smjk keat hwa2_smk agama kedah_smk tunku abdul malik

Upload: yasir10

Post on 05-Jan-2016

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Mata pelajaranSains

Kelas2 Cerdik

Waktu Pengajaran0740-0820

Tema pembelajaranJirim dalam Alam

Tajuk/BidangAir dan larutan

Objektif PembelajaranAsid dan Alkali

Hasil Pembelajaran1. Mengenal pasti sifat asid dan alkali

Aktiviti PdPOrientasi (5 minit)

Guru menunjukkan dua keping gambar kepada pelajar dan bertanyakan beberapa soalan.

(a) (b)1. Namakan bahan yang terdapat dalam gambar (a) dan (b).2. Apakah rasa bahan (a) ?3. Apakah sifat bahan (b) apabila disentuh?

Cetusan idea (15 minit)Aktiviti IBSE mengenalpasti sifat asid dan alkali

Guru membawa kertas litmus dan penunjuk semesta. Guru mengarahkan pelajar menguji bahan (a) dan (b) dengan kertas litmus merah, biru dan penunjuk semesta dan bertanya soalan.

4. Apakah perbezaan antara bahan (a) dan (b)?5. Sekiranya kedua-dua bahan diuji dengan penunjuk semesta, nyatakan perubahan warna yang berlaku. (Aktiviti dilakukan oleh pelajar)

Penstrukturan idea (15 minit)

Guru meminta pelajar mengumpul dapatan dari eksperimen yang dijalankan oleh pelajar dan dibentangkan dalam bentuk peta I-Think. Guru bertanya soalan bagi menjelaskan sifat asid dan alkali.

6. Kenal pasti yang manakah bahan berasid dan beralkali.7. Buktikan dengan menggunakan kertas litmus. (berdasarkan Aktiviti dilakukan oleh pelajar)

Aplikasi idea (5 minit)

Guru bertanya soalan bagi mengaitkan penggunaan asid dan alkali dalam kehidupan seharian.

8. Apakah kesan jika terkena asid pekat?9. Berikan tiga contoh kegunaan asid dan alkali dalam kehidupan seharian.10.Ahmad mengalami sakit perut akibat gastrik, apakah ciri-ciri ubat yang akan diberikan oleh doktor?11.Ani dan Alia sedang mengait buah rambutan, tiba-tiba Ani terkena gigitan lebah manakala Alia disengat tebuan. Apakah bahan yang boleh didapati di rumah untuk mengubati Ani dan Alia?12. Pelajar diberikan latihan seperti di bawah sebagai kerja rumah.

Soalan TIMMS

Pak Ali menaburkan serbuk kalsium hidroksida di atas permukaan tanah kebunnya yang tidak subur. Pada pandangan anda apakah fungsi serbuk tersebut. Jelaskan kesan terhadap tanamannya sekiranya Pak Ali tidak berbuat demikian dan cadangkan satu bahan lain yang dapat menggantikan serbuk kalsium hidroksida.

RUBRIK : 1. Bahan beralkali untuk meneutralkan tanah yang berasid. 2. Tanahnya berbau masam dan tanamannya tidak subur. 3. Ammonium hidroksida, magnesium hidroksida dan bahan-bahan beralkali yang lain.

DOMAIN : APLIKASI

Soalan PISA

HUJAN ASID

Hujan asid ialah hujan yang mempunyai nilai pH kurang daripada 5 yang mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida yang terlepas di udara bercampur dengan air hujan untuk membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fosil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.

Kejadian hujan asid boleh berpunca daripada aktiviti manusia ataupun berlaku secara semulajadi. Melalui kegiatan manusia, kegiatan industri yang dilakukan menghasilkan sulfur dioksida dan nitrogen melalui pembakaran bahan api fosil di kilang-kilang dan pembakaran arang batu bermutu rendah menyebabkan pembebasan gas sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera.

Hujan asid juga berlaku secara semulajadi. Pertama melalui letupan gunung berapi yang membebaskan gas sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan karbon monoksida.

Kedua, penguraian bahan organik melalui aktiviti bakteria dalam tanah menukarkan nitrat kepada nitrat dan menghasilkan gas nitrogen semasa hujan kilat. Selain itu, penguraian bahan organik dan najis haiwan oleh bakteria anaerobik mengakibatkan penurunan sulfur seperti desulfovibrio di mana ianya menukarkan sulfat kepada nitrogen sulfida.

Ketiga, kebakaran hutan secara semuladi akibat cuaca terlalu panas iaitu kejadian el-nino mengakibatkan gas-gas pencemar seperti gas nitrogen terbebas.

Hujan asid mendatangkan pelbagai kemudaratan terhadap beberapa aspek tertentu iaitu dari aspek kesihatan, kesuburan tanah dan tumbuhan, ekosistem akuatik dan bangunan serta peralatan bangunan. Dari segi kesihatan, ia memudaratkan golongan tidak kira tua mahu pun muda terhadap penyakit asma.Bagi kanak-kanak pula fenomena ini boleh menyebabkan batuk, alergi dan selsema. Gas sulfur dioksida pula adalah merupakan agen kepada beberapa penyakit seperti sakit dada, tulang, batuk, sakit kerongkong, barah kolon dan barah payu dara. Selain itu ia menyebabkan berlakunya penyakit kulit, keroskan tisu badan manusia yang menggunakan bekalan air dari sungai, tasik dan empangan yang terdedah kepada hujan asid.Ekosistem akuatik juga terganggu disebabkan oleh hujan asid ini. Tumbuhan dalam tasik dan hidupan plankton termusnah akibat penurunan nilai pH air tasik. Ini akan mengganggu kelancaran pembiakan ikan dan amfibia.Manakala ikan dan udang secara tidak langsung merupakan ancaman kepada manusia di mana kandunagan raksa dan asid sulfurik yang tinggi meresap masuk ke dalam kulit haiwan. Apabila manusia memakan haiwan ini akan menyebabkan penyakit barah kolon. Air sungai dan laut yang menjadi berasid pada pH 5 akan membunuh hidupan akuatik dan memutuskan rantaian makanan. Contohnya di Tasik Minnesota di mana hujan asid ini telah memusnahkan 140 buah tasik situ.Di bandar, hujan asid yang turun akan memberi kesan kepada bangunan dan peralatan bangunan. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid, ini akan mempercepatkan kadar hakisan dan pengaratan barangan besi. Selain itu, ia akan melunturkan cat kereta dan membocorkan bumbung-bumbung zink. Manakala batuan dan binaan bangunan menjadi lemah dan rapuh serta mempercepatkan hakisan bangunan.

Sumber : http://geografialamsekitar.blogspot.com/2010/07/hujanasid.html

1. Apakah kesan hujan asid terhadap alam sekitar dalam jangka masa panjang? ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ (menilai, aras sederhana)(3 markah)

2. Terangkan faktor yang menyebabkan berlakunya hujan asid? ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ (pengetahuan,aras sederhana)(2 markah)

Peta i-Think1. Persamaan dan perbezaan asid dan alkali dalam bentuk carta buih berganda.

Refleksi25 pelajar dapat menguasai hasil pembelajaran dan 3 orang diberi latihan pemulihan bagi membantu pemahaman mengenai tajuk ini.

AHLI KUMPULAN :1. PN ISTAWIYA BT IBRAHIM ( SMK AGAMA KEDAH)2. PN SITI SHUHANA BT SHAHADAN (SMJK KEAT HWA 2)3. PN FARZANA BT ELIAS (SMK TUNKU ABDUL MALIK)