urgent tajuk 5

14
TAJUK5 PERTIMBANGAN & PENGAMATAN ASAS DALAM LUKISAN HAL BENDA Hal benda merupakan sumber idea yang utama dalam menghasilkan sesuatu karya. Apa-apa objek yang ada di sekeliling boleh dijadikan hal benda (subject matter) dalam karya. Objek-objek yang terbiar dan tidak dipedulikan jika diangkat dan disusun dalam satu komposisi pada ruang alas lalu diberi warna dengan kesesuaian palet yang dipilih dapat menghidupkan karya dan memberi persepsi yang menarik kepada audian. Hal benda dalam karya termasuklah figura, alam semula jadi, alam persekitaran dan objek buatan manusia. Hal benda perlu diamati dengan cara memahami penampilan imej dalam karya seni visual dalam konteks aliran dan stail yang berbeza dan juga memahami dan membezakan imej realistik, abstrak dan non-objektif dalam karya seni visual. "Botol 1", Cat minyak, 52cm x 62cm, 1979 "Botol 2", Cat minyak, 66cm x 86cm, 1980 RUANG (HADAPAN, TENGAH, BELAKANG) Ruang adalah kawasan kosong di sekeliling sesuatu objek, jarak di antara dua objek dan di dalam sesuatu objek.Pelukis yang baik akan membahagikan ruang dengan sempurna. Pelukis master menggunakan ruang sebagai kekuatan dalam sebuah karya. Karya lukisan Cina menggunakan ruang kelegaan sebagai identiti karya mereka. Terdapat tiga jenis ruang yang boleh digunakan dalam penghasilan karya lukisan iaitu ruang dalam, ruang cetak dan ruang datar. Ruang-ruang ini bergantung kepada susun atur objek yang akan dilukis.

Upload: karen-ling

Post on 11-Jan-2016

57 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

psv

TRANSCRIPT

Page 1: Urgent Tajuk 5

TAJUK5 PERTIMBANGAN & PENGAMATAN ASAS DALAM LUKISAN

HAL BENDA

Hal benda merupakan sumber idea yang utama dalam menghasilkan sesuatu karya. Apa-apa objek yang ada di sekeliling boleh dijadikan hal benda (subject matter) dalam karya. Objek-objek yang terbiar dan tidak dipedulikan jika diangkat dan disusun dalam satu komposisi pada ruang alas lalu diberi warna dengan kesesuaian palet yang dipilih dapat  menghidupkan karya dan memberi persepsi yang menarik kepada audian. Hal benda dalam karya termasuklah figura, alam semula jadi, alam persekitaran dan objek buatan manusia. Hal benda perlu diamati dengan cara memahami penampilan imej dalam karya seni visual dalam konteks aliran dan stail yang berbeza dan juga memahami dan membezakan imej realistik, abstrak dan non-objektif dalam karya seni visual.

"Botol 1", Cat minyak, 52cm x 62cm, 1979

"Botol 2", Cat minyak, 66cm x 86cm, 1980

RUANG (HADAPAN, TENGAH, BELAKANG)

Ruang adalah kawasan kosong di sekeliling sesuatu objek, jarak di antara dua objek dan di dalam sesuatu objek.Pelukis yang baik akan membahagikan ruang dengan sempurna. Pelukis master menggunakan ruang sebagai kekuatan dalam sebuah karya. Karya lukisan Cina menggunakan ruang kelegaan sebagai identiti karya mereka. Terdapat tiga jenis ruang yang boleh digunakan dalam penghasilan karya lukisan iaitu ruang dalam, ruang cetak dan ruang datar. Ruang-ruang ini bergantung kepada susun atur objek yang akan dilukis. 

Ruang wujud di alam nyata dan dalam sesebuah karya seni. Objek yang sama saiz akan kelihatan lebih besar jika berada di hadapan dan akan kelihatan semakin kecil apabila berada di belakang/jauh. Warna objek yang di hadapan akan kelihatan lebih jelas, manakala warna objek di belakang pula akan kelihatan semakin kabur.Semua unsur seni iaitu garisan, jalinan, rupa, bentuk dan warna memainkan peranan dalam mewujudkan ilusi ruang dalam sesebuah karya seni visual. 

Page 2: Urgent Tajuk 5

Ruang fizikal terbahagi kepada dua iaitu ruang terbuka dan ruang tertutup. Ruang terbuka merupakan ruang bagi kawasan lapang seperti padang, taman bunga, pantai dan lain-lain. Manakala ruang tertutup pula ialah ruang bagi kawasan yang sempit seperti di dalam bilik atau di dalam sesebuah bangunan.

Mug merah lebih besar berbanding mug putih yang berada di belakang

Bahagian bawah mug ini pula kelihatan lebih kecil berbanding bahagian atas kerana jaraknya yang lebih jauh

Pokok-pokok ini kelihatan mengecil ke atas kerana berada lebih jauh berbanding bahagian pangkal pokok

Warna objek juga menjadi semakin kabur jika  semakin jauh ke belakang.

Jalinan pada sesuatu objek juga semakin mengecil dan pudar apabila jarak semakin ke belakang

Ruang ilusi atau maya merupakan ruang yang wujud dalam karya seni seperti lukisan, catan, cetakan, seni fotografi dan sebagainya. Ia terbahagi kepada tiga iaitu ruang dalam, ruang cetek dan ruang rata.

i. Ruang dalam merupakan ruang yang memperlihatkan kesan perspektif hasil daripada penggunaan elemen asas seni reka seperti dalam catan landskap. 

Page 3: Urgent Tajuk 5

      ii. Ruang cetek pula adalah ruang dalam kawasan terbatas seperti dalam sesebuah bilik.

      iii. Ruang rata merupakan karya seni visual yang memperlihatkan olahan pada satah atau permukaan yang sama

SUASANA (PANAS, SEJUK, RIANG, SEDIH, CEMAS)

Warna Panas

1. Terdiri daripada kumpulan warna merah, jingga dan kuning, termasuk warna merah jingga, merah ungu, dan kuning jingga.

2. Menimbulkan suasana yang ceria, meriah, riang dan sebagainya3. Warna-warna panas akan kelihatan lebih menonjol ke hadapan4. Sesuai untuk catan bertemakan perayaan, peperangan, kemeriahan, pesta dan

sebagainya.5. Contoh bahan-bahan sekitar yang di dalam kumpulan warna panas6. Contoh karya yang menggunakan warna-warna panas. Penggunaan warna-warna

merah, hitam jingga dan kuning menimbulkan suasana panas pada karya-karya berikut di bawah

 merah, jingga, kuning, putih dan hitam dapat menimbulkan suasana panas dalam sesebuah karya

Page 4: Urgent Tajuk 5

 Warna Sejuk1. Merupakan kumpulan warna-warna biru, hijau, ungu, biru ungu, biru hijau dan merah ungu.2. Menimbulkan suasana nyaman, selesa, sejuk, segar, sedih dan sunyi3. Warna-warna ini menghasilkan ilusi kejauhan dan kebelakang4. Sesuai jika digunakan untuk menghasilkan kertas dinding, catan bertema alam semulajadi, kematian, kesegaran5. Contoh objek alam yang mempunyai kumpulan warna-warna sejuk seperti

pemandangan di kawasan laut, warna biru dan ungu

warna biru dan hijau di dasar laut

6. Contoh karya seni yang menggunakan kumpulan warna sejuk seperti

penggunaan warna biru dan kesan sewarna

CIRI & SIFAT OBJEK

1. Titik (Point)

Titik merupakan unsur seni rupa yang paling mudah. Karya seni rupa berupa gambar ataupun lukisan bermula dari titik. Titik adalah salah satu elemen dalam seni rupa yang paling kecil, dan merupakan elemen paling asas dalam seni rupa atau design. Apabila suatu titik ditarik akan menjadi suatu garis, dan titik apabila diolah secara luas akan menjadi suatu bidang. Titik mempunyai peranan yang sama dengan unsur-unsur seni yang lain seperti garis dan warna. Penggunaan titik biasanya pada bahagian-bahagian yang paling kecil dalam suatu karya seni.

2. Garis (Line)

Elemen yang kedua dalam seni rupa adalah garis, garis merupakan bentuk yang memanjang dan mempunyai sifat yang elastik, kaku, dan tegas. Penggunaan garis dalam seni rupa sangat vital, kegunaan garis biasanya pada awal proses pembentukan suatu karya seni, iaitu lakaran. Tetapi garis memang dan harus digunakan dalam suatu karya seni. Dimana pemprosesan garis yang maksimum juga boleh mencipta dan menyokong nilai seni dalam karya seni. Kita tahu jika pemprosesan suatu garis akan

Page 5: Urgent Tajuk 5

dihasilkan garis lengkung, garis lurus, garis patah-patah, garis tebal, dan garis nipis. Kesemua jenis garis itu bila dikomposisikan dengan tepat dan sesuai akan menghasilkan nilai artistik Garis dapat dibahagi kepada dua, iaitu:

1. Garis Alamiah, iaitu garis cakrawala alam yang dapat dilihat sebagai batas antara permukaan laut dan langit.

2. Garis Buatan, terdiri dari garis yang sengaja dibuat, contohnya garis hitam pada gambar ilustrasi untuk mencipta bentuk dan angka, ataupun garis yang tidak sengaja dibuat, timbul kerana diciptakan dua bidang dengan tekstur yang berbeza.

Fungsi Garis dalam seni rupa:

1. Memberikan perwakilan atau citra struktur, bentuk, dan bidang. Garis ini sering disebut garis Blabar (garis kontour) yang berfungsi sebagai batas / tepi gambar;

2. Menekankan nilai ekspresi seperti nilai gerak atau dinamik (movement), nilai irama (rhythm), dan nilai arahan (dirrection). Garis ini disebut juga garis grafik;

3. Memberikan kesan dimensi dan kesan tekstur. Garis ini sering disebut garis tekstur. Garis tekstur lebih dapat dihayati dengan cara meraba.

Sifat garis (berkaitan dengan jenis garis):

1. Garis lurus menegak dan mendatar yang dapat mendedahkan kesan tenang, statik, atau stabil;

2. Garis putus yang dapat mendedahkan kesan gerak dan gelisah;3. Garis silang atau pepenjuru yang dapat mendedahkan kesan gerak, tegang, dan

ragu;4. Garis lengkung yang dapat mendedahkan kesan perlahan, irama, dan santai.

3. Bidang/ Rupa (Field)

Bidang dalam seni rupa merupakan bahagian yang mempunyai sisi lebar dan panjang. Bidang dalam karya seni rupa boleh merupakan bidang yang teratur dan tidak teratur. Bidang-bidang yang teratur contohnya segitiga, bulatan, persegi panjang, dan kiub. Penggabungan antara bidang-bidang tersebut akan mengasilkan suatu bentuk karya seni. Bidang boleh terbentuk dari titik, garis dan warna. Ketika kita membuat garis untuk membuat segi tiga, maka jadilah bidang segitiga. Namun Bidang dapat dibezakan menjadi dua, iaitu:

Bidang semulajadi, contohnya bidang lapangan atau taman, bidang sawah, bidang langit, bidang laut,

Bidang buatan, dibagi menjadi dua: Bidang yang sengaja dibuat, misalnya: bidang lukisan, bidang segi tiga,

bidang lingkaran,

Page 6: Urgent Tajuk 5

Bidang yang tidak sengaja dibuat timbul kerana pembubuhan warna, cahaya, atau barik.

Sifat bidang:

1. Bidang mendatar dan menegak yang memberikan kesan tenang, statik, stabil, dan gerak;

2. Bidang bulat yang memberikan kesan kadang stabil, kadang gerak;3. Bidang segi tiga yang memberikan kesan statik dan dinamik;4. Bidang bergelombang (cekung dan cembung) yang memberikan kesan irama dan

gerak.

4. Ruang (Space)

Ruang sebenarnya tidak dapat dilihat (khayalan) atau hanya boleh dihayati. Ruang boleh dihayati setelah kehadiran benda atau unsur garis dan bidang dalam kekosongan atau kehampaan. Misalnya ruang yang ada di sekeliling objek, ruang yang dihadkan oleh bidang dinding rumah, ruang yang terjadi kerana garis pemisah pada kertas.

Ruang dapat dibezakan menjadi dua, iaitu:

Ruang alamiah merupakan ruang yang terdapat di alam yang dihadkan oleh benda-benda alam dan kerana pengaruh cahaya seperti pada pemandangan alam;

Ruang yang dicipta iaitu ruang dalaman dan luaran sebuah bangunan yang dapat memberikan suasana sesuai keinginan, seperti sebuah masjid atau gereja (sengaja);

Ruang yang timbul kerana penempatan pelbagai warna, jarak gelap terang, seperti pada sebuah lukisan (tidak sengaja).

Fungsi ruang:

1. Memberikan kesan 3 dimensi. Seperti kesan kedalaman, jarak, dan keplastikan sebuah lukisan alam;

2. Menekankan nilai ekspresi (irama, gerak, kepadatan, dan kehampaan), seperti pada karya seni bina dan seni patung;

3. Memberikan kesan nilai kegunaan (nilai praktikal), seperti ruang pada gelas (rongga gelas), ruang dalam almari.

Sifat ruang:

1. Ruang terbuka atau ruang tak terbatas, iaitu ruang yang berada di luar/di sekeliling benda, seperti ruang eksterior bangunan yang dapat memberikan kesan keabadian/kelanggengan.

Page 7: Urgent Tajuk 5

2. Ruang tertutup atau ruang terbatas, iaitu ruang yang berada dalam batasan benda, seperti ruang interior bangunan atau ruang patung.

3. Ruang perlambangan, iaitu ruang yang memberikan perlambangan kehadiran ruang, seperti pada pernyataan ruang alam kecil (microcosmos) dan ruang alam besar (macrocosmos);

4. Ruang gelap terang, iaitu ruang yang timbul kerana pengaruh cahaya atau kerana pembubuhan warna pada lukisan.

5. Warna (color)

Dalam seni rupa, warna biasanya membawa maksud pantulan tertentu dari cahaya yang dipengaruhi oleh pigmen yang terdapat di permukaan benda.

Beberapa istilah yang perlu diketahui dalam teori warna, di antaranya:

1. Warna primer, iaitu warna dasar yang tidak dapat diperoleh dari campuran warna lain. Warna primer terdiri dari Merah, Kuning, dan Biru.

2. Warna skunder, iaitu warna yang diperoleh dari campuran dua warna primer. Warna skunder terdiri dari Ungu, Orange (Jingga), dan Hijau;

3. Warna tertier, iaitu warna yang merupakan hasil pencampuran dua warna skunder.4. Warna analogus, deretan warna yang letaknya berdampingan dalam lingkaran

warna. Misalnya deretan dari warna Ungu menuju warna Merah, deretan warna Hijau menuju warna Kuning.

5. Warna komplementer, warna kontras yang letaknya berseberangan dalam lingkaran warna. Misalnya Kuning dengan Ungu, Merah dengan Hijau.

6. Tekstur / Jalinan (Texture)

Tekstur merupakan unsur seni rupa yang memberikan watak pada permukaan bidang yang dapat dilihat dan disentuh oleh 5 pancaindera. Tekstur dapat dibezakan kepada dua:

Tekstur semulajadi, merupakan watak bidang yang tercipta oleh alam. Contohnya urat kayu atau batu;

Tekstur buatan atau tiruan, merupakan watak bidang yang dibuat (disebut juga tekstur simulasi), membuat watak kayu pada bidang memberi kesan tekstur dengan teknik gambar tertentu.

Fungsi tekstur untuk memberikan watak tertentu pada bidang permukaan yang boleh menimbulkan nilai estetik. Misalnya tekstur dari urat-urat kayu ditonjolkan pada permukaan bidang patung sesuai dengan bentuk patung.

Page 8: Urgent Tajuk 5

7. Bentuk (Shape or form)

Perkataan bentuk dalam seni rupa bermaksud kewujudan yang terdapat di alam dan tampak nyata. Bentuk hadir sebagai manifestasi fizikal objek yang disemai dan disebut sebagai form. Misalnya membuat bentuk manusia, binatang, tumbuhan.

Pada karya seni rupa, bentuk diciptakan sesuai dengan keperluan praktikal (pelaksanaan). dalam hal ini bentuk yang diciptakan sesuai dengan nilai kegunaannya (functional form) .Selain itu, bentuk juga diciptakan sebagai ungkapan perasaan (ungkapan), seperti pada lukisan dan patung.

Jenis dan sifat bentuk:

Bentuk organik, iaitu bentuk pada karya seni rupa yang mengingatkan pada bentuk makhluk hidup. seperti manusia, binatang, dan tumbuh-tumbuhan;

Bentuk dua dimensi, iaitu bentuk pada karya seni rupa yang terhad pada bidang. Bentuk yang mempunyai ukuran panjang dan lebar, seperti bentuk pada gambar dan lukisan;

Bentuk tiga dimensi, iaitu bentuk pada karya seni rupa yang mempunyai ukuran panjang, lebar, dan tinggi, seperti pada bentuk patung dan bangunan;

Bentuk diam dan bergerak (statik dan perlanggaran) seperti pada patung dan kereta;

Bentuk berirama seperti pada bangunan dan patung; Bentuk agung dan abadi (monumental) seperti pada bangunan dan patung.

8. Gelap dan Terang ( dark and clear )

Gelap dan terang merupakan akibat dari cahaya. Benda terlihat gelap jika tidak terkena cahaya. Sebaliknya, benda akan terlihat terang jika terkena cahaya.Cahaya yang dapat mempengaruhi nilai keindahan karya seni dibagi menjadi dua, yaitu:

Cahaya alamiah, iaitu cahaya sebagai unsur alam, seperti sinar matahari, bulan, petir, dan api;

Cahaya buatan manusia, seperti cahaya lampu, baterai.

Pada karya seni rupa, cahaya sengaja diletakkan untuk kepentingan nilai estetik. Di mana ia bermaksud penggunaan cahaya adalah untuk mengukuhkan lagi unsur-unsur seni yang lain dalam sesuatu karya.

Fungsi gelap dan terang (value):

Unsur gelap terang (cahaya) pada karya seni rupa memberikan nilai ekspresi. Sebagai contoh untuk menunjukkan kesan dramatik pada tulisan, seperti tema peperangan dengan ungkapan gelap terang;

Unsur gelap terang (cahaya) pada karya seni rupa memberikan nilai emosi. Misalnya cahaya yang menembusi tingkap kaca berwarna yang menimbulkan kesan khidmat pada dalaman masjid;

Page 9: Urgent Tajuk 5

Unsur gelap terang (cahaya) pada karya seni rupa memberikan kesan tiga dimensi atau plastik bagi benda. Dalam hal ini gelap terang (cahaya) dapat mengukuhkan sifat benda tiga dimensi.

KADAR BANDING DALAM LUKISAN – NISBAH KEMASAN

Nisbah keemasan ialah nombor yang tidak mempunyai nisbah. Manusia pada zaman dahulu menghadapi kesukaran untuk menjelaskan nombor yang tidak mempunyai nisbah ini. Oleh itu, ahli matematik menggunakan panjang segmen untuk menerangkannya. Untuk mencari nisbah keemasan, mereka melukis bahagian keemasan garisan atau segi empat tepat keemasan.

Nisbah keemasan atau bahagian keemasan dihuraikan oleh Eves, iaitu seorang ahli Matematik Greek dahulukala sebagai “satu poin untuk membahagikan segmen garisan kepada bahagian keemasan apabila panjang dua segmen terbentuk adalah min perkadaran antara kesemua dengan segmen yang lebih pendek.” Nisbah antara segmen panjang dengan segmen pendek ini dipanggil nisbah keemasan.

Kebanyakan buku mengenai lukisan dan catan mencadangkan supaya tidak meletakkan posisi objek di tengah-tengah gambar, tetapi diletakkan di bahagian tepi sedikit atau lebih kurang sepertiga ruang utama. Ini boleh dilakukan berpandukan garisan yang membahagikan lukisan kepada tiga bahagian. Ia bertujuan untuk menjadikan reka bentuk gambar lebih menarik dipandang dan berpandukan idea bahagian keemasan yang dianggap ideal.

RUPA BENTUK, BENTUK & PROPOSI

Rupa ialah sesuatu imej yang bersifat rata.Permukaannya adalah kosong dan bersifat dua dimensi.

Rupa juga adalah hasil dari penghujung sesuatu garisan yang bertemu dengan titik permulaan

Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)

Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik.

Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata. Proposi termasuk prinsip asas susun rupa untuk mendapatkan keserasian. Untuk memperoleh keserasian dalam sebuah karya diperlukan perbandingan -

perbandingan yang tepat. Pada dasarnya nisbah adalah perbandingan matematik dalam sebuah bidang. Nisbah Agung (The Golden Mean) adalah bahagian yang paling popular dan dipakai

hingga saat ini dalam karya seni rupa sehingga karya seni bina. Bahagian ini

Page 10: Urgent Tajuk 5

menggunakan deret bilangan Fibonacci yang mempunyai perbandingan 1:1,618, sering juga dipakai 8: 13.

Dalam bidang reka bentuk perkadaran ini dapat kita lihat dalam perbandingan saiz kertas dan susun atur laman.

KEDUDUKAN OBJEK

Penggunaan warna atau garisan yang betul serta sesuai dalam lukisan dapat menonjolkan kedudukan objek dalam sesebuah karya.

Hal benda (subject matter) dalam karya jika diangkat dan disusun dalam satu komposisi pada ruang tapak lalu diberi garisan dan warna dengan kesesuaian dapat  menghidupkan karya dan memberi persepsi yang menarik kepada audian.

SKALA & KADAR BANDING

Pengalaman terhadap skala dan perkaitan kepada saiz sebenar memainkan peranan penting dalam penghasilan lukisan.

Kadar banding(proposi) membolehkan kesan sesuatu bentuk itu berubah nilai.

Kebiasaannya pelukis menggunakan kadar banding dalam lukisan yang direka untuk menyampaikan makna simbolik.

Penegasan elemen-elemen ini boleh menghasilkan lukisan yang sempurna.(Ocvirk,et.al:1998)

PENCAHAYAAN, ISIPADU

Pencahayaan

Kesan dan kajian cahaya pada objek yang hendak dilukis

Kesan arah cahaya

Kesan bayang objek

Kualiti ton yang wujud

Kesan Pantulan cahaya

IsiPadu

Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)

Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik.

Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata. 

Page 11: Urgent Tajuk 5

STRUKTUR

Untuk menghasilkan sesebuah lukisan, pelukis akan menentukan struktur bentuk terlebih dahulu.

Pelajar harus diajar membentuk struktur yang betul agar lorekan untuk membentuk imej menjadi lebih menarik.

Sebagai contoh lukisan yang banyak menggunakan struktur ialah lukisan teknik.

SIFAT OBJEK

Melalui lukisan, kita dapat memerhati hal benda itu mempunyai sifat tersendiri.

Keras, lembut, berjalin, licin, bersinar, berair, kasar

BIBLIOGRAFI

http://susurdenai.blogspot.com/2011/08/hal-benda-untuk-komposisi-dalam-karya.html

http://mozais63.blogspot.com/2010/04/sejarah-dan-kritikan-seni-visual.html

http://psv07kdri.blogspot.com/2009_11_01_archive.html#!/tcmbck

http://lsawmeepsv.blogspot.com/2012/11/unsur-seni-ruang.html

http://www.notepedia.info/2013/04/unsur-unsur-dalam-seni-rupa.html