sistem ekologi

32
Sistem Ekologi TEMA : SISTEM EKOLOGI Ekologi merupakan satu kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan alam sekitar. Terjadinya saling pergantungan di antara satu komuniti masing-masing dengan alam persekitarannya. Contohnya: mengkaji tentang hubungan manusia (komuniti hidup) dengan alam seperti tanah untuk kediaman, air untuk minuman, udara untuk pernafasan dan sebagainya. Ekosistem Merupakan satu sistem yang melibatkan interaksi antara satu komuniti yang bernyawa iaitu manusia, haiwan dan tumbuhan dengan alam sekitarnya yang tidak bernyawa Komponen ekosistem Ekosistem mempunyai dua komponen yang utama iaitu: 1. komponen biotik 2. komponen abiotik Komponen biotik Merangkumi benda-benda hidup yang terdapat di dalam sesebuah ekosistem iaitu merangkumi - manusia - haiwan - tumbuh-tumbuhan - mikro organisma Komponen ini boleh dipecahkan kepada tiga kumpulan utama iaitu: 1 pengeluar 2. Pengguna 3. Pengurai Pengeluar

Upload: rabiatul-adawiyah-awang

Post on 12-Jul-2016

261 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

biogeografi sosial

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Ekologi

Sistem Ekologi

TEMA : SISTEM EKOLOGI

Ekologi merupakan satu kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan alam sekitar. Terjadinya saling pergantungan di antara satu komuniti masing-masing dengan alam persekitarannya. Contohnya: mengkaji tentang hubungan manusia (komuniti hidup) dengan alam seperti tanah untuk kediaman, air untuk minuman, udara untuk pernafasan dan sebagainya.

Ekosistem

Merupakan satu sistem yang melibatkan interaksi antara satu komuniti yang bernyawa iaitu manusia, haiwan dan tumbuhan dengan alam sekitarnya yang tidak bernyawa

Komponen ekosistem

Ekosistem mempunyai dua komponen yang utama iaitu:

1. komponen biotik

2. komponen abiotik

Komponen biotik

Merangkumi benda-benda hidup yang terdapat di dalam sesebuah ekosistem iaitu merangkumi

- manusia

- haiwan

- tumbuh-tumbuhan

- mikro organisma

Komponen ini boleh dipecahkan kepada tiga kumpulan utama iaitu:

1 pengeluar

2. Pengguna

3. Pengurai

Pengeluar

Dikenali sebagai tumbuh-tumbuhan. Ia mampu menghasilkan makanannya sendiri dengan bergantung kepada alam persekitarannya yang tidak bernyawa seperti cahaya matahari, nutrien dalam tanah, air dan lain-lain melalui proses fotosintesis.

Pengguna

Merangkumi benda hidup selain daripada tumbuh-tumbuhan iaitu manusia dan haiwan. Pengguna boleh dipecahkan kepada 3 kumpulan iaitu

Page 2: Sistem Ekologi

Pengguna primer (herbivor) merupakan pengguna yang berada ditahap paling rendah/bawah, biasanya merangkumi binatang yang hanya memakan agen pengeluar iaitu tumbuh-umbuhan. Contoh- ulat dan belalang.

Pengguna sekunder (karnivor) merupakan haiwan yang berada pada tahap kedua iaitu selepas pengguna primer. Ia biasannya akan mendapat makanan dengan memakan pengguna peringkat primer. Contoh: ayam sebagai sebagai pengguna sekunder akan memakan ulat iaitu pengguna primer sebagai makanannya.

Pengguna tertier (omnivore) merupakan pengguna peringkat ketiga dan yang paling atas. Pengguna tertier akan menjadikan pengguna sekunder sebagai makanannya. Contoh: burung helang- burung helang akan memakan ayam sebagai makanannya

Pengguna juga boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan iaitu

1. pengguna herbivor- merupakan binatang yang hanya memakan tumbuhan sahaja sebagai makanannya. Contoh: ulat, belalang, kambing, lembu, dan lain-lain

2. pengguna karnivor- merupakan haiwan yang memakan daging sebagai makanannya. Contoh: harimau, burung helang dan ular.

3. Pengguna omvivor- merupakan haiwan yang memakan tumbuhan dan

daging. Contoh: manausia

Pengurai merupakan egen saprofik iaitu terdiri daripada bakteria, kulat dan cacing. Ia berperanan untuk mengurai bahan-bahan organik seperti bangkai haiwan, manusia dan tumbuh-tumbuhan yang mana ia akan membebaskan nutrien-nutrien bukan organik seperti nitrogen, karbon dan lain-lain dan akan digunakan kembali oleh tumbuhan untuk pembesarannya.

Komponen Abiotik

Komponen abiotik terdiri daripada benda-benda yang membentuk alam persekitaran di sekeliling kehidupan seperti cahaya matahari, air, udara, mineral dalam tanah- kesemua unsur ini akan digunakan oleh kumpulan biotik dalam pelbagai cara dan pelbagai keadaan. Contohnya: hidupan air perlukan air untuk hidup dan udara dalam air diperlukan unuk bernafas.

Aliran tenaga dalam rantaian makanan dan siratan makanan

Rantaian makanan merujuk kepada pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia, dan beberapa jenis sebatian daripada satu organisma kepada organisma yang lain di sepanjang satu hala.

Contoh; tumbuhan---------- belalang----------- ayam------------berung helang

(pengeluar ) (pguna Pertama) (pguna Kedua) (pguna ketiga)

Siratan makanan pula merujuk kepada pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia dalam satu jaringan yang kompleks yang terdiri daripada beberapa rantaian makanan yang saling berkaitan dan berinteraksi.

Page 3: Sistem Ekologi

Matahari sebagai punca tenaga

Matahari merupakan punca utama tenaga dalam rantaian makanan dan siratan makanan. Ini kerana tumbuhan (pengeluar) mendapat tenaga daripada cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis bagi membolehkan proses pembesaran dilakukan. Tanpa tenaga dari matahari tumbuhan tidak dapat menjalankan aktiviti pembesaran walaupun mendapat bekalan iaitu air, tanah dan nutrien di dalam tanah. Di dalam ekosistem ia wujud secara saling berkait sekiranya salah satu daripada komponen di dalam ekosistem terjejas ia akan mempengaruhi komponen yang lain.

Sekiranya tumbuhan tidak mendapat cahaya matahari ia tidak dapat melakukan pembesaran dan akan mati. Apabila tumbuhan mati ia akan mempengaruhi pengguna yang memakan tumbuhan kerana ketiadaan makanan akan menyebabkan pengguna primer akan mati apabila pengguna pertama telah pupus, ia akan mengancam pengguna sekunder yang bergantung hidup kepadanya dan begitulah seterusnya.

Contoh:

Tumbuhan (rumput)- mati kerana tidak boleh melakukan proses

fotosintesis

pengguna primer - juga akan pupus kerana kekurangan

(belalang) makanan

Pengguna sekunder - juga menghadapi masalah makanan kerana

(ayam) makanan pengguna primer pupus

Pengguna tertier - juga akan pupus kerana kekurangan makanan

(helang)

Jelasnya matahari adalah sumber tenaga di dalam rantaian dan siratan makanan kerana ia membantu kepada perkembangan tumbuhan.

Aliran tenaga dalam rantaian makanan (ekosistem, hutan hujan tropika)

Matahari merupakan punca tenaga bagi semua kehidupan. Pengeluar (tumbuhan) akan menggunakan cahaya matahari unuk melakukan proses fotosintesis bagi menghasilkan karbohidrat, protein bagi membantu proses pembesaran dan pembiakan. Ini menunjukkan tenaga haba dan cahaya dipindahkan dari cahaya matahari kepada tumbuhan. 90% tenaga itu hilang melalui proses tumbesaran, pernafasan dan lain-lain. 10% disimpan dalam tisu badan (daun, akar, batang dan lain-lain)

Tumbuhan dimakan oleh pengguna pertama (ulat/belalang) bagi menambahkan tenaga supaya ulat/belalang dapat bergerak, membesar dan membiak dengan sempurna. Tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengeluar kepada pengguna pertama. 90% dari tenaga itu digunakan untuk pembesaran dan 10% disimpan.

Page 4: Sistem Ekologi

Pengguna primer (ulat/belalang) dimakan oleh pengguna sekunder (ayam) bagi menambahkan tenaga supaya pengguna sekunder dapat bergerak, membesar dan membiak dengan sempurna. Ini menunjukkan tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengguna primer kepada pengguna sekunder. 90% tenaganya digunakan dan 10% disimpan.

Pengguna sekunder (ayam) dimakan oleh pengguna tertier (helang). Helang makan ayam untuk mendapatkan tenaga supaya ia dapat bergerak, membiak dan membesar dengan sempurna. Tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengguna sekunder kepada pengguna tertier. 90% dari tenaga itu digunakan untuk proses pembesaran dan 10% disimpan.

Apabila semua organisma hidup ini mati, berlakulah proses penguraian oleh bakteria pengurai seperti bakteria, cacing dan kulat. Organisma pengurai mendapat tenaga kimia daripada pengeluar dan pengguna yang mati. Proses ini menambah nutrien ke dalam tanah dan seterusnya digunakan oleh pengeluar semula.

Aras trofik

Aras trofik merujuk kepada kedudukan organisma-organisma yang dihubungkaitkan oleh tenaga dalam rantai makanan di mana pengeluar pada aras pertama, herbivor (pengguna primer) aras kedua, Karnivor (pengguna sekunder) pada aras ketiga dan omvivor (pengguna tertier) pada aras ke empat.

Piramid ekologi (Piramid aliran) dan kehilangan tenaga

Piramid aliran bermaksud peringkat-peringkat atau tahap-tahap di dalam rantaian makanan dengan bilangan organisma atau haiwan yang terlibat di dalam setiap peringkat.

Aliran tenaga dalam siratan makanan boleh dilihat dalam bentuk piramid kerana bilangan di setiap peringkat adalah tidak sama. Bilangan pengeluar adalah bilangan yang paling banyak dan berada di peringkat paling bawah di dalam piramid kerana bilangan pengeluar ini tidak menggnakan tenaga yang terlalu banyak untuk terus hidup.

Selepas pengeluar pengguna primer pula berada di lapisan yang kedua. Ini kerana bilangan pengguna primer sedikit berbanding dengan pengeluar tetapi lebih berbanding dengan pengguna sekunder. Pengguna primer berada di atas pengeluar dalam piramid menunjukkan pengguna primer memerlukan tenaga yang lebih berbanding dengan pengeluar. Bilangan pengguna primer sedikit berbanding dengan pengeluar juga penting untuk memastikan pengguna primer mendapat makanan yang secukupnya.

Pada peringkat ketiga piramid dihuni oleh pengguna sekunder. Bentuk piramid yang semakin mengecil ke atas mengambarkan bilangan pengguna sekunder lebih sedikit berbanding dengan pengguna primer. Dan ia berada di atas pengguna primer menggambarkan pengguna sekunder memerlukan tenaga yang banyak berbanding dengan pengguna primer. Bilangan pengguna sekunder sedikit berbanding dengan pengguna primer penting untuk memastikan supaya pengguna sekunder mendapat makanan yang secukupnya.

Pada peringkat keempat atau puncak piramid dihuni oleh pengguna tertier. Ia berada di puncak menunjukkan tenaga yang diperlukan oleh pengguna tertier ini sangat banyak berbanding dengan

Page 5: Sistem Ekologi

pengguna-pengguna yang lain. Ruang yang runcing dan kecil menunjukkan bilangan pengguna ini adalah sangat sedikit. Ini penting untuk memastikan pengguna tertier ini mendapat makanan yang secukupnya.

Piramid aliran dan kehilangan tenaga

Sebenarnya susunan di dalam piramid ini penting kerana ia adalah bertujuan untuk memastikan berlakunya keseimbangan dan penerusan rantaian makanan di dalam satu-satu ekosistem.

Sekiranya bilangan pengguna sekunder dan pengguna tertier lebih besar daripada pengguna primer dan pengeluar akan berlaku ketidakseimbangan di dalam sesebuah ekosistem

Konsep kitar nutrien

Kitaran bahan kimia/unsur kimia dalam biosfera/sebuah ekosistem berlaku secara berterusan melalui tiga fasa dalam edaran yang lengkap (oksigen, karbon, nitrogen)

a) Kitar Nitrogen (dalam ekosistem pertanian)

Fasa atmosfera- nitrogen wujud di atmosfera sebagai gas yang tidak boleh digunakan secara langsung oleh kebanyakan organisma. Nitrogen di atmosfera datang dari kilat, aktiviti perindustrian dan bakteria pengurai nitrogen dan juga pembakaran hutan.

Fasa biosfera (manusia/tumbuhan/haiwan)- tumbuhan mendapat nitrogen melalui akar dalam bentuk ammonia atau nitrat dan ditukar kepada molekul organik (asid ammonia, protein dan lain-lain). Nitrat ke dalam tanah juga melalui bakteria pengikat nitrogen pada tumbuhan kekacang. Nitrat ini di serap oleh akar tumbuhan seterusnya tumbuhan dimakan oleh haiwan. Bahan kumuhan haiwan /manusia juga mengandungi ammonia.

Fasa dalam tanah- Organisma mati mengalami proses pereputan menghasilkan ammonia atau nitrat ke dalam tanah. Nitrat ke dalam tanah juga daripada bakteria pengikat nitrogen menghasilkan baja nitrat dan baja ini akan diserap oleh tumbuhan terutama dalam aktiviti pertanian.

Kitar Oksigen

Oksigen yang terdapat dalam atmosfera/udara untuk pernafasan oleh haiwan dan manusia. Oksigen ini terhasil daripada proses fotosintesis oleh tumbuhan. Manusia bernafas membebaskan karbon dioksida, karbon dioksida juga terhasil dari proses pengaratan, proses pereputan dan proses pembakaran. Karbon dioksida ini digunakan /diambil oleh tumbuhan untuk fotosintesis. Melalui proses fotosintesis tumbuhan membebaskan oksigen ke atmosfera.

Kitar Karbon

Karbon dalam atmosfera dalam bentuk gas karbon dioksida yang terhasil daripada aktiviti pembakaran terutama yang menggunakan bahan api fosil dan juga dari proses pereputan jirim organik yang telah mati.

Page 6: Sistem Ekologi

Gas karbon dioksida ini digunakan oleh tumbuhan untuk proses fotosintesis bagi menghasilkan makanannya sendiri untuk proses pembesaran. Tumbuhan ini dimakan oleh organisma hidup iaitu haiwan.

Apabila semua organisma hidup ini mati akan mengalami proses pereputan dan akan menghasilkan mendapan berkarbon minyak, arang batu, bahan gambut dan lain-lain) dalam tanah dan bahan ini akan digunakan pula untuk aktiviti pembakaran yang akan menghasilkan gas karbon dioksida semula ke atmosfera.

Kepentingan ekosistem

kepentingan ekosistem hutan

1 Sumber kayu kayan-menghasilkan sumber kayu dalam pelbagai bentuk untuk kegunaan tempatan dan eksport ini akan menghasilkan pendapatan negara. Di Malaysia terdapat 677 spesies pokok balak yang mempunyai nilai dagangan yang tinggi seperti cengal, meranti, seraya, keruing dan balau

2 Sumber makanan- kepelbagaian spesies tumbuhan hutan kaya dengan sumber makanan kepada hidupan

3 Ekonomi tradisional- orang-orang asli yang masih menjalankan pertanian pindah, mengutip dan berburu. Ekosistem hutan juga menjadi habitat atau tempat tempat tinggal orang-orang asli di samping sumber hutan sebagai sumber makanannya. Sumber hutan juga menjadi sumber ekonomi orang-orang asli dengan menjual rotan, akar-akar kayu, damar dan lain-lain.

4. Sektor pelancongan- Kepelbagaian spesies flora dan fauna mampu menarik pelancongan dan seterusnya akan menambahkan pendapatan penduduk dan Negara. Kawasan hutan seperti Taman Negara di Pahang. Hutan Endau Rompin, Taman Negara Sepilok di Sabah dan lain-lain terkenal dengan destinasi pelancongan utama kerana keindahan khazanah kepelbagaian biologi hutannya.

5 Kawasan tadahan air- bagi membekalkan air kepada empangan untuk keperluan manusia dan hidupan.

6 Habitat flora dan fauna- Contoh hutan Amazon bagi satu hektar hutan terdapat 750 spesies haiwan dan 1500 jenis spesies tumbuhan. Haiwan ini hidup, membesar dan membiak dengan sempurna di dalam hutan.

7 Elak hakisan tanah-litupan tumbuhan melindungi tanah daripada hakisan percikan atau hempasan air hujan dan mengurangkan hakisan larian air permukaan melalui cengkaman akar.

8 Menyederhanakan suhu sekitar- berkaitan dengan kelembapan udara yang tinggi di kawasan hutan tebal maka suhu persekitaran juga adalah sederhana. Udara yang nyaman ini menjamin habitat yang sesuai untuk kepelbagaian spesies fauna dan flora hidup, membesar dan membiak.

9. Mengurangkan kelajuan angin- Di kawasan hutan hujan tropika tiupan angin sentiasa tenang dan nyaman. Dirian pokok dan kanopinya mampu mengurangkan halaju angin dengan berkesan.

Page 7: Sistem Ekologi

10. Membekalkan oksigen- tumbuhan melakukan proses fotosintesis dengan adanya cahaya matahari, air dan bahan-bahan mineral dalam tanah. Melalui proses tersebut oksigen dapat dibebaskan.

Kepentingan Hutan Paya Bakau

(kepada manusia)

1. Sumber kayu arang,kayu api dan lain-lain. Kepada manusia

2 Untuk bahan binaan- cerucuk dan pancang kayu dalam pembinaan benteng dan jambatan dan tiang rumah.

3. Sumber perubatan – ubat sakit kerongkong dari bakau minyak dan ubat tahan muntah dari bakau perepat.

4. Sumber makanan yang menghasilkan pendapatan tambahan kepada nelayan pantai dari tangkapan pelbagai jenis ikan, ketam nipah, lokan, kerang, Kepah dan lain-lain.

5. Kawasan hutan bakau telah diubah menjadi kolam-kolam ternakan akuakultur seperti ternakan ikan kerapu dan udang harimau.

6. Sesetengah tempat- hutan dikekalkan dalam keadaan semula jadi sebagai

Satu tarikan pelancong- ia berfungsi sebagai eko pelancongan.

(kepada alam sekitar)

7. Membekalkan oksigen –tumbuhan bakau yang menghijau menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen menerusi proses fotosintesis

8. Mengawal hakisan/menstabilkan muara sungai/pesisir pantai- pokok-pokok bakau yang berakar ceracak dan tumbuh dengan padat dapat mengurangkan pengaliran sedimen dan mencengkam struktur tanah di kawasan pesisir pantai tersebut.

9 Menghalang angin kencang- hutan bakau sebagai zon penampang yang boleh menghalang tiupan angin kencang dari laut ke kawasan pedalaman.

10 Penapis bahan pencemar- hutan paya bakau berupaya menyerap bahan pencemar seperti sebatian nitrogen dan fosforus.

11. Habitat pelbagai jenis hidupan air. Berfungsi sebagai tempat pembiakan dan perlindungan pelbagai jenis udang, ketam, kepah, kerang dan lain-lain. Kawasan ini sesuai untuk pembiakan kerana air yang tenang dan banyak plankton sebaqgai sumber makanan.

Keseimbangan ekosistem

Merupakan usaha mengekalkan keseimbangan sesuatu ekosistem dengan melibatkan pengekalan komponen biotik dan abiotik secara seimbang dari segi interaksi di antara satu dengan yang lain. Perubahan yang berlaku pada sesuatu komponen ekosistem boleh mencetuskan reaksi daripada

Page 8: Sistem Ekologi

komponen lain bagi penyesuaian satu keseimbangan ekosistem baru. Faktor utama yang menyebabkan sesebuah ekosistem terganggu ialah:

1. faktor fizikal/semulajdi – serangan penyakit

2 Faktor alam sekitar/bencana alam

- kemarau

- banjir

- hakisan

- tanah rutuh

- rebut taufan

3. Faktor aktiviti manusia

- Gangguan ekosistem hutan

Perubahan cuaca dan iklim- kemarau- tumbuhan mati-berlaku kepupusan terhadap pengeluar- pengguna menghadapi ketidakcukupan makanan dan Ini mengganggu proses rantaian makanan dan pengaliran tenaga seterusnya menyebabkan ekosistem tersebut terganggu.

Fenomena kebakaran hutan akibat cuaca yang panas- tumbuhan semula jadi yang berfungsi sebagai pengeluar dan pelindung/habitat akan musnah. Ini akan mengganggu bekalan makanan kepada herbivor, karnivor dan omvivor seterusnya pereput /pungurai.

Gempa bumi dan pergerakan jisim- kemusnahan kepada tumbuhan-

kepupusan pengeluar merupakan gangguan kepada rantaian makanan dan tenaga seterunya member kesan kepada pengguna herbivor dan pengguna-pengguna lain.

Pembinaan empangan hidroelektrik – melibatkan penebangan dan pembersihan untuk pembinaan empangan dan juga penenggelaman kawasan hutan bagi tujuan menakung air. Rantaian makanan hutan hujan tropika termusnah dengan cepat.

Pembalakan tanpa kawalan- menyebabkan kemusnahan spesies fauna dan flora secara besar-besaran. Kemusnahan rantaian makanan, kehilangan habitat mejejaskan ciri ekologi dan mengganggu ekosistem tersebut.

Pemburuan dan pemungut sumber hutan- kepupusan hidupan dan kepupusan kepelbagaian biologi. Unsur-unsur biotik dalam hutan tersebut pupus dan ini menjejaskan proses pengaliran makanan

Aktiviti pertanian pindah- aktiviti penebangan/pemusnahan hutan semula jadi dilakukan secara besar-besaran untuk dijadikan ladang-ladang pertanian. Pembakaran hutan akibat pertanian pindah boleh memusnahkan ekosistem hutan dan ini mengganggu pengaliran makanan dan tenaga.

Pembangunan bandar di kawasan tanah tinggi-Pembinaan kawasan rumah-rumah mewah bangunan-bangunan, infrastruktur dan lain-lain melibatkan penebangan hutan secara besar-besaran

Page 9: Sistem Ekologi

yang menyebabkan pengeluar mati dan musnah, yang secara tidak langsung membawa kemusnahan rantaian makanan.

2. Gangguan ekosistem pertanian

1. Serangan penyakit- penyakit terhadap pokok-pokok padi dan populasi dalam sawah padi-kepupusan spesies

2. Kemarau- kekeringan kawasan pertanian-tanaman mati dan pupus

3 Banjir-air menenggelami kawasan pertanian- tanaman mati dan kepupusan hidupan

4. ribut- memusnahkan tanaman di kawasan pertanian

5 Penambakan-pembinaan kawasan perumahan, infrasruktur, industri, pembandaran dan lain-lain-kemusnahan kawasan pertanian

6 penggunaan baja kimia dan racun serangga secara berlebihan yang

membawa kepada kepupusan spesies.

7 Menjerat haiwan- yang membawa kepada kepupusan haiwan dalam kawasan tersebut.

8 Industri-pengaliran sisa toksid ke kawasan pertanian-bertambah keasidan tanah-membawa kepada tanaman mati

3. Gangguan ekosistem tasik/kolam

1. Aktiviti penebusgunaan tasik

Tasik yang ada mungkin ditimbus untuk dijadikan pelbagai tapak bina seperti kawasan perumahan, industri dan lain-lain. Ini memusnahkan semua ekosistem di dalamnya. Habitat tasik berkenaan akan hilang dan semua jenis hidupan air akan mati.

2. Pembangunan pertanian

Penggunaan racun seperti DDT dan penggunaan baja kimia menyebabkan

Sumber-sumber air tasik tercemar apabila bahan kimia tersebut dilarut resapkan oleh air dan menuju ke sungai/tasik. Kemerosotan kualiti sumber air tasik ini menyebabkan hidupan air tersebut mati seperti zooplankton dan tumbuhan hijau yang lain dan ini juga menyebabkan

Rantaian makanan dalam tasik akan musnah.

3. Aktiviti perindustrian

Berlakunya penyaluran dan pembuangan sisa toksik oleh sesetengah kilang memproses seperti kilang getah, kelapa sawit, kilang membuat cat dan lain-lain. Ini menyebabkan air tasik tercemar dan memusnahkan segala hidupan di dalam tasik tersebut sekaligus keseluruhan ekosistem tasik akan musnah

4. Aktiviti penternakan

Page 10: Sistem Ekologi

Pembuangan najis binatang ternakan ke dalam tasik juga merosakkan kitaran ekosistem tasik. Contoh najis khinzir ke dalam tasik akan menjejaskan ekosistem tasik berkenaan. Air tasik akan berbau busuk dan berasid ini mematikan hidupan dalam tasik berkenaan.

5. Aktiviti pelancongan

Melibatkan penyaluran dan pembuangan sisa kumbahan dari hotel, resort,

chalet ke kawasan tasik yang berdekatan. Ini menambahkan kandungan bakteria ini menyebabkan kualiti air tasik kian merosot dan seterusnya mematikan pelbagai sumber seluruh hidupan akuatik dalam tasik termasuklah zooplankton yang menjadi sumber makanan utama kepada hidupan dalam tasik.

6 Pembangunan sektor pembandaran

Pertambahan penduduk bandar, kewujudan kawasan setinggan yang membuang sisa domesik seperti sampah sarap dan air kumbahan ke tasik atau takungan air yang berhampiran termasuk juga pembuangan sisa makanan oleh peniaga kecil. Ini menyebabkan air tasik menjadi busuk dan seterusnya mengganggu keseimbangan ekosistem tasik berkenaan.

7. Aktiviti perlombongan

Sisa perlombongan bijih timah, emas dan tembaga mencemarkan tasik apabila ia dialirkan/dibuang ke dalam tasik. Contoh, perlombongan tembaga di Mamut Sabah. Air tasik berkelodak dan tercemar dan ini menyebabkan terganggunya hidupan dalam tasik berkenaan.

Kesan kemusnahan ekosistem hutan hujan tropika

1 Kesan terhadap alam sekitar fizikal

Gangguan terhadap kepelbagaian biologi- spesies flora dan fauna diancam kepupusan sehingga ada antaranya tidak sempat dijalankan pemuliharaan. Contoh: hutan hujan amazon seluas 0.5 bilion hektar mempunyai berjuta spesies haiwan dan tumbuhan yang sekarang sudah terancam.

Habitat semula jadi musnah- apabila habitat musnah haiwan juga turut musnah atau berlakunya penghijrahan spesies untuk mencari habitat baru

Kerosakan ekosistem – kemusnahan rantaian makanan, kitar tenaga dan lain-lain. komponen biotik dan abiotik musnah menyebabkan gangguan ekologi secara menyeluruh akan berlaku.

Kesan terhadap cuaca- kemusnahan hutan boleh mengubah cuaca dunia. hutan berfungsi menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen dan ini juga boleh mengurangkan kesan rumah hijau. Kemusnahan hutan menyebabkan pelepasan karbon dioksida akan terus berlaku sehinggamenyumbang kepada pemanasan global. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan suhu.

Pengurangan kelembapan udara- ini terjadi kerana fungsi tumbuhan untuk membebaskan wap-wap air telah hilang ini menyebabkan wap air dalam udara berkurangan. Dalam suasana udara kering memudahkan lagi

Page 11: Sistem Ekologi

wujudnya partikel terampai dalam udara yang secara langsung memudah terjadinya fenomena jerebu.

Tiupan angin yang lebih kencang- angin kering menyebabkan tekanan udara rendah ini menambahkan halaju angin, dengan ketiadaan tumbuhan sebagai penghalang menyebabkan tiupan angin lebih kencang.

Kesan terhadap hidrologi- Ketiadaan tumbuhan menyebabkan kadar susupan air ke dalam tanah berkurangan, menjejaskan kawasan tadahan air dan bekalan air ke dalam sungai atau tasik. Di samping mengurangkan jumlah hujan tempatan kerana kurangnya proses transpirasi. Juga meningkatkan kadar larian air permukaan yang membawa banyak kelodak dan lumpur ke dalam sungai

Kesan terhadap manusia

Kekurangan sumber makanan- Banyak spesies tumbuhan hutan sebagai sumber makanan. Kesan utama kepada masyarakat orang asli yang banyak bergantung sumber makanan dari memungut hasil hutan dan memburu binatang.

Mengurangkan sumber kayu balak- pokok-pokok balak yang berharga seperti cengal, meranti, seraya, keruing dan lain-lain akan musnah. Ini akan mengganggu aktiviti ekonomi berasaskan sumber pembalakan industri perabot, industri kayu dan lain-lain, ini menjejaskan pendapatan penduduk dan negara.

Mengurangkan bekalan oksigen- untuk keperluan pernafasan kepada benda hidup.

Menjejaskan sumber air- simpanan air dalam tanah akan berkurangan yang akan mengurangkan bekalan air kepada sungai dan empangan. Kesannya manusia juga akan mengalami krisis bekalan air.

Langkah mengawal kemusnahan ekosistem hutan hujan

Langkah pemeliharaan

1. Mewarta kawasan hutan simpan. Kawasan hutan seperti ini dinamakan

sebagai hutan perlindungan, hutan berhasil dan hutan lipur.

2. Penguatkuasaan undang-undang- kerajaan telah meluluskan akta per hutanan Negara dan akta industri berasaskan kayu pada tahun 1984. Di bawah akta ini telah menggariskan beberapa larangan seperti, memasuki kawasan hutan kekal, menebang, memotong dan lain-lain. Mereka yang melakukan kesalahan akan dibawa ke mahkamah dan didenda sehingga RM 50 000 atau 2 tahun penjara.

3. Pendidikan – pendidikan tentang alam sekitar boleh dilaksanakan pada dua peringkat iaitu peringkat sekolah sebagai kurikulum formal yang diajar dalam mata pelajaran geografi. Secara tidak formal melalui pembacaan dan kempen kesedaran.

4. Kempen kesedaran- biasanya dilaksanakan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti Pencinta Alam Sekitar Malaysia dan juga Sahabat Alam Sekitar (SAM)

Page 12: Sistem Ekologi

Langkah pemuliharaan

1. Penanaman semula – menanam semula hutan di kawasan yang telah mengalami kepupusan. Dengan kaedah satu spesies atau pelbagai spesies

2. Silvikultur- iaitu cara pemulihan hutan yang melibatkan penubuhan ladang hutan

Langkah /usaha untuk mengekalkan ekosistem hutan paya

1. Langkah perundangan- menghadkan lesen penebangan hutan dan mengenakan tindakan undang-undang kepada pesalah.

2. Bukan perundangan- mengadakan projek tanam semula hutan (pemuliharaan)

3. Mewartakan hutan simpan

4 Kependidikan- tentang pentingnya hutan pada masa depan.

5 Tubuh satu jawatankuasa untuk pemantauan kawasan hutan paya

Pengaruh manusia kepada biosfera

Manusia merupakan elemen aktif yang mampu mengubahsuai dan memberikan pengaruh kepada elemen lain dalam sistem bumi.

Sebagai elemen aktif, manusia juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi elemen lain di biosfera

Gangguan biosfera

Gangguan kepada tumbuhan

Gangguan kepada haiwan

Gangguan kepada manusia lain

Jenis gangguan :

Langsung

Tidak langsung

Page 13: Sistem Ekologi

Bentuk gangguan umum

Pemusnahan habitat

Pengubahsuaian alam sekitar

Pemusnahan langsung

Penerokaan kawasan

Kesan gangguan/ ketidak seimbangan biosfera

Gangguan rantai makanan- Tidak cukup makanan/ rantai makanan putus

Kesihatan

Kematian/ kepupusan

Perubahan fisiologi

Adaptasi fisiologi dan tingkah laku

Penerokaan kawasan akan mengubah tingkah laku biotik

Page 14: Sistem Ekologi

Manusia merupakan unsur yang paling dinamik serta banyak membawa perubahan pada alam sekitar. Hubungan manusia dengan alam sekitar merupakan fenomena yang unik sehingga berlaku pertikaian pendapat dalam kalangan para sarjana apabila membentangkan usul mengenai hubungan manusia dengan alam sekitar. Pertikaian adalah berpunca daripada dua unsur iaitu manusia dan alam sekitar dengan persoalan siapa yang lebih dominan mempengaruhi ‘hubungan’ berkenaan.

Dalam pada itu, hubungan manusia dengan alam ini berkisar pada ruang permukaan bumi yang menjadi ‘rumah’ kepada manusia dalam menjalankan kegiatan harian. Sebagai contoh, manusia ekonomi iaitu merupakan manusia yang menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi dengan kaedah berinteraksi dengan persekitaran fizikal melalui tradisi hubungan budaya manusia dengan alam sekitar. Malahan, Foster E.M (1979: p.70) menyatakan Aristotle telah membuat tanggapan bahawa manusia sebagai objek yang selalu bertindak mencari kebahagiaan dan ini menjelaskan bahawa manusia memerlukan alam sekitar untuk mencapai tujuannya.

Dalam konteks proses hubungan tadi, kelangsungan perhubungan ini dijelaskan oleh Frederich Ratzel (1892) yang menyatakan manusia merupakan komuniti yang sama dengan haiwan dan tumbuhan, terpaksa bertungkus–lumus untuk hidup. Saya berpendapat perkataan ‘bertungkus – lumus’ di sini membawa makna manusia mempunyai hubungan dengan alam sekitar yang mana manusia menganggap alam sekitar itu dianggap sebagai ‘rumah’ yang menyediakan keperluan manusia dan untuk itu manusia berinteraksi dengan alam sekitar unjtuk mendapatkan keperluan melalui budaya manusia yang dikaitkan dengan aktiviti ekonomi.

BAHAGIAN 2: ALAM SEKITAR DAN HUBUNGAN DENGAN MANUSIA.

Dalam tradisi hubungan manusia dengan alam sekitar melibatkan ruang permukaan bumi sebagai setting aktiviti kehidupan yang mana Richarh G. Boehm(1996) menyatakan alam sekitar merujuk pada ruang permukaan bumi yang mempunyai perkaitan dengan cuaca, tanah – tanih, bentuk muka bumi, geomorfologi , hidrologi dan tumbuh – tumbuhan. Oleh yang demikian jelas bahawa manusia geografi adalah wujud seiring dengan persekitaran fizikal.

Dalam pada itu, susunan alam sekitar ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap aktiviti manusia ekonomi khususnya kelompok manusia yang kurang memiliki teknologi dalam peningkatan hasil di kawasan terpencil. Dalam pada itu United Nations Development Programme (UNDP, 2001) menyebut satu usaha diperlukan untuk membangunkan manusia untuk mengembangkan potensi

Page 15: Sistem Ekologi

mereka ke tahap maksimum dan ke arah produktif dan kreatif mengikut keperluan dan minat masing – masing. Ini bermaksud dalam kes tertentu manusia tidak mencapai potensi maksimum dalam aktiviti ekonomi mereka tetapi saya berpendapat ‘usaha’ yang dimaksudkan di sini mungkin sekali ialah geografi ekonomi.

Oleh yang demikian, jelas bahawa dalam aktiviti kehidupan manusia peranan geografi ekonomi sangat penting untuk menentukan kejayaan hubungan manusia dengan alam sekitar dalam konteks kemajuan ekonomi. Geografi ekonomi bukan sahaja memainkan peranan dalam penentuan arah ekonomi komuniti sesuatu kawasan tetapi juga penting kerana peranan sebagai alat mengkaji sumber ekonomi di ruang permukaan bumi yang diduduki oleh manusia. Seperti kata John Janmaat(2001) hubungan rapat dengan alam sekitar akan membawa kualiti hidup yang tinggi. Ini menunjukkan perkataan ‘hubungan rapat’ di sini membawa makna manusia menjalankan aktiviti kehidupan dengan berinteraksi dengan alam sekitar dengan menggunakan geografi ekonomi sebagai alat komunikasi.

Dalam menjelaskan hubungan manusia – alam sekitar, saya menggunakan ilustrasi yang digambarkan melalui Rajah 1 di atas yang mana kelangsungan hubungan manusia ekonomi dengan

Page 16: Sistem Ekologi

alam sekitar berlangsung dalam ruang permukaan bumi yang ditandai dengan ruangan kekotak putus – putus di mana manusia dan alam sekitar berada di atas permukaan bumi yang ditunjukkan oleh anak panah. Hubungan langsung di antara manusia ekonomi dengan alam sekitar sememangnya sudah wujud melalui ruang permukaan bumi tetapi interaksi yang berkesan hanya wujud apabila manusia mempunyai pengetahuan dan teknologi yang mencukupi untuk mencapai keperluan melalui aktiviti peringkat primer.

Dalam pada itu, sebagai manusia ekonomi yang selalu mementingkan keuntungan maka manusia ekonomi tadi memerlukan pengetahuan tentang sumber dari alam sekitar yang boleh dimanfaatkan. Dengan itu, Geografi Ekonomi wujud di antara manusia ekonomi dengan alam sekitar. kewujudan geografi ekonomi memainkan peranan penting dalam konteks interaksi ini maka manusia bukan sahaja dapat memaksimumkan keuntungan tetapi juga dapat mengurus sumber dengan berkesan melalui pengetahuan tentang sumber dalam geografi ekonomi.

BAHAGIAN 3 : PERANAN GEOGRAFI EKONOMI DALAM HUBUNGAN MANUSIA – ALAM SEKITAR SEBAGAI ALAT PENGURUSAN SUMBER.

Peranan geografi ekonomi seperti yang saya nyatakan di atas tadi adalah sangat penting sebagai alat pengurusan sumber yang mana pengetahuan dalam bidang ini dapat membantu manusia memanfaatkan sumber di permukaan bumi untuk memenuhi keperluan hidup.

Tanpa pengurusan sumber yang berkesan akan membawa kemerosotan dan pembaziran sumber sekaligus akan merugikan manusia ekonomi itu sendiri. Ironisnya pertumbuhan penduduk dunia yang semakin bertambah telah memberi bebanan terhadap usaha penghasilan makanan. Dalam pada itu, sisa buangan hasil interaksi manusia dengan alam sekitar juga bertambah maka untuk itu Edward Goldsmith, Robert Allen, Micheal Allaby, John Davoll dan Sam Lawrence (1972) mencadangkan supaya usaha diperlukan untuk menguruskan sumber serta menguruskan pelupusan bahan buangan untuk menjamin kesejahteraan hidup manusia.

Sehubungan dengan itu, dalam menerangkan peranan geografi ekonomi dalam hubungan tradisi manusia dengan alam sekitar, saya akan membincangkan peranan geografi ekonomi dalam usaha manusia memanfaatkan sumber mengikut wilayah. Apa yang saya maksudkan wilayah di sini ialah pembahagian ruang ekonomi mengikut daya kepekatan aktiviti ekonomi seperti ilustrasi model di bawah.

Page 17: Sistem Ekologi

Dalam menjelaskan peranan geografi ekonomi dalam hubungan manusia – alam sekitar, saya menggunakan model Rajah 2 sebagai ilustrasi dengan mengandaikan kawasan pedalaman, luar bandar dan zon peralihan dan bandar dan bandar besar sebagai wilayah ekonomi dalam kajian geografi ekonomi. Melalui model ini, saya mengandaikan intensiti ekonomi semakin meningkat ke arah pusat bandar. Walau bagaimanapun, apabila wilayah ekonomi berkenaan semakin jauh dari pusat pembangunan seperti bandar dan bandar besar yakni semakin jauh ke kawasan pedalaman maka akan berlaku difusi intensiti ekonomi secara relatif dan saya mengandaikan semua pusat pertumbuhan ekonomi walaupun berada di kawasan pedalaman menyerupai atau hampir model rekaan di atas.

Dalam wilayah ekonomi pedalaman, pengetahuan dan teknologi manusia adalah terbatas. Untuk itu, manusia dengan kemampuan yang ada berinteraksi dengan alam sekitar secara langsung yang mana di wilayah ekonomi ini penduduk menjalankan aktiviti ekonomi primer seperti bercucuk tanam, memburu dan mengutip hasil hutan.

Walau bagaimanapun, berdasarkan pada pertimbangan dan andaian berdasarkan perkembangan teknologi maka di kawasan ini boleh juga didapati aktiviti sekunder yang mungkin melibatkan aktiviti pemprosesan hasil hutan seperti kayu balak secara komersial dan juga perlombongan yang melibatkan pembinaan kilang memproses kayu balak atau kuari.

Dalam zon peralihan dan luar bandar saya mengandaikan wilayah ekonomi ini dapat dihubungi dengan pengangkutan darat. Oleh yang demikian, intensiti ekonomi juga adalah lebih banyak. Walau bagaimanapun, di kawasan ini masih ada aktiviti ekonomi peringkat primer dengan andaian tahap pengurusan sumber di kawasan ini adalah lebih baik termasuk teknologi yang lebih baik dalam aktiviti primer. Dalam pada itu, kawasan ini sudah wujud industri sekunder kerana diandaikan industri primer diusahakan secara besar–besaran. Dalam pada itu, wujud juga industri tertier yang bersangkut dengan perkhidmatan pengangkutan dan juga pembelian hasil pertanian melalui orang tengah. Selain daripada itu, aktiviti ekonomi tertier yang melibatkan penawaran barangan runcit, membaiki kereta motor dan juga perkhidmatan makanan segera boleh didapati dengan banyak di kawasan ini.

Page 18: Sistem Ekologi

Manakala, zon bandar dan bandar besar merupakan zon ekonomi yang paling penting. Malahan pusat ekonomi seperti zon ini boleh membawa penyebaran ekonomi ke kawasan zon peralihan, luar bandar bahkan kawasan pedalaman. Kewujudan industri primer di wilayah ekonomi ini dengan mengambil kira lokasi bandar berkenaan khasnya bandar yang terletak di kawasan pinggir pantai yang sudah tentu aktiviti primer seperti industri perikanan merupakan aktiviti penting. Kewujudan industri sekunder juga mengandaikan bahawa ia wujud selaras dengan kewujudan aktiviti industri primer. Perkhidmatan tertier dan kuaternari merupakan aktiviti terpenting di kebanyakan bandar dan bandar besar seperti perkhidmatan telekomunikasi, pengangkutan, perbankan dan juga perkhidmatan kepakaran.

Sebagai kesimpulan, peranan geografi ekonomi dalam konteks hubungan manusia – alam sekitar adalah sangat penting. Bukan sekadar alat melihat sumber yang boleh dimanfaatkan tetapi saya juga dijadikan sebagai alat pengurusan sumber untuk menentukan sumber digunakan sepenuhnya.

BAHAGIAN 4 : GEOGRAFI EKONOMI DALAM TRADISI HUBUNGAN MANUSIA – ALAM SEKITAR.

4.1 Zon ekonomi kawasan pedalaman.

Dari aspek alam sekitar boleh dikatakan kawasan pedalaman terdiri daripada bentuk muka bumi yang berada pada aras ketinggian melebihi 100 meter dari aras laut dan boleh dianggap 95% atau lebih merupakan kawasan hutan. Jumlah populasi adalah sangat kurang dan tumpuan aktiviti ekonomi adalah sangat terhad. Pendapat sarjana yang menyatakan bahawa alam sekitar menentukan aktiviti manusia seperti Frederich Ratzel (1892) yang menyatakan manusia merupakan komuniti yang sama dengan haiwan dan tumbuhan, terpaksa bertungkus – lumus untuk hidup.

Dalam konteks wilayah ekonomi ini sememangnya ada kebenaran berdasar aktiviti ekonomi primer yang melibatkan aktiviti pertanian dan pengutipan hasil hutan seperti akar kayu, rotan dan buah–buahan hutan pada masa dahulu. Contoh terbaik yang boleh menerangkan tentang kegiatan ekonomi peringkat ini boleh dirujuk di kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak yang melibatkan penduduk asli yang terlibat secara aktif dalam kegiatan ekonomi primer secara tradisional.

Page 19: Sistem Ekologi

Gambar 1: Dalam kes tertentu aktiviti primer masih bersifat ‘klasik’ akibat kemiskinan.Sumber : Fong, 1994.

Walau bagaimanapun, dalam konteks masa perkembangan geografi ekonomi yang dicapai oleh manusia ekonomi dalam hubungan tradisinya dengan alam sekitar menunjukkan halangan alam sekitar berjaya diatasi dan sedikit sebanyak kawasan ini juga wujud aktiviti ekonomi sekunder yang melibatkan pengeluaran hasil hutan dan sumber mineral secara komersial yang melibatkan pembinaan kilang–kilang memproses kayu balak dan juga kilang membersihkan bahan mineral termasuk juga aktiviti perlombongan batu–batan.

Gambar 2 : Industri primer secara kormersial menggalakkan pertumbuhan industri sekunder di kawasan pedalaman.Gambar : Anynomous, 1994.

Walaupun kegiatan aktiviti primer merupakan aktiviti terpenting di zon ekonomi pedalaman tetapi peranan geografi ekonomi memainkan peranan penting. Pengetahuan dan penggunaan teknologi semakin disedari kepentingannya oleh manusia di kawasan ini dalam usaha mereka memaksimumkan hasil pengeluaran seperti penggunaan racun rumpai, racun serangga dan juga bajah kimia. Dalam pada itu, aktiviti ekonomi primer mengikut peredaran masa telah membawa pengkomersialan khususnya dalam bidang pertanian yang memanfaatkan peranan geografi ekonomi.

Page 20: Sistem Ekologi

Gambar 3 : Aktiviti primer seperti pertanian di kawasan pedalaman diusahakan secara komersial.Sumber : Fong, 1994

Gambar 3 di atas, menunjukkan hubungan interaksi manusia – alam sekitar semakin matang mengikut masa dalam peranan geografi ekonomi dalam aktiviti primer. Pengetahuan dan penggunaan teknologi berjaya membantu menaikkan taraf ekonomi penduduk di kawasan pedalaman.

Gambar 4 : Aktiviti ekonomi tertier di kawasan pedalaman juga diusahakan secara komersial dengan memanipulasikan keindahan alam sekitar sebagai produk.Sumber : Fong, 1994.

Selain daripada itu keupayaan manusia dan peranan geografi ekonomi telah membawa impak besar kepada ekonomi di kawasan ini. Gambar 4 seperti yang ditunjukkan di atas merupakan satu salah satu contoh aktiviti ekonomi tertier yang terdapat di kawasan pedalaman di Taman Negara Resort Tembeling, Pahang yang mana geografi ekonomi memainkan peranan penting dengan menjadikan alam sekitar sebagai produk.

4.2 Zon ekonomi kawasan luar bandar dan zon peralihan.

Dalam konteks perbincangan ini, kawasan luar bandar yang saya maksudkan ialah kawasan lingkungan terjauh yang pengaruh bandar boleh sampai. Ini bermaksud kawasan ini boleh dihubungi dengan pengangkutan darat dengan mudah. Manakala, zon peralihan ialah kawasan pinggir bandar yang terletak dalam lingkungan pengaruh bandar yang bersempadan dengan kawasan luar bandar.

Secara umum, alam sekitar di kawasan ini diandaikan mengalami banyak perubahan disebabkan pembinaan penempatan, perindustrian dan guna tanah untuk tujuan yang lain. Walau bagaimanapun, kawasan ini sudah mempunyai kegiatan ekonomi yang lebih banyak berbanding dengan kawasan pedalaman. Sungguhpun begitu, kawasan ini khususnya kawasan luar bandar masih terdapat kegiatan ekonomi primer yang mana penduduk terlibat secara langsung dalam interaksi alam sekitar sama ada dalam bidang pertanian, perlombongan atau pembalakan. Dalam kes tertentu

Page 21: Sistem Ekologi

khususnya kawasan yang mempunyai sungai, tasik semula jadi, kolam dan sebagainya aktiviti perikanan juga dijalankan oleh penduduk.

Dalam Gambar 5 , jelas menunjukkan kawasan luar bandar dan juga zon peralihan masih menjalankan aktiviti ekonomi primer tetapi peranan geografi ekonomi merupakan kunci utama dalam aktiviti hubungan manusia – alam sekitar.

Gambar 5 :Aktiviti penternakan ikan secara komersial merupakan aktiviti ekonomi primer penting di kawasan luar bandar / zon peralihan yang dikaitkan dengan pasaran di bandar.Sumber : Fong,1994

Dalam pada itu, aktiviti lain seperti aktiviti ekonomi sekunder dan tertier boleh didapati di kawasan ini. Ini disebabkan oleh interaksi manusia – alam sekitar yang sangat aktif dan dinamik membawa kepelbagaian aktiviti ekonomi. Di kawasan ini diandaikan manusia sudah mempunyai kepakaran, pengetahuan dan teknologi dalam usaha memanfaatkan alam sekitar dan ini dikaitkan dengan peranan geografi ekonomi yang memberikan maklum balas terhadap pandangan manusia terhadap persekitaran di kawasan tempat tinggal mereka berhubung dengan sumber dan juga pengurusan sumber berkenaan dengan berbalik pada Rajah 1 model hubungan manusia – alam sekitar.

Dalam kawasan ini aktiviti tertier yang melibatkan perkhidmatan borong, runcit, komunikasi dan juga perhubungan yang bukan sahaja penting untuk keselesaan manusia tetapi juga penting dalam usaha manusia dalam memanfaatkan sumber dalam konteks hubungan reruang dan penyebaran aktiviti ekonomi yang ada dan pengetahuan seperti ini merupakan peranan penting geografi ekonomi seperti yang dinyatakan oleh Department of Anthropology and Geography University Nebraska-Lincorn (2003) yang menyatakan geografi ekonomi penting sebagai kajian tentang faktor pengaruh lokasi aktiviti ekonomi, pengaruh ruang dan lokasi terhadap perkembangan dan pembangunan sistem ekonomi serta corak aktiviti ekonomi dunia dan wilayah.

Page 22: Sistem Ekologi

Gambar 6: Perniagaan runcit merupakan aktiviti tertier terpenting di kawasan luar bandar dan juga zon peralihan.Gambar : Augustine Towonsing, 23 November 2003.

4.3 Zon ekonomi bandar / bandar besar.

Secara visual keadaan alam sekitar di kawasan ini menunjukkan satu fenomena keadaan bentuk muka bumi yang telah diubah suai secara dramatik sekaligus mengwujudkan pandangan lanskap budaya dengan kepelbagaian aktiviti ekonomi. Walau bagaimanapun, sesetengah kawasan masih juga terdapat bentuk muka bumi fizikal yang tidak mengalami perubahan seperti kawasan yang terletak di kawasan pinggir pantai yakni kawasan yang menghadap laut dan lautan.

Gambar 7: Sesetengah bandar masih mengamalkan aktiviti ekonomi primer seperti perikanan.Sumber: Fong,1994

Page 23: Sistem Ekologi

Keadaan susunan alam sekitar seperti ini bukan sahaja mempengaruhi aktiviti ekonomi tetapi juga mengujudkan sumber ekonomi kepada populasi bandar berkenaan. Dalam pada itu, teknologi memainkan peranan penting dalam hubungan interaksi manusia – alam sekitar di kawasan ini seperti yang dinyatakan ole Zen M.T (1979) yang menyatakan pada dasarnya teknologilah yang memberikan nilai tambah bahan mentah yang diolah. Ini bermakna, di kawasan zon ekonomi bandar menunjukkan keupayaan manusia berinteraksi dengan alam sekitar secara kreatif dengan mengadakan pelbagai teknologi hasil daripada interaksi manusia – alam sekitar dengan memperalatkan geografi ekonomi sebagai alat menganalisis dan menguruskan sumber yang ada.

Di zon ekonomi bandar, pelbagai aktiviti ekonomi dijalankan bermula dari peringkat ekonomi primer sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat kuaternari yang melibatkan perkhidmatan kepakaran dan profesional. Aktiviti ekonomi primer melibatkan perikanan, pertanian moden di pinggir bandar. Selain daripada itu, aktiviti ekonomi sekunder juga boleh didapati seperti kilang pembuatan barangan pengguna seperti peralatan elektrik dan peralatan harian. Perkhidmatan tertier yang semakin banyak malahan banyak kemudahan–kemudahan awam yang telah diswastakan termasuklah tandas awam yang menunjukkan betapa geografi ekonomi bandar mengalami perubahan corak ekonomi mengikut masa.

Perkhidmatan lain seperti pengangkutan dan perhubungan di kawasan ini juga adalah sangat penting dan mempunyai saling perkaitan di antara aktiviti ekonomi sama ada aktiviti ekonomi bandar atau pun aktiviti ekonomi di kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman.

Dalam aspek perkhidmatan kuaternari juga memainkan peranan penting dalam perkembangan aktiviti manusia – alam sekitar. Malahan sesetengah aktiviti pembangunan memerlukan khidmat pakar. Sebagai contoh, dalam pembangunan Bandar Laguna Merbok, di Sungai Petani menunjukkan bagaimana perkhidmatan kepakaran penting untuk sesetengah pembangunan dan dalam kes ini pemaju telah mendapatkan khidmat pakar daripada pandangan pakar Feng Shui Jeffery Tei tentang lokasi kawasan Bandar Laguna Merbok yang telah memberikan khidmat kepakarannya dengan memberi pandangan positif tentang lokasi bandar berkenaan yang dianggap sebagai ‘lokasi yang terletak dalam lombong emas’ (Petani Jaya Sdn.Bhd, 2003).

Selain daripada itu, khidmat kepakaran dalam bidang lain juga mudah didapati di kawasan zon ekonomi bandar seperti perkhidmatan perundangan, perbankan dan sebagainya malahan kewujudan kepelbagaian aktiviti di kawasan bandar memberikan pandangan baru kepada manusia dalam hubungannya dengan alam sekitar. Kewujudan sistem pengangkutan dan perhubungan yang banyak mengubah persekitaran fizikal kawasan ini sekaligus membawa kepelbagaian aktiviti ekonomi dari kelas yang terendah sehinggalah ke kelas yang lebih tinggi melibatkan perkhidmatan kuaternari.

Page 24: Sistem Ekologi

Gambar 8 :Kemajuan dalam industri tertier seperti pengangkutan telah membawa kepada perkembangan ekonomi primer.Sumber: World Resource Institute, 1999

Kewujudan dan perkembangan pesat sistem pengangkutan di kawasan bandar, luar bandar dan juga kawasan pedalaman bukan sahaja memudahkan pergerakan manusia tetapi juga telah mempercepatkan proses perkembangan hubungan manusia – alam sekitar. Malahan Colin J. Thomas dan Rosemary D.F Bromley (2003), menyatakan kewujudan sistem pengangkutan mempengaruhi pergerakan manusia dalam mendapatkan perkhidmatan. Apa yang dimaksudkan oleh mereka ialah perkhidmatan tertier yang melibatkan perdagangan yang menawarkan barangan keperluan.

Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa kewujudan industri tertier seperti ini bukan sahaja telah mempercepatkan dominasi manusia ke atas alam sekitar tetapi juga mempengaruhi penyebaran pengaruh kuasa ekonomi bandar ke kawasan luar bandar. Malahan konsep ini adalah seiring dengan geografi ekonomi yang mana World Resource Institute (1999) menyatakan kebanyakan negara mengadakan dasar yang cuba menumpukan keperluan hasil daripada peningkatan terhadap manusia di bandar – bandar di samping mendapatkan faedah daripada pembangunan seperti perkembangan ekonomi dan kecekapan sistem komunikasi. Ini menunjukkan bahawa hubungan manusia dengan alam sekitar di kawasan bandar adalah sangat pantas akibat daripada perkembangan dan pembangunan ekonomi hasil daripada peranan geografi ekonomi.

BAHAGIAN 5 : KESIMPULAN.

Pengetahuan manusia tentang peranan geografi ekonomi sangat jelas apabila dilihat dari aspek wilayah ekonomi kawasan pedalaman, luar bandar dan bandar. Malahan, aktiviti ekonomi manusia yang menggambarkan hubungan manusia – alam sekitar menunjukkan trend hubungan langsung dengan alam sekitar di kawasan luar bandar dan pedalaman adalah lebih ketara walaupun aktiviti yang serupa boleh juga didapati di kawasan bandar dan zon peralihan bandar yang mana aktiviti ekonomi primer di kawasan berkenaan adalah sangat jelas walaupun hubungan manusia – alam sekitar berada pada tahap komersial tetapi produk masih berteraskan alam sekitar semata–mata.

Walau bagaimanapun, kepentingan geografi ekonomi semakin jelas apabila dilihat intensiti aktiviti ekonomi dengan merujuk pada model Rajah 1 hubungan manusia – alam sekitar yang menunjukkan kepelbagaian aktiviti manusia di kawasan bandar dan sub bandar yang mana manusia terlibat dengan aktiviti bermula dengan aktiviti ekonomi primer dan wujud pula ekonomi sekunder yang menyokong industri primer sehingga industri primer diusahakan secara komersial.

Page 25: Sistem Ekologi

Dalam pada itu, untuk menyokong kedua – dua industri tadi wujud pula industri tertier yang memberikan perkhidmatan kepada kedua – dua industri tadi sama ada perkhidmatan pemasaran atau pengangkutan yang menjelaskan hubungan manusia – alam sekitar semakin jauh terurus.

Di samping itu juga, perkhidmatan industri kuaternari pula semakin penting khususnya di bandar–bandar besar yang menunjukkan usaha manusia – alam sekitar memanfaatkan sepenuhnya sumber untuk kesejahteraan hidup. Pendek kata, peranan geografi ekonomi adalah sangat penting dalam usaha manusia dalam urusan harian mereka untuk mencapai kesejahteraan hidup. Dalam hubungannya dengan alam sekitar maka geografi ekonomi seolah – olah dijadikan sebagai alat pengolah, pentafsir dan pengurus sumber yang ada dan dengan pengetahuan manusia tentang geografi ekonomi maka sudah tentu manusia dapat hidup sejahtera serta dapat memanfaatkan sepenuhnya sumber yang ada.

Rujukan.

Colin J. Thomas dan Rosemary D.F Bromley.(2003). Retail revitalization and small town centres: the contribution of shopping lingkages. Applied Geography ,23, 48 – 68.

Foster E.M.(1979). Aspek – aspek Novel. Kuala Lumpur: DBP

Fong C.T. (1994). Malaysia Wonders of The Heartland Pahang. Kuala Lumpur : Country Editions Sdn. Bhd.

Friedrich Ratzel. (1926). Antropologie in geography. Annals of the Association of American Geographers 53:429-40

Edward Goldsmith, Robert Allen, Micheal Allaby, John Davoll dan Sam Lawrence. (1972). A Blueprint for Survival.The Ecologist Vol.2 1.

Petani Jaya Sdn. Bhd. (2003). “Sitting on a ‘Gold Mine’”.Berita Bandar Laguna Merbok The Resort Township Vol. 15, KDN No: PP 9969/4/2004. Author.

United Nations Development Programme. (2001). Human Development Report 2001: Making new technologies work for human development. New York: Oxford University Press.

Zen M.T. (Ed.). (1979). Menuju Kelestarian Lingkungan Hidup. Jakarta: PT Gramedia

Rujukan Dalam Talian ( Online References )

Department of Anthropology and Geography University Nebraska-Lincorn.(2003). Human and Economic Geography. Diperolehi dari http://www.unl.edu/ag/geography/human.htm

John Janmaat. (2001, Februari 9). Re: [EP] Practices to reconnect. Diperolehi dari http://www.ises.abo.fi/tren/ecological/0397.htm

Richard G. Boehm. (1996). Association of American Geographers : Cultural and Human Geography.Diperolehi dari http://www.aag.org/Careers/Cultural_Human_Geography.html

World Resource Institute.(1999). Population and Human Well-Being:Urban Growth. Diperolehi dari http://www.wri.org/wri/wr-98-99/citygrow.htm

Page 26: Sistem Ekologi

Cite this article as: Augustine Towonsing. (March 19, 2015). Geografi Ekonomi: Kepentingan Dan Peranan Dalam Hubungan Tradisi Manusia Dengan Alam Sekitar. http://www.malaysian-ghost-research.org/geografi-ekonomi-kepentingan-dan-peranan-dalam-hubungan-tradisi-manusia-dengan-alam-sekitar/