بسم الله الرحمن الرحيم sumbangan tamadun islam dalam … kerja/kertas kerja...

26
بسم الرحمن الرحيمSUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM TEKNOLOGI PERHUBUNGAN DALAM SEJARAH UMAT MANUSIA Mahayudin Hj Yahaya Universiti Islam Sultan Sharif Ali Negara Brunei Darussalam.

Upload: others

Post on 20-Nov-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: بسم الله الرحمن الرحيم SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM … Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI... · 2016. 8. 24. · Sumber-sumber sejarah pada umumnya telah mengesahkan

الرحيمالله الرحمن بسم

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM TEKNOLOGI PERHUBUNGAN DALAM SEJARAH UMAT MANUSIA

Mahayudin Hj Yahaya

Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Negara Brunei Darussalam.

Page 2: بسم الله الرحمن الرحيم SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM … Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI... · 2016. 8. 24. · Sumber-sumber sejarah pada umumnya telah mengesahkan

PENDAHULUAN

Teknologi perhubungan merupakan sumber insperasi danwadah pembangunan, kemakmuran dan perpaduanummah. Sumber-sumber sejarah pada umumnya telah mengesahkan bahawaHijrah Nabi Muhammad ṣallallāhu `alaihi wasallam dari kota Makkah ke kotaMadinah telah membuka lambaran baharu dalam sejarah perhubungan dankerjasama antara negara Islam dengan negara-negara di dunia. Isu-isu globalmengenai perdagangan, keamanan dan kestabilan dunia menjadi topik utamadalam perhubungan ini. Daripada semangat Hijrah juga lahirnya ilmu pelayaran(maritim) Islam bagi memandu ahli-ahli pelayaran menjelajahi dunia. Kesandaripada kedatangan Islam telah mengubah sistem hidup masyarakat melaluiIslamisasi dan transformasi sosial berasaskan falsafah hidup Islam. Sistem dan carahidup yang dibawa oleh Islam adalah bersifat universal dan global supaya manusiaboleh hidup aman makmur menerusi sistem komunikasi dua hala tanpa mengirabangsa, kaum atau agama.

Page 3: بسم الله الرحمن الرحيم SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM … Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI... · 2016. 8. 24. · Sumber-sumber sejarah pada umumnya telah mengesahkan

KEJADIAN ALAM DAN TEKNOLOGI PERHUBUNGAN ISLAM

Alam ini sifatnya kompleks tersembunyi di dalamnya seribu saturahsia. Tujuan Allāh Subḥānahu wa Ta`ālā mencipta alam yang

sedemikian rupa supaya manusia megkaguminya, patuh dantunduk kepada Allah, di samping mengambil faedahdaripadanya. Dengan sebab itu, Allāh Subḥānahu wa Ta`ālāmemerintahkan manusia supaya merenung, memikir, mengkaji danmenerokai rahsia kejadian alam. Dari sinilah lahirnya teknologiperhubungan antara makhluk dengan Penciptanya dan antaramakhluk sesama makhluk.

Page 4: بسم الله الرحمن الرحيم SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM … Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI... · 2016. 8. 24. · Sumber-sumber sejarah pada umumnya telah mengesahkan

Hijrah

Hijrah Nabi Muhammad ṣallallāhu alaihi wasallam darikota Makkah ke Madinah boleh dianggap sebagai titikpermulaan dan pembuka jalan kepada proses hijrah keluar negara melalui pelayaran (milāḥah dan riḥlah).Semangat Hijrah Rasulullah ṣallallāhu `alaihi wasallamyang tertanam di dalam jiwa umat Islam telah membakarsemangat mereka untuk keluar negeri bagi tujuan dakwah,perdagangan dan ilmu. Di antara saluran yang digunakanbagi tujuan tersebut ialah hijrah.

Page 5: بسم الله الرحمن الرحيم SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM … Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI... · 2016. 8. 24. · Sumber-sumber sejarah pada umumnya telah mengesahkan

Objektif Hijrah

Hijrah Nabi Muhammad ṣallallāhu `alaihi wasallam dari kotaMakkah ke kota Madinah mempunyai dua tujuan:

1. Merangka strategi pembangunan umat Islam melaluiteknologi perhubungan dalam kalangan masyarakat Madinah yangberbilang kaum, bangsa dan agama melalui Piagam Madinah.

2. Menyebarkan ajaran Islam ke seluruh dunia melaluipengangkutan laut dan darat.

Dua objektif ini terkandung dalam falsafah Hijrah. Hijrah yangsedemikian rupa telah mencetuskan teknologi perhubungan yanglebih luas dan berkesan.

Page 6: بسم الله الرحمن الرحيم SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM … Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI... · 2016. 8. 24. · Sumber-sumber sejarah pada umumnya telah mengesahkan

Serampang Dua Mata

Teknologi perhubungan yang diamalkan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam selepas peristiwa Hijrah boleh disifatkan sebagaikomunikasi “Serampang Dua Mata”, iaitu gabungan antara teknologiperhubungan “non-fizikal” (melalui kerjasama masyarakat)dan “fizikal” (melalui pengangkutan laut dan darat); jikahilang salah satu daripadanya, maka kehidupan manusia menjaditempang. Hal ini sering terjadi kepada masyarakat kota yangdianggap bertamadun. Menurut Ibn Khaldun, tamadun tidak akankekal selama-lamanya, lambat laun ia akan runtuh dan musnahdisebabkan budaya tamadun itu sendiri yang lebih mementingkanaspek fizikal daripada aspek agama, akhlak dan kebudayaan.

Page 7: بسم الله الرحمن الرحيم SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM … Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI... · 2016. 8. 24. · Sumber-sumber sejarah pada umumnya telah mengesahkan

Milāḥah dan Rihlah

Milāḥah “pelayaran” di laut, riḥlah “perjalanan” di laut atau di daratmempunyai tujuan yang pelbagai, termasuk perdagangan, dakwah, ilmudan pengalaman. Di dalam al-Qur`ān (surah Quraysh, ayat 2) riḥlahmerujuk kepada perjalanan bagi melakukan aktiviti perdagangan yangdiamalkan oleh kaum Quraish Makkah sejak zaman sebelum Islam.Perjalanan ini dilakukan dalam dua musim, iaitu musimn panas ke Syam(utara Semenanjung Tanah Arab) dan musim sejuk ke Yaman (selatanSemenanjung Tanah Arab). Firman Allah:

فإ قريش • يل إ م لإ فإهإتاءإ وٱلصيفإ إإۦل حلة ٱلش إ رإ

Maksudnya: “ kebiasaan orang Quraysh berjalan pada musim sejuk (keYaman) dan musim panas (ke Syam)”.

Page 8: بسم الله الرحمن الرحيم SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM … Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI... · 2016. 8. 24. · Sumber-sumber sejarah pada umumnya telah mengesahkan

Manusia “Khalifah Allah di Muka Bumi”

Manusia sebagai “khalifah Allah di muka bumi”

dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan memakmurkanbumi di mana jua mereka berada. Dengan sebab itu Allahmemerintahkan manusia supaya keluar berhijrah dan mengkajirahsia kejadian alam ciptaan Allah Subḥānahu wa Ta`āla “ di langitdan di bumi bagi. Firman Allah: Maksudnya: “Dia yang menciptakankamu di muka bumi dan menjadikan kamu pemakmurnya” (al-Qur`an, surah Hud ayat 61)

Page 9: بسم الله الرحمن الرحيم SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM … Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI... · 2016. 8. 24. · Sumber-sumber sejarah pada umumnya telah mengesahkan

Teknologi Perhubungan

Sebelum belayar, mereka memerlukan pengetahuan dan kemahirandalam bidang perhubungan yang melibatkan bidang geografi,astronomi dan maritim, dll. bagi memandu mereka dalamperjalanan ke destinasi yang hendak dituju, sama ada menerusijalan laut atau jalan darat.

Ilmu-ilmu Yunani kuno dalam bidang geografi, astronomi danmaritim telah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, di sampingpenambahbaikan sehingga terhasilnya maklumat-maklumat baharudalam bidang-bidang berkenaan dan seterusnya digunapakai olehahli-ahli pelayaran Islam.

Page 10: بسم الله الرحمن الرحيم SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM … Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI... · 2016. 8. 24. · Sumber-sumber sejarah pada umumnya telah mengesahkan

`Umrān dalam Sistem Perhubungan

Selain Hijrah dan milāḥah, sumbangan terbesar Tamadun Islamdalam sistem perhubungan ialah ilmu`umrān. Ia mula diperkenalkanoleh Ibn Khaldun pada abad ke-14M. Ilmu `umrān dicipta khas bagimenangani masalah komunikasi dan kehidupan manusia yangmelibatkan tiga dimensi, iaitu Allah (Pencipta), manusia dan alam(makhluk). Oleh itu, ilmu `umrān mempunyai skop yang sangat luasserta membawa ciri-ciri kehidupan yang bersifat global yang

mencantumkan nilai-nilai agama, kemanusiaan, sainsdan teknologi dalam sistem perhubungan. Sifatnya tidakstatik tetapi dinamik mengikut peredaran masa dan keperluansemasa bagi memelihara kesejahteraan hidup manusia di mukabumi ini.

Page 11: بسم الله الرحمن الرحيم SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM … Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI... · 2016. 8. 24. · Sumber-sumber sejarah pada umumnya telah mengesahkan

Hukum`Umran

• Ilmu`umrān bersendikan hukum agama dan hukum kejadianalam dan manusia ciptaan Allah Subḥānahu wa Ta`ālā dansekali gus telah mencetuskan teknologi perhubungan global danbersepadu (trans-communication). Teknologi ini belum pernahdibincangkan oleh sesiapa kecuali Ibn Khaldun. Menurut beliau,teknologi perhubungan bermula dari desa, setelah itu berkembangke kota dan seterusnya ke peringkat antarabangsa. Apabila sistemkomunikasi berkembang ke peringkat antarabangsa dan merentasiruang udara, maka pada ketika itu teknologi perhubungan menjadilebih canggih, sepertimana yang terjadi pada hari ini.

Page 12: بسم الله الرحمن الرحيم SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM … Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI... · 2016. 8. 24. · Sumber-sumber sejarah pada umumnya telah mengesahkan

`Umran dan Komunikasi Global danBersepadu

`Umran adalah pencetus komunikasi global danbersepadu melalui hubungan antara manusiadengan Tuhan, antara manusia sesama manusiadan antara manusia dengan alam. Teknologiperhubungan yang sedemikian rupa diistilahkansebagai “trans-communication” dan merupakansumbangan terbesar tamadun Islam kepada umatmanusia.

Page 13: بسم الله الرحمن الرحيم SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM … Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI... · 2016. 8. 24. · Sumber-sumber sejarah pada umumnya telah mengesahkan

Ciri-Ciri Komunikasi

Global & Bersepadu

1. Kejadian alam dan manusia ciptaan Allah Subhānahu Wa Ta`āla.

2. sumber tenaga: Air dan makanan.

3. Ilmu pengetahuan.

4. Negara yang aman makmur.

5. Pendidikan agama dan akhlak/moral.

6. Perlaksanaan undang-undang syari`ah.

7. Hubungan diplomatik dan kerjasama antara negara.

Page 14: بسم الله الرحمن الرحيم SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM … Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI... · 2016. 8. 24. · Sumber-sumber sejarah pada umumnya telah mengesahkan

Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Dalam BidangTeknologi Perhubungan

Di antara nama-nama tokoh Islam tersohor dalam bidangperhubungan adalah seperti yang berikut:

1. Al-Mas`udi, (895M-956M), Sumbangan: menggabungkan geografidengan sejarah

2. 2. Ibn Hawqal (abad ke-4H./10M. Sumbangan: pemetaan dunia.

3. Ibn Jubayr (1145M-1217M), sumbangan: merekodkan jarak antara

kawasan.

4. Ibn Battutah (1304M-1377M), sumbangan: kebudayaan Alam

Melayu.

Page 15: بسم الله الرحمن الرحيم SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM … Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI... · 2016. 8. 24. · Sumber-sumber sejarah pada umumnya telah mengesahkan

5. Ibn Majid (abd ke-9H./15M.), sumbangan: faedah ilmu pelayaran(maritim), perjalanan bintang, angin dan ombak. memandu Vasco da Gama dari Malindi (pantai timur Afrika) hingga ke Calicut (Kerala).

6. Sulayman al-Mahri (abd ke-10H/16M). Sumbangan: penentuanhari, bulan dan tahun.

Page 16: بسم الله الرحمن الرحيم SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM … Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI... · 2016. 8. 24. · Sumber-sumber sejarah pada umumnya telah mengesahkan

al-Mas`udi

Abu al-Hasan Ali bin al-Husain. Kitab Muruj al-Dhahab wa Ma`adin al-Jawhar merupakan karyanya yang terbesar dan dianggap sebagaiensiklopedia geografi. Beliau cuba menggabungkan geografi dengandisiplin sejarah, dan telah memberikan beberapa gambaran tentanggempa bumi, perairan Laut Mati serta tajuk-tajuk yang berkaitan denganilmu geologi. Beliau menyokong teori Determinisme Alam Sekitar, iaitusuatu tannggapan bahawa faktor persekitaran seperti iklim yangdipengaruhi oleh planet berkait rapat dengan sikap manusia. Beliau turutmenerangkan kaitan antara faktor “di bumi nyata” dengan sikap dankehidupan manusia. Mengenai geografi kawasan, beliau cubamenerangkan secara terperinci mengenai India. Beliau menyatakanbahawa kota Mansura merupakan kota paling maju di India barat danmenjadi ibu kota negeri bahagian Sind.

Page 17: بسم الله الرحمن الرحيم SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM … Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI... · 2016. 8. 24. · Sumber-sumber sejarah pada umumnya telah mengesahkan

Dalam bidang pelayaran, al-Mas`udi telah berjaya menyelesaikanpermasalahan yang dihadapi pelaut-pelaut dan ahli-ahli pelayaran tentangnama-nama sungai yang dilalui mereka sewaktu dalam pelayaran. Beliauturut menyatakan keadaan, lokasi dan aktiviti perdagangan di India. Beliaututut menyatakan tentang laluan pelayaran bagi bangsa Arab melaluipantai Afrika. Beliau menyatakan bahawa setiap laut mempunyai pelautdan pakar yang berlainan yang terdiri daripada pelbagai peringkat danjenis. Hasil kajian beliau, Laut Kaspia tidak bersambung dengan LautHitam. Beliau turut menjelaskan keadaan muka bumi dan jarak dari benuaEropah ke Negeri China iaitu setengah lingkungan bumi.

Page 18: بسم الله الرحمن الرحيم SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM … Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI... · 2016. 8. 24. · Sumber-sumber sejarah pada umumnya telah mengesahkan

Ibn Hawqal

Muhammad bin Ali Abu Qasim al-Mawsili al-Nasibi (abad ke 4H/10M), berasaldari Mesopotamia, merupakan tokoh ahli pelayaran dan geografi Islam yangturut menyumbang dalam bidang teknologi perhubungan. Karanya yangterkenal berjudul kitab al-Masalik wa al-Mamalik (Surah al-Ard). Kitab inimengandungi peta Sepanyol. Beliau telah membuat banyak pembetulan sertamenambah maklumat mengenai sempadan negara Islam. Oleh itu, sumbanganbeliau terbesar ialah dalam bidang pemetaan. Beliau telah memperbaharuidan membuat pembetulan peta-peta serta menambah nama-nama tempatyang telah dibuat oleh tokoh-tokoh sebelumnya. Beliau telah memperincikansempadan dan iklim bagi setiap daerah. Beliau turut menyumbang mengenaikedudukan geografi serta menyebut nama-nama daerah di India secaraterperinci. Beliau telah mecatatkan keadaan dan suasasana di Pulau Sicily danturut menganggarkan bilangan penduduk kota Palermo, Sicily.

Page 19: بسم الله الرحمن الرحيم SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM … Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI... · 2016. 8. 24. · Sumber-sumber sejarah pada umumnya telah mengesahkan

Ibn Jubayr

• Abu al-Husin Muhammad bin Ahmad bin Jubayr al-Kinani (1145M-1217M), Berasaldari Andalus. Karyanya berjudul Rihlah Ibn Jubayr. Di antara sumbanganterbesarnya dalam bidang teknologi perhubungan ialah:

• 1. Merakam dan merekodkan tentang pulau Sicily, Andalus, Utatara Afrika,termasuk Mesir dan Semenanjung Tanah Arab serta bandar-bandar yang terdapatdi kawasan-kawan tersebut.

• 2. Merekodkan jarak antara satu kawasan dengan kawasan lain yang belumdirekodkan di mana-mana. Sebagai contoh, beliau menyatakan jarak antaraPulau Kriti dan Iskandariyah ialah 600 batu, dan tempoh perjalanan antarasibtah di Afrika Utara ke Iskandariyah melalui Laut Mediterranean selama 30hari; antara pelabuhan Aidzab di Mesir ke pelabuhan Jeddah melalui Laut Merahmemakan masa selama 8 hari. Beliu turut merakamkan peristiwa Perang Salibdan kemusnahan negeri Syam akibat serangan tentera Salib.

• 3. Masyarakat Eropah telah mengkaji kitab Rihlah Ibn Jubayr sejak tahu 1800

Page 20: بسم الله الرحمن الرحيم SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM … Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI... · 2016. 8. 24. · Sumber-sumber sejarah pada umumnya telah mengesahkan

Ibn Baṭṭuṭah

• Muhammad bin Abdullah al-Lawati atau lebih dikenali sebagai IbnBaṭṭuṭah (1325M-1377M). Beliau adalah di antara tokoh-tokoh ahlimaritim Islam tersohor yang tiba di Alam Melayu. Bukan sahajaterkenal di dalam kalangan orang Islam, tetapi juga dalamkalangan orang Eropah. Pengkaji-pengkaji dari Eropahmenganggapnya sebagai The Prince of Muslim Travellers.Kedudukannya sebagai pengembara, selalu digandingkan denganpengembara-pengembara terkenal di seluruh dunia termasukMarco Polo.

Page 21: بسم الله الرحمن الرحيم SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM … Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI... · 2016. 8. 24. · Sumber-sumber sejarah pada umumnya telah mengesahkan

Sulaiman al-Mahri

Sulaiman bin Ahmad bin Sulaiman al-Mahri (awal abad ke-10H/16M) berasal dariHadramaut, Yaman, turut menyumbang dalambidang geografi dan maritim. Beliauterkenal dengan gelaran mu`allim al-bahr. Hampir semua lautan yang terkenal didunia telah dilalui dan dikaji secara terperinci. Bermula dari Lautan Hindi, setelahitu Lautan Pasifik,Lautan Artik, Lautan Atlantik dan Lautan Mediterranean. Beliautelah menghasilkan lima buah karya yang berkaitan dengan ilmu geografi,astronomi, dan maritim, iaitu seperti yang berikut:

1. Qiladat al-Shumus fi ilm al-Tarikh. membincangkan pembahagian tahun, bulan,bintang, matahari, takwim Qibti Byzantine dan Parsi.

2. Tuhfah al-Fuhul fi Tamhiz al-Usul. membincangkan ilmu falak dan sainsnautika, bumi yang berbentuk sfera serta bintang, pelayaran dan seni pelayaran.Terdapat dua acara pelayaran di laut, samada mengikut garis pantai ataumenyeberangi laut dalam. Turut dibincangkan ialah kegunaan garis lintang sebuahpelabuhan; jarak di antara dua pelabuhan; sistem angina, dan seni pelayaran iaituberdasarkan dua factor: pemerhatian dan pengalaman.

Page 22: بسم الله الرحمن الرحيم SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM … Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI... · 2016. 8. 24. · Sumber-sumber sejarah pada umumnya telah mengesahkan

3. Al-Umat al-Mahriyah fi Dabt al-`Ulum al-Bahriyyah. membincangkan jarakantara bintang-bintang dan khatulistiwa, nama-nama bintang, laluan di lautsepanjang pantai barat dan timur Tanjung Camarin, jalan laluan ke Hijaz danpantai selatan Arabia, pantai barat lautan Hindi, pantai timur Afrika dan India,Malaya, Indo-China dan barat China; mengenai angina monsoon di Lautan Hindi;dua jenis monsoon yang melanda secara berlawanan di pantai barat dan timurIndia, Burema dan Malaya.

4. Al-Minhaj al-Fakhir fi `Ilm al-Bahr al-Zakhir. membincangkan laluan jalan lautdi pantai Arabia hingga ke Alam Melayu. Ia turut membincangkan latitude yangdidiami; mengenai pulau-pulau besar termasuk Madagascar, Maldives, Ceylon,Jawa, Sumatera, Banda, Melaka, Farmusa, Borneo dan Celebes.

5. Shah Tuhfat al-Fuhul fi Tamhid al-Usul. Menyetakan langit berbentuk sfera,bintang-bintang, jalan-jalan di laut, muka bumi, paras laut serta pergerakanangin.

Page 23: بسم الله الرحمن الرحيم SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM … Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI... · 2016. 8. 24. · Sumber-sumber sejarah pada umumnya telah mengesahkan

Ibn Majid

Shihabuddin Ahmad bin Majid al-Najdi (abd ke-9H./15M). Beliauterkenal dengan karya agungnya berjudul Kitab al-Fawa`id fi Usul`Ilm al-Bahr wa al-Qawa`id. Kitab ini membincangkan kaedah danfaedah ilmu laut, ilmu pelayaran (maritim), perjalanan bintang,angin dan ombak. Jasa beliau terhadap ahli-ahli pelayaran Eropahialah memandu Vasco da Gama dari Malindi (pantai timur Afrika)hingga ke Calicut (Kerala). Sumber Portugis mengelar Ibn Majid“Malemo Canaqua”

Page 24: بسم الله الرحمن الرحيم SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM … Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI... · 2016. 8. 24. · Sumber-sumber sejarah pada umumnya telah mengesahkan

KESIMPULAN

• Daripada perbincangan di atas dapatlah dirumuskan bahawa:

• 1. hijrah, riḥlah dan `umrān merupakan pemangkin dan pencetusteknologi perhubungan yang membawa kepada pembangunan dankemakmuran masyarakat dunia pada zaman kegemilangan Islam(abad 9M-15M).

• 2. Sistem perhubungan yang dibawa oleh Islam adalah bersifattrans-communication,“selektif”, “kualitatif” dan “berfungsi”berteraskan ajaran Islam yang bersifat universal.

• 3. Kesannya menyebabkan masyarakat dunia terhutang budikepada Islam dan ilmu-ilmu yang dibawanya.

Page 25: بسم الله الرحمن الرحيم SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM … Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI... · 2016. 8. 24. · Sumber-sumber sejarah pada umumnya telah mengesahkan

CADANGAN

1. Mengadakan majlis forum di peringkat serantau dan

antarabangsa mengenai sistem perhubungan dan

komunikasi.

2.Menubuhkann“FakultiPengurusann Pembangunan

Sumber Alam”. Tujuannya: menyimpan dan

memelihara bahan-bahan sejarah maritim dan sumber alam,

3. Penerbitan “Ensiklopedia Maritim dan Komunikasi

Islam”.

Page 26: بسم الله الرحمن الرحيم SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM … Kerja/Kertas Kerja 2016/HARI... · 2016. 8. 24. · Sumber-sumber sejarah pada umumnya telah mengesahkan

• S e k i a n