1€¦ · hidup berpasang-pasangan atas sifat allah ya rahman, allah ya rahim. yang pertama...
TRANSCRIPT
1 | P a g e
TAK KENAL MAKA TAK CINTA | HANDWRITING ANALYSIS ACADEMY MALAYSIA
PENGENALAN
Anda sedang jatuh cinta? Anda sedang bercinta? Jumpa di mana cinta anda itu?
Facebook? Twitter? Crush zaman belajar? Atau jatuh dari langit? Apa yang anda nampak
pada pasangan anda? Apa yang menimbulkan rasa cinta itu pada anda? Adakah
mungkin fizikalnya atau penampilannya atau tingkahlakunya? Terjawabkah kesemua
soalan ini?
Semasa bercinta semuanya indah-indah sahaja, tidak percaya? Anda hanya akan
dengar pasangan baru bernikah kata perkahwinan adalah sesuatu yang best dan
bahagia. Tetapi orang tua-tua berpesan, pilihlah yang baik-baik supaya anda tidak
menyesal nanti.
Mengapa mereka berpesan begini? Ini adalah kerana emosi tidak akan sama
selamanya. Lama-lama, setiap orang akan menunjukkan tingkah laku dan keperibadian
yang sebenarnya. Jadi apakah caranya untuk kita saling kenal peribadi kita dan
pasangan dengan cara yang baik?
Alhamdulillah, ebook kali ini saya fokuskan pada tip hubungan suami dan isteri.
Ianya berkisar tentang bagaimana mencorak rumahtangga seawal perkahwinan dan
hingga ke akhirnya. Tulisan tangan adalah cara yang cepat dan tepat untuk mencari
jawapan yang tersembunyi. Buat apa membazir airmata, tertekan dan kecewa dengan
situasi yang melanda hubungan. Memendam rasa hanya membuat kita letih dalam
hubungan. Apa kata dengan tulisan tangan, kita teliti satu persatu karakter pasangan.
2 | P a g e
TAK KENAL MAKA TAK CINTA | HANDWRITING ANALYSIS ACADEMY MALAYSIA
Banyak ilmu yang kita boleh bongkar melalui tulisan tangan, antaranya kekuatan
& kelemahan, faktor menghalang kebahagiaan dan mengenali kejujuran pasangan.
Dengan tulisan tangan kita mampu melakukan transformasi dalam rumahtangga.
TIP HUBUNGAN IDEAL MELALUI TULISAN
Orang kata jangan menilai dari luar, pernyataan ini adalah klise tetapi kita
manusia tidak lari dari memandang paras rupa. Semua mahukan yang sempurna pada
pandangan mata. Bagaimana mencapai hubungan yang ideal? Saya kongsikan tiga
langkah mencari hubungan yang ideal untuk anda.
1. Membina memori yang indah dalam pertemuan pertama
2. Mencari orang yang sesuai dengan anda
3. Membentuk hubungan emosi yang baik
Bagaimana nak mulakan langkah yang saya kongsi tadi? Saya pilih dengan tulisan
tangan.
Tulisan tangan mendedahkan banyak perkara tentang kebahagiaan dan
kesedihan. Oleh kerana kita akan menggunakan tulisan dalam mengenali teman baru, ia
akan membawa anda mengetahui mengapa tulisan tangan memberi informasi yang
tepat kepada anda.
Ada satu teori mengatakan semakin semakin banyak persamaan anda dengan
orang itu, maka anda lebih cenderung memilihnya untuk dijadikan pasangan. Melalui
tulisan tangan juga kita boleh menyemak compatibility anda dengan pasangan.
3 | P a g e
TAK KENAL MAKA TAK CINTA | HANDWRITING ANALYSIS ACADEMY MALAYSIA
Sebelum ini saya kongsi langkah mencari hubungan yang ideal, saya kongsikan
pula 3 karakter yang mudah dikenalpasti melalui tulisan.
1. Introvert
Dalam tulisan tangan individu introvert selalunya menulis dengan slanting ke kiri
dan tulisan tangan yang kecil. Selalunya mereka mengalami ketakutan yang lain seperti
kurang keyakinan dan sukar meluahkan perasaannya. Individu introvert juga memilih
kawan dan lebih yakin dalam ruang linkungan yang kecil. Ada yang menulis dengan
tulisan besar tetapi dengan slanting ke kiri, tetapi kita lihat dia seorang yang mampu
bersosial. Sebenarnya dia jarang meluahkan perasaannya dan memilih untuk
memendam rasa.
Contoh Tulisan Individu Introvert
4 | P a g e
TAK KENAL MAKA TAK CINTA | HANDWRITING ANALYSIS ACADEMY MALAYSIA
2. Ektrovert
Manakala untuk ektrovert pula, adalah individu yang aktif, lebih menjadi
perhatian ramai dan suka dengan interaksi antara pasangan. Jika mencari karakter ini
pada tulisan, lihatlah pada saiz yang besar dan slanting ke kanan.
Contoh Tulisan Individu Ekstrovert
3. Ambivert
Karakter ambivert ini didefinisikan sebagai di tengah antara tulisan menegak dan
slanting ke kanan. Individu ini mempunyai ciri introvert dan ekstrovert. Selalunya
individu ini berada di tengah-tengah dalam banyak isu. Mudah disimpulkan jika individu
ambivert ini berada suasana yang selesa, dia mampu menjadi dirinya sendiri.
5 | P a g e
TAK KENAL MAKA TAK CINTA | HANDWRITING ANALYSIS ACADEMY MALAYSIA
Contoh Tulisan Individu Ambivert
TIP DALAM RUMAHTANGGA YANG BOLEH DISEMAK MELALUI TULISAN TANGAN
Ceritara cinta yang didukung oleh Hero Adam dan Heroin Hawa. Cerita tentang
hidup berpasang-pasangan atas sifat Allah Ya Rahman, Allah Ya Rahim.
Yang Pertama
Beradaptasi dengan diri yang baru. Kehidupan anda bukan hanya untuk
memikirkan diri sendiri sahaja tapi jauh lebih menarik lagi hidup anda akan bermatlamat
selepas berkahwin. Secara automatik, apabila anda mahu berbuat sesuatu anda akan
memikirkan hati dan perasaan pasangan anda
“ADAM, saat melafazkan akad nikah (aku terima nikahnya…) Adam telah terikat
dengan perjanjian dan tanggungjawab. Perjanjian kepada Allah, isteri yang baru
dinikahi dan keluarga mertua bagi menjaga amanah ini dengan sebaiknya”
“HAWA, pasakkan pada dirimu (Ini suamiku, jodoh yang dihantar oleh Allah).
Selepas lafaz akad, ketaatan Hawa diutamakan pada sang suami. Syurga Hawa kini
6 | P a g e
TAK KENAL MAKA TAK CINTA | HANDWRITING ANALYSIS ACADEMY MALAYSIA
telah bertukar dari ibunya kepada suaminya. Ketaatan Hawa kepada suaminya
selagi mana perkara yang dilakukan tidak bertentangan dengan syarak”
Yang Kedua
Mengenal sisi lain pasangan kita. Ramai orang kata selepas duduk bersama di
bawah satu bumbung, maka akan terlihatlah sisi lain pasangan yang jarang-jarang
terkeluar semasa sedang bercinta.
Cantik di luar, adakah cantik juga di dalam?
Tidak tergesa-gesa menilai pasangan kita dengan cepat. Tempoh mengenal
antara satu sama lain berjalan sepanjang masa kerana manusia adalah makhluk dan
mereka boleh berubah.
Walaubagaimanapun, hidup berpasangan memerlukan kepekaan anda terhadap
hak dan tanggungjawab, sensitiviti pasangan dan memahami nature kerjaya masing-
masing.
Yang Ketiga
Kemeriahan keluarga mertua. Keluarga mertua adalah kumpulan baru yang
penting untuk anda selidik. Lihat pada skop yang besar di mana anda kini dalam
perhatian keluarga kecil pasangan anda dan saudara mara mereka
Anda perlu bijak menggunakan kata dan bercampur bersama dengan mereka.
Dalam pada itu, ambil tahu cara pergaulan, budaya dan adat mereka supaya bila mana
anda dalam kumpulan ini anda mudah berinteraksi dan mencapai keserasian.
7 | P a g e
TAK KENAL MAKA TAK CINTA | HANDWRITING ANALYSIS ACADEMY MALAYSIA
Yang Keempat
Keutamaan menahan marah. Selalu terjadi perasaan marah berpunca dari
tekanan. Misalnya tekanan dari tempat kerja akan dibawa ke rumah menyebabkan
individu ini melempaskan kemarahan dan tekanan tersebut kepada anak-anak, isteri
atau suami.
Dalam tulisan tangan kemarahan boleh dikaitkan dengan tekanan yang
digunakan. Ada yang mudah marah cepat sejuk, ada yang berdendam dan tahap
kemarahannya pada skala normal.
Jika anda menggunakan tekanan yang ringan semasa menulis, ini bermakna anda
seorang yang sabar. Tekanannya seperti tidak kelihatan di belakang kertas. Individu ini
mudah sejuk sekalipun dia marah. Dia mampu mengawal skala amarahnya dengan baik.
Tekanan yang Ringan
8 | P a g e
TAK KENAL MAKA TAK CINTA | HANDWRITING ANALYSIS ACADEMY MALAYSIA
“Siapa saja yang menahan marah, padahal dia mampu melampiaskannya, maka
Allah akan memanggilnya pada Hari Kiamat di atas kepala para makhluk hingga
dipilihkan baginya bidadari yang dia sukai” (HR At-Tirmidzi, Abu Dawud dan Ibnu
Majah)
Yang Kelima
Keutamaan memberikan kemaafan. Gesaan untuk kita menghulurkan kemaafan
terlebih dahulu kepada orang yang berbuat salah terhadap kita supaya hati kita senang,
tidak menyimpan dendam terhadap orang tersebut.
“Hendaklah mereka memberi maaf dan melapangkan dada. Tidakkah kamu ingin
diampuni oleh Allah?” (Surah an-Nur: 22)
Memberi maaf sebelum diminta. Mereka yang enggan memberi maaf pada
hakikatnya enggan mendapatkan keampunan dari Allah S.W.T. Allahu. Ironinya jangan
terlalu sombong hidup di muka bumi Allah. Semuanya hanya pinjaman dari Allah supaya
kita bersyukur. Bahkan hati kita yang menidakkan kata maaf juga milik Allah S.W.T.
Yang Keenam
Keutamaan bersifat sabar. Mudah mengucapkan sabar tetapi untuk melatih diri
menjadi orang sabar memerlukan perjuangan. Perjuangan yang dihadapi oleh orang
yang sabar tidak kurang hebatnya. Mereka perlu menjaga diri dari rasa gelisah dan
menahan lidah dari mengeluh.
Berbicara pada orang yang sedang bersabar tentang keutamaan bersifat sabar.
9 | P a g e
TAK KENAL MAKA TAK CINTA | HANDWRITING ANALYSIS ACADEMY MALAYSIA
“Dan, orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam
peperangan, mereka itulah orang-orang yang benar (imannya), dan mereka itulah
orang-orang yang bertaqwa” (Surah al-Baqarah: 177)
“Mereka memperoleh keberuntungan, keselamatan dari sesuatu yang ditakuti dan
masuk syurganya Allah” (Surah ar-Ra’d, ayat 24)
Setelah berumahtangga, tiada yang mahukan perpisahan, tetapi sejauh manakah
kita berusaha mengekalkan hubungan yang telah terbina?
Yang Ketujuh
Jangan kedekut dengan kata-kata pujian,
“Awak nampak extra manislah hari ini, aurat pun tertutup cantik je. Suka saya
tengok”
Kata-kata pujian seperti diatas dapat membunga-bungakan hati perempuan.
Perempuan memang suka akan kecantikan dan lelaki juga suka melihat kecantikan.
Apabila suami dapat membahagiakan isterinya, maka syurgalah rumahtangga
mereka. Sebaliknya pula apabila perempuan mogok, rumahtangga tiada seri dan
keadaan rumah tunggang terbalik kesan daripada hilang sentuhan dari seorang isteri.
Lelaki juga mahu mendengar dirinya dipuji. Lebih-lebih lagi pujian yang ada
unsur kewibawaan pada seorang lelaki seperti bertanggungjawab, bertolak ansur, rajin
dan romantik.
10 | P a g e
TAK KENAL MAKA TAK CINTA | HANDWRITING ANALYSIS ACADEMY MALAYSIA
Seorang isteri yang memuji sifat positif suami dihadapan anak-anak akan
memupuk rasa hormat anak kepada ayah mereka dan mengukuhkan lagi hubungan
kekeluargaan.
Yang Kelapan
Usah menuturkan kata-kata yang negatif dalam hubungan anda. Apabila
menuturkan kata-kata, jangan menggunakan ayat yang negatif. Apabila terlalu kerap
menggunakannya, ia akan mempengaruhi hubungan.
Sering juga didengar ayat yang berbunyi seperti dibawah:
“Kalau suatu hari nanti, tiba-tiba kita tidak lagi bersama, kita akan berkawan
baik tak?”
Ayat diatas tiada salahnya jika sekali baca. Melahirkan niat yang baik untuk tidak
memutuskan persaudaraan walaupun setelah berpisah adalah digalakkan dalam Islam.
Cuma ada sedikit yang perlu dijaga dari sudut hati pasangan. Hati yang ada
keraguan akan mudah untuk syaitan membisikkan kata-kata negatif. Seterusnya akan
lahirlah sangkaan-sangkaan buruk dalam pemikiran terhadap perkara yang belum pasti
akan berlaku.
Bila asyik memikirkan perkara-perkara negatif sahaja kesannya pada perhubungan
dengan pasangan. Pasangan akan mula menjauh dari kita dan hubungan semakin
hari semakin tidak mesra.
11 | P a g e
TAK KENAL MAKA TAK CINTA | HANDWRITING ANALYSIS ACADEMY MALAYSIA
Yang kesembilan
Jika dalam perhubungan, menghormati kisah silam pasangan adalah perlu.
Keterbukaan dia menceritakan kisahnya kepada kita mungkin atas dasar persediaan
untuk kita menerima dia dengan seadanya. Dua perkara yang kita tidak mampu ubah
iaitu, masa silam kita dan masa silam orang lain. Apabila kita redha dengan kisah silam
kita barulah hati kita akan menjadi lebih tenang dan tenteram.
Dalam tulisan tangan kita dapat melihat sama ada individu itu sudah move on
atau belum melalui margin. Selalunya margin yang rapat ke kiri dilihat sukar untuk
melupakan masa lalu. Seolah ada yang bersisa di dalam lubuk hati.
Margin Rapat ke Kiri
Sebaiknya kisah tersebut dijadikan contoh dan iktibar yang disimpan dalam
journal kehidupan kita yang nyata. Kehidupan kita fokus pada realiti yang kita hadapi
dan mempersiapkan diri untuk kehidupan yang akan datang.
Fokus pada hubungan yang sudah terjalin dan berusaha membawa hubungan ini
sebaik mungkin. Fokus pada pasangan yang sedia ada bersama kita. Terima kasih
sudi menyambut kebaikan yang dihulurkan dan menerima kelemahan diri kita.
12 | P a g e
TAK KENAL MAKA TAK CINTA | HANDWRITING ANALYSIS ACADEMY MALAYSIA
NAK TAHU LEBIH LAGI TENTANG HUBUNGAN SUAMI ISTERI?
NANTIKAN BUKU LOVE TULISAN INI
MILIK SIAPA?
BONUS : TIP PASANGAN BAHAGIA MELALUI ASMAULHUSNA
TULISAN TANGAN MENCERMINKAN PERIBADI
DI HADAPAN PASANGAN.
INSYAALLAH AKAN PRE -LAUNCH
HUJUNG MAC INI.
13 | P a g e
TAK KENAL MAKA TAK CINTA | HANDWRITING ANALYSIS ACADEMY MALAYSIA
PENUTUP
Alhamdulillah, telah dikongsikan tip-tip ringkas sebagai panduan dalam
kehidupan berumahtangga bagi membentuk satu keluarga sakinah yang dicintai Allah.
Buat anda yang sedang mempersiapkan diri untuk masuk ke dunia baru iaitu
alam perkahwinan, semoga perkongsian ini dapat membantu anda menjadi pasangan
yang terbaik untuk dia.
Buat anda yang masih baru dengan perkahwinan, didoakan tip-tip ini akan dapat
menguatkan ikatan yang baru dibina dan menambah baja-baja kasih sayang dalam cinta
anda.
Buat anda yang sudah veteran dengan cerita-cerita manis dan duka dalam alam
perkahwinan, semoga anda dapat menjadi idola buat anak muda diluar sana dan
menjentik semangat mereka untuk menjaga amanah dan tanggungjawab dalam
perkahwinan dengan bersungguh-sungguh.
Tulisan tangan ada jawapan kepada persoalan dan masalah anda dalam
perhubungan. Dengan mengenali pasangan melalui tulisan, sekurang-kurangnya kita
sudah bersedia dan tahu tentang dia. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum
hujan. Semoga berjaya.
Salam Sayang,
Azura Hashim