slide perhiasan

41
Nur Atiyah bt Suratem IES 090030 Nik Azliza bt Abd Aziz IES 090024 Nur Aziemah bt Mohd Amin IES 090031 Ummu Syazwina bt Abd Azam IES 070108 Norlihasyikin bt Ramli IES 070075 AURAT & PERHIASAN Fiqh Halal & Haram

Upload: nuratiyah

Post on 04-Aug-2015

99 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Slide Perhiasan

Nur Atiyah bt Suratem IES 090030Nik Azliza bt Abd Aziz IES 090024Nur Aziemah bt Mohd Amin IES 090031Ummu Syazwina bt Abd Azam IES 070108Norlihasyikin bt Ramli IES 070075

AURAT & PERHIASAN

Fiqh Halal & Haram

Page 2: Slide Perhiasan

Muqaddimah

2

Page 3: Slide Perhiasan

Muqaddimah…

Islam memperkenankan seorang muslim supaya berpakaian baik dan cantik. Bahkan umat Islam juga dianjurkan untuk berpakaian bersih dan rapi, elok dipandang dan memperindahkan diri dengan beraneka pehiasan dan pakaian yang serba indah.Maka, Tujuan memperindahkan diri dengan pakaian dalam kacamata Islam ialah dua perkara:

1. Menutup aurat2. Perhiasan Diri

3Halal & Haram dalam Islam, Syeikh Yusuf al0-Qaradhawi

Page 4: Slide Perhiasan

4

Maka, barangsiapa mengabai antara kedua perkara ini, tentulah ia menyeleweng dari jalan Islam dan mengkut jejak langkah syaitan.

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.

Halal & Haram dalam Islam, Syeikh Yusuf al0-Qaradhawi

Page 5: Slide Perhiasan

Definisi & Konsep Aurat

5

Page 6: Slide Perhiasan

Konsep & Hukum

Perhiasan

6

Page 7: Slide Perhiasan

7

Perhiasan

Hukum asal bagi pakaian dan perhiasan sama ada yang berada pada tubuh badan, pakaian atau tempat tinggal adalah harus.

Ini berdasarkan dalil-dalil berkenaan perkara yang diciptakan dan menjadi nikmat untuk manusia agar manusia memanfaatkannya.

Nikmat-nikmat ini datang dalam bentuk pakaian, perhiasan, alat kegunaan dan kesenangan.

next, Surah al-A’raf:32.

Page 8: Slide Perhiasan

8

Maksud : Katakanlah (wahai Muhammad) : “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hamba-Nya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya? Katakanlah : Semua itu (nikmat-nikmat) untuk orang beriman (dan juga orang-orang yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia ; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui (Al-A’raf : 32)

Page 9: Slide Perhiasan

9

Pengecualian…

Daripada dalil-dalil ini dan selainnya kita mengetahui bahawa

prinsip asal bagi semua jenis pakaian dan perhiasan adalah

harus kecuali apa yang diharamkan dengan nas-nas yang

khusus

Page 10: Slide Perhiasan

10

Keharusan tersebut dikecualikan darinya beberapa jenis perhiasan tertentu yang dilarang oleh Syarak kerana hikmah-hikmah tertentu. Di bawah ini dijelaskan jenis-jenis perhiasan yang diharamkan.

Apakah jenis-jenis perhiasan yang dilarang di dalam Islam?

1. Emas dan sutera bagi kaum lelaki; Diharamkan ke atas orang lelaki memakai perhiasan emas

dan sutera kerana ia dikhususkan bagi kaum perempuan sahaja.

2. Perkakas dari emas dan perak; Diharamkan menggunakan emas dan perak selain untuk perhiasan diri dan juga sebagai mata wang. Oleh itu, tidak

harus menjadikan emas dan perak sebagai perkakas makan dan minum (yakni pinggan, cawan, mangkuk dan sebagainya), alat-alat tulis (pen dan sebagainya), bekas celak, hiasan rumah, majlis-majlis, masjid atau surau, kedai dan sebagainya. Sebagaimana

diharamkan mengguna, begitu juga haram menyimpannya.

Page 11: Slide Perhiasan

11

3. Merubah kejadian Allah; Syari’at Islam mengharamkan seseorang sama ada lelaki atau wanita berhias dan bersolek hingga ke tahap mengubah

kejadian Allah pada diri tanpa ada keperluan yang mendesak.

4. Menyerupai lelaki atau perempuan; Dilarang sama sekali lelaki meniru-niru gaya kaum wanita

dan wanita meniru-niru gaya kaum lelaki sama ada pada pada pakaian, perhiasan, gaya berjalan, bercakap dan sebagainya.

5. Dilarang bertabarruj; iaitu wanita berhias untuk lelaki-lelaki ajnabi iaitu lelaki-lelaki yang haram ia mendedahkan auratnya kepada mereka.

6. Tiada israf dan ikhtiyal; iaitu berlebih-lebihan dan berbangga-bangga dengan pakaian

dan perhiasan

Page 12: Slide Perhiasan

12

Bagi lelaki : memakai sutera diharamkan. Begitu juga penggunaannya dalam semua bentuk seperti untuk tempat duduk, berlindung dan berselimut dengannya.

Bagi wanita dan anak kecil : ia harus

PENGHARAMAN SUTERA BAGI LELAKI

next, Dalil Pengharaman Sutera bagi Lelaki.

Page 13: Slide Perhiasan

13

Dalil Pengharaman Sutera bagi Lelaki

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud (4057) dan Ibnu Majah (3595) dan selain keduanya daripada Ali bin Abi Talib r.a. katanya ;

“Rasulullah s.a.w telah mengambil sutera lalu diletakkan di sebelah kanannya dan mengambil emas dan diletakkan di sebelah kirinya, kemudian Baginda bersabda ; Sesungguhnya keduanya ini haram bagi lelaki umatku.

1

Page 14: Slide Perhiasan

14

At-Tarmizi (1720) meriwayatkan dengan sanad hasan sahih daripada Abu Musa al-Asy’ari bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

إلناثهم وأحل أمتي، ذكور على والذهب الحرير لباس حرم

“Diharamkan memakai sutera dan emas bagi lelaki umatku dan dihalalkan bagi wanita mereka.”

2

Pengharaman Sutera bagi Lelaki , con’t

Kemungkinan besar pengharaman ini (selain alasan (peribadatan) adalah disebabkan pemakaian sutera membawa kepada takabbur dan juga menyerupai wanita dan khunsa (pondan) serta jauh daripada sifat kelelakian.

Page 15: Slide Perhiasan

15

Ia dikecualikan dalam dua keadaan :

• Keadaan darurat iaitu apabila dia tidak mendapati sesuatupun kecuali sutera untuk menutup auratnya ataupun untuk melindungi dirinya daripada kepanasan ataupun kesejukan.

Keadaan Pertama

• Keperluan memakainya untuk menjauhi kemudaratan seperti apabila seseorang lelaki itu sakit dan pemakaian sutera akan mempercepatkan sembuhnya atau mengurangkan kesakitannya.

Keadaan Kedua

Page 16: Slide Perhiasan

16

• Diriwayatkan oleh al-Bukhari (5501) dan Muslim (2076) dan ini adalah lafaz Muslim daripada Anas bin Malik r.a:

والزبير عوف بن الرحمن لعبد رخص وسلم عليه الله صلى الله رسول أن , وجع أو بهما نت كا حكة من السفر في الحرير القمص في العوام بن

بهما كان

Rasulullah s.a.w telah memberikan rukhsah (keringanan) kepada Abdul Rahman bin Auf r.a. dan Az-Zubair bin al-Awwam r.a. untuk memakai pakaian sutera ketika dalam permusafiran disebabkan penyakit gatal ataupun kesakitan yang dialami mereka.

Dalil

Page 17: Slide Perhiasan

17

• Dalam keadaan ini, ia dihitung mengikut mana yang lebih banyak.

• Hukum akan berpihak kepada yang paling banyak antara keduanya dan pakaian itu akan diberikan dengan namanya dan hukumnya.

• Jika sutera lebih banyak, maka lelaki diharamkan memakai dan menggunakan pakaian itu.

• Jika kain selain sutera itu lebih banyak, maka lelaki dibenarkan memakai dan menggunakannya.

Hukum Memakai Kain yang bercampur dengan sutera.

Page 18: Slide Perhiasan

18

• Jika kadar keduanya sama, dibenarkan memakai dan menggunakannya sebagai mengutamakan bahagian yang harus kerana itu hukum asal.

• Berdasarkan ulasan sebelum ini, dibenarkan menjahit bahagian tepi pakaian dengan sutera iaitu menjahit bahagian hujung pakaian dengan sutera dengan kadar yang biasa.

• Dibenarkan juga menampal baju dan menyulamnya dengan sutera tidak melebihi kadar empat jari tangan yang disusun

• Jika lebih kadar ini, tidak dibenarkan.

• next, Dalil Tampalan dengan Sutera

Page 19: Slide Perhiasan

19

Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (2069) :

Asma’ bt Abu Bakar r.a. telah mengeluarkan sehelai jubah panjang thoyalisah kiswaniyah. Ia mempunyai saku yang dibuat dari kain sutera, kain bawahnya dan sakunya juga dari kain sutera. Asma’ berkata ; Baju ini ada pada Aisyah r.a. sehingga dia wafat. Apabila dia wafat aku mengambilnya. Nabi s.a.w. pernah memakainya. Kami memandikan orang sakit menggunakannya untuk tujuan berubat.

Dalil Tampalan dengan Sutera 4 jari Tangan

Page 20: Slide Perhiasan

20

DEFINISI TABARRUJ Ulasan Syeikh az-Zamakhsyari :

Hakikat tabarruj adalah sengaja menampakkan apa yang harus ditutup.

Ia diambil daripada kata-kata “Safinatun barijun – kapal yang tidak bertutup.

Tetapi bagi wanita, tabarruj bermaksud wanita yang menampakkan perhiasan dan kecantikannya kepada lelaki bukan mahram.

Tabarruj juga membawa maksud berlebih-lebihan dalam berpakaian dan berhias dan juga berpakaian dan berhias untuk menarik perhatian kaum lelaki.

Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi, Dr. Amru Karim Sa’dawi

Page 21: Slide Perhiasan

21

dalam firmanNya;

{ة| |ي �َج~اه|ل ال َج~ ~ر� ~ب َت ج�ن~ ~ر{ ~ب َت و~اَل~ �ن{ |ك �وَت �ي ب ف|ي ن~ و~َق~ر��ول~ى اُأْل�

“dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu bertabarruj (yakni berhias dan bertingkah laku) seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu ….”. (al-Ahzab: 33)

Page 22: Slide Perhiasan

22

Perkara yang tergolong dalam pengertian Tabarruj

1. Mendedahkan aurat yang sepatutnya ditutup

2. . Mendedahkan perhiasan pada badan yang tidak

sepatutnya diperlihatkan melainkan kepada suami atau

mahram sahaja

3. Bertingkah-laku dan bercakap dengan gaya yang boleh

menggairahkan lelaki.

4. Tidak memakai tudung kepala dengan sempurna hingga

menampakkan rambut dan perhiasan-perhiasan di leher,

telinga dan sebagainya.

5. Bersolek dengan solekan yang boleh menimbulkan

perasaan ghairah kepada kaum lelaki. Ini termasuklah

memakai gincu bibir, memakai pipi merah, berwangi-

wangian di luar rumah dan sebagainya.

Page 23: Slide Perhiasan

23

• Diharamkan menginaikan (mewarnakan) rambut kepala dan janggut dengan warna hitam bagi lelaki dan perempuan.

• Diharuskan menginaikan uban dan mencelupkan rambut dengan warna selain hitam bagi lelaki dan perempuan seperti warna kuning dan merah.

HUKUM MEMAKAI INAI HITAM

Kitab Fikah Mazhab Syafie, Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al- Bughi & Ali Asy-Syarbaji

Page 24: Slide Perhiasan

24

• Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (2102) dan selainnya daripada Jabir r.a. katanya :

بياضا • كالثغامة ولحيته ورأسه ، الفتح يوم َقحافة بأبي أَتي , بشيء : هذا غيروا وسلم عليه الله صلى الله رسول فقال

السواد واجتنبوا

Pada hari pembukaan Kota Makkah, Abu Quhafah Uthman (bapa Abu Bakar yang masuk) Islam waktu itu) telah dibawa menemui Rasulullah s.a.w. dalam keadaan rambut dan janggutnya serba keputihan. Rasulullah s.a.w. bersabda , “Ubahlah warna ini dengan sesuatu dan jauhilah warna hitam.

Dalil Pengharaman

Page 25: Slide Perhiasan

25

• At-Tarmizi (1752) meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda ;

“Ubahlah warna uban dan jangan kamu menyerupai orang Yahudi.

• Al-Bukhari (5559) dan Muslim (2103) meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. ; Bahawa Nabi s.a.w. bersabda

“Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani tidak menggunakan inai, maka berbezalah kamu dengan mereka”.

Dalil Pengharaman ,con’t

Page 26: Slide Perhiasan

26

• Jika kita menggunakan inai (pewarna) hitam kemungkinan ia merupakan satu penipuan dan merubah keadaan sebenar .

• Penggunaan warna hitam akan menjadikan orang dewasa menjadi remaja dan orang telah berumur menjadi muda pada pandangan ramai.

Hikmah Pengharaman Pewarna Hitam

Page 27: Slide Perhiasan

27

• Menurut Yusuf al-Qardhawi hukum menyambungkan rambut dengan rambut lain adalah haram bagi lelaki dan wanita, janda atau telah berkahwin untuk berhias atau bagi sebab lain.

• Hal ini juga sama bagi hukum memakai rambut palsu, mengenakan bulu mata palsu.

MENYAMBUNG RAMBUT

Page 28: Slide Perhiasan

28

• Dalil yang mengharamkan ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (5591) dan Muslim (2122) daripada Asma’ bt Abu Bakar r.a. katanya :

Seorang perempuan telah datang menemui Nabi s.a.w. katanya ; “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku memiliki anak perempuan yang sedang meningkat remaja. Dia terkena penyakit rubela yang menyebabkan rambutnya gugur, apakah aku boleh menyambungkannya?”. Jawab baginda : “ Allah melaknat perempuan yang menyambungkan rambut dan perempuan yang meminta disambungkan rambutnya”.

• Hal ini dibolehkan jika menyambungnya dengan bahan selain rambut manusia

seperti potongan kain, jahitan atau sebagainya.

Dalil Pengharaman

Page 29: Slide Perhiasan

29

• Mengenai menyambungkan rambut dengan benang sutera dan seumpamanya yang tidak menyerupai rambut maka ia diharuskan dan tidak dilarang kerana ia tidak termasuk hukum menyambung rambut yang dilarang. Ia hanya untuk perhiasan.

• Penggunaan bahan yang tidak menyerupai rambut

Page 30: Slide Perhiasan

30

• Bagi lelaki : adalah harus memakai cincin daripada perak.

• Lelaki tidak dilarang memakai cincin perak kerana Rasulullah s.a.w. sendiri memakainya. Berdasarkan hadis Riwayat Bukhari (5537) dan Muslim (2029) :

Anas r.a. berkata : Tatkala Nabi  ingin menulis surat kepeada orang Rom. beliau telah diberitahu bahawa mereka tidak akan membaca mana-mana surat melainkan ada chop keatasnya, maka baginda pun mengambil cincin peraknya, Ia bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat di tangannya, dan diukir dengan perkataan Muhammad Rasulullah”

HUKUM MEMAKAI CINCIN, GELANG DAN RANTAI

Page 31: Slide Perhiasan

31

• Lelaki dilarang memakai perhiasan (termasuklah cincin dll) yang diperbuat daripada emas. Begitu juga suasa kerana suasa adalah logam hasil campuran daripada emas dan perak.

• Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ali karamallahu-wajhah :

“Rasulullah s.a.w. telah mengambil kain sutera dan dipegangnya di tangan kanannya, dan mengambil emas dan dipegangnya di tangan kirinya, kemudian baginda berkata : Sesungguhnya kedua-dua ini adalah haram bagi kaum lelaki dari ummatku.”

Page 32: Slide Perhiasan

32

• Lelaki dilarang mengenakan perhiasan seperti gelang, rantai dll kerana ia menyerupai wanita.

• Menurut ulasan Yusuf al-Qardhawi dalam Kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, daripada maksud hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Hakim: Rasulullah melarang lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya di dalam berpakaian dan perhiasan.

Page 33: Slide Perhiasan

33

• Bagi wanita : Harus berhias dengan gelang, rantai, cincin dan lain-lain perhiasan yang diperbuat daripada emas dan perak.

Hukum bagi Wanita.

Page 34: Slide Perhiasan

34

• Al-Wasyam (membuat tattoo)• dibuat dengan cara menusukkan jarum dan

seumpamanya di anggota badan sehingga mengalirkan darah. Kemudian celak atau pewarna dimasukkan dalam tusukan itu.

Hukumnya haram.

Fuqaha’ menyatakan ; tempat yang ditatukan menjadi najis kerana terdapat darah beku di dalamnya. Jika ia boleh ditanggalkan dengan perubatan maka wajib dilakukan.

Hukum al-wasyam, an-namasy dan at-taflij

Jika dikhuatiri

mengakibatkan

kemudaratan ataupun aib

teruk (seperti kecacatan)

pada anggota yang jelas

kelihatan seperti muka,

maka tidak wajib

menanggalkannya.

Cukuplah taubat

menggugurkan dosa

Page 35: Slide Perhiasan

35

2. An-Namasymencabut bulu kening atau mencukur kening.

Hukumnya haram.

3. At-Taflij menjarakkan gigi kacip dan geraham dengan alat

kikir dan

seumpamanya.

Hukumnya haram.

Page 36: Slide Perhiasan

36

• Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (5587) dan Muslim (2122) daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya ;

Allah telah melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang meminta dibuatkan tatu, orang yang mencukur kening dan menjarakkan giginya agar kelihatan cantik, juga orang yang merubah ciptaan Allah. Kenapa aku tidak melaknat orang yang telah dilaknat oleh Rasulullah s.a.w. sedangkan ada disebut dalam Kitab Allah :

Apa yang Rasul beri kepadamu, maka terimalah dan apa yang dilarangnya, maka tinggalkanlah (al-Hasyrr : 7)

Dalil Pengharaman Tatoo, Mencabut Bulu Kening dan al-Tafalij

Page 37: Slide Perhiasan

37

• Tidak diharamkan an-namasy dan at-taflij atas sebab perubatan ataupun keaiban.

• Menurut Syeikh Yusuf al-Qardhawi (dalam kitabnya : al-Halal wal Haram Fil Islam) ; jika terdapat kecacatan pada seseorang itu yang boleh menyakitinya sama ada sakit secara fizikal atau mental (menimbulkan rasa rendah diri) setiap kali berada dalam majlis atau singgah di satu tempat, maka diharuskan membaiki kecacatan tersebut selama niatnya untuk menghilangkan kepayahan yang dihadapinya.

• Sebagai contoh diharuskan adalah hukum memakai pendakap gigi.

• Yang diharamkan hanya pada tujuan kecantikan semata-mata.

Pengecualian

Page 38: Slide Perhiasan

38

• Ketika ditanya kepada Yusuf Qardhawi hal ini (menurut Kitab Wanita dalam Fiqh al-Qardhawi) sama ada halal atau haram :

Dengan adanya cat pewarna di kuku maka, ia telah menghalangi masuknya air ke dalamnya. Hasilnya wudhu’ tidak sah dan solat tidak dapat disempurnakan.

Seseorang muslim itu mempunyai kewajipan mendirikan solat lima waktu dan tidak mungkin mempunyai waktu yang terlalu lapang untuk mengurus cat pewarna pada kuku ini (kebarangkalian tinggi untuk meninggalkan solat jika seseorang itu memakai cat pewarna ini kerana urusan pembersihannya dan urusan mengenakannya semula )

HUKUM MENGECAT KUKU

Page 39: Slide Perhiasan

39

• Lelaki digalakkan memakai wangi-wangian oleh Rasulullah s.a.w.

• Bagi wanita dibolehkan memakai wangi-wangian di dalam rumah khususnya bagi yang bersuami.

HUKUM MEMAKAI WANGIAN

Page 40: Slide Perhiasan

40

• Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

• “Sesiapapun wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.” 

[Diriwayatkan oleh al-Nasai dan dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Shahih

Sunan al-Nasai – hadis no: 5141]

• Larangan ini tidak membezakan sama ada wangian tersebut dikenakan di atas badan atau pakaian. Dikatakan “penzina” adalah kerana wangi-wangian yang dikenakan oleh wanita adalah salah satu faktor yang menaikkan berahi kaum lelaki sehingga akhirnya menyebabkan perzinaan, sama ada secara rela atau paksa. Walaubagaimanapun hadis ini tidaklah melarang seorang muslimah daripada menjaga dirinya daripada berbau busuk. Oleh itu dibolehkan, malah dianjurkan, untuk menjaga keharuman diri dengan sabun mandian atau semburan badan yang bersifat menahan peluh (anti perspirant) atau bau busuk (deodorant).

Page 41: Slide Perhiasan

41

SEKIAN