1.2 maksud semantik

Upload: azuwin-talip

Post on 09-Oct-2015

71 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

b

TRANSCRIPT

BAHASA MELAYU AKADEMIK II

[BAHASA MELAYU AKADEMIK II]PM 3312

1.0. MAKNA SEMANTIK.

Semantik ialah kajian yang berkaitan dengan makna dan ayat. Kajian ini menumpukan pada aspek makna bentuk linguistik dan hubungannya dengan makna kata dan ayat. Kajian ini menumpukan pada aspek makna bentuk linguistik dan hubungannya dengan dunia rujukannya. Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Semantik menghubungkan makna kalimat dengan wacana atau teks. Semantik bersifat gramatis yang mematuhi peraturan dalam menganalisis ayat. Analisis semantik memberikan penjelasan dari segi linguistik yang bersifat formal dan tetap. Semantik berbeza dengan sintaksis kerana sinstaksis ialah kajian tentang struktur bahasa dan bukan makna. Bidang yang yang berhubungan dengan semantik ialah ilmu pragmatik. Pragmatik ialah kajian penggunaan dan penginterpretasian ujaran berdasarkan konteks.Dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa. Daripada segi etimologi, kata Yunani sema yang beerti tanda atau lambang. Oleh hal yang demikian semantic juga dapat diertikan sebagai ilmu yang menyelidiki paduan tanda-tanda atau lambang-lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa serta ertinya. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat, manakala ayat terbina daripada rentetan kata. Oleh yang demikian, untuk meniliti makna dalam dalam sesuatu bahasa, peringkat bahasa yang diteliti meliputi unit-unit bahasa yang membentuk kata dan ayat, iaitu morfem, kata, frasa, dan ayat. Dengan ini, semantik dapat ditakrifkan sebagai kajian tentang makna morfem, kata, frasa, dan ayat dalam sesuatu bahasa.

1.1. HUBUNGAN MAKNA DENGAN PERKATAAN.

Perkataan yang terdiri daripada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif kesemuanya mengandungi makna. Sebaliknya, kata hubung seperti lalu dan jika sambil, tetapi, kata sendi nama seperti di, ke, daripada, punyai makna, tetapi dari segi tatabahasa ia berfungsi untuk membezakan makna. Sebagai contoh, minggu bermaksud jangka waktu yang lamanya tujuh hari, sebaliknya mingguan bermaksud sesuatu yang berlaku tiap-tiap minggu atau sekali dalam seminggu. Hal ini menunjukkan terdapat hubungan antara makna dengan kata tersebut dan dengan itu tidak boleh digunakan secara sewenang-wenangnya. Kata-kata adalah berhubungan antara satu dengan yang lain melalui pelbagai cara. Terdapat istilah yang digunakan bagi menjelaskan hubungan tersebut yang diakhiri oleh morfem nimi seperti sinonimi, antonimi, homonimi, dan hiponimi. Denotasi ialahmakna tersurat. Denotasi juga dikenali sebagaimakna kamus, makna kognitif, makna rujukan, makna konseptualdanmakna ideasional. Contohnya, Ayam tambatan ialah Ayam yang ditambat atau diikat dengan tali atau lain-lain alat pengikat.Konotasi pula ialahmakna tambahan,ataumakna tersirat. Ayam tambatan ialahOrang harapan/penting di dalam satu kumpulan, pasukan. Istilah lain untuk konotasi ialah emotifataumakna evaluatif. Terdapat kata-kata sinonim (seerti) yang mempunyai makna denotasi yang sama, tetapi makna konotasi yang berbeza. Contohnya, katawafat, mati, meninggal dunia, mampusmembawa maksud denotasi yang sama iaitu jasad dan roh terpisah. Tetapi dari segi denotasi,wafat untuk tokoh-tokoh ulama terhormat dan disegani,meninggal duniauntuk sebutan yang sopan,matiuntuk sebutan umum danmampusuntuk sebutan yang lebih kasar.

Daripada segi konteks penggunaan kata, makna, sesuatu kata atau ungkapan dapat dibezakan kepada makna denotatif dan makna konotatif. Sebagai contohnya, kata lelaki dalam ayat Dia seorang lelaki dalam konteks yang berbeza akan membawa makna yang berlainan. Dalam konteks biasa, kata lelaki bermakna manusia bukan perempuantetapi dalam konteks yang lain, kata lelaki dapat membawa maksud berani apabila lelaki tersebut tampil ke hadapan untuk menyelamatkan wanita yang diragut. Dalam konteks sedemikian, kata lelaki yang membawa maksud berani itu dikatakan mempunyai makna konotatif manakala kata lelaki yang bermakna manusia bukan wanita mempunyai makna denotatif.. Perbezaan makna denotatif dengan makna konotatif dapat ditentukan berdasarkan ada atau tidaknya nilai rasa pada sesuatu kata, baik nilai rasa posit mahupun negatif. Sebagai contohnya, walaupun kata perempuan dan wanita mempunyai makna denotative yang sama, iaitu manusia yang bukan lelaki namun kedua-dua kata ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Kata perempuan mempunyai nilai rasa yang rendah sedangkan kata wanita mempunyai nilai rasa yang lebih tinggi. Contoh lain untuk membezakan makna denotatif daripada makna konotatif terdapat dalam ungkapan kaki ayam. Makna denotatif bagi ungkapan ini ialah kaki yang dimiliki oleh ayam, tetapi makna konotatifnya merujuk kepada orang tidak memakai kasut. Begituyang terdapat pada tangkai jering. Makna denotatifnya ialah tangkai yang terdapat pada buah jering manakala makna konotatifnya ialah orang yang kedekut.

2.0. ASPEK SINONIMI.Sinonimi merujuk kepada aspek hubungan antara sinonim. Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti misalnya perkataan pendek dan rendah, sejuk dan dingin, tidur dan lena, sedap dan lazat dan sebagainya. Dalam kamus bahasa Melayu, terdapat kamus sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu. Kata-kata sinonim boleh wujud mengikut gaya yang berlainan berdasarkan keperluan pengungkapan yang ditentukan mengikut konteks dan situasi. Contohnya, kata-kata wafat, mangkat, meninggal dunia, mati, kojol, kejang, dan mampus. Kata-kata tersebut mendukung makna mati. Namun, wafat digunakan untuk nabi atau rasul, mangkat untuk raja, meninggal dunia untukorang biasa dan mati untuk haiwan, tumbuhan dan benda-benda lain, mampus untuk haiwan, manakala kojol dan kejang untuk menyatakan erti yang sama secara kurang sopan. Semua perbezaan itu bukan disebabkan oleh perbezaan dialek tetapi gaya dan kesan berlainan yang hendak ditimbulkan. Kata-kata yang bersinonim itu tidak mempunyai kesamaan makna seratus-peratus . perbezaan makna dapat dilihat pelbagai konteks.a. Konteks yang tidak boleh ditukar ganti sebagai contoh kata perempuan dan wanita walaupun bersinonim tetapi ungkapan persatuan wanita tidak akan dapat ditukar menjadi persatuan perempuan.b. Konteks yang formal dan tidak formal misalnya, kata ganti nama diri orang pertama saya digunakan dalam suasana formal sebaliknya kata aku digunakan dalam situasi yang tidak formal.c. Konteks susun lapis masyarakat sebagai contohnya, kata ganti nama diri orang pertama beta digunakan oleh raja untuk menyebut diri baginda tetapi rakyat biasa, kata ganti nama diri untuk menyebut diri apabila berhubungan dengan golongan diraja ialah patik.d. Konteks perbezaan penggunaan contohnya, kata mati digunakan dalam konteks biasa sedangkan ungkapan meninggal dunia digunakan dalam konteks yang lebih sopan. Selain itu, terdapat beberapa aspek yang diteliti berkaitan dengan hubungan sinonim.

a. Tidak semua kata dalam bahasa Melayu mempunyai sinonim. Misalnya, kata hujan, padi, dan batu tidak mempunyai sinonim.b. Ada kata yang bersinonim pada bentuk kata dasar tetapi tidak bersinonim pada bentuk kata terbitan. Sebagai contohnya,kata benar bersinonim dengan sungguh tetapi kebenaran tidak bersinonimdengan kata kesungguhan.c. Terdapat kata yang tidak mempunyai sinonim pada bentuk dasar tetapi memiliki sinonim pada bentuk terbitan. Misalnya kata tinggi tidak bersinonim dengan kata tingkat tetapi kata meninggikan bersinonim dengan kata meningkatkan seperti dalam ungkapan meninggikan taraf hidup dan meningkatkan taraf hidup.d. Ada kata yang menurut makna asalnya tidak bersinonim apabila digunakan sebagai kiasan. Misalnya, kata hitam tidak bersinonim dengan kata jahat dalam pengertian sebenarnya tetapi bersinonim apabila kata hitam digunaka sebagai kiasan seperti dalam ungkapan watak hitam sama ertinya dengan watak jahat.

3.0. ASPEK ANTONIMI.

Antonimi mempunyai maksud yang berlawanan daripada sininimi, iaitu ia merujuk kepada hubungan antara antonim. Antonim bermaksud kata yang bermakna dianggap berlawanan dengan kata lain. Sebagai contohnya, kata tua berlawanan dengan kata muda, kata tidur berlawanan maknanya dengan kata jaga manakala kata berani berlawanan maknnya dengan kata takut. Seperti kata-kata yang bersinonim, hubungan antara dua kata yang berantonim juga bersifat dua hala. Dalam hal ini, dapat dikatakan bahawa kata-kata tua, tidur, dan berani masing-masingberantonim dengan kata muda, jaga dan takut dan begitulah sebaliknya, kata-kata muda, jagadan takut masing-masing berantonim dengan kata tua, tidur, dan berani. Antonim dapat diklasifikasikan kepada beberapa ragam antonim. Ragam yang dimaksudkannya ialah:

ragam antonim

ragam antonim resiprokalragam antonim relasionalragam antonim perbandinganragam antonim komplementer

Rajah 1: Ragam Antonim.

a. Antonim komplementer Iaitu pasangan kata berlawanan yang saling melengkapi misalnya, hidup dan mati, miskin dan kaya, bumi dan langit, kembang dan kuncup, tajam dan tumpul, sihat dan sakit, gembira dan sedih

b. Antonim perbandingan iaitu pasangan kata yang menunjukkan ada kelebihan atau hubungan darjah pada satu kata dan satu kata yang lain ada kekurangannya contohnya, besar dan kecil, lapang dan sempit, tinggi dan rendah. Sebagai contoh, sebatang kayu itu dikatakan bersaiz panjang dengan merujuk kepada kayu itu secara spesifik berbanding dengan kayu lain yang sama jenis. Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan secara mutlak. Sebagai contoh, perkataan kecil pada kerbau kecil sebenarnya menunjukkan darjah dan makna yang tidak sama pada perkataan tikus kecil. Demikian juga perkataan laju bagi merujuk kepada kereta lumba tentu tidak sama darjahnya jika merujuk kepada ereta biasa.

c. Antonim relasional iaitu menunjukkan hubungan erat antara pasangan kata yang berkaitan. Contohnya, guru dan murid, pemimpin dan rakyat, majikan dan pekerja, dan sebagainya.

d. Antonim resiprokal iaitu pasangan kata yang bertentangan daripada makna tetapi berkait rapat daripada segi fungsinya. Contohnya, membeli dan menjual, memberi dan menerima. Dalam bahada inggeris terdapat beberapa pasangan perkataan yang menunjukkan pertentangan seperti ini, misalnya, trainer-trainee, mentor-mentee, employer-employee, interview-interviewee dan sebagainya.

4.0. ASPEK HOMONIMI. Dalam kajian semantik, makna lebih dipentingkan. Sebutan dan ejaan juga diambil kira bagi melihat perbezaan makna sesuatu kata. Homonim ialah dua kata atau lebih yang memiliki bentuk yang sama, sama ada daripada segi sebutan, ejaan, atau kedua-duanya, tetapi mempunyai makna berbeza. Sebagai contoh, perkataan kepala yang membawa maksud ketua tidak sama maknanya dengan kepala kereta api, kepala manusia dan kepala surat. Kepala kereta api merujuk kepada sesuatu yang letaknya di bahagian hadapan, manakala kepala manusia dan kepala surat merujuk kepada sesuatu yang letaknya dibahagian atas. Antara kata Melayu yang tergolong sebagai hominim termasuklah kata ketam. Bahasa ini popular dalam bahasa melayu sehingga dijadikan teka-teki oleh orang Melayu. Dalam kamus, kata ketam ini memiliki tiga pengertian yang berbeza (kamus membezakan ketiga-tiganya dengan meletakkan angka Roman selepas setiap kata masukan.) Contoh lain homonim termasuklah lompang, pasang, rawan, sari, ulas, buku, natu, dan sebagainya. Contoh 1: Ketam I pisau tidak berhulu untuk menuai padi, tuai. Ketam II alat untuk melicinkan kayu. Ketam III binatang berkulit keras dan berkaki sepuluh. Contoh 2: pasang I - jodoh atau kelamin pasang II - naik atau bertambah (air laut) pasang III - tembak (meriam) pasang IV - berhias (badan) Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak berlatarbelakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana homonim mempunyai sebutan dan ejaan yang sama, tetapi berbeza dari segi makna. Jika sesuatu ayat atau perkataan itu mempunyai lebih lebih daripada satu interpretasi ia boleh menimbulkan kekaburan kepada pendengar atau pembaca. Perhatikan ayat-ayat yang berikut:1. Syafiq masuk ke tandas lalu menutup pintu.2. Setiap petang Zahid lalu di hadapan rumah Siti.3. Azwad tidak lalu makan kerana sakit perut.4. Fareez mendapat keputusan yang cemerlang tahun lalu.5. Setelah berehat seketika mereka lalu meneruskan perjalanan ke bandar. Penggunaan ayat lalu dalam ayat-ayat di atas kesemuanya membawa maksud yang berbeza.dalam ayat (1), lalu merupakan kata hubung yang menyambungkan dua klausa yang setara menjadi satu. Dalam ayat (2), lalu membawa maksud melintas atau menempuhi. Dalam ayat (3), lalu membawa maksud berdaya atau sanggup. Dalam ayat (), lalu membawa maksud lepas atau lampau. Dalam ayat (5), lalu membawa maksud sesudah itu atau kemudian daripada itu. Demikian juga perkataan kuda yang mempunyai pelbagai makna, iaitu sejenis binatang yang berkaki empat, ukuran kekuatan enjin atau motor dan nama buah catur. Jika terdapat perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual atau sejarah, ia disebut sebagai polisemi. Polisemi diertikan sebagai satu patah kata yang mempunyai makna yang banyak atau satu set makna. Hal ini memperlihatkan seolah-olah konsep polosemi sama dengan hominim, iaitu satu patah perkataan mempunyai lebih daripada satu makna. Y Rajah 2: t diperturunkan makna kata jatuh dan contoh penggunaannya. Makna Ayat contoh

GugurBuah durian itu jatuh tadi pagi.

Merosot,turunHarga getah jatuh pagi tadi.

TerbenamRumahnya terletak sebelah matahari jatuh.

Bersamaan denganHari lahirnya jatuh pada hari jumaat.

Tumbang Kerajaan itu jatuh kerana mengamakan rasuah

Muflis, bankrapPerniagaan jatuh kerana banyak saingan.

Tidak dapat dipertahankanAkhirnya, melati jatuh ke tangan Borhan daripada tangan Ali

Menjadi Apabila mendengar abang masuk penjara, emak jatuh sakit.

Homonim terbahagi kepada tiga jenis iaitu:homofon- kata-kata yang sama sebutannya tetapi berbeza dari segi ejaan dan makna. Yang berikut antara kata bahasa Melayu yang tergolong sebagai homofon.perkataanMaksudDengan perkataanMaksud

BakaAsal keturunanbaqaKekal

BangSeruan azanbankInstitut kewangan

MasaWaktumassaJumlah yang banyak.

JinMakhluk halusjeanSejenis seluar tebal

Rajah 3: Contoh Homofon.Homograf - kata-kata yang sama ejaannya, tetapi sebutannya berbeza.Ejaan Sebutan/bunyiMaksud

BelaBelaPelihara

BlaMempertahankan

PerangPerangPergaduhan

PrangWarna kuning kemerahan

RendangRndangSejenis masakan

RendangRimbun

SemakSmakBelukar

Semakmeniliti

Rajah 5: contoh homograf.Homonim- mempunyai sebutan dan ejaan yang serupa.contoh:daki I kotoran, daki II - panjat

5.0 ASPEK HIPONIMI Hiponimi merujuk kepada hubungan antara hiponim. Hiponim ialah kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna, iaitu makna sesuatu ungkapan itu merupakan sebahagian daripada makna ungkapan lain. Secara umumnya, hiponim merupakan hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus. Sebagai contoh kita tahu bahawa hijau, kuning, merah, biru dan kelabu ialah perkataan yang merujuk kepada warna. Sebagai contoh lain, kerusi ialah pemadam ialah hiponim terhadap alat tulis kerana pemadam tergolong dalam makna alat tulis. Dalam hal ini, pemadam memang alat tulis, tetapi alat tulis bukan pemadam semata-mata sebaliknya merangkumi perabot lain. Hal ini difahami daripada rajah berikut.

ALAT TULIS

Pen khatPen dakwatPemadam Pembaris Pensil (Mempunyai makna umum)

(Mempunyai makna khusus) Rajah 6: Pembentukkan Hiponim

Berbeza daripada sininom dan antonim, hubungan antara dua kata yang berhiponim adalah satu arah. Contohnya, kata pemadam berhiponim dengan kata alat tulis tetapi alat tulis tidak berhiponim dengan kata pemadam. Hal ini demikian kerana kata alat tulis meliputi pelbagai jenis alat tulis yang lain seperti yang terdapat dalam Rajah . RefleksiAlhamdulillah dengan limpah kurnia dari-Nya dapatlah kami dengan jayanya menyiapkan tugasan ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Ucapan terima kasih atas bantuan penyarah kami iaitu En. Fihat bin Salleh yang telah memberikan tunjuk ajar dan keterangan yang jelas dalam menyiapkan tugasan ini.Hasil daripada tugasan ini, saya juga telah memperoleh faedah daripada perbincangan dan dapat menyelesaikan masalah secara rasional. Saya kini sedar akan pentingnya mempunyai sikap tolong-menolong semasa menjalankan kerja kursus ini. Tambahan lagi, saya telah dapat banyak manfaat daripada kerja kursus. Hal ini kerana, kerja kursus memang memberi cabaran kepada saya terutamanya kerana keadaan cuaca yang tidak menentu begini.sepanjang proses menjalankan tugas ini, saya menjadi lebih mahir mencari bahan menggunakan buku dan internet. Menunjukkan betapa pentingnya pemilihan bahan ilmiah yang terbaik semasa pencarian maklumat. Daripada kerja kursus ini, saya telah lebih mengetahui sesi pembelajaran dengan lebih fleksibel. Tugasan satu, saya telah mendapat banyak faedah daripada bahagian ini saya telah mempelajari ilmu yang sangat berguna. Antaranya ialah mempelajari maksud semantik dan hubungan antara perkataan. Saya menyedari kata-kata adalah berhubungan antara satu dengan yang lain melalui pelbagai cara. Terdapat istilah yang digunakan bagi menjelaskan hubungan tersebut yang diakhiri oleh morfem nimi seperti sinonimi, antonimi, homonimi, dan hiponimi dan topik-topik di dalam buku bahasa melayu II. Tugasan 2 pula, saya dapat mengkaji aspek-aspek sinonimi, antonimi, homonimi, dan hiponimi berserta contoh yang seduai. Saya mendapati banyak perkara yang boleh saya pelajari dalam satu aspek. Makna-makna yang berlainan mengikut cara sebutan membuatkan saya mengetahui cara menyebut amat penting untuk menyampaikan makna.Tuntasnya, hasil tugasan ini, banyak bermanfaat kepada saya, dan turut dapat memberikan saya ilham untuk mencipta aktiviti semasa sesi pembelajaran apabila mula mengajar nanti.

RUJUKAN

Abdullah Hassan (1998), Penerbitan Kata Dalam Bahasa Malaysia. Selangor: Fajar Bakti Sdn. BhdAb. Rahman & Yap Kim Fatt (1997), Bahasa Melayu Komunikasi 1. Selangor : Longman Sdn. Bhd Ab. Rahman, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim selamat (1997). Pengajian Melayu 1. Selangor : Longman Sdn. BhdGoay Teck Chong, Choo Say Tee,& Zainuddin Ahmad. (2009). Longman Teks Pra-U STPM Bahasa Malaysia Kertas 1. Selangor: Pearson Malaysia Sdn Bhd.Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Siri Pendidikan Bahasa Melayu II. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.Prof. Emeritus Dr Abdullah Hassan. (2007). Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Aplikasi Psikolinguistik Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

LAMPIRAN

8