smksapetang.files.wordpress.com · web viewperaturan pertandingan bola sepak 1. am pertandingan ini...
TRANSCRIPT
KERTAS KERJA
____________________________________________________
KEJOHANAN BOLA SEPAK 11 SEBELAH
SMK SUNGAI ARA
______________________________________________________________
TARIKH :
16 MAC 2013 – 17 MAC 2013
TEMPAT :
PADANG BOLA SEPAK SMK SUNGAI ARA
ANJURAN :
KELAB BOLA SEPAK
SMK SUNGAI ARA
DENGAN KERJASAMA :
UNIT KOKURIKULUM SMK SUNGAI ARA
PENDAHULUAN
Pertandingan ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak SMK
Sungai Ara dengan kerjasama Unit Kokurikulum Sekolah
Kelab Bola Sepak SMK Sungai Ara akan menganjurkan pertandingan bola sepak
11 sebelah terbuka bawah 14 tahun . Program ini di harap dapat mencungkil
bakat-bakat baru untuk dijadikan sebagai pasukan pelais pada masa akan datang.
Harapan kami juga agar kejohanan ini dapat memberi peluang kepada pelajar
melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan selaras dengan Program “1
Murid 1 Sukan” yang dilancarkan oleh kerajaan.
2.0 MATLAMAT
Matlamat utama program adalah untuk menarik minat pelajar untuk melibatkan
diri secara aktif dalam kegiatan sukan dan permainan. Di samping itu program ini
dapat mencungkil bakat – bakat baru khususnya dalam acara bola sepak agar
boleh di ketengahkan bakatnya.Tidak mustahil , mungkin suatu hari nanti
pasukan SMK Sungai Ara mampu untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di
peringkat Zon dan Negeri.
Sehubungan dengan itu, Kelab Bola Sepak SMK Sungai Ara tidak mahu
membuang masa dan terus mengambil langkah – langkah perlu bagi membimbing
dan menggerakkan pelajar agar sentiasa cergas dan berfikiran positif dengan
menjauhi gejala sosial yang memang hangat di kala ini.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai
sesebuah pertandingan.
3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri
dalam sesebuah kumpulan.
3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab
dalam sesebuah pasukan.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi
yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
3.7 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.
4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN
4.1 Tarikh yang dirancang ialah 16-17 mac 2013 iaitu pada hari Sabtu sehingga
hari Ahad.
4.2 Dilaksanakan selama 2 hari
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi dan petang.
4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1
5.0 TEMPAT
5.1 Padanag SMK Sungai Ara
6.0 PERASMIAN
Program Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah ini akan dirasmikan oleh Pengetua
SMK Sungai Ara Pn. Hjh Rosni binti Ahmad . Ia akan berlangsung di Dewan
Dato Ismail Hashim yang terletak di sebelah padang. Pengetua akan memberi
ucapan ringkas sekaligus merasmikan program ini.
7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN
7.1 Jumlah pasukan : 16 pasukan
7.2 Jumlah AJK pertandingan: 15 orang
8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN
Penaung : Pn. Hjh Rosni binti Ahmad
Penasihat : En. Arshad bin Ariffin
JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi Program : Sharul Rizan b Abdul Rahman
Naib Pengerusi : Mohd Fairos b Hassan
Setiausaha : Mohd Rusdan b Zainal Abidin
Bendahari : Mohd Azrul b Mohd Noor
Pengerusi Majlis : Siti Nursufinah bt Yusuf
AHLI JAWATANKUASA
AJK Minuman : Awatif bt Bahari
AJK Piala & Medal : Norehan bt Ahmad
AJK Pertandingan : Mohd Syuhaimi b Ahmad
AJK Keselamatan & Disiplin : Abdul Halid Anang
AJK Kebajikan : Helmi Faiz b Azmi
AJK Pengurusan Padang : Mohd Razief b Osman
AJK Promosi : Adzuan b Aznan
9.0 ANGGARAN BELANJAWAN
Lampiran A
10.0 FORMAT PERTANDINGAN
Lampiran B
11.0 RINGKASAN EKSEKUTIF
Berikut adalah ringkasan eksekutif bagi Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah
14 tahun SMK Sungai Ara
JAWATANKUASA Unit Kokurikulum SMK Sungai Ara
TAJUK PROGRAM Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 14 Tahun SMK Sungai Ara
JENIS PROJEK KESUKANAN ( BOLA SEPAK )
MATLAMAT ATAU
PENCAPAIAN
PROGRAM
Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam
menyertai sesebuah pertandingan.
Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu
menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.
Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi,
bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan.
Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai
aktiviti ini.
Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-
strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam
kumpulan.
Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis
sikap mementingkan diri sendiri.
Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi
dan sosial.
ANJURAN Kelab Bola Sepak SMK Sungai Ara
TARIKH 16-17 MAC 2013
TEMPAT Padang Bola Sepak SMK Sungai Ara
BIL. PASUKAN 16 pasukan
ANGGARAN KOS RM 1621.20
12.0 ULASAN PENAUNG / PENASIHAT PERSATUAN
ULASAN PENASIHAT :
TANDATANGAN & COP : _________________________
TARIKH : ______________________
14.0 PENUTUP
Diharap program yang dirancang mendapat kelulusan agar objektif program ini tercapai.
Segala kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai. Sekian, Terima
kasih.
LAMPIRAN A
ANGGARAN BELANJAWAN
ANGGARAN BELANJAWAN:
i) Permohonan Peruntukan RM 1621.20
Jumlah Permohonan RM 1621.20
ANGGARAN PERBELANJAAN:
PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH
Promosi
- Flyers
- Banner
40 helai
1 unit
RM 00.03
RM 80.00
RM 1.20
RM 80.00
Baju AJK 17 helai RM 20.00 RM 340.00
Pengadil
- Pengadil
- Pembantu Pengadil
2 hari
2hari x 2orang
RM 50.00
RM 30.00
RM 100.00
RM 120.00
Makanan
- Makanan Ajk dan Pengadil
- Air Mineral
20 x 2 hari
40 kotak
RM 5.00
RM 8.00
RM 200.00
RM 320.00
PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH
Hadiah
Tempat pertama
- Wang tunai
Tempat kedua
- Wang tunai
Tempat ketiga
- Wang tunai
RM 100.00
RM 50.00
RM 30.00
First Aids 1 kotak RM 50.00 RM 50.00
Kos Luar Jangka RM 300.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 1691.20
Disediakan oleh :
.........................................................
Setiausaha Program
MOHD RUSDAN B ZAINAL ABIDIN
Disokong oleh :
.........................................................
Pengerusi Program
SHARUL RIZAN B ABDUL RAHMAN
Disemak oleh :
.........................................................
Penasihat
EN. ARSHAD B ARIFFIN
Permohonan diluluskan oleh :
.........................................................
PENAUNG
PN. HJH ROSNI BT AHMAD
LAMPIRAN A
BORANG PENDAFTARANPERTANDINGAN BOLA SEPAK
BAAH 14 TAHUN SMK SUNGAI ARA
NAMA PASUKAN WARNA JERSEY
BAJU SELUAR STOKIN
Bil Nama Pemain No. Jersey P S N123456789
1011121314151617181920
LAMPIRAN B
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK
1. AM
Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 14 Tahun SMK
Sungai Ara
2. PENGANJUR / PENGELOLA
Pertandingan ini dianjur oleh Kelab Bola Sepak SMK Sungai Ara bersama Unit
Kokurikulum SMK Sungai Ara
3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
3.1 Pertandingan ini terbuka kepada pelajar lelaki SMK Sungai Ara berumur 14 tahun ke
bawah
3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai sebelas (13) orang pemain. Pendaftaran
hendaklah menggunakan Borang yang telah disediakan.
3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya
berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan
dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh
pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan
diberikan kepada pasukan lawan.
3.4 Setiap pemain dilarang sama sekali bermain untuk 2 pasukan dalam pertandingan ini.
3.5 Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah PERCUMA sahaja
3.6 Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 12 Mac 2013
kepada Pengerusi Program
3.7 Tarikh pengundian akan diadakan pada 14 Mac 2010 di Dewan sekolah
4. TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN
4.1 Semua perlawanan akan dijalankan di Padang SMK Sungai Ara
4.2 Perlawanan akan bermula pada 16 Mac 2013 dan akan berakhir pada 17 Mac 2013
Setiap perlawanan hendaklah mengikut jadual yang telah disediakan oleh
Jawatankuasa Penganjur.
4.3 Masa bagi semua perlawanan adalah 7 + 1 + 7 = 15 minit keseluruhan
4.4 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di padang sepuluh (10) minit sebelum
perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana
pasukan jika pasukan lawan gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa
sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.
5. FORMAT PERTANDINGAN
1. Perlawanan akan dijalankan secara sembilan 11 sebelah.
2. Pasukan-pasukan yang bertanding dibahagi kepada 4 kumpulan. Kedudukan pasukan
dalam sesuatu kumpulan akan ditentukan dengan cara undian.
3. Perlawanan pusingan awal dalam sesuatu kumpulan, akan dijalankan secara liga.
4. Perlawanan separuh akhir akan dijalankan secara kalah mati.
5. Dalam peringkat separuh akhir dan akhir, sekiranya dua pasukan yang bermain masih
dalam kedudukan seri setelah masa sebenar tamat, maka permainan secara 'Sudden
Death' akan dijalankan dalam masa tambahan 10 minit iaitu 5 minit setiap separuh
masa dengan tiada masa rehat. ' Sudden Death' bermaksud mana-mana pasukan yang
menjaringkan gol terlebih dahulu akan diisytiharkan sebagai pemenang dan
permainan akan ditamatkan serta merta.
6. Pemberian mata ialah tiga (3) jika menang, satu (1) mata jika seri dan kosong (0)
mata jika kalah.
7. Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mempunyai jumlah mata teratas yang sama,
kaedah berikut hendaklah dipatuhi bagi menentukan pasukan yang layak ke
perlawanan akhir:
7.1 Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan bilangan gol yang banyak.
7.2 Jika masih seri pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak
7.3 Jika masih seri juga, tendangan penalti sebanyak tiga (3) kali akan
diberikan. Pasukan yang banyak menyempurnakan tendangan penalti akan
diumumkan sebagai pemenang. Dan,
8. Jika masih seri sistem "Sudden Death" akan digunakan bagi tendangan penalti bagi
menentukan pemenang.
6. PERTUKARAN PEMAIN.
Sebanyak dua (2) pertukaran pemain termasuk penjaga gol dibenarkan pada setiap
perlawanan.
Pertukaran pemain hendaklah dibuat melalui pembantu pengadil pertama semasa bola
tidak di dalam permainan.
7. KEMENANGAN PERCUMA
7.1 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan
lawannya didapati melakukan kesalahan seperti berikut :-
7.1.1 Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana
perlawanan seperti dinyatakan dalam perkara 3.2
7.1.2 Gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa perlawanan
sepatutnya dimulakan seperti dinyatakan dalam perkara 4.4.
7.1.3 Gagal menyediakan sekurang-kurangnya sembilan (9) orang pemain dalam
sesuatu perlawanan.
7.1.4 Jika permainan dihentikan oleh kerana salah satu pasukan hanya mempunyai
tujuh (7) orang pemain sahaja disebabkan kesalahan tatatertib, maka
pasukan lawan yang mempunyai pemain yang mencukupi akan diberikan
kemenangan 2-0.
7.1.5 Tidak mahu meneruskan perlawanan.
7.2 Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan mendapat tiga (3) mata dan kiraan
jaringan 2-0.
7.3 Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memberi kemenangan percuma kepada
pasukan lawan. Jika berlaku juga keadaan sedemikian, pasukan tersebut secara
automatik terkeluar dari kejohanan ini dan perlawanan sebelumnya dibatalkan.
8. PERATURAN AM
8.1 Jika seseorang pemain telah menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan
sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1)
perlawanan berikutnya.
8.2 Jika seseorang pemain menerima dua (2) kad kuning dan seterusnya diberikan satu
(1) kad merah dalam suatu perlawanan dan diperintahkan keluar padang, maka pemain
tersebut tidak boleh bermain dua (2) perlawanan berikutnya.
8.3 Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dan diperintahkan keluar padang dalam
suatu perlawanan, pemain tersebut tidak dibenarkan bermain dalam perlawanan
seterusnya untuk pertandingan ini.
8.4 Pasukan yang bertanding wajib menyediakan dua (2) set jersi yang mempunyai warna
yang berlainan dan bernombor iaitu untuk jersi utama dan simpanan. Sekiranya dua (2)
pasukan yang akan bertanding didapati memakai jersi yang sama warnanya, pasukan
yang disebut terdahulu dalam jadual pertandingan hendaklah menukar jersi yang dipakai
dengan warna lain.
8.5 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak
diingini terhadap mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini
dijalankan.
8.6 Sekiranya Pengurus dan Pegawai-pegawai Pasukan terlibat dalam insiden pergaduhan
dengan Pegawai-pegawai perlawanan atau pasukan lawan atau Urusetia Pertandingan,
pasukannya akan didenda dengan dikeluarkan terus daripada pertandingan.
8.7 Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan atau perubahan pada
jadual, padang perlawanan dan lain-lain yang berkaitan untuk melicinkan perjalanan
pertandingan.
8.8 Jika tidak disebut dalam syarat-syarat pertandingan ini maka syarat-syarat Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) hendaklah digunakan.
8.9 Peraturan FIFA akan digunakan dalam pertandingan ini.
9. PENGADILAN
Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang bertauliah.
10. BANTAHAN
Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan
Rayuan yang dilantik oleh pihak penganjur kejohanan ini.
11. TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 12 Mac 2013
Tarikh pengundian akan diadakan pada 14 Mac 2013 di Dewan sekolah
LAMPIRAN C
SMK SUNGAI ARA JALAN DATO’ ISMAIL HASHIM
11900 BAYAN LEPAS PULAU PINANG
............................................................SMK Sungai Ara Ruj Kami :11900 Bayan Lepas Tarikh :Pulau Pinang.
Tuan,
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN BOLA SEPAK 11 SEBELAH SMK SUNGAI ARA 2013
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti
maklumat yang berikut:
Tarikh : 7 Mac 2013.
Masa : 2.30 petang.
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Sungi Ara.
Pengerusi : Pengetua SMK Sungai Ara
3. Agenda Mesyuarat:
3.1 Ucapan Pengerusi.3.2 Ucapan Pengerusi Teknik Pengerusi Program3.3 Lantikan Ahli Jawatan Kuasa Pengelola.3.4 Maklumat Pertandingan3.5 Undang-undang dan Peraturan Pertandingan.3.6 Kewangan.3.7 Hal-hal lain.
4. Sehubungan dengan itu, tuan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.
Kerjasama serta sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
.......................................................