21282942 rp ladang ayam tertutup
TRANSCRIPT
1
1. PENGENALAN
Syarikat ADG Enterprise adalah sebuah syarikat yang beroperasi di Sabak
Bernam, Selangor dalam penternakan ayam daging. Konsep penternakan
yang diusahakan adalah ladang kontrak berkapasiti 40,000 ekor dengan
menggunakan kaedah dan teknologi ladang tertutup dengan kerjasama pihak
integrator yang dipilih iaitu KFC Holdings Bhd.
Konsep penternakan ayam ini dipilih berdasarkan kepada permintaan daging
ayam di negara ini telah meningkat dari semasa ke semasa. Tambahan pula
pihak syarikat tidak menghadapi masalah untuk menjual hasil ternakan
kerana semua hasil ternakan akan dibeli keseluruhannya oleh KFC Holdings
untuk dipasarkan.
2. TUJUAN
Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan pinjaman
kewangan bagi membina ladang ternakan tertutup dan membeli peralatan-
peralatan asas yang menggunakan teknologi terkini untuk ternakan ayam
pedaging bersesuaian dengan konsep ladang kontrak yang diusahakan
dengan kapasiti 40,000 ekor bagi setiap pusingan.
Rancangan Perniagaan ini juga bertujuan untuk mengenalpasti unjuran aliran
tunai yang boleh diperolehi oleh pihak syarikat serta kekuatan syarikat dalam
menguruskan operasi projek ini.
2
3. KONSEP LADANG TERNAKAN KONTRAK
Sistem ladang ternakan kontrak merupakan satu dimensi baru dalam
industri ternakan ayam yang mana sebuah syarikat besar atau integrator
akan menyediakan kemudahan kepada penternak-penternak dengan
mengikat kontrak dengan mereka bagi membekalkan baka benih anak ayam,
makanan ayam, ubat-ubatan dan pemasaran. Sistem ladang ini mampu
mengatasi kerugian jika harga ayam berada di paras yang rendah malah isu
harga ayam di ladang dan di pasaran dapat di atasi serta dapat memberi
pulangan yang lumayan kepada pengusaha ladang kontrak.
Sistem ladang kontrak telah terbukti memberi keuntungan yang besar kepada
pengusaha serta menjamin masa depan yang baik memandangkan integrator
yang dipilih adalah sebuah syarikat yang besar dan kukuh iaitu KFC Holdings
Berhad. Syarikat ini menggunapakai peralatan berteknologi canggih iaitu
sistem penyejukbekuan yang moden. Di samping itu, ia juga mempunyai
rangkaian pemasaran, pengeluaran, memiliki tenaga pakar dalam bidang
ternakan ayam serta mempunyai rangkaian domestik yang luas.
Secara keseluruhan, konsep ladang kontrak ini telah memberi kekuatan dan
keyakinan kepada penternak untuk terus bersaing. Ini kerana pulangan
setiap musim adalah konsisten. Bagi penternak yang mempunyai pinjaman
bank, mereka berupaya melangsaikan pinjaman tersebut dalam tempoh yang
cepat.
Pihak syarikat juga mengatur program kesihatan dan sanitasi ternakan yang
akan diperolehi dari pihak integrator dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan
seperti khidmat nasihat dan kawalan penyakit yang boleh mengancam
ternakan.
3
4. LATAR BELAKANG USAHAWAN
4.1 BUTIR-BUTIR PERIBADI
Nama :
No. Kad Pengenalan :Alamat Tetap :Umur :Taraf Perkahwinan :Warganegara :Taraf Pendidikan :Agama :Pengalaman :
Pekerjaan Sekarang :
Kursus-Kursus Yang Dihadiri
:
Kemahiran/Kebolehan :
Jawatan Dalam Syarikat :
No. Telefon Rumah :
No. Handphone :
4.2 MAKLUMAT ISTERI
Nama Isteri :
No Kad Pengenalan :
Tarikh Lahir :
Taraf Pendidikan :
Pekerjaan :
4
No Telefon
:
:
5. PROFAIL PERNIAGAAN
CARTA ORGANISASI SYARIKAT
5. 1 BUTIR-BUTIR PERNIAGAAN
Nama Syarikat :
Alamat Perniagaan :
No Telefon :
Alamat Pejabat :
No Telefon :
No Pendaftaran Perniagaan :
Jenis Perniagaan :
Tarikh Daftar Perniagaan :
PENGURUS
PEKERJA AMPEKERJA AM
5
5.2
PROJEK CADANGAN
Jenis : Projek Ladang Ternakan Kontrak
Jumlah Kos : RM 588,800
Modal Sendiri : RM 66,800
Pinjaman Bank : RM 522,800
Cadangan Bayaran Balik
: 10 tahun @ 120 bulan
Ansuran Bulanan RM6,525 (5%)
Cadangan Bank : Bank Pertanian
Bentuk Sandaran
: Sijil Saham Bank Rakyat berjumlah RM100,000
Tanah tapak ladang bernilai RM140,000
6. ASPEK PENGURUSAN
6.1 PENGURUS
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Umur :Kelulusan :Pengalaman :
6
6.2 PEKERJA AM
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Umur :Kelulusan :
6.3 JAWATAN DAN HURAIAN TUGAS
JAWATAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
PENGURUS Mengurus operasi ladang
Menguruskan hal-hal kewangan
Berurusan dengan pihak integrator dan pegawai
Jabatan Perkhidmatan Haiwan
Membantu pekerja am
PEKERJA AM Persediaan sebelum kemasukan anak ayam
Pemantauan anak ayam
Memberi makanan mengikut umur ayam
Memberi vaksinasi/vitamin/antibiotik
Pengasingan ayam takai/bantut
Tangkapan ayam untuk jualan
Pembersihan dan cuci hama dari reban
Persediaan untuk pusingan seterusnya
6.4 JADUAL GAJI DAN CARUMAN
JAWATAN BIL GAJI(RM)
KWSP(RM)
PERKESO(RM)
JUMLAH(RM)
7
PENGURUS 1 1,500.00 180.00 30.00 1,710.00
PEKERJA AM 1 500.00 60.00 10.00 570.00
JUMLAH 2 2,000.00 240.00 40.00 2,280.00
6.5 IMBUHAN
Hari bekerja - Isnin hingga Sabtu
Waktu bekerja - 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Gaji – Dibayar dalam minggu pertama bulan berikutnya
KWSP/PERKESO – Dipotong sebanyak 11%(KWSP) dan 2%(PERKESO)
Cuti Tahunan – 12 hari
Bonus Tahunan – Bergantung kepada keuntungan syarikat
Cuti Sakit – Tidak lebih dari 7 hari setahun. Jika lebih akan ditolak
dari gaji bulanan
7. ASPEK PERKHIDMATAN UNTUK PENGELUARAN 6,000 SEMUSIM
7.1 ANGGARAN KOS TETAP . Anggaran kos tetap adalah sebanyak RM
588,800.00. Jadual adalah seperti di LAMPIRAN 1.
7.2 ANGGARAN KOS BERUBAH . Anggaran kos berubah adalah sebanyak RM
1,126,752.00. Jadual adalah seperti di LAMPIRAN 2.
8
8.
ASPEK PEMASARAN
8.1LOKASI PERNIAGAAN
Lokasi yang dipilih merupakan tanah sendiri di Kampung Sepintas, Sabak
Bernam, Selangor. Keluasan kawasan ialah 2.5 ekar dan terletak di kawasan
ladang kelapa. Selain dari jaraknya 2 km daripada kawasan kampung,
kawasan ini mempunyai kemudahan asas seperti jalan tar, air bersih, elektrik
serta telefon. Suasana dalam ladang kelapa juga menyumbang kepada
faktor suhu yang tidak terlalu panas bagi keselesaan ternakan. Pelan Lokasi
adalah seperti di LAMPIRAN 3.
8.2PREMIS PERNIAGAAN
Khidmat kepakaran dalam penyediaan rekabentuk bangunan dan
pemasangan peralatan adalah menggunakan teknologi moden dengan
sepenuhnya. Ruang lantai adalah di antara 0.8 hinga 1.0 kaki persedi bagi
setiap ekor ayam. Pihak syarikat merancang untuk membina 2 buah reban di
mana setiap reban berukuran 40 kaki lebar x 400 kaki panjang x 7 kaki tinggi.
Keluasan tersebut amat praktikal untuk menggunakan kipas ekzos bagi
membantu sistem perudaraan dan kawalan suhu reban tersebut. Setiap
sebuah reban mampu untuk menampung ternakan ayam sebanyak 20,000
ekor ayam.
8.3SASARAN PASARAN
Pihak syarikat tidak menghadapi masalah pasaran memandangkan kontrak
yang sedia ada dengan pihak integrator. Kecemerlangan dan kemakmuran
9
negara ini telah menyebabkan industri pemakanan ayam telah mendapat
sambutan yang tinggi dari semua lapisan masyarakat. Pihak integrator pula
telah mengambil langkah-langkah berkesan melalui pengiklanan yang dapat
menarik lebih ramai pengguna beralih kepada produk keluaran mereka.
Secara umumnya semua peringkat usia merupakan sasaran terhadap produk
berasaskan ayam daging dan secara langsung telah membantu industri
ternakan ayam daging lebih berdaya maju dan berdaya saing.
8.4SAIZ PASARAN
Saiz pasaran terhadap permintaan daging ayam masih lagi luas
berdasarkan kepada permintaan semasa terhadap daging tersebut.
Permintaan yang tinggi bukan sahaja daripada restoren-restoren makanan
segera tetapi juga pengusaha-pengusaha makanan yang lain seperti kantin-
kantin sekolah, restoren-restoren mamak, pemborong-pemborong, peniaga
pasar-pasar tani dan pasar-pasar malam. Ini tidak termasuk lagi apabila
permintaan meningkat secara mendadak apabila tiba musim perayaan.
Dengan kewujudan Halal Hub Center di Malaysia, pasaran ayam daging
keluaran Malaysia menjadi semakin luas. Ini ditambah dengan usaha
kerajaan Malsyia yang menekankan kepada pembasmian penyakit ayam
telah meningkatkan kepercayaan pengimpot negara-negara luar untuk
mengimpot daging ayam dari negara ini.
10
8.5SYER PASARAN
Pihak syarikat melihat bentuk saingan hanya tertumpu di antara pihak
integrator yang sedia ada iaitu :
i. Goldkist
ii. Leong Hup
iii. Cargill
iv. Malayan Flour Mills
v. Pertanian Charoen Pokphand
Walaubagaimanapun, pihak integrator yang dipilih oleh pihak kami iaitu
Kentucky Fried Chicken merupakan sebuah syarikat yang besar dan
mempunyai rangkaian pemasaran produk yang meluas di seluruh negara dan
dunia amnya. Rangkaian pemasaran yang utama adalah restoran makanan
segera KFC, Pizza Hut dan Ayamas. Pihak syarikat yakin terhadap
permintaan daging ayam yang semakin meningkat sehingga mendorong
pihak Kentucky Fried Chicken melantik penternak-penternak baru untuk
menampung keperluan tersebut dari semasa ke semasa.
8.6RAMALAN JUALAN
Projek ini akan mengeluarkan hasil sebanyak 40,000 ekor ayam bagi setiap
satu pusingan dengan kiraan enam pusingan setahun. Kadar anggaran
kematian adalah 3.5% maka jangkaan pengeluaran adalah 231,600 ekor
setahun atau bersamaan 417 metrik tan dengan nilai pendapatan berjumlah
RM 1,225,626.00. Di samping itu penternak juga mendapat hasil sampingan
daripada tinja yang dijadikan baja pokok dengan anggaran 9,600 kampit
setahun yang bernilai RM 24,000 setiap tahun.
Secara purata pendapatan syarikat adalah bergantung kepada kapasiti
ternakan. Untuk kapasiti 40,000 eor penternak akan mendapat pulangan
11
sebanyak RM 122,874.00 setahun atau RM 10,239.50 sebulan setelah
ditolak pembiayaan kos berubah. Sekiranya pihak syarikat ingin mencapai
pendapatan yang lebih tinggi maka kapasiti ayam perlu ditambah.
Asas Pengiraan Untuk Kapasiti 40 Ribu Ekor :
Jualan Ayam Setahun + RM 1,225,626.00
Jualan Tinja Setahun + RM 24,000.00
(Kos Berubah) - RM 1,126,752.00
UNTUNG SETAHUN = RM 122,874.00UNTUNG SEBULAN = RM 10,239.50
8.7STRATEGI PEMASARAN
Pihak syarikat boleh menjangkakan bahawa kadar pulangan yang tetap
bergantung kepada saiz penternakan itu sendiri. Denganinsentif yang
diberikan oleh oleh pihak kerajaan yang cukup menarik seperti pengecualian
cukai, taraf perintis dan pembiayaan dana. Ini ditambah lagi dengan
pembabitan pihak integrator yang menyediakan khidmat nasihat,
penggunaan peralatan berteknologi tinggi serta kestabilan politik di dalam
negara juga membuka lebih ruang bagi melaksanakan projek ini tanpa
sebarang sekatan.
Faktor kekuatan terhadap pemilihan projek ini adalah seperti berikut :
Penggunaan teknologi terkini dalam penternakan. Kaedah bangunan
tertutup dengan peralatan beroperasi secara automatik yang dapat
menjamin ketahanan projek kerana ianya tidak menimbulkan masalah
alam sekitar dan meningkatkan kecekapan projek.
12
Menggunakan kepakaran dan penyelidikan sepenuhnya daripada
integrator. Bekalan anak-anak ayam yang diterima daripada pihak
integrator berkualiti baik.
Pasaran adalah terjamin kerana diuruskan oleh pihak integrator.
Tempoh matang untuk jualan hanya 35 hari bagi setiap pusingan dengan
kadar 6 pusingan hingga 9 pusingan setahun. Walaubagaimanapun,
pihak syarikat memilih 6 pusingan bagi memastikan kelancaran projek.
Projek ini hanya menggunakan tenaga pekerja yang minima disebabkan
penggunaan sistem dan peralatan yang terkini. Perkara ini dapat
mengurangkan kos serta memudahkan pengurusan hal ehwal pekerja.
9. PROMOSI DAN IKLAN
Pihak syarikat tidak perlu bersusah payah menguruskan promosi untuk
menjual hasil ladang memandangkan urusan pemasaran telah diambil alih
sepenuhnya oleh pihak integrator. Pihak integrator telah mempunyai sistem
pengiklanan yang sedia ada dan telah mampu memikat pelanggan untuk
membeli hasil keluaran mereka.
10. IMPAK SOSIO EKONOMI
Projek ternakan ayam pedaging dengan kaedah pelaksanaan sepertimana
yang telah diterangkan adalah sesuai dijalankan di kawasan ini berpandukan
kepada faktor-faktor berikut :
o Hasil pulangan yang cepat, jaminan pasaran, penggunaan teknologi
yang tinggi serta sokongan dari pihak kerajaan dari segi kawalan harga
13
dan sumber asas akan memastikan bidang usaha ini lebih berdaya
saing dan berdaya maju. Ini termasuk kepakaran teknikal dan khidmat
nasihat yang diperolehi daripada pihak integrator.
o Keberkesanan bandingan penggunaan tanah berdasarkan pendapatan
sehektar tanah adalah tinggi. Ini memandangkan nilai hasil yang
dikeluarkan dari sehektar keluasan tanah adalah tinggi berbanding
dengan lain-lain komoditi dalam bidang bidang pertanian.
o Struktur pemasaran yang cekap berasaskan kepada penternakan
secara kontrak. Pihak integrator bertindak sebagai pemasar kepada
produk yang dihasilkan melalui jaringan pemasaran yang sedia ada baik
dan terjamin.
11. ASPEK KEWANGAN
11.1 AKAUN PERDAGANGAN DAN UNTUNG RUGI
Lihat
LAMPIRAN 4
11.2 LEMBARAN IMBANGAN DAN KUNCI KIRA-KIRA
14
Lihat LAMPIRAN 5
11.3 PRO FORMA ALIRAN TUNAI TAHUN PERTAMA
Lihat LAMPIRAN 6
11.4 PRO FORMA ALIRAN TUNAI UNTUK 10 TAHUN
Lihat LAMPIRAN 7 11.5 TITIK PULANG MODAL
Hasil daripada semakan unjuran kewangan, titik
pulangan modal akan diperolehi pada tahun keenam operasi di mana
entiti tersebut telah mencatat keuntungan terkumpul sebanyak
RM614,370.00.
11.6 MARGIN KEUNTUNGAN KASAR
Untung Kasar (316,890) / Jualan (1,249,626) X % = 25.4% @ 25.4 sen
Dalam setiap RM1.00 jualan, keuntungan kasar ialah RM0.25 dan
kos jualan RM0.75.
15
11.7 MARGIN KEUNTUNGAN BERSIH
Untung Bersih (53,543) / Jualan (1,249,626) X % = 4.28% @ 4.28 sen
Dalam setiap RM1.00 jualan, keuntungan bersih ialah RM0.043.
11.8 PULANGAN ATAS PELABURAN
Untung Bersih (53,543) / Jumlah Aset (519,469) = RM0.10 sen
Ukuran pulangan perniagaan dari setiap RM1.00 yang dilaburkan
ialah RM0.10.
12. KESIMPULAN
Industri penternakan ayam pedaging merupakan salah satu bidang perniagaan
yang boleh memberi keuntungan yang tinggi memandangkan permintaan
terhadap daging ayam yang sentiasa meningkat.
Dengan adanya pula konsep ladang kontrak, pihak syarikat tidak menghadapi
masalah dari segi menjual hasil ladang. Pihak integrator yang telah dipilih
akan membeli keseluruhan hasil ladang setiap pusingan tuaian. Ini sudah pasti
dapat memberi keselesaan kepada pihak syarikat untuk merancang
membesarkan ladang. Dengan kepercayaan berterusan daripada pihak
integrator, pihak syarikat dijangka dapat menggandakan hasil pengeluaran
ladang maka pulangan yang akan diperolehi kelak akan dapat mengukuhkan
lagi kewangan syarikat.
Adalah menjadi harapan supaya projek ini diberi perhatian dan pembiayaan
secukupnya dari pihak bank memandangkan projek yang akan diusahakan ini
lebih menjurus kepada pengeluaran bahan mahanan selaras dengan Dasar
Pertanian Negara justru dapat mengurangkan impot dari luar negara.
16