syed mohammad hilmi syed abdul rahman jabatan akidah dan...

29
Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5 (Jun 2017): 80-108 80 Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Tel.: 603-79676014/6103 Emel: [email protected] Abstrak Al-Tazkiyah bermaksud pembersihan atau penyuburan. Dalam konteks ahli tasawuf, al-tazkiyah merujuk kepada bersih daripada segala sifat keji dalam diri. Manakala, al-nafs adalah jiwa. Dari sudut terminologi, tazkiyah al-nafs” merupakan suatu proses penyucian jiwa daripada segala bentuk penyakit hati yang memerlukan usaha gigih dan bersungguh-sungguh bagi menyingkirkan sifat tercela. Ia juga boleh dikatakan sebagai suatu peralihan daripada jiwa yang tercemar dengan dosa kepada jiwa yang suci. Proses tazkiyah al-nafs perlu melalui beberapa fasa secara konsisten dalam mencapai ma’rifatullah. Fasa -fasa tersebut adalah al-takhalli, al-tahalli dan al-tajalli. Kajian ini menggunakan metode pengumpulan dan menganalisis data bertujuan untuk mengetahui metode tazkiyah al-nafs menurut ahli tasawuf dan keberkesanan proses tazkiyah al-Nafs terhadap individu dan masyarakat selain mengatasi krisis jiwa yang kian melonjak dalam kehidupan ummah masa kini. Hasil kajian mendapati bahawa tazkiyah al-Nafs merupakan suatu proses yang sangat berkesan dalam mencapai ma’rifatullah yang mana keberkesanannya dapat dilihat dalam melahirkan insan yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, akal dan rohnya. Hal ini adalah kerana kejayaan dan kecemerlangan insan berkait rapat dengan soal pembangunan yang seimbang merangkumi aspek kerohanian dan kejiwaan. Kata kunci: Tazkiyah, al-Nafs, Tazkiyah al-Nafs, ma’rifatullah, al- takhalli, al-tahalli dan al-tajalli. TAZKIYAH AL-NAFS ACCORDING TO THE FOLLOWERS OF TASAWUF

Upload: dangthuan

Post on 10-Mar-2019

294 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

80

Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf

Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman

Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Tel.: 603-79676014/6103

Emel: [email protected]

Abstrak

Al-Tazkiyah bermaksud pembersihan atau penyuburan. Dalam konteks

ahli tasawuf, al-tazkiyah merujuk kepada bersih daripada segala sifat keji

dalam diri. Manakala, al-nafs adalah jiwa. Dari sudut terminologi,

“tazkiyah al-nafs” merupakan suatu proses penyucian jiwa daripada

segala bentuk penyakit hati yang memerlukan usaha gigih dan

bersungguh-sungguh bagi menyingkirkan sifat tercela. Ia juga boleh

dikatakan sebagai suatu peralihan daripada jiwa yang tercemar dengan

dosa kepada jiwa yang suci. Proses tazkiyah al-nafs perlu melalui

beberapa fasa secara konsisten dalam mencapai ma’rifatullah. Fasa-fasa

tersebut adalah al-takhalli, al-tahalli dan al-tajalli. Kajian ini

menggunakan metode pengumpulan dan menganalisis data bertujuan

untuk mengetahui metode tazkiyah al-nafs menurut ahli tasawuf dan

keberkesanan proses tazkiyah al-Nafs terhadap individu dan masyarakat

selain mengatasi krisis jiwa yang kian melonjak dalam kehidupan

ummah masa kini. Hasil kajian mendapati bahawa tazkiyah al-Nafs

merupakan suatu proses yang sangat berkesan dalam mencapai

ma’rifatullah yang mana keberkesanannya dapat dilihat dalam

melahirkan insan yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, akal dan

rohnya. Hal ini adalah kerana kejayaan dan kecemerlangan insan berkait

rapat dengan soal pembangunan yang seimbang merangkumi aspek

kerohanian dan kejiwaan.

Kata kunci: Tazkiyah, al-Nafs, Tazkiyah al-Nafs, ma’rifatullah, al-

takhalli, al-tahalli dan al-tajalli.

TAZKIYAH AL-NAFS ACCORDING TO THE FOLLOWERS OF

TASAWUF

Page 2: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

81

Al-Tazkiyah means purification or nourishment. In the context of the

followers of tasawuf, al-tazkiyah refers to being clean from all sorts of

abusive nature in the self. Whereas, al-nafs is the soul. From the

terminology angle, “tazkiyah al-nafs” resembles a process of soul

purification from all forms of the heart diseases that requires intensive

effort and persistence to get rid of its despicable natures. It can also be

referred to as a transition from a soul contaminated with sin towards a

purified soul. The process of tazkiyah al-nafs has to go through a few

phases consistently to achieve ma’rifatullah. These phases are al-

takhalli, al-tahalli and al-tajalli. This research uses the method of

gathering and analysis of data aimed to get to know the method of

tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and the efficacy of

the tazkiyah al-Nafs process on individuals and the community apart

from overcoming the crisis of the soul that is ever increasing in the lives

of the ummah today. The research findings show that tazkiyah al-Nafs is

a process that is very effective in achieving ma’rifatullah whereby its

efficacy can be seen through the production of a man balanced in its

physical, emotional, mental and spiritual aspects. This is because the

success and excellence of a man is closely related to the question of a

balanced development that includes its spiritual and soul aspects.

Keywords: Tazkiyah, al-Nafs, Tazkiyah al-Nafs, ma’rifatullah, al-

takhalli, al-tahalli and al-tajalli.

Pendahuluan

“Tazkiyah al-Nafs” merupakan satu kaedah penyucian jiwa dan

pendidikan akhlak manusia. Manakala dari aspek terminologi pula

“Tazkiyah al-Nafs” bermaksud satu proses dan usaha yang

bersungguh-sungguh untuk membersih dan menyucikan jiwa

daripada sifat-sifat yang tercela. Ia merupakan satu proses

peralihan daripada jiwa yang tercemar dengan kotoran dosa-dosa

kepada jiwa yang suci dan bersih.

Proses Tazkiyah al-Nafs perlu melalui beberapa fasa

dalam mencapai ma’rifatullah. Fasa-fasa yang perlu di lalui ialah

takhalli, tahalli dan tajalli. Dalam menjalani fasa-fasa tersebut,

seseorang itu perlu mewujudkan kombinasi merangkumi tiga

unsur utama iaitu bi’ah, murabbi dan manhaj agar tidak terdedah

kepada ajaran-ajaran yang terpesong dan menyesatkan daripada

landasan Islam yang sebenar. Tazkiyah al-Nafs juga merupakan

satu metode atau proses sangat penting dalam pembangunan insan

untuk melahirkan manusia yang seimbang aspek jasmani, akal,

emosi dan rohnya. Kejayaan hidup seseorang bukan sahaja diukur

Page 3: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

82

melalui kecerdasan akal fikiran dan kekuatan fizikal sahaja tetapi

ia mestilah diimbangi dengan kebaikan tingkah laku. Kejayaan

dan kecemerlangan manusia amat berkait rapat dengan soal

pembangunan yang seimbang merangkumi aspek kerohanian dan

kejiwaan. Hal ini boleh dilihat melalui pembuktian-pembuktian

yang menunjukkan sesetengah golongan bijak pandai masih

terlibat dengan aktiviti yang merosakkan hidup mereka sendiri

serta merosakkan hidup orang lain.

Tuntasnya,1 penelitian yang mendalam perlu dilakukan

terlebih dahulu untuk memahami konsep Tazkiyah al-Nafs ini.

Definisi Tazkiyah al-Nafs

Bagi memahami dan menghayati pengertian tazkiyah al-nafs

dalam konteks kajian ini, penulis akan memulakannya dengan

menjelaskan definisi tazkiyah al-nafs terlebih dahulu. Hal ini

adalah sangat penting bagi menilai dan memahami konsep tersebut

khususnya bagi setiap individu dalam mencapai matlamat tazkiyah

al-nafs dalam kehidupan.

Pengertian al-Tazkiyah Dari Sudut Bahasa dan Istilah

Penyucian (al-Tazkiyah) dalam bahasa Arab berasal daripada

perkataan zaka زكاء( -يزكو -)زكا yang bererti suci dan terdapat

juga perkataan )زكا( zakka yang bererti penyucian dan

pembersihan.2 Al-Tazkiyah )التزكية( berkait rapat dengan

pengertian suci, subur, bertambah dan berkat. Sebagai contoh,

perkataan Zakat disebut sedemikian kerana ianya kembali kepada

berkat atau menyucikan jiwa, membersihkannya daripada sifat

kikir ( شح) atau kedua-duanya.3 Zakat adalah kata nama yang

mempunyai dua pengertian; ia memberi erti sesuatu atau benda

yang dikeluarkan (جخر م )ال iaitu yang dizakatkan dan ia juga bererti

1 Bermaksud keseluruhannya ; Laman sesawang Gerbang Maya Dewan

Bahasa Dan Pustaka Malaysia, dicapai 20 Mei 2017,

http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Tuntasnya 2 Ilyas Ismail et. al, “Tazkiyah Al-Nafs”, dalam Ensiklopedi Tasawuf

(disusun oleh tim penulis UIN Syarif Hidayatullah), (Bandung :

Angkasa, 2008), 3: 1318. 3 Al-Husayn bin Muhamad ar-Raghib al-Asfahani, Mufradat Fi Gharib al

Quran, (Beirut, Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabiy, 2002), 213.

Page 4: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

83

perbuatan )الفعل( penyucian itu sendiri. Firman Allah s.w.t di

dalam al-Quran al-Karim:

الذين اة ه م و ك ف اعل ون للز

Al-Mukminun 23: 4

Maksudnya: dan mereka yg berusaha

membersihkan hartanya (dengan

menunaikan zakat harta itu).

Zakat dimaksudkan dengan dua pengertian iaitu

menyucikan harta dan menyucikan jiwa. Lawan kepada perkataan

tersebut adalah pengotoran jiwa (التدسية). Allah telah menerangkan

di dalam al-Quran al-Karim:

ن أ ف ل ح ق د ق د م اه ا، و ك اب ز ن خ اه ا م د س

Surah Ash-Shams 91: 9-10

Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah

orang yang menjadikan dirinya

bertambah-tambah bersih (dengan iman

dan amal kebajikan), dan sesungguhnya

rugilah orang yang menjadikan dirinya

susut dan terbenam kebersihannya

(dengan sebab kekotoran maksiat).

Berdasarkan penelitian yang telah dilakukan, terdapat

enam ayat al-Quran yang telah mengungkapkan kalimah perkataan

tazkiyah dalam konteks makna yang hampir serupa dan saling

berkaitan. Antara yang dapat disimpulkan daripada ayat-ayat

tersebut, ianya membawa pengertian sifat Allah SWT yang berhak

menyucikan dan mengurniakan taufiq dan hidayah kepada

manusia di dunia,4 tugas Rasulullah SAW sebagai seorang yang

mendidik dan menyucikan umatnya serta membawa kepada jalan

yang benar,5 hamba yang berjaya menyucikan jiwanya6 serta

4 Al-Quran al-Karim, Surah an-Nisa’ 4:49

ا ء ول يظلمون فت يشا من ي زكي الله بل أل ت ر إل الذين ي زكون أنفسهم ) (لي5 Al-Quran al-Karim, Surah al-Baqarah 2:151 dan Surah Ali Imran 3:164

Page 5: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

84

menyucikan pemakanannya,7 dan terakhir, makna yang membawa

kepada konsep penyucian manusia yang selalu memuji dirinya

sendiri.8

Menepati maksud tazkiyah sebagai penyucian,

pembersihan dan penyuburan diri serta penyingkiran segala bentuk

perkembangan yang tidak dikehendaki juga segala perkara yang

tidak baik.9 Bermaksud, telah diperkembangkan kepada satu

simpulan pengertian yang lebih spesifik sebagai satu terma

spiritual. Tazkiyah mengandungi makna usaha gigih secara

bersungguh-sungguh untuk membersih dan menyucikan diri

seseorang manusia daripada sifat-sifat buruk dan keji

(madhmumah) yang menjadi penghalang kepada penyuburan

akhlak mulia (mahmudah) seseorang insan.10 Seterusnya

penyucian diri itu diikuti dengan usaha pengisian dan perhiasan

diri dengan akhlak mahmudah supaya proses tersebut menjadi

lebih sempurna.

لو ) علليكم آياتنا وي زكليكم وي علمكم الكتاب والكمة وي علمكم ما ل تكونوا كما أرسلنا فليكم رسولا منكم ي ت

(ت علمون 6 Al-Quran al-Karim, Surah as-Shams 91:9

اها) (قد أف لح من زك7 Al-Quran al-Karim, Surah al-Kahfi 18:19

لك ب ع ) ن هم وكذ هم قائل قال ث ناهم لليتساءلوا ب لي با أعلم ربكم قالوا ي وم ب عض أو ي وماا لبث نا قالوا لبثتم كم من ذه بورقكم أحدكم فاب عثوا لبثتم ق منه ولليت لطف ول يشعرن بكم برز ف لليأتكم طعاماا أزكى أي ها ف للينظر المدينة إل ها (أحدا

8 Al-Quran al-Karim, Surah an-Nisa’ 4:49 dan Surah an-Najm 53:32 ا ل و يشاء من ي زكي الله بل أل ت ر إل الذين ي زكون أنفسهم ) ث )dan ( يظلمون فتلي الذين يتنبون كبائر ال

بطون ف أجنة أنتم وإذ الرض من أنشأكم إذ بكم أعلم هو المغفرة واسع ربك إن والفواحش إل اللمم أمهاتكم (هو أعلم بن ات قى أنفسكم ت زكوا ف

9 Che Zarrina Sa’ari, “Peranan Penyucian Jiwa (Tazkiyah al-Anfus)

Terhadap Pembangunan Insan Dalam Masyarakat Bertamadun”, laman

sesawang Web Rasmi Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, dicapai

pada 24 April 2017, 70,

http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tareqat-tasauwuf/162-

koleksi-kertas-kerja/640-peranan-penyucian-jiwa-tazkiyah-al-anfus-

terhadap-pembangunan-insan-dalam-masyarakat-bertamadun. 10 Ibid.

Page 6: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

85

Justeru, dapat difahami di sini bahawa tazkiyah melibatkan

proses usaha dan kesungguhan seseorang insan dalam

menyelesaikan konflik dan pertarungan antara sifat baik dan buruk

yang wujud dalam jiwanya.11

Pengertian al-Nafs Dari Sudut Bahasa dan Istilah

Al-Nafs adalah jiwa, iaitu jiwa yang bersifat latif (lembut), rohani

(abstrak) dan rabbani. Jiwa seperti inilah yang menjadi unsur atau

pokok utama dalam diri setiap manusia.12 Dalam mendefinisikan

maksud al-Nafs ini, Imam al-Ghazali telah merumuskan dua

pengertian, iaitu pertamanya perkataan al-Nafs yang merangkumi

makna kekuatan amarah dan hawa nafsu dalam diri manusia yang

mana ia menjadi punca timbulnya segala sifat kecelaan dalam diri

manusia.13 Pengertian ini sering digunakan oleh ahli-ahli tasawuf

kerana maksud al-Nafs menurut mereka adalah dasar cakupan

sifat-sifat tercela dari manusia. Oleh yang demikian, mereka

berpendapat sudah semestinya hawa nafsu ini perlu dibanteras dan

dilawan. Makna kedua, al-Nafs membawa maksud perasaan halus

(lathifah). Ia adalah hakikat yang terdapat di dalam jiwa manusia

itu sendiri.

Secara umumnya, jiwa (nafs) boleh difahami sebagai suatu

jirim halus yang membekalkan kekuatan kepada kehidupan,

pancaindera dan pergerakan berdasarkan keinginan (pada diri

manusia itu). Ia merupakan suatu hasrat yang mencetuskan nilai-

nilai kekuatan pada diri seseorang insan bagi mencapai naluri

kemahuannya.14 Dari kekuatan yang bergerak inilah yang akan

mencetuskan dalam diri manusia sama ada perkara yang ingin

dilakukannya itu mempunyai unsur nilai kebaikan atau keburukan.

Justeru, dalam konteks kajian ini dapatlah difahami

bahawa makna al-Nafs secara istilahnya ialah sesuatu unsur yang

terdapat di dalam diri manusia. Ia tidak dapat diketahui

kewujudannya samada dapat menerima arahan kebaikan atau

11 Ibid. 12 Ilyas Ismail et. al, “Tazkiyah Al-Nafs”, dalam Ensiklopedi Tasawuf

(disusun oleh tim. penulis UIN Syarif Hidayatullah), (Bandung :

Angkasa, 2008) 3: 1318. 13 Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, Jil. 3, ( Beirut: Dar al-Misriyyah al-

Lubnaniyyah), 5. 14 Che Zarrina Sa’ari, Peranan Penyucian Jiwa (Tazkiyah al-Anfus),71.

Page 7: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

86

keburukan, memiliki pelbagai sifat atau pun perwatakan manusia

serta memiliki pengaruh yang nyata kepada perilaku manusia.

Pengertian Tazkiyah al-Nafs

Setelah memahami makna ungkapan tazkiyah dan al-Nafs dari

sudut bahasa dan istilah, secara epistimologinya, ungkapan

tazkiyah al-Nafs bermaksud satu proses yang memerlukan usaha

yang gigih dan bersungguh-sungguh untuk membersih dan

menyucikan jiwa daripada sifat-sifat yang tercela. Ianya

merupakan proses yang melibatkan peralihan daripada jiwa yang

kotor, ternoda dan tercemar dengan dosa-dosa menjadi jiwa yang

suci dan bersih.15 Contohnya seperti hati yang tidak mematuhi

syariat yang telah diperintahkan Allah kepada hati yang taat dan

mengikut segala syariat yang telah ditetapkan-Nya, daripada hati

yang kafir kepada hati yang mukmin, daripada seorang yang

takbur menjadi seorang yang merendah diri dan sebagainya.

Dalam erti kata lain, tazkiyah al-Nafs melibatkan tiga perkara

utama16 dalam mencapai ma’rifatullah iaitu takhalli, tahalli dan

tajalli. Takhalli ialah membersihkan hati atau pun diri daripada

sifat-sifat tercela seperti hasad, sombong, u’jub, kedekut dan

sebagainya. Manakala, tahalli pula ialah bererti menghiasi diri

dengan sifat-sifat terpuji seperti ikhlas, takut kepada Allah, zuhud,

syukur dan lain-lain lagi. Akhir sekali, peringkat tajalli ini jarang

dicapai oleh orang awam. Tajalli dapat dicapai setelah seseorang

itu berjaya melalui peringkat takhalli dan tahalli. Individu yang

mencapai peringkat tajalli akan merasa dhawq (sentiasa dekat)

hatinya dengan Allah. Hatinya seolah-olah celik atau nampak akan

kebesaran Allah tanpa perlu berfikir lagi.

Oleh yang demikian, pendekatan takiyah al-Nafs perlu

dititikberatkan dalam kehidupan seharian sebagai satu usaha yang

serius dalam merawat hati secara bersepadu dan menyeluruh

dengan disusuli beberapa kaedah pendekatan praktikal dan amalan

kerohanian. Justeru, melalui pendekatan proses tazkiyah al-Nafs

ini juga, masalah-masalah dari pelbagai aspek seperti tingkah laku,

15 Syarifah Basirah Syed Muhsin, “Kaedah Psikoterapi Berasaskan

Konsep Maqamat: Kajian Terhadap Kitab Qut Al-Qulub Abu Talib Al-

Makki”, (Disertasi Sarjana, Universiti Malaya, 2012),83. 16 Imam Fu’adi, Menuju Kehidupan Sufi, Cet. Pertama, (Jakarta: PT.

Bina Ilmu, 2004), 115-138.

Page 8: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

87

emosi dan spiritual dapat diselesaikan jika ia dilakukan dengan

kaedah dan cara yang betul.

Pendapat Tokoh-tokoh Sufi Mengenai Konsep Tazkiyah al-

Nafs

Konsep tazkiyah al-Nafs merupakan satu konsep yang

diperkenalkan oleh tokoh-tokoh sufi. Terdapat pelbagai cara atau

metode “tazkiyah al-Nafs” yang telah diperkenalkan oleh tokoh-

tokoh sufi terkemuka seperti al-Ghazali, al-Muhasibi, al-Junayd

dan beberapa tokoh sufi yang lain. Pemilihan tiga tokoh tersebut

adalah kerana ketiga-tiganya merupakan tokoh yang masyhur dan

banyak membincangkan perkara-perkara berkaitan tasawuf.

Metode atau cara pelaksanaan tazkiyah al-Nafs tersebut merujuk

kepada setiap amalan yang telah dipraktikkan dalam kehidupan

mereka sehinggalah ia melahirkan kesan positif ke atas nafs atau

jiwa manusia, sehingga proses penyembuhan jiwa daripada

perkara-perkara tercela dapat dilakukan serta dapat direalisasikan

pula dengan menerapkan nilai-nilai akhlak yang mahmudah dalam

kehidupan setiap individu. Sebagaimana firman Allah SWT dalam

kitab suci al-Quran al-Karim:

نس ال ن ال جن و ثيرا م ه نم ك ن ا لج أ ر ل ق د ذ ل ه م و

ل ه م به ا ي ف ق ه ون ل ق ل وب ي ن و ون ل أ ع به ا ي ب صر

ل ه م ان و ون ل آذ ع م ئك به ا ي س ام أ ول ال ن ع ه م ب ل ك

ل ئك أ ض ا ه م أ ول فل ون ال غ

Al-A’raf 7: 179

Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami

jadikan untuk (isi neraka Jahannam)

kebanyakan dari jin dan manusia,

mereka mempunyai hati, tetapi tidak

dipergunakannya untuk memahami

(ayat-ayat Allah) dan mereka

mempunyai mata (tetapi) tidak

dipergunakannya untuk melihat (tanda-

tanda kekuasaan Allah), dan mereka

mempunyai telinga (tetapi) tidak

dipergunakannya untuk mendengar

(ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai

Page 9: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

88

binatang ternak, bahkan mereka lebih

sesat lagi. Mereka itulah orang-orang

yang lalai.

Metode yang diperkenalkan oleh Al-Ghazali

Menurut al-Ghazali,17 tazkiyah al-Nafs dapat direalisasikan apabila

seseorang itu dapat meleraikan serta melumpuhkan penyakit-

penyakit jiwa serta membersihkan dirinya dari sifat-sifat buruk

atau pun sifat-sifat yang tercela sehingga hatinya dapat dibebaskan

daripada segala sesuatu yang tidak baik.18

Dalam membincangkan mengenai konsep tazkiyah al-

Nafs, Imam al-Ghazali telah menggariskan tiga belas cara yang

perlu dilakukan ketika melalui proses tersebut di dalam kitabnya

“Ihya’ ‘Ulum al-Din”. Rentetan dari sinilah perjalanan kesufian

itu bermula; iaitu daripada kerohanian menuju fasa-fasa tertentu

yang berakhir dengan fana’, ma’rifah, dan kebahagiaan (al-

sa’adah).19 Di antaranya adalah solat, mengeluarkan zakat, puasa,

mengerjakan ibadat haji, membaca al-Quran, berzikir, bertafakkur

terhadap keindahan alam, mengingati mati, memendekkan angan-

angan, muraqqabah, muhasabah serta mu’atabah, amar makruf

dan nahi munkar, khidmat dan tawaddu’, mengetahui pintu masuk

syaitan kedalam jiwa dan cara mencegahnya, dan akhir sekali ialah

mengetahui penyakit-penyakit hati dan cara merawatinya.

Secara ringkasnya di sini, saya hanya ingin menjelaskan

hanya beberapa cara yang telah digariskan oleh Imam al-Ghazali

17 Imam al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan

dengan 1058 Masihi di at- Taabiran/Ghazalah di bandar Tus, Khurasan

(Iran). Nama sebenarnya ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad

bin Muhammad at-Thusi Al- Ghazali. Imam Al-Ghazali adalah seorang

ulama, ahli fikir dan ahli falsafah Islam yang terkemuka sehingga kini.

Beliau meninggal dunia pada hari Isnin 14 Jamadilakhir tahun 505

Hijrah ( 1111M) di Tus dan jenazahnya dikebumikan di tempat

kelahirannya. Beliau adalah seorang merupakan ahli fikir Islam yang

telah banyak meninggalkan jasa yang dapat kita lihat melalui hasil-hasil

karyanya seperti Ihya Ulumiddin, Al-Munqiz Min ad-Dalal, Tahafut al-

Falasifah, Hidayah Al-Salikin, Minhaj al-Abidin dan banyak lagi. 18 Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, Jil. 3, (Beirut:

Dar al-Ma’rifah,1982), 48-49. 19 H.A. Rivay Siregar, Tasawuf: Dari Sufisme Klasik ke Neo-Sufisme,

ed.1, Cet. Ke-2, (Jakarta: PT RajaGrafindo Persada, 2000), 84.

Page 10: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

89

di atas secara lebih terperinci. Pertama, solat. Menurut al-Ghazali,

solat adalah cara yang paling utama dalam pembersihan jiwa.

Solat menurut beliau merupakan satu cara atau matlamat yang

menggabungkan di antara hakikat ‘ubudiyyah, tauhid, syukur dan

lain-lain lagi disertai dengan amalan zahir seperti zikir, berdiri

(qiyam), ruku’, sujud, tahiyyah dan sebagainya. Dengan kata lain

yang lebih mudah untuk difahami ialah, dengan tertegaknya jasad,

ia akan membawa kepada ketundukan jiwa sekali gus

menyingkirkan sifat angkuh, ‘ujub, dan sifat-sifat madhmumah

yang lain di dalam diri seseorang. Aspek kerohanian yang paling

utama ketika menunaikan solat ialah ‘khushu’. Tanpa ‘khushu’,

seseorang itu tidak akan dapat mencapai objektifnya dalam proses

‘tazkiyah al-Nafs’. Imam al-Ghazali telah menjelaskan secara

panjang lebar mengenai hal ini dalam kitabnya “Ihya’ ‘Ulum al-

Din”. Dalam hal ini, beliau telah memetik beberapa dalil al-Quran

bagi menguatkan lagi hujahnya sebagaimana firman Allah SWT di

dalam al-Quran al-Karim:

ة ل أ قم الص ني و ب د ه إل أ ن ا ف اع إنني أ ن ا للا ل إل

ري لذك

Taha 20: 14

Maksudnya: Sesungguhnya Aku ini

adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang

hak) selain Aku, maka sembahlah Aku

dan dirikanlah solat untuk mengingat

Aku.

Daripada ayat di atas jelas membuktikan bahawa

mengingati Allah di dalam solat merupakan satu kewajipan. Sikap

lalai dan leka adalah berlawanan dengan mengingati, dan orang-

orang yang lalai ketika solat tidak akan mampu untuk

menghadirkan jiwa dalam mengingati Allah SWT. Sesungguhnya

solat dalam keadaan yang lalai serta jiwa yang kosong tanpa

lahirnya perasaan takut kepada Allah SWT tidak akan mampu

melahirkan kekuatan dan tumpuan kepada Tuhannya bagi

mencegah kemungkaran.

Kedua, puasa. Puasa merupakan salah satu cara yang

diperkenalkan oleh Imam al-Ghazali dalam melalui proses

tazkiyah al-nafs. Menurutnya, puasa memainkan peranan utama

Page 11: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

90

dalam melatih diri supaya bersabar dan bersederhana dalam segala

hal. Terutama sekali dalam urusan mengendali kehendak hawa

nafsu iaitu nafsu perut dan nafsu kemaluan. Hal ini adalah kerana

hawa nafsu akan menjadi kuat melalui makanan dan minuman

yang diambil, lebih-lebih lagi jika ia diambil secara berlebihan.

Oleh yang demikian, kita perlu menyempitkan jalan masuk syaitan

dengan cara berlapar ataupun menahan diri daripada makan dan

minum. Puasa juga mempunyai kedudukan istimewa yang

pelbagai berbanding dengan rukun-rukun Islam yang lain.

Ketiga, salah satu cara lain yang telah digariskan oleh

Imam al-Ghazali ialah berzikir. Ibadah yang lebih utama dan

digalakkan untuk melakukannya setelah membaca al-Quran adalah

dengan berzikir20 mengingati Allah SWT. Ia telah ditegaskan di

dalam al-Quran al-Karim dengan firman Allah SWT:

ون ف ر ل ت ك وا لي و ك ر اش م و ك ك ر وني أ ذ ك ر ف اذ

Al-Baqarah 2: 152

Maksudnya: Kerana itu, ingatlah kamu

kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula)

kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku,

dan janganlah kamu mengingkari

(nikmat)-Ku.

Tuntutan untuk berzikir sebenarnya bukanlah hanya

sekadar menyebut nama Allah SWT sahaja di bibir, malah

hendaklah dilakukan sehingga diri merasakan bahawa segala

tindak-tanduk yang dilakukan berada di dalam pemerhatian Allah.

Maka, seseorang individu itu akan berasa takut serta tidak

tergamak untuk melakukan perkara-perkara yang berdosa dan

perbuatan maksiat terhadap Allah SWT.

Cara yang seterusnya ialah dengan bertafakkur terhadap

kejadian alam. Menurut al-Ghazali berfikir adalah merupakan

anak kunci untuk memperolehi ‘nur’ atau cahaya petunjuk

terhadap sesuatu perkara. Ia merupakan pokok penglihatan mata

hati serta alat untuk mencapai ma’rifah, ilmu pengetahuan dan

20 Abdullah Gymnastiar, Mencari Ketenangan Jiwa, terj. Ainun Najah

Ali, (Mustread Sdn.Bhd., Kuala Lumpur, cet. Ke-2, 2011), 15-22.

Page 12: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

91

pengalaman. Sebagaimana telah dijelaskan oleh Allah SWT di

dalam al-Quran al-Karim:

ف تل اخ ض و ال ر ات و او ل ق السم اللي ل إن في خ

ي ات ل ولي ال ل ب اب النه ار ل ون للا ، و ك ر الذين ي ذ

ل ق ون في خ ي ت ف كر ن وبهم و ل ى ج ع ودا و ق ع قي اما و

ا ب اطل ذ ل ق ت ه ا خ بن ا م ض ر ال ر ات و او السم

اب النار ذ ان ك ف قن ا ع ب ح س

Ali-Imran 3: 190-191

Maksudnya: Sesungguhnya dalam

penciptaan langit dan bumi, dan silih

bergantinya malam dan siang terdapat

tanda-tanda bagi orang-orang yang

berakal, (iaitu) orang-orang yang

mengingati Allah sambil berdiri atau

duduk atau dalam keadan berbaring dan

mereka memikirkan tentang penciptaan

langit dan bumi (seraya berkata): "Ya

Tuhan kami, tiadalah Engkau

menciptakan ini dengan sia-sia, Maha

Suci Engkau, maka peliharalah kami

dari seksa neraka.

Ahli-ahli tasawuf menekankan kepentingan “tafakkur” di

dalam kehidupan sebagaimana telah diucapkan oleh Hasan al-

Basri21 yang mana beliau merupakan salah seorang daripada ahli

sufi terkemuka. Beliau berkata:

21 Nama penuh Hassan al-Basri ialah Abu Sa’id Al Hasan bin Yasar.

Dilahirkan pada tahun 21H. di kota Madinah 1 tahun setelah perang

Siffin; sumber lain menyatakan dilahirkan 2 tahun sebelum berakhirnya

masa pemerintahan Khalifah Umar al- Khattab r.a., wafat pada tahun 110

H, malam Jumaat di awal bulan Rejab pada usianya 80 tahun, Hassan al-

Basri mempelajari tasawuf khususnya daripada Huzayfah bin al-Yaman

sehingga ajaran itu melekat pada diri, sikap dan perilakunya.

Kemudiannya beliau juga dikenali sebagai Ulama Sufi dan juga Ahli

Zuhud.

Page 13: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

92

“Bertafakkur sesaat itu lebih baik

daripada berdiri semalaman

mengerjakan solat sunat”22

Justeru itu, seseungguhnya dengan bertafakkur, maka akan

lahirlah pengagungan terhadap kebesaran Allah SWT yang mana

jika tanpa qudrah dan iradah serta kemurahanNya, segala yang

wujud di muka bumi ini tidak akan dapat dinikmati oleh manusia

dan makhluk-makhluk lain yang telah diciptakan olehNya.

Cara terakhir yang telah dibawa oleh al-Ghazali adalah

mengetahui penyakit-penyakit hati serta mengetahui cara untuk

merawatinya. Menurut beliau, jiwa yang sakit adalah jiwa yang

tidak dapat berfungsi sebagaimana yang dikehendaki seperti

berilmu, berhikmah, mencintai Allah lebih daripada mencintai

sesuatu yang lain, menggerakkan anggota badan untuk beribadah

kepadaNya serta merasakan kelazatan tatkala bibir berzikir

menyebut namaNya. Manakala, antara sifat-sifat madhmumah

yang telah disebutkan oleh Imam al-Ghazali di dalam kitabnya

“Ihya’ ‘Ulum al-Din” ialah riya’, takabbur, sukakan kemegahan

dan pujian, kikir, dengki, mengumpat, berdusta dan sebagainya.

Oleh hal yang demikian, kewajipan bagi setiap muslim

supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk menghakis penyakit-

penyakit sedemikian serta menanam keazaman yang tinggi dan

kuat untuk mengendalikan keaiban yang terdapat di dalam diri

adalah wajar. Ketahuilah bahawa pengetahuan, keimanan dan

ketaqwaan memainkan peranan yang penting dalam mencapai

matlamat tazkiyah al-Nafs. Tanpa pengetahuan yang luas, mana

mungkin matlamat tersebut dapat dicapai. Usaha yang berterusan

serta kesungguhan amat diperlukan bagi memperoleh jiwa yang

sihat sejahtera daripada perkara-perkara yang tercela dan dihiasi

dengan sifat-sifat mahmudah seperti beriman kepada Allah, yakin,

ikhlas, sabar, syukur, tawakkal, takut serta sentiasa berharap

kepada Allah SWT dan lain-lain lagi.

Metode yang diperkenalkan oleh al-Junayd

Imam al-Junayd al-Baghdadi23 merupakan salah seorang tokoh

sufi yang terkenal di dalam sejarah perkembangan tasawuf yang

22 Imam al-Ghazali, ‘Ibadah Perspektif Sufistik, terj. Muhtar Holland,

(Surabaya: Risalah Gusti, 1999), 66.

Page 14: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

93

mana namanya tidak asing lagi di kalangan ahli-ahli sufi atau

sebaliknya.24 Beliau dikatakan sebagai seorang ahli sufi yang

mana merupakan orang yang mula-mula menyusun ilmu tasawuf

sehingga tertegaknya satu mazhab kerohanian yang diakui oleh

Islam. Sumbangannya terlalu banyak dalam menghasilkan ratusan

ribu kitab-kitab karangan para ulama’ yang membicarakan tentang

ajaran tasawuf.

Imam al-Junayd merupakan seorang tokoh sufi yang

berpegang kuat dengan al-Quran dan al-Hadith.25 Al-Junayd juga

telah memperkenalkan beberapa metode berkaitan konsep

‘tazkiyah al-Nafs’. Yang pertama sekali ialah, seseorang itu

mestilah berpegang teguh kepada al-Quran dan al-Hadith.

Menurutnya, seseorang yang ingin melakukan ‘tazkiyah al-Nafs’

mestilah berpegang kuat terhadap ajaran al-Quran dan al-Hadith.

Beliau menekankan aspek penghayatan dan juga pengetahuan

terhadap suri teladan yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah

SAW. Hal ini adalah kerana beliau menyedari bahawa terdapat

kebanyakan manusia yang tersesat kerana tidak mengamalkan atau

menghayati sesuatu yang diketahui dan dipelajarinya.

Sebagaimana telah dijelaskan oleh Imam Malik yang mana beliau

meriwayatkan dalam kitab al-Muwatta secara mursal katanya,

Rasulullah SAW bersabda:

23 Nama penuh al-Junayd ialah Abu AI-Qasim Al-Junayd bin

Muhammad Al-Junayd AI-Khazzaz Al-Qawariri, lahir sekitar tahun

220.H di Baghdad, Iraq. Beliau berasal dari keluarga Nihawand, keluarga

pedagang di Persia, yang kemudian berpindah ke Iraq. Beliau juga adalah

merrupakan orang yang terawal menyusun dan memperbahaskan tentang

ilmu tasawuf dengan ijtihadnya. Imam al-Junayd al-Bagdadi telah wafat

pada tahun 298H. 24 Muhsin Ruslan, ‘Ilmu Tasawuf dan manfaatnya : menelusuri

Pandangan al-Junaid al-Baghdadi dan pedoman Tasawuf masa kini’,

laman sesawang Media Akademika, dicapai pada 24 April 2017,

www.myjurnal.my/public/article-download.php?id=83291 25 Rushita Rejab, “Tazkiyyah al-Nafs : konsep dan keberkesanannya di

kalangan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya”,

(Disertasi,Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam,Bahagian Pengajian

Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2000/2001),

70-75.

Page 15: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

94

ت ك ي ن في ك م ت ر ر ا ل ن أ م ا ت ضل و ت م م ك س ا ت م : بهم

نة للا، كتا ب س س وله و ر

"Aku tinggalkan kepada kamu dua

perkara: kamu sama sekali tidak akan

sesat selama kamu berpegang kepada

kedua-duanya: Kitab Allah dan Sunnah

Rasulnya”.26

Jelaslah di sini bahawa pengetahuan yang mendalam

mengenai al-Quran dan al-Hadith adalah amat penting kepada

setiap muslim dalam melalui proses ‘tazkiyah al-nafs’ iaitu untuk

menyucikan diri daripada perkara-perkara yang dilarang Allah

serta ia juga dapat dijadikan penyelamat daripada digoda dan

diselewengkan oleh syaitan yang durjana.

Metode yang kedua yang telah diperkenalkan oleh al-

Junayd ialah menghiasi diri dengan akhlak yang mulia dan

menjauhkan diri daripada akhlak yang keji serta mengabdikan diri

kepada Allah SWT. Menurutnya, antara sifat mahmudah yang

perlu diterapkan di dalam diri adalah seperti zuhud, reda, qana’ah

dan sebagainya, sedangkan antara sifat madhmumah yang perlu

dihindari menurutnya ialah sombong, takabbur, riya’ dan

sebagainya. Selain itu, menurut al-Junayd juga, metode tazkiyah

al-nafs yang merujuk kepada pengabdian diri kepada Allah ialah

dengan taubat. Menurutnya, hakikat atau tabi’i taubat dengan

melupakan dosa. Golongan yang bertaubat merupakan kekasih

Allah yang mana mereka merupakan golongan yang sentiasa di

dalam keadaan musyahadah terhadap Allah SWT. Sehubungan

dengan ini, beliau telah mengatakan bahawa: 27

“Aku telah membaca banyak kitab, tetapi aku tidak

pernah menemui sesuatu yang lebih memberi

panduan daripada kata-kata berikut; ‘Apabila aku

bertanya: “Apakah dosaku? Lalu jawapan yang

26 Malik bin Anas bin Malik bin Abi. 'Amir al-Asbahi al-Yamani, Kitab

al-Muwatta: Bab al-Qadr, ed. Muhammad Mustafa Al-A'zami, )Beirut:

Mu'assasat al-Risalah, 1998), Hadith no. 678/3338. 27 Ali b. Uthman Al-Jullabi Al-Hujwiri, The Kashf al-Mahjub; The

Oldest Persian Tretise on Sufism, (London: Lucaz & Co. Ltd, 1970), 297.

Page 16: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

95

diberikan: “Kewujudan engkau adalah suatu dosa, di

mana tidak ada dosa lain yang boleh dibandingkan

dengannya”

Dengan kata lain, cara atau metode menuju Allah SWT

ialah dengan bertaubat. Ia merupakan jalan kerohanian yang amat

ditekankan oleh beliau. Seseorang yang bertaubat akan berpindah

dari suatu maqam ke maqam yang lain sehingga pada suatu masa

ia akan berada hampir dengan Allah SWT. Sesungguhnya untuk

mencapai kepada maqam tersebut, seseorang itu perlulah

melakukan proses tazkiyah al-Nafs terlebih dahulu. Akhir sekali, al-Junayd juga pernah menghuraikan

mengenai tiga perkara utama yang menjadi metode dalam proses

tazkiyah al-Nafs iaitu, pertama, meninggalkan dunia, kedua,

berpuasa sunat dan ketiga, berjaga malam untuk mengingati Allah

SWT.

Metode yang diperkenalkan oleh al-Muhasibi

Al-Muhasibi28 merupakan seorang tokoh sufi yang besar dan amat

pakar di dalam perbahasan mengenai tasawuf akhlak terutama

mengenai hal-hal kejiwaan. Di dalam membahaskan aspek

kejiwaan, beliau banyak memfokuskan tentang penyakit-penyakit

atau gangguan-gangguan jiwa serta menjelaskan mengenai bahaya

mengikutinya dan bagaimanakah caranya untuk membersihkan

jiwa tersebut daripada pengaruh-pengaruh buruk. Menurutnya, dalam membahaskan hal berkaitan proses

‘tazkiyah al-Nafs’, beliau amat menitikberatkan tentang

mendisiplinkan diri dan beliau juga menyedari bahawa jalan

penyucian itu termasuklah sikap takutkan akan Allah SWT,

menunaikan segala yang diperintahkanNya dengan ikhlas, taat

kepadaNya dan mencontohi para rasulNya. Beliau juga

berpendapat, untuk mencapai atau mengecapi matlamat ‘tazkiyah

al-Nafs’ seseorang itu perlulah berusaha serta sentiasa

mengamalkan sifat-sifat mahmudah seperti reda, zuhud, sabar,

syukur dan lain-lain lagi. Dengan adanya sifat mahmudah tersebut

28 Nama penuh al-Muhasibi ialah Abu Abdillah Al-Harits bin Asad Al-

Bashri Al-Baghdadi Al-Muhasibi, namun beliau lebih dikenal dengan

nama Al-Muhasibi sahaja. Beliau dilahirkan di Basrah, Irak, pada tahun

165 H/781 M, dan wafat di tempat yang sama juga iaitu Basrah (Irak)

pada tahun 243 H/857 M.

Page 17: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

96

dalam diri seseorang individu, sudah pasti ia akan dapat mencapai

matlamatnya iaitu menyucikan jiwa daripada kekotoran yang

tercela. Hal ini adalah kerana jiwa merupakan suatu yang dominan

dan memberi pengaruh yang besar sebagai penyebab berlakunya

maksiat dalam diri manusia.29 Al-Muhasibi juga dalam metodenya telah memberikan

nasihat kepada sesiapa yang ingin menyucikan jiwa agar sentiasa

memeriksa keadaan al-nafs (jiwa). Seseorang yang ingin

menyucikan jiwa juga perlulah memiliki i’tikad untuk sentiasa

tawaddu’ kepada Allah dan menghilangkan perasaan takabbur.30

Seseorang itu juga perlu memiliki serta menanamkan dalam diri

sikap bersungguh-sungguh dan tekun dalam melakukan amal

ibadah kepada Allah SWT. Justeru, dapatlah dikatakan di sini bahawa al-Muhasibi

adalah seorang sufi yang amat peka terhadap hal-hal mengenai

‘tazkiyah al-Nafs’. Sebagai contoh, beliau amat prihatin mengenai

soal kerohanian dan juga dalam menjaga adab terhadap Allah

SWT. Beliau juga berpesan bahawa hendaklah seseorang itu

berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dan al-Hadith bagi

menyelamatkan diri daripada kesesatan dan perilaku-perilaku hina

dan buruk.

Rumusan Pendapat-pendapat Tokoh Sufi Mengenai Konsep

Tazkiyah al-Nafs

Berdasarkan penelitian yang telah dibuat, cara yang dijelaskan

oleh Imam al-Ghazali agak berbeza berbanding Imam al-Junayd

dan al-Muhasibi. Walau bagaimanapun, dapatlah dirumuskan

disini bahawa walaupun terdapat perbezaan terhadap metode-

metode ataupun cara yang diperkenalkan oleh al-Ghazali, al-

Junayd dan al-Muhasibi mengenai ‘tazkiyah al-Nafs, tetapi

haruslah diingatkan bahawa ketiga-tiga tokoh sufi tersebut

mempunyai niat dan tujuan yang sama iaitu ingin mencari

keredhaan Allah SWT dengan menyucikan jiwa daripada perkara-

perkara tercela serta manghiasinya dengan akhlak mahmudah yang

29 Siti Mahfuzah Shafiei, “Konsep Tazkiyyah Al-Nafs Dari Sudut

Tasawuf Menurut Pandangan Al-Muhasibi”, (Latihan Ilmiah, Jabatan

Akidah dan Pemikiran Islam,Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi

Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2001/2002), 77-79. 30 Ibid.

Page 18: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

97

mana ia adalah perkara yang perlu dilaksanakan oleh setiap

individu muslim.

Secara keseluruhan, Islam amat menggalakkan umatnya

mengikuti dan mempraktikkan konsep tazkiyah al-Nafs bukanlah

untuk menyusahkan umatnya, tetapi adalah untuk membebaskan

umatnya daripada cengkaman hawa nafsu dan menyerahkan

seluruh jiwa raga kepada Allah SWT.

Matlamat Tazkiyah al-Nafs

Berdasarkan penerangan sebelum ini berdasarkan kepada

pendapat-pendapat tokoh sufi mengenai tazkiyah al-Nafs, kita

dapat lihat serta fahami apakah matlamat31 proses tersebut

dilaksanakan. Matlamat utama tazkiyah al-Nafs ialah untuk

membersihkan hati manusia dari sifat-sifat keji yang mana ia telah

bersarang di dalam hati manusia seperti sombong, riak, takbur,

buruk sangka, hasad dengki dan lain-lain lagi. Menurut Said

Hawwa, yang mana beliau telah berkata:

لك ل ر "و ه ع ص اض ر ه ، أ م اض ر أ ع ور و لل ع ص و

له ا ه ا ك اض ر ه ا، أ م اض ر أ ع الم و ال ع ب اني و ه و الر

ن ت ط اع م الج أ ن اس اض ي ع ر ة ال م اصر ع ال م

اض ر أ م ور، و تل ك ال ع ص ة و ل م احه ع في ن ج

كي ة". الت ز

Maksudnya: “Dan pada setiap masa ada

penyakit-penyakit dan halangan-

halangannya, pada sepanjang zaman

semuanya ada penyakit-penyakit dan

halangan-halangannya, seorang ulama

Rabbani itu ialah yang mampu merawat

penyakit-penyakit semasa dan penyakit-

penyakit sepanjang zaman. Itulah tanda

kejayaannya di dalam Tazkiyah”.

Manusia apabila jiwanya tidak dibersihkan maka ia akan

sentiasa terdedah kepada sifat-sifat atau perkara-perkara yang keji

yang akan mengotorkannya. Kesemua sikap keji tersebut akan

31 Zuridan Mohd Daud, Penyucian Jiwa, Cet, Pertama, (Mustread

Sdn.Bhd., Kuala Lumpur, 2010), 25-31.

Page 19: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

98

menyebabkan manusia menjadi jauh dari rahmat Allah SWT. Di

samping itu, sifat-sifat keji juga akan menyebabkan hati manusia

menjadi keras dan buta sehingga tidak dapat melihat kebenaran.

Manakala, Ibnu ‘Atoillah pula di dalam kitabnya ‘al-Hikam’

berkata:

ات "من ل م ت ع و م ال ق ل ب م د ن ع ز ل ى ال ح ا ع م

اف ق ات، من ف ات ك و ك ال م ت ر م و ل ى الند ا ع ل ت ه م من ف ع

ود ج لت ". و الز

Maksudnya: "Antara tanda-tanda hati

mati ialah engkau tiada rasa sedih

apabila tertinggal sesuatu kebaikan

(kewajipan) dan tidak menyesal di atas

apa yang engkau lakukan dari perbuatan

dosa”.

Sifat-sifat keji atau madhmumah ini boleh dirangkumkan

dalam dua sifat utama yang merosakkan manusia iaitu sifat yang

melampau (al-Taghut) dan sifat yang lemah (al-Istidh’af) kerana

kedua-dua sifat ini boleh menyebabkan manusia sukar untuk melakukan perubahan dalam dirinya. Kedua-dua sifat ini

hendaklah diganti dengan sifat wasatiyyah iaitu sederhana di

dalam setiap tindakan. Hal ini adalah kerana bersederhana itu akan

membawa kepada seribu satu kebaikan yang kadangkala tidak

terlihat kebaikan itu pada pandangan mata kasar.

Apa yang dimaksudkan dengan melampau (al-Taghut)32 di sini ialah sikap suka melanggar batasan agama tanpa rasa

bersalah dan takut terhadap ancaman dosa dan azab api neraka

kelak. Golongan ini digelar melampau kerana mereka suka

melakukan maksiat dan tiada rasa takut akan kerosakan yang bakal

menimpa diri mereka akibat daripada maksiat yang dilakukan

tersebut. Al-Taghut adalah berpunca dari perasaan sombong dan

besar diri yang membawa manusia kepada situasi berlepas tangan

dari mengharapkan bantuan daripada Allah SWT. Ia juga

merasakan bahawa kelebihan yang ada pada dirinya adalah hasil

kebolehan yang dimiliki sendiri dan tiada kaitan dengan rahmat

Allah. Allah SWT telah menerangkan bahawa sifat melampaui

32 Ibid.

Page 20: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

99

bataslah yang menjadikan Firaun sanggup mengaku dirinya

sebagai tuhan sepertimana firman Allah di dalam al-Quran al-

Karim:

ى ن إنه ط غ و ع ه ب إل ى فر ف ق ل ه ل لك إل ى أ ن ، اذ

كى ت ز

An-Nazi’at 79: 17-18

Maksudnya: "Pergilah kamu kepada

Fir'aun, sesungguhnya dia telah

melampaui batas, dan katakanlah

(kepada Fir'aun): "Adakah keinginan

bagimu untuk membersihkan diri (dari

kesesatan)".

Al-Istidh’af pula bermaksud lemah yakni rasa rendah diri

yang membawa kepada hilangnya maruah dan harga diri sehingga

sanggup melakukan apa sahaja demi memperoleh kesenangan

hidup. Golongan yang lemah ini tidak mahu berusaha merubah diri

dan membiarkan kehidupannya dalam keadaan melarat. Akibat

dari situasi ini juga meyebabkan mereka sentiasa berburuk sangka

dengan Allah SWT serta sanggup melanggar batasan Allah

semata-mata kerana tidak percaya akan ketentuan dan rahmatNya.

Di dalam al-Quran, Allah SWT telah menerangkan

bagaimana sifat lemah (al-Istidh’af) merupakan suatu kezaliman

kepada diri sendiri. Firman Allah di dalam al-Quran al-Karim:

ة ظ المي أ نف سهم ق ال وا فيم ئك ل فاه م ال م إن الذين ت و

نت م نا ق ال وا ك فين ك ع ت ض س ض في م أ ل م ق ال وا ال ر

ض ت ك ن أ ر ة للا اسع وا و ئك فيه ا ف ت ه اجر ف أ ول

اه م أ و ه نم م ت ج اء س را يم ص و

An-Nisa’ 4: 97

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang

yang diwafatkan malaikat dalam

keadaan menganiaya diri sendiri,

(kepada mereka) malaikat bertanya:

"Dalam keadaan bagaimana kamu ini?".

Mereka menjawab: "Adalah kami orang-

Page 21: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

100

orang yang tertindas di negeri (Mekah)".

Para malaikat berkata: "Bukankah bumi

Allah itu luas, sehingga kamu dapat

berhijrah di bumi itu?". Orang-orang itu

tempatnya neraka Jahannam, dan

Jahannam itu seburuk-buruk tempat

kembali.

Oleh itu, matlamat utama tazkiyah al-Nafs adalah bagi

mendidik manusia supaya tidak cenderung kepada perasaan

melampau yang membawa kepada keingkaran kepada Allah SWT

dan juga membendung perasaan lemah hingga hilangnya rasa

kebergantungan denganNya dan tidak mengharapkan

rahmatNya.33 Kesan daripada Tazkiyah al-Nafs akan dapat dilihat

pada setiap anggota tubuh manusia seperti matanya, telinganya,

lidahnya, tangannya, kakinya dan akalnya. Kesan yang paling

nyata pada seseorang yang suci hatinya ialah ia akan sentiasa

memiliki akhlak yang baik terhadap Allah serta kepada manusia

dan alam sekelilingnya. Berakhlak dengan Allah SWT ialah

dengan melaksanakan segala tanggungjawab kepadaNya dan

berjuang dijalanNya, manakala akhlak kepada manusia dan alam

ialah dengan menyantuni mereka dan memanfaatkannya

sepertimana yang ditunjuki oleh baginda Rasulullah SAW.

Unsur-unsur utama dalam Tazkiyah al-Nafs

Dalam menjalani proses tazkiyah al-Nafs sudah semestinya

seseorang itu memerlukan panduan agar langkah yang dilakukan

bagi menyucikan jiwa itu tidak tersasar kepada langkah yang salah

dan bertentangan. Oleh itu, tazkiyah al-Nafs merupakan proses

pembersihan jiwa yang tidak dapat dilaksanakan melainkan

wujudnya kombinasi tiga unsur utama iaitu Murabbi, Bi’ah dan

Manhaj.34 Jika salah satu daripada elemen ini tidak wujud, adalah

sangat dibimbangi sekiranya seseorang itu terdedah kepada ajaran-

ajaran yang salah atau amalan-amalan yang terpesong dari

landasan Islam yang sebenar. Huraian kepada tiga elemen berikut

akan diperjelaskan secara lebih terperinci seperti berikut:

33 Ibid. 34 Zuridan Mohd Daud, Penyucian Jiwa, 43.

Page 22: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

101

Murabbi

Murabbi adalah seorang guru atau pembimbing yang bertaraf

mursyid, iaitu bukan sahaja dapat memandu seseorang untuk

berubah tetapi dapat menyelami masalah anak didiknya umpama

seorang ayah. Ia bukan sahaja sekadar penyampai ilmu tetapi

dapat mempengaruhi seseorang supaya mengabdikan diri kepada

Allah SWT. Murabbi menjadi pembimbing dan contoh ikutan

yang bukan sahaja mampu bercakap dan mengajar tetapi dapat

menunjukkan tauladan yang baik. Sabda Nabi SAW yang

bermaksud:

“Sesungguhnya aku bagi kamu semua

adalah umpama ayah kepada anaknya”.

Murabbi memainkan peranan yang sangat penting di

dalam proses tazkiyah al-Nafs kerana ia dapat dijadikan tempat

rujukan kepada mereka yang berselisih pendapat atau pun tidak

mempunyai pengetahuan yang jelas tetapi mahu membersihkan

jiwa dan melakukan perubahan diri. Di sini, murabbilah yang

memainkan peranan penting untuk membimbing seseorang itu ke jalan yang benar. Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran

al-Karim:

م آي اتن ا ل ي ك م ي ت ل و ع نك س ول م م ر ل ن ا فيك س ا أ ر م ك

ا ل م ك م م لم ي ع ة و م ال حك م ال كت اب و ك لم ي ع م و يك ك ي ز و

ون ل م ت ك ون وا ت ع

Al-Baqarah 2: 151

Maksudnya: Sebagaimana (Kami telah

menyempurnakan nikmat Kami

kepadamu) Kami telah mengutus

kepadamu Rasul diantara kamu yang

membacakan ayat-ayat Kami kepada

kamu dan mensucikan kamu dan

mengajarkan kepadamu Al Kitab dan

Al-Hikmah, serta mengajarkan kepada

kamu apa yang belum kamu ketahui.

Page 23: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

102

Ayat di atas menjelaskan bahawa peranan Rasul adalah

sebagai Murabbi yang sangat penting kerana dialah penentu

kepada kejayaan Tazkiyah al-Nafs.

Bi’ah

Persekitaran yang baik dan soleh amat diperlukan dalam proses

tazkiyah al-Nafs. Di samping itu, persekitaran yang baik sangat

memberi kesan kepada perubahan diri dan tingkah laku. Seperti

mana yang kita sedia maklum, persekitaran adalah merangkumi

keluarga, tempat tinggal, kejiranan dan tempat belajar. Semua ini

boleh mencorakkan pembentukan jiwa seseorang. Sebagai contoh

kejiranan, jika jiran kita di kalangan orang-orang yang baik, soleh

dan ahli masjid maka ia sedikit sebanyak akan memberikan kesan

kepada kita dari sudut ketenteraman dan minat untuk ke masjid.

Persekitaran juga termasuk rakan dan sahabat yang selalu

berdamping dengan kita. Rakan-rakan sangat kuat kesannya

kepada pembentukan jiwa dan tingkah laku seseorang. Justeru

pemilihan teman adalah satu perkara yang sangat penting.

Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud:

ء ر لى دين ال م ليله، دين ع م ر ف ل ي ن ظ خ د ك ن أ ح م

ي خالل

“Agama seseorang adalah berdasarkan

agama kawannya maka hendaklah kamu

melihat dengan siapa ia berkawan”.35

Manhaj

Manhaj adalah sangat diperlukan bagi seseorang yang ingin

memperbaiki jiwa daripada perkara-perkara tercela dalam

menjalani proses tazkiyah al-Nafs. Ia merupakan suatu pendekatan

dan panduan yang digunakan dalam tazkiyah al-Nafs. Pendekatan

ini mestilah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah sepertimana

yang telah ditekankan oleh Imam al-Junayd sendiri ketika

membincangkan mengenai metode atau cara perlaksanaan tazkiyah

35 Abu Dawud Sulaiman bin Al-Asy'ats As-Sijistani, Kitab al-Adab: Man

Yu’mar an Yujalis, ed. Muhammad Muhyiddin Abdul Hamid (Maktabah

Al-‘Asriyah, Sa’idan: Beirut, 2010), no. Hadith 4833. Hadith daripada

Abi Hurairah r.a al-Tarmidhi mengatakan ia hadith hasan gharib dan

hasan menurut al-Albani.

Page 24: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

103

al-anafs. Selain itu, amalan para sahabat Nabi SAW juga adalah

merupakan manhaj yang boleh diikuti selagi mana tidak

bertentangan dengan syariat. Hal ini adalah kerana jika tidak

berpandukan sumber yang betul, seseorang itu akan terdedah

kepada ilmu yang salah dan ajaran sesat yang begitu banyak

berlaku seperti mana yang dapat kita lihat pada hari ini. Amalan

para ulama’ juga boleh dijadikan panduan selagi mana ia tidak

bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah. Allah SWT

berfirman di dalam al-Quran al-Karim:

ي ه ا ب ي ن ي د قا لم د ص ق م ل ن ا إل ي ك ال كت اب بال ح أ نز و

ل ي ه ه ي منا ع م ك م من ال كت اب و ا ب ي ن ه م ف اح ل بم أ نز

ل للا ه م ت تبع و اء ا أ ه و م ك ع اء ق من ج لك ل ال ح

ل ن ا ع م ج ة منك ع من ه اجا شر ل و و اء و م ل للا ش ل ك ع ج

م ا آت اك م في م ك كن لي ب ل و ل ة و احد ة و ت بق وا أ م ف اس

ات ي ر إل ى ال خ م للا ك جع ر ميعا م ا ف ي ن بئ ك م ج نت م بم ك

ت لف ون فيه ت خ

Al-Maidah 5: 48

Maksudnya: Dan Kami telah turunkan

kepadamu Al Quran dengan membawa

kebenaran, membenarkan apa yang

sebelumnya, iaitu kitab-kitab (yang

diturunkan sebelumnya) dan batu ujian

terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka

putuskanlah perkara mereka menurut

apa yang Allah turunkan dan janganlah

kamu mengikuti hawa nafsu mereka

dengan meninggalkan kebenaran yang

telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap

umat diantara kamu, Kami berikan

aturan dan jalan yang terang. Sekiranya

Allah menghendaki, niscaya kamu

dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi

Allah hendak menguji kamu terhadap

pemberian-Nya kepadamu, maka

berlomba-lombalah berbuat kebajikan.

Hanya kepada Allah-lah kembali kamu

Page 25: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

104

semuanya, lalu diberitahukan-Nya

kepadamu apa yang telah kamu

perselisihkan itu.

Manhaj sangat penting agar perjalanan tazkiyah sentiasa

berada di atas landasan yang betul dan dapat memberikan kesan

yang sepatutnya. Manhaj tazkiyah al-Nafs adalah berpandukan al-

Quran dan al-Hadis serta boleh dirujuk juga kepada buku-buku

karangan para ulama sebagai contoh kitab karangan Imam al-

Ghazali iaitu “Ihya’ Ulum al-Din” dan karangan Syeikh Said

Hawwa yang bertajuk “Tarbiyatuna al-Ruhiyah” dan “al-

Mustakhlas Fi Tazkiyyah al-Nafs”.

Keberkesan Tazkiyah al-Nafs dalam kehidupan ummah

Tazkiyah al-Nafs bertujuan melahirkan manusia yang batinnya

suci dan bersih dari sebarang penyakit hati. Tanda seseorang itu

suci jiwanya ialah dapat dilihat pada zahirnya. Walaupun

sebenarnya kita tidak layak untuk mengukur atau menghukum apa

yang ada dalam batin manusia, namun kita boleh melihat kesan

kesucian hati pada tingkah laku zahirnya. Tingkah laku zahir pada

ghalibnya adalah cerminan apa yang ada di dalam hati seseorang

manusia itu. Umar Al-Khattab r.a berkata:

“Sesungguhnya wahyu telah terputus

dengan (terputusnya kenabian) dan kami

adalah kaum yang menghukum

berdasarkan pada zahir, sedangkah Allah

yang mengetahui apa yang

tersembunyi”.

Apabila seseorang itu bersih jiwanya maka akan baiklah

hubungannya dengan Allah SWT. Apabila hubungannya dengan

Allah SWT baik, maka hubungannya dengan manusia dan alam

juga pasti akan menjadi baik. Said Hawwa r.h berkata:

أ ظ ه ر ات و ر اة النف س ث م ك ز ن الم س ال د ب ح

ل ة ام ع ال م ع و الناس للا م ع : و ق وقه قي اما للا م ا بح بم

لك في ل ذ بيله، في جه ادا النف س بذ ع س م الناس و

ل ى س ب ع ة ح ائر ل ى الد ع ى و ق ت ض ق ام م ل ى الم ع و

ء و ليف ا ض باني لتك الر

Page 26: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

105

“Kesan paling nyata jiwa yang sudah

bersih ialah lahirnya adab yang baik dan

muamalah atau pun interaksi yang baik

dengan Allah dan manusia. Dengan

Allah ialah melaksanakan segala hakNya

dan antaranya berkorban jiwa berjihad di

jalanNya. Manakala dengan manusia

pula ialah berdasarkan ruang lingkup

yang boleh, berdasarkan kesesuaian

tempat dan juga tanggungjawab yang

ditetapkan Tuhan”.

Kesan positif Tazkiyah al-Nafs ialah dapat dilihat pada

anggota tubuh badan manusia itu sendiri. Matanya tidak suka

melihat perkara maksiat, telinganya tidak suka mendengar perkara

keji seperti umpatan, lidahnya tidak suka mencaci dan memfitnah,

tangannya tidak digunakan untuk mengambil harta orang lain,

kemaluannya tidak digunakan pada yang haram seperti zina dan

kakinya tidak berjalan ke tempat-tempat maksiat. Secara

mudahnya untuk kita sama-sama fahami, keseluruhan anggotanya

akan menjuruskan kepada perbuatan yang baik. Jika ia tersilap

atau tersalah melakukan dosa, maka ia akan segera berbalik

kepada Allah SWT dengan bertaubat dari melakukan kesalahan

tersebut.

Penutup

Setelah diteliti, dikaji dan difahami metode “Tazkiyah al-Nafs”

ini, jelaslah bahawa dari sudut tasawufnya, ia sangat banyak

memberi manfaat kepada seseorang yang ingin menghampirkan

diri kepada Allah SWT, lebih-lebih lagi insan yang ingin jiwanya

suci dan bersih dari segala hasutan dan godaan syaitan, hawa nafsu

dan lain-lain lagi. Hal ini adalah kerana, perjalanan seseorang

insan itu dalam menggapai ma’rifatullah perlulah dipenuhi dengan

muhasabah diri untuk mengetahui apakah sesuatu yang perlu

ditinggalkannya dan perlunya ia menyempurnakan segala yang

telah diperintahkan Allah ke atasnya. Dengan cara seringkali

bermuhasabah diri juga, seseorang itu dapat mengawal dirinya

daripada terjeremus ke dalam lembah kebinasaan.

Oleh yang demikian, bagi sesiapa yang ingin melakukan

proses penyucian jiwa melalui metode “Tazkiyah al-Nafs” ini,

Page 27: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

106

terlebih dahulu hendaklah memiliki ilmu pengetahuan yang

mendalam mengenai cara mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Di samping itu, perkara yang paling asas yang perlu dipegang

ialah dengan menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai neraca

dalam kehidupan sebagai seorang individu muslim.

Rujukan

Abd Al-‘Aziz Al-Darini, Terapi Menyucikan Hati (Kunci-

Kunci mendekatkan diri kepada Illahi), terj. Ida

Nursida dan Tiar Anwar Bachtiar, cet. pertama,

(Bandung: PT Mizan Pustaka, 2008).

Abdullah Gymnastiar, Mencari Ketenangan Jiwa, terj. Ainun

Najah Ali, cet. Ke-2(MUST READ Sdn.Bhd., Kuala

Lumpur,2011).

Al-Ghazali, Ihya Ulumiddin (Jiwa Agama),terj. oleh Ismail

Yakub, Jil. 8, (Victory Ajensi, Kuala Lumpur,1988).

Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, Jil. 3, ( Beirut: Dar al-

Misriyyah al-Lubnaniyyah).

Al-Husayn bin Muhamad ar-Raghib al-Asfahani, Mufradat

Fi Gharib al-Quran, (Beirut, Dar Ihya’ al-Turath al-

‘Arabiy, 2002)

Che Zarrina Sa’ari, “Peranan Penyucian Jiwa (Tazkiyah al-

Anfus) Terhadap Pembangunan Insan Dalam

Masyarakat Bertamadun”, laman sesawang Web

Rasmi Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, 70,

dicapai pada 24 April 2017,

http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tareqat-

tasauwuf/162-koleksi-kertas-kerja/640-peranan-

penyucian-jiwa-tazkiyah-al-anfus-terhadap-

pembangunan-insan-dalam-masyarakat-bertamadun

Page 28: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

107

H.A. Rivay Siregar, Tasawuf: Dari Sufisme Klasik ke Neo-

Sufisme, ed. pertama, cet. ke-2, (Jakarta: PT

RajaGrafindo Persada, 2000).

Ilyas Ismail et. al, “Tazkiyah Al-Nafs”, dalam Ensiklopedi

Tasawuf (disusun oleh tim penulis UIN Syarif

Hidayatullah), (Bandung : Angkasa, 2008).

Imam Fu’adi, Menuju Kehidupan Sufi, cet. pertama (Jakarta:

PT. Bina Ilmu,2004).

Imam Malik, Tazkiyat al-Nafs (Suatu Penyucian Jiwa), cet.

pertama, (Surabaya: Lembaga Kajian Agama dan

Filsafat {eLKAF}, 2005).

Mu’az Said Hawwa, al-Tazkiyah ‘ala Manhaj al-Nubuwwah

(Muqadimah fi Tazkiyyah), (Darannor Mubin lil

Dirasat wa al-Nasyhr, 2011).

Muhsin Ruslan, “Ilmu Tasawuf dan manfaatnya : menelusuri

Pandangan al-Junaid al-Baghdadi dan pedoman

Tasawuf masa kini”, laman sesawang Media

Akademika, capaian pada 24 April 2017,

www.myjurnal.my/public/article-

download.php?id=83291

Rushita Rejab, “Tazkiyyah al-Nafs : konsep dan

keberkesanannya di kalangan Mahasiswa Akademi

Pengajian Islam Universiti Malaya” (Disertasi

Sarjana, Jabatan Akidah dan Pemikiran

Islam,Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi

Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2000/2001), 70-

75.

Siti Mahfuzah Shafiei, “Konsep Tazkiyyah Al-Nafs Dari

Sudut Tasawuf Menurut Pandangan Al-Muhasibi”,

(Latihan Ilmiah, Jabatan Akidah dan Pemikiran

Page 29: Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Jabatan Akidah dan ...qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/06/TAZKIYAH-AL-NAFS...tazkiyah al-nafs according to the followers of tasawuf and

Syed Mohammad Hilmi, “Tazkiyah al-Nafs Menurut Ahli Tasawuf”, Jurnal Qalbu 1.5

(Jun 2017): 80-108

108

Islam,Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi

Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2001/2002), 77-

79.

Syarifah Basirah Syed Muhsin, “Kaedah Psikoterapi

Berasaskan Konsep Maqamat: Kajian Terhadap Kitab

Qut Al-Qulub Abu Talib Al-Makki”, (Disertasi

Sarjana, Universiti Malaya, 20112).

Zuridan Mohd Daud, Penyucian Jiwa, cet. pertama,

(Mustread Sdn.Bhd., Kuala Lumpur, 2010).