13958102 komunikasi-bertulis
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU KOMUNIKASIKOMUNIKASI
(KOMUNIKASI BERTULIS)
JASON YEOHMOHD. SUKERINIZAM
NICHOLAS UMTAMSIDOM ANAK GUANG
PENULISANPENULISANKegiatan merakamkan idea,
pandangan atau pendapat dalam bentuk lambang-lambang bertulis untuk disimpan atau digunakan pada masa hadapan.
Dilakukan secara spontan atau terancang.
Penulisan yang baik akan dan sempurna akan melibatkan beberapa faktor seperti:
Isi atau FaktaGaya dan LarasPengolahan Bahasa
FaktaFaktaIsi yang hendak dipamerkan bagi
tatapan pembacaBagi karya berbentuk ilmiah, fakta
yang diketengahkan mestilah berdasarkan sesuatu yang dapat dipegang kebenarannya.
Digarap melalui pembacaan, hasil penyelidikan ataupun daripada pengalaman penulis.
Faktor –faktor tersebut diadun, disusun dan dirancang persembahan sebelum ia dapat diketengahkan.
Fakta yang sempurna mempunyai nilai kebolehpercayaannya yang tinggi.
Pandangan dan pendapat yang berasaskan prinsip, falsafah, ideologi dan teori-teori juga merupakan bahan-bahan yang dapat digunakan sebagai fakta.
Paling penting, fakta-fakta yang dipamerkan hendaklah jelas, bermutu, terbukti kesahannya, meyakinkan dan dapat disampaikan secara mudah, logik, dan penuh bertanggungjawab.
GayaGayaStail atau cara sesebuah penulisan
itu diolah dan disampaikan.Melibatkan penggunaan bahasa
yang tertentu yang biasanya diadun dengan pengolahan yang menarik dan berkesan.
Gaya yang menarik dan baik meransangkan pembaca dan memberikan impak yang mendalam kepada para pembaca.
LarasLarasDitujukan kepada penggunaan
bahasa mengikut bidang-bidang tertentu dan berdasarkan konteks dan situasi tertentu.
Laras berubah-ubah mengikut situasi. Laras bahasa yang berbeza mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam fungsi perlakuan sosialnya.
Adalah penting untuk mengenali laras utama bahasa Melayu. Apabila kita dapat membezakan laras formal dengan laras yang tidak formal, kita dapat mengelak daripada menggunakan laras yang tidak sesuai dengan situasi tertentu.
Pengetahuan ini penting dan berguna kepada mereka yang sering terlibat dengan saluran media cetak, penulis, penyair dan sebagainya.
PengolahanPengolahanKebolehan seseorang memerihalkan
sesebuah penulisa secara menyeluruh.Melibatkan bahasa dan penggunaannya
secara berkesan, serta melibatkan format dan bentuk.
Pengolahan yang baik dan sempurna mempunyai kesepaduan, kesinambungan, ketertiban dan pertalian.
Dapat membantu penulis memberi gambaran yang jelas dan menggerakkan ransangan serta daya berfikir pembaca dengan sempurna. Dengan kata lain, penulisan akan menjadi lebih matang, menarik dan berkesan.
BahasaBahasaHaruslah mudah dibaca, ditelahi
dan dinikmati.Penulis haruslah peka terhadap
bahasa dengan menjaga penggunaan bahasa yang digunakan agar ia menarik dan mudah dinikmati.
JENIS-JENIS TEKSJENIS-JENIS TEKSPenulisan teks perlulah kemas,
dapat dibaca dan difahami.Teks haruslah mempunyai isi
yang cukup, dan tersusun baik. Terdapat 2 jenis teks iaitu
karangan berformat kusus teks dan karangan yang berformat umum.
Teks karangan berformat khusus ialah karangan yang terikat dengan format-format tertentu dari segi penulisan.
Teks karangan berformat umum ialah jenis teks karangan yang formatnya lebih sederhana.
Jenis-jenis Teks Format Jenis-jenis Teks Format KhususKhususSurat RasmiLaporanMinit MesyuaratPengumumanRencanaUcapanWawancaraKertas KerjaKad UcapanPuisiCerpen
SURAT RASMISURAT RASMI
Surat rasmi bersifat formal dan digunakan untuk tujuan yang penting sahaja seperti urusan pejabat.Contoh-contoh surat kirman rasmi ialah surat aduan,surat rayuan,surat pesanan barang,surat undangan rasmi,surat permohonan dan surat edaran(pekeliling)
Gaya Bahasa Surat RasmiGaya Bahasa Surat RasmiGaya bahasa atau laras bahasa
yang digunakan untuk surat kiriman rasmi haruslah baku dan dapat menggunakan ejaan serta tanda bacaan yang betul.
Selain itu bahasanya juga haruslah mudah tetapi tepat dan padat.
Penggunaan kiasan dan sebagainya tidak digalakkan dalam penulisan surat rasmi ini.
SAMBUNGANSAMBUNGANPerkara-perkara berikut perlu diambil
perhatian:
Gaya penulisan dan bahasa haruslah sesuai dengan penerima dan tujuan surat.
Pemilihan ungkapan dan perkatan yang digunakan haruslah sesuai.
Surat haruslah sesuai dan bersih,tanpa kesilapan ejaan,tatabahasa tanda bacaan dan fakta.
Strukturnya mestilah mengikuti urutan dan logik,untuk membantu penerima surat memahami mesej dan bertindak sewajatnya.
FORMAT SURAT RASMIFORMAT SURAT RASMI
ALAMAT PENGIRIM Ditulis di sudut atas sebelah kiri surat.GARIS PANJANG MELINTANG Dibuat selepas menulis alamat pengirim.NAMA DAN ALAMAT PENERIMA. Ditulis selepas rgaris melintang. Barisan
akhir alamat penerima hendaklah digaris.TARIKH Ditulis di bahagian sebelah kanan
surat,sebaris dengan baris akhir alamat penerima. Nama bulan hendaklah berhuruf besar sepenuhnya dan dibubuh tanda noktah(.) selepas itu.
sambungansambungan PANGGILAN HORMAT PENERIMA Ditulis dibawah alamat penerima selepas melangkaui
satu baris kosong. Tanda koma dibubuh selepas panggilan penerima tersebut.
PERKARA Ditulis di bawah panggilan hormat penerima selepas
melangkaui satu baris kosong dan diberi garis dibawahnya.Huruf besar digunakan pada setiap awal kata.Jangan bubuh tanda noktah di bahagian akhir ayat ini.
PEMERENGGANGAN / ISI-ISI Perenggan pertama dan akhir tidak diberi
nombor.Kedua-dua perenggan ini dimulakan dari tepi surat.Perenggan kedua dan seterusnya diberi nombor dan disertai noktah.Permulaan ayat ini dijarakkan sedikit dari nombor
sambungansambunganPENGAKUAN PENGIRIM Ditulis di sebelah kiri surat selepas
melangkaui dua hingga tiga baris kosong sesudah perenggan akhir. Tanda koma hendaklah diletakkan selepas rangkaian kata-kata ini.
TANDATANGAN Diletak sebelah kiri bahagian akhir
surat selepas pengakuan pengirim.NAMA PENUH PENGIRIM Nama penuh pengirim hendaklah
ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan di bawah tanda tangan.
GANTI NAMA DIRI PERTAMAGANTI NAMA DIRI PERTAMADalam surat rasmi perkataan “saya” digunakan
untuk menunjukkan jumlah tunggal. Manakala perkataan “kami” dan “kita” digunakan untuk menunjukkan jumlah jamak. Jika surat rasmi ditujukan kepada orang yang mempunyai gelaran diraja seperti Tengku, Tuanku dan Raja anda tidak perlu membahasakan diri sebagai patik.
Sekiranya surat tersebut anda tujukan kepada raj yang memerintah seperti Yang Dipertuan Agong,Sultan dan permaisuri baginda, maka dalam keadaan ini wajiblah anda merujuk diri sebagai patik.Raja yang memerintah dan isteri baginda pula akan menggunakan “beta” sebagai gantinama diri pertama.
GANTI NAMA DIRI KEDUAGANTI NAMA DIRI KEDUAPenggunaan ganti nama diri kedua di dalam
surat rasmi agak rumit. Beberapa perkara perlu dipertimbangkan iaitu jantina,umur,pangkat,status dan hubungan penerima dengan anda. Anda juga boleh menggunakan nama gelaran dalam konteks ini.
Penggunaan nama tuan dan puan boleh digunakan untuk penerima yang mempunyai gelaran diraja atau gelaran bukan diraja seperti Profesor, Tan Sri,Pehin Puan Sri,Tun,Haji,Hajah dan sebagainya.Gelaran-gelaran tersebut bersama-sama rujukan terhormat boleh diulan-ulang supaya penggunaan bahasa anda halus.
GANTI NAMA DIRI KETIGAGANTI NAMA DIRI KETIGADalam urusan surat-menyurat secara rasmi
anda boleh menggunakan kata beliau sebagai gantinama diri orang ketiga untuk merujuk kepada sesiapa sahaja kecuali raja yang memerintah dan isteri baginda.
Dalam konteks ini,anda perlu menggunakan rujukan Tuanku, Seri Paduka. Sekiranya anda merujuk kepada jumlah yang ramai, anda boleh menggunakan kata mereka kecuali untuk raja yang memerintah dan isteri baginda.
Untu merujuk orang yang ketiga anda juga boleh menggunakan nama penama.Contoh:
Penama yang tersebut di atas telah berkhidmat selama dua tahun………
KEKUATAN SURAT RASMIKEKUATAN SURAT RASMI1. Pengirim dapat dihubungi dengan segera
kerana terdapat rujukan surat,nombor telefon,nombor faks dan sebagainya.
2. Degala hubungan dengan orang luar di bawah pengetahuan Ketua Jabatan kerana segala urusan rasmi yang ditujukan kepada kakitangan dan staf mestilah melalui Ketua Jabatan.
3. Surat boleh dibaca berulang kali dan boleh disimpan secara manula dan perkomputeran.
4. Perancangan awal dan penyusunan kandungan surat yang baik membolehkan pengirim menghuraikan idea-idea dengan jelas.
5. Dapat menjimatkan kos dan lebih ekonomi kerana harga setem jauh lebih murah jika dibandingkan dengan bil telefon bagi panggilan jauh.
KELEMAHAN SURAT RASMIKELEMAHAN SURAT RASMI
1. Kesilapan dalam surat yang diposkan tidak dapat diperbetulkan dengan serta merta.
2. Surat harus ditulis dengan teliti dan tertib kerana surat ini mewakili diri dan menggambarkan sahsiah pengirim.
3. Pengiriman surat mengambil masa yang lebi berbanding dengan cara telefon,faksimili dan sebagainya.
LAPORANLAPORAN Laporan ditulis untuk melaporkan sesuatu hal atau
peristiwa yang telah berlaku. Selalunya, penulisan laporan adalah tentang kegiatan persatuan, lawatan, hari penyampaian hadiah dan sebagainya. Untuk menulis laporan, penulis mestilah benar-benar mengetahui segala butir tentang hal ataupun peristiwa yang hendak dilaporkan. Butir-butir seperti persoalan tentang apa, siapa, bila, di mana dan mengapa haruslah dapat dimasukkan dan diolah dengan baik dalam laporan.
Ellis dan Hopkin(1985) – definisi laporan sebagaidokumen untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca yang khusus.
Mengikut Nuraini(1991:69)- laporan boleh dikategorikan berdasarkan tujuan penulisan seperti berikut:
1. Makluman2. Pemujukan3. Penerangan4. Sejarah
GAYA BAHASA LAPORANGAYA BAHASA LAPORANDalam menghasilkan laporan terdapat lima
perkara yang perlu difikirkan iaitu persediaan, pengumpalan bahan,penyusunan bahan, penulisan dan penyemakan semula. Penyusunanbahan amat amat penting kerana pembaca akan terkeliru dengan penulisan bahan yang tidak dirancang dengan baik.
Bahasa garus jelas dan mudah difahami.Penulis boleh memilih kaedah
logik,kronologi,berdasarkan ruang,memulakan maklumat yang diketahui umum kepada yang tidak diketahui umum,memulakan dengan yang lengkap kepada bahagian-bahagiannya iaitu secara cerakinan ataupun boleh memulakan bahagian-bahagiannya dahului dan diakhiri dengan yang lengkap.
FORMAT LAPORANFORMAT LAPORANTajuk Laporan Ditulis dengan menggunakan huruf besar
pada setiap awal kata(kecuali kata sendi,kata hubung dan kata sandang)dan diberi garis dibawahnya.
Isi Laporan Ditulis bermula dengan pendahuluan dan
diakhiri dengan penutup sama seperti karangan biasa.
Pengakuan Pelapor Ditulis di sebelah kiri laporan selepas
perenggan akhir,sesudah melangkau dua atau tiga baris kosong. Huruf pertama pada kata pertama mestilah huruf besar dan tanda koma(,) dibubuh selepas pengakuan tersebut.
sambungansambunganTarikh Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang
dengan pengakuan pelapor.Tanda Tangan Pelapor Ditulis di sudut kiri bahagian bawah iaitu
selepas pengakuan pelapor.Nama Pelapor Ditulis sepenuhnya dengan huruf besar di
dalam kurungan selepas tanda tangan. Jawatan Pelapor Ditulis disudut kiri bahagian bawah laporan
dan dibubuh tanda koma(,) dihujungnya. Seterusnya ditulis nama persatuan yang mewakili dan dibubuh tanda titik(.).
KEKUATAN LAPORANKEKUATAN LAPORAN1. Laporan yang baik seperti laporan
sejarah,laporan penerangan dan sebagainya akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca.
2. Laporan selalunya memuatkan perkara-perkara penting yang mendatangkan faedah kepada pembaca. Contohnya jika laporan kajian,selalunya akan memuatkan ruangan abstrak, implikasi daripada dapatan kajian dan sebagainya.
KELEMAHAN LAPORANKELEMAHAN LAPORANLaporan yang teliti memerlukan
masa, tenaga serta kewangan yang agak banyak untuk menghasilkannya terutamanya laporan formal seperti projek kerajaan/swasta.
Untuk menghasilkan laporan yang baik bukan suatu kerja yang mudah kerana lapora perlu menggunakan kebolehan menulis yang tinggi daripada segi penggunaan bahasa.
MINIT MESYUARATMINIT MESYUARATMinit mesyuarat dicatatkan oleh
setiausaha.Satu daripada bentuk laporan.Akan dijadikan sebagai sumber
rujukan pada masa-masa akan datang.,
Penulisan mestilah tepat lengkap dan kemas.
GAYA BAHASA MINIT GAYA BAHASA MINIT MESYUARATMESYUARATBahagian pendahuluan lazimnya
memuatkan aluan pengerusi.Bagaimanapun bahagian ini tidak
dicatatkan sebagai sebahagian daripada agenda.
Sebarang pindaan terhadap minit mesyuarat yang lalu misalnya pembetulan ejaan , frasa, ayat nombor dan sebagainya perlu dicatatkan.
Nyatakan juga jika tiada pindaan.
sambungansambunganBahagian-bahagian yang berbangkit
perlu memuatkan perkara yang dibangkitkan oleh ahli berdasarkan minit mesyuarat.
Selepas pengesahan minit mesyuarat dibuat dan diikuti dengan perkara-perkara berbangkit,barulah mesyuarat diteruskan dengan membincangkan agenda-agenda yang ditetapkan.
Dalam bahagian “hal-hal lain” setiap isu yang dibentangkan hendaklah diberi bilangan nombor yang berlainan.
Penulisan minit mesyuarat mengikut format yang khusus.
FORMAT MINIT MESYUARATFORMAT MINIT MESYUARAT
Sebenarnya tidak ada keseragaman dalam penyediaan penyediaan minit mesyuarat.
Setiap jabatan, persatuan atau badan-badan tertentu mempunyai cara yang tersendiri untuk mencatatkan minit mesyuarat masing-masing.
Lazimnya mengikut format seperti berikut:
sambungansambungan1. Bahagian kepala / tajuk - Bilangan minit mesyuarat - Jabatan / Jawatankuasa - Pertubuhan / OrganisasiContoh : MINIT MESYUARAT KELAPAN PERSATUAN
BOLA SEPAK AMATUR KEDAH DARUL AMAN.
2. Masa dan tempat - Tarikh mesyuarat - Waktu mesyuarat dijalankan - Tempat
sambungansambungan
Contoh :
Tarikh : 17 Disember 1990 Waktu : 2.30 petang Tempat: Kediaman rasmi YB
Menteri Besar Kedah Darul Aman.
sambungansambungan3. Kehadiran ditulis dalam susunan
seperti berikut:
a)Hadir - senarai nama ahli yang hadir
dan jawatan. b)Turut hadir –senarai nama mereka
yang hadir sebagai pemerhati atau undangan khas.
c) Tidak hadir – senarai nama ahli yang tidak hadir(sama ada beri alasan atau tidak).
sambungansambunganContoh:Ahli-ahli yang hadir : Dato’ Sri Osman Hj Arof
(Pengerusi)Dato’ Hj Ahmad Basri Akil (Setiausaha)
En Lee Kin Hong En Mohd Azmi Mahmud En Tan Cheng Hoe En Naina Mohamad Ismail En Abd Aziz Azizan En Romli Ghani En Radhi Mat Din En Ng Chew Beng En Mohamad Ramli
-
sambungansambungan Turut hadir : En Milous Kvacek En Rincic Bratislav En V. Sundram Moorthy En Abdul Halim Hj Abd
HamidAhli tidak : En Hussin Jaafar hadir En Chan Keat Swee En Ahmad Sobri Ismail
sambungansambungan AgendaPenulisan agenda-agenda yang dibincangkan adalah
seperti berikut: Kata-kata aluan Meluluskan minit mesyuarat yang lalu Perkara-perkara berbangkit Ganjaran istimewa Hal-hal lainDalam penulisan minit mesyuarat,ayat yang digunakan
harus menggambarkan keputusan dibuat berdasarkan persetujuan ahli-ahli mesyuarat.
Contoh: Mesyuarat telah dimaklumkan…… Mesyuarat telah bersetuju menerima…..
sambungansambunganPenutup bahagian penutup mesyuarat
terdiri daripada a) Penangguhan b) Nama serta jawatan penyedia
minit mesyuarat dan nama serta jawatan orang yang akan mengesahkan minit mesyuarat berkenaan,iaitu pengerusi dengan persetujuan ahli-ahli mesyuarat.
PENGUMUMANPENGUMUMANMaksud: Pemberitahuan, perihalan
mengenai sesuatu perkara untuk pengetahuan umum atau pihak tertentu sahaja.
Saluran: media massa 1. Televisyen dan radio - digunakan untuk menyiarkan pengumuman-pengumuman yang perlu diketahui oleh orang ramai.2. surat khabar – sediakan ruangan khas pengumuman daripada jabatan-jabatan, badan-badan berkanun atau perseorangan.
BEZA PENGUMUMAN DAN BEZA PENGUMUMAN DAN PEKELILINGPEKELILING
Pekeliling Pengumuman
1. Dipanjangkan kepada pihak berkenaan. Satu senarai nama dilampirkan.
2. Perlu tandatangan pihak yang membacanya.
1. Hanya sebagai pemberitahu sahaja.
2. Tandatangan pembaca tidak perlu
Gaya Bahasa Gaya Bahasa PengumumanPengumumanLaras bahasa: mudah difahami, ringkas, padat
dan tidak meleret-leret.Ciri-ciri umum surat pengumuman:-
i. Alamat pengirimii. Alamat penerimaiii. Tarikhiv. Nombor telefonv. Rujukan kami/ Rujukan tuanvi. Perkataan menghadap suratvii. Tajukviii. Isi suratix. Penutupx. Tandatangan
Kekuatan PengumumanKekuatan PengumumanPenting kerana dapat memberitahu
pembaca tentang perkara-perkara yang berlaku.
Bahasanya yang ringkas dan mudah difahami - pembaca senang memahami pengumuman.
Dapat disampaikan dengan menggunakan pelbagai medi elektronik - pengumuman lisan.
Kelemahan PengumumanKelemahan PengumumanKeberkesanan pengumuman tidak dapat
diketahui kerana tiada tindakan susulan pengumuman diberikan.
Pembaca/pendengar yang tidak mempunyai kemudahan seperti media elektronik ataupun cetak tidak dapat menerima pengumuman dengan sempurna.
RENCANARENCANARencana ditulis untuk dimuatkan dalam
majalah atau surat khabar.Tujuan: memberitahu sesuatu kepada
pembaca.Kandungan: ajaran, buah fikiran,
propaganda atau iklan. Jenis: rencana umum & rencana berita.Rencana umum – penulisnya bercorak
ilmiah. Penulis berpengetahuan luas tentang tajuk yang ditulis.
Rencana berita – ditulis berdasarkan pemerhatian, penyelidikan dan wawancara daripada orang terbabit.
Gaya Bahasa RencanaGaya Bahasa RencanaBahasa: mudah dan lancar.Boleh dimuatkan dialog.Setiap teks haruslah mengandungi isi
penting yang diolah secara berkesan. Isi yang utama didahulukan.Format teks rencana: format umum. Tajuk
ditulis di bahagian tengah atas teks rencana tersebut.
Gaya Bahasa RencanaGaya Bahasa RencanaBentuk penulisan:
i. Perenggan pendahuluanii. Perenggan isi pertamaiii. Perenggan isi keduaiv. Perenggan isi ketigav. Perenggan isi seterusnyavi. Perenggan Penutup
Kekuatan RencanaKekuatan RencanaBahasa mudah dan lancar – permudahkan
pembacaan.Rencana bercorak ilmiah boleh memberikan
pengetahuan kepada pembaca.Rencana dapat memberitahu sesuatu
kepada pembaca.
Kelemahan RencanaKelemahan RencanaPenulis perlu membuat kajian yang
mendalam – guna tenaga yang banyak dan memakan masa yang lama serta melibatkan kos yang tinggi.
UCAPANUCAPANUcapan adalah ceramah.Seorang berdiri depan penonton atau
menerusi radio dan televisyen.Komunikasi sehala – penceramah berucap
dan penonton mendengar.Kandungan – penerangan, penjelasan dan
fakta tentang sesuatu.Situasi: majlis perasmian, perpisahan,
perhimpunan dan keraian.
Gaya Bahasa UcapanGaya Bahasa UcapanBahasa mudah, jelas dan lancar. Isi haruslah tepat, munasabah dan menyakinkan. Format ucapan:
1. Pengenalan – kata-kata aluan kepada hadirin mengikut protokol.2. Isi – dimulakan dengan ucapan terima kasih serta menyatakan tujuan ucapan. seterusnya isi ucapan.3. kata-kata Penghadapan – kata-kata seperti hadirin sekalian, saudara sekalian dan sebagainya.4. Penutup – dimulakan dengan kata-kata yang dapat membayangkan atau menandakan ucapan akan ditamatkan.
Kekuatan UcapanKekuatan UcapanDapat mempengaruhi pembaca/pendengar
secara tidak langsung kerana ia lebih kepada penerangan, pujian ataupun sanjungan.
Bahasa yang digunakan sejajar dengan sasaran pembaca atau pendengar – mudah dan dapat difahami dengan mudah.
Kelemahan UcapanKelemahan UcapanPembinaan teks memerlukan penyelidikan
terlebih dahulu – sesuai dengan majlis dan khalayak.
Pembaca/pendengar tidak banyak – berdasarkan majlis dan tujuan ucapan itu sahaja.
WAWANCARAWAWANCARAPenulis hanya menulis apa yang
diperbualkan sahaja.Pembukaan: mengupas atau memberi
tafsiran terhadap tajuk.Pertanyaan: bercorak ilmiah
Gaya Bahasa WawancaraGaya Bahasa WawancaraPembukaan dimulakan dengan salam.Gunakan panggilan tuan/puan, encik, pak
cik/mak cik.Yang berstatus: panggilan Yang Berhormat,
Yang Mulia, Profesor, Doktor dan sebagainya.Pewawancara membentuk pertanyaan-
pertanyaan yang berasas dan wujudkan suasana perbualan selesa. Soalan pendek dan tersusun.
Bahasa yang digunakan haruslah sejajar dengan orang yang diajak berbual. Kata-kata ringkas.
Akhiri wawancara dengan lafaz terima ksaih.
Format WawancaraFormat Wawancara1. Pendahuluan
- tafsiran terhadap tajuk2. Isi
- berkaitan tajuk.3. Penutup
- lafaz terima kasih.
Kekuatan WawancaraKekuatan WawancaraBercorak formal dan ilmiah. Hasil teks boleh
dijadikan sumber rujukan kepada pembaca.Soalan-soalan tersusun dan sentiasa
berkaitan dengan tajuk. Permudahkan pembacaan.
Kelemahan WawancaraKelemahan WawancaraBercorak formal. Tidak dapat menyoal
perkara penting atau peribadi.Ambil masa yang lama – perlukan temujanji,
tempat sesuai, dan peralatan lain. Penulisan memakan masa panjang dan lama.
Kertas KerjaKertas KerjaBahan untuk menulis atau mencatatkan sesuatu perkara
bertujuan menghasilkan atau menyediakan sesuatu.
• Dibentangkan kepada orang ramai atau kumpulan dalam seminar atau bengkel.
• Digunakan dalam urusan-urusan lain termasuk dalam perancangan sesuatu projek, kajian dan sebagainya oleh sesuatu jabatan, syarikat dan lain-lain.
Gaya bahasa kertas kerjaGaya bahasa kertas kerja
Ciri-ciri umum kertas kerja ceramah:1) Tajuk2) Nama penceramah3) Nama institusi4) Abstrak (Snopsis / Ringkasan)5) Pengenalan6) Perkaedahan7) Keputusan8) Perbincangan9) Rujukan10) Lampiran
Ciri-ciri umum kertas kerja projek / kajian:1) Tajuk2) Rasional3) Objektif / matlamat4) Jangkamasa yang diperlukan5) Kumpulan sasaran6) Andaian halangan yang mingkin timbul
semasa menjalankan kajian / projek7) Kewangan – perbelanjaan yang diperlukan8) Penubuhan jawatan kuasa9) Menentukan jadual tugas10) Pelaksanaannya
Cara menulis kertasa kerjaCara menulis kertasa kerja
Tajuk- Bergantung kepada tujuan kertas kerja tersebut- Merangkumi semua idea utama yang hendak
disampaikan - Hendaklah ringkas, seelok-eloknya tidak melebihi
15 patah perkataan
Nama penulis dan institusi- Hendaklah ditulis penuh- Nama penulis hendaklah dituliskan tanpa gelaran
Abstrak- Kandungan dan tujuan penulisan dibuat- Tidak perlu ditulis terlalu panjang, memadai
sekadar antara 100 hingga 150 patah
Pengenalan - Memaparkan aspek yang berkaitan dengan tajuk
secara menyeluruh tetapi ringkas- Biasanya dibuat lebih kurang dalam satu muka
suratObjektif - Matlamat atau tujuan menulis kertas kerja- Merupakan idea menentukan daya penarik
kepada peserta untuk mendengar atau menilai ini kertas kerja
Petikan - Hendaklah disemak mengikut sumber asal dan
nyatakan sumbernya- Kandungan petikan hendaklah sebagaimana yang
asal - Tidak boleh dibuat sebarang pindaan atau
perubahanSenarai rujukan, bibliografi dan nota rujukan- Senarai rujukan – bahan khusus yang menyokong
sesebuah kertas kerja hendaklah dicatatkan dalam senarai rujukan
- Bibliografi – nama buku yang menjadi panduan bahan kerja, latar belakang atau bacaan lanjutan kepada pembaca yang berminat, ditulis di bahagian akhir sesuatu kertas kerja
- Nota rujukan – bahan atau kerja yang sukar diperolehi serti laporan yang terhad
Cara menaip - Sebaik-baiknya guna kertas taip berukuran A4- Tinggalkan 2.5 inci disebelah kiri kertas taip dan
1.5 inci untuk bahagian tepi sebelah kanan, atas dan bawah
Kelebihan kertas kerja - Memberi faedah dan pengetahuan kepada
pembaca kerana ia mempunyai pelbagai bahan yang diperlukan – daripada bahan ilmiah sehingga kepada bahan tentang sesuatu projek kerajaan / swasta yang besar
Kekurangan kertas kerja - Mengambil masa yang agak lama, tenaga yang
banyak dan kos yangagak tinggi- Memerlukan penekanan yang berlainan,
penulisan yang tepat dan teliti sesuai denga tujuan kertas kerja
Kad UcapanKad UcapanBertujuan untuk menyampaikan ucapan/hasrat
sempena peristiwa atau hal-hal yang berkaitanUntuk mengeratkan hubungan dan silatur rahim
Gaya bahasa kad ucapan- Menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah
tetapi bermakna- Menggunakan bahasa puitis, menarik dan indah
serta bahasa yang berunsur usikan atau jenaka
sambung
- perkara-perkara dasar yang perlua da dalam kad ucapan adalah:a) nama pengirim kad ucapanb) nama penerima kad ucapanc) untuk tujuan apakah ucapandiberikan?
- Boleh diperindahkan lagi denga kata-kata perangsang, pantun, sajak dan sebagainya.
- Laras bahasa yang dipelbagaikanini sememangnya dibentuk sedemikian sejajar dengan kepada siapa kad tersebut hendak diberikan.
Kelebihan kad ucapan - Dapat dihasilkan dengan cepat dan mudah
kerana bahasa yang yang digunakan pelbagai dan lebih menekankan kesesuaian bahasa dengan suasana majlis
- Tidak ada format yang tertentu dalam penulisan kad ucapan
- Lebih ekonomi kerana saiznya kecil – menjimatkan kertas dan kos penghantaran murah
Kekurangan kad ucapan - Penulis tidak dapat menggambarkan perasaan
sebenar – ruang kad kecil dan terikat dengan bahasa yang ringkas yang terdapat pada kad ucapan itu sahaja
Puisi• Satu genre sastera atau bentuk-bentuk sastera
yang menggunakan unsur bahasa seperti rima, irama, dan metafora
• Bentuk-bentuk mantera, gurindam, syair, nazam, seloka, pantun dan sajak tergolog dalam puisi
• Dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah, melukis kemanisan dan kecantikan bahasa
• Ciri-ciri puisidilihat daripada aspek:a) bentukb) bahasac) ema
Gaya bahasa puisi- Suatu persembahan dalam bentuk perkataan- Bahasa dalam puisi adalah satu alat penuh rahsia;
padanya ada badan, ada bentuk, ada suara dan makna dasar, makna hubungan sampingan atau konotasi dan ada pula makna peribadi
- Lebih kental dan membawa bahan makna dan bunyi yang lebih berat daripada bahasa harian
- Pendengar dan pembaca boleh melangkau kepelbagai dimensi dan meninggalkan pelbagai kesan mengikut kedayaan
Kelebihan puisi - Penyair berjaya memberikan fungsi yang lebih
luas kepada bahasa dengan beberapa kuasa baru dalam menyatakan perasaan tersendiri
- Penggunaan lebih padat, teliti dan kadang-kadang mendekati lagu
Kekurangan puisi - Pembaca yang biasa dengan pembacaan puisi
semata-mata untuk fahaman akan rasa sukar apabila hendak memahami maksud sesebuah sajak terutamanya untuk imaginasi dan perasaan
- Sikap penyair yang membataskan pembacaannya juga menjadi salah satu faktor kekaburan dalam puisi
Cerpen• Adalah cereka atau cerita yang relatif pendek• Dilakukan dengan penuh hemat dan ekonomis
supaya wujudnya satu kesan sahaja kepada pembaca
• Merupakan suatu kesatuan bentuk yang benar-benar utuh dan lengkap
• Tujuh unsur yangpenting1) tema2) plot3) watak4) latar5) latar6) gaya7) suasana cerita
sambung
Gaya bahasa cerpen- Setiap orang ada gaya yang tersendiri untuk
mengungkapkan sesuatu- Gaya adalah peribadi pengarang itu sendiri- Gaya bahasa ini terdiri daripada empat unsur
yang saling berkait:1) diksi – pemilihan kata-kata2) sintaksis – penyusunan ayat3) langgam penceritaan – unsur mengandungi dialog, pemikiran, aksi, deskripsi dan eksposis4) tempo – berhubung erat dengan ketiga-tiga unsur yang disebut tadi
Kelebihan cerpen- Satu daripada karya penulisan kreatif terbukti
amat mengutamakan daya imaginasi dan kecerdasan akal untuk mengusik kepekaan pembaca melalui cerita dan tema yang dikemukakan
- Karya kreatif ini berusaha mencipta sesuatu yangbaru dan bukan sekadar memaparkan fakta sahajaKekurangan cerpen
- Menampilkan satu plot dan perkembangan cerita lebih cepat dan ini boleh menimbulkan ketidakpuasan pembacaan di kalangan pembaca
- Suasana cerita dan watak agak terhad, ruang liputnya lebih terbatas – gambaran sebenar terhadap cerpen mungkin tidak dapat diperolehi dengan jelas