24899229 sun tzu kautilya machiavelli
TRANSCRIPT
-
8/6/2019 24899229 Sun Tzu Kautilya Machiavelli
1/23
Persamaan dan
perbezaanstrategi peperangan
SUN TZU,KAUTILYA DAN
MACHIAVELLI
DARIPADA L6T2;
REVATHI
KALAIARASY
FATIN ANATI ESA
-
8/6/2019 24899229 Sun Tzu Kautilya Machiavelli
2/23
PENDAHULUAN
Ketahanan bermaksud keupayaan dalam menanggung sesuatu di medan
peperangan dengan sistematik. Pertahanan pula merujuk kepadamempertahankan benteng dan kubu daripada musuh.
Strategik merupakan satu ilmu helah atau muslihat untuk mengalahkan musuhbertujuan untuk mencapai satu matlamat.
Juga dianggap satu seni mempertahankan diri, negara dan masyarakat dengan caramerancang atau mengatur langkah untuk merperdayakan musuh malah
mengendalikan peperangan.
Kautilya, Sun Tzu dan Machiavelli merupakan tokoh yang banyak memberisumbangan dalam strategi peperangan sehingga kini.
Tokoh-tokoh ini mempunyai strategi yang tersendiri namun terdapat juga persamaan dan perbezaan antara mereka untuk mencapai kejayaan dalampeperangan yang berlaku di negara mereka mahupun negara lain.
-
8/6/2019 24899229 Sun Tzu Kautilya Machiavelli
3/23
SEJARAH PEMIKIR-PEMIKIR
KETENTERAAN DANASPEK KETENTERAAN
SUN TZU,KAUTILYA DAN
MACHIAVELLI
-
8/6/2019 24899229 Sun Tzu Kautilya Machiavelli
4/23
Kautilya latar belakangHidup pada zaman awal Dinasti Maurya di utara
India.Berketurunan Brahmin, asalnya dari Samagam.
Dikenali dengan beberapa nama seperti Sanakiya danVishnugupta.
Hidup sezaman bersama Chandragupta Maurya padaabad ke-3 Masihi. Beliau menjadi Ketua Menteri
Maurya semasa pemerintahan baginda.Beliau mempunyai fikiran yang luas telah menguasai
dan mengkaji secara mendalam hal berkaitan politik, falsafah, ekonomi, hubungan diplomatikdan sebagainya. Hasil kajiannya dikumpulkan dandibukukan dalam karyaArthasastra.
Artha bermaksud kebendaan, kekayaan.
Sastra ialah hasil penulisan atau karya.
Arthasastra didefinisikan sebagai karya tentangekonomi dan ketatanegaraan.
-
8/6/2019 24899229 Sun Tzu Kautilya Machiavelli
5/23
Terkandungnya taktik politik India pada zaman pemerintahan empayarMaurya.
Ditulis ketika agama Buddha sedang berkembang di seluruh India.
Kesan perkembangan agama tersebut menyebabkan sistem pemerintahan beraja mengalami kemerosotan kerana pemerintah-pemerintah lebihmementingkan unsur-unsur kerohanian menolak hal-hal keduniaantermasuklah sistem pemerintahan.
Oleh itu, beliau berusaha mengembalikan kegemilangan dan ketokohanpemerintah-pemerintah pada zaman itu.
Kemunculan empayar Maurya dikatakan hasil usaha Kautilya danpengasas kerajaan tersebut iaitu Chandragupta Maurya.
Karya ini banyak mempengaruhi pahlawan dan raja-raja Hindu sepertiraja Rajput dan Marathas.
Karya ini menjadikan peperangan seolah-olah ada kaitan dengan spiritual
iaitu mengelakkan kelahiran semula seperti yang disarankan dalamagama Hindu.
-
8/6/2019 24899229 Sun Tzu Kautilya Machiavelli
6/23
Pemikir ketenteraan india Bukunya Arthasastra ( Science of Gain of Power) pada kurun ke 3 Masihi,
mengandungi hal-ehwal ketatanegaraan, pentadbiran diplomasi,
peperangan. Juga merangkumi 6 perkara penting dalam menjalinkan hubungan dengan
negara lain: Mementingkan keamanan
Persediaan untuk peperangan
Membiarkan musuh membuat serangan pertama Bersekutu dengan musuh
Mengamalkan dasar duaan iaitu bersekutu dengan musuh dan melancarkanserangan ke atas musuh yang lain
Juga menyarankan pemerintah mengamalkan prinsip matlamat
menghalalkan cara harus mementingkan matlamat daripada cara untukmencapai tujuan tersebut.
Ia bermaksud hasil yang dicapai lebih penting daripada kaedah yangdigunakan sungguhpun cara yang dilakukan itu tidak wajar dilakukanoleh seorang pemerintah yang adil dan bijaksana.
-
8/6/2019 24899229 Sun Tzu Kautilya Machiavelli
7/23
Kautilya- dalam mencapai kemenangan
Bukunya menggariskan empat cara digunakan oleh raja untuk mencapai
kemenangan dalam peperangan baginda iaitu: Memujuk musuh dengan perbincangan serta rasuah
Mencetuskan persengketaan dan melancarkan serangan
Menanam benih permusuhan
Melancarkan perang jika semua gagal
Seseorang raja atau putera yang ingin berjaya juga mesti mengetahui tentangkekuatan dan kelemahan tenteranya, kelebihan dan kelemahan tenteramusuhnya dan akhirnya tahu menyerang dengan mengambil kesempatanatau berkesempatan.
Raja juga perlu mengambil berat langkah-langkah sebelum peperangan
dimulakan dan selepas peperangan berlaku. Untuk menghadapi musuh dalam selimut, adalah dengan raja tidak terlalu
mempercayai seratus peratus kepada pemimpin dan anggota tenteranya.Oleh itu, baginda harus memerhati gerak geri setiap perlakuan mereka.
-
8/6/2019 24899229 Sun Tzu Kautilya Machiavelli
8/23
Beliau juga berpendapat dengan adanya kemahiran berkomplot atau tipumuslihat adalah lebih baik daripada kegagahan dan kehandalan. Cara ini
boleh digunakan apabila nampak tanda-tanda kekalahan.
Berkomplot adalah dengan menggunakan perisik, pelacur, merasuah pegawai
musuh dan sekiranya berkesempatan adalah dengan merasuah seluruhanggota istana untuk melemahkan musuhnya.
Kautilya juga membincangkan pendekatan dalam menghadapi musuh sebagaimuslihat untuk mengekal dan meluaskan kuasa.Negara yang lemah
Adalah dengan mencari perdamaian kerana membuang masa sekiranya
memusuhi negara tersebut.Negara yang kuat
Dengan menggunakan kekerasan dan dilakukan sebelum musuh yang dikenalpasti bertindak.
Seseorang pemerintah juga boleh melaga-lagakan musuh dengan caramenimbulkan isu-isu sensitif kepada dua negara musuh. Seterusnya
baginda menyebelahi mana-mana pihak yang kuat dan sekaligusmemusnahkan kedua-dua negara tersebut.
Beliau juga memperkenalkan teori mandala iaitu, pemerintah yang bijakmesti pandai mencari kawan atau berbaik-baik dengan musuh negara yangakan diperangi. Apabila peperangan berlaku, musuh tersebut akan memberi
pertolongan.
-
8/6/2019 24899229 Sun Tzu Kautilya Machiavelli
9/23
Sun tzu latar belakang
Berasal dari negeri Qi, menulis buku Art of War (SeniPeperangan) lebih kurang 2500 tahun dahulu (kira-kira 51
S.M.). Bukunya dianggap buku ketenteraan yang palingpopular sepanjang zaman.
Bukunya mengandungi 6000 perkataan terdiri daripada13bab yang mengemukakan 13 taktik dan strategi.
Pemerintah negeri Wu, Maharaja He Lu tertarik dengankarya Sun Tzu lalu meguji kemahiran beliau
mengendalikan pasukan tentera dengan menggunakanwanita. Beliau bersedia menyahut cabaran tersebut.
Selepas menyahut cabaran Maharaja, Sun Tzu telah dilantikoleh baginda sebagai Ketua Komander Tentera KerajaanWu.
Sejak tahun 506 S.M., beliau mengetuai lima ekspedisi
tentera menentang dan menawan negeri-negeri jiran. Negeri-negeri tersebut adalah negeri Chu, Qi, Qin danYue.
Selepas kematiannya, pengganti Sun Tzu gagalmempertahankan kuasa pemerintahan hinggamenyebabkan negeri Wu ditakluk oleh kuasa lain pada
tahun 473 S.M.
-
8/6/2019 24899229 Sun Tzu Kautilya Machiavelli
10/23
STRATEGI PEMIKIR KETENTERAAN CHINA
Art of War kalimatnya berbunyi Perang adalah urusan negara yangpenting. peperangan juga adalah sebahagian daripada urusan negara.
Beliau lebih membincangkan strategidan taktik dalam peperangan denganmegakui bahawa, berperang seratus kali dan menang seratus kali
bukanlah siasah yang baik, menakluk tentera lawan dengan tiadaberperang adalah siasah yang paling baik
Peperangan perlu mengambil masa yang singkat kerana dapat menjaminkebajikan rakyat dan negara.
Ahli strategi yang baik akan dapat menewaskan musuh tanpa bertempur dimedan peperangan, menawan kota musuh tanpa mengepungnya danmerampas negeri musuh tanpa peperangan yang berlarutan.
Cara yang merugikan dalam peperangan ialah mengepung kubu pertahananmusuh. Usaha mengepung tersebut mengambil masa selama enam bulanuntuk kubu dirobohkan.
Seseorang raja berkemungkinan akan membawa bencana buruk kepadatenteranya sekiranya melakukan 3 kesilapan iaitu dengan memerintahtenteranya mara ke hadapan ataupun berundur apabila tidak patut berbuatdemikian. Baginda jahil dalam urusan pentadbiran ketenteraan
Baginda jahil dalam ilmu peperangan
-
8/6/2019 24899229 Sun Tzu Kautilya Machiavelli
11/23
Taktik peperangan sun tzu Jeneral boleh menggunakan beberapa cara ketika melancarkan serangan. Jika
kekuatan tentera lebih kecil daripada pihak lawan maka hindarilah peperangan
tersebut. Dalam menggunakan taktik bertahan dan menyerang, Sun Tzu mencadangkan agar
jeneral mengambil kira jumlah tentera. Adalah lebih baik taktik bertahandigunakan sekiranya jika bilangan tentera kurang. Lalu taktik menyerangdigunakan apabila memiliki bilangan yang ramai.
Jeneral juga seharusnya berkhemah di tempat yang tinggi dan jangan menyerangdengan mendaki gunung. Sekiranya musuh berada di sungai, seranglah merekaketika sesetengah musuh telah mendarat.
Jeneral juga perlu memastikan pasukannya tiba terlebih dahulu di medanpeperangan kerana akan mempunyai masa rehat dan sempat menanti musuh.
Jeneral juga tidak seharusnya mencabar musuh semasa mereka
sedang bersemangat tinggi. Jeneral juga perlu memastikan ketenangan musuh harus diganggu agar mereka menjadi tidak tentu setiap masa.
-
8/6/2019 24899229 Sun Tzu Kautilya Machiavelli
12/23
Lima pertimbangan perlu diambil kira; Dao (alasan moral)
Keadaan iklim
Keadaan geografi
Pimpinan jeneral Pengelolaan peperangan
Lima perubahan taktik yang diperkenalkan beliau; Jalan yang mesti dielakkan
Ada pihak musuh yang jangan diserang
Ada kota musuh yang jangan dikepung Ada sesuatu tempat yang jangan dirampas
Ada perintah raja yang tak perlu dipatuhi
Lima kesilapan membuatkan seseorang jeneral boleh dikalahkan; Apabila cuai; mudah terbunuh
Apabila takut akan kematian; mudah terperangkap
Apabila sensitif akan maruah diri; mudah dipermainkan
Apabila lekas naik marah; mudah tercabar
Apabila terlalu sayangkan rakyat; mudah dirunsingkan
-
8/6/2019 24899229 Sun Tzu Kautilya Machiavelli
13/23
NICCOLO MACHIAVELLI LATAR BELAKANG
Beliau dilahirkan di Florence, Itali (1469-1527), pernah bertugas sebagai seorang bangsawan negarawan dan ahli
diplomatik dari tahun 1494 hingga tahun 1512 M. Beliau menghabiskan masa menulis beberapa buah buku
seperti The Prince, Art of Wardan Discorsi setelah dipecatdaripada menjadi Setiausaha Chancellery (Office of Ten).
Kota tempat lahirnya serta zaman kehidupan beliau diFlorence mempengaruhi pemikiran dan peribadinya.
Namun pada abad ke-15M, perkembangan ketika itukurang menyenangkan untuk Machiavelli.
Pada masa itu, berlakunya kekacauan politik dan huru-haradisebabkan tidak sikap individualisme yang tidak terbataskerana tidak wujudnya institusi-institusi yang cubamemperjuangkan semangat nasionalisme dan patriotisme.
Pemimpin-pemimpim bertingkah laku tidak bermoral dalammencapai matlamat mereka. Ia menyebabkan perpecahan
di kalangan masyarakat Itali secara berterusan yang jugadiancam pelbagai pencerobohan yang dilakukan olehtentera asing terutamanya dari Perancis.
-
8/6/2019 24899229 Sun Tzu Kautilya Machiavelli
14/23
Pemikir ketenteraan eropah Pemerintah harus mewujudkan kerajaan yang membawa penghormatan dan
kemegahan dalam mengekalkan kekuasaan.
Baginda juga perlu bersifat liberal, berperikemanusiaan dan mencintai kebenaran.Namun begitu, baginda juga harus melakukan apa sahaja termasuk perbuatan
keji dan tidak berperikemanusiaan untuk mengekalkan kuasa baginda.
Walaubagaimanapun, sekiranya baginda sering menjadikan kekerasan, kekejamansebahagian dari kehidupan politiknya, baginda hanya seorang yang berkuasatetapi tidak menonjolkan sebagai seorang yang terhormat, pahlawan atau orang
besar.
Apabila seorang penguasa berhasil merebut suatu kerajaan maka ada caramemerintah dan mempertahankan negara yang baru direbut itu.
Pemerintah yang baru harus memusnahkan atau membunuh seluruh keluarga penguasa lama kerana berkemungkinan akan menimbulkan benih-benihancaman terhadap penguasa baru satu hari kelak.
Baginda harus bertindak tanpa ragu-ragu terhadap pengikut yang tidak jujur danmusuh.
Baginda harus bersikap seperti rubah apabila lawan yang dihadapinya adalah perangkap-perangkap musuh. Dan harus peka denan perangkap yang akanmenjerat dirinya
Seseorang pemerintah harus memberi keutamaan kepada aspek ketenteraan, olehitu arahan hanya diberikan oleh seorang pemimpin yang juga menjadikomander tentera.
-
8/6/2019 24899229 Sun Tzu Kautilya Machiavelli
15/23
Seseorang pemerintah harus memberi keutamaan kepada aspek ketenteraan,oleh itu arahan hanya diberikan oleh seorang pemimpin yang juga menjadi
komander tentera.Beliau menyarankan bahawa peperangan sepatutnyashort and sharp.
Ini berkemungkinan berlakunya jumlah korban yang ramai, keganasan yangmelampau dan kesan peperangan yang berpanjangan.
Beliau menegaskan dalam bukunya The Prince dan Discorsi mengenai aspek
disiplin dan latihan bagi menjayakan sesuatu misi peperangan yang perludilakukan dari semasa ke semasa sama ada dalam waktu aman atauberperang.
Latihan perang harus dilakukan dengan lebih kerap pada masa damai daripadamasa perang.
Untuk mengukuhkan badan politik, perlu menggunakan aspek kekerasan. Dan
seseorang raja tidak perlu merisaukan dalam melakukan kekejaman untuk penyatuan negara dan kebaikan angkatan tentera. Machiavelli turutmenambah is it much safer to be feared than loved.
Semangat patriotik juga akan menjelma dalam kalangan tentera apabila berjuang mempertahankan tanah air mereka dan sanggup menyerahkanjiwa dan raga dalam mempertahankan negara.
Aspek ketenteraan machiavelli
-
8/6/2019 24899229 Sun Tzu Kautilya Machiavelli
16/23
Machiavelli tidak menggalakkan mengambil askar upahan dan bantuan keranamereka tidak berdisiplin, sukar disatukan, tidak setia dan menginginkankekuasaan walaupun mempunyai kemahiran berperang yang tinggi dansangat handal.
Askar upahan dianggap sebagai pengecut di hadapan musuh kerana merekatidak mempunyai rasa tanggungjawab dan tidak bersungguh-sungguhkerana gaji yang tidak mencukupi untuk mereka bersedia mati untuk raja.
Raja juga akan menghadapi risiko apabila mengambil tentera upahan inikerana sekiranya mereka kalah dalam peperangan pihak raja juga akankalah. Namun sekiranya mereka menang dalam peperangan, mereka
berkemungkinan akan membuat tentera atau rakyat pemerintah sebagaitawanan.
Machiavelli yakin tidak akan ada kemenangan yang sejati yang akanmenggunakan tentera upahan dan tentera bantuan.
Raja juga perlu mempelajari berperang, organisasi dan disiplinnya.
Baginda dianggap mulia sekiranya mempunyai pengetahuan dan mempelajaridengan bersungguh-sungguh dalam hal-hal berkaitan peperangan kerana iadianggap sebagai tanggungjawab meneruskan kerajaan.
-
8/6/2019 24899229 Sun Tzu Kautilya Machiavelli
17/23
PERSAMAAN DANPERBEZAAN PEMIKIR-PEMIKIR
KETENTERAAN
SUN TZU,KAUTILYA DANMACHIAVELLI
-
8/6/2019 24899229 Sun Tzu Kautilya Machiavelli
18/23
PERSAMAAN ANTARA PEMIKIR-PEMIKIR KETENTERAAN
Mewujudkan badan pengintipandengan menggunakan perisik,
pelacur, merasuah pegawaimusuh dan kalau boleh seluruh
anggota istana untukmelemahkan musuhnya.
Jangan juga terlalu mempercayaiisteri dan anak kerana merekamempunyai kuasa tersendiriyang boleh menjatuhkan kuasa
raja.Raja juga harus memerhati gerak-
geri tenteranya.
Tidak juga mempercayai pemimpintentera dan cuba mencari rahsiadan maklumat pengkhianatan
kepada pemerintah.
Terdapat 5 jenis pengintip iaitu pengintiptempatan, pengintip dalam, pengintipdua pihak, pengintip maut danpengintip utusan.
Pengintip tempatan terdiri daripada penduduk negeri musuh, pengintipdalaman adalah pegawai yang tidakberpuas hati dengan negerinya sendiri.
Pengintip dua pihak adalah pengintipmusuh yang pernah diutuskan untuk
tujuan pengintipan, pengintip mautadalah pengintip musuh yangmemberikan maklumat palsu dan tidakketahui namanya.
Pengintip utusan pengintip yangmenyamar sebagai utusan bertujuan
mengumpul maklumat rahsia dankembali membuat laporan.
KAUTILYA
SUN TZU
BADAN PENGINTIPAN
-
8/6/2019 24899229 Sun Tzu Kautilya Machiavelli
19/23
SIKAP DALAM PEPERANGAN
Sun Tzu menegaskandalam latihan danpeperangan agartentera bersikapdengan penuh
berdisiplin dan tidakmelengah-lengahkan
masa walaupundalam latihanmahupun
peperangan.
Tidak menjalankanperintah komandertentera akanmenyebabkankekalahan dalam
peperangan malahmelemahkan pasukantentera.
Mempelajari selok-belok negara sepertikeadaan iklim,
sungai, gunung danlembah.
Machiavelli menegaskanagar menjalankanlatihan dalam masa
peperangan ataupunsemasa tiada
peperangan.
Namun begitu, perlunya
setiap tenteramempunyai sikapdisiplin dan sudah
biasa hidup dengancara keras dalammenjalani latihan danmasa berperang. Iniakan membuatkantubuh mereka biasadengan penderitaan.
Mempelajari selok-beloknegara sepertikeadaan iklim,sungai, gunung danlembah.
SUN TZU MACHIAVELLI KAUTILYA
Kautilya tidakmenekankan bilangantentera yang harusdihitung tetapisebaliknya iaitukualiti.
Kualiti tersebut adalahdisiplin dan ketahananserta kepimpinan yang
baik yang akanmenentukan
kemenangan.
-
8/6/2019 24899229 Sun Tzu Kautilya Machiavelli
20/23
Beliau tidak menggalakkan pembinaan kubu pertahanankerana membawa kepadakemusnahan dan pembaziran.
Sun Tzu mengatakan bahawa carayang merugikan sekali adalahdengan mengepung kubu
pertahanan musuh.
Usaha pengepungan akan
mengambil masa selama enam bulan sebelum ia dapatdirobohkan.
MACHIAVELLI SUN TZU
KUBU PERTAHANAN
-
8/6/2019 24899229 Sun Tzu Kautilya Machiavelli
21/23
Konsep Saman merupakan usaha perdamaian dengan negara yanglemah.
Ini menunjukkan bahawa bermusuhdengan negara yang lemah hanya
akan merugikan masa pemerintah, oleh itu perluasankuasa dijalankan melalui
perdamaian.
Pemerintah yang bijak akan mencarikawan atau berbaik-baik denganmusuh yang diperangi keranasudah tentu musuh tersebut akanmembantu baginda.
Apabila pemerintah yang baru telahmerebut kuasa kerajaan yangterdahulu, raja tersebut haruslahmenjalin hubungan yang baikdengan negara-negara tetangga
terdekat. Baginda harus berusaha agar selalu
membuat rakyat tergantungkepadanya seperti kearifan dankasih sayang terhadap rakyat akantiada kemungkinan yang tinggi
timbulnya pembangkangan kerana penguasa yang dicintai rakyatnyatidak perlu takut terhadap
pembangkangan sosial.
KAUTILYA MACHIAVELLI
HUBUNGAN NEGARA
-
8/6/2019 24899229 Sun Tzu Kautilya Machiavelli
22/23
PERBEZAAN ANTARA PEMIKIR-PEMIKIR KETENTERAAN
Beliau tidak menggalakkan pembinaan kubu pertahanankerana membawa kepadakemusnahan dan pembaziran.
Kautilya tidak membincangkanaspek-aspek kubu pertahanankerana lebih mementingkanmatlamat (tujuan) daripada cara
mencapai tujuan tersebut.
MACHIAVELLI
KAUTILYA
KUBU PERTAHANAN
-
8/6/2019 24899229 Sun Tzu Kautilya Machiavelli
23/23
tamat