tugasan bml3053 nawal d011427.pdf

21
BML3053 : MORFOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK TUGASAN PERBANDINGAN KATA ADJEKTIF ANTARA TATABAHASA ASAS EDISI KEDUA DAN NAHU MELAYU MUTAKIR EDISI KELIMA KUMPULAN UPSI 02 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO ID NO TELEFON NAWAL BT ABDUL RAHIM D2012061427 0195705613 PENSYARAH : EN AHMAD KHAIR B MOHD NOR TARIKH SERAH : 2 MEI 2014

Upload: nawal-rahim

Post on 16-Jan-2016

99 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN BML3053 NAWAL D011427.pdf

BML3053 : MORFOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK TUGASAN

PERBANDINGAN KATA ADJEKTIF ANTARA

TATABAHASA ASAS EDISI KEDUA DAN

NAHU MELAYU MUTAKIR EDISI KELIMA

KUMPULAN

UPSI 02

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO ID NO TELEFON

NAWAL BT ABDUL RAHIM D2012061427 0195705613

PENSYARAH : EN AHMAD KHAIR B MOHD NOR

TARIKH SERAH : 2 MEI 2014

Page 2: TUGASAN BML3053 NAWAL D011427.pdf

KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

1.0 PENGENALAN 1

2.0 KATA ADJEKTIF

I. DEFINISI 2

II. CIRI-CIRI 3

3.0 PERBANDINGAN ANTARA TATABAHASA ASAS DAN NAHU MELAYU MUTAKHIR

I. PERBANDINGAN 5

II. PERSAMAAN 14

III. PERBEZAAN 16

IV. PERBINCANGAN 17

4.0 PENUTUP 18

RUJUKAN

Page 3: TUGASAN BML3053 NAWAL D011427.pdf

1

BML3053 NAWAL ABDUL RAHIM

D061427

1. PENGENALAN

Morfologi berasal daripada perkataan Inggeris morphology yang terbentuk daripada tiga unsur iaitu morph, o, dan logy. Morph bermaksud bentuk, manakala logy bermaksud pengetahuan atau ilmu. Oleh itu, morfologi boleh ditafsirkan sebagai ilmu atau pengetahuan tentang bentuk kata.

Menurut Nik Safiah Karim et al. (2010) morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur ialah susunan unsur bahasa. Misalnya, struktur kata bagi membaca ialah awalan + kata dasar . Bentuk merupakan pewujudan semula jadi sesuatu unsur bahasa. .

Istilah golongan kata sama dengan jenis kata atau kelas kata. Penggolongan kata merupakan proses menjeniskan dan mengasingkan kata berdasarkan syarat tertentu. Antara syarat yang digunakan untuk menggolongkan perkataan ialah ciri-ciri persamaan yang dimiliki oleh kategori kata tersebut, makna kata, keserupaan bentuk, taburan kata dan fungsinya dalam ayat.

Dalam bahasa Melayu, perkataan boleh dimasukkan ke dalam golongan kata yang sama berasas persamaan ciri-ciri. Ciri persamaan ini dikenal juga sebagai ciri morfologi, iaitu perkataan yang sama dikumpulkan dalam golongan yang sama. Misalnya, salah satu ciri bagi kata kerja dalam bahasa Melayu ialah kata itu boleh disertai dengan kata bantu di depannya, dan semua kata menerima awalan meN- yang tergolong dalam golongan kata kerja kerana awalan ini merupakan awalan kata kerja. Oleh itu, kita dapat membuat suatu rumusan bahawa semua kata nama dan kata kerja dapat dikenal dengan ciri tersebut. Penggolongan sedemikian merujuk kepada ciri-ciri persamaan tertentu, dan bukan makna.

Selain itu penggolonggan kata juga menggunakan kriteria semantik atau makna.

Makna perkataan menjadi sandaran untuk menggolongkan. Umpamanya, dalam tatabahasa tradisional, kata nama diterjemahkan sebagai kata yang menunjukkan kepada nama orang atau benda. Kata kerja pula sebagai kata yang menjelaskan perbuatan atau tindakan.Maksud semantik ini dapat menjeniskan kata seperti binatang, sekolah dan lori sebagai kata nama kerana jelas merujuk kepada nama. Perkataan baring, lompat dan pukul dari segi semantik ialah kata kerja kerana perkataan tersebut menunjukkan perbuatan; manakala besar, cerdik dan merah sebagai kata sifat kerana menjelaskan sifat bagi sesuatu nama.

Penggolongan kata juga bersandarkan kepada ciri sintaksis.Selain menggolongkan kata dari sudut morfologi dan semantik, penggolongan kata berdasarkan ciri sintaksis dijadikan panduan. Cara ini membolehkan pengolonggan kata yang lebih tepat. Kriteria sintaksis merujuk kepada fungsi sesuatu kata itu dalam struktur ayat atau frasa.. Perkataan yang mempunyai fungsi yang sama dimasukkan ke dalam golongan yang sama.

Page 4: TUGASAN BML3053 NAWAL D011427.pdf

2

BML3053 NAWAL ABDUL RAHIM

D061427

2. KATA ADJEKTIF

I. DEFINISI

Kata adjektif atau kata sifat adalah satu daripada golongan kata dalam bahasa Melayu.

Tatabahasa Dewan (2010) menjelaskan golongan kata adjektif terbina daripada perkataan

yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif Kata adjektif boleh didefinisikan

sebagai kata yang menjelaskankan kata nama. Ini bererti bahawa perkataan yang

menerangkan sifat sesuatu kata nama dianggap sebagai kata adjektif.

Contoh :

1. kasut bersih

2. mempelam muda

3. kereta merah

Terdapat empat istilah yang digunakan penahu untuk merujuk kepada kata yang

menerangkan kata nama:

1. Keadaan nama

2. Rupa nama

3. Kata sifat

4. Kata nama

Za‟ba (1940) dalam Pelita Bahasa Penggal I-III menggunakan istilah kata sifat kerana menurutnya sifat bukan sahaja golongan kata yang menjelaskan kata nama, tetapi turut menjelaskan perkataan selain kata nama. Berdasarkan situasi ini, Za‟ba membahagikan kata sifat kepada dua jenis, iaitu sifat nama (penerang nama) dan sifat kata (penerang selain kata nama). Contoh :

Sifat nama

rumah besar

orang kuat

Sifat kata

Ketawa besar

Menangis kuat

Terdapat juga penahu-penahu yang lain turut menggunakan istilah sifat antaranya

Arbak Othman (1981), Abdullah Hassan (1986) dan Asmah Hj. Omar (1993). Istilah ini digunakan kerana mereka menganggap bahawa kata sifat menjelaskan kata nama serta perkataan-perkataan yang lain yang sesuai.

Namun begitu, beberapa penahu seperti Mees (1969), Asraf (1978) dan Nik Safiah

Karim et al. (2008) menggunakan istilah kata adjektif yang diadaptasi daripada tatabahasa Inggeris kerana ianya hanya menerangkan kata nama (Norliza Jamaluddin, 2011). Nik Safiah Karim et al. (2008) mentafsirkan kata adjektif sebagai perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif dan dalam binaan frasa adjektif ini. Kata adjektif boleh hadir

Page 5: TUGASAN BML3053 NAWAL D011427.pdf

3

BML3053 NAWAL ABDUL RAHIM

D061427

secara sendirian atau hadir bersama-sama perkataan lain seperti hadir bersama-sama kata bantu atau kata penguat.

II. CIRI-CIRI

Dalam bahasa Melayu, terdapat enam kriteria dalam menentukan kata sifat, iaitu:

i. Penerang kata nama Ciri utama kata adjektif ialah berfungsi sebagai penerang kata nama. Dalam fungsi ini,

kata adjektif biasanya hadir dalam bentuk frasa nama. Dari segi kedudukan, kata

adjektif hadir selepas kata nama inti atau selepas kata hubung relatif yang atau

selepas kata bantu.

Contoh:

udara segar lelaki segak barang yang murah kanak-kanak yang pintar pakaian yang sudah buruk ii. Fungsi predikat

Kata adjektif boleh berfungsi sebagai predikat, iaitu sebagai pelengkap kepada

subjek. Dalam ciri ini kata adjektif mengisi kedudukan predikat. Contohnya:

Subjek Predikat

1. Ibu saya cantik. 2. Baju yang dijahitnya Sungguh kemas 3. Sambuta hari raya Meriah sekali

iii. Kata adjektif boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata penguat dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat bebas. Antara kata penguat hadapan ialah terlalu, paling, agak, amat dan lebih. Kata penguat bebas pula ialah agak, sungguh dan amat, manakala kata penguat belakang ialah betul, sekali, benar dan nian. Dalam bahasa Melayu, kata penguat ini biasanya menjadi penanda bagi mengenal pasti kata adjektif. Contoh : a. amat gagah b. paling sibuk c. agak perlahan

Page 6: TUGASAN BML3053 NAWAL D011427.pdf

4

BML3053 NAWAL ABDUL RAHIM

D061427

iv. Kata adjektif boleh dibuat perbandingan

Perbandingan kata adjektif boleh dilaksanakan sama ada perbandingan yang sama tara atau perbandingan yang tidak setara. Perbandingan sama tara boleh dilaksanakan dengan menggandingkan imbuhan se- bersama-sama kata adjektif, atau menggandingkan perkataan “sama” dengan kata adjektif. contoh : a. Lukisan Husin secantik lukisan abangnya. b. Cerita itu tidak sehebat yang diwar-warkan Perbandingan yang tidak setara pula menggunakan perkataan “lebih” atau “kurang” atau boleh juga digandingkan kata adjektif dengan imbuhan ter- bersama bagi melakukan sesuatu perbandingan. Contoh : a. Kain itu lebih cantik daripada kain ini. b. Bapa budak itu penyanyi terkenal.

v. Imbuhan se- dan ter-

Penanda golongan bagi kata adjektif, boleh diteliti melalui imbuhan se- dan ter-. Imbuhan se- dan ter- ini menjelaskan perbandingan dan darjah kepalingan. Kedua-dua imbuhan ini boleh dijadikan penguji dalam menentukan kata adjektif kerana kedua-dua imbuhan ini dapat menunjukkan perbandingan (imbuhan se-) atau darjah kepalingan (imbuhan ter-). Contoh:

Besar

Sebesar Terbesar

Kecil

Sekecil Terkecil

Pantas

Sepantas Terpantas

vi. Kata adjektif sebagai kata dasar dalam frasa Kata adjektif yang hadir dalam binaan frasa atau klausa / ayat biasannya terbina daripada

kata dasar (Norliza Jamaluddin, 2011). Berbanding dengan kata kerja, kata adjektif yang

Page 7: TUGASAN BML3053 NAWAL D011427.pdf

5

BML3053 NAWAL ABDUL RAHIM

D061427

menjalankan fungsi sebagai penerang atau predikat, biasanya merupakan kata dasar.

Contoh:

Frasa

Zaman akhir

Kejadian pelik

Kesan baik

Ayat

1. Keadaan di lebuh raya itu sibuk sekali.

2. Nenek saya sangat teliti semasa menjahit.

3. PERBANDINGAN KATA ADJEKTIF ANTARA TATABAHASA ASAS DAN

NAHU MELAYU MUTAKHIR

I. PERBANDINGAN ANTARA TATABAHASA ASAS DAN NAHU MUTAHIR

TATABAHASA ASAS

Ahmad khair Mohd Nor, Raminah Hj Sabran

Nawi Ismail,Ton Ibrahim (2014)

NAHU MELAYU MUTAKHIR

Asmah Haji Omar (2009)

DEFINISI

Kata adjektif ialah kata yang menjelaskan tentang sifat sesuatu kata nama. Perkataan yang menjelaskan sifat sesuatu kata nama diistilahkan sebagai kata adjektif

DEFINISI

Kata sifat adalah subgolongan dari golongan kata karyaan . Dilihat dari fungsinya dalam ayat , kata sifat mempunyai persamaan dengan kata kerja tak transitif dalam erti kata kedua-duanya tidak mengambil objek Walau bagaimanapun terdapat perbezaan antara keduanya iaitu kata sifat mempunyai penambah sendiri begitu juga dengan kata kerja.

JENIS - Sembilan golongan . i. Kata Adjektif Sifatan Atau Keadaan Perkataan yang menjelaskan perangai, kelakuan, atau keadaan bagi kata nama atau frasa nama. Contoh : budak baik, negara aman

JENIS - Lima belas subgolongan . i. Kata Sifat Tabii

Perkataan yang memberi penjelasan kepada kualiti pada perangai atau kelakuan manusia sama ada positif atau negatif.

Page 8: TUGASAN BML3053 NAWAL D011427.pdf

6

BML3053 NAWAL ABDUL RAHIM

D061427

ii. Kata Adjektif Cara Perkataan yag menjelaskan kelakuan atau ragam bagi kata nama dan frasa nama. Contoh : pergelutan sengit

iii. Kata Adjektif Warna Perkataan yang menunjukkan warna sesuatu nama. Contoh : Kulit putih gebu .

iv. Kata Adjektif Ukuran Menjelaskan saiz , berat atau ringan tentang benda bernyawa atau tidak bernyawa, konkrit atu abstrak. Contoh : panjang, rendah

v. Kata Adjektik Jarak Perkataan menjelaskan jarak atau sesuatu yang dikaitkan dengan jarak atau sesuatu yang berkaitan dengan ruang antara dua benda, tempat atau keadaan. Contoh : jauh ,dekat

vi. Kata Adjektif Bentuk Perkataan yang menjelaskan bentuk atau rupa sesuatu. Contoh : lonjong, bengkok

vii. Kata Adjektif Waktu Perkataan yang menjelaskan masa dan waktu. Contoh : awal, lewat

viii. Kata Adjektif Perasaan Perkataan menjelaskan rasa atau sesuatu yang berunsurkan emosi. Dan ianya harus diikuti oleh kata sendi nama akan, dengan, terhadap apabila diperluas dengan frasa nama. Contoh : sedih ,sayang

ix. Kata Adjektif Pancaindera Perkataan yang menjelaskan sesuatu yang berkaitan dengan deria sama ada konsep rasa, dengar, bau sentuh, lihat atau

Contoh: tertib, nakal ii. Kata Sifat Warna Warna boleh berfungsi sebagai kata nama dan kata sifat kerana kata sifat warna tidak boleh berfungsi sebaga adverb. Contoh : baju merah jambu iii. Kata sifat ukuran Kata sifat ini merujuk kepada ukuran benda bernya dan tidak bernyawa, konkrit ataupun abstrak. Boleh dibahagikan kepada kata sifat saiz dan kata sifat ukuran kapasiti Contoh : gemuk, tebal iv. Kata sifat bentuk Kata sifat bentuk memberi keterangan tentang sesuatu bentuk dan pada lazimnya kepada ciri benda yang bernyawa atau tidak bernyawa dan konkrit atau abstrak. Contoh : bulat, bujur v. Kata Sifat Indera Kata sifat yang menerangkan ciri sesuatu berdasarkan kesan yang diperoleh melalui salah satu daripada pancaindera. Contoh : merdu, menggerutu vi. Kata Sifat Gabungan Indera Kata sifat ini mempunyai cirri dari dua indera atau lebih. Contohnya tenteram ( gabungan dengar dan pandang) Contoh : tenteram, bersih vii. Kata Sifat Waktu. Kata sifat waktu boleh diwakil berikut; lama ,baharu dan dalam rangkai kata. Contoh : baju baharu, kawan lama. viii. Kata Sifat Jarak Kata sifat subgolongan ini menerangkan jarak antara dua titik , yakni dari penutur kepada yang dirujuknya. Contoh : hampir, karib ix. Kata Sifat Kecepatan Kata sifat ini merujuk kepada daya cepatnya sesuatu gerak.

Page 9: TUGASAN BML3053 NAWAL D011427.pdf

7

BML3053 NAWAL ABDUL RAHIM

D061427

gabungan dua pancaindera. Contoh : masin. terang

Ia boleh berfungsi sebagai adverb gaya. Contoh : cepat, laju x. Kata Sifat Kuasa Tenaga Kata sifat ini diwakili oleh kata-kata seperti segar, sihat, kuat , lemah dan sebagainya. Beberapa subgolongan ini berfungsi sebagai adverba gaya. Contoh : lemah , lesu xi.Kata Sifat Taraf. Kata sifat ini merujuk taraf seseorang dalam masyarakat sama ada aspek kebendaan dan bukan kebendaan. Contoh : terkenal, masyhur xii.Kata Sifat Suhu Kata sifat suhu membawa makna sejuk panasnya keadaan alam dan juga jasmani. Contoh : sejuk, panas xiii.Kata Sifat Emosi Emosi merujuk kepada perasaan yang muncul dan ada kalanya meluap-luap disebabkan sesuatu yang berlaku. Contoh: gembira , kecewa xiv.Kata Sifat Akliah Kata sifat merujuk kepada penggunaan akal sama ada positif atau negatif Contoh : cerdik, bijak, bodoh dan tolol. xv. Kata sifat akhlak Kata sifat yang menerangkan perangai seseorang mengikut peraturan agama dan kesusilaan. Contoh : sopan, biadap

BENTUK Kata adjektif terdiri daripada empat bentuk : 1.Kata Adjektif Tunggal - Tidak menerima pengimbuhan,

penggandaan atau pemajmukan. Kata adjektif tunggal dapat berfungsi sebagai inti frasa adjektif atau sebagai penerang kata nama.

- Bentuk tunggal ini merupakan bentuk

BENTUK Kata sifat terdiri daripada empat bentuk : 1. Bentuk akar kata adjektif yang mendapat imbuhan, sama ada melalui awalan, apitan atau sisipan. Kata sifat dalam bentuk akar adalah kata ifat yang hanya terdiri daripada satu morfem bebas dan tidak terdapat padanya sebarang penambahan.

Page 10: TUGASAN BML3053 NAWAL D011427.pdf

8

BML3053 NAWAL ABDUL RAHIM

D061427

kata adjektif yang paling lazim dalam bahasa Melayu berbanding dengan bentuk-bentuk yang lain

2. Kata Adjektif Terbitan - Kata adjektif terbitan ialah kata adjektif

yang mendapat imbuhan, sama ada melalui awalan, apitan atau sisipan.

- Awalan Kata Adjektif Awalan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah teR-, dan se-. i. Awalan teR- - Bentuk

Awalan teR- mempunyai dua bentuk. Awalan teR- menjadi ter- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan semua huruf, kecuali dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r. Contoh : terbesar terapi

- Fungsi Berfungsi untuk menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan kata dasar yang digolongkan sebagai kata adjektif.

- Makna Penambahan awalan teR membawa maksud lebih atau paling dalam skala perbandingan. Contoh :

terhalus – paling halus terkotor – paling kotor

ii. Awalan se- - Bentuk

Bentuk awalan se- tidak berubah apabila bercantum dengan sebarang huruf konsonan pada pangkal kata dasar. Contoh : seputih senipis Fungsi

- Berfungsi untuk menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan kata dasar yang digolongkan sebagai kata adjektif.

Contoh- besar,kecil , tua, muda, cantik. Kata sifat ini juga dikenali sebagai kata sifat unggulan. 2. Bentuk berlapis Kata sifat ini terdiri daripada satu morfem bebas dan sekurang- kurannya satu morfem terikat. Bentuknya terhasil dengan penambahan awalan seperti :

a. Awalan ter (1) Awalan ini sangat produktif dan berfungsi ebagai penetap golongan. Makna yang didukung ialah paling. Oleh itu kata sifat berlapis dengan awalan ter digunakan dalam pernyataan perbandingan , khususnya dalam darjah kepalingan iaitu darjat tetinggi.

b. Awalan ter (2) Awalan yang kurang aktif .Berfungsi sebagai pengubah golongan dan dengan itu diimbuhan kapada kata nama dan kata kerja. Ia terdapat pada kata-kata berikut ; terkenal,ternama,terbilang dan terhormat. Kata sifat ini menduduki darjah neutral atau biasa dalam perbandingan. Jika ia hendak dimasukkan dalam darjat kepalingan , maka terpaksalah didahului oleh kata paling. Contoh-Dia seorang yang ternamaDia seorang yang paling ternama dalam ilmunya

c. Awalan ke. Awalan ini hanya wujud ke-, tidak produktif lagi dan hanya terdapat pada perkataan kehormat.Kata ini adalah kata yang dicipta dalam awal tahun 1960-an untuk mendukung konsep bahasa Inggeris iaitu „honorary.

d. Awalan se- Awalan ini mempunyai tugas sebagai penetap golongan sahaja. Makna yang didukung „sama dengan‟ contoh – i . sehebat ( sama hebat dengan)

ii. seput ih( sama putih dengan).

Kata sifat dengan awalan se- biasanya

Page 11: TUGASAN BML3053 NAWAL D011427.pdf

9

BML3053 NAWAL ABDUL RAHIM

D061427

- Makna

Penambahan awalan teR membawa maksud sama skala perbandingan. Contoh :

Sebersih – sama bersih Sebaik – sama baik

2 Apitan Kata Adjektif

.

i. Apitan ke-...-an

- Bentuk

Bentuk apitan ke-...-an mempunyai satu bentuk, iaitu ke-…-an.

Contohnya: ketimuran

- Fungsi

Apitan ke-...-an berfungsi untuk membentuk kata kerja adjektif. Apitan ke-...-an boleh menerima kata dasar daripada golongan kata nama dan kata adjektif.

- Makna

Apitan ke-…- an ini membawa pengertian bersifat seperti sesuatu, iaitu berdasarkan makna kata yang mendasari kata terbitan tersebut. Contoh :

Kekuatan – keadaan kuat.

Apitan ke-...-an juga bermaksud kadaan atau sifat sesuatu.

ii. Sisipan Kata Adjektif - Bentuk

sisipan kata adjektif terdapat empat jenis sisipan kata adjektif, iaitu: a. sisipan -el-

Contoh : Keledak

b. sisipan -er- Contoh: kerlip

c. sisipan -em- Contoh: kemetot

d. sisipan -in-

digunakan bersama- sama dengan kata naïf tidak. 3. Bentuk majmuk

4. Bentuk gandaan

Page 12: TUGASAN BML3053 NAWAL D011427.pdf

10

BML3053 NAWAL ABDUL RAHIM

D061427

Contoh: sinambungan

- Fungsi sisipan -el-, -er-, –em-, dan –in- menerbitkan kata adjektif yang memberikan sifat pada kata nama.

- Makna Sifat yang dinyatakan oleh kata dasar

Kata Adjektif Ganda - Bentuk

Terdapat tiga jenis kata adjektif ganda, iaitu : a. penggandaan penuh

menggandakan seluruh kata adjektif contoh :

laju-laju kehijau-hijauan

b. penggandaan separa menggandakan sebahagian daripada kata adjektif. Misalnya, bagi kata adjektif terbitan yang menjadi kata dasar, maka hanya daripada kata adjektif terbitan tersebut yang digandakan.

Contoh : Sebesar-besar Besar-besaran

c. penggandaan berentak menggandakan kata adjektif mengikut rentak tertentu, iaitu sama ada melibatkan perulangan konsonan yang sama atau perulangan vokal atau perulangan bunyi tertentu

- Fungsi Pengekal atau pengubah golongan kata. Contoh : Simpang -- simpang-siur

- Makna a. Sifat jamak.

Contoh : cantik-cantik

b. Menyerupai sifat yang terkandung dalam kata dasar. Contoh : besar-besaran

c. Kesangatan.

Page 13: TUGASAN BML3053 NAWAL D011427.pdf

11

BML3053 NAWAL ABDUL RAHIM

D061427

Contoh : terang-benderang

Kata adjektif Majmuk - Bentuk

Terdapat dua bahagian a. Rangkai kata bebas

Contoh : biru laut, hijau daun b. Simpulan bahasa

Contoh : rabun ayam, ringan tulang

- Makna Menerangkan sifat kata nama. Contoh : Belakang kuali hitam pekat

PEMBENTUKAN PENAMBAHAN PINJAMAN PADA KATA ADJEKTIF. Penambahan awalan dan akhiran pinjaman diambil daripada bahasa Inggeris dan Arab-Parsi Awalan 1. .Awalan pro- - Bentuk

Dipinjam daripada bahasa Inggeris Tidak berubah apabila bertemu dengan sebarang huru awal konsonan pada akata dasar

- Fungsi Membentuk kata adjektif apabila bertemu kata dasar.

- Makna Bermaksud bersetuju atau menyebelahi

- Contoh: Prokerajaan proparti

2. Awalan anti- - Bentuk

Dipinjam daripada bahasa Inggeris Tidak berubah apabila bertemu dengan sebarang huruf awal konsonan pada kata dasar

PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS DENGAN PENAMBAHAN PINJAMAN. Penambahan pinjaman termasuk dalam golongan kata sifat. Penambahan pinjaman yang berkenaan adalah seperti pro,anti,isme,wi,is dan lah. i. Pro- dan Anti

Dalam Bahasa Inggeris kata-kata yang mempunya pro dan anti berfungsi sebagai kata sifat. Pro membawa maksud memihak kepada sesaipa dan anti benci terhadap. Contoh :

a. Antikomunis itu keluar beramai-ramai menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan.

b. Prokerajaan menang dalam peperangan itu.

ii. –isme Penambahan –isme diambil dari bahasa bahasa Belanda . Dalam bahasa Belanda golongan yang dianggotainya adalah golongan nama seperti halnya dengan bahasa Inggeris. Oleh itu –isme boleh dianggap sebagai akhiran sifat Contoh : 1. Sikap nasionalismenya menonjol-

nonjol. Hal ini memberi maksud kecenderungan atau kefahaman.

Page 14: TUGASAN BML3053 NAWAL D011427.pdf

12

BML3053 NAWAL ABDUL RAHIM

D061427

- Fungsi Membentuk kata adjektif apabila bertemu kata dasar.

- Makna Bermaksud membangkang atau membantah

- Contoh: antidadah antisosial

3. Awalan bi- - Bentuk

Dipinjam daripada bahasa Arab-Parsi Tidak berubah apabila bertemu dengan sebarang huruf awal konsonan pada kata dasar

- Fungsi Membentuk kata adjektif apabila bertemu kata dasar.

- Makna Bermaksud tidak

- Contoh:

Biadap binormal

Akhiran 1. Akhiran –wi, -is, -i dan –iah.

- Bentuk

Dipinjam daripada bahasa Arab-Parsi Tidak berubah ap1abila bertemu dengan sebarang huruf akhir konsonan pada kata dasar

- Fungsi Membentuk kata adjektif apabila bertemu kata dasar.

- Makna Bermaksud tsifat atau ciri yang terkandung dalam kata dasar.

- Contoh:

iii. Akhiran –wi Berasal adalah daripada bahasa Arab dan berfungsi sebagai pengubah golongan. Kata dasar bagi pengimbuhan ini adalah kata nama dunia, kimia, sejarah dan Roma dan hasil daripada pengimbuhan itu ialah duniawi, sejarawi dan Romawi. Akhiran ini kurang produktif dan makna yang didukunginya ialah sifat yang mempunyai kaitan.

iv. –is Penggunaan –is hanya dihujung kata sahaja tetapi oleh sebab digemari orang ia juga digunakan sebagai akhiran . Akhiran ini dipinjam dari bahasa Belanda melalui bahasa Indonesia. Akhiran –iah adalah pinjaman daripada bahasa Arab dan penggunaanya adalah terbatas kepada perkataan-perkataan tertentu seperti ilmiah dan akaliah

Page 15: TUGASAN BML3053 NAWAL D011427.pdf

13

BML3053 NAWAL ABDUL RAHIM

D061427

abadi duniawi ilmiah ekonomis

DARJAH PERBANDINGAN 1. Darjah biasa

Tidak melibatkan perbandingan dengan apa-apa benda maujud . Contoh : Rumah saya kecil Jambatan itu panjang

2. Darjah bandingan

a. Bandingan yang sama i. Bandingan dengan awalan se

Contoh : Kulit kakak seputih ibu.

ii. Bandingan dengan sama+adjektif+ dengan Contoh : Adik sama pandai dengan abang.

iii. Bandingan dengan kata bandingan Contoh : Hatinya keras seperti batu.

b. Bandingan yang berbeza Menggunakan kata penguat ebih atau kurang. Contoh : Pendapatannya lebih bernas daripada pendapat Ali.

3. Darjah penghabisan

a. se+kata adjektif +gandaan+kata nama contoh : sepandai-pandai tupai melompat

b. ter+kata adjektif Contoh : lukisan termahal

c. paling +kata adjektif Contoh : paling malas

d. ter+amat/sangat+kata adjektif Contoh : teramat berat

e. amat/sungguh/sangat+kata adjektif +

DARJAH PERBANDINGAN 1. Darjah kepalingan iaitu darjat tetinggi.

a. Awalan ter (1) Awalan ter ini mendokong makna paling yang digunakan dalam pernyataan perbandingan , khususnya dalam darjah kepalingan iaitu darjat tetinggi. Contoh : Dia tercantik antara semua gadis kampung.

b. Awalan ter (2) Awalan yang kurang aktif .Berfungsi sebagai pengubah golongan dan dengan itu diimbuhan kapada kata nama dan kata kerja. Ia terdapat pada kata-kata berikut ; terkenal,ternama,terbilang dan terhormat. Kata sifat ini menduduki darjah neutral atau biasa dalam perbandingan. Jika ia hendak dimasukkan dalam darjat kepalingan , maka terpaksalah didahului oleh kata paling. Contoh: Dia seorang yang ternama Dia seorang yang paling ternama dalam ilmunya

Page 16: TUGASAN BML3053 NAWAL D011427.pdf

14

BML3053 NAWAL ABDUL RAHIM

D061427

sekali Contoh : sunguh jahat sekali

f. terlalu / terlampau Contoh: terlalu susah

g. maha Contoh: Allah Maha Kaya

Setelah diteliti perbandingan antara dua buah buku yang dikaji dapatlah disimpulkan persamaan dan perbezaan pendapat antara penahu kedua-dua buku.

II. PERSAMAAN a. Definisi

Penahu bagi kedua-dua buah buku ini membincangkan perkara yang sama. Walau pun istilah yang digunakan berbeza tetapi kedua-dua buku menyata kata adjektif / kata sifat adalah golongan kata yang menerangkan kata nama. Kata adjektif hadir bersama-sama kata nama. Contoh 1. Bilik kecil 2. Baju comot 3. Bunga cantik 4. Suara merdu

Kedua-dua buah buku menggolongkan perkataan berhuruf condong dalam contoh adalah golongan kata adjektik kerana ianya hadir selepas kata nama dan menjalankan fungsi sebagai penerang kepada kata nama. Pendapat ini dipersetujui oleh Zaaba dalam buku Pelita Bahasa Melayu Penggal I – III yang turut menyatakan kata sifat adalah kata yang menjelaskan sifat sesuatu nama, perbuatan atau keadaan.

b. Jenis

Kedua-dua penahu menyatakan kata adjektif mempunyai jenis warna, ukuran bentuk, jarak, pancaindera, perasaan,dan waktu. Kedua penahu bersetuju bahawa:

Kata adjektif warna adalah kata sifat yang menerangkan warna sesuatu nama kerana ianya tidak boleh berfungsi sebagai adverba dan tidak pernah berdiri sebagi unsur adverba. Contoh :

Kereta biru Kertas putih Papan hitam

Page 17: TUGASAN BML3053 NAWAL D011427.pdf

15

BML3053 NAWAL ABDUL RAHIM

D061427

Kata adjektif ukuran adalah kata sifat yang merujuk kepada ukuran benda maujud, bernyawa atau tidak, konkrit atau abstrak. Contoh:

meja berat buku nipis kayu panjang

Kata adjektif perasaan adalah kata sifat yang menerangkan rasa atau sesuatu yang berunsur emosi yang positif dan emosi yang negatif Contoh :

1. Perasaan ibu sangat gembira. 2. Dia masih ragu-ragu terhadap keikhlasan saya.

Kata adjektif waktu adalah kata yang menjelaskan masa atau waktu. Contoh :

1. Mi segera itu sudah basi. 2. Waktu pagi masih awal

Kata adjektif bentuk adalah kata yang menerangkan bentuk atau rupa sesuatu. Contoh:

meja bulat rambut panjang

besi bengkok

Kata adjektif jarak adalah kata yang menjelaskan jarak antara dua titik atau sesutu yang dikaitkan dengan ruang. Contoh:

kawan rapat orang jauh

Kata adjektif pancaindera adalah kata yang menjelaskan ciri sesuatu berdasrkan kesan yang diperolehi atau dirasai oleh deria. Contoh :

Bunga wangi lantai licin

kek manis

c. Bentuk Dari segi bentuk, Ahmad Khair dan Asmah membahagikan kata adjektif kepada empat bentuk. Ahmad menggunakan istilah bentuk tunggal, terbitan, gandaan,dan majmuk. Asmah pula menggunakan istilah bentuk akar,bentuk berlapis, gandaan dan majmuk. Walau pun istilah yang digunakan berbeza tetapi penjelasan tentang bentuk tunggal / bentuk akar adalah sama iaitu kata yang menunjukkan sifat yang tidak mengalami sebarang pengimbuhan, penggandaan atau pemajmukan . Contoh : Molek

panas sederhana nyaring

Page 18: TUGASAN BML3053 NAWAL D011427.pdf

16

BML3053 NAWAL ABDUL RAHIM

D061427

Terdapat juga persamaan dalam bentuk terbitan / berlapis. Kedua-dua penahu menghuraikan fungsi dan makna yang sama bagi penambahan awalan ter- dan se-, awalan pinjaman kata adjektif pro-, anti- dan akhiran pinjaman –wi, -is dan –iah.

III. PERBEZAAN

a. Istilah Perbezaan yang jelas dapat dilihat dari segi penggunaan istilah.Amad Khair et. al (2014) menggunakan istilah kata adjektif bagi perkataan yang menerangkan sifat kata nama. manakala Asmah (2009) menggunakan kata sifat bagi penerangan yang sama. Perbezaan ini berlaku kerana Ahmad Khair sependapat dengan Nik Safiah Karim (2010) yang menyatakan istilah adjektif selaras dengan istilah bahasa Inggeris adjective dan istilah ini hanya menerangkan kata nama. Asmah pula sependapat dengan Arbak Othman (1981), Abdullah Hassan (1986) mengunakan istilah kata sifat kerana ada waktunya kata sifat juga boleh digunakan untuk menerangkan kata kerja aktif tak transitif.

b. Jenis Dari segi penjenisan, Asmah menggolongkan kata sifat kepada 15 bentuk sedangkan Ahmad Khair menggolongkan kata adjektif kepada 9 bentuk. Asmah menggolongkan kata sifat dengan lebih mendalam berbanding dengan penggolongan yang dilakukan oleh Ahmad Khair.

Asmah membahagikan kata adjektif sifatan atau keadaan kepada kata sifat taraf, kata sifat suhu, kata sifat kecepatan, kata sifat kuasa tenaga, kata sifat akaliah dan kata sifat akhlak.

c. Bentuk Terdapat perbezaan dalam penghuraian bentuk terbitan / berlapis. Ahmad Khair memasuk penambahan imbuhan apitan dan sisipan yang berfungsi untuk menunjukkan keadaan suatu keadaan atau sifat kata nama yang terkandung pada kata dasar. Namun imbuhan apitan dan sisipan ini tiada dalam penjelasan Asmah. Asmah hanya menjelas penambahan imbuhan awalan sahaja. Beliau juga tidak memberi penerangan tentang bentuk majmuk dan gandaan.

d. Darjah Perbandingan Dalam Tatabahasa Asas, Ahmad Khair memberi penjelasan tentang kepentingan darjah perbandingan bagi menentukan sama ada suatu kata itu kata adjektif atau pun tidak. Ahmad merujuk kepada Tatabahasa Dewan telah membahagikan darjah perbandingan kata adjektif kepada :

Page 19: TUGASAN BML3053 NAWAL D011427.pdf

17

BML3053 NAWAL ABDUL RAHIM

D061427

1. Darjah biasa 2. Darjah bandingan 3. Darjah penghabisan Ahmad Khair menjelaskan pelbagai perkataan dapat digunakan untuk menunjukkan perbandingan darjah seperti maha , sekali, terlalu dan amat. Asmah pula tidak memberi penjelasan khusus tentang darjah perbandingan. Namun begitu beliau ada membuat sedikit penjelasan mengenai imbuhan awalan ter- , se- dan ke- mempunyai fungsi sebagai darjah perbandingan dan imbuhan ter- turut berfungsi untuk menunjukkan darjat paling tinggi atau darjah neutral. Asmah memberi penjelasan perkataan paling perlu ditulis untuk menunjukkan darjat paling tinggi.

IV. PERBINCANGAN Berdasarkan persamaan dan perbezaan yang telah dikenal pasti oleh tokoh-tokoh dan daripada kajian saya sendiri, dapat saya rumuskankan bahawa keadaan ini berlaku kerana beberapa sebab iaitu: 1. Setiap ahli bahasa buku Tatabahasa seperti Asmah Haji Omar , Ahmad Khair dan lain-

lain mempunyai pemahaman sendiri tentang tajuk kata sifat atau kata adjektif. Mereka telah membuat kajian yang terperinci sebelum menghasilkan sesuatu tajuk atau sesebuah buku. Penekanan yang dibuat dianggap sebagai sesuai dengan zaman itu dan masih boleh digunakan pada masa kini.

2. Dalam buku Tatabahasa Asas telah disusun dengan lebih jelas dari segi definisi, bentuk dan jenis kata adjektif berbanding buku Nahu Melayu Mutahir kerana ianya diterbitkan pada zaman sekarang dan istilah yang digunakan selaras dengan istilah yang biasa digunakan oleh umum dan penambahbaikan dibuat mengikut masa dan keadaan sekarang serta kajian yang lebih terperinci.

3. Perbezaan zaman antara buku yang dihasilkan membuatkan saya sukar untuk membuat banding beza kerana terdapat istilah-istilah, namun begitu penerangan yang terperinci berserta contoh yang yang diberikan telah membantu menambah kefahaman saya mengenai kata adjektif dan dapat membuat perbandingan yang jelas antara kedua-dua buku.

4. PENUTUP

Kata adjektif secara umumnya berfungsi menjadi predikat ayat, boleh mendahului kata penguat, boleh mengikuti kata penguat, boleh diikuti unsur keterangan dan tidak boleh hadir di hadapan kata kerja.Kata adjektif dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan ciri yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat.

Tatabahasa adalah satu peraturan atau sistem dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa

Page 20: TUGASAN BML3053 NAWAL D011427.pdf

18

BML3053 NAWAL ABDUL RAHIM

D061427

Melayu, bidang kajian tatabahasa dan sistem bahasa sememangnya amat penting kerana sistem bahasa yang mantap akan menjadi sesuatu bahasa itu releven dan sesuai diguna pakai di sepanjang masa atau zaman. Kini, bahasa Melayu telah banyak mengalami perubahan. Bermula dengan penggunaan kata yang pelbagai jenis dan kelompok,ditambah pula dengaan penggunaan istilah-istilah baru menjadikan penggunaan bahasa Melayu semakin luas dalam segenap bidang dan lapisan.

Oleh itu, semua warga tanggungjawab mendokong cita-cita negara untuk mendaulatkan dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah di peringkat global.

Page 21: TUGASAN BML3053 NAWAL D011427.pdf

1

Rujukan Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Haji Sabran, Nawi Ismail, Ton Ibrahim (2014) Tatabahasa Asas edisi kedua. Kuala Lumpur ,Pustaka Salam dan Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Asmah Hj Omar,( 2009) Nahu Melayu Mutakhir edisi kelima,Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood, (2010) Tatabahasa Dewan Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan

Pustaka.