sejarah umno pagoh1946 - 1957 -...

14
Sejarah UMNO Pagoh1946 - 1957 AHMAD ALI SEMAN-. M.A. PENDAHULUAN Scpcrti yang dikctahui umum, scmasa mcnentang Malayan Union, semangat kcscdaran berpolitik Lelah berlaku secara me n yeluruh di tanah ai r. Orang Mclayu sedar ten tang tanggungjawab yang pe fl u merck a surnbangka n untuk mcmbela dan mempcrtahankan maruah dan kcsclamatan tanah air yang tcrcinta daripada belenggu pcnjajahan. Dalarn masa ini kaum Iclaki dan pcrcmpuan tclah bangun bcrsatu tenaga mencnlang Ma layan Union yang hcndak dilaksanakan di Tanah Mclayu. Rancangan Ma layan Unionlah yang diperkena lkan oleh Inggeris telah berjaya me n yatupadukan scm ua orang Mclayu di scluruh lanah air tCfmasuklah di Pagoh. SEJARAH PENUBUHAN UMNO PAGOH Bahagian ini pcnulis akan I11cncrangkan scjarah awa l tcrtubuhnya UMNO Pago h. Da l<lm bahagian ini juga pcnulis mcncrangkan t entang t lll11bll hnya kesedaran masyarakat orang-orang MclaYli Pagoh yang lllrllt sama menyumbang- kan pcranan dilaksanakan dan membantah rancangan Mclayan Union yang hendak dilaksanaka n di Tanah Mclayu. Ini bcnnakna orang-orang Mclayu Pagoh tclah mcmainkan pcranan mcrcka sebagai rakyat yang lcrcinla mcmpcrtahankan tanah air daripada bclenggu penjajahan British. Ji ka kita I11cllcliti pcrjllangan I11cncntang rancangan Ma layan Union, jarang kita mcncmu i scorang tokoh wanita tclah kcluar mcnjadi pelopornya. Kcbanyakan kcadaan ini tclah berlaku scmasa UMNO ditubuhkan di Pagoh, yang mat lamatnya scmasa scpcrti lain-lain tcmpat di seluruh tanah air untuk mcruntuhkan Malayan Union, UMNO Pagoh diasaskan olch kaum wanita. Ini sangat menarik kcpada kita kc rana scbagaimana yang kita maklumi sclama ini kaull1 \Vani ta di lctak kan taraf yang I cbih rcndah mcrtabatnya daripada kaum Iclak i. Dalam masa ini kaum wanita hanya berpcranan scbagai suri r umah yang mcnjaga makan minum dan mcngurus anak-anak scsuai dcngan sikap lcmah-Icmbut mcrcka. Namun dengan pcrcdaran zaman. kcdudukan dan fu n gsi kaum wanita turut juga berubah. Me njc lang tah un 1900 tclah timbul rasa kcscdaran di kaiangan anggo t a-anggota masyarakat ba hawa nas ib kau l11 wanita hendakiah dibcrikan pcrhatian dan pcmbciaan. Hasi l dari kcscdaran ini tclah mcnycdarkan ibubapa Mclayu waiaupun tidak menycluruh untuk mcnghantar anak-anak pcrcmpuan mercka mcncrima pcndidikall kc sckolah. Hal ini tclah mcmbuahkan kcjayaan • PcnsYMah di Jab<Jtan Scjarah. Kcbangsaan Malaysia. 82

Upload: danghuong

Post on 29-Aug-2019

262 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah UMNO Pagoh1946 - 1957 - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3147/1/MDSS_1993_Bil.21_4.pdf · ahli-ahli UMNO di Sekolah Melayu Kampung Raja untuk

Sejarah UMNO Pagoh1946 - 1957

AHMAD ALI SEMAN-. M.A.

PENDAHULUAN

Scpcrti yang d ikctahui umum, scmasa mcnentang Malayan Union, semangat kcscdaran berpolitik Lelah berlaku secara menyeluruh d i tanah air. Orang Mclayu sedar ten tang tanggungjawab yang pefl u merck a surnbangka n untuk mcmbela dan mempcrtahankan maruah dan kcsclamatan tanah air yang tcrcinta daripada belenggu pcnjajahan. Dalarn masa ini kaum Iclaki dan pcrcmpuan tclah bangun bcrsatu tenaga mencnlang Malayan Union yang hcndak dilaksanakan di Tanah Mclayu. Rancangan Malayan Unionlah yang diperkena lkan oleh Ingger is te lah berjaya menyatupadukan scm ua orang Mclayu di scluruh lanah air tCfmasuklah di Pagoh.

SEJARAH PENUBUHAN UMNO PAGOH

Bahagian ini pcnulis akan I11cncrangkan scjarah awa l tcrtubuhnya UMNO Pagoh . Da l<lm bahagian ini juga pcnulis mcncrangkan tentang tlll11bll hnya kesedaran masyarakat orang-orang MclaYli Pagoh yang lllrllt sama menyumbang­kan pcranan dilaksanakan dan membantah rancangan Mclayan Union yang hendak dilaksanaka n di Tanah Mclayu. Ini bcnnakna orang-orang Mclayu Pagoh tclah mcmainkan pcranan mcrcka sebagai rakyat yang lcrcinla mcmpcrtahankan tanah air daripada bclenggu penjajahan British.

Ji ka kita I11cllcliti pcrjllangan I11cncntang rancangan Malayan Union, jarang kita mcncmui scorang tokoh wanita tclah kcluar mcnjadi pelopornya. Kcbanyakan kcadaan ini tclah berlaku scmasa UMNO ditubuhkan di Pagoh, yang mat lamatnya scmasa scpcrti lain-lain tcmpat di seluruh tanah air untuk mcruntuhkan Malayan Union, UMNO Pagoh d iasaskan olch kaum wanita. Ini sangat menarik kcpada kita kc rana scbagaimana yang kita maklumi sclama ini kaull1 \Vani ta di lctak ka n taraf yang Icbih rcndah mcrtabatnya daripada kaum Iclak i. Dalam masa ini kaum wanita hanya berpcranan scbagai suri rumah yang mcnjaga makan minum dan mcngurus anak-anak scsuai dcngan sikap lcmah-Icmbut mcrcka.

Namun dengan pcrcdaran zaman. kcdudukan dan fu ngsi kaum wanita turut juga berubah. Menjclang tah un 1900 tclah timbul rasa kcscdaran di kaiangan anggo ta-anggota masyarakat bahawa nas ib kau l11 wanita hendakiah dibcrikan pcrhatian dan pcmbciaan. Hasi l dari kcscdaran ini tclah mcnycdarkan ibubapa Mclayu waiaupun tidak menycluruh untuk mcnghantar anak-anak pcrcmpuan mercka mcncrima pcndidikall kc sckolah. Hal ini tclah mcmbuahkan kcjayaan

• PcnsYMah di Jab<Jtan Scjarah. Univc~iti Kcbangsaan Malaysia.

82

Page 2: Sejarah UMNO Pagoh1946 - 1957 - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3147/1/MDSS_1993_Bil.21_4.pdf · ahli-ahli UMNO di Sekolah Melayu Kampung Raja untuk

SEJARAH UMNO PAGOH 1946 - 1957

bilamana dalam tahun-tahun 1940-an, wanita-wanita yang mempunyai pelajaran mengembelingkan tenaga bersama kaum Iclaki dalam perjuangan politik UMNO. Ini terbukti sendiri berlaku di Pagoh. Atas daya usahanya menubuhkan UMNO di Pagoh, di hari ini kawasan tersebut menjadi kawasan kubu UMNO di negeri Johor.'

Penubuhan UMNO Pagoh telah dipelopori oleh Puan Kalsom binti Abdul Majid 2 Beliau telah mengasaskan UMNO Pagoh pada September 1946. Beliau menubuhkan UMNO di kawasan ini kerana masyarakat Melayu yang menjadi sebahagian besar penduduknya belum mempunyai sebarang pertubuhan politik yang dapat membantu dan menyokong orang-orang Melayu di lain-lain kawasan menentang Malayan Union. Beliau berpendapat orang-orang Melayu dari kawasan ini perlu men yo kong penuh perjuangan Dato Onn menentang Melayan Union. Sudah sampailah masanya orang-orang Melayu berganding bahu, bekerjasama dan mempertahankan keselamatan tanah air. Semua cita-cita ini tidak akan mencapai kejayaan sekiranya orang-orang Melayu tidak mempunyai pertubuhan politik yang dapat menyalurkan suara-suara mereka menentang penjajah.

Dengan mempunyai pertubuhan ini, tentunya pihak British akan menerima sebarang pandangan yang dibuat daripada suara ramai. Atas kepentingan inilah UMNO ditubuhkan untuk menjadi saluran yang dapat membela nasib orang-orang Melayu menentang penjajahan British di Tanah Melayu. Melalui penubuhan UMNO juga dapat menyatukan hati dan perjuangan orang-orang Melayu yang terdapat di Pagoh. Tegasnya Puan Kalsom merupakan seorang yang sedar perlunya masyarakat di kawasan ini mempunyai sebuah organisasi politik yang dapat memimpin mereka untuk berjuang bagi menjamin masa depan mereka.

Puan Kalsom berasal dari Parit Bakar, Muar, Johor. Semasa menetap di sini beliau bertugas sebagai seorang guru. Beliau mengajar di Sekolah Melayu Parit Bakar, Muar, Johor. Beliau mengajar murid-murid darjah satu dan dua. Bagaimana dalam tahun 1945 beliau terpaksa berhenti dari menjadi guru kerana berkahwin dengan Allahyarham Haji Omar bin Sabisi J Tindakan yang dilakukan oleh beliau kerana terdapat larangan dari pihak British yang menyatakan scorang guru wanita yang bcrkahwin dikehcndaki meletakkan jawatannya. Dengan terdapat peraturan ini menyebabkan bcliau berbuat demikian.

Selain daripada adanya peraturan ini, beliau juga mempunyai masalah tempat tinggal iaitu terpaksa berulang-alik dari Pagoh ke Muar yangjaraknya di antara dua tempat ini sejauh 19 batu. Beliau terpaksa tinggal di Pagoh bersama suaminya dan menguruskan soal-soal rumahtangga. Faktor ini menyebabkan beliau mengambil . keputusan berhenti menjadi guru selain terdapatnya peraturan yang telah dinyatakan. Walaupun beliau telah berhenti dari mengajar di Muar, beliau tetap

I Kawasan ragoh mempunyai rarnai pengikut-pengikut UMNO kerana parti-parti lain tidak rnendapal lernpal di kawasan in;. Temubuill dengan Endk Abdullah bin Drnar. pada 28 Ogos 1985. Beliau adalah anak kepada Allahyarharn Puan Kalsom binti Abdullah Majid (Pcngasas UMNO Pagoh). Bcl;au kini menjadi ketua Kampung Raja. Pagoh, Muar, Johor, Melillui perbualan penulis dengan bcliau, penulis rnendapat bahan untuk menerangkan asal-usul penubuhan UMNO Pagoh dalam tahun 1946. Allahyarham Omar bin Sabidi. adalah ayah kepada Endk Abdullah Haji Omar. Beliau menjadi penghulu Pagoh mulai 1923 hingga 1947.

83

Page 3: Sejarah UMNO Pagoh1946 - 1957 - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3147/1/MDSS_1993_Bil.21_4.pdf · ahli-ahli UMNO di Sekolah Melayu Kampung Raja untuk

MALA YSJA DARI SEGI SEJARAH

mengajar sambi Ian anak-anak jiran dan saudaranya di Pagoh. Beliau mengajar secara sukarela tanpa mengenakan sebarang bayaran. Yang penting bagi beliau ialah anak-anak bangsanya menjadi warganegaranya yang berguna di masa depan.

Apabila gagasan Malayan Union hendak di laksanakan di Tanah Melayu, seluruh orang-orang menentang dengan sekeras-kerasnya. Dato Onn telah menubuhkan UMNO. Puan Kalsom berpcndapat bahawa orang-orang Melayu Pagoh mestilah memberikan sokongan penuh terhadap perjuangan UMNO. Secara kebetulan pula, ramai bapa saudara beliau yang melibatkan diri dalam politik. Beliau juga mempunyai hubungan rapat dengan Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman. Hubungan seperti ini mempengaruhi sikap dan minat beliau di dalam lapangan politik.4

Apabila beliau menetap di Pagoh, beliau mendapati masyarakat Melayu setempat tidak mengetahui ten tang pergolakan politik yang sedang berlaku di tanah air. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka tertutup dari sebarang pendedahan yang berlaku di luar masyarakat mereka dan ini mempengaruhi tindakan dan sikap mereka. Keadaan ini tidak bererti masyarakat Pagoh tidak mengambil berat tentang soal-soal politik, tetapi mereka ketiadaan pemimpin yang bertanggungjawab mendedahkan mereka kesedaran berpolitik. Dalam menghadapi keadaan tersebut, beliau telah menyuarakan eadangannya untuk untuk menubuhkan UMNO di Pagoh kepada suaminya yang bertugas sebagai Penghulu Pagoh. Usul dan cadangannya untuk menuhuhkan UMNO telah disambut baik oleh suaminya. Beliau juga mendapat sokongan diperingkat awal penubuhan UMNO daripada beberapa orang guru yang mengajar di Sekolah Melayu Kampung Raja, Pagoh, Muar, Johor.'

Diperingkat awal penubuhan UMNO Pagoh ini, beliau dan suaminya telah berjaya menghimpunkan beberapa orang kampung yang mempunyai kesedaran politik untuk membentuk satu jawatankuasa UMNO Pagoh sebagai sebuah per­tubuhan yang tugasnya nanti meneari dan menambahkan ahli-ahli UMNO di kawasan tersebut. Di peringkat awal, perjumpaan telah diadakan di rumahnya pada September 1946. Perjumpaan ini dihadiri oleh para penduduk dari Kampung Raja sahaja.

Dalam perjumpaan ini, Puan Kalsom telah menerangkan secara panjang lebar mengenai penubuhan UMNO Pagoh. Dengan penerangan yang diberikan oleh beliau ini telah menambahkan kefahaman mereka yang hadir. Pertemuan ini sangat penting kerana dalam masa perjumpaan inilah mereka yang hadir telah membuat keputusan untuk menubuhkan UMNO Pagoh. Mereka juga telah mengambil keputusan untuk menyebarkan keputusan-keputusan yang dicapai untuk diterang­kan kepada lain-lain penduduk-penduduk yang belum memahami erti dan perjuangan UMNO.

Kemudian, Puan Kalsom telah mengadakan sekali lagi perjumpaan dengan ahli-ahli UMNO di Sekolah Melayu Kampung Raja untuk menubuhkan UMNO

4 Temubual dengan Encik Abdullah bin Omar, pada 28 Ogos 1985. 5 Temubual dengan Cikgu Jamal bin Shamsuddin, di rumahnya, pada 29 Og05 1985. Deliau sekarang bertugas di

Sckolah Rendah Gcrisik, Muar, Johor sebagai Penolong Guru Besar. Deliau sekarang memegangjawatan sebagai Sctiausaha UMNO Cawangan Panchor, Muar, Johor.

84

Page 4: Sejarah UMNO Pagoh1946 - 1957 - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3147/1/MDSS_1993_Bil.21_4.pdf · ahli-ahli UMNO di Sekolah Melayu Kampung Raja untuk

SEJARAH UMNO PAGDH 1946 - 1957

secara rasmi. Pada masa ini seramai 20 orang telah menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan kali kedua ini telah berjaya membentuk sebuah organisasi UMNO di Pagoh. Dalam peljumpaan ini juga dibentuk lawatankuasa UMNO seperti berikut:

Yang Dipertua: Setiausaha: Bendahari: Ahli-ahli lawatankuasa:

Puan Kalsom binti Abdul Majid Puan Badariah binti Md. Amin Puan Fatimah binti Salim Puan Hasnah binti Amir Encik Abdullah bin Haji Omar Encik Awang bin Haji Adam Encik M ustahir bin Haji M ukri Encik Abdul Wahab bin Mohammad"

Dengan pembentukan organisasi tersebut secara rasmi di Pagoh. maka UMNO mula mendapatkan perhatian daripada masyarakat Mclayu di sini. UMNO mula mendapat tempat di hati orang-orang Melayu. walaupun kadar perkembangannya secara perlahan. Apa yang penting di masa ini ialah UMNO telah dapat dibentuk seterusnya menyokong pemimpin-pcmimpin UMNO menentang gagasan Malayan Union yang hendak dilaksanakan oleh penjajahan British di Tanah Mclayu. Penubuhan UMNO Pagoh oleh Puan Kalsom juga menunjukkan kaum wani ta memainkan peranan terhadap masa depan tanah airnya.

Beliau bertanggungjawab secara langsung memberikan kesedaran kepada orang-orang Melayu tentang niat dan matlamat British hendak memperkenalkan rancangan Malayan Union di Tanah Melayu. Dalam masa ini bcliau memberikan penerangan serta penjelasan dengan panjang lebar mengenai keburukan-keburukan yang akan dialami oleh bangsa Melayu di tanah airnya sendiri. Atas kesedaran beliau yang mcmberikan keinsafan kepada orang-orang Melayu di sini. maka ramailah orang-orang Melayu menyertai UMNO yang diasaskan oleh beliau. Peranan yang sarna juga dimainkan oleh ahli-ahli jawatankuasa UMNO yang dibentuk memberikan kesedaran berpolitik kepada orang-orang Melayu. Melalui usaha­usaha yang dijalankan secara berkempen. keahlian UMNO telah dapat ditingkatkan.

Langkah beliau seterusnya di dalam usaha memperkukuhkan dan memperbe­sarkan ahli-ahli UMNO dengan cara mengundang Dato Onn datang ke Pagoh untuk merasmikan penubuhan UMNO Pagoh. Dengan cara ini tentunya akan menambahkan kepercayaan dan keyakinan penduduk-penduduk Pagoh untuk menyertai UMNO. la juga bertujuan untuk memberi penerangan tentang pergolakan politik tanah air kepada penduduk-penduduk di sini di samping mengenali secara lebih dekat personaliti Dato Onn pemimpin UMNO. Pada November 1946. Dato Onn telah datang ke Pagoh bersama-sama rombongannya.7

6 Temubual penulis dengan Encik Abdullah bin Haji Drnar, Cikgu Jamal bin Sudin, Cikgu Rauf bin Jail dan Encik Bani bin Razak, pada 29 Ogos 1985. Penulis menernubual rnereka ini unluk rnendapatkan keselarasan pcndapat supaya bcnar-benar mercka mengingati tok.oh-tokoh pcngasasan UMNO Pagoh dalam tahun 1946.

7 Temubual dengan Cikgu raufbin Jait, pada 29 Ogos 1985. Deliau sekarang menjadi ketua UMNO Cawangan Pagoh. Muar, Johor. Deliau sekarang mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Pagoh. Muar. Johor. Scliau adalah salah

85

Page 5: Sejarah UMNO Pagoh1946 - 1957 - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3147/1/MDSS_1993_Bil.21_4.pdf · ahli-ahli UMNO di Sekolah Melayu Kampung Raja untuk

MALAYSIA OARI SEGI SEJARAH

Turut sarna hadir ke Pagoh pada masa ini ialah anaknya Husin bin Onn (Allahyarham Tun Hussein Onn).

Perasmian UMNO Pagoh telah diadakan di rumah Encik Manap bin Omar. Perasmian telah dilakukan di sini memandangkan UMNO bel urn mempunyai bangunan sendiri seperti yang terdapat pada hari ini. Upacara perasmian telah dibuat pada sebelah pagi lebih kurang jam 10.00 pagi. Sambutan orang-orang Melayu sangaUah menggalakkan dianggarkan seramai 70 orang, telah hadir mendengar penerangan-penerangan ten tang hal-hal politik tanah air daripada Dato Onn. Melalui pidato-pidato yang bersemangat dan galakkan, Dato Onn telah menjelaskan secara terang tentang keadaan politik yang berlaku di tanah air. Dato Onn telah melahirkan perasaan bangga kejayaan Puan Kalsom menubuhkan UMNO Pagoh serta mengucapkan terima kasih kepada seluruh penduduk­penduduk Pagoh yang telah memasuki UMNO. Ini bererti penduduk-penduduk Pagoh menyokong penuh perjuangan UMNO menentang Malayan Union. Beliau juga mengingatkan supaya orang-orang Melayu tabah dalam mendapatkan kejayaan menuntut kemerdekaan daripada penjajah. Pengorbanan tenaga dan masa diperlukan dalam mencapai cita-cita kemerdekaan ini.

Bagi menggalakkan seterusnya keahlian UMNO di kawasan ini langkah­langkah lain telah dijalankan. Puan Kalsom berserta ahli-ahli jawatankuasa UMNO telah mengadakan kempen-kempen penerangan di kampung-kampung yang bel urn lagi menerima dan mengamalkan perjuangan UMNO. Dalam masa yang sarna juga ceramah-ceramah dari rumah ke rumah dibuat untuk mempengaruhi kaum ibu supaya menyertai UMNO. Puan Kalsom berpendapat kaum ibu merupakan tenaga yang penting untuk menentukan UMNO menentang Malayan Union. Kaum wanita bergabung tenaga dengan kaum lelaki menentang Malayan Union. Hasil daripada kempen-kempen dan ceramah-ceramah yang dijalankan telah menambahkan keahlian UMNO Pagoh.

Kejayaan Puan Kalsom menarik ahli-ahli baru kerana beliau mempunyai kebolehan dan sifat kepimpinan yang baik. Beliau seorang yang pandai berpidato. Suara-suara pidatonya bemas dan matang. Setiap ucapan yang disampaikan dapat menambat hati orang-orang yang mendengamya. Beliau seorang yang tegas tetapi lembut. Dengan mempunyai ciri-ciri inilah yang membawa beliau berjaya dalam mempimpin UMNO Pagoh. Beliau memimpin UMNO dengan bersungguh­sungguh. Tindakan ini dilakukan oleh beliau semata-mata untuk menentukan masa depan orang-orang Melayu terjamin, tidak terus menerima penindasan dan lemah serba-serbi dalam segala lapangan kehidupan, di tanah air sendiri. Menyedari ten tang hakikat inilah beliau tanpa jemu-jemu menarik orang-orang Melayu menyertai UMNO. Tambahan pula pada masa ini, seeara keseluruhan masyarakat Melayu tidak mempunyai pelajaran keeuali pelajaran Quran yang diajar oleh imam­imam dan guru-guru agama. Dengan ini sudah pasti mereka lambat memahami pergolakan politik yang berlaku, Mereka perlu diberikan fahaman yang sejelas-

semang ahli Jawatankuasa UMNO Pagoh dalam tahun 1955 di bawah pimpinan Haji Abu Dakar bin Jail. Beliau memegang jawatan sebagai kelua UMNO Pagoh dalam tahun 1972, selelah Haji Abu Bakar (abangnya) mengundurkan diri memimpin UMNO Pagoh.

86

Page 6: Sejarah UMNO Pagoh1946 - 1957 - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3147/1/MDSS_1993_Bil.21_4.pdf · ahli-ahli UMNO di Sekolah Melayu Kampung Raja untuk

SEJARAH UMNO PAGOH 1946 - 1957

jelasnya terhadap perkara ini. Situasi yang timbul ini memerlukan kesabaran dan kecekalan hati seorang pemimpin.

Sekarang orang Melayu Pagoh telah tahu ten tang tanggungjawab mereka terhadap masa depan tanah airnya. Semua ini timbul menerusi dorongan dan pemim­pin Puan Kalsom dan ahli-ahli jawatankuasa UMNO yang dilantik oleh beHau.

Semasa Puan Kalsom memimpin UMNO Pagoh, orang Melayu Pagoh telah turut sarna berarak secara beramai-ramai menentang gagasan Malayan Union yang diadakan di Padang Kelab Muar, pada penghujung tahun 1946' Mereka sanggup menghadiri perhimpunan ini walaupun jarak bandar Muar dengan Pagoh sejauh 30.6 kilometer. Mereka sanggup meninggalkan pekerjaan seharian mereka dan membiayai perbelanjaan sendiri semata-mata untuk mendengar dan menemui para pemimpin UMNO dan menerima amanat yang akan disampaikan. Dalam perhimpunan yang dihadiri oleh semua pertubuhan UMNO di daerah Muar, Dato Onn telah memberikan ucapan yang mengesa orang-orang Melayu bersatu bati dan menentang Malayan Union dengan berani.

Dalam masa memimpin UMNO Pagoh ini, Puan Kalsom tidak mengabaikan dan menumpukan perhatian kepada kegiatan ekonomi dan pelajaran terhadap masyarakat Melayu di kawasan ini. Beliau menyedari dalam kedua-dua bidang ini, masyarakat Melayu am at lemah jika dibandingkan dengan masyarakat bukan Melayu. Dalam menghadapi soal anak-anak mereka ke sekolah. Beliau menyelar keenganan ibu bapa yang tidak menunaikan tanggungjawab tersebut. Dalam usaha memberikan pendidikan ini, pada 1948 beliau teiab menubuhkan kelas dewasa untuk mengajar mengenal huruf rumi, membaca dan menulis dan mengira.9 Kelas ini diadakan pada sebelah petang dan Jumaat bertempat di Sekolah Melayu Kampung Raja. Sambutan yang diberikan oleh masyarakat Melayu terhadap kelas ini sangat menggalakkan. 1o Puan Kalsom dan beberapa orang pembantunya telah mengajar dan mengendalikan kelas ini dengan berjaya.

Lapangan ekonomi juga mendapat perhatian dan tumpuan daripada Puan Kalsom. Rata-rata keseluruhan penduduk-penduduk di Pagoh bekcrja sebagai petani dan penoreh getah. Dengan keadaan ini kehidupan mereka bergantung kepada sepenuhnya kepada pertanian. Masalah yang timbul daripada pengantungan sepenuhnya kepada kedua-dua pekerjaan ialah pendapatan yang tidak tetap. Pendapatan mereka hanya setakat cukup makan sahaja. Bagi mengubah keadaan ini berlanjutan di dalam masyarakat Melayu, Puan Kalsom telah mengesyorkan kepada masyarakat Melayu menjalankan bidang perniagaan. Dalam mesyuarat-mesyuarat yang diadakan, Puan Kalsom selalu membincangkan bagaimana meninggikan pendapatan orang-orang Melayu Pagoh. Keadaan ini penting memandangkan

8 Temubual dengan Endk Parman bin Kassan. Ketua kampung Tengah, PIIYII Redan, Pagoh, Muar. di rumahnya pada31 Og05 1985. Beliau adalah menantu kepada Allllhyarham Haji Muslahir bin Mokri. Beliau sendiri mengikuti perarakan menentang Malayan Union yang diadahn di Padang Kelab Muar pada tahun 1946.

9 Temubual dengan Ene;k Abdullah bin Haji Omar, pada 30 Ogos 1985. 10 Temubual dengan Endk Tukiran bin Sarjo, pada 22 Ogos 1985. Salah seorang penduduk Kampung Seri Makmor.

Beliau mendllpat tanah di sini seluas enam chr dalam tahun 1964. Beliau dalam masa mengcrjakan tanah dikebunnya tclah menemui beberapa buah kolam yang besar. kubur·kubur lama dan pinggan mangkok yang mungkin digunakan oleh pihak komunis sebelum kampung ini dibuka dlliam tahun 1946.

87

Page 7: Sejarah UMNO Pagoh1946 - 1957 - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3147/1/MDSS_1993_Bil.21_4.pdf · ahli-ahli UMNO di Sekolah Melayu Kampung Raja untuk

MALA YSIA DARI SEGI SEJARAH

masyarakat bukan Melayu telah menguasai ekonomi khasnya dalam lapangan perniagaan kerana mempunyai kerajinan dan ketabahan dalam menjalankan pekerjaan ini. Seterusnya, Puan Kalsom meminta masyarakat Melayu mencontohi kejayaan yang telah dicapai oleh peniaga-peniaga Cina. Dalam usaha meninggikan ekonomi masyarakat Melayu ini, beliau menggesa kaum-kaum ibu menaman sayur­sayuran secara giat di belakang rumah mereka untuk keperluan mereka sendiri mahupun untuk dijual di kedai-kedai. Dengan cara ini ianya akan menguatkan ekonomi mereka tanpa membeli sayur-sayuran daripada peniaga-peniaga Cina. 11

Dengan adanya langkah ini bermakna orang-orang Melayu Pagoh telah mempunyai kesedaran untuk menambahkan pendapatan dalam keluarga. Puan Kalsom juga telah menggalakkan orang-orang Melayu menceburkan diri dalam lapangan perniagaan barang-barang runcit. Beliau telah menyedarkan masyarakat Melayu sepatutnya merekalah yang menguasai perniagaan ini bukannya orang­orang Cina. Ini kerana majoriti penduduk Pagoh adalah orang-orang Melayu. Dengan penubuhan keperluan mereka daripada kedai orang Melayu. Beliau berkata perniagaan ini hendaklah dirnulakan secara kecil-kecilan yang nanti akan dapat dibesarkan setelah keuntungan diperolehi. 12

Hasil daripada galakkan ini, telah terdirinya sebuah kedai runcit di Pagoh yang dimodelkan secara bersama. Ini merupakan langkah terawal penglibatan orang-orang Melayu dalam perniagaan. Beliau berharap penubuhan kedai sebagai satu era baru dalam perkembangan ekonomi kepada orang-orang Melayu. Ini menunjukkan beliau mengambil berat tentang keseluruhan kernajuan masyakrat Melayu Pagoh.

Di tengah-tengah orang-orang Melayu bekerja dan berusaha mengembangkan pengaruh UMNO, pada 12 Julai 1948, Tanah Melayu tclah diistiharkan darurat akibat tindakan komunis yang menganggu ketenteraman dan keselarnatan tanah air. Dalam keadaan ini, negeri Johor termasuk kawasan Pagoh terlibat sarna mengalami suasana darurat. Kawasan Pagoh sendiri merupakan sebuah kawasan yang kegiatan komunis bergerak dengan aktif. Keadaan ini tidak melemahkan Puan Kalsom dan ahli-ahli jawatankuasa untuk meneruskan perjuangan UMNO. Malah, fenomena ini dianggap sebagai satu cabaran untuk beliau membuktikan yang UMNO mampu menghadapi keadaan ini dengan tenang dan mencapai kejayaan. Puan Kalsom kemudian telah mengarahkan Ketua-ketua Kampung yang terdapat di dalam kawasan Pagoh menjaga dan mengawal keselamatan kampung masing-masing. Bagi tujuan ini, tiap-tiap kampung dikehendaki menubuhkan satu unit pasukan keselamatan kampung.13

Dengan adanya langkah-Iangkah yang dibuat ini, keadaan keselamatan akan dapat terjamin dari gangguan dan tindakan komunis yang tidak bertanggungjawab mengugat keamanan tanah air. Dengan ini kita dapat menyimpulkan bahawa perjuangan UMNO Pagoh diawal-awal pengasasan dan perjuangannya mengbadapi

II Tcmubual dcngan Encik Abdullah bin Haji Omar. pada 30 Og05 1985. 12 Temubual dengan eikgu Rllur bin Jail, pada 30 Og05 1985. 13 Temubual dengan Encik Tukiran bin Sarjo, pada 300g05 1985.

88

Page 8: Sejarah UMNO Pagoh1946 - 1957 - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3147/1/MDSS_1993_Bil.21_4.pdf · ahli-ahli UMNO di Sekolah Melayu Kampung Raja untuk

SEJARAH UMNO PAGOH 1946 - 1957

berbagai masalah dalam perkembangan mencapai kemerdekaan tanah air. Namun masalah-masalh yang wujud ini dapat dihadapi dengan oleh Puan Kalsom dan ahli­ahli Jawatankuasa UMNO Pagoh dengan penuh semangat dan dedikasi semata­mata untuk melihat nasib masa hadapan orang-orang Melayu kawasan Pagoh khususnya dan amnya di seluruh tanah air menikmati kehidupan yang aman dan dibawah pemerintahan anak tempatan bukan di bawah pentadbiran Penjajah British. Menyedari keadaan ini UMNO ditubuhkan bagi memenuhi cita-cita rakyat yang inginkan kemerdekaan. Puan Kalsom dalam hal ini telah meletakkan batu asas menubuhkan UMNO di Pagoh untuk orang-orang .Melayu menyertai UMNO dan berjuang membela tanah air ini dengan penuh scmangat. Dapatlah dikatakan bahawa Puan Kalsom merupakan seorang yang berjaya menanamkan keyakinan dan kepercayaan kepada masyarakat Melayu dalam lapangan politik di Pagoh, yang sebelum ini mereka sendiri tidak memainkan peranan hanya sebagai menurut perintah penjajah British. Dalam penghujung tahun 1949, Puan Kalsom telah meninggal dunia setelah menghidap penyakit demam panas. Dengan ini pimpinan UMNO telah digantikan pemimpin yang baru yang akan memimpin UMNO Pagoh bagi menentukan nasib masa hadapan orang-orang Melayu.

PERKEMBANGAN UMNO PAGOH DALAM MENUNTUT KEMERDEKAAN DAN SEMASA PILIHANRA Y A 1955

Dalam bahagian ini, penulis akan membincangkan perkembangan UMNO Pagoh dibawah pimpinan Imam Abu Bakar bin Jait , yang mengambilalih peranan sebagai ketua UMNO Pagoh setelah Haji Mustahir selaku ketua UMNO Pagoh mengundurkan diri daripada memimpin UMNO di kawasan ini dalam tahun 1955. Pengunduran Haji Mustahir dari terus memimpin UMNO Pagoh disebabkan beliau berpendapat, beliau tidak dapat lagi bergerak secara aktif memandangkan umurnya telah lanjut. I4 Dalam hal ini demikian, beliau telah menyuarakan hasratnya memimpin UMNO Pagoh tetapi akan terus menjadi ketua UMNO Cawangan Kampung Raya Redan, satu cawangan UMNO yang dibawah pimpinan dan pentadbiran UMNO Pagoh. Hasrat beliau ini, telah dipersetujui oleh ahli-ahli UMNO Redan setelah mengadakan satu mesyuarat di Sekolah Rakyat Kampung paya Redan." Dalam bahagian ini juga akan diperlihatkan tcntang kempen-kempen yang dibuat oleh UMNO untuk mempengaruhi penduduk-penduduk Pagoh supaya mereka menyokong calon Perikatan Encik Hasan bin Yunus bertanding dalam pilihanraya yang diadakan dalam tahun 1955.

Haji Abu Bakar, kemudian telah membuat penyusunan semula organisasi UMNO untuk melicinkan perjalanan parti ini dengan lebih cekap dan berkesan. Beliau telah membentuk satu jawatankuasa UMNO bagi meneruskan perjuangan UMNO kawasan ini menyokong UMNO pusat dan menuntut kemerdekaan. Di

14 Temubual penulis dengan Encik Sadiron bin Md. Rejo. Ketua Kampung Paya Redan merangkap ahli Jawatankuasa UMNO Kampung Paya Redan, pada 18 November 1985, di rumahnya di Kampung Paya Redan, Pagoh. Muar. lohor.

15 Ibid.

89

Page 9: Sejarah UMNO Pagoh1946 - 1957 - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3147/1/MDSS_1993_Bil.21_4.pdf · ahli-ahli UMNO di Sekolah Melayu Kampung Raja untuk

MALAYSIA OARI SEGI SEJARAH

bawah ini disenaraikan nama-nama mereka yang terpilih menjadi Ahli Jawatan­kuasa UMNO pimpinan beliau dalam tahun 1955. 16

Yang Dipertua: Setiausaha: Bendahari: Ahli-ahli Jawatankuasa:

Haji Abu Bakar bin Jait Encik Bakar bin Kassim Haji Abdullah bin Md. Salleh Cikgu Awang bin Haji Adam Encik Khairon bin Haji Saleh Encik Manap bin Omar Encik Ayub bin Jait Encik Rauf bin Jait

UMNO di bawah pimpinan beliau berada dalam suasana kemuncak perjuangannya menuntut kemerdekaan daripada penjajah British. Dalam sua sana yang sedemikian rupa, Haji Abu Bakar berpendapat ahli-ahli UMNO kawasn ini melipatgandakan usaha dan tindakan dalam tuntutan kemerdekaan dari British. Sudah sampai masanya ahli-ahli UMNO bekerjasama dengan ahli-ahli parti MCA dan MIC Pagoh menjalinkan perpaduan agar cita-cita menuntut kebebasan tanah air tercapai.

Dalam tindakan awal-awalnya beliau telah cuba meningkatkan keahlian UMNO Pagoh di kawasan-kawasan kampung yang bel urn menerima perjuangan UMNO. Beliau menyedari bahawa kesulitan-kesulitan terpaksa dihadapi dalam menambahkan keahlian UMNO kerana keadaan darurat masih lagi berterusan di Pagoh . Ini adalah cabaran kepada ahli-ahli UMNO semua dalam mencapai kemerdekaan tanah air. Penekanan yang dibuat oleh beliau dan ahli-ahli jawatankuasa UMNO Pagoh ialah mengadakan kempen-kempen penerangan ke Bukti Kepong dan Lenga bagi menarik minat mereka memasuki UMNO. Kempen­kempen yang diadakan di kawasan-kawasan ini mendapat sambutan yang rneng­galakkan daripada penduduk-penduduk kawasan tersebut. Mereka menunjukkan minat menyertai pertubuhan UMNO. Apa yang menarik hati terdapatnya ketekunan dan kegigihan Haji Abu Bakar dan ahli jawatankuasanya mengembangkan UMNO ke kawasan ini walaupun menghadapi berbagai masalah seperti jarak yang jauh (kira-kira 30 batu dari Pagoh), menggunakan jalan sungai kerana di masa ini belum lagi ada jalannya serta gangguan binatang buas seperti harimau untuk sampai ke kampung tersebut." Namun demikian, masalah ini dapat diatasi oleh beliau. Dengan ini menunjukkan UMNO telah tersebar secara lebih luas lagi dalam pimpinannya.

Seperti pemimpin-pemimpin yang lepas, beliau tetap memberi perhatian dengan mengambil tenaga-tenaga kaum ibu supaya menyokong parti ini menuntut kemerdekaan. Usaha-usaha tetap di teruskan melalui kempen-kempen dari rumah ke rumah 18 menarik golongan ini menganggotai UMNO. Penglibatan dan pe­nyertaan mereka amat penting dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan

16 Temubual penulis dengan Cikgu Raurbin Jait. pada 29 Og05 1985 17 Temubual penulis dengan Cikgu Sabtu bin Haji Khairon. pada 29 Og05 1985. 18 Temubual penulis dengan Encik Pannan bin Haji Kusan, 27 September 1985.

90

Page 10: Sejarah UMNO Pagoh1946 - 1957 - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3147/1/MDSS_1993_Bil.21_4.pdf · ahli-ahli UMNO di Sekolah Melayu Kampung Raja untuk

SEJARAH UMNO PAGOH 1946 - 1957

diadakan dalam lahun 1955. Beliau selaku pemimpin UMNO Pagoh sering mengadakan perlemuan dan lawalan ke kampung-kampung Panjang Seri, Kampung Raja, Kampung Sari Baru, Kampung Paya Redan bagi menelili dan menyelesaikan masalah UMNO. Dalam perlemuan-perlemuan dengan para pemimpin UMNO peringkat cawangan, beliau sentiasa mengadakan perbincangan dari hali ke hali unluk memanlap alau memperkualkan UMNO Pagoh. Secara langsung beliau dalam keadaan ini dapal berdamping rapal dengan para pemimpin UMNO di liap-liap Cawangan Pagoh. Bagi mendapal kepimpinan yang lebih berkesan, beliau juga membual perhubungan dengan Encik Hassan bin Yunus, selaku Kelua UMNO Bahagian Muar Dalam.'9 Encik Hassan senliasa memberikan semangal dan mengadakan perlemuan dengan para pemimpin UMNO Pagoh bagi mendapalkan keberkesanan dalam organisasi UMNO. Beliau selalu mengingalkan orang-orang Melayu bersalu hali dalam menunlul kemerdekaan. Bagi mereka yang belum menyerlai UMNO, beliau menyeru supaya menjadi ahli UMNO bagi kepentingan mereka di masa hadapan.20 Saranan ini telah menyedarkan golongan orang-orang Melayu yang masih lagi lidak mempunyai fahaman polilik perjuangan UMNO.

Di sam ping penumpuan bidang politik diberikan penekanan, beliau terus mengembangkan lerhadap soal-soal pelajaran dan ekonomi. Dalam bidang pelajaran, beliau lelah mengadakan sebuah kelas pelajaran dewasa bagi orang­orang dewasa yang berfungsi mengajar mereka. Mereka ini membaca dan menulis dalam huruf rumi. Kelas ini lelah diadakan di Masjid Kampung Raja pula sebelah pelang liap-liap hari 1.umaat. Beliau adalah salah seorang menjadi guru yang mengajar kelas lersebut. Di samping ilu beliau lidak melupakan memberi galakkan kepada anak-anak Melayu supaya hadir ke sekolah menunlul pelajaran dengan bersungguh-sungguh. Dalam masa yang sarna, beliau juga memberikan kesedaran kepada ibu bapa supaya menghanlar anak-anak mereka ke sekolah .

Kila dapali UMNO Pagoh juga senliasa menggalakkan orang-orang Melayu menceburi dalam lapangan perniagaan bagi menyaingi kemampuan orang-orang Cina dalam lapangan perniagaan. Dalam lapangan ini orang-orang Melayu jauh kelinggalan meskipun Pagoh dikelilingi oleh kampung-kampung Melayu lelapi yang menjalankan perniagaan adalah orang-orang lengah. Hasil daripada galakkan ini lelah menyebabkan lerlubuhnya sebuah kedai syarikal yang didirikan di Pagoh dalam lahun 1954. Modal bagi pembinaan perniagaan ini dikumpulkan melalui pungulan daripada ahli-ah li UMNO. Kedai runcil ini mendapal sam bUlan daripada orang ramai. 21

Akhirnya pada I Mac 1955, E.T. Smilh, penyelia pilihanraya lelah mengumumkan bahawa pilihanraya Persekuluan akan diadakan pada hari Rabu, 271ulai 1955 dan hari menamakan calon-calon pada hari Rabu, 15 lun 1955." Dalam menghadapi pilihanraya ini empal perkara yang ulama menjadi perhalian,

19 Temubual dengan Haji Imam Abu Bakar bin Jail. pada 16 November 1985. 20 Temubual dengan Cikgu Sabtu bin Haji Khairan, pada 28 Og05 1985. 21 Temubual dengan Encik Sadiron bin Md, Rajo, pada 20 November 1985. 22 UMNO Sepuluh Tahun, Daud Press, Pulau Pimlng, him. 125

91

Page 11: Sejarah UMNO Pagoh1946 - 1957 - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3147/1/MDSS_1993_Bil.21_4.pdf · ahli-ahli UMNO di Sekolah Melayu Kampung Raja untuk

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

iaitu pendaftaran pengundian, bilangan calon-calon, kempen dan keputusan pilihanraya scrta signifikasinya bagi mcnghadapi pilihanraya ini.

Kemimpinan UMNO Pagoh dibawah kepimpinan Haji Abu Bakar telah mengambil insiatif untuk mengadakan kerjasama dengan parti MCA dan MIC Pagoh bagi mewujudkan pcrpaduan dalam menghadapi pilihanraya yang akan dijalankan pad a Jun 1955. Sebenarnya pcrjuangan kemerdekaan melalui pcrlemba­gaan dasar perjuangan dalam UMNO. Langkah ini dibuat oleh UMNO bagi membuktikan kepada penjajah British bahawa ketiga-tiga kaum mempunyai pcrsefahaman dalam menuntut kemcrdekaan. laminan British sendiri yang menyatakan kemerdekaan hanya diberikan bilamana ketiga-tiga parti ini bersatu membawa kerjasama ini. Bagi mendapalkan kerjasama ini benar-benar terjalin Haji Abu Bakar telah mengadakan perbincangan dengan para pcmimpin MCA dan MIC pagoh untuk membuat pakatan bersama menyokong pcrjuangan UMNO. Adalah didapati pada awal tahun 1955, di Pagoh bel urn lagi wujud MCA. Walaupun ianya telah ditubuhkan di Tanah Melayu pada 27 Februari 1949 dan Tan Cheng Lock menjadi presiden pertamanya. Keadaan yang sarna juga berlaku dengan MIC tidak muncul di Pagoh menjelang awal tahun 1955.23 Berdasarkan keadaan ini telah menyebabkan Haji Abu Bakar menemui pemimpin kedua-dua ini agar dapat membentuk pertubuhan parti masing-masing dalam menghadapi pilihanraya yang akan berlangsung Jun 1955. Hasil daripada saranan dan gesaan ini telah berjaya membentuk pertubuhan MCA di Pagoh dalam tahun 1955. Penubuhan parti MCA ini diadakan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Pagoh, jumlah mereka yang telah menghadiri penubuhan MCA adalah seramai 38 orang." Jumlah ini sedikit kerana orang-orang Cina takut memasuki parti ini disebabkan adanya ancaman daripada komunis Pagoh yang akan membunuh mereka jika menyertai parti ini, Keadaan darurat pada masa itu masih berlaku dan dalam keadaan huru­hara. Bagaimana atas dorongan Haji Abu Bakar pembentukan parti MCA di Pagoh di dalam tahun ini merupakan satu kejayaan kepada masyarakat Cina Pagoh walaupun jumlahnya kecil. Seperti halnya dengan UMNO, kempen-kempen dari rumah ke rumah dijalankan di sekitar Pagoh bagi menambahkan keahlian MCA dalam menghadapi pilihanraya umum 1955 nanti. Golongan masyarakat disedarkan tentang tanggungjawab mereka dalam politik oleh ahli-ahli jawatankuasa MCA dalam tahun 1955 ini.

Bagi penduduk-pcnduduk India Pagoh pula, mereka merasakan bahawa orang-orang India pcrlu menubuhkan MIC dan bergabung dengan UMNO dan MCA dalam pcrjuangan menuntut kemerdekaan. Dalam hal ini, Haji Abu Bakar selaku pemimpin UMNO Pagoh, memang menggalakkan orang-orang India menubuhkan MIC bagi menyokong dan bersama-sama berjuang membebaskan tanah air tercinta ini. Hasilnya dalam tahun 1955 juga, MIC Pagoh dapat dibentuk sebagai sebuah pertubuhan politik yang akan mewakili kepcntingan dan kebajikan

23 Temubual dengan Haji Abu Bakar bin Jail, pada 20 November 1985, di rumahnya. 24 Temubual penulis dengan Encik Tay Yock Soo atau Tay Sec, Ketua MCA Pagoh. pads 23 November 1985. di

rumahnya, 187, Jalan Sekolah Cina, Pagoh, Muar Johor. Beliau sekarang bekerja di kebunnya sebagai penanam kelapa, koko dan bemiaga.

92

Page 12: Sejarah UMNO Pagoh1946 - 1957 - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3147/1/MDSS_1993_Bil.21_4.pdf · ahli-ahli UMNO di Sekolah Melayu Kampung Raja untuk

SEJARAH UMNO PAGOH 1946 ~ 1957

mereka. Penubuhan parti ini telah dijalankan di Sekolah Tamil Palaniappa Estet, Pagoh, Muar, Johor." Kehadiran orang-orang India di hari penubuhan parti ini adalah lebih kurang 50 orang. Dengan ini, Pagoh telah mempunyai tiga buah pertubuhan politik UMNO-MCA-MIC yang mewakili suara dan hak kebajikan mereka masing-masing. Haji Abu Bakar sekali pemimpin tiap-tiap parti bagi mencari formula dan kepentingan bersama dalam menghadapi pilihanraya tahun 1955. Mesyuarat-mesyuarat ini biasanya diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Cina 26 Pagoh, kerana kedudukannya yang berhampiran dengan pekan Pagoh. Di dalam mesyuarat ini, kesemua parti-parti komponen telah bersetuju sebulat suara menerima pencalonan Encik Hassan bin Yunus dari parti UMNO menjadi calon parti Perikatan mewakili penduduk-penduduk bahagian Muar Dalam.27 Ini bermakna Pagoh yang termasuk dalam bahagian Muar Dalam akan diwakili oleh Encik Hassan bin Yunus. Calon Perikatan ini ditentang oleh seorang calon dari Parti Negara iaitu Haji Abdullah bin Mohammad.28 Dalam pilihanraya ini calon Perikatan telah menggunakan lam bang kapal layar semen tara calon Parti Negara menggunakan lambang bunga padi.29

Semasa menjalankan kempen pilihanraya terdapat pertentangan hebat antara parti-parti yang bertanding di bahagian Muar Dalam ini. Tetapi yang paling domain ialah pertentangan antara parti Perikatan dan Parti Negara. Parti Perikatan telah menjanjikan beberapa rancangan apabila mendapat kemenangan dalam pilihanraya ini. Rancangan ini terkandung dalam manifestonya yang bertajuk "menuju ke arah kemerdekaan" setebal 41 halaman. Antara perkara yang diambil perhatian berat oleh Perikatan termasuklah soal pentadbiran, pertanian, perumahan, perkhidmatan penerangan, dasar tanah, politik dan lain-lain lagi30 Bagaimanapun isu utama semasa pilihanraya persekutuan 1955 ini ialah soal kerakyataan dan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Manifesto dalam kempen pilihanraya ini juga menyebarkan kemerdekaan Tanah Melayu akan dicapai dalam masa empat tahun," kelebihan akan diberi apabila rakyat Tanah Melayu telah mencapai satu tahap bahawa mereka boleh memerintah dengan sendiri. Dalam hal ini juga Perikatan mahu mengekalkan kedudukan yang istimewa bagi Raja-raja Melayu sesuai dengan konsep Raja Berpelembagaan. Berkenaan dengan kegiatan komunis pula, Perikatan berusaha untuk menamatkan darurat dengan memberi atau menawarkan pengampun kepada pengganas komunis. Dengan yang demikian, dapatJah diwujudkan keamanan di Pagoh di Tanah Melayu. Isu-isu ini telah menjadi modal oleh Perikatan Pagoh

25 Temubual penulis dengan Encik M.N. Krishnan, Kelua Parti MIC Pagoh, pada 19 November 1985. di rumahnya di pekan pagoh, Muar, Jobor. 8cliau mula mcnyandang;awatan sebagai Ketua Parti MIC, Pagob, da1am tabun 1973 hingga sekarang.

26 Temubual dengan Encuk Tay Yock Soo, pada 23 November 1985. 27 Temubual penulis dengan Haji Abu &aur bin Jail. Kawasan pilibanraya bahagian Muar OaJam mengandungi

1cawasan-kawasan seperti daerab Mukim Pagoh, Bukti Kepong, Bukit Serampang. Sekarang kawasan tcrsebut dikenali sebagai UMNO Muar - Pagob.

28 Ibid. 29 Ibid. 30 Temubual dengan Cikgu Sabtu bin Haji Khairan, pada 23 November 1985. 31 Utusan Melayu. 17 Jun 1955.

93

Page 13: Sejarah UMNO Pagoh1946 - 1957 - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3147/1/MDSS_1993_Bil.21_4.pdf · ahli-ahli UMNO di Sekolah Melayu Kampung Raja untuk

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

dalam mempengaruhi penduduk-penduduk Pagoh memilih dan mengundi calon mereka iaitu Encik Hassan bin Yunus yang mewakili Bahagian Muar Dalam. Sementara itu kempen-kempen yang dijalankan oleh Parti Negara nampaknya bersifat perkauman. Dato Onn bin laafar, selaku pemimpin Parti Negara terus menuduh UMNO mahu menjual negeri ini kepada bangsa Cina. Beliau juga menyatakan simbol Perikatan yang menggunakan kapallayar telah diputarbelitkan sebagai tongkang Cina." Di Pagih sendiri isu-isu yang dijadikan bahan pengaruh memancing undi adalah sarna juga digunakan. Ahli-ahli jawatankuasa UMNO, MCA dan MIC telah bekerja keras di Pagoh menjalankan kempen-kempen ditiap­tiap buah kampung yang terdapat di Pagoh supaya mengundi calon Perikatan. UMNO mempunyai ahli-ahli yang ramai, telah melipatgandakan tindakan dan usaha menyeru orang Melayu keluar mengundi bagi menjamin kemenangan Encik Hassan bin Yunus. Encik Hassan selaku calon yang bertanding telah melawat kampung-kampung yang ada di Pagoh untuk mengundinya. Encik Hassan mendapat bantuan dan sokongan moral yang kuat daripada pemimpin-pemimpin UMNO diperingkat negeri seperti Allahyarham Tan Sri Syed laafar Albar, Tun Sardon lubir serta ketua-ketua cawangan UMNO Pagoh. Kempen-kempen pilihanraya di Pagoh telah diadakan di hadapan Pagoh, di Sekolah Rendah Kebangsaan Cina, di Sekolah Kampung Raja, di Bukti Kepong dan Lenga." Ceramah-ceramah yang dianjurkan aleh UMNO Pagoh telah mendapat sambutan yang baik daripada penduduk-penduduk Pagoh. Kempen yang dianjurkan oleh calon Parti Negara juga hebat dan mendapat perhatian daripada penduduk­penduduk Pagoh. Dalam keadaan ini, perang mulut, kata mengata di antara Perikatan dan Parti Negara hampir-hampir mencetuskan pergaduhan. Bagaimana­pun dalam setiap kern pen yang dijalankan oleh mana-mana parti, pihak palis sentiasa mengadakan kawalan semoga perkara-perkara yang tidak diingini berlaku, dan keamanan terkawal.

Dalam masa kempen-kempen ini dijalankan ahli-ahli UMNO Pagoh sanggup berkorban tenaga membantu calon Perikatan memenangi pilihanraya pada 27 lulai 1955. Mereka sanggup memikul bateri basah untuk dibawa ketiap-tiap kampung bagi kegunaan alat pembesar suara semasa kempen Perikatan dalam piliharaya ini. Biasanya semasa tokoh Perikatan ini membuat ceramah, beliau akan disertai oleh para penyokong UMNO. MCA dan MIC. Mereka akan membawa sepanduk­panduk yang berbagai cogankata, lambang-Iambang kapal layar menyeru penduduk-penduduk Pagoh mengundi calan Perikatan. Walaupun keadaan Pagah masih dalam suasana darurat, ini tidak menyekat usaha-usaha kempen pilihanraya dijalankan. Ini kerana perintah berkurung hanya dikuatkuasakan mulai 6 petang hingga 6 pagi, maka pada waktu yang bebas, mereka dapat menjalankan kempen­kern pen pilihanraya. Perang poster juga berlaku dim ana-mana. Ini menambahkan ketegangan di an tara dua calon yang bertanding bagi mendapat kemenangan.

Pusat pembuangan undi di Pagah telah ditetapkan di Sekolah Rendah Cina,

32 Ulusan Me/ayu 23 Jun 1955. 33 Temubual penulis dengan penghulu Pagoh Encik Ayub bin Jail. di rumahnya pada 22 November 1985.

94

Page 14: Sejarah UMNO Pagoh1946 - 1957 - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3147/1/MDSS_1993_Bil.21_4.pdf · ahli-ahli UMNO di Sekolah Melayu Kampung Raja untuk

SEJARAH UMNQ PAGOH 1946 - 1957

kerana kedudukannya yang berhampiran dengan pekan Pagoh. Bagi memastikan penduduk-pcnduduk di kampung pendalaman mudah keluar untuk ke pusat pembuangan undi di sekolah ini, kenderaan-kenderaan telah disediakan oleh UMNO.

Di hari pembuangan undi, sejak dari pagi-pagi lagi, orang-orang kampung telah keluar bcramai-ramai dari seluruh kampung di Pagoh memilih dan mengundi pilihan masing-masing bagi mewakili mereka dalam menentukan nasib mereka di masa hadapan. Ketiga-tiga bangsa Melayu, Cina dan India telah menunjukkan tanggungjawab masing-masing dengan keluar mengundi yang dianggarkan sebanyak 60%.34 Penduduk-penduduk di Pagoh telah keluar mengundi. Peratus ini adalah baik kerana ini merupakan pengalaman pertama mereka dalam pilihanraya yang diadakan di Tanah Melayu secara besar-besaran. Dalam pertandingan dua penjuru ini, calon Perikatan Encik Hassan bin Yunus telah berjaya mengalahkan calon Parti Negara, Haji Abdullah bin Mohammad, dengan majoriti yang agak besar. Ini bermakna perjuangan dan penat lelah yang dibuat oleh parti UMNO sejak penubuhannya dari tahun 1946 hingga pilihanraya tahun 1955 berjaya mencapai matlamat perjuangannya. Secara langsung kemenanganya ini menandakan perjuangan UMNO yang diasaskan oleh Dato Onn telah mencapai kejayaan. Ini dapat dibuktikan melalui kemenangan Perikatan memperolehi 51 buah kerusi daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Satu lagi telah dimenangi oleh calon PAS bagi kawasan Krian, Perak.

Bagi UMNO dan Perikatan, di Pagoh, kemenangannya ini bukan sahaja kerana susunan kerjanya yang baik dan alat-alat pcrsediaanya yang lengkap dan kemas, tetapi kerana manifestonya yang berterus-terang menjanjikan merdeka dalam masa empat tahun dan bahasa Melayu akan dijadikan bahasa kebangsaan, oleh kerana itu penduduk-penduduk Pagoh telah percaya dan yakin bahawa perjuangan yang telah ditunjukkan oleh UMNO sebelum pilihanraya ialah perjuangan yang tegas dan tenang, serta tidak samar-samar. Inilah punca kejayaan UMNO dan amnya Perikatan dalam pilihanraya tahun 1955 di Tanah Melayu amnya dan di Pagoh khususnya.

34 Temubual penulis dengan Haji Abu Bakar bin Jait, pada 20 November 1985.

95