1.0 pengenalan salhah abdullah (2006) menyatakan...
TRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Salhah Abdullah (2006) menyatakan guru berperanan sebagai
perancang, pengurus dan pelaksana yang mana perlu berpandukan prinsip
pengurusan yang sistematik. Pengurusan yang sistematik melibatkan
beberapa proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat
tindakan susulan termasuk penambahbaikan. Pengajaran pula adalah proses
penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu yang meliputi aktiviti
perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan
tujuan menyebar isi pelajaran, ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada
pelajar-pelajar dengan cara berkesan. Manakala, pembelajaran pula menurut Choong Lean Keow (2011),
adalah perubahan tingkah laku seseorang akibat perolehan ilmu, kemahiran
atau amalan hasil proses pendidikan. Maka dapatlah difahami, pengurusan
pengajaran dan pembelajaran adalah proses untuk merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan dan menyampaikan isi pelajaran,
menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dan
membuat tindakan susulan berdasarkan penilaian yang telah dibuat
termasuk membuat penambahbaikan.Tugasan Budaya dan Pembelajaran ini memerlukan seorang guru untuk
memahami tugasnya sebagai seorang ‘pengurus’ dalam membina
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Kamus Dewan Edisi Baru
(1989), definisi persekitaran merujuk kepada keadaan di sekeliling atau
keadaan yang menjadi seperti latar belakang seseorang atau sesuatu. Bilik
darjah pula secara amnya adalah bilik- bilik di sekolah yang menjadi tempat
untuk murid –murid belajar dan guru mengajar. Kemudian, dapatlah difahami
secara umum bahawa mesra budaya ialah cara atau gaya hidup pelbagai
masyarakat dan bangsa yang selesa, kondusif dan selamat. Justeru, gurulah
menjadi tonggak utama dalam membina suasana bilik darjah yang damai dan
tenteram untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang adil dan
tidak bias antara murid yang berbeza latar belakang dari segi kaum, jantina,
agama dan keperluan sekeliling serta mengambil kira kepelbagaian budaya
yang boleh meransang murid menjadi peka kepada budaya org lain, saling
menghormati dan dapat bergaul mesra tanpa mengira perbezaan yang ada
pada diri mereka.
1
2.0 ESEI : PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (INDIVIDU)
2.1 Kepelbagaian Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Shahabuddin Hashim dan Noor Miza Abdul Rahman (2014)
merujuk kepada Dick dan Reiser (1989), menyatakan bahawa
pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang
menyeronokkan. Oleh yang demikian, perancangan pengajaran yang
dilakukan oleh guru mestilah menggunakan kaedah, strategi dan
teknik yang berkesan supaya sesuai dengan budaya murid, mudah
difahami oleh para pelajar dan menyeronokkan. Salhah Abdullah
(2009), yang merujuk kepada Armstrong (1994) pula menyatakan teori
kecerdasan pelbagai mencadangkan bahawa tiada satu set strategi
atau aktiviti yang terbaik untuk semua pelajar. Semua pelajar
mempunyai perbezaan kecenderungan dalam tujuh kecerdasan
pelbagai, jadi mana-mana aktiviti pembelajaran berkemungkinan
berkesan kepada satu kumpulan dan kurang berkesan kepada
kumpulan lain. Berdasarkan penyataan tersebut, guru perlu sentiasa
mengambil kira kepelbagaian kecerdasan ini dalam merancang dan
mengurus aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar semua murid
menerima peluang pembelajaran yang sama serta guru boleh
mewujudkan suasana mesra budaya itu melalui amalan pedagogi.
Antaranya ialah :
2.1.1 Pembelajaran kontekstual Pembelajaran kontekstual iaitu guru mengaitkan bahan
pengajaran dan pembelajaran kepada situasi dunia yang
sebenar. Misalnya, dalam subjek pendidikan Islam, guru boleh
mengaitkan adab terhadap orang yang lebih tua dengan budaya
Melayu seperti adab melintas di hadapan orang tua dan
bersalaman dengan orang tua.
2.1.2 Pembelajaran kolaboratif dan koperatif
2
Pembelajaran kolaboratif dan koperatif boleh dilakukan di
mana guru melaksanakan aktiviti berkumpulan seperti
perbincangan dan melaksanakan sesuatu tugasan secara
bersama-sama yang mana ahli kumpulan terdiri dari pelbagai
etnik. Contohnya murid- murid Cina, India, dan Melayu
digabungkan dalam satu kumpulan tempat duduk atau dalam
aktiviti. Dengan itu, murid- murid ini boleh berkomunikasi dan
berinteraksi sesama mereka dan mewujudkan suasana mesra
antara mereka kerana apabila mereka bercakap, pasti mereka
akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
perantaraan. Ini akan dapat mengelakkan salah faham antara
murid- murid dan menambahkan lagi kemahiran berbahasa
Melayu dalam kalangan murid yang tidak berbangsa Melayu.
2.1.3 Aktiviti pembelajaran sambil bermainMain merupakan budaya bagi golongan kanak- kanak. Ia
juga satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menarik
perhatian murid- murid. Oleh itu, guru boleh gunakan kaedah ini
dalam mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dan pada masa yang sama boleh menyelitkan unsur budaya
pelbagai kaum umpamanya dalam subjek Matematik, guru boleh
menggunakan permainan batu seremban untuk mengajar murid
mengira.
2.1.4 Aktiviti pembelajaran berasaskan teknologi maklumat
Seterusnya, guru seharusnya peka dengan keperluan
semasa yang menuntut supaya guru menggunakan teknologi
maklumat iaitu ICT dalam pengajaran dan pembelajaran seperti
menggunakan CD interaktif, menggunakan internet untuk
mencari bahan pembelajaran, memaparkan gabungan audio
visual, bahan grafik menggunakan slaid powerpoint dan
sebagainya.
2.2 BahanPengajaran dan Pembelajaran
3
Penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
mestilah dirancang dengan sebaiknya kerana ia sangat penting untuk
membantu guru menerangkan konsep abstrak yang sukar kepada para
murid, membantu murid memahami isi pelajaran dengan lebih cepat
serta menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dengan adanya
bahan-bahan tersebut. Antara bahan yang sesuai digunakan dalam
mewujudkan mesra budaya ialah ;
2.2.1 Bahan maujud Bahan maujud terdiri daripada realia awet dan realia asli.
Sebagai contoh, dalam format terkini Rancangan Pengajaran
Harian Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) terdapat fasa
persediaan iaitu pemerhatian yang mana guru membawa bahan
maujud untuk menarik minat murid bagi memulakan tajuk
pelajaran misalnya dalam guru mengajar adab makan dan
minum dengan membawa makanan tradisional masyarakat
Melayu, India dan Cina.
2.2.2 Bahan visual tayang 2D dan bahan audio visual
Guru juga boleh menggunakan bahan visual tayang 2D
iaitu slaid powerpoint untuk menunjukkan sesuatu gambar rajah
serta boleh menggunakan bahan audio visual seperti video dan
televisyen untuk menayangkan sesuatu peristiwa contohnya
situasi hari perayaan orang Melayu, Cina atau India dengan lebih
jelas. Jelasnya, penggunaan kedua-dua bahan ini amat efektif
digunakan dalam bilik darjah agar murid tidak berasa bosan dan
dapat mewujudkan persekitaran yang mesra budaya.
2.2.3 Bahan cetak
Seterusnya, bahan pengajaran dan pembelajaran yang
masih relevan dan sesuai sepanjang zaman adalah bahan cetak
di mana guru dapat menyediakannya dengan mudah seperti kad
bergambar, peta minda, akhbar, majalah, kad imbasan, risalah
4
dan sebagainya. Misalnya, guru boleh mencetak peta minda
yang mengandungi tatacara perkahwinan pelbagai budaya
untuk diberikan kepada semua murid.
2.3 Pengurusan Bilik Darjah
Mengikut salah satu Model pengurusan disiplin iaitu model
disiplin Asertif Canter, guru mempunyai hak untuk mengajar tanpa
gangguan manakala hak murid ialah untuk belajar dalam persekitaran
kondusif. Justeru, guru perlu memastikan pengurusan bilik darjah
berada dalam keadaan yang mesra budaya serta menyediakan
persekitaran pembelajaran yang positif dan kondusif.
2.3.1 Fizikal bilik darjah Menurut Noriati A. Rashid et. al (2014), susun atur bilik
darjah melibatkan kerusi meja tempat duduk murid yang mana
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya akan wujud apabila
murid ditempatkan di tempat duduk yang dikelilingi oleh rakan-
rakan pelbagai etnik. Sehubungan dengan itu, guru mestilah
memberi perhatian yang positif dan adil terhadap semua murid
yang berada di dalam bilik darjah dengan menyusun tempat
duduk murid mengikut keperluan yang relevan. Secara tidak
langsung juga, kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu
kumpulan akan dapat diwujudkan serta memupuk satu suasana
mesra budaya. Guru juga boleh mewujudkan sudut mata pelajaran
seperti seni, muzik, stesen matematik, sudut bacaan yang
dipenuhi buku-buku cerita dan kata-kata motivasi. Lebih penting
lagi, aspek fizikal bilik darjah yang perlu guru ambil berat adalah
aspek keselamatan yang mana guru perlulah membuat
peraturan kelas supaya dapat mengawal dan mencorak tingkah
laku yang positif dan mencegah perlakuan yang tidak diingini.
Benarlah menurut Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki
Miskon (2012), mengatakan bahawa bilik darjah yang
mempunyai peralatan asas yang lengkap akan melahirkan
pembudayaan bilik darjah yang kondusif dan hasilnya akan
5
terjelma suasana yang harmonis, ceria dan semangat kepada
murid dan guru untuk mengajar dan belajar.
2.3.2 Persekitaran sosioemosi.
Guru sebagai seorang ‘pengurus’ bilik darjah, guru
perlulah berusaha mengurus emosi murid agar sentiasa stabil
dan boleh meneruskan aktiviti pembelajaran tanpa ada
pergaduhan. Antara caranya ialah guru boleh memberikan
motivasi seperti kata-kata pujian, galakan dan penghargaan
yang sesuai. Guru juga perlu membentuk hubungan yang positif
antara guru dan murid selain guru mengambil berat dan
berkepimpinan demokrasi dengan semua murid.
2.3.3 Hubungan antara kelompok etnik
Noriati A. Rashid et. al (2014) juga menyatakan bahawa
sekolah dan kelas menjadi tempat pertemuan, pergaulan juga
tempat kanak-kanak dari pelbagai etnik belajar mengenali satu
sama lain. Maka, guru mestilah menjadi individu yang pertama
menghayati kepentingan hubungan etnik dalam memastikan
murid-muridnya mengalami suasana persekitaran bilik darjah
yang mesra budaya. Antara cara yang boleh dilaksanakan
adalah pertama, guru menjadi contoh teladan dengan
menunjukkan kasih sayang dengan semua muridnya.
Seterusnya, guru seharusnya menggalakkan murid berkongsi
pengetahuan dan idea serta guru perlu membina rasa
menghargai perbezaan budaya dan amalan hidup masyarakat
berbilang etnik.
2.3.4 Mewujudkan peraturan bersama yang dijadikan budaya.
6
Peraturan yang dibuat oleh guru dan dilaksanakan oleh
murid secara konsisten akan menjadi budaya. Sebagai contoh,
guru membuat peraturan bahawa murid mesti memberi salam
kepada guru apabila guru masuk ke kelas dan bersalaman
dengan guru apabila tamat sesi persekolahan. Selain itu, guru
dan murid menetapkan budaya bertepuk tangan apabila rakan
mereka dapat menjawab soalan sebagai tanda penghargaan
kerana berani mencuba sekali gus memberi suntikan bersaing
secara sihat dalam pembelajaran mereka. Contoh yang lain,
peraturan dendaan yang melibatkan semua murid seperti ada
murid yang berbuat bising, maka murid- murid lain juga akan
sama- sama didenda. Kesannya, disiplin murid akan dapat
dikawal dan dapat memupuk kesatupaduan dalam kalangan
pelajar.
2.4 Penaksiran Dan Penilaian Prestasi Pelajar
Penaksiran merupakan suatu proses untuk mendapatkan
maklumat seterusnya membuat penilaian tentang produk sesuatu
proses pendidikan. Untuk memperoleh maklumat, kita mestilah
membuat penilaian secara tersusun agar kita dapat mengambil
tindakan dengan betul. Seterusnya prestasi bermaksud pencapaian
atau hasil yang telah diperolehi. Justeru, penaksiran dan penilaian
prestasi pelajar bermakna suatu pengujian dan pengukuran yang
memperlihatkan kemajuan atau kejayaan murid dalam jangka masa
tertentu. Dari konteks penilaian prestasi pelajar berasaskan budaya
pula, guru mestilah mengambil kira kepelbagaian budaya murid dalam
mengumpul maklumat dan membuat keputusan.
2.4.1 Penilaian Formatif
Penilaian Formatif ialah satu jenis ujian formal atau tak
formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid
di dalam kelas di mana guru dapat membaiki kelemahan dengan
kadar segera. Ianya juga boleh dilaksanakan secara individu,
kumpulan atau menyeluruh. Antara bentuknya ialah pertama,
7
ujian tidak formal iaitu pemerhatian dan sesi soal jawab.
Contohnya ialah murid-murid diberi tugasan membuat kolaj,
poster, bercerita dan sebagainya yang mana penaksiran ini
dapat dinilai secara berterusan oleh guru. Bentuk formatif kedua
ialah ujian formal iaitu ujian bulanan yang melibatkan ujian
kertas pensel dalam masa yang singkat. Kesannya, penilaian
bentuk ini akan dapat menjadikan suasana bilik darjah menjadi
aktif, mesra dan harmonis kerana murid dapat menyesuaikan
diri dengan gaya pembelajaran masing-masing.
2.4.2 Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif pula adalah penilaian yang dijalankan
pada akhir tahun atau pada akhir semester. Tujuannya supaya
dapat guru dapat mengesan pencapaian murid berdasarkan apa yang
telah dipelajari oleh murid dalam beberapa unit tajuk pembelajaran. Ujian
ini dijalankan dalam beberapa waktu berdasarkan ketetapan jadual
secara individu mengikut kelas. Penilaian ini juga memberikan nilai
yang akan membezakan pencapaian seorang murid dengan
murid lain.
Penilaian sumatif ini juga dilaksanakan secara berpusat
antaranya bagi murid sekolah rendah iaitu Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) yang biasanya dikendalikan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia. Keputusan penilaian secara
berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di
seluruh negara. Seterusnya, bagi penilaian sumatif yang
berasaskan budaya perlulah mengambil kira bahasa yang
digunakan dan jenis item ujian.
2.4.3 Penilaian Mesra Budaya.
Terdapat empat jenis penilaian yang lebih khusus kepada
penilaian yang mesra budaya. Pertama, penaksiran penilaian
pemerhatian harian tingkah laku pembelajaran dan sosial murid
iaitu guru dapat memerhati perubahan tingkah laku murid.
8
Umpamanya, selepas guru menjalankan pengajaran adab
bercakap dengan rakan, murid-murid tersebut diperhatikan
menggunakan senarai semak atau catatan.
Keduanya, penilaian portfolio iaitu satu kaedah yang
digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti
pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang tertentu
melalui pembelajaran yang didokumentasikan. Melalui penilaian
ini, guru, murid dan ahli keluarga dapat mengetahui kebolehan
mereka dan bidang manakah yang perlu ditambah baik.
Ketiganya, penilaian penulisan jurnal yang mana penilaian
jenis ini dapat memberi peluang kepada murid untuk meluahkan
pemahaman mereka mengenai pelbagai konteks budaya.
Contohnya, guru menjalankan aktiviti membaca buku di
perpustakaan kemudian murid diminta untuk mencatat
pandangan peribadi mereka tentang watak-watak yang telah
mereka baca dan berkongsi dengan rakan-rakan mereka.
Penilaian terakhir ialah penilaian berasaskan projek iaitu
penilaian jenis ini dapat mengembangkan kebolehan dan
pengalaman murid. Murid dapat meneroka topik yang diminati
berasaskan pelbagai budaya. Penilaian ini dapat dilakukan oleh
guru sama ada murid menulis laporan, melaksanakan
persembahan lisan atau mencipta lukisan.
3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH - KUMPULAN)
.س.س.ر ك رنخغن فغاجرن هارين تاهون دوا
إسلمية)اخل ق: فنديديقن اسل م (مات فلرجرن.1
9
امانه2: تاهون كلس.2 /2014افريل 4ه/1435 خير رجمادال4: / هاري يختار.3
رجمعة فاضي8.00 – 8.30:ماس.4 ، فرمفوان :14 (للكي : اورغ32: بيلنغن موريد .5
18(: ادب (ادب ماسو ق كدالم رومه)بيدغ.6ماسو ق5.2: ستندارد كندونغن.7 ادب مغعملكن دان ممهمي
ار رومه.کلودان ماسو ق رومه.٢ ادبکن مثاتا5.2.1: ستندارد فمبلرجرن.8: موريد دافت : بجيكتيفأو.9
i. ماسو ق رومغغه دنغغغن٢ ادب5 درفد 3مثبوت منونتغغون ؤيغغديو دنغغغن بيمغغبيغنبتول سغغلفس
.ضوروii. رومه دنغغغنماسو ق ٢ ادب5 درفد 3مثاتاكن
.يتي فنرنغن ضوروبتول ستله اكتيؤيتiii.رومغغه دنغغغنماسغغو ق ٢ ادبغغيکنمثنغغارا
بتول مللوءي اكتيؤيتي ثاثين. ماسو ق دان۲ بياس مغعملكن ادب٢: موريدفغتاهوان سديا اد.10
ار رومه.کلو: عبادة (سوخي درفد نجيس)ضابوغ رجالين.11)کيف حالک: بهاس عرب (فثرفن.12 برسونغضوه-سونغضوه، تكون.: بكررجاسا م،فنرفن نيلي.13معلومات-فغضوناءن1: .)كنيلي تمبه (ا. م..14 تيكنولوضي .
فور فوإينت.كأوسهاونن :.2
– داي كريغغاتيؤيتي دان إينوؤاسغغي1.4 كا.(موريد دافت ممبري باثق أيديا.)
10
– بوليه ممبينا رجغغاريغن سوسغغيال1.14 ك ا.(موريغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغد بغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغوليه
بركومونيكاسي دنغن باءيق)
– بركأوفايغغغغغغغغاءن مميمفيغغغغغغغغن1.9 كا.(بكررجاسغغغغغغغا م دان ممفوثغغغغغغغاءي دايغغغغغغغا ساءيغ اونتو ق مغحاصيلكن كررجا كومفولن)
: منجانا أيديا فيكير. كماهيرن بر15
فوإينت،. باهن بنتو16 فور سليد ؤيديو، رومه، موديل :فتغغغغغغغغغغغغغا أي-، ، لضغغغغغغغغغغغغغويغغغغغغغغغغغغغكخرتغغغغغغغغغغغغغا لير
ک. تين
خاتتن اكتيؤيتي فغارجرن فمبلرجرن إيسي كندونغن
فنرفن : تكوننيلي
موريغغد ممبغغاخ باخغغاءن-دعاء برسا م-سا م.
ملفظكغغنسغغموا موريغغد -كليمغغة شغغهادة برسغغا م-
سا م.
باخاءن دعاء دان شهادة :مم. محيغغ رر من ال ممغغ حح رر مه ال مم اللغغ حسغغ مبششغغر حن موا مك متغغ مم حك مح منغغا حي مل مع حح متغغ حف رم ا شهغغ رل المم محغغ حر أ
م ميغغا مك متغغ مم حح مر من مئ مزا مخ ممن منا ملي معمن. ممي مح ررا ال
11
شد مه حش مأ مو رل الله، مإ مه مل مإ مل مان شد مه حش مأ .ددا رمغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغ مح شم رن مأ
شل الله". شسو مر مينيت)8فاسا فرسدياءن (
:قاعدةسوأل رجواب
:بغغاهن بنتغغوموديل رومه
:1.4 ک .ا (موريغغغغغغغغغددافغغغغغغغغغغغتممبري بغغاثق
أيديا.)
دتونجوقكن اوليغغهموريد -ضورو موديل رومه.
انتغغغاراسغغغوأل رجغغغواب -موريد دنغن ضورو.
موريد منجواب سغغوألن-ضورو.
رجوافن موريد دكغغاءيتكن-دنغن تارجو ق فلرجرن.
. موديل رومه
.سوألن موديل اف اين؟
لفس باليق سكوله، كغغامو فولغغغكمان؟
فركارا فرتا م يغ كامو بواتافابيل سمفاي درومه، اف؟
:باهن بنتوؤيديو
:. ك ا. م.تيكنولوضيمعلومات)
موريغغغغغد دتونجغغغغغوقكن- ماسغغو ق٢ادبغغ ؤيغغديو.رومه
ادبموريد دمينتا مثبوت- ماسو ق رومغغه يغغغ تلغغه٢
ليهت ددالم ؤيديو.يكمر
. ماسو ق رومه٢. ؤيديو ادب
مينيت)10
: لتيهقاعدةتوبي، فنرنغن
موريغغغغغد دتونجغغغغغوقكن-فغغغورن سغغغلءيد فغغغافر
. ماسو ق رومه ٢ادب
12
:بغغاهن بنتغغوفغغغغغغغغغغغغغور
فوإينت.
فوإينت.موريغغغد دمينتغغغا مثبغغغوت-
. ماسو ق رومه ٢ادبموريغغد منغغدنغر فنرنغغغن-
ضورو.قاعدة :
ثاثين
:باهن بنتوکدتاءن،کافر
فور فوإينت.
:فنرفن نيليبكررجاسا م
)1.9 ك(إ.
يغغكموريد دفافغغاركن لير-ماسغغغو ق ٢ ادبغغغلضغغغورومه.
موريغغد برثغغاثي برسغغا م--٢ ادبغغغغسغغغغا م لضغغغغو
رومه.ماسو قسغغغلفس ايغغغت، بغغغبراف-
اورغ موريغغغغغد دمينتغغغغغاملكتكغغن رجغغوافن لضغغو
رومغغهماسغغو ق ٢ادبغغ يغغغغغغيغغغغغكدخرتغغغغغا لير
دسدياكن.موريد دمينتا مثغغاثيكن رنغكغغف
لضو تريبوت.
ماسو ق ٢ ادب لضويكليررومه.
ادب رومه.ماسو ق
13
مينيت)فنرفنتکون : نيلي
رجغغوافن موريغغد دسغغيمق-اوليه ضغغورو دان موريغغد
لءين. رجغوافن موريغد يغغ بتغول-
فنضوهن.يکندبرکلغغسدين، سغغخارا کمغغو-
موريغغد مثبغغوت سغغمول ماسو ق رومه.٢ادب
ماسو ق رومه.٢ادبممبري سل ممغتو ق فينتو
كاسوتكممبولغكه ماسو ق دنغن كاكي كانن.
ممباخ دعاء
فنرفنتکون : نيلي
:باهن بنتوفتا أي-تيغ
موريغغد ممبغغوات لمبغغارن-كررجغغا فتغغا أي-تيغغغ ادب
ماسو ق كرومه.رجغغوافن موريغغد دسغغيمق-
اوليغغغغغغه ضغغغغغغورو دان تردافغغترجغغكدبتغغولكن كسالهن.
لمبارن كررجا : (ررجوع لمفيرن)
مينيت)موريغغد دمينتغغا مثغغاثيكن-
٢ادبغغغسغغغمول لضغغغو يغغغ تلغغهماسغغو ق رومغغه
دفلرجري.
ضنيتيف:فنوتوف كو ماسغغو ق٢ادبغغمثاثي سغغمول لضغغو
يغ تله دفلرجري.
موريد دنصيحتي سوفاي-٢ادبغغ کنتيد ق منيغضغغل
فنوتوف سوسيال:مغيغت دان منصحتي موريد سغغوفاي
14
اضغغر هيغغدوفماسغغو ق تي دانکغغغاسغغغنتياس دبر
دسايغي اوليه الله تعالىدان منجادي همبا الله يغ
برايمان.
مغولغغغ كغغارجي فلرجغغرن درومغغه دان ماسغغو ق٢ادبغغسغغنتياس مغعملكغغن
يغ تله دفلرجري.
: كنديريريفليكسي
:اولسن ضورو فمبيمبيغ
:اولسن فنشارح
15
4.0 LAPORAN RINGKAS (INDIVIDU)
4.1 Justifikasi Pemilihan Kaedah yang digunakan dalam RPH
Saya dan rakan kumpulan Nurwafin Aufa telah memilih beberapa
kaedah yang kami fikirkan bersesuaian untuk digunakan dalam
melaksanakan tugasan projek berkumpulan EDU 3106 ini antaranya ialah
kaedah soal jawab, latih tubi dan penerangan serta nyanyian. Pertama,
justifikasi yang menjadikan kaedah soal jawab sebagai pilihan kami ialah
dapat menggalakkan murid berfikir menggunakan pengetahuan sedia
mereka. Selain itu, soal jawab membolehkan murid berfikir secara aktif
dan melihat sesuatu perkara dengan lebih luas serta mengalakkan murid
melibatkan diri di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Kaedah ini digunakan pada fasa persediaan dalam pemerhatian selepas
guru menunjukkan model rumah. Di sini, kami telah menggunakan
penyoalan kata tanya apa, ke mana dan bagaimana cara yang
sepatutnya untuk masuk ke rumah yang mana soalan-soalan ini akan
membuat murid mengingat kembali pengalaman mereka di rumah dan
memahami topik pelajaran yang akan bakal dipelajari. Tambahan pula,
kaedah ini akan berjalan dengan lebih berkesan dan dapat mencapai
objektif pembelajaran yang disasarkan sekiranya guru benar-benar
menguasai teknik menyoal dengan baik.
Seterusnya ialah berkaitan justifikasi pemilihan kaedah penerangan
selepas latih tubi menyebut adab-adab masuk ke rumah, di dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini diaplikasikan dalam fasa
persediaan iaitu analisis. Selepas menunjukkan video berkaitan adab
masuk rumah, guru menerangkan perkara penting tentang adab masuk
rumah melalui paparan powerpoint supaya murid lebih memahami setiap
perkara tersebut. Mengapa kaedah ini dipilih? Rasionalnya, kaedah
penerangan akan memberi kefahaman dan huraian kepada penekanan
kepada perkara-perkara penting. Walaupun kita mengandaikan murid
faham dengan perkara penting yang telah ditekankan, sebagai guru, kita
perlu memberi kefahaman kepada murid tentang kelebihan atau
faedahnya. Sebagai contoh, adab masuk ke rumah yang pertama adalah
16
memberi salam. Penerangan bagaimana dan mengapa sebagai umat
Islam perlu memberi salam perlulah diberi pendedahan oleh guru agar
murid kita dapat berfikir dengan lebih kritis. Bukan itu sahaja, justifikasi
kaedah ini dipilih juga adalah kerana kaedah ini akan dapat memberi
bimbingan yang berterusan dan motivasi kepada murid.
Selanjutnya, kaedah nyanyian. Nur Farhanah Bt Mohd Amin (2011).
merujuk Noraini Ahmad (2003), iringan irama lagu dengan rentak tertentu
menguatkan lagi daya ingatan kerana disamping mengurangkan
kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong
penumpuan. Maka, pemilihan kaedah ini sangat bertepatan dengan
pendapat di atas. Kaedah ini dapat menimbulkan emosi seronok dan
menarik. Apabila murid sudah seronok dan tertarik, pasti isi pelajaran
tersebut mudah diingat oleh murid. Apa yang lebih rasionalnya, kami
menggunakan melodi lagu yang biasa didengar oleh murid iaitu lagu
“Kalau rasa gembira” bagi memudahkan murid mengingati lagu tersebut
serta memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.
4.2 Justifikasi Pemilihan Strategi yang digunakan dalam RPH
Keberkesan sesuatu proses pembelajaran dan pengajaran (PdP)
bergantung kepada cara guru mengajar dan seharusnya guru arif dan
bijak menyesuaikan strategi PdP dengan kaedah yang sesuai agar objektif
dan matlamat pengajaran dapat dicapai. Kumpulan saya telah memilih
dan mengaplikasikan dua strategi iaitu pemusatan guru dan strategi
pemusatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Strategi
pemusatan guru adalah guru memainkan peranan aktif dalam proses PdP.
Walau bagaimanapun, kami tidak mengaplikasikan strategi ini secara
tradisional yang mana murid hanya menerima pengajaran secara pasif
atau lebih mudah difahami, saya dan rakan kumpulan menggunakan
pendekatan elektif sebagai strategi PdP.
Caranya, dalam langkah analisis, guru menerangkan adab-adab
masuk ke rumah tetapi menggunakan bahan powerpoint yang dipaparkan.
Justifikasinya, strategi pemusatan guru ini masih relevan digunakan
kerana melaluinya murid akan lebih memahami isi pelajaran, sesuai
17
digunakan bagi murid yang mempunyai pelbagai kebolehan,
meningkatkan penumpuan murid dan murid dapat belajar dengan lebih
mudah dan meyakinkan.
Strategi yang seterusnya ialah strategi pemusatan murid yang
mana murid-murid memainkan peranan yang amat penting dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran manakala guru menjadi fasilitator untuk
memberi bimbingan kepada murid-murid. Justifikasinya, secara tidak
langsung dengan menggunakan strategi ini, murid-murid akan melibatkan
diri secara aktif dalam proses pembelajaran. Kelebihannya lagi, murid
akan dapat membina kefahaman dengan menggunakan sumber yang
telah disediakan, bekerja secara koperatif dan kolaboratif dengan rakan dan guru
serta membuatkan murid dapat melaksanakan pembelajaran kendiri. Bukan itu
sahaja, peranan guru adalah sebagai fasilitator yang aktif untuk memudahcara
pembelajaran yang akan membawa kepada pengalaman yang bermakna kepada
murid.
4.3 Justifikasi Pemilihan aktiviti yang digunakan dalam RPH
Aktiviti pertama yang dijalankan ialah aktiviti soal jawab selepas
pemerhatian model rumah yang ditunjukkan oleh guru. Rasionalnya,
aktiviti ini sesuai dengan ciri-ciri set induksi yang mana guru perlu
menarik minat dan tumpuan murid untuk bersedia mengikuti pengajaran
pada masa tersebut. Aktiviti ini dapat menjentik minda murid untuk sama-
sama berfikir dan meneka topik pengajaran. Aktiviti kedua pula ialah
murid dilatih tubi untuk menyebut adab-adab yang ada selepas
menunjukkan video. Aktiviti ini dijalankan bersesuaian dengan
pendekatan induktif iaitu guru telah menunjukkan contoh adab-adab
masuk ke rumah melalui video dan menambah kefahaman murid dengan
penerangan melalui paparan power point selepas murid dibimbing
membuat rumusan tentang adab masuk ke rumah. Kelebihan aktiviti ini
ialah dapat menarik minat murid menonton video dan mengukuhkan
kefahaman murid.
Aktiviti ketiga yang dijalankan adalah murid diminta menyusun dengan betul
lirik lagu selepas nyayian kemudian diminta pula menyanyikan rangkap lagu yang
18
sudah lengkap disusun. Aktiviti ini akan dapat mengukuhkan ingatan murid, melatih
kemahiran komunikasi, berani mencuba dan menambah keyakinan diri. Melalui
aktiviti ini juga, guru dapat membuat penilaian terhadap pengetahuan murid dan
tingkah laku yang ditunjukkan. Aktiviti terakhir yang dilakukan adalah murid
membuat lembaran kerja iaitu peta i-THINK. Kelebihannya, dapat meningkatkan
daya ingatan, membudayakan kemahiran berfikir dan menunjukkan minat
terhadap pembelajaran.
4.4 Justifikasi Pemilihan Bahan yang digunakan dalam RPH
Bahan pertama yang telah saya dan rakan kumpulan pilih ialah
bahan maujud iaitu model rumah. Kami telah membuat model rumah
daripada bahan terbuang seperti kotak. Justifikasinya, melalui bahan
maujud ini, guru dapat menarik minat murid untuk belajar serta murid
dapat mengingat dan menggunakan pengetahuan sedia ada mereka
apabila melihat bahan maujud tersebut berbanding hanya melihat gambar
sahaja. Bahan kedua yang dipilih untuk digunakan ialah bahan tayang 2D
iaitu video dan paparan powerpoint. Bahan ini kami pilih rasionalnya
adalah bertepatan dengan tuntutan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) yang mengandungi Elemen Merentas Kurikulum (EMK) iaitu elemen
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Kelebihan bahan ini, guru
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
mencabar serta mengekalkan minat murid dengan grafik dan animasi
yang sesuai.
Bahan seterusnya ialah kad perkataan dan peta i-THINK. Kedua-dua
bahan ini adalah bahan cetak yang mana guru menyediakannya untuk
aktiviti menyusun lirik lagu adab masuk rumah dan lembaran kerja bagi
fasa menilai. Justifikasi bahan cetak kepada guru ialah guru mudah untuk
menyediakannya dan kepada murid, murid dapat menggunakannya
dengan mudah untuk aktiviti yang telah dicadangkan.
19
4.5 Implikasi Semasa Melaksanakan Pengajaran
Pada fasa persediaan iaitu pemerhatian, implikasi menggunakan
bahan maujud dan kaedah soal jawab, saya perhatikan murid tertarik
dengan model rumah tersebut dan dapat menjawab soalan dengan aktif.
Implikasinya, aktiviti ini berkesan kerana dapat menarik minat murid
bersedia memulakan pengajaran dan menjentik minda murid untuk
meneka apa yang akan mereka pelajari pada waktu itu. Kedua, implikasi
semasa aktiviti menonton video, murid begitu menumpukan perhatian
kerana video upin ipin ini sememangnya sesuai dengan jiwa dan budaya
kanak-kanak dan objektif tercapai apabila murid dapat menyebut 5
daripada 6 adab masuk ke dalam rumah dengan betul.
Seterusnya pada fasa imaginasi iaitu penjanaan idea, murid dilatih
menyebut 5 adab masuk ke rumah dan diberi penerangan oleh guru.
Implikasi semasa fasa ini dilaksanakan , murid kelihatan sedikit bosan.
Adakah kerana suara saya tidak kuat atau bahan saya tidak menarik atau
kaedah yang kurang sesuai? Saya rasa agak kurang sesuai saya
menggunakan kaedah penerangan kerana PdP ini menggunakan
kurikulum KSSR yang mana lebih berpusatkan guru. Penambahbaikan
yang mungkin saya boleh lakukan pada pengajaran akan dating ialah saya
patut menggunakan kaedah sumbang saran untuk mencapai objektif
kedua iaitu menyenaraikan adab-adab masuk ke rumah ini. Pada langkah
sintesis idea pula, aktiviti nyanyian dilaksanakan. Implikasi daripada
aktiviti ini, murid telah menjalankan aktiviti ini dengan gembira dan
bersungguh-sungguh serta pembelajaran menjadi menyeronokkan dan
menimbulkan suasana pembelajaran yang ceria dan mesra.
Selanjutnya, aktiviti susulan selepas aktiviti nyanyian iaitu mengisi
adab-adab yang betul ke dalam lirik lagu. Implikasi daripada aktiviti ini,
hanya beberapa orang murid yang terlibat dalam menyelesaikan tugasan
ini dan tidak keseluruhan kelas. Apa yang saya boleh lakukan untuk
menambahbaik ialah saya perlu membuat aktiviti ini secara individu atau
kumpulan supaya lebih ramai murid yang terlibat dalam pelaksanaannya.
Implikasi keseluruhan semasa melaksanakan pengajaran ialah pengajaran
20
dapat dilaksanakan dengan lancar dan hasil pembelajaran tercapai. PdP
menyeronokkan dan murid memberi kerjasama dengan baik dan memberi
tumpuan.
21