10-psikologi kesihatan
TRANSCRIPT
![Page 1: 10-psikologi kesihatan](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022061518/5571f38f49795947648e3de8/html5/thumbnails/1.jpg)
1
PSIKOLOGIKESIHATAN
Puan Siti Azura Bt BahadinJabatan Psikologi dan Kaunseling
Fakulti Pembangunan Sosial dan ManusiaUniversiti Utara Malaysia
![Page 2: 10-psikologi kesihatan](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022061518/5571f38f49795947648e3de8/html5/thumbnails/2.jpg)
2
PSIKOLOGI KESIHATAN
Psikologi kesihatan mengkaji faktor-faktor behaviorisme di dalam perubatan, kesihatan fizikal dan rawatan.
![Page 3: 10-psikologi kesihatan](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022061518/5571f38f49795947648e3de8/html5/thumbnails/3.jpg)
3
TEKANAN (STRES)1. Tekanan (Stres) - keadaan fizikal dan mental
yang berlaku apabila individu perlu berubah atau menyesuaikan diri didalam persekitaran.
2. Tekanan yang bagus digelar ‘eustress’ di mana ia merangsang, memberi tenaga dan kepuasan kepada individu seperti memanjat gunung, mendapat pekerjaan baru dan berkenalan dengan rakan baru.
![Page 4: 10-psikologi kesihatan](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022061518/5571f38f49795947648e3de8/html5/thumbnails/4.jpg)
4
3. Reaksi stres adalah gerak balas fizikal terhadap tekanan yang meliputi perubahan badan, seperti ketegangan otot, berpeluh yang berkaitan dengan bangkitan sistem saraf autonomik.
![Page 5: 10-psikologi kesihatan](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022061518/5571f38f49795947648e3de8/html5/thumbnails/5.jpg)
5
TANDA-TANDA EMOSI
1. Kerisauan (Anxiety)
2. Apathy
3. Sering marah
4. Keletihan mental
![Page 6: 10-psikologi kesihatan](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022061518/5571f38f49795947648e3de8/html5/thumbnails/6.jpg)
6
TANDA-TANDA TINGKAH LAKU1. Mengelak daripada tanggungjawab dan
perhubungan.
2. Tingkah laku yang membahayakan diri (atau ekstrim).
3. Tidak mengendahkan diri.
4. Hilang pertimbangan atau Pertimbangan yang lemah.
![Page 7: 10-psikologi kesihatan](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022061518/5571f38f49795947648e3de8/html5/thumbnails/7.jpg)
7
TANDA-TANDA FIZIKAL
1. Kerisauan melampau terhadap penyakit
2. Sering sakit
3. Keletihan
4. Penggunaan ubat yang berlebihan
5. Kesakitan dan rungutan mengenai fizikal
diri
![Page 8: 10-psikologi kesihatan](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022061518/5571f38f49795947648e3de8/html5/thumbnails/8.jpg)
8
PUNCA TEKANAN (STRES)1. Bencana, kesilapan manusia-tumpahan toksik2. Perubahan penting dalam kehidupan manusia
juga memerlukan penyesuaian dan boleh menyebabkan tekanan.
3. Konflik-apabila individu perlu memilih satu di antara dua matlamat / cita-cita yang bersaing atau masing-masing mempunyai kelebihan dan sukar dibuat pemilihan.
![Page 9: 10-psikologi kesihatan](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022061518/5571f38f49795947648e3de8/html5/thumbnails/9.jpg)
9
RICHARD LAZARUS Dua cara dalam menangani sesuatu keadaan
yang dilihat sebagai merbahaya atau gangguan. 1.PENILAIAN UTAMA (PRIMARY APPRAISAL)
Di mana individu membuat pilihan sama ada sesuatu situasi itu penting atau tidak penting, positif atau satu gangguan.
2.PENILAIAN KE 2 (SECONDARY APPRAISAL)
Di mana individu menilai apa yang dimiliki untuk menghadapi tekanan atau cabaran tersebut.
![Page 10: 10-psikologi kesihatan](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022061518/5571f38f49795947648e3de8/html5/thumbnails/10.jpg)
10
DAYA TINDAK1. PENAFIAN (Denial)
Ia bertujuan untuk membantu diri-sendiri menerima sesuatu hakikat yang pahit atau realiti yang tidak menyenangkan sama ada dengan cara menolak realiti tersebut, tidak menerimanya, atau mempercayainya.
Penafian biasanya berlaku akibat kesukaran menerima suatu berita buruk seperti kematian, sakit atau peristiwa yang menyedihkan dan menjadi ancaman ke atas kestabilan emosi.
![Page 11: 10-psikologi kesihatan](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022061518/5571f38f49795947648e3de8/html5/thumbnails/11.jpg)
11
2. MEMENDAM (Repression)
Freud percaya bahawa manusia melindungi dirinya dengan memendam perasaan sebagai cara untuk melupakan peristiwa pahit atau trauma yang dialami.
Nama orang yang dibenci dan perkara yang memalukan atau kegagalan sering dipendam dan tidak diceritakan kepada orang keliling.
![Page 12: 10-psikologi kesihatan](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022061518/5571f38f49795947648e3de8/html5/thumbnails/12.jpg)
12
3. REACTION FORMATIONDaya tindak ini menghalang impuls merbahaya daripada diekspresikan sebagai tingkah-laku dan individu akan mempunyai tingkah laku yang bertentangan dengan tingkah laku yang dipendam.
Contohnya, seorang ibu yang membenci anaknya melalui daya tindak ini akan mengawal ketat anaknya (overprotective), atau memanjakannya (overindulgent), supaya dia dapat lari dari kenyataan bahawa dia membenci anaknya .
![Page 13: 10-psikologi kesihatan](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022061518/5571f38f49795947648e3de8/html5/thumbnails/13.jpg)
13
4. REGRESI (Regression)
‘Regresi’ bermaksud kembali ke asalan, situasi atau perangai semakin merosot dan kurang mencabar. Seorang anak sulung yang baru menerima adik baru mungkin akan mengalami regresi sebagai cara untuk menarik perhatian ibu-bapanya.
Dia mungkin ingin memakai lampin atau menyusu botol seperti adiknya walaupun dia sebenarnya telah lama meninggalkan tahap tersebut.
![Page 14: 10-psikologi kesihatan](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022061518/5571f38f49795947648e3de8/html5/thumbnails/14.jpg)
14
5. PROJEKSI (Projection)
Projeksi merupakan proses di bawah sedar yang melindungi manusia daripada kerisauan yang dirasai.
Seorang individu akan melihat orang lain yang bermasalah walaupun dia sebenarnya yang menghadapi masalah tersebut
![Page 15: 10-psikologi kesihatan](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022061518/5571f38f49795947648e3de8/html5/thumbnails/15.jpg)
15
6. RASIONALISASI (Rationalization)Memberi justifikasi ke atas tingkah laku individu dengan memberi sebab-sebab yang munasabah, rasional walaupun sebenarnya sebab-sebab yang diberikan tidak berkaitan atau tidak benar. Contohnya seorang pelajar gagal menghantar tugasan tepat pada waktunya. Pelajar tersebut akan memberi pelbagai alasan yang munasabah walaupun ianya bukan sebab yang sebenar.
![Page 16: 10-psikologi kesihatan](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022061518/5571f38f49795947648e3de8/html5/thumbnails/16.jpg)
16
7. GANTI RUGI (Compensation)
Daya tindak ke atas perasaan rendah diri. Individu yang mempunyai kekurangan atau kelemahan sama ada ianya benar atau hanya imaginasi akan cuba sedaya upaya untuk menutup kelemahan tersebut dengan berjaya dalam bidang lain.
![Page 17: 10-psikologi kesihatan](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022061518/5571f38f49795947648e3de8/html5/thumbnails/17.jpg)
17
8. SUBLIMASI (Sublimation)8.1. Daya tindak ini didefinisikan sebagai
melepaskan perasaan geram/tekanan melaui aktiviti sosial yang diterima masyarakat. Freud percaya bahawa aktiviti kreatif seperti muzik dan seni memberi laluan kepada individu untuk mengawal tenaganya ke arah yang produktif.
8.2. Contohnya individu yang bersikap langsang akan diterima masyarakat jika menggunakan sikap tersebut dalam menceburi kerjaya askar, ahli tinju dan sebagainya.
![Page 18: 10-psikologi kesihatan](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022061518/5571f38f49795947648e3de8/html5/thumbnails/18.jpg)
18
General Adaptation Syndrome (GAS)1. General Adaptation Syndrome (GAS) dalam Bahasa
Malaysia dikenali sebagai “Sindrom Adaptasi Umum”2. GAS merupakan beberapa reaksi yang diberikan oleh
tubuh manusia apabila berhadapan dengan tekanan atau stres yang berterusan.
3.Hans Selye (1976), menyatakan bahawa badan manusia memberi tindak balas yang serupa terhadap apa jua jenis tekanan tidak kira sama ada ianya adalah peristiwa yang memalukan, pekerjaan baru, atau kegagalan.
![Page 19: 10-psikologi kesihatan](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022061518/5571f38f49795947648e3de8/html5/thumbnails/19.jpg)
19
4. GAS terbahagi kepada tiga peringkat:(a)Reaksi yang mengejutkan simptom
seperti sakit kepala, sakit badan dan badan mula cuba untuk menghadapi tekanan tersebut. Kalenjar pituitary menghantar maklumat kepada kalenjar adrenal untuk menghasilkan lebih banyak adrenalin dan noradrenalin.
(b)Peringkat melawan yang menentukan ketahanan
(c)Peringkat mengalah dan keletihan
![Page 20: 10-psikologi kesihatan](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022061518/5571f38f49795947648e3de8/html5/thumbnails/20.jpg)
20
CARA MELEPASKAN DIRI DARI TEKANAN
1. Progressive Muscle Relaxation
2. Guided Imagery
Individu dipandu untuk mengimaginasi peristiwa-peristiwa yang memberi ketenangan dan merehatkan individu tersebut.
3. Sukan & Meditasi
![Page 21: 10-psikologi kesihatan](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022061518/5571f38f49795947648e3de8/html5/thumbnails/21.jpg)
21