1 timotius - a leadership training manual

9
1 TIMOTIUS Sebuah Manual Latihan Kepimpinan Ringkasan Buku 1 Timotius merupakan sebuah manual latihan kepimpinan. Ditulis oleh rasul Paulus untuk perantis mudanya, Timotius, ia mengandungi bukan sahaja panduan yang baik untuk para pemimpin baru tetapi juga senarai syarat- syarat kelayakan bagi seorang pemimpin. Paulus dan Timotius menyediakan hubungan pementoran yang paling jelas dalam Alkitab selain daripada Elia dan Elisa. Kisah mereka bermula dalam Kisah Para Rasul 16:1-3, apabila Timotius menyertai Paulus di Listra. Paulus melabur ke atasnya untuk suatu jangka masa yang panjang, membawanya ke lawatan- lawatan misi jangka pendek, membenarkannya berkhotbah, membiarkannya menggembalakan sebuah gereja muda, dan menulis surat-surat panduan kepadanya semasa mereka berjauhan. Paulus akan melakukan apa sahaja untuk murid mudanya. Perhatikan bagaimana Paulus membangun Timotius sebagai seorang pemimpin. Pertama sekali, kita berbicara tentang Prinsip Pengejaran Bertujuan (Principle of Purposeful Pursuit). Paulus dengan proaktif mengenalpasti seorang pemimpin muda yang dia boleh bangunkan. Dia telah pernah ke Listra dan telah melihat Timotius. Dia telah memerhatikan dan mengenalpastinya. Dia mendesak agar pasukannya kembali dan mencabar orang muda itu untuk menyertai mereka. Kedua, kita melihat Prinsip Potensi yang telah Dibuktikan (Principle of Proven Potential). Paulus telah mengkaji Timotius. Dia mengenalpasti Timotius sebagai permata yang belum digilap. Dia memerhatikan Timotius membuktikan dirinya di tempat asalnya semasa dia sedang membesar dan dia kenal keluarga Timotius dan tahu situasi rohani dari mana dia dating. Ketiga, Paulus menunjukkan Prinsip Kesabaran Praktikal (Principle of Practical Patience). Paulus telah dengan sabar memilih dan melatih Timotius. Dia telah berhati-hati supaya tidak bertindak terlalu awal dan malahan telah menasihatkan muridnya supaya tidak terburu-buru menumpangkan tangan atas seseorang (5:22). Dia percaya pasukannya telah bertindak terlalu cepat ketika mereka

Upload: laimin-matong

Post on 12-Nov-2015

27 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

leadership training manual

TRANSCRIPT

1 TIMOTIUSSebuah Manual Latihan Kepimpinan

Ringkasan

Buku 1 Timotius merupakan sebuah manual latihan kepimpinan. Ditulis oleh rasul Paulus untuk perantis mudanya, Timotius, ia mengandungi bukan sahaja panduan yang baik untuk para pemimpin baru tetapi juga senarai syarat-syarat kelayakan bagi seorang pemimpin.

Paulus dan Timotius menyediakan hubungan pementoran yang paling jelas dalam Alkitab selain daripada Elia dan Elisa. Kisah mereka bermula dalam Kisah Para Rasul 16:1-3, apabila Timotius menyertai Paulus di Listra. Paulus melabur ke atasnya untuk suatu jangka masa yang panjang, membawanya ke lawatan-lawatan misi jangka pendek, membenarkannya berkhotbah, membiarkannya menggembalakan sebuah gereja muda, dan menulis surat-surat panduan kepadanya semasa mereka berjauhan. Paulus akan melakukan apa sahaja untuk murid mudanya. Perhatikan bagaimana Paulus membangun Timotius sebagai seorang pemimpin.

Pertama sekali, kita berbicara tentang Prinsip Pengejaran Bertujuan (Principle of Purposeful Pursuit). Paulus dengan proaktif mengenalpasti seorang pemimpin muda yang dia boleh bangunkan. Dia telah pernah ke Listra dan telah melihat Timotius. Dia telah memerhatikan dan mengenalpastinya. Dia mendesak agar pasukannya kembali dan mencabar orang muda itu untuk menyertai mereka.

Kedua, kita melihat Prinsip Potensi yang telah Dibuktikan (Principle of Proven Potential). Paulus telah mengkaji Timotius. Dia mengenalpasti Timotius sebagai permata yang belum digilap. Dia memerhatikan Timotius membuktikan dirinya di tempat asalnya semasa dia sedang membesar dan dia kenal keluarga Timotius dan tahu situasi rohani dari mana dia dating.

Ketiga, Paulus menunjukkan Prinsip Kesabaran Praktikal (Principle of Practical Patience). Paulus telah dengan sabar memilih dan melatih Timotius. Dia telah berhati-hati supaya tidak bertindak terlalu awal dan malahan telah menasihatkan muridnya supaya tidak terburu-buru menumpangkan tangan atas seseorang (5:22). Dia percaya pasukannya telah bertindak terlalu cepat ketika mereka membawa Yohanes, yang juga disebut Markus bersama mereka (KPR 12:25), dan dia tidak mahu memetik buah (hasil pemuridan) terlalu awal.

Keempat, perhatikan Prinsip Proses Penyertaan (Principle of Participatory Process). Paulus mengenalpasti bahawa dia hanyalah seorang peserta dalam sebuah barisan panjang penyumbang dalam kehidupan Timotius. Dalam suratnya yang kedua, Paulus mengingatkan Timotius terhadap mentornya yang lain, termasuk ibu dan neneknya. Timotius mempunyai warisan yang kuat sebelum Paulus turut serta. Paulus sekadar memainkan peranannya dalam proses tersebut.

Akhir sekali, kita melihat Prinsip Keghairahan dan Harganya (Principle of Passion and Pricetags). Paulus telah menjelaskan harga sebuah kepimpinan dalam kedua-dua suratnya kepada Timotius. Setelah Paulus menemukan Timotius di Listra, orang banyak menyeret rasul Paulus ke luar kota, melemparinya dengan batu, dan meninggalkannya untuk mati. Ketika dia pulih, dia kembali, mendapatkan Timotius dan menyelesaikan tugasnya. Keghairahan terhadap kepimpinan seperti inilah yang menggerakkan Paulus untuk menghasilkan pemimpin-pemimpin seperti Timotius.

Peranan Tuhan dalam 1 Timotius

Tuhan memainkan perananNYA di dalam Timotius sebagai seorang yang membangunkan pemimpin untuk membangunkan pemimpin yang lain. Tuhan kita adalah Pembangun Agung yang membangunkan rasul Paulus untuk melengkapkan Timotius untuk melengkapkan gerejaNYA di Efesus. Tuhan telah menyatakan kepada Timotius panduan dan prinsip asas kepada kepimpinan gereja, dan kelayakan untuk para penilik dan bagaimana mereka harus bertingkah laku. Melalui buku ini Tuhan berbicara secara peribadi kepada Timotius dan kepada setiap pemimpin rohani.

Para Pemimpin dalam 1 TimotiusPaulus, Timotius, para pemimpin jemaat

Peribadi-peribadi lain yang berpengaruh dalam 1 TimotiusHimeneus, Aleksander, para diaken

Pelajaran dalam KepimpinanPemimpin harus hidup dengan standard yang lebih tinggi berbanding pengikut.

Pemimpin bukan dihasilkan secara besar-besaran, sebaliknya harus dibimbing seorang pada satu masa.

Pemimpin harus merayakan kepelbagaian, tetapi menentang ketersimpangan.

Sumbangan terbesar yang boleh dilakukan oleh seorang pemimpin adalah dengan membangun lebih ramai pemimpin.

Para pemimpin muda boleh memberi pengaruh dengan memberikan teladan.

Integrity seorang pemimpin akan secara langsung mempengaruhi pengaruhnya.

SOROTAN/KEMUNCAK KEPIMPINAN DALAM 1 TIMOTIUSKEPIMPINAN Bertujuan (1:1,2)

KELAYAKAN Pemimpin-pemimpin Rohani (3:1-13)

KUALITI-KUALITI seorang Pemimpin Rohani (3:2-13)

TIMOTIUS: Seorang Pemimpin Teladan (4:12)

MOTIF: Sebab Anda Melakukan Sesuatu Menentukan Apa yang Anda Lakukan (6:3-10, 17-19)

Kepimpinan Bertujuan (1 Timotius 1:1-2)Paulus menulis buku ini sebagai sebuah manual latihan untuk Timotius dan mengirimkannya kepada pemimpin muda itu ketika dia sedang berusaha mengembalakan sebuah gereja di Efesus. Paulus telah memberikan lima tanggungjawab kepada Timotius:

1. Tanggungjawab pertama: Memperjuangkan perjuangan yang baik (1:18-20)

2. Tanggungjawab kedua: Bersikaplah sesuai dengan rumah Tuhan (4:11-16)

3. Tanggungjawab ketiga: Jangan mengabaikan karuniamu (4:11-18)

4. Tanggungjawab keempat: Perhatikan segala sesuatu tanpa prasangka (5:21)

5. Tanggungjawab kelima: Peliharalah apa yang telah dipercayakan kepadamu (6:20,21)

Paulus menyampaikan tujuannya atas beberapa sebab. Dia mennyatakannya dalam 1 Timotius 1:5. Paulus percaya akan pengurusan berdasarkan tujuan. Dia dengan cepat mengongsikan tujuan dasarnya dengan pasukannya dan misinya, bukan caranya, ketakutan. Dia mengajarkan kepadakita bahawa:

1. Pemimpin menguruskan matlamat. Mereka membenarkan pengikut memilih cara mereka sendiri.

2. Pemimpin menciptakan suasana. Mereka membenarkan pengikut memilih gaya mereka sendiri.

3. Pemimpin menentukan belanjawan. Mereka memberikan kepemilikan tentang bagaimana wang dibelanjakan.

4. Pemimpin memilih prioriti/keutamaan. Mereka berkongsi aktiviti dengan pengikut-pengikut yang membpunyai karunia.

5. Pemimpin melatih pasukan. Mereka memberikan penghargaan dengan Cuma-Cuma untuk kejayaan.

Kerendahan hati: Paulus tidak pernah melupakan asal-usulnya (1 Timotius 1:12-17)

Sementara kita tahu bahawa Paulus merupakan penginjil terhebat dalam sejarah, dia tahu bahawa, dia sendiri adalah seorang yang paling berdosa (1 Timotius 1:15). Tuhan memilih dia kerana kelemahannya, supaya Tuhan boleh menyatakan kesabaran dan belas kasihanNYA yang terbesar di dalam dia. Semakin matang seseorang pemimpin itu, mereka akan menjadi semakin rendah hati.

Pemimpin Memerlukan Rakan Pendoa (1 Timotius 2:1-4)

Ketika kita berdoa supaya Tuhan mengubah para pemimpin, kita mempengaruhi mereka dan semua orang yang mengikut mereka. Berdoa untuk para pemimpin kita membawa kepada suasana yang membantu untuk menyebarkan injil. Setiap pemimpin seharusnya proaktif, memuridkan dan melengkapi satu pasukan rakan pendoa, yang akan berdoa untuk perlindungan, hikmat kebijaksanaan dan kekuatan mereka.

KELAYAKAN Pemimpin Rohani (1 Timotius 3:1-13)

Dalam senarai kelayakan pemimpin jemaat yang diberikan oleh Paulus, 1 Timotius 3:10 adalah kuncinya. Mereka juga harus diuji dahulu. Setiap pemimpin harus diuji terlebih dahulu sebelum diberikan tugas rasmi. Persediaan seorangan pemimpin adalah sangat mustahak untuk kejayaan mereka. Frank Damazio menggariskan logic Paulus berkenaan dengan kepimpinan:

Keselamatan PemimpinPanggilan PemimpinPersediaan PemimpinPosisi Pemimpin

Kepimpinan ditabur sebagai sebiji benih.Kepimpinan mula bertunas.Kepimpinan diuji sebagai sepohon pokok.Kepimpinan matang dan berbuah.

Paulus memberikan senarai syarat-syarat ini atas dua sebab: pertama, untuk menyediakan panduan kepada gereja-gereja untuk memilih pemimpin; kedua, untuk memberikan para pemimpin gereja satu senarai semak untuk kehidupan rohani mereka sendiri. Paulus mengingatkan kita bahawa jika seseorang berhasrat untuk menjadi seorang pemimpin, dia berhasrat untuk satu tugas mulia. Mempunyai karunia dan kelayakan tetapi tidak mengambil posisi sebagai seorang pemimpin adalah suatu ketidak taatan. Keinginan itu, walau bagaimanapun, haruslah disertai dengan pemuridan.

Kualiti seorang Pemimpin Rohani (1 Timotius 3:2-13)

Kualiti bagaimanakah yang mesti dimiliki oleh pemimpin-pemimpin jemaat? Paulus menyenaraikan sifat-sifat berikut:

1. Tak bercacat (ayat 2) Soalan: Adakah saya cepat memperbaiki aspek-aspek yang boleh merosakkan integrity saya?

2. Suami dari satuisteri (ayat 2) Soalan: Adakah saya mengasihi isteri saya sebagaimana Kristus mengasihi jemaat?

3. Dapat menahan diri, bijaksana, sopan (ayat 2) Soalan: Adakah saya tuan kepada diri saya sendiri, supaya saya dapat menjadi hamba kepada ramai orang?

4. Suka memberi tumpangan (ayat 2) Soalan: Adakah saya mempamerkan semangat yang hangat dan mengalu-alukan?

5. Cekap mengajar orang (ayat 2) Soalan: Adakah saya secara tetap menolong orang lain untuk belajar dan menjadi murid yang lebih baik?

6. Bukan peminum (ayat 3) Soalan: Adakah saya sedar diri, berjaga-jaga, dan tekun supaya saya tidak merosakkan orang yang memerhatikan saya?

7. Bukan pemarah melainkan peramah, pendamai (ayat 3) Soalan: Adakah saya mempunyai perangai yang mudah didekati yang membawa damai dan kesembuhan?

8. Bukan hamba uang (ayat 3) Soalan: Adakah saya membenarkan kepimpinan saya dikawal oleh golongan kaya?

9. Seorang kepala keluarga yang baik, disegani dan dihormatioleh anak-anaknya (ayat 4, 5) Soalan: Adakah saya menguruskan keluarga saya sebelum cuba menguruskan gereja?

10. Bukan seorang yang baru bertobat (ayat 6) Soalan: Adakah saya seorang yang berpengalaman, teladan yang teguh bagi jemaat dan orang luar?

Hukum Asas Yang Teguh: Timotius Harus Mendapatkan Kepercayaan (1 Timotius 4:1-6)

Setiap pemimpin menghadapi sekurang-kurangnya dua tugas yang penting. Pertama, mereka harus menghadapai mereka yang telah murtad (1 Tim 4:1-6). Kedua, mereka harus melatih/mendisiplinkan diri mereka untuk hidup kudus (4:7-16). Apabila para pemimpin telah memenuhi kedua-dua tugas tersebut, mereka mengamalkan Hukum Asas yang Teguh dan mendapat kepercayaan orang lain.

TIMOTIUS SEBAGAI PEMIMPIN TELADAN (1 Timotius 4:12)PROFAIL DALAM KEPIMPINAN

Tidak ada yang boleh membuat seseorang lebih berkemungkinan malahan tidak rela untuk memimpin selain daripada perasaan kekurangan/tidak layak.

Timotius, pengikut muda rasul Paulus, semestinya merasakan sama seperti yang dirasakan oleh Musa ketika Tuhan memanggil dia untuk memimpin umat Israel keluar dari perbudakan Mesir. Musa merasa tidak layak untuk tugas tersebut, demikian juga Timotius.

Kita dapat mengenal pasti banyak alasan/sebab yang mungkin telah menyebabkan Timotius merasa tidak layak untuk menerima tugasannya sebagai pastor di gereja di Efesus. Dia terlalu muda dan sangat tidak berpengalaman, dan gereja itu kelihatan terlalu besar untuk tugas penggembalaan yang pertama. Lagipun, bagaimana mungkin dia dapat mengambil alihnya untuk Paulus, pengasas gereja tersebut? Adakah sesiapapun akan menganggapnya serius (menghormati dia)?

Jangan pedulikan semua itu, kata Paulus dalam suratnya. Jika engkau menuruti nasihat-nasihatku, engkau akan lebih daripada mampu melakukan tugas itu. Jangan seorang pun menganggap engkau rendah kerana engkau muda dan tidak berpengalaman. Sebaliknya, jadilah teladan dalam kesucianmu sehingga tidak seorang pun dapat memperlakukan engkau selain daripada dengan hormat.

Tuhan tidak semestinya memilih pemimpin berdasarkan bakat atau kebolehan semulajadi mereka. DIA juga tidak selalu memilih mereka berdasarkan umur dan pengalaman mereka. Seperti mana yang dikatakan Paulus kepada Timotius, Tuhan memilih pemimpin atas ketersediaan mereka, bukan atas kemampuan mereka; atas kerelaan mereka untuk berjalan dalam ketaatan akan DIA, bukan atas pengalaman mereka.

Hukum E.F. Hutton: Pelajaran Paling Penting Tentang Pengaruh (1 Timotius 4:12-16)

Bagaimana Timotius boleh mengelakkan sesiapa pun memandang rendah akannya kerana dia muda? Dengan menjadi teladan, ia akan menjamin pengaruhnya (1 Tim 4:15,16). Lebih banyak anda bertindak,, lebih sedikit anda bercakap. Kepimpinan kita adalah lebih kepada bertindak berbanding mengajar. Orang lebih mahu melihat khotbah berbanding mendengar khotbah.

Hukum Keutamaan: Kepimpinan bermula Dari Rumah, Kemudian Kepada Umum ( 1 Timotius 5:8)

Di tengah-tengah semua pengajaran tentang bagaimana orang-orang percaya berhubung antara satu sama lain dalam gereja, Paulus mengutamakan kepimpinan Timotius sebagai seorang pastor/gembala. Jika seseorang tidak menyediakan untuk rumahnya sendiri, rasul Paulus menyatakan, dia tidak boleh dijangkakan untuk menyediakan apa pun kepada gereja dengan berintegriti (1 Tim 5:8).

Kepimpinan bermula dari rumah. Jika ia tidak berhasil di rumah, jangan lakukannya di luar. Para pastor/gembala terutamanya, harus menurut amaran ini. Kepimpinan membarikan hasil terbaik jika disusun mengikut keutamaan berikut:

1. Saya pertama-tama adalah seorang peribadi. Saya mesti mengutamakan hubungan peribadi saya sendiri dengan Tuhan.

2. Kedua, saya adalah seorang pasangan. Saya mesti mengutamakan hubungan saya dengan pasangan saya.

3. Ketiga, saya adalah seorang ibu/bapa. Saya mesti mengutamakan hubungan saya dengan anak-anak saya.

4. Keempat, saya adalah seorang pastor. Saya mesti mengutamakan hubungan saya dengan pelayanan saya.

Hukum Penghasilan Semula: Timotius Harus Melengkapi Para Pemimpin (1 Timotius 5:17-22)

Pemimpin adalah sangat penting bagi sesuatu organisasi. Kesilapan yang dilakukan di peringkat kepimpinan memberi kesan kepada semua orang. Sebagai pastor senior, tugas Timotius adalah untuk mengenal pasti, mempersiapkan, dan meneguhkan pemimpin gerejanya. Dia harus menghormati mereka yang melayani dengan baik (1 Tim 5:17,18), menegur mereka yang berbuat salah (5:19-21), dan mempersiapkan mereka yang dipanggil, dengan sabar dan berhati-hati (5:22). Segala sesuatu harus dilakukan dengan tidak terburu-buru.

Pertimbangkan langkah-langkah yang disokong oleh Paulus berkenaan dengan penubuhan pemimpin di dalam gereja:

1. Mengenal pasti: kenal pasti mereka yang mempunyai sifat-sifat, karunia dan pengaruh.

2. Pengasingan: asingkan mereka bagi tugas yang mereka telah dipanggil.

3. Persiapan: lengkapi mereka dengan peralatan/bahan dan pengalaman yang mereka perlukan.

4. Pengiktirafan: benarkan gereja meneguhkan panggilan mereka.

5. Pentahbisan: tumpangkan tangan atas mereka dan tahbis mereka untuk tugas itu.

Periksa Motif/Tujuan: Mengapa (Sebab) Anda Melakukan sesuatu Menentukan Apa yang Anda Lakukan ( 1 timotius 6:3-10, 17-19)

Oleh kerana tujuan kita pada akhirnya akan menentukan hala tuju kita, Paulus mengajarkan bahawa tujuan yang benar adalah lebih penting bagi seorang pemimpin berbanding dengan gerakan yang benar. Perhatikan ajaran Paulus tentang tujuan:

1. Bukti/tanda motif yang tidak benar (ayat 3).

Doktrin pemimpin itu menyimpang dan ajarannya tidak menghasilkan kekudusan.

2. Sifat motif yang tidak benar (ayat 4,5)

Pemimpin yang angkuh menyebabkan pecah belah dan mengejar keuntungan peribadi.

3. Hasil motif yang tidak benar (ayat 9,10)

Pemimpin jatuh ke dalam pencobaan, murtad dari iman dan menghancurkan dirinya sendir

Jadi, bagaimanakah kita memperhatikan tujuan kita? Apakah prinsip-prinsip penting yang perlu kita ingat?

1. Masalah timbul apabila pemimpin bertindak atas tujuan yang salah/tidak benar.

2. Kepimpinan rohani menghasilkan ganjaran, selagi ganjaran itu tidak mengawal kita.

3. Kemakmuran adalah semua yang diberkan Tuhan kepadamu melebihi makanan dan pakaian.

4. Kita mesti berpuas hati/ bersyukur atas peruntukan dan penempatan Tuhan

5. Kita mesti sentiasa merasa tidak puas hati dengan keberhasilan kita (buah iman) dan pengejaran akan Tuhan.

6. Kita mesti menjauhkan diri dari tujuan yang membawa kepada tindakan yang salah yang boleh menyebabkan kita tidak layak untuk memimpin.