sekolah tinggi muar

47
SEKOLAH TINGGI MUAR KAJIAN SEJARAH TEMPATAN TINGKATAN 2 NAMA: MUHAMMAD ZULFAQAR BIN ABDUL SHUKOR TINGKATAN: 2 WAWASAN NO K/P: 960927-08-5037 NAMA GURU PENILAI: CIK NORESNA BINTI ZAKARIA

Upload: zulstrife-kennedy

Post on 20-Jun-2015

3.275 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEKOLAH TINGGI MUAR

SEKOLAH TINGGI MUAR

KAJIAN SEJARAH TEMPATAN

TINGKATAN 2

NAMA: MUHAMMAD ZULFAQAR BIN ABDUL SHUKOR

TINGKATAN: 2 WAWASAN

NO K/P: 960927-08-5037

NAMA GURU PENILAI: CIK NORESNA BINTI ZAKARIA

TANDATANGAN PELAJAR TANDATANGAN GURU

…………………………………….. ……………………………

Page 2: SEKOLAH TINGGI MUAR

1)PENGHARGAAN

2)OBJEKTIF KAJIAN

3)KAEDAH KAJIAN

4)LAPORAN

LATAR BELAKANG SEKOLAH NAMA LAMBANG-LAMBANG KEMEGAHAN SEKOLAH INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN ASAS PENGETUA GURU BADAN PENGURUS/PIBG TOKOH-TOKOH BEKAS PELAJAR PERISTIWA-PERISTIWA BERSEJARAH PRESTASI DAN KEJAYAAN AKADEMIK PRESTASI DAN KEJAYAAN KOKURIKULUM

6)RUMUSAN

7)LAMPIRAN

8)RUJUKAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sekolah Tinggi Muar atas bimbingan dan tunjuk ajar

Page 3: SEKOLAH TINGGI MUAR

mereka kepada saya kerana saya tidak berjaya tanpa mereka.Selain itu,saya turut bersyukur kerana dapat berkenalan dengan ramai kawan ketika berada di sekolah ini.Mereka telah banyak membantu saya dan

member sokongan kepada saya.Di samping itu,saya juga ingin berterima kasih kepada Cik Noresna Binti Zakaria selaku guru mata

pelajaran Sejarah bagi kelas 2 Wawasan.Beliau telah tekun mengajar saya dan sedia membantu jika saya dalam kesusahan.

1)MENGENALI DAN MEMAHAMI SEJARAH PERKEMBANGAN

SEKOLAH

2)MENGENALI KAWASAN PERSEKITARAN SEKOLAH

3)MENGETAHUI TENTANG BENDERA DAN LENCANA SEKOLAH

4)MENGAMALKAN NILAI MURNI YANG DIWARISI DI SEKOLAH

DAN KAWASAN PERSEKITARAN SEKOLAH

5)MENDAPAT PENGALAMAN DALAM MENJALANKAN KAJIAN

SERTA MEMBINA KEYAKINAN DIRI

Page 4: SEKOLAH TINGGI MUAR

1)TEMURAMAH

2)LAWATAN DAN PEMERHATIAN

3)ANALISIS DOKUMEN DAN ARTIFAK

Page 5: SEKOLAH TINGGI MUAR

ELEMEN 1

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Page 6: SEKOLAH TINGGI MUAR

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Tinggi Muar telah dibuka pada tahun 1902.Bangunan asal digunakan di Bukit Kuning.Akhbar Strait Times Singapore melaporkan bahawa balai ini dibina khas untuk menyambut keberangkatan baginda Sultan Abu Bakar pada 21 Februari 1895(Tapak Balai Kuning adalah merupakan Bangunan Mahkamah Tinggi masa kini).Encik C.P. Provis menjadi Guru Besar yang pertama.Nama asal Sekolah Tinggi Muar ialah Government English School.Jumlah pelajar ketika itu kira-kira 40 orang.Pda tahun 1905,sekolah ini telah berpindah lokasi di Jalan Abdullah.Kemudian pada tahun 1907,sekali lagi berpin dah di Jalan Sulaiman.Setahun selepas itu,Sekolah ini berpindah di tapak bangunan pasar sayur sekarang.Pada tahun 1910,sekolah ini berpindah di Tanjung Muar untuk sementara waktu.

Pada tahun 1914,bangunan baru siap dibina dan setahun kemudian bangunan baru ini mula digunakan .Seterusnya pada tahun 1928,tambahan dua buah bangunan mengandungi 8 bilik siap dibina bagi menampung jumlah pelajar yang bertambah.Pada tahun yang sama,lagu sekolah ini telah dicipta oleh Miss Belly Milne,Penguasa sekolah Persediaan Inggeris(Preparatory School).

Pada tahun 1929,Lembaga Pengawas telah ditubuhkan iaitu yang dilantik dari setiap ketua rumah sukan.Pelajar-pelajar perempuan mula diterima masuk ke sekolah ini mulai tahun 1947 iaitu dari Sekolah Sultan Abu Bakar khusus untuk menyambung pelajaran di peringkat Senior Cambridge.Dua tahun kemudian asrama telah di asaskan oleh Guru Besarnya Encik C.A> Scott.Ia terletak di kawasan sekolah.

Semasa Zaman Jepun 1942-1945 GES Muar telah dijadikan sekolah Jepun yang dikenali sebagai `Shoji’.Guru Besarnya ialah En Tanaka,seorang Pegawai Polis Tentera Jepun.Setiap pagi,pelajar akan melakukan aktiviti senaman,berkebun dan menyanyikan lagu kebangsaan Jepun `Kimigoyo’.Pelajar diwajibkan belajar bahasa Jepun`Nippon-Go’,Matematik dan lagu-lagu Jepun.Guru-guru Melayu akan dihantar ke Johor Bahru yang dikenali sebagai `Korenjo’ untuk berkursus bahasa Jepun.

Pada tahun 1953,pihak sekolah telah memperkenalkan pakaian seragam untuk pelajar-pelajarnya iaitu seluar pendek biru beserta baju berwarna putih.Pengawas pula berseluar

Page 7: SEKOLAH TINGGI MUAR

panjang putih beserta baju berwarna putih.Pada tahun 1954 GES terlah Menyambut ulang tahun yang ke-50(Jubli Emas)dan GES telah ditukarkan kepada Government High School Muar pada tahun 1955.

Bangunan Sekolah Persediaan(Preparatory School) telah diserahkan kepada Sekoalah Tinggi pada tahun 1957.Bangunan ini kemudiannya digunakan untuk Pusat Latihan Harian.Pejabat Pelajaran kemudian menempatkan kelas-kelas menengah Melayu di bangunan Sekolah Persediaan sehingga tahun 1963.Bangunan Persediaan itu kemudian digunakan semula oleh Sekolah Tinggi pada tahun 1963 apablia kelas-kelas menengah Melayu mendapat bangunan sendiri dengan nama Sekolah Dato’ Sri Amar Diraja Muar.Bilangan penuntut Sekoalh Tinggi ketika itu ialah kira-kira lebih 1400 orang dan meningkat kepada 1800 orang pada tahun 1964.

Sekolah Tinggi juga berperanan sebagai Pusat Lanjutan Normal(Normal Classes) untuk melatih guru-guru Sekolah Inggeris(sebelum perang sehingga 1960).Apabila kerajaan mengadakan rancangan Pusat Latihan Daerah(Regional Training School),Sekolah Tinggi telah digunakan untuk tujuan tersebut.Pada tahun 1965 kemasukan pelajar melebihi 2000 orang.Pada tahun 1966 Sekolah Tinggi telah dipecahkan kepada dua bahagian dan sekolah baru itu dikenali sebagai Sekolah Sri Muar.Pada tahun 1969,Sekolah Tinggi mendapat bangunan baru untuk pelajar-pelajar tingkatan enam.Pada tahun 1974,kelas-kelas menengah rendah ke Sekolah Tinggi II di Jalan Junid.Pada tahun 1979,Sekolah Tinggi II berpisah dengan Sekolah Tinggi dengan nama sekolah baru iaitu Sekolah Menengah Jalan Junid.

Sekolah Tinggi Muar mendapat beberapa buah bangunan baru pada tahun 1990-an.Blok-blok tersebut ialah Blok F(1990),Blok G(1990),Blok L(1991) dan Surau(1997).Blok F digunakan oleh kelas-kelas dan Blok G untuk pejabat pentadbiran,makmal,pusat sumber dan perpustakaan.Blok L digunakan untuk 15 buah bilik darjah.Pintu Besar Sekolah Tinggi Muar siap dibina pada tahun 1992.Blok B pula digunakan untuk Bilik Tayangan,Pusat Sumber dan Bilik Seminar.Pada tahun 2006,Pembestarian Sekolah melalui program `Hotspot HSM’ telah diwujudkan.Sekolah Tinggi telah menyambut Temasya Sukan Jubli Intan kali ke-75 pada tahun 2008.

Bangunan Blok A yang dibina pada tahun 1915(Bangunan Warisan) masih digunakan sebagai bilik darjah hingga kini.Dewan asal dikenali `Dewan Mini’.Pada 29 Mac 2003,Sekolah Tinggi Muar telah menyambut ulang tahunnya yang ke-100.Bangunan Blok A telah Diisytiharkan sebagai Bangunan Warisan Bersejarah di negeri Johor oleh Y,A.B. Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman (Menteri Besar Johor).Pada 6 Disember 2009,Dewan Mini telah dijadikan Muzium Warisan.Majlis Perasmiannya telah dilakukan oleh Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.Muzium ini telah menyimpan bahan-bahan dokumen lama sejarah awal penubuhan sekolah,majalah,album,bahan artifak,sijil-sijil

Page 8: SEKOLAH TINGGI MUAR

anugerah,register lama,uniform,lencana,serta gambar-gambar tokoh bekas pelajar yang Berjaya dalam pelbagai bidang.

Pada 28 Oktober 2008 sekolah ini telah menerima Pengetua Kanan iaitu Pn Hajah Latifah Binti Hamdan sebagai peneraju barisan kepimpinan sekolah.Sekolah ini telah mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Cemerlang pada tahun 2009 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Sekolah ini telah Berjaya mengadakan Majlis Makan Malam dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 6 Disember 2009.Selain itu,penubuhan pasukan Pancaragam sekolah dan sumbangan sebuah van daripada Syarikat Apex.Muzium Warisan juga telah dijadikan sebagai Arkib Pendidikan Negeri Johor pada Mei 2010.Sekolah Tinggi merupakan sekolah premier yang berjaya melahirkan tokoh-tokoh pemimpin negara.golongan professional,ahli akademik serta pegawai-pegawai kerajaan di seluruh Negara.

Dalam pembangunan fasa kedua,bangunan baru telah dibina pada akhir tahun 2008.Blok Dinamik menempatkan makmal sains dan bilik muzik.Blok Ehsan turut menempatkan bengkel Kemahiran Hidup dan 6 bilik darjah.Sebuah Kantin baru telah dibina dan diberi nama Muar High Café.Semua bangunan ini mula digunakan pada awal sesi persekolahan 2010.

Page 9: SEKOLAH TINGGI MUAR

ELEMEN 2

NAMA DAN LAMBANG-LAMBANG SEKOLAH

LENCANA SEKOLAH

Bentuk Perisai:Melambangkan kesatuan&perpaduan.

Bangunan Arca:Merupakan reka bentuk Moorish&dua batang tiang dikiri dan kanan arca

melambangkan kekuatan&keteguhan.Ia juga adalah reka bentuk asal pada

bahagian pintu hadapan dewan sekolah.

Obor:Melambangkan sinar yang membawa cahaya yang tidak kunjung padam kepada

Pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Muar.

Lingkaran Daun Zaitun:Melambangkan kejayaan seperti yang kerap digunakan pada zaman

Yunani dahulu.

WARNA LENCANA

Biru:Melambangkan kemesraan,perpaduan&kerjasama pelajar-pelajar.

Merah:Melambangkan keberanian serta kegigihan untuk menjadi manusia yang berpendidikan.

Page 10: SEKOLAH TINGGI MUAR

Putih:Melambangkan kebersihan,kejujuran,kesejahteraan&keharmonian yang menjadi amalan

pelajar sekolah ini.

VISI

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI

Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

BUDAYA SEKOLAH

Setiap warga Sekolah Tinggi Muar bertanggungjawab mengamalkan budaya berikut:

Menepati Masa Berbudi Bahasa Budaya Ilmu Budaya Penyayang Budaya Kerja Beretika Budaya Cemerlang

COGANKATA SEKOLAH

" USAHA BUKAN KATA "

Cogankata sekolah ini memberi gambaran bahawa pendidikan perlunya menyeluruh ke arah keunggulan akademik, kokurikulum dan akhlak, melalui usaha yang bersungguh-sungguh, bukan setakat kata-kata sahaja. Kejayaan seseorang bergantung kepada usaha dan ikhtiar untuk mencapainya. Kata-kata, ucapan dan ikrar, tidak akan bermakna tanpa disusuli oleh tindakan untuk menjayakannya. Kita perlu rajin bekerja dan sentiasa mempertingkatkan usaha serta mengurangkan bicara agar segala program akan mencapai matlamatnya. Oleh itu, komuniti sekolah berusaha secara inovatif, kreatif dan progresif selaras dengan perkembangan potensi individu yang mampu mendokong

Page 11: SEKOLAH TINGGI MUAR

wawasan pendidikan negara dan melahirkan generasi yang berilmu, berdaya juang dan berhemah tinggi. Kejayaan bukan melalui kata-kata tetapi melalui usaha.

Dasar Sekolah

Melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan lain-lain rancangan yang ditetapkan oleh kerajaan dengan cemerlang, dengan penuh kesedaran, rasa tanggungjawab dan dedikasi.

Meletakkan kepentingan pelajar-pelajar mengatasi kepentingan diri sendiri.

Mengamalkan cita-cita dan prinsip Rukunegara dan perkhidmatan cemerlang.

Memberikan kerjasama yang erat dengan Pejabat Pendidikan Saerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.

Mengadakan hubungan yang baik dengan jabatan-jabatan atau badan-badan lain.

Mengadakan hubungan yang rapat dengan ibubapa atau penjaga dan masyarakat tempatan.

Membina semangat kekitaan dengan bekerja dalam satu pasukan yang padu dan kuat berdasarkan kepada semangat kekeluargaan.

Memberi galakkan dan kesempatan kepada guru-guru menyediakan tugas-tugas sekolah sebagai latihan kepada sifat-sifat kepimpinan mereka yang berkesan dan dinamis.

Mengamalkan kerja-kerja yang sistematik dan kemaskini. Segala masalah sekolah ialah masalah bersama.

MATLAMAT SEKOLAH

Page 12: SEKOLAH TINGGI MUAR

Menempatkan Sekolah Tinggi Muar ke tahap yang tinggi dan mendapat kepercayaan di kalangan penduduk-penduduk tempatan khasnya dalam daerah Muar amnya melalui kejayaan-kejayaan yang dicapai di dalam:-

Pencapaian akademik yang tinggi daripada segi kualiti dan kuantiti. Peratus kelulusan SRP / SPM / STPM haruslah mencapai taraf 90% ke atas tiap-tiap tahun.

Pencapaian yang cemerlang di bidang ko-kurikulum. Amalan disiplin yang baik. Pembentukan moral yang terpuji. Perkembangan jasmani dan kemasyarakatan yang sihat. Kepimpinan pelajar. Menanam semangat kecintaan kepada Sekolah Tinggi Muar dengan

mendirikan asas tradisi dalam semua bidang yang dapat dibanggakan oleh murid-murid, guru-guru, kakitangan-kakitangan sekolah, Ibubapa dan masyarakat dalam kedudukannya sebagai sekolah yang besar dan lengkap dengan semua kemudahan.

Menimbulkan rasa tanggungjawab antara murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah bagi menjamin kelicinan tugas dan pergerakan di Sekolah Tinggi Muar supaya lebih lengkap dan berkesan.

Mewujudkan suasana kekeluargaan dan membina semangat kekitaan di kalangan murid-murid, guru-guru, kakitangan sekolah dan ibubapa dan masyarakat tempatan.

Mewujudkan suasana alam sekeliling sekolah yang bersih, cantik dan sihat untuk perkembangan sahsiah yang sempurna.Memberi galakan dan peluang setiap murid membina kepimpinan mereka melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Menggunakan dengan sepenuhnya segala kemudahan yang ada di dalam atau di luar sekolah untuk menguat serta mendalamkan pengetahuan dan pengalaman untuk mencapai matlamat sekolah.

Mewujudkan manusia yang seimbang daripada segi pelajaran dan moral bagi melahirkan insan yang kamil.

IKRAR PELAJAR

Page 13: SEKOLAH TINGGI MUAR

IKRAR PELAJAR

SEKOLAH TINGGI MUAR

Bahawa kami

Pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Muar

Berikrar dan mengaku akan

Patuh kepada peraturan-peraturan sekolah

Dan Kementerian Pendidikan Malaysia Berdasarkan prinsip-prinsip

Rukun Negara

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

\KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Kami juga berjanji

Akan menghormati ibu bapa Guru

Serta orang yang lebih tua daripada kami

Kami berazam

Belajar bersungguh-sungguh

Untuk mencapai kecemerlangan

Dalam setiap peperiksaan

Untuk kebaikan dan kesejahteraan kami

STUDENT’S PLEDGE

HIGH SCHOOL MUAR

We

The students of HSM

Pledge to obey

The rules and regulation

Of our school

And The Ministry of Education

Based on the principles

Of the Rukun Negara

We also promise

To respect our parents

Teachers

and elders

We undertake

to study hard

So that we will achieve excellence

In our examinations

And have a bright future.

Program Pelanggan

Page 14: SEKOLAH TINGGI MUAR

Kami warga Sekolah Tinggi Muar dengan penuh tekad dan iktizam berikrar dan berjanji akan menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:

Membimbing pelajar-pelajar membentuk sahsiah melalui pemupukan,penghayatan dan amalan nilai-nilai murni berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Mendidik untuk menghasilkan tenaga manusia yang produktif dan berinovatif,bergaya dan berketerampilan dalam pelbagai bidang ke arah pembangunan bangsa.

Mewujudkan iklim sekolah yang bersih,menarik dan harmoni. Membimbing pelajar-pelajar ke arah kecemerlangan akademik dan kokurikulum untuk

menjadikan sekolah ini antara yang terbaik. Bersedia menerima dan melayan pelanggan tempatan yang berurusan dengan sekolah. Peka dengan kehendak dan keperluan pelanggan dan memberi perhatian serius

terhadap aduan pelanggan.

BENDERA SEKOLAH

Ukuran: 160 sm x 82 sm.

Pengertian Bendera Sekolah.

Pengertian lambang-lambang pada lencana sama seperti di atas.

Warna putih yang menjadi warna utama latar bendera: Lambang kesucian akal fikiran pelajar dan guru. Lambang keamanan dan perpaduan yang menjadi tunggak tatacara

kehidupan sekolah. Lambang kebersihan suci diri dan kata-kata. Lambang kecemerlangan, mutu dan kualiti sekolah

LAGU SEKOLAH

Page 15: SEKOLAH TINGGI MUAR

BERJUANG

Berjuang penuh tenaga

Sepanjang masa berjasa

Dari muda sampai ke tua

Biar rebut taufan gelora

KORUS:

Untuk sekolah dikasihi

Sekolah Tinggi Bandar Maharani

Segala kudrat ditumpahi

Kasih sekolah abadi

Ceruk rantau seluruh negara

Bekas murid bertaburan

Berkhidmat untuk negara

Masyhur nama didoakan…….

LET US STRIVE

Let us strive with heart and song,

Now and through the ages long,

Page 16: SEKOLAH TINGGI MUAR

In the calm and in the storm

While our heart are young and warm

CHORUS:

For the school our best endeavour,

High School beloved forever,

For the school our best endeavour,

Muar High School beloved forever,

Wherever we roam,on land or sea,

Will our school remembered be,

And her son the fame will tell,

Of the school they love so well.

Ciptaan Miss Belly Milne,Penguasa English Preparatory School 1928

ELEMEN 3

INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN ASAS

Page 17: SEKOLAH TINGGI MUAR

Asal Usul Nama Sekolah

Nama asal (Jan 1902)Government English School

1948Government High School

1950Muar High School

1953Government High School Muar

1971High School Muar / Sekolah Tinggi Muar

Latar belakang, Tarikh dan Penubuhan Bangunan Asal

1902 = Diasaskan, nama asalnya Government English School (G.E.S). Sekolah ini terletak di ‘Balai Kuning’ yang merupakan Mahkamah Tinggi Muar didirikan sekarang. Selepas perpindahan tersebut, murid sekolah meningkat sebanyak 80 orang murid.1903 = Sekolah dipindahkan ke bangunan yang terletak dekat dengan Jalan Abdullah, berhadapan dengan RHB Bank. Selepas 1 tahun, perpindahan berlaku ke bangunan yang terletak di Bas Stesen Pagoh-Panchor ditubuhkan sekarang.1907 = Sekolah dipindahkan ke tempat berhampiran denagn Stesen Shell di Jalan Sulaiman. Terdapat 4 buah rumah yang diperbuat daripada kayu dan digabungkan menjadi sekolah.1910 = Sekolah berpindah ke Tanjung Emas.1915 = Berpindah ke bangunan kekal yang ada sekarang. Terdapat Dewan Besar dan beberapa kelas diletakkan sekitarnya.1928 = Government English Preputory School ditubuhkan. Lagu sekolah dicipta oleh Mrs. Belly Milne.1942 = GES Muar telah dijadikan Sekolah Jepunyang bernama ‘Shoji’. Pengetuanya ialah Mr. Tanaka.1954 = Sambutan Jubli Emas dirasmikan olah Menteri Besar Johor Dato’ Tuan Haji Syed Abdul Kadil Bin Syed Muhammad.1955 = Nama sekolah di tukar kepada Government High School Muar.1963 = Kelas Aliran Melayu ditubuhkan dan menjadi asas penubuhan sekolah Dato’ Sri Amar Diraja.1979 = Sekolah Tinggi Muar Kedua di Jalan Junid akhirnya menjadi Sekolah Menengah Jalan Junid.1990 = Bangunan Blok F ditubuhkan untuk menggantikan bangunan lama. Bangunan Blok G ditubuh

Page 18: SEKOLAH TINGGI MUAR

sebagai makmal sains dan perpustakaan.1991 = Blok L telah didirikan untuk menampung jumlah murid yang meningkat. Dewan Besar juga didirikan.1998 = Menerima seorang pengetua wanita pertama iaitu Cik Hajah Aminah Binti Ahmad. 2002 = Merayakan sambutan 100 tahun Sekolah Tinggi Muar.2003 = Pengishtiharan bangunan asal senagai bangunan warisan Johor oleh Y.A.B. Haji Abdul Ghani Othman yang merupakan Menteri Besar Johor.Lokasi Sekolah

Sekolah Tinggi Muar terletak di Pinggir Bandar Muar. Jaraknya ke Pusat Bandar kurang dari 0.5km. Ia juga terletak diatas satu kawasan tanah pamah berhampiran dengan muara Sungai Muar yang berhadapan dengan Selat Melaka. Kawasan sekolah dikelilingi Jalan Majidi, Jalan Mohammadiah, Jalan Omri dan Jalan Petri. Jalan Meriam membahagikan sekolah ini. Jalan Meriam menjadikan sekolah ini sebuah sekolah yang unik di seluruh Negara kita di mana sebatang jalan raya merentasi tengah sekolah ini. Ia juga berhampiran dengan Balai Polis, Pejabat Daerah, Pejabat Pos, Pejabat J.K.R. dan Mahkamah Tinggi Muar.

Lokasinya yang berhampiran dangan pusat pendidikan awal ini menjadikan sekolah ini selalu mengalami pencemaran bunyi dari kenderaan yang lalu lalang berhampiran kawasan ini. Lokasi Sekolah Tinggi Muar yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan tetap sama menjadi bangunan peramahan atau bangunan kerajaan menjadi Sekolah Tinggi Muar tidak mempunyai ruang untuk berkembang. Sebaliknya, mendirikan Sekolah Tinggi Muar di pinggir Sungai Muar menjadi sekolah ini ada pemandangan yang menarik dan selalu menerima udara yang bersih serta segar daripada Selat Melaka.

Kelebihan lokasi Sekolah Tinggi Muar juga boleh dicerminkan dangan jarak yang berhampiran dengan perhentian bas yang memudahkan pelajar-pelajar dari luar bandar dapat berulang-alik dari rumah mereka.

Kemudahan-kemudahan Yang Tersedia Di Sekolah Tinggi Muar

Page 19: SEKOLAH TINGGI MUAR

Asrama:-Dengan adanya kemudahan asrama di sekolah,ini akan memudahkan bagi pelajar- pelajar yang kurang berkemampuan.Di samping itu,ia juga bertujuan untuk mendisplinkan pelajar supaya belajar untuk berdikari.

Surau:-Kemudahan seperti surau ini sangat penting bagi pelajar-pelajar untuk menunaikan ibadat solat,membaca yassin dan sebagainya.

Dewan:-Dewan merupakan kemudahan yang perlu ada di setiap sekolah.Dewan ini bertujuan untuk mengumpulkan semua pelajar untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti perhimpunan mingguan,ceramah dan lain-lain.

Padang Permainan:-Padang permainan penting untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah dan menyeronokkan seperti bermain bola,merentas desa,bermain bola tampar dan sebagainya.

Perpustakaan:-Perpustakaan memudahkan murid-murid untuk membaca buku apabila mereka mempunyai masa lapang.Kemudahan seperti ini juga memudahkan pelajar-pelajar untuk melakukan NILAM.

Makmal Sains:-Makmal Sains merupakan kemudahan yang tersedia di sekolah ini.Makmal ini bertujuan untuk menyenangkan pelajar-pelajar menuntut ilmu dalam mata pelajaran Sains serta melakukan Ujikaji.

Makmal Kemahiran Hidup:-Makmal kemahiran hidup disediakan untuk murid-murid melakukan projek-projek Kemahiran Hidup seperti kerja kayu,memateri dan membuat lukisan teknik.

Pusat Komputer:-Merupakan kemudahan yang penting untuk pelajar melakukan kerja-kerja yang menggunakan komputer seperti kerja kursus.Selain itu,ia juga berfungsi untuk pelajar mencari maklumat di laman sesawang.

Galeri Sejarah:- Murid-murid boleh mengulangkaji pelajaran dan membaca buku di sini dengan senyapMurid-murid boleh mengulangkaji pelajaran dan membaca buku di sini dengan senyap.

ELEMEN 4

Page 20: SEKOLAH TINGGI MUAR

PENGETUA

PENGETUA

Nama:Pn Hjh Latifah Binti Hamdan

Umur:58 tahun

Tarikh lahir:14 Disember 1952

Tempat lahir:Muar,Johor

Bilangan adik-beradik:(11 orang)anak ke-6

Nama Bapa:Hamdan Bin Munap

Pekerjaan:Suri rumah

Tarikh berkahwin:26 Disember 1980

Nama Suami:En. Ismail Bin Hassan

Nama anak:Mohammad Helmy

Muhammad Fauzan

Farah Nabila

Muhammad Naim

Hobi:Berkebun

Sifat-sifat Keistimewaan Beliau

Page 21: SEKOLAH TINGGI MUAR

Baik Hati Sopan Santun Penyayang Peramah

Sumbangan Beliau Kepada Sekolah

Memimpin Sekolah Tinggi Muar dengan baik sehingga mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Cemerlang pada tahun 2009.

Membina bangunan baru untuk memberi keselesaan pada pelajar untuk menimba ilmu . Membina Kantin baru untuk keselesaan pelajar menjamu selera dan kantin itu diberi

nama Muar High Café. AJK PKPSM Pengerusi Panitia Pengetahuan Am Daerah Panel Penilai PTK Ahli Majlis Perhubungan Pengetua(KRK) Bendahari Majlis Perhubungan Pengetua Tingkatan 6 Pengerusi Panitia Bahasa Inggeris Menengah Atas Daerah Pengerusi Panitia Bahasa Melayu Menengah Atas Daerah

Latar Belakang Pendidikan

Page 22: SEKOLAH TINGGI MUAR

1959-1964 Sekolah Rendah Convent Muar

1965-1969

Sekolah Menengah Convent MuarAktif dalam kebudayaan

Pengawas sekolahPersatuan sekolah

Tarian Koir

1970-1971 FEC(Futher Education Class)Sekolah Tinggi Muar

1972-1974 Universiti Malaya(B.A. Hons)1975 Universiti Malaya(Diploma Pendidikan)

Latar Belakang Perkhidmatan

1976-1980 Guru Penolong Kanan SMK Sultan Alaudin Riayat Shah 1 Pagoh,Muar1981-1984 Guru Penolong Kanan SMK Tungku Abdul Rahman Gemas,Negeri Sembilan1985-1989 Guru Penolomg Kanan SMK Cnvent Muar1989-1996 GPK Hem SMK Sri Muar1996-2005 Pengetua SMK Convent Muar

2005-20.10.2008 Pengetua SMK(P)Sultan Abu Bakar,Muar21.10.2008-hingga kini

Sekolah Tinggi Muar

Senarai Nama Bekas-bekas Pengetua Sekolah Tinggi Muar

Page 23: SEKOLAH TINGGI MUAR

Bil Nama Tahun1 En C.P. Provis 19042 En Paglar 1905-19063 En W.G. Gray(Scott) 19134 En Hugh Montimer 1914-19155 En J.W. Moore 1916-19206 En Huge Crombics 19217 En F.L. Shaw 19228 En David Roper 1922-19299 En J.M. Taylor 1929-1940

10 En W.S. Davis 1941Perang Dunia Kedua 1942-1945

11 En C.D. Wesatwood 1945-194612 En G. Woods 1946-194813 Lt. Col C.A. Scott 1948-194914 En W. Gibson 195015 En H.G. Clarke 1951-195216 En A. Williamson(Scott) 195217 En P.D. Joseph(Pemangku) 195318 En G.F. Daniels 1954-195619 En A.K. Pillai 195620 En E.A.C. Balshow 195721 En Chiang Mong Hoe(Pemangku) 195722 En D.P. Pereira 1957-197323 En M.G. Parry 1973-197824 Tn Sheikh Hussin Bin Ali 1978-198125 Tn Hj A. Wahab Bin Suradi 1982-199626 Tn Hj Abas Bin Deraman 1996-199727 Cik Hjh Aminah Binti Ahmad 1998-199928 Pn Maznah Binti Abu Bakar 1999-200129 En Jamian Bin Jafar 200130 Tn Hj Baharol Din Bin Hassan 2001-200331 Pn Milan Tai Binti Abdullah 2003-200832 Pn Hjh Latifah Binti Hamdan 2008-kini

ELEMEN 5

Page 24: SEKOLAH TINGGI MUAR

GURU

Nama:Pn Badariah Binti Madon

Umur:43 Tahun

Tarikh Lahir:4 Januari 1967

Tempat Lahir:Tangkak,Johor

No K/P:670104-01-6748

Maklumat Pendidikan:-

Sekolah Rendah Canossian,Segamat,Johor SMK Canossian Convent,Segamat,Johor SMK Tun Mamat,Tangkak,Johor Maktab Perguruan Pasir Panjang,Terengganu Maktab Perguruan Perempuan Melayu,Melaka Universiti Pendidikan Sultan Idris,Perak

Hobi:Memasak dan membaca

Alamat:340,Taman Bakri Jaya,Bakri,84000 Muar,Johor

Adik-beradik:4 orang(anak sulung)

Nama Suami:Jamaludin Bin Salimin

Anak:Dua orang:-

Hidayah Binti Jamaludin Dyanah Binti Jamaludin

SIFAT-SIFAT KEISTIMEWAAN BELIAU

Page 25: SEKOLAH TINGGI MUAR

Gigih berusaha untuk meningkatkan pengetahuan para pelajar Beliau seorang yang tabah dan tegas Beliau seorang yang penyayang dan bertanggungjawab terhadap tugas-tugas beliau

TUGAS-TUGAS DAN SUMBANGAN BELIAU TERHADAP SEKOLAH

Mendidik murid-murid sesi petang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Memegang jawatan aetiausaha dalam Jawatan Kuasa Pinch Dan Immersion Merupakan AJK rumah sukan bagi sesi petang dalam Rumah Mohammadiah

Page 26: SEKOLAH TINGGI MUAR

ELEMEN 6

BADAN PENGURUS PIBG

Tarikh Penubuhan PIBG sekolah

PERSATUAN IBU BAPA & GURU Persatuan Ibu bapa dan Guru Sekolah Tinggi Muar telah ditubuhkan pada tahun 1978 bagi pertama kali iaitu bagi sesi Jawatankuasa untuk tahun 1978/1979. Tujuan utama PIBG Sekolah Tinggi Muar ditubuhkan adalah untuk mengadakan sebuah persatuan yang menggabungkan semua guru Sekolah Tinggi Muar dan Ibu bapa para pelajar Sekolah ini dalam sebuah badan yang dapat menggabungkan usaha untuk kebaikan dan peningkatan prestasi pencapaian pelajar dan sekolah ini. Semasa penubuhan itu PIBG Sekolah Tinggi Muar diterajui oleh sebuah Jawatankuasa yang mengandungi 4 jawatan utama iaituYang Dipertua, Naib Yang DiPertua, Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat serta dibantu oleh 5 orang AJK daripada kalangan guru-guru sekolah ini dan 8 orang AJK daripada kalangan Ibu bapa pelajar sekolah ini.Yang DiPertua PIBG Sekolah Tinggi Muar yang pertama ialah Tuan Hj. Othman Bin Hj. Ab. Shukur iaitu bagi sesi 1978/1979. Semenjak penubuhannya PIBG Sekolah Tinggi Muar telah menjalankan beberapa projek yang boleh dianggap penting bagi kebaikan sekolah dan para pelajar di sekolah ini.Projek-projek yang dijalankan lebih tertumpu kepada menyediakan kemudahan bagi kegunaan warga sekolah keseluruhannya.

Beberapa projek penting yang telah dilaksanakan oleh PIBG Sekolah Tinggi Muar adalah seperti berikut :-

a) Menyediakan langsir dan rel bagi Dewan Besar Sekolah Tinggi Muar b) Membaikpulih padang hoki Sekolah Tinggi Muar c) Mengubahsuai bilik tayangan/seminar Sekolah Tinggi Muar d) Membeli meja dan kerusi untuk kegunaan bilik guru sekolah e) Mengubahsuai ruang pejabat dan mendapatkan peralatan komputer f) Membina dan melengkapkan ruang untuk surau sekolah g) Menguruskan pembinaan tembok pagar di sekeliling bangunan sekolah h) Membantu dalam pelaksanaan projek keceriaan sekolah i) Membantu pihak sekolah dari semasa ke semasa demimempertingkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum sekolah

Page 27: SEKOLAH TINGGI MUAR

Senarai Nama Ahli Jawatankuasa Dan Ketokohan

Persatuan Ibu Bapa Dan Guru 2010/2011Yang DiPertua:Haji Ab. Wahab bin RidwanTimbalan YDP:Dr. Mohd. Ali bin SallehSetiausaha:En Zulkifli bin MohamadBendahari:Cik Cha Ju LeeAJK: Ibu Bapa• En Rumsani bin Abdul Rahman• En S. Balacahandran• Inspektor Suhaimi• Pn P.D. Mary• En Chia Hin Tau• Pn Norfisah binti Abdul Ghani• En P. S. Maniam

AJK: Guru• Pn Hjh. Junalizah binti Abdullah• Pn Yeo Moi Luan• Pn Suhana binti Selamat• En Mohd. Faiz bin Thalas• Pn Norainon bin SaudePemeriksa Kira-kira:• En Kamarudzaman bin Aziz• Cik Tee Hwee Jan

Page 28: SEKOLAH TINGGI MUAR

Kegiatan-kegiatan Penting PIBG Sekolah1. Telah mengadakan tiga kali mesyuarat.2. Bersama-sama pihak sekolahtelah menganjurkan:Majlis bersara dan pertukaran guru.Kejohanan Olahraga sekolah.Program merentas desa.Majlis pesta Ang Pow HSM.Kem Motivasi Pendidikan Pelajar India.Anugerah hari Q HSM.Anugerah kualiti sekolah.Hari Terbuka Sekolah.

Sumbangan PIBG terhadap sekolahPIBG sekolah:Telah mengadakan Majlis Malam Mesra pada 1993. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Johor iaitu Tan Sri Muhyiddin bin Mohd. Yassin yang turut merupakan bekas pelajar Sekolah Tinggi Muar.

Majlis Makan Malam Sumbangsih pada 19.10.2002 di Padang Hoki Sekolah Tinggi Muar sempena Sambutan Perayaan 100 tahun yang berlanjutan kemuncaknya pada bulan Mac 2003.

Majlis Pelancaran Bangunan Warisan Sekolah Tinggi Muar dan Jerayawara Sains dan Teknologi diadakan pada 27 - 29.3.2003.Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Besar Johor.

Pertandingan golf pada 15.10.2003 menutup tirai Perayaan 100 tahun Sekolah Tinggi Muar.

Page 29: SEKOLAH TINGGI MUAR

ELEMEN 7

TOKOH-TOKOH BEKAS PELAJAR

BIODATA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Biodata Peribadi

Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dilahirkan pada 15 Mei 1947 di Muar. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail di Muar. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).

Sumbangan Beliau Kepada Negara

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (1970) dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974). Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Y.B. Tan Sri Dato' telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Perjawatan, Pengarah Urusan Sri Saujana Berhad serta Pengarah Syarikat Equity Mal Sdn Bhd.

Y.B. Tan Sri Dato' kini mengetuai UMNO Bahagian Pagoh iaitu jawatan yang beliau pegang sejak April 1985 lagi. Sebelum itu beliau telah dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pagoh pada tahun 1976. Dari situ karier politiknya terus berkembang apabila beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia (1982). Pada tahun 1985, buat pertama kalinya, Y.B. Tan Sri Dato' Muhyiddin dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Jawatan ini digunakan sepenuhnya untuk menabur bakti dan kemudiannya menjadi tokoh yang dipilih menduduki kerusi Naib Presiden bermula September 1993 sehinggalah ke hari ini.

Y.B. Tan Sri Dato' pertama kalinya dipilih menjadi wakil rakyat apabila beliau memenangi kawasan Parlimen Pagoh pada pilihan raya tahun 1978. Beliau yang berjaya mempertahankan

Page 30: SEKOLAH TINGGI MUAR

kerusi parlimen berkenaan pada pilihan raya umum pada tahun 1982 telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor selepas Pilihan Raya Umum ke-7 apabila memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Serampang. Di bawah kepimpinan beliau, negeri Johor terus berkembang pesat dan menjadi antara negeri yang termaju di Malaysia.

Y.B. Tan Sri Dato' juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri pada tahun 1981, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada tahun 1982 dan Menteri Belia dan Sukan selepas Pilihan Raya Umum ke-9 iaitu pada Mei 1995. Empat tahun kemudian, beliau dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mulai bulan Disember 1999. Pada bulan Januari 2004, beliau diberi kepercayaan mengetuai Kementerian Pertanian berikutan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-11, beliau dilantik semula menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang fungsinya ditambah bagi memajukan sektor pertanian dan industri yang berkaitan agar lebih berdaya saing. Oleh itu, beliau bertekad untuk membalas kepercayaan Y.A.B. Perdana Menteri dengan meletakkan sektor pertanian di tahap yang sepatutnya dengan menumpukan usaha menjadikannya satu sektor yang moden, dinamik, dan mampu membawa perolehan yang besar kepada negara. Di samping itu, beliau terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk Pagoh agar rakyat hidup selesa dan bebas dari kemiskinan melalui program pembangunan pertanian yang dijalankan di situ. Selepas Pilihan Raya ke-12, beliau dilantik menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Selain itu, Y.B. Tan Sri juga banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Beliau pernah dilantik menjadi Yang DiPertua Royal Johor Country Club dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (1986-1995) serta Presiden Persatuan Kanak-Kanak Spastik negeri Johor selama 10 tahun (1986-1996). Y.B. Tan Sri Dato' Muhyiddin telah mendirikan rumahtangga pada 1972. Hasil daripada perkongsian hidup beliau bersama Puan Sri Hajjah Norainee Abd. Rahman, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata. Pada masa lapang, YB Tan Sri Dato' gemar bermain golf dan badminton.

Anugerah* 2007-Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP), Dato Seri* 1991-Seri Paduka Mahkota Johor (SMPJ), Dato'* 1988- Panglima Setia Mahkota (PSM), Tan Sri* 1980-Setia Mahkota Johor (SMJ)* 1879-Bintang Sultan Ismail (BSI)* 1974-Pingat Ibrahim Sultan (PIS)

Sifat-Sifat Istimewa

Berdisplin dalam menjalankan tugas-tugas beliau Tegas dan bertanggungjawab Sangat prihatin tehadap masalah orang ramai Tolong-menolong

Page 31: SEKOLAH TINGGI MUAR

TOKOH-TOKOH NEGARAWAN DAN KORPORAT YANG PERNAH MENUNTUT DI SEKOLAH

NAMA DAN JAWATAN YANG PERNAH ATAU SEDANG DISANDANG

1.YAB. Tan Sri Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin

-Menteri Pertanian

2.YAB. Dato' Hj. Abd. Ghani Bin Othman

-Menteri Besar Johor

3.Y.B. Dato' Chua Jui Meng

-Menteri Kesihatan Malaysia

4.Y. Bhg. Tan Sri Jaafar Bin Hussein

-Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia

5.Y. Bhg. Tan Sri Arshad Bin Ayub

-Bekas Setiausaha Kementerian Perdagangan Malaysia

6.Y. Bhg. Dato Ali Bin Hashim,

-Pengurus Eksekutif Perbadanan Ekonomi Negeri Johor

(Executive Director, Johore Economi Development Corporation)

7.Y. Bhg. Dato' Sulaiman Bin Mohd Noor

-Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

8.Dr. Hong Hai

-Bekas Menteri Muda Kerajaan Singapore

9.Dr. Hamid Bin Arshad

-Bekas Pengarah Lembaga Penduduk & Perancang Keluarga Negara

Page 32: SEKOLAH TINGGI MUAR

10.Dr. V. Naidu

-Ketua Jabatan Perikanan & Pertubuhan Makanan & Pertanian Bangsa-bangsa Bersatu

11.Y. Bhg. Tan Sri Nasaruddin Bin Mohammad

-Bekas Ketua Setiasusaha Kementerian Perdagangan Dan Perindustrian

12.Y. Bhg. Datuk Jabid Bin Mohd Dom

-Bekas Ketua Pengarah Imigresen Malaysia

13.Y. Bhg. Tan Sri Taib Bin Haji Andak

-Bekas Ketua Pengarah Felda Dan Pengerusi Malayan Banking Berhad

14.Y. Bhg. Allahyaham Tan Sri Abdul Kadir Yusof

-Bekas Peguam Negara Kuala Lumpur

15.Justice Datuk Ali Bin Hassan

-Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

16.Datuk Abdullah Bin Ali

-Bekas Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia

17.Dr. Chiang Hai Ding

-Bekas Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia

18.Dr. Khalid Bin Sahan

-Bekas Pengarah Perubatan Kementerian Kesihatan Sabah

19.Datuk Abd. Aziz Bin Haji Shukur

-Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

20.Datuk Abdul Rahman Bin Ahmad

-Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

Page 33: SEKOLAH TINGGI MUAR

ELEMEN 8

PERISTIWA-PERISTIWA BERSEJARAH

Hari Kantin Dan Hari Terbuka

25.6.2009,Khamis-Hari Terbuka Dan Hari Kantin

Hari Kantin telah diadakan di Dataran Putra Sekolah Tinggi Muar bermula pada pukul 8.00 pagi dan disertai oleh pelbagai kelab,persatuan serta unit beruniform.Sebanyak 28 buah gerai telah mengambil bahagian.Jualan hari kantin mendapat sokongan dan sambutan daripada seluruh warga HSM serta ibu bapa dan pelawat.Suasana dimeriahkan lagi oleh kelab muzik dan budaya HSM dengan memainkan lagu-lagu popular.Leluruh gerai berusaha untuk menarik perhatian guru dan pelawat dengan membuat sesuatu yang menarik dan mendapat keuntungan.Hari tebuka diadakan di Dewan HSM untuk semua pelajar menengah rendah manakala bagi pelajar menengah atas dijalankan dikelas masing-masing.Ibu bapa dijemput hadir untuk bertemu dengan guru-guru dan membincangkan tentang prestasi dan keputusan pelajar-pelajar dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009.

KESAN DAN KEPENTINGAN HARI TERBUKA DAN HARI KANTIN

Menyemai dan memupuk minat pelajar dalam bidang perniagaan dan keusahawanan Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli-ahli kelab,persatuan dan unit

beruniform serta warga sekolah Merapatkan hubungan silaturrahim antara warga Sekolah Tinggi Muar.

Page 34: SEKOLAH TINGGI MUAR

ELEMEN 9

PRESTASI DAN KEJAYAAN AKADEMIK

Page 35: SEKOLAH TINGGI MUAR

ELEMEN 10

Page 36: SEKOLAH TINGGI MUAR

PRESTASI DAN KEJAYAAN KOKURIKULUM

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

Laporan Aktiviti:-

Menganjurkan Majlis Perpisahan PBSM kali ke-4 Menyertai Pertandingan Hari Koku 2008 Menyertai Hari Kantin Sekolah 2009 Hari Kemahiran 2009 Menyertai Pertandingan Kawad Kaki NGO Menyertai Majlis Perpisahan kali ke-5 Menganjurkan Perkhemahan Akhir Tahun 2008 Menganjurkan Perkhemahan Perkhemahan Tahun 2009

PERSATUAN ALAM SEKITAR & PELANCONGAN

Page 37: SEKOLAH TINGGI MUAR

Laporan Aktiviti:-

Orientasi ahli baru Mengumpul surat khabar lama Hari Kantin Kuiz Alam Sekitar dan Pelancongan Lawatan Sambil Belajar ke Genting Highland dan Muzium Negara Perjumpaan Mingguan

KELAB BADMINTON

Page 38: SEKOLAH TINGGI MUAR

Laporan Aktiviti:-

Latihan Mingguan Pertandingan Badminton antara pelajar Tingkatan Enam Karnival Badminton Jualan Hari Kantin

Page 39: SEKOLAH TINGGI MUAR

Saya melakukan kerja kursus ini dengan merujuk:-

Page 40: SEKOLAH TINGGI MUAR

Majalah sekolah Dokumen dan artifak Laman web:- http://highschoolmuar.com