matematik merupakan bidang yang sangat penting dan mencabar untuk dipelajari oleh setiap individu....
TRANSCRIPT
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN MATA
PELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN. SATU TINJAUAN DI TIGA
BUAH SEKOLAH DALAM KAWASAN SKUDAI.
LIM KHIN CHENG
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2006
iv
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas setinggi-tingginya kepada
penyelia Projek Sarjana Muda, Puan Yeo Kee Jiar dan Dr. Tan Soo Yin atas
bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan Projek
Sarjana Muda ini. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar tanpa berasa jemu dalam
proses menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.
Penulis juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Rini, pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai Baru, dan pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Selesa Jaya atas kerjasama yang telah diberikan dalam kajian ini. Terima
kasih juga diucapkan kepada pelajar-pelajar yang memberikan kerja sama dalam
menjawab borang soal selidik sehingga menjayakan projek ini. Segala penglibatan
mereka ini amat dihargai.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang tersayang atas
sokongan moral dan kewangan yang diberikan. Di samping itu, Penulis ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa
berkongsi maklumat serta memberi sokongan moral kepada penulis. Tidak lupa juga
kepada Perpustakaan Sultanah Zanariah yang telah menyediakan banyak bahan
rujukan sebagai panduan projek ini. Akhir sekali, penulis ingin mengucapkan sekali
lagi ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam projek ini. Sekian terima kasih.
v
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the factors tat effect the performance of
Add Mathematic subject. There are two objectives due to this study. One of the
factors is to identify the relation between interest, attitude and some other factors like
teachers and also family. The second objective is to observe the performance of Add
Mathematic subject at secondary school school in Skudai area. 160 students from
various secondary school in Skudai area has been chosen to participate as respondent
for my research. Questionaire method is use to obtain the required data for my
research and all the data will be process by using Statistical Packages For the Social
Science (SPSS) for window software to calculate the percentage and frequency. The
research outcome shows that relation between interest, attitude and other factors like
teachers and also family is at an average level. This shows that the school
management and whoever relate have to improve their strategies and method to
establish the Add Mathematic subject for their students. Performance for Add
Mathematic subject in secondary school in Skudai area is still at an average level. The
overall mean for this two objectives is at an average level.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan utuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi
pencapaian mata pelajaran Matematik Tambahan. Terdapat dua objektif kajian iaitu
mengenalpasti hubungan antara minat, sikap dan faktor lain sepert guru dan faktor
keluarga dan keduanya mengenalpasti pencapaian pelajar dalam matapelajaran
Matematik Tambahan di sekolah-sekolah menengah kawasan Skudai. Seramai 160
orang pelajar daripada beberapa buah Sekolah Menengah Kawasan Skudai telah
dipilih sebagai responden kajian. Kaedah soal selidik digunakan untuk memperoleh
data yang dikehendaki dalam kajian ini dan dianalisis menggunakan Perisian
Statistical Packages For the Social Science (SPSS) For Windows yang berbentuk
peratusan dan kekerapan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa hubungan antara
minat, sikap dan faktor lain seperti faktor guru dan faktor keluarga berada pada tahap
sederhana. Ini bermakna pihak sekolah atau yang berkenaan perlu mempertingkatkan
lagi strategi dan langkah dalam memantapkan lagi penguasaan Matematik Tambahan.
Bagi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik Tambahan di sekolah-
sekolah menengah kawasan Skudai berada pada tahap sederhana. Purata keseluruhan
bagi dua objektif tersebut adalah berada pada sederhana.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
BAHAGIAN SATU
PENDAHULUAN
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Hipotesis kajian 10
1.7 Batasan Kajian 11
1.8 Kepentingan kajian 12
1.9 Definisi Konsep dan Definisi Operational Kajian
1.9.1 Minat 13
1.9.2 Sikap 14
1.9.3 Pencapaian 15
viii
BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Kerangka teori
2.2.1 Teori Tingkah Laku 17
2.2.2 Teori Konstruktivisme 18
2.2.3 Teori Kognitivisme 20
2.2.4 Pembelajaran Eksperiensial 20
2.2.5 Pembelajaran koperatif 21
2.2.6 Pembelajaran Masteri 23
2.2.7 Kesimpulan 24
2.3 Kajian Lepas Dalam Negeri 24
2.4 Kajian Lepas Luar Negeri 29
2.5 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pencapaian 34
Matematik
2.5.1 Minat Pelajar 35
2.5.2 Sikap Pelajar 35
2.5.3 Institusi kekeluargaan 36
2.5.4 Pengaruh Ibu Bapa 36
2.2.5 Pengajaran Guru 37
2.2.6 Faktor Persekitaran 38
2.6 Penutup 39
BAHAGIAN TIGA
ix
METODOLOGI KAJIAN
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 40
3.2 Reka Bentuk Kajian 40
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 41
3.4 Instrumen Kajian
3.4.1 Pembahagian Soalan 42
3.4.2 Item Mengikut Faktor 44
3.4.3 Kaedah Pemarkahan 45
3.5 Kajian Rintis 47
3.6 Prosedur Kajian 48
3.7 Kaedah Menganalisis Data 49
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 50
4.2 Latar Belakang Responden
4.2.1 Nama Sekolah 51
4.2.2 Jantina 52
4.2.3 Keputusan Matematik Tambahan Peperiksaan 52
Pertengahan Tahun 2005
4.2.4 Keputusan Matematik Tambahan Peperiksaan 54
Pertengahan Tahun 2005 Mengikut Jantina
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Jantina Dan Nama 55
Sekolah
4.2.6 Hubung Kait Antara Keputusan Matematik 56
x
Tambahan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2005
Dengan Sekolah
4.3 Analisis Statitistik Deskriptif
4.3.1 Analisis Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran 57
Matematik Tambahan
4.3.2 Analisis Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran 61
Matematik Tambahan
4.3.3 Analisis Pengaruh Guru Terhadap Mata Pelajaran 66
Matematik Tambahan
4.3.4 Analisis Pengaruh Ibu Bapa Terhadap Mata 70
Pelajaran Matematik Tambahan
4.4 Analisis Statistik Inferensi 76
4.4.1 Analisis Hubungan Antara Minat Responden 77
Dengan Pencapaian Matematik Tambahan
4.4.2 Analisis Hubungan Antara Sikap Responden 78
Dengan Pencapaian Matematik Tambahan
4.4.3 Analisis Hubungan Antara Pengaruh Guru 80
Dengan Pencapaian Matematik Tambahan
4.4.4 Analisis Hubungan Antara Pengaruh Ibu Bapa 81
Dengan Pencapaian Matematik Tambahan
4.5 Penutup 82
BAHAGIAN LIMA
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
BAB V KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 83
xi
5.2 Kesimpulan Kajian
5.2.1 Maklumat Diri Responden 84
5.2.2 Faktor Minat dan Pencapaian 85
5.2.3 Hubungan Antara Sikap Dan Pencapaian 87
5.2.4 Hubungan Dengan guru dan Pencapaian 89
5.2.5 Hubungan antara Ibu Bapa dan Pencapaian 91
5.3 Implikasi Kajian 92
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 96
5.3 Penutup 97
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menurut Falsafah Pendidikan Negara (FPN), iaitu “ Pendidikan di Malaysia
ialah suatu usaha untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu bagi menghasilkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sahsia sejajar dengan era kemajuan negara yang sedang pesat membangun
dan kemakmuran masyarakat”. Pusat Perkembangan Kurukulum (1989) pula
menyatakan, “Matlamat matematik KBSM adalah untuk memperkembangkan
pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta
kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya seseorang individu
dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan dan bertanggungjawab
serta menghargai kepentingan dan keindahan matematik”. Justeru itu, pendidikan
matematik perlu dititikberatkan agar hasrat negara tercapai dalam era menuju negara
berwawasan dan masyarakat yang celik kepada matematik.
Matematik merupakan bidang yang sangat penting dan mencabar untuk
dipelajari oleh setiap individu. Matematik juga adalah satu daripada mata pelajaran
yang diajar di semua sekolah seluruh Malaysia. Kebelakangan ini, pihak kerajaan
memberi penekanan kepada pembelajaran matematik sejajar dengan hasrat negara
untuk membekalkan ilmu pengetahuan matematik, memperkembangkan kemahiran
penyelesaian masalah, komunikasi dan pemikiran mantik secara bersistem kepada
generasi yang bakal menerajui negara.
2
Kurikulum matematik dalam Kurukulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) menawarkan pendidikan matematik yang umum, menyeronokkan dan
mencabar bagi semua pelajar. Sukatan ini memberi fokus kepada keseimbangan
antara kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan
matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah, serta cara
berfikir yang logik, kritis dan bersistem. Turut diberi penekanan kepada penerapan
nilai-nilai murni kepada pelajar bagi melahirkan warganegara yang dinamik dan
beramanah (Nik Aziz Nik Pa, 1992).
Tidak dinafikan lagi penggunaan dan peranan matematik sangat meluas dalam
kehidupan manusia sejagat. Keperluan dan kepentingan matematik zaman ini adalah
jauh lebih berbeza jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Pada masa sekarang,
pendidikan matematik bukan setakat memberi pengetahuan asas kepada kira-mengira
sahaja, tetapi lebih dari itu yakni untuk membekalkan ilmu pengetahuan matematik
bagi mengembangkan kemahiran dalam penyelesaian masalah, pemikiran sistematik,
komunikasi, dan nilai murni kepada pelajar.
Selain itu, matematik memainkan peranan yang penting dalam dunia pekerjaan
pelajar pada masa akan datang. Menurut Tratfton (1980) dalam Jurnal Pendidikan
oleh Noor Azlan Ahmad Zanzali (1995) , “Penelitian terhadap keperluan matematik
dalam pelbagai jenis pekerjaan akan membawa seseorang itu untuk melihat betapa
pentingnya pembelajaran matematik kepada pelajar”. Pernyataan ini adalah
berlandaskan kepada kepercayaan bahawa pendidikan di sekolah berperanan untuk
melahirkan warganegara yang produktif dalam masyarakat.
Semasa pelancaran Wawasan 2020 pada 29/2/1991, bekas Perdana Menteri
kita telah menyarankan agar negara ini dapat dibangunkan untuk menjadi sebuah
negara perindustrian sepenuhnya dalam jangka masa tersebut. Setiap individu amat
perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan matematik yang kukuh agar dapat
melanjutkan pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi dalam bidang sains dan
kejuruteraan.
Pada keseluruhannya, dapatlah dikatakan dengan jelas bahawa matematik
adalah merupakan satu mata pelajaran yang sangat mustahak dipelajari oleh semua
murid sekolah, pada semua peringkat, sebagai persediaan untuk menjadi generasi
3
yang akan memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan negara. (Noor
Azlan Ahmad Zanzali, 1995)
1.2 Latar Belakang Kajian
Berdasarkan kepada falsafah dan matlamat pendidikan negara Malaysia,
pendidikan matematik adalah merupakan satu usaha untuk memperkembangkan
fikiran mantik, analitis, bersistem, dan kritis. Berkemahiran menyelesaikan masalah
serta berkebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik, supaya seorang
individu itu dapat berfungsi dalam kehidupan serta menghargai kepentingan dan
keindahan matematik.
Oleh itu guru-guru matematik perlu tahu dan sentiasa memikirkan tentang
matlamat pendidikan matematik. Semestinya mereka mempunyai iltizam dan
idealisme untuk mencapai kecemerlangan matematik.
Dalam abad ke-21 ini, perubahan dunia dalam semua bidang, bermakna kita
harus memperkenalkan isi kandungan baru dan kaedah pengajaran yang baru. Tanpa
sebarang matlamat, kita mungkin tidak pasti ke manakah hala tuju kita dan mengapa
kita melakukannya. Dengan itu secara tidak langsung guru seharusnya menyediakan
dunia pelajaran yang diwarnai dengan keseronokan mengajar dan belajar (NCTM
1989)
Kementerian Pendidikan telah menggubal pelbagai dasar, program, kempen,
dan projek sebagai usaha reaktif dan proaktif bagi mencapai matlamat pendidikan
matematik pada hari ini. Walau bagaimanapun terdapat juga persoalan yang
dibangkitkan. Adakah matlamat pendidikan matematik pada hari ini dapat dicapai?
Perlukah kita mencadangkan sistem pendidikan baru matematik untuk melahirkan
4
generasi baru yang dapat menghadapi sebarang cabaran dalam dunia yang
berteknologi tinggi?
Memandangkan matematik merupakan bidang yang abstrak dan sukar untuk
mengetahui fungsi dan kegunaannya, ini menyebabkan matematik kurang diminati
oleh pelajar terutamanya Matematik Tambahan. Kebanyakan pelajar tidak mengetahui
matematik sangat berguna dalam berbagai-bagai lapangan hidup yang dapat melatih
manusia berfikir secara logik serta menyatakan fikiran dengan tepat. Banyak juga
pelajar yang tidak menyedari matematik merupakan pelajaran teras yang perlu
dipelajari dan dimahirkan sebelum menguasai mata pelajaran lain seperti Fizik,
Kimia, kejuruteraan, perakaunan dan sebagainya. Oleh itu, amat merugikan jika
pelajar tidak mengambil berat terhadap mata pelajaran Matematik Tambahan.
Ketua Pengarah Unit Sains dan Matematik Kementerian Pendidikan Malaysia,
Rozita Mat Zain menyatakan, “Dalam sistem pendidikan masa ini, Matematik
dianggap sebagai penghalang utama pelajar meminati dan menceburi bidang sains dan
teknologi” (Berita Harian, Disember 1992). Kurangnya minat di kalangan pelajar
terhadap mata pelajaran Matematik akan menimbulkan perkembangan yang negatif
dalam sistem pendidikan negara. Kesannya boleh meninggalkan masalah sosial
seperti keciciran, pencapaian yang rendah dalam pelajaran dan kesukaran melanjutkan
pelajaran atau mendapatkan pekerjaan yang berkaitan dengan bidang matematik.
Cabaran utama yang dihadapi oleh guru matematik pada masa kini ialah
kurangnya minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran matematik terutamanya
Matematik Tambahan. Hal ini demikian kerana minat seseorang pelajar terhadap mata
pelajaran ini merupakan penggalak dan pendorong ke arah kecemerlangan untuk
mencapai kejayaan. Jika seseorang itu berminat terhadap pembelajarannya, maka
pengajaran guru akan menjadi lebih berkesan.
Para pelajar sepatutnya memiliki kemahiran matematik untuk membolehkan
mereka melibatkan diri dalam suasana masyarakat negara yang semakin
mementingkan sains dan teknologi. Tetapi, suatu perkara yang amat mengecewakan
iaitu peratus pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik Tambahan di
sekolah amat rendah sekali berbanding dengan mata pelajaran lain. Banyak pelajar
yang gagal dalam mata pelajaran ini. Masalah ini berlanjutan setiap tahun di
kebanyakan sekolah. Berikut merupakan statistik pencapaian pelajar tingkatan empat
5
dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2005 bagi mata pelajaran Matematik
Tambahan di beberapa buah sekolah kawasan Skudai.
Jadual 1.1 : Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Sekolah Menengah
Kebangsaan Selesa Jaya bagi mata pelajaran Matematik Tambahan
GRED
A B C D LULUS GAGAL
BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL %
2 2.67 6 8 12 16 21 28 41 54.67 34 45.33
Jadual 1.2 : Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Sekolah Menengah
Kebangsaan Skudai Baru bagi mata pelajaran Matematik Tambahan
GRED
A B C D LULUS GAGAL
BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL %
7 5.88 13 10.9 19 15.97 32 26.89 71 59.66 48 40.34
Jadual 1.1 : Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Sekolah Menengah
Kebangsaan Mutiara Rini bagi mata pelajaran Matematik Tambahan
GRED
A B C D LULUS GAGAL
BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL %
6 5.31 11 9.73 21 18.58 36 31.86 74 65.49 39 34.51
6
Antara sebab utama yang dikenalpasti menyebabkan pencapaian yang rendah
dalam Matematik adalah sikap fobia terhadap matematik atau sekurang-kurangnya
terhadap angka dan manipulasinya dikatakan berlaku di kalangan pelajar. Mereka ini
lemah dalam matematik, bersikap acuh tak acuh terhadap subjek ini dan mudah putus
asa. Selain rendah paras inspirasi, sikap yang lain adalah malas, tidak tekun, mudah
menyerlah kalah, dan tidak tahan cabaran. Sikap sedemikian menyebabkan pelajar
tidak mampu menguasai matematik dengan baik terutamanya Matematik Tambahan
yang memang perlu banyak membuat latihan supaya mahir dalam penyelesaian
masalah. Minat dan sikap yang positif seperti kesungguhan pelajar adalah merupakan
aspek penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang pelajar.
Mempunyai minat yang positif boleh mendorong mereka untuk berusaha dengan lebih
gigih dalam menentukan kejayaan.
Robert M. Gagne (1970), seorang profesor dan ahli psikologi telah banyak
membuat penyelidikan mengenai fasa dan jenis dalam pembelajaran matematik
berpendapat sikap adalah faktor dalaman dalam pembelajaran. Beliau menegaskan
sikap seperti kesungguhan, minat, persepsi, reaksi, serta motivasi mempengaruhi
proses pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri yang penting ini juga mempengaruhi
penguasaan kemahiran matematik dan pencapaian dalam matematik. Minat yang kuat
menyebabkan pelajar berusaha untuk belajar seterusnya menimbulkan keyakinan diri
dan mengurangkan kegelisahan serta membawa pelajar kepada persepsi yang baik
terhadap mata pelajaran matematik.
Menurut Masmuda (1980) dalam satu kajian mendapati bahawa, pelajar-
pelajar biasanya menganggap mata pelajaran Matematik sebagai mata pelajaran yang
berkecenderungan saintifik dan memerlukan pemikiran dan ketekunan untuk
mempelajarinya. Penerokaan yang baik dan teliti ini tidak dapat dilaksanakan jika
pelajar tidak mempunyai sikap positif terhadap matematik. Maka timbul persoalan
iaitu adakah sikap pelajar mempengaruhi pencapaian mereka dalam matematik?
Ramai penyelidik berpendapat bahawa kejayaan atau kegagalan seseorang
pelajar bukan sahaja bergantung kepada diri pelajar itu sendiri bahkan terdapat faktor
lain yang mempengaruhinya. Jika guru yang mengajar matematik di sekolah tidak
menunjukkan prestasi yang baik dan tidak berjaya menyampaikan isi pelajaran kepada
pelajar sehingga difahami, sudah tentu pelajar tidak dapat menguasainya. Pelajar akan
7
tidak berminat dan berasa bosan semasa pengajaran guru. Disebabkan perkara
sedemikian berlaku di kebanyakan sekolah, semakin banyak pelajar yang
mendapatkan perkhidmatan tuisyen di luar sekolah bagi mata pelajaran ini. Pelajar
berpendapat bahawa hanya melalui perkhidmatan tuisyen dapat membantu mereka
mencapai kemajuan dalam Matematik Tambahan. Adakah ini menandakan pengajaran
guru di sekolah bermasalah?
Ibu bapa juga berperanan dan bertanggungjawab terhadap pencapaian anak-
anak mereka dalam mata pelajaran matematik. Sememangnya galakan dan
keperihatinan ibu bapa akan menambahkan minat anak mereka terhadap mata
pelajaran Matematik Tambahan yang mencabar ini. Ibu bapa juga dapat menanam
sikap pelajar yang positif iaitu rajin, tekun bermotivasi. Tetapi kesal sekali apabila
mendapati kebanyakan ibu bapa di sekitar tempat kajian tidak menghiraukan pelajaran
dan pencapaian anak mereka. Ibu bapa juga tidak mengetahui kepentingan Matematik
Tambahan untuk masa depan anaknya.
Di samping itu, banyak lagi faktor sampingan yang mendorang kepada
kemerosotan pencapaian pelajar dalam Matematik Tambahan. Sukatan pelajaran yang
tidak sistematik dan kandungan buku teks yang kurang menarik turut mempengaruhi
penguasaan dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ini.
1.3 Pernyataan Masalah
Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran yang penting untuk
mengusai mata pelajaran lain. Mutu pencapaian yang rendah di sekolah sudah tentu
akan menjejaskan pencapaian mata pelajaran sains dan teknologi memandangkan
kaedah pembelajaran subjek sains lebih memberi penekanan terhadap kemahiran
matematik untuk menyelesaikan masalah. Walaupun pelbagai penekanan dan usaha
telah dilakukan oleh pelbagai pihak bagi meningkatkan pencapaian Matematik, tetapi
mengapakah mutu pencapaian pelajar dalam matematik masih kurang
memberangsangkan? Mengapakah masih terdapat banyak pelajar yang mandapat gred
yang rendah mahupun gagal dalam mata pelajaran Matematik Tambahan?
Berdasarkan persoalan di atas, pengkaji merasakan perlu membuat
penyelidikan terhadap mutu pencapaian yang ditunjukkan oleh pelajar. Pengkaji perlu
8
mengetahui sejauhmanakah minat pelajar dalam mata pelajaran Matematik Tambahan
dan bagaimanakah sikap yang ditunjukkan oleh pelajar terhadap mata pelajaran ini.
Memamg tidak dinafikan bahawa sememangnya pencapaian Matematik
Tambahan dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Persoalannya, apakah faktor uatama
yang mempengaruhi mutu pencapaian pelajar? Dalam kajian ini, pengkaji akan
melakukan kajian dengan hanya menumpukan kepada beberapa faktor yang difikirkan
penting iaitu diri pelajar, pengajaran guru, dan pengaruh ibu bapa.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :
i. mengenal pasti tahap minat dan sikap pelajar terhadap Matematik Tambahan.
ii. mengenal pasti tahap pengaruh ibu bapa dan pengajaran guru terhadap
Matematik Tambahan.
iii. mengenal pasti hubungan antara minat dan sikap pelajar dengan pencapaian
Matematik Tambahan.
iv. mengenal pasti hubungan antara pengaruh ibu bapa dan pengajaran guru
dengan pencapaian Matematik Tambahan.
1.5 Persoalan Kajian
Tumpuan soalan kajian penyelidik adalah hendak melihat minat dan sikap
pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik Tambahan.
Kajian ini adalah untuk mencari jawapan kepada :
i. Apakah tahap minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik Tambahan.
ii. Apakah tahap sikap pelajar terhadap mata pelajaran Matematik Tambahan.
iii. Apakah tahap pengaruh pengajaran guru terhadap mata pelajaran Matematik
Tambahan.
9
iv. Apakah tahap pengaruh ibu bapa terhadap mata pelajaran Matematik
Tambahan.
v. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara minat pelajar dan
pencapaian Matematik Tambahan.
vi. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pelajar dan
pencapaian Matematik Tambahan.
vii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara pengajaran guru dan
pencapaian Matematik Tambahan.
viii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh ibu bapa dan
pencapaian Matematik Tambahan.
Persoalan di atas adalah mustahak kerana akan menjana maklumat yang
berguna dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan.