soalan percubaan spm bm 2009 maktab rendah sains mara

31
MAKTAB RENDAH SAINS MARA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009 BAHASA MELAYU KERTAS 2 .................................................Soalan 1 : Rumusan ......................................................[ 30 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang langkah-langkah kerajaan meringankan beban rakyat dalam menghadapi kegawatan ekonomi dan kesan-kesan pemulihan ekonomi kepada rakyat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. ............Usaha membasmi kemiskinan tegar menjadi agenda utama kerajaan menjelang 2010. Bagi meringankan beban rakyat, usaha diambil dengan memperuntukkan RM214 juta bagi pelaksanaan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat untuk tujuan pembasmian kemiskinan. Langkah ini juga akan memastikan agenda masyarakat penyayang terus diamalkan walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. ............Kerajaan dalam usaha meringankan beban rakyat telah memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi pertama khusus untuk meningkatkan pemilikan rumah oleh rakyat. Oleh itu, bagi merangsang sektor perumahan kerajaan mencadangkan supaya pembeli diberi pelepasan cukai atas faedah pinjaman. Kerajaan juga telah membantu rakyat dengan menambah baik infrastruktur awam. Dalam hal ini, kerajaan telah menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta untuk menambah baik infrastruktur yang rosak serta menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian, menyelenggara dan membaik pulih pelbagai kemudahan dan prasarana awam. Bon Simpanan Kerajaan telah diterbitkan untuk menjanakan pendapatan rakyat. Bon ini bertujuan memberi peluang kepada rakyat untuk memperoleh pendapatan tambahan. Bon ini dibuka kepada setiap rakyat berusia 21 tahun ke atas dengan nilai minimum pelaburan sebanyak RM1,000.

Upload: ysheng98

Post on 09-Aug-2015

72 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

percubaan spm

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Percubaan Spm Bm 2009 Maktab Rendah Sains Mara

MAKTAB RENDAH SAINS MARAPEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009

BAHASA MELAYU KERTAS 2

.................................................Soalan 1 : Rumusan

......................................................[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang langkah-langkah kerajaan meringankan beban rakyat dalam menghadapi kegawatan ekonomi dan kesan-kesan pemulihan ekonomi kepada rakyat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.............Usaha membasmi kemiskinan tegar menjadi agenda utama kerajaan menjelang 2010. Bagi meringankan beban rakyat, usaha diambil dengan memperuntukkan RM214 juta bagi pelaksanaan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat untuk tujuan pembasmian kemiskinan. Langkah ini juga akan memastikan agenda masyarakat penyayang terus diamalkan walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

............Kerajaan dalam usaha meringankan beban rakyat telah memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi pertama khusus untuk meningkatkan pemilikan rumah oleh rakyat. Oleh itu, bagi merangsang sektor perumahan kerajaan mencadangkan supaya pembeli diberi pelepasan cukai atas faedah pinjaman. Kerajaan juga telah membantu rakyat dengan menambah baik infrastruktur awam. Dalam hal ini, kerajaan telah menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta untuk menambah baik infrastruktur yang rosak serta menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian, menyelenggara dan membaik pulih pelbagai kemudahan dan prasarana awam. Bon Simpanan Kerajaan telah diterbitkan untuk menjanakan pendapatan rakyat. Bon ini bertujuan memberi peluang kepada rakyat untuk memperoleh pendapatan tambahan. Bon ini dibuka kepada setiap rakyat berusia 21 tahun ke atas dengan nilai minimum pelaburan sebanyak RM1,000.

............Selain itu, kerajaan menaik taraf pelbagai kemudahan asas di luar bandar seperti bekalan elektrik dan air terutama di Sabah dan Sarawak. Usaha ini akan meningkatkan ekonomi rakyat melalui pengambilan kontraktor kecil dan pekerja tempatan di kawasan luar bandar. Di samping itu, pelbagai program dan projek dirancang oleh kerajaan untuk meningkatkan ekonomi rakyat di Sabah dan Sarawak seperti pembesaran Lapangan Terbang Sibu, Sarawak dan Projek Sistem Penghantaran Elektrik Kota Kinabalu, Sabah.

............Kini, terdapat beberapa program mikrokredit tanpa cagaran disediakan oleh pelbagai pihak seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, AgroBank dan TEKUN. Program ini bertujuan untuk membantu peniaga kecil di bandar dan luar bandar. Kaedah lain yang dilaksanakan adalah dengan memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik seperti warga emas, golongan kurang upaya dan ibu tunggal. Bantuan yang diberikan adalah seperti program jaringan keselamatan sosial, bantuan kewangan dan bilangan tenaga kerja, meningkatkan kemudahan pusat penjagaan warga tua, memantapkan pengurusan rumah perlindungan wanita dan menambahkan kemudahan pusat asuhan kanak-kanak.

Page 2: Soalan Percubaan Spm Bm 2009 Maktab Rendah Sains Mara

............Bagi mengurangkan tanggungan orang ramai, kerajaan mengambil langkah pengecualian cukai yang diberikan atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan. Langkah ini diambil bertujuan untuk menjaga kebajikan pekerja yang diberhentikan. Di samping itu, kerajaan menggalakkan pihak bank untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman perumahan.

............Kesimpulannya, kerajaan yakin usaha yang dirangka dan dilaksanakan adalah komprehensif dan menyeluruh untuk menghindarkan ekonomi negara daripada terjerumus dalam kancah kemelesetan yang mendalam sehingga memberi kesan kepada rakyatnya. Dengan landasan kukuh yang telah kita bina, kita yakin dapat mencipta kejayaan lebih besar.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana ‚‛Pakej RM60bPerkukuh Ekonomi Negara Hadapi Kegawatan Global’,Berita Harian, 11 Mac 2009)---------------------------------------------------------------------------

............................................Soalan 2 : Pemahaman

.....................................................[ 35 markah ]

..........................................Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai kata membasmi kemiskinan tegar? [2 markah]

(ii) Bagaimanakah peruntukan tambahan yang disediakan oleh kerajaan dibelanjakan? [3 markah]

(iii) Nyatakan empat cara rakyat dapat menangani krisis ekonomi negara. [4 markah]----------------------------------------------------------------------------------

............................................Soalan 2(b) – Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SAFIAH : Piah tahu kerana salah Piah suka bertengkar denganmu.UMAR : Dan kau terlalu cemburu…..SAFIAH : Kerana kasihku padamu terlalu besar.UMAR : Ingat apa katamu ketika kita berjalan di tepi Selat Teberau dulu?SAFIAH : Ingat, tapi tak mahu Piah katakan.UMAR : Biar aku yang mengatakannya, “Piah cuba mengubah perangai Piah. Piah cuba mengerti.”

Page 3: Soalan Percubaan Spm Bm 2009 Maktab Rendah Sains Mara

SAFIAH : (Manja) Ahh…!UMAR : Ketika aku berdiri di depan bangunan pejabat pos menelefonmu,kubayangkan kecantikan Selat Teberau. Kukatakan keinginan untuk berkayuh di atasnya. Dan kau melonjak kesukaan. Dapat kubayangkan cahaya riang dari matamu.SAFIAH : Mar….. kenapa kau ulangi peristiwa lama?UMAR : Supaya kita dapat pengertian baru. Dan peristiwa yang telah dilalui selalu menimbulkan rasa indah. Ingat kau lagu kita?SAFIAH : “Serunai Malam” !UMAR : Ingat peristiwa yang merangkainya?SAFIAH : Pesta Malam Pelajar.UMAR : Bermula dari…..SAFIAH : Kau menyatakan pada Piah “Serunai Malam” lagu kesukaanmu.

(Dipetik daripada drama ‘Serunai Malam’oleh Usman Awang dalamantologi Anak Laut,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah kenangan indah antara Umar dan Safiah? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah percanggahan pendapat antara pasangan dapat diselesaikan? [3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan Safiah daripada petikan dan satu perwatakan lain daripada keseluruhan drama? [4 markah]------------------------------------------------------------------------------

.....................................Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

............Maka Hang Jebat pun memekis, katanya, “Cih! Si Jebat dengan Si Tuah hulubalang raja Melaka tiada berguna! Jika Si Jebat dengan Si Tuah gerangan dititahkan raja Melaka menyerang negeri orang, aku dua orang itu pun alah.” Maka kata Laksamana, “Sungguh seperti katamu itu; pada hatiku pun demikianlah. Sayang engkau berdosa. Jika lain daripada dosa ini, tiada engkau mati, barang tipunya dayaku pun kuperlepaskan juga engkau dari mati.” Maka Hang Jebat pun menangis mendengar kata Laksamana demikian itu. Maka Laksamana pun menangis kasihan hatinya akan Hang Jebat. ............Maka kata Hang Jebat, “Aku pun kerana melihat engkau dibunuh oleh Bendahara tiada dengan dosanya; sebab itulah maka sakit hatiku. Akan istimewa aku pula orang permainan tiada akan dibunuhnya, kerana raja itu membunuh tiada dengan periksanya. Pada bicara hatiku, sedang engkau banyak kebaktianmu dan jasamu lagi dibunuhnya oleh raja, istimewa aku pula. Sebab pun kuperbuat demikian ini, sepala-pala nama jahat jangan kepalang, seperti pantun Melayu, rosak bawang ditimpa jambaknya; maka sempurnalah nama derhaka dan nama jahat”. Maka kata Laksamana, “Sungguhnya

Page 4: Soalan Percubaan Spm Bm 2009 Maktab Rendah Sains Mara

seperti katamu itu, tetapi akan kita diperhamba raja ini hendaklah pada barang sesuatu pekerjaan itu bicarakan sangat-sangat, seperti kata orang tua-tua: Baik mati dengan nama yang baik, jangan hidup dengan nama jahat, supaya masuk syurga jemah.”

(Dipetik daripada ‛Pertarungan Tuah Dengan Jebat’, Hikayat Hang Tuahdalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata kuperlepaskan juga engkau dari mati. [2 markah]

(ii) Mengapakah Hang Jebat menderhaka kepada raja? [3 markah]

(iii) Sekiranya anda salah seorang sahabat Hang Tuah atau Hang Jebat, apakah tindakan anda untuk meleraikan perbalahan mereka? [3 markah]--------------------------------------------------------------------------------

............................................Soalan 2(d) – Syair

Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR KELEBIHAN ILMU

Ilmu itulah gemala sakti,Sinarnya cerah cahaya sejati,Asal puncanya lamun didapati,Sukar bercerai sehingga mati.

Harganya tidak dapat dinilaikan,Sebuah dunia belinya bukan,Kuasanya besar sukat digunakan,Di laut di darat di rimba di pekan,

Masa seorang ialah taulan,Teman berbeka suluh berjalan,Masa berhimpun ia pengenalan,Hias penyata polan si polan,

Bagi yang duka ia penghibur,Ia penerang bagi yang kabur,Ialah kandil di dalam kubur,Lamun dengannya beramal subur.

Ia penerang jalan ke syurga,Ia pemuas tekak yang dahaga,

Page 5: Soalan Percubaan Spm Bm 2009 Maktab Rendah Sains Mara

Ialah sungai ialah telaga,Laut yang luas ialah juga.

Ialah alat sangat berguna,Idaman orang yang bijaksana,Hamparnya luas amat saujana,Tepinya ajal sempadannya fana.

ZA’BAAntologi Kerusi,Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Nyatakan kelebihan orang yang berilmu. [3 markah]

(ii) Sebagai pelajar, bagaimanakah cara anda boleh memanfaatkan ilmu yang dipelajari? [3 markah]

(iii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam syair tersebut. [3 markah]-----------------------------------------------------------------------------------

...................Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

...................................................[ 30 markah ]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) perilaku(ii) prabayar(iii) poliklinik(iv) pancaindera(v) prokerajaan(vi) pascamerdeka....................................[6 markah]

(b) Tulis semula cakap ajuk di bawah ini dalam bentuk cakap pindah dengan mengekalkan maksud asalnya.

Cikgu Ani : Kenapa awak tak datang latihan bola jaring petang semalam?Sara : Sssaya... minta maaf cikgu. Saya ada hal penting di rumah.Cikgu Ani : Patutnya awak beritahu saya lebih awal. Taklah saya tertunggu-tunggu awak.Sara : Er...! Saya betul-betul dalam kecemasan.Cikgu Ani : Sebenarnya apa yang berlaku, Sara?

Page 6: Soalan Percubaan Spm Bm 2009 Maktab Rendah Sains Mara

Sara : Mak saya tiba-tiba jatuh sakit dan terpaksa dibawa ke hospital.............................................................................[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Darah merah manusia mengandungi pigmen hemoglobin iaitu molekul protin yang besar dan amat penting dalam penghidupan.

(ii) Kitar semula dapat menjimatkan kegunaan sumber semulajadi di samping menjamin kebersihan alam sekitar.

(iii) Sastrawan mendapat kepuasan dan keseronokkan jika buah fikiran mereka dihargai oleh masyarakat......................................................................[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Novel itu mempamerkan tema permasalahan sosial di dalam kalangan remaja di ibu kota.

(ii) Guru menyapa perlakuan pelajarnya yang agak kurang sopan bila bercakap dengan orang yang lebih tua.

(iii) Bersesuaian dengan kedudukan kampung kami di kawasan lapangan padi, semua para petani mengusahakan sawah yang diwarisi turun-temurun...........................................................[6 markah]

(e) Baca ayat yang mengandungi peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan peribahasa lain yang setara maksudnya dengan peribahasa tersebut.(i) Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu kelihatan seperti cincin dengan permata kerana kedua-duanya sama cantik dan sama padan.

(ii) Sikap Liza yang melupakan jasa ibu angkatnya Marina, tidak ubah seperti ulat lupa akan daun kerana dia sanggup mengikut ibu kandungnya berpindah ke luar negara.

(iii) Walaupun Tan Sri Johan telah dilantik menjadi Pengerusi Syarikat Daya Maju yang terkenal di Asia Tenggara, beliau masih mengamalkan sikap rendah diri dan senang bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Page 7: Soalan Percubaan Spm Bm 2009 Maktab Rendah Sains Mara

.....................................................[6 markah]-------------------------------------------------------------------------

...............................................Soalan 4 (a) : Novel

.....................................................[15 markah ]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusuf

(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah

(vii) Julia karya Abu Hassan Morad

(viii) Putera Gunung Tahan Karya Ishak Hj.Muhammad

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan nilai kebijaksanaan. [7 markah]

(b) Watak sampingan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan plot sesebuah novel.

Huraikan dua perwatakan bagi satu watak sampingan dalam dua buah novel yang anda pelajari..........................................................[8 markah]

.............................................KERTAS SOALAN TAMAT

...

Page 8: Soalan Percubaan Spm Bm 2009 Maktab Rendah Sains Mara

SEKOLAH BERASRAMA PENUH/ KLUSTERKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009BAHASA MELAYU KERTAS 2

-------------------------------------

.......................................Soalan 1: Rumusan

.............................................[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu dan kekangan yang dihadapi. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan..

............Tanggal 31 Ogos, setiap tahun Malaysia meraikan kemerdekaan daripada penjajahan British. Dalam tempoh tersebut pelbagai kemajuan dan pembangunan yang membanggakan mampu dicapai oleh negara kita. Pascamerdeka, Malaysia berhadapan dengan cabaran baru untuk membina identiti bahasa Melayu agar setaraf dengan kedudukannya sebagai bahasa rasmi negara. Pelbagai langkah perlu dilaksanakan untuk merealisasikan matlamat tersebut.

.............Antara langkah utama yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia adalah memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Walaupun agenda ini sudah lama diperjuangkan, matlamat tersebut masih belum tercapai. Namun, usaha memantapkan penggunaan bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh dapat meningkatkan jati diri rakyat. Hal ini perlu diberikan perhatian yang serius kerana kesan penjajahan Inggeris dan arus globalisasi yang melanda telah meminggirkan kedaulatan bahasa kebangsaan. Negara yang mempunyai sejarah yang panjang seperti Jepun dan Perancis bangga akan bahasa ibunda masing-masing. Mereka meremehkan bahasa asing dan cuba mewujudkan peraturan agar bahasa asing tidak mengatasi kedudukan dan kepentingan bahasa kebangsaan.

............Mereka yang bertanggungjawab mempamerkan bahasa kebangsaan pada papan tanda tanpa memasukkan penggunaan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Jika berkunjung ke luar negara, sedikit banyak pengunjung perlu memahami bahasa kebangsaan mereka untuk memudahkan komunikasi. Rakyat negara tersebut berasa bangga menggunakan bahasa kebangsaan walaupun kemahiran menguasai bahasa kedua dianggap penting dan digalakkan untuk memudahkan mereka berinteraksi dengan orang asing. Oleh sebab itu, sekolah memainkan peranan utama dalam penggunaan bahasa yang tepat dan betul

.............Rakyat di negara ini tidak mencapai kemajuan sebenar sebagai bangsa merdeka sekiranya bahasa ibunda tidak diletakkan di tempat yang sewajarnya. Matlamat ini tidak mampu dicapai dengan segera kerana memerlukan kesedaran dan pendidikan dalam

Page 9: Soalan Percubaan Spm Bm 2009 Maktab Rendah Sains Mara

tempoh yang panjang. Bagi mencapai matlamat itu, kerajaan wajar mengadakan kempen yang berkesan.

.............Bahasa merupakan identiti sesebuah negara. Satu cara untuk menyamatarafkan bahasa Melayu agar setanding dengan bahasa di negara maju adalah dengan mengukuhkan dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan semua kaum yang mampu memberikan imej yang positif kepada Malaysia. Selain memperkasakan bahasa, peningkatan kualiti wacana nasional perlu dilestarikan. Pakar-pakar bahasa dan pihak media perlu mengambil tanggungjawab masing-masing untuk membantu rakyat menguasai bahasa Melayu dengan sebaik mungkin. Ahli akademik disarankan tidak terlalu leka di menara gading sahaja sehingga buah fikiran mereka tidak sampai kepada rakyat. Mereka digalakkan lebih banyak menulis dan diberi ruang untuk memberikan pendapat di media..............Pengukuhan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan penyebaran luas idea yang kritis dan progresif mampu menyumbang kepada pembinaan negara. Kemajuan intelektual perlu seiring dengan kemajuan fizikal agar pembangunan negara ini berjalan dengan lancar.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencanaMembina Identiti Malaysia oleh Haris Zalkapli, Dewan Masyarakat Jun 2007)-------------------------------------------------------------------------------.

.................................Soalan 2: Pemahaman

............................................[35 markah]

.....................................Jawab semua soalan

.

.............................Soalan 2(a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata memberikan imej yang positif. [2 markah]

(ii) Nyatakan sebab-sebab bahasa Melayu perlu dimartabatkan di negara kita.[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda , apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh pihak sekolah dalam memartabatkan penggunaan bahasa Melayu?[4 markah]------------------------------------------------------------------------------.........................Soalan 2 (b) Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

Page 10: Soalan Percubaan Spm Bm 2009 Maktab Rendah Sains Mara

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri..

”Bagaimana dengan Eyrique? Sudah ditemui?”Pertanyaan Strenn berbau sinis.”Lupakan dia Annyss, kalau kau menjadi isteriku sekaligus kau adalah Permaisuri Alstonia. Tapi kalau Eyrique naik takhta, kau tidak tidak akan dapat apa-apa."

............Strenn dapat merasakan kemenangannya.”Untuk pengetahuan kau, aku sudahpun berjumpa dengan Eyrique.” Annyss cukup nekad dengan jawapannya.”Esok akan kubawa dia ke istana. Bersedialah!” Dengan hamburan kata-kata itu, Annyss meninggalkan Strenn yang amat terkejut. Air mukanya jelas berubah tatkala Annyss menekan perkataan’sudah’.

............Annyss sendiri agak tergamam dengan tindakannya. Entah mengapa lancar benar lidahnya mendustai Strenn. Dalam diam dia memasang tekad. Eyrique harus muncul esok walau apa sekalipun halangannya.

............Annyss menghempaskan diri di atas katil peraduannya. Kekecohan ini timbul semenjak Maharaja Alstonia yang ke –73 mangkat. Eyrique sebagai pewaris tunggal belum mencapai usia kedewasaannya. Oleh itu, adinda baginda dilantik sebagai pemangku. Namun setelah masanya tiba, kehilangan Eyrique yang mendadak menjadi satu misteri. Ada yang berkata dia merajuk kerana ayahanda saudaranya enggan menyerahkan takhta kepadanya. Kemangkatan bonda Annyss pula menambahkan kekeruhan suasana.

(Dipetik daripada cerpen Annyss Sophellia dalam antalogi Anak Laut , Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah masalah-masalah yang berlaku di Alstonia? [3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah kesan yang akan timbul sekiranya pemimpin bersikap mementingkan diri sendiri? Berikan alasan anda. [3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan Annyss Sophellia dalam petikan cerpen di atas dan dua perwatakan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen . [3 markah]------------------------------------------------------------------------------

.....................Soalan 2 (c) Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Page 11: Soalan Percubaan Spm Bm 2009 Maktab Rendah Sains Mara

............Maka Dara Zulaikha Tingkap pun menyuruh keluarkan kuda itu dan diberikan dengan kekangnya dan pelananya. Maka Perman Isap 2 dengan Orang Tikar itu, maka kedua mereka itu pun bersegera keluar membawa kuda itu kepada Tun Beraim Bapa, maka sultan pun berangkatlah keluar ke medan akan melihat Tun Beraim Bapa bermain-main itu. Maka dilihat oleh Tun Beraim Bapa sultan keluar itu, maka Tun Beraim Bapa pun berdiri dengan khidmatnya di hadapan sultan itu lalu ia sujud. Maka sultan pun bersabda kepada Bermamat P.nti. dan Maidana P.nti. ” Katakanlah kepada anakku Si Beraim Bapa, aku menyuruhkan ia menaiki kuda itu di hadapan jamu helat asing, tandilnya lasykar pendekar Keling itu, suruh pacu kudanya itu ke Tukas.” Maka Bermamat P.nti. dan Maidana P.nti. pun menjunjungkan sabda yang maha mulia kepada Tun Beraim Bapa. ”Ya tuanku Tun Beraim Bapa, sabda paduka ayahanda naiklah tuanku ke atas kuda itu di hadapan jamu orang helat asing lasykar pendekar Keling itu.”

............Maka Tun Beraim Bapa pun menyembah sultan lalu baginda naik ke atas kudanya. Maka dipacunya lalu ditarikkannya di medan. Maka ia pun berkhidmat kepada sultan, tatkala ia akan naik kuda itu, maka dipacunya pula. Maka (kuda) itu pun bangkit lalu ke udara. Maka dipacunya pula lalu dihalakannya pula ke Tukas. Maka dengan seketika itu juga lenyaplah daripada mata sultan. Maka sultan pun berbiji sabak, katanya ”Wah, anakku lenyaplah ia! Di mana kutaha engkau kucari, kataku tiada diturutnya kerana kuda itu gila tiada pernah dikenderai orang.” Maka Tun Beraim Bapa pun tiba-tiba dengan sesaat itu juga raiba ia di hadapan sultan itu serta bermain-mainkan kudanya seperti merak menggigal lakunya. Maka sultan pun haibat melihat dia seperti gajah meta lakunya.

(Dipetik daripada “ Kepahlawanan Tun Beraim Bapa” dalam Antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud rangkai kata menjunjungkan sabda yang maha mulia dalam petikan di atas? [ 2 markah ]

(ii) Nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Tun Beraim Bapa seorang yang taat kepada sultan. [ 3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah sultan menyuruh Tun Beraim Bapa menunjukkan kehebatannya di hadapan pendekar Keling?[ 3 markah ]------------------------------------------------------------------------------

..............................Soalan 2(d) Petikan Puisi

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

DERITA PERTAMA

Page 12: Soalan Percubaan Spm Bm 2009 Maktab Rendah Sains Mara

Adam ialah bapa kitayang tercampak dari seberang duniakerana mencari syurgadi celah buah khuldi.

Waktu terlantar di dunia baruhari tengah malamia tidak mengerti apa yang terjadimulutnya bisu.

Ia melihat sekelilingmulai merasa cemas akan kegelapansegumpal awan hinggap ke keningia tidak tahu apakah itu.

Sepanjang malam ia tercengangdari hatinya mengalir sungai dukabagaimana akan kutempuh rimba kegelapantubuh seorang.

Sepanjang malam air matanyamembelah muka bulan.

Suhaimi Haji Muhamad, Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berikan maksud rangkap kedua sajak di atas. [ 3 markah ]

(ii) Apakah persediaan yang perlu ada pada seseorang itu apabila pergi ke tempat yang baru? Kemukakan tiga pandangan anda. [ 3 markah ]

(iii) Huraikan pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam puisi tersebut. [ 3 markah ]------------------------------------------------------------------------------

..........Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

............................................[30 markah]

....................................Jawab semua soalan

(a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan kata itu sebagai peribahasa dan nama khas.

i. tawar / tawar-menawar

Page 13: Soalan Percubaan Spm Bm 2009 Maktab Rendah Sains Mara

ii. simpang / simpang-penerangiii. turun / turun - temurun .............................[6 markah]

(b) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian pisahkan ayat-ayat dalam petikan kepada enam ayat tunggal dengan mengekalkan maksud dan struktur asalnya.

Pembangunan Malaysia yang pesat telah menarik kemasukan pekerja asing. Mereka datang kerana negara kita aman dan menawarkan peluang pekerjaan yang banyak. Mereka memperoleh gaji yang lumayan kerana mereka sanggup bekerja keras..............................................................................[6 markah]

(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

i. Pekerja-pekerja itu sedang memperlebarkan lebuhraya menghala ke Kuala Lumpur dengan tekun.

ii. Pegawai dari institusi pendidikan swasta diundang sebagai penal dalam sesi wawancara yang bertajuk ‘Menggunakan Komputer Dalam E-Pembelajaran’.

iii. Teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi satu kemistian dalam penghidupan manusia moden hari ini...............................................................................[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Sejak dari peristiwa itu, Norisah tidak pernah menengok ibunya di kampung.

ii. Kita mestilah saling bantu-membantu untuk menghasilkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

iii. Idwal menerangkan tentang faedah aktiviti kitar semula yang dapat mengatasi masalah kekurangan tapak penghapusan sampah...............................................................................[6 markah]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa atau kata-kata hikmat yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza.

Page 14: Soalan Percubaan Spm Bm 2009 Maktab Rendah Sains Mara

............Asma dan Dira ialah dua orang sahabat karib yang sentiasa melakukan sesuatu perkara bersama-sama sejak di bangku sekolah. Mereka berjanji untuk mengeluarkan modal sebanyak RM 10,000.00 seorang. Tetapi malangnya setelah semua persediaan dilakukan oleh Asma, tiba-tiba Dira menarik diri dan membatalkan perjanjian tersebut. Asma yang telah bersedia dari segi mental dan fizikal serta modal yang mencukupi berasa kecewa akan tindakan Dira. Akhirnya, Asma telah menyewa sebuah restoran yang strategik kedudukannya dan berpotensi untuk maju jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh..............................................................................[6 markah]------------------------------------------------------------------------------

...................................Soalan 4 : Novel

........................................[15 markah]

Jawab kedua-dua soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang pernah anda pelajari.

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof

(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah

(vii) Julia karya Abu Hassan Morad

(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a) Setiap novel mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri.Nyatakan dua perkara yang anda anggap menarik tentang sebuah novel yang anda kaji. ............................................................[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, bandingkan tema yang terdapat dalam novel-novel tersebut. .....[8 markah]

...................................KERTAS SOALAN TAMAT

.

Page 15: Soalan Percubaan Spm Bm 2009 Maktab Rendah Sains Mara

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR...................PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009...........................BAHASA MELAYU KERTAS 2................__________________________________

....................................Soalan 1: Rumusan

............................................[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan kegiatan kokurikulum dan kekangan-kekangan dalam pelaksanaannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan...............Kegiatan kokurikulum sebenarnya merupakan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah yang menjadi elemen sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pelengkap bagi kurikulum di sekolah. Kegiatan ini adalah penting dalam mewujudkan perseimbangan antara perkembangan mental dan perkembangan social serta jasmani para pelajar. Sebenarnya kegiatan kokurikulum telah lama dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia tetapi pengamalannya masih tidak mencapai matlamat yang sepenuhnya. Hal ini memaksa pihak kementerian Pelajaran Malaysia mengambil langkah positif bagi menjamin aktiviti kokurikulum dapat diuruskan dengan sempurna dan berkesan. Antaranya dengan menerbitkan buku panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Menengah, melantik pegawai khas di pejabat pelajaran daerah dan negeri serta mewujudkan jawatan Guru Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah-sekolah..............Guru-guru yang memegang amanah hendaklah memberi komitmen yang tinggi terhadap pelaksanaan kokurikulum kerana kegiatan ini bukan sahaja mewujudkan interaksi dan memperkukuh integrasi dalam kalangan pelajar malah dapat meningkatkan minat dan kemahiran pelajar serta memperkembang bakat pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang disertai. Di samping itu, ibu bapa dan masyarakat oula perlu memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pihak sekolah untuk merealisasikan agenda pendidikan ini demi membantu pelajar-pelajar dalam proses pengukuhan dan pengayaan ilmu yang dipelajari di dalam bilik darjah serta peluasan pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu...............Kegiatan kokurikulum juga amat membantu dalam peningkatan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai-nilai murni selari dengan hasrat Rukun Negara. Selaras dengan aktiviti kokurikulum yang merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang, kegiatan ini Berjaya mewujudkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan pelajar. Hubungan kerjasama dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dapat dipererat. Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan kecemerlangan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan malahan menyemarakkan semangat memasyarakatkan sekolah..............Apabila menyertai kegiatan kokurikulum ini, sebenarnya pelajar telah menambah nilai terhadap harga diri. Mungkin dalam kalangan pelajar ada yang tidak menyedari

Page 16: Soalan Percubaan Spm Bm 2009 Maktab Rendah Sains Mara

bahawa nilai tambah ini merupakan sesuatu yang sangat bernilai. Malah akhir-akhir ini kegiatan kokurikulum menyumbangkan sepuluh peratus markah dalam proses pengambilan pelajar ke institute pengajian tinggi awam (IPTA). Sesungguhnya agenda pendidikan negara yang mementingkan kesepaduan kokurikulum dan kurikulum perlu diteruskan demi membentuk modal insane yang berkualiti pada masa hadapan. Dengan kata lain, kita akan dapat menghasilkan modal insane yang berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Hal ini telah dibuktikan dalam catatan sejarah bahawa pemimpin tersohor negara lahir daripada kalangan mereka yang aktif berpersatuan semasa zaman remajanya.

Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Matlamat Kokurikulum Tidak Boleh Dipandang Ringan” oleh Idris Ahmad, Pendidik, Bil 13-2007.

------------------------------------------------------------------------------..............................Soalan 2(a): Petikan Umum.......................................[ 9 markah ]

.Berdasarkan petikan soalan 1 di atas, jawab soslan-soalan berikut dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri..(i) Berikan maksud rangkai kata “elemen sokongan”. [ 2 markah ](ii) Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memastikan kegiatan kokurikulum terlaksana dengan berkesan? [ 3 markah ](iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk menarik minat para pelajar menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah? [ 4 markah ]

------------------------------------------------------------------------------.............................Soalan 2(b): Petikan Drama...........................................[ 9 markah ].Baca petikan di bawah dengan teliti, dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri...PUTRA: Selagi aku mengenali kau siapa, aku pasti dapat melihat segala gerak gayamu, meskipun mataku tertutup..SRISEGALA: Baiklah orang buta! Katakan saja kalau benar Masayumu di sini, datangnya tidak pernah kujemput. Dan tidak pula aku menyuruh ia pergi. Kau bertanyalah kepada hatinya sendiri..PUTRA: Masayu! Akulah suamimu. Pulanglah ke rumah kita.

Page 17: Soalan Percubaan Spm Bm 2009 Maktab Rendah Sains Mara

.SRISEGALA: (Bengis atau bosan) Masayu! Katakan sendiri pada si buta ini. Apakah benar cintamu padanya sepanas matahari atau sesegar embun pagi?.PUTRA: Katakanlah Masayu! Aku telah sedia tahu hatimu. Sudah sekian lama kita bersama. Kau yang selalu meniupkan api semangat membara di dadaku, supaya aku bangkit dan memulakan perjuangan meruntuhkan sebuah gunung. Katakanlah di hadapan manusia yang ramai itu. Biar mereka menjadi saksi. Betapa besarnya cinta kasihmu padaku..Masayu bangun perlahan dan turun merapati Putra. Tangannya meraba wajah Putra. Kemudian wajah itu direnungnya kosong. Dia naik semula tapi masih memendang Putra..MASAYU: Kau siapa? Tak pernah kudengar namamu. Tak pernah kulihat wajahmu. Aku tak kenal padamu!.PUTRA: (Menjerit) Masayu!.Tuta utama memukul gong sekali. Putra sujud kaku di lantai.Muzik: Sayu menyayat hati seketika...Dipetik daripada Drama Kerusi, Hatta Azad Khan dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka...(i) Siapakah Masayu dalam petikan di atas? [ 2 markah ](ii) Pada pendapat anda, mengapakah Masayu sudah tidak lagi mengenali suaminya? [ 3 markah ](iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lain yang terdapat dalam drama tersebut. [ 4 markah ]

------------------------------------------------------------------------------.........................Soalan 2(c): Petikan Prosa Klasik.......................................[ 8 markah ].Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri...............Maka diambilnya bayan tua seekor yang tinggal itu hendak disembelihnya. Maka kata bayan itu, “Hai budak, jika engkau bunuh aku, tiadalah akan kenyang engkau makan dagingku yang sekepal ini, melainkan engkau jualkannya aku ini dengan harga dua ribu dinar boleh engkau makan sampai anak cucumu! Bawalah aku ini kepada raja di dalam negeri ini. Kudengar ada penyakit sopak pada kaki raja itu dan tangannya. Aku tahu ilmu

Page 18: Soalan Percubaan Spm Bm 2009 Maktab Rendah Sains Mara

tabib. Akulah mengubati dia.”.............Setelah didengar oleh budak itu, maka dibawanya bayan itu kepada raja itu. Apabila tiba ia pada orang penunggu pintu raja, maka kata budak itu, “Hai penunggu pintu, tuan hamba persembahkanlah kepada raja bahawa adalah hamba berjual seekor burung bayan, tahu ia akan ilmu tabib! Maka harganya empat ribu dinar..............Maka oleh penunggu pintu itu dipersembahkannya kepada raja. Maka titah raja, “Bawalah ia masuk.”.............Setelah sudah budak itu masuk, maka titah raja, “Hai kanak-kanak, hendak dijual burungmu itu? Berapa harganya?”..Dipetik daripada Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya, dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka...(i) Apakah kelebihan burung bayan? [ 2 markah ](ii) Nyatakan cadangan bayan setelah ditangkap oleh budak itu? [ 3 markah ](iii) Setiap manusia menghadapi masalah dalam kehidupannya. Apakah yang perlu anda lakukan jika anda menghadapi sebarang masalah? [ 3 markah ]

------------------------------------------------------------------------------

.

...............................Soalan 2(d): Petikan Puisi

.......................................... .[ 9 markah ]

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawablah soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri...JALAN-JALAN RAYA KOTAKU.Saban waktu sepanjang perjalananjalan-jalan raya kotakulewat senja beginitika gerimis menabur benihmenerima kehadiran warga kotalemas dalam kesabaranlelah meresahkandengan luka pasrah di hati..Ketidaksabaran membengkankesombongan merajai setiap ruang

Page 19: Soalan Percubaan Spm Bm 2009 Maktab Rendah Sains Mara

semakin padat dengan emosikebosanan menggigit pangkal rasa...Demikianlah etika di perjalananbudi luhur warga kotakutidak lagi berlakuyang hadir adalah keserakahanmemacu menghimpun kekuatanmenghakis sopan santunseperti banjir kilatmelanda pinggir perjalananfitrah sang manusiaperadaban kota masa kini.jalan-jalan raya kotakuadalah gelanggang kebuasanperlumbaan kebiadabanpara pesakitkemanusiaan semakin mandulpada penghujung musim..Zam Ismail, dalam Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka...(i) Apakah maksud rangkai kata memacu menghimpun kekuatan? [ 2 markah ](ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya? [ 4 markah ](iii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [ 3 markah ].------------------------------------------------------------------------------...........Soalan 3: Pengetahuan dan kemahiran Bahasa.........................................[ 30 markah ]...................................Jawab semua soalan.(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas..(i) antarabangsa(ii) kakitangan(iii) setiausaha(iv) tandatangan(v) tanggungjawab(vi) warganegara…………………………………………………..[ 6 markah ]

Page 20: Soalan Percubaan Spm Bm 2009 Maktab Rendah Sains Mara

------------------------------------------------------------------------------.(b) Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya..(i) Usaha memelihara alam sekitar perlu dilaksanakan oleh masyarakat secara bersungguh-sungguh.(ii) Nota-nota sejarah itu telah diulang kaji oleh Imran sejak seminggu yang lalu.(iii) Segala kerja perlu awak siapkan sebelum pergi bercuti pada minggu hadapan.…………………………………………………………………………….[ 6 markah ]

------------------------------------------------------------------------------.(c) Dalam petikan terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula...Aktiviti sukan dapat mempupuk perpaduan antara kaum. Semasa bersukan, kanak-kanak dan remaja yang berbilang bangsa dapat berinteraksi dan saling memahami antara satu sama lain. Aktiviti sukan juga dapat menenang fikiran setelah penat bekerja di samping dapat mengurangkan tekanan dan dapat mengisi masa lapang. Dengan ini, remaja dapat menghindari diri daripada gejala negetif seperti merokok dan vandalisma………[ 6 markah ]

------------------------------------------------------------------------------.(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atauistilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula..(i) Kemerdekaan yang dinikmati oleh kita sekaran ialah hasil pemberian nenek moyang dan para pejuang bangsa.(ii) Ibu bapa memainkan peranan penting dalam melukiskan masa hadapan anak-anak dan memastikan mereka terhindar dari gejala sosial.(iii) Tujuan Konvensyen Patriotisme Remaja diadakan ialah untuk meningkatkan kualiti modal insan agar mempunyai rasa sayang dan cinta akan negara…………………[ 6 markah ]

-------------------------------------------------------------------------------.(e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini..

Page 21: Soalan Percubaan Spm Bm 2009 Maktab Rendah Sains Mara

.Dalam keadaan dunia yang sedang menghadapi kemelut ekonomi, masyarakat diingatkan supaya sentiasa mengawal perbelanjaan dan berjimat cermat. Mereka hendaklah berjimat dalam membelanjakan wang dan berjimat menggunakan sesuatu barangan supaya tidak menghadapi kesusahan. Mereka perlu menyimpan sebahagian daripada pendapatan walaupun sedikit tetapi berterusan pada setiap bulan. Simpanan ini penting untuk kegunaan pada masa kesempitan.…………………………………………………………………………….[ 6 markah ]

------------------------------------------------------------------------------....................................Soalan 4: Novel......................................[ 15 markah ].Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut:.(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof(iii) Di hadapan Pulau karya A. Samad Said(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah(vii) Julia karya Abu Hassan Morad(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Mohammad..(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan kesan yang telah anda alami selepas membaca novel tersebut. [ 7 markah ].(b) Huraikan peristiwa yang membuktikan nilai kerjasama dalam dua buah novel yang telah anda kaji. [ 8 markah ]........................................KERTAS SOALAN TAMAT

Page 22: Soalan Percubaan Spm Bm 2009 Maktab Rendah Sains Mara