAU

    DI ARKIB NEGARA MALAYSIA

    (Sheikh Tahir Jalaluddin And His Written In Jawi Script At

    National Archives Malaysia)

    Oleh:

    Noorzahidah Mohd Zain*

    Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid**

    Abstrak

    Artikel ini dibuat adalah bertujuan mengumpul dan mengkaji sistem tulisan Jawi Sheikh Tahir

    Jalaluddin dalam Koleksi Persendirian beliau di Arkib Negara Malaysia (ANM). Dalam

    artikel ini juga, penulis memilih lima karya sahaja untuk dikaji. Bagi penulis, setiap karya

    yang ada dalam koleksi tokoh ini adalah melambangkan kepada pemikiran dan

    kecenderungan beliau terhadap sesebuah seperti falak dan gerakan pembaharuan.

    Kata Kunci: Sistem Tulisan Jawi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Koleksi Persendirian, Arkib

    Negara Malaysia (ANM).

    Abstract

    This article was made to collect and review Jawi system Sheikh Tahir Jalaluddin in his

    Private Collection at the National Archives of Malaysia (ANM). In this article, the authors

    choose five written for review. For the author, every written in the collection of this figure is

    symbolic thought and his tendency towards a reform movement such as astronomy and

    reformist.

    Keywords : System Jawi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Private Collection, National Archives of

    Malaysia (ANM).

    Pendahuluan

    Apabila menyentuh mengenai perkembangan sistem tulisan Jawi di Tanah Melayu,

    seharusnya dimulai dengan kedatangan Islam kerana kedatangan Islam ke Tanah Melayu

    merupakan titik tolak kepada kelahiran tulisan Jawi di Tanah Melayu di mana sebelum

    kedatangan Islam ke Tanah Melayu, orang-orang Melayu mengamalkan kehidupan yang

    dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha dan animisme. Kedatangan Islam telah membawa

    perubahan yang besar terhadap masyarakat Melayu di mana kesannya sebagaimana yang

    dapat dilihat dalam sejarah. Antaranya berlaku perubahan dari segi akidah, intelektual,

    kemasyarakatan dan sebagainya. Pada umumnya terdapat tiga teori utama kedatangan Islam

    ke Nusantara iaitu Islam datang dari tanah Arab, Cina dan India. Di Tanah Melayu, terdapat

    bukti-bukti yang kuat bahawa agama Islam itu dibawa secara langsung dari tanah Arab.

    Antara bukti yang menunjukkan bahawa Maharaja Derbar Raja II, raja Kedah telah pun

    diislamkan pada tahun 531H/1136M oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad al-Qaumiri al-

    Yamani, seorang ulama berbangsa Arab yang datang dari Yaman.1

    * Beliau merupakan calon Sarjana Ususluddin di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam,

    Universiti Malaya. ** Beliau merupakan Pensyarah Kanan dan Ketua Jabatan di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi

    Pengajian Islam, Universiti Malaya. 1 Abdullah Ishak, Islam di Nusantara (Khususnya di Tanah Melayu), Petaling Jaya: al-Rahmaniah, 60.

  • Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (1) 2014,29-38

    30

    Manakala para sarjana seperti S.Q Fatimi, Morison Harison, RA. Kern dan Snouck Hurgronje

    berpendapat, bandar pelabuhan Gujerat di India memainkan peranan penting dalam

    penyebaran Islam melalui perdagangan. Mereka juga berpendapat mengatakan ramai

    pemimpin Abbasiyah dan dan Umayyah di Andalus melarikan diri daripada tindakan pihak

    berkuasa dan pelarian politik dan mendapatkan perlindungan di India dan juga Alam Melayu.

    Hujah mereka adalah berpandukan kepada persamaan mazhab yang dianuti iaitu mazhab

    Syafie. B.Harrison pula berpendapat bahawa masyarakat Nusantara memandang ke India bagi

    mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal perniagaan dan kebudayaan.

    Menerusi hubungan dua hala itu, penduduk Nusantara berminat dengan Islam yang telah pun

    dianuti oleh pedagang-pedagang India.2 Pendapat di atas dibuktikan melalui penemuan batu

    nisan Sultan Malikul Saleh, raja Samudera yang bertarikh 1297 Masihi. Batu nisan ini

    dipercayai dibawa dari Gujerat berdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di

    kedua-dua tempat tersebut. Dengan itu para sarjana tersebut telah bersetuju bahawa Islam

    dibawa ke Alam Melayu melalui perdagangan dan penemuan batu nisan tersebut.

    Manakala teori kedatangan Islam dari China pula, dipercayai bahawa Islam telah sampai ke

    China pada zaman pemerintahan Dinasti Tang iaitu sekitar tahun 650 Masihi dan Canton

    merupakan tempat utama kepada para pendakwah untuk berdakwah. Terdapat beberapa teori

    yang turut menyokong kedatangan Islam dari China. Emanuel Godinho De Evedia

    mengatakan Islam datang ke Nusantara dari China melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-

    9 Masihi. Pendapat ini terbukti melalui penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu

    yang terletak di Pantai Timur Tanah Melayu. Pada tahun 878 Masihi pula telah berlaku

    pemberontakan di Canton yang menyebabkan seramai 100 000 orang asing terbunuh

    terutamanya orang Arab-Islam. Akibat peristiwa ini telah menyebabkan ramai orang Arab-

    Islam melarikan diri ke Kedah dan Pelembang. Dalam masa yang sama, cacatan Dinasti Sung

    pula mengatakan bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu adalah melalui sepanjang pantai

    Laut China Selatan dan dibawa oleh pedagang-pedagang Islam pada awal 977 Masihi.3

    Oleh itu, dengan perkembangan agama Islam di Alam Melayu, maka bahasa Melayu telah

    dijadikan sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan mulai mendapat tempat di kalangan penduduk

    yang menganut agama Islam. Bahasa Melayu kuno yang menggunakan huruf-huruf dari India

    seperti huruf Kawi, mula menggunakan huruf-huruf Arab yang dikenali sebagai huruf jawi.

    Melalui pengaruh Islam dan huruf Arab dalam pengkajian Melayu, maka bahasa Melayu telah

    berkembang dengan pesatnya dan menjadi bahasa yang kaya dengan berbagai-bagai istilah

    yang telah dipinjam daripada perbendaharaan Arab dan Parsi. Dengan perkembangan

    tersebut, bahasa Melayu mulai menjadi bahasa pengantar dalam pengkajian bercorak Islam

    dan karya-karya kesusasteraan.4

    Selain daripada bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca di Alam Melayu pada masa

    tersebut, terdapat satu tulisan yang terpengaruh dengan huruf-huruf Arab dan diasimilisasikan

    dengan Melayu, maka terhasilnya sistem tulisan Jawi. Tulisan Jawi ini merupakan salah satu

    sumbangan terbesar kedatangan dan perkembangan Islam di Alam Melayu dan tulisan ini

    ditemui dalam manuskrip-manuskrip Melayu Islam seperti Hikayat Nabi Muhammad s.a.w.,

    Hikayat Para Nabi dan Rasul, Hikayat Para Sahabat, Hikayat Para Pahlawan Islam dan

    Hikayat Ahli-ahli Sufi dan Orang-orang yang Salih. Manakala puisi yang terkenal yang

    dipengaruhi oleh sastera Islam contohnya ialah Syair Perahu, Syair Burung Pingai oleh

    2 Abdullah Ishak, Islam di Nusantara (Khususnya di Tanah Melayu) (Petaling Jaya: al-Rahmaniah), 61. 3 Ibid, 65. 4 Ismail hamid, Wahyunah Abd. Ghani, Hikayat Para nabi dan Tokoh-tokoh Islam dalam Kesusasteraan Melayu

    Tradisional (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002), 17.

  • Sheikh Tahir Jalaluddin Dan Karya Bertulisan Jawi Beliau Di Arkib Negara Malaysia

    31

    Hamzah Fansuri dan Syair Makrifat oleh Abdul Rauf Fansuri. Bukan itu sahaja, buku-buku

    sejarah juga mempunyai tajuk asal dalam bahasa Arab seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-

    Nafis, Bustanus-Salatin dan lain-lain lagi.5 Selain itu juga, sistem tulisan Jawi telah

    mengalami perkembangan yang pesat sehinggalah pada abad ke-20 di mana ramai ulama dan

    tokoh-tokoh pembaharuan yang muncul pada abad ke 20 ini, kebanyakannya menulis artikel

    dan kitab mereka dalam tulisan Jawi. Antara tokoh-tokoh tersebut ialah Tuan Husain Kedah,6

    Hj. Yusof Rawa,7 Zainal Abidin Ahmad (Zaba)

    8 dan tokoh-tokoh yang lain.

    Setelah melihat secara ringkas tentang sejarah kedatangan Islam, sejarah perkembangan

    tulisan Jawi hinggalah lahirnya karya-karya dalam persuratan Islam yang pelbagai. Oleh

    kerana Sheikh Tahir banyak menulis karyanya dalam tulisan Jawi pada abad ke- 20, pengkaji

    mengfokuskan kepada subjek utama kajian iaitu Sheikh Tahir Jalaluddin(1869-1956). Beliau

    adalah tokoh dalam bidang falak serta tokoh pembaharuan di Tanah Melayu. Nama sebenar

    Sheikh Tahir Jalaluddin ialah Muhammad Tahir Syeikh Muhammad Jalaluddin telah

    dilahirkan pada 9 Disember 1869/4 Ramadhan 1288 di Surau Kamba, Kota Tua, Ampek

    Angkek, Bukit Tinggi, Sumatera Barat. Beliau berasal daripada keturunan Melayu

    Minangkabau. Beliau lebih dikenali sebagai Tuanku Muhammad atau Tuanku Cangking

    kerana bapanya Tuanku Ahmad Jalaluddin adalah berketurunan orang kenamaan

    Minangkabau, malah bersusur galur keturunannya berbalik kepada Imam Bonjol, seorang

    ulamadan pejuang terkenal dalam Perang Paderi di Sumatera Barat.9

    Selepas kematian kedua ibu bapanya, beliau dipelihara oleh keluarga sebelah ibunya

    sehinggalah beliau meningkat umur 9 tahun. Pada usianya masih muda, beliau telah

    mempelajari Al-Quran di kampungnya sendiri. Setelah itu, pada tahun 1880 M/ 1297 H,

    beliau telah belajar ke Makkah dengan sepupunya yang terkenal sebagai seorang alim

    reformis dan Guru Besar bagi mazhab Shafii di Masjid al-Haram iaitu Syeikh Ahmad Khatib.

    5 Zainal Abidin Abdul Wahid, Sejarah Malaysia: Pentafsiran dan Penulisan (Bangi : Penerbit Universiti

    Kebangsaan Malaysia, 1992), 28. 6 Nama sebenar beliau adalah Hj. Husain Mohd Nasir al-Masudi al-Banjari. Beliau dilahirkan di Kampung Titi

    Gajah, Kedah pada 20 Jamadilawal 1280H/1863M. Beliau juga merupakan seorang tokoh agama yang suka

    mengembara, mendirikan pondok di Kedah dan Pulau Pinang serta menulis sebanyak 18 buah kitab dan risalah

    dalam pelbagai bidang seperti tauhid (Al-Nur al-Mustafid fi Aqaid al-Tauhid, 1887 M), fikah(Hidayat al-

    Nikah, 1928 M), tasawuf(Bidayat al-Talibin) dan seterusnya. Lihat; Abdul Rahman Hj. Abdullah, Pemikiran

    Islam Masa Kini: Sejarah dan Pemikiran (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987), 203. 7 Nama sebenar beliau ialah Hj. Yusof Hj. Abdullah, merupakan seorang tokoh yang sangat aktif dalam bidang

    penulisan, peniaga, pendakwah, aktivis masyarakat dan ahli politik yang dihormati. Beliau dilahirkan pada 8 Mei

    1922 di Acheen Street(kini Lebuh Aceh), Georgetown, Pulau Pinang. Antara buku yang ditulis oleh beliau ialah

    Penuntun Jiwa(tasawuf), Zad al-Mutaallim(tauhid,fikah dan tasawuf), Tafsir al-Rawi dan banyak lagi buku

    yang ditulis oleh beliau. Selain itu, beliau juga merupakan penerbit majalah Al-Islah(1970-1973). Lihat; Mujahid Hj. Yusof Rawa, Permata dari Pulau Mutiara (Kuala Lumpur: Warathah Hj. Yusof Rawa Sdn. Bhd. dan Dewan

    Muslimat Sdn. Bhd., 2001), 5. 8 Beliau merupakan seorang cendekiawan dan patriot Melayu yang ulung dan yang amat prihatin terhadap

    masalah umat Melayu dalam pelbagai bidang terutamanya bahasa, pendidikan,agama dan ekonomi. Beliau

    dilahirkan pada 16 September 1895 dan dibesarkan di Negeri Sembilan. Beliau telah dianugerahkan oleh

    Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga dengan gelaran yang unik iaitu Pendeta Bahasa yang bermaksud

    ilmuan bahasa yang ulung. Zaba yang merupakan seorang tokoh yang terbilang dalam bidang persuratan telah

    meninggal dunia pada 23 Oktober 1973, ketika berusia 78 tahun. Lihat laman web,

    http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/5547-tokoh-pendidikan.html, dicapai pada 12 Jun 2014. 9 Haji Bachtiar Djamily, Riwayat Hidup dan Perjuangan : Syeikh Tahir Jalaluddin al-Falaki al-Azhari, edisi

    Malaysia, (Kuala Lumpur : Asmah Publisher, 1994), 13-16.

    http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/5547-tokoh-pendidikan.html

  • Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (1) 2014,29-38

    32

    Di bawah bimbingan dan tunjuk ajar sepupunya, beliau telah mempelajari ilmu dalam

    pelbagai bidang ilmu seperti bahasa Arab, bahasa Melayu, nahu, saraf, mantik(logik), fiqh,

    bayan, maani, handasah dan sebagainya.10

    Kajian ini juga tidak lengkap sekiranya kita tidak mengkaji subjek utama kajian iaitu Koleksi

    Persendirian Sheikh Tahir (SP 10). Kajian terhadap koleksi ini penting kerana dari sini

    pengkaji dapat mengkaji dan memilih beberapa karya untuk dijadikan sampel bagi mengkaji

    tulisan Jawi yang digunakan oleh tokoh ini. Hasil kajian yang dibuat, pengkaji mendapati

    bahawa terdapat 1916 bahan dalam koleksi persendirian Sheik Tahir yang terdapat di ANM.

    Setiap bahan dalam koleksi ini dikelaskan oleh pihak arkib berdasarkan kepada beberapa

    kategori iaitu surat-menyurat, manuskrip dan terbitan. Selain itu, terdapat juga bahan-bahan

    lain yang dikategorikan lain-lain oleh pengkaji merangkumi not lagu, syair, skrip, novel,

    artikel, surat khabar, teks ucapan, buku, buku cenderamata, buletin, carta, gambar foto,

    kalendar, keratan akhbar, kertas kerja, laporan, lukisan, majalah, memorandum, pamplet,

    pekeliling, pelan, pelbagai, personalia, peta, poskad dan program.

    Dalam kajian ini juga, pengkaji telah memilih beberapa karya dalam koleksi persendirian

    Sheikh Tahir. Pemilihan pengkaji adalah disebabkan keterbatasan masa dan keperluan kajian

    hanya untuk melihat sistem tulisan yang digunakan oleh Sheikh Tahir Jalaluddin dalam setiap

    karyanya. Kajian ini juga mengkaji adakah beliau terpengaruh dengan individu atau institusi

    tertentu dalam penggunaan tulisan Jawi, adakah beliau konsisten atau tidak dalam menulis

    karyanya. Di samping itu, pemilihan karya-karya tersebut adalah berdasarkan keadaan bahan

    yang baik, tulisan yang mudah dibaca dan mempunyai persamaan tulisan antara satu sama

    lain.

    Kesimpulannya, kajian ini patut dikaji kerana kajian mengenai koleksi beliau dan sistem

    tulisan Jawi yang digunakan oleh Sheikh Tahir masih kurang. Maka tugas kita sebagai

    seorang pengkaji adalah mengetengahkan karya-karya beliau di samping mengetahui

    gambaran sebenar proses yang dilakukan oleh ANM dalam mendapatkan bahan terutamanya

    koleksi persendirian.

    Biografi Ringkas Sheikh Tahir Jalaluddin

    Sheikh Tahir Jalaluddin(1869-1956) yang mana merupakan seorang tokoh yang banyak

    menulis karyanya dalam tulisan Jawi. Beliau adalah tokoh dalam bidang falak serta tokoh

    pembaharuan di Tanah Melayu. Nama sebenar Sheikh Tahir Jalaluddin ialah Muhammad

    Tahir Syeikh Muhammad Jalaluddin telah dilahirkan pada 9 Disember 1869/4 Ramadhan

    1288 di Surau Kamba, Kota Tua, Ampek Angkek, Bukit Tinggi, Sumatera Barat. Beliau

    berasal daripada keturunan Melayu Minangkabau. Beliau lebih dikenali sebagai Tuanku

    Muhammad atau Tuanku Cangking kerana bapanya Tuanku Ahmad Jalaluddin adalah

    berketurunan orang kenamaan Minangkabau, malah bersusur galur keturunannya berbalik

    kepada Imam Bonjol, seorang ulamadan pejuang terkenal dalam Perang Paderi di Sumatera

    Barat.11

    Selepas kematian kedua ibu bapanya, beliau dipelihara oleh keluarga sebelah ibunya

    sehinggalah beliau meningkat umur 9 tahun. Pada usianya masih muda, beliau telah

    mempelajari Al-Quran di kampungnya sendiri. Setelah itu, pada tahun 1880 M/ 1297 H,

    beliau telah belajar ke Makkah dengan sepupunya yang terkenal sebagai seorang alim

    reformis dan Guru Besar bagi mazhab Shafii di Masjid al-Haram iaitu Syeikh Ahmad Khatib.

    10 Ibid., 22-23. 11 Haji Bachtiar Djamily, Riwayat Hidup dan Perjuangan : Syeikh Tahir Jalaluddin al-Falaki al-Azhari, edisi

    Malaysia, (Kuala Lumpur : Asmah Publisher, 1994), 13-16.

  • Sheikh Tahir Jalaluddin Dan Karya Bertulisan Jawi Beliau Di Arkib Negara Malaysia

    33

    Di bawah bimbingan dan tunjuk ajar sepupunya, beliau telah mempelajari ilmu dalam

    pelbagai bidang ilmu seperti bahasa Arab, bahasa Melayu, nahu, saraf, mantik(logik), fiqh,

    bayan, maani, handasah dan sebagainya.12

    Sebagai seorag murid yang cerdik dan berjaya menguasai pelajarannya dengan baik, beliau

    telah dilantik sebagai guru bagi mengajar murid-murid lain di Masjid al-Haram. Pada masa

    yang sama juga, beliau telah mempelajari bahasa Belanda dan bahasa Inggeris atas kesedaran

    dan persediaannya bagi memahami serta menghadapi bangsa asing pada masa hadapan.

    Menurut beliau, seorang dai perlulah menguasai banyak bahasa dan mengenali

    persekitarannya supaya mesej yang dibawanya dapat disampaikan secara efektif apabila

    kembali ke tanah air nanti. Namun begitu, beliau lebih terpengaruh dengan pemikiran

    sepupunya Syeikh Ahmad Khatib agar dapat melaksanakan tugasnya bagi memperbaiki

    amalan-amalan Islam di Indonesia mahupun Tanah Melayu yang banyak bercampur-baur

    dengan adat resam Melayu yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.13

    Setelah menuntut ilmu di Makkah selama 12 tahun, Syeikh Tahir telah pergi ke Mesir bagi

    melanjutkan pengajiannya dalam bidang agama dengan memasuki Universiti al-Azhar pada

    tahun 1893 hingga 1897.14

    Di sini, beliau telah mempelajari Ilmu Syariah dan Ilmu Hisab

    dengan pengkhususan dalam Ilmu Falak. Semasa belajar di Universiti al-Azhar, beliau telah

    menjalinkan hubungan persahabatan yang erat dengan Sayid Muhammad Rasyid Ridha, anak

    murid kepada Syeikh Muhammad Abduh. Hal ini menyebabkan beliau terpengaruh dengan

    idea-idea islah yang disiarkan oleh Sayid Muhammad Rasyid Ridha melalui penerbitannya,

    Al-Manar15

    dan membawanya menyebarkan idea-idea tersebut apabila beliau memimpin

    majalah Al-Imam di Singapura beberapa tahun selepas itu.16

    Walaupun Syeikh Tahir Jalaluddin pernah mengajar di Perak dan Johor, namun beberapa

    buku yang dibaca oleh pengkaji menunjukkan bahawa kerjayanya banyak tertumpu di Pulau

    Pinang. Kerjayanya sebagai seorang guru di Madrasah al-Mashoor bermula apabila sahabat

    karibnya, Syed Syeikh al-Hadi menubuhkan madrasah tersebut pada tahun 1919 di

    Georgetown, Pulau Pinang.17

    Beliau mula mengajar di madrasah tersebut pada tahun 1920

    atas jemputan Syed Syeikh al-Hadi18

    . Selain mengajar, beliau juga telah menghasilkan

    beberapa buah buku yang diterbitkan di Pulau Pinang bagi menyebarkan pandangan golongan

    reformis serta bagi menangkis pandangan Kaum Tua (ulama Tradisional) yang umumnya

    telah mempengaruhi pandangan golongan istana di Negeri-Negeri Melayu pada masa itu.

    Antara bukunya yang diterbitkan di Pulau Pinang dalah Takyit Tazkirat Mutabbi al-Sunnat

    dan Risalah Penebas Atas Bidaah (Kepala Batas, Pulau Pinang).

    12 Ibid., 22-23. 13Ibid., 23-26. 14 Ibid., 35. 15 Fadhlullah Jamil, Pengaruh Pemikiran Syed Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh terhadap

    Syeikh Tahir Jalaluddin, dalam Syeikh Tahir Jalaluddin: Pemikir Islam, ed. Sohaimi Abdul Aziz (Pulau Pinang

    : Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2003), 35-36. 16

    Fadhlullah Jamil, Tokoh-Tokoh Agama Yang Menulis Di Pulau Pinang, dalam Cakerawala Penulisan

    Sejarah Dan Intelektualisme : Sumbangan Penulis-Penulis di Pulau Pinang, e.d Sohaimi Abdul Aziz (Pulau

    Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2008), 125-126. 17 Talib Samat, Syed Syeikh al-Hadi : Pelopor Pendidikan Islam Terawal di Pulau Pinang, 25. 18 Ismail Ibrahim et.al., Syeikh Tahir Jalaluddin (1869-1956), Reformis Islam, dalam Ulama Silam dalam

    Kenangan, ed. Ismail Mat (Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1992), 28.

  • Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (1) 2014,29-38

    34

    Di samping itu juga, Syeikh Tahir Jalaluddin juga turut menyumbang beberapa artikel kepada

    majalah Al-Ikhwan yang diterbitkan oleh Syed Syeikh al-Hadi serta menulis buku-buku dan

    artikel yang kebanyakannya diterbitkan di Singapura dan Kuala Lumpur. Kesemua buku dan

    artikelnya berkaitan pandangan yang keras dan kritikan tajam terhadap amalan khurafat,

    tahayul dan bidaah. Hal ini menyebabkan beliau tidak disenangi oleh golongan tradisional

    yang kuat berpegang kepada amalan tradisional dan adat resam pada masa tersebut.19

    Tambahan pula, beliau juga mempraktikkan secara berkesan aplikasi matematik dalam ilmu

    falak. Karya beliau yang masyhur dan tinggi mutunya ialah Pati Kiraan (1938), Natijatul

    Umur (1936) dan Jadual Nukhbat At-Taqrirat (1954).20

    Semangat dan kewibawaan Sheikh Tahir sebagai tokoh ulama juga hasil pengaruh secara

    langsung dari tokoh intelektual dan reformasi Islam pada awal kurun ke 20 seperti Sheikh

    Muhammad Abduh, Sheikh Jamaluddin al-Afghani21

    dan Sheikh Muhammad Rashid Ridha22

    .

    Tokoh-tokoh ini telah memberi inspirasi kepada Sheikh Tahir dalam menyerlahkan idea-idea

    reformasi pendidikan dan kebudayaan Islam di Alam Melayu pada zamannya.23

    Sheikh Tahir

    merupakan seorang tokoh yang kaya budi bahasanya. Beliau adalah seorang yang mengenang

    jasa orang lain di mana beliau sering menukilkan nama orang yang ada hubungan dengan

    ilmu yang diperolehinya. Misalnya pujian beliau kepada Abi Fadhal dengan ayat...guru yang

    mulia,taulan yang berbahagia Sheikh Muhammad Abi Fadhal, mendoakan gurunya yang

    telah wafat, al-Alamah as-Sheikh Muhammad bin Yusof al-Khayat serta sentiasa tidak lupa

    mendoakan pengguna makalah dan anak-anak muridnya dalam setiap kata-kata pengantar di

    halaman depan makalah dan dalam khutbah kitab.24

    Dalam pada itu, ketegasan tokoh ini mempertahankan kebenaran ilmu tidak ada tolok

    bandingnya, kerana prinsipnya adalah berani kerana benar. Beliau muncul ketika mana

    sebahagian masyarakat Melayu-Islam di Tanah Melayu selesa dengan sindrom bertaklid

    buta, terutamanya terhadap ilmu pengetahuan. Masa yang sama juga berlaku pertentangan

    antara ulama kaum muda dan tua. Aplikasi matematik dan peralatan falak yang diperkenalkan

    oleh Sheikh Tahir, dilihat sebagai satu pembaharuan yang melampaui keperluan agama.25

    19 Fadhlullah Jamil, Tokoh-Tokoh Agama Yang Menulis Di Pulau Pinang, dalam Cakerawala Penulisan

    Sejarah Dan Intelektualisme : Sumbangan Penulis-Penulis di Pulau Pinang, e.d Sohaimi Abdul Aziz (Pulau

    Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2008), 127. 20 Baharrudin Zainal, Ulasan Karya Falak Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin (makalah, Seminar Keilmuan

    Falak 'Sheikh Tahir Jalaluddin dan Sheikh Abdullah Fahim' : Perintis Ilmu Falak Moden, Pulau Pinang, 5

    September 2005 ), 1. 21Tokoh Islam terkenal pada kurun ke-19. Ketokohan beliau begitu terserlah dalam dua asepk penting

    masyarakat Islam untuk menyongsang arus imperialism Barat iaitu melalui intelektualisme dan politik. Beliau

    telah dilahirkan di Assadabat, berhampiran bandar Hamadan di barat daya Iran pada tahun 1838 atau 1839. Lihat Abdul Aziz Mat Ton, Politik al-Imam (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000), 136-157. 22 Muhammad Rashid Ridha(1865-1935) merupakan seorang tokoh reformis pada zaman beliau. Dilahirkan di

    al-Qalamun,Lubnan. Sejak awal lagi beliau terpengaruh dengan pemikiran dan bersama-sama Sayid Jamaluddin

    al-Afghani dan Muhammad Abduh berjuang di Mesir. Semasa di Mesir, beliau telah menerbitkan al-Manar.

    Selain itu juga,beliau terlibat dengan politik dengan menyertai Parti Disentralisme di mana beliau

    mengendalikan masalah-maslah Turki dengan British dalam hubungannya bagi kepentingan negara-negara Arab.

    Lihat Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Islam Masa Kini: Sejarah dan Aliran (Kuala Lumpur : Dewan

    Bahasa dan Pustaka, 1992), 215-223). 23 Ibid., 2. 24 Ibid., 21. 25 Ibid.

  • Sheikh Tahir Jalaluddin Dan Karya Bertulisan Jawi Beliau Di Arkib Negara Malaysia

    35

    Maka Sheikh Tahir, juga mengalami tentangan di mana isu-isu berkaitan falak sering

    dibahaskan seperti yang terdapat dalam koleksi SP tokoh ini. Misalnya terdapat satu rencana

    pemberitahuan Sheikh Tahir, tentang ketidakjujuran seorang engineer British dalam

    penentuan arah kiblat Masjid Sultan, Singapura pada tahun 1927.26

    Arkib Negara Malaysia (ANM)

    Kajian ini juga kurang lengkap sekiranya pengkaji tidak membincangkan secara ringkas

    tentang Arkib Negara Malaysia (ANM) yang berperanan menyimpan karya Sheikk Tahir

    Jalaluddin. Arkib Negara merupakan sebuah Jabatan Kerajaan yang besar peranannya

    terutama dalam memulihara bahan-bahan bersejarah di negara kita. ANM juga ialah

    organisasi pentadbiran yang bertanggungjawab terhadap penyimpanan dan pemeliharaan

    khazanah persuratan yang berkaitan dengan sejarah negara serta membekalkan maklumat bagi

    kepentingan masyarakat.27

    Arkib Negara juga adalah sebuah Jabatan Kerajaan yang terletak di

    bawah tanggungjawab Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan. Sebelum

    dinamakan sebagai Arkib Negara Malaysia, ia dikenali sebagai Pejabat Rekod Kerajaan yang

    ditubuhkan pada 1 Disember 1957. Kesedaran dan keperluan menubuhkan satu badan bagi

    mengadakan perkhidmatan rekod di Malaysia telah disedari sejak sebelum Perang Dunia ke-2

    lagi yang mana keinginan tersebut telah menimbulkan tindakan positif melalui Surat

    Pekeliling Despatch 1948 dalam bulan Mac oleh Setiausaha Negara Britain, At Newboult28

    yang telah mengarahkan agar penyiasatan dan pemerhatian yang teliti dilakukan ke atas

    rekod-rekod kerajaan di Malaya di mana telah membawa kepada terbentuknya satu

    jawatankuasa penyiasatan yang berhubung dengan pemeliharaan dan pemusnahan rekod-

    rekod awam yang telah dilantik oleh Setiausaha Malaya.29

    Antara ahli-ahli jawatankuasa tersebut terdiri dari pegawai-pegawai pentadbir Inggeris yang

    merangkumi Peguam Negara, Ketua Setiausaha Negeri, Pengarah Jabatan Ukur dan

    sebagainya. Namun begitu, jawatankuasa ini terbengkalai sehingga bulan Ogos 1951 dan

    dalam bulan Januari 1956, laporan jawatankuasa tersebut berjaya disiapkan walaupun telah

    beberapa tahun tertangguh. Menerusi jawatankuasa ini, akhirnya tertubuhnya satu jentera

    pentadbiran di bawah kawalan seorang pegawai Arkib Negara Malaysia (ANM) yang

    bertindak memulihara dan memisahkan dengan cara yang lebih sistematik terhadap rekod-

    rekod awam dan dokumen-dokumen bersejarah bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu yang

    mana pada akhirnya melahirkan Pejabat Rekod Awam pada 1 Disember 1957.30

    Koleksi Persendirian Sheikh Tahir Jalaluddin (SP 10)

    Dalam kajian ini, terdapat sebanyak 1916 bahan dalam koleksi persendirian Sheikh Tahir

    Jalaluddin. Pengkaji juga telah mendapati bahawa daripada 1916 bahan yang didapati

    daripada Encik Nazri, hanya 1754 bahan sahaja yang boleh diakses dalam sistem compass di

    dewan penyelidikan Arkib Negara Malaysia (ANM). Ini kerana terdapat beberapa keadaan

    dan status bahan yang menyebabkan bilangan bahan yang dapat melalui Encik Nazri dan

    26 Penerangan lanjut mengenainya terdapat dalam manuskrip SP (Surat Persendirian),dengan catitan tulisan Jawi

    dan rumi oleh Sheikh Tahir. Arah kiblat Masjid Sultan ditanda oleh Sheikh Tahir sama dengan orang Survey

    Office, tapi tidak sama dengan engineer yang dikatakan tidak pandai menggunakan kompas dengan betul. 27

    http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pentadbiran+negara.&d=8, dicapai pada 29 Oktober 2012. 28 Ketua Setiausaha Negara ketika itu ; http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_Malaysia, 29 Oktober 2012. 29 Nur Hafizah Md. Hamzah, Peranan Dan Sumbangan Arkib Negara Malaysia (ANM) : 1957-2007 ( latihan

    ilmiah, Program Sejarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik Dan Strategi, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan,

    Universiti Kebangsaan Malaysia, 2009), 1. 30 Ibid., 1-2.

  • Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (1) 2014,29-38

    36

    sistem compass berbeza. Hal ini disokong oleh seorang pegawai arkib di Seksyen

    Perolehan31

    , terdapat empat keadaan bahan ialah baik, rosak, sangat rosak dan amat rosak.

    Manakala status bahan pula terbuka, terhad, sulit serta rahsia dan rahsia besar.

    Selain itu juga, pengkaji telah menemubual Puan Sulasteri Abd Hamid32

    bagi mengetahui

    proses penerimaan koleksi persendirian Sheikh Tahir Jalaluddin(SP 10). Menurut beliau,

    terdapat dua kaedah dalam mendapatkan bahan tokoh. Yang pertama adalah inisiatif ANM

    sendiri yang mengenalpasti tokoh yang memberi sumbangan kepada negara dan mempunyai

    bahan bersejarah. Manakala kaedah kedua adalah ahli keluarga atau saudara tokoh yang

    mempunyai kesedaran bagi memulihara bahan tokoh di samping memberi bahan tersebut

    untuk dirujuk oleh orang awam. Oleh itu, koleksi Sheikh Tahir adalah antara SP yang

    terawal33

    dibawa dan disimpan mengikut kaedah pertama iaitu inisiatif pihak ANM mencari

    karya tokoh untuk disimpan. Menurut beliau lagi, koleksi ini kebanyakannya sumbangan

    daripada ahli keluarga tokoh terutamanya anak beliau. Setelah memilih dan mengambil bahan

    Sheikh Tahir, pihak ANM akan memuliharanya, meletakkan kod dan seterusnya

    memasukkannya ke dalam sistem compass bagi rujukan penyelidik. Koleksi ini dinamakan

    Sheikh Tahir Jalaluddin adalah sebagai tanda penghormatan terhadap sumbangan karya beliau

    di mana ia sesuai dengan konsep ANM iaitu setiap bahan yang disimpan akan disimpan

    sebagaimana bahan itu.

    Tambahan pula, hasil daripada kajian pengkaji terhadap koleksi ini mendapati bahawa bahan-

    bahan yang terdapat dalamnya adalah melambangkan kepada karekter Sheikh Tahir. Ini

    kerana kebanyakan karya adalah mengenai falak dan melalui koleksi ini juga kita dapat

    ketahui siapa sebenarnya Sheikh Tahir, pemikirannya dan minatnya terhadap apa. Pernyataan

    ini juga turut disokong oleh Puan Sulateri kerana menurut beliau, bahan-bahan yang terdapat

    dalam koleksi adalah melambangkan siapa tokoh tersebut dan minatnya cenderung terhadap

    bidang apa.

    Di samping itu, pengkaji telah mengklasifikasikan koleksi persendirian Sheikh Tahir

    Jalaluddin berdasarkan tiga subjek utama iaitu berdasarkan versi atau bahasa, tahun dan

    bidang. Setiap tajuk tersebut akan dilampirkan di bawah ni berdasarkan tafsiran dan analisis

    pengkaji sendiri berasaskan logik dan data-data yang diperolehi beliau daripada Arkib Negara

    dan buku-buku yang membicarakan tentang Sheikh Tahir Jalaluddin. Oleh yang demikian,

    pengkaji mengkategorikan versi atau bahasa kepada enam iaitu versi Melayu-Jawi (629

    karya), versi Arab (901), versi Melayu-Jawi dan Arab atau Arab dan Melayu-Jawi (34 karya),

    bahasa Inggeris (30 karya), versi campuran (32 karya) serta versi tidak pasti (278 karya).

    Manakala dari segi pentarikhan pula pengkaji telah mengelaskan kepada empat iaitu sebelum

    merdeka (284), selepas merdeka (59), tahun Islam (90), banyak tarikh (6) dan tidak pasti

    (431).

    31 Temubual Dengan Puan Normadiah Pada 25 March 2014, Jam 10.45 Pagi 32 Ketua di Seksyen Perolehan, Arkib Negara Malaysia. Temubual pada 25 March 2014, Jam 11.30 Pagi 33 Walaupun didaftarkan dalam sistem compass tahun 2006 tetapi sebenarnya SP ini telah disimpan di ANM

    tidak kurang daripada 10 atau 20 tahun yang lepas. Bagi mengetahui lebih lanjut, perlu lihat Laporan Tahunan

    ANM 10 atau 20 tahun terkemudian(diakui oleh Puan Sulateri semasa menemubual beliau)

  • Sheikh Tahir Jalaluddin Dan Karya Bertulisan Jawi Beliau Di Arkib Negara Malaysia

    37

    Di samping itu, klasifikasi yang terakhir adalah bidang atau subjek bahan dan dibahagikan

    kepada lima bahagian iaitu ibadat atau soal jawab agama (76 karya), fiqh atau falak (253

    karya), sejarah atau sejarah Islam (21 karya), pendidikan (170 karya) dan yang terakhir lain-

    lain (1495 karya). Oleh itu, berdasarkan kajian pengkaji mendapati bahawa Sheikh Tahir

    merupakan seorang tokoh yang sangat aktif dalam menulis dan kebanyakan tulisannya banyak

    dalam tulisan Jawi.

    Penutup

    Di sini, dapat disimpulkan bahawa gerakan Syeikh Tahir yang muncul pada kurun ke-20

    adalah satu gagasan gerakan pembaharuan yang berusaha memperbaiki umat Islam yang telah

    rosak supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Apa yang dikatakan kepada gerakan

    pembaharuan yang dibawa beliau sebagai gerakan yang menyeleweng daripada Islam dan

    adalah satu mazhab baru yang terkeluar dari mazhab Islam adalah satu tuduhan yang diada-

    adakan kerana ia adalah satu rekaan daripada musuh-musuh Islam,walhal gerakan ini

    mewakili mazhab Ahl al-Sunnah wal al-Jamaah yang bergerak mengembalikan umat Islam

    kepada akidah salafiyyah. Cuma apa yang kurang disenangi oleh banyak pihak tentang

    gerakan ini adalah sikap keras atau tegas dalam penentangannya terhadap bidah, khurafat dan

    cara penetapan arah kiblat yang kurang tepat.

    Tindakannya menegur para pemerintah atau sultan tentang cara pemerintahan dan penetapan

    kiblat yang salah kadang kala menimbulkan perasaan kurang senang dalam hati mereka.

    Padahal teguran beliau adalah untuk kemaslahatan bersama dan beliau menganggap teguran

    itu wajib dilakukan bagi membetulkan salah faham masyarakat tempatan pada masa tersebut

    dalam soal kiblat khususnya.

    Oleh itu, pemuliharaan dan penjagaan yang betul terhadap karya beliau amat penting bagi

    mengkaji pemikiran tokoh yang sebenar dan sebab beliau terlalu keras menentang amalan

    tersebut. Kita juga bertanggungjawab memulihara karya tulisan tokoh-tokoh agama dan

    kemerdekaan tanah air yang lain supaya ia kekal terpelihara dan dimanfaatkan ilmunya oleh

    semua lapisan masyarakat negara kita.

    Rujukan

    Amat Juhari Moain, Perancangan Bahasa: Sejarah Aksara Jawi (Kuala Lumpur : Dewan

    Bahasa dan Pustaka, 1996).

    Fadhlullah Jamil, Pengaruh Pemikiran Syed Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad

    Abduh terhadap Syeikh Tahir Jalaluddin, dalam Syeikh Tahir Jalaluddin: Pemikir Islam, ed.

    Sohaimi Abdul Aziz (Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2003).

    , Tokoh-Tokoh Agama Yang Menulis Di Pulau Pinang, dalam

    Cakerawala Pengkajian Sejarah Dan Intelektualisme: Sumbangan Pengkaji-Pengkaji di

    Pulau Pinang, e.d Sohaimi Abdul Aziz (Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia,

    2008).

    Fadzilah A Rahim, Styles Of Jawi Scripts Of The Early Malay Manuscripts(16 -20th

    Century),

    (Selangor : Thinkers Library Sdn. Bhd., 2010).

    Haji Bachtiar Djamily, Riwayat Hidup dan Perjuangan : Syeikh Tahir Jalaluddin al-Falaki

    al-Azhari, edisi Malaysia, (Kuala Lumpur : Asmah Publisher, 1994)

  • Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (1) 2014,29-38

    38

    Hashim Bin Musa Sejarah Awal Kemunculan Dan Pemapanan Tulisan Jawi Di Asia

    Tenggara (Seminar Antarabangsa Manuskrip Melayu di Kuala Lumpur, 1995).

    Hashim Musa, Epigrafi Melayu Sejarah Sistem Tulisan Dalam Bahasa Melayu, ed. ke-2

    (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006).

    Ismail Ibrahim et.al., Syeikh Tahir Jalaluddin (1869-1956), Reformis Islam, dalam Ulama

    Silam dalam Kenangan, ed. Ismail Mat (Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,

    1992).

    Kang Keong Sok, Sejarah Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Melayu (Kuala Lumpur :

    Universiti Malaya, 1986).

    Katalog Manuskrip Melayu Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia Tambahan Ketiga

    (2003), Percetakan Watan Sdn. Bhd, 30.

    Konvensyen Tulisan Jawi, Anjuran Bersama Yayasan Islam Terengganu dan Dewan Bahasa

    dan Pustaka, berlangsung pada 9-6 Rejab bersamaan 8-11 April 1984.

    Niswa @ Noralina Abdullah, Penguasaan Dan Penggunaan Tulisan Jawi Dalam

    Pembelajaran : Kajian Di Kalangan Guru Pelatih Pendidikan Islam, Institut Pendidikan Guru

    Malaysia (disertasi, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam,

    Universiti Malaya, 2014).

    Noresah Baharom et.al (ed.) (2007), Kamus Dewan Edisi Keempat, c.2, Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa Dan Pustaka.

    Nur Hafizah Md. Hamzah (2009), Peranan Dan Sumbangan Arkib Negara Malaysia (ANM) :

    1957-2007, ( Latihan Ilmiah, Program Sejarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik Dan Strategi,

    Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia).

    Othman Mohd. Yatim & Abdul Halim Nasir, Epigrafi Islam Terawal Di Nusantara, Kuala

    Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007).

    Tajuddin Saman & Ab. Manaf Haji Ahmad, Tokoh-Tokoh Agama Dan Kemerdekaan Di Alam

    Melayu (Kuala Lumpur : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, 2005).

    Talib Samat, Syed Syeikh al-Hadi : Pelopor Pendidikan Islam Terawal di Pulau Pinang.

    Temubual dengan Encik Encik Nazri Nazba pada 19 Februari 2014, jam 2.00 p.m. Temubual

    berlangsung di Dewan Penyelidikan Arkib, Arkib Negara Malaysia.

    Temubual Dengan Puan Normadiah Pada 25 March 2014, Jam 10.45 Pagi

    Temubual Dengan Puan Sulasteri Abd. Hamid Pada 25 March 2014, Jam 10.45 Pagi

    http://journal-almuqaddimah.com/wp-content/uploads/2013/03/07-Niswa.pdf, rujuk pada 20

    March 2014.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_Malaysia

    http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/5547-tokoh-pendidikan.html, dicapai

    pada 12 Jun 2014

    http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pentadbiran+negara.&d=8, 29 Oktober 2012, 2.00

    p.m.

    http://www.arkib.gov.my/arkibhomepagetheme/images/arkib/pdf/PuspawangsaBil.2_2012.pd

    f, 29 Oktober 2012, 2.00 p.m.

    http://journal-almuqaddimah.com/wp-content/uploads/2013/03/07-Niswa.pdfhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/5547-tokoh-pendidikan.html

  • Sheikh Tahir Jalaluddin Dan Karya Bertulisan Jawi Beliau Di Arkib Negara Malaysia

    39