syuhanna(psm viva)

26
DISEDIAKAN OLEH : SYUHANNA BT A. HAMID KEBERKESANAN SISTEM ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL SATU KAJIAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR DAERAH MERSING (MAIJDM)

Upload: ibnu-jafar-al-jawharey

Post on 16-Jul-2015

101 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Syuhanna(psm viva)

DISEDIAKAN OLEH : SYUHANNA BT A. HAMID

KEBERKESANAN SISTEM ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL

SATU KAJIAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR DAERAH MERSING

(MAIJDM)

Page 2: Syuhanna(psm viva)

“Dan dirikanlah olehmu akan solat dan berikanlah olehmu akan zakat, dan rukuklah bersama-sama orang yang rukuk”.

Surah Al-Baqarah ayat 43

Page 3: Syuhanna(psm viva)

Latar belakang Kajian

Kutipan zakat ini digunakan untuk membantu ahli masyarakat yang kurang berkeupayaan serta mengalami kemiskinan hidup.

Zakat dapat membentuk suatu kelompok masyarakat yang saling bekerjasama serta bertindak sebagai insurans atau tabung simpanan masyarakat Islam.

Perlaksanaan sistem zakat hendaklah mengikut ketetapan syarak yang benar iaitu pengagihan yang adil serta menjamin keadilan sosial seperti yang dikehendaki di dalam Al-Quran dan As-sunnah.

Page 4: Syuhanna(psm viva)

Tujuan utama pengagihan zakat adalah merapatkan jurang perbezaan ekonomi di dalam masyarakat Islam ke tahap yang paling minimun.

Dengan pengagihan zakat ini, orang-orang kaya akan sentiasa bertanggungjawab serta mempunyai perasaan belah kasihan, simpati, kasih sayang serta rehda terhadap hartanya untuk disumbang kepada pengagihan zakat bagi membantu ahli keluarga yang miskin dan memerlukan.

Latar belakang Kajian

Page 5: Syuhanna(psm viva)

“Sejauhmanakah Keberkesanan Sistem Zakat Yang Dilaksanakan Oleh Majlis Agama Islam Johor Daerah Mersing Dalam Pembangunan Sosial”

Kurang pemahaman tentang sistem pengurusan, perlaksanaan serta peranan zakat dalam pembangunan sosial yang dijalankan di salah satu daerah bahagian Timur Negeri Johor iaitu daerah Mersing.

Untuk mengenalpasti bahawa sejauhmana keberkesananan sistem zakat di kalangan penduduk Mersing di bawah pengurusan Majlis Agama Islam Johor yang bertempat di Pejabat Agama Daerah Mersing, Johor dalam pembangunan sosial masyarakat Islam di sini.

Pernyataan Masalah

Page 6: Syuhanna(psm viva)

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bagi:

Mengenalpasti bagaimana pengurusan zakat oleh Majlis Agama Islam Johor Daerah Mersing.

Mengenalpasti peranan yang dimainkan oleh Majlis Agama Islam Johor Daerah Mersing melalui skim-skim bantuan yang dianjurkan dalam meningkatkan pembangunan sosial.

Mengenalpasti keberkesanan pemberian sumbangan zakat oleh Majlis Agama Islam Johor Daerah Mersing terhadap penerima zakat.

Page 7: Syuhanna(psm viva)

Skop Kajian

Daerah MersingMajlis Agama Islam Johor Daerah Mersing, Pejabat Agama Daerah Mersing

Beberapa tempat yang mendapat agihan hasil zakat di daerah Mersing

RespondenPihak pengurusan dan pentadbiran zakat Majlis Agama Islam Johor Daerah Mersing

Penerima-penerima zakat

Page 8: Syuhanna(psm viva)

Metodologi kajian terbahagi kepada 7bahagian utama iaitu ;

(a) Rekabentuk Kajian(b) Tempat Kajian(c) Sampel Kajian(d) Instrumen Kajian(e) Tatacara Kajian(f) Kaedah Penganalisaan Data(g) Jangka masa Kajian

Metodologi Kajian

Page 9: Syuhanna(psm viva)

Spesifikasi Instrumen Kajian Bil Bahagian Latar Belakang Soalan

1 A Maklumat diri responden

2 B Pandangan penerima zakat terhadapkeberkesanan sistem zakat dalam pembangunansosial.Ia terbahagi kepada empat pecahan kecil iaitu:(a) Pandangan penerima zakat terhadap

pengurusan zakat oleh Majlis Agama Islam Johor Daerah Mersing (MAIJDM).

(b) Pandangan penerima zakat terhadap peranan yang dimainkan oleh MAIJDM.

(c) Pandangan penerima zakat terhadap skim-skim bantuan yang dianjurkan oleh MAIJDM.

(d) Pandangan penerima zakat terhadap keberkesanan sistem zakat yang dimainkan oleh MAIDM dalam pembangunan sosial dari segi material/gaya hidup, pendidikan, ekonomi, perubatan dan pekerjaan.

Page 10: Syuhanna(psm viva)

Jantina Responden

JantinaLelaki

21 orang

Perempuan

51 orang LelakiPerempuan

Page 11: Syuhanna(psm viva)

Umur Responden

Umur

87

12

25

20

0

5

10

15

20

25

30

20 - 29Tahun

30 - 39Tahun

40 - 49Tahun

50 - 59Tahun

> 60 Tahun

Umur

Kekerapan

Page 12: Syuhanna(psm viva)

Status Perkahwinan Responden

Status PerkahwinanBujang, 5 orang

Berkahwin, 67 orangBujang

Berkahwin

Page 13: Syuhanna(psm viva)

Pendapatan Responden

Pendapatan

8

44

2828

0

5

10

15

20

25

30

RM (100 -200)

RM (201 -300)

RM (301 -400)

RM (401 -500)

> RM 501

Pendapatan (RM)

Kekerapan (orang)

Page 14: Syuhanna(psm viva)

Bilangan Tahun Menerima Zakat

12

75

34

14

0

5

10

15

20

25

30

35

Kekerapan (orang)

Setahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun Lebih Dari 4 Tahun

Bilangan Tahun

Bilangan Tahun Menerima Zakat

Page 15: Syuhanna(psm viva)

Rumusan Keseluruhan Kajian

Bahagian

PernyataanPurata

Min  

B(A) Pandangan penerima zakat terhadappengurusan zakat oleh MAIJDM

4.36

B(B)Pandangan penerima zakat terhadap

perananyang dimainkan oleh MAIJDM

3.69

B(C)Pandangan penerima zakat terhadap skimskim bantuan yang dianjurkan oleh

MAIJDM3.95

B(D)

Pandangan penerima zakat terhadapkeberkesanan sistem zakat yang

dimainkanoleh MAIJDM dalam pembangunan sosial

3.38

Purata Min Keseluruhan 3.85

Page 16: Syuhanna(psm viva)

Rumusan Keseluruhan Kajian

4.36

3.69

3.95

3.38

0

0.5

1

1.5

2

2.5

3

3.5

4

4.5

Purata Min

B(A) B(B) B(C) B(D)

Dimensi Kajian

Purata Min Keseluruhan

Page 17: Syuhanna(psm viva)

Pandangan Penerima Zakat Terhadap Pengurusan Zakat Oleh MAIJDM

Dalam mengenalpasti pandangan penerima zakat terhadap pengurusan zakat oleh MAIJDM, didapati majoriti responden sangat setuju iaitu 75.0% bahawa kedudukan MAIJDM yang berada di tengah-tengah bandar memudahkan penerima zakat berurusan dengan pihak Majlis Agama Islam Johor Daerah Mersing.

Selain daripada itu, kebanyakan responden juga setuju bahawa MAIDM merupakan badan sosial agama yang cekap, profesional dalam menjalankan pengagihan zakat, seramai 55.6% responden sangat setuju dan 44.4% responden setuju. Responden juga turut setuju bahawa pegawai MAIJDM melaksanakan pengagihan zakat secara adil dan saksama tanpa ada unsur berat sebelah iaitu 61.1%.

Secara keseluruhannya, responden sangat bersetuju terhadap pandangan penerima zakat terhadap pengurusan oleh MAIJDM di mana purata min berada pada tahap yang tinggi iaitu 4.36. Nilai min adalah tinggi dan berada pada tahap yang efisyen.

Page 18: Syuhanna(psm viva)

Pandangan Penerima Zakat Terhadap Peranan Yang Dimainkan Oleh MAIJDM

Melalui hasil soal selidik didapati seramai 66.7% responden sangat setuju dengan peranan yang dimainkan oleh MAIJDM. Antara peranan tersebut ialah MAIJDM sangat prihatin dengan masalah masyarakat awam yang miskin dan memerlukan bantuan.

Responden juga bersetuju iaitu 52.8% bahawa maklumat permohonan dan pengagihan zakat di maklumkan oleh MAIJDM kepada penghulu atau jawatankuasa kampung penerima zakat tersebut.

Ini menjelaskan bahawa peranan yang dimainkan oleh MAIJDM ini amatlah penting bagi memastikan pengurusan sistem zakat itu berkesan dan berjalan dengan lancar.

Page 19: Syuhanna(psm viva)

Pandangan Penerima Zakat Terhadap Skim-Skim Bantuan Yang Dianjurkan Oleh

MAIJDMSecara keseluruhannya penerima zakat setuju bahawa MAIJDM memberi bantuan sara diri kepada fakir miskin untuk meringankan bebanan perbelanjaan harian mereka.

Kebanyakan responden juga turut setuju iaitu 62.5% dan 30.6% sangat setuju bahawa Institusi zakat menyediakan bantuan uniform sekolah dan alat tulis kepada pelajar, responden juga bersetuju 56.9% dengan item bahagian ini iaitu berkenaan dengan pihak MAIJDM menyediakan sumbangan dan bantuan kepada pesakit yang menghidapi penyakit kronik buah pinggang dan thaelesemia. Ini menunjukkan bahawa penerima zakat menyokong dengan pengurusan skim-skim bantuan dibawah anjuran MAIJDM.

Page 20: Syuhanna(psm viva)

Pandangan Penerima Zakat Terhadap Skim-Skim Bantuan Yang Dianjurkan Oleh

MAIJDM

Selain dari itu, mereka juga bersetuju bahawa pihak MAIJDM menyediakan skim pembayaran yuran pendaftaran kemasukan ke pusat pengajian tinggi kepada pelajar yang tidak berkemampuan.

Secara keseluruhannya, pandangan penerima zakat terhadap skim-skim bantuan yang dianjurkan oleh MAIJDM mencapai min skor 3.95 dan berada pada tahap penerimaan yang tinggi.

Page 21: Syuhanna(psm viva)

CADANGAN

Pihak MAIJDM perlu mewujudkan lebih banyak sumbangan dan bantuan kepada penerima yang kurang kemampuan bukan hanya sumbangan pakaian dan rawatan penyakit yang serius tetapi memberi lebih banyak kemudahan yang selainnya.

Pihak MAIJDM haruslah menggariskan syarat-syarat yang tertentu bagi penerima bantuan zakat kerana dikhuatiri terdapat daripada penerima yang membuat pernyataan palsu untuk mendapat bantuan atau sumbangan daripada MAIJDM.

Page 22: Syuhanna(psm viva)

Walaupun respon penerima zakat tinggi, tetapi kakitangan MAIJDM perlu menggunakan teknologi maklumat (ICT) bagi memudahkan proses pengurusan zakat.

Mengadakan kursus atau seminar yang berkaitan pengagihan zakat terhadap kakitangan MAIJDM bagi mempertingkatkan penguasaan dan pemantapan pengetahuan mereka dalam pengurusan sistem zakat.

CADANGAN

Page 23: Syuhanna(psm viva)

Pihak pengurusan MAIJDM perlu memastikan data-data mengenai maklumat penerima yang berkaitan dengan pengurusan zakat disimpan dengan teratur dan terancang.

Pihak MAIDM perlu mengaplikasikan strategi pengurusan sistem zakat yang pelbagai serta sentiasa berbincang dan bertukar pendapat dengan kakitangan yang lain dalam memastikan pengurusan yang diberikan dapat berjalan dengan lancar.

CADANGAN

Page 24: Syuhanna(psm viva)

CADANGAN

Meminta kerjasama dengan Jab.Kesihatan untuk mengenalpasti pesakit yang kurang berkemampuan dan berhak menerima bantuan.

Meminta kerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah bagi mengenalpasti pelajar yang benar-benar miskin yang layak menerima bantuan.

Meminta bantuan pihak pengurusan masjid agar mengiklankan tanggungjawab mengeluarkan zakat dan paparan skim-skim bantuan zakat kepada masyarakat.

Page 25: Syuhanna(psm viva)

Sesi Soal Jawab

Page 26: Syuhanna(psm viva)

SEGALA YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH SWT.

DAN YANG KURANG BAIK ADALAH DARI KELALAIAN

SAYA.

Wassalam.Sekian. Terima Kasih.