1. pengenalan · b) sihir di china sihir yang berlaku dalam peradaban china dianggap paling tua...
TRANSCRIPT
1
1. PENGENALAN
Pembentangan ini akan menyentuh aspek sejarah, konsep dan elemen (ciri, tanda dan
simptom) sihir dalam kehidupan berumahtangga. Setiap ahli masyarakat terutamanya yang
muslim perlu mengetahui tentang kewujudan sihir menurut nas al-Quran dan al-Hadith
serta bukti-bukti sejarah yang wujud dalam peradaban manusia. Amalan sihir memberi
kesan yang buruk bukan sahaja dalam aspek aqidah dan syariat malah kesannya dalam
kehidupan sesebuah keluarga dan masyarakat amat besar dan sulit untuk dikendalikannya.
Terdapat beberapa ciri amalan sihir, tanda dan simptom terkena sihir dan langkah-langkah
tertentu yang perlu diambil untuk mengelak terjadinya dan membasmi serta merawat
penyakit berkaitan sihir. Adalah penting untuk setiap ahli masyarakat menyedari sekiranya
wujud elemen, tanda dan simptom tertentu , maka langkah yang perlu, tepat dan selari
dengan tuntutan syariat Islamiah hendaklah diambil segera. Amalan perubatan Nabawi yang
menggunakan metode ruqyah dan penggunaan bahan rawatan adalah satu-satunya kaedah
yang selamat dalam menangani kes-kes berkaitan sihir. Memandangkan sihir merupakan
antara amalan dan profesyen tertua di dunia, maka pengaruhnya yang besar tidak dapat
disangkal samasekali. Islam menyebut perkara ini (hal berkaitan sihir) dalam 53 tempat
dalam al-Quran. Tibb al-Nabawi yang dipraktikkan oleh Nabi Muhammad saw merupakan
antara kaedah yang berkesan menangani kes-kes sihir dalam masyarakat.
Amalan sihir adalah perbuatan buruk, jahat dan zalim maka pelakunya boleh dianggap
melakukan jenayah. Mangsa pula boleh mendapat pelbagai kesakitan, kesengsaraan
kesukaran dan masalah dalam menjalani kehidupan sehingga terpaksa berubat ke sana sini
yang ada kalanya terjabak dengan bomoh, pawang dan dukun atau ustaz yang menyamar
sebagai perawat Islam. Selain dari garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa
2
agama, Bahagian PTK, KKM juga ada mengeluarkan garis penduan agar masyarakat tidak
terkeliru. Sudah sampai masanya akta dan enakmen berkaitan sihir perlu diwujudkan segera
dan seterusnya dikuatkuasakan agar amalan sihir dapat dicegah, dibendung dan pelaku
yang sabit kesalahan dapat dihukum, manakala mangsa sihir mendapat pembelaan dan
keadilan menerusi undang-undang.
2. SEJARAH AMALAN SIHIR
Amalan sihir wujud sejak bermulanya sejarah awal peradaban manusia dalam pelbagai
bangsa di pelbagai belahan dunia dari dulu sampai sekarang.
a) Sihir dalam masyarakat primitif
Dalam qabalah tertentu, tukang sihir diyakini memiliki kemampuan mengatur gejala
alam, haiwan, penyakit, penghubung dengan para dewa, para arwah, kuasai jin dan
syaitan dan sebagainya. Tiga dewa Hindu iaitu Brahma, Wisnu dan Siwa tunduk kepada
tukang sihir dan mengabulkan segala keinginan tukang sihir kerana mereka tidak
mampu melawan mantera yang dibacakan tukang sihir. Mereka adalah sama
sepertimana peranan dukun dalam masyarakat. Ahmad al-Syantanawi menyebut dalam
Funun al-Shihr , hlm 114-115, bahawa tukang sihir wujud dalam setiap qabilah sebagai
tempat memohon pertolongan dan kemampuan sihir mereka wujud secara turun
temurun.
b) Sihir di China
Sihir yang berlaku dalam peradaban China dianggap paling tua pernah diketahui dlm
sejarah manusia. Ia tumbuh dan berkembang 3 ribu tahun sebelum kelahiran Isa al-
Masih (3000 SM). Kitab al-Taghayyurat karya Confusius adalah kitab tertua dalam
bidang ini. Black magic yang berkembang di Eropah pada abad pertengahan adalah
berakar dari China iaitu menggunakan cermin kuno yang besar di mana penyihir china
berusaha memantulkan gambar syaitan sehingga memberi mudarat atau penyakit.
Kalau berjaya memantulkan gambar ke dalam cermin dan syaitan melihat dirinya maka
gangguan atau penyakit akan hilang. Cermin ini harus dihindarkan dari pandangan
manusia dan digunakan untuk tujuan sihir sahaja, kalau tidak ia tidak berfungsi.
c) Sihir pada zaman Mesir kuno
Sihir berkait dengan agama dan ia memiliki ciri khusus berbanding negara-negara lain
sezamannya termasuk Yunani dan Romawi yang menganggap Mesir lebih hebat dan
ramai mempelajarinya di Mesir. Kemuncaknya terakam dalam al-Quran (al-A`raf:116)
tentang pertarungan antara penyihir Firaun dengan Nabi Musa a.s. Mereka gemar
membuat patung lilin berupa buaya dan dicampak ke sungai, juga tangkal azimat selain
mantera. Bangsa Mesir meyakini bahawa dewa-dewa mereka miliki nama-nama khusus
3
dan kalaulah para penyihir ketahui nama ini dan gunakannya maka sihir mereka
bertambah kuat hingga miliki kekuatan dewa.
d) Sihir di Babilonia dan Asyur
Berdasarkan pahatan dan prasasti yang ditulis dgn huruf-huruf paku (bahasa Mismariah)
menggambarkan ketakutan yang luar biasa terhadap jin dan syaitan. Pusat sihir Babilon
terdapat di kota kuno Irdo, Perpustakaan Raja Asyuria, Asyurbanibal (668-626M)
menyimpan banyak naskah sihir menerusi 3 tema utama:
i- Berkaitan ilmu perbintangan (astronomi) – lihat kata-kata Ibrahim a.s dalam
(al-An`am: 76-77).
ii- Prasasti-prasasti khusus digunakan oleh para dukun dan yang mengaku
mendapat berita ghaib, mereka jadikan patung sebagai tuhan mereka, lalu
Ibrahim a.s hancurkan patung-patung tersebut (al-Anbiya’: 57-64).
iii- Bacaan mantra oleh para penyihir untuk mengusir ruh-ruh jahat dari orang
sakit.
e) Sihir di Yunani
Manuskrip dan naskah kuno Yunani penuh dengan tema sihir dan menggabungkan
antara keistimewaan dewa dan manusia atau antara manusia dan binatang. Dewa
penyihir dapat menyembuhkan penyakit dgn ritual sihirnya. Ahli sejarah Yunani
kuno sepert Herodes, ahli falsafah seperti Plato juga banyak berbicara tentang sihir,
jampi dan mantra.
f) Para penyihir terkenal di dunia
- Arigo, dari Brazil, menerusi pengubatan operasi mental dan mata.
- Dahisy, Lebanon (m.1976)
- Nostradamus, penasihat ratu Peranchis (1519-1589).
- Houdini ,(l. 1874) Budapest, Hungary
g) Amalan sihir di Nusantara
Pengamal sihir di Nusantara berkaitan dengan golongan yang dikenali sebagai
pengamal pengubatan tradisional iaitu bomoh, dukun dan pawang. Meskipun amlan
ini masih wujud namun pengaruhnya semakin berkurangan hasil dari kesedaran dan
pengetahuan masyarakat Islam tentang sihir, alam ghaib, dunia mistik dan dapat
membezakan antara haq dan batil.
Sihir bukan sahaja berlaku dalam kalangan manusia bahkan turut berlaku dalam
kalangan bangsa jin atau makhluk ghaib sendiri. Meskipun sihir biasanya melibatkan
4
asosiasi antara manusia dan jin penyihir namun adakalanya sihir berlaku tanpa
penglibatan makhluk-makhluk ghaib ini. Sihir bukan sahaja boleh berlaku ke atas diri
manusia bahkan ke atas barangan, bangunan, kebun dan ladang, haiwan dan ternakan,
kenderaan, hidupan akuatik, di udara, di dalam bumi dan sebagainya.
SEJARAH DAN ASAL USUL SIHIR MENURUT ISLAM
a) Sejarah dan Asal Usul Sihir Menurut Sumber Islam Sihir pada zaman Nabi Musa A.S yang menentang tukang-tukang sihir Fir’aun dan zaman Nabi Sulaiman A.S berhubung dengan jin secara langsung. Menurut Mahmud Qasim Al-Humud dalam kitabnya, sejarah dan sumber awal kepada sihir dapat dirujuk kepada dua pendapat utama, iaitu: Pertama: Sebahagian ulama mengatakan bahawa sihir berkembang sejak kewujudan manusia di atas muka bumi lagi kerana sumbernya adalah daripada Allah SWT. Pendapat ini disokong berdasarkan beberapa dalil di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Ibn Hajar mengatakan bahawa sihir telah wujud sejak zaman Nabi Nuh AS, di mana ketika Allah SWT menceritakan tentang kisah kaum Nabi Nuh AS, mereka telah melemparkan tuduhan bahawa Nabi Nuh AS adalah seorang tukang sihir atau ahli sihir. Pendapat ini juga merujuk kepada dalil sepertimana dinyatakan dalam al- Quran yang menceritakan kisah sihir Harut dan Marut. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 102: Terjemahan 102. mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir Yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan Dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir Yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah Yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah Yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa Yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya Dengan berkata: "Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah Engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir Yang boleh menceraikan antara seorang suami Dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) Dengan sihir itu seseorang pun melainkan Dengan izin Allah. dan sebenarnya mereka mempelajari perkara Yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. dan Demi Sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui Bahawa sesiapa Yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian Yang baik di akhirat. Demi Sesungguhnya amat buruknya apa Yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. Ayat ini menjelaskan tentang penurunan ilmu sihir, bahawa ilmu ini datangnya daripada Allah SWT yang diturunkan menerusi dua malaikat yang bernama Harut dan Marut sebagai satu ujian dan membawa fitnah kepada semua makhluk khususnya kepada manusia.
5
Kedua: Sebahagian ulama yang lain mengatakan bahawa sihir bukan diturunkan dari sisi Allah SWT kerana sumbernya adalah daripada manusia itu sendiri. Hal ini kerana untuk menyucikan dan membersihkan diri para malaikat Allah SWT daripada perkara-perkara maksiat atau mungkar. Bahkan ada pendapat yang menyebutkan bahawa kalimah al-Malakain ( ) dibaca dengan al-Malikin iaitu berdasarkan kepada bacaan qiraat dari Al-Hasan Al-Basri dan lain-lain lagi. Sihir adalah ilmu yang telah lama wujud dalam kehidupan manusia sepertimana disebutkan oleh Ibrahim Adham yang mengatakan bahawa sihir itu adalah terlalu lama atau ilmu kuno yang telah mendampingi manusia sejak awal kemunculan ilmu ini dan telah meninggalkan kesan kepada pelbagai bangsa dan kaum. Oleh yang demikian, dapat dikatakan bahawa sihir telah wujud dalam tamadun-tamadun awal terdahulu seperti dikalangan masyarakat Mesir awal iaitu kira-kira 3200 SM dahulu, sihir di kalangan masyarakat Yunani dan Rom terawal iaitu kira-kira tahun 753 SM hingga 776 SM, dan masyarakat Parsi iaitu kira-kira 539 SM. Demikian juga, sihir telah berlegar-legar dalam masyarakat ‘Arab awal sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai rasulNya. Mahmud Qasim Al-Humud berpendapat bahawa tidak ada nas atau dalil yang jelas dalam menceritakan perkembangan ilmu sihir dan kelahirannya kecuali melalui ayat-ayat yang menjelaskan tentang sebahagian para rasul dan nabi yang ditohmah sebagai ahli sihir atau melakukan kerja sihir. Firman Allah SWT dalam surah al-Dhariyat ayat 52: Terjemahan
52. Demikianlah (Keadaan tiap-tiap kaum terhadap RasulNya samalah seperti keadaan kaummu Wahai Muhammad) - tidak ada seorang Rasul pun Yang datang kepada kaum-kaum Yang terdahulu dari mereka, melainkan ada Yang berkata: "Dia adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila". Dari itu, nas-nas al-Quran menunjukkan bahawa kesemua umat-umat terdahulu mengetahui tentang sihir dan mereka mengenali (dengan rapat) serta ia berkembang di kalangan mereka.
Dalil-Dalil Daripada Al-Quran dan Hadith Mengenai Sihir Kata sihr dan derivasinya disebut dalam 53 tempat dalam al-Quran.
Sihir bukan merupakan perkara baharu malah ia telah menjadi amalan masyarakat kuno dari pelbagai bangsa samada dalam kalangan orang-orang ‘Arab ataupun bukan ‘Arab. Sehinggakan di Malaysia sendiri, amalan sihir adalah amalan nenek moyang yang telah lama berakar umbi dan masih menjadi amalan masyarakat. Dalam al-Quran menyebutkan bahawa ilmu sihir telah diturunkan oleh Allah SWT melalui dua malaikat yang bernama Harut dan Marut yang mengajar manusia di negeri Babylon. Walau bagaimanapun, dua malaikat telah memberi peringatan yang jelas kepada manusia bahawa mereka adalah ujian dan ilmu yang dipelajari dari mereka boleh membawa fitnah dan kemudaratan kepada manusia seperti Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 102 di atas.
6
Dalam ayat yang lain, sihir disandarkan sebagai sesuatu ilmu yang mengkhayalkan pandangan manusia sehingga manusia melihat sesuatu bukan hakikatnya yang sebenar. Hal ini dibuktikan melalui tukang-tukang sihir Fir’aun yang telah melakukan sihir sehingga menyebabkan orang ramai yang memerhatikan sihir itu timbul rasa gerun dan takut. Firman Allah SWT dalam surah al-A‘raf ayat 116: Terjemahan 116. Nabi Musa menjawab: "Campakkanlah kamu (dahulu)!" maka apabila mereka mencampakkan (tongkat-tongkat dan tali masing-masing), mereka menyilap mata orang ramai dan menjadikan orang-orang itu merasa gerun, serta mereka melakukan sihir Yang besar (Keadaan dan caranya). Perkara ini dikukuhkan lagi dengan penjelasan Allah SWT dalam al-Quran tentang tukang sihir Fir’aun dengan Nabi Musa AS. Firman Allah SWT dalam surah dalam surah Taha ayat 65- 69:Terjemahan 65. mereka berkata: "Wahai Musa! Engkaukah Yang akan mencampak lebih dahulu atau kamikah Yang mula-mula mencampak?" 66. Nabi Musa menjawab: "Bahkan kamulah campak dahulu". tiba-tiba tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka terbayang-bayang kepadanya seolah-olah benda-benda berjalan, disebabkan sihir mereka. 67. maka Yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit Dalam hatinya. 68. Kami berfirman kepadanya: "Janganlah Engkau takut (Wahai Musa)! Sesungguhnya Engkaulah Yang tertinggi mengatasi mereka Dengan kemenangan. 69. "Dan campakkanlah apa Yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan Segala (benda-benda sihir) Yang mereka lakukan, kerana Sesungguhnya apa Yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada". Begitu juga firman Allah swt (Yunus:81):Terjemahan
81. setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" apa Yang kamu datangkan itu, itulah sihir; Sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat Yang dikurniakanNya kepadaku); Sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang Yang melakukan kerosakan. Juga menerusi surah Taha: 73:Terjemahan
73. "Sesungguhnya Kami telah beriman kepada Tuhan kami, supaya diampunkanNya kesalahan-kesalahan kami, dan dosa-dosa sihir Yang Engkau paksakan Kami melakukannya. dan Allah jualah Yang lebih baik dan lebih kekal balasan pahalaNya.
Manakala apabila dirujuk hadith-hadith Nabi SAW terdapat hadith yang menjelaskan bahawa Baginda sendiri pernah disihir oleh seorang Yahudi bernama Labid bin Al-A‘sam. Kisah tersebut telah diceritakan melalui sebuah hadith yang diriwayatkan oleh isteri baginda sendiri iaitu Sayyidatina ‘Aishah, beliau menyatakan: Terjemahannya:
7
“Nabi SAW pernah terkena sihir oleh seorang lelaki daripada Bani Zuraiq yang bernama Labid bin al-A‘sam sehingga baginda sentiasa berasa melakukan sesuatu perkara, padahal baginda tidak melakukannya. Hinggalah pada suatu hari baginda berdoa dan terus berdoa. Baginda bersabda kepada ‘Aishah: “Adakahkamu tahu Allah telah memberitahu aku tentang sesuatu yang boleh menyembuhkan derita yang aku alami ini? Datang dua lelaki kepadaku. Seorang daripada mereka duduk disisi kepalaku dan seorang lagi berada di kakiku. Salah seorang daripada mereka berkata kepada rakannya itu: “Apakah penyakit yang dideritai oleh lelaki ini?” Jawabnya: “Dia terkena sihir”. Dia bertanya lagi: “Siapakah yang menyihirnya?” Jawabnya: “Disihir oleh Labid bin al-A‘sam.” Dia bertanya lagi: “Dengan apa dia menyihirnya?” Jawabnya: “Dengan menggunakan sikat, rambut yang tercabut dan lapisan (kulit batang) pokok kurma yang kering.” Dia bertanya lagi: “Di manakah dia meletakkannya (barang sihir itu)”? Jawabnya: “Di dalam telaga Zarwan.” Kemudian Nabi SAW mendatangi telaga itu bersama dengan sekumpulan Sahabat dan kemudian pulang. Baginda berkata kepada ‘Aishah: “Wahai ‘Aishah air di dalam telaga itu warna seperti warna inai atau pokok kurma (yang digunakan untuk sihir) itu seperti kepala syaitan. Aku (‘Aishah) bertanya Nabi SAW: “Adakah kamu mengeluarkannya (mengambilnya)?” Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya Allah SWT telah menyembuhkan aku, dan aku bimbang jika ia menimbulkan bahaya kepada orang ramai” Kemudian Nabi SAW memerintahkan agar ia ditimbus.” Dalam hadith yang lain, Nabi SAW menyebutkan bahawa sihir adalah salah satu daripada dosa besar yang perlu dijauhi oleh setiap Muslim. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abi Hurayrah RA: Terjemahannya: “Jauhilah oleh kamu tujuh dosa yang boleh membinasakan. Baginda ditanya: “Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata: “Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.” Dari Ibn Abbas, Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa mengajar ilmu perbintangan (nujum), maka dia telah mengajar sebahagian sihir, jika semakin memperdalam, maka dia telah memperdalamkan ilmu sihir (riwayat Ibn Majah dan al-Albani). Demikian juga hadith yang menyebutkan bahawa antara jenis sihir adalah dalam bentuk sihir simpulan atau ikatan yang ditiupkan dengan jampi dan mantera oleh tukang sihir. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abi Hurayrah RA: Terjemahannya: “Barangsiapa yang membuat satu simpulan kemudian meniupkan padanya (suatu jampi atau bacaan) sesungguhnya dia telah melakukan sihir. Barang siapa yang melakukan sihir maka sesungguhnya dia telah berlaku syirik dan barang siapa yang menggantungkan sesuatu (tangkal) diserahkan (segala urusan) kepadanya (tangkal itu).”28 Daripada penjelasan di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat dalil dan penjelasan yang jelas dalam al-Quran dan hadith Rasulullah SAW tentang sihir. Tambahan lagi, Nabi SAW sendiri pernah disihir oleh orang Yahudi. Dari itu, kewujudan ilmu sihir bukan lagi perkara baru dalam
8
masyarakat tetapi sihir telah menjadi ilmu yang digeruni sejak zaman nabi-nabi terdahulu lagi. Walaupun demikian, melalui pertolongan Allah SWT, tidak berlaku sihir melainkan dengan izin Allah SWT jua. Pandangan Ulama Mengenai Hakikat Sihir Ulama Islam memberi takrifan kepada sihir itu mengikut pandangan dan pemahaman masing-masing. Antara mereka ialah:
a) Ibnu Khaldun “Ilmu sihir adalah ilmu untuk menghasilkan kesan negatif keatas mangsa dengan menggunakan anasir-anasir jahat dari kekuatan kuasa ghaib (makhluk halus) atau sebagainya, bagi suatu tujuan jahat secara tersembunyi.”
b) Muhammad Isa Al-Maghribi “Mengenakan kemudaratan ke atas mangsa menerusi amalan tertentu secara berasosiasi dengan kekuatan jahat makhluk halus.”
a) Ad-Duktur Abdullah Bin Mohd At-Toyyar “Azimat-azimat dan jampi mantera sihir yang dilakukan oleh pengamalnya yang memberi kesan negatif kepada hati (emosi) seseorang atau menyakitinya atau membunuhnya.”
a) Wahid Abdussalam Bali “Sihir adalah permuafakatan dan persetujuan antara ahli sihir dan syaitan untuk bersama-sama melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Allah bagi mengenakan kemudaratan ke atas mangsa menerusi amalan-amalan syirik kepada Allah dan menunaikan apa sahaja permintaan mangsa ke atas ahli sihir itu.”
b) Ibnu Qudamah Al-Maqdisi “Sihir itu adalah jampi mantera, simpulan-simpulan benang sihir atau amalan-amalan tertentu dilakukan secara sihir untuk memudaratkan emosi mangsa (Qalbuhu) atau akalnya (Aqluhu) atau apa sahaja kemudaratan (sakit ganjil) sehingga kadang-kadang boleh membunuhnya.” Sebenarnya terdapat ramai lagi ulama yang sering membicarakan perihal sihir dan memberi takrifan masing-masing antara mereka termasuklah Fakharuddin Al-Razi, Al- Farabi, Al-Kindi, Al-Ghazali, Ibnu Sina, Ibnu Rushd, Ibnu Kathir, Ibn Al-Qayyim dan lain-lain. Keseluruhannya memberi erti yang tidak jauh berbeza yang boleh disimpulkan daripada kata-kata mereka bahawa sihir itu adalah: Suatu ilmu yang dipelajari dari guru yang mahir dengan ilmu sihir itu menerusi amalan kebatinan yang berlawanan dengan aqidah Islam. Malah, perbuatan tersebut merosakkan aqidah dengan menggunakan jampi mantera yang diajar oleh makhluk halus yang kebiasaannya bagi tujuan menghasilkan suatu perkara jahat yang hendak dilakukannya terhadap seseorang seperti hendak menyakitinya dengan penyakit-penyakit hati dan emosi atau fikirannya serta penyakit-penyakit mendatang tanpa dapat dikesan punca sebenarnya.
3. KONSEP PENGAMALAN SIHIR
Pengertian Sihir Dan Pembicaraannya Dalam Al-Quran Dan Hadith
9
3.1 Pengertian Sihir Dari Sudut Bahasa
a) Ibn Kathir sebagai segala sesuatu yang halus dan tersembunyi sebabnya. b) Al-Azhari mengatakala asal kalimah “al-Sihr” adalah menukarkan sesuatu daripada
hakikat yang sebenar kepada sesuatu yang lain menzahirkan (menampakkan) sesuatu yang batil pada gambaran yang sebenar, mengkhayalkan sesuatu bukan pada hakikatnya yang sebenar.
c) Al-Jawhari mengatakan sihir adalah ”al- ‘Ukhdhah” iaitu setiap sesuatu yang halus tempat ambilannya dan bersifat mendalam (tersembunyi). Sihir juga bermakna tipu daya ”al-Khud‘ah”.
d) ‘Abdul Wahid Salam Bali memetik pendapat Ibn Faris bahawa sihir adalah mengeluarkan sesuatu kebatilan pada gambaran yang sebenar. Sedangkan dalam al-Mu‘jam al-Wasit, sihir dirujuk sebagai sesuatu yang bersifat halus dan mendalam tempat ambilannya.
e) Al-Qurtubi pula mentakrifkan sihir asalnya adalah tangkal atau tali yang berhelah iaitu melakukan sesuatu sehingga ia bertukar menjadi suatu yang bukan hakikatnya seperti seseorang yang berada dibawah cahaya matahari yang panas terik ketika jalanan akan melihat jauh dihadapannya bayangan air yang bergerak-gerak iaitu fatamorgana.
Kesimpulannya dapatlah dinyatakan bahawa sihir adalah suatu yang bersifat halus, tersembunyi, dilakukan tanpa pengetahuan orang lain dan melibatkan terjadinya perkara ganjil atau luar biasa seperti menukarkan tali menjadi ular dan sebagainya.
Pengertian Sihir Pada Istilah Pengertian sihir dari sudut istilah dan pandangan syarak pula juga dapat dirujuk kepada beberapa pendapat ulama di bawah.
a) Ibn Qudamah Al-Maqdasi, bahawa sihir adalah ikatan, jampi-jampi dan kata-kata mantera yang diucapkan atau ditulis atau sesuatu perbuatan yang memberi kesan kepada tubuh badan mangsa yang disihir atau hati dan perasaannya atau akal fikirannya,Sihir mempunyai hakikat, ada sihir yang boleh membunuh, mendatangkan penyakit, menyebabkan seorang suami gagal bersama dengan isterinya,menyebabkan perpisahan, menimbulkan kemarahan serta menyebabkan rasa cinta mendalam antara dua orang individu atau suami isteri.
b) Ibn Khaldun mentakrifkan sihir sebagai ilmu untuk menghasilkan kesan negatif ke atas manusia dengan menggunakan anasir-anasir jahat kekuatan ghaib, sama ada berperantaraan atau tidak bagi suatu tujuan jahat tersembunyi.
c) ‘Abdul Wahid Salam Bali mengatakan bahawa sihir kesepakatan antara tukang sihir dengan syaitan dimana tukang sihir melakukan sebahagian perkara yang diharamkan atau perkara syirik kepada Allah dengan tujuan untuk mendapat pertolonganyang diminta oleh tukang sihir itu.
d) Muhammad Isa Al-Maghribi mendefinisikan sihir sebagai mengenakan kemudaratan ke atas mangsa menerusi amalan tertentu secara berasosiasi dengan kekuatan jahat makhluk halus.
10
e) Al-Alusi sihir bermaksud perkara yang ganjil dan luar biasa yang diperoleh dengan mempelajarinya dan meminta pertolongan syaitan, melibatkan perkataan atau jampi yang menggunakan lafaz syirik dan memuji syaitan dan perkara fasik.
Kesimpulan, bahawa sihir adalah suatu kerja jahat secara tersembunyi, kebiasaannya menggunakan makhluk halus (kuasa ghaib) untuk tujuan jahat ke atas mangsa dengan cara tertentu yang boleh menghasilkan natijah buruk seperti yang dirancang, dengan tujuan untuk menyakiti individu atau memberikan kesan yang buruk atau negatif ke atas individu dalam bentuk penyakit. Pengertian Sihir Pada Istilah
• Ibn Kathir- segala sesuatu yang halus dan tersembunyi sebabnya. • Al-Azhari-menukarkan sesuatau dari hakikat kepada sesuatu yang
menzahirkn/menampakkan sesuatu yang batil pada gmbaran sebenar, mengkhayalkan sesuatu.
• Al-Jawhari- sesuatu yang halus, tersembunyi dan tipudaya. • Wahid `Abd Salam Bali-keluarkn sesuatu kebatilan pada gambaran sebenar. • Al-Qurtubi-tangkal atau tali berhelah atau menukarkan sesuatu bukan hakikatnya. • Kesimpulan: sihir adalah sesuatu yang bersifat halus, tersembunyi, tanpa
pengetahuan orang lain, ada unsur ganjil atau luarbiasa, menghasilkan kesan negatif, ada asosiasi dengan makhluk halus yang jahat, melibatkan perkara fasiq, syirik dan sebagainya.
Sihir adalah perbuatan yang mencarikkan adat dan termasuk dalam kategori ini ialah mukjizat,
karamah, maunah, sihir, istidraj dan irhas.
a) Mukjizat- hanya berlaku kepada nabi dan rasul, namun tidak selalu.
b) Karamah- berlaku ke atas hamba mu’min dan salih.
c) Maunah- berlaku ke atas seseorang awam tanpa diduga sebagai pertolongan.
d) Sihir-melibatkan amalan jahat, syirik, fasiq, penglibatan jin dan sebagainya.
e) Istidraj-berupa nikmat sebagai pemberian yang tidak diredai.
f) Irhas-kepada seseorang untuk mempersiapkan diri sebagai pembawa risalah, seperti
awan melindunginya dalam perjalanan.
Sebab Allah swt Turunkan Sihir
Berkaitan dengan hikmah penciptaan syaitan agar manusia dpt sempurnakan tuntutan
ibadat.
Takutkan dosa pahala.
Ujian dan pengajaran kepada manusia
Menampakkan kesempurnaan, kemampuan dan kekuasaan Allah.
Kebaikan lahir terserlah dari lawannya.
11
Syaitan dari api tanda kekuasaan Allah.
Akibat penghinaan kepada Allah dan kebaikan.
Bukti kemurahan , rahmat dan kesabaran Allah.
Kejahatan syaitan dan iblis menyebabkan ramai hamba yg taat kepada Allah.
Kewujudan iblis tanpa mati adalah penentuan haq dan batil
Agar manusia terus beriman dan bertaqwa kepada Allah
Sebab Manusia Mengamalkan Sihir
Menunjukkan kehebatan dan hal luar biasa
Meraih penghormatan dan penundukan
Sebab material dan kuasa
Sebab irihati, cemburu, dendam dsb
Urusan perniagaan, pangkat dll
Merebut lelaki/perempuan/hartabenda/pusaka
Menguji ilmu
Desakan dan tuntutan/hajat manusia dan makhluk ghaib
Sihir Melemahkan Umat Islam Kerana
Kesan ke atas individu spt perbuatan syirik. sakit luarbiasa, masalah rumahtangga,
pelajaran, pekerjaan, perlakuan jenayah, penipuan, permusuhan , waswas, curiga,
kebencian dll.
Jalan pintas capai hajat dan kepuasan hati
Berpaling dari perintah dan larangan Allah serta pintu maksiat.
Petunjuk kelemahan @ kerosakan aqidah pengamal sihir
Gagal kawal nafsu bersifat keduniaan
Menutup jalan berusaha dan bekerja
Membayar harga tinggi kerana pergantungan pada ahli sihir
Menghabiskan wang ringgit dan maruah serta kehormatan diri dan keluarga
Mendapat pelbagai penyakit kronik dan misteri
Kerosakan institusi sosial dan kekeluargaan
Bentuk-Bentuk Fitnah Angkara Sihir
Syak wasangka yang jahat dan buruk
Bertindak tanpa usul periksa, liar dan mengaibkan
Membuat tuduhan berat tanpa asas
Wujudkan permusuhan, perselisihan dan perpecahan dalam masyarakat
12
Menimbulkan kesan emosi dan psikologi seperti marah, baran, murung dsb
Mendatangkan penyakit2 kronik dan misteri yang sukar utk diagnosis menerusi kaedah
alopathi.
4. ELEMEN SIHIR DALAM RUMAHTANGGA ( Kekeluargaan: Pendidikan,
Kerjaya, Ekonomi Dan Perniagaan, Ibadat Dan Kerohanian)
a) sihir pengasih
b) sihir pembenci
c) sihir pemisah
d) sihir penunduk
e) sihir penguat
f) sihir pengikat
g) sihir guna-guna
h) sihir penyeri (susuk)- 10 jenis susuk
i) sihir pelaris
j) sihir pendarahan
k) sihir gila
l) sihir tidak bermaya dan murung
m) sihir dengar suara bisikan
n) sihir menahan pernikahan
o) sihir ikatan atau jerut perkahwinan
p) sihir penyakit
q) sihir santau (makan minum, angin, tuju dan langkah).
CONTOH KES : BERDASARKAN KISAH BENAR)
Masalah suami isteri
(baran, rupa, benci, seks, pendarahan dsb)
Masalah pelajar
(murung, tak mahu belajar, pelupa, enjoy, sosial dsb)
Masalah pekerja
(majikan, penunduk, malas dsb)
Masalah keluarga
13
(ibu bapa/mertua)
Masalah kerjaya
(pangkat, beban tugas dsb)
Masalah bisnes
(persaingan, dengki dsb)
Masalah Emosi dan Psikologi
(murung, depression, meracau, nyanyuk dsb)
Masalah Memori
(hilang, pelupa dsb)
Penyakit Fizikal
(sakit kronik, stroke, koma dsb)
Penyakit Rohani dan Gangguan
(serangan makhluk halus dsb)
Beberapa Contoh Barangan Dan Peralatan Sihir
Tiwalah dan tamaim (tangkal dan azimat)
Barangan hutan
Barangan logam dan batuan
Minyak tertentu
Barangan haiwan
Kitab dan buku lama
Senjata dan dan peralatan harian
Pakaian dan aksesori
Darah, tanah kubur, abu mayat dsb.
Patung, tengkorak
Organ haiwan tertentu
Nas Berkaitan Pengharaman Penggunaan Jampi Tiwalah Dan Tama’im
Barangsiapa menggantung tamimah (tangkal) maka dia telah melakukan perbuatan
syirik (hadith).
Barangsiapa menyimpul satu simpulan, kemudian ditiup (dijampi serapah) padanya
maka dia telah melakukan sihir (hadith).
14
Barangsiapa mendatangi tukang sihir atau kahin atau `arraf, kemudian membenarkan
apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur dengan apa yang telah diturunkan ke atas
Nabi Muhammad saw (hadith).
Barangsiapa mendatangi `arraf lalu bertanyakannya tentang sesuatu maka tidak
diterima solatnya selama 40 malam (hadith).
Seseorang tidak mengetahui perkara ghaib melainkan Dia.(al-Quran).
Sesungguhnya dia (makhluk halus) dan suku sakatnya dapat melihat kamu sedangkan
kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami jadikan syaitan2 sebagai wali2
bagi orang2 yang tidak beriman (al-A`raf: 27)
Kaedah Dan Cara Menangani Kes Sihir
Memutuskan segala hubungan dengan tukang sihir.
Membatal dan membuang segala barangan sihir
Melakukan taubat dan berikrar tidak mengulangi
Mendapatkan bantuan perawat yang menggunakan ruqyah syar`iyyah, bukannya
syirqiyyah.
Meneruskan amalan doa dan zikir membasmi sihir secara istiqamah.
Meyakini bahawa Allahlah menurunkan penyakit dan dialah juga penyembuhnya.
5. PEMBUKTIAN SIHIR DALAM SISTEM PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN.
Persoalan timbul dalam kalangan pengamal undang-undang untuk menentukan samada
ilmu dan amalan sihir itu satu bentuk jenayah atau sekadar amalan berbudaya. Apakah
elemen yang boleh merumuskan sesuatu perilaku yang membawa musibah dan kematian
oleh penyihir dianggap sebagai jenayah sihir. Laporan doktor, pakar bedah, ahli forensik,
ahli kimia, penyiasat dan lain-lain berkaitan punca kesakitan, kecederaan atau kematian
mangsa boleh mengelirukan sekiranya ada campurtangan sihir. Apatah lagi pihak
pendakwaan, pembelaan, hakim, saksi, keterangan pakar boleh terpedaya dalam
perangkap sihir baik secara langsung mahupun tidak langsung. Namun demikian menurut
pengkaji, Nurkhairah Nordin dalam bukunya Pembuktian Jenayah Sihir Menurut Undang-
Undang Sihir, terbitan Universiti Malaya, 2011 , menegaskan bahawa perbuatan sihir adalah
satu bentuk jenayah. Aspek yang perlu dilihat ialah a) Alatan yang digunakan. b) Pelaku
jenayah. c) Elemen Actus Reus dalam amalan sihir, dan d) elemen Mens Rea dalam amalan
sihir. Antara isu utama ialah prosedur penyiasatan dan pendakwaan ke atas ahli sihir.
Prinsip undang-undang menitikberatkan fakta dan keterangan sedangkan ciri sihir adalah
berlawanan dan ketidakadilan mungkin berlaku ke atas mangsa. Justeru itu dicadangkan
agar; a) Penggubalan Akta Jenayah Sihir Malaysia, dan b) Penubuhan Jabatan Siasatan
Jenayah Sihir. Isu seterusnya ialah keterangan dan pembuktian dalam mahkamah. Namun
15
demikian terdapat beberapa akta dan enakmen yang masih memberi ruang kepada pihak
pendakwaan untuk membawa tertuduh ke mahkamah sivil dan juga mangsa mendapat
pembelaan ( cth: Kanun Keseksaan). Untuk memahami hal ini, rujukan boleh dibuat ke atas
kertas pembentangan muzakarah pakar ke2: Cabaran Pendakwaan Pesalah Sihir Di
Mahkamah Syariah Bertajuk: Metodologi Pendakwaan Dan Pembuktian Sihir Berdasarkan
Fakta Syariah Dan Sains (21 Julai 2010), juga kertas bertajuk Pendakwaan Jenayah Sihir:
Prinsip-Prinsip Pembuktian Dan Akta Keterangan Mahkamah Syariah; anjuran Jabatan Mufti
Negeri Selangor. Juga beberapa kertas muzakarah bagi membincangkan Kajian Undang-
Undang Sihir pada 28-30 April 2013 anjuran JAKIM yang saya diundang sebagai ahli
muzakarah.
6. PENUTUP
Semoga pembentangan ini dapat menambah sedikit banyak maklumat berkaitan amalan
sihir dalam masyarakat dan kesannya terutama terhadap kehidupan berumahtangga.
Persoalan samada wujud atau tidak sihir sudah terungkai, juga dapat memahami tanda,
simptom dan elemen sihir. Di samping itu sekiranya terdapat tanda-tanda sihir maka
hendaklah diikhtiarkan pengubatannya dengan cara yang selari dengan aqidah dan syariat.
Dengan itu marilah kita sama-sama menjaga keharmonian rumah tangga bukan sahaja
menerusi usaha mencukupi keperluan fizikal bahkan menjaga dari segala tipu daya jin
syaitan yang melibatkan diri dalam kerja-kerja penyihiran. Selain dari kesan-kesan umum
terdapat beberapa pesanan agar kita semua terhindar dari bahaya sihir.
a) Kesan Amalan Sihir Terhadap Masyarakat
Sanggup berhabis harta benda dan wang ringgit
Sering berhutang dan bergolok gadai
Berterusan menabur fitnah dan tuduhan yang berpaksikan penipuan.
Malas bekerja dan berusaha mendapatkan rezeki halal
Malas untuk mengamalkan ajaran Islam
Wujud pecahbelah dalam institusi kekeluargaan dan sosial
Pergantungan terus menerus kepada tukang sihir
Menjauhkan manusia dari agama
Mendorong perbuatan jenayah
b) Pesanan Kepada Ahli Keluarga Tentang Bahaya Sihir
Jangan mudah mempercayai orang yang tidak dikenali
Jangan mudah termakan pujuk rayu seseorang
Jangan terpesona dengan hal-hal yang pelik dan luarbiasa
16
Jangan mudah terpedaya dan terperangkap dengan unsur2 kebal, luarbiasa, kekuatan
segera, memperolehi material menerusi jalan pintas tanpa usaha atau kerja keras.
Selidik latar belakang seseorang (amalan sebagai muslim) sebelum mempercayainya.
Batalkan dan buanglah segala penangkal, azimat, wafaq dll objek yang dikatakan
mempunyai kuasa sakti dan luarbiasa.
Tukang sihir menyalahgunakan ayat al-Quran, memutarbelit serta mencampuradukkan.
Mendatangi ahli sihir menandakan lemahnya iman dan aqidah seseorang.
Beberapa gangguan terpilih
Kanak-kanak phobia pada hujan
Anak kecil rewel menangis malam
Akibat praktik ilmu ghaib, kebal, ilmu hikmat , tenaga dalam , triki, hipnotisme dll.
Penyakit medis sukar didiagnos
Indigo dan melihat MH
Mengubat tanpa belajar
Hafizah didiami jin
Hafiz segera bantuan jin
Reaksi keras belum tentu gangguan jin
Menafsir reaksi gangguan
Menafsir mimpi
Tingkat kerasukan
Jin tasyakkul dan tamaththul
Gangguan jin leluhur memilih keturunan
Anak mengasari ibu kena gangguan
Was-was teruk
Pesakit gila dan mengamuk
Jin menahan bacaan Quran
Diculik dan dipakai jin
Gangguan akibat fb, filem, games dsb
Menerusi makan minum, ciuman dan sentuhan
Tiba-tiba pandai dan mampu berbahasa asing
Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab bersama; orang awam, ulamak dan kerajaan bagi
mengekang penularan aktiviti penyihiran termasuk menerusi perlaksanaan undang-undang
jenayah sihir . Usaha pihak berkuasa agama dalam memberi kefahaman berkaitan perkara ini
perlu dipergiatkan dari masa ke semasa memandangkan masih ramai masyarakat Islam di
negara ini terus mendapatkan khidmat tukang sihir demi atas nama ikhtiar.
17
BIBLIOGRAFI
`Abd Allah bin Muhammad bin Ahmad al-Tayyar (2008), Kayfa Tatakhallasu min al-Sihr, Inas
Media, Klaten, Jateng.
`Umar Sulayman al-ASyqar, Prof. Dr, (2012), Rahsia Alam Jin dan Syaitan, Jasmin Publication,
Selangor.
Abu Abdillah al-Maqdisi al-Hambali (2008), Khamsuna Faslan fi Tibb al-Nabawi, cet. 1, Penerbit
eLBA, Surabaya.
Abu Umar Abdillah (2006), Dukun Hitam Dukun Putih, Wafa Press, Klaten, Jawa Tengah.
Al-Syeikh Abi al-Fada’ Muhammad (2012), terj. Mari Berubat Dengan al-Quran, Cet. Ke 12,
alHidayah Publication, Batu Caves, Selangor.
Al-Syeikh Wahid Abd Salam Bali, al-Sarim al-Battar fi al-Tasaddi li al-Saharah al-Asyrar
(1995), Nurulhas, Kuala Lumpur.
Garis Panduan Amalan Perubatan Islam (2011), Bahagian TCM KKM, Jalan Cenderasari,
Kuala Lumpur.
Haron Din, Dato’ Dr. (2011) Rawatan Penyakit Akibat Sihir, PKPIM & Koperasi Darussyifa’
Bhd, BBB, Selangor.
Ibrahim Kamal Idham, Dr (2009), Kupas Tuntas Masalah Jin dan Sihir, Darus Sunnah Press,
Jakarta Timur.
Islah Gusmian (2006), Ruqyah: Terapi Nabi Muhammad saw Menangkal Gangguan Jin, Sihir
dan Santau, Cet. 3, Pustaka Marwa, Yogyakarta.
Majdi Muhammad al-Shahawi (2007), Tharid al-Jin Masakin al-Ins, CV Arafah Group, Solo,
Jawa Tengah.
Malik Faisal (2012), Jampi Jelmaan al-Quran dan al-Hadith Membongkar Rahsia Alam Jin dan
Sihir, Cet. Ke 3, PTS Islamika Sdn. Bhd, Selangor.
Mohd Yusof Arbain (peny.- 2007), Fatwa Jin dan Sihir, Karya Bestari Sdn. Bhd, Shah Alam ,
Selangor.
18
Muhammad al-Shahim (2003), Hiwar Ma`a al-Syayatin wa Tajribati al-Amaliyyah fi Ikhraj
alJan wa Ibtal al-Sihr, Cendekia Sentra Muslim, Jakarta.
Muhammad Hayie al-Alawi (2010), Kisah Tipudaya Jin dan Syaitan Terhadap Para Nabi,
Pustaka Azhar, Johor Bahru.
Muhammad Isa Dawud (1992), Hiwar al-Sahafi Ma`a Jinni Muslim, cet. 12 1997, Pustaka
Hidayah, Bandung.
Muhammad Jamal al-Shaami (2008), Rawatan Gangguan Sihir Pasangan Suami Isteri, Cet. Ke
2, al-Falah Publication, Cheras, Selangor.
Muhyiddin Abdul Hamid (2001), `Alij Nafsaka min al-Sihr wa al-Hasad wa Mass al-Syaitan,
Cet. 1, Mitra Pustaka, Yogyakarta.
Rozai Sulaiman (2001), Rahsia Ilmu Sihir, Usnie Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
Sa`id bin Ali al-Qahtani (2006), Pengubatan Dengan Doa, cet. 1, al-Hidayah Publishers, Kuala
Lumpur.
Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki (2008), Terapi Ruhani dan Jasmani, Cet. 1, Bandung,
Jawa Barat.
Sya`ban Ahmad Salim (2012), Mawsu`at al-Ilaj bi al-Quran wa al-Adhkar, Pustaka Arafah,
Solo.
Syeikh Abd al-Azim (2006), Bebas Penyakit Dengan Ruqyah, Cet. 1, Qultum Media, Jakarta.
Syeikh Wahid Abd Salam Bali (1995), Wiqayah al-Insan min al-Jin wa al-Syaitan, Cet. Ke 14
2006, Robbani Press, Jakarta.10
Tim Ruqyah Majalah Ghoib (2006), Anda Bertanya Ghoib Menjawab, Ghoib Pustaka, Jakarta.
Umar Sulayman al-Asyqar (1978), Alam al-Jin wa al-Syayatin, cet. Ke 13, Dar al-Nafa’is,
alUrdun.
Usamah bin Yasin al-Ma`ani (2008), Munkarah al-Insan fima Yusallitu al-Jin wa al-Syaitan,
Pustaka Nasional, RI.
19
Willy Wong & Andry Hakim (2009), Dahsyatnya Hipnosis, Visimedia, Jakarta Selatan.
Zaenal Abidin Syamsudin (2008), Membongkar Dunia Klenik & Perdukunan Berkedok
Karomah, Pustaka Imam Abu Hanifah, Jakarta.
Zen Muhammad al-Hadi (2009), Ruqyah Jin, Zahra, Jakarta.
20
SENARAI LAMPIRAN
1. CONTOH PERKARA HARAM DALAM AMALAN PERUBATAN TRADISIONAL
2. FOTO MUSTIKA DAN BUHUL SIHIR
21
3. FATWA-FATWA BERKAITAN
Fatwa no. 15 (bab 1-aqidah)- penggunaan jin menurut Islam. Muzakarah kali ke 39 pada 21
september 1995 memutuskan meminta pertolongan dan menggunakan khidmat jin adalah
haram.
Fatwa no. 18 (bab 1-aqidah) Khurafat dan azimat menurut perspektif Islam. Muzakarah kali ke
40 pada 9 ogos 1996 bersetuju dengan garis panduan berikut: Khurafat ialah semua cerita atau
rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan
atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita atau
perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta.
22
Fatwa no. 26 (bab 1 aqidah). Muzakarah kali ke 72, 23 januari 2006 memutuskan penjualan air
musaffa adalah dilarang kerana membuka ruang kepada penyelewengan aqidah, kepercayaan
khurafat dan penipuan.
Fatwa no 1 (bab 8- pakaian dan lain-lain). Muzakarah ke 19 pada 6-7 oktober 1987 memutuskan
lilitan hitam di lengan bagi umat Islam adalah haram dan dilarang samasekali kerana ia
merupakan adat kebudayaan orang kafir.
Fatwa no. 42 (bab 10- sosial dan syariah) -Muzakarah ke 69 pada 13-15 jun 2005. Hukum
menulis ayat-ayat quran yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kesukaran kepada pembaca
adalah dilarang, tidak boleh dicampuraduk dengan ayat2 lain dan tidak terputus-putus.
4. RESOLUSI KONVENSYEN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA PADA 29-30 JUN 2013
1) Semua pengamal rawatan Islam hendaklah menjadikan al-Quran sebagai rujukan utama
kerana ia adalah al-Syifa' (ubat, penawar @ penyembuh) baik untuk penyakit fizikal (jasmani)
mahupun penyakit spiritual (rohani).
2) Semua perawat Islam hendaklah memiliki personaliti dan akhlak yang baik, mematuhi
tuntutan Islam dan menjauhi larangan Islam, mengenalpasti ayat-ayat berkaitan ikhtiar
penyembuhan yang terdapat di dalam al-Quran, doa-doa menerusi Hadith Nabi saw dan
petunjuk dari amalan golongan Salaf-al-Salih.
3) Penggunaan ayat-ayat al-Quran berkaitan penyembuhan mempunyai pertalian dengan
soal aqidah, ibadat dan usaha dakwah dan amalan ini hendaklah dilakukan dengan cermat dan
berhemah oleh para pengamal yang perlu mempunyai kriteria tertentu.
4) Para pengamal rawatan Islam dilarang melakukan penyelewengan atau penyalahgunaan
ayat-ayat al-Quran sehingga boleh mengundang kemurkaan Allah swt, terjerumus dalam
kesyirikan dan pelanggaran syariat Islam seperti dakwaan mampu melihat dan mengira
makhluk halus, perdampingan dengan jin, memiliki khadam ayat dan mendatangkan perkara-
perkara pelik dan luarbiasa dalam amalan pengubatan.
5) Pengamal yang mengendalikan kes-kes sihir misalnya perlu memahami seluk-beluk
amalan sihir, kaedah memerangi golongan penyihir menerusi terapi yang sesuai dan dibenarkan
oleh syarak serta melakukan amalan pendinding diri sekiranya menyedari terdapat amcaman
atau risiko tertentu.
6) Dalam menangani kes-kes berat seperti santau dan susuk, perawat hendaklah
mengetahui jenis, punca, bahan yang digunakan, simptom dan kesan ke atas mangsa dan
pemakai di samping menguasai kaedah rawatan yang sesuai menerusi ruqyah dan bahan serta
jampi-jampi tertentu (sekiranya ada asas) yang tidak mengandungi unsur-unsur kesyirikan.
23
7) Dalam menangani kes penyakit fizikal kronik seperti kanser, perawat juga boleh
mengesyorkan pesakit dan ahli keluarganya mengamalkan bacaan ayat-ayat tertentu dari al-
Quran secara istiqamah dan yakin bahawa kuasa penyembuh ada pada Allah swt menerusi
mu`jizat al-Quran sebagai al-Syifa' .
8) Meyakini kewujudan makhlus ghaib @ halus seperti jin dan suku sakatnya serta
keupayaan mereka melakukan gangguan terhadap manusia adalah wajib berdasarkan dalil-dalil
dari al-Quran dan semuanya berlaku dengan izin Allah; justeru itu para pengamal hendaklah
sentiasa memohon perlindungan serta melakukan amalan pencegahan menerusi doa dan zikir
tertentu agar terhindar dari gangguan tersebut.
9) Setiap pengamal hendaklah mematuhi garis panduan berhubung rawatan Islam, etika
perawat Islam dan mengetahui hak-hak pesakit dari sudut undang-undang (Rujuk Garis
Panduan yang dikeluarkan oleh Bahagian PTK, Kementerian Kesihatan Malaysia.
10) Setiap pengamal yang menetap di negara ini turut terikat dengan Akta Perubatan 1971
(seksyen 3), Kanun Keseksaan (seksyen 375, sek. 350, sek. 351, sek. 354, sek. 357, sek. 359, sek.
362 dll), Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 559) sek. 4 (1), sek. 6,
sek. 43 (b) dan lain-lain termasuk Kaedah Amalan dan Etika yang dikeluarkan oleh Gabungan
Persatuan Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA).
11) Pesakit fizikal digalakkan merujuk doktor perubatan terlebih dahulu dan perawat tidak
wajar menghalang pesakit menerima rawatan moden dalam tempuh rawatan ruqyah syariyyah.
12) Sebahagian pakar perubatan alopati mengakui terdapat penyakit yang dirujuk di
hospital namun gagal dikesan puncanya bahkan terdapat simptom yang pelik dan ganjil
berpunca gangguan makhluk halus; justeru itu dalam situasi tertentu integrasi antara
perubatan alopati dan rawatan islam amat diperlukan.
13) Sebahagian besar mangsa sihir santau terdiri dari kalangan yang terlibat dalam bidang
penguatkuasaan undang-undang seperti polis, pihak berkuasa tempatan dan sebagainya, maka
mereka perlu didedahkan dengan ilmu pendinding diri dan keluarga dari ancaman sihir
berteraskan al- quran dan hadith.
14) Setiap pesakit perlu memahami prosedur dan metod rawatan dan risiko yang bakal
dilalui apabila berurusan dengan mana-mana pusat rawatan.
15) Terdapat beberapa isu yang masih menjadi pertikaian dan perlu diperhalusi oleh
kumpulan pakar yang dicadangkan oleh GAPPIMA seperti:
a) Penggunaan jampi mentera Melayu dan sumbernya.
24
b) Teknik pukulan yang mendatangkan kesakitan dan kecederaan.
c) Persoalan aurat sewaktu sesi rawatan.
e) Teknik gertakan dan ancaman bunuh terhadap makhluk halus.
5. SIMPTOM PADA PESAKIT GANGGUAN
A) Simptom Pada Fizikal
1. Menggigil dan menggeletar
2. Muka bengkak
3. Mata merah dan berpinar atau berair
4. Kulit panas dan berapi
5. Mulut berbuih
6. Pendarahan
7. Tapak tangan dan kaki berair
8. Anggota badan sakit
B) Simptom Pada Suara, Pertuturan Dan Pendengaran
1. Suara berubah dari suara asal
2. Memaki hamun
3. Memuji-muji
4. Menyanyi-nyanyi
5. Ketawa dan mengilai-ngilai
6. Memujuk-mujuk
7. Menyindir dan memperli
8. Meraung dan menderem
9. Sendawa dan batuk
10. Membisu
11. Memejam mata dan menengkup telinga
12. Mengaku menganut agama tertentu
13. Mengaku melihat benda ghaib
14. Mendengar bisikan
15. Membaca gerak bibir orang
16. Membuat tuduhan dan tilikan
C) Simptom Pada Gerak Badan
1. Menari-nari atau melompat
2. Bersilat, berkungfu dsb
3. Berguling-guling dan merangkak
4. Mencakar dan menghentak kepala
5. Terbang
25
D) Simptom Pada Tindakan Dan Perbuatan
1. Memukul
2. Mencekik
3. Mencederakan orang atau diri sendiri
4. Menangis
5. Kencing dan buang air besar
6. Berkentut
7. Meludah
8. Memuntah
9. Terbit/terangsang syahwat hingga keluar mani
10. Memusnahkan barang dan hartabenda
11. Bersikap kasar dan ganas
12. Beraksi menggoda dan romantik
13. Membogelkan diri
14. Ancaman bunuh diri
15. Pengsan atau tertidur
Disediakan oleh Dr Abdullah yusof (Pensyarah/Pengamal Perubatan Islam dan Terapi Psikospritual Islam) 0136720840 ([email protected]) pada 14.09.2017 jam 10.30 pm