1. penubuhan -...
TRANSCRIPT
1. PENUBUHAN
Cawangan Audit Dalam (CAD), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah
ditubuhkan pada tahun 1980, di bawah Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2
Tahun 1979. Peranan dan tanggungjawab CAD telah dimantapkan lagi melalui
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2004. Audit Dalam merupakan
sebahagian daripada komponen kawalan dalaman Kementerian dan
bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha Kementerian. CAD
menjalankan pengauditan secara bebas dan melaporkan hasil pengauditan
tersebut kepada Ketua Setiausaha, KKM dan pihak yang berkaitan.
2. FUNGSI AUDIT
Fungsi utama CAD ialah untuk:
2.1 Membantu pihak pengurusan dalam mencapai objektifnya dengan
menentukan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan dijalankan
dengan berpatutan di semua peringkat.
2.2 Menentukan operasi kewangan KKM diuruskan dengan teratur dan
selaras dengan undang-undang, polisi dan prosedur yang
ditetapkan oleh agensi pusat dan KKM.
2.3 Menilai ketepatan, kesempurnaan dan kebolehpercayaan semua
rekod, sistem perakaunan, sistem maklumat pengurusan dan sistem
kawalan dalaman yang diwujudkan.
2.4 Menentukan program dan aktiviti yang dijalankan oleh KKM
dilaksanakan dengan ekonomi, cekap dan berkesan dalam mencapai
matlamatnya.
2.5 Mengemukakan penemuan audit kepada Ketua Agensi melalui
laporan yang objektif, positif, bebas dan tepat pada masanya
supaya keputusan boleh dibuat dengan segera bagi mencapai
matlamat rancangan dan penggunaan sumber-sumber kewangan
dan manusia dengan cekap.
2.6 Mengesyorkan langkah pembetulan bagi memperbaiki kelemahan
dalam sistem operasi yang tidak menepati objektif, rancangan,
standard atau bajet tahunan.
2.7 Memberi maklumat dan maklum balas kepada Bahagian Pengurusan
Kewangan Strategik, Kementerian Kewangan, jika perlu untuk
menyemak semula dan memperbaiki dasar kewangan am, prosedur,
sistem/program serta skop tugas serta tanggungjawab Audit Dalam
dari semasa ke semasa.
L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 2 | 2
B
AH
AG
IA
N
I:
C
AW
AN
GA
N
AU
DI
T D
AL
AM
3. BIDANG KUASA AUDIT
Cawangan Audit Dalam, KKM mempunyai kuasa menjalankan kerja pengauditan
yang meliputi semua Program dan Aktiviti di peringkat Ibu Pejabat Kementerian,
Jabatan Kesihatan Negeri, Institusi, Hospital, Pejabat Kesihatan
Daerah/Kawasan/Bahagian, Makmal, Kolej Latihan, Pejabat/Klinik Pergigian, Majlis,
Klinik-klinik Kesihatan dan lain-lain Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah kawalan
KKM.
4. PROGRAM DAN STRATEGI
4.1 Program Audit
Program Audit merangkumi pengauditan pengurusan kewangan, pengauditan
prestasi/aktiviti dan pengauditan khas/siasatan. Penggunaan manual, soal selidik
dan senarai semak yang seragam digunakan bagi menghasilkan laporan yang
berkualiti dan mengikut standard yang ditetapkan.
4.1.1 Pengauditan Pengurusan Kewangan
Pengauditan Pengurusan Kewangan adalah pendekatan audit bagi
menentukan wujudnya kawalan dalaman bagi sistem kewangan dalam
organisasi yang diaudit meliputi 4 aspek kawalan iaitu, kawalan
pengurusan, kawalan terimaan, kawalan perbelanjaan dan kawalan aset.
Pengauditan Pengurusan Kewangan juga menentukan sama ada sistem
perakaunan dan rekod-rekod kewangan dapat menghasilkan maklumat
yang tepat dan cepat untuk kegunaan pihak pengurusan atasan membuat
keputusan.
4.1.2 Pengauditan Prestasi/Aktiviti
Pengauditan Prestasi/Aktiviti merangkumi penilaian terhadap aktiviti/
program sesebuah organisasi untuk menentukan matlamatnya telah dicapai
dan sumber digunakan secara ekonomi, cekap dan berkesan. Aspek yang
dikaji adalah dari peringkat perancangan, pelaksanaan dan pemantauan.
4.1.3 Pengauditan Khas/Siasatan
Pengauditan Khas/Siasatan dijalankan berdasarkan arahan daripada
Menteri Kesihatan, Ketua Setiausaha, pihak pengurusan atasan,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit
Negara secara terperinci terhadap sebarang salah aturan.
3 | L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 2
B
AH
AG
IA
N I
: C
AW
AN
GA
N A
UD
IT
D
AL
AM
4.2 Strategi
Bagi mencapai objektif, rancangan/program audit disusun setiap tahun.
Strategi yang dilaksanakan bagi pengauditan pengurusan kewangan ialah
pengauditan dilakukan secara ulangan bagi semua PTJ berasaskan sumber
yang ada. Manakala bagi pengauditan prestasi, tumpuan diberikan
kepada program/aktiviti yang memerlukan perhatian, mempunyai isu sama
ada yang dibangkitkan oleh pihak pengurusan atau isu semasa.
Hasil daripada pengauditan tersebut, tindakan berikut dilakukan:
4.3.1 Membuat perbincangan awal dengan PTJ terlibat mengenai
penemuan audit dan bertukar pandangan/ulasan mengenainya.
4.3.2 Membangkitkan pemerhatian audit yang seimbang dan perlu
dijawab dalam tempoh sebulan.
4.3.3 Menghantar surat peringatan kepada PTJ yang belum menjawab
pemerhatian audit.
4.3.4 Membuat susulan terhadap jawapan yang kurang memuaskan.
4.3.5 Membentangkan hasil penemuan audit dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Audit (JKA) dan Mesyuarat Jawatankuasa
Pengurusan Kewangan Dan Akaun (JPKA) yang dipengerusikan
oleh KSU setiap tiga bulan sekali.
4.3 Jawatankuasa Yang Dianggotai
4.3.1 Jawatankuasa Audit (JKA)
Jawatankuasa Audit (JKA) Kementerian Kesihatan Malaysia ditubuhkan
pada 8 Julai 2009 melalui Mesyuarat Pagi Bil. 8 Tahun 2009. Penubuhan
ini selaras dengan Surat Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia Bil.
BPKS(8.15)/5-4JLD.3(28) bertarikh 5 Mei 2009 yang bertujuan bagi
membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh CAD dan Jabatan Audit
Negara. Mesyuarat hendaklah bersidang sekurang-kurangnya 4 kali
setahun dan CAD adalah urus setia kepada mesyuarat ini.
Sepanjang tahun 2012, Mesyuarat JKA telah bersidang sebanyak 4 kali
seperti di Jadual 1.
Jadual 1
Mesyuarat Jawatankuasa Audit
Bil. Mesyuarat Suku Tahun Tarikh
1. Bil. 1 Tahun 2012 Januari - Mac 17.01.2012
2. Bil. 2 Tahun 2012 April - Jun 17.04.2012
3. Bil. 3 Tahun 2012 Julai - September 11.07.2012
4. Bil. 4 Tahun 2012 Oktober - Disember 16.10.2012
L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 2 | 4
B
AH
AG
IA
N
I:
C
AW
AN
GA
N
AU
DI
T D
AL
AM
4.3.2 Jawatankuasa Pematuhan
Jawatankuasa Pematuhan Kementerian Kesihatan Malaysia telah
ditubuhkan pada 5 Ogos 2011 di mana Ketua Audit Dalam telah dilantik
sebagai Pegawai Pematuhan KKM. Penubuhan ini adalah selaras dengan
keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan
Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) Siri 66 Bil. 2 Tahun 2010 pada 19
Ogos 2010 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri yang secara
dasarnya bersetuju supaya Compliance Unit diwujudkan di semua
jabatan peringkat Persekutuan dan peringkat Negeri.
Sehubungan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan
Garis Panduan Penubuhan Unit Pematuhan Di Jabatan Peringkat
Persekutuan Dan Negeri pada 9 Mac 2011 di mana fungsi pematuhan
dilaksanakan oleh Pegawai Pematuhan Di Unit Audit Dalam
Kementerian dan Jabatan Persekutuan serta Negeri sebagai tambahan
kepada fungsi Unit Audit Dalam yang sedia ada.
Mesyuarat Jawatankuasa ini diadakan dua (2) kali setahun dan
keahlian Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:
Pengerusi : Ketua Audit Dalam
Ahli : i. SUB Bahagian Sumber Manusia
ii. SUB Bahagian Kewangan
iii. SUB Bahagian Perolehan Dan Penswastaan
Urus setia : Cawangan Audit Dalam
* Keahlian akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
Pada tahun 2012, Jawatakuasa Pematuhan KKM telah bermesyuarat
sebanyak dua (2) kali seperti di Jadual 2
Jadual 2 Mesyuarat Jawatankuasa Pematuhan KKM
Bil. Mesyuarat Tarikh
1. Bil. 1 Tahun 2012 19.07.2012
2. Bil. 2 Tahun 2012 12.12.2011
5. PEMILIHAN PTJ
Pemilihan PTJ untuk pengauditan adalah bergantung kepada analisis penggiliran
lawatan audit yang telah dibuat terdahulu. PTJ-PTJ yang belum dilawat dan lawatan
terakhir 5 tahun adalah diberi keutamaan serta PTJ berisiko yang mempunyai banyak
urus niaga juga diberi tumpuan untuk dilawati. Pemilihan PTJ juga adalah berdasarkan
markah Sistem 3PK sama ada yang mendapat markah tertinggi dan terendah bagi
5 | L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 2
B
AH
AG
IA
N I
: C
AW
AN
GA
N A
UD
IT
D
AL
AM
tempoh penilaian yang berkenaan. Selain itu, CAD juga tertakluk kepada arahan KSU
dan cadangan Jawatankuasa Audit dari semasa ke semasa.
6. PERHUBUNGAN DENGAN JABATAN AUDIT NEGARA
Kuasa dan tanggungjawab Jabatan Audit Negara ditetapkan oleh Perlembagaan
Persekutuan dan Akta Audit 1957 manakala kuasa dan tanggungjawab Cawangan Audit
Dalam dinyatakan secara pentadbiran melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun
2004. Audit Dalam merupakan komponen kawalan dalaman dan bertanggungjawab
kepada pengurusan. Jabatan Audit Negara pula bertanggungjawab terus kepada
Parlimen. Bagaimanapun, Jabatan Audit Negara dan Cawangan Audit Dalam
mempunyai matlamat yang sama iaitu mempertingkatkan keberkesanan proses tadbir
urus, tahap pengurusan kewangan dan akauntabiliti dalam pentadbiran awam.
Kerjasama dan hubungan yang baik di antara Jabatan Audit Negara dan Cawangan
Audit Dalam adalah penting demi mencapai matlamat tersebut. Sehubungan itu,
semasa proses penyediaan Rancangan Tahunan Audit Dalam, Cawangan Audit Dalam
akan berbincang dengan pihak Jabatan Audit Negara dari segi pengauditan yang telah,
sedang dan akan dijalankan. Ini adalah untuk mengelakkan pertindihan tugas di
samping dapat saling membantu dalam mengenal pasti bidang atau perkara yang perlu
diaudit.
Pegawai-pegawai Cawangan Audit Dalam juga telah dilantik sebagai Liasion Officer
(LO) bagi setiap kajian yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara (JAN).
Tanggungjawab LO adalah untuk:
i. Membantu pengauditan JAN dengan melawat PTJ yang diaudit dan
menghadiri exit conference.
ii. Memantau isu-isu yang telah dilaporkan oleh JAN dan memberi pendapat
sama ada isu yang dibangkitkan perlu diberi tindakan susulan.
iii. Memastikan pihak JAN mendapat maklumat yang betul dan tepat
termasuk membantu PTJ-PTJ yang terlibat memberikan maklum balas ke
atas pengauditan tersebut.
7. ORGANISASI DAN PERJAWATAN
7.1 Kedudukan Perjawatan
Cawangan ini diketuai oleh Ketua Audit Dalam Gred W54 dan dibantu oleh 82
orang anggota. Carta organisasi yang lengkap adalah seperti di Lampiran A.
Kedudukan perjawatan CAD KKM setakat 31 Disember 2012 adalah seperti di
Jadual 3.
L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 2 | 6
B
AH
AG
IA
N
I:
C
AW
AN
GA
N
AU
DI
T D
AL
AM
Jadual 3
Kedudukan Perjawatan Yang Diluluskan Berbanding
Perjawatan Diisi Setakat 31.12.2012
Jawatan Kumpulan Bil. Jawatan
Lulus Isi Kosong
Ketua Audit Dalam W54 Pengurusan & Profesional 1 1 0
Juruaudit W52 Pengurusan & Profesional 1 1 0
Juruaudit W48 Pengurusan & Profesional 5 5 0
Juruaudit W44 Pengurusan & Profesional 3 2 1
Peg. Teknologi Maklumat F44 Pengurusan & Profesional 1 1 0
Juruaudit W41 Pengurusan & Profesional 5 5 0
Penolong Juruaudit W36 Sokongan 11 10 1
Penolong Juruaudit W32 Sokongan 9 9 0
Penolong Juruaudit W27 Sokongan 33 30 3
Setiausaha Pejabat N27 Sokongan 1 1 0
Pembantu Tadbir N22 Sokongan 1 1 0
Pembantu Tadbir N17 Sokongan 8 8 0
Pemb. Tadbir Rendah N11 Sokongan 1 1 0
Pembantu Am Pejabat N4 Sokongan 1 1 0
Pemandu R3 Sokongan 1 1 0
Jumlah 82 77 5
7.2 Pertukaran Dan Penempatan Pegawai
Pada tahun 2012, seramai 8 pegawai telah melapor diri berkhidmat dan 4
pegawai telah bertukar keluar dari CAD dan seorang pegawai telah bersara.
Butirannya adalah seperti di Jadual 4.
Jadual 4
Pertukaran Dan Penempatan Pegawai Setakat 31.12.2012
Nama Pegawai/Anggota Jawatan Tarikh
Pertukaran Masuk
1. Puan Siti Junaidah bt. Hussin W36 16.04.12
2. Puan Norita bt. Hj. Md. Lazi @ Shaari W27 01.06.12
3. Encik Ahmad Fazli bin Osman W52 09.07.12
4. Puan Nora Fauzana bt. Zainal W44 23.07.12
5. Puan Faizah bt. Ghazali W36 30.07.12
6. Cik Nurhidayah bt. Yusof W27 01.10.12
7. Puan Doris Yap Guek Ling W36 15.10.12
8. Ahmad Noor bin Injau W32 16.10.12
Pertukaran Keluar
1. Encik Mohd Serjana b. Ibrahim W52 25.01.12
2. Encik Asman b. Mohamad Siron W27 01.03.12
3. Puan Hely Herlynna bt. Mohd Kassim W44 09.07.12
4. Puan Suraya bt. Mahrut W36 01.11.12
Bersara
1. Cik Ching Yee Fong W36 01.10.12
7 | L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 2
B
AH
AG
IA
N I
: C
AW
AN
GA
N A
UD
IT
D
AL
AM
Majlis Persaraan Dan Pertukaran Pegawai
8. PENINGKATAN KUALITI AUDIT SECARA BERTERUSAN
CAD sentiasa berusaha untuk menghasilkan kerja yang berkualiti. Ini adalah selaras
dengan kehendak Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam dan International Auditing
Guidelines (IAG). Di Cawangan ini, kualiti audit dikawal serta dikesan melalui
rancangan audit yang tersusun dan program audit yang terperinci.
Kerja-kerja audit dari peringkat permulaan sesuatu audit sehingga laporan dikeluarkan,
disemak dan dipantau oleh pegawai-pegawai bertanggungjawab. Bagi menjamin
laporan audit yang berkualiti, pegawai-pegawai digalakkan untuk meningkatkan
pengetahuan dan memperoleh kepakaran teknik pengauditan melalui bahan bacaan,
menghadiri kursus, bengkel, taklimat dan forum yang dianjurkan oleh pelbagai pihak
seperti KKM, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Audit Negara, Bahagian
Pengurusan Kewangan Strategik, Kementerian Kewangan, Jabatan Akauntan Negara
dan lain-lain.
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 – Dasar Latihan Sumber Manusia
Sektor Awam menekankan bahawa setiap anggota perkhidmatan awam perlu
melengkapkan diri/dilengkapkan dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan
pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian, melalui program pembangunan sumber
manusia yang terancang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran
berterusan. Ia dilaksanakan berdasarkan strategi di mana Ketua Jabatan hendaklah
memastikan anggota masing-masing di semua peringkat mengikuti kursus sekurang-
kurangnya 7 hari setahun. Kursus dan bengkel yang telah dihadiri oleh pegawai CAD
sepanjang tahun 2012 adalah seperti di Lampiran B dan ceramah yang telah
disampaikan oleh pegawai CAD adalah seperti di Lampiran C.
L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 2 | 8
B
AH
AG
IA
N
I:
C
AW
AN
GA
N
AU
DI
T D
AL
AM
9. SISTEM PENILAIAN PRESTASI PENGURUSAN KEWANGAN
(SISTEM 3PK)
Sistem 3PK adalah sebuah aplikasi yang dibangunkan untuk membantu KSU memantau
dan menilai prestasi kewangan di setiap PTJ dan seterusnya terhadap KKM secara
keseluruhannya. Sistem ini dibangunkan pada tahun 2007 berdasarkan sistem rating
yang berlandaskan Accountability Index yang disediakan oleh Jabatan Audit Negara.
Ketua Setiausaha KKM melalui Surat Pekeliling KSU Bilangan 1 Tahun 2008 telah
mewajibkan setiap PTJ untuk menjawab semua soalan yang disediakan dalam Sistem
3PK. Sistem ini boleh dilayari di http://spppk.moh.gov.my. Penilaian ini mengikut
tempoh yang ditetapkan seperti di Jadual 5.
Jadual 5
Penilaian Sistem 3PK
Tempoh Penilaian
Setengah Tahun Pertama
(Januari - Jun)
Setengah Tahun Kedua
(Julai - Disember)
Tempoh Untuk
Menjawab Soalan 1 Julai hingga 31 Julai
1 Januari hingga 31 Januari
tahun berikutnya
Modul KSU Dashboard di dalam
sistem ini boleh memaparkan
Prestasi Keseluruhan KKM
mengikut Rating, Kawalan
Pengurusan Kewangan dan
Prestasi setiap PTJ. Paparan skrin
KSU Dashboard adalah seperti di
sebelah:
Sistem ini berfungsi sebagai self-
auditing bagi membolehkan PTJ
mengenalpasti tahap pematuhan
ke atas prosidur kewangan mengikut peraturan kewangan kerajaan yang sedang
berkuatkuasa.
Tempoh penilaian bagi setengah tahun kedua 2012 (Julai hingga Disember) telah
dibuka untuk penilaian pada 1 hingga 31 Januari 2013. Hasil dari keputusan
penilaian tersebut, KKM memperolehi markah keseluruhan sebanyak 92.96%
menurun sebanyak 0.53% daripada penilaian setengah tahun pertama iaitu
93.49%. Peratusan pencapaian 472 PTJ bagi penilaian setengah tahun kedua
2012 adalah seperti di Jadual 6. Manakala purata markah bagi setiap PTJ 1
adalah seperti di Carta 1. Pencapaian Sistem 3PK bagi semua PTJ terlibat adalah
seperti di Lampiran D.
9 | L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 2
B
AH
AG
IA
N I
: C
AW
AN
GA
N A
UD
IT
D
AL
AM
Jadual 6
Tahap Pencapaian Sistem 3PK Tahun 2012
TAHAP / MARKAH
2012
SETENGAH TAHUN
PERTAMA
SETENGAH TAHUN
KEDUA
BIL. PTJ (%) BIL. PTJ (%)
Cemerlang
(90 - 100%) 388 82.38 378 80.08
Baik
(70 - 89%) 81 17.20 92 19.50
Memuaskan (50 - 69%)
0 0 1 0.21
Kurang Memuaskan
(0 - 49%) 0 0 0 0
Tidak Disahkan 2 0.42 1 0.21
JUMLAH* 471 100 472** 100
NOTA: * Jumlah ini tidak termasuk PTJ 1. ** Perbezaan bilangan PTJ bagi setengah tahun pertama dan setengah tahun kedua
disebabkan oleh pertambahan PTJ iaitu Hospital Orang Asli Gombak, Selangor.
Carta 1
Perbandingan Markah Purata Setengah Tahun Pertama dan Kedua
Tahun 2012 Mengikut PTJ 1
89.48 89.86
97.00
90.78
96.80
94.49
95.05
89.67
93.39
95.22
93.05
97.16
93.52
96.95 96.67
91.84
94.16
95.01
94.53
93.20
96.21 95.50
99.05
95.17
91.44
98.06
91.18
96.97
94.61
95.15
89.51
93.21
94.77
92.55
96.38
92.62
96.00
95.64
90.73
92.69
93.49
92.94
91.44
93.93
92.13
90.37
84.00
86.00
88.00
90.00
92.00
94.00
96.00
98.00
100.00
SETENGAH TAHUN PERTAMA 2012 SETENGAH TAHUN KEDUA 2012
L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 2 | 10
B
AH
AG
IA
N
I:
C
AW
AN
GA
N
AU
DI
T D
AL
AM
10. Sistem Pengurusan Maklumat Pengauditan (SPMP)
SPMP mula dilaksanakan dalam tahun 2010 dengan memasukkan maklumat
pengauditan pengurusan kewangan yang dijalankan di PTJ. Keputusan penilaian dari
Sistem 3PK telah diintegrasikan ke dalam SPMP seterusnya memberi kemudahan
kepada juruaudit untuk membuat semakan bagi memastikan ketepatan maklumat yang
diberikan oleh PTJ.
Paparan perbandingan markah Sistem 3PK dengan Pengauditan oleh CAD adalah
seperti contoh di bawah:
Perbandingan antara self-auditing Sistem 3PK PTJ dengan SPMP terhadap 59 PTJ yang
telah dilawati pada tahun 2012 adalah seperti di Jadual 7.
Jadual 7
Penilaian Sistem 3PK Dengan Pemerhatian Audit Tahun 2012
Perbezaan Markah Bilangan PTJ
Perbezaan kurang dari 5 25
Perbezaan lebih dari 5 dan kurang dari 10 19
Perbezaan lebih dari 10 dan kurang dari 20 13
Perbezaan melebihi 20 2
Jumlah PTJ 59
11 | L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 2
B
AH
AG
IA
N I
: C
AW
AN
GA
N A
UD
IT
D
AL
AM
11. AMALAN 5S
Amalan 5S dapat membantu warga CAD
bekerja di dalam persekitaran tempat kerja
yang lebih kondusif dan selesa serta selamat
di duduki. CAD telah mendapat 97.33%
markah semasa pengauditan IPKKM pada 27
Disember 2012 dan IPKKM telah berjaya
mendapat Sijil Amalan 5S dari MAMPU pada 1
Jun 2012.
12. HALA TUJU CAD BAGI TAHUN 2013
CAD dipertanggungjawabkan untuk membantu KKM mempertingkatkan sistem
penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dengan cara berhemah dan berkesan.
Aspek kawalan dalaman pengurusan KKM akan terus menjadi teras aktiviti pengauditan
dan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
Selaras dengan matlamat tersebut, mulai tahun 2013, CAD akan menumpukan
sekurang-kurangnya 40% aktiviti pengauditan dalam aspek perolehan dan ICT yang
diterapkan dalam aktiviti pengauditan sedia ada.
Selain meneruskan pengauditan pengurusan kewangan, baucar, susulan, prestasi dan
khas/siasatan, Program Anak Angkat akan dilaksanakan pada tahun 2013. PTJ tertentu
dipilih berdasarkan prestasi pengurusan kewangan yang dinilai melalui S3PK, SPMP,
pengauditan pengurusan kewangan sama ada oleh CAD, Jabatan Audit Negara atau
agensi lain seperti Naziran oleh Jabatan Akauntan Negara atau KKM sendiri. PTJ yang
terpilih akan dilawati 2 kali setahun. Selain penilaian tahap pengurusan kewangan yang
dilaksanakan semasa pengauditan, pihak PTJ juga akan dibimbing secara terus
terutamanya terhadap masalah pengurusan kewangan yang berulang.
L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 2 | 12
B
AH
AG
IA
N
I:
C
AW
AN
GA
N
AU
DI
T D
AL
AM