soalan dan jawapan-sejarah malaysia

138
Sejarah Malaysia TEMA 1 : MASYARAKAT MALAYSIA Sistem Kesultanan 1 Nyatakan konsep-konsep dalam sistem beraja di Tanah Melayu dan ciri-ciri pertabalan seseorang Sultan 2. Sultan berperanan penting dalam organisasi pemerintahan kerajaan Melayu. Bincangkan. Sistem Pembesar 3. Bincangkan peranan pembesar dalam menguruskan pemerintahan kerajaan Melayu. 4 Analisiskan peranan pembesar daerah dan desa dalam sistem pemerintahan masyarakat Melayu. 5 Bincangkan pengaruh pembesar dalam sistem pemerintahan masyarakat Melayu. Struktur Masyarakat Malaysia 6 Analisiskan bentuk hiraki masyarakat Melayu dan jelaskan peranan yang dimainkan oleh setiap golongan masyarakat. 7 Peranan golongan bawahan amat penting dalam organisasi masyarakat Malaysia sebelum campur tangan Inggeris. Huraikan. Kepercayaan dan Agama 8 Walaupun Islam telah menjadi agama utama, masyarakat Melayu masih mengamalkan amalan yang bertentangan All The Best

Upload: mon

Post on 08-Jun-2015

17.474 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Sejarah Malaysia

TEMA 1 : MASYARAKAT MALAYSIA

Sistem Kesultanan

1 Nyatakan konsep-konsep dalam sistem beraja di Tanah Melayu dan ciri-ciri pertabalan seseorang Sultan

2. Sultan berperanan penting dalam organisasi pemerintahan kerajaan Melayu. Bincangkan.

Sistem Pembesar

3. Bincangkan peranan pembesar dalam menguruskan pemerintahan kerajaan Melayu.

4 Analisiskan peranan pembesar daerah dan desa dalam sistem pemerintahan masyarakat Melayu.

5 Bincangkan pengaruh pembesar dalam sistem pemerintahan masyarakat Melayu.

Struktur Masyarakat Malaysia

6 Analisiskan bentuk hiraki masyarakat Melayu dan jelaskan peranan yang dimainkan oleh setiap golongan masyarakat.

7 Peranan golongan bawahan amat penting dalam organisasi masyarakat Malaysia sebelum campur tangan Inggeris. Huraikan.

Kepercayaan dan Agama

All The Best

Page 2: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

8 Walaupun Islam telah menjadi agama utama, masyarakat Melayu masih mengamalkan amalan yang bertentangan dengan Islam. Jelaskan.

9 Masyarakat Melayu masih terikat dengan amalan dan kepercayaan tradisional. Bincangkan.

10 Senaraikan aunsur-unsur kepercayaan sebelum Islam dan jelaskan amalannya setelah masyarakat Melayu memeluk Islam.

Ekonomi Sara Diri

11 Sistem ekonomi masyarakat Melayu berteraskan ekonomi sara diri. Bincangkan sebab-sebab pemilihan sistem tersebut dan kesannya terhadap masyarakat Melayu.

12 Sejauh manakah anda bersetuju amalan ekonomi sara diri masih menjadi amalan masyarakat Melayu sebelum peluasan kuasa barat.

13 Senaraikan ciri-ciri ekonomi sara diri dan jelaskannya.

Ekonomi Komersil di Malaysia

14 Jelaskan dan buktikan bahawa masyarakat Melayu telah lama menjalankan ekonomi komersial.

15 Bagaimanakah perubahan ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial berlaku.

16 Mengapakah masyarakat berubah untuk menjalankan sistem ekonomi komersial.

Imigran dan Perkembangan Ekonomi

17 Perkembangan sektor pelombongan dan peladangan mengubah konsep

All The Best

Page 3: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial. Bincangkan.

18 Kemasukan orang luar merupakan sumber kemakmuran ekonomi Tanah Melayu. Bincangkan.

Hukum Adat

19 Hukum adat perpatih lebih bersifat demokratik daripada hukum adat temenggong. Bincangkan.

20 Hukum adat temenggong lebih bercirikan Islam jika dibandingkan dengan hukum adat perpatih. Jelaskan.

21 Hukum adat yang diamalkan oleh kerajaan Melayu sudah lengkap menjadikan sistem pentadbiran Melayu menjalankan pemerintahan yang berkesan. Bincangkan.

22 Apakah yang membezakan hukum adat pepatih dan temenggong?

TEMA 2 : TRANFORMASI MASYARAKAT

Faktor Peluasan Kuasa

23 Inggeris mempunyai pelbagai sebab untuk meluaskan kuasanya di Malysia . Bincangkan.

24 Teori 3 G ( Gold, Glory, dan God ) ialah kemuncak penerokaan dan penjajahan Inggeris di Malaysia. Jelaskan.

25 Unsur mekantilisme, imperialisme, dan kolonialisme ialah antara aspek peluasan dan penerokaan kuasa Inggeris di Malaysia. Jelaskan maksud, konsep dan ciri unsur tersebut.

All The Best

Page 4: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Perjanjian dan Campur Tangan

26 Campur tangan asing di Tanah Melayu adalah kesan daripada perjanjian yang ditandatangani . Bincangkan

27 Apakah yang menyebabkan pembesar-pembesar Melayu menandatangani perjanjian dengan kuasa barat?

28 Kaji kesan-kesan perjanjian yang ditandatangani terhadap politik, dan sosio ekonomi masyarakat Melayu.

29 Kaji dan jelaskan ciri-ciri perjanjian yang menjejaskan kuasa politik orang-orang Melayu.

30 Bagaimanakah Inggeris menggunakan perjanjian bagi mendapatkan kuasa politik dan ekonomi di Tanah Melayu.

Campur Tangan dan Kekacauan

31 Sejauhkan faktor ekonomi menjadi teras kepada campur tangan kuasa asing di Malaysia.

32 Pertelagahan merebut kuasa politik dan ekonomi mencetuskan campur tangan kuasa asing. Bincangkan.

33 Jelaskan peristiwa kekacauan dan peperangan yang menggerakkan campur tangan kuasa asing.

34 Analisiskan sebab-sebab Inggeris campur tangan di Malaysia.

35 Jelaskan ciri-ciri campur tangan Inggeris di Tanah Melayu.

Kesan-Kesan Campur Tangan/Peluasan Kuasa

All The Best

Page 5: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

36 Bincangkan kesan-kesan campur tangan Inggeris di Malaysia.

37 Penguasaan Inggeris di Tanah Melayu telah mewujudkan pelbagai kesan. Bincangkan.

38 Masyarakat yang majmuk merupakan peninggalan penjajahan Inggeris. Bincangkan.

39 Dasar Inggeris telah mewujudkan masyarakat yang majmuk. Jelaskan.

Penentangan

40 Bincangkan bentuk-bentuk penentangan dan sebab-sebab orang Melayu menentang perubahan Inggeris.

41 Peluasan kuasa Inggeris menyebabkan berlakunya penentangan di Malaysia. Bincangkan.

42 Kemerdekaan dan keinginan untuk bebas ialah sebab yang berulang orang Melayu menentang Inggeris. Jelaskan.

43 Orang melayu menggunakan pelbagai cara untuk bertindak balas terhadap peluasan dan campur tangan Inggeris. Bincangkan

44 Penentangan terhadap Inggeris telah mencetuskan kepelbagaian implikasi terutamanya dalam hal ehwal politik Melayu. Bincangkan.

Perubahan dan Penerimaan

45 Selain politik perubahan yang dilakukan Inggeris telah mengganggu amalan budaya dan nilai hidup Melayu. Bincangkan.

46 Inggeris telah mengubah struktur masyarakat Melayu selepas peluasan kuasanya. Bincangkan.

All The Best

Page 6: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

47 Inggeris melaksanakan banyak perubahan. Bincangkan aspek-aspek yang telah diubah oleh Inggeris di Malaysia.

48 Adakah orang melayu menerima perubahan yang dilaksanakan oleh Inggeris. Nilaikan.

TEMA 3 : NASIONALISME

Nasionalisme – Faktor Kesedaran

49 Golongan agama memainkan peranan yang penting dalam mencetuskan gerakan kesedaran di Tanah Melayu. Bincangkan.

50 Bincangkan sumbangan dan peranan bahasa dan kesusasteraan dalam mencetuskan kesedaran politik melayu.

51 Pendidikan telah mencorakkan kesedaran nasionalisme melayu. Bincangkan.

52 Perkembangan akhbar dan peranan wartawan menjadi nadi penting perkembangan dan kesedaran nasionalisme Malaysia. Bincangkan.

53 Golongan intelektual melayu telah memainkan peranan untuk menyedarkan bangsa melayu. Bincangkan.

54 Bincangkan peranan pengaruh luar dalam mencetuskan kesedaran nasionalisme di Malaysia.

Perkembangan Nasionalisme

All The Best

Page 7: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

55 Jelas dan bincangkan kewujudan nasionalisme di Tanah Melayu.

56 Mengapakah berlakunya pertentangan pendapat antara golongan tua dan golongan muda.

57 Bincangkan perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu sebelum perang dunia kedua.

58 Perjuangan politik di Malaysia bermula sebelum pendudukan Jepun. Bincangkan.

59 Bandingkan perjuangan pertubuhan-pertubuhan politik 1939 – 1948.

Peranan Pertubuhan/Persatuan Politik, Ekonomi, dan Sosial

60 Bincangkan persatuan atau pertubuhan yang berasaskan sosio-ekonomi.

61 Bincangkan persatuan dan pertubuhan yang berasaskan politik.

62 PKM menggunakan kesatuan buruh bagi menyebarkan ieologinya. Bincangkan.

Pendudukan Jepun dan Nasionalisme

63 Pendudukan Jepun memberikan sumbangan terhadap kesedaran nasionalisme Malaysia. Bincangkan.

64 Peperangan dunia ke-2 ialah pencetus orang Melayu sedar tentang nasionalisme. Bincangkan.

65 Analisiskan sumbangan Jepun terhadap ekonomi Tanah Melayu 1941-1945.

All The Best

Page 8: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Malayan Union

66 Huraikan sebab-sebab wujudnya Malayan Union dan kesannya.

67

68

Malayan Union telah menyebabkan orang Melayu bersatu padu. Bincangkan.

Adakah Malayan Union memberikan manfaat kepada orang-orang Melayu dan sejauh manakah anda bersetuju ?

Pelembagaan Tanah Melayu ( PTM )

69 Malayan Union telah mewujudkan PTM 48. Setujukah anda?

70 Analisiskan persamaan dan perbezaan perlembagaan PTM 1948 dan PTM 1957.

Pembentukan Malaysia

71 Jelaskan sebab-sebab digagaskan pembentukan Malaysia pada 1963.

72 Bincangkan kesan pembentukan Malaysia dan hubungannya dengan negara Indonesia dan Fillipina.

73 Proses pembentukan Malaysia melalui beberapa tahap. Bincangkan

Darurat

74 Darurat merupakan tahap pemberontakan bersenjata oleh PKM. Jelaskan.

All The Best

Page 9: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

75 Bincangkan sebab-sebab dan kesan darurat.

76 Jelaskan langkah-langkah membendung darurat dan kesannya terhadap kedaulatan Tanah Melayu.

All The Best

Page 10: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

JAWAPAN TEMA 1

SISTEM SULTAN

Konsep sultan

Institusi sultan dalam kaca mata orang-orang Melayu merupakan satu rujukan kepada kekuasaan dan kekuatan yang ada pada individu yang diiktiraf oleh masyarakat sebagai sultan. Dalam hal ini sultan sering kali ditanggap sebagai seseorang yang mempunyai kuasa yang begitu teguh. Ini sering kali dikaitkan dengan konsep bahawa sultan itu sebagai wakil tuhan. Dengan kepecayaan ini, seseorang individu merasakan menderhaka kepada sultan akan membawa padah yang amat dahsyat. Konsep ketuhanan ini telah berakar umbi sejak masyarakat Melayu dipengaruhi oleh unsur agama Hindu dan seterusnya disenyawakannya dengan unsur-unsur Islam. Dalam hal ini, Sultan dianggap sebagai khalifah atau wakil Allah dalam memimpin masyarakat Islam. Sultan dianggap sebagai imam dalam memimpin rakyat ke arah kesejahteraan.

Selain itu, sultan juga dianggap mempunyai kekuatan dan keajaiban. Sultan dianggap sebagai individu yang perkasa dan boleh mendatangkan kecelakaan kepada mereka yang menentang. Dalam aspek ini konsep daulat, tulah, dan derhaka telah menghantui masyarakat melayu supaya sentiasa patuh dan menuruti kehendak sultan. Dalam konsep daulat, sultan dianggap mempunyai kuasa dan tidak boleh disentuh. Kedaulatan sultan telah dimengertikan melampaui batas kekuasaan sultan dalam politik. Ia melampaui batas-batas kuasa dan sentiasa menganggap sultan sebagai mempunyai kuasa ketuhanan untuk memberi pembalasan terhadap individu yang menderhaka. Dengan kata lain konsep daulat memberi pengertian bahawa sultan merupakan seorang yang terpilih dan diterima oleh tuhan untuk memimpin kesejahteraan masyarakat. Dengan konsep ini sultan dianggap boleh mencelakakan kehidupan orang yang derhaka. Hal ini dapat dilihat daripada peristiwa penderhakaan Laksamana Bentan terhadap Sultan Mahmud. Sumpah sultan terhadap keturunan Laksamana dianggap sebagai satu kuasa dan ia dikaitkan dengan daulat sultan.

Dalam memahami konsep ini, ia juga berkaitan dengan knsep tulah. Tulah bermaksud sumpahan. Seseorang yang terkena tulah sultan dianggap sebagai seorang yang derhaka. Oleh itu, masyarakat melayu menganggap sultan sebagai seorang individu yang istimewa serta sentiasa ingin mendapat rahmatnya untuk memperoleh kehidupan yang terjamin. Jika ia ditulah maka ia akan menerima bencana seperti keturunan Laksaman Bentan Megat Sri Rama. Dalam hal ini rakyat akan sentiasa mencari peluang untuk berbakti kepada sultan. Ini menimbulkan satu konsep kerja raja

All The Best

Page 11: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

dijunjung , kerja sendiri dikelek . Sebagai kesan daripada konsep ini, mereka berbangga meninggalkan kerja-kerja mereka semata-mata untuk berbakti serta mengelakkan diri daripada tulahan dan daulat sultan. Hal ini seterusnya menimbulkan satu amalan berkenaan sistem hamba dan kerahan yang dianggap olah sejarawan barat sebagai satu institusi yang melemahkan sistem politik Melayu. Terjadinya sistem kerah, serah dan hamba ini timbul berikutan kehendak rakyat untuk mendapat pengiktirafan sultan sebagai rakyat yang setia. Dalam hal ini maka timbullah kesetiaan dan ketaatan yang membabi buta seperti yang ditonjolkan oleh Hang Tuah yang sanggup membunuh rakannya semata-mata untuk membukti kesetiaannya kepada sultan.

Oleh itu dalam memperkatakan institusi kesultanan ini, konsep daulat memberi ruang kepada sultan untuk meletakkan dirinya berbeza dengan orang lain. Hal ini juga berkaitan dengan unsur ketuhanan atau sebagai wakil tuhan yang dimilik sultan. Ia seterusnya mencerminkan kelebihan-kelebihan yang ada pada sultan serta tidak boleh digunakan oleh orang lain. Hal ini mencetuskan konsep daulat dari segi kehidupan sultan itu sendiri sebagai golongan elit yang tidak boleh dikongsi bersama dengan rakyat. Ini memberikan banyak keistimewaan kepada sultan seperti hanya sultan yang boleh berpakaian kuning, penggunaan bahasa dalam yang sering menggambarkan kehinaan rakyat, penggunaan alat-alat kebesaran , nobat, dan lambang kebesaran dan kemuliaan.

Berdasarkan kepada keistimewaan ini institusi raja merupakan institusi yang menjadi sanjungan dan sesebuah kerajaan melayu tidak akan lengkap tanpa sultan. Hal ini dapat dilihat bagaimana luak-luak undang di Negeri Sembilan meminta kerabat Sultan di Minangkabau untuk diangkat sebagai sultan bagi mendaulatkan negeri tersebut.

Sistem Pertabalan

Pertabalan dan penggantian sultan berbeza antara satu negeri dan negeri yang lain. Dalam konteks ini ia juga melibatkan sistem undang-undang adat. Negeri-negeri yang beradatkan adat temenggong mempunyai sistem pertabalan yang berbeza dengan negeri yang mengamalkan adat perpatih. Begitu juga dalam sistem adat temenggong penggantian sultan juga terdapat sedikit perbezaan.

Dalam mengkaji sistem ini kita dapati terdapat tiga bentuk sistem pertabalan yang diamalkan di negeri-negeri Melayu. Di Negeri Sembilan sistem penggantian sultan mengikut undang-undang dalam adat perpatih. Dalam adat ini Yang Dipertuan Besar dilantik dan mesti dipersetujui oleh luak-luak undang. Dalam aspek ini sistem yang diamalkan itu seolah-olah memaparkan perlantikan secara demokrasi. Yang Dipertuan Besar tidak akan ditabalkan jika mereka tidak mendapat persetujuan daripada luak undang ini. Dan mengikut adat ini Yang Dipertuan Besar tidak bernegeri dan pemerintahan dibawah Undang Luak. Hanya selepas penguasaan Inggeris setiap Undang dikehendaki menumpahkan taat setia kepada

All The Best

Page 12: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Yang Dipertuan Besar. Walaupun begitu, waris sebagai Yang Dipertuan Besar adalah daripada lingkungan kekeluargaan Yang Dipertua Besar cuma ia perlu mendapat pengesahan daripada Undang Luak (Ismail Hamid:1988).

Hal ini berbeza dengan sistem penggantian dan pertabalan di negeri Perak. Sistem di Perak mengikut peraturan adat temenggong. Ia biasanya meletakkan waris daripada anak lelaki pertama untuk mewarisi takhta .Walaupun begitu ia tertakluk kepada permuafakatan pembesar untuk memilih siapakah yang layak mewarisinya. Sistem penggantian di Perak melibatkan tiga keluarga daripada keturunan atau susur Sultan Ahmadin iaitu waris keluarga Sultan Abdullah ( 1825-1830), Sultan Shahbudin ( 1830-51), dan Sultan Abdullah Muhamad Syah ( 1851-65)( Gullick:1958 ). Dengan tuntutan daripada tiga keluarga ini sistem pertabalan dan penggantian sultan di Perak lebih menjurus pada sistem giliran.. Ini bagi memberi peluang kepada setiap keluarga tersebut untuk ditabalkan menjadi sultan berdasarkan giliran mereka. Cara ini dijalankan bagi menggelakkan berlaku perang saudara dan perebutan kuasa antara keluarga diraja. Pengiliran ini dapat dilihat melalui tahap kedudukan waris raja seperti hiraki berikut: Raja Dihilir, Raja Bendahara, Raja Muda, dan Sultan.( Buyong Adil: 1985,Andaya: 1983, Joginder Singh: 1976). Seperti kata Andaya:1983 ... perbalahan mengenai hak waris telah lama berlarutan. Sistem menggilirkan takhta di antara tiga keturunan diraja yang berlainan yang diasaskan sejak awal kurun itu, dimaksudkan supaya menghalang sebarang pertikaian, tetapi tidak pernah berjalan dengan sempurna. Ketidaksempurnaan kerana ia tertakluk kepada peranan sultan dan pembesar. (Andaya:1983, Joginder Singh: 1976, K.Ratnam: 2001). Maka pada 1874, bermulalah persengketaan tuntutan terhadap takhta Perak yang dituntut oleh waris-waris daripada tiga keluarga ini iaitu Raja Abdulllah, Raja Ismail, dan Raja Yusuf sehingga berlakunya campur tangan Inggeris di Perak dan pengenalan Sistem Residen.

Bagi negeri-negeri lain yang mengamalkan adat temenggong biasanya anak lelaki sulong terus ditabalkan menjadi sultan dan ini boleh dikenali sebagai sistem warisan. Negeri-negeri yang mengamalkan sistem ini adalah seperti Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Trengganu dan Perlis.Walaupun begitu dalam keadaan tertentu ia tidak berlaku. Malahan ia boleh melibatkan adik, cucu dan menantu sultan dalam keluarga diraja (Gullick:1958).

Jika dilihat daripada sistem-sistem yang diamalkan ini kelihatan seolah-olah sistem pepatih mempunyai unsur yang lebih adil dengan memberi hak kepada rakyat untuk menentukan sultan yang berhak ditabalkan melalui peranan Undang Luak. Hal ini kerana luak undang yang dilantik juga mesti melalui cara yang sama. Dengan kata lain rakyat mempunyai hak dan disalurkan melalui luak yang dipilih. Ini bertepatan dengan amalan demokrasi yang memberikan kelebihan kepada rakyat untuk membuat pilihan. Dengan kata lain negeri-negeri yang mengamalkan adat temenggong lebih menjurus pada sistem monarki warisan. Walaupun begitu dalam undang-undang tubuh negeri Johor, rakyat masih boleh engkar dan tidak menumpahkan taat setia kepada sultan jika sultan ttidak mengikut undang-undang tubuh serta nasihat daripada pembesar. Keadaan ini pernah diucapkan oleh Dato Onn semasa pertikaian dalam gagasan Malayan Union 1946.

Selain sistem yang diamalkan pengganti sultan mesti anak gahara ataupun waris benih atau tanah di Perak. Dalam hal ini, anak daripada isteri kedua dan seterusnya dianggap kurang berpeluang untuk

All The Best

Page 13: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

menjadi sultan. Peluang itu hanya wujud jika isteri pertama tidak mempunyai anak lelaki dan isteri sultan seterusnya mempunyai anak lelaki dan menjadi pilihan pembesar-pembesar.

Begitu juga dalam perlantikan dan pertabalan, pengganti sultan perlu menghadiri upacara pengkebumian sultan yang mangkat. Jika ini tidak dapat dituruti, maka ia akan digantikan dengan waris lain. Keadaan ini pernah berlaku di Perak, yang menyaksikan Raja Abdullah terlepas daripada ditabalkan menjadi Sultan kerana beliau tidak menghadiri upacara pengkebumian Sultan Ali. Keadaan ini jelas dinyatakan oleh Joginder Singh: 1976, dan Buyong Adil: 1985. Sebagai kesan daripada itu. Raja Ismail yang turut sama menghadiri upacara tersebut telah dilantik menjadi sultan atas permuafakatan para pembesar.

Dalam keadaan-keadaan tertentu, misalannya apabila Sultan tidak mempunyai waris , maka Bendahara boleh dilantik menjadi Sultan dengan persetujuan pembesar dan rakyat. Ini pernah berlaku kepada Bendahara Tun Habab yang menjadi Sultan Johor. Dalam kita mengkaji perlantikan dan pertabalan seseorang Sultan sebenarnya ia lebih bercirikan kesanggupan rakyat untuk menerima seseorang yang berpengaruh dalam sesuatu wilayah. Sebab itu kita dapati Bendahara Tun Habab, Bendahara Wan Ahmad di Pahang dan Keluarga Temenggong Abd. Rahman dapat ditabalkan dan akhirnya diakui sebagai sultan. Dalam hal ini, kita akui bahawa sebagai tradisinya seseorang yang dilantik ke jawatan Sultan itu pada peringkat awalnya ialah waris dan keturunan diraja, tetapi ini sebenarnya tidak menghalang bukan keturunan diraja dilantik dan ditabalkan menjadi sultan jika mereka mendapat sokongan pembesar dan rakyat. Oleh itu, dalam melihat kuasa dan kekuasaan seseorang sultan ialah sejauh manakah ia mendapat sokongan daripada pembesar dan rakyat.

Peranan Sultan

Dalam membicarakan peranan-peranan sultan dalam sistem politik tradisional Melayu kita harus meneliti aspek kuasa dan kekuasaan yang ada pada seseorang sultan. Apakah kuasa yang ada pada seseorang dan bagaimanakah kuasa ini boleh menentukan kekuasaannya. Dalam memngkaji kuasa seseorang sultan kita boleh perhatikan dari sudut kuasa fizikal, dan kuasa rohani. Dalam kuasa fizikal kita boleh tentukan bahawa seseorang sultan itu mempunyai kekuatan tenaga yang kuat seperti handal bermain senjata, kebal daripada senjata, boleh mempengaruhi rakyat dengan renungan, dan mempunyai ilmu persilatan yang tinggi. Dalam kuasa rohani kita disogokkan dengan kekuatan yang ada pada sultan seperti kuasa daulat dan tulah. Ia juga mempunyai kaitan dengan unsur ketuhanan dan sultan dianggap sebagai orang yang terpilih oleh tuhan dan wakil tuhan. Dengan ini sultan dianggap mempunyai kekusaan yang luar biasa. Untuk mengketengahkan unsur ini dicipta pelbagai mitos mengenai kekuasaan rohani sultan ini. Maka timbullah sultan ialah daripada keturunan Nabi Sulaiman, dan berketurunan buluh bentung. Ini semua bagi mendapatkan ketaatsetiaaan rakyat agar tidak memberontak dan dihubungkan dengan kepercayaan masyarakat Melayu lama. Melalui kuasa inilah sultan dapat menentukan kekuasaan dan peranannya dalam politik masyarakat Melayu.

All The Best

Page 14: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Sultan dikaitkan dengan kemampuannya untuk menarik minat rakyat bagi memeluk sesuatu agama. Dengan peranan ini juga ia dilantik secara tidak langsungnya sebagai ketua agama bagi sesebuah negeri. Kemampuan sultan dalam mempengaruhi rakyatnya memeluk agama baru dapat dibuktikan melalui pengislaman sultan Melaka, iaiatu Parameswara Dewa Syah. Dengan pemulukan Islam oleh baginda seluruh rakyat Melaka mengikuti sama memeluk agama Islam. Hal ini kerana, sebelumnya sultan dianggap sebagai wakil kepada tuhan. Ini diterima pakai semasaa Melaka dibawah pengaruh Hindu. Bagi rakyat, dengan sultan sebagai wakil tuhan telah memeluk Islam, mereka mesti sama-sama memeluknya agar tidak ditulah dengan daulat sultan. Dalam sistem kesultanan masa kini sultan setiap negeri mempunyai kuasa dalam hal ehwal agama. Setiap perundangan yang hendak digubal dan dipinda perlu mendapat perkenan sultan. Malahan bagi kes-kes perkahwinan yang tidak mempunyai wali sultan dianggap sebagai wali kepada peihak perempuan.

Peranan kedua yang dimainkan oleh sultan ialah baginda dilambangkan sebagai lambang perpaduan bagi kesejahteraan negara. Dalam sistem politik Melayu yang berteraskan sistem feudal, para pembesar menguasai wilayah-wilayah tertentu. Para pembesar ini mempunyai hak istimewa untuk memungut dan mengenakan cukai kepada para pengikutnya. Seringkali juga para pembesar ini berselisih faham mengenai hak dan kekuasaan mereka. Ini selalunya menimbulkan kekacauan. Bagi mencari jalan penyelesaian tuntutan mereka sultan diangap sebagai orang tengah yang terbaik. Oleh itu, setiap pembesar dalam membuat tindakan akan berusaha untuk mendapatkan perkenan dan restu Sultan. Jika tidak mereka dianggap derhaka dan akan diperangi oleh sultan dan pembersar-pembesar yang menyokong sultan. Keadaan ini dapat juga dilihat bagaimana Dato Maharajalela bermuafakat dengan Sultan Abdullah untuk membunuh JWW Birch. Jika Sultan Abdullah tidak memberikan perkenan maka Maharajalela tidak akan membunuh Birch. Dalam sistem sultan masa kini Yang Dipertuan Agong mempunyai peranan sebagai lambang perpadua masyarakat yang berbilang kaum. Ini terbukti apabila dalam salah satu prinsip Rukunegara yaang meletakkan Kesetiaan kepada Raja dan Negara sebagai satu perlambangan peranan Sultan ini.

Aspek ketiga dalam peranan sultan dapat dilihat fungsi sultan dalam bidang kehakiman. Dalam aspek ini sultan mempunyai kuasa dalam menentukan hukuman yang akan dikenakan oleh pesalah terutama hukuman mati. Selalunya hukuman yang dikeluarkan oleh mulut sultan merupakan hukuman yang muktamad dan tiadak ada rayuan yang boleh dilakukan. Keadaan seperti ini pernah berlaku seperti peristiwa Laksamana Hang Tuah yang dijatuhi hukuman mati. Selain itu, sultan juga boleh menurunkan kuasanya kepada pembesar daerah dalam menjatuhkan hukuman. Walau bagaimanapun hukuman tersebut hanya hukuman ringan dan jika terdapat hukuman berat hendaklah ia dihadapkan kepada sultan. Walaupun begitu, ada sesetengah pembesar yang tidak mengendahkan peraturan ini kerana mereka beranggapan bahawa mereka berkuasa di dalam wilayah jajahan mereka. Keadaan ini menunjukkan bahawa sultan adakalanya tidak mempunyai kuasa. Kekuasaan yang ada pada sultan

All The Best

Page 15: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

dilihat sebagai sebahagian daripada kekuasaan berdasarkan kepercayaan masyarakat melayu lama iaitu sultan merupakan individu yang mempunyai kekuasaan ketuhanan yang didasarkan pada konsep daulat dan tulah. Dengan konsep inilah sultan diibaratkan sebagai seorang yang tidak mungkin melakukan kesalahan dan ia boleh laksanakan hukuman berdasarkan budibicaranya sendiri.

Peranan keempat yang dimainkan oleh sultan ialah sultan merupakan seorang ketua negara dan ketua kerajaan. Sultan dianggap sebagai empunya tanah di wilayah jajahan takluknya. Dengan fungsinya seperti ini sultan boleh melakukan apa-apa sahaja serta berkuasa dalam membuat perlantikan terhadap pembesar negara. Dalam soal tanah sultan berkuasa dalam mengkurniakan tanah kepada rakyatnya. Dengan pengkurniaan inilah rakyat dapat bercucuk tanam dan menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi. Sebagai ketua negara dan kerajaan sultan menentukan dasar-daar negara dengan dinasihati oleh para pembesar terutamanya oleh Bendahara. Sering kali dalam memberikan nasihat ini Bendahara mempunyai pengaruh yang amat penting. Walaupun begitu disebabkan institusi kesultanan lebih berfokuskan kepada sultan maka berlakulah aktiviti mendapatkan sokongan sultan. Keadaan inilah yang sering menyebabkan berlakunya fitnah seperti yang berlaku kepada keluarga Tun Mutahir, Bendahara Melaka yang difitnah oleh Raja Mendaliar. Berlakunya fitnah ini disebabkan oleh tiadanya kuasa pengimbang yang boleh membela Tun Mutahir kerana kesemua kuasa terletak pada sultan. Ini dilemahkan lagi apabila penasihat sultan iaiatu Bendahara sendiri yang didakwa melakukan kesalahan.

Peranan kelima kita dapati sultan diibarat sebagai seorang individu yang mempunyai kuasa keramat. Dengan kuasa ini sultan dilambangkan sebagai manusia yang berlainan daripada individu lain. Malahan individu yang menjadi sultan juga dilihat sebagai seorang yang berlainan sebelum ia dittabalkan sebagai sultan. Peranan kekeramatan ini dapat dilihat apabila seseuatu anugerah sultan dilihat sebagai ada sakti dan orang yang menggunakannya akan menjadi handal atau kebal. Dengan sifat ini sultan dianggap mempunyai kesucian dan kemuliaan. Ia ditambahkan lagi dengan adanya alat-alat seperti alat muzik, senjata dan beberapa alatan pertabalan dan lambang jawatan sebagai mempunyai kuasa seiring dengan kuasa sultan. Sebagai contoh nobat, sebagai alat muzik tradisi Melayu dianggap hanya boleh digunakan dan dimainkan jika mendapat kebenaran sultan. Jika ia tidak mendapat kebenaran maka si pemainnya akan mendapat kecelakaan. Dengan sifat inilah sultan dapat menggerakkan rakyatnya gara tunduk dan memberikan tumpah taat setia. Keadaan ini termasuklah para pembesar. Inilah yang dikaitkan dengan daulat. Kepada mereka yang derhaka maka kekeramatan dan kesucian sultan ini akan mendatangkan tulah kepada penderhaka. Inilah yang berlaku kepada Hang Jebat dan Megat Sri Rama Laksamana Bentan yang tewas dengan keperkasaan pahlawan yang mendapat restu sultan. Malahan dalam kes Megat Sri Rama orang Melayu berkepercayaan bahawa keluarga Laksamana telah disumpah selama tujuh keturunan dan tidak boleh menyeberangi sungai Kota Tinggi. Jika ini dilanggar maka ia akan muntah darah. Dengan peranan kekeramatan ini sultan dapat menjaga keharmonian negara dan menerima ketaatan daripada rakyat.

All The Best

Page 16: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Sebagai kesimpulan daripada peranan-peranan yang dimainkan oleh sultan, ia sebenarnya mempunyai sifat-sifat pro dan kontra. Dalam satu segi ia kelihatan baik bagi mendapatkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi, tetapi bagi sultan yang zalim institusi ini mendatangkan banyak masalah. Oleh sebab itu, selepas kedatangan dan dalam zaman penjajahan British konsep sultan serta peranan mereka dalam sistem pentadbiran Melayu lama ini telah diubah agar ia mencerminkan kewibawaan untuk melindungi rakyat dan membawa kesejahteraan negara. Maka setelah wujudnya perlembagaan Persekuuan Tanah Melayu 1948 peranan sultan telah banyak berubah serta kekuasaan sultan mesti mengikut perlembagaan yang diluluskan oleh parlimen.

Peranan Pembesar

Dalam sistem politik melayu, pemerintahannya dijalankan bersama oleh sultan dan pembesar. Pembesar-pembesar yang menjalankan tugas pemerintahan ini dilantik oleh sultan. Di Negeri Sembilan Yang Dipertuan Besar tidak melantik pembesar, tetapi disebaliknya, Undang Luak yang bermuafakat untuk melantik Yang Dipertuan Besar. Begitu jugalah seterusnya bagi jawatan Undang ia akan dilantik oleh anak buahnya.

Di negeri-negeri yang mengamalkan adat Temenggong Sultan berkuasa untuk melantik para pembesarnya. Pelantikan para pembesar ini pula mempunyai pelbagi peringkat seperti:

k Pembesar di peringkat pusat iaitu yang menjawat jawatan di istana.

k Pembesar Daerah yang pelantikannya dilakukan oleh sultan serta menguasai daerah-daerah yang diberi mandat oleh sultan.

k Pembesar kampung yang pelantikannya dilakukan oleh pembesar daerah yang mendapat kuasa daripada sultan. Biasanya taat setianya diberikan lebih kepada pembesar daerah jika dibandingkan dengan sultan.

1. Pembesar Pusat

Dalam kategori ini pembesar-pembesar yang dilantik memegang jawatan-jawatan berikut:

i. Bendahara

All The Best

Page 17: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

ii. Temenggong

iii. Laksamana

iv. Penghulu Bendahari

v. Shahbandar

Susunan pembesar di perinkat ini adalah warisan daripada sistem pembesar yang diamalkan oleh kesultanan Melayu Melaka dan digunapakai juga oleh kerajaan Johor Riau. Selepas perpecahan kerajaan melayu Johor Riau sistem pembesar didapati sistem pembesar ini disusun mengikut keadaan semasa , umpamanya di Johor terdapat jawatan Menteri Besar, Dato Penggawa Dalam, Dato Penggawa Luar. Di Kelantan , Menteri Perendaharaan, Menteri Peperangan, Menteri Pentadiran dan Menimarahkan Negeri, Menteri Lluar Negeri, Menteri dalam Negeri, Menteri Istana, Menteri Kehakiman dan Keadilan, dan Menteri Penasihat Raja.

2. Pembesar Daerah

Pembesar daerah meguasai sesebuah kawasan dan dilantik memegang jawatan oleh Sultan melalui surat taulaih dan alat-alat kebesaran yang dilambangkan sebagai penurunan kekuasaan sultan kepada pembesar. Dengan kekuasaan yang ada pada pembesar mereka beperanan dan menentukan corak pentadbiran politik melayu dalam daerah yang dikuasa mereka.

Dalam hal ini secara umumnya peranan yang dimainkan oleh para pembesar mirip tugas yang dijalankan sultan, tetapi ia hanya diakui kekuasaannya oleh rakyat yang berada di dalam daerahnya sahaja. Dalam menganalisis peranan pembesar ini kita dapat lihat dari aspek yang berikut:

1. Kuasa dan kekuasaan

k Boleh membuat pelantikan kepada orang lain. Contoh Dato Maharajalela melantik Pandak Indut untuk mengetuai serangan terhadap Birch. Diberi surat tauliah lantikan dan sepersalinan pakaian sebagai hadiah pelantikan. Membolehkan Pandak Indut memiliki kuasa dan rakyat perlu menurut perintah beliau.

k Boleh mengarahkan rakyat untuk melaksanakan tugas-tugas pembesar dalam sistem kerah dan serah.

k Membekalkan tenaga tentera dan buruh untuk pembesar.

All The Best

Page 18: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

k Kekuatan dan kekuasaannya melebihi kekuatan sultan hingga adakalanya mereka boleh engkar terhadap perintah sultan.

2. Pemugut cukai dan hasil pendapatan

k Berkuasa dalam membuat pungutan cukai dan hasil daripada rakyat. Tugas sebenarnya sebagai wakil kepada sultan tetapi biasanya hasil cukai yang dipungut tidak diserahkan kesemua sebaliknya hanya 1/10

daripada cukai tersebut yang diserah kepada sultan.

k Lebihan hasil membolehkan mereka meningkatkan kekuatan dan pengaruh untuk bersaing dengan sultan.

3. Keselamatan

k Memstikan keselamatan dan kesejahteraan daerah yang dikuasai mereka dan jika tidak berkemampuan meminta bantuan daripada sultan.

4. Penghakiman

k Bagi pembesar yang merasai diri mereka lebih kuat daripada sultan mereka adakalanya menjatuhkan hukuman terhadap para pesalah sehingga melibatkan hukuman mati. Dalam hiraki kekuasan kehakiman biasanya pembesar hanya boleh menjatuhkan hukuman-hukuman bagi kesalahan kecil sahaja.

5. Ketua daerah

k Kekuasaan pembesar daerah hanya tertakluk dalam lingkungan daerahnya dan bagi meluaskan kuasanya mereka perlu mendapatkan banyak sumber sama ada dalam bentuk kewangan, hasil alam, dan pengikut. Ini bagi membolehkan pengaruh mereka bertambah kuat serta menggerunkan kampung-kampung yang tidak berada dalam lingkungan wilayah mereka.

6. Keturunan

Ë Biasanya mereka yang menjadi pembesar daerah dan pusat biasanya terdiri daripada kalangan keturunan Raja atau mereka yang ada kaitan dengan golongan kelas pembesar yang memerintah. Jarang sekali seorang rakyat biasa boleh menjadi pembesar kecuali yang benar-llllbenar menunjukkan kebolehan yang luar biasa. Sebagai contoh Hang Tuah dan sahabatnya.

All The Best

Page 19: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Menyentuh pembesar pusat dan daerah, Dalam zaman kesultanan Melayu Melaka, empat pembesar utama berada dalam lingkungan daerah tedbir sultan. Ini dapat memperlihatkan dengan jelas perbezaan tugas mereka dengan pembesar yang duduk dalam daerah mereka. Walaupun pembesr-pembesar-pembesar ini diberikan tugas menjaga wilayah tertentu, tetapi ia lebih rapat kepada Sultan. Peranan ini akhirnya berubah apabila runtuhnya empayar Melaka. Keadaan penguasaan wilayah serta pemisahan kuasa ini dapat dilihat dalam kerajaan melayu Johor yang menyaksikan Temenggong menguasai Wilayah Johor dan Singupura, Bendahara di Pahang, dan Sultan di Riau. Keadaan ini memperlihatkan kekuasaan Temenggong dan Bendahara sehingga membolehkan mereka menandatangani perjanjian dengan Inggeris tanpa mendapat persetujuan Sultan.

Oleh itu, jika hendak dibuat perbandingannya didapati fungsi mereka terdapat sedikit perbezaan. Ini dapat ditafsirkan yang pembesar pada zaman Melaka masih terikat dan begitu setia dengan Sultan, tetapi dalam zaman kerajaan Melayu Johor,pembesar menunjukkan kekuasaan mereka setanding dengan Sultan. Walau bagaimanapun urusan dan tugas mereka tetap sama.

Jika dibuat perbandingan antara pembesar daerah dengan kampung (penghulu) kita dapat lihat persamaannya dari aspek berikut:

1. Pemugut cukai dan hasil pendapatan bagi pembesar

2. Ketua dalam kampung

3. Keselamatan: menjaga keselamatan kampung.

4. Kuasa dan kekuasaan. Berkuasa dalam aspek berikut:

k Boleh mengarahkan rakyat untuk melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pembesar dan ketua kampung dalam sistem kerah dan serah.

k Membekalkan tenaga tentera dan buruh untuk pembesar.

Kepentingan( Pengaruh) Pembesar dalam Sistem Pemerintahan Melayu

Kepentingannya dapat dilihat dari sudut berikut:

1. Wakil Sultan sama ada dalam sektor ekonomi , sosial, dan politik.

1.1 Dalam sektor ekonomi mereka sebagai wakil pemungut cukai bagi pihak sultan.

All The Best

Page 20: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

1.2 Dalam sektor politik ia bertindak menjalankan perintah sultan dalam bidang-bidang pentadbiran.

1.3 Ia juga melibatkan diri untuk mendapatkan ketaatsetiaan rakyat.

1.4 Agen kepada sultan bagi mendapatkan sumber tenaga sama ada tenaga buruh, tentera, dan pekerja istana.

1.5 Merupakan bayangan sultan dari sudut konsep ketuhanan kerana mereka dilantik sultan yang mempunyai kuasa luar biasa jika dibandingkan dengan rakyat.

2. Sebagai penasihat Sultan- menentukan tindaktanduk dan pelakuan Sultan.

3. Berkeupayaan menentukan pewarisan dan pertabalan Sultan.

SISTEM EKONOMI

Sistem ekonomi Melayu tradisi amat berlainan daripada sistem yang dibawa oleh British. Dalam sistem ekonomi Melayu, masyarakat Melayu berteraskan sistem ekonomi sara diri. Cuma setelah kehadiran dan penaklukannya terhadap negeri-negeri Melayu sistem tradisi ini telah bertukar kepada sistem ekonomi komersial. Walaupun begitu, sifat-sifat ekonomi komersial pernah juga dijalankan oleh masyarakat sebelum kedatangan penjajah barat. Cuma ia dijalankan secara kecil-kecilan sahaja.

Sistem Ekonomi Sara Diri

( Sebab-sebab )

Sistem ekonomi sara diri dari segi konsepnya ialah satu sistem pertanian sara hidup. Dalam konteks sistem ini barangan pertanian yang dikeluarkan ialah barangan untuk kegunaan keluarga sahaja. Ia tidak berfokuskan kepada lebihan pengeluaran. Ini berbeza dengan sistem pertanian komersial yang berfokuskan lebihan pengeluaran. Hal ini kerana dengan bahan pengeluaran yang berlebihan itu, usahawan yang mengusahakan boleh menjual dan mendapatkan keuntungan. Mengapakah masyarakat Melayu tradisi tidak menjuruskan sistem ekonominya ke arah sistem ekonomi komersial? Dalam menjawab persoalan ini pelbagai faktor perlu diambilkira. Ia perlu dilihat dari aspek sistem kerja, sistem pemilikan tanah, sistem kenegaraan, teknologi yang digunakan, hubungan petani dengan dunia luar, dan sumber pertanian.

All The Best

Page 21: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Dari aspek sistem kerja, petani yang menggerakkan kerja pertanian berasaskan sistem kekeluargaan. Ia tidak melibatkan orang lain. Dengan sistem ini sebuah keluarga mengusahakan pertanian mereka sahaja. Mereka tidak melibatkan orang lain. Dengan kata lain mereka boleh mengusahakan tanah mereka atau tanah tuan mereka dengan keluarga mereka sahaja. Sebagai kesan daripada konsep ini mereka tidak perlu memikirkan untuk membayar upah kepada orang lain. Melalui cara ini mereka sekadar memuaskan hati dengan keperluan bagi keluarga mereka. Oleh itu, konsep lebihan untuk mencari untung tidak pernah difikirkan ( Amarjit Kaur. 1991; Ishak Shaari. 1991).

Keadaan sistem kerja ini diberatkan lagi dengan cara sistem pemilikan tanah. Dalam sistem pentadbiran Melayu tradisi sistem pemilikan tanah berpusatkan sultan. Hal ini berasaskan pendapat Maxwell yang menghubungkan kekuasaan raja dalam sistem Hindu yang digunapakai oleh kesultanan Melayu yang mempunyai konsep pemilikan tanah. Dalam hal ini Maxwell menyatakan bahawa Raja mempunyai hak dalam semua wilayah jajahannya. Hak-hak tersebut adalah seperti hak kekuasaan tanah, cukai, hasil bijian dan hak membahagikan tanah yang belum diterokai. Kesimpulan daripada itu para petani hanya boleh mengerjakan tanah jika mereka membayar sebahagian daripada hasil keluarannya. Biasanya ialah satu persepuluh. Dengan hak ini, para petani memikirkan apakah mereka berkesanggupan untuk membayarnya. Hal ini kerana jika mereka tidak dapat melunaskan bayaran tersebut berkemungkinan mereka akan menjadi hamba berhutang. Oleh itu sebagai mencari jalan keluar daripada masalah ini maka mereka lebih rela mencari hasil-hasil huitan bagi menyara kehidupan mereka. Hal pemilikan tanah ini lebih jelas seperti di Kelantan. Clifford menyatakan bahawa rakyat Kelantan tidak mempunyai hak dalam pemilikan tanah. Mereka dianggap sebagai golongan yang memberi sumber dan hasil untuk golongan pemerintah. Walaupun kedua-dua kenyataan ini menggambarkan seolah-olah sistem pentadbiran Melayu tidak mempunyai sistem pemilikan tanah yang teratur, ia dibantah oleh Jomo dan Wan Hashim. Walaupun jika adapun sistem pemilikan tanah dalam pentadbiran Melayu tetapi ia mungkin tidak menjamin hak miliknya kerana sultan masih lagi berkuasa dalam menentukan pemilikan secara hakiki ( Ishak Shaari.1991 ). Hal seperti ini sedikit sebanyak telah menjejaskan konsep mengkomersialkan pertanian di negeri-negeri Melayu.

Dalam aspek sistem kenegaraan ia melibatkan sistem serah dan sistem kerah. Kita ketahui bagaimanakah caranya sultan berperanan dalam mengketengahkan kekeramatan dan kemuliaan. Ia ditunjukkan melalui ilmu yang dimiliki, alatan, restu mahupun lambang-lambang kekuatan lain dan selalunya dihubungkan dengan ketuhanan. Oleh itu ia dapat menggerakkan rakyat untuk menyatakan kesetiaan dan ketaatannya. Untuk menunjukkan kesetiaan dan ketaatan inilah para petani terutama orang lelaki dipaksa bekerja untuk sultan mahupun pembesar. Selalunya kerja-kerja dalam sistem ini bukan sahaja melibatkan bidang pertanian, tetapi merangkumi pelbagai bidang lain. Ia pula dilakukan tanpa mempunyai ketetapan yang tetap. Oleh itu, jangka masa yang tidak tentu menyukarkan kerja-kerja pertanian yang hendak dijalankan. Selain daripada menunjukkan ketaatsetiaan dalam corak menyerahkan diri untuk kerja-kerja sultan, para petani juga diikat dengan sistem serah. Dalam hal ini para petani perlu menyerahkan sama ada lebihan hasil, barangan, keperluan dan lain-lain bahan untuk

All The Best

Page 22: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

sultan. Ini bagi menunjukkan kesetiaan dan ketaatan. Ishak Shaari ( 1991 ) menyatakan sistem serah ini lebih teruk daripada sistem kerah. Ia membuatkan rakyat berasa bimbang bahawa lebihan mereka akan dirampas oleh sultan atau pembesar tempatan. Hal ini dapat dikuatkan lagi dengan kenyataan Munsyi Abdullah seperti yang berikut:

“Maka katanya ( seorang rakyat biasa yang ditemui oleh Abdullah ) Dan lagi baik perahu atau tanaman-tanaman dan hidup-hidupan sahaja sekalian, jikalau dikehendaki raja diambilnya sahaja dengan tiada berharga. Dan lagi, kalau ada berharta dan anak perempuan yang baik-baik, jikalau berkenan raja, diambilnya juga, tiada ditahankan kehendak raja; dan jikalau ditahankan atau tiada diberi, disuruhnya tikam mati-mati sahaja”.

Dengan keadaan sistem kenegaraan yang diamalkan serta teknologi yang digunakan sebenarnya ia tidak menjanjikan satu pulangan yang menguntungkan. Rata-rata petani yang mengusahakan tanah pertanian masih menggunakan teknologi pertanian kuno. Mereka masih menggunakan tulang empat kerat dengan beralatkan cangkul, parang, penyabit, dan penajak. Walaupun begitu, masih ada petani yang tidak mempunyai alatan yang mencukupi. Seperti kata Ishak Shaari. ( 1991 ), ada petani yang tidak mempunyai kerbau untuk membajak tanah. Jika tidak mempunyai peralatan yang mencukupi bagaimanakah para petani hendak mengubah teknologi pertanian ke arah sistem komersial. Keadaan ini sama juga berlaku kepada para petani di England sebelum wujudnya zaman revolusi pertanian di mana para petani di sana mengamalkan aspek yang diamalkan di Tanah Melayu. Hanya apabila ada gerakkan dalam menggerakkan revolusi pertanian maka wujudlah satu bentuk pemikiran pertanian ke arah sistem komersial.

Keterbatasan hubungan antara petani dengan dunia luar boleh menyumbangkan kemampuan petani untuk mengubah corak pertanian mereka. Biasanya hubungan dagangan hanya dilakukan oleh para pembesar dengan tidak memberi peluang kepada petani untuk menjalankan urusan perdagangan. Sebab itulah kalau dilihat daripada aktiviti kerja yang dijalankan oleh masyarakat Melayu sebahagian besarnya adalah berteraskan sektor pertanian. Mereka tidak dapat melihat peluang-peluang yang ada dalam aspek perdangan. Biasanya aspek ini dibolot oleh pembesar-pembesar atau sultan. Keterbatasan ini jugalah yang menyebabkan orang-orang Melayu tidak dapat melihat kebaikan sistem-sistem yang cuba dilaksanakan oleh orang-orang Inggeris. Kita harus akui ada sistem yang dibawa Inggeris boleh memecahkan kebuntuan dan kemiskinan orang Melayu. Hal ini boleh dilihat daripada mengasingkan konsep ketuhanan yang ada pada sultan dan mengendurkan ketaatan yang membabi buta. Ini didasarkan sebenarnya konsep komersial telah lama dijalankan, cuma ia diboloti oleh orang-orang yang mempunyai hubungan dengannya. Keadaan ini jauh berbeza dengan sikap petani dan orang barat yang mengamalkan sikap keterbukaan dan menerima revolusi sama ada revolusi pertanian dan industri. Hal ini kerana pada waktu itu mereka menjuruskan pemikiran mereka ke arah pemikiran inkuiri dan sentiasa

All The Best

Page 23: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

ingin tahu berkenaan alam dan memangkinkan ilmu untuk kesejahteraan hidup. Inilah sebenarnya yang menjayakan Islam dan akhirnya hal ini jugalah yang ditinggalkan oleh Islam.

Selain itu, hak petani ke atas harta yang dicari mereka tidak terjamin. Ini berikutan daripada sistem pemilikan tanah yang menyaksikan petani tidak mempunyai hak ke atas tanah tesebut ( Clifford ). Ini menjadikan hasil yang didapati oleh petani menjadi sumber kepada golongan bangsawan. Ini dapat dilihat daripada kenyataan Graham yang menyatakan

“Kenyataan bahawa semua tanah pada asasnya menjadi milik pemerintah seperti yang terdapat di India dan Indonesia, wujud juga di Kelantan.... pada hakikatnya tidak terdapat tanah yang dimiliki secara bebas di negeri ini. “

Melalui keadaan ini petani tidak merasai akan terjamin usaha yang diljalankan oleh mereka dan berkemungkinan juga kurniaan yang diberikan itu boleh ditarik balik dan menjadikan mereka sebahagian daripada kerahan yang dilakukan untuk sultan dan pembesar ataupun tanah tersebut diberikan kepada orang lain.

Keadaan ini telah menyebabkan para petani menjalankan ekonominya secara kais pagi makan pagi, dan kais petang makan petang dengan menjalankan pertanian secara kecil-kecilan khususnya dalam penanaman padi dengan padi huma dan sawah, mencari hasil hutan seperti buah-buahan hutan ,rotan serta akar kayu bagi ubatan tradisi, perternakan ayam itik, menangkap ikan di sungai dengan cara memancing ataupun memasang lukah yang tidak begitu produktif untuk hasil ekspot, dan pelombongan dengan cara mendulang. Usaha-usaha ini dijalankan hanya bagi menampung kehidupan dan tidak wujud satu pengkhususan kerja serta matlamat pengeluaran bagi tujuan ekspot. Oleh itu, petempatan masyarakat melayu banyak terdapat di pinggir-pinggir hutan dan sungai kerana di situlah banyak sumber bagi mereka menampung kehidupan seharian.

Ekonomi Komersial

( Bukti kewujudan aktiviti ekonomi komersial )

Dalam sistem ekonomi komersial aktiviti ekonomi menjurus pada lebihan pengeluaran. Hasil yang dikeluarkan diekspot dan dijual kepada pedagang bagi mendapatkan kewangan. Walaupun aktiviti

All The Best

Page 24: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

ekonomi masyarakat Melayu didominasi oleh aktiviti pertanian sara diri, aktiviti dagangan masih beroperasi. Hal ini kerana sistem ekonomi masyarakat Melayu adalah terbuka.

Walaupun ekonomi Tanah Melayu lebih kepada ekonomi sara diri, aktiviti komersial masih dijalankan. Keadaan ini dimonopoli oleh golongan bangsawan dan bukannya petani. Ia dapat difahami kerana para bangsawan memiliki kuasa untuk mengenakan cukai, pengurniaan tanah, dan mengambil semula tanah. Kuasa dan kekuasaan yang dimiliki mereka menjadikan para petani sebagai golongan yang menjadikan golongan bangswan semakin kaya. Oleh sebab golongan petani ialah golongan yang mengikut dan memberikan tumpah taat setia yang tidak berbelah bahagi ini menyebabkan mereka terpaksa menyerah dan mematuhi kehendak para pembeasar. Biasanya kedaan ini difahami sebagai satu kesan yang tidak baik dalam sistem kerah dan serah. Melalui sistem inilah para pembesar menjadi para pedagang dan mempunyai bekalan yang mencukupi untuk didagangkan.

Aspek kedua yang mencetuskan perubahan sistem ekonomi ke arah sistem ekonomi komersial ialah terjumpanya bijih timah di Larut oleh Long Jaafar. Adanya penenmuan ini menyebabkan urusan dagangan dibuat oleh orang Eropah, terutamanya Inggeris dan Belanda. Ini diperteguhkan lagi dengan keperluan buruh-buruh Cina untuk menambahkan pengeluaran dan ia juga merupakan kesan yang menyebabkan Perak dicampur tangan oleh Inggeris. Dalam hal ini para pedagang negeri selat telah mendesak untuk menstabilkan Perak. Ini membuktikan bahawa aktiviti komersial ini ada walaupun ia hanya melibatkan golongan pembesar.

Peluasan dan keaktifan pelombongan bijih timah, bukan sahaja meluaskan dan mempercepat perubahan sistem ini, tetapi sebelumnya pada era kegemilangan kerajaan Melayu Kedah, Melaka dan Johor - Riau telah lebih awal lagi membantu perubahan sistem ekonomi sara diri. Inilah yang mengjhasilkan sebab ketiga mengapa berlakunya perubahan kepada sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial. Pembukaan dan perkembangan pelabuhan-pelabuhan di Melaka, Johor-Riau , dan Kuala Kedah sebagai pelabuhan entrepot telah menggalakkan kedatangan pedagang-pedagang dari luar, terutamanya pada abad yang ke 14, 15, dn 16. Dalam era ini, para pedagang Eropah mencari peluang perniagaan dan tanah jajahan serta memasukkan unsur-unsur peradaban ekonomi mereka seperti pengenalan sistem kewangan dan ekonomi kapitalis. Hal ini selanjutnya diteruskan dalam abad ke 19 dan 20 apabila perkembangan dan wujudnya Revolusi Pertanian dn Industri lebih merancakkan lagi permintaan bahan mentah sehingga diperkenalkan sistem-sistem ekonomi di negara jajahan. Keadaan ini lebih galak lagi apabila pelabuhan Singapura dibuka pada awal abad ke 19. Hal ini seterusnya telah mempengaruhi pembesar-pembesar tempatan dan sultan untuk merebut peluang ekonomi bagi mengaut keuntungan dan kekayaan. Fenomena ini mempuunyai pengaruh yang kuat yang boleh mengubah minda dan pemikiran orang-orang Melayu ke arah perubahan sistem. Hal ini juga membuktikan bahawa telah wujud aktiviti ekonomi komersial sejak awal abad ke 14 di Tanah Melayu.

All The Best

Page 25: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Bukti keempat ialah wujudnya masyarakat yang berbilang kaum di Melaka. Masyarakat berbilang kaum ini yang terdiri daripada kaum Cina, India, Jawa, Arab, dan Eropah telah sedia ada. Dalam hal ini boleh dikatakan masyarakat India dan Arab merupakan masyarakat yang terawal datang ke Tanah Melayu. Kedatangan mereka bukan setakat untuk urusan perdagangan, tetapi menyebarkan fahaman agama dan bahasa mereka. Dengan adanya masyarakat majmuk ini, jelas bahawa aktiviti komersial dengan bertukar barangan telah lama wujud di Tanah Melayu. Ia lebih rancak lagi apabila adanya teknologi pengangkutan laut dan kedatangan orang Eropah ke Tanah Melayu. Kemajmukan bangsa ini telah membentuk pola-pola ekonomi terhadap masyarakat. Penguasaan perdagangan semakin jelas dengan pengusaan orang Eropah dan Cina. Andaya ( 1982 ) menyatakan pada tahun 1848-9 penguasaan orang Eropah dan Cina dalam perdagangan Tanah Melayu ialah 16% dan 19%, tetapi pada tahun 1868-9 berubahan pada 25% dan 12 %.

Kedatangan orang Eropah seperti Portugis, Belanda, Inggeris, Amerika Syarikat, Perancis dan lain-lain bangsa Eropah memperlihatkan pembukaan Pulau Pinang dan Singapura oleh kuasa Eropah. Penguasaan Melaka oleh Portugis merupakan asas kepada peluasan kuasa mereka. Peluasan kuasa yang dibuat mereka sebenarnya terhasil daripada aktiviti perdagangan komersial. Mereka bermula dengan hubungan dagangan secara persahabatan seterusnya mereka memetri perjanjian bagi mendapat bahan-bahan mentah yang diperlukan. Keperluan bahan mentah serta kerakusan dan persaingan untuk mendapatkannya antara mereka merupakan bukti bahawa wujud perdagangan secara komersial di Tanah Melayu dan rantau nusantara. Inilah bukti yang kelima yang nyata menunjukkan wujudnya perdagangan komersial.

Aspek keenam - Perjanjian Inggeris - Belanda 1824 - Pembahagian wilayah antara Inggeris dan Belanda bagi urusan dagangan kedua-dua buah negara. Dalam perjanjian ini kedua-dua kuasa ini bersetuju untuk tidak bersaing dalam satu kawasan yang sama yang boleh menyebabkan perseteruan. Hal ini kerana kedua-dua kawasan utara dan selatan khatulistiwa mempunyai sumber bahan mentah yang sama seperti bijih timah dan rempah ratus. Ini juga merupakan antara sebab mengapa kuasa-kuasa barat bersaing untuk menguasai wilayah. Keadaan ini boleh membuktikan wujudnya satu sistem perdagangan yang membolehkan kuasa Inggeris mengumpul dan mendapatkan bahan mentah ini. Keadaan seperti ini tidak akan wujud jika tidak ada pedagang Melayu yang kebanyakannya dikuasai oleh para pembesar selain daripada masyarakat pendatang seperti orang Cina dan India.

Aspek ketujuh dalam membuktikan telah wujudnya sistem ekonomi komersial ini ialah adanya ladang-ladang gambir yang dibuka secara besar-besaran oleh keluarga Temenggong Johor. Ini mewujudkan sistem kangcu dan surat sungai yang membolehkan perkembangan peladangan gambir ini dapat dibuat secara komersial dan bagi mengelakkan permusuhan dan peperangan antara puak-puak

All The Best

Page 26: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

masyarakat Cina. Selain itu, wujudnya Sistem Pajak di Kedah membuktikan bahawa masyarakat Melayu mempunyai kecenderungan dalam bidang ekonomi komersial. Dalam sistem ini Sultan Kedah memajak tanah-tanah kepada pemodal-pemodal bagi penanaman hasil tani unutk ekspot.

Sebab Perubahan Ekonomi Sara Diri ke Ekonomi Komersial

Aspek Politik:

1. Perubahan sistem pemilikan tanah dan perubahan adat Melayu.

Perubahan dalam sistem pemilikan tanah yang dilakukan oleh Inggeris telah mengakibatkan kehilangan atau berlakunya perubahan dalam sistem kehidupan masyarakat Melayu terutamanya yang melibatkan sistem kerah, serah dan hamba abdi. Perubahan yang dilakukan Inggeris dengan memberikan hak milik kepada mereka yang berkenaan telah menjelaskan tentang hak milik tanah kepada pemiliknya secara sah. Penentuan dan pengsahan hak milik tanah di kalanagan masyarakat petani telah membolehkan para petani berusaha dalam menambahkan pengeluaran dan peningkatan hasil daripada tanah yang diusahakan. Mereka tidak lagi berasa bimbang akan hasil yang dikehendaki diserahkan kepada para pembesar, tetapi dapat menembahkan hasil bagi keluarga mereka untuk mendapatkan perubahan dalam taraf hidup. Perubahan pentadbiran yang menyentuh pemilikan tanah ini, walaupun ditentang oleh pembesar Melayau sebenarnya telah membantu golongan bawahan untuk mendapatkan hak milik terhadap tanah yang diusahakan.

2. Perubahan peranan pembesar dan Sultan dalam sistem tadbir penjajah. Pembesar jadi pegawai kerajaan, Sultan penasihat kepada residen. Keadaan ini bukan setakat men jejaskan kekuasaan kepimpinan Melayu tetapi ia membolehkan Inggeris membentuk satu sistem bagi mencegah ketidakadilan yang berlaku terhadap golongan bawahan Melayu yang dirasakan ditindas oleh golongan atasan melalui pelbagai sistem dan kepercayaan yang dikenakan terhadap masyarakat bawahan Dalam perubahan kepimpinan dan hiraki kepimpinan Melayu para pegawai Inggeris telah menentukan hala tuju dan undang-undang baru yang berteraskan undang-undang commom law Inggeris sehingga mengubah teras kepercayaan masyarakat terhadap instusi kesultanan dan pembesar. Walaupun keadaan ini menjejaskan masyarakat pembesar Melayu sedikit banyak ia telah membantu golongan bawahan Melayu untuk memiliki kekayaan dengan golongan pemerintah Melayu Walaupun pada hakikatnya Inggeris banyak menguasai memboloti kekayaan negara tetapi perubahan tanggapan masyarakat bawahan bagi penambahan hasil ekonominya telah juga berubah..

Aspek Ekonomi:

All The Best

Page 27: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

3. Wujudnya revolusi industri di Eropah dan kemahuan untuk mendapatkan bekalan bahan mentah.

Kepesatan teknologi dan penemuan baru dalam era kegemilangan industri di Eropah telah mewujudkan persaingan bagi mendapatkan bahan mentah. Keadaan ini kelihatan banyak terdapat di Tanah Melayu yang menjadi pengeluar utama getah dan timah. Kehendak bagi bahan ini telah mendesak para pemodal untuk melaburkan modal. Jika tidak wujudnya revolusi ini maka kehendak bahan mentah ini tidak menjadi saingan bagi industri pemotoran, dan pengentinan.

4. Pemodal asing yang sanggup menanam modal seperti Guthrie, dan Sime Darby. Adanya pemodal-pemodal ini telah menyebabkan banyak tanah-tanah dibuka dan diterokai sama ada dalam bidang pelombongan ataupun pertanian. Pemodal-pemodal ini akhirnya telah menyebabkan ramai para buruh dibawa masuk dari India dan Cina. Kewujudan ini kerana masyarakat pemodal memerlukan lebih banyak bahan dapat dikeluarkan dan ini secara tidak langsung telah mengubah persepsi masyarakat melayu terhadap bentuk kehidupan mereka sebelumnya yang menjuruskan aspek sara diri. Lebih-lebih lagi apabila pihak Inggeris telah mengubah banyak sistem di Tanah Melayu terutama dalam sistem pencukaian, iaitu bayaran cukai dalam bentuk wang tunai.

5. Fahaman liberialisme dan kapitalisme yang bercirikan pasaran bebas galakan persaingan dan ekonomi wang merupakan asas kepada ekonomi dagangan. Keadaan ini telah memperlihatkan kemajuan yang begitu ketara di kalangan masyarakat pendatang, terutamanya masyarakat Cina yang banyak mengambil peluang daripada perubahan sistem ini. Ini secara tidak langsung telah mengubah pemikiran Melayu bagi mendapatkan kemajuan dan taraf yang sama dengan masyarakat pendatang. Perkembangan fahaman ini juga mengikiskan fahaman dalam sistem feudalisme yang tersemai dalam pemikiran masyarakat Melayu dan sedikit demi sedikit telah menghapuskan beberapa amalan tradisi seperti sistem kerah,sera dll sistem.

Aspek Sosial:

6. Adanya usaha pihak penjajah membawa masuk teknologi baru seperti teknik perlombongan - pam kelikir, dan kapal korek. - Teknik penorehan getah dan membawa masuk biji benih getah.

7. Kemasukan buruh asing Cina dan India untuk bekalan buruh yang murah.

8. Perkembangan pendidikan, dan prasarana serta pembukaan bandar dan hutan untuk pertanian.

All The Best

Page 28: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

SISTEM SOSIAL

Struktur Organisasi Masyarakat

Struktur organisasi masyarakat Melayu mewarisi struktur organisasi zaman kesultanan melayu Melaka. Dalam struktur ini ia berbentuk piramid yang berpuncakkan kuasa pada sultan. Ia dapat dilihat seperti rajah berikut:

Peranan-peranan raja, pembesar dan pembesar adalah seperti huraian di atas. Peranan rakyat dalam struktur masyarakat Melayu tradisi lebih menjurus kepada pemberian taat setia kepada golongan bangsawan. Peranan mereka adalah untuk dilindungi dan dinaungi supaya keselamatan dan kehidupan mereka terjamin. Oleh itu, peranan mereka ini dapat disimpulkan seperti yang berikut:

1. Sebagai tenaga kerahan dalam bidang keselamatan, sosial, dan ekonomi.

2. Alat bagi menunjukkan kekuatan dan kekuasaan pembesar dan golongan bangsawan. Mereka sebagai pengikut kepada pembesar dan dikenali dengan istilah kawan.

3. Penyumbang kebangkitan ekonomi dalam bentuk membayar cukai atau menyerahkan hasil daripada usaha yang dibuat. Mereka tidak boleh membantah kerana tanah yang dikerjakannya adalah hasil kurniaan golongan atasan dan boleh ditarik balik.

Peranan yang dimainkan oleh golongan bawahan ini adalah dipengaruhi oleh aspek-aspek yang berikut:

1. Anggapan mereka akan kekuasaan yang dimiliki oleh sultan seperti aspek tulah dan daulat jika derhaka.

2. Memerlukan tanah sebagai tempat untuk mencari sumber pendapatan.

3. Memerlukan perlindungan kerana golongan atasan mempunyai kekuatan ketenteraan.

All The Best

Page 29: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

4. Bagi hamba berhutang, mereka terikat dengan hutang yang tidak mampu dibayar.

5. Pengikut tradisi sejak daripada penghijrahan tempat asal mereka. Sebagai contoh Temenggong Abd Rahman yang menguasai Johor mempunyai pengikut yang terdiri daripada orang laut.

6. Kemampuan pembesar yang boleh memberikan mereka kemewahan dalam kehidupan. Aspek ini bergantung pada kekayaan yang ada pada para pembesar.

Batasan hubungan golongan atasan dan bawahan tertakluk dalam aspek-aspek berikut:

1. Aspek perkahwinan hanya dalam kelas mereka sahaja.

2. Adat berpakaian dan cara hidup dan pergaulan. Sebagai contoh

Ë Rakyat tidak boleh berpakaian berwarna kuning.

Ë Sisa rakyat tidak boleh dimakan oleh Sultan - derhaka. Lihat kes isteri Laksamana Bentan dibunuh.

Struktur Masyarakat dalam Era Campur Tangan Inggeris

Campur tangan Inggeris yang bermula pada 1874 mempunyai banyak implikasi terhadap stratifikasi masyarakat Melayu. Keadaan ini mempunyai sedikit perbezaan antara struktur tradisi masyarat yang bercorakkan piramid dan berpaksikan raja kepada pemecahan atau pembahagian kuasa antara Raja dan Residen. Ia akhirnya menyaksikan juga perubahan dalam kepimpinan kebangsawanan yang menghilangkan fungsi-fungsi penting pembesar dalam era tradisi.

Residen Inggeris

(Residen sebagai Penasihat Raja atau Raja sebagai penasihat Residen atau Residen yang menjalankan pemerintahan negara.

Fungsi Pembesar sebagai pemerintah bertukar kepada kakitangan kerajaan yang dibayar upah bulanan. Tarafnya hampir sama dengan rakyat biasa dalam era tradisi.

Fungsi rakyat tidak sahaja sebagai orang suruhan tetapi boleh menjadi pentadbir seperti menjadi Pegawai Daerah.

Adakah bentuk strukutur sosial ini berubah? Ia hanya boleh dikaji melalui perubahan fungsi yang dimainkan oleh setiap lapisan dalam masyarakat dan tindakan-tindakan Inggeris seterusnya seperti perubahan-perubahan pentadbiran dan pemerintahan dengan mewujudkan sistem Persekutuan pada

All The Best

Page 30: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

1896, Dasar Centralisasi dan Desentralisasi, Malayan Union, Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Adakah setiap perubahan ini mencirikan konsep kuasa dan kedudukan sebelum campur tangan Inggeris pada 1874? Jika ia tidak mencirikan konsep sebelum tahun 1874 maka struktur lapisan masyarakat juga telah banyak berubah. Hal ini juga mempunyai kaitan dengan aspek struktur dan cara pengaruh dalam organisasi politik Melayu kerana perubahan dalam sudut ini mempuyai kesan terhadap lapisan masyarakat Melayu tradisi.

Struktur dan Cara Pengaruh dalam Organiasi Politik Melayu

Kekuasaan yang dimiliki oleh setiap tahap kedudukan pembesar dapat ilihat berdasarkan rajah di atas. Dalam aspek ini kekuasaan sesebuah negara terletak pada Sultan. Hal ini difahami kerana sultan mempunyai keistimewaan yang tidak dipunyai oleh orang lain. Antara keistimewaan yang ada pada sultan ialah sifat ketuhanan, kewujudan sistem-sistem seperti kerah dan serah, durhaka dan daulat, tulah yang mempunyai hubung kait dengan keprcayaan dan amalan dalam adat melayu. Ini membolehkan sultan menggunakan kedudukannya bagi memanipulasikan pengikut-pengikutnya dengan memasukkan doktrinasi keajaiban dan kemuliaan sultan. Maka wujud kepercayaan yang memperlihatkan sultan mempunyai daulat, iaitu satu kepercayaan yang membolehkan sultan mengenakan kesialan terhadap orang yang mengengkari perintahnya. Unsur-unsur ini yang ada pada sultan akan diwarisi oleh mereka yang dilantiknya sebagai pembesar. Kepercayaan masyarakat melayu tentang penurunan kuasa ini dapat dijelaskan lagi dengan hadiah-hadiah iringan yang akan diberikan oleh sultan kepada para pembesarnya. Hadiah-hadiah dan pelambangan yang berunsurkan kekuasaan sultan seperti cop mohor membolehkan penerimanya menjalankan kuasa sultan . Keadaan ini seterusnya akan diterima oleh penghulu. Seperti keadaan yang dinikmati oleh para pembesar, penghulu sebagai pembesar desa juga akan dapat menikmati kuasa yang sama. Walaupun begitu setiap peringkat pembesar tersebut diberikan had-had kuasa yang tertentu bagi menghalangkan mereka mewujudkan persamaan dengan sultan.

Keadaan penurunan dan pemilikan kuasa seperti ini telah mewujudkan kumpulan-kumpulan pengikut tertentu. Ia bergantung pada siapakah yang menjadi ketua mereka. Kebiasaannya pembesar A akan mempunyai kumpulan pembesar desa tertentu yang menumpahkan taat setianya kepada pembesar A sahaja dan pembesar desa itu pula mempunyai pengikutnya . Oleh yang demikian, setiap pembesar perlu mempunyai dan mencari sebanyak mungkin pengikut. Banyaknya pengikut akan membolehkan mereka bertambah kuat, kaya, dan berpengaruh dalam istana. Walaupun kesetiaan setiap pengikut diberikan kepada pembesar yang menjadi ketua kepada mereka kepatuhan dan daulat sultan tetap terpelihara. Hal ini kerana, daulat sultan mengatasi kuasa yang ada pada setiap pembesar yang telah dilantik. Oleh itu, setiap pembesar perlu patuh dan taat kepada sultan, jika tidak ia akan

All The Best

Page 31: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

ditulah. Ini memungkinkan mereka kehilangan status dan taraf sebagai pembesar dan membolehkan rakyat mengengkari perintah. Keadaan ini boleh menyebabkan pembesar yang disihkan itu tidak diterima dalam sistem pembesar masyarakat melayu. Ini juga boleh menyebabkan mereka kehilangan kekayaan dan pengikut.

Persoalannya dalam mengkaji aspek ini ialah bagaimanakah mereka dapat mempastikan kedudukan mereka. Keadaan ini hanya akan wujud jika mereka dapat mencapai satu tahap kekayaan yang besar. Dengan kekayaan ini para pembesar boleh menyara pengikut mereka. Disamping itu, mereka juga boleh mendapatkan perhatian sultan jika mereka dapat menghadiahkan atau memperoleh cukai yang tinggi kepada sultan. Dalam mendapatkan cukai ini, semakin luas kawasan atau wilayah yang dikuasai, maka sebagai ramai pengikutnya yang boleh dikerahkan atau meminta mereka menyerahkan hasil-hasil yang didapati untuk dipersembahkan atas nama sultan. Kebolehan mereka menguasai ekonomi wilayah mereka bukan setakat menjadikan mereka bertambah kaya, tetapi berpengaruh dalam istana. Oleh itu, setiap pembesar akan bersaing bukan setakat mendapatkan wilayah yang luas, tetapi juga bersaing untuk mendapatkan perhatian dan kepercayaan sultan. Hal ini membolehkan mereka diberi anugerah melebihi daripada pembesar lain.

Kegagalan mereka menguasai aspek pengaruh ini, sebenarnya menyebabkan mereka gagal dalam persaingan mencari pengaruh dan boleh menyebabkan mereka kehilangan pengikut dan kuasa. Keadaan ini akhirnya wujud apabila struktur kuasa dalam lapisan masyarakat melayu telah diubah oleh Inggeris selepas 1874. Ini menyaksikan penentangan oleh para pembesar kerana kedudukan dan taraf mereka telah diperlecehkan dan mereka akhirnya sama seperti rakyat kebanyakan sewaktu sistem pemerintahan dan lapisan masyarakat melayu tradisi masih utuh.

Kepercayaan Tradisi dan Islam

Amalan kepercayaan masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh amalan dan keprcayaan dalam amalan nenek moyang atau kepercayaan Hyang, Hindu, dan Buddha seperti percaya kewujudan ‘mana’, mentera atau jampi, sihir, bomoh atau dukun, sumpah atau tulah, daulat raja, dan pelbagai jenis hantu yang berhubung kait dengan konsep syaitan dalam Islam. Kepercayaan kepada penyembahan nenek moyang masih diamalkan oleh masyarakat Melayu walaupun setelah kemasukan agama Hindu dan Buddha. Keadaan ini dapat dilihat daripada pemujaan yang dilakukan mereka di candi-candi Lembah Bujang yang tidak mempunyai kesamaan dengan penyembahan kuil oleh masyarakat Hindu-Buddha di India. Oleh itu, kepercayaan ini lebih tertumpu kepada perkongsian amalan yang dicampuradukkan sehingga mewujudkan satu amalan bentuk baru, tetapi masih didominasi oleh

All The Best

Page 32: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

kepercayaan Hindu. Sehingga kedatangan Islam amalan-amalan ini masih tidak luput daripada naluri orang Melayu. Walaupun, amalan-amalan ini bertentangan dengan syariat Islam, ornag-orang Melayu masih tidak membuangnya daripada budaya masyarakat. Keadaan ini dapat difahami berdasarkan sebab-sebab berikut:

1. Penerimaan orang Melayu tentang konsep ketuhanan yang ada pada sultan.

· Ia menyentuh kosep daulat dan derhaka serta tulah. Kepercayaan yang sultan mempuunyai kekuasaan luar biasa dan selalunya dikaitkan dengan aspek ketuhanan. Maka timbul unsur hak sultan dalam agama.

2. Pensenyawaan unsur Islam dan Hindu

· Unsur-unsur yang menjadi amalan agama Hindu diberi nafas baru dalam Islam. Sebagai contoh:

· Dalam majlis perkahwinan disenyawakan amalan seperti tepung tawar, berinai, bersanding, dan lenggang perut. Kalau dalam Hindu ia berkaitan dengan agama, tetapi diubah konseop menjadi adat dan budaya kepada masyakarat Melayu.

· Majlis Kematian: Diadakan kenduri 3,7,40 dan 100 hari. Dengan tujuan untuk mengingati jenazah. Dalam kepercayaan Hindu hari-hari tersebut ada bahagian-bahagian mayat yang pecah.

· Majlsi perayaan: Memasang pelita. Dengan harapan malaikat akan berkunjung ke rumah dalam hindu dewa. Walaupun begitu kesedaran agama Islam menyebabkan konsep ini ditukar kepada kemeriahan dan sebagai satu adat dan budaya.

3. Cara pendakwahan

· Cara dakwah disebarkan dan kerelaan anutan agama Islam. Pendakwahan menggunakan aspek hiburan seperti dalam wayang kulit, mak yong, main puteri dan lain-lain hiburan tradisi yang masih mempunyai unsur kehinduaan.

· Dalam menentukan ia tidak ke arah syirik maka istilah dan bentuk upacara ditukarkan kepada unsur-unsur Islam seperti bacaan ayat suci dan tujuan diadakankan agar mendapat rahmat daripada Allah swt.

· Penerimaan Islam oleh masyarakat Melayu bukan kerana kefahaman mereka, tetapi kerana ikutannya dengan wibawa Sultan. Oleh sebab itu, proses pendakwahan dan pengembangan ajaran dan sebaran agama ini banyak dilakukan di istana-istana.

· Proses melambatkan proses mengubah konsep Hindu untuk digantikan dengan konsep dan amalan Islam.

4. Konsep agama dan kepercayaan yang dicampuradukan.

All The Best

Page 33: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

· Konsep agama dan kepercayaan yang bercampur aduk hingga mengelirukan masyarakat. Masyarakat menganggap seolah-olah kepercayaan itu adalah sebahagian daripada agama sedangkan ia berbeza.

· Mohd Taib Othman mendefinisikan agama sebagai satu amalancara hidup yang berorganisasi dan bermatlamat, dan kepercayaan sebagai satu pernyataan tentang sesuatu perkara untuk dipercayai.

· Masyarakat Melayu tidak memisahkan konsep ini hingga kelihatan agama dan kepercayaan itu sama.

5. Pengaruh adat dan budaya masyarakat.

· Masyarakat Melayu amat berpegang kepada konsep biar mati anak jangan mati adat. Oleh sebab adat-adat Melayu banyak bertentangan dengan Islam maka proses menukarkan adat ini perlu dijalankan dengan hati-hati. Oleh itu adat yang dirasakan tidak bertentangan dengan Islam secara langsung masih diterima cuma aspek kepercayaan keagamaan disishkan secara berhati-hati dengan amalan Al Quran dan sunnah Nabi saw.

· Keadaan ini adalah berikutan berlakunya proses pensenyawaan, reintperetation dan rearrangement.

6. Proses pemberian makna baru ( reintepretation ) dan pengaturan dengan cara baru ( rearrangement ).

· Apabila wujud konflik antara amalan, adat dan agama masyarakat Melayu menggunakan proses-proses ini untuk diteruskan amalannya. Ini seterusnya berlaku pensenyawaan terhadap alan dan kepercayaan.Sebagai contoh:

· Konsep penunggu ditukar kepada konsep keramat.

· Konsep hantu ditukar kepada konsep syaitan

· Istilah Dewata Raya ditukar kepada Allah swt. Siva dianggap mahaguru, Nur muhamad dan Luqman Al-Hakim adalah pawang silam dan aku adalah pawang keempat, Pawang tuan juga dikaitankan dengan Siva, Nabi Muhamad dan kadang kala Allah swt.

Aspek Kepercayaan

Mana : Satu aspek kepercayaan yang membolehkan seseorang mendapat MANA atau kekuatan daripada seseorang yang dikalahkan atau dibunuh. Sebagai contoh seorang pahlawan yang berjaya membunuh musuhnya, pahlawan tersebut mendapat kekuatan atau kesaktian musuhnya yang dibunuhnya.

All The Best

Page 34: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Mentera dan jampi : John D. Gimette dalam bukunya A Dictionary of Malay Medicine mentakrifkan Jampi atau mentera sebagai penggunaan serapah oleh bomoh atau pawang dalam amalan sihir orang Melayu. Selalu ia menggunakan kata-kata atau ayat-ayat tertentu yang difahami maksudnya oleh Bomoh. Apabila kedatangan Islam kata-kata atay ayat tersebut ditukar bentuk kepada ayat-ayat suci Al-Quran. Sebagai contohnya ayat-ayat yang digunakan sebelum kedatangan Islam adalah seperti yang berikut:

“ Hai pinang sepiak muri tanaman Maharaja Dewana......” Perkataan Maharaja Dewana ini boleh ditukarkan kepada nama para nabi atau wali dalam Islam.. dan boleh ditambah dengan kalimah syahadah.

Sihir dan tilik: Ibnu Khaldun melihat sihir dan tilik sebagai satu ilmu tentang persediaan jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama dilihat sebagai sihir dan kedua tilik.

A.S. Hornby dalam Oxford Advanced Learner’s Dictionary of Current English menyatakan sihir adalah seni yang mengawal kejadian dengan pendakwaaan penggunaan tenaga luar biasa. Ia witchcraft, praktis tahyul primitif berdasarkan kepercayaan terhadap agen ghaib. Sihir hitam dilakukan dengan pertolongan syaitan dan sihir putih ( ? ) tanpa pertolongan syaitan.

Tahap-tahap atau martabat sihir:

1. Ia dapat mempengaruhi melalui kemahuan semata-mata tanpa bantuan. Ini yang disebut sihir oleh golongan failasuf.

2. Ia dapat mempengaruhi dari bantuan dari mizaj, bintang-bintang, elemen-elemen alam atau angka-angka bilangan, ini yang dinakan    tilik    , ia lebih lemah daripada yang pertama.

3. Ia dapat mempengaruhi perasaan yang berkhayal dan gambaran yang mahu diberikan dan kemudian membawanya kembali kepada alam nyata, seperti membuat mereka seolah-seolah ternampak sesuatu, sedangkan ia sebenarnya tidak ada di hadapan mereka. Ini yang disebut khayalan atau hallucination oleh golongan falsafah.

Setelah kedatangan Islam istilah sihir ditukar kepada jampi serapah atau mentera.

Bomoh /Pawang/Dukun: Dianggap oleh masyarakat Melayu berasal dari Luqman Al-Hakim, dan bertugas bagi menyembuhkan sihir. Ia sebagi alat bagi mengubati penyakit dan dilihat sebagai seorang yang berdekatan dengan Tuhan. Oleh itu, ia mendakwa diri mereka sebagai keturunan daripada para aulia atau wali, dan sebelum Islam biasanya ia mempunyai kuasa berhubung dengan para dewa seperti Siva.

All The Best

Page 35: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Hukum Adat – Pepatih Dan Temenggong

Ciri-ciri – Persamaan dan Perbezaan

Pepatih Temenggong

Pelantikan pembesar-pembesar dibuat secara suara terbanyak, seperti pelantikan Yang Dipertuan Besar dibuat secara suara terbanyak antara undang luak Sri Menenti, Rembau, Johol, dan Jelebu. Pelantikan Undang pula dipilih oleh Lembaga, Lembaga dipilih oleh Buapak, dan Buapak dipilih oleh Perut. Hal ini boleh disamakan dengan sistem demokrasi, iaitu individu yang mendapat undi terbanyak akan dipilih sebagai ketua atau pemimipn. Dalam sistem pembesar-pembesar ini perlu beramping dengan rakyat dan boleh dipecat daripada jawatannya jika mereka tidak mendapat kepercayaan daripada golongan bawahan. Dengan kata lain, para pembesar ini tidak menganggap jawatan itu sebagai warisan keturunan.

Demokrasi – wujud hak dan kuasa rakyat. Pemilihan kepimpinan dari bawah.

Pelantikan sultan dalam adat ini melalui sistem warisan. Anak sulong lelaki akan dipilih untuk menggantikan bapanya yang meninggal dunia. Jika tidak dilantik waris-waris kerabat yang rapat dengan sultan, dan seterusnya jika tiada Bendahara boleh dilantik menjadi sultan sehingga ada waris yang rapat yang menuntut takhta kesultanan. Pelantikan pembesar pula mengikut budi bicara sultan. Biasanya ia turun-temurun dari satu keturunan ke satu keturunan. Jika tidak mereka yang berjasa kepada sultan dan negara boleh dilantik dan diperkenankan sultan. Umumnya dengan kuasa yang ada pada sultan ada yang beranggapan ia bersifat autokratik, iaitu pelantikan pembesar tidak mencerminkan kehenadak rakyat.

Autokratik – Pemilihan kepimpinan dari atas. Rakyat bawahan terima pemimpin yang dilantik daripada atasan. Rakyat tidak ada kuasa dalam menentukan pelantikan pemimpin.

Dari aspek pewarisan harta, terdapat tiga jenis pewarisan harta iaitu harta bawaan, harta warisan atau pusaka, dan harta sepencarian.

Harta bawaan ialah harta yang dipunyai dan

Pembahagian harta dalam hukum adat ini lebih terbuka kerana pembahagiannya sama ada secara faraid atau wasiat, Peluang golongan lelaki dan perempuan terjamin. Tidak ada kelebihan untuk satu-satu golongan asalkan ia berdasarkan waris yang

All The Best

Page 36: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

dimiliki oleh seseorang individu sebelum perkahwinan. Jika berlaku penceraian masing-masing boleh membawa hartanya .

Harta warisan atau pusaka. Dalam hukum adat ini ia hanya boleh diwarisi oleh pihak isteri atau perempuan sahaja, atau saudara sebelah pihak perempuan dan untuk perempuan sahaja.

Harta sepencarian ialah harta bersama antara suami dan isteri dan jika berlaku pencarian harta tersebut boleh dibahagikan bersama.

Pewarisn harta berdasarkan hukum adat - ada yang bercanggah dengan Islam. Ada beberapa aspek kelebihan kepada wanita.

sah dalam keluarga.

Pewarisan harta sama ada ikut faraid ataupun wasiat seperti dicirikan dalam Islam.

Dari aspek nasab, hukum adat ini lebih mengutamakan golongan wanita daripada lelaki. Hal ini kerana hukum adat ini mengandaikan lelaki boleh mencari nafkah sendiri dan boleh berusaha untuk mendapatkan kesejahteraan hidup, jika dibandingkan dengan kaum wanita yang terbatas pergerakannya. Bagi melindungi wanita daripada teraniaya maka adat ini memberikan kelebihan kepada wanita untuk menjamin kehidupan mereka jika berlaku sebarang kecelakaan atau musibah yang menimpa mereka.

Keadaan ini telah mewujudkan wanita seperti lebih berkuasa kerana mereka menjadi pemutus dalam membuat keputusan, walaupun ketua keluarga masih lelaki.

Wujud konsep suku atau kumpulan , yang

Dalam adat temenggong kedua-dua golongan adalah sama penting. Jika mereka mematuhi hukum dan syariat Islam maka tidak akan berlaku penganiayaan terhadap kaum wanita. Hukum adat ini melihat kedua-dua jantina ini mempunyai kedudukan yang sama.

Keadaan ini juga memperlihatkan lelaki bukan sahaja menjadi ketua keluarga, tetapi juga menjadi pemutus dalam membuat keputusan.

Dalam hukum adat ini tidak ada konsep suku atau kumpulan tertentu dan menganggap kesemua manusia sesama Islam adalah bersaudara dan tidak ada had-had tertentu dalam hubungan kemasyarakatan.

All The Best

Page 37: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

memperlihatkan hubungan dan keakraban mereka lebih terserlah jika dilihat dengan suku yang lain. Mereka yang mengamalkan adat ini akan mematuhi konsep masuk suku iaitu satu simbolik kepada mereka yang memasuki dan menerima adat ini serta peraturan suku-suku ini.

Kelebihan jantina pada wanita dalam beberapa hal. Tidak begitu islamik. Lelaki didapati dinafikan hak dalam adat ini dan bercanggah dengan kehendak agama. Sebagai contoh , dalam membuat keputusan, dan pewarisan harta.

Kelebihan jantina sama rata, dalam kepimpinan , membuat keputusan, harta seperti dikehendaki dalam Islam. Peranan dan hak wanita seperti ditentukan agama.

Dari aspek hukuman, hukum adat ini berorientasikan memulihkan pesalah atau berkonsepkan pemulihan. Pesalah yang didapati bersalah dikehendaki menebus kesalahannya dan menyara waris atau orang yang menjadi mangsanya.

Penggubalan hukum berasaskan pemuafakatan adat – ada unsur demokrasi

Hukuman dijatuhkan berasaskan pemulihan , tidak mencerminkan hukuman dalam Islam.

Dalam adat temenggong, hukumannya berkonsepkan pengajaran dan pencegahan supaya orang lain tidak melakukan kesalahan yang sama. Kesalahan dan hukuman adalah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Berat kesalahan maka beratlah hukumannya.

Penggubalan hukum berasaskan ketentuan sultan/raja/pembesar – berunsurkan autokrasi.

Hukuman berasaskan pencegahan, dilihat sebagai satu kekerasan ada unsur hudud dan ikut Islam.

Dari aspek perkahwinan, keutamaan dalam Pilihan pasangan perkahwinan dalam

All The Best

Page 38: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

pilihan pasangan adalah dalam suku yang sama. Ini bukan bermakna perkahwinan antara suku tidak dibolehkan, tetapi tidak digalakkan. Hal ini kerana ia melibatkan banyak peraturan dan adat yang perlu dipatuhi oleh mereka daripada berlainan suku ataupun adat, terutamanya dalam adat pewarisan dan pembahagian harta.

Unsur suku dilihat sebagai cerminan unsur assabaiyah iaitu unsur yang diharamkan dalam Islam – boleh membawa unsur perbezaan taraf dan kedudukan.

hukum adat ini tidak memilih mana-mana puak atau kumpulan asalkan ia menetapi kehendak syariat Islam.

Tiada unsur suku semua lapisan individu sama – yang penting sekufu.

All The Best

Page 39: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

JAWAPAN TEMA 2

Imperialisme, Kolonialisme, dan Mekantilisme

Konsep:

Imperialisme: Penjajahan dan peluasan kuasa berdasarkan sempadan politik dan kedaulatan negara.

Kolonialisme: Peluasan kuasa dan penjajahan serta meletakkan pengaruh terhadap negara yang dijajah. Sama ada pengaruh dalam bidang politik, ekonomi dan sosio budaya berasaskan peradaban dan budaya penjajah.

Mekantilisme: Peluasan kuasa dan penjajahan serta meletakkan kuasa dalam aspek ekonomi. Membolot kekayaan ekonomi dan keuntungan untuk negara penjajah. Menjadikan negara jajahan bergantung ekonomi dengan negara penjajah.

Ciri-ciri:

1. Mencabul kedaulatan negara

2. Memasukkan dan meluaskan unsur pembaratan.

· Mengubah adat, istiadat, agama, serta budaya.

3. Menukarkan sistem politik –pemerintahan dan pentadbiran.

4. Menukarkan sistem dan penguasaan ekonomi.

5. Menghalang masyarakat pribumi daripada mengaut keuntungan.

6. Meletakkan penasihat

7. Kepergantungan terhadap negara penjajah.

Campur Tangan Inggeris Di Tanah Melayu

Aspek Kajian:

All The Best

Page 40: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

& Sebab campur tangan

& Ciri-ciri campur tangan Inggeris

& Peristiwa peperangan dan kekacauan yang berlaku.

& Penggunaan perjanjian oleh pihak Inggeris.

& Kesan campurtangan Inggeris / Perubahan

Sebab Campur Tangan

Faktor Ekonomi:

1. Kehendak dan pemilikan bahan mentah

2. Perkembangan Revolusi Industri di Eropah

3. Pasaran

4. Mencari keuntungan

5. Desakan pemodal

6. Perkembangan teknologi

Faktor Politik dan Sosial

1. Persaingan kuasa asing

2. ketidakstabilan politik – perang saudara rebut takhta dan kongsi gelap.

3. Peranan Andrew Clark

4. Aspek kemanusiaan – permohonan Sultan

5. Strategi ketenteraan – letakkan tentera bagi menguatkan pengaruh British di rantau ini.

6. Untuk memasukkan unsur peradaban barat / Inggeris di Malaysia . Dasar Pembaratan.

7. Perubahan Dasar British di London – Pertukaran Kerajaan Koservatif kepada Buruh.

All The Best

Page 41: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Ciri-Ciri Campur Tangan

1. Politik yang tidak stabil

a. Berlaku perebutan kuasa politik dan ekonomi

b. Tiada semangat perpaduan – kepentingan diri pembesar.

c. Ancaman dan persaingan kuasa asing selain British.

d. Pembentukan masyarakat majmuk dan kacau bilau kongsi gelap.

2. Penguasaan dan kekayaan ekonomi

a. Kekayaan bahan mentah.

b. Persaingan kuasa untuk dapat keuntungan.

c. Meluaskan pengaruh dan monopoli ekonomi.

d. Tempat untuk melambakkan barangan penjajah – pasaran.

3. Keselamatan

a. Elakkan tergugat pengaruh politik dan ekonomi.

b. Pengawalan jalan laut

c. Tempat persinggahan dan pembaikan kapal tentera laut – loji ketenteraan.

Ruang Lingkup Kajian Peperangan:

1. Perang Naning 1832

2. Perang saudara dan kekacauan di Perak 1874

3. Perang saudara di Selangor dan di Negeri Sembilan

4. Perang Kedah dan Siam

All The Best

Page 42: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

5. Serangan Kedah terhadap Perak 1824 - 25

6. Perang Larut 1- 3

Sebab-sebab berlakunya peperangan:

1. Perebutan takhta.

· Perebutan takhta antara pembesar di Perak antara Raja Abdullah, Raja Yusuf dan Raja Ismail

· Perebutan ini wujud dalam kerabat Kedah.

2. Menuntut kemerdekaan

· Sultan Kedah inginkan kemerdekaan daripada Siam - tidak mahu hantar ufti lagi

· Kegagalan Francis Light bantu Kedah menentang Siam - Sultan murka dan serang Pulau Pinang.

3. Gangguan terhadap sistem pembesar

· Gangguan amalan pencukaian - halang pembesar mengutip hasil cukai - sebabkan pembesar hilang hasil dan pengaruh. Berlaku di Perak, Pahang, Kelantan, Naning, dan Negeri Sembilan.

· Amalan yang selama ini dilaksanakan oleh pembesar diganggu seperti amalan pengumpulan hamba, gundek , dan taraf serta kedudukan pembesar. Inggeris datang mengubah amalan ini menjadikan pembesar sebagai kaki tangan kerajaan yang dibayar upah atau gaji.

4. Tafsiran yang salah oleh pegawai Inggeris

· Birch buat tafsiran yang salah mengenai fungsi Residen. Birch berfikiran yang nasihatnya mesti diikuti sedangkan Sultan berpendapat disebaliknya. Wujud ketegangan hubungan dan menyebabkan Sultan membuat permuafakatan dengan Dato Sagor dan Maharajalela.

· Dalam kes di Trengganu Inggeris mempunyai tafsiran yang berbeza mengenai status tanah yang dianggap hak kerajaan. Bagi orang Melayu terutama Abd Rahman Limbong tanah adalah hak Allah swt dan boleh diterokai tanpa mendapat pengesahan Inggeris. Inilah yang diamalkan sebelum Inggeris datang menjadi penasihat Sultan.

· Wujud salah faham dalam perjanjian antara Naning dengan Belanda. Inggeris membuat tafsiran yang Dol Said perlu membayar cukai sebanyak 10 % kepada Inggeris, sedangkan ini tidak pernah diminta oleh Belanda . Malahan Belanda berpuas hati dengan bayaran mengunakan hasil padi sahaja. Keadaan ini berlaku setelah Belanda menyerahkan wilayah itu kepada Inggeris selepas perjanjian 1824.

All The Best

Page 43: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

5. Kegiatan kongsi gelap

· Pergaduhan antara kongsi gelap Cina seperti Hai San dan Ghee Hin merancakkan masalah peperangan. Ini diikuti oleh sokongan yang didapati daripada pembesar-pembesar seperti yang berlaku di Perak dan Selangor.

6. Perebutan kawasan ekonomi

· Berlaku di Negeri Sembilan antara Dato Kelana dengan Dato Bandar

· Di Selangor antara Tengku Kudin dengan Raja Mahadi

7. Gangguan terhadap adat dan istiadat Melayu/bumiputera

Dayak dihalang lakukan pembunuhan/potong kepala

Birch – aspek dayang sultan dan hamba. Dikatakan duduk bersekududukan.

8. Masalah sempadan.

Perang Perak-Selangor 1826 – rebut kawasan

9. Perubahan pentadbiran.

Undang-undang – bantahan masyarakat Melayu seperti tidak boleh bawa keris.

Undang dilaksanakan dan ditentukan Inggeris.

Kesan peperangan:

1. Termetri perjanjian yang bias - berlakunya: ( Lihat hujah dalam aspek Perjanjian )

Ø Penyerahan wilayah

v Wilayah Dinding di serahkan kepada Inggeris dalam perjanjian Pangkor

v Kedah dipecahkan dan wujudnya negeri Perlis.

Ø Kehilangan kedaulatan dan kemerdekaan

v Wujud campur tangan Inggeris dalam pentadbiran Melayu.

v Negeri-negeri Melayu dipaksa menerima penasihat Inggeris.

All The Best

Page 44: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

v Hilang hak bersuara dan keputusan ditentukan oleh Inggeris.

Ø Perubahan sistem - politik, ekonomi dan sosial - penerimaan pengaruh Inggeris.

v Wujud perubahan sistem pentadbiran seperti Sistem Residen, Persekutuan, Pemecahan kuasa, dan Malayan Union.

v Perubahan sistem pemerintahan daripada monarki mutlak, kepada monarki berpelembagaan dan demokrasi. Daripada kuasa pada tangan orang Melayu kepada orang Inggeris.

v Perubahan daripada ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial yang memperlihatkan penguasaan orang asing seperti Inggeris, dan Cina. Wujud pembahagian ekonomi seperti orang Melayu sebagai petani, Cina – peniaga, dan India – penoreh dan pekerja keretapi.

Ø Kemasukan imigran dan saudagar asing

v Kemasukan orang Cina dan India dan mewujudkan masyarakat majmuk.

v Penguasaan ekonomi daripada masyarakat Eropah dan Cina dalam bidang perniagaan.

Ø Kehilangan kuasa ekonomi

v Para pembesar Melayu hilang hak mengutip cukai.

v Wujudnya bentuk cukai baru dan bertentangan dengan amalan orang Melayu seperti pembayaran cukai untuk hasil pertanian dan ternakan, dan kebenaran untuk pembukaan tanah baru.

Ø Pencemaran budaya dan agama

v Tradisi pentabalan Raja banyak dikuasa oleh Inggeris. Berlaku dalam pelantikan sultan di Perak. Inggeris menabalkan Raja Abdullah dan Raja Yusuf.

2. Terlerainya perpaduan Melayu

Ø Wujud masyarakat Melayu yang berpihak kepada Inggeris dan pembesar tempatan. Sebagai contohnya, orang Melayu Rembau menolong Inggeris mengalahkan Naning yang sebelumnya berpihak kepada Naning.

Ø Permusuhan antara pengikut Raja Abdullah , Raja Ismail, dan Raja Yusuf memperlihat salah satu pihak bersekongkol dengan Inggeris.

3. Wujudnya pasukan keselamatan dan undang-undang Inggeris.

Ø Inggeris melaksanakan perundangan Inggeris dan tidak lagi mengikuti perundangan negeri-negeri Melayu. Wujudnya hakim, peguam dan pasukan polis bagi menjaga ketenteraman awam.

Ø Pasukan tentera Sepoi ditubuhkan bagi menjaga keselamatan negara daripada para pemberontak. Sebagai contohnya dalam pertikaian antara perak dan Kedah Gabenor Pulau Pinang

All The Best

Page 45: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

telah mengarahkan tentera Sepoi membantu Perak daripada serangan Kedah pada tahun 1826 dengan termetrinya Perjanjian Low.

4. Hilangnya kedaulatan Melayu - Penyerahan nasib kepada orang asing.

Sebagai contoh Sultan Abdullah menjemput Inggeris untuk membantu beliau menaiki tahta Perak.

Persekongkolan antara Temenggong Abd Rahman, Sultan Hussin, dan Raffles dalam menentu dan mengesahkan sultan menaiki tahta Johor dengan tidak mengikut adat Melayu.

5. Gangguan terhadap kesejahteraan ekonomi Inggeris.

· Hal ini seterusnya telah mengalakkan Inggeris untuk menukarkan dasar mereka darpada tidak campur tangan kepada campur tangan dan dimulakan pada tahun 1874 dengan termetrinya Perjanjian Pangkor. Keadaan ini wujud kerana peperangan dan kekaacauan yang berlaku di negeri-negeri Melayu telah menjejaskan perdagangan timah Ingeris di Pulau Pinang. Keadaan ini juga telah mengurangkan produtivti timah apabila kongsi gelap Cina terbabit sama dalam pertikaian dan kekacauan di negeri-negeri Melayu.

· Keadaan ini lebih jelas lagi apabila pedagang Cina di Pulau Pinang mendesak Andrew Clarke untuk campur tangan pertikaian takhta di Perak pada 1874.

Cara Inggeris menggunakan kejadian peperangan dalam campur tangannya:

1. Memberikan tawaran dan bantuan seperti :

Ø Pengakuan penguasaan dan takhta Sultan

Ø Pengakuan memberikan bantuan ketenteraan

Ø Perlindungan daripada serangan

2. Memaksa pemetrian perjanjian.

· Peristiwa: Sultan Kedah dipaksa untuk menandatangani perjanjian dalam Perjanjian Low supaya tidak menyerang Perak.

· Semua peperangan ini diakhiri dengan perjanjian, dan yang menguasainya ialah Inggeris. Wujud perjanjian antara Inggeris dan pembesar tempatan yang mendapatkan sokongan Inggeris. Perjanjian yang wujud ini tidak berpihak kepada orang Melayu. Kuasa mereka dihakis sedikit-demi sedikit, yang akhirnya semua kuasa ditentukan oleh Inggeris.

All The Best

Page 46: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

3. Sebagai alasan untuk cari kestabilan politik bagi menjamin kesejahteraan warga Inggeris yang menjalankan perniagaan.

· Menyalahkan sistem pemerintahan, terutamanya sistem perundangan yang tidak sistematik yang dikatakan punca berlaku kekacauan seperti yang berlaku di Pahang di mana seorang warga Inggeris berketurunan Cina didapati mati di perkarangan istana. Tuduhan bahawa undang-undang melayu tidak menjamin keadilan.

4. Mengawal aktiviti kongsi gelap yang dikatakan merebak di Pulau Pinang serta pengawalan lanun yang dikatakan menjejaskan perdagangan Ingeris di Selangor.

Kongsi gelap yang sring menjejaskan ekonomi seperti kumpulan Ghee Hin dan Hai San yang seterusnya mendapatkan sokongan daripada pra pembesar. Aktiviti ini menjejaskan urusan ekonomi Inggeris dengan terganggunya pengeluaran bijih timah dan menggugat pedagang Inggeris di Pulau Pinang.

Aktiviti pelanunan di Sg Linggi menjejaskan pengeluaran bijih timah dan menghalang penguasaan Inggeris terhadap dagangan ini.

5. Inggeris menghulurkan bantuan ataupun dijemput oleh pembesar-pembesar. Sebagai contoh campur tangan Inggeris di Perak kerana dijemput oleh Sultan Abdullah. Francis Light menghulurkan bantuan kepada Sultan Kedah.

6. Berasaskan perjanjian Inggeris mengenakan syarat yang berpihak kepada mereka dengan mengambil alih beberapa wilayah seperti dalam Perjanjian Pangkor-Inggeris mengambil Dinding di Perak.

7. Mengenakan tekanan terhadap sultan untuk menerima penasihat Inggeris. Wujud dalam semua perang dan kekacauan.

8. Meletakkan tenteranya di dalam negeri-negeri yang memerlukan bantuan seperti dalam Perang Kedah-Perak:– Inggeris letakkan tenteranya di Perak bagi menghalang kemaraan Kedah.

9. Dengan menghukum penentang-penentang supaya tidak ada kepimpinan Melayu yang boleh mendorong penentangan secara meluas seperti yang berlaku kepada Mharaja Lela, Sultan Abdullah,

All The Best

Page 47: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Abd. Rahman Limbong, Dato Bahaman dan lain-lain penentang. Ini memudahkan Inggeris menguasi wilayah yang diterajui oleh penentang-penentang ini.

Ì Ruang Lingkup Kajian Perjanjian dan Campur Tangan:

1. Perjanjian Raffles-Temenggung Abd Rahman 1816

2. Perjanjian Inggeris - Belanda 1824

3. Perjanjian Low 1826

4. Perjanjian Burney 1826

5. Isi kandung perjanjian Naning - Belanda

6. Perjanjian Pangkor 1874

Sebab-sebab perjanjian ditanda tangani:

1. Keinginan mendapatkan bantuan dan mempertahankan hak sebagai Sultan.

· Sultan Abdullah memohon bantuan Inggeris untuk membantunya menaiki takhta Perak selepas kematian Sultan Ali.

· Sultan Kedah memhon bantuan Bugis dan Inggeris bagi mengatasi masalahnya dengan Siam

· Sultan Hussin Johor mendapatkan pengiktirafan daripada Inggeris ( Raffles ) untuk menaiki takhta Johor.

· Wab Ahmad dengan pujukan daripada Maharaja Abu Bakar menerima bantuan Inggeris bagi menghalang serangan Wan Mutahir dan Siam. Inggeris menghantar kapal perangnya mengugut Trengganu supaya tidak memberikan bantuan dan kebenaran kepada Wan Mutahir dan Siam daripada menyerang Pahang.

2. Penamatan peperangan

· Dapat dilihat dalam perjanjian Burney dan Low bagi mengatasi serangan Siam terhadap Kedah dan Perak.

· Perjanjian Low membolehkan Inggeris menghantar tentera Sepoi untuk mengawal keamanan Perak.

All The Best

Page 48: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

· Perjanjian Anderson antara Selangor dan Perak – tamat pertikaian masalah sempadan.

3. Adakan hubungan diplomasi

· Perjanjian antara Temenggong Abd Rahman dengan Raffles bagi menjalinkan hubungan dua negara.

· Perjanjian Burney membolehkan Inggeris mendapatkan hak perdagangan di Siam serta membolehkannya mempunyai hubungan dengan Siam bagi mengelakkan persaingan daripada Perancis.

· Perjanjian Bangkok 1909 membolehkan hubungan diplomasi antara Inggeris dan Siam diperkukuhkan dan akhirnya Siam mengakui ketuanan Inggeris terhadap negeri-negeri utara Tanah Melayu.

· Perjanjian Inggeris - Belanda 1824 membolehkan hubungan diplomasi dua negara dipertingkatkan dengan persempadanan pengaruh masing-masing.

· Di Borneo perjanjian antara Inggeris ( Raffles, dan Hare ) dan Banjarmasin membolehkan Inggeris menguasai jalan perdagangan di Borneo.

4. Peluasan dan pengukuhan ekonomi asing

· Perjanjian Burney bagi membolehkan Inggeris menjalankan urusan perdagangan tanpa kawalan ketat daripada pemerintahan Siam.

· Perjanjian Temenggong Abd. Rahman dengan Raffles bagi membolehkan Raffles mendirikan loji dan kemudian pusat perdagangan di Singapura. Pengambilan dariapda satu kawasan kepada seluruh Singapura.

5. Jaminan keselamatan dan penguasaan wilayah

· Perjanjian Inggeris - Belanda memperlihatkan jaminan daripada Belanda yang mengakui ketuanan Inggeris di Utara garisan Khatulistiwa.

· Membolehkan kedua-dua pihak mendapat jaminan tidak campur tangan dan hilangnya persaingan antara kedua negara bagi membangunkan dan menguasai ekonomi tanpa ragu-ragu.

· Perjanjian pengambilan dan penyerahan antara Temenggong Johor dan Raffles memberi jaminan penguasaan dan kedaulatan Inggeris terhadap Singapura.

· Dalam Persetiaan Inggeris - Perancis 1894 membolehkan Inggeris menguasai dan memberi tekanan kepada Siam untuk menyerahkan wilayah utara Tanah Melayu kepada Inggeris.

· Perjanjian Bangkok 1909 membolehkan Inggeris menguasai wilayah utara tanah Melayu daripada Siam.

All The Best

Page 49: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

6. Pengiktirafan kedudukan kepada Pembesar atau Sultan

· Dengan penyerahan Singapura kedudukan Sultan Hussin Johor dan Temenggong Abd Rahman kukuh tanpa rasa takut diserang oleh Sultan Abd Rahman Riau.

· Kekukuhan ini dapat juga dilihat melalui perjanjian Inggeris - Belanda 1824 yang menghalang Belanda daripada masuk campur wilayah Inggeris iaitu di utara garisan Khatulistiwa. Ini membolehkan sultan dan pembesarnya selamat.

· Penerimaan perjanjian untuk menerima penasihat Inggeris di Johor memperlihatkan Sultan Ibrahim kekal di takhta kerana sebelum ini baginda diugut diturunkan takhta, jika enggan menerima penasihat Inggeris dan menandatangani perjanjian.

Ciri-ciri atau aspek-aspek perjanjian yang membolehkan kuasa politik Melayu hilang.

Ciri-ciri ialah sesuatu aspek perjanjian yang belum ditandatangani lagi, iaitu perundingan sebelum diadakan pemetrian perjanjian. Jika wujud ciri-ciri ini, kemungkinan kehilangan kuasa pada pemerintah tempatan boleh wujud. Antaranya ialah:

1. Mewujudkan jawatan penasihat

2. Memberikan pengakuan terhadap takhta yang dituntut sultan

3. Persetujuan untuk menyerahkan wilayah.

4. Memberikan perlindungan atau bantuan.

5. Memberikan bayaran sagu hati atau pampasan dengan syarat-syarat tertentu

6. Menghalang pemerintah tempatan mengadakan perjanjian dengan kuasa lain.

7. Mendapatkan kebenaran pembinaan loji pada awal penguasaan.

8. Sumber ekonomi yang menjadi rebutan kuasa-kuasa besar.

9. Persetujuan untuk memberikan petempatan yang strategik dari segi keselamatan dan kemajuan ekonomi.

Cara/Strategi penjajah mengguna perjanjian bagi peluasan kuasa dan campur tangan.

1. Memberikan jaminan keselamatan politik.

All The Best

Page 50: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

2. Menghulurkan bantuan dalam bentuk ketenteraan dan pentadbiran.

3. Menggunakan cara tipu muslihat. – untuk damaikan kekacauan atau alasan politik.

4. Membuat perakuan terhadap tuntutan sultan terhadap takhtanya.

5. Dengan pujukan dalam bentuk kewangan – elaun sara hidup bulanan dan pampasan.

6. Ugutan menarik balik bantuan jika tuntutan tidak dipenuhi sultan atau pembesar.

· Inggeris tidak akan membantu Sultan Kedah dalam tuntutan kebebasan pemerintahan daripada Siam jika Kedah tidak mengundurkan tenterannya daripada menyerang Perak.

7. Melalui jawatan penasihat atau residen.

8. Mengadakan fasal menyekat pemerintah tempatan membuat perjanjian dengan lain-lain kuasa kecuali Inggeris. – halang kuasa lain kuasai T.Melayu.

9. Mewujudkan hubungan diplomasi dan persahabatan

Tawaran-tawaran yang diberikan oleh Inggeris:

1. Pengakuan penguasaan dan takhta

Ä Lihat tawaran Inggeris kepada Raja Abdullah, Perak; Sultan Hussin, Johor; dan Sultan Kedah - selepas kekalahannya dengan Raja Ligor yang menyebabkannya kehilangan takhta.

2. Pengakuan memberikan bantuan ketenteraan

Ä Lihat tawaran Francis Light untuk membantu Sultan Kedah mengalahkan Siam.

3. Perlindungan daripada kuasa asing

Ä Dalam perjanjian Low 1826 Perak mendapat pelindungan Inggeris daripada serangan Kedah dan Siam.

Ä Temenggong Abd Rahman mendapat janji perlindungan daripada kuasa asing selagi setia dengan perjanjian yang ditandatangani.

4. Penerimaan seorang penasihat Inggeris

Ä Perjanjian Pangkor 1874 - permulaan gerakan British untuk campur tangan secara terbuka dan pemaksaan penerimaan penasihat Inggeris di Tanah Melayu.

5. Bayaran sagu hati dan pampasan

All The Best

Page 51: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Ä Lihat pampasan yang diterima Sultan dan Temenggong Johor setelah penyerahan Singapura kepada Inggeirs.

Ä Bayaran sebanyak 3000 wang Spain kepada Temenggong dan 5000 kepada Sultan Hussin serta dibayar elaun bulanan, tetapi setakat Sultan sahaja tidak melibatkan warisnya.

Ä Persoalannya ialah sejauh manakah tawaran-tawaran ini ditunaikan oleh Inggeris ?

Ä Adakah ia sesuatu yang jujur atau satu cara Ingeris menguasai Tanah Melayu?

Kesan-kesan daripada perjanjian:

1. Penyerahan wilayah

· Sarawak antara Brook dan Sultan Brunei.

· Negeri Utara Tanah Melayu kepada Siam kemudian Inggeris 1909.

· Penyerahan wilayah Dinding kepada Inggeris dalam Perjanjian Pangkor

· Penyerahan Singapura Perjanjian antara Temenggong Abd Rahman dengan Raffles

· Penyerahan Pulau Pinang dan Butterworth antara Sultan Kedah dengan Francis Light.

· Pemisahan wilayah dan persaudaraan Johor - Riau dalam perjanjian Inggeris - Belanda.

2. Kehilangan kedaulatan dan kemerdekaan

· Sultan hilang kuasa pemerintahan - Sultan Abdullah

· Anak Sultan Hussien , Tengku Ali tidak diiktiraf menggantikan bapanya sebagai sultan di Johor sebab perjajian yang ditandatangani tidak melibatkan waris, sedangkan penguasaan Inggeris berterusan.

· Raja Yusuf ikut telunjuk Inggeris kalau tidak tidak dapat jadi Sultan.

· Sultan Kedah tunduk kepada Inggeris tidak ganggu Perak.

· Sistem Residen merupakan nasihat wajib yang mesti diikuti oleh sultan-sultan Melayu.

· Sultan Perak hilang kuasa - Sultan Abdullah terpaksa menerima penasihat Inggeris. Kesan daripada perjanjian Pangkor. Kesannya sultan mesti ikut nasihat Inggeris.

All The Best

Page 52: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

· Sultan Kedah diugut Inggeris jangan serang Perak, dengan Siam pula diminta serang Perak. Kesan dan peristiwa dalam perjanjian Burney dan Low. Perlihatkan sultan sebagai patung dan tidak ada kewibawaan.

· Sultan Abd Rahman Riau hilang hak ke atas Singapura, dan Sultan Hussin hilang penguasaan Johor dan Kesang kepada keluarga Temenggong.

3. Perubahan sistem - politik, ekonomi dan sosial

· Wujud perubahan sisten pentadbiran - Sistem Residen, Persekutuan.

· Johor ikut sistem Inggeris dengan wujudkan mahkamah , pelantikan hakim, penasihat undang-undang, kerani, ketua kerani dan jawatan menteri besa dalam zaman Temenggong Ibrahim.

· Wujudnya ekonomi kmersial dan pembukaan ladang-ladang baru - getah, gambir, lombong timah.

· Wujudnya sekolah-sekolah dan perkembangan prasarana seperti jalan raya, jalan keretapi.

4. Penentangan berterusan

v Brlaku penentangan oleh pejuang-pejuang Melayu seperti Dato Dol Said, Rahman Limbung, Dato bahaman, Maharajalela, Tok Janggut.

5. Kemasukan imigran

· Pelimpahan orang-orang Cina dan India serta menguasai banyak bidang ekonomi hingga menjadikan orang Melayu golongan minoriti dalam negara sendiri. Contoh pada 1946 jumlah India dan Cina melebihi 2 juta orang sedang Melayu dianggarkan 1.5 juta.

6. Kehilangan kuasa ekonomi

· Siri perjanjian antara Temenggong Johor dengan Raffles dan Crawfurd menyebabkan Temenggong hilang pegangan terhadap ekonomi Singapura. Pada satu ketika Temenggong menghadapi masalah kewangan sebelum Johor dimajukan.

· Para pembesar hilang hak memungut cukai.

· Rahman Limbung marah kerana tidak boleh terokai tanah tanpa kebenaran kerajaan Inggeris.

7. Pencemaran budaya dan agama

· Birch melanggar budaya Melayu dengan menyimpan/melindungi gundek Sultan di rumahnya.

All The Best

Page 53: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

· Penabalan dan pengiktirafan pembesar atau sultan memerlukan Inggeris sebagai jaminan dan tanda penguasaan. Contoh: Temenggong Ibrahim yang menggantikan bapanya memerlukan kehadiran Gabenor negeri-negri Selat.

Proses perjanjian dijalankan:

1. Dijalankan secara tipu muslihat

o Dalam perjanjian antara Light dengan Sultan Kedah – akhirnya Light tidak menuruti janjinya, tetapi Pulau Pinang diambil alih – 1786.

2. Pujukan dan tawaran kewangan dan kuasa.

o Perjanjian antara Sultan Hussin, Temenggong Abd Rahman dan Raffles – Sultan Hussin ditabalkan menjadi Sultan dan pengakuan Inggeris terhadap penguasaan Johor oleh Temenggong.

3. Ancaman penarikan bantuan dan sokongan

Inggeris tidak akan membantu Sultan Kedah dalam tuntutan kebebasan pemerintahan daripada Siam jika Kedah tidak mengundurkan tenterannya daripada menyerang Perak.

4. Pertukaran kawasan atau wilayah

o Perjanjian Bangkok antara Inggeris dan Siam yang melibatkan negeri-negeri utara Tanah Melayu. Siam menyerahkan kedaulatannya kepada Inggeris.

5. Kekalahan dalam peperangan atau penentangan

Selepas setiap kekalahan seperti kekalahan Sultan Mohd Jiwa dengan Light – wujud Perjanjian Kedah Inggeris ke-2 pada 1795

6. Paksaaan dan ugutan

Perjanjian gagasan Malayan Union – jika tidak setuju akan diturunkan daripada takhta.

Perjanjian Sultan Ibrahim Johor-Inggeris supaya Johor menerima penasihat, jika tidak turun takhta.

Kesan Campur Tangan / Peluasan Kuasa Inggeris

All The Best

Page 54: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

& Kewujudan masyarakat majmuk.

& Penentangan masyarakat Melayu.

& Perubahan dalam politik, dan sosio - ekonomi.

Ì Ruang Lingkup Kajian Kewujudan masyarakat majmuk

1. Proses dan cara kedatangan

Ø Indenture

Ø Kontrak

Ø Kangany

Ø Bebas

2. Sebab-sebab penghijrahan

3. Kesan-kesan kedatangan

4. Dasar Inggeris dan pemajmukan

Sebab-sebab penghijrahan:

1. Faktor Tarikan (Dalaman)

Ø Kekayaan ekonomi Tanah Melayu – Industri Pelombongan dan Pertanian.

Ø Kenggangan orang-orang Melayu bekerja sebagai buruh

Ø Berkembangnya sistem ekonomi ekspot yang berteraskan perladangan dan industri

Ø Aktiviti agen buruh ( kongsi gelap ) dan majikan untuk menggajikan buruh asing.

Ø Ikatan persaudaraan dan rakan yang telah berhijrah terlebih dahulu.

Ø Dasar Inggeris.

2. Faktor Tolakan ( Luaran )

Ø Kejadian bencana di negara asal ( Cina, India, dan Jawa )

All The Best

Page 55: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Ø Kekurangan rangsangan ekonomi .

Ø Lebihan penduduk dan kekurangan bekalan makanan.

Ø Perang Saudara dan ketidakstabilan politik.

Kesan-kesan penghijrahan / peluasan kuasa Inggeris di Tanah Melayu:

1. Pewujudan masyarakat yang majmuk.

Ø Kemajmukan budaya / adat

Ø Kemajmukan agama

Ø Kemajmukan pendidikan

Ø Kemajmukan bahasa

Ø Kemajmukan ras

Ø Kemajmukan politik – kepelbagaian pertubuhan politik yang mewakili setiap kaum.

2. Pembukaan bandar-bandar baru dan pembinaan infrastruktur.

o Kewujudan bandar-bandar baru dan pembukaan tanah bagi tujuan peladangan dan perdagangan seperti Raub – pelombongan emas, pembinaan jalan raya, dan jalan keretapi seperti jalan keretapi yang menghubungkan Taiping dan Port Weld, Klang dan Kuala Lumpur, dan akhirnya jalan keretapi yang menghubung dari negeri ke negeri di Tanah Melayu.

3. Berkembang parti politik berasaskan kaum.

o Wujudnya parti berasaskan kaum seperti UMNO – Melayu, MCA – Cina, MIC – India, Pasok – Kadazan Dusun , AMCJA – gabungan pertubuhan dan keahlian yang terdiri daripada orang-orang bukan Melayu yang memerjuangkan kesejahteraan kaum masing-masing.

4. Kemajuan ekonomi Tanah Melayu

o Peningkatan hasil mahsul Tanah Melayu adalah kesan dasar ekonomi Inggeris serta kemasukan buruh asing. Ini dapat dilihat daripada pendapatan negeri-negeri Melayu bersekutu seperti Perak dan Selangor, serta negeri-negeri Selat. Sebagai contohnya konsep Persekutuan 1896 adalah untuk membantu negeri-negeri yang kurang mampu dengan tidak menjejaskan pendapatan kuasa Inggeris.

All The Best

Page 56: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Jadual A: Pendapatan Hasil dan ekspot Negeri-negeri Melayu Bersekutu ( Emerson, 1974)

Peningkatan Hasil 1896

RM 8,434,083

1927

RM 105,404,458

Ekspot 1896

RM 28,395,855

1926

RM 445,600,203

5. Wujudnya polarisasi pekerjaan dan demografi.

6. Timbulnya kesedaran Nasionalisme di kalangan orang Melayu.

7. Berlakunya kacau bilau dan gangterisme

8. Semakin jauh kemunduran orang Melayu dari segi ekonomi.

o Kemajuan ekonomi yang dinikmati oleh Tanah Melayu bukan untuk orang-orang Melayu, malahan penguasaan dan penghijrahan masuk bangsa asing telah menjarakkan dan menjauhkan orang Melayu daripada merasai kekayaan ekonomi negara sendiri. Hakikat ini dapat dilihat melalui jadaul berikut yang menunjukkan pemilikan ladang getah: ( Emerson, 1974 )

Keluasan ladang Eropah Melayu Cina India

100-1000 ekar 357 23 287 118

1000 dan > 296 - 12 -

o Dalam industri pelombongan bijih timah orang Melayu boleh dikatakan tidak memiliki dan tidak mengambil bahagian apa-apa pun. Lombong-lombong yang ada hampir semuanya dimilii oleh orang Eropah dan Cina ( Emerson, 1974 ).

9. Perkongsian kuasa dalam politik Tanah Melayu.

o Terbukti dengan wujudnya gabungan UMNO, MCA dan MIC dan membentuk parti perikatan dalam pilihanraya 1955. Pada tahun 1951 memperlihatkan gabungan ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk membentuk Sistem Ahli. Ini membuktikan wujudnya sistem perkongsian kuasa dalam politik Malaysia.

All The Best

Page 57: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Dasar Inggeris dan kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia.

Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan sosial. Perbincangan mengenai tajuk ini dapat difahami jika kita melihat beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut:

Dasar Politik

Perbincangan ini berkisar pada aspek  dasar imigrasi ¸ Jabatan Perlindungan Orang Asing,dan undang-undang buruh.

Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti indenture, kangany, kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930an juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Seperkara yang menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi menrancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya.

Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh ini dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu . Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan undang-undang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal mereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Ingeris.

All The Best

Page 58: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi.

Dasar Ekonomi

Dasar ekonomi komersial – kapitalisme dan bebas. Perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah.

Wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh.

Keperluan pemodenan prasara baru yang memerlukan tenaga buruh.

Dasar Sosial.

· Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menseragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia. Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiaif dengan mengikut sukatan pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah.

Aspek-aspek lain.

All The Best

Page 59: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

· Kelemahan orang Melayu untuk merebut dan menjana ekonomi.

o Kelemahan orang Melayu dilihat sebagai salah satu kesan kepada kegagalan ekonomi Melayu daripada berkembang. Dalam hal ini, Inggeris menganggap bahawa orang-orang Melayu merupakan satu bangsa yang malas bekerja. Mereka dilihat sebagai bangsa yang tidak mahu berusaha, dan lebih cenderung mendapat sesuatu habuan tanpa bekerja keras. Institusi dan sistem yang diamalkan oleh orang Melayu seperti institusi perhambaan, sistem kerah dan serah dilihat oleh Inggeris sebagai satu sistem yang melambatkan proses ekonomi moden yang berteraskan ekonomi wang. Bagi Inggeris konsep penyerahan hak diri kepada pembesar ialah satu proses penganiayaan dan ini menyebabkan golongan bawahan Melayu tidak melibatkan diri secara aktif dalam bidang perniagaan secara komerial, tetapi lebih selesa dengan kehidupan mereka dalam sistem pertanian sara diri.

o Sebagai akibat daripada keadaan ini, Inggeris melihat bahawa cara mereka dapat menguasai dan memonopoli kekayaan Tanah Melayu ialah dengan membawa masuk pendatang asing. Ini bagi mengatasi masalah buruh yang amat diperlukan kerana orang Melayu tidak mahu bekerja dengan ornag-orang Inggeris dan towkay-towkay Cina. Jika orang-orang Melayu sanggup bekerja dan menceburkan diri dalam aspek perdagangan, maka jelas orang melayu boleh menguasai perdagangan dan mengurang ataupun melenyapkan kemasukan pendatang asing daripada India dan Cina.

Ì Ruang Lingkup Kajian Penentangan

1. Dato Bahaman di Pahang

2. Haji Abdul Rahman Limbung di Trengganu

3. Tok Janggut di Kelantan

4. Dato Maharaja Lela

5. Penentangan Sultan Kedah

Reaksi dan Protes Masyarakat

1. Terancam - Semua penentangan.

All The Best

Page 60: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

2. Pemberontakan - Maharaja Lela

3. Kebangkitan - Haji Abd Rahman Limbong / Maharaja Lela

4. Peperangan dan pertempuran - Dato Bahaman / Tok Janggut / Penentangan Sultan Kedah

Cara / Bentuk penentangan dijalankan

1. Protes secara intelektual - penggunaan mahkamah - Abd Rahman Limbung

2. Mengangkat senjata - peperangan dan pertempuran. – Bahaman , Tok Janggut dan Engku Besar Jeram, Rentap,dan Sharif Mashor, dan Dol Said.

3. Tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang dilaksanakan - enggan bayar cukai.

4. Permuafakatan dengan Sultan dan para pembesar.

5. Pembunuhan pegawai Inggeris - Residen Birch dalam peritstiwa Pasir Salak di Perak.

6. Minta bantuan asing – Sultan Abdullah Mukaram Shah, minta bantuan Light (Inggeris) bagi menentang Siam.Sultan Kedah, Muhamad Jiwa, minta bantuan Burma dalam persaingan dengan Siam dan Inggeris.

7. Enggan patuh kepada pegawai yang dilantik Inggeris - En Latif, Pegawai Daerah rakyat Singapura yang dilantik di Kelantan.

8. Tidak akui pertuanan dan kekuatan Inggeris dalam semua protes.

Sebab-sebab penentangan:

j Politik

1. Hilang kedaulatan dan kemerdekaan Melayu

2. Pengaruh pembesar berkurangan dan ditukar peranan

3. Kedudukan raja dan sultan terancam

4. Ideologi sekular diterap dalam sistem masyarakat Melayu

5. Perubahan sistem pentadbiran dan pemerintahan

All The Best

Page 61: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

6. Kewujudan undang-undang dan peraturan yang tidak dapat diterima oleh orang Melayu

· Undang-undang tidak lagi pada pembesar dan Sultan, tetapi pada pegawai keadilan seperti polis, Pegawai Daerah da, mahkamah.

· Undang-undang dipinda dan digubal melalui MMN atau MMP.

7. Pemerintahan yang dijalankan oleh orang luar.

j Ekonomi

1. Kehilangan kuasa mengutip cukai oleh pembesar

· Cukai duduk dibawah pegawai daerah dan pembesar ada yang jadi pegawai kerajaan. Pembesar tidak boleh kutip cukai – satu kesalahan jika dilakukan, tidak seperti sebelumnya.

2. Pengenalan cukai-cukai baru yang tidak pernah wujud sebelum kedatangan Inggeris

· Kewujudan cukai-cukai baru seperti cukai tanah, cukai kelapa dan lain-lain yang mesti dibayar dengan wang dan bukan laigi barangan.

3. Kehilangan kuasa penerokaan tanah secara bebas

· Penerokaan tanah tidak dibenar sewenang-wenangnya – mesti dapatkan kebenaran dan pas bagi peneraokaan tanah.

4. Penguasaan tanah oleh pemerintah Inggeris

· Tanah bukan hak Sultan dan pembesar. Pembahagian dan pengurniaan tanah adalah daripada pemerintah Inggeris.

5. Kelebihan ekonomi kepada kaum pendatang

· Penguasaan ekonomi oleh imigran Cina dan India serta Inggeris – Melayu semakin tersepit dengan kemunduran ekonomi terutama pembesar yang hilang hak eklusif mengaut untung dalam bentuk cukai.

j Sosial

6. Gangguan terhadap adat istiadat Melayu

· Hamba, agama Islam, adat gundek.

7. Ketidaksabaran Inggeris melakukan perubahan - sikap Residen

All The Best

Page 62: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

· Campur tangan keterlaluan dalam hal adat istiadat Melayu dan perubahan yang mendadak.

· Kekhuatiran berlakunya unsur pembaratan dan pengkristianan.

Kesan penentangan

1. Masyarakat Melayu berpecah belah

o Wujudnya kelompok-kelompok masyarakat yang menyokong Inggeris dan yang menyokong kedaulatan bangsa Melayu. Lihat pembesar Rembau yang memberi bantuan kepada Inggeris untuk mengalahkan Dol Said.

o Perpecahan perpaduan melayu antara yang menyokong Bahaman dan Sultan dalam penentangan Bahaman terhadap Inggeris di Semantan. Bahaman menentang tanpa bantuan daripada Sultan

2. Pembuangan daerah dan penghukuman terhadap pembesar Melayu

o Sultan Abdullah di buang daerah ke Pulau Sicily.

o Maharaja lela dihukum bunuh. Abd Rahman Limbong dan Dol Said di penjara. Dato Bahaman, Mat Kilau menjadi buruan .

o Rentap. Tok Janggut, Mat Kilau dihukum mati

3. Penambahkuatan pengaruh Inggeris dalam melaksanakan perubahan seperti

o sistem pemerintahan :

o Kewujudan Majlis Mesyuarat Negeri

o Kewujudan Majlis Mesyuarat Persekutuan

o Pembentukan sistem persekutuan

o Pengubahsuaian dalam sistem Residen

§ Menyebabkan perubahan pemerintah daripada Melayu kepada Inggeris. Sultan dan pembesar tidak ada kuasa. Pelantikan jawatan dibuat oleh Inggeris.

§ Raja mutlak kepada Raja berpelembagaan.

All The Best

Page 63: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

o pengenalan ekonomi ekspot - kapitalisme dan leissez-faire

4. Kehilangan kuasa undang-undang oleh Sultan

o Undang-undang sekular – wujudnya jawatan peguam, hakim dan polis. Konsep raja mutlak terhakis.

o Sultan dan pembesar hilang hak judiciari.

5. Kebangkitan golongan agama dalam gerakan kesedaran

Lihat kesedaran oleh Abdul Rahman Limbong dalam penentangannya terhadap peraturan baru Inggeris mengenai pemilikan tanah yang dihubungkaitkan dengan keesaan Allah swt. Yang menguasai alam.

Pada awal abad ke 20 lahirnya golongan agama yang perjuangan ilmu dan kedaulatan negara dan agama yang dipelopori oleh Sheikh Al-Hadi, Sheikh Tahir Jallaludin.

6. Kehilangan wilayah.

· Pulau Pinang diambil oleh Inggeris dan seterusnya Seberang Perai kepada Pulau Pinang apabila Sultan Kedah gagal dalam menentang Inggeris.

· Pualu Dinding dikuasai oleh Inggeris seperti termaktub dalam Perjanjian Pangkor.

· Brook kuasai Sarawak sepenuhnya.

Ruang Lingkup Kajian Perubahan Politik dan Sosio-Ekonomi

( Kesan Penjajahan/Peluasan/Campur tangan Kuasa Inggeris)

& Aspek-aspek perubahan

& Proses dan perkembangan

All The Best

Page 64: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Ì Aspek-aspek perubahan yang dilaksanakan Inggeris:

j Politik

1. Aspek pemerintahan dan pentadbiran

j Daripada Raja Mutlak/Feudal > Sistem Residen > Negeri Melayu Bersekutu /Negeri Melayu Tidak Bersekutu/ Negeri Selat > Persekutuan 1896 > Desentralisasi > Kesatuan Malaya > Persekutuan 1948 :

j Berkonsepkan pemerintahan oleh rakyat dan pengurangan kuasa raja yang menyentuh aspek agama sahaja.

j Pemilihan berdasarkan pilihanraya dan pewujudan dewan rakyat/ MMN dan MMP.

j Mewujudkan jawatan Setiausaha Persekutuan dan Majlis Raja-Raja.

j Bermulanya nasihat pegawai Inggeris yang wajib diikuti

j Raja-raja dibayar elaun peribadi dan wang saku seperti yang diterima oleh Sultan Selangor dan Perak.

Selangor Perak

Tahun Elaun Wang Saku Tahun Elaun Wang Saku

1889 18,000 1894 46,000 12,000

1903 20,000

1904 24,000 6,000

2. Ideologi politik

j Daripada Raja mutlak kepada Demokrasi dan Raja Berpelembagaan.

3. Sistem perundangan

j Pewujudan peraturan undang-undang dan mahkamah sekular.

j Tertubuhnya institusi mahkamah dan hakim pembicaraan dan tidak terletak di tangan Sultan.

j Wujudnya pasukan polis dan undang-undang bertulis.

4. Kuasa dan kekuasaan

All The Best

Page 65: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

j Perubahan kuasa pemerintahan daripada pembesar kepada pegawai Inggeris.

j Sultan menjuruskan tugas dalam bidang kegamaan sahaja. Dalam Malayan Union kuasa inipun telah diambil oleh Inggeris.

j Pelantikan jawatan tidak dilantik oleh Sultan. Wujudnya MCS – Satu perkhidmatan awam yang berkuasa melantik keki tangan kerajaan.

j Peranan pembesar tidak lagi berfungsi sebagai pemerintah, tetapi ditukar fungsi menjadi pegawai kerajaan yang bergaji tetap.

j Kuasa memungut hasil dan cukai bukan terletak pad pembesar, tetapi dikawal oleh perbendaharaan yang diwujudkan oleh sistem pentadbiran Inggeris.

Ë Sosio-Ekonomi

1. Sistem pendidikan

Ë Sukatan pelajaran , guru, matlamat dan tujuan pendidikan berdasarkan negeri ibunda kaum masing-masing.

Ë Sistem pendidikan Melayu berteraskan bidang kemahiran sahaja.

Ë Sekolah-sekolah didirikan bagi pendidikan formal.

Ë Pembahagian 4 bahasa pengantar bagi setiap kaum.

Ë Pendidikan sekular dan berbentuk akedemik l diutamakan kepada golongan bangsawan.

2. Demografi penduduk

Ë Taburan penduduk dibahagikan mengikut kerjaya. - orang Melayu di kampung-kampung, Cina di bandar dan kawasan perlombongan, India di kawasan perladangan getah.

Ë Wujud sesetengah kawasan yang terlalu ramai kaum-kaum tertentu.

3. Taburan pekerjaan

Ë Wujud kepelbagaian pekerjaan seperti bidang iktisas - doktor, peguam , hakim, pegawai tadbir, perkeranian dll.

Ë Taburan pekerjaan tidak seimbang antara kaum. - Melayu bawahan sebagai petani dan kerja kampung. Melayu bangsawan dan lulusan Inggeris - pegawai kerajaan. Cina: peniaga dan pelombong. India : penoreh getah dan pekerja pembinaan jalan keretapi.

All The Best

Page 66: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Ë Taburan pekerjaan banyak terdapat di pantai barat dan di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang, Seremban serta kawasan yang berhampiran dengan sumber bahan mentah.

4. Taraf hidup penduduk

· Perkembangan hidup masyarakat Tanah Melayu meningkat, tetapi bukan penduduk pribumi. Ia hanya melibatkan penduduk yang berhijrah ke Tanah Melayu. Ia dapat dilihat daripada penguasaan ladang yang dimiliki oleh bangsa-bangsa di tanah Melayu seperti rajah berikut: ( Emerson, 1974 )

Keluasan ladang

Eropah Melayu Cina India

100-1000 ekar 357 23 287 118

1000 dan > 296 - 12 -

5. Kemajmukan masyarakat

· Wujudnya masyarakat yang majmuk dengan kedatangan dan penghijarahan masyarakat Jawa, India dan Cina.

· Kedatangan mereka memang telah diatur untuk memenuhi ruang kerja sebagai pekerja ladang, dan pelombong timah. Orang Jawa bagi mendapat kesejahteraan hidup serta sebagai tenaga upahan kalangan golongan atasan.

· Kemajumukan ini bukan sahaja kemajmukan komposisi penduduk, tetapi meliputi kemajmukan dalam politik, agama, budaya, adat resam, pendidikan dan cara hidup.

6. Infrastruktur

7. Urbanisasi

8. Ideologi ekonomi dan industrilisasi

9. Perkembangan Teknologi moden

10. Pemikiran dan tanggapan hidup masyarakat.

11. Sistem ekonomi dan pencukaian

12. Sistem Perbankan

13. Pembangunan yang tidak seimbang antara kawasan.

All The Best

Page 67: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Ì Proses dan Perkembangan Perubahan

` Sebab-sebab

1. Ketidaktentuan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran seperti:

Þ wujudnya sistem kerah, serah, dan hamba abdi, tidak bersesuaian dengan konsep reformasi politik Inggeris - liberalisme dan kapitalisme.

Þ sistem pengutipan cukai yang tidak bersesuaian dengan konsep wang untuk perbendaharaan negara dan bukan pembesar. Bersesuaian dengan perubahan di Eropah pembesar tidak lagi menguasai sumber.

2. Berlakunya sistem-sistem ekonomi dunia seperti ekonomi ekspot, perdagangan bebas, ekonomi sosialis dan kekhuatiran Inggeris tehadap perkembangan ekonomi komunis.

3. Persaingan kuasa-kuasa asing dan cara atasi dengan perkukuhkan institusi politik berteraskan konsep parlimen Inggeris.

4. Perkembangan permintaan bahan mentah dunia dan kepesatan ekonomi pasaran bebas.

5. Peningkatan kesedaran tentang ketuanan bangsa dan perubahan minda penduduk tempatan kerana wujudnya mobiliti masyarakat.

6. Peningkatan kemasukan warga asing dan peranan agen serta majikan Inggeris.

7. Tumpuan golongan kapitalis terhadap wilayah yang berpotensi maju.

` Cara perubahan

1. Peningkatan bilangan sekolah dan pewujudan dasar pendidikan Inggeris.

2. Membezakan sukatan dan tiada dasar pendidikan untuk perpaduan kaum.

3. Tumpuan pekerjaan yang diaturkan oleh pihak Inggeris.

4. Mengubah struktur dan sistem pentadbiran Melayu dan disesuaikan dengan kehendak Inggeris.

5. Peningkatan pembukaan hutan dan penambahan peladangan.

All The Best

Page 68: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

6. Pemberian dan jaminan pekerjaan bagi orang-orang asing dengan wujudnya Jabatan Orang Asing.

7. Menghalang dan membasmikan penentangan daripada orang-orang Melayu.

8. Menyogok kepimpinan Melayu dengan kekayaan dunia.

9. Mengugut kepimpinan Melayu supaya patuh dengan dasar Inggeris. Sultan dijaminkan kedudukannya, jika tidak, jadi seperti Sultan Abdullah. Sultan Ibrahim, Johor diugut supaya menerima penasihat.

` Kesan perubahan dan Penerimaannya oleh orang Melayu

Lihat dari sudut:

a. Masyarakat dan Individu Melayu

b. Negara secara keseluruhannya.

à Masyarakat dan Individu Melayu

( Tercabarnya Maruah Melayu )

1. Kehilangan kuasa dan kedaulatan

2. Fungsi pembesar bertukar daripada mempunyai kuasa kepada pegawai kerajaan yang dibayar upah.

3. Kedudukan masyarakat Melayu terpinggir.

4. Menggugat kuasa politik dan persaingan politik perkauman.

5. Kedudukan Sultan daripada pemerintah kepada penasihat kepada penasihat Inggeris.

6. Kehilangan kuasa ekonomi.

7. Wujudnya penentangan dan kebangkitan yang berterusan.

8. Wujudnya rasa kesedaran dan nasionalisme Melayu.

( Timbulnya aktiviti pelanunan atau banditisme sosial ).

All The Best

Page 69: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Kehilangan penguasaan dan wilayah oleh pembesar telah menggalakkan mereka untuk bergiat dalam aktviti pelanunan. Hal ini kerana hak mereka untuk mencari kekayaan di negara sendiri telah dicemari oleh penguasaan penjajah Inggeris. Lihat perjuangan Salleh Tui, Panglima Nayan, Awang Poh, dan Suleiman Kerekau di Kedah. Perjuangan mereka adalah kerana perubahan yang dilakukan oleh Inggeris dengan meninggalkan mereka serta petani miskin dalam kemiskinan. Perubahan seperti pembayaran pelbagai cukai, sistem ekonomi komersial, dan hilangnya bentuk-bentuk sosial tradisi seperti penghapusan penghambaan dan sistem kerah oleh Maxwell sebenarnya menjadikan petani miskin hilang arah. Keadaan ini lebih menekan lagi apabila para pembesar serta kapitalis barat dan Cina serta Chettiar India mula mencari keuntungan dan meningglkan kesengsaraan kepada mereka.Oleh itu pembaratan Inggeris terhadap Kedah pada 1909 menjadi asas kepada kebangkitan banditisme sosial ini

à Negara Secara Keseluruhannya

( Negara pengeluar bahan mentah utama dunia )

1. Peningkatan ekonomi negara - Timah dan Getah

2. Memperlihatkan perkembangan pendidikan dan prasarana.

3. Pembukaan dan peluasan bandar-bandar.

( Tidak berupaya berdikari )

1. Masih bergantung pada kekuasaan dan bantuan Inggeris.

2. Perjalanan pentadbiran mengikut pentadbiran Inggeris

3. Dasar-dasar yang dilaksanakan tidak mencerminkan dasar dalam lingkungan Tanah Melayu - Cth: Dasar Pendidikan, Pertanian dan kependudukan.

4. Penguasaan ekonomi oleh orang asing - Guthrie, Sime Darby, dan Dunlop.

( Wujud Kemajmukan Masyarakat )

1. Penduduk- wujudnya masalah ras dan resisme.

2. Pekerjaan - pembahagian bidang kerjaya.

3. Pendidikan - perbezaan dasar dan sukatan dalam sistem pendidikan.

All The Best

Page 70: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

4. Budaya - pencampuran dan amalan budaya yang bertentangan dengan budaya Melayu dan agama Islam.

??? - Sejauh manakah orang Melayu menerima perubahan ini?

Lihat sama ada perubahan itu memberikan manfaat kepada orang-orang Melayu.

??? - Adakah mereka bertindak terhadap perubahan ini. Perjelaskan.

Lihat sama ada wujud atau tidak penentangan. Jika wujud penentangan, apakah bentuk penentangan.

Adakah secara pemberontakan, kebangkitan, perjuangan politik, perundingan ataupun kecaman? Hubungkaitkan juga dengan Nasionalisme Melayu.

Perubahan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran

Tanah Melayu

1. Negeri Selat

2. Sistem Residen

3. Negeri Melayu Bersekutu /Negeri Melayu Tidak Bersekutu

4. Persekutuan 1896

5. Desentralisasi ( Pengagihan Kuasa)

6. Kesatuan Malaya

7. Persekutuan 1948

8. Sistem Ahli

9. Persekutuan 1957

All The Best

Page 71: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

JAWAPAN TEMA 3

Gerakan Kesedaran

Aspek Kajian:

1. Sebab-sebab berlakunya gerakan kesedaran

a. Wujudnya peranan dan sumbangan faktor berikut:

I. peranan golongan agama

ii. peranan perkembangan bahasa dan kesusasteraan

iii.peranan para wartawan dan akhbar

iv.peranan sistem pendidikan

v.peranan golongan intelektual

vi.peristiwa dan pengaruh luar

Peranan golongan agama:

Menggerakkan pembaharuan - dipengaruhi oleh gerakan reformis Timur Tengah - Mohd Abduh.

Tujuan reformasi:

· perjuangan Pan Islamisasi

· perjuangan berdasarkan Al Quran dan Sunnah

· mengetepikan pengaruh budaya dan adat yang bertentangan dengan agama Islam.

· Mewujudkan dan mengembangkan media akhbar.

· Menjadi saingan golongan ortodok dan bangsawan dalam perjuangan untuk orang Melayu.

Mendirikan madrasah dan penyebaran pendidikan agama

Ø Sumbangannya:

Pencetus pemikiran dan pejuang generasi baru Melayu yang berjuang untuk kesejahteraan ekonomi dan sosial. Para pelajar didikan Melayu MPSI.

Golongan bangsawan Melayu dalam MMN dan MMP berjuang untuk kesejahteraan Melayu bagi menyaingi golongan muda agama. Bagi mengurangkan peranan dan menyekat pengaruh mereka supaya tidak mengatasi golongan tua.

Perkembangan bahasa dan kesusasteraan

All The Best

Page 72: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

v Pengenalan tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi Bahasa Melayu.

v Wujudnya pengaruh Arab dari peranan golongan agama dan bagi menggantikan penggunaaan tulisan rumi yang diperkenalkan penjajah. Membayangkan kelunturan budaya Melayu dalam negara sendiri.

v Kewujudan sasterawan yang dilahirkan oleh sekolah-sekolah Melayu dan MPSI.

v Tema-tema perjuangan dan kelemahan ekonomi Melayu.

v Bahasa Melayu hilang peranan dalam sistem pendidikan Inggeris dan Jepun. Memperlihatkan hilangnya kewibawaan dan pertuanan Melayu.

v Bahasa Melayu hanya digunakan dalam Sekolah Melayu.

v Perbahasan dalam MMN dan MMP menggunakan Bahasa Inggeris.

v Pernah dibantah oleh Raja Chulan akan kepinggiran Bahasa Melayu dalam bahasa undang-undang dan juga penggunaannya dalam MMN dan MMP. Akibatnya wakil Melayu tiidak faham apakah yang dibahaskan.

Ø Sumbangannya:

1. Menyedarkan orang Melayu akan kepinggiran bangsa dan bahasa Melayu.

2. Gelanggang bagi orang Melayu melahirkan ketidakpuasan melalui karya sastera.

3. Memperkukuhkan perjuangan orang Melayu dalam meletakkan taraf bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negara selepas merdeka.

4. Melahirkan para pejuang sastera dalam Asas 50 dan Asas 66.

5. Mewujudkan penubuhan persatuan yang memperjuangkan bahasa seperti PASPAM – berjuang bagi menjadikan dan memperkasakan Bahasa Melayu seperti sebelum penjajahan.

6. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka berperanan sebagai pembina dan pengembang bahasa Melayu dan alat penyatuan bangsa.

7. Menyumbang ke arah pembentukan bangsa Melayu melalui penggunaan Bahasa Melayu – tidak lagi Melayu berpecah dan dikenali dengan keturunan seperti Jawa, Banjar, Bugis dll.

Peranan kewartawanan dan akhbar

Perkembangan:

All The Best

Page 73: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

v Menubuhkan syarikat-syarikat akhbar bagi menyebarkan berita dalam bahasa Melayu. Contoh: Jawi Standard , Cahaya Pulau Pinang dan Tanjong Penegeri diterbitkan pada 1900 di Pulau Pinang, Jawi Peranakan - 1876, Nujumu’l Fajar, Shamsu’l Kamar, Sekolah Melayu, Bintang Timor, dan Warta Melayu di Singapura, Seri Perak dan Jajahan Melayu di Perak, Khizanah Ilmu, Taman Pengetahuan.

v Pada awal abad ke-20 hingga 1940-an wujud akhbar dan majalah seperti Majlis, Majalah Guru, Al-Imam, Warta Malaya, Al-Ikhwan , Neraca dll akhbar.

v Tulisan yang digunakan ialah Jawi kecuali Bintang Timor yang menggunakan tulisan Rumi kerana ia diterbitkan oleh Persatuan orang-orang Cina Kristian – pengarangnya ialah Song Ong Siang (Roff , 1975 ).

v Dimulakan oleh orang-orang Islam keturunan India yang dikenali sebagai Jawi Peranakan.

v Sejak tahun 1876 hingga 1906 sebanyak 16 buah akhbar dan majalah telah diterbitkan dengan taburannya seperti yang berikut:

Singapura : 7 buah

Pulau Pinag : 5 buah

Perak : 4 buah

v Tujuan:

· Satu percubaan untuk melaporkan dan mengulas keadaan hidup mereka masa kini.

· Al-Imam sebagai pencetus fikiran dan sumber ilmu, pembicaraan dan perbahasan, pengingat dan menyedarkan mereka yang lalai dan sesat serta bertujuan untuk menjaga bangsa Melayu daripada penindasan.

v Akhbar beperanan sebagai:

· Penyebar maklumat

o Roff (1975 ) memuatkan berita-berita luar dan dalam negeri yang terbaru, menolong memajukan pelajaran anak negeri , dan membantu memberikan keselarasan kepada bahasa Melayu yang sedang menempuh perubahan.

o Akhbar Sekolah Melayu sebagai alat pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah kerana ketiadaan buku yang dikhaskan untuk belajar.

· Propaganda/Alat kebangkitan

All The Best

Page 74: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

o Warta Malaya dan Majlis membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap Sultan dan pemerintahan Inggeris dalam isu Malayan Union.

· Saluran komunikasi

Ø

Ø Sumbangannya:

Pencetus minda masyarakat dan penyalur maklumat dalam penentangan terhadap Malayan Union.

Memuatkan berita bagi kesedaran masyarakat tentang hak dan tanggungjawab orang Melayu dan Islam. - Dicetuskan oleh Al-Imam, Al-Ikhwan, Saudara.

§ Menjadi gelanggang kepada sasterawan.

Wujudnya tokoh wartawan seperti Rahim Kajai.

Faktor penentu bagi kemajuan kebendaan dan kecendikiawan bangsa Melayu seperti peranan Sekolah Melayu yang membolehkan pertambahan pembaca dan memperkenalkan beberapa generasi penuntut sekolah mempersoalkan dengan lebih meluas mengenai kehidupan orang-orang Melayu.

Peranan Sistem Pendidikan

v Melahirkan tokoh-tokoh pejuang yang berlatar belakang agama, sosio politik, dan politik daripada pengaruh-pengaruh Timur Tengah , Melayu dan Inggeris seperti: Raja Chulan, Ibrahim Yaakob, Dato Onn Jaafar, Sheikh Tahir Jalaluddin, dll pejuang Melayu.

v Penyalur idea pembaharuan dan mengenengahkan masyarakat Melayu yang peka pada sensitiviti kaum dan layanan Inggeris.

v Sukatan dan dasar yang tidak selaras menbangkitkan ras tidak puas hati orang Melayu terhadap layanan Inggeris.

Peranan tokoh-tokoh intelektual

Ø Dato Onn Jaafar dapat menyatukan persatuan-persatuan Melayu dan menubuhkan UMNO bagi menentang Malayan Union.

Ø Ibrahim Yaakub pejuang MPSI yang telah menubuhkan Ikatan Pemuda Semenanjung bagi mencetuskan ketidakpuasan hati layanan Inggeris terhadap soiso ekonomi orang Melayu terutama dalam bidang pendidikan.

Ø Ahmad Boestaman pejuang KMM yang mencetuskan idea merdeka pada tahun 1939, tetapi tidak menerima sambutan. Memperjuangkan ketuanan Melayu dan perkembangan sosio ekonomi serta politik Melayu.

All The Best

Page 75: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Ø Dr. Buhanudin Al-Helmi, pemimpin PKMM yang tidak sehaluan dengan Inggeris dan mencari kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

Ø Raja Chulan mengenengahkan isu kepinggiran Bahasa Melayu.

Ø Dato Abdul Rahman Andak – Dato Penggawa Dalam dapat menghalang dan melambatkan campur tangan langsung Inggeris di Johor.

Peranan pengaruh luar

v Kemenangan Jepun terhadap Russia 1905, kemenangan Jepun mengalahkan British dalam perang dunia kedua - mencetuskan bahawa bangsa Eropah masih boleh dikalahkan.

Ø Perjuangan Mahatma Ghandi dan Jawarlal Nehru menentang penjajahan Inggeris bagi kemerdekaan India pada 1947.

Ø Perjuangan Sukarno dan Hatta memerdekakan Indonesia serta perjuangan bangsa Indonesia menentang penjajah Belanda selepas tamat perang dunia kedua.

Ø Pengaruh gerakan reformis Islam di Timur Tengah dalam menggerakkan pembaharuan dan penentangan terhadap penjajah. - Menggalakkan para pelajar untuk berkiblatkan Timur Tengah bagi merangsang perjuangan dan menggunakan aliran agama untuk membebaskan negara daripada penjajahan.

Ø Perubahan yang berlaku dalam PBB yang memperjuangkan kedaulatan dan keluhuran negara-negara yang dijajah. Menggerakkan nasionalis-nasionalis negara dijajah untuk menuntut kemerdekaan. Piagam PBB tidak membenarkan negara lain menjajah negara lain.

Ø Peralihan kuasa besar dunia daripada Britsih kepada Amerika Syarikat serta Russia. - Mewujudkan Perang Dingin antara blok barat dan timur iaitu Kapitalis dan Komunis, sekutu Amerika Syarikat dan sekutu Russia. Perlu bebaskan negara seblum dipengaruhi oleh Komunis.

Perkembangan gerakan kesedaran

Perkembangan gerakan kesedaran di Tanah Melayu boleh dibahagikan kepada tiga peringkat seperti yang berikut:

1. Peringkat keagamaan 1906 - 1926

2. Peringkat sosioekonomi 1927 – 1937

3. Peringkat politik 1937 -1957

Peringkat keagamaan 1906 - 1926

All The Best

Page 76: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Perjuangan kesedaran pada peringkat ini dipelopori oleh tokoh-tokoh keagamaan yang mendapat pendidikan di Timur Tengah. Dalam mengkaji perjuangan mereka ia boleh disimpulkan seperti yang berikut:

Konsep perjuangan:

Menyedarkan umat Islam berkenaan dengan amalan yang bertentangan dengan Islam serta meningkatkan kesedaran perjuangan reformasi.

Matlamat perjuangan:

1. Memberi kesedaran pendapat dan idea-idea reformasi dari Timur Tengah.

2. Mengikis idea-idea ortodok dan konservatif penganut Islam di Tanah Melayu.

Tujuan reformasi:

2.1 perjuangan Pan Islamisasi

2.1.1 Menjadikan Tanah Melayu sebagai negara Islam dan diletakkan dalam persaudaraan Islam sedunia.

2.1.2 Menjadikan Islam sebagai teras pemerintahan negara dan menggagalkan pemerintahan berasaskan sekular yang dibawa oleh Inggeris.

2.2 perjuangan berdasarkan Al Quran dan Sunnah

2.2.1 Meletakkan cara hidup dan menjalani kehidupan berasakan Al Quran dan Sunnah dalam semua aspek kehidupan, sama ada dari sudut politik, ekonomi, dan sosial.

2.2.2 Menyatakan bahawa kemunduran orang Melayu disebabkan lekangnya mereka daripada ajaran Islam yang sebenar.

2.2.3 Menghapuskan amalan-amalan bidaah yang tidak dihalang oleh golongan tua. Hal ini menyebabkan berlakunya penerusan kepercayaan yang bertentangan dan berlebihan dalam Islam. ( Lihat penjelasan lanjut tentang sebab-sebab kepercayaan tradisi masih diamalkan walaupun orang Melayu telah terima Islam dalam Tema Satu)

2.3 Mengetepikan pengaruh budaya dan adat yang bertentangan dengan agama Islam.

2.3.1 Menjadikan pendidikan untuk semua. Dibenarkan golongan wanita untuk mendapatkan pendidikan. Sebelum ini para wanita tidak dbenarkan untuk mendapatkan pendidikan disebabkan berpegang kepada amalan tradisi dan adat.

2.3.2 Beberapa konsep yang diamalkan oleh orang melayu banyak memundurkan pemikiran orang melayu dalam mengejarkan kesejahteraan sosio-ekonomi. Antaranya dalam sistem kerah dan serah.

All The Best

Page 77: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Pemilikan dan penghambaan sebagai tanda taat dan setia kepada raja. Konsep daulat dan tulah dan keadaan ini menghalang rakyat biasa dalam memperbaharui diri ke arah pemodenan.

2.4 Menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang serba lengkap.

2.4.1 Islam sebagai addin - satu cara hidup yang lengkap dan sempurna. Islam pentingkan ilmu, melarang perbuatan menyekutukan Allah. Kesempurnaan Islam berdasarkan tamadunnya menjadikan kekuatan Islam menjadi pemangkin kepada penerokaan ilmu. Sedangkan golongan ulama tua, tidak memimpin rakyat biasa ke arah cara hidup Islam yang syumul. Golongan ulama tua lebih menjurus kepada golongan pembesar/pemerintah. Tidak mencetuskan minda dan gagal dalam pelaksanaan kejayaan berteraskan syariat. Keadaan ini banyak bersebabkan sekular penjajah dan ini dikatakan mempengaruhi golongan ulama tua. Perjuangan kaum muda adalah untuk menjadikan Islam sebagai satu cara hidup seperti perjuangan Nabi Muhamad saw.

Cara penyebaran:

1. Menerusi majalah dan akhbar seperti:

1.1 Al-Imam

1.2 Al-Ikhwan

1.3 Seruan Azhar

1.4 Pilihan Timur

1.5 Semangat Islam

1.6 Sekolah-sekolah pondok.

Tokoh-tokoh pejuang:

1. Sheikh Tahir Jalaluddin

2. Syed Sheikh Al Hadi

3. Sheikh Muhamad Salim Al-Kalali Pengaruh perjuangan:

Gerakan Sheikh Mohd Abduh

Syed Jamaluddin Al-Afgani

Mereka merupakan reformis Islam yang radikal di Timur Tengah.

Ciri-ciri perjuangan:

1. Penghargaan terhadap pendidikan, pangkat dan ekonomi.

All The Best

Page 78: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

2. Pendidikan adalah hak semua orang bukan hak exklusif golongan bangsawan.

3. Wujud pertentangan antara golongan tua dan muda.

Ø Kejayaan/Rintangan

1. Wujud penentangan draipada golongan tua yang masih berfahaman ortodok dan mengamalkan bidaah.

2. Inggeris bersama golongan tua menyekat perkembangan golongan agama daripada meluaskan pengaruhnya.

2.1 Mengharamkan tulisan yang menyentuh tentang Islam jika tidak ada kebenaran.

2.2 Mewujudkan jawatan mufti bagi menapis tulisan-tulisan yang berkaitan dengan Islam.

2.3 Mengenakan hukuman dan tindakan undang-undang .

2.4 Melarang dan meyekat penyebaran majalah-majalah yang berteraskan Islam.

3. Kejayaan dapat dilihat daripada perjuangan oleh nasionalis yang berfahaman sederhana dalam pentadbiran Inggeris serta kemunculan nasionalis berpendidikan Melayu yang bergerak untuk mendapatkan kebebasan daripada Inggeris.

Peringkat Sosioekonomi 1927-1937

Peningkatan masalah orang Melayu dalam kehidupan moden yang menyisihkan unsur tradisi memperlihatkan perjuangan diteruskan oleh golongan keagamaan. Ini memperlihat ketandusan golongan yang berteraskan sosioekonomi. Kegagalan pejuang keagamaan untuk merngubah persekitaran masyarakat Melayu telah mendorong pemikir-pemikir daripada lulusan Inggeris dan Melayu untuk membatasi pegaruh golongan keagamaan.

1. Konsep perjuangan:

Menjuruskan aspek sosial dan ekonomi.

2. Matlamat perjuangan:

Memulihkan taraf kehidupan masyarakat Melayu agar seiring dengan masyarakat lain.

All The Best

Page 79: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Mempastikan pendidikan yang diberikan oleh orang Melayu dilakukan secara menyeluruh sama ada dalam bentuk sukatannya dan peluang-peluang kepada semua golongan. Membolehkan masyarakat Melayu menerima pendidikan tinggi.

Mengisikan kekosongan jawatan kepada orang-orang Melayu dan melatih mereka mentadbir negri.

Hal ini dapat dilihat darpada perjuangan :

· Golongan agama yang mementingkan pendidikan. Menggalakan masyarakat Islam mendapat pendidikan dan berusaha untuk mendirikan sekolah-sekolah pondok dan madrasah. Sheikh Al-Hadi membina madrasah di Pulau Pinang bagi mendidik orang-orang melayu dalam ilmu agama.

· Menggalakan orang-orang perempuan untuk mendapatkan pendidikan kerana dengan pendidikan orang Melayu dapat meningkatkan pengetahuan dan taraf hidup.

· Selain golongan agama, para pembesar Melayu seperti Raja Chulan, memperjuangkan penggunaan bahasa Melayu dalam MMN Perak- sebab wakil Melayu ada yang tidak faham penggunaan bahasa Inggeris.

· Para guru Melayu juga memperjuangkan pendidikan dan membanyakkan buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu. Pejabat karang-mengarang MPSI ditubuhkan bagi merealisasikan perjuangan membanyakkan buku-buku dalam bahasa Melayu sehinggalah tertubuhnya DBP pada 1956.

· Dari aspek ekonomi perjuangan untuk menjada kepentingan Melayu adalah dengan mewujudkan Tanah Simpanan Melayu bagi menjaga kepentingan ekonomi Melayu tidak terhakis oleh perkembangan ekonomi yang berpihak kepada warga asing.

· Bagi menghalang orang Melayu menjadi bangsa minoriti UMNO telah berjaya menggagalkan MU yang boleh menyebabkan orang Melayu menjadi suara minoriti. Ini penting bagi surviaval bangsa Melayu yang lemah dari aspek kuasa ekonomi dan bagi mengimbanginya ialah dengan menguasai kuasa politik.

3. Tokoh-tokoh

Berlatarkan pendidikan Inggeris:

· Raja Chulan, Dato Abdullah Hj. Daman, Dato Onn Jaafar, Eunos Abdullah, Ishak Hj. Muhamad

Berlatarkan pendidikan Melayu:

· Ibrahim Yaakob, Muhamad Isa mahmud, Yaacob Mohd Amin, Hassan Hj. Manan.

4. Pertubuhan

All The Best

Page 80: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Kesatuan Melayu Singapura - Eunos Abdullah

Kesatuan Melayu Selangor - Raja Uda dan Tengku Kamil

Persatuan Melayu Pahang, Negeri Sembilan

Peranan MPSI melahirkan guru-guru yang dipengaruhi dengan gerakan reformis di Indonesia. Wujudkan:

Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung Borneo- Ibrahim Yaakob, Muhamad Isa Mahmud, Yaacob Mohd Amin, dan Hasan Haji Manan. Tujuan: untuk mencapai kemerdekaan dalam lingkungan Indonesia Raya.

Paspam – Persaudaraan Sahabat Pena :- perjuangan untuk mewujudkan perpadauan melayu melalui bahasa. Perjuangan menegak bahasa Melayu supaya tidak terpinggir dalam negara sendiri. Hal perjuangan bahasa ini bukan sahaja oleh Paspam, tetapi pernah disuarakan oleh Raja Chulan – yang memperlihatkan penggunaan bahasa Inggeris di dalam MMN dan MMP. Orang melayu ada yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Merugikan melayu kerana mereka tidak faham perbincangan dan undang-undang yang akan diluluskan.

Peringkat Politik 1937-1948

Konsep Perjuangan: Politik

Matlamat perjuangan: Kemerdekaan

Tokoh-tokoh pejuang:

Ibrahin Yaakub }membentuk KMM bermatlamat kemrdekaan dalam

Onan Haji Siraj }lingkungan Indonesia Raya. Bersifat kiri dan tidak

Nustafa Haji Hussien }bekerjasama dengan Inggeris.

Mukhtaruddin Ishak }membentuk PKMM. Bergerak aktif dalam menentang

Burhanuddin Al-Helmi }Malayan Union.

Ishak Hj Muhammad }

Onn Jaafar } membentuk UMNO.

Pertubuhan terlibat:

All The Best

Page 81: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

KMM Kesatuan Melayu Muda

PETA Tentera Pembela Tanah Air

MPAJA Malayan Peoples Anti Japanese Army

PKMM Parti Kebangsaan Melayu Malaya

API Angkatan Pemuda Insaf - cawangan pemuda PKMM

AWAS Angkatan Wanita Sedar - cawangan wanita PKMM

PUTERA Pusat Tenaga Rakyat

UMNO Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Strategi perjuangan:

1. Tidak berkerjasama dengan Inggeris / bekerjasama dengan Jepun

· Dilakukan oleh KMM dengan tidak mahu bekerjasama dengan Inggeris. Menuntut kemerdekaan sejak 1939. Bersuara lantang. Lebih menjurus kemerdekaan bersama Indonesia dalam Indonesia Raya.

· Akibat daripada itu, berlaku penangkapan kepimpinan KMM. Penangkapan kepimpinan KMM dianggap dapat melemahkan pergerakan ini. Berlaku perang dunia ke-2, Jepun membebaskan tahan politik. Mula era kerjasama dengan Jepun. Tujuan asal - kemerdekaan masih menjadi matlamat, lebih-lebih lagi dengan janji Jepun untuk merdekakan negara yang dijajah Imperialis barat.

· Kesan kerjasama - wujud PETA ( Tentera Pembela Tanah Air ). Bagi Jepun sebagai alat untuk memasukkan propaganda Jepun. Bagi Ibrahin Yaakub sebagai persediaan orang-orang Melayu mendapat latihan ketenteraan. Kegunaannya bukan sahaja menentang Inggeris, tetapi Jepun. Pasukan ini ada kerjasama sulit dengan pasukan bawah tanah seperti MPAJA, Force 136 dan Pasukan Wataniah.

· Kerjasama dengan Jepun bukan sahaja memperlihatkan orang Melayu dalam PETA, tetapi dalam pasukan keselamatan lain seperti Giyugun, Boetai, dan Junsa - merupakan pasukan separa tentera dan polis. Sebelum ini orang Melayu tidak berpeluang dalam mendapatkan latihan keteteraan secara professional.

· PETA dan PUTERA membolehkan Ibrahim Yaakub meneruskan rancangan untuk kemerdekaan bersama Indonesia. Beberapa siri pertemuan diadakan seperti di Taiping pada 12 OGOS 1945 antara Ibrahim Yaakub dengan Sukarno-Hatta. Rancangan Gagal apabila Sukarno mengistiharkan kemerdekaan Indonesia secara mengejut dan Ibrahim Yaakub melarikan diri ke Indonesia.

All The Best

Page 82: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

· Perjuangan tidak bekerjasama dengan Inggeris diteruskan oleh PKMM. PKMM bekerjasama dengan AMCJA menentang Perlembagaan 1948 dan mencadangkan Pelembagaan Rakyat, tetapi tidak diterima Inggeris.

· Pada 1941-45 MPAJA meneruskan perjuangan menentang Jepun bersama-sama dengan Force 136 dan Wataniah. Pada peringkat ini MPAJA menjalankan dasar bekerjsama dengan pihak Inggeris, tetapi tidak diteruskan pada 1945 kerana pengaruh komunisme sangat kuat dan berlaku darurat pada 1948.

2. Bekerjasama dengan Inggeris

· Menjurus pada perjuangan UMNO. Lebih flexible  daripada KMM. Boleh dibawa berunding. Antara perundingan yang dijalankan ialah perundingan kemerdekaan, serta tolak ansur dalam Perlembagaan 1948. Dianggap sebagai puak kanan atau sederhana oleh Inggeris.

 

3. Penentangan bersenjata

· Dilakukan oleh MPAJA menentang Jepun dan seterusnya pada 1948 menentang Inggeris secara gerila dalam zaman darurat 1948-1960.

4. Demontrasi aman

· Dianjurkan oleh UMNO mulai 1 JUN 1946 untuk membantah Malayan Union serta disokong oleh Raja-Raja Melayu. Aspek ini ditujukan kepada wakil Inggeris ( Harold MacMicheal ) dalam peras ugut nya meminta tanda tangan raja-raja Melayu. Seluruh persatuan Melayu bergabung dalam UMNO yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar dan melibatkan semua lapisan masyarakat dan taraf keududukan orang-orang Melayu. Berjaya menggagal Malayan Union dan tertubuh pula politik yang berteraskan pelbagai kaum - PERIKATAN yang ditubuhkan semasa pilahanraya perbandaran Kuala Lumpur , 1952

5. Pemboikotan

All The Best

Page 83: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

· Raja-raja Melayu dan pembesar Melayu memboikot perlantikan Gabenor General Malayan Union serta disokong oleh bekas pegawai-pegawai Inggeris yang bekerja di Tanah Melayu seperti Sir Frank Swettenham.

6. Kerjasama parti-parti politik 

· Aspek ini dapat dilihat melalui tertubuhnya PERIKATAN gabungan parti-parti UMNO, MCA, dan MIC, Gabungan PKMM dan AMCJA, kerjasama PETA, MPAJA, Force 136 dan Wataniah untuk menentang penjajahan sama ada Inggeris atau Jepun. Kerjsaama KMM dengan PNI ( Partai Nasionalis Indonesia ) memperlihatkan kerjasama serantau untuk mewujudkan negara bangsa Melayu.

Sumbangan Jepun

Sumbangan Jepun dan Nasionalisme Tanah Melayu

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu banyak meninggalkan kesan kepada masyarakat Tanah Melayu. Kesan-kesan tersebut dapat kita lihat dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan agama. Dalam hal ini aspek nasionalisme masih menjadi satu pertikaian kepada sejarawan sama ada pendudukan Jepun ini mencetuskan semangat nasionalisme atau ada faktor-faktor lain yang mendorongnya. Dalam hal ini kita akan mengkaji akan peristiwa yang berlaku semasa pendudukan dan kesannya serta kegiatan pentadbiran British setelah menduduki semula Tanah Melayu.

Umum mengetahui bahawa pemerintah tentera Jepun telah memberikan peluang kepada anak-anak tempatan, terutamanya anak Melayu untuk menganggotai pasukan keselamatan. Pasukan tersebut terdiri daripada pasukan tentera, separa tentera, polis atau polis rahsia. Dalam hal ini institusi ketenteraan yang memberikan peluang kepada anak-anak Melayu ini adalah seperti Giyugun, Boetai, Junsa, PETA dan Kempetai. Melalui institusi ini anak-anak Melayu ini dapat menggunakan senjata. Di samping itu ia juga mendedahkan mereka meningkatkan semangat kesetiaan kepada negara dan pemerintah. Umum juga mengetahui antara aspek semangat yang didedahkan ialah semangat mempertahankan negara sehingga titisan darah yang terakhir. Semangat seshin ini merupakan aspek terpenting dalam perjuangan tentera Jepun menikmati kemenangan. Hal ini juga

All The Best

Page 84: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

dinikmati oleh pemuda-pemuda Melayu terutama sekali mereka yang berjuang dalam PETA. Melalui PETA kita dapat meningkatkan kesedaran dalam mempertahankan negara dan mengenal erti kemerdekaan yang sebenar. Hal ini nyata apabila Jepun mengundurkan diri.

Selain itu, sistem pendidikan yang sama antara penduduk juga memberikan peluang orang-orang Melayu menerima semangat kebangsaan. Jika dibandingkan dengan sistem Inggeris, mereka tidak memberikan peluang yang sama. Orang-orang Melayu tidak diajar secara akademik, tetapi hanya dalam bidang kemahiran. Dalam zaman pendudukan Jepun sukatan yang diajarkan meliputi bidang-bidang Matematik, Pertanian, Sains dan pelbagai subjek akademik lain. Hal ini mendedahkan orang-orang Melayu kepada ilmu pengetahuan. Guru-guru Melayu dihantar ke Jepun untuk menambahkan pengetahuan berbahasa. Melalui kegiatan ini, ia sebenarnya menambahkan intelek Melayu yang akhirnya dapat digunakan untuk mencetuskan semangat dan kesedaran nasionalisme.

Begitu juga, dalam bidang pentadbiran, pemerintah tentera Jepun telah memberikan peluang pendedahan cara-cara pentadbiran kepada orang-orang Melayu. Ramailah anak-anak Melayu menjawat jawatan penting yang sebelum ini diisi oleh pegawai Inggeris. Dalam hal ini, ia bukan setakat melatih, tetapi mendedahkan mereka kepada keadaan sebenar yang dihadapi oleh bangsa Melayu sendiri. Kekecewaan dan kepincangan Jepun akhirnya memberikan mereka kesedaran untuk sama-sama berjuang dalam gerakan anti bawah tanah. Inilah yang mendorong mereka untuk membantu membebaskan diri daripada belenggu Jepun dan Inggeris. Mereka yang berpeluang untuk menjawat jawatan penting dalam pentadbiran adalah seperti Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj, Dato Onn Jaafar, dan Ghazali Shafie.

Selain daripada faktor-faktor yang dinyatakan, kesengsaraan yang dialami oleh orang-orang Melayu dalam kehidupan seharian dan penipuan yang dilakukan Jepun telah mendorong orang-orang Melayu bangun mengwujudkan organisasi anti-Jepun. Maka wujudlah askar-askar wataniah dan Force 136. Mereka akhirnya menjadi tulang belakang kepada askar Melayu setelah negara mencapai kemerdekaan. Selain itu, pemimpin organisasi ini juga telah menjadi orang-orang terpenting dalam menegakkan nasionalisme Melayu seperti Kapten Hussin Onn. Penipuan dan tingkah laku pemimpin Jepun dalam dolak dalik mereka untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu merupakan satu seksaan batin kepada pemimpin Melayu yang bekerjasama dengan Jepun. Dalam hal ini, ia semakin menebalkan rasa benci dan meningkatkan kadar nasionalisme Melayu. Mereka akhirnya memberikan kerjasama kepada organisasi-organisasi anti-Jepun dengan membekalkan maklumat agar dapar mempertingkatkan keberkesanan penentangan mereka. Selain itu, PETA boleh dikatakan menjadi duri dalam daging kepada pentadbiran tentera Jepun.

Walaupun peristiwa-peristiwa ini berlaku semasa zaman pendudukan, tetapi satu hal yang menarik ialah peristiwa selepas Jepun menyerah kalah. Dalam masa 2 minggu, Tanah Melayu tidak mempunyai pentadbiran yang sah. Untuk itu MPAJA telah memainkan peranan penting dengan menjadi pemerintah. Oleh yang demikian ramailah orang-orang Melayu yang menjadi mangsa kekejaman mereka. Hal ini akhirnya mendorong kebencian orang-orang Melayu terhadap MPAJA yang

All The Best

Page 85: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

terdiri daripada orang Cina. Maka wujudlah ketegangan kaum antara Melayu-Cina. Mengapakah hal ini terjadi? Inilah akibat-akibat daripada pendudukan Jepun yang memberi kelebihan kepada orang Melayu dan menindas orang Cina. Akibat ini akhirnya mendorong MPAJA membalas dendam akan perbuatan orang Melayu, terutama sekali anggota PETA. Peristiwa ini juga menjadi wadah kepada perjuangan kesedaran nasionalisme Melayu. Apakah mereka hendak ditadbir oleh penjajah Cina pula? Hal ini menjadi satu titik pertemuan yang mengumpulkan pemikir Melayu dan akhirnya menentang konsep Malayan Union yang memberi kelebihan kepada orang Cina.

Dalam kita menilai kewujudan kesedaran nasionalisme Melayu yang didasarkan kepada peristiwa-peristiwa semasa pendudukan Jepun dan beberapa bulan sebelum kedatangan Pentadbiran Tentera British, kita juga harus memikirkan adakah ia merupakan titik mutlak yang membangkitkan nasionalisme Melayu. Dalam perkara ini, kita perlu fikirkan sumbangan-sumbangan dan tindakan British dan keupayaannya dalam memberikan sumbangan ke arah kebangkitan nasionalisme Melayu.

Adakah nasionalisme Melayu memang telah tersedia wujud walaupun sebelum pendudukan Jepun di Tanah Melayu ? Mungkin kenyataan ini dapat diperbincangkan apabila kita melihat dan dibuktikan wujud oleh sarjana akan permulaan titik-titik permulaan kesedaran nasionalis pada awal abad ke-20 dengan wujudnya kesedaran golongan agama yang akhirnya diikuti oleh golongan birokrat dan bangsawan Melayu, serta kebangkitan kesedaran politik apabila wujudnya pertubuhan-pertubuhan seperti KMM dan juga PKMM. Daripada kebangkitan golongan ini kita dapati bahawa kesedaran politik dan kebangkitan nasionalis sebenarnya sudah tumbuh dengan suburnya walaupun Jepun belum lagi menjajahi Tanah Melayu.

Dalam kita menilai keadaan ini, kita dapati bahawa tindak-tanduk British sebenarnya telah mencetuskan satu kesedaran kepada orang Melayu untuk bangkit bagi mencapai kemerdekaan seperti yang dilaungkan oleh KMM dan PKMM. Laungan untuk merdeka bukan hanya berlaku setelah tertubuhnya UMNO tetapi telah dilaungkan oleh Ahmad Boestaman pada 1939 sehingga menyebabkan ramai kepimpinan Melayu telah terpenjara dan ada yang melarikan diri ke Indonesia. Kita juga perlu menilai cita-cita dan tujuan Ibrahim Yaakob dan PKMM untuk bergabung dengan Indonesia dalam menjamin ketuanan Melayu di Tanah Melayu dan Indonesia, dan aspek ini jugalah yang hendak digagalkan oleh Inggeris. Peristiwa-peristiwa ini semuanya berlaku sebelum kedatangan dan penjajahan Jepun. Para sarjana juga sedia maklum iaitu gagasan untuk menubuhkan Malayan Union pada tahun 1946 juga adalah hasil daripada keinginan Sir Cecil Clementi Smith untuk membalas dendam terhdap orang Melayu yang tidak menyokong British dalam perang dunia ke-2. Adakah perkara-perkara yang berlaku ini tidak menimbulkan satu kesedaran nasionalisme?

Kita juga harus menilai akan peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas peperangan dunia ke-2. Perubahan-perubahan besar dari aspek tonggak kuasa besar dunia daripada kuasa British kepada kuasa AS dan USSR, perubahan dalam PBB, kebangkitan komunis dan permusuhan AS-USSR dalam perang dingin juga merupakan satu aspek di mana semakin melebarnya kesedaran untuk bebas dan merdeka.

All The Best

Page 86: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM

HUBUNGAN JEPUN - ASIA TENGGARA      

Hubungan Jepun - Asia Tenggara 1945-1952

1. Tidak ada hubungan. Sebab:

i. Keadaan kucar kacir dalam politik Jepun. AS menguasai pentadbiran dengan diperintah oleh Jeneral MacArthur.

ii. AT sendiri tidak mahu membuat hubungan dengan Jepun kerana angkara Jepun dalam perang. Rosakkan nilai masyarakat dengan pelakuan kejam dari aspek sosial dan ekonomi.

2. Perbincangan mengadakan hubungan diadakan pada akhir 1951 dan selepas termetrinya perjanjian San Francisco.

Dalam konteks negara Indonesia perundingan pembayaran pampasan diadakan sekitar tahun 1952 dan berakhir akhir 1957. Berakhir dengan termtrinya hubungan diplomatik dan perdagangan.

Tumpuan Utama Dasar AS

1. Menyekat pengaruh komunis daripada menular ke negara AT.

Penjalaran Perang Dingin antara blok Barat dan Timur dengan pengaruh komunis yang diakibatkan daripada dasar-dasar imperialisme dan kapitalisme yang merugikan golongan proleteriat dan kebencian kepada kuasa penjajah.

2. Tumpuan kepada pembangunan AT. Sebab:

i. Wujudnya teori Domino yang diasaskan oleh komunis antara bangsa untuk kuasai setiap buah negara AT dan Caucasia.

ii. AT mempunyai sumber bahan mentah yang boleh menjadi asas kepada pembangunan semula ekonomi Jepun.

All The Best

Page 87: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

iii. AT merupakan tempat pelambakkan barang-barang keluaran Jepun dan pasaran utama barangan tersebut.

iv. AT ialah kawasan yang giat dengan perjuangan kemerdekaan dan perlukan pembangunan supaya tidak terpengaruh dengan ideologi komunis.

v. AS cuba cari pengaruh untuk menjadi sebuah kuasa pelindung di AT. Berjaya dengan adanya pangkalan tentera di Thailand, Fillipina - Pangkalan Udara Clarke dan Pangkalan Laut di Teluk Subic, Vietnam Selatan di Teluk Cam Ranch.

Pemikiran AS Cara Jepun Boleh Diselamatkan

1. Memberikan bantuan kewangan kepada Jepun untuk pertingkatkan syarikat dan perdagangan Jepun. Cara ini Jepun boleh menyelesaikan bayaran pampasan yang dituntut. Bayaran pampasan yang perlu dibayar oleh Jepun kepada negara yang menuntutnya ialah sebanyak US1,152 juta.

2. Mengguna Jepun dengan menjual barangan Jepun yang murah ke AT yang menjadi pasaran utama dan mendapatkan bahan mentah untuk industri Jepun.

3. Pulihkan hubungan diplomatik dan perdagangan antara Jepun dengan AT. Kesannya dalam konteks negara Indonesia lebihan dagangan Jepun secara purata meningkat sebanyak 89% jika dibandingkan dengan bayaran pampasan sebanyak 11% dari tahun 1958 hingga 1970.

Birokrasi Di AS Yang Menentukan Dasar Terhadap Asia

1. Jabatan Pertahanan ( Pentagon )

a. Memberi bantuan senjata kepada negara AT seperti kepada Fillipina, Thailand, Vietnam, Laos dan Kemboja terutama semasa perang Indo Cina.

b. Mengadakan perjanjian pertahanan.

c. Memberi bantuan ekonomi.

2. Jabatan Negara ( State Department )

a. Bantuan tingkatkan ekonomi dan perdagangan AT.

All The Best

Page 88: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

b. Bantuan memperkembangkan semangat nasionalisme berteraskan demokrasi dan kapitalisme.

c. Bersifat sederhana.

Dalam perlumbaan menentukan dasar Jabatan Pertahanan lebih berjaya daripada Jabatan Negara.

Peristiwa selepas 1950an.

1. Perang Indo Cina.

2. Perjanjian San Francisco 1951. Antara kandungan perjanjian:

a. Bayaran pampasan kepada negara yang diduduki Jepun.

b. Jepun tidak boleh menubuh angkatan tentera untuk tujuan peperangan tetapi hanya dibenarkan penubuhan tentera pertahanan negara sahaja.

3. Kembalinya pemerintahan negara kepada Jepun pada tahun 1952 dan pengunduran MacArthur.

Pampasan dan negara AT

1. Negara AT terpaksa menerima. Sebab:

a. Ekonomi negara yang mundur. Indonesia berhutang dengan Belanda > US1 billion, daripada Jepun US170 juta.

b. Kebanyakan negara menuju kemerdekaan dan memerlukan wang untuk membangunkan negara. Indonesia dalam rancangan 8 tahun memerlukan US 1 billion ( 1961-1968 ).

v Hubungan Diplomatik dan Penerimaan Pampasan

 

Diplomatik Pampasan Jumlah

Indonesia 14 April 58 20 Jan.58 US 400 juta

All The Best

Page 89: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Burma 1954 US 200 juta

Fillipina 1956 US 550 juta

Faedah Daripada Pampasan Kepada Negara Penerima

Terlalu sedikit faedahnya. Sebab: ( Dilihat dalam konteks negara Indonesia.)

1. Projek ilham Sukarno membawa sedikit faedah kepada negara. Antara projeknya ialah:

a. 4 buah Hotel Besar ( Hanya Hotel Indonesia yang bawa pulangan yang baik. Lagi tiga hotel pulangannya hanya 20-30% sahaja.)

b. Sarinah Departmental Store.

c. Wisma Nusantara 29 tingkat. Kos pembinaan US5.8 juta. Hanya sebagai gajah putih. Tidak membawa faedah kepada rakyat.

2. Dalam masa 12 tahun hanya 26 projek besar telah dirancangkan dengan peruntukan sebanyak US 77.63 juta. Sebahagian besar daripadanya tidak siap. Jumlah projek melalui wang pampasan ialah 36 buah. Yang siap 25 sahaja. 7 daripadanya tidak berjalan dengan betul dan cekap. 9 projek lagi dalam keadaan sederhana dan hanya 9 sahaja yang membawa pulangan yang berfaedah kepada rakyat. Antaranya:

a. Jambatan Sungai Musi - siap pada tahun 1965 dengan kos US 11.782 juta. Kesannya masa perjalanan dipendekkan daripada 1 jam kepada 10 minit sahaja.

b. Projek terowong kawalan air Neyama. Bertujuan mengawal air daripada membanjiri kawasan pertanian dan kawasan rendah Sungai Berantas. Projek dicadangkan pada zaman Belanda tetapi disiapkan pada zaman pendudukan Jepun. Walaupun begitu terowongnya tersumbat dan pembinaan semula dijalankan melalui wang pampasan. Kosnya 1.972 juta US siap pada tahun 1961. Kesannya, 3000 hektar tanah pertanian selamat daripada banjir dengan membawa pulangan 2 juta US.

c. Projek 3K - Sungai Karankates, Sungai Konto dan Sungai Kanan. Pembinaan loji elektrik hidro, bekalan air, pengairan dan kawalan hakisan. Siap pada tahun 1970. dan 1972.

2.1 Projek-projek yang gagal .

All The Best

Page 90: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

a. Kilang kain. Sebanyak 17 buah dibina. 8 dengan bantuan Jepun dan 4 daripada dibina melalui wang pampasan. 4 buah kilang ini hanya memproses 17% spindles sahaja.

b. Kilang kertas. Daripada 7 buah dibina 4 dengan biayai wang pampasan. Dijangka memproses 80 tan kertas sehari tetapi menurunkan pengeluaran kepada 3 tan sahaja pada tahun 1969. Kilang di Kalimatan tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan kerugian sebanyak US 1,919,000.

3. Program latihan dan biasiswa tidak mengikut rancangan asal.

Dalam rancangan, 500 pelajar akan dihantar ke Jepun dalam masa 5 tahun dan 1,750 belia untuk latihan vokesynal dan teknikal di pelbagai jabatan kerajaan serta syarikat swasta.

Yang menjadi kenyataan hanya 378 pelajar dan 474 belia yang dihantar.

Sebabnya:

a. Kewangan program ini digunakan untuk pelbagai perkara seperti perbelanjaan kedutaan Indonesia di Jepun.

b. Pemilihan peserta lebih condong kepada fahaman politik dan persaudaraan.

c. Rancangan ini berjaya dari sudut politik tetapi gagal dari sudut ilmu pendidikan.

Sebab Kegagalan Projek

1. Ketidak cekapan kerajaan dan kelemahan dalam pengendalian projek-projek yang siap serta penyelenggaraan yang buruk untuk kelengkapan pengangkutan.

2. Masalah politik dalaman Indonesia. Rampasan kuasa 1965 dan pertelagahan antara Masjumi dan PNI.

3. Penggunaan wang pampasan untuk bayar kembali hutang luar negara pada 1965-1970 sebanyak US81.7 juta, dengan interest US 94.76 juta. Banyak mengganggu projek yang dicadangkan.

4. Pelan-pelan rancangan untuk pembangunan menerusi biayai wang pampasan tidak lengkap, lambat dan tidak tepat waktu siapnya. Cth: Pelan rancangan 1958 hanya dapat disiapkan pada 8 Mac 1959.

Faedah Yang Didapati Oleh Jepun

All The Best

Page 91: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

1. Pemulihan hubungan dengan AT.

2. Peningkatan ekonomi Jepun dan perkembangan perdagangan Jepun.

a. Dapat menyimpan simpanan wang asing yang banyak. Pada 1960 sebanyak US 1,824 juta. Yang dibayar sebagai pampasan hanya US 7.5 juta atau 0.4% daripada simpanan wang asing.

b. Pembayaran pampasan merangsang pembangunan industri dalam negeri Jepun kerana mereka tidak terhalang untuk mengekspot barangan ke negara AT berdasarkan perjanjian yang ditanda tangani.

Contoh: Perdagangan Jepun Indonesia.

Purata bayaran pampasan selama 12 tahun: US 18.56 juta @ 11%.

Ekspot Jepun ke Indonesia: US 146.48 juta @ 89%

Ekspot barangan berat: US 81.01 juta.

Simpanan wang asing Jepun 1960 US 1,824 juta.

Purata simpanan wang asing Indonesia 12 tahun: US 41.85 juta.( 1958-1970 )

Purata Impot Indonesia: US 642 juta.

Pendudukan Jepun dan Ekonomi Tanah Melayu

Ruang lingkup perbincangan:

1. Kepentingan Tanah Melayu kepada Jepun

2. Keadaan ekonomi Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun

3. Polisi-polisi ekonomi Jepun di Tanah Melayu

4. Pengukuran sumbangan Jepun dalam memajukan ekonomi Tanah Melayu

All The Best

Page 92: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Kepentingan Tanah Melayu kepada Jepun

1. Memperbaiki kelengkapan tentera yang rosak dan menjadi pusat simpanan senjata.

2. Menyediakan sumber bekalan tentera.

3. Mendapatkan sumber bahan mentah bagi memenuhi keperluan industri Jepun.

Keadaan ekonomi Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun

1. Segala kelengkapan dan bekalan bahan mentah musnah. Inggeris menjalankan Dasar Bumi Hangus dengan membakar semua gudang-gudang simpanan makanan, terutama beras.

2. Keadaan saliran dan bekalan air musnah . Jepun tidak berupaya untuk membaiki semula keranan kekurangan alat ganti dan tenaga buruh. Kesannya, ia menghalang pembangunan pertanian.

3. Tidak ada urusan perdagangan sama ada dalam negeri atau luar negeri kerana dihalang oleh tentera berikat.

Keadaan luar disekat oleh tentera laut berikat dan di dalam negeri oleh pergerakan bawah tanah seperti MPAJA. Selalu menyerang hendap konvoi bekalan makanan Jepun.

4. Tidak ada pengeluaran bahan mentah dan jika ada harganya sangat mahal.

Sebagai contoh pengeluaran hasil galian menjunam dengan hanya empat buah lombong bijh timah beroperasi di Johor. Sebelum itu pada 1939 sebanyak 70 buah, 1941 63 buah. Bagi lombong besi, boksit dan arang batu, tidak ada aktiviti dijalankan, tetapi pada tahun 1939 sebanyak 2 buah lombong yang menjalankan setiap aktiviti perlombongan.

Jumlah keseluruhan perlombongan menurun daripada 76 buah pada 1939 kepada 4 buah pada 1946.

5. Ekonomi Tanah Melayu berbalik asal dengan menjalankan ekonomi sara diri, iaitu dengan menjalankan tanaman di halaman rumah.

Tanaman yang ditanam, bukan sahaja sayur-sayuran , tetapi padi.

6. Bekalan makanan yang berkurangan menyebabkan berlakunya catuan makanan. Kad-kad catuan diedarkan bagi mengawal taburan makanan kepada penduduk.

7. Berlaku sorokan barang-barang keperluan sebab keutamaan diberikan kepada askar dan pekerja-pekerja Jepun.

All The Best

Page 93: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

8. Taburan wang begitu berleluasa tanpa kawalan daripada bank pusat. Keadaan ini berlaku disebabkan semua batalion tentera boleh mencetak wang. Kesannya:

a. Nilai wang terlalu rendah

b. Peningkatan kadar inflasi

c. Masyarakat lebih tertumpu kepada pekerjaan sendiri.

9. Pda peringkat awal pendudukan, kecurian sering berlaku, tetapi dapat diatasi dengan hukuman yang berat.

10. Tawaran dan peluang pekerjaan merosot. Lihat Jadual:

Tahun 1939 1941 1946

Bilangan 4206 1765 429

Polisi-polisi       ekonomi Jepun di Tanah Melayu   

1. Dasar pembangunan Ekonomi:

Matlamat utama : a. Memastikan bekalan makanan mencukupi.

b. Mengurangkan kadar inflasi.

c. Merendahkan harga barangan

Langkah-langkah yang diambil:

1.1 Dasar Kewangan

a. mengalakkan penyimpanan di Pejabat Pos.

b. meghadkan pengeluaran wang simpanan. Sebagai contoh: penduduk Muar, Johor Baharu dan Batu Pahat boleh keluarkan sebanyak $300.00 sahaja. Bagi penduduk Kota Tinggi, Tangkak, Pontian, dan Mersing $200.00 sahaja.

All The Best

Page 94: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

c. Pengeluaran perlu disertakan dengan boucer dan perlu mendapat kelulusan daripada District Tresurer for Payment.

d. Penjualan tiket-tiket loteri kepada penduduk.

e. Melantik Southern Region Developement Bank  bagi mengawal pengeluaran wang.

1.2 Dasar Pertanian

a. Menubuhkan labour corp bagi megatasi masalah buruh untuk menggerakkan aktiviti pertanian.

b. Menggalakkan penduduk menjalankan aktiviti pertanian sara diri.

c. Catuan makanan. empat kati beras untuk dewasa dan dua kati untuk kanak-kanak serta sati kati gula pasir.

d. Penebangan kawasan hutan dan ladang getah bagi penanaman padi.

e. Memberikan bantuan subsidi kepada pengusaha yang menjalankan pertanian secara komersial seperti yang berikut:

I. $25.00 setiap ekar bagi membersihkan hutan dara dan membakarnya selepas Oktober 1943.

ii. $15.00 setiap ekar bagi tanah di (I) dan ditanami dengan padi.

iii. $10.00 setiap ekar bagi tanah seperti (I) jika ditanami dengan jagung, keledek atau ubi.

iv. Sesiapa yang mengusahakan tanaman di dalam ladang getah dan kelapa selepas Oktober 1943 akan diberikan subsidi sebanyak $15.00 setiap ekar. Walaupun begitu mereka yang menanam dengan padi huma akan diberi sebanyak $10.00.

1.3 Kawalan Komoditi dan Taburan Makanan

a. Setiap konvoi makanan diiringi oleh sepasukan tentera Jepun.

b. Penubuhan persatuan sepert Johor State Goverrment Service Consumer’s Association bagi membantu kakitangan kerajaan memperoleh sumber makanan.

c. Pengawalan penyelewengan edara makanan. Diwujudkan jawatan Pengawal Makanan bagi menentukan pengedar menjualkan makanan kepada penduduk dan bukan kepada pergerakan anti-Jepun.

All The Best

Page 95: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

d. Menghalang dan menghukum penyorok makanan dengan hukuman bunuh selain mengharamkan aktiviti orang tengah.

1.4 Kesan kemelesetan ekonomi dari sudut sosial.

a. Berlaku kebuluran dan masalah sosial.

b. Peningkatan penyakit dan kematian.

c. Kekurangan ubatan dan zat makanan.

d. Wujud pekerja sukarela membaiki kemudahan awam di tempat masing-masing.

e. Kelunturan akidah Islam di kalangan orang-orang Melayu.

Pengukuran sumbangan Jepun dalam memajukan ekonomi Tanah Melayu

Perbincangan mengenai sejauh mana kejayaan dan sumbangan Jepun untuk membangunkan ekonomi Tanah Melayu perlu dilihat dari sudut kejayaan dan kegagalan tindakan-tindakan dan langkah-langkah yang diambil oleh Jepun. Dari sudut dasar yang diambil sememangnya Jepun cuba mengurangkan masalah kemelesetan ekonomi, tetapi dari sudut kajayaan Jepun tidak menunjukkan kejayaan yang boleh dikaitkan dengan sumbangan cemerlangannya. Hal ini dapat dibuktikan dengan keadaan masyarakat yang tidak berubah sejak pencerobohan Jepun pada Disember 1941.

Dengan kata lain Jepun telah mengundurkan ekonomi Tanah Melayu ke belakang. Hal ini kerana dari sudut matlamat sahaja Jepun tidak berusaha untuk menunjukkan kesungguhan yang nyata. Boleh dikatakan Dasar Ekonomi Jepun di Tanah Melayu telah dicampuradukkan sehingga matlamatnya tidak berfungsi. Dalam mementingkan bekalan makanan mencukupi Jepun telah memusnahkan asas ekonomi Tanah Melayu sebagai pengeluuar getah dan timah yang utama. Aktiviti-aktiviti ekonomi ini merupakan ekonomi teras kepada Tanah Melayu semasa zaman pendudukan Inggeris. ( Rujuk jumlah lombong yang dilombong di Johor sebagai perbandingan ) Bekalan makanan merupakan isu yang terpenting, maka Jepun telah memusnahkan ladang-ladang getah dan digantikan dengan tanaman seperti padi, jagung, keledek, dan ubi. Sebenarnya dasar yang diambil ini tidak begitu berjaya disebaliknya ia membangkitkan rasa kecewa masyarakat Melayu kerana banyak tanah simpanan Melayu telah diserahkan kepada orang-orang Cina. Malahan usaha yang dijalankan ini masih lagi tidak mencukupi kerana sehingga penyerahan kalah Jepun masyarakat Tanah Melayu masih lagi menghadapi kekurangan makanan, terutama masyarakat bandar.

All The Best

Page 96: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Kegagalan ini dapat dimengertikan kerana para penanam tidak menghargai wang. Nilai wang telah jatuh begitu teruk. Perkara yang penting ialah bagaimana mereka dapat mengisikan perut dengan makanan. Lagipun mereka tidak mempercayai sah laku wang Jepun yang dicetak secara berleluasa sehingga ada yang tidak mempunyai nombor siri. Walaupun Jepun berusaha berkempen supaya masyarakat menabung, tetapi masyarakat tidak perlukan wang, dan nilai wang yang diragui menyebabkan aktiviti ini tidak berkesan. Ini kerana setiap pasukan tentera Jepun akan mencetak wang tanpa kawalan.

Kemajuan ekonomi biasanya dikaitkan dengan perkara-perkara berikut:

1. Banyaknya peluang pekerjaan.

Semasa zaman pendudukan Jepun keadaan ini disebaliknya. ( Rujuk jadual taburan pekerjaan ).

2. Kemakmuran bekalan

a. bahan makanan

b. kemudahan asas

c. pakaian dan bahan keperluan harian

d. taraf kesihatan

e. kadar kematian dan hidup

Semua keadaan ini tidak dinikmati oleh masyarakat Tanah Melayu

3. Tiadanya atau kurangnya aktiviti kecurian, penyorokan, dan penipuan oleh pengedar.

4. Tiada catuan bahan mentah. Wujudnya pencatuan makanan dibuktikan dengan adanya kad-kad catuan makanan bagi setiap ahli keluarga.

5. Nilai wang tinggi. Dengan kata lain nilai inflasi berkurangan. Dalam zaman Jepun wang tidak bernilai kerana tidak terdapat bahan yang boleh dibeli.

6. Ekonomi ekspot yang dipelopori oleh Inggeris bertukar kepada ekonomi sara diri, kerana Jepun lebih menggalakkan petani menanam tanaman makanan . Mereka yang berbuat demikian diberi imbuhan dan bantuan. Selain itu, ladang-ladang getah ditebang untuk memberi laluan tanaman makanan.

All The Best

Page 97: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Berdasarkan aspek pengukuran di atas Jepun sebenarnya gagal dalam menjana ekonomi Tanah Melayu dan ini merupakan salah satu sebab mengapa Jepun akhirnya ditentang oleh masyarakat pribumi.

MALAYAN UNION

Ruang lingkup Kajian

1. Isi perlembagaan

2. Sebab digagaskan Malayan Union

3. Reaksi dan Sambutan

4. Proses pembentukan Malayan Union

5. Kesan terhadap orang Melayu

6. Penentangan Melayu terhadap Malayan Union

1. Isi Perlembagaan

1.1 Semua negeri-negeri Melayu Bersekutu, Tidak Bersekutu, negeri-negeri Selat , termasuk dalam kesatuan kecuali Singapura.

1.2 Kewarganegaraan dalam Malayan Union diberikan kepada syarat berikut:

a) Setiap imigran yang menetap di Tanah Melayu antara 10 daripada 15 tahun

b) Mereka yang lahir di Tanah Melayu selepas gagasan Malayan Union layak menjadi warganegara.

c) Selepas gagasan mereka yang masuk ke Tanah Melayu boleh menjadi warganegara setelah tinggal selama 5 tahun.

1.3 Pemusatan kuasa kepada tangan kerajaan pusat. Kerajaan negeri dan sultan tidak mempunyai sebarang kuasa.

All The Best

Page 98: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

1.4 Penubuhan Majlis Penasihat Melayu dengan dipengerusikan oleh Sultan bagi membincangkan hal agama dan adat istiadat Melayu sahaja.

2. Sebab/Motif gagasan MU

2.1 Untuk menghukum bangsa Melayu yang tidak membantu Inggeris menentang Jepun dan membalas jasa bangsa Cina yang banyak membantu Inggeris.

2.2 Pegawai British bimbang dengan cadangan beberapa pemimpin Melayu yang hendak bergabung dengan Indonesia. Kesannya akan terbentuk negara yang berteraskan Melayu.

2.3 MU beri kecekapan dalam pentadbiran dengan menggabungkan semua negeri Melayu menjadi satu entiti politik. Hasilnya kecekapan dalam pentadbiran dan meningkatkan kemajuan ekonomi serta pertahanan serta kesamaan dalam kewarganegaraan bagi persediaan untuk bekerajaan sendiri ( Hall, 1987 )

2.4 Membolehkan British mengawal dan menjaga kepentingan ekonominya di Tanah Melayu. Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah untuk membangunkan British selepas hancur dalam perang dunia kedua.

3. Reaksi dan Sambutan

3.1 Timbul kekhuatiran dan kesangsian terhadap kejujuran Inggeris.

3.1.1 Sebab timbul kekhuatiran.

a. Pelaksanaan MU menghilankan hak istimewa orang Melayu terutama dalam hal kuasa Raja dan perkhidmatan pentabiran awam Tanah Melayu

Hak- hak istimewa Melayu yang mungkin hilang

I. Hak dalam pentadbiran

a. Keistimewaan dalam perkhidmatan awam ( Malayan Civil Service )

b. Bantuan pendidikan Melayu - MCKK dan MPSI

c. Perlantikan pegawai dalam pentadbiran oleh gabenor belum tentu memberikan keadilan kepada bangsa Melayu.

ii. Hak dalam ekonomi

All The Best

Page 99: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

a. Khuatir mansuhnya Kanun Tanah Simpanan Melayu

b. Hilang keistimewaan untuk memperoleh tanah-tanah kerajaan

c. Menjadikan orang Melayu kelas kedua.

b. Khuatir akan kesan-kesan negatif daripada pelaksanaan MU seperti kerakyatan yang menjadikan orang Melayu golongan minoriti. ( Lihat lain-lain kesan dalam perkara 5 )

c. Tidak bersetuju dengan motif penubuhan MU yang menyatakan orang Melayu tidak membantu Inggeris menentang Jepun. Ini memberi pelung kepada kaum Cina untuk mengambil alih peranan pembesar Melayu.

3.2 Membantah dan melancarkan demontrasi aman

3.3 Memboikot perlantikan gabenor MU

4. Proses pembentukan Malayan Union

4.1 Sir Harold Mac Michael ditugaskan untuk mendapatkan tanda tangan sultan-sultan Melayu dengan paksaan. Jika enggan diturunkan takhta dan dituduh bersubahat dengan Jepun

4.2 Sultan tidak diberi peluang untuk berunding dengan penasihat serta ahli Majlis Mesyuarat Negeri.

4.3 Sultan tidak dibenarkan melihat kertas putih mengenai gagasan MU kerana British telah mengambil pengajaran daripada peristiwa sentralisasi iaitu tedapat bantahan daripada pembear-pembesar Melayu mengenai kuasa dan kekuasaan Raja dan orang Melayu.

5. Kesan terhadap orang Melayu

5.1 Kewarganegaraan kaum Cina dan India setaraf dengan orang Melayu dan mereka menjadi bangsa majoriti.

5.2 Menggugat politik dan ekonomi Melayu dengan mengikis dan menghilangkan hak istimewa Melayu serta menambahkan jurang perbezaan kekayaan dan kemajuan antara Melayu dan bukan Melayu. ( Lihat dalam kehilangan hak Melayu dalam ekonomi dan politik ).

5.3 Sultan tidak berkuasa lagi. Kuasa sultan dalam pentadbiran agama Islam dan adat istiadat Melayu diambil alih oleh Gabenor Malaya Union. Sebagai contohnya perkara tentang zakat fitrah dibincangkan bersama dan mesti mendapat kelulusan daripada gabenor.

All The Best

Page 100: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

5.4 Perlantikan ahli majlis mesyuarat dilantik oleh gabenor.

5.5 Tanah Melayu menjadi negara jajahan dan bukan naungan.

5.6 Terpisahnya Singapura sebagai sebuah negara yang berasingan dan boleh menjejaskan kepentingan orang Melayu Singapura.

5.7 Memperlihatkan bahawa MMN dan MMP tidak mempunyai kuasa dalam menentukan arah perjalanan pentadbiran negeri-negeri Melayu.

5.8 Wujudnya penyatuan dan perpaduan Melayu dalam UMNO serta gandingan tangan antara UMNO dan Raja-raja Melayu.

5.9 Memperlihatkan kuasa rakyat dalam mempengaruhi raja supaya bertindak mengikut kemahuan orang-orang Melayu. Ini menunjukkan kematangan dan kesedaran yang tinggi dalam membangkitakan rasa nasionalisme Melayu di Tanah Melayu.

6. Penentangan Melayu terhadap Malayan Union

6.1 Menghantar memorandum kepada pejabat kolonial oleh Sultan Perak dan mengadu sikap Sir Mac Michael.

6.2 Sultan Kedah menghantar telegram ke London membantah cara baginda dikehendaki menandatangani perjanjian MU

6.3 Membawa kes ke mahkamah dengan melantik peguan John Foster.

6.4 Membuat petition kepada Raja England.

6.5 Membekalkan maklumat kepada bekas pegawai dalam MCS untuk berkempen di London. Antaranya oleh Sir Frank Swetteham.

6.6 Adakan kempen di akhbar-akhbar di London terutama dalam London Times.

6.7 Sultan tidak mengakui tanda tangan yang diturunkan dan menarik balik persetujuan.

6.8 Pemboikotan pelantikan gebenor MU - Edward Gent dan Malcolm MacDonal sebagai Gabenor General oleh pembesar-pembesar, sultan dan rakyat Tanah Melayu.

6.9 Penganjuran demontrasi aman, berkabung, dan penyatuan Melayu dalam UMNO.

6.10 Menggagaskan terma baru MU dan fungsinya seperti perlembagaan 1948.

6.11 Menghantar pemimpin Melayu ke London untuk menjelaskan penentangan dan rasa tidak puas hati terhadap cara Mac Michael.

All The Best

Page 101: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

6.12 Persatuan Melayu Johor tidak mengakui Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor kerana telah melanggar Fasal 15 Undang-undang Tubuh Negeri Johor - iaitu Raja tidak boleh membuat sebarang perjanjian tanpa mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Negeri. Jika tidak perlakuan itu pecah amanah dan boleh dihukum.

6.12 Sultan Selangor membantu Kesatuan Melayu Selangor dari segi kewangan dan moral.

7. Sebab kegagalan MU

7.1 Tidak ada sokongan daripada orang-orang Melayu

7.2 Konsep yang tidak menguntungkan Melayu

7.3 Kesan politik antarabangsa seperti peristiwa perang dingin: Komunis - Kapitalis dan bantahan Russia terhadap penubuhan MU- memperlihatkan wujudnya unsur regim lama sebelum perang dunia ke-2. Ini melanggar piagam PBB yang hendak memberikan kemerdekaan kepada negara-negara yang berkemampuan berbuat demikian.

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Ruang lingkup kajian

1. Isi perlembagaan

2. Kesan , keistimewaan, dan pembandingan dengan Malayan Union.

Perbincangan

1. Isi perlembagaan

1.1 Raja dikembalikan hak kedaulatan negeri dan berkuasa memerintah dengan syarat mesti mengikut nasihat Inggeris seperti sebelum MU.

1.2 Singapura masih kekal berasingan dan dijadikan crown colony.

All The Best

Page 102: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

1.3 Konsep kesatuan digantikan dengan persekutuan dengan diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi, Majlis Undangan dan Majlis Kerja. Majlis Kerja terdiri daripada beberapa orang pegawai rasmi dan selebihnya diplih daripada pelbagai peringkat bangsa yang menjadi ahli tidak rasmi. Majlis undangan terdiri daripada 15 orang pegawai rasmi dan 61 orang tidak rasmi yang dipecahkan kepda kuantiti berikut;

a ) Melayu 31 orang

b) Eropah, Cina, India ,dan Nasrani 30 orang.

1.4 Syarat kewarganegaraan bertambah ketat dengan syarat berikut:

a) Syarat tinggal di Tanah Melayu sekurang-kurangnya lima belas tahun semasa tempoh dua puluh lima tahun sebelumnya.

b) Mengakui mengenai penempatan kekal dan berkebolehan berbahasa Melayu atau Inggeris.

2. Kesan dan keistimewaan

Persekutuan Tanah Melayu 1948 banyak mencorakkan keistimewaan kepada orang-orang Melayu. Aspek-aspek keistimewaan ini dapat dilihat daripada aspek-aspek yang berikut:

2.1 Menentukan orang-orang Melayu masih menjadi warganegara yang majoriti dan ini memperlihatkan orang-orang Melayu masih menguasai politik negara. Keadaan ini berbeza dengan kedudukan orang Melayu dalam perlembagaan Malayan Union, jika MU diteruskan oleh British.

2.2 Penguasaan politik ini dapat dilihat melalui penguasaan kuasa dalam Majlis Kerja dan Majlis Undangan. Jika dibandingkan dengan MU, orang-orang Melayu tidak menguasai kuasa perundangan sebaliknya ia tertumpu kepada orang-orang bukan Melayu dan British. ( Lihat perkara 1.3 sebagai hujah tambahan ).

2.3 Kedaulatan raja-raja Melayu terjamin dan ini memastikan kedudukan adat istiadat Melayu dan urusan agama Islam masih ditadbirkan oleh orang-orang Melayu. Aspek ini walaupun ditekankan dalam MU, tetapi pelaksanaannya raja-raja Melayu tidak berkuasa. Ini menyebabkan urusan pentadbiran agama dijalankan oleh Gabenor Malayan Union. Secara khususnya maruah dan kesucian agama tidak tercemar dengan penguasaan raja dalam aspek ini.

2.4 Kuasa raja bukan setakat terbatas dalam pentadbiran agama, tetapi dalam menentukan kuat kuasa undang-undang yang digubal oleh Majlis Kerja. Tanda tangan dan pandangan serta persetujuan raja penting bagi mengesahkan penggubalan undang-undang. Jika tidak, undang-undang yang digubalkan tidak boleh dikuatkuasakan. Keadaan ini tidak berlaku dalam perlembagaan MU, di mana kuasa menentukan kuat kuasa undang-undang terletak pada Majlis Kerja dan gabenor sahaja.

All The Best

Page 103: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

2.5 Perlembagaan ini menjadi asas kepada perubahan-perubahan dan perkembangan perlembagaan seperti pelaksanaan Sistem Ahli, pilihanraya bandaran 1955, dan kewujudan perlembagaan PTM yang merdeka. Aspek-aspek ini memberi peluang kepada orang-orang Melayu mendapatkan latihan pentadbiran bagi bekerajaan sendiri dan akhirnya mencapai kemerdekaan.

2.6 Perlembagaan 1948 juga mengakui kedaulatan Bahasa Melayu yang akhirnya menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan walaupun perkara ini menjadi bahan tolak ansur dengan kepimpinan bukan melayu dalam parti Perikatan. Hal ini dapat diperhatikan dalam pemberian taraf kewarganegaraan yang menghendaki orang-orang bukan Melayu boleh bertutur dalam bahasa Melayu sebelum mereka diiktiraf menjadi warganegara Tanah Melayu. Yang penting dalam hal ini ialah penerimaan Inggeris untuk mengiktiraf bahawa semua warga Tanah Melayu mesti boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Jika dilihat dari aspek bahasa perkara ini tidak menjadi asas penting kepada penerimaan seseorang individu untuk menjadi warganegara Tanah Melayu.

2.7 Jika dilihat dari sudut syarat-syarat kewarganegaraan PTM 1948 lebih menjaga kepentingan Melayu dan menjadikan orang Melayu kaum majoriti. Hal ini kerana bagi orang bukan Melayu yang ingin menjadi warganegara dikehendaki melalui syarat yang ketat tidak seperti yang ada dalam Malayan Union.

DARURAT 1948 – 1960 dan PERKEMBANGAN PKM

Ruang lingkup kajian

1. Sebab berlaku darurat dan pemberontakan senjata oleh PKM.

2. Langkah dan tindakan mengatasi.

3. Kesan kepada masyarakat.

4. Kegagalan perjuangan PKM dalam darurat.

1. Sebab-Sebab Berlakunya Darurat

1.1 Faktor dalam negeri yang melibatkan tindakan kerajaan British terhadap PKM

All The Best

Page 104: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

1.1.1 Kegagalan perjuangan MDU yang didalangi oleh PKM mempengaruhi kerajaan British bagi memasukkan Singapura ke dalam MU serta penolakan British terhadap gagasan MDU dalam gabungan AMCJA-PUTERA untuk menggantikan perlembagaan MU dengan perlembagaan Rakyat.

1.1.2 Tindakan British yang melihat MDU yang bergabung dengan organisasi politik yang membentuk PMCJA dan kemudian bergabung dengan PUTERA digunakan oleh PKM untuk menyebarkan pengaruh dan ideologi komunis di kalangan masyarakat serta penggunaan kesatuan buruh seperti GLU kemudian diluaskan ke seluruh Tanah Melayu dengan nama baru PMGLU dan seterusnya PMFTU bagi mewujudkan kekacauan dan melancarkan mogok-mogok diseluruh Tanah Melayu dan Singapura. Tindakan ini menyebabkan British meminda undang-undang Buruh dengan mensyaratkan setiap pemimpin kesatuan perlu bekerja dalam bidang kesatuan tersebut.

Selain daripada tindakan pindaaan itu British juga meluluskan undang-undang seperti Trepass Law yang melarang pemimpin buruh daripada menemui , berucap dan mengorganisasikan pekerja-pekerja.

Begitu juga semua keatuan buruh perlu didaftarkan bagi memudahkan kerajaan mengawal pergerakan dan tindakan kesatuan buruh. Berikutan itu Ordinan Persatuan 1947 dikuatkuasakan. Mulai 1948 kerajaan British telah mengetatkan lagi Ordinan Persatuan dengan melarang kesatuan sekerja mencarumkan yuran keahlian kepada peringkat pusat. Selain itu, Ordinan Hasutan dan Buang Negeri juga dikuatkuasakan.

Sebagai kesan daripada perubahan ini PKM kehilangan:

a) Pengaruh dan gagal menyebarkan ideologinya di kalangan pekerja buruh.

b) Kehilangan sumber kewangan yang disebabkan kepimpinan kesatuan buruh bukan lagi dibawah telunjuk PKM.

c) Kegagalan dalam memperluas pengaruh dan ideologi menyebabkan PKM kehilangan satu cara bagi mencari kader-kader baru. Ini boleh menyekat perjuangan komunis.

d) PMFTU juga kehilangan rakan gabungan apabila kesatuan-kesatuan yang berlainan iktisas dilarang daripada bergabung menjadi persekutuan dan ini melemahkan juga kekuatan PMFTU.

e) Daripada tindakan perundangan ini memperlihatkan kegagalan strategi Barisan Bersatu dan jalan lain bagi menghidupkan pengaruh dan matlamat PKM ialah penentangan bersenjata.

All The Best

Page 105: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

1.1.3 Tindakan kerajaan British yang meminta setiap anggota MPAJA meletakan senjata dan seterusnya tidak mengikiraf perjuangan MPAJA/PKM bagi memerdekaan Tanah Melayu.

1.1.4 Kegagalan menggunakan strategi Barisan Bersatu di mana komunis cuba mempergunakan golongan nasionalisme bagi mendapatkan pengaruh dan menyebarkannya. Dalam aspek ini kegagalannya dapat dilihat apabila British meminta MPAJA meletakkan dan menyerahkan senjata. Tindakan MPAJA yang menyembunyikan kebanyakan senjata ini menjadikan ia satu organisasi yang dicurigai British.

1.2 Faktor luaran seperti pengaruh dan perubahan politik dunia selepas perang dunia kedua.

1.2.1 Berikutan daripada Perseidangan Pemuda Calcutta dan persidangan parti Komunis India di Calcutta dikatakan sebagai pencetus kepada idea pemberontakan . Ini berikutan daripada pertemuan antara Chin Peng dengan wakil PKC yang menggalakkan PKM melakukan pemberontakan. Lagipun persidangan ini telah ditaja oleh organisasi yang pro komunis iaitu WFDY – World Federation of Democratic Youth dan IUS – International Union of Student.

1.2.2 Berlakunya perubahan perkembangan politik antarabangsa yang menyaksikan pertentangan antara golongan komunis dan kapitalis ataupun perseteruan antara AS dan Russia. Hal ini dapat dijelaskan apabila pihak AS dan sekutunya cuba menyekat pengaruh komunis daripada berkembang ke Eropah Barat, Jepun, dan Asia Tenggara dengan banyak memberikan bantuan kewangan kepada negara-negara ini, terutama negera-negara Eropah dan Jepun bagi memulihkan ekonomi mereka. Hal ini dapat dlihat daripada rancangan Truman Doctrine dan  Marshall Plan. Bagi Komunis pemulihan ekonomi ini boleh menghalang dan menghancurkan cita-cita mereka bagi mengkomuniskan dunia. Keadaan ini juga berlaku di Tanah Melayu yang memperlihat kesungguhan British memulihkan keadaan yang teruk semasa pendudukan Jepun. Bagi menyelesaikan masalah, PKM dikatakan mendapat arahan daripada Moscow bagi melancarkan penentangan bersenjata.

1.2.3 Peranan yang dimainkan oleh Lawrence Sharkey wakil Parti Komunis Australia yang singgah untuk menghadiri sidang Pleno Keempat Jawtankuasa Pusat PKM yang mengkritik dasar yang dijalankan oleh PKM dan pandangan Zhadanov yang menyatakan dunia kini telah terbahagi kepada dua kem iaitu kapitalis dan komunis. Berikutan daripada itu Jawatankuasa Pusat PKM telah memutuskan bahawa bagi mencapai kemerdekaan ia perlu dijalankan dengan cara Perang Revolusi

All The Best

Page 106: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

Rakyat dan PKm adalah pemimpinnya, strategi perjungan perlu diubah daripada serah diri kepada perjuangan yang lebih militan, dan disiplin dalam PKM perlu diperketatkan lagi.

1.2.4 Kegagalan konsep Barisan Bersatu iaitau satu strategi Komunis antarabangsa mendapatkan pengaruh dan tempat di kalangan masyarakat. Satu cara tipu helah bagi menghalalkan perjuangan komunis dalam negara. PKM gagal dalam strategi ini apabila British bertindak mengharamkan PKM dan ini melatakkan PKM dalam keadaan terdesak. Ia akhirnya dinasihatkan untuk menukarkan cara perjuangan ke arah penentangan bersenjata sebelum kerajaan dapat meyakinkan masyarakat bagi penerimaan konsep demokrasi dan kapitalis.

2. Langkah-langkah mengatasi.

Tindakan yang diambil oleh British seperti:

2.1 Rancangan Brigg

2.1.1 Memindahkan dan menempatkan semula penduduk setinggan dan pinggir hutan ke kampung-kampung baru yang mempunyai kawalan keselamatan yang lebih terjamin. Hal ini bertujuan komunis daripada mendapat bantuan daripada penduduk-penduduk ini seperti bantuan makanan, maklumat, senjata, dan anggota baru.

2.1.2 Gerakan ini juga memutuskan perhubungan antara barisan depada dan institusi Min Yuen yang menjadi pembekal maklumat dan saraan kepada barisan depan komunis.

2.2 Mewujudkan Polis Khas ( Special Branch )

2.1.1 Bagi menyekat pemberontakan komunis kerajaan British telah merekrut seramai 25 ribu polis biasa dan 24 ribu polis khas. Kejayaan terpenting ialah wujud pasukan polis cawangan khas yang menjalankan operasi mereka melalui gerakan  internal-subversion, internal revolution, dan counter-espionage. Kejayaan besar pasukan ini ialah penangkapan seorang agen komunis yang bernama Lee Meng, merupakan seorang orang penting Chin Peng dalam menerima dan mengutuskan utusan daripada unit rahsia komunis.

2.3 Teknik Perang Urat Saraf

2.3.1 Dilancarkan oleh Sir Gerald Templer dikenali dengan Operasi Perang Urat Saraf dengan tujuan mempengaruhi hati dan pemikiran masyarakat terhadap kerajaan yang sedia ada. Dasar ini merupakan satu dasar Mao yang tidak dipatuhi oleh PKM. Ini diambil peluang oleh Templer bagi melancarkannya terhadap PKM.

All The Best

Page 107: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

2.3.2 Antara tindakan yang diambil ialah dengan meancarkan voice aircraft iaitu rakaman suara bekas-bekas komunis yang telah menyerah diri serta menggugurkan risalah supaya gerila komunis menyerah diri. Selain itu tindakan beliau mengistiharkan Safe Conduct Passes, iaitu satu cara kerajaan memberikan layanan dan pengawasan kesihatan yang baik kepada mereka yang meyerah,  dan Reward Pardon , iaitu satu langkah memberikan hadiah kepada penduduk yang membantu kerajaan untuk menangkap Komunis atau berjaya memujuk komunis untuk menyerah diri.

2.3.3 Melancarkan ketertiban undang-undang terhadap penduduk supaya menyokong kerajaan , jika tidak , meraka akan dikenakan  collective punishment iaitu dengan menutup kedai-kedai dan menambahkan masa perintah berkurung.

2.3.4 Templer juga mewujudkan kawasan hitam dan putih bagi menggalakkan masyarakat membantu kerajaan dan mendapat kehormonian hidup dan bebas daripada perintah berkurung.

2.3.5 Selain itu Templer juga mempekenalkan kada pengenalan, menambahkan peratusan orang cina untuk mendapatkan kewarganegaraan daripada 10% kepada 55%, mewujudkan Special Operational Volunteer Force yang dianggotai oleh bekas komunis bagi menentang PKM, membentuk Good Citizen Committee-  menjalankan perang saraf dan perarakan anti komunis, dan Templer juga menjalankan kegiatan lawatan ke hospital, mendidirkan dewan orang ramai, dan mewujudkan perhubungan mesra dengan masyarakat.

2.4 Tawaran penyerahan diri dan pengampunan

2.4.1 Penyerahan pertama semasa diadakan runding Baling pada tahun 1955 Tunku Abd Rahman menawarkan pengampunan kepada ahli PKM. Tawaran tersebut dibebaskan dan diampunkan daripada tuduhan membunuh dan mereka yang masih berpegang pada fahaman komunis akan dihantar ke Cina.

2.4.2 Tawaran kedua di tawarkan pada tahun 1957 semasa negara mendapat kemerdekaan dan dijanlankan selama 8 bulan dengan kaedah tawaran yang sama.

2.5 Menambahkann kekuatan angkatan bersenjata dan polis.

2.5.1 Penubuhan Home Guard dan pembekalan senjata-senjata terkini telah banyak membantu kerajaan British menentang komunis dengan mengawal kampung-kampung. Pasukan askar melayu diperbesar daripada 4 batalion kepada 6 batalion. Pasukan tentera udara ditambah dengan satu skuadran penggempur. Pasukan tentera laut pula menyerang kedudukan komunis di pinggir-pinggir sungai. Pasukan tentera ini juga mendapat bantuan daripada pasukan polis Palestin dan  Force 136.

2.6 Mewujudkan dan meminda undang-undang buruh yang nelibatkan kasatuan sekerja.

2.6.1 Setiap kesatuan buruh dikehendaki mendaftarkan pertubuhan mereka kepada pendaftar pertubuhan.

All The Best

Page 108: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

2.6.2 Kepimpinan kesatuan hendaklah mereka yang bekerja dalam bidang kesatuan yang diwakili.

2.6.3 Kepimpinan yang telah didakwa dan didapati bersalah tidak dibenarkan memimpin kesatuan sekerja.

3. Kesan terhadap masyarakat

3.1 Mewujudkan satu perikatan parti-parti politik yang memperjuangkan kepentingan bersama – Parti Perikatan, gabungan UMNO, MCA, dan MIC.

3.2 Menampakkan pertelagahan kaum antara Melayu – Cina. Semasa darurat ramai orang-orang Melayu telah dibunuh oleh PKM sebagai membalas dendam terhadap mereka kerana menyokong Jepun. Hal ini terutamanya dihadapi oleh bekas anggota PETA dan PUTERA.

3.3 Kesengsaraan ekonomi dan pembunuhan terhadap masyarakat dan individu-individu tertentu seperti pembunuhan Sir Henry Gurney, dan pengurus-pengurus ladang berbangsa Eropah. Hal ini menjejaskan masyarakat untuk mencari sara hidup yang begitu banyak bergantung kepada hasil pertanian seperti getah.

3.4 Perpindahan masyarakat ke kampung-kampung baru seperti dalam Rancangan Brigg.

3.5 Kewujudan gagasan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Walau bagaimanapun Brunei telah menarik diri daripada gagasan ini.

3.6 Wujudnya kawasan-kawasan hitam yang menjejaskan keharmonian masyarakat dan terbatasnya kegiatan-kegiatan ekonomi.

4. Sebab Kegagalan PKM/Darurat.

4.1 Kelemahan Organisasi PKM dapat dilihat dari sudut aspek berikut:

a. Kegagalan menyekat perpaduan , berlaku perpecahan dalam parti.

i. Selepas perang sebahagian ahli MPAJA – PKM menyerah diri dan berbalik kepada pangkuan masyarakat. Hal ini mengurangkan jumlah ahli dan kekuatan PKM . Ramai antara ahli yang masih setia ialah orang Cina. Wujud rasa tidak puas hati di kalangan ahli Melayu yang merasakan mereka dipinggirkan.

b. Strategi yang tidak bersesuaian dengan kehendak masyarakat.

All The Best

Page 109: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

i. Strategi PKM dengan membalas dendam terhadap mereka yang menganggotai pasukan keselamatan Jepun seperti Kempetei, Putera, dan PETA dipandang masyarakat sebagai golongan yang berbahaya. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka terdiri daripada orang Melayu.

ii. Keadaan ini akhirnya memperlihatkan PKM menjadi organisasi yang didominasikan oleh orang-orang Cina. Hal ini menjadi keraguan kepada perjuangan orang Melayu untuk menyokong PKM.

iii. Mereka gagal dalam mempertahankan kawasan yang telah dikuasai sehingga menyebabkan mereka tidak empunyai satu pangkalan yang kukuh bagi menggerakkan jentera propaganda sama ada dari segi politik, ekonomi, atau sosial. Dengan kata lain strategi untuk mencantumkan kesemua kawasan yang dikuasai oleh askar-askar yang menyerang ladang-ladang, Min Yuen dan askar-askar mahir yang menyerang kedudukan British gagal disatukan.

c. Masalah kewangan dan Kelemahan kepimpinan tertinggi PKM

i. Lai Teck Setiausaha Agong PKM melarikan sejumlah wang tabungan PKM .Usaha ini mengurangkan kemampuan PKM untuk bergerak dengan lebih berkesan.

ii. Masalah kewangan PKM diburukkan lagi dengan sekatan oleh pemerintah supaya kesatuan buruh diterajui oleh orang yang berkhidmat dalam pekerjaan tersebut.

iii. Orang bawahan melihat bahawa kepimpinan PKM boros serta telah menyalahgunakan kewangan serta bertindak biadap terhadap ahli sendiri sama ada dengan cara merampas isteri ahli serta tidak menghormati seperti yang dibentangkan dalam  ghost letter. Keborosan dan korup kepimpinan PKM dapat dijelaskan oleh Pye (1957) seperti dinyatakan oleh ahli yang tertangkap:

“ Apakah yang telah terjadi dengan wang yang telah kita kumpulkan. Saya lihat mereka ialah manusia korup. Mereka menjadi kaya dan membeli ladang-ladang getah untuk diri mereka. Kepimpinan atasan semakin boncit dan semua hak organisasi telah menjadi hak mereka.”

d. Kebergantungan terhadap Min Yuen dalam menyebarkan propaganda.

e. Pendekatan mencari pengaruh yang menakutkan masyarakat.

i. Kepimpinan PKM adalah terdiri daripada golongan bourjois bandar. Sedangkan masyarakat yang dikehendaki sebagai penyokong ialah golongan petani desa yang menjalankan pertanian sara diri. Teknik PKM yang memusnahkan sumber ekonomi mereka dengancara menakutkan mereka, membunuh dan memusnahkan sumber tersebut menjadikan masyarakat membenci dan tidak menyokong PKM.

All The Best

Page 110: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

ii. Keadaan ini sebenarnya melemahkan organisasi kerana PKM akhirnya tidak dapat merekrutkan kader-kader komunis dan terbatasnya pergerakan gerakan Min Yuen dalam mencari pengaruh di kalangan masyarakat.

f. Perjuangan yang tidak jelas. Objektifnya tidak dikongsi bersama dengan orang-orang Melayu. Alimin salah seorang pegawai tertinggi PKI menyatakan sekirannya PKM tidak dapat mempengaruhi orang Melayu maka perjuangan mereka akan gagal. Hal ini menyebabkan PKM gagal mempengaruhi orang Melayu untuk berjuang dalam PKM.

4.2 Tindakan yang diambil oleh British seperti:

a. Rancangan Brigg

b. Mewujudkan Polis Khas ( Special Branch )

c. Home Guard

d. Teknik Perang Saraf

e. Tawaran penyerahan diri dan pengampunan

f. Menambahkann kekuatan angkatan bersenhata dan polis.

g. Mewujudkan dan meminda undang-undang buruh yang nelibatkan kasatuan sekerja.

4.3 Kejayaan dalam memperoleh kemerdekaan daripada penjajah Inggeris.

pembentukan malaysia

Ruang lingkup Kajian:

1. Sebab pembentukan

2. Proses pembentukan

All The Best

Page 111: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

3. Kesan pembentukan

Sebab pembentukan

1. Menghalang perkembangan Komunis

a. wujud keadaan yang tidak menentu di Singapura yang memperlihatkan kegiatan subversif dan komunis begitu kuat.

b. kekuatan puak kiri yang boleh mengancam keselamatan Tanah Melayu

c. Sebagai bukti sejak pilihanraya 1948 di Singapura, puak kiri semakin menguasai politik Singapura.

d. Bagi mengekang masalah ini Inggeris sentiasa memberikan pengawalan keselamatan kepada Singapura sehingga 1958 dan apabila Singapura diberi peluang berkerajaan sendiri. Pengawalan ini berterusan sehingga 1963, tamat tempoh masa bekeraajaan sendiri.

e. Tanah Melayu bimbang Singapura akan diperintah komunis apabila ia menuntut kemerdekaan dari Inggeris pada 1963.

2. Memperteguh keselamatan

a. Ancaman komunis boleh menggugat Tanah Melayu dan wilayah serantau berdasarkan aspek berikut:

I. Kebangkitan Komunis di Indo Cina dan konsep teori Domino.

ii. Penguasaan PKI dalam pentadbiran Soekarno di Indonesia.

iii. Tanah Melayu melihat sendiri kebangkitan komunis yang tewas dalam darurat 1948-1960.

iv Penguasaan komunis yang didominasi oleh etnik Cina dan Singapura merupakan wilayah yang mempunyai penduduk etnik Cina yang ramai.

b. Bagi menjamin keselamatan Tanah Melayu kemasukan Singapura, Sabah, Sarawak ,dan Brunei akan dapat memperteguhkan keselamatan dan pengawalan apabila Inggeris berundur dari negeri-negeri tersebut, terutama Singapura yang dijangka menuntut kemerdekaan pada 1963. Ini berasaskan keupayaan dan pengalaman Tanah Melayu mengekang pengaruh komunis pada 1960.

All The Best

Page 112: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

3. Menjamin pemerintahan sendiri kepada Sabah, Sarawak, Singapura ,dan Brunei seterusnya ke arah kemerdekaan dalam Malaysia.

a. Mempercepatkan kemerdekaan bagi keempat-empat buah negeri ini untuk mencapai kemerdekaan.

b. Dijangkakan juga persetujuan Lee Kuan Yew dengan gagasan Malaysia adalah diandaikan bahawa Singapura mungkin menghadapi kesukaran menuntut kemerdekaan yang dijangkakan pada 1963 daripada Inggeris jika dibandingkan daripada Malaysia. Ucapan Lee dalam persetujuannya membentuk gagasan Malaysia:

“ ... Perisytiharan Tunku Abd Rahman itu sepatutnya dapat mempercepatkan kemajuan dan perkembangan politik ke arah kemerdekaan sepenuhnya untuk kita.”  ( Mokhtar A.Kadir , 1991 )

c. Keadaan ini dapat dilihat daripada persengketaan antara Lee Kuan Yew dengan Kuala Lumpur dalam mencari pengaruh di kalangan pengundi Cina serta menafikan dominan MCA.

4. Kedudukan ekonomi yang stabil

a Pembentukan Malaysia menguntung semua pihak. Seperti juga dalam Persekutuan 1896, negari kaya membantu negeri miskin. Dalam Malaysia hasil bumi yang tidak seimbang membolehkan negeri kaya seperti Brunei, dan Singapura membantu rakan-rakan di Sabah dan Sarawak yang masih mundur.

b. Keselamatan yang terjamin juga membantu hubungan dagangan dengan negara luar berjalan lancar.

c. Keadaan ini membolehkan pembangunan ekonomi dapat dilaksanakan secara beterusan.

d. Ini juga mungkin satu konsesi politik dan ekonomi, di mana negeri-negeri ini mendapat kebebsan penjajahan dan Tanah Melayu diberi peluang menguatkan ekonominya dengan bantuan negeri-negeri kaya. Ini dibuktikan lagi dengan kelewatan Brunei memperoleh kemerdekaan daripada Inggeris sehingga 1987.

5. Cita-cita politik pemimpin PAP Lee Kuan Yew bagi menguasai Malaysia dengan konsep Malaysia Malaysia yang menjuruskan kepada pertentangan Melayu - bukan Melayu.

All The Best

Page 113: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

a. Lee Kuan Yew merupakan pemimpin yang mempunyai cita-cita yang besar. Dengan kemasukkan Singapura dalam gagasan Malaysia, Lee Kuan Yew cuba untuk menengelamkan peranan MCA yang lebih bersifat sederhana dan perjuangkan kesederhanaan dan kehormonian kaum.

b. Keadaan ini dapat dilihat dalam pilihanraya 1964 PAP menenangi 37 daripada 51 kerusi. Akhirnya ia menuntut untuk membentuk kerajaan campuran walaupun dalam konsesi dan persetujuan antara Lee dan Tunku Singapura hanya boleh diwakili oleh 15 ahli parlimen ke Kuala Lumpur.

c. Kegagalan untuk menyakinkan Tunku Abd Rahman akan reputasi PAP Lee Kuan Yew telah menubuhkan  Malaysia Solidarity Convention iaitu perikatan parti-parti pembangkang yang majoritinya keturunan Cina. Selain daripada itu Kuan Yew juga melaungkan slogan Malaysian Malaysia untuk mencabar UMNO dan perikatannya.

d. Keadaan ini sebenarnya untuk menguji kemampuan dan kekuatan PAP bagi mendapatkan lebih banyak pengaruh dan kuasa serta melemahkan perikatan UMNO. MCA, dan MIC.

Proses Pembentukan Malaysia

Proses yang dijalankan

1. Secara rundingan dan permuafakatan serta pemberian konsesi kepada Singapura, Sabah , dan Sarawak.

2. Persetujuan daripada semua pihak, Komanwel, negeri-negeri terlibat, dan Inggeris

3. Mendapatkan pengesahan daripada Parlimen Tanah Melayu, Inggeris, Dewan Perhimpunan Singapura, Majlis Undangan Sarawak dan Borneo Utara.

4. Mendapatkan perkenan Baginda Queen dengan memperkenankan Akta Malaysia di London dan Rang Undang-undang Malaysia oleh Yang Dipertuan Agong di Kuala Lumpur.

5. Berlaku pertentangan daripada Indonesia dan Fillipina di adakan pungutan suara rakyat melalui Suruhanjaya Cobbold. Di Singapura diadakan referendum dan pendapat umum - 71.7 % bersetuju.

Latar belakang dan kronologi  pembentukan Malaysia

All The Best

Page 114: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

27.05.1961 Tunku Abd Rahman membuat pengumanan.

03.06.1961 Mendapat reaksi yang positif daripada Lee Kuan Yew

27.07.1961 Perbincangan gagasan dalam mesyuarat persatuan Komanwel dan bersetuju membentuk Jawatankuasa Perundingan Perpaduan ( SCC ). Dipengerusikan oleh Donal Stephen.

16.10.1961 Tunku membentangkan konsep Malaysia di Parlimen.

20.11.1961 Rundingan di London bagi mendapat persetujuan Britain mengenai penggabungan Singapura dan Tanah Melayu dan dibentuk pada 31 Ogos 1963.

Suruhanjaya bebas Cobbold ditubuhkan.

Menteri Luar Indonesia Dr. Subandrio juga menyokong penubuhan Malaysia di PBB.

Awal Tahun 1962

SCC menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold.

Suruhanjaya Cobbold membuat pungutan suara di Sabah dan Sarawak.

23.10.1962 Lee Kuan Yew menenmui Tunku Abd. Rahman mengenai penubuhan Malaysia.

Jun 1962 Laporan pungutan suara diumumkan.

Febuari 1963

Pemerintah Indonesia menarik balik sokongan dan wujud dasar konfrantasi.

Fillipina membantah dan menuntut Sabah kepada British. Kerajaan British menolak tuntutan tersebut.

16.08.1963 U Thant menghantar pasukan khas PBB bagi menjalankan pungutan suara di Sabah dan Sarawak. Dianggotai juga oleh wakil Indonesia dan Fillipina.

13.09.1963 Pasukan khas PBB melaporkan hasil tinjauan dan mengesahkan kedua-dua rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju bergabung dalam Malaysia.

16.09.1963 Malaysia ditubuhkan tanpa kemasukan Brunei.

Tujuan SCC 

All The Best

Page 115: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

1. Mengumpul maklumat , pandangan, dan pendapat orang ramai mengenai rancangan penubuhan Malaysia.

2. Memberi penerangan tentang soal-soal yang berkaitan dengannya.

3. Bersetuju dan mengadakan dan menggalakkan perbincangan tentang negara baru melalui percantuman.

4. Menyatukan kegiatan yang boleh menggalakkan dan mempercepatkan penubuhannya.

5. Menyerahkan hasil dapatannya kepada Suruhanjaya Cobbold.

Kesan Pembentukan Malaysia

1. Konfrantasi Malaysia-Indonesia

a. Operasi Ganyang Malaysia dilancarkan oleh Indonesia

b. Terlerai ikatan persaudaraan Melayu

c. Berlaku pencerobohan tentera Indonesia terhadap Malaysia di Pontian, Segamat, Kesang, Muar, dan Sarawak

2. Kewujudan negara baru dan pembebasan Singapura, Sabah, dan Sarawak daripada penjajahan Inggeris dan pergeseran politik Kuala Lumpur - Sabah, Sarawak, dan Singapura..

a. Wujud parti politik pro-Kuala Lumpur - Perikatan Sabah, dan Perikatan Sarawak.

b. Di Sabah, Donald Stephen telah dilucutkan jawatan dan digantikan dengan Datu Mustapa Harun.

c. Di Sarawak, Stephen Kalong Ningkan digantikan dengan Tawi Seli.

3. Pertelagahan kepimpinan Singapura-Malaysia.

a. Wujud pertentangan kaum - rusuhan dan pergaduhan Melayu-Cina 1964 di Singapura.

b. Kempen Malaysian Malaysia dilancarkan oleh PAP.

c. PAP cuba menguasai politik Cina dengan mengketepikan MCA.

All The Best

Page 116: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

4. Bantahan daripada Fillipina-Indonesia

a. Tuntutan-tuntutan daripada Fillipina dan Indonesia dibuat di peringkat antarabangsa.

b. Gabungan dalam ASA berkubur.

c. Gabungan Maphilindo tertangguh.

5. Hubungan diplomatik terputus.

a. Kedutaan Malaysia di Fillipina diturunkan ke taraf konsul sahaja.

b. Di Indonesia kedutaan Malaysia tidak diiktiraf sebagai Malaysia, tetapi diiktiraf sebagai kedutaan Tanah Melayu.

6. Wujud konsesi-konsesi untuk Sabah, Sarawak, dan Singapura. Antara yang terpenting..

a. Sabah dan Sarawak

I. Kedua-dua negeri akan diberi kuasa atas imigresen termasuk juga mengenai warganegara Malaysia dari negeri-negeri lain.

ii. Bahasa Melayu akan diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan akan tetapi bahasa Inggeris akan terus digunakan sebagai bahasa pengantar dan sebagai bahasa rasmi bagi kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan Negeri memutuskan sebaliknya.

iii. Islam akan menjadi agama rasmi akan tetapi agama-agama lain boleh dikembangkan.

iv. Rakyat bumiputera daripada kedua-dua negeri boleh menikmati hak-hak istomewa sama seperti hak-hak yang dinikmati oleh orang Melayu di Tanah Melayu.

v. Peraturan kerwangan akan dibuat untuk menjamin dana Persekutuan untuk pembangunan negeri.

vi. Satu perkhidmatan awam persekutuan bagi kedua-dua negeri itu akan ditubuhkan supaya pegawai-pegawai dagang boleh dikekalkan sehingga ada sebilangan pegawai tempatan yang cukup terlatih untuk menggantikan pegawai dagang itu.

b. Singapura

I. Singapura akan mengekalkan pelabuhan bebasnya.

All The Best

Page 117: Soalan Dan Jawapan-Sejarah Malaysia

ii. Diberi autonomi dalam bidang pendidikan dan perburuhan.

iii. Mendapat sebahagian besar hasilnya bagi perbelanjaan dalam kedua-dua bidang tersebut.

iv. Dipersetujui bahawa perwakilan Singauran dalam Dewan Rakyat Persekutuan akan dihadkan seramai 15 orang sahaja.

All The Best