297 msae2018-ama017 · 2019. 6. 10. · setelah beberapa pengubahsuaian untuk penambahbaikan...

11
Paper No : The society is not responsible for statements or opinions written in papers or related discussions at its meeting. Papers have not been subjected to the review process by MSAEeditorial comittees ; therefore, are not to be considered as refereed. Paper presented at the 2018 MSAE Conference, Serdang, Selangor D. E., Malaysia. 7 & 8 February 2018 MSAE2018-AMA017 Penilaian Operasi Menuai Ubi Keledek Secara Mekanisasi di Tanah BRIS A. Anuar 1 , H. Md. Akhir², H.L. Hong 1 and A. Abd. Ghani, 1 ¹Pusat Penyelidikan Kejuruteraan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), MARDI Bachok, Kandis, Kelantan. 2 Pusat Penyelidikan Kejuruteraan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Ibu Pejabat MARDI, Serdang, Selangor. [email protected] ABSTRAK Mekanisasi pertanian merupakan salah satu kaedah untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh di dalam sektor pertanian. Adaptasi daripada sistem mekanisasi akan dapat mengurangkan beban kerja yang perlu dilakukan oleh para pengusaha dan sekaligus dapat menggalakkan pengusaha untuk meluaskan lagi saiz penanaman. Di MARDI Bachok, pakej mekanisasi bagi pengeluaran ubi keledek adalah hampir lengkap yang mana merangkumi operasi di peringkat penyediaan tanah, penanaman, penjagaan tanaman dan penuaian. Pakej mekanisasi ini amat diperlukan terutamanya di dalam operasi penuaian kerana tempoh penuaian adalah sangat kritikal dan perlu dilakukan di dalam tempoh yang ditetapkan untuk mengelakkan hasil ubi keledek daripada diserang oleh perosak yang akan menyebabkan kerugian kepada pengusaha. Di dalam kajian ini, pengujian jentera penuai telah dilakukan untuk menilai kecekapan mesin penuai yang telah dibangunkan oleh pihak MARDI bagi mengetahui peratus kerosakan hasil ubi akibat faktor mekanikal dan juga kehilangan lepas tuai semasa operasi penuaian. Penilaian mesin penuai ini telah dilakukan pada dua kaedah penanaman iaitu penanaman sebaris dan penanaman dua baris. Melalui penilaian yang telah dilakukan, peratus kerosakan ubi keledek adalah 4.58% bagi penanaman sebaris dan 3.87% bagi penanaman dua baris. Manakala, peratus kehilangan adalah masing-masing sebanyak 1.36% dan 3.6%. Daripada kedua-dua jumlah kehilangan tersebut, 66% daripadanya terdiri daripada ubi keledek yang tidak boleh dijual (unmarketable) kerana saiznya yang terlalu kecil dan tidak memenuhi piawaian untuk dipasarkan. KATA KUNCI Mekanisasi ubi keledek, Jentera penuai, Kehilangan lepas tuai

Upload: others

Post on 28-Jan-2021

1 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • MSAE Conference, Serdang, Selangor D.E. 7 & 8 February 2018 ISBN 978-967-16145

    297

    Penilaian Operasi Menuai Ubi Keledek Secara Mekanisasi di Tanah BRIS

    Paper No :

    The society is not responsible for statements or opinions written in papers or related

    discussions at its meeting. Papers have not been subjected to the review process by

    MSAE editorial comittees ; therefore, are not to be considered as refereed.

    Paper presented at the 2018 MSAE Conference,

    Serdang, Selangor D. E., Malaysia.

    7 & 8 February 2018

    MSAE2018-AMA017

    Penilaian Operasi Menuai Ubi Keledek Secara Mekanisasi

    di Tanah BRIS

    A. Anuar1, H. Md. Akhir², H.L. Hong1 and A. Abd. Ghani,1

    ¹Pusat Penyelidikan Kejuruteraan,

    Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI),

    MARDI Bachok,

    Kandis, Kelantan.

    2Pusat Penyelidikan Kejuruteraan,

    Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI),

    Ibu Pejabat MARDI,

    Serdang, Selangor.

    [email protected]

    ABSTRAK

    Mekanisasi pertanian merupakan salah satu kaedah untuk mengatasi masalah

    kekurangan tenaga buruh di dalam sektor pertanian. Adaptasi daripada sistem

    mekanisasi akan dapat mengurangkan beban kerja yang perlu dilakukan oleh

    para pengusaha dan sekaligus dapat menggalakkan pengusaha untuk meluaskan

    lagi saiz penanaman. Di MARDI Bachok, pakej mekanisasi bagi pengeluaran

    ubi keledek adalah hampir lengkap yang mana merangkumi operasi di peringkat

    penyediaan tanah, penanaman, penjagaan tanaman dan penuaian. Pakej

    mekanisasi ini amat diperlukan terutamanya di dalam operasi penuaian kerana

    tempoh penuaian adalah sangat kritikal dan perlu dilakukan di dalam tempoh

    yang ditetapkan untuk mengelakkan hasil ubi keledek daripada diserang oleh

    perosak yang akan menyebabkan kerugian kepada pengusaha. Di dalam kajian

    ini, pengujian jentera penuai telah dilakukan untuk menilai kecekapan mesin

    penuai yang telah dibangunkan oleh pihak MARDI bagi mengetahui peratus

    kerosakan hasil ubi akibat faktor mekanikal dan juga kehilangan lepas tuai

    semasa operasi penuaian. Penilaian mesin penuai ini telah dilakukan pada dua

    kaedah penanaman iaitu penanaman sebaris dan penanaman dua baris. Melalui

    penilaian yang telah dilakukan, peratus kerosakan ubi keledek adalah 4.58%

    bagi penanaman sebaris dan 3.87% bagi penanaman dua baris. Manakala,

    peratus kehilangan adalah masing-masing sebanyak 1.36% dan 3.6%. Daripada

    kedua-dua jumlah kehilangan tersebut, 66% daripadanya terdiri daripada ubi

    keledek yang tidak boleh dijual (unmarketable) kerana saiznya yang terlalu

    kecil dan tidak memenuhi piawaian untuk dipasarkan.

    KATA KUNCI

    Mekanisasi ubi keledek, Jentera penuai, Kehilangan lepas tuai

  • MSAE Conference, Serdang, Selangor D.E. 7 & 8 February 2018 ISBN 978-967-16145

    298

    PENGENALAN Di dalam bidang pertanian, aktiviti lepas tuai merupakan peringkat terakhir di dalam pengeluaran sesuatu hasil tanaman yang bermula daripada aktiviti penuaian sehingga hasil tanaman dapat digunakan oleh pengguna. Aktiviti lepas tuai merangkumi aktiviti penuaian, pengasingan hasil, pembersihan, penggredan, pembungkusan, penyimpanan, pengangkutan dan rawatan lepas tuai (Mahmud T.M.M., 2017). Di Malaysia, purata kehilangan lepas tuai yang dilaporkan bagi buah-buahan dan sayuran dianggarkan sebanyak 20% (Bautista, 2002). Walaubagaimanapun, kehilangan lepas tuai juga turut bergantung kepada lokasi, jenis tanaman, varieti dan musim penanaman. Sebagai contohnya bagi tanaman padi, peratusan kehilangan lepas tuai menjadi lebih tinggi pada musim yang mempunyai jumlah hujan yang tinggi kerana faktor pokok padi tumbang dan kekangan jentuai untuk melakukan penuaian secara efisyen. Anggaran kehilangan lepas tuai di Malaysia pada tahun 2011-2013 adalah seperti yang ditunjukkan pada Jadual 1. Ianya dianggarkan berdasarkan jumlah 20% purata kehilangan lepas tuai seperti yang telah dilaporkan oleh Mahmud T.M.M., (2017). Daripada data statistik yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia, anggaran kehilangan lepas tuai bagi buah-buahan dan sayuran di Malaysia adalah seperti yang ditunjukkan pada Jadual 1.

    Jadual 1: Anggaran kehilangan lepas tuai bagi buah-buahan dan sayuran di Malaysia

    Komoditi 2011 2012 2013

    Jumlah Pengeluaran

    (Tan Metrik)

    Buah-buahan 1,622,603 1,658,332 1,765,828

    Sayuran 928,183 878,975 883,370

    Kehilangan Lepas

    Tuai*

    (Tan Metrik)

    Buah-buahan 324,520 331,666 353,165

    Sayuran 185,636 175,795 176,674

    Hasil Bersih*

    (Tan Metrik)

    Buah-buahan 1,298,082 1,326,666 1,412,662

    Sayuran 742,546 703,180 706,696

    *Sumber: Statistik Tanaman (Sub-sektor Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2013) **Anggaran kehilangan lepas tuai dan hasil bersih adalah berdasarkan jumlah 20% purata kehilangan lepas tuai yang

    dilaporkan di Malaysia. Manakala, Jadual 2 menunjukkan anggaran purata kehilangan lepas tuai di Negara-negara Asia Pasifik.

    Jadual 2: Anggaran Tahap Kehilangan Lepas Tuai bagi Negara Asia-Pasifik (Rolle, 2006).

    Negara Anggaran Tahap Kehilangan Lepas Tuai

    (%) India 40

    Indonesia 20-50 Iran >35

    Korea 20-50 Filipina 27-42

    Sri Lanka 16-41 Thailand 17-35 Vietnam 20-25 Pakistan 35-45

    Jadi, kajian ini dilakukan untuk mengetahui peratus kehilangan lepas tuai dan kerosakan terhadap ubi keledek akibat faktor mekanikal semasa operasi penuaian dilakukan.

  • MSAE Conference, Serdang, Selangor D.E. 7 & 8 February 2018 ISBN 978-967-16145

    299

    BAHAN DAN KAEDAH KAJIAN Kajian telah dijalankan di petak kajian di MARDI Bachok, Kelantan. Jenis tanah yang ditanam adalah tanah berpasir iaitu Beach Ridges Interspersed with Swales (BRIS). Tanah jenis ini mempunyai kandungan pasir yang amat tinggi iaitu melebihi 90%. Di dalam kajian ini, sampel kajian (crop cutting) seluas 7.2m2 bagi penanaman sebaris manakala 7.5 m2 telah dibuat setiap satu bagi mewakili satu sampel kajian. Bagi satu parameter kajian, ianya terdiri daripada 3 sampel dan akan diulang sebanyak 3 kali secara rawak. Jentera penuai yang digunakan di dalam kajian ini merupakan jentera yang dibangunkan sepenuhnya oleh MARDI. Jentera penuai tersebut adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1 dan Rajah 2.

    Parameter yang akan diukur dalam eksperimen ini adalah untuk menilai keupayaan mesin penuai bagi operasi penuaian ubi keledek. Antara aspek-aspek yang direkodkan adalah anggaran jumlah hasil (kg) setiap keratan plot iaitu bagi kedua-dua jenis sistem penanaman; sebaris dan dua baris. Kemudian, berat hasil digredkan kepada 2 kategori iaitu, hasil yang boleh dijual (marketable) dan hasil yang tidak boleh dijual (unmarketable). Daripada hasil tersebut, jumlah kerosakan dan kehilangan (kg) dianalisa bagi setiap keratan plot. Akhir sekali, analisis mengikut morfologi hasil ubi keledek juga dianalisis secara ringkas. Perincian bagi setiap parameter diperincikan seperti berikut:

    Jumlah Hasil Jumlah hasil untuk setiap keratan plot juga direkod untuk menganggarkan jumlah hasil untuk sehektar kawasan. Selain itu, di dalam eksperimen ini, ianya juga untuk membandingkan jumlah hasil antara sistem penanaman yang berbeza iaitu menggunakan batas tinggi dengan penanaman sebaris dan dua baris.

    Jumlah Kerosakan dan Kehilangan

    Setelah beberapa pengubahsuaian untuk penambahbaikan dilakukan pada mesin penuai, jumlah kehilangan dan kerosakan ubi yang dituai direkod untuk mengira peratusannya bagi sehektar kawasan. Jumlah kehilangan diklasifikasikan sebagai ubi yang tertinggal di atas tanah selepas aktiviti penuaian dilakukan. Manakala, kerosakan dikira apabila ubi keledek terpotong akibat terkena mata mesin penuai atau kecacatan yang disebabkan oleh mekanisma atau operasi yang melibatkan mesin penuai.

    Pengkelasan Buah Mengikut Gred

    Dalam kajian ini, ubi keledek dikelaskan di dalam 2 kategori iaitu: o Hasil yang boleh dijual (marketable) – terdiri daripada ubi keledek yang bergred A dan B. o Hasil yang tidak boleh dijual (unmarketable) – terdiri daripada ubi keledek yang bergred C.

    Rajah 1: Rekabentuk dan komponen utama pada jentera penuai ubi keledek

    Rajah 2: Jentera penuai ubi keledek semasa kajian dijalankan

  • MSAE Conference, Serdang, Selangor D.E. 7 & 8 February 2018 ISBN 978-967-16145

    300

    Gred-gred tersebut ditetentu ukur mengikut berat seperti perincian di bawah:

    o Gred A : > 250 gram o Gred B : 150 – 250 gram o Gred C : < 150 gram

    Ubi keledek dikelaskan kepada 2 kategori iaitu hasil yang boleh dijual dan hasil yang tidak boleh dijual. Ianya bertujuan untuk membuat pemerhatian awalan tentang kecenderungan pembentukan ubi terhadap sistem penanaman batas tinggi secara dua baris menggunakan mesin penanam mekanikal. Melalui pengkelasan ini juga, perbandingan peratusan hasil antara kedua-dua sistem penanaman iaitu penanaman sebaris dan dua baris juga boleh dibuat.

    Morfologi ringkas ubi keledek terhadap sistem penanaman yang berbeza.

    Selain itu, morfologi ringkas terhadap ubi keledek juga dilakukan untuk tujuan pemerhatian dan perekodan hasil terhadap kesan penggunaan sistem batas tinggi dan perbezaan antara penanaman sebaris dan dua baris. Aspek ini perlu dikaji terutamanya untuk mengetahui kecenderungan pembentukan buah terhadap kesan tersebut. Data ini adalah bertujuan untuk mengetahui hubungkait antara sifat dan bentuk buah terhadap peratusan kerosakan buah serta memudahkan ketetapan pada mesin dibuat.

    Rajah 3 hingga rajah 6 menunjukkan aktiviti-aktivti yang dilakukan sepanjang kajian ini yang melibatkan penandaan plot, penuaian & pengkelasan hasil ubi sebelum ditimbang untuk direkod.

    Rajah 3: Proses penandaan plot bagi sampel kajian

    Rajah 6: Hasil ubi keledek yang telah dikelaskan mengikut gred

    Rajah 4: Ubi keledek yang tertinggal di dalam batas dikutip dan direkodkan.

    Rajah 5: Pengkelasan ubi mengikut gred

  • MSAE Conference, Serdang, Selangor D.E. 7 & 8 February 2018 ISBN 978-967-16145

    301

    KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Jumlah Hasil Di dalam eksperimen ini, purata jumlah hasil pada keluasan 7.2m2 dan 7.5m2 bagi kedua-dua jenis sistem penanaman adalah direkod sebagai data asas sebelum dijadikan asas pengiraan dalam menentu ukur taksiran jumlah hasil bagi ladang berkeluasan 1 hektar. Secara kasarnya, jumlah hasil yang dicatatkan menggunakan sistem penanaman secara sebaris adalah lebih tinggi hasilnya iaitu sebanyak 21.34 MT berbanding dengan penanaman secara dua baris iaitu, 20.47 MT dengan peningkatan hasil sebanyak 2.08% seperti yang ditunjukkan pada rajah 1.

    Rajah 1: Perbezaan hasil antara sistem penanaman sebaris dan dua baris menggunakan mesin penanam.

    Ubi keledek yang dituai telah dikelaskan kepada dua kategori iaitu hasil yang boleh dijual (marketable) dan hasil yang tidak boleh dijual (unmarketable) mengikut berat ubi keledek. Daripada jumlah hasil tersebut, bagi penanaman menggunakan sistem penanaman sebaris, sebanyak 71% adalah terdiri daripada ubi keledek yang dikategorikan sebagai hasil yang boleh dijual, manakala selebihnya, 29% adalah hasil yang tidak boleh dijual. Manakala bagi penanaman secara dua baris pula, sebanyak 68% adalah dikategorikan sebagai hasil yang boleh dijual dan selebihnya 32% adalah hasil yang tidak boleh dijual. Pengkelasan tersebut adalah seperti yang ditunjukkan pada rajah 2 dan rajah 3.

    Rajah 2: Pecahan hasil mengikut kategori (penanaman sebaris)

    Perbezaan Hasil Antara Penanaman Sebaris (Manual) dan Dua Baris

    (Mesin Penanam)

    21342.59, 51%

    20471.11, 49% Jumlah Hasil 1 Baris

    Jumlah Hasil 2 Baris

    Pecahan Hasil Mengikut Kategori

    (Penanaman Sebaris)

    15077.16, 71%

    6265.43, 29%

    Marketable

    Unmarketable

  • MSAE Conference, Serdang, Selangor D.E. 7 & 8 February 2018 ISBN 978-967-16145

    302

    Rajah 3: Pecahan hasil mengikut kategori (penanaman dua baris)

    Morfologi Ubi Keledek Untuk lebih terperinci, setiap kategori tersebut akan diasingkan mengikut kecenderungan bentuk buah samada bulat atau panjang untuk mengkaji pola pembentukan ubi keledek terhadap sistem batas yang berbeza serta peratus kecenderungan kerosakan ubi keledek terhadap kesan morfologi ubi keledek. Peratusan ubi keledek mengikut morfologi direkodkan dan secara kasarnya, pembentukan ubi keledek yang berbentuk panjang adalah lebih tinggi hasilnya dicatatkan menggunakan sistem penanaman sebaris iaitu 73% berbanding 61% bagi penanaman dua baris seperti yang ditunjukkan pada rajah 4, rajah 5, rajah 6 dan rajah 7.

    Rajah 4: Peratusan ubi keledek mengikut morfologi bagi penanaman sebaris (hasil yang boleh dijual)

    Rajah 5: Peratusan ubi keledek mengikut morfologi bagi penanaman sebaris (hasil yang tidak boleh dijual)

    Pecahan Hasil Mengikut Kategori

    (Penanaman Dua Baris)

    13888.89, 68%

    6582.22, 32%

    Marketable

    Unmarketable

    Peratusan Mengikut Morfologi Ubi Bagi Penanaman Satu Baris

    (Marketable)

    10981.48, 73%

    4095.68, 27%

    Panjang

    Bulat

    Peratusan Mengikut Morfologi Ubi Bagi Penanaman Satu Baris

    (Unmarketable)

    3341.05, 53%

    2924.38, 47% Panjang

    Bulat

  • MSAE Conference, Serdang, Selangor D.E. 7 & 8 February 2018 ISBN 978-967-16145

    303

    Rajah 6: Peratusan ubi keledek mengikut morfologi bagi penanaman dua sebaris (hasil yang boleh dijual)

    Rajah 7: Peratusan ubi keledek mengikut morfologi bagi penanaman dua sebaris (hasil yang tidak boleh dijual)

    Jumlah Kerosakan Kecekapan mesin penuai ini dinilai berdasarkan keberfungsian mesin penuai dalam kerja-kerja penuaian ubi keledek dengan mengambil kira peratus kerosakan ubi keledek yang dituai akibat sistem mekanikal pada mesin. Secara kasarnya, peratus kerosakan ubi keledek daripada jumlah hasil keseluruhan adalah dicatatkan sebanyak 4.58% bagi penanaman sebaris, manakala 3.87% bagi penanaman secara dua baris seperti yang ditunjukkan pada Rajah 8.

    Rajah 8: Perbandingan jumlah kerosakan ubi keledek mengikut jenis penanaman.

    Peratusan Hasil Mengikut Morfologi Ubi Bagi Penanaman Dua Baris

    (Marketable)

    8437.04, 61%

    5451.85, 39%Panjang

    Bulat

    Peratusan Hasil Mengikut Morfologi Ubi Bagi Penanaman Dua Baris

    (Unmarketable)

    3917.04, 60%

    2665.19, 40%Panjang

    Bulat

    Jumlah Kerosakan Ubi Keledek Akibat Penuaian Menggunakan Mesin

    Penuai

    978.40

    792.59Penanaman Sebaris

    Penanaman Dua Baris

  • MSAE Conference, Serdang, Selangor D.E. 7 & 8 February 2018 ISBN 978-967-16145

    304

    Rajah 9: Peratus kerosakan bagi penanaman sebaris mengikut kategori (hasil yang boleh dijual)

    Rajah 10: Peratus kerosakan bagi penanaman sebaris mengikut kategori (hasil yang tidak boleh dijual)

    Melalui kajian yang telah dijalankan, peratus kerosakan akibat penuaian yang dicatatkan pada penanaman sebaris adalah lebih tinggi disebabkan kesan pembentukan ubi keledeknya yang cenderung kepada berbentuk panjang. Di dalam eksperimen ini, kadar kedalaman mata penggali adalah tidak berubah dan ditetapkan pada kedalaman 35cm ke dalam tanah bagi kedua-dua sistem penanaman. Disebabkan pola pembentukan ubi yang berbeza pada setiap sistem penanaman, maka talaan yang lebih sesuai terutamanya kedalaman mata penggali yang optimum perlu dikaji untuk digunakan semasa penuaian pada tanaman sebaris.

    Rajah 11: Peratus kerosakan bagi penanaman dua baris mengikut kategori (hasil yang boleh dijual)

    Peratus Kerosakan Bagi Penanaman Sebaris Mengikut Kategori

    (Marketable)

    235.56, 38%

    382.22, 62%

    Bulat

    Panjang

    Peratus Kerosakan Bagi Penanaman Sebaris Mengikut Kategori

    (Unmarketable)

    155.56, 48%

    165.93, 52%

    Bulat

    Panjang

    Peratus Kerosakan Bagi Penanaman Dua Baris Megikut Kategori

    (Marketable)

    154.07, 33%

    309.63, 67%

    Bulat

    Panjang

  • MSAE Conference, Serdang, Selangor D.E. 7 & 8 February 2018 ISBN 978-967-16145

    305

    Rajah 12: Peratus kerosakan bagi penanaman dua baris mengikut kategori (hasil yang tidak boleh dijual)

    Jumlah Kehilangan Ubi Keledek Akibat Penuaian Menggunakan Mesin Penuai. Jumlah kehilangan ubi keledek akibat penuaian menggunakan mesin penuai pula diperincikan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 13. Jumlah kehilangan adalah lebih tinggi dicatatkan pada sistem penanaman dua baris dengan 3.6% daripada jumlah keseluruhan hasil penanaman dua baris, manakala 1.36% daripada jumlah hasil penanaman sebaris.

    Rajah 13: Jumlah kehilangan ubi keledek di dalam tanah semasa aktiviti penuaian menggunakan mesin penuai

    Ubi keledek yang terlalu kecil adalah diantara penyumbang kepada peningkatan jumlah kehilangan ubi keledek bagi penanaman dua baris. Hal ini kerana, jarak di antara dua alang besi pada penghantar (conveyor) adalah 2.5cm. Alang besi ini bertindak sebagai penapis untuk menyaring ubi keledek yang digali daripada tanah. Pada jarak tersebut, ianya akan menolak ubi keledek yang berdiameter kurang daripada 2.5cm dan faktor inilah yang menyebabkan kehilangan ubi keledek berlaku. Selain itu, faktor kecekapan operator juga memainkan peranan dalam menyumbang kepada kehilangan. Kebiasaanya, situasi ini berlaku semasa penyisihan ubi keledek ke dalam bakul dilakukan.

    Peratus Kerosakan Bagi Penanaman Dua Baris Mengikut Kategori

    (Unmarketable)

    160, 49%

    168.89, 51%

    Bulat

    Panjang

    Jumlah Kehilangan Ubi Keledek Akibat Penuaian Menggunakan Mesin

    Penuai

    268.52

    745

    Penanaman Sebaris

    Penanaman Dua Baris

  • MSAE Conference, Serdang, Selangor D.E. 7 & 8 February 2018 ISBN 978-967-16145

    306

    Rajah 14: Jumlah kehilangan ubi keledek mengikut kategori bagi penanaman sebaris

    Rajah 15: Jumlah kehilangan ubi keledek mengikut kategori bagi penanaman dua baris

    KESIMPULAN Secara keseluruhannya, jumlah hasil antara penanaman secara sebaris dan dua baris tidak menunjukkan perbezaan hasil yang ketara iaitu masing-masing sebanyak 21.34MT dan 20.47 MT. Hubungkait antara morfologi ubi keledek dengan peratus kerosakan juga adalah antara aspek yang perlu diambil kira kerana mengikut eksperimen awalan yang telah dilakukan, perbezaan sistem penanaman juga memberi kesan terhadap pembentukan buah serta sekaligus memberi kesan terhadap peratus kerosakan ubi keledek yang dituai. Jadi, talaan yang sesuai perlu dilakukan pada mesin mengikut keadaan sistem penanaman dalam memastikan peratus kerosakan pada ubi keledek yang dituai adalah minimum. Dalam eksperimen yang telah dilakukan, secara kasarnya, peratus kerosakan ubi keledek daripada jumlah hasil keseluruhan adalah dicatatkan sebanyak 4.58% bagi penanaman sebaris, manakala 3.87% bagi penanaman secara dua baris. Manakala peratus kehilangan adalah 3.6% bagi penanaman dua baris dan 1.36% bagi penanaman sebaris daripada jumlah hasil bagi setiap sistem penanaman. Daripada kedua-dua jumlah kehilangan tersebut, 66% adalah terdiri daripada ubi keledek dikategorikan sebagai hasil yang tidak boleh dijual.

    RUJUKAN 1. Rolle, R. S. (2006). Improving postharvest management and marketing in the Asia-pacific region:

    issues and challenges. In: Postharvest Management of Fruit and Vegetables in the Asia-Pacific Region, R. S. Rolle, (ed), pp. 23–32. Asian Productivity Organization Japan.

    2. Mahmud, T.M.M. (2017). Postharvest: An Unsung Solution for Food Security. Inaugural Lecture Series. Universiti Putra Malaysia.

    Jumlah Kehilangan Ubi Keledek Mengikut Gred

    (Penanaman Sebaris)

    118.83, 44%

    149.69, 56%

    Marketable

    Unmarketable

    Jumlah Kehilangan Ubi Keledek Mengikut Gred

    (Penanaman Dua Baris)

    230.00, 31%

    515.00, 69%

    Marketable

    Unmarketable

  • MSAE Conference, Serdang, Selangor D.E. 7 & 8 February 2018 ISBN 978-967-16145

    307

    3. Dhatt, A. S., and Mahajan, B. V. C. (2007). Horticulture postharvest technology harvesting, handling and storage of horticultural crops. Punjab Horticultural Postharvest Technology Centre, Punjab Agricultural University Campus, Ludhiana.

    4. Statistik Tanaman - Sub-sektor Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2013 5. Zaharah, A., Md. Akhir, H., Yahaya, H., Anuar, A., Abdul Rahim, M., Hasan, S., (2010). Prosedur Operasi

    Piawaian (SOP) Penanaman Ubi Keledek Berjentera di Tanah Bris. MARDI. 6. Tan, S.L, Abdul Aziz, A.M., Zaharah, A., Sukra, A.B., Md.Akhir, H. dan Mohsin,Y. (2006). Manual

    Penanaman Ubi Keledek. MARDI: Serdang

    7. Gomes G (1999). Sweet Potato Growth Characteristics, (First Edition), Academic Press, New York, pp. 4-7. Onwuene IC (1999). The Tropical Tuber Crops, John Wiley and Sons Ltd, London, p. 43