26 tahun membangun bersama islam ms 3 -...

11
Amalan Syura Teras Pentadbiran Negeri Kelantan terus melangkah ke hadapan MS 8 MS 11 MS 3 Pelbagai Pihak Kagumi Menteri Besar MS 14 26 TAHUN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Upload: duongbao

Post on 22-Feb-2018

252 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: 26 TAHUN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM MS 3 - …upknkelantan.com/download/Fajar_Januari_Februari2017.pdf · Amalan Syura Teras Pentadbiran Negeri Kelantan terus melangkah ke hadapan MS

Amalan Syura Teras Pentadbiran Negeri

Kelantan terus melangkah kehadapan

MS 8 MS 11

MS 3

Pelbagai Pihak Kagumi Menteri Besar

MS 14

26 TAHUN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Page 2: 26 TAHUN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM MS 3 - …upknkelantan.com/download/Fajar_Januari_Februari2017.pdf · Amalan Syura Teras Pentadbiran Negeri Kelantan terus melangkah ke hadapan MS

RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 2 3

Sidang PengarangPENAUNGYB DATO’ HJ MOHD NASSURUDDINB. HJ. DAUDPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta

PENASIHATMD ASHARI MAMATPengarah Urusetia PeneranganKerajaan Negeri Kelantan

PENYELARASABD. RAHIM MUHAMMADPenolong Pengarah Penerbitan dan Dokumentasi

SUSUN ATURAHMAD KARIEMULLAH SAIPUL BAHRIN

WARTAWANNIK AZMAN NIK [email protected]

CHE MAZIAH BINTI [email protected]

JURUFOTOMOHD ASRI HAMATABDUL AZIZ BIN [email protected] KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB)

PENGEDARUNIT EDARAN UPKN

PERCETAKANPUSTAKA AMAN PRESS SDN. BHD4200-A Simpang Tiga Telipot, Jalan Sultan Yahya Petra, 15150 Kota Bharu KelantanFaks: 609 748 7064 Email: [email protected]

ALAMAT SURAT MENYURATURUSETIA PENERANGAN KERAJAANNEGERI KELANTANPejabat Setiausaha KerajaanTingkat Atas, Blok 7 Kompleks Kota Darulnaim15503 Kota Bharu Bandar Raya Islam,Kelantan DarulnaimTel 09-7483529(DL), 09-7481957 samb, 7810Faks: 09-7433529

KEBERKATAN | KEMAKMURAN | KEBAJIKAN

Merakyatkan Membangun Bersama Islam

Firman Allah yang bermaksud: Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) sebagai khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk pekerjaan yang kamu akan lakukan. (Surah Yunus : 14)

Kita bersyukur kerana sehingga ke hari ini, kerajaan Kelantan

genap usia 26 tahun, dan terus membangun mengikut acuan Islam. Kelantan terkenal dengan jolokan ‘Serambi Mekah’ menjadi perhatian di seluruh negara kerana keunikan dasar tersebut. Lebih menarik lagi apabila mendapat dokongan dan sokongan semua rakyat, orang Islam mahu pun bukan Islam. Di kesempatan ini juga saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V di atas pemilihan baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-15 mulai 13 Disember 2016 lalu. Semoga pemilihan tersebut, baginda terus diberi inayah dan kekuatan oleh Allah SWT untuk memayungi sekalian rakyat di negara ini dengan panduan syariat. Kelantan sangat mengutamakan konsep pengurusan Islam bagi menaungi perancangan dan pelaksanaan pembangunan negeri. Melalui konsep ini, ia berupaya membawa ke arah pengukuhan dasar Merakyatkan Membangun Bersama Islam.Dalam membangunkan negeri yang sejahtera dan bergerak mengikut prinsip syariat, enam strategi utama dilaksanakan secara terancang bagi tempoh 2013 hingga 2018.

Strategi utama tersebut

iaitu:-(1) Memperkasakan pembangunan rohani demi keberkatan dan keredhaan Allah SWT(2) Memperjuangkan hak rakyat atas prinsip federalisma (perlembagaan)

(3) Melaksanakan keadilan untuk semua rakyat(4) Memakmurkan kehidupan yang harmoni dan berkebajikan(5) Pembangunan wanita dan anak muda Kelantan (6) Prasarana media dan perhubungan.

Usaha ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama semua pihak untuk turut bersama supaya tonggak Kemakmuran, Keberkatan, Kebajikan mencapai sasarannya.

Kerjasama semua pihak dalam jentera pentadbiran negeri diperlukan bagi memastikan dasar Merakyatkan Membangun Bersama Islam kekal menjadi asas dalam gerak kerja kita.

Oleh itu bagi memastikan kelancaran perjalanan

perancangan dan tindakan, maka kerajaan negeri menerapkan empat paksi utama iaitu:-

Dalam hal ini, kerajaan negeri sentiasa bergerak

berteraskan prinsip keadilan melalui metodologi iaitu:-

26 TAHUN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Pertama: Keupayaan Sistem Penyampaian Kerajaan

RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 2 3

Page 3: 26 TAHUN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM MS 3 - …upknkelantan.com/download/Fajar_Januari_Februari2017.pdf · Amalan Syura Teras Pentadbiran Negeri Kelantan terus melangkah ke hadapan MS

RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 4 5a) Membuktikan dan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa Islam boleh dilaksanakan dalam segenap aspek pengurusan kerajaan.b) Melaksanakan amar makruf dalam apa jua kesempatan dan ruang yang ada.c) Mencegah kemungkaran serta membanteras ketidakadilan yang berlaku dalam jentera kerajaan dan masyarakat.

Tindak-tanduk kerajaan negeri adalah berpaksi kepada Al-Quran dan Al-Sunnah. Oleh itu sebarang keputusan dan tindakan yang berasaskan “matlamat menghalalkan cara” adalah ditolak.

Sebaliknya hanya cara yang halal akan

digunakan untuk mencapai matlamat pengurusan. Tindakan bertunjangkan prinsip yang matang akan menyelamatkan kerajaan negeri daripada situasi tidak konsisten dalam membuat keputusan dan tindakan.

Malah lebih tegas, ia mestilah selari dengan

prinsip Islam yang diperjuangkan bersama rakyat. Dalam usaha mengangkat prinsip keharmonian

kerajaan negeri sedaya upaya menggerakkan agenda At-Taghyir atau perubahan ke arah memastikan gerak kerja sentiasa berpaksikan syariat.

Kerajaan negeri akan terus memimpin

rakyat ke arah kondisi yang dirangkumkan sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Negeri yang baik (aman dan makmur),

dan Tuhan Yang Maha Pengampun ke atas sekalian rakyatnya. - (Saba’:15).

Bagi menjalankan urus tadbir yang cemerlang,

semua pihak perlu meletakkan matlamat bagi mencapai Key Performance Indicators (KPI) yang disasarkan.

Sehubungan itu sekalung tahniah dirakam kepada agensi dan jabatan yang telah menerima penarafan bintang dalam pelbagai kategori. Adalah diharapkan lebih banyak jabatan dan agensi kerajaan negeri mendapat penarafan serta pengiktirafan dalam pelbagai sistem penarafan pada masa akan datang.

Begitu juga berkaitan pengurusan kewangan dan

perbelanjaan, perlu dielakkan apa sahaja amalan yang bercanggah dengan prinsip Islam. Ketirisan pengurusan aset-aset milik kerajaan perlu dihindarkan.

Kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur

terhadap apa jua penyelewengan yang berlaku. Ini termasuklah kes-kes yang bercanggah dengan etika pentadbiran seperti cuai, pecah amanah, melanggar etika, bersubahat dan mendedahkan rahsia kerajaan negeri. Kepincangan itu mestilah kekal sifar sesuai dengan dasar Membangun Bersama Islam.

Kecekapan pengurusan pula hendaklah diselarikan

dengan perkembangan teknologi terutamanya teknologi

maklumat dan komunikasi. Kerajaan negeri turut mengambil langkah mempertingkatkan kemudahan jalur lebar supaya dimanfaat jabatan dan agensi serta badan berkanun.

Kota Darulnaim turut dilengkapkan kemudahan

internet berkelajuan tinggi. Bermula Januari 2017, semua Pejabat Tanah dan Jajahan serta semua pejabat Pihak Berkuasa Tempatan akan turut mempunyai kemudahan serupa. Mulai tahun 2017 setidak-tidaknya, kita boleh mengadakan mesyuarat secara video conference dalam situasi-situasi tertentu.

Saya juga berharap semua penjawat awam dapat

menyuburkan budaya berinovasi dalam pengurusan demi untuk menambahkan kecekapan sistem penyampaian.

Kerajaan negeri juga amat prihatin menjaga tanah-tanah

dan hutan sebagai aset utama dan sumber hasil negeri. Mengenai pemberian hak milik tanah,

kerajaan negeri meletakkan dasar untuk tujuan komersial secara berskala besar hanya diluluskan kepada agensi-agensi kerajaan negeri sahaja.

Biar pun begitu ia tidak meminggirkan permohonan

rakyat bagi pemilikan tanah. Penguatkuasaan tanah akan diperkasakan untuk mengelak daripada diceroboh. Penceroboh pula akan didakwa mengikut undang-undang.

Pengurusan yang matang sangat perlu bagi melahirkan

elemen-elemen positif bagi membangunkan Kelantan. Hikmahnya seperti Firman Allah yang terkandung dalam Surah At-Talaq ayat 2 dan 3 bermaksud:

“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah,

nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah bersamanya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah jualah yang menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu”.

Oleh yang demikian, anjakan paradigma dalam

kalangan pemimpin, pentadbir dan rakyat diperlukan supaya dapat menerapkan pembudayaan taqwa dalam semua aspek bagi mencapai matlamat tersebut.

Pengurusan berteraskan taqwa pasti akan

membawa kebaikan kepada kerajaan dan rakyat. Kerajaan negeri juga mengadakan kerjasama

Government To Government (GtoG) yakni berasaskan konsep federalisma. Antara yang diusahakan termasuk pembinaan lebuh raya rakyat

Paksi Kedua:Kesejahteraan Sosio-Ekonomi Rakyat

RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 4 5

Page 4: 26 TAHUN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM MS 3 - …upknkelantan.com/download/Fajar_Januari_Februari2017.pdf · Amalan Syura Teras Pentadbiran Negeri Kelantan terus melangkah ke hadapan MS

RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 6 7dan penstrukturan semula industri bekalan air.

Selain itu menyediakan perumahan

yang mencukupi, infrastruktur lebih selesa, kesejahteraan hidup tanpa tekanan.

Kepincangan ekonomi negara dan keruntuhan

sosial merupakan agenda yang perlu ditangani bersama kerajaan negeri dan Persekutuan. Kerajaan yang mengutamakan kesejahteraan rakyat tidak boleh membebankan rakyat sehingga menjadi lemah.

Malah ia seiring dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan hendaklah takut (kepada Allah) sekiranya

mereka meninggalkan generasi yang lemah di belakang mereka serta mereka khuatir terhadap (kesejahteraannya). Oleh itu, hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengutamakan perkara yang benar.” - (An-Nisa’ :9)

Seiring dengan perkembangan ekonomi semasa,

Kelantan terus menggiatkan aktiviti pembangunan ekonomi negeri. Kerajaan negeri sedang berusaha membangunkan projek hidrokuasa kecil dengan kerjasama pelabur secara perkongsian pintar. Projek hidro kuasa kecil tersebut yang pertama menggunakan skim “low head” di Malaysia.

Manakala dalam bidang pertanian, kerajaan negeri

menubuhkan Majlis Bio Teknologi dan Teknologi Hijau bagi memperkembangkan cabang-cabang baru dalam sektor pertanian. Pelan Strategik Pembangunan Lembah Agrobio Kelantan juga dilulus dan akan dilaksanakan.

Begitu juga dalam usaha membangunkan

Kelantan sebagai negeri yang mempunyai rakyat berdaya saing dalam bidang usahawan. Bagi mencapai tujuan itu Hub Usahawan diwujudkan bagi memberi fokus kepada golongan usahawan.

Hub Usahawan tersebut iaitu Medan Usahawan di

perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV diberi fokus kepada golongan belia. Manakala Bazar Siti Aisyah (Bazar Buluh Kubu) difokus kepada wanita dan Bazar Tok Guru berkaitan industri kreatif.

Paksi Ketiga: Budaya Positif Dalam Kerajaan

Kematangan pengurusan kerajaan negeri dinilai

berasaskan facts and figures, bukan lagi andaian dan persepsi. Prosesnya melalui kajian atau pembuktian berfakta, mempunyai sandaran ilmu dan nas yang betul.

Budaya pengurusan kerajaan negeri

mestilah berpaksikan kepada realiti bukan persepsi. Hayatilah penegasan Allah SWT dalam surah Yunus ayat 32 yang bermaksud:

“Maka yang demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu

yang sebenar-benarnya; sesudah nyatanya sesuatu yang betul dan benar, maka tidakkah yang lain daripada itu salah dan karut sahaja? Oleh itu, bagaimana kamu dapat dipesongkan dari kebenaran?”

Kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk

menegakkan kebenaran dalam semua tindakan biar pun pahit. Mutakhir ini kita dicemari fitnah dan maklumat separuh masak yang ditularkan melalui media sosial.

Tambah parah apabila masyarakat pula suka

mengambil maklumat tanpa usul periksa sehingga tercetus persepsi yang salah. Perkara ini mesti ditangani dengan berhemah oleh pihak berwajib.

Langkah dan tindakan pengurusan kerajaan negeri

juga mesti berlandaskan hujah dan mempunyai alasan yang munasabah serta rasional. Dalam memahami realiti masyarakat, pentadbir mesti membudayakan proses membuat keputusan dan tindakan secara profesional sebagaimana berikut:-

a) Mengutamakan maklumat dan data yang sah lagi

benar. Pengurusan kerajaan negeri yang berpaksi kepada kebenaran tentunya berasas fakta dan nas yang betul. Meski pun kebenaran itu datang daripada pihak lain, ia diterima dengan lapang dada dan sikap terbuka.

b) Memulangkan hak kepada yang berhak memilikinya

tanpa dikhianati amanah yang dipertanggungjawabkan. c) Kerajaan negeri juga perlu bersedia menerima

teguran, memperbaiki kesilapan yang dilakukan dengan sikap yang positif. Sentiasa terbuka menerima pandangan

pihak lain dan menganalisa semua pandangan yang terbaik. d) Mengutamakan kualiti kerja dan memastikan ia

tepat dengan piawaian yang dikehendaki, cekap dan bijak melunaskan tugasan yang diberi. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah SWT suka apabila seseorang

kamu menjalankan sesuatu tugas, dia melakukannya secara teliti (profesional)” (Riwayat Al-Baihaqi).

Paksi Keempat: Budaya Positif Bersama Rakyat

Agenda pembangunan anak muda melalui

Urusetia Belia Dan Sukan (U-BeS) dan pembangunan golongan wanita melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Kebajikan (UPWKK) hendaklah digerakkan secara sepadu.

Anak-anak muda di Kelantan mestilah dibangunkan

mengikut acuan dasar MBI supaya suatu masa nanti mereka lahir sebagai aset penting kepada kerajaan. Penubuhan Akademi Al-Jazari, Akademi Ibnu Batutha dan Akademi Al-Ghazali bertepatan dalam usaha melahirkan anak muda yang berkemahiran dalam semua aspek.

Asas pembangunan kekeluargaan yang utuh

terus digiatkan melalui agenda Dasar Keluarga Mawaddah. Kerajaan negeri melalui UPWKK juga menubuh Pusat Sumber Sayyidatina Hafsah bagi memastikan sejarah kecemerlangan dan pencapaian wanita Kelantan dapat didokumentasikan. Begitu juga aspek pentarbiyahan masyarakat bertaqwa melalui fasa pendidikan awal kanak-kanak terus digiatkan.

Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian

kepada masyarakat berbilang kaum supaya hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu. Bagi mencapai tujuan itu kerajaan negeri menubuh Pusat Integrasi Antara Kaum (PEKA) bagi menghubungkan masyarakat berbilang kaum di Kelantan.

PEKA akan menjadi satu pusat yang

menghubungkan segala aktiviti dan kebajikan melibatkan masyarakat antara kaum. Melalui PEKA, masyarakat berbilang kaum akan dapat mengecapi manfaat-manfaat yang boleh dikongsikan bersama melalui program yang ditawarkan kerajaan negeri.

Kempen-kempen kesedaran, pendidikan menjaga kesihatan dan alam sekitar juga diperhebatkan. Kesedaran masyarakat berkaitan penjagaan kesihatan dan kelestarian alam sekitar perlu dititikberatkan dalam semua aspek.

Aspek penjagaan kebersihan terutamanya pusat-pusat

tarikan pelancongan juga diutamakan supaya kawasan pelancongan kekal terpelihara. Peningkatan kemudahan dan fasiliti pelancongan akan dapat membantu meningkatkan hasil pendapatan penduduk sekitar.

Penghargaan juga dizahirkan kepada Badan-

badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terus konsisten menghulur tangan membantu kebajikan dan pembangunan rakyat negeri tercinta ini.

NGO sewajarnya menjadi blok yang aktif sebagai

badan penyemak imbang (check and balance) kepada kerajaan negeri. Satu konfederasi bakal diwujudkan bagi menggabungkan NGO-NGO yang bergerak aktif di negeri ini. Diharap gabungan NGO tersebut mendokong aspirasi dan dasar kerajaan negeri melalui dasar Merakyatkan Membangun Bersama Islam.

Begitu juga aspek pembangunan insan,

pelbagai program disusun secara terancang bagi melahirkan masyarakat yang sejahtera. Program itu diukur melalui Indeks Taqwa Sosial yang sedang dibangunkan. Pendidikan agama terus berkembang hasil pelbagai usaha dilakukan kerajaan negeri.

Usaha melahirkan rakyat Kelantan yang sejahtera

akan terzahir dengan lahirnya undang-undang yang baik. Oleh itu didoakan semoga pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah dipermudahkan oleh Allah SWT supaya dapat bertapak di Kelantan. Manakala usaha memertabatkan Mahkamah Syariah melalui pindaan Akta 355 diharap mendapat sokongan semua pihak.

Manakala jabatan-jabatan dan agensi yang terlibat

hendaklah merealisasikan Wawasan Kerajaan Negeri untuk tempoh 25 tahun akan datang. Wawasan itu dilancarkan pada 2015 diharap dilimpahi keberkatan, kemakmuran dan berkebajikan.

Saya yakin dan percaya melalui kerja secara

berpasukan, ikhlas dan gigih, pastinya Allah SWT akan membantu serta menaungi kerajaan Kelantan.

RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 6 7

Page 5: 26 TAHUN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM MS 3 - …upknkelantan.com/download/Fajar_Januari_Februari2017.pdf · Amalan Syura Teras Pentadbiran Negeri Kelantan terus melangkah ke hadapan MS

RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 8 9

BIAR pun berdepan fitnah bagi menjatuhkan kepemimpinan ulama, namun saf pimpinan kerajaan negeri yang ada sekarang yakin mampu mempertahankan Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

Fitnah sudah menjadi asam garam bagi mana-mana perjuangan. Namun apa yang peliknya fitnah kali ini datang daripada kawan yang pernah tidur sebantal, namun beralih angin menyertai kumpulan lain.

Api fitnah datang bertali arus mendedah satu demi satu kononnya berkaitan kepincangan kerajaan negeri. Namun malangnya segala pendedahan itu belum mampu dibuktikan di mahkamah.

Apa yang berlaku sekarang hanya mengulangi lagenda yang pernah muncul di era Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketika itu fitnah datang dari musuh yang

sudah dikenali. Dahulu kecaman dan kritikan dihala peluru dari barisan pembangkang.

Sejak dahulu mereka konsisten mahu merebut tempat untuk kembali semula ke Kota Darulnaim. Sebaliknya hari ini perbezaannya watak yang menjadi pelakon utama.

Kata orang, musuh tradisi tersebut kini dianggap boleh berehat seketika kerana posisi mereka ada galang gantinya. Apa yang anehnya hero tersebut pernah diasuh dan dididik di bawah tunjuk ajar ulama.

Cabaran Diharungi Bagi Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Hj.

Ahmad Yakob fitnah yang datang itu sudah menjadi asam garam yang perlu dilalui setiap gerakan Islam.

Beliau menaruh keyakinan kerajaan negeri

masih mampu dikendalikan dengan baik biar pun berdepan dengan pelbagai fitnah.

“Macam-macam fitnah dilemparkan terhadap kerajaan negeri sekarang. Fitnah itu diumpamakan sebagai menggerak binatang yang sedang tidur.

“Biar pun ombak besar dan angin kencang melanda namun gandingan mantap bersama Timbalan Menteri Besar dan anggota-anggota Exco membolehkan cabaran itu diharungi,” katanya pada sambutan ulang tahun ke-26 Membangun Bersama Islam di Medan Ilmu di Kota Bharu pada 21 Oktober 2016.

Hadir sama pada majlis bersejarah itu Mursyidul Am PAS Tuan Guru Hj. Hashim Jasin, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Penasihat Undang-undang Negeri Dato’ Shahidani Abdul Aziz, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.

Sambutan tersebut bermula dengan solat hajat diimamkan Bendahari Dewan Ulama PAS Kelantan Ustaz Nik Razi Nik Mat, kemudian kuliah disampaikan pendakwah bebas Ustaz Dasuki Abdul Rani.

Bacaan al-Quran pula diperdengarkan Johan Tilawah Antarabangsa 1437, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah.

Orang ramai memenuhi setiap ruang khemah bagi mengikuti program berkenaan. Medan Ilmu kini dinaik taraf sebagai lokasi pelancongan agama di Kelantan.

Pelancongan Ilmu Kerja-kerja menaik taraf lokasi tersebut

dijalankan dengan kerjasama kerajaan pusat di bawah Kementerian Pelancongan. Sebuah pintu gerbang yang menjadi mercu tanda dibina di simpang Jalan Dato’ Pati dan Jalan Hospital.

Bata merah juga dipasang disepanjang Jalan Dato’ Pati bagi mencantikkan lagi pemandangan. Manakala di belakang Pejabat Perhubungan PAS Negeri pula dicat dengan lukisan mural yang menggambarkan perjuangan rakyat Palestin.

Di situ juga ada mural Murrabi Ummah, Tok Guru Nik Abdul Aziz. Setiap kali musim cuti sekolah ramai pelancong bertandang berselfie di situ.

Lorong belakang dinaik taraf dan dibina tiga pintu gerbang yang menggambarkan seni bina Timur Tengah.

Dalam melayari bahtera kerajaan negeri, Menteri Besar juga mengakui berdepan pelbagai cabaran selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan Kelantan pada 6 Mei 2013.

“Pada 3 Mei lepas genaplah tiga tahun saya dilantik sebagai ketua kerajaan. Saya mengamalkan pentadbiran secara collective atau syura selepas menggantikan arwah Tok Guru.

AMALAN SYURA TERAS PENTADBIRAN NEGERI

Orang ramai yang hadir pada perasmian sambutan 26 tahun MBI di Medan Ilmu

Seramai 26 pemuda dan pemudi mewakili pelbagai kaum melafaz ikrar bagi mempertahankan kerajaan negeri

pusat pengajian pondok menerima sumbangan daripada Menteri Besar

Solat hajat diimamkan Ustaz Nik Razi Nik Mat

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hj Hashim Jasin

RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 8 9

Page 6: 26 TAHUN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM MS 3 - …upknkelantan.com/download/Fajar_Januari_Februari2017.pdf · Amalan Syura Teras Pentadbiran Negeri Kelantan terus melangkah ke hadapan MS

RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 10 11“Sekarang apa sahaja keputusan dibuat

secara syura. Ini supaya dapat memastikan keputusan dibuat lebih mantap,” ujarnya.

Kekuatan kepemimpinan kerajaan negeri yang ada hari ini dilihat bergantung kepada organisasi, di mana setiap keputusan dibuat secara bersama.

Berdasar kepada gerak kerja itu Menteri Besar berharap kerajaan negeri yang diterajuinya sekarang dapat mengharungi badai dengan tenang.

Sejarah yang terakam indah dalam al-Quran menukilkan bahtera Nabi Nuh AS yang dibina di puncak bukit mampu mengharungi badai ombak yang menggunung.

Akhirnya bahtera itu dapat mendarat dengan tenang dan penumpangnya selamat.

“Di sinilah sumber kekuatan sebenar PAS di Kelantan iaitu melalui ilmu Islam.

Sebab itulah kerajaan negeri terus memperkasakan bidang pendidikan Islam sehingga peruntukan tahunan sebanyak 30 peratus disediakan bagi tujuan itu.

“Sedangkan negeri-negeri lain sektor pendidikan Islam hanya mendapat sekitar 5 peratus daripada jumlah bajet tahunan,” ujarnya.

Gagasan itu perlu dikekalkan dengan mempertahankan Kelantan di bawah kepemimpinan ulama pada PRU ke-14.

Kanun Jenayah Syariah jadi rujukan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam,

Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Dato’ Nassurudin Daud pula berkata kalau diambil kira penguasaan PAS di Kelantan sejak 1959 dan selepas 1990 bermakna sudah melewati 45 tahun.

Katanya banyak kejayaan dilaksanakan kerajaan di bawah teraju PAS sejak tempoh tersebut. Malah banyak program Islamik turut ditiru negeri-negeri lain.

“Misalnya Kanun Jenayah Syariah Kelantan juga dijadikan model rujukan kerajaan Brunei bagi membolehkan perundangan tersebut dilaksanakan di negara berkenaan.

“Ada rombongan dari Brunei datang ke sini bagi mengkaji perundangan Islam yang kita luluskan sejak 1993.

“Saya juga pernah dijemput bagi menyampaikan kuliah agama ketika menyertai rombongan kerajaan negeri melawat negara tersebut,” ujarnya.

Dasar MBI direalisasi Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan

(JAHEAIK), Dato’ Che Mohd Rahim Jusoh berkata agensi kerajaan sebagai pelaksana hasrat kerajaan negeri.

Begitu juga katanya Dasar MBI dapat direalisasi dan kini dimanfaatkan seluruh rakyat Kelantan.

“Kelantan menjadi model untuk mengajak manusia kembali kepada agama Allah. Dasar yang bernilai sejagat ini kini turut digunakan di tempat-tempat lain,” katanya.

JAHEAIK juga mempunyai tindakan strategik bagi mencapai hasrat tersebut.

Pada program itu juga Menteri Besar menyampaikan sumbangan kepada 26 pusat pengajian pondok yang terdapat di Kelantan.

Manakala 26 anak muda pelbagai kaum yang berusia 26 tahun pula melafaz ikrar bagi mempertahankan kerajaan Kelantan.

Bermula Oktober 1990 sehingga Mei 2013 Tok Guru Nik Abdul Aziz berada di kerusi ketua eksekutif bagi mentadbir sebuah kerajaan.

Kira-kira 23 tahun Tok Guru menahkodakan bahtera kerajaan negeri. Dalam tempoh tersebut Tok Guru memandu kerajaan Kelantan di atas landasan agama.

Islam menjadi payung dan rel yang membawa kerajaan negeri Membangun Bersama Islam (MBI). Kelainan yang dipersembahkan itu menyebabkan Kelantan dikenali ke seluruh nusantara.

Gelaran Serambi Mekah yang disinonim sejak berabad lampau tambah marak lagi dengan munculnya kepimpinan ulama. Selepas 12 tahun berada di bawah kepimpinan nasionalis sekular sebelum 1990, Kelantan kembali ke acuan agama yang dizahirkan sejak 1959.

Bermula dengan memindahkan wang simpanan tetap kerajaan negeri di bank konvensional ke Bank Islam, membolehkan gelaran Serambi Mekah yang agak gersang sebelum itu kembali mekar.

Islam disiram sehingga subur semula, selepas layu di bawah idealisme nasional ketuanan kerajaan lama. Institusi pengajian pondok yang menjadi payung Serambi Mekah dimartabat semula.

Penubuhan Pusat Pembangunan Pondok Bhd (PPPB) dengan diberi suntikan modal awal membolehkan banyak institusi pondok yang hidup segan mati tak mahu diberi nafas baharu.

Pondok didaftar di bawah PPPB bagi membolehkan mana-mana pusat pengajian yang lesu selepas kematian tok gurunya diperkasakan semula.

Orang ramai mengikuti ceramah isu semasa sempena sambutan 26 tahun MBI

KELANTAN TERUS MELANGKAH KE HADAPAN

Maahad Pengajian Islam

Bantuan kewangan yang disalurkan PPPB dan kerajaan negeri membolehkan pusat pengajian pondok dibangunkan kembali.

Hari ini institusi pengajian pondok menjadi tumpuan masyarakat termasuk juga dari luar Kelantan.

Pondok Pasir Tumbuh, Pondok Lubuk Tapah, Pondok Sungai Durian, Pondok Beta Hilir dan Pondok Gelang Mas antara yang dikenali ramai. Pondok juga menjadi lokasi pelancongan agama.

Setiap kali musim cuti persekolahan, anak-anak muda mengikuti program celik agama dan motivasi yang dianjurkan pusat pengajian pondok.

Begitu juga Pondok Berangan di Tumpat yang menjadi tempat melahirkan tokoh pengganti kepada Tok Guru sekarang.

Selain itu pusat-pusat pengajian tahfiz pula muncul seumpama cendawan selepas hujan. Di mana-mana sahaja di Kelantan ada pusat pengajian tahfiz termasuk juga di kawasan hulu yang jauh dari kesibukan manusia.

Menteri Besar sekarang biar pun namanya tidak sehebat Tok Guru Nik Abdul Aziz, namun beliau merupakan tokoh penting berada di sebalik tabir ketika hayat Tok Guru.

Sebelum ini dua penggal beliau berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Besar (TMB). Sebelum itu sebagai anggota Exco kerajaan negeri.

Pengalaman berada dalam jentera pentadbiran kerajaan negeri sejak 1996 memberi kelebihan kepadanya.

Penerusan kepimpinan ulama

Pondok Pasir Tumboh

RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 10 11

Page 7: 26 TAHUN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM MS 3 - …upknkelantan.com/download/Fajar_Januari_Februari2017.pdf · Amalan Syura Teras Pentadbiran Negeri Kelantan terus melangkah ke hadapan MS

RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 12 13menilai perkembangan kerajaan negeri sekarang.

FB banyak membantu bagi menyalurkan maklumat biar pun agak ringkas. Ketiadaan media cetak harian tidak lagi menjadi penghalang untuk orang ramai melihat dari dekat kepimpinan kerajaan negeri.

Buletin Darulnaim, Fajar Islam, UPKN.com dan Harakah tidak mampu menyajikan segala maklumat kepada pembaca. Adanya UKMB sedikit sebanyak dapat mengisi ruang membolehkan orang ramai melihat dari dekat pemimpin yang mereka sayangi.

Maahad Sains Tok Guru yang memulakan pengajian

awal tahun 2017 pula merupakan sekolah berasrama penuh pertama di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Ia melengkapkan lagi sistem pendidikan agama yang digemblengkan sejak 1990. Kelantan sebelum ini dikenali sebagai pelopor Maahad Tahfiz Sains dan Maahad Tahfiz Al-Quran.

Malah Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Muhammadi Perempuan cukup terkenal di seluruh negara kerana berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang setiap tahun.

Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan pernah muncul sebagai pelajar terbaik SPM seluruh negara sebelum ini.

Bagi memperkasakan lagi dasar kerajaan negeri, Ustaz Ahmad juga mencetus agenda Merakyat Membangun Bersama Islam.

Program itu bagi menterjemah secara lebih meluas dasar kerajaan negeri kepada masyarakat.

“Kita mahu memastikan dasar Membangun Bersama Islam tidak lagi hanya berlingkar di Kota Darulnaim sahaja tanpa difahami rakyat.

“Sebelum ini dasar Membangun Bersama Islam hanya menjadi pegangan di peringkat pegawai dan kakitangan awam negeri sahaja,” kata Ustaz Ahmad.

Di samping banyak lagi agenda dan program baru dilaksanakan, Menteri Besar meneruskan dasar berkebajikan yang dilaksanakan sejak era Tok Guru.

Skim Takaful Kifaalah, dividen Ladang Rakyat, skim Az-Ziwaaj, bantuan beras bulanan (al-It’am), rumah Dhu’afat dan pelbagai lagi terus diperkasakan.

Perkarangan Maahad Sains Tok Guru

Spark juga dipertanggungjawab memantau perjalanan 282 projek yang dirancang dalam tempoh 2014 sehingga 2018. Agensi itu yang diletak di bawah Pejabat Menteri Besar diketuai Dr Nazmi Ghazali Azmi, bekas pegawai tadbir kerajaan negeri.

Spark juga mempunyai pegawai undang-undang bagi meneliti setiap isu dan perancangan program berkaitan kerajaan negeri.

Agensi itu menjadi badan yang menilai pencapaian indeks prestasi utama (KPI) anggota-anggota Exco kerajaan negeri.

Prestasi dan gerak kerja yang dilaksanakan Exco dinilai dari semasa ke semasa untuk memastikan keberkesanannya kepada rakyat.

Bagi membolehkan orang ramai melihat dari dekat aktiviti dan peristiwa di sekitar kepemimpinan Menteri Besar, diwujudkan pula Unit Komunikasi Menteri Besar (UKMB).

Unit tersebut berperanan memaparkan aktiviti harian Ustaz Ahmad terutamanya berkaitan kerajaan negeri.

Ia turut dilengkapi unit dokumentari bagi membolehkan ia diakses dengan mudah oleh orang ramai. UKMB diketuai Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ustaz Mohd Asri Mat Daud.

Facebook Menteri Besar menjadi tumpuan ramai kerana turut dipaparkan kenyataan akhbar dan peristiwa di sana sini yang berlaku setiap hari.

Bagi mereka yang berada di luar Kelantan, FB Dato’ Ahmad Yakob setidak-tidaknya boleh menjadi KPI untuk

Hanya melalui pengalaman yang digaul dengan ilmu di kampus dapat mematangkan seseorang pemimpin.

Ustaz Dato’ Ahmad Yakob sentiasa berada di pejabat bagi memastikan jentera pentadbiran kerajaan negeri berjalan lancar ketika Tok Guru berceramah di sana sini.

Tugas mentadbir bukan kerja mudah, lebih-lebih lagi sebuah negeri yang ditadbir pembangkang. Masalah kewangan dan kurang kerjasama kerajaan pusat menjadi hambatan utama.

Namun pengalamannya sebagai anggota Exco kerajaan negeri selama 17 tahun membolehkan tugasan yang dipikul berjalan lancar.

Pencak silat pihak lawan tentunya lebih mudah dibaca. Bermula 6 Mei 2013 beliau bukan lagi berada di belakang tabir.

Tok Guru sendiri menyerah mandat kepemimpinan kerajaan kepadanya. Selama dua penggal berkhidmat sebagai TMB, Tok Guru tahu kebolehannya bagi meneruskan kepimpinan yang ditinggalkan.

Biar pun rakyat Kelantan masih lagi sayangkan Tok Guru, namun kerana faktor kesihatan menyebabkan beliau terpaksa mencari pengganti.

Hanya lebih dua tahun selepas itu Tok Guru pergi meninggalkan kita.

Ternyata harapan Tok Guru bukan sia-sia. Pilihannya orang yang cukup istiqamah. Kata orang kampung tidak salah pilih bulu.

Legasi ditinggalkan diteruskan Ustaz Ahmad, seorang pemimpin kurang dikenali ramai ketika itu.

Namun hari ini beliau membuktikan kesepakatan dalam jemaah Exco membolehkannya meneruskan pentadbiran kerajaan negeri sehingga sekarang.

Langkah awal selepas menduduki kerusi Menteri Besar beliau mengumumkan penubuhan Institut Pemikiran Tok Guru Bentara Setia (IPTG). Ia sebagai usaha mengenang jasa dan pengorbanan Tok Guru membangunkan Kelantan.

Idea dan pandangan Tok Guru sepanjang 23 tahun mentadbir Kelantan dijadikan kerangka bagi memacu pembangunan negeri.

Bermula dari situlah lahir sebuah pejabat di tingkat bawah bangunan Dewan Undangan Negeri dikenali sebagai IPTG. Diketuai Dr Che Samsuddin Mohd Noor, IPTG mengadakan pelbagai program dan aktiviti bagi memaparkan semula idea dan peristiwa yang pernah dilalui Tok Guru.

Ia termasuk pameran dan seminar yang diadakan di pelbagai tempat. IPTG juga menganjurkan diskusi bagi membincangkan isu politik terkini.

Koleksi kajian peringkat sarjana berkaitan Tok Guru juga dipamerkan. Begitu juga buku seputar mengisahkan bekas Mursyidul Am terbabit dan koleksi barangan peribadi miliknya turut dipamerkan.

Bukan lagi sekadar gambar nostalgia Tok Guru yang menjadi kenangan, sebaliknya idea dan gagasan pemikiran boleh menjadi panduan kepada kerajaan negeri dan masyarakat.

Di mana sahaja pameran diadakan IPTG, gambar-gambar kenangan Tok Guru ternyata mengusik kalbu. Ramai yang hadir seperti tidak puas mengkoreksinya. Seorang ulama besar yang menerajui sebuah kerajaan, jarang diketemui di alaf baharu sekarang.

Selain itu Ustaz Ahmad juga menjalin kerjasama dengan pakar perunding, Ikatan Ilmuan Nasional (Ilmuan) bagi meningkatkan keberkesanan peranan yang dipikul kerajaan negeri.

Ilmuan digerak golongan profesional yang memiliki kepakaran pelbagai disiplin ilmu menjadi tempat rujukan.

Bagi melihat kayu ukur keberkesanan itu kerajaan negeri turut memperkenalkan Sistem Perancangan dan Pemantauan Pelaksanaan Projek Kerajaan (Spark). Ia bertujuan memastikan pentadbiran yang telus, berintegriti dan cekap di bawah kepemimpinan baharu.

Intitut Pemikiran Tok Guru (IPTG)

Rumah Dhu’afat

SPARK

Unit Komunikasi Menteri Besar ( UKMB )

Skim Al-It’aam Maahad Sains Tok Guru

RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 12 13

Page 8: 26 TAHUN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM MS 3 - …upknkelantan.com/download/Fajar_Januari_Februari2017.pdf · Amalan Syura Teras Pentadbiran Negeri Kelantan terus melangkah ke hadapan MS

RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 14 15ulama di Kelantan yang digagas sejak Oktober 1990.“Saya sangat selesa dan yakin dengan kemampuan yang ada pada Menteri Besar Kelantan sekarang,” ujarnya lagi.

Pengakuan yang dianggap jujur tersebut setidak-tidaknya dapat melenyapkan dakwaan songsang bekas-bekas pemimpin PAS, yang pernah tidur sebantal sebelum ini.Kini pemimpin terbabit bersama Parti Amanah Negara. Hari ini ramai melihat mereka bermati-matian mencari kelemahan kerajaan negeri biar pun sebelum ini bersama membangunkan Kelantan.

Ustaz Ahmad mempertahankan kelainan pentadbiran Kelantan di bawah kepimpinan ulama yang diwarisi sejak era Tok Guru Nik Abdul Aziz.Tok Guru sebelum ini berpakaian baju Melayu, bersamping dan serban. Ini memudahkan orang ramai mengenali identitinya.Hampir setiap hari ke pejabat dan ke mana sahaja Tok Guru mengenakan pakaian Melayu yang Islamik. Kadang-kadang berjubah putih serta berkain sarung dan baju Melayu.Identiti itu ternyata menjulang Tok Guru sehingga menjadi ikon pemimpin Islam yang disegani dunia.

Tujuh tahun lepas beliau pernah disenaraikan dalam barisan The 500 Influential Muslim On 2009. Bukan orang kampung yang meletak nama Tok Guru pada senarai itu sebaliknya sebuah badan berpengaruh di Amman, Jordan.Royal Islamic Strategic Centre meletakkan Tok Guru pada kategori tersebut berdasar pencapaian, kejayaan, pengalaman dan analisis yang dibuat.

Hari ini pengganti Tok Guru meneruskan identiti itu biar tanpa serban. Ustaz Ahmad berpakaian mengikut kesesuaian tempat. Paling kerap ditemui berkopiah, berbaju kemeja dan berseluar panjang.Ia memudahkan pergerakan dan sesuai dalam banyak keadaan.

Pentadbir institusi pengajian pondok tradisional pula menyifatkan sepanjang 26 tahun pemerintahan PAS, pendidikan tradisional itu terus berkembang.Kepemimpinan ulama merintis usaha mewujudkan Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB) bagi memastikan institusi pengajian tradisional tersebut tidak malap.

Modal awal yang disumbang kerajaan negeri membolehkan PPPB dilahirkan. Ia mengabungkan pusat-pusat pengajian pondok yang terdapat di Kelantan.Setiausahanya Ustaz Syairazi Atiqullah mengakui setiap tahun kerajaan negeri menyediakan peruntukan kira-kira RM500,000 bagi membantu institusi terbabit.“Sentiasa ada bantuan sama ada secara berkala atau pun mengikut keperluan yang diminta melalui pentadbiran pondok masing-masing,” katanya.

Bantuan kerajaan negeri itu kemudian disalur PPPB kepada pondok-pondok yang bernaung di bawahnya di seluruh jajahan.Pada peringkat awal kerajaan negeri turut meluluskan kawasan pembalakan seluas 1,000 ekar kepada PPPB bagi mencari dana untuk mengurus badan itu.Hasil sumbangan tersebut membolehkan PPPB melaksanakan beberapa usaha bagi memperkemaskan institusi pendidikan pondok terutamanya selepas kematian pengasasnya.

Sehingga sekarang terdapat 15 institusi pengajian pondok tradisional yang masih aktif di Kelantan.Antaranya Pondok Pasir Tumbuh, Pondok Beta Hilir dan Pondok Fununiah di Kota Bharu; Pondok Lubuk Tapah, Pondok Gelang Mas di Pasir Mas; Pondok Gual Dalam, Rantau Panjang; Pondok Berangan, Tumpat; Pondok Dalam Huma dan Pondok Seligi di Pasir Puteh.Selain itu Pondok Lepan Bola dan Pondok Sri Gading di Tanah Merah; Pondok Neting dan Pondok Geting di Tumpat serta Pondok Sungai Durian di Kuala Krai.

Syairazi juga berkata pihaknya juga mencadangkan supaya ketua-ketua jabatan di peringkat jajahan sentiasa mengambil inisiatif memperkasakan pondok di kawasan mereka.Sehubungan itu beliau berharap warga pondok memberi sokongan padu terhadap kepimpinan ulama yang ada sekarang dalam usaha memperkasakan lagi pengajian pondok di Kelantan.

“Kami juga berharap pihak kerajaan memberi pengiktirafan rasmi terhadap sijil dan kelulusan yang dikeluarkan pusat pengajian pondok.“Ini membolehkan pelajar lepasan pondok turut mampu bersaing dengan pelajar pusat pengajian lain,” katanya.Dan mulai 2017 mudir dan pembantu mudir pusat pengajian pondok di Kelantan diberi pula bantuan khas kewangan secara bulanan.

Mudir diberi elaun sebanyak RM1,000 dan pembantu mudir pula sebanyak RM500. Sejumlah RM720,000 diperuntukkan kerajaan negeri bagi melaksanakan program tersebut tahun ini.Usaha tersebut setidak-tidaknya dapat mengembalikan semula kegemilangan gelaran Serambi Mekah yang sudah lama sinonim dengan Kelantan.

Pelbagai pihak kagumi MENTERI BESAR

Dato’ Kamaruddin Mohd Nor Ustaz Syairazi Atiqullah

Pondok Sungai Durian

Pendidikan agama berkembang

“SAYA sudah lama kenal siapa Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob. Beliau seorang pemimpin yang jujur dan straight forward dalam banyak tindak tanduknya. Tidak banyak masalah untuk saya berhubung dengannya ketika berkhidmat sebagai Adun Semerak sebelum ini. Beliau juga seorang yang cukup tawaduk dan warak. Saya kagum dan menghargai kejujuran yang ada pada dirinya sebagai pengganti Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,” ujar bekas Adun Semerak Dato’ Kamarudin Mohd Nor ketika ditanya ketokohan Menteri Besar Kelantan sekarang.

Beliau ditemui pada program ceramah anjuran pimpinan veteran Pasir Puteh yang diadakan di Balai Penggawa di Cherang Ruku, pada Oktober 2016. Beliau sekarang sebagai Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak segan berkongsi perkara itu, biar pun sebelum ini bergelumang bersama Umno selama lebih 20 tahun. Dua penggal beliau menang di kerusi Dun Semerak, di mana kali terakhir pada 2004. Sebelum itu menang pada pilihan raya kecil (PRK).

Pada PRK 1997 beliau mengatasi calon PAS Wan Mohd Fauzi dan calon AKIM Mohd Din Izam Din dengan majoriti 778 undi. Pada PRK yang sengit itu, Kamarudin mendapat

5,370 undi, manakala Wan Mohd Fauzi pula 4,592 undi, dan Mohd Din 27 undi serta hilang wang pertaruhan.

Ketika itu jentera BN diketuai Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Presiden Umno.Pekan Cherang Ruku dan Tok Bali bermandikan pesta kempen. Kamaruddin sekali lagi menang di Dun Semerak pada PRU 2004.Selain itu beliau juga menerajui Umno Pasir Puteh selama 20 tahun sebelum terpinggir pada pemilihan sempena persidangan Umno pada 2013 kepada Zawawi Othman.

Sebelum ini lebih dikenali sebagai seorang tokoh yang rapat dengan Anwar Ibrahim ketika sama-sama bergiat dalam Abim. Beliau lebih bertanggungjawab kepada hal ehwal antarabangsa Abim.Pernah juga menerajui Persatuan Pelajar Islam seMalaysia sebagai Presiden. Selain itu bergiat cergas dalam World Assembly of Muslim Youth (WAMY) bagi mencari dana pertubuhan peringkat dunia tersebut.

Kamarudin menjelaskan biar pun Kelantan sekarang tanpa Tok Guru, namun Ustaz Ahmad menerajui Kelantan dengan gandingan anggota-anggota Exco lain.Kelebihan tersebut dimanfaatkan bagi menerus kepemimpinan

RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 14 15

Page 9: 26 TAHUN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM MS 3 - …upknkelantan.com/download/Fajar_Januari_Februari2017.pdf · Amalan Syura Teras Pentadbiran Negeri Kelantan terus melangkah ke hadapan MS

RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 16 17

mencadang dan menasihati kerajaan negeri khususnya aspek pembangunan. Ia merupakan pendekatan baru yang lebih produktif.

2) Mewujud Unit Pelaksanaan dan Pemantauan Strategik Negeri Kelantan (SPARK)

SPARK berperanan memantau pelaksanaan pelan

strategik dan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap potfolio Exco Kerajaan Kelantan.

3) Menubuhkan Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG)

Visi IPTG mengembangkan dasar Membangun

Bersama Islam berasaskan kepimpinan ulama. Manakala misinya pula melaksanakan program latihan, penyelidikan dan pembangunan bagi melahirkan jentera kerajaan dan masyarakat yang memenuhi kehendak dasar Membangun Bersama Islam.

4) Merakyatkan Membangun Bersama Islam (MMBI)

Pada fasa ini diwujudkan tiga tonggak utama iaitu

Keberkatan, Kemakmuran dan Kebajikan. Ia merupakan fasa penerapan dasar MMBI secara bersama antara pemimpin dan rakyat bagi membangunkan Kelantan sejahtera dan diredhai Allah.

5) Penambahbaikan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC)

PAC Kelantan melaksanakan fungsi Hisbah dengan

pendekatan yang tegas dan berkesan. Ia adalah pendekatan baharu ke arah memantapkan lagi peranan jawatankuasa PAC.

6) Mewujudkan portfolio Hubungan Seranta di bawah Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta

Bertujuan menyalur maklumat kerajaan negeri menerusi pusat-pusat aktiviti Kelantan di luar negeri.

7) Memperuntukkan RM1 juta bermula Bajet Kelantan 2014 sebagai persediaan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (KJS)

KJS dirancang dilaksanakan bermula 2015 sekiranya

diberi laluan kerajaan Persekutuan.

8) Mewajib Pegawai Tadbir Negeri (PTN) mengikuti program Diploma Tasawwur Islam

Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah wang

untuk membiayai yuran pengajian PTN bagi mengikuti kursus tersebut. Kursus itu ditawarkan kepada pegawai-pegawai Gred N 41 dan ke atas. Tujuannya bagi melahirkan pegawai tadbir yang cekap dan ada pengetahuan ilmu agama.

9) Menubuh Maahad Sains Tok Guru

Sekolah baru berkonsep asrama penuh dibina di Pengkalan Chepa pada 6 Februari 2014. Sekolah ini beroperasi pada 1 Januari 2017. Diberi nama Tok Guru bagi menggemilangkan ketokohan arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai bapa pendidikan.

10)Program Kerusi Tok Kenali pelajar Doktor Falsafah (PhD)

Ia bagi membiayai pelajar yang menyambung

pengajian ke peringkat PhD dalam bidang tertentu. Ini merupakan usaha kerajaan negeri bagi melahirkan pemimpin pelapis masa hadapan.

11)Hari ‘Mabit’ sempena mabit di Muzdalifah

Ia bagi menghayati ‘ibrah (pengajaran) daripada Mabit

yang berlaku dalam sejarah hidup Rasulullah SAW.Seluruh pemimpin dunia Islam yang mengerjakan haji

mengambil inisiatif membincangkan isu umat Islam dan mencari penyelesaian kemelut tersebut.

PEMBAHARUAN DI BAWAH USTAZ AHMAD YAKOB

SEBELUM ini ada pihak mengandaikan tidak banyak perubahan yang berlaku selepas pentadbiran Kelantan beralih tangan.Hampir 23 tahun bahtera kerajaan negeri dinahkoda Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dasar Islamisasi dan kebajikan rakyat menjadi teras kepemimpinan ulama.

Dan selepas Tok Guru berundur dasar yang serupa diteruskan penggantinya. Malah Ustaz Dato’ Bentara Kanan Hj. Ahmad Yakob memperkasakan lagi jentera pentadbiran kerajaan negeri.

Antara usaha yang dilakukan sejak Mei 2013

termasuk:-

1) Menubuh Majlis Penasihat Ekonomi Negeri (MPEN)

MPEN dianggotai sembilan pakar dalam pelbagai

bidang termasuk ekonomi, kewangan, sosial, perundangan dan teknokrat. Jawatankuasa tersebut berperanan

RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 16 17

Page 10: 26 TAHUN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM MS 3 - …upknkelantan.com/download/Fajar_Januari_Februari2017.pdf · Amalan Syura Teras Pentadbiran Negeri Kelantan terus melangkah ke hadapan MS

RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 18 19(4) Perancangan mewujud bandar-bandar baru

Ia sebagai katalis pembangunan dan ekonomi di

koridor negeri Kelantan antaranya Bandar Baru Sungai Terah seluas 1,000 ekar. Dengan adanya bandar-bandar baru tersebut nanti, peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan akan bertambah.

(5) Membangunkan projek perintis Nucleus Green Valley atau ‘Lembah Hijau Nukleus’

Projek contoh tersebut dikendalikan Kumpulan

Pertanian Kelantan Berhad yang diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar sebagai projek tanaman tanah tinggi yang mesra alam. Dan menjadi penanda aras pertanian kepada tanah tinggi Lojing. Ia antara usaha bagi membangunkan sektor pertanian serta mengoptimumkan hasil kerajaan negeri.

(6) Pondok Moden Kandis sebagai Produk Pondok Pelancongan Kandis

Bertujuan menjadikan pusat-pusat pengajian pondok

sebagai produk bagi menarik pelancong bertandang ke Kelantan sambil mendalami ilmu agama.

SETIAP perjuangan mempunyai cita-cita untuk mencapai kemenangan. Apa pun dasar yang dianut oleh seseorang atau sesuatu pihak dalam perjuangannya, pasti ia mempunyai matlamat akhir untuk mencapai kemenangan dan melaksanakan agenda bertindak mereka. Kalau pemain bola sepak di padang pun mahukan kemenangan, apatah lagi bagi pejuang-perjuang Islam. Parti-parti politik yang beraksi di medan siasah juga pasti mempunyai matlamat untuk mencapai kemenangan, apatah lagi kalau parti itu mendukung perjuangan Islam, maka sudah pasti kemenangan akan membolehkan syariat Islam ditegakkan.

Kemenangan atau kejayaan disebutkan sebagai “al-falah” dalam istilah Islam. Inilah seruan yang saban hari dilaungkan oleh mauzzin (bilal) yang sentiasa mengajak manusia kepada kejayaan dan kemenangan yang hakiki atau al-falah. Al-falah adalah kata tunggal dari kata falaha-yaflahu yang memberi maksud mengolah dan membajak. Kebanyakan ulamak tafsir menyatakan al-falah memberi makna memperolehi apa yang diinginkan atau mencapai kebahagiaan. Sheikh Ahmad Mustafa al-Maraghi mengatakan al-falah bermaksud tercapainya tujuan yang dicita-citakan hasil daripada ketaqwaan kepada Allah. Dalam bentuk lain, kata al-falah juga disebutkan sebagai faa-izun yang membawa erti kemenangan.

Dalam suasana semua orang mengejar kejayaan dan kemenangan, ramai pula orang terkeliru apakah sebenarnya yang dicita-citakan oleh mereka. Apakah mereka mahu melihat Islam tertegak atau sekadar mahu menguasai Putrajaya? Untuk apa sesebuah parti politik menguasai Putrajaya jika mereka tidak dapat menegakkan ideologi yang menjadi dasar mereka? Saya yakin jika Parti Komunis yang menguasai Putrajaya, pasti mereka mahu melaksanakan dasar-dasar komunisnya, seperti mana kelompok sekular kebangsaan melakukannya sekarang ini. Maka, mengapa orang yang berada dalam perjuangan Islam boleh terkeliru tentang tujuan untuk apa kita menguasai Putrajaya. Mana mungkin PAS akan menegakkan dasar liberal atau bersama dengan dasar sekular yang dianut oleh parti-parti lain, sedangkan dasar PAS ialah Islam.

Kemenangan yang disasarkan jika sekadar memenangi pilihan raya, ia adalah satu kefahaman yang sangat dangkal bagi ahli-ahli politik walau dari parti mana sekali pun mereka. Pilihan raya hanyalah alat untuk mencapai matlamat, ia bukan tujuan. Bukankah setiap daripada parti politik itu ditubuhkan dengan tujuan, dan mahu menjadikan keyakinan mereka terhadap ideologinya sebagai sesuatu yang diterjemahkan? Tidak ada parti yang meletakkan sasarannya hanya untuk menang pilihan raya. Begitu juga PAS! Mencapai kemenangan yang dihitung semata-mata

dengan memenangi pilihan raya ertinya matlamat perjuangan kita sangat singkat dan terhenti di pelabuhan dunia. Kita tidak akan mencapai apa-apa kejayaan atau kemenangan sekiranya kita tidak dapat melaksanakan dasar dan tujuan sebenar kewujudan parti kita, apatah lagi tujuan penciptaan kita!

Apakah erti sebenar kemenangan bagi sebuah perjuangan Islam? Dalam al-Quran sering kali Allah SWT menyebutkan “Itulah kemenangan yang agung” (as-Saff: 12) dan “Itulah kemenangan yang besar” (al-Buruj: 11) yang menjelaskan konsep kemenangan mengikut jendela al-Quran. Islam memberikan satu garis optimis tentang kemenangan kepada para pejuang agama dengan langsung tidak mengambil kira pencapaian material keduniaan, tetapi bersandarkan kepada keupayaan mempertahankan iman, ketaatan kepada Allah dan rasul-Nya serta kemampuan untuk beristiqamah di atas jalan yang benar. Jika kita berjaya mencapai tiga bentuk kemenangan ini, itulah kemenangan hakiki untuk kita. Ada pun kemenangan pilihan raya hanyalah bonus untuk kita menambahkan amal soleh dan melaksanakan segala perintah agama.

Ukuran kemenangan dalam Islam bersandarkan kepada tiga aspek. Pertama, kejayaan kita mempertahankan iman pada setiap masa yang kita diuji oleh Allah SWT. Allah SWT menguji kita dengan pelbagai ujian sehingga dengan nyawa. Dalam kisah Ashabul Ukhdud, Allah SWT mengisytiharkan kemenangan yang besar kepada pemuda-pemuda yang mengorbankan nyawa masing-masing ke dalam parit api kerana mempertahankan iman. Nah! Itulah kemenangan yang besar walaupun terkorban di mata manusia. Kedua, kejayaan kita mentaati apa sahaja perintah Allah dan rasul-Nya serta meninggalkan larangan-Nya adalah kemenangan bagi orang yang beriman. Allah memberi kita dua jalan pilihan - taat atau kufur. Apabila kita memilih untuk taat, itulah satu kemenangan yang besar. Allah SWT berfirman yang bermaksud “Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah mencapai kemenangan dengan kemenangan yang besar” (al-Ahzab:71).

Ketiga, kemenangan sebenar akan dicapai oleh setiap orang yang beriman apabila dia istiqamah dengan keimanannya. Iman kita sentiasa diuji, kerana itu kita diperintah supaya beristiqamah dalam mentaati Allah dan rasul-Nya. Apakah itu istiqamah? Istiqamah adalah berkekalan di atas jalan yang benar dengan mentaati Allah dan rasul-Nya sehingga akhir hayat kita. Apabila kita mati dalam keadaan menyerah diri kepada Allah, ertinya kita telah mencapai kemenangan. Allah SWT berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya orang-orang yang berkata Tuhan kami ialah Allah, dan dia beristiqamah dengannya, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan ‘jangan kamu merasa takut dan janganlah bersedih, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan Allah kepadamu” (Fussilat: 30).

KEMENANGAN KERANA MENTAATIALLAH DAN RASULNYA

Nucleus Green Valley di Lojing

Manakala beberapa projek dan agenda besar yang dilaksanakan:-

(1) Menarik lebih ramai pelabur dari Asia Barat dan Asia Timur

Tumpuan diberikan kepada pelaburan dalam bidang

halal hub dan industri berasaskan mineral terutamanya limestone yang belum diusahakan secara industri.

Kerajaan Kelantan juga mengadakan MoU dengan Wilayah Linxia China pada 2015 bagi menjalin kerjasama dalam bidang industri, pendidikan, kebudayaan dan pelancongan.

Persetujuan juga dibuat dalam industri halal dan pensijilan produk makanan, ubat-ubatan, pakaian, biologi dan penternakan. MoU antara Shanghai Al-Amin Biotech dan Golden Triangle Worldwide Sdn Bhd bagi membina kilang pengeluaran gelatin halal di Kelantan untuk pasaran tempatan juga luar negara.

(2) Menubuh Institut Latihan Perguruan Kelantan (ILPK)

Ia bertujuan untuk memantapkan lagi prestasi

pendidikan di Kelantan.Semenjak ditubuhkan ILPK berjaya mengendalikan kursus peningkatan profesionalisme seramai 180 guru Yayasan Islam Kelantan pada awal Disember 2014.Selain itu mengendalikan bengkel kepimpinan Pengetua pada Mei 2015.ILPK menyediakan modul kursus yang meliputi pengurusan sekolah, pedagogi, Al-Quran dan subjek-subjek teras dan pilihan bagi SPM, SMU, STAM serta UPSR.

(3) Menandatangani perjanjian persefahaman bidang pengajian di Turki

MoU dalam bidang pengajian perubatan dan pengajian

Islam di universiti di Turki. MoU juga diadakan di Qatar, Dubai, Kuwait dan Maghribi untuk menempatkan pelajar-pelajar dari Kelantan dalam pelbagai bidang di universiti negara terbabit.

RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1438H | JANUARI - FEBRUARI 2017 18 19

Page 11: 26 TAHUN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM MS 3 - …upknkelantan.com/download/Fajar_Januari_Februari2017.pdf · Amalan Syura Teras Pentadbiran Negeri Kelantan terus melangkah ke hadapan MS