teknik terjemahan dan penterjemahan

6

Upload: julianah-bt-ahmad

Post on 21-Feb-2016

177 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

l

TRANSCRIPT

Page 1: Teknik Terjemahan Dan Penterjemahan
Page 2: Teknik Terjemahan Dan Penterjemahan

Disediakan oleh :Julianah binti AhmadNoor Hannisa binti Halimi

Teknik Terjemahan & Penterjemahan

Page 3: Teknik Terjemahan Dan Penterjemahan

TEKNIK TERJEMAHAN

1. Secara Terus

2. Secara Struktural

3. Secara Global

Page 4: Teknik Terjemahan Dan Penterjemahan

1. SECARA TERUS Dikenal sebagai terjemahan harfiah atau literal.

Abdul hamid mahmod et.al (2011) mengklasifikasikan terjemahan kaedah harfiah/secara langsung sebagai kaedah tradisional.

Meminta penterjemah untuk menterjemahkan perkataan-perkataan dalam teks bahasa sumber satu persatu dengan perkataan yang sepadan dalam bahasa penerima.

Perkataan bahasa penerima yang sepadan dengan bahasa sumber tidak semestinya mengandungi makna asal perkataan atau teks bahasa sumber.

Semua tanda bacaan dalam bahasa sumber dikekalkan.

Kesannya, akan menyalahi struktur ayat bahasa penerima, kesamaran makna dan kesilapan makna.

Terjemahan jenis ini banyak berlaku dalam terjemahan buku-buku agama pada zaman dahulu.

Page 5: Teknik Terjemahan Dan Penterjemahan

2. SECARA STRUKTURAL

Bermaksud teks asal dalam bahasa sumber dipisahkan atau dipecahkan kepada ayat-ayat atau frasa-frasa.

Terjemahan dilakukan ke atas pecahan-pecahan itu.

Memberi keutamaan terhadap bahasa sumber.

Bentuk ayat, struktur ayat, golongan kata, kelas kata, tanda baca dan makna bahasa sumber mesti dikekalkan.

Terjemahan perkataan-perkataan bahasa sumber mestilah sama dengan perkataan-perkataan dalam bahasa penerima, iaitu tidak boleh diterjemahkan secara sepadan.

Contoh :

“until cows come home” diterjemahkan sebagai “sehingga lembu-lembu datang pulang” bukan dipadankan dengan peribahasa Melayu “menanti kucing bertanduk”

Page 6: Teknik Terjemahan Dan Penterjemahan

3. SECARA GLOBAL

Bermaksud terjemahan secara keseluruhan.

Memerlukan dan mengutamakan pemahaman pembaca.

Penterjemah bebas menyesuaikan perkataan bahasa sumber dengan perkataan dalam bahasa sasaran.

Penterjemah menyesuaikan unsur-unsur bahasa dan budaya dalam bahasa sumber termasuk tanda baca dengan unsur-unsur dan tanda bahasa sasaran.

Maka, makna atau maksud asal petikan atau teks masih kekal dan terpelihara.