02- senarai tugas gb dan pk

13
SENARAI TUGAS JAWATAN YANG DITANGGUNG Nama Jawatan : Guru Besar Gred Jawatan : DGA32 1. Tugas-tugas Utama: 1.1 Merancang, mengelola, mengawal dan menilai keberkesanan pelaksanaan dasar, program pendidikan kurikulum dan kursus pengajian sekolah. 1.2 Merancang, mengelola, mengawal dan menilai keberkesanan pelaksanaan program, projek dan aktiviti kokurikulum. 1.3 Mengurus dan mentadbir sumber tenaga manusia, kewangan, pejabat dan menyenggara kemudahan asas dan fizikal sekolah. 1.4 Mengurus hal ehwal murid, perkhidmatan guru dan staf sokongan bukan guru. 1.5 Menyedia dan menyelaras program dan aktiviti peningkatan akademik dan menyelia pengajaran guru. 2. Tugas-tugas Am: Kurikulum 2.1 Mengajar sebilangan waktu dan tidak kurang 10 waktu seminggu. 2.2 Merancang dan menentukan pelaksanaan kurikulum dan kursus pengajian sekolah mengikut sukatan dan takwim yang diluluskan. 2.3 Memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum yang ditentukan Kementerian Pendidikan berjalan mengikut peraturan. 2.4 Menentukan mata pelajaran pilihan untuk pengajaran di sekolah dan menetapkan guru yang mengajar mata pelajaran berkenaan. 2.5 Menubuhkan panitia mata pelajaran untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya. 2.6 Mempengerusikan mesyuarat panitia jika difikirkan perlu disebabkan beberapa perkara berbangkit berhubung dengan pelaksanaannya. 2.7 Menubuhkan beberapa jawatankuasa dan majlis lain yang difikirkan sesuai untuk memastikan keberkesanan pengurusan sekolah. 2.8 Menentukan kewujudan pusat sumber sekolah dan bertanggungjawab terhadap perkembangan dan kemajuannya.

Upload: danny-chan

Post on 12-Aug-2015

68 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 02- Senarai Tugas GB Dan PK

SENARAI TUGAS JAWATAN YANG DITANGGUNG

Nama Jawatan : Guru BesarGred Jawatan : DGA32

1. Tugas-tugas Utama:

1.1 Merancang, mengelola, mengawal dan menilai keberkesanan pelaksanaan dasar, program pendidikan kurikulum dan kursus pengajian sekolah.

1.2 Merancang, mengelola, mengawal dan menilai keberkesanan pelaksanaanprogram, projek dan aktiviti kokurikulum.

1.3 Mengurus dan mentadbir sumber tenaga manusia, kewangan, pejabat danmenyenggara kemudahan asas dan fizikal sekolah.

1.4 Mengurus hal ehwal murid, perkhidmatan guru dan staf sokongan bukan guru.

1.5 Menyedia dan menyelaras program dan aktiviti peningkatan akademik dan menyelia pengajaran guru.

2. Tugas-tugas Am:

Kurikulum

2.1 Mengajar sebilangan waktu dan tidak kurang 10 waktu seminggu.

2.2 Merancang dan menentukan pelaksanaan kurikulum dan kursus pengajian sekolah mengikut sukatan dan takwim yang diluluskan.

2.3 Memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum yang ditentukan Kementerian Pendidikan berjalan mengikut peraturan.

2.4 Menentukan mata pelajaran pilihan untuk pengajaran di sekolah dan menetapkan guru yang mengajar mata pelajaran berkenaan.

2.5 Menubuhkan panitia mata pelajaran untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya.

2.6 Mempengerusikan mesyuarat panitia jika difikirkan perlu disebabkan beberapa perkara berbangkit berhubung dengan pelaksanaannya.

2.7 Menubuhkan beberapa jawatankuasa dan majlis lain yang difikirkan sesuai untuk memastikan keberkesanan pengurusan sekolah.

2.8 Menentukan kewujudan pusat sumber sekolah dan bertanggungjawab terhadap perkembangan dan kemajuannya.

- 1 -

Page 2: 02- Senarai Tugas GB Dan PK

2.9 Melaksanakan 'Bulueprint' sekolah untuk meningkatkan pencapaian murid-murid dalam bidang akademik.

2.10 Memeriksa dan meluluskan rancangan pengajaran tahunan, rancangan pengajaran mingguan dan harian guru.

2.11 Mengurus dan mentadbir perjalanan harian pejabat dan sekolah.

Pentadbiran:

2.12Menjadi ketua protokol dalam semua acara sekolah.

2.13 Menjadi penasihat kepada PIBG dan Kelab Guru.

2.14 Menjadi pengerusi Lembaga Disiplin sekolah berhubung dengan tatakelakuan dan salahlaku murid.

2.15 Merancang dan memastikan pelaksanaan takwim sekolah yang telah disusun dan ditetapkan berjalan mengikut jadual.

2.16 Merancang dan menyediakan senarai tugas dan mengagihkan tugas-tugas tambahan guru.

2.17 Memastikan laporan-laporan bulanan sekolah, laporan-laporan pemantauan, dan laporan-laporan perkembangan aktiviti disediakan mengikut jadual.

2.18 Merancang dan menyediakan tugas-tugas utama dan sasaran kerja tahunan guru

dan bukan guru.

2.19 Mengurus, mengelola dan mewujudkan sistem dan tatatacara pengurusan dan pentadbiran sekolah/pejabat.

2.20 Merancang, menyedia dan melaksana program dan aktiviti kokurikulum.

2.21 Menjalankan kawalan dan pemantauan ke atas pelaksanaan programprogram dan aktiviti-aktiviti sekolah.

2.22 Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat kurikulum sekolah, mesyuarat staf, mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa lain.

2.23 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat rasmi Pejabat Pendidikan Daerahdan Bahagian.

2.24 Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan tugas kakitangan sekolah dan pejabat.

2.25 Menyimpan dan menyelenggara Penyata Perkhidmatan dan rekod-rekod peribadi guru dan kakitangan bukan guru.

2.26 Menyediakan laporan Penilaian Prestasi Tahunan, Penilaian Prestasi Khas guru dan kakitangan bukan guru.

- 2 -

Page 3: 02- Senarai Tugas GB Dan PK

2.27 Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada di sekolah mengikut syarat-syarat yang dibenarkan.

2.28 Mementukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara sistematik

dan sempurna.

Perkhidmatan:

2.29 Bertanggungjawab ke atas hal ehwal perkhidmatan dan kebajikan guru dan staf sokongan lain.

2.30 Menyediakan laporan dan pengesahan bertugas bagi guru-guru dan bukan guru yang ditempatkan atau ditukarkan ke sekolah.

2.31 Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan serta mengemukakan permohonan guru dan bukan guru.

2.32 Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan jawatan, penggantungan, pelepasan dan persaraan guru dan bukan guru.

2.33 Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan guru ganti dipatuhi.

2.34 Memastikan Penyata Cuti guru dan bukan guru berhubung dengan soal cuti berekod dan tidak berekod mengikut prosedur dan diurus dengan sempurna dan kemaskini.

2.35 Menyedia dan menyelenggara sistem maklumat guru dan staf bukan guru.

2.36 Melaksanakan tugas-tugas tambahan lain seperti yang diarahkan olehJabatan Pendidikan Sabah, Pejabat Pendidikan Bahagian dan Daerah.

Kewangan:

2.37 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan, memeriksa dan meluluskan semua urusan perbelanjaan sekolah.

2.38 Memastikan semua jenis yuran sekolah, sewaan, bayaran balik dan lain-lain kutipan dikutip dan diserahkan kepada bendahari sekolah pada hari yang sama yuran tersebut dipungut.

2.39 Memastikan resit rasmi dikeluar dan direkodkan setiap kali kutipan dibuat.

2.40 Memeriksa, mengawal dan menyelia perbelanjaan sekolah dan memastikanpembelian adalah perlu dan berpatutan.

2.41 Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan pembayaran gaji dan emolumen guru dan kakitangan bukan guru.

- 3 -

Page 4: 02- Senarai Tugas GB Dan PK

2.42 Memastikan laporan-laporan kewangan seperti penyata bulanan, penyata tahunan, penyesuaian buku akaun, buku tunai disediakan dan diselenggara dengan kemaskini.

2.43 Menyemak dan mengesahkan anggaran dan penyata perbelanjaan bulanan dan penyata dwi tahunan.

2.44 Menyemak dan mengesahkan penyata pendapatan dan perbelanjaan bagisetiap program dan aktiviti sekolah.

2.45 Memastikan akaun sekolah diaudit dan segala persediaan yang diperlukan untuk audit akaun sekolah adalah teratur.

2.46 Memastikan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah diselenggarakan dengan teratur dan kemaskini.

2.47 Memastikan tatacara hapus kira dan pelupusan disediakan dengan sempurna dan mengikut peraturan yang sedia ada.

2.48 Menyemak dan meluluskan permohonan peruntukan kewangan program danaktiviti yang dikelolakan oleh unit-unit di bawah pengurusan dan pentadbiran Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum, Fizikal Sekolah dan Perbelanjaan Am.

2.49 Menjadi pengerusi Jawatankuasa sebut harga kantin sekolah dan sebutharga-sebutharga lain di peringkat sekolah.

Fizikal Sekolah

2.50 Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya dilakukan dengan cara yang teratur.

2.51 Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan dan kawasan sekolah dari masa ke semasa.

2.52 Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil yang ada di sekolah.

2.53 Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada seperti pembinaan surau, riadah dan lain-lain.

Pembangunan Staf

2.54 Merancang dan melaksanakan program dan kursus bagi kemajuan guru dan kakitangan bukan guru untuk peningkatan diri.

2.55 Mengadakan In-House Training, kolokium, taklimat, kursus dalam perkhidmatan dan lain-lain.

2.56 Memberi galakan kepada guru dab kakitangan bukan guru melanjutkan kursus pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

- 4 -

Page 5: 02- Senarai Tugas GB Dan PK

kokurikulum

2.57 Memastikan persatuan dan kelab, sukan dan permainan dan pasukan unit beruniform diwujudkan.

2.58 Menentukan semua unit-unit yang telah ditubuhkan berjalan secara aktif, teratur dan sempurna.

2.59 Memastikan perkembangan bakat dan potensi murid-murid dalam kegiatan kokurikulum dipertingkatkan.

2.60 Memastikan penyelaras-penyelaras kegiatan kokurikulum dan guru sukan melaksanakan perancangan aktiviti yang telah dipersetujui.

Hal Ehwal Murid

2.61 Menubuhkan Lembaga Disiplin Murid dan memastikan pelaksanaan peraturan- peratudan dan undang-undang sekolah dipatuhi.

2.62 Menetap dan menggariskan satu peraturan dan undang-unang sekolah yang praktikal dan sesuai dan dipatuhi sepenuhnya.

2.63 Menubuhkan Lembaga Pengawas Sekolah yang terdiri daripada murid yang cergas, baik dari segi tingkahlaku, budi pekerti dan dalam bidang akademik.

2.64 Menentukan perjalanan Lembaga Disiplin Murid, peraturan dan undang-undang sekolah dilaksanakan dengan sempurna dan adil.

2.65 Mewujudkan jawatankuasa-jawatankuasa sokongan seperti Bimbingan dan kaunseling, Kesihatan dan kebajikan, Keselamatan dan riadah.

Pengawalan dan Penyeliaan

2.66 Merancang dan melaksanakan jadual pemantauan dan kawalan pengajaran dan pembelajaran guru.

2.67 Mengurus dan melaksanakan tugas-tugas pentadbiran, pengurusan, kewangan, pembangunan fizikal sekolah, kemajuan kakitangan, pengajaran dan pembelajaran, kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal pelajar.

2.68 Bertanggungjawab memberi bimbingan kepada penolong Kanan 1, Penolong Kanan 2, Penolong kakan Kokurikulum dan Penolong Kanan Sidang Petang dalam melaksanakan tugas-tugas mereka.

2.69 Mengawal dan menilai prestasi kerja guru dan kakitangan bukan guru untuk tujuan penilaian prestasi tahunan.

2.70 Mengadakan perbincangan dengan guru tentang prestasi kerja, pelaksanaan program dan projek kecil sekolah.

- 5 -

Page 6: 02- Senarai Tugas GB Dan PK

PENOLONG KANAN 1 (PENTADBIRAN/KURIKULUM)

1. Tugas-tugas Utama:

1.1 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar.

1.2 Mengajar sebilangan mengikut arahan oleh Guru Besar.

1.3 Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal kurikulum, pentadbiran, dan pengurusan guru dan kakitangan bukan guru.

1.4 Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah termasuk yang mempunyai sidang petang.

1.5 Membantu Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

2. Tugas-tugas Am:

Kurikulum

2.1 Menentukan pelaksanaan kursus pengajian sekolah.

2.2 Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan lain-lain.

2.3 Mempastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran.

2.4 Membantu di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan dan pusat sumber.

2.5 Menentukan penggunaan dan penyenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.

2.6 Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru pelatih, guru-guru yang baru mengajar dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka.

2.7 Menentukan program TV dan radio pendidikan diikuti dengan sebaik-baiknya.

2.8 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan.

2.9 Membantu dalam merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan ujian, peperiksaan dan penilaian dan mencadangan tindakan susulan.

2.10 Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.

2.11 Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri dan kementerian pendidikan.

- 6 -

Page 7: 02- Senarai Tugas GB Dan PK

2.12 Membantu di dalam menentukan buku-buku teks, bahan pusat sumber dan lain-lain buku bacaan serta kesesuaiannya.

2.13 Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu gantian.

Pentadbiran

2.14 Membantu menentukan beban tugas guru-guru dan kakitangan bukan guru.

2.15 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan bukan guru.

2.16 Membantu menyenggara dan menyelaras kutipan data/maklumat dan perangkaan.

2.17 Membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan takwim sekolah.

2.18 Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan guru dan bukan guru.

2.19 Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.

2.20 Menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan.

2.21 Menyelaras semua jenis pungutan yuran sekolah.

2.22 Menjadi ahli lembaga tatatertib sekolah.

2.23 Menjadi penandatangan kedua cek-cek sekolah.

2.24 Mengurus hal-hal bangunan, kawasan, kemudahan fizikal dan keceriaan.

Kebersihan dan keindahan sekolah

2.25 Membantu di dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan dan kebersihan sekolah.

Keselamatan

2.26 Merancang langkah-langkah keselamatan bersama dengan Guru Besar.

2.27 Bersama-sama dengan Guru Besar merancang melaksanakan latihan mencegah kebakaran/latihan kebakaran dan kegiatan-kegiatan seumpamanya.

Tugas-tugas lain

2.28 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

2.27 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

- 7 -

Page 8: 02- Senarai Tugas GB Dan PK

PENOLONG KANAN 2 (HAL EHWAL MURID)

1. Tugas-tugas Utama:

1.1 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan 1.

1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.

1.3 Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran Hal Ehwal Murid.

1.4 Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sesi petang bagi sekolah-sekolah yang mempunyai sesi petang.

1.5 Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti hal ehwal murid.

1.6 Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

2. Tugas-tugas Am:

Disiplin

2.1 Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.

2.2 Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.

2.3 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku.

2.4 Menyelaras dan menyelidakan rekod disiplin dan laporan murid.

2.5 Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.

Bimbingan dan Kaunseling

2.6 Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.

2.7 Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan menyediakan laporan yang diperlukan.

2.8 Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru.

Kesihatan dan Kebajikan Murid

2.9 Mengurus kemudahan rawatan murid.

2.10 Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna seperti mengurus Kad 001/002. PKS 1/PKS 2 dan Kad Tenaga Asas.

- 8 -

Page 9: 02- Senarai Tugas GB Dan PK

2.11 Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah.

2.12 Menyelaras segala altiviti kesihatan dan kebersihan murid.

2.13 Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan, Projek Susu Sekolah dan lain-lain rancangan bantuan dan kebajikan murid.

2.14 Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah sentiasa dilaksanakan.

Skim Pinjaman Buku Teks

2.15 Menyelaras hal-hal pengeluaran, pemgambilan, pengagihan dan hapuskira.

2.16 Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal bilik Buku Bantuan.

2.17 Menyediakan anggaran belanjawan mengurus skim pinjaman buku teks.

Pentadbiran

2.18 Mengurus dan mengemaskini Rekod Pendaftaran Murid.

2.19 menyemak Buku Kedatangan harian Murid sidang pagi.

2.20 Mengurus kemasukan dan penempatan murid.

2.21 Mengurus pertukaran murid.

2.22 Mengurus surat akuan, sijil-sijil murid, surat-surat pengesahan dan pengedaran sijil-sijil berhenti sekolah.

2.23 Menyemak buku/kad kemajuan murid dan jadual markah.

2.24 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.

Pengawasan asrama (Jika ada)

2.25 Menentukan sistem kemasukan dan penempatan murid ke asrama.

2.26 Membantu di dalam pemilihan dan penyeliaan warden-warden asrama.

2.27 Menyelaras hal-hal pembelajaran dan menentukan langkah-langkah keselamatan asrama.

2.28 Menyelaras penyeliaan kebersihan dan mengwujudkan keceriaan asrama.

2.29 Menyelaras penyeliaan hal makanan dan dapur.

2.30 Menyelaras pengawasan hal-hal kesihatan penghuni asrama.

- 9 -

Page 10: 02- Senarai Tugas GB Dan PK

2.31 Membantu dalam urusan sebutharga/tender makanan asrama sekolah.

2.32 Memastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni asrama dalam aktiviti riadah dan kokurikulum diadakan.

2.33 Menyelaras segala jenis pungutan wang dan pembayaran yang berkaitan dengan asrama.

2.34 Penasihat Lembaga Pengawas Asrama.

Tugas-tugas Lain

2.35 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

2.36 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleg Guru Besar dari masa ke semasa.

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

1. Tugas-tugas Utama:

1.1 Menjalankan tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar, Penolong Kanan 1 dan Penolong Kanan 2.

1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.

1.3 Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam semua aspek pengurusan kokurikulum termasuk sidang petang.

1.4 Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum di sekolah.

1.5 Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah termasuk sidang petang.

2. Tugas-tugas Am:

Kokurikulum

2.1 Merancang takwim kegiatan sukan dan permainan.

2.2 Mengurus pemilihan peserta untuk pertandingan.

2.3 Menyelia kegiatan sukan dan permainan

2.4 Menyelaras aktiviti-aktiviti pertandingan sukan dan permainan di dalam di luar sekolah.

- 10 -

Page 11: 02- Senarai Tugas GB Dan PK

Pakaian Seragam

2.5 Merancang kegiatan pakaian seragam.

2.6 Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan pakaian seragam.

2.7 Menyelia kegiatan pakaian seragam.

2.8 Menyelaras aktiviti-aktiviti pakaian seragam di dalam dan di luar sekolah.

Persatuan dan Kelab

2.9 Merancang kegiatan persatuan dan kelab.

2.10 Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab.

2.11 Menyelia kegiatan persatuan dan kelab.

2.12 Menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah.

Pentadbiran

2.13 Menyusun/menyelaras kegiatan kokurikulum.

2.14 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.

2.15 Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan kokurikulum telah diambil.

2.16 Membantu di dalam segala jenis pentadbiran sekolah dalam hal kokurikulum.

2.17 Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah.

2.18 Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah.

2.19 Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kegiatan kokurikulum serta meningkatkan tahap pencapaian.

2.20 Mengurus alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum.

2.21 Memastikan rekod dan data kokurikulum disenggarakan.

2.22 Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berhubung dengan kokurikulum.

2.23 Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan kokurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka.

Tugas-tugas lain

2.24 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

- 11 -

Page 12: 02- Senarai Tugas GB Dan PK

2.25 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

PENOLONG KANAN SIDANG PETANG

1. Tugas-tugas Utama:

1.1 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar, Penolong Kanan I dan Penolong kanan II (HEM) dan Penolong Kanan Kokurikulum.

1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.

1.3 Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam mentadbir semua aspek pengurusan sekolah bagi sidang petang.

1.4 Membantu mengeratkan hubungan di antara guru-guru sidang petang dan sidang pagi.

1.5 Membantu Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran.

1.6 Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

2. Tugas-tugas Am:

Kurikulum

2.1 Membantu di dalam hal pengajaran dan pembelajaran sidang petang.

2.2 Menyusun Jadual Waktu Kelas serta menyediakan Jadual Waktu Gantian.

2.3 Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan kelas-kelas bimbingan dan pemulihan.

2.4 Menyelaras di dalam pengurusan ujian/peperiksaan sekolah.

Kokurikulum

2.5 Menyelaras kegiatan pakaian seragam, persatuan dan kelab, sukan dan permainan bagi murid sidang petang.

Disiplin, Bimbingan dan Kaunseling

2.6 Menyelaras semua jenis tindakan disiplin.

2.7 Menyelaras aktiviti bimbingan dan kaunseling.

2.8 Melaksanakan Peraturan-peraturan dan Undang-undang Sekolah serta mengawas keselamatan murid sidang petang.

- 12 -

Page 13: 02- Senarai Tugas GB Dan PK

Program Keselamatan dan Perlindungan Murid

2.9 Mempastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah sentiasa dilaksanakan.

Pentadbiran

2.10 Merekod semua jenis cuti yang diambil oleh guru-guru sidang petang.

2.11 Menyelaras kutipan yuran, derma dan jenis-jenis lain pungutan wang.

2.12 Menyelaras kerja-kerja kakitangan pejabat dan pekerja am sidang petang.

2.13 Membantu merancang takwim sekolah.

2.14 Membantu merancang penyediaan anggaran belanjawan tahunan.

2.15 Menyemak Buku Kedatangan murid-murid sidang petang.

2.16 Menguruskan hal-hal pinjaman buku teks yang berkaitan dengan pengagihan borang permohonan dan pemulangan buku.

2.17 Membantu menguruskan hal-hal kemasukan dan pertukaran murid sidang petang.

2.18 Membantu dalam hal-hal yang berkaitan dengan penyenggaraan bangunan sekolah, keselamatan, kebersihan dan keceriaan sekolah bagi sidang petang.

Tugas-tugas Lain

2.19 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa seperti yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

2.20 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan lain yang diberi oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

Bahan Rujukan:

1. Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.2. Institut Aminuddin Baki, Genting Highland, Pahang Darul Makmur.3. Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.4. Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Darul Iman.