teori thorndike

21
Mukit Bin Abdul Hadi Teori Thorndik

Upload: akyrone

Post on 10-Jun-2015

4.423 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: teori thorndike

Mukit Bin Abdul Hadi

Teori Thorndike

Page 2: teori thorndike

TEORI THORNDIKE

Edward Lee ThorndikeEdward Lee Thorndike(1874-1949)

Ketika masih bergelar mahasiswa psikologi tahun pertama di Wesleylan University, Edward Lee Thorndike membaca buku yang dikarang sendiri oleh gurunya iaitu James. Edward yang mempelajari bidang Animal Learning di Harward kemudiannya datang ke Columbia atas undangan James Mc. Keen Cattell lalu melanjutkan eksperimennya terhadap haiwan. Setelah meraih gelaran Ph. D, Edward amat tertarik untuk menceburi bidang sosial dan pendidikan, lalu beliau mengajar di Teacher’s College, Columbia University sehinggalah waktu tamat perkhidmatannya pada tahun 1949.

Thorndike mengembangkan teori asosiasionisme yang sangat sistematik dan menjadi salah satu teori belajar yang paling sistematik. Beliau membawa idea-idea asosiasi para filsuf ke tahap yang empiris dengan melakukan eksperimen terhadap idea-idea filosofi tersebut.

Thorndike juga mengakui pentingnya konsep reinforcement dan reward serta menuliskan teorinya tentang ini dalam ‘Law Of Effect’ pada tahun 1898(perbandingan dengan Pavlov yang baru selesai menulis ideanya tentang reinforcement pada tahun 1902)

Page 3: teori thorndike

1. PENGENALAN

Membentuk tiga hukum iaitu :-

Law of Readiness (Hukum Kesediaan) Law of Exercise (Hukum Latihan) Law of Effect (Hukum Kesan)

Page 4: teori thorndike

1.1 LAW OF READINESS

Adanya kematangan fisiologis untuk proses belajar tertentu, misalnya kesediaan untuk belajar membaca. Isi teori ini sangat berorientasi pada fisiologis. Melalui ransangan motivasi akan menghasilkan pelajar yang mempunyai kesediaan untuk belajar yang efektif. Manakala tanpa ransangan, ia tidak berkesan memberi semangat terhadap pelajar untuk belajar.

Page 5: teori thorndike

1.2 LAW OF EXERCISE

Jumlah latihan(seperti penggunaan atau praktikal) dapat memperkuat ikatan S-R. Contohnya mengulangkaji, menghafal dan sebagainya. Teori ini dilengkapi dengan adanya unsur kesan belajar sehingga mengulangkaji semata-mata tidak lagi berkesan. Dengan ini, pertalian antara ransangan dan gerakbalas akan bertambah kukuh sekiranya latihan, apliasi serta aktiviti pengukuhan diberikan.

Page 6: teori thorndike

1.3 LAW OF EFFECT

menguatkan atau melemahkan sesuatu perhubungan dapat dipengaruhi oleh konsekuensi dari hubungan tersebut. Konsekuensi positif akan menguatkan hubungan sementara konsekuensi negatif pula akan melemahkannya. Teori ini disempurnakan dengan tambahan bahawa konsekuensi negatif tidak selalunya melemahkan hubungan. Pertalian antara ransangan dan tindakbalas ini akan bertambah kukuh apabila mendapat impak pengalaman yang menyeronokkan dan tindakbalas ini akan berulang. Manakala jika impak pengalaman itu menyakitkan, gerakbalas ini akan lenyap.

Page 7: teori thorndike

2. KONSEP TEORI

Teori adalah perinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan.

Teori juga merupakan suatu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru.

Pada asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada empat mazhab yang utama iaitu BehaviorisBehavioris, KognitifKognitif, SosialSosial dan HumanisHumanis.

Page 8: teori thorndike

2.1 TEORI BEHAVIORISME

Mazhab Behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh ThorndikeThorndike dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘RansanganRansangan’ dan ‘TindakbalasTindakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkahlaku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkahlaku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

Page 9: teori thorndike

PENDEKATAN PSIKOLOGIPENDEKATAN PSIKOLOGI

Pendekatan Behaviorisme

• Ahli psikologi tidak perlu memberi perhatian kpd peristiwa yg berlaku dalam mental (sedar dan tidak sedar), sebaliknya memberi tumpuan kpd tingkah laku yg boleh diperhatikan secara nyata atau tidak nyata.

• Watson mengatakan bahawa aspek yg berkaitan tingkah laku seseorang dipengaruhi persekitaran dan bukannya dari unsur-unsur dalaman.

• Idea Watson ialah tingkah laku dan proses mental adalah hasil drp pembelajaran (Bernstein et al.,1994).

Page 10: teori thorndike

sambungan…..

Menurut pendekatan behaviorisme

tingkah laku ialah satu siri gerak balas yg

berlaku dgn wujudnya ransangan.

Pendekatan ini juga dikenali sebagai

psikologi ransangan gerak balas atau R-G

Ahli psikologi behaviorisme spt Watson, Ivan

Pavlov, B.F. Skinner dan E.L. Thorndike.

Page 11: teori thorndike

sambungan…..

Pavlov(1849-1936), dikaitkan dgn konsep

pelaziman klasik.

Eksperimen ke atas anjing bagi

menunjukkan perkaitan antara

ransangan(makanan) dgn gerak

balas(air liur)

Page 12: teori thorndike

sambungan…..

Thorndike(1874-1949) memperkenalkan Teori Pelaziman Cuba Jaya(Theory Of Trial And Error Conditioning).

Prinsip asas pembelajaran ialah pengaruh ganjaran dan denda.

Organisme akan membuat sesuatu yg membawa keseronokan dan mengelakkan melakukan sesuatu yg membawa kesakitan atau membahayakan diri.

Page 13: teori thorndike

sambungan…..

Menurut Thorndike,

ganjaran mendorong organisme mengulangi sesuatu gerak balas.

denda boleh menyekat organisme daripada melakukan sesuatu gerak balas.

organisme mengaitkan gerakbalas tertentu dengan ransangan tertentu.

jenis pembelajaran ini dilabel sebagai “pembelajaran instrumental atau operanpembelajaran instrumental atau operan”.

Page 14: teori thorndike

sambungan…..

Skinner(1904-1990) memperluaskan Teori Thorndike.

Terkenal dgn pelaziman operan yang mengukur pengaruh ganjaran dan dendaan.

Eksperimen ke atas tikus dan burung merpati.

Dapat mengukur proses pembelajaran dengan cara menukar frekuensi ganjaran dan dendaan.

Page 15: teori thorndike

2.2 TEORI KOGNITIF

Mazhab(fahaman) Kognitif pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkahlaku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur serta kebolehan belajar. Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan.

Page 16: teori thorndike

2.3 TEORI SOSIAL

Mazhab(fahaman) Sosial pula menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan ‘PermodelanPermodelan’. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada pemahaman pelajar.

Page 17: teori thorndike

2.4 TEORI HUMANISME

Mazhab(fahaman) Humanis pula berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosiemosi dan perasaannyaperasaannya. Seorang ahli mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.

Page 18: teori thorndike

3. IMPLIKASI TEORI THORNDIKE

Motivasi sesuai untuk merangsang (Hukum Kesediaan).

Ganjaran/peneguhan/gerak-balas/respon positif.

Peluang kepada pelajar menikmati kejayaan pembelajaran mereka.

Page 19: teori thorndike

4. RUMUSAN TEORI

Menurut Thorndike, belajar merupakan peristiwa terbentuknya asosiasi-asosiasi antara peristiwa-peristiwa yang disebut sebagai Stimulus (S) dengan Respon (R).

Thorndike membentuk tiga hukum iaitu Law of Readiness(Hukum Kesediaan), Law of Exercise(Hukum Latihan) dan Law of Effect(Hukum Kesan).

Hukum-hukum yang terbentuk membantu penambahbaikkan dalam melahirkan kecemerlangan pelajar.

Kaedah berkesan dalam Trial and Error Learning(kaedah Cuba Jaya).

Page 20: teori thorndike

Sekian Terima Kasih…Sekian Terima Kasih…

Rujukan dari website:http://wangmuba.com/2009/02/19/latar-belakang-munculnya-teori-kekuatan-operan-operant-conditioning/

http://en.wikipedia.org/wiki/Edward_Thorndike

http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/Teori%20&%20Model%20P&P.pdf

Page 21: teori thorndike