1.syarat pertandingan

Upload: vini

Post on 15-Oct-2015

33 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

l

TRANSCRIPT

  • KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP IPKKM 2013 ANJURAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN

    IBU PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KESKIP) 1.0 PENDAHULUAN

    1.1 Kejohanan badminton ini merupakan pertandingan yang julung kali diadakan bagi menggalakkan amalan cara hidup sihat, semangat berpasukan dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Peringkat Ibu Pejabat KKM. 2.0 OBJEKTIF

    2.1 Menyediakan peluang dan ruang kepada anggota KKM mempamerkan bakat dan bertanding ke peringkat lebih tinggi. 2.2 Mencungkil bakat baru dalam sukan badminton yang boleh dijadikan pelapis kepada pemain sedia ada. 2.3 Meningkatkan penglibatan masyarakat yang sihat dan cergas selaras dengan kempen cara hidup sihat. 2.4 Membantu meningkatkan usaha KESKIP dalam mengenalpasti bakat-bakat baru untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi lagi.

    3.0 SYARAT DAN PERATURAN PENGANJUR Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat, Kementerian Kesihatan Malaysia

    TARIKH PERTANDINGAN Pertandingan akan dijalankan pada 26 hingga 27 Oktober 2013 (Sabtu & Ahad) bermula pada masa yang telah ditetapkan seperti berikut: 26 Oktober 2013 (Sabtu) - 9.00 pagi hingga 10.00 malam; dan 27 Oktober 2013 (Ahad) - 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

    TEMPAT PERTANDINGAN Pertandingan akan dijalankan di lokasi berikut :

    ABS Badminton Hall, Wisma Tenagapasti, No.2 Persiaran Sungai Chua, Pusat Perindustrian Sungai Chua, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    UNDANG-UNDANG Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini. TARIKH TUTUP PENYERTAAN DAN JADUAL PERLAWANAN Tarikh tutup penyerahan borang penyertaan adalah pada 1 Oktober 2013 (Selasa). Borang penyertaan (Lampiran A) hendaklah diserahkan beserta bayaran kepada urusetia pertandingan di lokasi seperti berikut:

  • Blok AJK Penyertaan

    Blok E1 Tn. Hj. Zamri bin Ahmad Bahagian Telekesihatan Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 6, Blok E1, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, PUTRAJAYA Tel: 03-8883-1369

    Blok E3 Dr. Eliana bt. Ahmad Cawangan Penyakit Tidak berjangkit Bahagian Kawalan Penyakit Aras 2, Blok E3, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan PUTRAJAYA Tel: 03-8892-4414

    Blok E6 Pn. Hasmuny bt. Osmat Bahagian Perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 6, Blok E6, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan PUTRAJAYA Tel: 03-8883-2127

    Blok E7 En. Wan Mohd Faiz bin Wan Ismail Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 7, Blok E7, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan PUTRAJAYA Tel: 03 03-8883-3747

    Blok E10 En. Shafizan bin Sallehudin Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Jabatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 7, Blok E10, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan PUTRAJAYA Tel: 03-8883-4049

    Menara Prisma,

    Presint 3

    Cik Nurhasnaa bt. Hasan Basri Program Keselamatan & Kualiti Makanan Aras 4, Menara Prisma, Presint 3, PUTRAJAYA Tel : 012-2425729

    Jadual perlawanan akan mula dikeluarkan pada 23 Oktober 2013 (Selasa) dan mula dipamerkan di lokasi seperti berikut :

    Lobi utama E1 Lobi utama E3 Lobi utama E6 Lobi utama E7

  • Lobi utama E10 Lobi utama, Menara Prisma

    SEMUA PEMAIN DIKEHENDAKI MENYEMAK DENGAN TERPERINCI JADUAL PERLAWANAN MASING-MASING DAN SILA BERHUBUNG DENGAN PIHAK URUSETIA PERTANDINGAN DENGAN KADAR SEGERA SEKIRANYA TERDAPAT PERMASALAHAN ATAUPUN KETIDAKFAHAMAN JADUAL PERLAWANAN. 4.0 SYARAT SYARAT PERTANDINGAN Pertandingan adalah TERTUTUP kepada semua warganegara Malaysia yang bekerja di peringkat Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (Lampiran B).

    Bagi kategori veteran, setiap pemain dikehendaki melampirkan bersama sesalinan MyKAD bersama borang penyertaan yang lengkap untuk semakan dan pengesahan umur kelayakan. Hanya pemain yang mendaftar dan membayar yuran keahlian Kelab Sukan & Kebajikan IPKKM layak menyertai pertandingan ini. Pemain yang belum menjadi ahli Kelab Sukan & Kebajikan IPKKM boleh menyertai pertandingan dengan melengkapkan borang permohonan keahlian (Lampiran C) beserta yuran keahlian (RM10.00) dan disertakan semasa menyerahkan borang dan yuran penyertaan pertandingan.

    Setiap pemain dibenarkan untuk menyertai maksimum 2 kategori.

    Penyertaan pula adalah terhad kepada 32 bergu sahaja bagi setiap kategori yang dipertandingkan dengan konsep siapa cepat (Tidak tertakluk kepada tarikh tutup).

    PEMAIN-PEMAIN YANG PERNAH MEWAKILI NEGARA, NEGERI DALAM KEJOHANAN SEPERTI SIRKIT KEBANGSAAN, MAKSAK, SUKMA, MASUM ATAUPUN APA-APA SAHAJA KEJOHANAN YANG DIIKTIRAF OLEH BAM DAN BWF DARI TAHUN 2009 HINGGA 2013 ADALAH TIDAK LAYAK UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN.

    Pertandingan ini akan dijalankan sebanyak LIMA (5) KATEGORI seperti berikut: i. Beregu Lelaki Tertutup ii. Beregu Wanita Tertutup iii. Beregu Campuran Tertutup iv. Bergu Lelaki Veteran Tertutup (Berusia 45 tahun dan ke atas) v. Beregu Campuran Veteran Tertutup (Kombinasi umur 85 tahun dan ke

    atas)

  • 5.0 PERATURAN PERTANDINGAN

    5.1 Format pertandingan akan dijalankan secara kalah singkir.

    5.2 Perlawanan peringkat awal akan dijalankan dengan kiraan mata 30 dan pada peringkat suku akhir hingga seterusnya akan dijalankan berdasarkan kiraan mata penuh 21. Namun begitu sebarang pindaan ataupun perubahan akan dimaklumkan semula dan sebarang keputusan adalah muktamad.

    6.0 PERLAWANAN

    6.1 Semua perlawanan akan dimulakan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola pertandingan.

    6.2 Setiap pemain dikehendaki berada ditempat permainan LIMA BELAS MINIT lebih awal dari masa yang dijadualkan. Penangguhan masa LIMA BELAS MINIT hanya akan diberi dan selepas penangguhan tersebut maka pengadil berkuasa memberi kemenangan percuma kepada pemain yang hadir mengikut jadual.

    6.3 Bulu Tangkis akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola

    Pertandingan dan keputusan adalah MUKTAMAD. 6.4 Jadual pertandingan boleh diubah sekiranya difikirkan perlu oleh

    Pengerusi Pertandingan. Setiap pemain adalah bertanggungjawab untuk memastikan perlawanan-perlawanan seterusnya dari Pengerusi Pertandingan.

    7.0 BANTAHAN

    7.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat 30 minit selepas perlawanan berkenaan tamat dengan wang cagaran sebanyak RM200.00 beserta bukti.

    7.2 Wang cagaran akan dipulangkan semula sekiranya bantahan berjaya.

    7.3 Panel bantahan akan di diwakili oleh jawatankuasa penganjur dan tiga (3) orang wakil berkecuali yang akan ditentukan sendiri oleh pihak penganjur.

    8.0 YURAN PENYERTAAN 8.1 Yuran penyertaan adalah berdasarkan kepada lima (5) kategori iaitu:

    i. Bergu Lelaki Tertutup - RM40.00 ii. Bergu Wanita Tertutup - RM40.00 iii. Bergu Campuran Tertutup - RM40.00 iv. Bergu Lelaki Veteran Tertutup - RM40.00 v. Bergu Campuran Veteran Tertutup - RM40.00

  • 9.0 TANGGUNGJAWAB PEMAIN 9.1 Pemain-pemain adalah bertanggungjawab untuk mematuhi segala

    syarat-syarat yang dikenakan bagi melicinkan perjalanan pertandingan ini.

    9.2 Jawatankuasa pengelola pertandingan tidak akan bertanggungjawab

    atas sebarang kehilangan atau kerosakan atau kecederaan atau kerugian para pemain sepanjang pertandingan ini.

    10. HADIAH PERTANDINGAN

    KEDUDUKAN

    Hadiah Mengikut Kategori

    Bergu Lelaki

    Bergu Wanita

    Bergu Campuran

    Bergu Lelaki

    Veteran

    Bergu Campuran

    Veteran

    Johan RM 300 + medal

    RM 250 + medal

    RM 300 + medal

    RM 300 + medal

    RM 300 + medal

    Naib Johan RM 200 + medal

    RM 150 + medal

    RM 200 + medal

    RM 200 + medal

    RM 200 + medal

    2 tempat Ketiga

    RM 50 + medal

    RM 50 + medal

    RM 50 + medal

    RM 50 + medal

    RM 50 + medal

    SEBARANG PERTANYAAN ATAU MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI

    URUSETIA BERIKUT: Dr. Harshinderjeet Singh a/l Jeswant Singh (03-8890 6089) / En. Abu Khalid bin Abu Samah (03-8883 4165) / En. Wan Nasir bt. Wan Mohd Arifin (8883 4340) /

    En. Hidzer bin Harun (03-8883 4228) / En. Shafizan Sallehudin (03-8883 4049) / Pn. Noorhayati bt. Kassim (03-88831072) / Pn. Zalina Ahmad (03-88831249)