18.9.2012 hadis qudsi complete
TRANSCRIPT
Hadis QudsiKumpulan 3 :
Fatihah Ab.RahmanKu Fasehah Ku Zahari
Mohd. Syahrin Che ZakariaNorFarahin Hamdan
Pengertian Hadis Qudsi
Dari segi bahasa :
• Suci / keberkatan yang mana sesuai dengan kedudukannya yang datang daripada Allah dari sudut lafaz dan
makna dan suci dari segala sifat yang tidak layak bagiNya.
• Juga dipanggil Hadis Ilahi / Hadis Rabbani.
Dari istilah :• Hadis yang dinisbahkan perkataannya kepada Allah.
Contoh: قال , : ..…… ص الله رسول أن هريره أبى عن
الله يقول• Sesetengah ulama’ mengatakan hadis Qudsi ialah
Nabi bersabda apa yang diriwayatkan daripada Allah manakala lafaznya digunakan oleh ulama Salaf.
• Sesetengah pendapat lain pula mengatakan hadis Qudsi ialah firman Allah mengenai apa sahaja yang Nabi riwayatkan dan lafaznya daripada atau digunakan oleh ulama Khalaf.
• Pendapat yang lebih tepat dan menyeluruh - Hadis Qudsi ialah apa sahaja hadis yang disampaikan oleh Rasulullah SAW tetapi
disandarkan Allah sebagai sumbernya sama ada dalam bentuk ilham atau mimpi.
Kedudukan & kehujahan Hadis
Qudsi
Ulama’ berselisih pendapat iaitu : 1. Ianya adalah kalam Allah berdasarkan
beberapa hujah :• Nabi menyatakan secar khusus dan jelas
bahawa ianya menunjukkan kalam Allah berbanding hadis-hadis baginda yang lain.
• Penggunaan kata ganti nama pertama Allah nisbahkan ZatNya menunjukkan bukan
percakapan Rasulullah. • Perawinya Nabi sendiri terhadap lafaz Hadis
Qudsi itu menunjukkan perbezaan lafaz dengan hadis-hadis baginda yang lain.
2. Ianya adalah sabda Nabi sendiri seperti hadis-hadis Baginda yang lain.
• Tujuan Nabi menyandarkannya kepada Allah ialah untuk menambahkan perhatian dan
ambil berat umatnya dengan kandungan dan adab-adab terhadap hadis tersebut.
CIRI-CIRIHADIS QUDSI
Makna daripada
Allah dan lafaz daripada
Nabi.
Tidak dikira
ibadat orang yang
membacanya (Tdk
sepertimana Al-
Quran).
Tidak disyaratkan penetapannya melalui Mutawatir.
Hanya memperkatakan tentang
fadhail, sunat dan
keistimewaan-
keistimewaan.
Menggunakan lafaz-lafaz tertentu :
قال رسُو,ل الله صلى الله عليه 3ه2 ِّب ِو2ية ع5ن ر5 5ْر: فيما ي
:ه, رسُول, الله ِو5اُه, ع5ْن قال الله فيما ر5
Diriwayatkan hadis Qudsi disandarkan kepada Allah, tidak secara langsung.
Rasulullah sebagai orang yang menyampaikan berita dari Allah.
Kebanyakannya bersifat Ahad dan bertaraf zann.
MATLAMAT HADIS QUDSI1) Membentuk serta memupuk kepercayaan
kepada Allah s.w.t. dengan lebih meyakinkan, kerana Hadis Qudsi memperkatakan tentang kepercayaan aqidah yang sebenarnya mengenai Allah s.w.t., kekuasaan-Nya, kebesaran-Nya dan limpah rahmat-Nya.
2) Memperkatakan tentang kesempurnaan akhlak dan tindak-tanduk yang bersesuaian dengan aqidah, manakala Al-Quran dan hadis Nabi pula lebih umum serta menyeluruh.
BILANGAN HADIS QUDSI
• Antara beberapa pendapat ulama’ Hadis :
1. Menurut pendapat Ibn Hajar al-Haythami, jumlah Hadis Qudsi mempunyai melebihi 100 buah.
2. Mengikut pendapat yang dikemukakan oleh Ahli Hadis ‘Abd al-Ra'uf Ibn ‘Ali al-Munawi dalam kitabnya :
Pة) ي 5َح5اِد2يث الُق,دس2 Pة ِّباَأل 2ي ْن :َح5اف5ات الُس, 2ْت bilangan ,(.اِالHadis Qudsi ialah 272 buah.
RUJUKAN
• Pengantar ULUM HADIS Edisi Kedua. Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin.
• http://mazlinafazira.blogspot.com• http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id61.h
tml
SEKIAN : )
Disediakan oleh :( KUMPULAN 3 )
Fatihah Ab Rahman
• SKOP HADIS QUDSI• CONTOH HADIS QUDSI
• PENGUMPUL HADIS QUDSI
Mengikut Rosmawati (2005),perbincangan hadis qudsi adalah
berkisar mengenai perkara berikut :
SKOP HADIS QUDSI
1) KELEBIHAN-KELBIHAN
2) PENDIDIKAN AKIDAH
3) GANDAAN AMALAN
4)SANGKAAN BAIK KEPADA ALLAH
5) JANJI ALLAH KEPADA HAMBA
YANG SOLEH
6)GALAKAN ALLAH BERDOA
8)BALASAN MENDEKATI
ALLAH
9) TAKUT KEPADA ALLAH
MENGHAPUSKAN DOSA
7) KESAN KECINTAAN ALLAH
TERHADAP MAKHLUK
10) KEJADIAN ADAM A.S
11) MANUSIA DI ALAM
KANDUNGAN
12) SEMBAHYANG DAN
KELEBIHANNYA
13)KELEBIHAN BERBELANJA
14) IKHLAS DAN MENJAUHI RIAK
15)PUASA DAN KELEBIHANNYA
17) JIHAD 18) GANDAAN AMALAN NABI
(SAW)16)HARI A’RAFAH
19)SABAR 20) SYAFAAT NABI (SAW)
21) GALAKAN BERKASIH SAYANG
22)NABI MUSA A.S DAN KHIDIR 23) AL-QURAN DAN KELEBIHANNYA
CONTOH HADIS QUDSI
1) Kejadian Adam A.S
Maksudnya : Allah menjadikan Adam tingginya 60 hasta. Allah kemudian berfirman kepadanya: Pergilah dan berilah salam kepada para malaikat.
2) Galakan Berkasih Sayang
Maksudnya : Allah berfirman pada hari Kiamat nanti : Dimana mereka yang
berkasih sayang kerana-Ku. Pada hari ini Aku akan menaungi mereka dengan
naungan-Ku, dimana tidak ada naungan lain pada hari itu melainkan naungan-Ku.
PENGUMPUL HADIS QUDSI
1) ABD AL-RAUF IBN ALI AL MUNAWI
2)IMAM ABU ‘ABD ALLAH MUHAMMAD IBN ALI IBN
AL-’ARABI AL-TA’I.
3)ABU NASR IBN HUSAYN IBN ALI AL-HUSAYNI AL-BU
4)AL-’ALLAMAH MULA ‘ALI AL-QARI (m.1016H)
1) Ab Rauf Ibn Ali al-Munawi dalam kitabnya : الُقدسية ِّباَألَحاِديث الُسْنية اِالْتَحافات
(Bilangan hadis di dalamnya sebanyak 272 buah).
2. Imam Abu Abd ‘Allah Muhammad Ibn Ali Ibn Al-’Arabi al-Ta’I (m.638H) dalam kitabnya :
اَألخبار من سبَحانه الله عن رِوى فيما اَألنُوار مشكاة (Kitab ini mengandungi 101 Hadis Qudsi. Sandaran
sanadnya ada beberapa corak, sebahagiannya disandarkan kepada Allah secara marfu’)
3) Abu Nasr Ibn Husayn Ibn Ali al-Husayni al-Bukhari al-Qanuji di dalam kitabnya :
التأنبس ِوذخيْرة التُقديس َحظيْرة(Mengandungi 14 kitab dan beberapa bab. Beliau menyusun Hadis Qudsi di dalam muqaddimahnya. Beliau juga mnegakhirinya dengan biografi perawi Hadis Qudsi yang dimuatkan di dalam bukunya).
4) Al-’Allamah Mula ‘Ali al-Qari (m.1016H), kitabnya : اَألرِّبعيْنية الُقدسية اَألَحاِديث
)Terkumpul sebanyak 40 Hadis Qudsi).
PERBEZAAN HADIS QUDSI DAN HADIS NABAWI
Sudut Pengertian
Sudut Isnad Atau Sanad
Sudut Makna
Sudut Isi
SUDUT PENGERTIAN
Hadis Qudsi Hadis Nabawi
Hadis qudsi merupakan percakapan Allah s.w.t yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w . Rasulullah s.a.w bertindak memindahkan firman Allah s.w.t dengan bahasa Baginda tersendiri.
Hadis nabawi merupakan hadis yang disandarkan kepada nabi sama ada berupa perkataan, perbuatan, sifat tubuh badan atau kelakuan, ketetapan dan perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.
SUDUT ISNAD ATAU SANAD
Hadis Qudsi Hadis Nabawi
Hadis qudsi hanya dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w sebagai pencerita dan ia dinisbahkan kepada Allah s.w.t sebagai yang berfirman.
Hadis nabawi secara langsungnya dinisbahkan kepada Nabi sebagai orang yang bersabda.
SUDUT MAKNA
Hadis Qudsi Hadis Nabawi
Merupakan sebahagian daripada wahyu.
Sebahagian besar daripada wahyu dan sebahagian besar daripadanya merupakan ijtihad dari Baginda Rasulullah s.a.w itu sendiri. Ijtihad yang tidak tepat atau tersalah akan diperbetulkan oleh wahyu.
SUDUT ISI
Hadis Qudsi Hadis Nabawi
Hadis Qudsi membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan zat Allah, sifat-sifatnya, kebesarannya, luas rahmat beserta nikmat –Nya, juga kekuasaan-Nya.
Hadis nabawi membicarakan perkara-perkara yang bersangkutan dengan keperluan hidup manusia, kepentingan manusia dan negara, menerangkan hukum halal haram serta perkhabaran baik buruk yang akan diterima oleh manusia yang melakukan kebajikan dan maksiat.
• Walaupun terdapat perbezaan di antara Hadis Qudsi dan Hadis Nabawi, namun perbezaan dari sudut takrif dan pengertian serta lafaznya sahaja. Sudut konsepnya, kedua-duanya itu adalah daripada Allah dan bersumberkan wahyu sebagaimana firman Allah :
Maksudnya:
3. Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya.
4. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).
PERBEZAAN AL-QURAN DAN HADIS QUDSIAl-Quran Hadis Qudsi
Al-Quran diturunkan melalui malaikat secara lisan dan talaqqi.
Hadsi Qudsi sebahagiannya melalui malaikat dan sebahagiannya melalui ilham.
Dikira sebagai ibadat apabila membacanya.
Tidak dikira sebagai ibadat.
Al-Quran dijamin terpelihara sepanjang masa, tidak diubah dan diselewengkan kandungannya.
Tidak mendapat jaminan sebagai mana al-Quran.
Jalan penyampaian al-Quran adalah mutawatir yang bersifat pasti dan ilmu yang meyakinkan dan menduduki martabat tertinggi.
Disampaikan melalui jalan ahad yang bersifat zann, kerana ada yang sahih, hasan juga dha’if bahkan mawdu’ seperti hadis nabi.
Al-Quran Hadis qudsi
Ayat-ayat al-Quran yang diturunkan tidak disandarkan sanad kepada Allah kerana Allah sendiri Zat pertama yang berfirman.
Rasulullah sebagai pembawa khabar daripada Allah, maka dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w.
Meriwayatkan al-Quran dengan makna sahaja tanpa lafaz merupakan satu kesalahan dan tidak dibenarkan.
Harus meriwayatkan hadis Qudsi dengan makna sahaja tanpa lafaz.
Orang yang menolak, mendusta atau tidak menerima al-Quran hukumnya kafir.
Mengingkarinya tidak menjatuhkan seseorang itu ke dalam kekufuran.(berdasarkan kategorinya)
Wajib membaca ayat-ayat al-Quran di dalam solat.
Tidak wajib membacanya bahkan menyebabkan solat terbatal sekiranya dibaca di dalam solat.
Al-Quran Hadis Qudsi
Haram disentuh oleh mereka yang berhadas dan haram membacanya bagi yang berjunub, haid dan nifas.
Tidak haram.
Diberi ganjaran pahala oleh Allah apabila membaca al-Quran.
Tidak disedia dan dijanjikan pahala dan ganjaran.
Sebahagian ulama mengharamkan penjualan al-Quran, sebahagiannya mengatakan makruh, namun tiada yang mengharuskan penjualannya.
Ulama bersepakat tidak haram dan tidak makruh menjualnya.
Ayat-ayat di dalam al-Quran dipanggil ayat.
Tidak dipanggil sedemikian.
Mengandungi berbagai bentuk mukjizat.
Tidak bersifat mukjizat.
سكيانْتْريما
! كاسيه