مِْيحِرَّ لا نِمَحْرَّلا للهِا مِسِْب turun/model wasatiah dalam...
TRANSCRIPT
حيم بسم اهلل الرحمن الر مين، والصالة الحمد هلل رب العال الم على أشرف ا مرسلين ألنبياء وال والس
د وعلى جمعين، آله وصحبه أ سيدنا محموب عد
TEMA:
“WASATIAH ASAS KESEJAHTERAAN SEJAGAT”
TEMPAT:
PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA (ICC)
BERAKAS,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
27 – 29 MUHARRAM 1437H
09 – 11 NOVEMBER 2015M
SEMINAR MAJLIS ILMU 2015
“MODEL WASATIAH
DALAM FIQH AL-SHAFI’I”
Oleh:
DR HAJAH NOOR HIRA BINTI HAJI NOOR KASEH
Fokus Perbincangan;
i. Riwayat Hidup
ii. Ketokohan & Keilmuannya
iii. Pembentukan Model Wasatiah al-Shafi’i
DEFINISI
“Model” bermaksud ragam, cara, fesyen, jenisdan reka bentuk tertentu sesuatu barang yang
dikeluarkan. Ia juga bermaksud seseorang atausesuatu yang dapat dijadikan contoh (untuk
ditiru atau diteladani).
Maka perkataan model itu boleh diertikansebagai cara, bentuk, jenis atau contoh sesuatu
perkara atau barang dan sebagainya.
Wasatiyyah adalah perkataan arab berasal daripada perkataan
wasata, yasitu, wastan yang bermaksud menjadi di tengah.
Manakala perkataan al-wasatu pula bermaksud al-mu’tadil
(pertengahan)
Maksud wasatiyyah dari segi istilah pula diperolehi pemahamannya
daripada sumber al-Qur’an. Firman Allah subhanahu wa ta’ala dalam
surah al-Baqarah, ayat 143;
لك جعلناكم أمة وسطا لتكونوا شهداء سول عليكم علىوكذ داشهيالناس ويكون الر
Tafsirnya: Dan demikianlah kami menjadikan kamu umat pertengahan
(sebagai umat yang adil dan pilihan) supaya kamu menjadi saksi atas
manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan rasulullah pula akan
menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.
sambungan;
Secara jelasnya, ayat ini menisbahkan kepada umat
Islam sebagai umat wasatan. Ulama tafsir telah
mentafsirkan wasatiah di dalam ruang lingkup tafsiran
utama iaitu terbaik, cemerlang, terpuji dan adil.
Berdasarkan penerangan di atas, maksud “model” dan
“wasatiyyah” yang menjadi topik perbincangan kertas
ini, jika dikaitkan dengan kehidupan manusia dan
segala tindakannya boleh disebutkan sebagai contoh
terbaik, berimbang dengan adil, terpuji dan cemerlang.
sambungan;
Nama beliau ialah Muhammad bin idris bin al-‘Abbas
bin ‘Uthman bin al-Shafi’i bin al-Saib bin ‘Ubaid bin
Yazid bin Hashim bin ‘Abd al-Muttalib bin ‘Abd Manaf
bin Ma‘n bin Kilab …
Keturunan beliau bertemu dengan keturunan
Rasulullah sallallallahu ‘alaihi wasallam pada ‘Abd
Manaf. Ibunya bernama Fatima dan berasal dari
kabilah al-Azd, satu kabilah Yaman yang masyhur. Ada
pula sebahagian yang mendakwa bahawa ibunya
berasal dari keturunan Ali bin Abi Thalib
RIWAYAT HIDUP AL-SHAFI’I
Beliau dilahirkan, menurut pendapat yang masyhurnya di
Ghazzah – Palestine pada tahun 150H. Sebelum ia
dilahirkan keluarganya telah berpindah ke Palestine
kerana beberapa keperluan atau kerana bapanya terlibat
di dalam angkatan tentera yang ditugaskan untuk
mengawal perbatasan islam di sana.
Pada awal tahun 199H, beliau berangkat ke Mesir, dan
menetap sehingga akhir hayatnya pada tahun 204H
sambungan;
1. Al-Shafi‘i Di Mekah (152 – 164H)
2. Al-Shafi‘i Di Al-Madinah (164 - 179H)
3. Al-Shafi‘i Di Yaman (179 - 184H)
4. Al-Shafi‘i Di Baghdad (184 - 186H)
5. Al-Shafi‘i Di Mekah (186 - 195H)
6. Al-Shafi‘i Di Baghdad (195 - 197H)
7. Al-Shafi‘i Di Mekah dan Mesir (197 - 204H)
AL-SHAFI‘I DAN PENGEMBARAANNYA;
1. Ahli Usul
2. Ahli Faqih
KEILMUAN IMAM AL-SHAFI’I
Apakah Manhaj Wasati Fiqh Al-Shafi’i?
1. ‘ABD HAMID ABU SULAYMAN:
Mazhab-mazhab fiqh telah melalui pelbagai proses seperti
pembentukan, pemantapan, pengembangan, penyebaran dan
juga pembaharuan. Berkait dengan mazhab al-Shafi’i secara
umum, ia juga telah melalui proses-proses tersebut. Secara
asasnya, proses tajdid atau pembaharuan oleh mazhab al-Shafi’i
dapat dilihat dari aspek bagaimana ia diasaskan, iaitu antara
lainnya pemilihan metode (manhaj) wasati di antara aliran Hijaz
dan aliran lraq (mazhab Abu Hanifah dan mazhab lmam Malik)
(Kitab al-lmam al-Shafi’i wa Usus Tajdid Manahij al-Tashri’ al-Islami – dalam
Salsilah al-Dirasat al-Islamiyyah al-lmam al-Shafi’i: Faqihan wa Mujtahidan)
MODEL WASATIAH AL-SHAFI’I
2. MUHAMMAD ISMAIL IBRAHIM;
Sebelum muncul mazhab al-Shafi’i, telah wujud dua mazhab yang
berbeza. Pertama diasaskan oleh seorang asli Arab, iaitu lmam
Malik. Kedua diasaskan oleh lmam Abu Hanifah. Kedua-dua mazhab
menggunakan manhaj yang berbeza dalam menjalankan amalan
pensyariatan. Dalam pada itu antara kedua manhaj yang diguna
oleh kedua-dua mazhab ini sentiasa bertembung dan bertentangan.
Maka ketika inilah muncul lmam al-Shafi’i mengasaskan mazhab
berlandaskan manhaj yang dicipta beliau berdasarkan percubaan,
pengalaman, pencarian ilmu dan pertemuannya dengan ulama-
ulama besar. Dengan itu dapat dikatakan mazhabnya adalah
mazhab wasati di antara mazhab yang wujud sebelumnya, khasnya
mazhab Maliki dan mazhab Abu Hanifah….
(kitab A’immat al-Mazahib al-Arba’ah)
sambungan:
3. DR AHMAD NAHRAWI ABD AL-SALAM;
Dengan itu terkumpul dalam diri beliau maklumat-maklumat yang
jelas berkaitan dengan dua mazhab yang sering bergesel dalam
beberapa persoalan fiqh kerana pegangan masing-masing; iaitu
mazhab ahl al-hadis dan mazhab ahl al-ra’y, salah satunya kuat
berpegang dengan nash kitab dan sunnah tanpa melampauinya
kecuali pada ruang yang amat terbatas dan yang keduanya amat
bergantung dengan ra’y (qiyas) sehingga menggabaikan nash,
kesemuanya ini memberi ilham kepada beliau untuk membentuk
satu mazhab fiqhi yang wasati antara dua aliran yang sering
bertentangan ini.
(Kitab al-Imam al-Shafii fi Mazhabaihi al-Qadim wa al-Jadid)
sambungan
Dalam perkara istinbat iaitu mengambil dan menetapkan
hukum mengikut kaedah-kaedahnya, lmam al-Shafi’i
menggunakan al-Quran, dengan melihat lafaz-lafaznya. Jika
maknanya yang lahir secara lafzi tidak ada, maka dicari
maknanya yang bersifat majazi atau kiasan. Jika tidak ada
maka dicari hukumnya daripada hadis Rasulullah sallallallahu
‘alaihi wasallam. Jika tidak didapati hukumnya dalam hadis
maka dicari hukumnya daripada ijmak para sahabat. Jika tidak
ada hukumnya pada ijmak maka dicari hukumnya daripada
qiyas
SUMBER DAN METODOLOGI MENGISTINBATKAN
HUKUM DALAM MAZHAB AL-SHAFI’I;
1. Al-Zanjani seorang ulama al-Shafi’i menegaskan dalam bukunya
Takhrij al-Furu‘ ‘ala al-Ushul, mengatakan:
Maksudnya: imam al-shafi’i berpendapat bahawa mengamalkan bentuk-bentuk
kemashlahatan yang berasaskan kepada dalil kulli meskipun tidak berasaskan pada
dalil-dalil khusus adalah dibolehkan. Contoh yang sedemikian itu ialah perkara
kesepakatan umat islam mengenai perkara yang tidak membatalkan sembahyang
apabila bergerak dengan gerakan sedikit dan bergerak dengan banyak dalam
sembahyang (boleh) membatalkan sembahyangnya. Imam al-shafi’i berpandangan
bahawa had gerakan banyak itu ialah gerakan seorang yang sembahyang, yang apabila
dilihat oleh orang lain, ia pasti mengatakan sifulan telah membatalkan sembahyangnya
seperti kalau ia menulis atau menjahit dan lain-lain. Manakala gerakan sedikit ialah
seorang yang sembahyang dan apabila dilihat oleh orang lain, maka ia tidak akan
mengatakan sifulan telah keluar dari sembahyangnya seperti seseorang memperbaiki
(mengusai-gusai) pakaiannya atau mengusap rambutnya dalam sembahyang. Perkara ini
tidak memiliki dalil (nash) yang menjadi rujukan tapi ia hanya berasaskan dalil kulli
bahawa berdasarkan ketentuan umum syara’ ialah bahawa sembahyang itu disyariatkan
untuk tujuan khusyuk.
WASATIAH DALAM PENGGUNAAN KEMASLAHATAN
Maksudnya: Ruju’ dari kesaksian itu ada dua perkara: Apabila dua
orang saksi atau lebih, bersaksi terhadap seseorang bahawa ia telah
melakukan kesalahan sehingga ia mesti diberi hadd atau qisas pada
tubuh badannya seperti dipotong tangannya, disebat, diqisas karena
telah membunuh atau mencederakan orang lain, dan hukuman itu
pun telah dilaksanakan pada dirinya, tetapi para saksi kemudian ruju’
dari persaksiannya dan mereka berkata kami telah sengaja memberi
kesaksian palsu, maka perbuatan saksi-saksi itu adalah disamakan
dengan (telah) melakukan kesalahan. Maka apabila hukuman yang
tadi diberikan kepada pesalah yang ia berikan kesaksiannya berupa
hukuman qisas, disuruh pilih antara dikenakan qisas atau hanya
bayar denda tapi kalau hukuman itu bukan berupa qisas maka ia
hanya mengambil denda dan saksi-saksi itu diberi takzir bukan hadd.
sambungan;
2. Imam al-Shafi’i menyebutkan tentang hukuman persaksian palsudalam Kitab Al-umm;
Maksudnya: Telah berkata lmam al-Nawawi bahawa lmam al-
Shafi’i berkata: Adalah sunat (mustahab) bagi mereka (yang
memiliki uzur syar’i seperti musafir dan sakit) untuk
melakukan sembahyang zuhur (ganti sembahyang Jumat)
secara tidak berjemaah. Hal itu bertujuan agar mereka tidak
dituduh dalam hal agama dan mereka dituduh telah
meninggalkan sembahyang Jumat dengan memandang ringan
tentangnya.
sambungan;
3. Imam al-Nawawi berkata:
Maksudnya: al-Rabi‘ berkata: Yang menjadi pegangan
lmam al-Shafi’i sebagaimana yang saya ketahui
bahawasanya para tukang itu tidak diwajibkan untuk
menanggung atau menjamin barang-barang yang
mereka terima kecuali kalau hal (kerusakan) itu terjadi
oleh mereka sendiri. Namun lmam al-Shafi’i tidak
mengisytiharkan hal itu karena takut atau khawatir
pemilik barang-barang itu kehilangan barang-barangnya
oleh para tukang itu.
sambungan;
4. Dalam Kitab Al-Umm menyebutkan;
Diceritakan bahawa suatu ketika lmam al-Shafi’i sembahyang
Subuh di masjid ulama-ulama mazhab Hanafi dan dia memilih untuk
tidak melakukan qunut. Selepas sembahyang para ulama yang
sembahyang bersama-sama beliau mempersoalkan perbuatannya
tadi. Beliau pun menjawab persoalan itu dengan mengatakan
bahawa beliau memilih untuk tidak melakukan qunut hanya kerana
beliau sedang menunaikan sembahyang di sebuah masjid yang
berdekatan dengan kubur imam Abu Hanifah. Ini kerana imam Abu
Hanifah berpendapat bahawa qunut itu bukan sunnah. Perkara
tersebut dilakukan oleh lmam al-Shafi’i sebagai penghormatan
terhadap seorang imam. Sikap ini dalam fiqh disebut “mura‘at al-
khilaf” yang bermaksud keadaan-keadaan tertentu seseorang ulama
mengamalkan hasil ijtihad ulama lain karena berada dalam
keadaan yang susah dan untuk mewujudkan kemaslahatan yang
lebih besar dibanding dengan mengamalkan pendapatnya atau
pendapat mazhabnya.
TOLERANSI (TASAMUH) IMAM AL-SHAFI’I DALAM BIDANG FIQH
Maksudnya: lmam al-Shafi’i dalam menetapkan hukum ialah
masalah batas waktu darah haid. Sebahagian orang yang berbeza
pendapat dengan lmam al-Shafi’i mengenai batas haid mengatakan
darah haid tidak boleh kurang dari tiga hari. Apabila seorang
perempuan melihat darah sehari (1), dua hari (2) atau dua setengah
hari (2 1/2) dan tidak sempurna menjadi tiga hari (3), maka itu
bukan darah haid. Dengan demikian ia dianggap bersih. Begitu pula
darah haid tidak boleh melebihi sepuluh (10) hari, dan apabila lebih
satu hari atau kurang dari satu hari atau lebih maka itu darah
istihadhah dan waktu bersih tidak boleh kurang dari 15 hari.
(Pendapat ini dibantah oleh lmam al-Shafi’i), beliau mengatakan
kepadanya (orang yang berpendapat demikian): bagaimana
pendapatmu sekiranya kamu berkata perkara itu tidak terjadi
sementara ilmu pengetahuan kita mensabitkan kebenaran perkara
itu? Bukankah pendapatmu itu salah dan membuatmu berdosa?Atau itu terjadi kerana kecuaianmu yang sangat jelas?
PANDANGAN IMAM AL-SHAFI’I DALAM PERKARA AL-URF
Kerana itu kamu tidak boleh berkata mengenai perkara ilmu yang
sudah nampak kebenarannya. (Orang yang berpendapat
demikian) berkata: Hanya pendapatkulah yang benar sama ada ia
mempunyai hujah atau tidak ada. Imam al-Shafi’i berkata: Telah
sabit bagiku bahawa saya telah menemukan seorang perempuan
yang hanya mengalami darah haid tidak lebih dari satu (1) hari.
Telah sabit bagiku ramai perempuan yang sentiasa darah haidnya
kurang dari tiga (3) hari, begitu juga telah sabit bagiku adanya
perempuan yang mengalami darah haid sampai pada batas lima
belas (15) hari, ramai pula perempuan yang saya tahu darah
haidnya pada kebiasaannya tiga belas (13) hari saja. Maka
bagaimana mungkin kamu mengatakan perkara itu tidak terjadi
padahal kita telah mengetahui bahawa perkara itu benar-benar
terjadi.
sambungan;
Al-Shafi’imengatakan;
Maksudnya: al-Shafi’i berkata: (Seorang suami) memiliki hak
khiyar apabila menemukan penyakit kusta sama ada sedikit
mahupun banyak. Maka apabila kulitnya nampak ada keputih-
putihan, lalu siisteri mengaku bukan kusta, tapi suami berkata itu
adalah kusta. Maka saya akan memperlihatkan (menanyakan
perkara itu) kepada pakar penyakit (ahlul ilmi). Apabila mereka
berpendapat itu adalah penyakit kusta, maka saya tetapkan
adanya khiyar, tapi kalau mereka katakan itu sekadar gatal dan
bukan kusta, maka tidak ada khiyar baginya.
sambungan;
Al-Shafi’i menjelaskan;
Maksudnya: Saya melihat dulu barang curian, apabila
ia berada di sebuah tempat di mana ia dicuri,
masyarakat mengatakan bahawa barang itu telah
disimpan pada tempatnya yang layak, maka saya
berpendapat ia mesti dipotong tangannya. Namun
apabila masyarakat mengatakan bahawa barang itu
tidak disimpan pada tempatnya yang layak, maka
saya berpendapat ia tidak boleh dipotong tangannya.
sambungan;
Kertas kerja ini telah menghuraikan dan menjelaskan tentang
keperibadian dan kehidupan Imam al-Shafi’i, seorang ulama besar
yang telah banyak memberi pengaruh terhadap kehidupan
beragama umat islam. Beliau dikenali sebagai ulama tulen yang
telah mewariskan khazanah pemikiran dalam semua aspek
keilmuan islam terutama dalam bidang metodologi fiqh islam.
Disamping itu, beliau adalah tokoh ilmuan yang mahir dalam
pelbagai bidang ilmu dan tepat untuk menjadi teladan bagi semua
yang mencari kebenaran tanpa mesti mengabaikan iltizam
terhadap nilai-nilai islam. Beliau telah menguasai pelbagai
pemikiran hukum yang berkembang di zamannya. Penguasaan
yang unik itulah kemudian menghantarkannya mampu
membangun fiqh yang kokoh, ideal dan seimbang. Imam al-shafi’i
adalah sosok ulama yang kehidupannya sentiasa relevan untuk
diteladani sepanjang zaman.
KESIMPULAN
Imam al-Shafie adalah ulama dan tokoh fiqh islam
yang memiliki pemikiran fiqh yang wasati lagi unik.
Keunikan itu terpatri pada profesyen fiqhnya yang
menyatukan dua sumber pemikiran fiqh yakni nash
dan ijtihad. Produk-produk fiqh al-Shafi’i dapat
memperlihatkan dengan jelas betapa nash dan ijtihad
berjalan seiring dan seimbang. Beliau sangat mahir
mengelola instrument kemaslahatan sehingga tidak
keluar dari nash syar'i dan tidak mengabaikan
kepentingan manusia. Hal ini dapat dilihat pada
pengakuaannya terhadap maqasid al-syari’ah
(kulliyyat al-syar'i) dan al-urf sebagaimana yang telah
ditunjukkan dalam kertas kerja ini.
Sambungan;
وباهلل التوفيق والهداية والسالم عليكم ورحمة اهلل وبركاته
SEKIAN