14 - connecting repositories · 2018. 4. 11. · penyelidik dari malaysia melakukan peny elidikan...

4
4/4/2018 USM News Portal - BUDAYA INSTITUSI DAN MASYARAKAT PENTING SOKONG KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4774-budaya-institusi-dan-masyarakat-penting-sokong-kecemerlangan-penyelidikan 1/4 USM, PULAU PINANG, 14 Mac 2017 - Budaya yang ada dalam sesebuah institusi dan masyarakat adalah penting dalam memacu kecemerlangan penyelidikan. Hal ini dinyatakan oleh penyelidik yang diiktiraf sebagai seorang Top Research Scientist Malaysia (TRSM) dan pakar dalam Reaction Engineering & Catalysis, Pemantauan dan Kawalan Pencemaran Udara (Air Pollution Monitoring and Control), Teknologi Tenaga (Fuel Technology) dan Teknologi Nano (Nanotechnology) Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed dalam sesi perkongsian pengalamannya melalui wacana ilmu bertajuk Budaya dan Penyelidikan dengan kira-kira 100 orang ahli akademik dan pentadbir di sini. Menurut Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Universiti Sains Malaysia (USM) itu, budaya dimaksudkan mengikut kamus sebagai tamadun dan peradaban atau seni dan manifestasi lain sebagai pencapaian intelektual insan, idea, tingkahlaku sosial manusia dalam sesebuah masyarakat, perlu difahami untuk membantu dalam meningkatkan kecemerlangan penyelidikan negara. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... BUDAYA INSTITUSI DAN MASYARAKAT PENTING SOKONG KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN 14 MAR

Upload: others

Post on 12-Feb-2021

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 4/4/2018 USM News Portal - BUDAYA INSTITUSI DAN MASYARAKAT PENTING SOKONG KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN

    https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4774-budaya-institusi-dan-masyarakat-penting-sokong-kecemerlangan-penyelidikan 1/4

    USM, PULAU PINANG, 14 Mac 2017 - Budaya yang ada dalam sesebuah institusi dan masyarakatadalah penting dalam memacu kecemerlangan penyelidikan.

    Hal ini dinyatakan oleh penyelidik yang diiktiraf sebagai seorang Top Research Scientist Malaysia(TRSM) dan pakar dalam Reaction Engineering & Catalysis, Pemantauan dan Kawalan PencemaranUdara (Air Pollution Monitoring and Control), Teknologi Tenaga (Fuel Technology) dan Teknologi Nano(Nanotechnology) Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed dalam sesi perkongsian pengalamannyamelalui wacana ilmu bertajuk Budaya dan Penyelidikan dengan kira-kira 100 orang ahli akademik danpentadbir di sini.

    Menurut Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Universiti Sains Malaysia (USM)itu, budaya dimaksudkan mengikut kamus sebagai tamadun dan peradaban atau seni dan manifestasilain sebagai pencapaian intelektual insan, idea, tingkahlaku sosial manusia dalam sesebuahmasyarakat, perlu difahami untuk membantu dalam meningkatkan kecemerlangan penyelidikannegara.

    (https://news.usm.my)

    Berita Mutakhir

    search...

    BUDAYA INSTITUSI DAN MASYARAKAT PENTING SOKONGKECEMERLANGAN PENYELIDIKAN14MAR

    https://news.usm.my/

  • 4/4/2018 USM News Portal - BUDAYA INSTITUSI DAN MASYARAKAT PENTING SOKONG KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN

    https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4774-budaya-institusi-dan-masyarakat-penting-sokong-kecemerlangan-penyelidikan 2/4

    Abdul Rahman yang berpengalaman luas dengan pencapaian cemerlang di dalam dan di luar negaramenganggap kecemerlangan penyelidikan dapat dicapai melalui sokongan kuat pelbagai pihak dalaminstitusi mahupun dalam amalan kehidupan masyarakat untuk membolehkannya dilakukan secaraberfokus dan memenuhi keperluan semua pihak dan pemegang taruh.

    “Seseorang itu melakukan penyelidikan bukan hanya untuk memenuhi keperluan akademia, untukmendapatkan gelaran doktor falsafah atau memenuhi kehendak penyelianya, tetapi juga perlumempunyai minat yang mendalam dalam sesuatu bidang dalam konteks sains sebagai ilmu denganpenerokaannya menjadi satu keperluan sepanjang hayat yang digerakkan oleh sesuatu sebab yangkhusus dari dalam diri serta memenuhi keperluan institusi mahupun pelbagai pihak tertentu termasukindustri,” kata beliau.

    Menurut Abdul Rahman, memenuhi keperluan institusi amat penting yang mengatasi keperluan sendiriatau individu kerana seseorang itu boleh datang dan pergi, tetapi institusi akan kekal di situ dalammemberikan sumbang baktinya kepada pembangunan ilmu, masyarakat, negara dan dunia seluruhnya.

    Tegas beliau, selaras dengan itu, usaha penyelidikan amat penting dalam menjana ilmu pengetahuan,apatah lagi dalam kalangan ahli akademik, yang tugasnya bukan sekadar menyampaikan tetapiberusaha untuk menjananya serta berkongsi pula hasilnya dengan pelbagai pihak lain.

    “Seseorang penyelidik juga perlu menghasilkan penulisan untuk jurnal malah kini memastikanpenulisannya dirujuk dan dijadikan sitasi oleh pelbagai pihak lain juga amat penting yang menunjukkanrelevannya usaha yang dibuat yang seharusnya menunjukkan perkembangan dan kemajuan ilmuterkini yang bukan sekadar memenuhi bilangan penulisan yang dihasilkan dalam syarat perkhidmatantertentu termasuk kenaikan pangkat.

  • 4/4/2018 USM News Portal - BUDAYA INSTITUSI DAN MASYARAKAT PENTING SOKONG KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN

    https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4774-budaya-institusi-dan-masyarakat-penting-sokong-kecemerlangan-penyelidikan 3/4

    Tambahnya, semua pihak pada semua peringkat termasuk kakitangan kumpulan sokongan dalamsesebuah institusi seperti universiti perlu menyokong usaha ini dalam memastikan persekitaran danbudaya yang wujud akan membantu usaha yang dibuat, misalnya berusaha menyelesaikan sesuatumasalah yang timbul dan bukan hanya menunggu atau meminta penyelidik untuk mencaripenyelesaiannya bagi hal-hal logistik dan pentadbiran.

    Menurut Abdul Rahman lagi, usaha penyelidikan penting dalam membantu pelbagai pihakmenyediakan fakta dan data yang sahih dalam menyelesaikan masalah masa kini dan masa hadapansebagai satu amanah besar yang perlukan sokongan kepimpinan yang hanya akan dapat dilakukandengan cemerlang dalam satu pasukan dengan budaya yang saling membantu untuk membuahkankejayaan.

    “Kerana itu, para penyelidik terutamanya calon ijazah tinggi, perlu mempunyai sikap, ilmudan kemahiran (attitude-skill-knowledge) yang tinggi terutamanya dari segi sikap seseorang itu dalammenghasilkan tugasannya secara berfokus, bersungguh-sungguh agar dapat memberi impak besarhasil dari usaha yang dibuatnya,” kata beliau lagi.

    Abdul Rahman juga mengingatkan semua pihak bahawa penyelidikan yang dibuat mestilah relevanagar dihormati dan dirujuk untuk diterima termasuk pihak industri yang berfikiran jauh ke hadapanapatah lagi geran penyelidikan banyak ditawarkan oleh pelbagai pihak bagi memenuhi keperluanmereka.

    “Oleh itu penyelidik juga perlu sentiasa mendekati industri, peka terutamanya dalam konteks k-ekonomi kesan dari Revolusi Keempat (4 Revolution) serta keupayaan sesetengahnya diterjemahkanuntuk kegunaan masyarakat dan industri seperti mana hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi dalammenjayakan penyelidikan translasional bagi membantu pembangunan ekonomi dan sosial secaraberterusan,” kata beliau lagi.

    th

  • 4/4/2018 USM News Portal - BUDAYA INSTITUSI DAN MASYARAKAT PENTING SOKONG KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN

    https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4774-budaya-institusi-dan-masyarakat-penting-sokong-kecemerlangan-penyelidikan 4/4

    Beliau meminta agar para penyelidik dan semua pihak memahami pentingnya mewujudkan budayayang dapat menyumbang kepada kecemerlangan penyelidikan seperti ketepatan waktu, berdisiplin,melakukan dengan penuh amanah, berintegriti dan beretika dan mempunyai kesungguhan dalam diridengan mencontohi amalan yang ada di pelbagai institusi dunia di negara maju termasuk Jepunmahupun negara-negara Barat dengan suasana yang kondusif untuk menyokong kepadakecemerlangan penyelidikan.

    “Kita melihat bagaimana keseronokan saintis dan para penyelidik di sana melakukan usaha mereka,sanggup bersengkang mata dan menumpukan sepenuh usaha dalam melakukan penyelidikan,menghormati para penyelia dan ilmuwan serta mempunyai adab keilmuan yang tinggi untukmenjayakan usaha ini,” kata Abdul Rahman.

    Tegasnya, pelbagai institusi di negara-negara maju mengiktiraf dan menghormati kesungguhan parapenyelidik dari Malaysia melakukan penyelidikan di sana dengan menuruti budaya yang ada, namunapabila berada di negara sendiri, sesetengah penyelidik kita mengambil mudah dan tidak lagimengamalkan budaya dan cara kerja yang sama demi mencapai kecemerlangan yang diingini.

    Wacana Ilmu Budaya dan Penyelidikan dianjurkan oleh Pusat Transformasi Insan USM yang memberipeluang kepada warga universiti dan masyarakat berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang dalam memacu kecemerlangan universiti.

    Teks: Mohamad Abdullah

    Share This

    Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

    Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

    Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

    Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

    Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

    http://del.icio.us/post?v=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4774-budaya-institusi-dan-masyarakat-penting-sokong-kecemerlangan-penyelidikan&title=USM%20News%20Portal%20-%20BUDAYA%20INSTITUSI%20DAN%20MASYARAKAT%20PENTING%20SOKONG%20KECEMERLANGAN%20PENYELIDIKANhttps://digg.com/submit?phase=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4774-budaya-institusi-dan-masyarakat-penting-sokong-kecemerlangan-penyelidikan&title=USM%20News%20Portal%20-%20BUDAYA%20INSTITUSI%20DAN%20MASYARAKAT%20PENTING%20SOKONG%20KECEMERLANGAN%20PENYELIDIKANhttps://www.facebook.com/dialog/share?app_id=925945534114813&display=popup&href=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4774-budaya-institusi-dan-masyarakat-penting-sokong-kecemerlangan-penyelidikan&redirect_uri=https://news.usm.my/media/coalaweb/modules/generic/html/popup-close.htmlhttps://plus.google.com/share?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4774-budaya-institusi-dan-masyarakat-penting-sokong-kecemerlangan-penyelidikan&title=USM%20News%20Portal%20-%20BUDAYA%20INSTITUSI%20DAN%20MASYARAKAT%20PENTING%20SOKONG%20KECEMERLANGAN%20PENYELIDIKANhttps://www.stumbleupon.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4774-budaya-institusi-dan-masyarakat-penting-sokong-kecemerlangan-penyelidikan&title=USM%20News%20Portal%20-%20BUDAYA%20INSTITUSI%20DAN%20MASYARAKAT%20PENTING%20SOKONG%20KECEMERLANGAN%20PENYELIDIKANhttps://twitter.com/intent/tweet?text=USM%20News%20Portal%20-%20BUDAYA%20INSTITUSI%20DAN%20MASYARAKAT%20PENTING%20SOKONG%20KECEMERLANGAN%20PENYELIDIKAN&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4774-budaya-institusi-dan-masyarakat-penting-sokong-kecemerlangan-penyelidikanhttps://www.linkedin.com/shareArticle?mini=true&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4774-budaya-institusi-dan-masyarakat-penting-sokong-kecemerlangan-penyelidikan&title=USM%20News%20Portal%20-%20BUDAYA%20INSTITUSI%20DAN%20MASYARAKAT%20PENTING%20SOKONG%20KECEMERLANGAN%20PENYELIDIKANhttp://reddit.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4774-budaya-institusi-dan-masyarakat-penting-sokong-kecemerlangan-penyelidikan&title=USM%20News%20Portal%20-%20BUDAYA%20INSTITUSI%20DAN%20MASYARAKAT%20PENTING%20SOKONG%20KECEMERLANGAN%20PENYELIDIKANhttps://www.newsvine.com/_tools/seed?popoff=0&u=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4774-budaya-institusi-dan-masyarakat-penting-sokong-kecemerlangan-penyelidikan&title=USM%20News%20Portal%20-%20BUDAYA%20INSTITUSI%20DAN%20MASYARAKAT%20PENTING%20SOKONG%20KECEMERLANGAN%20PENYELIDIKANmailto:?subject=USM%20News%20Portal%20-%20BUDAYA%20INSTITUSI%20DAN%20MASYARAKAT%20PENTING%20SOKONG%20KECEMERLANGAN%20PENYELIDIKAN&body=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4774-budaya-institusi-dan-masyarakat-penting-sokong-kecemerlangan-penyelidikanmailto:[email protected]://www.usm.my/http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp