takzim travel and tours

Upload: anon386453546

Post on 18-Jul-2015

246 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Takzim Travel and Tours Rukun-Rukun Umrah.

UKUN-RUKUN UMRAH 1. BERIHRAM (BERNIAT MELAKUKAN UMRAH) 2. TAWAF 3. SA'I 4. TAHALLUL 5. TERTIB WAJIB-WAJIB UMRAH 1. BERIHRAM SERTA BERNIAT UMRAH DI MIQAT YANG DITENTUKAN. 2. MENJAUHI SEGALA PERKARA YANG DILARANG SEMASA DALAM IHRAM. SUNAT-SUNAT UMRAH 1. MANDI SUNAT UNTUK IHRAM 2. SEMBAHYANG SUNAT IHRAM 3. SEMBAHYANG SUNAT TAWAF 4. MENGUCUP HAJARUL ASWAD 5. BERTALBIYAH.

TAWAF Mengelilingi Kaabah 7 pusingan dengaa mematuhi syaratsyarat sahnya

SYARAT-SYARAT SAH TAWAF Suci daripada hadas

JENISJENIS TAWAF TAWAF RUKUN

SUNAT-SUNAT TAWAF Berjalan kaki

Suci badan/ pakaian/tempat tawaf daripada najis TAWAF QUDUM

Ber'ittiba'a bagi Tawaf yang diiringi dengan Sa'ie ( Lelaki )

Menutup aurat

Melakukan ramal ( berlari-lari anak ) bagi Tawaf yang diiringi Sa'ie ( Lelaki ) TAWAF ALBAIT

Bermula pada sudut Hajar Aswad dan berniat Tawaf, jika Tawaf Wada' / Sunat/ Nazar

Isti'lam Hajarul aswad dan mengucupnya / isti'lam Rukun Yamani dan tidak mengucupnya.

TAWAF SUNAT Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan TAWAF NAZAR Berjalan bertujuan tawaf TAWAF WIDA' Mengelilingi Kaabah 7 kali dengan yakin Dilakukan dalam Masjidil haram dan di luar dari Hijir Ismail / Syazarwan TAWAF ( RUKUN ) Mengelilingi Kaabah tujuh kali dengan yakin bermula dan berakhir dipenjuru Hajar Al-Aswad. Sebelum tawaf dimulakan eloklah berdiri mengadap Baitullah di antara rukun Yamani dan Hajarul Aswad di tempat yang lebih hampir dengan penjuru Hajarul aswad dan sunat berniat : " Sahaja aku tawaf Baitullah tujuh keliling tawaf Umrah maka senangkanlah bagiku dan terimalah daripadaku kerana Allah Ta'ala " ( NOTA : - Tawaf Umrah dan Sai'e Umrah tetap dikira sah sekalipun tidak berniat di permulaan tawaf dan sai'e kerana hukumnya adalah sunat. ) Setelah sampai di rukun Yamani disunatkan Isti'lam, jika tidak, bolehlah berisyarat dengan melambai-lambai dan membaca Bismillah Allahu Akbar Walillahil Hamd, dan sunat mengucup tangan, seterusnya membaca : Tawaf dengan kusyuk dan tawadhuk Solat sunat tawaf Berturut-turut 7 kali pusingan Membaca zikir dan doa

" Rabbana aatina Fil-dunya hasanah, Wafil aakhirati hasanah waqina 'azaabannar, wa adkhilnal jannata ma 'al-abraar. Ya 'aziiz ya ghaffar ya rabbal-aalamiin " Doa ini sunat dibaca tiap-tiap kali pusingan di antara rukun Yamani dan rukun Hajarul Aswad.

Sampai sahaja di Hajarul Aswad, sayugialah mengucupnya ( jika ada kemudahan ). Jika tidak, bolehlah beristiqlam dengan tangan dan jika tidak boleh juga, bolehlah berisyarat dengan melambai-lambaikan tangan sambil membaca Bismillah, Allahu Akbar Walillahil Hamd, dengan mengucup tangan yang melambai-lambai itu, dengan ini dikira satu pusingan, buatlah seperti itu sebanyak enam kali lagi dan pastikan pusingan anda tujuh kali dengan yakin, di iringi bacaan doadoa. Jika tidak dapat membaca atau dapat menghafaz doa-doa atau bacaan yang tertentu dalam tawaf dan Sai'e, maka bacalah ayat ayat al-Quran, zikir-zikir atau doa-doa yang lain dan jika semuanya tidak boleh maka Tawaf dan Sai'elah tanpa apa-apa bacaan. Membaca doa semasa Tawaf dan Sai'e adalah amalan sunat sahaja.

ANTARA KESALAHAN-KESALAHAN DALAM TAWAF BATAL TAWAF Terbuka Aurat AMALAN-AMALAH MAKRUH DALAM TAWAF Makan / Minum Bercakap-cakap semasa tawaf khususnya percakapan yang kurang sopan Baca doa dengan nyaring Bercakap dengan telefon bimbit ( Handphone ) Melakukan ramal pada semua pusingan

Menyentuh kelambu/ dinding Kaabah

Terpesong niat seperti mencari kawan/ isteri / suami Menyentuh Syazarwan ( tapak Kaabah )

PERIHAL WUDUK SEMASA TAWAF ( Keputusan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke 21 pada 5-7 jun 2005 di Shah Alam ) Bersentuhan lelaki dan perempuan yang halal nikah tanpa lapik batal wuduk Rukhsah adalah keringanan yang Allah berikan kepada umat Islam dalam melaksanakan perintah Allah di saat-saat darurah ( terdesak ), masyaqqah ( kesusahan ) atau haajah ( keperluan ) Azimah pula suatu kemestian melaksanakan perintah Allah dalam apa jua keadaan sekalipun.

Oleh itu boleh beralih dari pendapat Syafi'e yang masyhur kepada pendapat Syafi'ie yang marjuh iaitu :Tidak batal wuduk jika berlaku persentuhan lelaki dan perempuan tanpa syahwat ( Pendapat Ibn Suraij dan Al-Rafi'ie ) Dalam masyaqqah sahaja ( bermula dari tangga hotel hingga selelai tawaf )

-

LAIN-LAIN TIPS SEMASA TAWAF : Menyentuh Kaabah atau Hijr Ismail semasa tawaf Jika disentuh dengan sengaja maka akan terbatal pusingan tawaf tersebut. Jika tidak sengaja maka tidak batal pusingan tawaf, boleh teruskan tawaf seperti biasa. Jangan sekali-kali menyentuh Kaabah ketika tawaf walaupun jemaah amat hampir dengan Kaabah semasa tawaf. Terdapat kes jemaah yang begitu teruja untuk menyentuh Kaabah ketika tawaf disebabkan kedudukannya amat hampir dengan Kaabah. Sabar, ini mungkin ujian Allah, jika berhasrat hendak menyentuh Kaabah pastikan telah selesai tawaf dengan sempurna. Begitu juga dengan Hijr Ismail. Menyentuh Makam Ibrahim semasa tawaf Jika disentuh Makam Ibrahim tidak membatalkan pusingan tawaf. Begitu juga berjalan melaluinya semasa tawaf. Keraguan berkaitan bilangan tawaf selepas tawaf Jika perasaan keraguan yang timbul selepas selesai amalan haji atau umrah maka keraguan tersebut tidak boleh ambil kira. Sila abaikan keraguan yang datang setelah sempurna amalan haji atau umrah kita, banyakkan baca surah al-Nas dan berdoa. Sekiranya keraguan datang semasa tawaf, contohnya berapakah bilangan tawaf yang dilakukan? Maka berpegang pada kiraan bilangan yang kecil, contoh tujuh atau enam. Maka hendaklah berpegang pada enam dan hendaklah tawaf dengan satu pusingan lagi untuk cukupkan tujuh dengan yakin. Begitu juga

semasa saie. Mula tawaf pada bukan penjuru Hajarul Aswad Tawaf yang dimulakan pada penjuru selain dari Hajarul Aswad adalah tidak sah, jemaah perlu membuat tambahan pusingan tawaf, ini kerana tawaf yang dimulakan pada penjuru selain dari Hajarul Aswad adalah batal dan tidak diambil kira. Masuk dalam Hijr Ismail ketika tawaf Semasa sedang tawaf jemaah haji tidak dibenarkan menyentuh, masuk atau hanya melalui laluan dalam Hijr Ismail kerana ia adalah sebahagian daripada Kaabah. Begitu juga semasa tawaf tidak boleh menyentuh Kaabah (termasuk kelambu Kaabah) dan Syazarwan. Sekiranya berhajat hendak memasuki Hijr Ismail untuk bersolat atau berdoa dalamnya atau menyentuh Kaabah atau Syazrawan pastikan telah sempurna tawaf dengan yakin. # Peringatan untuk jemaah haji atau umrah bahawa kelambu Kaabah adalah wangi pastikan sekiranya masih dalam larangan ihram pastikan tidak terlalu asyik dengan bau wangian pada kelambu Kaabah. Jika berbuat demikian dikira berdosa dan dikenakan dam. Tawaf menggunakan kerusi roda Jika tidak berupaya tawaf dengan berjalan kaki maka jemaah diboleh bertawaf dengan menaiki kerusi roda. Orang yang sihat juga boleh bertawaf dengan menaiki kerusi roda, ini kerana tawaf dalam keadaan berjalan kaki adalah termasuk dalam kategori amalan sunat semasa tawaf. Rasulullah SAW pernah tawaf dalam keadaan menunggang binatang. Melakukan tawaf dalam keadaan menunggang tanpa uzur, hukumnya harus. Pastikan sorongan yang dibuat hendaklah cukup tujuh pusingan. Keadaan tawaf adalah tidak sah jika orang yang disorong tidur dalam keadaan papan punggung yang tidak tetap dan tidak pula mengetahui bilangan sorongan yang dibuat. Pastikan orang yang akan membantu untuk sorongan tawaf tersebut boleh dipercayai dan dibuat urusan dengan jelas antara kedua belah pihak, ini bagi mengelak berlaku penipuan. Pastikan aurat juga dijaga semasa tawaf menggunakan kerusi roda, khususnya jemaah wanita, pastikan tidak menampak aurat kaki atau

betis semasa duduk di atas kerusi roda, pastikan stoking panjang dan sesuai untuk menutup aurat kaki. Tawaf dengan yakin cukup tujuh pusingan Pastikan tawaf yang dilakukan adalah diyakini cukup tujuh pusingan. Sekiranya tidak yakin hendaklah membuat tambahan pusingan. Sering berlaku jemaah tawaf tidak cukup tujuh pusingan kerana bimbang di tinggalkan kawan, atau suami/isteri maka jemaah terus meninggalkan tempat tawaf walaupun dalam keadaan ragu-ragu mengenai bilangan tawaf yang telah dilakukan. Suami/isteri dan sahabat handai hendaklah bertolak ansur dalam perkara ini, jangan mementingkan diri sendiri sehingga boleh menjejaskan ibadat orang lain. Untuk memberi keyakinan mengenai bilangan tawaf, jemaah dinasihatkan mencari kaedah atau formula memudahkan mereka mengingati bilangan tawaf yang dibuat. Berdasarkan pengalaman penulis ada jemaah yang menggunakan kaedah lipatan pada buku doa yang dibawa semasa tawaf, ada yang menggunakan biji tasbih dan sebagainya. Walaupun nampak remeh tetapi ia dapat membantu kita membina keyakinan terhadap bilangan tawaf yang dibuat. Terpisah daripada sahabat selepas tawaf Sebaiknya sebelum bergerak di tempat tawaf, jemaah dinasihatkan membuat perancangan di manakah tempat yang paling mudah bertemu jika terpisah dengan rakan dan keluarga. Dinasihatkan carilah tempat yang mudah untuk berjumpa. Contohnya seperti di bawah kawasan lampu hijau yang bertentangan dengan penjuru Hajarul Aswad atau mana-mana kawasan yang dirasakan sesuai dan dipersetujui oleh ahli keluarga atau rakan, tetapkan had masa menunggu dan bincang serta dapatkan persetujuan bersama. Makan dan minum ketika tawaf Makruh makan dan minum ketika tawaf, kemakruhan minum lebih ringan daripada makan. Tidak membatalkan pusingan tawaf. Rasulullah SAW pernah minum air ketika tawaf kerana sangat dahaga. Bercakap-cakap ketika tawaf Tidak membatalkan pusingan tawaf. Sebaiknya elakkan, ini penting untuk mendatangkan ketenangan dan kekhusyukan semasa sedang

beribadat . Inilah antara isu-isu berkaitan tawaf dan beberapa tips sebagai panduan tetamu Allah sekalian. Walaupun adakalanya nampak remeh dan telah disentuh berulang kali dalam siri kursus haji dan sebagainya tetapi ia jugalah yang sering menjadi perkara yang berbangkit berkaitan tawaf pada saban tahun. kembali 3. Tawaf di Kaabah TAWAF RUKUN (IFADAH) DI BAITULLAH) Tawaf adalah rukun yang ketiga bagi fardu haji dan yang kedua pentingnya selepas wukuf di Arafah. Tawaf ertinya mengelilingi Ka'abah sebanyak tujuh kali pusingan. Tawaf ini hendaklah dilakukan atau dilaksanakan selepas melontar Jamrah Aqabah, bercukur atau menggunting rambut dan berkorban pada pagi 10 Zulhijjah ataupun selepas melontar kesemua Jamrah dari 11 hingga 13 Zulhijjah. SYARAT-SYARAT TAWAF Permulaan waktu tawaf rukun ialah selepas tengah malam hari raya qorban, iaitu selepas wukuf di Arafah. Tiada waktu akhir baginya, iaitu boleh ditangguhnya kepada bila-bila masa, tetapi jika ditangguhkan tawaf ini, maka belum boleh bebas lagi dari beberapa pantang larang ihram, seperti nikah, bersetubuh dan bersentuh-sentuhan antara lelaki dan perempuan tanpa berlapik serta ada syahwat. Syarat-syarat tawaf itu ialah :Suci dari hadas kecil dan besar, Menutup aurat seperti di dalam sembahyang Suci dari najis pada badan, pakaian dan tempat Hendaklah dimulakan tawaf itu dari tempat yang sejajar atau setentang dengan Hajar Aswad yang ada pada satu penujuru Ka'bah itu. Sekiranya seseorang itu memulakan tawafnya pada tepi atau sudut Ka'bah yang tidak bersetentang dengan hajar aswad, maka tidaklah dikira pusingan itu hinggalah dia sampai pada sudut Hajar Aswad itu maka barulah disitu dikira permulaan tawafnya. 5. Hendaklah Ka'bah sentiasa di sebelah kiri ketika berjalan kehadapan mengelilinginya dan tidaklah sah selain daripada yang demikian, seperti berjalan dengan mengundur atau berjalan sedang ka'bah dikanannya atau lain-lainnya. 1. 2. 3. 4.

6. Ketika hendaklah memulakan tawaf, seseorang itu kenalah berdiri dengan bahu kirinya berbetulan dengan hajar aswad, walaupun Hajar Aswad itu jauh daripadanya. 7. Wajiblah tawaf itu dikerjakan sebanyak tujuh kali pusingan 8. Tawaf itu hendaklah dilakukan di dalam Masjidil Haram dan diluar dari bahagian Ka'bah seperti Hijir Ismail dan Syazarwan (tembuk yang dijadikan bingkai di kaki Baitullah, kerana termasuk di dalam ka'bah.) JENIS-JENIS TAWAF Jenis-jenis tawaf adalah seperti berikut:1. Tawaf Ifadah (Rukun) ialah tawaf bagi mereka yang balik dari Arafah iaitu tawaf rukun bagi mereka yang mengerjakan haji (dinamakan tawaf rukun umrah bagi mereka yang mengerjakan umrah) 2. Tawaf Qudum ialah tawaf selamat datang ke Mekah mengunjungi Baitullah bagi mereka yang mengerjakan haji ifrad dan haji qiran disunatkan tawaf qudum, 3. Tawaf sunat iaitu tawaf biasa yang dilakukan pada bila-bila masa yang disukai. 4. Tawaf Wada' (tawaf selamat tinggal) ialah tawaf yang wajib dilakukan apabila seseorang itu hendak meninggalkan Mekah kerana menghormati dan memuliakan Baitullah Al-Haram. SUNAT-SUNAT DALAM TAWAF 1. Menghadap Hajar Aswad diwaktu mulai tawaf sambil melakukan istilam (mengucup hajar aswad) 2. Meletakkan pertengahan kain selendang di bawah keyiak kanan dan kedua-dua hujungnya di atas kiri dengan menjadikan bahu kanan terbuka bagi lelaki. Istilah bagi perbuatan ini dinamakan ITTIBAK. 3. Berjalan cepat, seperti berjalan-jalan anak. 4. Berjalan kaki ketika tawaf (kecuali bagi mereka yang uzur bolehlah diusung) 5. Berturut-turut tujuh kali pusingan tawaf itu. 6. Tawaf dengan tawaduk dan khusyuk. 7. Membaca zikir dan doa. 8. Sembahyang sunat dua rakaat setelah selesai tawaf dan sunat pula sembahyang itu dibelakang Maqam Ibrahim atau di mana-mana sahaja di dalam Masjidil Haram.

MIQAT DAN BERIHRAM Soalan Apakah perbezaan di antara miqat makani dan zamani? Jawapan Miqat makani ialah tempat kita menunaikan niat. Miqat zamani pula ialah masa kita memulakan niat. Miqat makani bagi haji untuk orang yang datang dari jauh ialah 5 tempat menurut jurusan daerah masing-masing. Tempat-tempat itu tersebut dalam hadis Nabi saw. Miqat ini juga menjadi miqat umrah mereka. Orang yang tinggal di Makkah atau kawasan sekitarannya miqat hajinya ialah tempat tinggalnya. Adapun miqat umrahnya ialah tanah halal yang terdekat seperti Taneim atau yang jauh seperti Jaranah. Tidak ada miqat zamani bagi amalan umrah. Miqat zamani bagi haji ialah: mula daripada 1 Syawal hingga sejurus sebelum fajar 10 Zulhijjah.

Soalan Apakah ertinya ihram? Jawapan Erti Ihram ialah mengharamkan atas dirinya segaola yang diihramkan semasa ihram. Tetapi ianya tidak berlaku melainkan setelah berniat. Oleh kerana itu ihram juga diertikan niat. Orang yang sudah berniat walaupun tidak memakai ihram atau dia membuat perkara yang terlarang hajinya adalah sah tetapi ia berdosa dan dikenkan dam. Kecuali jika ia bersetubuh sebelum tahallul awal maka batal hajinya.

Soalan Adakah wanita yang didatangi haid dibolehkan mandi sunat dan berniat ihram? Jawapan Ya, boleh dan sunat ia mandi kerana ihram dan mandi-mandi haji

yang lainnya.

Soalan Adakah boleh berniat ihram dengan tidak memakai ihram? Jawapan Boleh. Tetapi berdosa dan dikenakan dam

Soalan Apakah hukum bagi seseorang yang tidak menjatuhkan niat di miqat? Jawapan Hukumnya haram. Kerana setiap orang yang menuju ke Makkah dengan tujuan haji atau umrah, mesti berihram dengan niat dan dikenakan dam jika melanggar miqat.

Soalan Apakah hukum bagi seorang yang berniat ihram haji atau umrah setelah melewati miqat? Jawapan Niatnya sah tetapi dikenakan dam jika ia telah melewati kesuluruhan miqat.

Soalan Bolehkah seorang yang telah berniat ihram haji, menukar niat untuk mengerjakan umrah? Jawapan Tidak boleh.

Soalan Adakah dalil yang menguatkan kelebihan bermiqat di Jaranah

untuk berihram umrah? Jawapan Dalilnya ialah kerana Nabi saw bermiqat umrah dari situ pada tahun pembukaan Makkah.

Soalan Apakah yang harus dilakukan jika seorang wanita yang berniat ihram haji tetapi tidak dapat menyempurnakan kesemua rukun-rukunnya kerana kedatangan haid hingga tiba tarikh kepulangan ke tanah airnya? Jawapan Ia boleh keluar meninggalkan Makkah hingga ia sampai ke tempat yang tidak mungkin ia kembali ke Makkah semua, di sana ia bertahallul kalau belum bertahallul setelah ia membayar dam kerana terhalang, dan ia wajib membuat rukun yang tertinggal itu pada bila-bila masa dengan ihram.

Soalan Bagaimanakah yang harus dilakukan dan apakah hukumnya bagi jemaah yang telah berihram untuk mengerjakan haji atau umrah tetapi tidak dapat meneruskan niatnya untuk mengerjakan amalan-amalan tersebut dan terpaksa membatalkan ihramnya itu atas sebab-sebab tertentu seperti sakit terlantar, coma, hilang fikiran dan tidak dapat bergerak atau kerana keselamatan yang tidak terjamin di Tanah Suci atau di perjalanan menuju ke Tanah Suci ekoran dari peperangan atau keadaan huru-hara? Jawapan Jemaah haji yang tidak dapat meneruskan amalan haji atau umrahnya setelah mereka berihram yakni berniat, maka mereka boleh bertahallul dengan salah satu daripada dua cara berikut: a. Mereka hendaklah membayar dam kerana terhalang dari meneruskan amalan iaitu menyembelih seekor kambing di tempat hendaklah dinilaikan harga kambing dan dibelikan makanan untuk disedekahkan kepada fakir miskin. Kalau tidak mampu hendaklah mereka berpuasa menurut bilangan cupak yang dapat dibeli

dengan harga seekor kambing, secupak puasanya sehari, kalau terdapat setengah cupak, puasanya juga sehari. Setelah membayar dam hendaklah mereka bertahallul dengan bercukur. b. Mereka boleh terus bertahallul jika ada zuru yang menghalang tanpa membayar dam jika mereka telah berniat ihram dengan bersyarat iaitu kalau ada halangan, mereka akan bertahallul. Contoh niatnya: Aku niat haji/umrah dan aku berihram dengannya dengan syarat aku bertahallul jika ada uzur yang yang datang menghalang - atau lafaz lain yang seumpamanya. Maka apabila datang uzur mereka terus bertahallul. Dalam kedua-dua keadaan mereka belum lagi sempurna mengerjakan haji. Jadi yang belum menunaikan haji wajib masih belum gugur kewajipannya dan mesti menunaikan hajinya di lain tahun.

Soalan Adakah qaul yang membolehkan seseorang itu menggantungkan niat ihramnya? Jawapan Ya, ada qaul dalam perkara ini. Caranya ia hanya berniat ihram. Kemudian setelah masuk ke Makkah baharulah ia menentukan dengan niat haji atau umrah.

Soalan Bilakah niat ihram untuk mengerjakan umrah bertukar menjadi haji? Jawapan Apabila seseorang itu memasukkan niat haji ke dalam umrahnya sebelum ia mula tawaf umrah, jadilah hajinya haji qiran dan dikenakan dam.

TAWAF DAN SAIE Soalan Berapakah jenis tawaf? Jawapan a. Tawaf ada enam jenis. b. Tawaf Haji c. Tawaf Umrah d. Tawaf Qudum e.Tawaf Sunnat f. Tawaf Nazar g. Tawaf Wada

Soalan Bagaimana mengerjakan tawaf dan di mana tawaf bermula dan berakhir? Jawapan Caranya: Apabila seseorang itu masuk ke Masjid al-Haram pada mulanya hendaklah ia menuju ke Hajar Aswad lalu mengucupnya dan sujud atasnya. Kemudian ia berdiri mengadap Baitullah sedang keseluruhan Al-Hajar Al-Aswad di kanannya lalu berniat. Kemudian dia pun mula berjalan dengan mengirikan Baitullah. Dan yang lebih afdal jika keadaan mengizinkan ia bergerak ke kanan Hajar Aswad mengadap Baitullah hingga melalui keseluruhan Al-Hajar Al-Aswad kemudian ia mengirikan Baitullah dan memulakan perjalanan tawafnya.

Soalan Bagaimana cara mengatasi masalah bagi seorang yang tidak dapat menghafal atau membaca bacaan-bacaan yang ikhaskan semasa mengerjakan tawaf dan sai?

Jawapan Bacaan di dalam tawaf dan sai semuanya sunat. Malah semua bacaan di dalam haji dan umrah adalah sunat. Tidak mengapa dibacanya apa sahaja doa yang diketahui atau membaca surahsurah pendek dari Al-Quran semasa tawaf, sai dan wukuf.

Soalan Adakah batal air sembahyang apabila penyentuhan berlaku di antara lelaki dan perempuan semasa bertawaf? Jawapan Hukum yang muktamadnya adalah batal jika penyentuhan kulit berlaku antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dan sudah mencapai umur yang diingini. Tetapi di dalam mazhab Syafii kita ada pendapat bahawa yang disentuh tidak batal. Pendapat ini boleh dipakai dalam keadaan darurat. Menurut pendapat Hanafi pula yang muktamad tidak batal melainkan dengan syahwat pendapat ini boleh ditaklid dengan syarat kita berwuduk menurut mazhab Hanafi dengan menyapu sekurang-kurangnya suku kepala.

Soalan Apakah hukum seoran yang mengerjakan haji ifrad tetapi tidak melakukan tawaf qudum? Jawapan Haji ifradnya sah kerana tawaf qudum adalah sunat.

Soalan Bolehkah seorang melakukan tawaf haji atau umrah tanpa niat untuk bertawaf? Jawapan Boleh. Kerana niat ihram haji dan umrah mencakup semua amalan haji dan umrah

Soalan Adakah sempurna satu pusingan tawaf seorang yang terjatuh semasa melakukannya dan beberapa kali terlepas dari mengirikan bahunya ke Kaabah kerana ditolak? Jawapan Kalau ia yakin bahawa bahu kirinya telah terpesong dari Kaabah semasa ditolak atau terjatuh itu dan ada bahagian tembok Kaabah itu yang tidak sempurna dikelilingi maka hendaklah ia berundur ke belakang untuk menyempurnakan perjalanan tawafnya, jika tidak munkin, hendaklah ia menambah bilangan untuk menyempurnakan tujuh pusingan yang sempurna.

Soalan Adakah sah tawaf seorang yang bercakap-cakap atau memberi isyarat kepada orang lain semasa melakukan tawaf? Jawapan Sah tawafnya. Tetapi perbuatannya itu makruh melainkan jika perlu atau bercakap sesuatu yang baik. Sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud: Bertawaf di Baitullah itu adalah salat (sembahyang), hanya Allah menghalalkan bercakap semasa tawaf, maka sesiapa yang perlu bercakap, bercakaplah dengan sesuatu yang baik.

Soalan Apakah yang harus dilakukan oleh perempuan yan datang haidnya sebelum tawaf ifadhah. Bolehkah mereka meninggalkan tawaf itu dan terus pulang tanpa tawaf ifadhah? Jawapan Tawaf ifadhah dalah rukun haji yang mesti dikerjakan. Orang yang belum mengerjakan tawaf ifadhah walaupun dia telah bertahallul awal namun ada lagi perkara yang haram atasnya selagi ia belum tawaf iaitu akad nikah dan bersatu suami/isteri dan hajinya atau umrahnya belum lagi sempurna.

Andainya seseorang wanita yang datang dari jauh itu tidak dapat bertawaf ifadhah kerana ia kedatangan haid misalnya atau nifasnya belum selesai dan dia terpaksa pulang bersama jemaah yang, maka hukumnya seperti berikut: a. Kalau dia telah membuat syarat semasa berniat ihram andainya ia uzur ia akan bertahallul, dia boleh bertahallul, dia boleh bertahallul dengan bergunting dan pulang tetapi hajinya belum sempurna. Ia kena haji lagi pada bila-bila masa. b. Kalau dia tidak membuat syarat maka caranya hendaklah ia keluar hingga sampai ke kawasan sejauh dua marhalah dan menyembelih seekor kambing di situ dan bertahallul dengan bergunting. Kewajipan bertawaf ini masih ada atasnya dan wajib melakukan pada bila-bila masa dengan berihram. c. Dia bertaklid dengan Mazhab Hanafi/Hambali yang tidak mensyaratkan suci ketika bertawaf. Lalu dia bertawaf dan sah hajinya tetapi ia berdosa kerana masuk masjid dalam keadaan haid dan dikenakan dam seekor unta. Ini diharuskan kalau sukar baginya menunggu hingga suci.

Soalan Bolehkah seorang menjatuhkan niat mengerjakan tawaf di antara Rukun Yamani dan Rukun Hajar Aswad? Jawapan Ya, boleh.

Soalan Apakah hukum meninggalkan kota Makkah selepas hari Tasyrik untuk menginap sementara di Jeddah buat beberapa hari sebelum mengerjakan Tawaf Ifadhah? Jawapan Hukumnya adalah harus. Tetapi yang afdalnya dibuat Tawaf Ifadhah itu pada hari kesepuluh Zulhijjah setelah melontar Jamrah Aqabah. Ataupun sebaik-baik selesai melontar hari Tasyrik.

Soalan Bolehkah seseorang yang hendak pergi ke Jeddah atau Medinah kerana sesuatu urusan dan akan kembali semula ke Makkah tanpa mengerjakan tawaf wada? Jawapan Wajib mengerjakan tawaf wada. Kecuali orang yang memang berulang alik kerana kerjanya seperti pemandu teksi misalnya.

Soalan Adakah dikenakan dam bagi seseorang yang meninggalkan tawaf wada kerana uzur atau darurat? Jawapan Tidak dikenakan dam.

Soalan Adakah tawaf wada boleh diganti dengan ibadat lain? Jawapan Digantikan dengan dam. Jika ditinggalkan tanpa uzur hukumnya berdosa.

Soalan Apakah hukum meninggalkan tawaf wada dengan sengaja dan apakah damnya? Adakah dam kerana tidak bertawaf Wada boleh digantikan dengan puasa? Jawapan Hukumnya berdosa. Damnya ialah menyembelih seekor kambing di tanah haram. Jika tidak mampu maka hendaklah puasa 10 hari 3 hari di Makkah dan 7 hari apabila kembali ke negeri sendiri.

Soalan Bagaimana mengerjakan sai dan di mana sai bermula dan

berakhir? Jawapan Mengerjakan sai ialah dengan berjalan cepat dan memendekkan langkah. Apabila sampai di kawasan yang bertanda hijau pada tiang-tiang di tepi Masaa itu sunat pula berlari-lari anak bagi kaum lelaki sahaja. Sai bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah.

Soalan Adakah sah sai seorang tanpa wuduk? Jawapan Sah sainya.

Soalan Adakah sai sunat boleh dikerjakan seperti tawaf sunat? Jawapan Tidak ada sai sunat.

Soalan Adakah sah sai seseorang yang tidak memijakkan kakinya ke batu asalnya? Jawapan Sah hajinya asalkan dia menghbiskan jalannya hingga ke kaki bukit dan afdal ia naik sedikti.

Soalan Adakah dikenakan dam bagi seorang yang bertahallul di Safa kerana salah kira? Jawapan Jika sai nya sudah cukup bilangannya sahlah tahallulnya. Jika belum, ia wajib menyempurnakan sai nya dan dia dikenakan dam

kerana membuang rambut sebelum masanya

TAHALLUL Soalan Apakah erti Tahallul? Jawapan Tahallul ialah keluar dari ihram dengan berukur atau bergunting setelah sampai masanya. Tahallul awal : ialah bercukur lebih awal di Mina sebik baik sahaja sampai dari Muzdalifah pada 10 Zulhijjah setelah melontar jamrah. Tahallul thani : ialah setelah bertawaf dan bersai haji sekembalinya ke Makkah setelah selesai wuquf.

Soalan Apakah perbezaan tahallul umrah dan tahallul haji? Jawapan Tidak ada perbezaan. Cuma tahallul haji dua macam awal dan thani.

Soalan Adakah seorang itu boleh menggunting/mencukurkan orang lain sebelum ia menggunting/mencukur diri sendir? Jawapan Boleh. Kerana yang dilarang mencukur diri sendiri atau orang lain ialah sebelum masa yang diharuskan bertahallul.

Soalan Bolehkah seorang yang mengerjakan haji tamattuk itu bertahallul sebelum melakukan penyembelihan dam?

Jawapan Boleh. Kalau damnya berupa penyembelihan kambing, afdal disembelih pada pagi Hari Raya Haji. Tetapi kalau damnya berpuasa iaitu 3 hari pada masa haji elok dibuat pada 3 hari sebelum Arafah dengan syarat setelah dia berihram haji iaitu pada hari keenam, ketujuh dan kelapan bulan Zulhijjah.

Soalan Bolehkah seorang wanita yang sedang dalam haid bertahallul? Jawapan Boleh

Soalan Sesudah melontar Jamrah Aqabah, seoran membuka ihramnya sebelum bertahallul. Adakah dia dikenakan dam dan apakah bentuk damnya? Jawapan Jika ia memakai pakaian yang berjahit sebelum bercukur ia dikenakan dam. Damnya ialah menyembelih seekor kambing atau memberi makan 6 orang fakir miskin setiap orang setengah gantang atau puasa tiga hari. Boleh dipilih salah satu daripadanya.

DAM Soalan Apakah erti Dam? Jawapan Asal makna dam ialah darah. Kemudian dipakai sebagai nama binatang ternakan yang disembelih kerana menebus kesalahan atau menutupi kekurangan dalam masa mengerjakan haji atau umrah. Kemudian digunakan perkataan ini untuk sebarang denda ganti penyembelihan.

Soalan Mengapa orang yang melakukan haji tamattuk dikenakan dam? Jawapan Kerana ia telah tidak berihram dari miqat haji dalam musim haji. Kecuali penduduk Makkah dan sekitarnya tidak dikenakan dam.

Soalan Berapa dam yang harus dibayar jika seorang itu mengerjakan haji tamattuk dengan berniat di Jeddah? Jawapan Satu dam sahaja - Menurut qaul yang mengatakan Jeddah itu sebagai miqat. Kalau menurut qaul yang mengatakan Jeddah tidak dikira miqat kena dua dam. Satu dam kerana berihram umrah setelah melalui miqat, satu dam lagi kerana meninggalkan miqat haji. Untuk lebih ihtiat (lebih berjaga-jaga) pendapat yang kedua lebih kuat.

Soalan Apakah syarat-syarat binatang yang hendak dijadikan dam? Jawapan Binatangnya mesti sudah sampai umur boleh dibuat korban dan tidak ada sebarang penyakit serta cukup sifatnya.

Soalan Adakah berdosa jika seorang itu melakukan perkara-perkara yang diharamkan semasa berihram walaupun setelah membayar dam? Jawapan Jika dilakukannya kerana terlupa, terpaksa atau kerana sesuatu keuzuran yang diterima oleh syarak ia tidak berdosa.

Soalan Bolehkah seorang itu melewatkan pembayaran dam? Bagaimana pula jika bayaran dam seseorang itu dibayar di luar tanah haram? Jawapan Yang afdalnya dibayar pada waktunya. Ada masanya pula seseorang tidak boleh bertahallul melainkan setelah membayar dam. Semua dam mesti dibayar di tanah haram kecuali dam kerana terkepong atau terhalang dari meneruskan haji atau umrahnya - dikeluarkan ditempat mana ia terhalang.

Soalan Bolehkah seorang itu memakan daging damnya sendiri? Jawapan Tidak boleh. Semuanya mesti disedekahkan. Kalau sudah diterima oleh orang yang berhak kemudian orang ini menjamunya adalah harus.

Soalan Bolehkah seorang itu mewakili orang lain untuk membayar damnya? Jawapan Boleh

Soalan Adakah sah dam seorang yang dibuat dengan tidak berijab kabul? Jawapan Perwakilan mesti ada ijabnya dengan lafaz. Kalau ia menyembelih sendiri cukup dengan niat. Wakil wajib berniat atas nama orang yang mewakilkan.

Soalan Adakah sah dam yang dibayar melalui Bank Islam yang terdapat di Arab Saudi? Jawapan Ya. Sah dengan syarat pihak bank itu bertindak sebagai wakil untuk menyembelih dam itu.

Soalan Adakah dikenakan dam jika seorang yang uzur itu tidak dapat melakukan tawaf wada? Jawapan Tidak dikenakan dam kerana uzur

Soalan Adakah dikenakan dam bagi seorang yang ternampak rambut di lantai biliknya sedangkan ia tidak pasti rambut siapakah itu? Jawapan Tidak wajib dam.

Soalan Seorang yang terlupa yang dia dalam ihram telah mencabut rambutnya, adakah dikenakan dam keatasnya? Jawapan Ya. Dikenakan dam. SEMBAHYANG QASAR/JAMAK Soalan Hasilkah sembahyang sunat ihram yang dilakukan di rumah ketika hendak berangkat, sedangkan niat ihramnya dilakukan kira-kira lapan jam kemudian? Jawapan

Ya. Hasil pahala sembahyang sunat ihram itu - tetapi kurang afdal.

Soalan Haruskah bersembahyang jamak dan qasar ketika wukuf di Arafah? Jawapan Tidak harus qasar. Hanya sunat jamak takdim Zohor dengan Asar di Arafah dan Maghrib dengan Isyak - jamak takhir di Muzdalifah.

Soalan Hasilkah sembahyang sunat ihram yang dilakukan di waktu tahrim? Jawapan Tidak hasil dan tidak diharuskan kecuali jika dibuat dalam tanah haram Makkah.

Soalan Seorang bersembahyang berjemaah di tempat tinggalnya mengikut imam di Masjid Al-Haram. Hasilkah jemaahnya? Adakah dia memperolehi fadhilat 100,000 kali ganda? Jawapan Jawabnya tidak hasil jemaahnya melainkan kalau dia menghadap pintu yang terbuka terus menghadap ke arah Masjid Al-Haram. Tetapi kalai ia hanya menghadap tingkap atau tembok di rumah atau di bilik hotelnya tidak sah berjemaahnya. Adapun bersembahyang sendiri atau berjemaah di rumah dalam kawasan tanah haram Makkah masih diharapkan dapat fadhilat 100,000 kali salat.

Soalan Mana lebih afdal, sembahyang sunat tahiyatul masjid atau tawaf ketika kita masuk ke dalam Masjidil Haram? Jawapan Yang afdalnya ialah tawaf. Andainya ia tidak bertawaf bolehlah ia bersembahyang tahiyyatul masjid.

Soalan Adakah sembahyang sunat di Jabal Rahmah itu dituntut? Jawapan Tidak dituntut, kerana tidak ada keterangan bahawa ada sembahyang yang khusus di situ.

Soalan Empat puluh sembahyang di Masjid Nabawi yang di antara fadhilatnya terlepas dari api neraka. Adakah sembahyang itu sembahyang fardu atau sunat? Jawapan Sembahyangnya ialah sembahyang fardu empat puluh waktu - kira kira berada selama 8 hari di Madinah.

Soalan Bagaimana cara mengerjakan sembahyang menghormati waktu? Jawapan Caranya dengan membuat apa yang boleh dibuat daripada syarat dan rukunnya. Yang tidak dapat dibuat itu dimaafkan. Jika kurang syaratnya dikenakan Qadha.

Soalan Terangkan cara yang sebaik-baiknya mengerjakan sembahyang semasa berada di Masyair pada hari Tarwiah, Arafah, Nahar dan Tasyrik? Jawapan Pada hari Tarwiah adalah afdal bersalat lima waktu di Mina iaitu mulai dari Zohor hari 8 Zulhijjah seterusnya Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Kemudian barulah beredar ke Arafah untuk sembahyang Zohor dan Asar sebelum masuk ke kawasan bumi Arafah 9 Zulhijjah di Arafah. Maghrib dan Isyaknya di takhirkan untuk dibuat di Muzdalifah. Subuh dibuat awal waktu di Muzdalifah pada hari Nahar dibuat di Mina seperti biasa.

Soalan Apakah hukum jika sembahyang yang dilakukan di Masyair dengan tidak berjemaah beramai-ramai? Jawapan Tidak mengapa. Cuma kurang afdal.

Soalan Adakah digalakkan jemaah haji wanita bershalat Jumaat di Masjiil Haram dan Nabawi pada masa yang sesak di musim haji terutama pada Jumaat terakhir sebelum Hari Arafah? Jawapan Tidak digalakkan.

ZIARAH KE MADINAH Soalan Apakah hukumnya seorang jemaah haji yang tidak berziarah ke Madinah? Jawapan Makruh dan rugi kerana tidak menziarah tanah haram yang kedua itu - kecuali jika ada halangan atau keuzuran yang tidak dapat dielakkan.

Soalan Bagaimana pula mereka yang mengerjakan umrah di luar musim haji tidak berziarah ke Madinah? Jawapan Sama sahaja hukumnya seperti yang telah disebutkan.

Makam Ibrahim

Makam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang-orang kebanyakan. Ia adalah merupakan bangunan kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari Syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya. Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Sedangkan bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat. Atas perintah Khalifah Al Mahdi Al Abbasi di sekeliling batu makam Ibrahim itu telah diikat dengan perak dan dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung.

Hajarul Aswad

Menurut sejarahnya, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih, lebih putih dari salji, tetapi lama - kelamaan menjadi hitam sebab disentuh oleh orang orang musyrik. Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :" Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam ) menyebabkannya menjadi hitam " . Riwayat Ahmad dan Turmizi

Hijir Ismail

Hijir Ismail adalah pagar batu berlingkar. Tingginya 11/2 meter. Letaknya berdampingan dengan Kaabah di sebelah utara. Ia dibangunkan oleh Nabi Ibrahim sewaktu beliau membangunkan Kaabah. Hijir Ismail itu pada mulanya cuma merupakan pagar batu yang sederhana sahaja. Kemudian para Khalifah, Sultan dan Raja-raja yang berkuasa telah memecahkan dan membangunkan semula pagar batu itu dengan batu mamar. Berdasarkan kepada sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, sebahagian dari Hijir Ismail itu adalah termasuk dalam Kaabah. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari 'Aisyah r.a. yang bermaksud, 'Dari 'Aisyah r.a. katanya; "Aku sangat ingin memasuki Kaabah untuk melakukan sembahyang di dalamnya. Rasulullah s.a.w. memegang tanganku dan memasukkan aku ke dalam Hijir Ismail sambil berkata " Sembahyanglah kamu di Hijir jika kamu hendak masuk ke dalam Kaabah kerana kaum engkau (orang Quraisy) telah meninggalkan bahagian ini di luar semasa mereka membina semula Kaabah". Adalah disunatkan bagi tiap-tiap orang yang telah mengerjakan tawaf, sembahyang sunat dan berdoa di Makam Ibrahim,

sembahyang sunat pula dua rakaat di Hijir Ismail.

Multazam

Multazam terletak di antara Hajarul Aswad dengan pintu Kaabah. Perkataan Multazam bermakna," Melekat", sebab dipanggil demikian, kerana disinilah seseorang itu patut melekatkan dadanya semasa berdoa. Abu Daud meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas r.a. berkata:- Dia pernah berdiri tegak di Multazam dengan dada dan mukanya mengadap ke Kaabah. Tangannya dianjurkan ke atas kepala menekap ke Kaabah. Kemudian beliau berkata,"

Daku melihat Rasullullah s.a.w. melakukannya".

Masjid Nabawi

Disebut Masjid Nabawi kerana Nabi Muhammad S.A.W. selalu menyebutnya dengan kalimah, " Masjidku ini", pada setiap kali baginda menerangkan tentang sebuah masjid yang sekarang berada di pusat kota Madinah. Nabi bersabda," Sembahyang di masjidku ini lebih utama daripada sembahyang seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram". Dalam satu riwayat lain, Nabi bersabda," Barang siapa sembahyang di masjid 40 waktu tanpa terputus, maka ia pasti selamat dari neraka dan segala siksa dan selamat dari sifat munafik". Masjid ini didirikan oleh Nabi S.A.W. dan sahabat-sahabat baginda pada tahun pertama hijrah (622 M) seluas 1050 meter persegi, iaitu di sisi di sebelah barat rumah baginda yang sekarang rumah itu menjadi makam baginda dan masuk dalam bangunan masjid. Berziarah ke masjid Nabawi ini adalah masyru' dan dikira termasuk ibadat. Penyataan ini adalah sesuai dengan sabda Nabi yang berbunyi; bermaksud," Janganlah kau mementingkan kepergian kecuali kepada tiga masjid, iaitu Masjidil Haram, Masjidku ini dan Masjid Aqsa'.

Makam Nabi

Kalau kita berada di Raudhah dan menghadap kiblat, bererti di sebelah kiri kita adalah bangunan empat persegi berwarna hijau tua yang unggul dan berwibawa serta memancarkan bau wangiwangian. Bangunan ini awal mulanya dua buah rumah, iaitu rumah Nabi dengan Saidatina 'Aisyah dan rumah Saidina Ali dengan Saidatina Fatimah. Sejak Nabi Muhammad S.A.W wafat pada tahun 11 hijrah (632M), rumah Nabi terbahagi dua. Bahagian arah kiblat (Bahagian selatan) untuk makam Nabi dan yang bahagian utara tempat tinggal Saidatina 'Aisyah. Rumah ini sejak tahun 678 hijrah (1279 M) di atasnya dipasang kubah hijau (Dom) hingga sekarang. Jadi di bawah kubah hijau inilah jasad Nabi Muhammad S.A.W dimakamkan. Ini bermakna kalau kita melihat kubah hijau bererti kita melihat makam Nabi S.A.W. Kemudian Saidina Abu Bakar (Khalifah Pertama ) dan Saidina Umar (Khalifah Ke-2) pun dimakamkan di rumah itu dekat dengan makam Nabi S.A.W. Ini bermakna setengah daripada rumah Nabi S.A.W. itu sekarang ada tiga makam.

Madinah Kota Nabi

Salah satu tanda kebesaran sesebuah kota adalah banyaknya nama dan sebutan bagi kota itu. Kota Madinah memiliki 94 nama dan sebutan Nama yang paling popular adalah sebutan "Al MADINAH AL MUNAWWARAH", iaitu kota yang disinari dan menyinari". Di segi geografi, kota ini terletak di antara 39 - 40 darjah garis bujur di timur dan 24 - 25 garis lintang utara. Jaraknya dari laut merah

lebih kurang 170 kilometer, dari Mekah 450 kilometer dan dari ibu negara Saudi Arabia (Riyadh) ialah lebih kurang 1,000 kilometer. Nabi Muhammad s.a.w. menjadikan Kota ini sebagai tempat tinggal sejak tahun 622 masehi. Sejak itu pula diberi nama Al-Madinah AlMunawwarah (kota yang disinari) yang mana sebelumnya bernama Yatsrib. Kota ini adalah bahagian dari bumi yang dimulakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Ia jelas sebagaimana Sabda Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam ketika berhijrah, maksudnya : " Ya Allah, Engkau keluarkan aku dari bahagian bumi yang paling aku cintai, berilah aku tempat menetap di bahagian bumi yang paling Engkau cintai". Kota ini juga dinyatakan oleh Nabi sebagai tanah Haram (suci) sebagaimana Kota Mekah, dan di sebut-sebut di dalam Al-Quran hingga tiga kali. Bahkan Nabi selalu mendoakan ketenteraman dan keberkatan bagi kota ini. Dari kota inilah Islam berkembang memancar keseluruh pelusuk dunia. Di kota inilah juga jasad Nabi akhir zaman dimakamkan.

Telaga Zam Zam

Telaga zam - zam adalah sebagaimana telaga biasa, tetapi mempunyai riwayat yang tersendiri. Sejarahnya adalah berhubung kait dengan sejarah Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar (isteri Nabi Ibrahim ) yang datang ke Makkah. Mengikut asal mula riwayat telaga ini adalah seperti berikut; Nabi Ibrahim a.s. mempunyai dua orang isteri; Siti Sarah dan Siti Hajar (ibu Nabi Ismail). Pada satu ketika terjadi pertelingkahan antara kedua isteri tersebut sehingga Siti Sarah bersumpah tidak akan tinggal bersama-sama ibu Ismail dalam satu negeri. Kemudian turunlah wahyu kepada Nabi Ibrahim supaya baginda bersama-sama anak dan isterinya (Ismail dan Hajar) pergi ke Makkah. Di waktu itu Makkah belum didiami manusia, hanya merupakan lembah pasir dan bukit-bukit yang tandus dan tidak ada air. Apabila mereka tiba di Makkah, mereka tinggal di bawah sepohon pokok yang kering. Di tempat inilah bangunan Kaabah yang ada sekarang. Tidak berapa lama, kemudian Nabi Ibrahim meninggalkan mereka dengan dibekalkan sekantong kurma dan sekibah air. Siti Hajar memerhatikan sikap suaminya yang menghairankan itu

lalu bertanya ; "Hendak kemanakah engkau Ibrahim ?" "Sampai hatikah engkau meninggalkan kami berdua ditempat yang sunyi dan tandus ini ? ". Pertanyaan itu berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah kata jua pun. Siti Hajar bertanya lagi; "Adakah ini memang perintah dari Allah ?" Barulah Nabi Ibrahim menjawab, "ya". Mendengar jawapan suaminya yang ringkas itu, Siti Hajar gembira dan hatinya tenteram. Ia percaya hidupnya tentu terjamin walaupun di tempat yang sunyi, tidak ada manusia dan tidak ada segala kemudahan. Sedangkan waktu itu, Nabi Ismail masih menyusu. Selang beberapa hari, air yang dibekalkan Nabi Ibrahim habis. Siti Hajar berusaha mencari air di sekeliling sampai mendaki Bukit sofa dan Marwah berulang kali sehingga kali ketujuh (kali terakhir ) ketika sampai di Marwah, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar suara yang mengejutkan, lalu ia menuju ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya, bahawa suara itu ialah suara air memancar dari dalam tanah dengan derasnya. Air itu adalah air zam-zam. Di sini Siti Hajar bertemu dengan Malaikat Jibril dan Jibril mengatakan kepadanya, " Jangan khuatir, di sini Baitullah ( rumah Allah ) dan anak ini (Ismail ) serta ayahnya akan mendirikan rumah itu nanti. Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya". Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan, ia boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadith Nabi yang bermaksud:, " Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban.

Bumi Makkah

Menurut riwayatnya, ramai para sahabat menyatakan, bahawa bumi Makkah adalah yang pertama sekali muncul dari air selepas penciptaannya dan daripadanya bumi- bumi lain terbentang dan terhampar. Keistimewaan yang terdapat di Makkah ialah Masjidil Haram. Keistimewaan Masjidil Haram pula ialah kerana Kaabah atau Baitullah, yang menjadi kiblat bagi umat Islam. Baitullah adalah sebuah bangunan yang hampir-hampir empat persegi. Tingginya 15 meter dan luasnya lebih kurang 120 meter persegi. Bangunan ini terletak di tengah-tengah Masjidil Haram. Di salah satu penjuru Kaabah ini terdapat Hajarul Aswad yang menjadi tempat permulaan untuk mengerjakan tawaf.