topik 1 belanjawan dan kawalan belanjawan

Upload: isa-abdullah

Post on 07-Jul-2015

4.647 views

Category:

Documents


32 download

TRANSCRIPT

Topik 1 BelanjawanHASIL PEMBELAJARANDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Menjelaskan definisi belanjawan, kegunaan dan kelebihannya; Mengenal pasti DUA kumpulan belanjawan induk;

dan Kawalan Belanjawan

Mengenal pasti belanjawan-belanjawan yang terkandung dalam belanjawan operasi; Menyediakan penyata pendapatan pro-forma; Membincangkan belanjawan kewangan; Menyediakan lembaran imbangan pro-forma; Menyediakan belanjawan induk bagi firma perdagangan; dan Menyediakan belanjawan fleksibel.

PENGENALANPerkataan belanjawan bukanlah sesuatu yang baru dan asing dalam hidup kita. Sebagai individu, sama ada secara disedari atau tidak, kita mempraktikkan belanjawan. Menyedari bahawa sumber yang ada pada kita adalah terhad, maka perancangan dan kawalan untuk menggunakan sumber tersebut secara optimum adalah mendesak. Dari sinilah sebenarnya timbul konsep belanjawan. Bagi sesebuah perniagaan, perancangan yang rapi amat diperlukan, terutamanya di persekitaran perniagaan yang semakin kompleks. Ada pendapat yang mengatakan proses penyediaan belanjawan adalah sesuatu yang membuang masa dan kurang relevan kerana kita berada dalam persekitaran perniagaan yang dinamik dan terdapat banyak ketidaktentuan yang mungkin berlaku.

2

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

Walau bagaimanapun, masih ramai lagi yang mempercayai bahawa belanjawan adalah satu alat perancangan yang baik. Ini kerana belanjawan mampu menolong pengurus merancang untuk memperoleh dan menggunakan sumber yang ada dalam syarikat untuk suatu tempoh yang spesifik. Topik ini akan membincangkan peranan dan kepentingan belanjawan sebagai alat perancangan dan kawalan serta pengukuran prestasi. Anda juga akan mempelajari teknik penyediaan belanjawan induk untuk syarikat perkilangan dan bukan perkilangan. Formula dan format setiap komponen belanjawan operasi dan kewangan turut diberikan untuk memberi kefahaman yang jelas tentang topik ini.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

3

1.1 BELANJAWAN1.1.1 Definisi BelanjawanApakah yang dimaksudkan dengan belanjawan? Belanjawan ialah satu pernyataan formal tentang perancangan pihak pengurusan dalam bentuk kuantitatif. Maksudnya, apa-apa perancangan yang dibuat oleh pihak pengurusan akan dinyatakan secara formal dalam bentuk angka untuk dikomunikasikan kepada ahli organisasi.

1.1.2 Kegunaan dan Kelebihan BelanjawanWalaupun penyediaan belanjawan adalah satu proses yang memakan masa yang panjang, ia masih di anggap langkah yang kritikal dan amat diperlukan dalam sesebuah organisasi, baik kecil mahupun besar. Ini adalah kerana belanjawan memberi banyak kelebihan kepada organisasi. Antara kelebihan belanjawan ialah ia bertindak sebagai:

Rajah 1.1: Kelebihan belanjawan

(a)

Alat Perancangan Untuk pengetahuan anda, belanjawan menggalakkan pengurus berfikir ke hadapan, iaitu meramal dan bersedia dengan sesuatu perkara yang bakal terjadi pada masa hadapan. Dalam erti kata lain, organisasi yang tidak mempunyai belanjawan:

4

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

(i) (ii)

tidak mempunyai hala tuju yang jelas; tidak dapat meramalkan sebarang masalah yang bakal menimpa terlebih awal;

(iii) sukar menganalisis keputusan yang dicapai oleh organisasi kerana tidak ada alat pengukur yang jelas; dan (iv) tidak dapat melaksanakan pengukuran prestasi yang objektif. (b) Alat Komunikasi Kepada Seluruh Organisasi Belanjawan yang telah disiapkan oleh pihak pengurusan akan dihebahkan kepada ahli organisasi yang lain. Belanjawan tersebut dijadikan panduan dalam merancang dan melaksana aktiviti agar dapat mencapai sasaran seperti yang telah ditetapkan. Di samping itu, seseorang pengurus itu juga dapat mengetahui perancangan yang telah dibuat oleh pengurus bahagian lain. Dengan itu, pengurus tersebut dapat merancang tindakan yang selari bagi mencapai matlamat organisasi secara keseluruhannya. Sebagai contoh, apabila pengurus pengeluaran mendapat maklumat yang tepat tentang perancangan jualan yang telah dibuat oleh pengurus jualan, maka beliau dapat merancang tahap pengeluaran yang dapat memenuhi kehendak bahagian pemasaran. Dalam erti kata lain, proses koordinasi dan integrasi dalam organisasi lebih mudah dilaksanakan dengan adanya belanjawan. Pendek kata, belanjawan menjadi alat komunikasi antara beberapa pihak dalam organisasi. (c) Alat Pengagihan Sumber Seterusnya, belanjawan juga digunakan sebagai alat pengagihan sumber. Ini adalah kerana sumber yang terhad memaksa syarikat mengagih dan mengguna sumber tersebut secara efektif. Syarikat yang tidak mempunyai belanjawan sering kali gagal mengagihkan sumber secara rasional dan sistematik. Dengan bantuan belanjawan yang disediakan, selepas mengambil kira pandangan semua pihak dalam organisasi, konflik berkaitan pengagihan sumber dapat dikurangkan. Belanjawan yang direka bentuk dengan mengambil kira pandangan pekerja selalunya akan meningkatkan motivasi mereka untuk bekerja. Ini adalah kerana mereka merasa diri mereka dihargai apabila pandangan dan pendapat mereka diambil kira semasa penyediaan belanjawan tersebut.

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

5

(d)

Alat Pengukuran Prestasi Belanjawan juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam menyediakan satu tanda aras (benchmark) dalam pengukuran prestasi. Pencapaian yang lebih baik daripada yang telah dirancangkan mungkin menandakan suatu prestasi yang boleh dibanggakan dan insentif boleh diberikan. Konsep perakaunan tanggungjawab (responsibility accounting) boleh dipraktiskan dengan adanya data belanjawan yang efektif yang berfungsi sebagai asas untuk menilai prestasi sebenar. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan pengukuran prestasi yang hanya semata-mata menggunakan belanjawan sebagai alat pengukur bukanlah sesuatu yang baik kerana banyak faktor luaran yang mungkin menyumbang kepada pencapaian tersebut, misalnya keadaan ekonomi, politik, teknologi, pesaing dan sebagainya.

AKTIVITI 1.1Pada pendapat anda, setelah mengetahui kegunaan dan kelebihan belanjawan, adakah wajar bagi sebuah perniagaan runcit untuk menyediakan belanjawan?

1.2 BELANJAWAN INDUKApakah yang dimaksudkan dengan belanjawan induk? Belanjawan induk ialah belanjawan yang meringkaskan semua aktiviti yang telah dirancang oleh jabatan-jabatan dalam organisasi.

Dalam belanjawan induk ini, semua hasil dan perbelanjaan akan dianggarkan, yang akhirnya membolehkan penyata pro-forma (anggaran) disediakan. Pendek kata, bolehlah disimpulkan bahawa belanjawan induk ini akan menceritakan kepada kita perancangan komprehensif pihak pengurusan dan bagaimana perancangan tersebut boleh dicapai. Belanjawan induk juga merupakan output utama suatu sistem belanjawan, yang merangkumi semua belanjawan di semua peringkat operasi. Maksudnya, belanjawan induk akan mengandungi semua jenis belanjawan yang sepatutnya ada dalam sesebuah organisasi yang merangkumi jualan, pengeluaran, pengedaran dan kewangan (rujuk Rajah 1.2).

6

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

Rajah 1.2: Jenis-jenis belanjawan yang ada dalam sesebuah organisasi

Secara umumnya, belanjawan kumpulan belanjawan, iaitu: (a) (b) Belanjawan operasi; dan Belanjawan kewangan.

induk

boleh

dibahagikan

kepada

DUA

1.2.1 Belanjawan OperasiApakah yang dimaksudkan dengan belanjawan operasi? Belanjawan operasi adalah belanjawan yang menggariskan aktiviti firma.

Fokus utama belanjawan operasi ialah Penyata Pendapatan dan jadual-jadual sokongan yang diperlukan bagi membantu penyediaannya. Secara umumnya, belanjawan yang terkandung di dalamnya (yang bertindak sebagai jadual sokongan) terdiri daripada belanjawan jualan, belian, kos barang dijual dan belanja operasi. Daripada belanjawan-belanjawan ini juga, satu penyata pendapatan pro-forma (jangkaan) dapat disediakan untuk mengetahui tahap keuntungan syarikat jika belanjawan yang dibuat tercapai. Kadangkala, belanjawan operasi juga disebut sebagai pelan untung (profit plan). Bagi firma perkilangan pula, belanjawan operasi terdiri daripada belanjawan jualan, pengeluaran, pemasaran, pentadbiran dan penyata pendapatan.

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

7

1.2.2 Belanjawan KewanganApakah yang dimaksudkan dengan belanjawan kewangan? Belanjawan kewangan merupakan satu perancangan yang menunjukkan bagaimana organisasi akan memperoleh sumber kewangannya bagi membiayai operasi.

Belanjawan kewangan terdiri daripada Belanjawan Tunai dan Belanjawan Lembaran Imbangan.

SEMAK KENDIRI 1.1(a) (b) Senaraikan EMPAT jenis belanjawan induk. Jelaskan dengan terperinci mengenai belanjawan operasi dan belanjawan kewangan.

1.3 PENYEDIAAN BELANJAWAN OPERASITerdapat ENAM jenis belanjawan operasi, iaitu:

Rajah 1.3: Jenis-jenis belanjawan operasi

Mari kita perhatikan satu persatu belanjawan-belanjawan yang terkandung dalam belanjawan operasi.

8

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

1.3.1 Belanjawan JualanBelanjawan jualan ialah asas kepada belanjawan operasi. Ia memerlukan organisasi menganggarkan jualan untuk tempoh akan datang. Dalam perkataan lain, belanjawan jualan akan menjadi asas atau panduan kepada penyediaan belanjawan-belanjawan yang lain. Di samping menunjukkan hasil jualan bagi sesuatu tempoh, belanjawan jualan juga akan memberikan maklumat berkaitan dengan kutipan tunai yang dibuat untuk tempoh berkenaan. Adalah menjadi amalan biasa bagi sesebuah perniagaan, tidak membuat semua jualan secara tunai. Pemberian kredit kepada pelanggan masih diperlukan untuk menggalakkan jualan walaupun syarikat menghadapi risiko tidak boleh kutipan hutang (hutang lapuk). Belanjawan jualan Anggaran jualan untuk tempoh akan datang. Asas penyediaan belanjawan-belanjawan lain. Memberikan maklumat berkaitan kutipan tunai bagi tempoh berkenaan.

Dalam menyediakan belanjawan jualan, formula berikut digunakan: Hasil Jualan = Anggaran Kuantiti Jualan x Anggaran Harga Jualan

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

9

Contoh 1.1 Syarikat Guru Jaya baru memulakan perniagaan menjual peralatan sukan. Jangkaan jualan untuk empat suku tahun 2004 adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1.Jadual 1.1: Jangkaan Jualan Tahun 2004 Suku 1 Suku 2 Suku 3 Suku 4 Jumlah Unit 3,000 4,000 5,000 7,000 19,000

Harga jualan adalah RM25.00 seunit. Dijangkakan 60% daripada jualan tersebut adalah secara tunai dan selebihnya akan dikutip dalam suku tahun yang berikutnya. Ini bermakna, semua hasil jualan dapat dikutip dan tidak ada hutang lapuk diperuntukkan. Daripada maklumat di atas, belanjawan jualan dapat disediakan seperti dalam Jadual 1.2.Jadual 1.2: Belanjawan Jualan Suku 1 Jualan: Unit Hasil Kutipan tunai: 60% bulan semasa 40% bulan lepas Jumlah (RM) 3,000 75,000 Suku 2 4,000 100,000 Suku 3 5,000 125,000 Suku 4 7,000 175,000 Jumlah 19,000 475,000

45,000

60,000

75,000

105,000

285,000

30,000

40,000

50,000

120,000

45,000

90,000

115,000

155,000

405,000

10

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

Perhatikan bahawa semua hasil jualan dapat dikutip dalam suku tahun yang jualan tersebut berlaku dan selebihnya di suku tahun yang berikutnya, iaitu melibatkan dua suku tahun sahaja. Walau bagaimanapun, ada kes yang menyatakan kutipan mungkin dibuat dalam tiga suku tahun atau lebih. Ia mungkin juga melibatkan kes yang tidak semua kutipan dapat dibuat, iaitu yang melibatkan peruntukan hutang lapuk.

1.3.2 Belanjawan PengeluaranBelanjawan operasi seterusnya adalah belanjawan pengeluaran. Bagi firma perkilangan, produk yang hendak dijual akan dikeluarkan sendiri. Oleh yang demikian, selepas menganggarkan unit jualan untuk setiap suku tahun, belanjawan pengeluaran perlu disediakan. Belanjawan pengeluaran akan menolong syarikat menganggarkan pengeluaran yang diperlukan supaya permintaan dapat dipenuhi. Di samping itu, belanjawan pengeluaran juga dapat menolong syarikat mengawal tahap inventori supaya tidak terlalu kurang atau berlebihan. Jika tahap inventori tidak dikawal, masalah lebihan inventori akan timbul dan ini akan membebankan syarikat kerana terpaksa menanggung kos penyimpanan (storage) yang tinggi. Belanjawan Pengeluaran Membantu syarikat menganggarkan pengeluaran yang diperlukan berdasarkan permintaan; dan Mengawal tahap inventori agar tidak terlalu kurang atau berlebihan Kebiasaannya, syarikat menyimpan inventori akhir pada peratus tertentu daripada jualan tempoh yang akan datang untuk menghindari masalah pengeluaran yang tidak dijangka. Dengan adanya inventori akhir tempoh lepas, sebarang masalah pengeluaran yang timbul pada tempoh semasa lebih mudah diselesaikan. Inventori akhir tempoh lepas akan menjadi inventori awal tempoh semasa. Unit Perlu Dikeluarkan = Unit Jualan + Inventori Akhir Inventori Awal

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

11

Contoh 1.2 Syarikat Guru Jaya memerlukan inventori akhir untuk sesuatu suku tahun adalah 10% daripada unit jualan suku tahun berikutnya. Jangkaan unit jualan untuk suku pertama tahun berikutnya ialah 10,000 unit. Daripada maklumat ini, Belanjawan Pengeluaran dapat disediakan:Jadual 1.3: Belanjawan Pengeluaran Suku 1 Jualan Inventori Akhir Jumlah Inventori Awal Unit Pengeluaran 3,000 400 3,400 3,400 Suku 2 4,000 500 4,500 (400) 4,100 Suku 3 5,000 700 5,700 (500) 5,200 Suku 4 7,000 1,000 8,000 (700) 7,300 Jumlah 19,000 1,000 20,000 20,000

1.3.3 Belanjawan Bahan MentahAnda perlu faham bahawa selepas mengetahui anggaran unit pengeluaran, syarikat akan menyediakan satu perancangan pembelian bahan mentah yang dapat memenuhi tahap pengeluaran bagi sesuatu tempoh. Pertalian antara belanjawan pengeluaran dengan belanjawan belian bahan mentah amatlah kritikal dalam firma perkilangan. Ini penting supaya pengeluaran tidak terbantut disebabkan kehabisan bahan mentah. Begitu juga sebaliknya, ia amat berguna dalam mewujudkan satu pengurusan inventori yang cekap. Syarikat juga pada kebiasaannya akan membeli lebih daripada yang diperlukan untuk pengeluaran tempoh semasa dan akan menyimpannya sebagai inventori akhir bahan mentah bagi menghadapi sebarang kemungkinan peristiwa yang tidak dijangka seperti kehabisan stok bahan mentah di pasaran dan sebagainya. Bahan Mentah yang Diperlukan = Bahan Mentah untuk Pengeluaran Semasa + Inventori Akhir Bahan Mentah Inventori Awal Bahan Mentah

12

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

Merujuk contoh Syarikat Guru Jaya, katakan bagi setiap unit produk yang hendak dikeluarkan, syarikat menggunakan 0.2 kg bahan mentah yang boleh dibeli pada harga RM7.00 sekilogram. Bayaran akan dibuat secara ansuran, iaitu 70% dalam suku tahun ia dibeli, dan baki 30% akan dibayar dalam suku tahun berikutnya. Di samping itu, syarikat akan menyimpan 5% daripada keperluan bahan mentah untuk suku tahun berikutnya sebagai inventori akhir. Daripada maklumat ini, Belanjawan Belian Bahan Mentah adalah seperti Jadual 1.4 berikut:Jadual 1.4: Belanjawan Belian Bahan Mentah Suku 1 Unit Pengeluaran Kadar Penggunaan Unit Penggunaan Inventori Akhir 3,400 0.2 kg 680 41 721 Inventori Awal Unit Belian Harga Belian Seunit (RM) Jumlah Harga Belian(RM) Bayaran: 70% Tempoh Semasa (RM) 30% Tempoh Lepas(RM) Jumlah Bayaran (RM) 3,533 3,533 4,072 1,514 5,586 5,199 1,745 6,944 7,286 2,228 9,514 20,090 5,487 25,577 721 7.00 5,047 Suku 2 4,100 0.2 kg 820 52 872 (41) 831 7.00 5,817 Suku 3 5,200 0.2 kg 1,040 73 1,113 (52) 1,061 7.00 7,427 Suku 4 7,300 0.2 kg 1,460 100 1,560 (73) 1,487 7.00 10,409 Jumlah 20,000 0.2kg 4,000 266 4,266 (166) 4,100 7.00 28,700

*

Diberi unit penggunaan yang diperlukan untuk keperluan bahan mentah bagi suku pertama tahun berikutnya adalah 2,000.

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

13

1.3.4 Belanjawan Buruh LangsungSetelah mengetahui unit pengeluaran yang sepatutnya dikeluarkan untuk sesuatu tempoh, syarikat bolehlah membuat anggaran jumlah kos buruh langsung yang dijangka terlibat untuk tempoh berkenaan. Bagi menyediakan belanjawan buruh langsung, maklumat yang diperlukan oleh syarikat ialah jam penggunaan buruh langsung bagi setiap unit produk dan juga kadar upah bagi setiap jam buruh langsung. Jumlah Kos Buruh Langsung = Bilangan Jam x Kadar Upah Sejam Katakan setiap unit produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Guru Jaya, memerlukan 15 minit buruh langsung (0.25 jam) dengan kadar upah sebanyak RM5.00 sejam. Maka Belanjawan Buruh Langsung akan kelihatan seperti Jadual 1.5.Jadual 1.5: Belanjawan Buruh Langsung Suku 1 Unit Pengeluaran Kadar Penggunaan Jam Penggunaan Kadar Upah (RM) Jumlah Kos (RM) 3,400 0.25 850 5.00 4,250 Suku 2 4,100 0.25 1,025 5.00 5,125 Suku 3 5,200 0.25 1,300 5.00 6,500 Suku 4 7,300 0.25 1,825 5.00 9,125 Jumlah 20,000 0.25 5,000 5.00 25,000

1.3.5 Belanjawan OverhedKomponen kos produk yang ketiga (selepas bahan mentah dan buruh langsung) ialah overhed, yang terdiri daripada overhed berubah dan ovehed tetap (Rujuk Rajah 1.4). Sebagai contoh, buruh tidak langsung dan bahan mentah tidak langsung dianggap sebagai overhed berubah. Manakala, gaji penyelia pengeluaran dan susut nilai mesin pula dikatakan sebagai overhed tetap.

14

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

Rajah 1.4: Belanjawan overhed

Dalam mengira pembayaran tunai untuk overhed, pelarasan untuk perbelanjaan yang tidak melibatkan aliran keluar tunai diperlukann misalnya, belanja susut nilai. Katakan kadar overhed berubah untuk Syarikat Guru Jaya ialah RM1.50 bagi setiap jam buruh langsung yang digunakan dan overhed tetap bagi setiap suku tahun ialah RM10,000 (termasuk susut nilai mesin RM2,200). Maka belanjawan overhed adalah seperti Jadual 1.6 berikut:Jadual 1.6: Belanjawan Overhed Suku 1 Jam Buruh Langsung Kadar OH Berubah (RM) Kos OH Berubah (RM) Overhed Tetap (RM) Susut Nilai (RM) Pembayaran 850 1.50 1,275 10,000 (2,200) 9,075 Suku 2 1,025 1.50 1,537.50 10,000 (2,200) 9,337.50 Suku 3 1,300 1.50 1,950 10,000 (2,200) 9,750 Suku 4 1,825 1.50 2,737.50 10,000 (2,200) 10,537.50 Jumlah 5,000 1.50 7,500 40,000 (8,800) 38,700

1.3.6 Belanjawan Belanja Jualan dan PentadbiranSeterusnya, belanja jualan dan petadbiran adalah untuk belanja yang terlibat di jabatan-jabatan lain selain daripada jabatan pengeluaran. Walau bagaimanapun, belanja-belanja ini merupakan belanja sokongan untuk membolehkan syarikat

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

15

mendapat keuntungan. Antara contoh belanja sokongan ini ialah belanja pemasaran komisen jurujual dan sebagainya. Sebagai contoh, katakanlah belanja jualan dan pentadbiran untuk Syarikat Guru Jaya ialah RM2.30 bagi setiap unit jualan (berubah) dan RM6,000 bagi setiap suku tahun (tetap). Semua belanja jualan dan pentadbiran dibayar tunai dalam suku tahun ia dilibatkan. Maka, Belanjawan Jualan dan Pentadbiran (JP) adalah seperti jadual 1.7 berikut:Jadual 1.7: Belanjawan Belanja Jualan dan Pentadbiran Suku 1 Unit Jualan Kadar JP Berubah JP Berubah (RM) JP Tetap (RM) Jumlah JP (RM) 3,000 RM2.30 6,900 6,000 12,900 Suku 2 4,000 RM2.30 9,200 6,000 15,200 Suku 3 5,000 RM2.30 11,500 6,000 17,500 Suku 4 7,000 RM2.30 16,100 6,000 22,100 Jumlah 19,000 RM2.30 43,700 24,000 67,700

AKTIVITI 1.4Syarikat Zullyn adalah sebuah syarikat yang menjual barang-barang kraftangan berasaskan rotan. Berikut adalah jangkaan jualan bagi syarikat beliau pada bulan Januari sehingga April 2007 di mana harga jualan barang adalah RM50 seunit: Bulan (2007) Januari Februari March April Jumlah Jumlah Jualan (RM) 90,000 120,000 155,000 195,000 560,000

16

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

(a)

Pihak pengurusan menjangkakan kutipan tunai daripada jualan adalah seperti berikut: Pelanggan membayar 60% daripada jumlah jualan bulan semasa secara tunai, 20% pada bulan kedua jualan dilakukan dan selebihnya dibayar pada bulan yang berikutnya. Jumlah jualan bagi bulan November dan Disember ialah RM70,000 dan RM85,000.

(b)

Syarikat juga memperuntukkan 10% daripada unit jualan bulan berikutnya sebagai keperluan semasa inventori akhir. Jangkaan unit jualan bagi bulan Mei ialah RM210,000. 60% bayaran untuk pembelian bahan mentah di buat pada bulan semasa manakala bakinya dibayar pada bulan berikutnya. Kadar upah buruh langsung ialah RM6.50 untuk setiap unit yang dihasilkan di mana setiap unit memerlukan masa sebanyak 0.5 jam. Maklumat berikut adalah berkaitan dengan overhed dan belanja jualan dan pentadbiran: Overhed tetap Overhed berubah Belanja jualan dan pentadbiran tetap Belanja jualan dan pentadbiran berubah RM15,000 RM1.50 per jam buruh langsung RM4,500 RM3.00 per unit jualan

(c)

(d)

Berdasarkan maklumat yang diberikan di atas, sediakan; (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Belanjawan Jualan; Belanjawan Pengeluaran; Belanjawan Belian Bahan Mentah; Belanjawan Buruh Langsung; Belanjawan Overhead; dan Belanjawan Belanja Jualan Dan Pentadbiran.

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

17

1.4 PENYEDIAAN PENYATA PENDAPATAN PRO-FORMASetelah mendapatkan kesemua maklumat yang diperlukan daripada belanjawan yang terdapat dalam belanjawan operasi, maka penyata pendapatan proforma dapat disediakan. Penyata ini ditunjukkan dalam Jadual 1.8 berikut:Jadual 1.8: Penyata Pendapatan Pro-Forma RM Jualan Kos Barang Dijual: Inventori Awal Barang Siap Kos Barang Dikilang: Inventori Awal Bahan Mentah + Belian Bahan Sedia untuk Diguna - Inventori Akhir Buruh Langsung Overhed Kilang Berubah Overhed Kilang Tetap - Inventori Akhir Barang Siap Untung Kasar Belanja Operasi: Jualan dan Pentadbiran Belanja-belanja lain: Faedah Pendapatan Bersih RM RM 475,000 0 0 28,700 28,700 (700)

28,000 25,000 7,500 40,000 100,500 (5,025) (95,475) 379,525 (67,700) (1,600) 310,225

Nota: Inventori akhir barang siap ialah 1,000 unit (diambil daripada belanjawan pengeluaran). Kos seunit barang siap ialah RM5.025 seunit (bahan mentah RM1.40, buruh langsung RM1.25, overhed berubah RM0.375 dan overhed tetap RM2.00). Maka kos barang siap untuk 1,000 unit ialah 1,000 x RM5.025, iaitu RM5,025.

1.5 BELANJAWAN KEWANGANSetelah mengetahui belanjawan-belanjawan yang terlibat dalam belanjawan operasi, anda akan didedahkan pula kepada belanjawan yang terlibat dalam belanjawan kewangan.

18

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

1.5.1 Belanjawan TunaiBelanjawan tunai memberi maklumat kepada syarikat, antara lain, tentang tunai yang diterima dan tunai yang dibayar. Ia juga akan menunjukkan bagaimana tunai tersebut digunakan jika ada lebihan tunai yang melebihi daripada keperluan operasi syarikat (pelaburan). Sebaliknya, jika penerimaan kurang daripada pembayaran belanjawan tunai juga akan menunjukkan bagaimana kurangan tersebut ditampung (pembiayaan). Belanjawan tunai, secara umumnya, boleh dibahagikan kepada EMPAT bahagian yang utama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.5.

Rajah 1.5: Belanjawan tunai

(a)

Penerimaan Ia akan menyenaraikan semua sumber tunai sesebuah syarikat, selain daripada pembiayaan. Selalunya sumber utama penerimaan adalah dari jualan barangan. Pembayaran Bahagian ini akan menyenaraikan semua aliran keluar tunai seperti pembelian bahan mentah, pembayaran upah buruh langsung, pembayaran overhed, pembayaran belanja jualan dan pentadbiran serta pembayaranpembayaran lain yang dibuat oleh syarikat. Pembelian aset, contohnya mesin, juga akan dimasukkan di bahagian pembayaran. Lebihan atau Kurangan Tunai Lebihan atau kurangan tunai pula diperoleh daripada hasil tolakan antara bahagian (a) dengan (b). Jika ada lebihan tunai, maka syarikat tidak perlu membuat pinjaman bagi tujuan pembiayaan. Sebaliknya, jika berlaku kurangan, kurangan tersebut perlulah ditampung melalui pembiayaan daripada pihak luar.

(b)

(c)

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

19

Walau bagaimanapun, kadangkala polisi syarikat memerlukan sejumlah tunai minimum perlu ada dalam syarikat. Dalam kes sebegini, walaupun ada lebihan tunai, iaitu penerimaan melebihi pembayaran, pembiayaan masih perlu dilakukan semata-mata untuk memenuhi keperluan minimum tersebut. Terdapat juga kes yang polisi syarikat menyatakan ia akan membuat pelaburan bagi lebihan tunai yang terlalu banyak. Sebagai contohnya, polisi syarikat ialah menghadkan lebihan tunai yang sepatutnya ada dalam syarikat adalah setakat RM5,000 sahaja. Jika terdapat lebihan daripada tahap maksimum RM5,000, maka lebihan tersebut akan dilaburkan untuk mendapatkan pulangan. (d) Pembiayaan Ruangan ini akan digunakan apabila syarikat terpaksa membuat pinjaman daripada pihak luar bagi membiayai kurangan. Di samping memperincikan penerimaan pembiayaan, ia juga menerangkan pembayaran balik pinjaman tersebut, iaitu yang terdiri daripada prinsipal dan faedah. Daripada maklumat yang terdahulu dan sedikit maklumat lain, bolehlah kita cuba menyediakan Belanjawan Tunai untuk Syarikat Guru Jaya. Katakanlah: (i) (ii) Tunai awal yang dilaburkan oleh syarikat bagi menjalankan perniagaan ialah RM20,000; Polisi syarikat ialah menetapkan tunai minimum yang perlu ada di hujung setiap suku tahun ialah RM50,000;

(iii) Pinjaman boleh dibuat dalam gandaan seribu pada awal suku tahun yang diperlukan pada kadar faedah 8%; (iv) Pinjaman akan dibayar pada hujung suku tahun apabila ada kemampuan; dan (v) Dalam suku tahun yang pertama, syarikat juga membeli sebuah mesin secara tunai dengan kos RM25,000.

20

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

Belanjawan tunai akan kelihatan seperti dalam Jadual 1.9.Jadual 1.9: Belanjawan Tunai Suku 1 Baki Awal + Penerimaan Tunai dari P l = Tunai dari Operasi (a) ( ) Pembayaran: Bahan Mentah Buruh Langsung Overhed Kilang Belanja Operasi Pembelian Aset Jumlah Pembayaran (b) = Baki sebelum Pinjaman (a) - (b) ( ) Tunai Minimum (c) = Lebihan / (Kurangan) (d) Pinjaman Pembayaran: Prinsipal Faedah Lebihan / (Kurangan) (e) Baki Akhir Tunai (c) + (d) + (e) 40,000 50,242 (40,000) (1,600) (41,600) 63,393 137,699 241,422 (40,000) (1,600) (1,600) 241,422 3,533 4,250 9,075 12,900 25,000 54,758 10,242 50,000 (39,758) 40,000 5,586 5,125 9,338 15,200 35,249 104,993 50,000 54,993 6,944 6,500 9,750 17,500 40,694 137,699 50,000 87,699 9,514 9,125 10,538 22,100 51,277 241,422 50,000 191,422 25,577 25,000 38,701 67,700 25,000 181,978 243,002 50,000 193,022 40,000 20,000 45,000 65,000 Suku 2 50,242 90,000 140,242 Suku 3 63,393 115,000 178,393 Suku 4 137,699 155,000 292,699 Jumlah 20,000 405,000 425,000

AKTIVITI 1.6Berikut adalah maklumat kewangan Syarikat Citra bagi bulan Januari hingga Mac 2007:

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

21

(a) (b)

Baki tunai pada 31 Disember 2006 ialah RM13,840. Pegawai kewangan juga telah menyediakan maklumat jualan:Data Sebenar bagi tahun 2006 Bulan November RM25,000 RM12,000 RM2,500 RM3,200 RM6,000 Disember RM35,000 RM13,000 RM3,500 RM3,500 RM6,200 Data Diramal bagi tahun 2007 Januari RM25,000 RM12,000 RM2,500 RM3,000 RM6,800 Februari RM20,000 RM11,000 RM2,500 RM2,500 RM6,800 Mac RM40,000 RM12,500 RM4,000 RM3,500 RM6,800

Jualan Belanja jualan dan pentadbiran Overhead Bahan mentah Buruh langsung

(a)

60% daripada jualan merupakan jualan tunai yang dapat dikutip pada bulan semasa, 30% dikutip pada bulan kedua dan bakinya dikutip pada bulan ketiga. Bayaran bagi pembelian bahan mentah dibuat pada bulan ia dibeli manakala pembayaran bagi belanja jualan dan pentadbiran dan overhed dibuat pada bulan berikutnya. Buruh langsung dibayar pada setiap bulan yang berkenaan. Syarikat mempunyai pinjaman bernilai RM12,000 pada kadar faedah 12% setahun dan dibayar pada setiap bulan. Prinsipal bagi pinjaman tersebut sebanyak RM2,000 perlu dibuat pada 28 Februari 2007. Cukai adalah sebanyak RM 4,550 dan dibayar pada 15 Mac 2007. Polisi syarikat menetapkan baki tunai minimum yang perlu ada di hujung setiap bulan ialah RM10,000.

(b)

(c)

(d) (e)

Sediakan belanjawan tunai bagi Syarikat Ceria untuk tempoh 3 bulan bermula Januari 2007 hingga Mac 2007.

22

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

1.6 PENYEDIAAN LEMBARAN IMBANGAN PRO-FORMAAkhirnya, selepas semua belanjawan lain sudah disediakan, syarikat bolehlah menyediakan satu Lembaran Imbangan Pro-Forma, iaitu satu penyata yang memberikan kedudukan kewangan syarikat tersebut sekiranya semua perancangan mencapai sasaran seperti yang diharapkan. Dengan menggunakan contoh Syarikat Guru Jaya, Lembaran Imbangan ProForma dapat disediakan seperti yang berikut: Syarikat Guru Jaya Lembaran Imbangan Pro-Forma pada Suku Tahun 2004RM Aset Semasa Tunai Inventori Barang Siap Inventori Bahan Mentah Akaun Belum Terima Aset Tetap Mesin Susut Nilai Terkumpul Jumlah Aset Liabiliti Akaun Belum Bayar Ekuiti Pemilik Modal Pendapatan Tertahan Liabiliti dan Ekuiti Pemilik 20,000 310,225 330,225 333,347 3,122 241,422 5,025 700 70,000 25,000 (8,800) 317,147 RM RM

16,200 333,347

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

23

1.7 PENYEDIAAN BELANJAWAN INDUK BAGI FIRMA PERDAGANGANBahagian ini akan mengilustrasikan penyediaan belanjawan induk, iaitu belanjawan operasi dan belanjawan kewangan. Bagi memudahkan anda membezakan di antara belanjawan untuk firma perkilangan dengan firma perdagangan, kita akan menggunakan contoh yang sama, tetapi sekarang kita mengandaikan Syarikat Guru Jaya adalah firma perdagangan. Apakah yang dimaksudkan dengan firma perdagangan? Firma perdagangan ialah perniagaan yang menjual barangan tetapi barangan tersebut tidak dikilangkan sendiri. Bekalan barangan didapati daripada pembekal luar.

1.7.1 Belanjawan JualanDengan menggunakan contoh yang sama, belanjawan jualan untuk Syarikat Guru Jaya dapat disediakan. Contoh 1.3 Syarikat Guru Jaya baru memulakan perniagaan menjual peralatan sukan. Jangkaan jualan untuk empat suku tahun 2004 adalah seperti yang berikut:Tahun 2004 Suku 1 Suku 2 Suku 3 Suku 4 Jumlah Unit 3,000 4,000 5,000 7,000 19,000

Harga jualan adalah RM25.00 seunit. Dijangkakan 60% daripada jualan tersebut adalah secara tunai dan selebihnya akan dikutip dalam suku yang berikutnya. Ini bermakna, semua hasil jualan dapat dikutip dan tidak ada hutang lapuk diperuntukkan.

24

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

Daripada maklumat di atas, belanjawan jualan dapat disediakan seperti yang berikut:Jadual 1.10: Belanjawan Jualan Suku 1 Jualan: Unit Hasil Kutipan Tunai: 60% Bulan Semasa 40% Bulan Lepas Jumlah 45,000 45,000 60,000 30,000 90,000 75,000 40,000 115,000 105,000 50,000 155,000 285,000 120,000 405,000 3,000 75,000 4,000 100,000 5,000 125,000 7,000 175,000 19,000 475,000 Suku 2 Suku 3 Suku 4 Jumlah

1.7.2 Belanjawan BelianDiandaikan Syarikat Guru Jaya adalah firma perdagangan, maka belanjawan belian perlu disediakan. Katakan harga belian produk ialah RM10.00 seunit dan bayaran kepada pembekal dibuat secara ansuran, iaitu 80% dalam tempoh semasa dan baki 20% dalam tempoh yang berikutnya. Maka belanjawan belian akan kelihatan seperti di Jadual 1.11. Unit yang perlu Dibeli = Unit Jualan + Inventori AkhirJadual 1.11: Belanjawan Belian Suku 1 Jualan: Inventori Akhir Inventori Awal Unit Belian Harga Belian Seunit Bayaran:80% Tempoh Semasa 20% Tempoh Lepas Jumlah Bayaran 27,200 3,000 400 3,400 34,000 27,200 Suku 2 4,000 500 (400) 4,100 41,000 32,800 6,800 39,600 Suku 3 5,000 700 (500) 5,200 52,000 41,600 8,200 49,800 Suku 4 7,000 1,000 (700) 7,300 73,000 58,400 10,400 68,800 Jumlah 19,000 1,000 20,000 200,000 160,00 25,400 185,400

Inventori Awal

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

25

1.7.3 Belanjawan Belanja Jualan dan PentadbiranBelanjawan belanja jualan dan pentadbiran adalah sama seperti contoh sebelum ini:Jadual 1.12: Belanjawan Belanja Jualan dan Pentadbiran Suku 1 Unit Jualan Kadar JP JP Berubah JP Tetap Jumlah JP 3,000 RM2.30 6,900 6,000 12,900 Suku 2 4,000 RM2.30 9,200 6,000 15,200 Suku 3 5,000 RM2.30 11,500 6,000 17,500 Suku 4 7,000 RM2.30 16,100 6,000 22,100 Jumlah 19,000 RM2.30 43,700 24,000 67,700

1.7.4 Penyediaan Penyata Pendapatan Pro-formaPenyata Pendapatan pro-forma yang perlu disediakan nampak lebih ringkas kerana tidak banyak item yang terlibat dalam mengira kos barang dijual. Ia akan kelihatan seperti dalam Jadual 1.13.Jadual 1.13: Penyata Pendapatan Pro-Forma RM Jualan Kos Barang Dijual: Inventori Awal Barang Siap Belian Kos Barang Sedia untuk Dijual Inventori Akhir Untung Kasar Belanja Operasi: Jualan dan Pentadbiran Susut Nilai Belanja-belanja Lain: Faedah Pendapatan Bersih 67,700 8,800 (76,500) (1,340) 207,160 0 200,000 200,000 (10,000) 190,000 285,000 RM 475,000

Nota: Unit inventori akhir barang siap ialah 1,000 unit pada kos belian RM10.00 seunit (diambil dari belanjawan belian).

26

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

1.7.5 Belanjawan TunaiDengan menggunakan contoh yang terdahulu, belanjawan tunai dapat disediakan. Katakanlah tunai awal yang dilaburkan oleh syarikat bagi menjalankan perniagaan ialah RM20,000. Polisi syarikat ialah menetapkan tunai minimum yang perlu ada di hujung setiap suku tahun ialah RM50,000. Pinjaman boleh dibuat dalam gandaan seribu pada awal suku tahun yang diperlukan pada kadar faedah 8%. Pinjaman akan dibayar pada hujung suku tahun apabila ada kemampuan. Dalam suku tahun yang pertama, syarikat juga membeli sebuah mesin secara tunai dengan kos RM25,000. Maka, belanjawan tunai akan kelihatan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.14.Jadual 1.14: Belanjawan Tunai Suku 1 20,000 45,000 Suku 2 50,900 90,000 Suku 3 50,080 115,000 Suku 4 81,460 155,000 Jumlah 20,000 405,000

Baki Awal + Penerimaan Tunai dari Pelanggan

= Tunai dari Operasi 65,000 (a) ( ) Pembayaran: Belian Barang Siap Belanja Operasi Pembelian Aset Jumlah Pembayaran (b) = Baki sebelum Pinjaman (a) (b) ( )Tunai Mimimum (c) 50,000 = Lebihan/ (50,100) (Kurangan) (d) Pinjaman Pembayaran:Prinsipal Faedah Lebihan/ (Kurangan) dari Pembiayaan (e) Baki Akhir Tunai (c) + (d) + (e) 50,900 51,000 51,000 27,200 12,900 25,000 65,100 (100)

140,900

165,080

236,460

425,000

39,600 15,200 54,800 86,100 50,000 36,100

49,800 17,500 67,300 97,780 50,000 (47,780)

68,800 22,100 90,900 145,560 50,000 (95,560)

185,400 67,700 25,000 278,100 146,900 50,000 (96,900) 51,000

(35,000) (1,020) (36,020)

(16,000) (320) (16,320)

(51,000) (1,340) (1,340)

50,080

81,460

(145,560)

145,560

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

27

1.7.6 Penyediaan Lembaran Imbangan Pro-formaAkhirnya, selepas semua belanjawan lain sudah disediakan, syarikat bolehlah menyediakan satu lembaran imbangan pro-forma, iaitu satu penyata yang memberikan kedudukan kewangan syarikat tersebut sekiranya semua perancangan mencapai sasaran seperti yang diharapkan. Syarikat Guna Jaya Lembaran Imbangan Pro-Forma pada Suku Tahun 2004RM Aset Semasa Tunai Inventori Barang Siap Akaun Belum Terima Aset Tetap Mesin Susut Nilai Terkumpul Jumlah Aset Liabiliti Akaun Belum Bayar Ekuiti Pemilik Modal Pendapatan Tertahan Liabiliti dan Ekuiti Pemilik 20,000 207,160 227,160 241,760 14,600 25,000 (8,800) 16,200 241,760 145,560 10,000 70,000 225,560 RM RM

Daripada contoh yang diilustrasikan, iaitu belanjawan untuk syarikat perkilangan dan syarikat bukan perkilangan, dapat disimpulkan tidak terdapat banyak perbezaan yang ketara. Cuma boleh dikatakan di sini bahawa penyediaan belanjawan untuk syarikat bukan perkilangan adalah lebih mudah dan ringkas kerana bilangan belanjawan yang perlu disediakan berkurangan.

28

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

AKTIVITI 1.7Syarikat Bulan Bintang telah menyediakan maklumat dibelanjawankan bagi bulan Disember seperti berikut: Syarikat Bulan Bintang Belanjawan Jualan Disember 2007 Unit Jualan Dijangka X Harga Jualan Dijangka = Jumlah Jualan Dijangka Syarikat Bulan Bintang Belanjawan Kos Barang Dijual Disember 2007 Unit Jualan Dijangka X Kos Seunit Dijangka Kos Barang Dijual 10,000 RM 800 RM 80,000 10,000 RM 12.00 o RM 12,000

Syarikat Bulan Bintang Belanjawan Belanja Jualan Dan Pentadbiran Disember 2007 Gaji Komisen Sewa Lain-lain Belanja Belanja Jualan Dan Pentadbiran Dikehendaki: Sediakan Penyata Pendapatan Pro Forma bagi bulan berakhir Disember 2007 bagi Syarikat Bulan Bintang. RM 18,500 RM 3,000 RM 9,000 RM 1,500 RM 32,000

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

29

1.8 BELANJAWAN FLEKSIBELPada awal topik ini, ada disebut bahawa belanjawan juga boleh digunakan sebagai alat pengukuran prestasi. Prestasi sebenar yang dicapai akan dibandingkan dengan prestasi yang sepatutnya dicapai seperti yang disasarkan dalam belanjawan. Jika terdapat perbezaan, pusat tanggungjawab akan dipersoalkan tentang perbezaan tersebut. Walau bagaimanapun, jika belanjawan statik iaitu belanjawan yang tidak mengambil kira tingkat aktiviti digunakan sebagai asas perbandingan, sudah tentu ia akan menimbulkan isu yang berpanjangan. Perbandingan yang dibuat adalah tidak tepat kerana membandingkan dua perkara yang tidak boleh dibandingkan (not comparable). Sebagai contoh, katakan dalam belanjawan jualan dianggarkan hasil jualan sebanyak RM10,000, iaitu untuk jualan 5,000 unit produk pada harga RM2.00 seunit. Pencapaian sebenar menunjukkan hasil jualan adalah sebanyak RM12,000 untuk 6,000 unit jualan. Jika belanjawan statik digunakan sebagai asas pengukuran prestasi, sudah tentu Jabatan Pemasaran dikatakan cekap kerana mendapat hasil melebihi daripada yang disasarkan. Walau bagaimanapun, jika belanjawan fleksibel digunakan, Jabatan Pemasaran sebenarnya tidak cekap kerana hanya mendapat hasil RM12,000, iaitu kurang RM2,000 daripada yang sepatutnya. Daripada penerangan tadi, dapatlah dikatakan bahawa belanjawan fleksibel mampu menawarkan satu kaedah penilaian prestasi yang lebih adil kerana ia mengambil kira beberapa tingkat aktiviti semasa belanjawan disediakan. Belanjawan fleksibel juga dikatakan dinamik sifatnya kerana ia boleh disesuaikan pada pelbagai tingkat aktiviti, asalkan ia berada pada julat relevan. Berdasarkan andaian bahawa belanjawan fleksibel adalah alat pengukuran prestasi yang lebih baik jika dibandingkan dengan belanjawan statik, maka kita cuba mempelajari bagaimana ia disediakan.

30

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

Contoh 1.4 Syarikat Putra menganggarkan kos berubah dan kos tetapnya untuk pengeluaran pada julat relevan 5,000 unit hingga 9,000 unit adalah seperti yang berikut: Kos Berubah: Pengeluaran Jualan dan Pentadbiran Kos Tetap: Pengeluaran Jualan dan Pentadbiran Harga jualan adalah pada RM8.00 seunit. RM3,000 RM2,500 RM2.00 seunit RM0.70 seunit

Belanjawan fleksibel Syarikat Putra akan kelihatan seperti berikut:Tingkat Aktiviti Hasil Jualan Kos Berubah: Pengeluaran Jualan dan Pentadbiran Margin Sumbangan Kos Tetap: Pengeluaran Jualan dan Pentadbiran Pendapatan Operasi 5,000 40,000 10,000 3,500 26,500 3,000 2,500 21,000 7,000 56,000 14,000 4,900 37,100 3,000 2,500 31,600 9,000 72,000 18,000 6,300 47,700 3,000 2,500 42,200

Cuba anda perhatikan bahawa belanjawan fleksibel akan mengunjurkan pendapatan operasi pada beberapa tingkat aktiviti dalam julat relevan yang sama. Dalam julat relevan yang sama, kos tetap adalah sama. Perlu diingatkan di sini, pra-syarat untuk menyediakan belanjawan fleksibel ialah mengetahui struktur (formula) kos syarikat. Anda telahpun mempelajari konsep kos dalam bab awal kursus ini. Sekarang, bagaimana anda hendak menggunakan belanjawan fleksibel ini sebagai alat pengukuran prestasi. Katakan belanjawan induk syarikat ialah pada tingkat aktiviti 9,000 unit, tetapi tingkat aktiviti sebenar syarikat adalah pada tingkat 7,000 unit. Jika belanjawan induk yang statik sifatnya dijadikan asas pengukuran prestasi, anda akan mendapat varians seperti yang berikut:

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

31

Sebenar Tingkat Aktiviti Hasil Jualan Kos Berubah: Pengeluaran Jualan dan Pentadbiran Margin Sumbangan Kos Tetap: Pengeluaran Jualan dan Pentadbiran Pendapatan Operasi 7,000 70,000 15,400 4,900 49,700 4,000 3,200 42,500

Belanjawan Induk 9,000 72,000 18,000 6,300 47,700 3,000 2,500 42,200

Varians 2,000 (N) 2,000 (N) 2,600 (N) 1,400 (N) 2,000 (P) 1,000 (P) 700 (P) 300 (P)

N = Negatif

P = Positif

Daripada perbandingan di atas, varians kos berubah ialah 4,000 (N) (2,600 + 1,400) dan pihak pengurusan mungkin tidak membuat penyiasatan terhadapnya kerana kos sebenar kurang daripada kos yang dibelanjawankan. Namun, kesilapan mungkin terjadi tanpa disedari kerana perbandingan yang dibuat antara tahap sebenar 7,000 unit dengan belanjawan induk pada tingkat aktiviti 9,000 adalah tidak munasabah. Kesilapan ini mungkin membawa kesan yang tidak baik kerana pihak pengurusan beranggapan bahawa mereka bijak mengawal kos berubah. Walau bagaimanapun, hakikatnya belum pasti sebelum analisis yang lebih lanjut dibuat. Inilah sebab mengapa dikatakan belanjawan induk bukanlah satu alat pengukuran prestasi yang baik. Bagi mengatasi masalah tersebut, satu jadual analisis varians perlu disediakan untuk menunjukkan dengan lebih terperinci dan jelas varians tersebut sama ada disebabkan varians belanjawan fleksibel atau varians tingkat aktiviti. Varians belanjawan fleksibel menggunakan tingkat aktiviti yang sama semasa mencari varians. Kewujudan varians menandakan kecekapan dan ketidakcekapan. Sedangkan varians tingkat aktiviti menggunakan tingkat aktiviti yang berbeza dan kewujudan varians hanyalah disebabkan berbezanya tingkat aktiviti.

32

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

Jadual 1.15: Jadual Perbandingan Sebenar Bwan Bwan Varians Bwan Fleksibel (a-b) 14,000 (P) 1,400 (P) 12,600 (P) 1,000 (P) 700 (P) 10,900 (P) 10,600 (N) Varians Tingkat Aktiviti (b-c) 2,000 (N) 16,000 (N) 4,000 (N) 1,400 (N) 10,600 (N) -

Jumlah Varians 2,000 (N) 2,000 (N) 2,600 (N) 1,400 (N) 2,000 (P) 1,000 (P) 700 (P) 300 (P)

(a) Tingkat Aktiviti Hasil Jualan Kos Berubah: Pengeluaran Jualan dan Pentadbiran Margin Sumbangan Kos Tetap: Pengeluaran Jualan dan Pentadbiran Pendapatan Operasi 7,000 70,000 15,400 4,900 49,700 4,000 3,200 42,500

(b) 7,000 56,000 14,000 4,900 37,100 3,000 2,500 31,600

(c) 9,000 72,000 18,000 6,300 47,700 3,000 2,500 42,200

Jadual perbandingan di atas menunjukkan dengan jelas bahawa varians pendapatan operasi sebanyak RM300 (P) adalah disebabkan oleh varians belanjawan fleksibel RM10,900 (P) dan varians tingkat aktiviti RM10,600 (N). Analisis ini menunjukkan pengurusan syarikat, secara umumnya cekap dalam mengendalikan perniagaan kerana wujud belanjawan fleksibel RM10,900 (P). Varians hasil jualan keseluruhan RM2,000 (N) mungkin akan menyebabkan pihak pengurusan menyalahkan Jabatan Jualan. Walau bagaimanapun, belanjawan fleksibel dapat mengelakkan terjadinya kejadian tersebut kerana ia jelas menunjukkan Jabatan Jualan cekap kerana dapat menghasilkan varians fleksibel RM14,000 (P). Kesimpulannya, bagi tujuan pengukuran prestasi, belanjawan fleksibel lebih sesuai digunakan dan bukannya varians keseluruhan.

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

33

AKTIVITI 1.7Sebuah firma mempunyai maklumat yang berikut: Tahap pengeluaran maksimum Bahan mentah Buruh langsung Overhead tetap Jualan dan pentadbiran : Tetap Berubah 10,000 unit RM5 per unit RM4 per unit RM20,000 RM1,000 RM0.25 per unit

Sediakan belanjawan fleksibel pada tahap pengeluaran 7,000, 9,000 dan 10,000 unit.

Secara keseluruhannya, anda telah diperkenalkan dengan satu alat pengurusan yang mampu menolong pihak pengurusan dalam merancang dan mengawal organisasi. Malah, belanjawan juga, dengan limitasi tertentu, boleh juga digunakan sebagai alat pengukuran prestasi. Topik ini telah menerangkan kepada anda kepentingan belanjawan, cara penyediaannya dan akhir sekali bagaimana belanjawan fleksibel boleh menjadi alat yang lebih baik untuk maksud pengukuran prestasi.

Belanjawan Belanjawan Induk

Satu pernyataan formal tentang perancangan pihak pengurusan dalam bentuk kuantitatif. Belanjawan yang meringkaskan semua aktiviti yang telah dirancang oleh jabatan-jabatan dalam organisasi. Belanjawan yang menggariskan aktiviti firma. Satu perancangan yang menunjukkan bagaimana organisasi akan memperoleh sumber kewangannya bagi membiayai operasi. Belanjawan yang menunjukkan jualan untuk tempoh akan datang. anggaran

Belanjawan Operasi Belanjawan Kewangan

Belanjawan Jualan

34

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

Belanjawan Pengeluaran Belanjawan Bahan Mentah

Belanjawan yang menganggarkan pengeluaran yang diperlukan berdasarkan permintaan. Belanjawan yang menyediakan perancangan pembelian bahan mentah yang dapat memenuhi tahap pengeluaran bagi sesuatu tempoh. Belanjawan yang menganggarkan jumlah kos buruh langsung bagi sesuatu tempoh. Belanjawan yang berubah dan tetap. menganggarkan overhed

Belanjawan Buruh Langsung Belanjawan Overhed Belanjawan Tunai

Belanjawan yang menunjukkan maklumat penerimaan, pembayaran, lebihan/kurangan tunai dan pembiayaan. Belanjawan yang membuat perbandingan antara prestasi sebenar dengan prestasi yang sepatutnya dicapai seperti yang disasarkan di dalam belanjawan.

Belanjawan Fleksibel

1. 2.

Nyatakan belanjawan yang terdapat dalam belanjawan operasi. Syarikat Ronas adalah sebuah syarikat yang menjual barang niaga. Bagi tujuan perancangan dan kawalan, syarikat menyediakan belanjawan induk untuk setiap suku tahun. Maklumat berikut telah dikumpulkan dan diberikan kepada anda untuk tujuan penyediaan belanjawan induk pada suku pertama tahun 2004. (a) Jualan sebenar untuk Bulan Disember 2003 dan anggaran jualan untuk bulan Januari hingga Mei 2004 adalah seperti yang berikut:Bulan Disember 2003 Januari 2004 Februari 2004 Mac 2004 April 2004 Mei 2004 Jualan (RM) 30,000 35,000 42,500 25,000 25,000 40,000

(b)

30% daripada jualan kutipan dalam bulan semasa dan bakinya dikutip dalam bulan berikutnya. Abaikan hutang lapuk.

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

35

(c)

Perbelanjaan bulanan adalah seperti yang berikut.Perbelanjaan Gaji dan Upah Pengangkutan Pengiklanan Susut Nilai Lain-lain Jumlah RM3,750 10% dari jualan RM3,000 RM1,000 5% dari jualan

(d)

Polisi syarikat menetapkan inventori akhir yang perlu ada adalah sebanyak 20% daripada jualan (pada kos) untuk bulan berikutnya. Margin kasar syarikat ialah 30% daripada jualan. 60% daripada belian dibayar dalam bulan semasa dan bakinya dibayar dalam bulan berikutnya. Sebuah peralatan dibeli pada bulan Mac 2004 dengan kos sebanyak RM35,000. Polisi syarikat menetapkan baki minimum sebanyak RM20,000 yang perlu ada dalam syarikat. Pinjaman dan pembayaran boleh dibuat di dalam gandaan seribu. Kadar faedah pinjaman ialah 8% setahun.

(e) (f) (g)

1.

Nyatakan perbezaan antara belanjawan operasi dengan belanjawan kewangan. Terangkan bahagian-bahagian utama di dalam Belanjawan Tunai. Laila Isabella, akauntan Syarikat Sinar sedang menyediakan belanjawan pengeluaran bagi tahun 2007. Polisi syarikat ialah untuk mengekalkan inventori akhir pada tahap setengah daripada unit jualan dijangka pada bulan berikutnya. Unit jualan pada bulan April ialah 7,000. Lengkapkan belanjawan pengeluaran di bawah bagi suku pertama 2007.Januari Unit Jualan Inventori akhir Jumlah Inventori awal Unit pengeluaran 5,000 2,000 7,000 2,500 4,500 Februari 4,000 ? ? ? ? Mac 6,000 ? ? ? ? Jumlah ? ? ? ? ?

2. 3.

36

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

4.

Syarikat Video Steady telah mengeluar dan memasarkan dua permainan video yang popular. Baki akhir akaun pada 31 Mac 2007 adalah seperti berikut:Akaun Tunai RM18,735 Akaun Belum Terima Inventori Bahan Mentah, 1 Mac 2007 Inventori Kerja Dalam Proses,1 Mac 2007 Inventori Barang Siap, 1 Mac 2007 Belanja Prabayar Loji dan Peralatan RM19,900 RM18,510 RM24,680 RM21,940 RM3,420 RM262,800 Baki Akaun Susut Nilai Terkumpul, Loji dan Peralatan Lain-lain Aset Akaun Belum Bayar Gadai Janji Belum Bayar Saham Biasa Perolehan Tertahan Pinjaman Jangka Panjang Baki RM55,845 RM9,480 RM52,640 RM70,000 RM90,000 RM110,980 RM36,917

Belanjawan operasi untuk suku pertama 2007 menunjukkan anggaran koskos berikut: Belian bahan mentah Penggunaan bahan mentah Belanja buruh langsung Overhed perkilangan Belanja jualan dan pentadbiran Belanja am Kos barang dikilang Kos barang dijual Anggaran baki tunai adalah seperti berikut: Januari Februari Mac RM34,610 RM60,190 RM54,802 RM58,100 RM62,400 RM42,880 RM51,910 RM35,820 RM60,240 RM163,990 RM165,440

Jualan dianggarkan berjumlah RM125,200 bagi Januari, RM105,100 bagi Februari dan RM112,600 bagi Mac. Susutnilai adalah 5% ke atas aset tetap.

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

37

Dikehendaki: (i) (ii) 5. Sediakan Penyata Pendapatan Pro Forma bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2007. Sediakan Lembaran Imbangan Pro Forma pada 31 Mac 2007.

Anda telah diterima bekerja sebagai eksekutif akaun di Syarikat Maju Mundur. Tugas pertama anda ialah untuk menyediakan belanjawan tunai syarikat bagi tempoh 1 Januari sehingga 30 Jun 2007. Maklumat-maklumat berikut telah diberikan kepada anda untuk membantu penyediaan belanjawan tersebut: (a) Ramalan jualan bagi tujuh bulan pertama dalam tahun 2007 adalah seperti berikut:Bulan Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Jualan (RM) 3,000,000 5,000,000 7,000,000 6,000,000 3,000,000 2,000,000 2,000,000

(b) (c)

80% daripada jumlah jualan yang diramalkan adalah jualan tunai. Belian pada setiap bulan adalah sebanyak 65% daripada jualan yang diramalkan untuk bulan berikutnya. Pembayaran untuk belian tersebut hanya akan dilakukan sebulan selepas belian dilakukan. Syarikat menjangkakan penghantaran mesin baru pada bulan April. Pembayaran sebanyak RM400,000 akan dibuat apabila penghantaran dilakukan. Syarikat juga ingin mengekalkan baki tunai minimum sebanyak RM300,000. Baki tunai pada 1 Januari adalah sebanyak RM300,000. Pembayaran cukai sebanyak RM500,000 akan dibuat pada bulan Mac dan Jun.

(d)

(e)

(f)

38

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

(g) (h)

Belanja susut nilai adalah sebanyak RM150,000 sebulan. Sewa adalah sebanyak RM100,000 sebulan. Perbelanjaan tunai lain adalah sebanyak 3% daripada jualan. Belanja buruh adalah sebanyak 10% daripada jualan bagi bulan berikutnya. Lembaga Pengarah ingin mengekalkan pembayaran sebanyak RM450,000 yang akan dibuat pada bulan Jun. dividen

(i)

(j)

(k)

Jualan pada bulan Oktober 2006 ialah RM3,000,000 dan RM2,000,000 bagi bulan November dan Disember 2006. Syarikat akan membuat pembayaran faedah pada bulan Jun sebanyak RM310,000.

(l)

(m) Pinjaman (sekiranya perlu) boleh dibuat dalam gandaan seribu pada kadar faedah 10%.