teks pengacaraan majlis new new new
DESCRIPTION
.TRANSCRIPT
LAPORAN AJK
PENGACARAAN MAJLIS
PROFIL DIRI
NAMA : SALENDA BINTI SAID
NO. KAD PENGENALAN : 950709-12-5652
NO. TELEFON : 013-8605582
E-MEL : [email protected]
ALAMAT : KUALA DUA, KINARUT, PAPAR SABAH.
KUMPULAN : 2PISMP RBT AMBILAN JUN 2014
NAMA PENSYARAH : HJ. SUHAIMY BIN HJ. AHMAD
PROFIL DIRI
NAMA : Muhd Faiz Bin Md Yasin
NO. KAD PENGENALAN : 940324-04-5433
NO. TELEFON : 017-2406695
E-MEL : [email protected]
ALAMAT : Kg Kandang Melaka
KUMPULAN : 2PISMP RBT AMBILAN JUN 2014
NAMA PENSYARAH : HJ. SUHAIMY BIN HJ. AHMAD
SEBELUM
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Seminar Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah 2015 anjuran
pelajar 2PISMP Rekabentuk dan Teknologi akan diadakan pada 31 March 2015.
Oleh itu, Ahli Majlis Tertinggi telah melantik Salenda Said dan Muhd Faiz bin Md
Yasin selaku pengacara majlis. Sepanjang proses merancang seminar ini, ajk
pengacaraan majlis telah melakukan banyak kolaborasi dengan ahli
jawatankuasa yang lain seperti ajk buku program, ajk perhubungan, pengerusi
dan naib pengerusi, ajk kehadiran, dan ajk siaraya bagi mendapatkan maklumat-
maklumat penting yang perlu ada dalam skrip pengacaraan nanti. Setelah
melakukan kerjasama dengan ahli jawatankuasa lain, kami telah menghasilkan
skrip penuh sepanjang perlaksanaan majlis seminar nanti. Tambahan lagi, kami
juga telah menyediakan skrip ucapan untuk Dr Muhamad Nor bin Muhamad Taib
Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik bagi slot ucapan dan perasmian
beliau mengikut tentatif majlkis seminar nanti. Setelah itu, kami selaku pengacara
majlis juga melakukan kolaborasi dan meminta jasa baik pensyarah daripada
jabatan bahasa bagi memeriksa skrip dan bahasa. Kami telah meminta bantuan
daripada En Mahidin Bin Awg. Itam dan Puan Siti Zubaidah. Pada 30 March
2015 bersamaan hari isnin, kami telah menjalankan sesi raptai penuh seminar.
Saat itu, berlaku banyak perubahan yang perlu dibaiki dalam skrip pengacaraan
majlis. Berikut merupakan skrip penuh sepanjang seminar berlaku nanti.
TEKS PENGACARAAN MAJLIS
SEMINAR KAJIAN KURIKULUM KHSR/RBT
LINDA Hadirin yang dimuliakan,
Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan
serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan.
Bagi melancarkan perjalanan majlis diminta kerjasama tuan-tuan dan
puan-puan supaya mematikan telefon bimbit atau menetapkannya
kepada mod senyap. Tuan-tuan dan puan-puan juga diminta mengikuti
program ini sehingga ke akhir majlis.
Terima kasih atas kerjasama semua.
KETIBAAN VIP FAIZ Mengumumkan ketibaan Dr. Mohamad Nor Bin Mohamad Taib
Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek Negeri
Sembilan diiringi oleh Puan Jamilah Bt Idris Ketua Jabatan
Rekabentuk Dan Teknologi IPG Kampus Pendidikan Teknik.
[NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN NEGERI SEMBILAN]
Terima kasih di atas nyanyian sebentar tadi. Hadirin dipersilakan
duduk.
KATA ALU-
ALUAN
LINDA Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam 1 Malaysia.
FAIZ
LINDA
Bunga tanjung di tengah pekan,
Tiupan bayu mencelah suria,
Kalimah nan agung saya mulakan,
Salam sejahtera menambah ceria.
Sayang selasih berisi minyak,
Bunga cengkih di atas jerami,
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.
Yang berusaha,
Dr Mohamad Nor Bin Mohamad Taib,
Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik.
Yang dihormati,
Puan Jamilah Bt Idris
Ketua Jabatan Rekabentuk Dan Teknologi IPG Kampus
Pendidikan Teknik
Para Penceramah Jemputan yang dihormati,
Para Pensyarah IPG Kampus Pendidikan Teknik
Serta, siswa siswi pendidik sekalian.
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
BACAAN DOA FAIZ
LINDA
Ikan merah dijual di pekan,
Syukur gembira dapat sebaldi,
Cuaca cerah turut mengizinkan,
Pohonlah doa ke hadrat Ilahi.
Bagi memberkati majlis, dijemput saudara Syuriansyah Bin Ishak untuk
memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
Amin amin ya rabbal alamin. Semoga dengan bacaan doa itu tadi,
majlis ini berjalan dengan lancar.
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
UCAPAN
PENGERUSI
LINDA Hadirin sekalian,
Seminar Kajian Kurikulum KHSR/ RBT ini merupakan satu tugasan
kerja kursus bagi subjek Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah / Reka Bentuk dan Teknologi (RBT 3033). Kursus ini bagi
pelajar semester 2pismp RBT ambilan Jun 2014 dibawah bimbingan
Tn. Hj. Suhaimy Bin Ahmad juga selaku pensyarah penilai bagi
seminar Kajian Kurikulum KHSR/RBT. Seminar ini bertujuan untuk
memberi pendedahan kepada siswa siswi pendidik Reka Bentuk dan
Teknologi tentang perkembangan Kurikulum KHSR / RBT. Dengan ini,
majlis menjemput saudara Mark Heysley Anak Diger selaku pengerusi
bagi program seminar kajian kurikulum KHSR/RBT untuk memberikan
ucapan. Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Mark Heysley Anak
Diger.
PERASMIAN
MAJLIS
FAIZ
LINDA
FAIZ
Sekapur sirih tiada berharta,
Buat santapan untuk pahlawan,
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Dr Mohamad
Nor Bin Mohamad Taib Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik bagi
memberikan ucapan seterusnya merasmikan program seminar kajian
kurikulum KHSR/RBT.
[UCAPAN PENGARAH]
[VIDEO]
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Dr Mohamad Nor bin
Mohamad Taib di atas perasmian sebentar tadi
[SLOT 1] LINDA Hadirin yang dimuliakan,
Kini tiba masanya kita menjemput penceramah jemputan Tn. Hj
Penceramah 1 Mazlan bin Hj Talib yang merupakan Ketua Unit, Rekabentuk dan
Teknologi, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia bagi menyampaikan ceramah bertajuk REKABENTUK
KANDUNGAN KURIKULUM KHSR/RBT.
[BIODATA PENCERAMAH]
Sebelum kita mendengar ceramah daripada Tn. Hj Mazlan, marilah
kita bersama-sama mengenali diri beliau.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
SESI SOAL
JAWAB
(5 minit)
LINDA Seterusnya, majlis membuka peluang kepada para hadirin untuk
mengajukan sebarang soalan kepada Tn. Hj Mazlan Bin Hj Talib.
Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Mazlan Bin Hj Talib diatas
perkongsian ilmu sebentar tadi. Diharap para hadirin dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan yang boleh memperkembang
pengalaman dan kemahiran diri.
(penceramah rest 5 minit)
Tayangan
video
FAIZ Hadirin yang dikasihi,
Marilah kita menyaksikan tayangan video mengenai segala aktiviti
yang telah dijalankan oleh pelajar 2PISMP RBT Ambilan Jun 2014
sepanjang meniti pengajian di IPG kampus Pendidikan Teknik.
Penceramah 2 FAIZ Majlis diteruskan dengan sesi ceramah daripada Tn Hj Mazlan bin Hj
Talib dengan ceramah beliau yang bertajuk ANALISIS KURIKULUM
LINDA
KHSR/RBT. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
[SESI SOAL JAWAB]
Majlis sekali lagi membuka peluang kepada para hadirin untuk
mengajukan sebarang soalan kepada Tn Hj Mazlan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn. Hj Mazlan bin Hj
Talib atas penyampaian ceramah sebentar tadi. Semoga ceramah
yang disampaikan dapat dijadikan manfaat buat kita semua.
[PEMBERIAN CENDERAMATA]
Dengan ini majlis dengan segala hormatnya menjemput Dr Mohamad
Nor Bin Mohamad Taib diiringi oleh Puan Jamilah Bt Idris untuk
memberikan cenderamata kepada penceramah jemputan kita pada
hari ini.
Dijemput Tn Hj Mazlan bin Hj Talib – Ketua unit Rbt, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, KPM
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Dr Mohamad Nor Bin Mohd
Taib dan Puan Jamilah Bt Idris di atas kesudian memberikan
cenderamata sebentar tadi.
KUDAPAN FAIZ Rumpun nipah tepi telaga,
Diambil orang buat nira,
Hidangan di meja sudah tersedia,
Jemput semua menjamu selera.
Dengan berakhirnya ceramah sebentar tadi, majlis menjemput para
hadirin untuk menjamu kudapan yang disediakan. Majlis menjemput
tetamu vip jemputan dan para pensyarah untuk bergerak keluar ke bilik
tutorial 29/30 manakala para peserta boleh lah bergerak ke lobi dewan
kuliah bagi menjamu selera. Majlis akan bersambung pada pukul 10.30
pagi nanti. Mohon kerjasama peserta dapat menghadirkan diri tepat
pada masa yang ditetapkan. Terima Kasih.
[SLOT 2
PELAJAR 1
LINDA Assalamualaikum wbt dan selamat pagi,
Majlis mengucapkan terima kasih atas kerjasama para hadirin. Tanpa
melengahkan masa, marilah kita bersama-sama menyaksikan
pembentangan pelajar dari 2PISMP RBT. Dengan ini dijemput saudara
Amirul Izzad bin Rosli dengan pembentangan yang bertajuk
CABARAN KURIKULUM KHSR/RBT.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Amirul Izzad Bin
Rosli atas pembentangan sebentar tadi.
PELAJAR 2 FAIZ Seterusnya, majlis beralih kepada sesi pembentangan daripada
saudari Edalyia Anak Amie dengan pembentangan yang bertajuk
Penilaian Kurikulum KHSR/RBT. Majlis mempersilakan
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudari Edalyia Anak Amie
atas pembentangan sebentar tadi
PELAJAR 3 LINDA Majlis diteruskan dengan pembentangan pelajar daripada saudara
Ahmad Muaz Bin Zainal Abidin dengan pembentangan yang bertajuk
PERLAKSANAAN KURIKULUM KHSR/RBT DALAM ERA
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI. Majlis mempersilakan.
Diucapkan terima kasih kepada saudara Ahmad Muaz atas
pembentangan sebentar tadi
PELAJAR 4 FAIZ Seterusnya, majlis menjemput saudara Mohd Amirul Hafiz bin Jipri
dengan pembentangan yang bertajuk PERKEMBANGAN KURIKULUM
KHSR/RBT. Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Mohd Amirul Hafiz
bin Jipri di atas pembentangan sebentar tadi.
REHAT LINDA Rumpun nipah tepi telaga,
Diambil orang buat nira,
Hidangan di meja sudah tersedia,
Jemput semua menjamu selera.
Majlis menjemput tetamu vip jemputan serta para pensyarah untuk
bergerak keluar ke bilik tutorial 29/30 manakala para peserta boleh lah
bergerak ke lobi dewan kuliah untuk menjamu selera. Diharap para
hadirin untuk masuk semula ke dalam dewan tepat pada pukul 2.00
petang bagi meneruskan program seminar kita pada hari ini. Para
peserta seminar diminta untuk datang lebih awal bagi mengisi
kehadiran. Pohon kerjasama daripada peserta. Terima Kasih.
[SLOT 3]
PELAJAR 5
FAIZ Assalamualaikum wbt dan selamat petang,
Terima kasih kepada para hadirin yang masih setia. Tanpa membuang
masa majlis diteruskan dengan sesi pembentangan pelajar yang ke-5,
iaitu saudara Muhammad Amir Asyraf bin Azmal dengan
pembentangan yang bertajuk TEORI DAN MODEL KURIKULUM
DALAM KONTEKS KHSR/RBT. Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Muhammad Amir
Asyraf bin Azmal atas pembentangan sebentar tadi
PENCERAMAH LINDA Majlis diteruskan dengan sesi ceramah daripada Dr. Tajul Ariffin bin
Yang Hussin, pensyarah IPG Kampus Pendidikan Teknik dengan
3
FAIZ
ceramah beliau yang bertajuk Inovasi Kurikulum KHSR/RBT.
[BIODATA PENCERAMAH]
*sebelum kita mendengar ceramah daripada Dr Tajul Ariffin,
marilah kita bersama-sama mengenali diri beliau...
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
[SESI SOAL JAWAB]
Seterusnya majlis membuka peluang kepada para hadirin untuk
mengajukan sebarang soalan kepada Dr Tajul Arifin.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Dr Tajul Ariffin bin Yang
Hussin diatas penyampaian ceramah sebentar tadi. Semoga ceramah
yang disampaikan dapat dijadikan pengetahuan dan pengalaman
baharu khususnya kepada guru pelatih Reka Bentuk dan Teknologi.
[PEMBERIAN CENDERAMATA]
Dengan ini majlis dengan segala hormatnya
menjemput________________________diiringi __________________
untuk memberikan cenderamata kepada penceramah jemputan kita
pada hari ini.
1) Dijemput Dr Tajul Ariffin Bin Yang Hussin – Pensyarah Ipg
Kampus Pendidikan Teknik.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada_______________________
di atas kesudian memberikan cenderamata sebentar tadi.
PENYAMPAIAN
SIJIL
LINDA Ceramah sudah, pembentangan pun sudah.
Dengan ini, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan
kepada Jawatankuasa Seminar. Majlis dengan segala hormatnya
menjemput _________________________bagi menyampaikan sijil
penghargaan. Dipersilakan.
Dijemput saudara Mark Heysley Anak Diger mewakili semua
Jawatankuasa seminar kajian kurikulum KHSR/RBT 2015.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada ____________________
atas kesudian menyampaikan sijil penghargaan.
LAGU IPGM FAIZ Seterusnya, diminta hadirin untuk berdiri bagi menyanyikan lagu IPGM
[LAGU IPGM]
Hadirin dipersilakan duduk.
PENUTUPAN
MAJLIS
FAIZ Pohon berangan tempat bertemu,
LINDA
FAIZ
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan Negara.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Hadirin yang dihormati,
Kini selesai sudah program Seminar Kajian Kurikulum KHSR/RBT.
Majlis mengucapkan tahniah buat semua peserta yang memberi
kerjasama hingga ke akhir seminar. Semoga segala panduan dan
nasihat yang disampaikan sepanjang seminar ini berlangsung dapat
dijadikan pengetahuan dan pengalaman baharu untuk kegunaan kelak.
Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari kami sekiranya ada
terkasar bahasa sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi.
Sesungguhnya, yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t. dan yang
kurang itu adalah kelemahan kami.
Dengan ini majlis menjemput saudara Mark Heysley Anak Diger bagi
mengiringi _______________________________ untuk keluar dewan.
MAJLIS FAIZ Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
BERSURAI LINDA Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum Wbt.
SEMASA
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Seminar Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah / Rekabentuk
dan Teknologi telah berlangsung pada 31 March 2015. Sepanjang perjalanan
majlis pada hari itu, telah berlaku banyak perubahan yang dijalankan dek kerana
kejadian-kejadian yang tidak dielakkan. Perubahan yang berlaku adalah seperti,
ucapan daripada pengarah yang mengambil masa lebih dari yang ditetapkan.
Seterusnya, kekangan masa yang dialami oleh pensyarah jemputan yang
terpaksa membuatkan majlis terpaksa menangguhkan beberapa slot dan
menggantikannya dengan slot yang lain. Kekangan-kekangan yang terjadi
menyebabkan perubahan skrip dilakukan serta merta semasa berlangsung majlis
seminar kajian kurikulum KHSR/RBT ini. Berikut merupakan salinan skrip
pengacaraan majlis yang telah diubah mengikut kesesuaian situasi semua
semasa berlangsungnya majlis seminar.
SELEPAS
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Berakhirnya majlis Seminar Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah/ Rekabentuk dan Teknologi 2015 anjuran pelajar 2PISMP RBT Ambilan
Jun 2014 pada 31 March 2015. Selaku ajk pengacara majlis seminar, kami telah
menyusun dan menambahbaik skrip mengikut susunan yang sepatutnya seperti
yang berlangsung pada hari kejadian. Berikut merupakan teks penuh dan akhir
pengacaraan majlis.
TEKS PENGACARAAN MAJLIS
SEMINAR KAJIAN KURIKULUM KHSR/RBT
LINDA Hadirin yang dimuliakan,
Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan
serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan.
Bagi melancarkan perjalanan majlis diminta kerjasama tuan-tuan dan
puan-puan supaya mematikan telefon bimbit atau menetapkannya
kepada mod senyap. Tuan-tuan dan puan-puan juga diminta mengikuti
program ini sehingga ke akhir majlis.
Terima kasih atas kerjasama semua.
KETIBAAN VIP FAIZ Mengumumkan ketibaan Dr. Mohamad Nor Bin Mohamad Taib
Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek Negeri
Sembilan diiringi oleh Puan Jamilah Bt Idris Ketua Jabatan
Rekabentuk Dan Teknologi IPG Kampus Pendidikan Teknik.
[NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN NEGERI SEMBILAN]
Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
(ASMAH BERI TENTATIF KEPADA TETAMU)
KATA ALU-
ALUAN
LINDA
FAIZ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam 1 Malaysia.
Bunga tanjung di tengah pekan,
Tiupan bayu mencelah suria,
Kalimah nan agung saya mulakan,
Salam sejahtera menambah ceria.
Sayang selasih berisi minyak,
Bunga cengkih di atas jerami,
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.
Yang berusaha,
Dr Mohamad Nor Bin Mohamad Taib,
Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik.
Yang dihormati,
Puan Jamilah Bt Idris
Ketua Jabatan Rekabentuk Dan Teknologi IPG Kampus
Pendidikan Teknik
Para Penceramah Jemputan yang dihormati,
Para Pensyarah IPG Kampus Pendidikan Teknik
Serta, siswa siswi pendidik sekalian.
LINDA Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
BACAAN DOA FAIZ
LINDA
Ikan merah dijual di pekan,
Syukur gembira dapat sebaldi,
Cuaca cerah turut mengizinkan,
Pohonlah doa ke hadrat Ilahi.
Bagi memberkati majlis, dijemput saudara Syuriansyah Bin Ishak untuk
memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
Amin amin ya rabbal alamin. Semoga dengan bacaan doa itu tadi,
majlis ini berjalan dengan lancar.
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
UCAPAN
PENGERUSI
LINDA Hadirin sekalian,
Seminar Kajian Kurikulum KHSR/ RBT ini merupakan satu tugasan
kerja kursus bagi subjek Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah / Reka Bentuk dan Teknologi (RBT 3033). Kursus ini bagi
pelajar semester 2pismp RBT ambilan Jun 2014 dibawah bimbingan
Tn. Hj. Suhaimy Bin Ahmad juga selaku pensyarah penilai bagi
seminar Kajian Kurikulum KHSR/RBT. Seminar ini bertujuan untuk
memberi pendedahan kepada siswa siswi pendidik Reka Bentuk dan
Teknologi tentang perkembangan Kurikulum KHSR / RBT. Dengan ini,
majlis menjemput saudara Mark Heysley Anak Diger selaku pengerusi
bagi program seminar kajian kurikulum KHSR/RBT untuk memberikan
ucapan. Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Mark Heysley Anak
Diger.
PERASMIAN
MAJLIS
FAIZ
LINDA
FAIZ
LINDA
Sekapur sirih tiada berharta,
Buat santapan untuk pahlawan,
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Dr Mohamad
Nor Bin Mohamad Taib Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik bagi
memberikan ucapan seterusnya merasmikan program seminar kajian
kurikulum KHSR/RBT.
[UCAPAN PENGARAH]
Untuk pengetahuan para hadirin,majlis seminar kajian kurikulum KHSR
& RBT ini mewajibkan kehadiran bagi para pelajar major Reka Bentuk
Dan Teknologi yang terdiri daripada pelajar semesta 2 PPISMP DAN 5
PISMP. Manakala kehadiran bagi pelajar lain adalah digalakkan.
FAIZ
[VIDEO]
- Banting
- Video
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Dr Mohamad Nor bin
Mohamad Taib di atas perasmian sebentar tadi
[SLOT 1]
Penceramah 1
LINDA Hadirin yang dimuliakan,
Kini tiba masanya kita menjemput penceramah jemputan Tn. Hj
Mazlan bin Hj Talib yang merupakan Ketua Unit, Rekabentuk dan
Teknologi, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia bagi menyampaikan ceramah bertajuk REKABENTUK
KANDUNGAN KURIKULUM KHSR/RBT.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
SESI SOAL
JAWAB
(5 minit)
LINDA Seterusnya, majlis membuka peluang kepada para hadirin untuk
mengajukan sebarang soalan kepada Tn. Hj Mazlan Bin Hj Talib.
Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Mazlan Bin Hj Talib diatas
perkongsian ilmu sebentar tadi. Juga kepada saudari Nik Husni Nik
Hashim diatas soalan yang diajuakan sebentar tadi. Diharap para
hadirin dapat meningkatkan ilmu pengetahuan yang boleh
memperkembang pengalaman dan kemahiran diri.
(penceramah rest 5 minit)
FAIZ [PEMBERIAN CENDERAMATA]
Dengan ini majlis dengan segala hormatnya menjemput Puan Jamilah
Bt Idris Ketua Jabatan Rbt untuk memberikan cenderamata kepada
penceramah jemputan kita pada hari ini.
Dijemput Tn Hj Mazlan bin Hj Talib – Ketua unit Rbt, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, KPM
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Dr Mohamad Nor Bin Mohd
Taib dan Puan Jamilah Bt Idris di atas kesudian memberikan
cenderamata sebentar tadi.
[SLOT 2
PELAJAR 1
LINDA Hadirin yang dikasihi , disini ada sedikit perubahan bagi pihak majlis
memohon masa kudapan akan ditunda terus ke waktu rehat . Mohon
para hadirin dapat memahami.
Tanpa melengahkan masa, marilah kita bersama-sama menyaksikan
pembentangan pelajar dari 2PISMP RBT. Dengan ini dijemput saudara
Amirul Izzad bin Rosli dengan pembentangan yang bertajuk
CABARAN KURIKULUM KHSR/RBT.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Amirul Izzad Bin
Rosli atas pembentangan sebentar tadi.
PELAJAR 2 FAIZ Seterusnya, majlis beralih kepada sesi pembentangan daripada
saudari Edalyia Anak Amie dengan pembentangan yang bertajuk
Penilaian Kurikulum KHSR/RBT. Majlis mempersilakan
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudari Edalyia Anak Amie
atas pembentangan sebentar tadi
PELAJAR 3 LINDA Majlis diteruskan dengan pembentangan pelajar daripada saudara
Ahmad Muaz Bin Zainal Abidin dengan pembentangan yang bertajuk
PERLAKSANAAN KURIKULUM KHSR/RBT DALAM ERA
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI. Majlis mempersilakan.
Diucapkan terima kasih kepada saudara Ahmad Muaz atas
pembentangan sebentar tadi
REHAT FAIZ Rumpun nipah tepi telaga,
Diambil orang buat nira,
Hidangan di meja sudah tersedia,
Jemput semua menjamu selera.
Majlis menjemput tetamu vip jemputan serta para pensyarah untuk
bergerak keluar ke bilik tutorial 29/30 manakala para peserta boleh lah
bergerak ke lobi dewan kuliah untuk menjamu selera. Diharap para
hadirin untuk masuk semula ke dalam dewan tepat pada pukul 2.00
petang bagi meneruskan program seminar kita pada hari ini. Para
peserta seminar diminta untuk datang lebih awal bagi mengisi
kehadiran. Pohon kerjasama daripada peserta. Terima Kasih.
PELAJAR 4 FAIZ Assalamualaikum wbt dan selamat petang,
Terima kasih kepada para hadirin yang masih setia. Tanpa membuang
masa majlis diteruskan dengan menjemput saudara Mohd Amirul Hafiz
bin Jipri dengan pembentangan yang bertajuk PERKEMBANGAN
KURIKULUM KHSR/RBT. Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Mohd Amirul Hafiz
bin Jipri di atas pembentangan sebentar tadi.
[SLOT 3]
PELAJAR 5
FAIZ Assalamualaikum wbt dan selamat petang,
Terima kasih kepada para hadirin yang masih setia. Tanpa membuang
masa majlis diteruskan dengan sesi pembentangan pelajar yang ke-5,
iaitu saudara Muhammad Amir Asyraf bin Azmal dengan
pembentangan yang bertajuk TEORI DAN MODEL KURIKULUM
DALAM KONTEKS KHSR/RBT. Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Muhammad Amir
Asyraf bin Azmal atas pembentangan sebentar tadi
PENCERAMAH LINDA Majlis diteruskan dengan sesi ceramah daripada Dr. Tajul Ariffin bin
3
FAIZ
Yang Hussin, pensyarah IPG Kampus Pendidikan Teknik dengan
ceramah beliau yang bertajuk Inovasi Kurikulum KHSR/RBT.
[BIODATA PENCERAMAH]
*sebelum kita mendengar ceramah daripada Dr Tajul Ariffin,
marilah kita bersama-sama mengenali diri beliau...
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
[SESI SOAL JAWAB]
Seterusnya majlis membuka peluang kepada para hadirin untuk
mengajukan sebarang soalan kepada Dr Tajul Arifin.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Dr Tajul Ariffin bin Yang
Hussin diatas penyampaian ceramah sebentar tadi. Semoga ceramah
yang disampaikan dapat dijadikan pengetahuan dan pengalaman
baharu khususnya kepada guru pelatih Reka Bentuk dan Teknologi.
[PEMBERIAN CENDERAMATA]
Dengan ini majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn Jamilah Bt
Idris Ketua Jabatan Rbt diiringi Mark Heysley Anak Diger mewakili
semua Jawatankuasa seminar kajian kurikulum KHSR/RBT 2015 untuk
memberikan cenderamata kepada penceramah jemputan kita pada
hari ini.
2) Dijemput Dr Tajul Ariffin Bin Yang Hussin – Pensyarah Ipg
Kampus Pendidikan Teknik.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Jamilah Bt Idris di atas
kesudian memberikan cenderamata sebentar tadi.
PENYAMPAIAN
SIJIL
LINDA Ceramah sudah, pembentangan pun sudah.
Dengan ini, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan
kepada Jawatankuasa Seminar. Majlis dengan segala hormatnya
menjemput Pn Jamilah Bt Idris bagi menyampaikan sijil penghargaan.
Dipersilakan.
Dijemput saudara Mark Heysley Anak Diger mewakili semua
Jawatankuasa seminar kajian kurikulum KHSR/RBT 2015.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Jamilah Bt Idris atas
kesudian menyampaikan sijil penghargaan.
LAGU IPGM FAIZ Seterusnya, diminta hadirin untuk berdiri bagi menyanyikan lagu IPGM
[LAGU IPGM]
Hadirin dipersilakan duduk.
PENUTUPAN FAIZ Pohon berangan tempat bertemu,
MAJLIS
LINDA
FAIZ
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan Negara.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Hadirin yang dihormati,
Kini selesai sudah program Seminar Kajian Kurikulum KHSR/RBT.
Majlis mengucapkan tahniah buat semua peserta yang memberi
kerjasama hingga ke akhir seminar. Semoga segala panduan dan
nasihat yang disampaikan sepanjang seminar ini berlangsung dapat
dijadikan pengetahuan dan pengalaman baharu untuk kegunaan kelak.
Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari kami sekiranya ada
terkasar bahasa sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi.
Sesungguhnya, yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t. dan yang
kurang itu adalah kelemahan kami.
Dengan ini majlis menjemput saudara Mark Heysley Anak Diger bagi
mengiringi Pn Jamilah Bt Idris untuk keluar dewan.
MAJLIS
BERSURAI
FAIZ Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
LINDA Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum Wbt.