tugasan 1-bmk 3043

20
BMK3043 - Seni Mengarang BMK 3043 SENI MENGARANG TUGASAN 1 : Anda dikehendaki mengulas sebuah novel remaja atau dua buah cerpen remaja berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Anda digalakkan untuk memilih novel atau cerpen yang dihasilkan oleh sasterawan atau oleh penulis yang berwibawa. NAMA PELAJAR : MASAYU BINTI BAHARI NO. MATRIKS : D 20112056082 NAMA KUMPULAN : UPSI02(A132PJJ) NOMBOR TELEFON : 012-2779341 NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. ANI BINTI OMAR NAMA JABATAN : FAKULTI PENGAJIAN BAHASA MELAYU Page 1

Upload: harda-mgs

Post on 26-Dec-2015

277 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

upsi

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1-BMK 3043

BMK3043 - Seni Mengarang

BMK 3043

SENI MENGARANG

TUGASAN 1 :

Anda dikehendaki mengulas sebuah novel remaja atau dua buah cerpen remaja berbahasa

Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Anda digalakkan untuk memilih novel atau cerpen

yang dihasilkan oleh sasterawan atau oleh penulis yang berwibawa.

NAMA PELAJAR : MASAYU BINTI BAHARI

NO. MATRIKS : D 20112056082

NAMA KUMPULAN : UPSI02(A132PJJ)

NOMBOR TELEFON : 012-2779341

NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. ANI BINTI OMAR

NAMA JABATAN : FAKULTI PENGAJIAN BAHASA MELAYU

Page 1

Page 2: Tugasan 1-BMK 3043

BMK3043 - Seni Mengarang

Isi Kandungan***************************************************************************

1. Muka depan 1

2. Isi Kandungan 2

3. Pendahuluan 3

4. Analisis Karya Sastera 4 - 6

4.1 Latar belakang Teks

- Genre, Judul, Penulis

- Latar belakang penulis

- Sinopsis karya sastera

4.2 Analisis pemikiran yang digarap dalam karya sastera 7 - 12

- Pemikiran Dalam Penulisan Karya Sastera

- Contoh dan Sokongan Pandangan Sarjana berkaitan

5. Rumusan 13

6. Rujukan 14

PENDAHULUAN

Page 2

Page 3: Tugasan 1-BMK 3043

BMK3043 - Seni Mengarang

“...Karya yang berkesan adalah karya yang di dalamnya mengungkapkan pelbagai mesej dan

pandangan kepada khalayaknya”. (Dharmawijaya: 2003).

Kesusasteraan Melayu merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan ia

ditujukan kepada khalayak dan berguna kepada khalayak. Khalayak bermaksud pembaca bagi

karya yang bertulis. Semua kesusasteraan yang dihasilkan oleh pengarang adalah untuk

bacaan pembaca atau masyarakat. Karya dan pembaca saling memerlukan dan lengkap

melengkapi.

Ditinjau dari sudut peranan dan fungsi sastera kepada khalayak atau pembaca adalah sebagai

alat yang digunakan untuk mengajar, mendidik, dan menghibur. Demikianlah pentingnya

pendidikan untuk menengani pelbagai masalah sosial. Di samping mengajar dan mendidik,

karya sastera juga berfungsi menyemai nilai-nilai murni untuk diteladani dan dipraktikkan

dalam kehidupan seharian, memberi ketenangan serta kepuasan setelah menikmati keindahan

karya seni.

Ditinjau dari susut usaha para pengarang berkarya adalah untuk mendapatkan kepuasan serta

keseronokan, memperbaiki dan menajamkan pemikirannya, berbakti kepada masyarakat dan

menyara kehidupannya.

Pengarang menggunakan pelbagai cara dan berpegang kepada hanya satu haluan pemikiran

untuk melahirkan segala yang dihajatinya ke dalam sesebuah karya. Haluan pemikiran atau

hala tuju itulah yang dinamakan aliran. Oleh sebab itu, terdapat pengarang yang memilih

untuk berterus terang, menggunakan cara halus dan kasar, menumpukan perhatian kepada

keindahan dan mementingkan isi semata-mata.

Dalam tugasan ini saya telah memilih sebuah karya sastera moden untuk dianalisis

pemikiran yang digarap oleh penulis dalam karya tersebut. Setiap analisis yang dinyatakan

ada diberikan contoh dan disokong dengan pandangan oleh sarjana yang berkaitan.

ANALISIS KARYA SASTERA

Page 3

Page 4: Tugasan 1-BMK 3043

BMK3043 - Seni Mengarang

Latar Belakang Teks

*Genre, Judul Penulis

Bagi menganalisis karya sastera, saya telah memilih sebuah genre novel yang berjudul

‘Ranjau Sepanjang Jalan’. Pengarangnya ialah Shahnon Ahmad.

Novel Ranjau Sepanjang Jalan ini telah dihasilkan pada tahun 1966 oleh Shahnon Ahmad

dan kini novel itu telah pun berusia 45 tahun. Ranjau Sepanjang Jalan dapat dianggap

sebagai kemuncak daripada kegiatan penulisan novel Shahnon Ahmad. Sememangnya novel

Ranjau Sepanjang Jalan adalah sebuah novel yang sangat menarik kerana terdapat pelbagai

konfik yang berlaku dan juga peristiwa tersebut sangat menyayat hati para pembaca. Ranjau

Sepanjang Jalan... jerit perih keluarga tani ini adalah kehendak Yang Maha Kuasa. Sebuah

karya nostalgik Shahnon Ahmad yang membawa kita mendalami erti kasih sayang, kekuatan,

kegigihan, ketabahan dan perjuangan.

Kesinambungan dan penerimaan daripada masyarakat yang sangat ghairah terhadap novel

Ranjau Sepanjang Jalan maka novel ini telah diterjemahkan kepada bahasa Inggeris oleh

Adibah Amin dengan judul No Harvest A Thorn. Malahan novel Ranjau sepanjang Jalan ini

juga pernah diterjemahkan kepada bahasa lain selain daripada bahasa Inggeris seperti

Sweedish, Spanish, French, Rusia dan lain-lain.

Panel The Sydney Morning Herald pada tahun 1973 telah menempatkan novel ini sebagai

satu daripada 10 novel yang memikat hati untuk tahun 1972. Selain itu novel hasil karya

Page 4

Page 5: Tugasan 1-BMK 3043

BMK3043 - Seni Mengarang

Shahnon Ahmad ini memang karya yang berkualiti dan menarik apabila terjemahan novel ini

diangkat sebagai salah sebuah anatara 10 novel terbaik di Sydney, Australia pada 1980-an.

Sambutan hangat daripada masyarakat pembaca serta para pelajar maka novel ini pernah

dijadikan teks sastera tingkatan enam untuk beberapa tahun. Selain daripada itu novel Ranjau

Sepanjang Jalan ini juga telah diangkat menjadi sebuah filem dalam tahun 1983 dengan

arahan Dato’ Jamil Sulung.         

*Latar belakang penulis

Shahnon Ahmad merupakan penerima Anugerah Sastera Negara yang ke-2 pada 9 Oktober

1982. Shahnon Ahmad telah dilabelkan sebagai “Anak Kreatif Malaysia Merdeka” semasa

menerima anugerah tersebut. Beliau lebih mesra dengan panggila Cikgu Shahnon, tetapi

bergelar Professor Emiritus dan merangkul gelaran Dato’.

Di zaman kanak-kanaknya, Shahnon Ahmad hidup sepenuhnya di kampung Banggul Derdap.

Shahnon merupakan seorang kanak-kanak yang pendiam, pemalu dan tidak suka bercampur-

gaul dengan orang lain. Selepas tamat sekolah menengahnya, Shahnon memperlihatkan

bakatnya sebagai penulis. Kemunculannya mungkin daripada sebab-sebab peribadi dan alam

sekitar yang pernah dilaluinya. Sifatnya yang sensitif mendorongnya menulis kisah-kisah

hidup manusia yang berlaku di sekelilingnya. Keadaan keluarganya dan latar belakang

hidupnya juga menjadi pendorong yang besar untuk dia menulis terutamanya yang berkaitan

dengan isu kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Shahnon Ahmad menerima pendidikan di sekolah Melayu, sekolah Inggeris di Alor Setar,

dan lulus Senior Cambridge daripada Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Pernah

menjadi askar, guru, pegawai penyelidik kamus di Universiti Kebangsaan Australia dan

pensyarah.

Page 5

Page 6: Tugasan 1-BMK 3043

BMK3043 - Seni Mengarang

Shahnon mula berkarya pada pertengahan tahun 1950-an, namun dalam masa 10 tahun,

beliau telah muncul sebagai penulis yang mempunyai bakat besar.  Beliau adalah seorang

penulis yang begitu sensitif terhadap peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dalam dan

di luar masyarakat bangsanya.  Beliau mempelopori sikap yang dinamakannya Malay Power

apabila melihat betapa lemahnya orang Melayu bila keadaan politik, ekonomi, dan sosial

menekan yang mengakibatkan tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.  Dan inilah salah satu

sebab yang mendorong beliau meningkat daripada pemikiran membela orang yang tidak

berupaya yang berhadapan dengan kekejaman dan kekuatan alam kepada pemikiran membela

orang atau bangsanya apabila berhadapan dengan kekuatan manusia lainnya. Oleh sebab itu,

Allahyarham Tun Abdul Razak pernah memberi gelaran ‘Victor Hugo Melayu’ kepadanya.

*Sinopsis karya sastera

Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah S.W.T. Sebagai anak tani, itulah pegangan

Lahuma dan keluarganya sejak zaman nenek moyang. Apa sahaja kurniaan ILAHI, mereka

tetap menerima dengan penuh kesyukuran. Sawah bendang, padi dan nasi serta bencana alam

begitu sinonim dalam hidup Lahuma sekeluarga. Meski dugaan sering melanda, namun

mereka tetap mengharunginya dengan segenap tenaga yang ada. Bagi Lahuma, sawah

bendang itulah satu-satunya sumber mata pencarian bagi menyara dirinya, isterinya Jeha dan

tujuh orang anak perempuannya. Falsafah hidup ialah menyerah nasib kepada takdir. Dia

berjaya membunuh ular yang mengancam nyawa Jeha.

Suatu hari kaki Lahuma terkena duri nibung tetapi Lahuma enggan ke hospital dan akhirnya

mati akibat tusukan duri itu.Lahuma dijemput menghadap ILAHI. Hidup mesti diteruskan!

Tugas Lahuma perlu dipikul oleh Jeha dan anak-anaknya. Jeha terus mengharungi hidup

bersama anak-anaknya menentang ranjau hidup. Mereka tidak harus mati kelaparan. sawah

padi perlu menguning.Hujan lebat, banjir besar dan kedatangan ketam serta burung tiak yang

menjahanamkan padi perlu ditentang. Berbekalkan doa dan usaha, mereka nekad... tiada apa

yang dapat menghalang perjalanan hidup ini.

Analisis pemikiran yang digarap dalam karya sastera

Page 6

Page 7: Tugasan 1-BMK 3043

BMK3043 - Seni Mengarang

*Pemikiran Dalam Penulisan Karya Sastera

Pengarang menggunakan pelbagai cara dan berpegang kepada hanya satu haluan pemikiran

untuk melahirkan segala yang terlintas di dalam fikirannya ke dalam sesebuah karya. Haluan

pemikiran atau hala tuju itulah yang dinamakan aliran.

Shahnon Ahmad bukan sahaja terkenal kerana novelnya Ranjau Sepanjang Jalan atau

kerana kerap kali memenangi Hadiah Karya Sastera, atau kerana beliau seorang sarjana di

Universiti Sains Malaysia, tetapi kerana beliau adalah seorang penulis berbakat, serius dan

mempunyai falsafahnya sendiri.  Shahnon bukan menulis hasil-hasil kesusasteraan hanya

untuk bersastera semata- mata, tetapi beliau adalah seorang pencari yang sentiasa mencuba

memperbaiki seninya dengan pelbagai gaya dan pendekatan, meneroka ke alam fikiran untuk

memperkayakan lagi isi karangannya, dan sentiasa mempertimbangkan falsafahnya sebagai

seorang penulis sehingga benar-benar mencapai kebenaran.

Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan Shahnon dilihat mengetengahkan isu-isu kemiskinan

penduduk kampungnya. Sebagai contoh pembawaan watak Jeha dan Lahuma serta

keluarganya. Plot novel Ranjau Sepanjang Jalan sangat menarik dimana keadaan padi yang

sedang menanti masak tiba-tiba diserang oleh ketam berjuta-juta. Ketam tersebut lantas

memusnahkan padi sebendang dan Lahuma menderita ditusuk duri pada kakinya oleh duri

nibung hingga menyebabkan kakinya menjadi busuk. Isterinya Jeha telah berkorban jiwa dan

raganya untuk merawat penyakit Lahuma yang sangat tenat tersebut.

Mengapa persoalan kemiskian yang dipilih oleh Shahnon Ahmad dalam karya kreatifnya.

Tema kemiskinan ini sebenarnya sudah sebati dengan kehidupan Shahnon, kerana

keluarganya sendiri miskin, sanak saudaranya miskin, murid-murid yang pernah beliau didik

semasa memegang jawatan sebagai guru adalah miskin, tambahan juga penuntut-penuntut

sangat miskin dan setiap kali berulang-alik dari Pulau Pinang ke Sik itu tidak lain yang

dicapainya iaitu hanya kemiskinan sepanjang jalan.

Sebelum Shahnon Ahmad belum pernah ada pengarang yang menyentuh isu-isu kemiskian

secara terperinci. Shahnon berjaya membawa pembaca merasa kesan kemiskianan hidup

tersebut dan pembaca juga seperti pemerhati sahaja dan tidak terdaya melakukan apa-apa

sepanjang menghayati novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Dalam novel

Page 7

Page 8: Tugasan 1-BMK 3043

BMK3043 - Seni Mengarang

tersebut juga kita merasai bagaimana kedaifan hidup golongan petani, walau apapun di

sebalik kesusahan dan kemiskinan tersebut telah terserlah sebutir permata yang bernilai dan

murni.

Shahnon Ahmad bukan sekadar menghasilkan karya-karya yang menghibur dan ilmu untuk

santapan masyarakat. Beliau sebenarnya ingin memberitahu golongan atasan bahawa

kemiskian dan kesusahan hidup masyarakat desa yang tidak pernah diambil peduli oleh

pihak-pihak yang bertanggungjawab. Shahnon Ahmad adalah seorang yang bersikap

revolusioner dalam mengangkat martabat masyarakat miskin di negara ini. Beliau lebih suka

menyatakan haluan pemikiran atau hala tuju karyanya dengan berterus terang. Banyak ahli

politik mengatakan beliau mengucar-kacirkan masyarakat, namun tanggapan tersebut adalah

silap kerana Shahnon Ahmad memperjuangkan sesuatu yang murni dan tulus dalam dunia

sasteranya.

Shahnon Ahmad telah memilih untuk menyempaikan aliran atau pemikirannya dengan

menggunakan cara halus dan kasar. Revoluisoner menurut pandangan Shahnon Ahmad ialah

perlunya bersuara keras dan bertindak keras untuk meruntuh dan menghancurkan sesuatu itu

dan disertakan pula dengan daya cipta untuk membina sesuatu yang baru sebagai ganti yang

lapuk, yang diruntuh dan dirubah. Pemikiran seorang intelek seperti Shahnon Ahmad kurang

disukai oleh barisan kepimpinan negara kerana boleh mengugat kedudukan mereka melalui

karya-karya kreatif Shahnon yang tajam serta memberitahu segala sesuatu yang pincang

dalam masyarakat terutamanya golongan miskin.

Melalui novel Ranjau Sepanjang Jalan, Shahnon Ahmad menceritakan tentang keadaan

kampung Banggul Derdap seperti juga kampung-kampung tradisional yang lain pada masa

itu, hidup dengan flora dan fauna yang mengambarkan keindahan namun hidup

masyarakatnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang iaitu terpaksa bergelumang

dengan selut di bendang dan bermandikan keringat di bawah terik matahari. Dengan tulang

empat kerat, mereka bergelut melawan serangan burung tiak dan bencana alam seperti banjir

dan kemarau. Contoh kesusahan tersebut dapat dilihat melalui petikan dibawah;

Demikian apa yang saya teringat tentang Banggul Derdap...Tapi kalau hujan turun

dengan lebatnya di sebelah hulu Sungai Ceper, air sungai deras melimpah membawa

Page 8

Page 9: Tugasan 1-BMK 3043

BMK3043 - Seni Mengarang

kotoran yang terlalu banyak sampah sarapnya. Air itu kerabat tebing, menjalar masuk

bendang. Kalau musim padi sedang menguning, banyak pokok padi yang rebah, banyak

buahnya yang rosak dan banyak tengelam begitu saja. Orang kampung cuba melawan

banjir tetapi banjir lebih kuat. (Shahnon Ahmad. 1991 : 5)

Selain daripada masalah kemiskinan, dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ini, Shahnon juga

telah mengetengahkan permasalahan masyarakat tani yang dilema serangan ketam ke atas

tanaman mereka. Contohnya watak Jeha yang serba kekurang dalam membesarkan anaknya

sangat sedih semasa sawah padinya ditumbangkan oleh ketam-ketam. Begitu kasihannya

penduduk Kampung Banggul Derdap pada ketika itu. Ketam yang menyerang padi penduduk

Kampung Banggul Derdap bukannya sedikit. Sebagai contoh Jeha teringatkan telatah

suaminya Lahuma yang pernah mengumpulkan ketam-ketam tersebut sehinggakan hampir

penuh dua bakul padi penuh. Betapa banyaknya binatang yang dianggap sial oleh masyarakat

tani pada ketika itu.

Shahnon juga mengambarkan bagaimana pentingnya padi kepada kehidupan penduduk

Kampung Banggul Derdap walau pun hanya diceritakan melalui watak keluraga Jeha dan

Lahuma sahaja. Tetapi hal tersebut sangat jelas menungkitkan amarah bahawa tanpa padi,

masyarakat tani khususnya boleh kebuluran. Melalui ancaman ketam yang menyerang padi-

padi yang baru ditanam, bila ketam datang Jeha dan Lahuma akan terpaksa mengutip ketam

itu tidak mengira siang dan malam supaya hasil tanaman mereka akan menjadi. Jika dibiarkan

ketam tersebut mematahkan batang padi maka hasil tanaman mereka akan musnah dan

meraka tidak ada sumber untuk dimakan. Begitu seksa hidup menjadi penduduk desa

menurut Shahnon Ahmad. Petikan dibawah mengambarkan betapa pentingnya padi kepada

kehidupan keluarga Lahuma ;

“Padi mesti ditanam. Mesti dijaga.” “...Anak-anak kita perlu makan siang malam. Tidak

ada nasi, anak-anak kita akan mati. Makan bergantung kepada sawah. Sakit segar

bergantung kepada sawah. Mati hidup bergantung kepada sawah. Sawah nadi segar kita

sejak datuk nenek dahulu lagi.Dia mesti dipupuk dan dijaga. Biar siapa datang

menyerang, kita wajib melawan. Biar datang seribu musuh, kita mesti lawan. Itulah hidup

kita. Itulah hidup anak kita. Itulah satu-satunya hidup keturunan kita dari dahulu

sehingga sekarang.”

(Shahnon Ahmad. 1995:185)

Page 9

Page 10: Tugasan 1-BMK 3043

BMK3043 - Seni Mengarang

Menurut Shahnon Ahmad sememangnya bagi penduduk kampung, tanpa padi mereka akan

mati. Sebenarnya pemikiran mereka masa itu masih miskin, namun jika kita melihat dewasa

ini masyarakat yang rajin dan cekal begini boleh menjadi kaya kerana mereka melakukan

sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh untuk hidup. Shahnon Ahmad ingin

memberitahu bahawa keperluan beras itu perlu ada untuk masyarakat desa supaya mereka

tidak akan kebuluran. Malahan juga hanya melalui hasil pendapatan daripada menjual padi

Jeha boleh mengupah orang untuk membaiki atap, membeli baju dan kain serta membiayai

anak-anaknya terpaksa berhenti seketika daripada bersekolah akibat daripada masalah

kewangan.

Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan , Shahnon telah memperlihatkan betapa terbatasannya

keupayaan manusia kampung menghadapi binatang-binatang kecil yang buas, onak, duri, dan

ranjau yang membunuh. Dan beliau memberi simpatinya dengan amat mendalam dengan

ikhlas dan berkesan bahawa manusia harus terus berjuang untuk menghadapi bahaya

keganasan dan kekejaman alam ini.

*Contoh dan Sokongan Pandangan Sarjana berkaitan

Menurut Mohd. Yusof Hasan (1990 : 1) Sasterawan Negara yang ke-2 ini, dilahirkan pada 13

Januari 1933 di Kampung Derdap, Sik, Kedah. Pengaruh daripada latar kehidupan beliau

yang berasal dari kampung, sedikit sebanyak mempengaruhi Shahnon Ahmad dalam

menghasilkan karya-karya kreatifnya dari segi idea yang berkaitan dengan isu kemiskinan

dalam kalangan masyarakat desa khususnya.

Bahagian Teori dan Kritikan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganjurkan Seminar

Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Bagi mengungkapkan pemikiran dan idealisme

pengarang tersebut. Skop seminar meliputi perbincangan karya Shahnon dalam pelbagai

genre yang dikupas melalui pelbagai teori dan pendekatan. Antaranya teori feminisme,

pascakolonial dan teori kritikan tempatan, konseptual kata kunci oleh Mohd. Mokhtar Hasan.

Page 10

Page 11: Tugasan 1-BMK 3043

BMK3043 - Seni Mengarang

Dalam seminar Pemikiran Shahnon Ahmad tersebut, Mohd Riduan Khairi mengulas bahawa

pengarang besar adalah pengarang yang mampu mengangkat nilai sejagat (universal) dalam

karyanya. Dari kanvas Banggul Derdap melalui novel Ranjau Sepanjang Jalan Shahnon

Ahmad mengambil latar kampung kelahirannya ini dalam menggambarkan nilai

kemanusiaan, isu kemiskian, keadilan dan kepimpinan dilorek dengan bagitu baik sekali.

Daya visualisasi Shahnon Ahmad sangat cemerlang dalam memberi gambaran dan perasaan.

Contohnya ,kegilaan Jeha dan deritanya Lahuma yang busung kakinya ditulis kemas tanpa

meninggalkan walau setitis nanah pun yang mengalir, melainkan itu semua dicatat oleh

Shahnon Ahmad dalam novelnya.

Seminar anjuran DBP ini turut dihadiri dua orang Sasterawn Negara yang lain iaitu Arena

Wati dan S Othman Kelantan. Dalam komennya S. Othman Kelantan memuji daya

kepengarangan Shahnon Ahmad yang mampu mengembangkan satu titik menjadi titik-titik

yang lain.

Seminar sehari ini diusahakan atas asas untuk membaca dan menilai semula kefahaman para

sarjana dan khalayak terhadap pengisian novel Ranjau Sepanjang Jalan di era baru.

Kegemilangan novel itu adalah selari dengan kegemilangan dan kecemerlangan yang dicapai

oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan USM. Hakikatnya, novel itu bukan saja telah

menempatkan nama Shahnon Ahmad sendiri sebagai sasterawaan terbilang tetapi juga novel

itu telah mendapat sambutan yang cukup membanggakan dunia sastera tanah air di persada

antarabangsa. Selaras dengan usia itu, Bahagian Kesusasteraan dan Dewan Bahasa dan

Pustaka, Wilayah Utara mengambil inisiatif untuk mengimbau, menilai, menikmati dan

membaca semula karya dari pelbagai aspek kehidupan.

Sumbangan yang paling agung dan unggul Shahnon dalam bidang penulisan adalah kerana

beliau seorang penulis yang begitu sensasi terhadap peristiwa-peristiwa penting yang berlaku

di dalam dan di luar lingkungan masyarakat bangsanya. Beliau mempelopori sikap yang

dinamakan Malay Power (Hamzah Hamdani dan Zeti Aktar Jaffar : 2007) apabila melihat

betapa lemahnya orang Melayu apabila keadaan politik, ekonomi dan sosial menekan seperti

peristiwa 13 Mei 1969. Sebab dan akibat ini adalah mendorongnya meningkat dari pemikiran

membela orang yang miskin untuk berhadapan dengan kekejaman dan kekuatan alam kepada

pemikiran membela orang atau bangsanya apabila terpaksa berhadapan dengan kekuatan

manusia- manusia riak.

Page 11

Page 12: Tugasan 1-BMK 3043

BMK3043 - Seni Mengarang

Sasterawaan Negara Datuk Shahnon Ahmad merupakan antara ikon dalam perkembangan

kreatif dan perkembangan bidang pendidikan serta kritikan sastera mutakhir tanah air. Karya-

karyanya dalam genre novel dan cerpennya mewakili aspirasi, pemikiran dan idealisme

masyarakat atau dengan kata lain sebagai lidah untuk menyuarakan pelbagai polemik sosial

di negara ini.

W.S. Hudson menjelaskan bahawa sastera tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat kerana

sastera tidak akan menjadi agung sekiranya tidak menjelajah alam masyarakat serta alam

kehidupan manusia sedalam-dalamnya.

Pendekatan sosiologi menekankan tiga aspek di dalam menghadapi sesebuah karya seni.

Pertama, melihat secara luas sosiologi sasterawan yang menghasilkan sesebuah karya.

Riwayat hidup pengarang dapat memperjelas kenapa sesebuah karya itu dihasilkan, status

sosial serta nilai-nilai kehidupan pengarang dapat memberi keterangan tentang sikap dan erti

karyanya. Oleh demikian, meninjau diri seseorang pengarang memang merupakan kaedah

yang amat membantu pendekatan ini kerana terhasilnya sesebuah karya kesusasteraan adalah

kerana penulisnya. Lantas penjelasan tentang personaliti dan kehidupan penulis menjadi

kaedah tertua di dalam pengkajian kesusasteraan.

Sebagai contoh, pengakuan Shahnon Ahmad di bawah ini memberi kesan mendalam kepada

pembaca bahawa gambaran Shahnon dalam Ranjau Sepanjang Jalan bukan semata-mata

imaginasi pengarang, tetapi bukti bahawa pengarangnya pernah hidup di Banggol Derdap.

Oleh sebab itu, beliau dapat menggambarkan sejelas mungkin kehidupan petani di Banggul

Derdap secara lahiriah dan batiniah.

”Aku dilahirkan serta dibesarkan di sebuah kampung kecil bernama Banggol

Derdap. Selama tiga puluh enam tahun kebelakangan ini aku tidur dan makan

minum bersama-sama dengan orang Melayuku yang buta huruf dan mundur

itu … mereka terbiar di tengah-tengah penyakit yang bermaharajalela…”

Rumusan

Page 12

Page 13: Tugasan 1-BMK 3043

BMK3043 - Seni Mengarang

Shahnon Ahmad merupakan seorang pengarang yang jujur, berterus terang dan tegas serta

berani menyampaikan sesuatu yang difikirkannya melampau dalam nada dan gaya penulisan

yang tegas dan adakalanya secara halus dan kasar. Bercerita dari kisah dalam diri. Menulis

dari pengalaman peribadi. Beliau melihat setiap isu dari sudut sejagat (univeral). Beliau

merakam budaya dan pemerhati yang teliti dan kritis.

“Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah swt" Itulah prinsip hidup Lahuma iaitu

watak dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan. Watak-watak di dalam novelnya selain dari

diselubungi kemiskinan juga sering ditimpa bencana seperti kemarau, banjir dan wabak

penyakit. Menurut penulis, beliau banyak mendapat ilham daripada kehidupannya dan juga

ibunya yang sentiasa berkerja keras untuk keluarga sebagai bahan bagi karyanya itu.

Tema kemiskinan petani di kawasan pendalaman yang sangat menonjol dalam novel Ranjau

Sepanjang Jalan begitu bermanfaat untuk dihayati sesiapa sahaja tidak mengira lapisan umur.

Melalui novel ini kita mampu merasai keperitan dan kesusahan hidup golongan miskin.

Antara faktor-faktor kemiskinan petani di Kampung Banggul Derdap ialah kekurangan tanah,

kekurangan modal, dan kekurangan tenaga. Tambahan juga kegiatan pertanian para petani di

Kampung Banggul Derdap dihalang ataupun disekat oleh unsur-unsur bencana alam dan

musuh-musuh padi.

Sikap para petani yang mudah menyerah semasa ditimpa kesususahan sangat ditekan oleh

Shahnon Ahmad supaya golongan petani sedar akan bahan tulisannya akan bangkit dan

merubah pendirian mereka yang kolot dan jumut. Gejala-gejala fahaman kolot orang

kampung sedikit sebanyak menyebabkan pembangunan lambat dikembangkan ke kawasan

pendalaman khususnya kampung-kampung yang terperuk jauh di kawasan hutan. Kelemahan

golongan wanita dan juga penindasan orang tengah telah menambahkan lagi kesusahan hidup

para petani di Kampung Banggul Derdap. Walaupun latar tempat mengisahkan penindasan

orang tengah hanya di Kapung Baggul Derdap, namun sebenarnya penindasan seperti itu

terdapat dimana-mana sahaja khususnya di kawasan kampung. Begitu kritis, sensitif dan

pintarnya pemikiran Shahnon Ahmad sehingga dapat mengambarkan kesusahan hidup

seluruh golongan miskin di seluruh negeri di Malaysia. Itulah pemikiran dan hala tuju yang

hendak disampaikan oleh Shahnon Ahmad.

Rujukan

Page 13

Page 14: Tugasan 1-BMK 3043

BMK3043 - Seni Mengarang

DBP anjur Seminar Pemikiran Shahnon .utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1108&pub=Utusan... - Cached[20.6.2011]

ranjau sepanjang jalan budaksedih.multiply.com/journal - Cached [20.6.2011]

PUsat Rujukan Persuratan Melayu @DBPhttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lumpur&d=5 [21.6.2011]

ESEI : SUMBANGAN SHAHNON AHMAD DALAM MENGANGKAT ISU KEMISKINAN DALAM NOVEL PILIHAN

http://tajaulama90.blogspot.com/2010/07/esei-sumbangan-shahnon-ahmad-alam.html[21.66.2011]

Shahnon Ahmad Dewan Bahasa dan Pustakahttp://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=719 [22.6.2011]

Page 14