soalan pjpk ting.3

70
Tajuk : SOALAN PJPK TINGKATAN 3 Tunjang : KECERGASAN 1 Apakah fungsi jantung ? A Mengepam darah melalui sistem otot badan B Membekalkan oksigen kepada sistem kardiovaskular C Membekalkan glukosa kepada sistem perkumuhan badan. D Mengepam darah melalui sistem peredaran pulmonari dan sistemik 2 Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah beroksigen ke otot-otot dan membawa keluar bahan kumuh dari otot. Sistem kardiovaskular terdiri daripada A ginjal, perut dan jantung. B limfa, pankreas dan jantung C rangkaian arteri dan vena, usus dan perut D jantung, paru-paru dan rangkaian arteri dan vena 3 Seseorang individu itu dikatakan mempunyai kecergasan yang baik sekiranya 1

Upload: bitt

Post on 12-Jun-2015

98.501 views

Category:

Documents


32 download

DESCRIPTION

koleksi soalan PJPK Tingkatan 3Jika tak dpt dwnload, tinggalkan email.

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan PJPK TING.3

Tajuk : SOALAN PJPK TINGKATAN 3

Tunjang : KECERGASAN

1 Apakah fungsi jantung ?

A Mengepam darah melalui sistem otot badan

B Membekalkan oksigen kepada sistem kardiovaskular

C Membekalkan glukosa kepada sistem perkumuhan badan.

D Mengepam darah melalui sistem peredaran pulmonari dan sistemik

2 Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah

beroksigen ke otot-otot dan membawa keluar bahan kumuh dari otot.

Sistem kardiovaskular terdiri daripada

A ginjal, perut dan jantung.

B limfa, pankreas dan jantung

C rangkaian arteri dan vena, usus dan perut

D jantung, paru-paru dan rangkaian arteri dan vena

3 Seseorang individu itu dikatakan mempunyai kecergasan yang baik sekiranya

A dapat melakukan aktiviti harian tanpa sebarang kecederaan

B tidak mengalami sebarang penyakit kronik seperti penyakit jantung

C menggunakan tenaga yang maksimun ketika melakukan larian 1500 meter

D mampu melakukan aktiviti fizikal dengan menggunakan tenaga yang minimum

tanpa berasa letih dan lesu

1

Page 2: Soalan PJPK TING.3

4 Aktiviti aerobik berupaya meningkatkan daya tahan kardiovaskular, contohnya ……...

A larian pecut

B bangkit tubi

C kilas pinggang

D lompat tali untuk jantung

5 Semasa aktiviti mengira nadi dilakukan, jari yang mesti digunakan ialah

A jari hantu dan jari manis

B ibu jari dan jari telunjuk

C jari telunjuk dan jari hantu

D ibu jari,jari telunjuk dan jari hantu

6 Aktiviti yang dilaksanakan secara berterusan dengan pelbagai tahap kelajuan dikenali

sebagai

A latihan jeda

B latihan litar

C latihan fartlek

D latihan daya tahan otot

7 Aktiviti yang melibatkan pergerakan dari satu stesen ke stesen yang lain dikenali

sebagai

A latihan jeda

B latihan litar

C latihan fartlek

D latihan daya tahan otot

2

Page 3: Soalan PJPK TING.3

8 Apakah yang dimaksudkan dengan kuasa ?

A Keupayaan individu melakukan pergerakan yang pantas dengan daya yang

maksimun

B Keupayaan individu melakukan pergerakan yang pantas dengan daya yang

minimum

C Keupayaan individu melakukan pergerakan yang berterusan dengan daya yang

maksimun

D Keupayaan individu melakukan pergerakan yang berterusan dengan daya yang

minimum

9 Berikut merupakan bukan faedah yang diperolehi daripada latihan kecergasan

A berasa sihat

B kelihatan menarik

C mengurangkan waktu pembelajaran

D menikmati kehidupan yang sempurna

10 Apakah komponen kecergasan yang diperkembangkan oleh latihan lari jarak jauh?

A Kepantasan

B Kelenturan

C Kekuatan otot

D Kepantasan Daya tahan kardiovaskular

11 Prinsip utama dalam pencegahan kecederaan sukan ialah

A pemeriksaan kesihatan

B mamatuhi peraturan keselamatan

C memanas dan menyejukkan badan

D melakukan latihan secara ansur maju

3

Page 4: Soalan PJPK TING.3

12 Dalam Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA) aktiviti larian 1500 meter bertujuan

menguji.

A kuasa

B kekuatan

C daya tahan otot

D daya tahan kardiovaskular

13 Aktiviti tekan tubi bertujuan menguji

A kelenturan

B imbangan

C daya tahan otot

D daya tahan kardiovaskular

14 Latihan ini mengandungi beberapa aktiviti yang berbeza di setiap stesen. Masa untuk

melakukan senaman di setiap stesen ditetapkan.

Latihan itu ialah

A latihan jeda

B latihan litar

C latihan bebanan

D latihan fartlek

15 Selepas melakukan sesuatu aktiviti atlet perlu

A merehatkan badan

B memanaskan badan

C menyejukkan badan

D meregangkan badan

4

Page 5: Soalan PJPK TING.3

16 Berlaku hipertrofi kardiak hasil dari penebalan dinding ventrikel kiri.

Adaptasi fisiologi di atas berupaya

A melambatkan kadar nadi pemulihan.

B menurunkan kapilarisasi di otot-otot.

C meningkatkan (KNR) kadar nadi rehat

D meningkatkan kadar pengepaman darah beroksigen.

5

Page 6: Soalan PJPK TING.3

Tajuk : SOALAN PJPK TINGKATAN 3

Tunjang : PERMAINAN - BOLA TAMPAR

1. Permainan bola tampar boleh dijalankan menggunakan gelanggang …………

A luar dewan sahaja.

B atas rumput sahaja

C dalam dewan sahaja

D dalam dan luar dewan

2. Lantai permukaan gelanggang bola tampar mesti diperbuat daripada …….

A. Pasir sahaja

B. Simen sahaja

C. Bahan sintetik

D. Simen dan bahan sintetik

3. Antena bola tampar diperbuat daripada keluli dengan warna

A putih

B merah

C merah dan putih

D merah dan hitam

4. Jaring bola tampar akan diikat pada dua batang tiang yang berbentuk………..

A. silinder

B. tiga segi

C. empat segi tepat

D. mpat segi sama

6

Page 7: Soalan PJPK TING.3

5. Bola tampar mestilah berbentuk

A bulat

B sfera

C lonjong

D lonjong dan sfera

6. Susun atur pemain bola tampar adalah mengikut strategi pasukan yang berputar

untuk melakukan servis mengikut

A. arah jam

B. lawan jam

C. sesuka hati

D. arahan jurulatih

7. Siapakah pemain “libero” ?

I Boleh melakukan servis

I. Boleh melakukan halangan

II. Bertindak dibarisan belakang

III. Bertindak sebagai pertahanan

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan IV

7

Page 8: Soalan PJPK TING.3

8. Gambar diatas menunjukkan ukuran lilit bola tampar. Berapakah ukuran X.

A. 61 cm hingga 63 cm

B. 63 cm hingga 65 cm

C. 65 cm hingga 67 cm

D. 67 cm hingga 69 cm

9. Menyangga amat penting dalam bola tampar untuk

A. mengawal bola

B. mematikan bola

C. melakukan rejaman

D. menghantar bola kepada lawan

10. Semasa Osman melakukan servis dalam permainan bola tampar.Apakah otot-otot

utama yang digunakan

A. Deltoid

B. Pectoralis major

C. Gastrocnemius

D. Deltoid dan Pectoralis major

8

X

Page 9: Soalan PJPK TING.3

11. Semasa perlawanan berjalan untuk satu set, ‘time out’ boleh diambil sebanyak __

kali bagi setiap satu pasukan.

A. 1

B. 2

C. 3

D. 4

9

Page 10: Soalan PJPK TING.3

Tajuk : SOALAN PJPK TINGKATAN 3

Tunjang : PERMAINAN - SOFBOL

1. Dalam permainan sofbol. Berapakah jarak “base” pertama dari “home plate”

A. 27.40 m

B. 27.41 m

C. 27.42 m

D. 27.43 m

Soalan 2 dan 3 adalah berdasarkan kenyataan dibawah

● home plate

● pitcher plate

2. Dua alat di atas adalah antara peralatan penting dalam permainan sofbol. Apakah

kegunaan “pitcher plate”

A. Tempat melakukan pukulan

B. Tempat melakukan lemparan

C. Tempat melakukan lontaran

D. Tempat melakukan tampanan

3. Apakah fungsi “home plate” dalam permainan sofbol

A. Tapak memulakan “run”

B. Tapak mendapat “strike”

C. Tapak melakukan “pitching”

D. Tapak memperolehi “run”

10

Page 11: Soalan PJPK TING.3

4. Siapakah yang wajib memakai topi keselamatan dalam permainan sotbol

A. Pemukul

B. Pemukul dan pemukul “on deck”

C. Pemukul,pemukul “on deck”, “base runner”

D. Pemukul,pemukul “on deck”, “base runner”dan “catcher”

5. Glove catcher juga dikenali sebagai

A. Glove Kitt

B. Glove Litt

C. Glove Mitt

D. Glove Nitt

11

Page 12: Soalan PJPK TING.3

Soalan 6 berdasarkan penyataan dibawah

Posisi Fungsi/Peranan

P ● Melempar bola kepada pemukul

● memandang bola yang ditampan

Q Memadang bola yang dipukul ke sebelah kanan “diamond”

Mematikan pemain yang yang berlari ke base pertama

Mengawal bola yang ditampan

R Membantu pemain base kedua dan ketiga

Memadang bola yang dipukul ke sebelah kiri diamond

S Membantu pemain base kedua dan base ketiga

Menangkap bola di bahagian kiri kawasan

6. Merujuk kepada penyataan di atas, pemain di posisi manakah yang digolongkan

dalam kumpulan pemadang luar

A. P

B. Q

C. R

D. S

7. Jumlah pemain bagi permainan sofbol adalah

A. 6 orang

B. 7 orang

C. 8 orang

D. 9 orang

12

Page 13: Soalan PJPK TING.3

8. Apakah dua kemahiran asas semasa memadang dalam permainan sofbol.

A. Memukul dan menampan

B. Menyambut dan membaling

C. Melempar dan membaling

D. Memukuldan larian base

9

■ Windmill

■ sling shot X

Rajah di atas merujuk kepada kemahiran X dalam pemainan softball iaitu ;

A. Kemahiran memukul

B. Kemahiran menampan

C. Kemahiran melempar

D. Kemahiran membaling

10 Dalam permainan sofbol giliran pasukan memukul dan memadang akan bertukar

setelah tiga orang pemain pasukan pemukul dimatikan. Kenyataan itu merujuk

kepada

A Run

B Tag

C Strike

D Inning

13

Page 14: Soalan PJPK TING.3

11 Pemukul akan terkeluar atau dikira “mati” jika

A Mendapat tiga larian bes

B Mendapat tiga strike

C Mendapat empat ball

D Mencecah base sebelum di tag

Soalan 12 sila rujuk gambar di bawah.

12 Apakah jenis gaya meluncur yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

A Luncur pop-up

B Luncur mencangkuk

C Luncur kepala dulu

D Luncur kaki bengkok

14

Page 15: Soalan PJPK TING.3

Tajuk : SOALAN PJPK TINGKATAN 3

Tunjang : OLAHRAGA - LUMBA JALAN KAKI

1 Berapakah jumlah pusingan bagi acara 5000 meter jalan kaki jika acara ini

dipertandingkan di balapan 400 meter ?

A 7 ½

B 12 ¼

C 12 ½

D 25

2 Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah kedua-dua kaki tidak menyentuh bumi

dalam acara lumba jalan kaki ?

A Pastikan lutut kaki hadapan diluruskan

B Bergerak atau melangkah di atas satu garisan lurus

C Tegangkan otot belakang badan dan otot abdominal

D Pastikan bahu dan tangan tidak diangkat atau diayun terlalu tinggi.

3 Yang manakah simbol yang digunakan bagi atlet jalankaki yang melakukan kesalahan

lutut bengkok?

A

B

C

D

15

>

V

~

S

Page 16: Soalan PJPK TING.3

4 Jurulatih lumba jalan kaki menghadapi masalah atlet berjalan terlampau condong ke

belakang. Bagaimanakah tindakan jurulatih untuk mengatasinya ?

A Pastikan lutut kaki hadapan diluruskan

B Pastikan atlet tersebut bergerak di atas satu garisan lurus

C Pastikan otot belakang badan dan otot abdominal ditegangkan.

D Pastikan bahu dan tangan tidak diangkat atau diayun terlalu tinggi

5 Apakah aspek-aspek keselamatan yang perlu diikuti oleh atlet jalan kaki ?

I Berpakaian gelap

II Berjalan mengikut arah trafik

III Berjalan menghadap arah trafik

IV Berpakaian cerah atau baju pantul cahaya

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

6 Apakah nama otot utama yang terlibat ketika aktiviti lumba jalan kaki dilakukan ?

I Gluteal

II Hamstring

III Gastrocnemius

IV Pectoralis Major

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV.

16

Page 17: Soalan PJPK TING.3

7 Dalam pertandingan lumba jalan kaki, berapakah jumlah amaran akan diberi sebelum

penyertaan dibatalkan ?

A Satu kali

B Dua kali

C Tiga kali

D Empat Kali

8 Apakah tujuan berjalan di atas garisan lurus dalam latihan ansur maju lumba

jalan kaki ?

A Membentuk putaran pinggul yang betul

B Membentuk dan meningkatkan kekuatan daya tolakan kaki belakang

C Membentuk dan meningkatkan fleksibiliti bahagian bahu dan pinggul

D Mengadaptasikan teknik yang dipelajari dengan pelbagai tahap kelajuan

17

Page 18: Soalan PJPK TING.3

Tajuk : SOALAN PJPK TINGKATAN 3

Tunjang : OLAHRAGA - LEMPAR CAKERA

1 Berapakah berat cakera bagi kategori lelaki bawah 15 tahun ?

A 0.5 kg

B 1.0 kg

C 1.5 kg

D 2.0 kg

2 Fasa manakah keadaan badan berada dalam posisi kuasa (power position) dalam

acara lempar cakera ?

A. Fasa putaran

B. Fasa ikut lajak

C. Fasa lemparan

D. Fasa persediaan

3 Jari yang terakhir menyentuh cakera selepas fasa lemparan ialah

A jari hantu

B jari manis

C jari telunjuk

D jari kelingking

4 Antara berikut, yang manakah pergerakan cakera yang betul ?

A Kaku

B Statik

C Melawan arah jam

D Mengikut arah jam.

18

Page 19: Soalan PJPK TING.3

5 Apakah faktor-faktor yang menentukan jarak lemparan cakera ?

I Kelajuan

II Ketinggian atlet

III Sudut pelepasan

IV Teknik pegangan cakera

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV.

6 Berapakah masa yang diperuntukkan untuk melakukan lemparan cakera selepas

sahaja masuk ke dalam bulatan melempar ?

A 30 saat

B 60 saat

C 90 saat

D 120 saat

7 Lemparan cakera dibatalkan apabila

I cakera tidak berputar

II cakera jatuh di luar kawasan sektor

III atlet keluar dari bulatan sebelum cakera menyentuh tanah

IV atlet keluar dari bulatan melalui bahagian hadapan atau sisi

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV.

19

Page 20: Soalan PJPK TING.3

8 Aktiviti di atas terdapat dalam

A. fasa lemparan

B. fasa putaran

C. fasa ikut lajak

D. fasa persediaan.

9 Dalam kejohanan olahraga peringkat negeri, cakera 1.0 kg digunakan untuk

kategori umur

I lelaki bawah 18 tahun

II lelaki bawah 15 tahun

III perempuan bawah 18 tahun

IV perempuan bawah 15 tahun

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

20

* ayun kaki bebas ke belakang * mata pandang ke arah penerbangan cakera * tukar kaki dengan pantas selepas fasa lemparan* fleksi lutut kaki hadapan badan direndahkan untuk merendahkan pusat graviti

Page 21: Soalan PJPK TING.3

Tajuk : SOALAN PJPK TINGKATAN 3

Tunjang : PENDIDIKAN PERGERAKAN

Gimnastik Artistik

1 Pergerakan berguling dan berpusing dalam gimnastik artistik tergolong dalam

kemahiran pola pergerakan

A Pendaratan

B Hemburan

C Statik gerak edar

D Ayunan dan putaran

2 Ritma dan turutan putar roda dalam gimnastik artistik ialah

I Kaki-kaki

II Kaki-tangan

III Tangan-tangan

IV Kaki-kaki

A I dan II

B I , II dan III

C I , III dan IV

D I , II , III dan IV

21

Page 22: Soalan PJPK TING.3

3 Teknik pada kemahiran putaran roda ialah

I Berdiri tegak tangan lurus

II Langkah sebelah kaki ke hadapan dalam kedudukan lunge. Condongkan bahu

ke sisi arah pergerakan.

III Letak tangan kiri kemudian tangan kanan di lantai. Kaki tendangan diangkat

lurus diikuti kaki mendahului, sehingga ke kedudukan dirian tangan.

Kangkangkan kaki.

IV Mendarat di atas kaki tendangan, diikuti dengan kaki berikutnya dalam

kedudukan lunge.

A I dan II

B I , II dan III

C I , III dan I

D I , II , III dan IV

4 Postur, form kemahiran dan penjajaran adalah penilaian dalam

A Gimnastik Pendidikan

B Gimnastik Irama

C Gimnastik Artistik

D Pendidikan Kreatif

22

Page 23: Soalan PJPK TING.3

Gimnastik Irama

5 Gimnastik artistik dipersembahkan dalam bentuk rangkaian pergerakan.

Rangkaian pergerakan ini seharusnya merangkumi

A Satu pola pergerakan

B Dua pola pergerakan yang sama

C Tiga pola pergerakan yang sama

D Beberapa pola pergerakan yang berlainan

6 Antara ciri-ciri pergerakan gimrama yang baik ialah

I Jari kaki dilunjurkan

II Dagu didongakkan sedikit

III Tangan bebas terkawal

IV Kaki di kuak keluar

A I dan II

B I, II dan III

C II , III dan IV

D I, II, III dan IV

7 Waltz ialah langkah gerak edar dalam

A Gimnastik pendidikan

B Gimnastik irama

C Gimnastik artistik

D Pergerakan kreatif

23

Page 24: Soalan PJPK TING.3

8 Apakah kebaikan yang di perolehi daripada aktiviti gimrama dalam aspek efektif?

A Peningkatan daya tumpuan

B Pembentukan postur yang baik

C Penghargaan kepada pergerakan yang estetik

D Peningkatan kecergasan fizikal dan kemahiran motor

9 Pakaian dan alatan yang digunakan dalam pertandingan gimrama perlu mengikut

Code Of Points yang ditetapkan oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa atau

FIG. Berapakah tempoh persembahan untuk peserta individu?

A 60 hingga 70 saat

B 60 hingga 80 saat

C 60 hingga 90 saat

D 60 hingga 100 saat

10 “ Langkah gerak edar ini adalah langkah tarian yang asas dan sekata dengan

penekanan pada pergerakan keempat dan boleh dilakukan pada semua arah.

Langkah ini terdiri daripada tiga langkah berjalan diikuti dengan satu langkah

ketingting atau lompatan “.

Apakah nama gerak edar diatas ?

A Langkah Waltz

B Langkah Schottische

C Langkah Silang

D Langkah Skip

24

Page 25: Soalan PJPK TING.3

Gimnastik Pendidikan

11 “ Pergerakan yang dilakukan biasanya berkaitan dengan disituasi kehidupan

seharian. Kita bebas melakukan sebarang pergerakan mengikut kreativiti dan

kemampuan sendiri”

Apakah pergerakan yang ada kaitan dengan pernyataan diatas.

A Gimnastik irama

B Gimnastik artistik

C Pergerakan kreatif

D Gimnastik Pendidikan

12 Pergerakan Staccato ?

A Pergerakan ini dilakukan dalam tempoh yang panjang.

Pembebasan tenaga adalah tetap dan berterusan

B Pergerakan ini bergegar atau mengigil. Kualiti pergerakan ini menjadi lebih

jelas dengan membayangkan kita adalah sebuah jam loceng yang sedang

berbunyi.

C Pergerakan ini membabitkan pembebasan tenaga yang banyak dalam tempoh

masa yang pendek. Pergerakan ini adalah cepat, tajam, bertenaga dan agak

berat.

D Pergerakan ini terputus-putus, tajam,cepat dan ringan yang melibatkan

penggunaan tenaga yang banyak dalam tempoh yang singkat.

25

Page 26: Soalan PJPK TING.3

13 Apakah kebaikan yang di perolehi daripada aktiviti gimnastik pendidikan

dalam aspek fizikal?

A Peningkatan daya tumpuan

B Pembentukan postur yang baik

C Penghargaan kepada pergerakan yang estetik

D Peningkatan kecergasan fizikal dan kemahiran motor

14 Aspek keselamatan yang perlu di patuhi semasa menjalani latihan gimnastik

pendidikan di sekolah . Antara berikut yang manakah patut dipatuhi sebelum

melakukan aktiviti ?

A Memakai pakaian yang sesuai

B Melakukan aktiviti menyejukkan badan

C Melakukan akitviti memanaskan badan

D Meneroka pelbagai pergerakan yang sesuai dengan arahan

Pergerakan Kreatif

15 Faedah yang di perolehi daripada pendidikan kreatif adalah

A Penyelisaian masalah pergerakan dengan cara berkumpulan

B Perkembangan kesedaran badan dan konsep kendiri yang negatif

C Perkembangan kemahiran pembelajaran fizikal

D Peningkatan tahap kecergasan, koordinasi, ketangkasan, daya tahan dan

kekuatan

26

Page 27: Soalan PJPK TING.3

16 Berikut merupakan aspek keselamatan yang perlu di ambil kira dalam

melakukan aktiviti pergerakan kreatif iaitu

I Melakukan akitviti mengikut kemampuan

II Memastikan tempat aktiviti bebas daripada bahaya

III Mematuhi arahan dan panduan guru

IV Memakai pakaian dan kasut yang sesuai

A I , II dan III

B I , II dan IV

C II , III dan IV

D I ,II , III dan IV

17 Apakah tema-tema yang terdapat dalam pergerakan kreatif

I Kesedaran beban

II Transisi lapan daya asas

III Kesedaran bentuk-bentuk pergerakan

IV Ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan

A I , II dan III

B I , II dan IV

C I , III dan IV

D II , III dan IV

27

Page 28: Soalan PJPK TING.3

18 Transisi dari lakuan daya asas ke lakuan yang lain boleh membawa perubahan

kepada

A Cepat

B Kawal-lambat

C Serta-merta

D Terputus-putus

19 Tema transisi lapan daya asas menerangkan tentang perubahan daripada satu

lakuan daya asas kepada yang lain. Perubahan ini di kawal oleh 3 aspek iaitu

A Lemah, ketat, longgar

B Lemah, ringan, bertenaga

C Masa , aras , ringan

D Masa , beban, ruang

20 Koreografi satu siri pergerakan yang menggabungkan corak

lurus,melengkung, zig zag dan bulat. Kamu boleh menggunakan bahagian

tubuh yang berlainan untuk membentuk corak di lantai dan awangan.

Bagi menunjukkan mood dan perasaan yang berkaitan, dan menjadi lebih

bermakna kita boleh

I Alat-alat genderang, atau rentak ritma

II Sorakan atau melagukan rentak pergerakan

III Langkah gerak edar Schottishe

IV Pola pergerakan pendaratan

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

28

Page 29: Soalan PJPK TING.3

Tajuk : SOALAN PJPK TINGKATAN 3

Tunjang : REKREASI & KESENGGANGAN - MENJEJAK

1. Apakah yang dimaksudkan dengan aktiviti menjejak?

A. Mengenalpasti persekitaran yang dilalui

B. Melatih dan menginterpertasi isyarat dan pandu arah

C. Pergerakan secara kumpulan merentasi kawasan hutan, bukit dan sungai

D. Merentas sesuatu kawasan dari titik permulaan hingga ke destinasi dituju

2. Faedah yang diperolehi daripada aktiviti menjejak adalah seperti

I berkerjasama dalam kumpulan

II meningkatkan kemahiran sosial

III meningkatkan pencemaran alam sekitar

IV menikmati dan menghargai keindahan alam

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

3. Apakah kepentingan isyarat dan pandu arah dalam aktiviti menjejak ?

A. Untuk keselamatan

B Untuk memudahkan dan mempercepatkan perjalanan

C. Untuk menentukan destinasi yang dituju dengan tepat

D. Untuk memberitahu penjejak lain laluan yang dilalui dan menentukan arah

perjalanan.

29

Page 30: Soalan PJPK TING.3

4. Arah mata angin utama Timur, Barat, Utara dan Selatan boleh ditentukan

berpandukan unsur semula jadi seperti

I bulan

II matahari

III bayang-bayang

IV pasang surut air

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

5. Peralatan seperti kompas, ponco, tali (10 meter) dan bekalan air adalah sesuai untuk

aktiviti

A. berkayak

B. abseiling

C. menjejak

D. perkhemahan

6. Pilih padanan yang betul berdasarkan jawatan serta tugas dan tanggungjawab ahli

kumpulan dalam aktiviti menjejak.

A. Kecemasan-memberi amaran dan peralatan kepada ahli

B. Ketua kumpulan-mengendalikan keseluruhan pergerakan

C. Perintis jalan-menyediakan arah perjalanan seperti yang dirancang

D. Jurupandu arah-membuka dan memastikan laluan yang sesuai dan selamat

30

Page 31: Soalan PJPK TING.3

7. Formasi pergerakan yang biasa digunakan dalam aktiviti menjejak adalah

I sebaris

II segi tiga

III dua baris

IV berselerak

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

8. Apakah tujuan isyarat kecemasan dalam aktiviti menjejak?

A. Menyelamatkan nyawa

B. Menentukan arah perjalanan

C. Menjaga keselamatan persekitaran

D. Menarik perhatian pihak tertentu dengan isyarat kecemasan

9. Bentuk pendidikan yang terdapat dalam aktiviti menjejak ialah

A. Pendidikan luar

B. Pendidikan Konservasi

C. Pendidikan kreatif

D. Pendidikan pergerakan

31

Page 32: Soalan PJPK TING.3

Tajuk : SOALAN PJPK TINGKATAN 3

Tunjang : KESUKANAN

1. Penubuhan sesebuah persatuan sukan di peringkat sekolah mesti mendapat kebenaran

dan berdaftar dengan

A pengetua

B guru penasihat

C Jabatan Pendidikan Daerah

D Jabatan Pendidikan Negeri

2. Penyataan di atas merujuk kepada

A perlembagaan persatuan

B tujuan penubuhan persatuan sukan

C langkah-langkah penubuhan persatuan sukan

D peranan dan tanggungjawab jawatankuasa

3. Kertas cadangan penubuhan persatuan sukan mengandungi

I nama persatuan

II tujuan penubuhan

III senarai belanjawan tahunan

IV senarai jawatankuasa

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

• Merancang dan melaksanakan aktiviti secara berkumpulan

• Mewujudkan peluang mengembangkan bakat dan potensi

• Menetapkan matlamat yang dipersetujui bersama

32

Page 33: Soalan PJPK TING.3

4. Apakah agenda mesyuarat agung penubuhan persatuan sukan?

I Memilih ahli jawatankuasa

II Mengesahkan dokumen persatuan

III Merancang aktiviti tahunan persatuan

IV Menetapkan tarikh mesyuarat agung tahun berikutnya

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

5. Antara yang berikut yang manakah peranan setiausaha persatuan?

A Mempengerusikan mesyuarat

B Memungut yuran persatuan

C Merancang jadual pertandingan

D Menguruskan semua hal surat-menyurat

6. Tanggungjawab jawatankuasa kecil di atas merujuk kepada

A kebajikan dan sosial

B kemudahan dan peralatan

C teknik dan pertandingan

D pengadilan dan kepegawaian

• Mengurus hal-hal teknik sukan

• Merancang dan mengelola pertandingan

• Merancang jadual pertandingan

33

Page 34: Soalan PJPK TING.3

7. Pertandingan bola tampar akan diadakan secara liga. Berapakah bilangan perlawanan

yang akan dijalankan sekiranya terdapat 5 pasukan yang bertanding.

A 5

B 8

C 9

D 10

8. Kerjaya ialah bidang pekerjaan yang menyumbang kepada

A pendapatan tetap

B pendapatan sampingan

C pendapatan masa lapang

D pendapatan tidak langsung

9. Antara yang berikut yang manakah dikategorikan sebagai kerjaya dalam sukan?

I Guru pendidikan jasmani

II Atlet profesional

III Jurulatih kecergasan

IV Pengetua sekolah

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

34

Page 35: Soalan PJPK TING.3

10. Pengulas sukan merupakan contoh kerjaya sukan secara

A langsung

B tidak langsung

C sambilan

D sementara

11. Universiti awam manakah yang menawarkan pengajian peringkat ijazah dalam

bidang sukan?

I Universiti Malaya

II Universiti Utara Malaysia

III Universiti Putera Malaysia

IV Universiti Pendidikan Sultan Ismail

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

35

Page 36: Soalan PJPK TING.3

Tajuk : SOALAN PJPK TINGKATAN 3

Tunjang : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

1. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pengambilan makanan secara berlebihan?

I Ketinggian

II Berat badan

III Masa makan

IV Saiz dan jenis hidangan

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

2. Penyakit obesiti boleh meningkatkan risiko penyakit-penyakit serius seperti

A skurvi

B kanser

C rabun malam

D penyakit jantung koronari

36

Page 37: Soalan PJPK TING.3

3. Antara keburukan seks sebelum kahwin ialah

I mendapat pasangan

II mendapat penyakit kronik

III menjatuhkan maruah keluarga

IV mengandung anak luar nikah

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

4. Berikut yang manakah bukan kesan daripada amalan pemakanan yang berlebihan?

A Strok

B Kanser

C Diabetes

D Hipertensi

5. Antara langkah-langkah untuk mengatasi masalah obesiti adalah seperti berikut

I amalkan cara hidup aktif

II amalkan pemakanan seimbang

III amalkan makan satu jenis makanan dan snek

IV amalkan sikap makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang

A I,II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

37

Page 38: Soalan PJPK TING.3

6. Selain daripada peningkatan penyakit yang serius, obesiti juga menyebabkan

A menghasilkan banyak tenaga

B meningkatkan kecergasan fizikal

C menghalang peningkatan kecederaan

D menghadkan keupayaan dalam aktiviti fizikal

7. Pengambilan gula dalam makanan boleh dikurangkan dengan cara berikut

I unakan pemanis tiruan dalam pemakanan

II minum air kosong berbanding minuman manis

III makan buah-buahan segar berbanding buah-buahan yang ditinkan

IV gantikan gula dengan rempah ratus untuk menambahkan rasa semulajadi dalam

masakan

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

8. Ciri-ciri umum individu yang mempunyai masalah makan berlebihan pada tahap yang

serius adalah seperti berikut

I makan mengikut jadual

II makan sehingga tersangat kenyang

III makan dengan kadar lebih cepat daripada biasa

IV makan dengan banyak walaupun tidak berasa lapar

A I,II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

38

Page 39: Soalan PJPK TING.3

9. Berikut yang manakah bukan cara-cara mengurangkan berat badan

A Mengamalkan cara hidup aktif

B Menetapkan matlamat untuk mengurangkan berat badan

C Menentukan pengambilan karbohidrat dan lemak yang tinggi

D Mengamalkan senaman tiga kali seminggu selama 20-30 minit

10. Apakah yang dikatakan makanan seimbang?

A Makanan mengandungi protein, karbohidrat dan vitamin

B Makanan mengandungi protein, karbohidrat dan garam mineral

C Makanan mengandungi protein, lemak dan vitamin dalam kadar yang sesuai

D Makanan mengandungi protein, karbohidrat, vitamin, garam mineral dan lemak

dalam kadar yang sesuai

11. Apakah fungsi utama karbohidrat?

A Membina sel-sel baru

B Bertukar menjadi lemak

C Membekalkan tenaga pada badan

D Membebaskan gas karbondioksida

12. Seseorang yang mengamalkan tabiat merokok akan menghadapi risiko penyakit

A Jantung

B Darah tinggi

C Batu karang

D Kencing manis

39

Page 40: Soalan PJPK TING.3

13. Siapakah tonggak pembentukan keluarga?

I Ibu

II Ayah

III Kakak

IV Nenek

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

14. Institusi keluarga boleh dikategorikan kepada dua iaitu

A keluarga kecil dan keluarga besar

B keluarga asas dan keluarga luas

C keluarga kecil dan keluarga asas

D keluarga luas dan keluarga besar

15. Apakah maksud perkahwinan?

A Keinginan untuk hidup berpasangan

B Keinginan untuk membina keluarga bahagia

C Ikatan yang dipersetujui oleh pasangan masing-masing

D Ikatan yang sah antara lelaki dan perempuan mengikut hukum dan undang-

undang yang ditetapkan

40

Page 41: Soalan PJPK TING.3

16. Setiap ahli keluarga perlu berperanan dan bertanggungjawab bagi mewujudkan

keluarga bahagia. Apakah peranan dan tanggungjawab sebagai anak?

I Meringankan beban ibubapa

II Memelihara dan menjaga ibu bapa

III Menjaga kehormatan diri dan keluarga

IV Mengurus dan menyediakan keperluan keluarga

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

17. Berikut yang manakah bukan ciri sebuah keluarga bahagia.

A menghindari aktiviti berkeluarga

B mengimbangi kerjaya dan keluarga

C mengamalkan kasih sayang dan kemesraan

D mempunyai interaksi dan komunikasi efektif

18. Antara berikut yang manakah bukan langkah-langkah pencegahan dan menghindari

seks sebelum kahwin?

A Mengamalkan pergaulan bebas

B Menambahkan pengetahuan agama

C Meningkatkan ilmu mempertahankan diri

D Menambahkan pengetahuan tentang pendidikan seksualiti

41

Page 42: Soalan PJPK TING.3

19. Kebahagian rumah tangga boleh dikekalkan melalui…………………..

I fahami serta ikuti ajaran agama

II selesaikan masalah secara hormat

III jangan bocorkan rahsia pasangan

IV menyerahkan tanggungjawab menjaga anak kepada isteri

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

20. Jumlah tenaga yang dihasilkan oleh badan manusia diukur dalam nilai kalori

atau……………

A Gram (g)

B Kilokalori (kcal)

C Miligram (mg)

D Kilogram (kg)

42

Page 43: Soalan PJPK TING.3

Tajuk : SOALAN PJPK TINGKATAN 3

Tunjang : GAYA HIDUP SIHAT

PEMAKANAN

1 Kandungan kuantiti tenaga yang terkandung dalam makanan disukat dalam unit

A joule

B kalori

C kelvin

D kilogram.

2 Keperluan pengambilan makanan bagi setiap individu adalah berbeza-beza.

Faktor yang mempengaruhi pengambilan makanan adalah

I umur

II jantina

III aktiviti

IV saiz badan

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

3 Dalam penyediaan diet harian, kita perlu memilih corak pemakanan yang baik.

Antara panduan yang bukan dijadikan rujukan adalah

A gizi seimbang

B mengikut selera

C piramid makanan

D saranan Pengambilan Makanan (RDA)

43

Page 44: Soalan PJPK TING.3

4 Antara berikut adalah bukan kebaikan menggunakan piramid makanan dan RDA

sebagai panduan pengambilan makanan adalah seperti berikut

A mengurangkan masalah malnutrisi

B dapat mengurangkan stress dan tekanan

C seseorang individu mengambil makanan dalam kuantiti yang mencukupi

D menjadikan sesebuah negara produktif dan kos penjagaan kesihatan menurun.

PENGURUSAN KONFLIK

1. Kesan Eustres antaranya

A bertenaga

B kekecewaan

C kebimbangan

D berasa tidak berguna.

2. Tindakan yang mesti diambil bagi mengurangkan stres semasa peperiksaan

A persiapan yang cukup

B tersalah jadual peperiksaan

C lewat tiba di tempat peperiksaan

D tertinggal dokumen penting atau slip peperiksaan

3 Apakah tindakan yang tidak sepatutnya diambil dalam persediaan menghadapi

peperiksaan ?

A Sediakan jadual ulang kaji

B Tetapkan sasaran dan objektif

C Makan berlebihan untuk dapatkan tenaga

D Bincang topik yang sukar difahami dengan rakan.

44

Page 45: Soalan PJPK TING.3

4 Antara berikut, yang manakah bukan reaksi fisiologi terhadap stressor ?

A Rasa mengantuk

B Kadar nadi bertambah

C Tekanan darah meningkat

D Meningkat gelombang otak

5 Berikut bukan strategi pengurusan stress

A bersenam

B pengasingan diri

C pengurusan masa

D mengamalkan pemakanan seimbang

PENYALAHGUNAAN BAHAN

1 Apakah antara tanda-tanda remaja telah terjebak dalam penagihan dadah ?

I Kemerosotan disiplin

II Semakin suka bergaul dengan rakan-rakan

III Mudah naik angin jika kemahuannya tidak dipenuhi

IV Suka meminjam wang atau mencuri barang-barang untuk dijual.

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

45

Page 46: Soalan PJPK TING.3

2 Faktor-faktor pencetus kepada pengambilan dadah ialah

I tekanan jiwa

II kurang pengetahuan

III pengaruh rakan sebaya

IV untuk cemerlang dalam peperiksaan

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

46

Page 47: Soalan PJPK TING.3

Tajuk : SOALAN PJPK TINGKATAN 3

Tunjang : KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

KESELAMATAN

1 Penyakit berjangkit boleh merebak secara langsung melalui _____________ .

A hubungan seks, sentuhan dan udara

B hubungan seks, minuman dan pakaian

C perkongsian barangan, sentuhan dan udara

D perkongsian barangan, hubungan seks dan sentuhan

2 Pengurusan penyakit berjangkit terdiri dari

I virus

II kulat

III parasit

IV bakteria

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III, dan IV

3 Keracunan makanan, Kolera, dan Tifiod adalah penyakit berjangkit yang boleh

merebak ______________________ .

A secara sentuhan

B secara langsung

C secara perkongsian

D secara tidak langsung

47

Page 48: Soalan PJPK TING.3

Pengisytiharan kawasan jangkitan

Tapisan kesihatan di pintu masuk negara

Melakukan pemeriksaan dengan kerap

Menghalang kemasukan atau penghantaran mayat, organisma hidup atau

bahan patogenik

4 Penyataan di atas berkaitan dengan.

A Akta 342, Bahagian III, Seksyen 6 – 9

B Akta 342 Bahagian IV, Seksyen 10 – 21

C Akta 342, Bahagian V, Seksyen 22 – 29

D Akta 342, Bahagian VI, Seksyen 30

Soalan 5 hingga 8

Jawapan di bawah merujuk kepada kepada fungsi mengikut peruntukan akta. Pilih

padanan yang betul.

A Kesalahan dan Penalti

B Jenis-jenis Penyakit Berjangkit

C Pencegahan Penyakit Berjangkit

D Pengawalan Penyakit Berjangkit

5 Akta 342, Bahagian III, Seksyen 6 – 9 [ ]

6 Akta 342 Bahagian IV, Seksyen 10 – 21 [ ]

7 Akta 342, Bahagian V, Seksyen 22 – 29 [ ]

8 Akta 342, Bahagian VI, Seksyen 30 [ ]

48

Page 49: Soalan PJPK TING.3

9 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 adalah di bawah akta

A 312

B 322

C 332

D 342

Mayat : diperiksa

Premis : diarah tutup

Peralatan : basmi kuman sebelum guna semula

10 Fakta di atas merujuk kepada :

A Kesalahan dan Penalti

B Jenis-jenis Penyakit Berjangkit

C Pencegahan Penyakit Berjangkit

D Pengawalan Penyakit Berjangkit

11 Selain agensi tertentu, pelajar juga mempunyai tanggungjawab untuk membasmi

penyakit berjangkit. Pelajar boleh bertindak dengan cara berikut

I menjaga kebersihan kawasan sekolah

II mematuhi arahan kesihatan dan keselamatan

III membuang sampah di tempat khas atau khusus

IV menjadi agen penyampai imformasi kepada masyarakat

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III, dan IV

49

Page 50: Soalan PJPK TING.3

12 Fungsi utama Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) adalah seperti berikut:

I mengkompaun meraka yang melanggar akta

II mencegah kemasukan wabak dan mengawalnya

III menjadi agen penyampai maklumat kepada umum

IV menjalankan pendakwaan terhadap kesalahan mengikut peruntukan akta

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III, dan IV

50

Page 51: Soalan PJPK TING.3

LAMPIRAN JAWAPAN

BAB 1 – KECERGASAN

1. A 10. D

2. D 11.C

3. D 12. D

4. D 13. C

5. C 14. B

6. C 15. C

7. B 16. D

8. A

9. D

BAB 2 – KEMAHIRAN

BOLA TAMPAR

1. D 7. C

2. D 8. C

3.C 9. A

4. A 10. D

5. B 11. B

6. A

SOFBOL

1. D 7. D

2. B 8. B

3. D 9. C

4. D 10. D

5. D 11. B

6. D 12. D

51

Page 52: Soalan PJPK TING.3

OLAHRAGA – LUMBA JALAN KAKI

1. C 5. C

2. A 6. A

3. A 7. C

4. C 8. A

OLAHRAGA – LEMPAR CAKERA

1. B 6. B

2. C 7. D

3. C 8. C

4. D 9. D

5. A

PENDIDIKAN PERGERAKAN

1. D 11. D

2. C 12. D

3. D 13. D

4. C 14. C

5. D 15. D

6. D 16. D

7. B 17. D

8. C 18. C

9. C 19. D

10. B 20. A

REKREASI- MENJEJAK

1. D 6. B2. B 7. C3. D 8. D4. C 9. B5. A

52

Page 53: Soalan PJPK TING.3

BAB 3 – KESUKANAN

1. A 11. C2. B 12. D3. B 13. B4. A 14. A5. D 15. C6. C 16. B7. D 17. 8. A9. A 10. B

BAB 4 – KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

1. C 11. C2. D 12. A3. A 13. A4. B 14. B5. B 15. D6. D 16. A7. B 17. A8. D 18. A9. C 19. A10. D 20. B

BAB 5 – GAYA HIDUP SIHAT

PEMAKANAN

1. B 3. B2. C 4. B

PENGURUSAN KONFLIK

1. A 4. A2. A 5. B3. C

PENYALAHGUNAAN BAHAN

1. C 2. A

53

Page 54: Soalan PJPK TING.3

BAB 6 – KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

1. B 9. C2. C 10. A3. A 11. D4. D 12. C5. A 13. A6. D 14. C7. A 15. A8. B

54